masalah pembelajaran sains

15
SCE3104-ZalizanIsmail-PPG/PJ MASALAH PEMBELAJARAN SAINS DI SEKOLAH 1. PENGENALAN Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka (1993) mendefiniskan pengajaran dan pembelajaran berasal dari satu kata dasar yang sama iaitu ajar yang bermaksud petunjuk yang diberikan kepada orang lain dan pengajaran bermaksud segala yang berkaitan dengan mengajar atau mengajarkan seperti caranya, sistemnya dan lain-lain . Pengajaran merupakan aktiviti dan tugasan yang diusahakan secara bersama oleh guru dan para pelajarnya. Guru hendaklah merancang pengajaran secara sistematik dan mengikut garis panduan yang ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia melalui sukatan pelajaran agar perlaksanaan pengajaran itu selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Pembelajaran pula didefinisikan sebagai proses memperolehi ilmu pengetahuan atau kemahiran . Menurut Robert M.Gagne (1970), didalam The Condition of Learning, beliau mendefinisikan pembelajaran sebagai perubahan tingkah laku atau kebolehan seseorang yang dapat dikekalkan, tidak termasuk perubahan yang disebabkan proses pertumbuhan . Menurut Woolfolk (1980), didalam Educational Psychology for Teachers, pembelajaran merupakan perubahan dalaman yang berlaku kepada seseorang dengan membentuk perkaitan yang baru, atau sebagai potensi yang sanggup menghasilkan tindak balas yang baru . Pembelajaran sains sekolah rendah telah mengalami transformasi secara berperingkat dari masa ke semasa untuk memenuhi keperluan guna tenaga profesional didalam bidang sains dan teknologi di Malaysia. Isu kemerosoton minat para pelajar terhadap bidang sains sama ada di peringkat sekolah rendah, sekolah menengah dan institut pengajian tinggi sering diperdebatkan oleh 1

Upload: zalizan-ismail

Post on 20-Jun-2015

4.774 views

Category:

Documents


3 download

TRANSCRIPT

Page 1: Masalah pembelajaran sains

SCE3104-ZalizanIsmail-PPG/PJ

MASALAH PEMBELAJARAN SAINS DI SEKOLAH

1.         PENGENALAN

            Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka (1993) mendefiniskan pengajaran

dan pembelajaran “berasal dari satu kata dasar yang sama iaitu ajar yang

bermaksud petunjuk yang diberikan kepada orang lain dan pengajaran

bermaksud segala yang berkaitan dengan mengajar atau mengajarkan seperti

caranya, sistemnya dan lain-lain”. Pengajaran merupakan aktiviti dan tugasan

yang diusahakan secara bersama oleh guru dan para pelajarnya. Guru

hendaklah merancang pengajaran secara sistematik dan mengikut garis

panduan yang ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia melalui sukatan

pelajaran agar perlaksanaan pengajaran itu selaras dengan Falsafah

Pendidikan  Kebangsaan.

            Pembelajaran pula didefinisikan sebagai “proses memperolehi ilmu

pengetahuan atau kemahiran”. Menurut Robert M.Gagne (1970), didalam The

Condition of Learning, beliau mendefinisikan pembelajaran sebagai “perubahan

tingkah laku atau kebolehan seseorang yang dapat dikekalkan, tidak termasuk

perubahan yang disebabkan proses pertumbuhan”. Menurut Woolfolk (1980),

didalam Educational Psychology for Teachers, pembelajaran merupakan

“perubahan dalaman yang berlaku kepada seseorang dengan membentuk

perkaitan yang baru, atau sebagai potensi yang sanggup menghasilkan tindak

balas yang baru”.  

            Pembelajaran sains sekolah rendah telah mengalami transformasi secara

berperingkat dari masa ke semasa untuk memenuhi keperluan guna tenaga

profesional didalam bidang sains dan teknologi di Malaysia. Isu kemerosoton

minat para pelajar terhadap bidang sains sama ada di peringkat sekolah rendah,

sekolah menengah dan institut pengajian tinggi sering diperdebatkan oleh pakar-

pakar ilmuan pada masa kini. Masalah ini berlaku disebabkan persepsi negatif

daripada kalangan para pelajar itu sendiri terhadap subjek sains sejak dari

peringkat sekolah rendah.

1

Page 2: Masalah pembelajaran sains

SCE3104-ZalizanIsmail-PPG/PJ

            Guru memainkan peranan yang penting untuk mengikis pandangan

negatif para pelajar terhadap subjek sains bermula dari peringkat sekolah

rendah. Proses pengajaran dan pembelajaran hendaklah dirancang dengan teliti

dengan mengambil kira strategi pengajaran dan pembelajaran, kesesuaian

aktiviti pembelajaran dan kaedah pentaksiran yang efektif untuk memastikan

para pelajar mendapat ilmu pengetahuan yang bermakna. Masalah

pembelajaran sains dapat diatasi sekiranya para guru sentiasa mencari kaedah

yang terbaik untuk memastikan objektif pembelajaran mencapai matlamatnya.

2.0       Jenis Masalah Pembelajaran Sains di Sekolah Rendah.

            Masalah pembelajaran sains di sekolah rendah merupakan faktor

penyebab utama mengapa para pelajar kurang meminati mata pelajaran sains di

sekolah rendah. Murid-murid sering menyatakan bahawa belajar sains dan

matematik adalah membosankan. Melalui kefahaman mereka, pembelajaran

sains hanyalah bertujuan untuk memastikan mereka lulus di dalam peperiksaan.

Aktiviti pembelajaran seperti eksperimen, perbincangan, simulasi, projek,

lawatan, penggunaan sumber luar dan penggunaan teknologi amat jarang

dipraktikkan oleh guru. Dapat dirumuskan bahawa faktor-faktor berikut

merupakan jenis masalah pembelajaran sains di sekolah rendah.

                      I.        Pembelajaran berorientasikan peperiksaan.

                    II.        Kurang aktiviti pembelajaran berkumpulan.

                   III.        Kaedah penyoalan yang lemah.

                  IV.        Strategi pengajaran dan  aktiviti pembelajaran tidak dipelbagaikan.

            Setiap permasalahan yang dinyatakan merupakan penyumbang kepada

kemerosotan jumlah para pelajar yang mengikuti bidang sains di institut

pengajian tinggi dan juga menjadi faktor kepada persepsi negatif para pelajar

sama ada di peringkat sekolah rendah atau menengah untuk mempelajari sains.

            Untuk mengatasi masalah ini, kaedah dan teknik pembelajaran yang

dirancang oleh guru haruslah mengikut kecerdasan pelbagai para pelajar. Hal ini

2

Page 3: Masalah pembelajaran sains

SCE3104-ZalizanIsmail-PPG/PJ

amat penting untuk menarik minat para pelajar mempelajari sesuatu topik sains

dengan mudah dan berkesan.Cara pengajaran dan teknik pengajaran juga

memainkan peranan didalam proses pengajaran dan pembelajaran.

            Pembelajaran secara inkuiri, pembelajaran masteri, pembelajaran

kontektual dan konstruktivisme mampu menarik minat murid-murid untuk

mengikuti proses pengajaran dan pembelajaran.Murid-murid cenderung kepada

pembelajaran interaktif dan pengajaran hendaklah berpusat kepada murid

manakala guru bertindak sebagai fasilitator didalam kelas.

            Guru harus mahir didalam menghasilkan alat atau bahan bantu mengajar

yang dapat dimanfaatkan sepenuhnya semasa dan selepas kelas. Pengajaran

hendaklah berasakan penglibatan murid sepenuhnya dan murid hendaklah

menyertai proses pengajaran dan pembelajaran secara aktif.

2.1       Pembelajaran berorientasikan peperiksaan.

            Penilaian perkembangan akademik para pelajar di Malaysia adalah

berasaskan kepada keputusan peperiksaan awam yang mereka duduki seperti

Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM), Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Penilaian

Menengah Rendah (PMR) dan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR).

Peperiksaan awam ini telah dilembagakan oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia

dan ianya sah sebagai keputusan rasmi akademik seseorang pelajar.

            Keputusan peperiksaan secara keseluruhan akan menentukan tahap

prestasi akademik sesebuah sekolah di Malaysia. Kebanyakkan guru-guru sains

di peringkat sekolah rendah akan berusaha untuk memastikan para pelajar lulus

dengan cemerlang atau sekurang-kurangnya lulus agar peratusan gred

pencapaian pelajar lulus dapat dipertingkatkan dari tahun ke tahun. Melihat

kepada perkara ini, didapati bahawa tujuan utama guru mengajar sains adalah

untuk memastikan para pelajar lulus dan bukannya untuk membolehkan para

pelajar mendapat ilmu pengetahuan secara bermakna.

            Apabila senario ini berlaku, para pelajar kurang didedahkan dengan

kemahiran saintifik, kemahiran manipulatif dan kemahiran proses sains kerana

3

Page 4: Masalah pembelajaran sains

SCE3104-ZalizanIsmail-PPG/PJ

keadaan ini kurang membantu para pelajar mendapat markah secara

keseluruhan. Proses pengajaran dan pembelajaran berlaku secara hafalan fakta,

teori, konsep dan hukum sains semata-mata tanpa melibatkan aktiviti

pembelajaran yang pelbagai. Konsep pembelajaran masteri, pembelajaran

kontektual, inkuiri dan konstruktivisme hanya ditulis pada Rancangan Pengajaran

Harian (RPH) tanpa dilaksanakan sepenuhnya. Guru mengajar secara tradisi

dengan menggunakan penerangan dan papan tulis. Para pelajar merasakan

mereka sebagai pendengar secara pasif dan tidak dilibatkan sepenuhnya

didalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran.

            Hal ini akan menyebabkan para pelajar kurang minat untuk mempelajari

sains kerana fokus dan objektif utama mereka adalah untuk menghafal

pembelajaran dan lulus didalam subjek sains. Apabila para pelajar tidak

didedahkan dengan kemahiran saintifik, kemahiran manipulatif dan kemahiran

proses sains, tahap kognitif mereka juga tidak berkembang dengan sepenuhnya.

Kemahiran ini amat penting untuk meningkatkan kemahiran mental dan fizikal

para pelajar didalam menyelesaikan sesuatu masalah secara saintifik.

2.2       Kurangnya aktiviti pembelajaran berkumpulan.

            Pembelajaran kumpulan umumnya dikaitkan dengan strategi

pembelajaran koperatif. Menurut Johnson & Johnson (1991), “secara dasarnya,

pembelajaran kooperatif melibatkan pelajar bekerjasama dalam mencapai

objektif pembelajaran”.            Fokus utama  pembelajaran koperatif berkisar

kepada tiga perkara iaitu pencapaian akademik, penerimaan kepelbagaian dan

kemahiran sosial.

            Menurut Slavin (2005),“pembelajaran koperatif merupakan pembelajaran

aktif yang berupaya untuk mengubah  untuk mengubah suatu situasi

pembelajaran yang pasif kepada suatu yang dinamis serta berpusatkan pelajar”.

            Para pelajar kurang meminati pembelajaran sains kerana pembelajaran

berpusatkan guru dan mereka menjadi pendengar yang pasif. Pembelajaran

koperatif menekankan interaksi sosial di mana setiap ahli kumpulan perlu

4

Page 5: Masalah pembelajaran sains

SCE3104-ZalizanIsmail-PPG/PJ

berhubung rapat, saling memenuhi dan bantu-membantu untuk mencapai

matlamat kumpulan di dalam konteks pembelajaran. Matlamat ini hanya dapat

dicapai melalui kerjasama semua ahli didalam kumpulan. Setiap ahli kumpulan

mempunyai peranan jelas dan tertentu dalam usaha mencapai matlamat yang

ditetapkan. Pembelajaran koperatif juga mampu meningkatkan kemahiran

kognitif seseorang pelajar

            Kebanyakkan guru kurang menerapkan pembelajaran secara

berkumpulan kerana menganggap pembelajaran sebegitu akan menjejaskan

tumpuan pelajar yang cemerlang untuk mengikuti proses pengajaran dan

pembelajaran. Pembelajaran sains di sekolah rendah juga kurang melibatkan

aktiviti pembelajaran kumpulan kerana faktor-faktor berikut:

                      I.        Kekangan masa

Para guru mendapati bahawa masa yang diperuntukan adalah tidak mencukupi

untuk melaksanakan pembelajaran secara berkumpulan kerana mereka terpaksa

mengambil kira faktor penyediaan kumpulan, agihan masa dan penyediaan

radas atau bahan.

                    II.        Tiada kemudahan makmal sains

Pembelajaran secara eksperimen, perbincangan, simulasi, projek, lawatan,

penggunaan sumber luar dan penggunaan teknologi amat kurang berlaku di

sekolah-sekolah luar bandar dan pedalaman kerana kekurangan peralatan atau

radas sains yang bersesuaian untuk melaksanakannya.

2.3       Kaedah penyoalan yang lemah.

            Pembelajaran sains secara berkesan memerlukan para guru

menggunakan kaedah penyoalan kognitif aras tinggi agar ianya dapat membuka

minda para pelajar ke arah penyelesaian saintifik. Para pelajar harus didedahkan

dengan soalan mengapa, kenapa, bagaimana sesuatu fenomena dan kejadian

berlaku didalam aspek sains.

            Teknik penyoalan memainkan peranan yang amat penting untuk

memastikan objektif pelajaran mencapai matlamatnya. Sedar atau tidak, kriteria

5

Page 6: Masalah pembelajaran sains

SCE3104-ZalizanIsmail-PPG/PJ

kemahiran teknik penyoalan guru-guru amat dititik beratkan semasa penilaian

Jemaah Nazir Sekolah, pihak Pejabat Pelajaran Daerah dan pihak pentadbir

sekolah yang terlibat didalam pemantauan pengajaran dan pembelajaran guru-

guru di sekolah. Ini jelas menunjukkan bahawa kemahiran seseorang guru

menguasai teknik dan kemahiran menyoal secara langsung menentukan

keberkesanan sesuatu proses pengajaran dan pembelajaran yang berlaku

didalam kelas.

            Didapati bahawa para guru melakukan beberapa kesilapan semasa

menyoal para pelajar didalam kelas. Diantaranya ialah:

                      I.        Soalan yang tidak jelas.

                    II.        Bersifat spontan.

                   III.        Tidak menentukan tujuan soalan.

                  IV.        Soalan hanya sekadar mencungkil ingatan dan memahami fakta.

            Semasa proses pengajaran dan pembelajaran berlaku, penyoalan lebih

berpusat kepada para pelajar yang cemerlang jika dibandingkan dengan para

pelajar pasif kerana guru mengharapkan jawapan daripada membimbing para

pelajar untuk mendapatkan jawapan melalui interaksi positif. Didalam erti kata

lain, para pelajar hanya menjawab dan bertanya apabila perlu. Didalam konteks

ini, proses pengajaran berlaku namun ianya bukan pembelajaran yang bermakna

kepada para pelajar.

            Di peringkat sekolah rendah, para pelajar mempunyai semangat ingin

tahu yang tinggi. Pelbagai persoalan timbul didalam minda mereka untuk

mengetahui punca dan sebab sesuatu perkara berlaku. Para guru harus mahir

memanipulasikan soalan yang ditanya agar ianya dapat menarik minat para

pelajar untuk mempelajari sains sebagai salah satu matapelajaran yang menarik.

2.4       Strategi pengajaran dan  aktiviti pembelajaran tidak dipelbagaikan.

           

            Pembelajaran secara konstruktivisme didalam proses pengajaran dan

pembelajaran sains membantu murid-murid membina analogi, contoh dan

6

Page 7: Masalah pembelajaran sains

SCE3104-ZalizanIsmail-PPG/PJ

kaedah mengingati dengan cara mereka tersendiri berdasarkan pengalaman

sedia ada agar ianya menjadi satu bentuk kefahaman yang baru.           

            Mengikut Anderson & Block(1975), pembelajaran masteri  “ ialah satu set

idea dan amalan pengajaran secara individu yang dapat membantu murid untuk

belajar secara konsisten”. Pembelajaran masteri harus dilaksanakan kerana

murid mempunyai kecerdasan yang pelbagai dan murid harus menguasai

pengetahuan, kemahiran dan sikap yang dipelajari. Pembelajaran juga

dipecahkan kepada unit yang lebih kecil agar ianya mudah untuk dikuasai.

            Pembelajaran kontekstual merupakan kaedah pembelajaran yang

menggabungkan isi kandungan dengan pengalaman harian individu, masyarakat

dan alam pekerjaan. Kaedah ini menyediakan pembelajaran secara konkrit yang

melibatkan aktiviti “hand-on” dan “mind-on”.

            Menurut Shulman (1968/1973),    inkuiri merupakan “proses mencari dan

menyiasat, membina hipotesis, mereka bentuk eksperimen, mengumpul data

dan membuat kesimpulan untuk menyelesaikan masalah”. Trowbridge, Bybee

dan Sund (1981), menyatakan definisi penemuan adalah “apabila individu

menggunakan proses mental untuk membentuk konsep atau prinsip”.

Pembelajaran secara inkuiri membolehkan para pelajar mengenali sesuatu

masalah, mereka bentuk penyelesaian masalah dan mencari jalan penyelesaian

masalah.

            Strategi pengajaran yang dinyatakan diatas kurang dipraktikkan oleh guru

didalam proses pengajaran dan pembelajaran sains. Kerana inilah murid-murid

kurang meminati sains. Guru tidak berusaha untuk mempelbagaikan strategi

pengajaran dan aktiviti pembelajaran sehingga mengakibatkan para pelajar

menjadi bosan dengan kaedah dan teknik pengajaran yang kekal sama.

            Setiap topik pengajaran dan pembelajaran mempunyai strategi

pengajaran dan aktiviti pembelajaran yang tersendiri. Sekiranya guru tersebut

mahir memanipulasikan strategi pengajaran, sesi pembelajaran sains akan

menjadi mudah dan menarik bagi para pelajar. Tumpuan dan perhatian yang

mereka berikan akan memudahkan guru melaksanakan proses pengajaran dan

pembelajaran untuk mencapai objektif yang telah ditetapkan guru

7

Page 8: Masalah pembelajaran sains

SCE3104-ZalizanIsmail-PPG/PJ

ISU : MASALAH PEMBELAJARAN SAINS

MENTERI Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin dalam Amanat

Tahun Baru 2012, baru-baru ini melahirkan kebimbangan mengenai

kemerosotan bilangan pelajar yang mengambil mata pelajaran sains di peringkat

sekolah. Masalah berkenaan perlu diberi perhatian serius kerana telah sampai

ke tahap sangat kritikal walaupun banyak inisiatif diperkenalkan oleh kerajaan

untuk memajukan bidang sains.

Fenomena itu bukan saja berlaku di Malaysia, malah hampir di serata

dunia, termasuk di negara maju seperti Amerika Syarikat dan Eropah. Di

Amerika contohnya, bilangan pelajar yang memohon untuk mengikuti pengajian

di universiti dalam bidang sains, matematik dan teknologi kurang berbanding

jumlah tempat yang ditawarkan kerana kekurangan pelajar dalam aliran

berkenaan di peringkat sekolah tinggi.

Masalah yang diperkatakan oleh Menteri Pengajian Tinggi itu berlaku

disebabkan persepsi negatif daripada kalangan pelajar terhadap subjek sains

sejak mereka masih di bangku sekolah rendah lagi. Pelajar beranggapan

bahawa mata pelajaran sains dan matematik adalah sukar untuk lulus dengan

cemerlang dan boleh menjejas peluang melanjutkan pengajian di universiti. 

Memandangkan sistem pembelajaran di negara ini berorientasikan

peperiksaan, maka ramailah pelajar beralih kepada aliran sastera atau agama

berbanding sains dengan harapan lebih cemerlang dalam peperiksaan supaya

mereka dapat menyambung pengajian di university. Walhal tempat melanjutkan

pengajian dalam bidang yang memerlukan kelulusan mata pelajaran sains lebih

banyak disediakan oleh kerajaan berbanding aliran lain. Peluang pekerjaan yang

tersedia juga lebih luas dalam bidang sains, teknologi dan kejuruteraan yang

pasaran pekerjaannya melangkau sempadan Negara.

Bagaimanapun, pemilihan kursus yang tidak sejajar dengan kehendak

semasa menyebabkan berlaku lambakan graduan yang gagal mendapat

8

Page 9: Masalah pembelajaran sains

SCE3104-ZalizanIsmail-PPG/PJ

pekerjaan bersesuaian dengan bidang pengajian yang mereka ikuti. 

Sebelum ini kerajaan telah menetapkan sasaran supaya 60 peratus pelajar

sekolah menengah terdiri daripada mereka yang belajar dalam aliran sains.

Sekolah akan bertindak sebagai pembekal calon mahasiswa kepada universiti

untuk melahirkan modal insan terlatih dalam bidang sains dan teknologi bagi

menjayakan agenda pembangunan Negara.  

Bagaimanapun, agenda itu masih belum tercapai kerana berdasarkan

kepada Kajian Hala Tuju Modal Insan Sains dan Teknologi Tahun 2020 seperti

yang diumumkan oleh Menteri Pengajian Tinggi menyaksikan peratusan pelajar

yang mengambil jurusan sains sejak 2007 terus menunjukkan penurunan

sehingga 27 peratus pada 2012.

Oleh itu, impian kerajaan untuk melahirkan 200,000 jurutera menjelang

2020 masih jauh daripada jangkauan kerana nisbah 60:40 pelajar sains dan

teknologi berbanding aliran lain di universiti belum tercapai.

Bagi mengatasi masalah kekurangan calon mahasiswa yang memohon

mengikuti pengajian dalam bidang sains, matematik dan teknologi di institusi

pengajian tinggi (IPT), jumlah pelajar yang lulus dengan cemerlang dalam subjek

berkenaan di peringkat sekolah perlu diperbanyakkan.

Mahasiswa yang mempunyai asas sains dan matematik yang kukuh di

peringkat sekolah mampu menjadi graduan yang cemerlang dan menyumbang

kepada penghasilan tenaga kerja profesional berkualiti. Sebagai negara yang

sedang menuju ke arah negara maju, Malaysia memerlukan ramai sumber

tenaga mahir dalam bidang sains, teknologi dan kejuruteraan.

Oleh itu, pihak yang berkenaan perlu mencari alternatif baru agar dapat

menarik minat pelajar terhadap mata pelajaran sains, matematik dan teknologi.

Antara perkara yang perlu diberi perhatian ialah membangunkan kaedah

pengajaran dan pembelajaran yang dapat menjadikan mata pelajaran berkenaan

lebih menarik dan menyeronokkan.

9

Page 10: Masalah pembelajaran sains

SCE3104-ZalizanIsmail-PPG/PJ

Masalah pelajar kurang meminati mata pelajaran sains, matematik dan

teknologi turut mendapat perhatian kalangan ahli akademik dan pembuat dasar

di Universiti Teknologi Malaysia (UTM). Baru-baru ini, UTM dan Institut Teknologi

Massachusetts (MIT) bekerjasama untuk menyediakan program bagi membantu

kerajaan menjadikan pendidikan sains, matematik dan teknologi lebih kreatif dan

inovatif.

Bagi tujuan itu, Pengarah Pusat Asas Sistem Kejuruteraan dan

Konsortium Rangkaian Pembelajaran Antarabangsa MIT, Prof Richard Larson

telah dijemput untuk menyumbangkan idea. Beliau ialah pengasas program

Gabungan Pembelajaran Sains atau Matematik (Blended Learning Open Source

Science or Math - BLOSSOMS)) yang diperkenalkan pada 2002.

BLOSSOMS ialah sumber pembelajaran terbuka yang dibiayai oleh

beberapa yayasan bukan kerajaan di Amerika Syarikat membabitkan kaedah

pembelajaran sains, matematik dan teknologi menggunakan video yang diharap

dapat mengatasi masalah pelajar kurang minat terhadap bidang sains dan

teknologi di Negara ini.

Program berkenaan yang telah dilaksanakan di beberapa negara seperti

Arab Saudi, Pakistan, Jordan, Lebanon, India, China serta di sekitar Boston

mampu melahirkan pelajar yang berfikir secara lateral dan kreatif. 

Dalam pada itu, pihak berkuasa di negara Scandinavia menjemput

jurutera ke sekolah untuk mengajar subjek berkaitan kejuruteraan bagi menarik

minat pelajar terhadap mata pelajaran berkenaan.

Sementara itu, Pemegang Kerusi Pembelajaran Berdasarkan Masalah

dalam Pendidikan Kejuruteraan Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan

Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNESCO), Prof Dr Anne

Kolmos, berkata usaha perlu ditingkatkan bagi menarik lebih ramai pelajar,

terutama wanita agar tertarik kepada bidang kejuruteraan yang dianggap ‘kotor’. 

10

Page 11: Masalah pembelajaran sains

SCE3104-ZalizanIsmail-PPG/PJ

Oleh itu, sebagai negara yang sedang berusaha melengkapkan diri

menjadi negara maju, Malaysia memerlukan ramai calon mahasiswa yang

cemerlang dalam bidang sains, matematik dan teknologi. 

Sesungguhnya, masalah pelajar kurang minat terhadap subjek berkenaan

perlu diatasi segera kerana seperti kata Menteri Pengajian Tinggi, sains adalah

asas kepada inovasi dan inovasi pula menjadi asas teknologi dan tranformasi

ekonomi negara. 

11

Page 12: Masalah pembelajaran sains

SCE3104-ZalizanIsmail-PPG/PJ

MASALAH KAJIAN

Matapelajaran Sains merupakan satu subjek yang sangat penting hari ini.

Namun begitu, terdapat beberapa masalah dan kekangan yang dihadapi oleh

guru bagi menarik minat murid untuk menguasai pelajaran ini. Antara masalah

yang dihadapi ialah, murid tidak memahami konsep sains dengan baik serta

tidak dapat untuk mengaitkannya dengan kehidupan seharian mereka.

Sekiranya perkara yang sebaliknya berlaku, pasti mereka akan berasa seronok

dan teruja untuk mendalami ilmu yang berkaitan dengan Sains ini. Seterusnya ,

mereka dapat mengaplikasi atau menghubungkaitkannya dengan kehidupan

seharian mereka.

Contohnya , secawan air milo panas diletakkan di atas meja selama

beberapa minit. Kemudian, ia didapati telah sejuk. Apabila murid diminta

membuat inferens, mereka hanya menyatakan bahawa air menjadi sejuk kerana

dibiarkan di atas meja dalam jangkamasa beberapa minit. Mereka tidak dapat

menyatakan inferens yang tepat mengikut apa yang telah dipelajari dalam sains,

walaupun mereka mengetahuinya. Misalnya, memberi jawapan seperti ‘ air

kehilangan haba’.

Selain itu, aktiviti seperti ini lebih menarik dan seronok jika dilakukan

secara berkumpulan bersama dengan rakan-rakan. Ini dapat menjana idea yang

pelbagai dan mewujudkan interaksi antara murid. Secara tidak langsung nilai-

nilai dalam pelajaran sains ini lebih mudah untuk diterapkan seperti berani

mencuba, memberi idea dan menghubungkaitkan idea.

Sehubungan dengan ini, saya cuba untuk melakukan sesuatu bagi

menangani masalah tersebut di atas. Saya telah merancang satu Rancangan

Pengajaran Sains bagi murid tahun 6 di sekolah saya dan akan

melaksanakannya . Saya bercadang untuk menggunakan kaedah projek dan

menekankan slogan….’ Kemahiran Proses Sains (KPS) ‘. Setelah eksperimen

dilakukan, murid akan bersoaljawab dengan guru melalui pemerhatian yang

12

Page 13: Masalah pembelajaran sains

SCE3104-ZalizanIsmail-PPG/PJ

dibuat. Sekiranya jawapan murid tidak menepati jawapan yang dikehendaki…

slogan ‘KPS’ akan di laungkan…murid diharap dapat memikirkan semula

jawapan mereka dan mengaitkan dengan kemahiran dan pengetahuan sains

yang telah dipelajari. Kaedah projek ini juga merupakan aktiviti berkumpulan

yang dapat membantu murid untuk memperolehi pelbagai info daripada rakan-

rakan melalui perbincangan.

13