masalah pelajar

Upload: shazana-barbie

Post on 07-Apr-2018

237 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 8/6/2019 Masalah pelajar

    1/24

    !,!,{ i,\ / ,! ! l i i / .; .A I A i l \ m M I I A M M l)A\' I'iH-MUIINYA likllADAPI ' i K'(;,'',17'JAI\ I i i u l ; i I A J A I v A N III K O I 1J UNIVIKSI1I llKHOIOGI 1UN

    lin:::;ilr: u w : r.A'iit unjauan, v * ' . ' f ' ' ' . ' i 'V * J ' > , /

    ' '**". .y . > I /,' * /> . ' - , ' > , , - , , i ' ; - : '.-: ' '. ! 'iCri-i-iv-" m

    ! . i ! i ! i i - u ' i ' 1 i ' I I K a ' J K H - ; ' ' K I R III!SSI IN CNN

  • 8/6/2019 Masalah pelajar

    2/24

    . T K i i ku< t r n

    3 0 0 0 0 0 0 1 1 9 4 9 0 5

  • 8/6/2019 Masalah pelajar

    3/24

    PSZ 19:16KOLEJ UNIVERSITITEKNOLOGI TUN HUSSEIN ONN

    BORANG PENG ESAHAN STATUS TESIS*JUDUL: MASALAH -MASALAH YANG DIHADAPI PA N PENGARUHNYATERHADAP PENCAPAIAN PEMBELAJARAN P I KOLEJUNIVERSITI TEKNOLOG I TUN HUSSEIN ONN : SATU TINJAUAN

    S E S I P E N G A J I A N : 2001/2002Saya. MOHP. MUSNIZAM BIN MUSTAPHA

    (HURUF BESAR)mengaku membenarkan tesis (Sefjana Mwlk/Saijana /Buklui Falsafidi)* ini disimpan di PerpustakaanK ol q Universiti Tekn ologi T un Hussein On n dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut:1. Tesis adalah hak milik K ol q Universiti Teknologi Tun Hussein Onn.2. Perpustakaan Institut K o lq Univers iti Tekn ologi Tun Hussein Onn dibenarkan membuat salinan

    untuk tujuan pengajian sahaja.3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara institusi

    pengajian tinggi4. * * Sila tandakan ( / )

    SU LT T (Mengan dungi maklumat yang berdaijah keselamatan ataukepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam AKTARA HSIA RA SM I 1972)

    TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukanoleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan)

    TIDAK TERHADDisahkan oleh:

    Alamat Tetap:NO. 35 TAMAN M ELOR.05460 ALOR SETAR. KEDAH.

    ENCIK KAM ARUDIN BIN KHALIDNama Penyelia

    C A TA TA N : * Potong yang tidak berkenaan.* * Jika tesis ini S U LI T atau TE R H A D , sila lampirkan sural daripada pihak

    berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali tempoh tesis ini perludikelaskan sebagai atau TE R H AD . Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah doktor Falsafah dan Saijana secaraPenyelidikan, a tau disertasi bagi pengajian secara kei ja kursus dan penyelidikan,atau Laporan Proiek Sarjana Mu da (P SM )

  • 8/6/2019 Masalah pelajar

    4/24

    "Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan sayakarya ini adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan

    Saijana Pendidikan (Teknikal)."

    TandatanganNama Penyelia !~En. KamyudinB. KhalidTarikh : 2 . 1 0 - 6 1

  • 8/6/2019 Masalah pelajar

    5/24

    MASALAH-MASALAH YANG DIHADAPI DAN PENGARUHNYA TERHADAPPENCAPAIAN PEMBELAJARAN D I KOLEJ UNIVERSITI TEKNOLOGI TUN

    HUSSEIN O N N : SATU TINJAUAN

    MOHD. MUSNIZAM BIN MUSTAPHA

    Tesis in ! Dikemukakan Sebagai MemenuhiSyarat Penganugerahan Ijazah Sarjana Pendidikan (Teknikal)

    Jabatan Pendidikan Teknik Dan VokasionalFakulti Teknologi Kejuruteraan

    Kolej Universiti Teknologi T on Hussein Onn(KUiTTHO)

    28 SEPTEMBER, 2001

  • 8/6/2019 Masalah pelajar

    6/24

    ii

    PENGAKUAN PELAJAR

    Saya mengakui bahawa kajian kes yang bertajuk " Masalah-Masalah Yang Dihadapi DanPengaruhnya Terfaadap Pencapaian Pembelajaran Di Kolej Universiti Teknologi Tun

    Hussein Onn : Satu Tinjauan " ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan danringkasan yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya".

  • 8/6/2019 Masalah pelajar

    7/24

  • 8/6/2019 Masalah pelajar

    8/24

    i v

    PENGHARGAAN

    Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Dan Maha Pengasihani...

    Alhamdulillah, segala puji-pujian bagi Nya. Selawat dan salam ke atas junjunganbesar Nabi Muhammad S.A. W, dipanjangkan kesyukuran kepada Yang Maha Esa di ataslimpah dan rahmat Nya, memberikan keizinan untuk saya menyiapkan kajian kes inidengan jayanya. Semoga dengan sedikit usaha yang saya lakukan untuk menimba ilmudunia ini dapat memberikan seribu rahmat dalam kehidupan di dunia dan di akhirat,Insya Allah.

    Ucapan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada penyelia ataupembimbing kajian kes saya, En. Kamarudin Bin Khalid di atas bimbingan, nasihat danbantuan yang diberikan kepada saya selama ini. Ucapan berbanyak-banyak terima kasihjuga kepada pelajar-pelajar tahun dua yang mengambil kursus Ijazah Saijana MudaKejuruteraan Elektrik di KUiTTHO kerana terlibat di dalam kesediaan untukbekeijasama dengan saya, terutamanya responden-responden yang memberi kerjasamasepenuhnya di dalam menjayakan kaji selidik yang telah dilaksanakan.

    Juga terima kasih kepada keluarga, sahabat-sahabat dan individu-individu yangterlibat secara langsung atau tidak langsung di atas dorongan, teguran serta nasihat yangberguna di dalam melaksanakan kajian kes ini dengan jayanya.

    Wassalam

  • 8/6/2019 Masalah pelajar

    9/24

    V

    ABSTRAK

    Kajian kes ini adalah bertujuan untuk meninjau masalah-masalah yang dihadapioleh pelajar-pelajar tahun dua yang mengambil kursus Ijazah Saijana Muda KejuruteraanElektrik di KUiTTHO. Masalah-masalah ini adalah yang berkaitan dengan pencapaianpelajar dalam pembelajaran mereka. Seramai 100 orang pelajar terlibat di dalam kajiankes ini. Kajian kes ini meninjau permasalahan bagi dua pencapaian CPA responden yangmewakili 3.0 ke atas dan 3.0 ke bawah. Responden diminta menjawab soal selidik yangdiedarkan. D i dalam borang soal selidik, terdapat hanya enam masalah yang ditinjauuntuk tujuan kajian kes. Masalah-masalah yang sering dihadapi oleh pelajar adalahmasalah kewangan, masalah kesihatan, masalah keluarga, masalah rakan sebaya, masalahpensyarah dan masalah pengurusan masa. Hasil kajian mendapati masalah kewanganadalah merupakan masalah yang paling banyak dihadapi oleh pelajar berbanding denganmasalah-masalah yang lain. Masalah-masalah yang lain tidak memberikan kesan yangketara kepada pencapaian dalam pembelajaran pelajar-pelajar ini. Beberapa cadangantelah dikemukakan untuk tindakan pihak yang berkenaan untuk meningkatkan lagiprestasi pelajar yang terlibat. Diharapkan dengan adanya kajian kes ini dapatmeningkatkan lagi pembelajaran semua pelajar di KUiTTHO amnya.

  • 8/6/2019 Masalah pelajar

    10/24

    vi

    KANDUNGAN

    BAB PERKARA MUKA SURAT

    JUDUL iPENGAKUAN iiDEDBCASI ii iPENGHARGAAN ivABSTRAK vKANDUNGAN viSENARAIJADUAL xSENARAI RAJAH xiSENARAI SINGKATAN xii

    BAB 1 PENGENALAN

    1.0 Pendahuluan 11.1 Latar Belakang Masalah 31.2 Penyataan Masalah 41.3 Tujuan Kajian 51.4 Persoalan Kajian 51.5 Kepentingan Kajian 61.6 Skop Kajian 61.7 Definasi Istilah 7

  • 8/6/2019 Masalah pelajar

    11/24

    vii

    BAB 2 SOROTAN PENULISAN

    2.0 Pengenalan 102.1 Faktor-faktor Yang Mempengaruhi 11

    Pencapaian Pembelajaran

    BAB 3 METODOLOGI KAJIAN

    3.0 Pengenalan 143.1 Rekabentuk Kajian 153.2 Sampel Kajian 153.3 Instrumen Kajian 16

    3.3.1 BahagianA 173.3.2 BahagianB 17

    3.4 Kaedah Pengumpulan dan Pengelolaan Data 183.5 Kaedah Analisis Data 19

    BAB 4 ANALISIS DATA

    4.0 Pengenalan 204.1 BahagianA 20

    4.1.1 Jantina 214.1.2 Kursus Pengajian 224.1.3 Bangsa 234.1.4 Kelulusan 244.1.5 CPA 25

  • 8/6/2019 Masalah pelajar

    12/24

    4.2 Bahagian B 264.2.1 Masalah Kewangan 264.2.2 Masalah Kesihatan 284.2.3 Masalah Keluarga 304.2.4 Masalah Rakan Sebaya 324.2.5 Masalah Pensyarah 344.2.6 Masalah Pengurusan Masa 36

    BAB 5 PERBINCANGAN, RUMUSAN DAN CADANGAN

    5.0 Pengenalan 385.1 Perbincangan 385.2 Rumusan 415.3 Cadangan 425.4 Penutup 44

    BAHAN RUJUKAN

    SENARAI LAMPIRAN ( Borang Soal Selidik)

  • 8/6/2019 Masalah pelajar

    13/24

    X

    SENARAI RAJAH

    No. Rajah Tajuk Muka Surat4.2.1 Masalah Kewangan 264.2.2 Masalah Kesihatan 284.2.3 Masalah Keluarga 304.2.4 Masalah RakanSebaya 324.2.5 Masalah Pensyarah 344.2.6 Masalah Pengurusan Masa 36

  • 8/6/2019 Masalah pelajar

    14/24

    X

    SENARAI RAJAH

    No. Rajah Tajuk Muka Surat

    4.2.1 Masalah Kewangan 264.2.2 Masalah Kesihatan 284.2.3 Masalah Keluarga 304.2.4 Masalah Rakan Sebaya 324.2.5 Masalah Pensyarah 344.2.6 Masalah Pengurusan Masa 36

  • 8/6/2019 Masalah pelajar

    15/24

    xi

    SENARAI S1NGKATAN

    Singkatan Istilah

    CPA Purata Himpunan Matanilai(Comulative Point Average)

    SPM/ SPMV Sijil Pelajaran Malaysia/ Sijil PelajaranMalaysia Vokasional

    IPT Institusi Pengajian TinggiIPTA Institusi Pengajian Tinggi A warnIPTS Institusi Pengajian Tinggi SwastaKUiTTHO Kolej Universiti Teknologi Tun HusseinOnn

  • 8/6/2019 Masalah pelajar

    16/24

    BAB 1

    PENGENALAN

  • 8/6/2019 Masalah pelajar

    17/24

    1

    BAB 1

    PENGENALAN

    1.0 Pendahuluan

    Dunia amnya dan negara Malaysia khasnya sudahpun melangkah ke abad21 yang dilambangkan dengan kemajuan ekonomi, infirastruktur, sains, teknologidan kebendaan yang kian canggih. Sebagai negara yang sedang membangun,kemajuan dari segi pendidikan akan diberi penekanan yang lebih terutamanya darisegi pendidikan sains dan teknologi yang selaras dengan kemajuan negara.Matlamat negara ini untuk melahirkan warganegara yang berketrampilansebagaimana yang dikehendaki ke arah menuju Wawasan 2020. Ini telah terbuktisekarang ini bidang pendidikan terutamanya pendidikan sains dan teknologisudahpun berkembang pesat bukan sahaja dengan kewujudan pusat pendidikanawam sebaliknya penubuhan pusat pendidikan swasta yang tumbuh bagaikancendawan.

    Senario sekarang telah menunjukkan perkembangan yang mendadakdalam bidang pendidikan terutamanya dengan pertambahan Institusi PengajianTinggi Awam (IPTA), program keijasama antara universiti tempatan atau dikenalisebagai Francais dan Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS). Rakyat di negaraini adalah dikatakan golongan yang cerdik pandai, berteknologi, berwawasantinggi, berketerampilan dan sebagainya. Apabila semakin maju dan berkembang

  • 8/6/2019 Masalah pelajar

    18/24

    2

    sesebuah negara maka ini adalah menunjukkan bahawa semakin pintar dan bijakmasyarakat di negara tersebut

    Kolej Universiti Teknologi Tun Hussein Onn atau nama ringkasnya,KUiTTHO adalah merupakan salah satu Institusi Pengajian Tinggi A warn (IPTA)yang berteraskan sains dan teknologi. Sudah sepuluh tahun KUiTTHO iniditubuhkan yang dahulunya dikenali sebagai Institut Teknologi Tun Hussein Onnatau ITTHO. ITTHO dahulunya dikendalikan oleh Universiti Teknologi Malaysia(UTM) tetapi sekarang ini KUiTTHO telah dinaikkan taraf dan berdiri di bawahpentadbiran dan pengurusannya sendiri. Kini ia menjadi sebuah IPTA yangberasaskan kepada pendidikan teknik dan vokasional yang terunggul di negara ini.Sebagai sebuah pusat pengajian tinggi adalah menjadi misi KUiTTHO untukmelahirkan pelajar-pelajar yang berwibawa dari segenap segi, mempunyai nilaipemikiran yang tinggi dan berkeperibadian yang mulia.

    Di KUiTTHO, semua bidang pengajiannya adalah meliputi kursus-kursuskejuruteraan. Di bawah Fakulti Kejuruteraan, ia terbahagi kepada tiga jabatankejuruteraan iaitu Jabatan Kejuruteraan Elektrik, Jabatan Kejuruteraan Mekanikaldan Jabatan Kejuruteraan Awam. Oleh itu, ketiga-tiga jabatan ini menyediakanpelbagai kursus yang berkaitan dengannya. Untuk itu, para pelajar akan memilihkursus-kursus yang mereka minat, berkebolehan serta berkeyakinan untukmengharungi pelbagai cabaran di dalam bidang kejuruteraan. Dengan kata lain,kejayaan mereka dipilih untuk belajar di KUiTTHO ini merupakan satu cabarandalam pendidikan teknik dan vokasional iaitu yang menjadi titik tolak terhadapkemajuan negara ini.

  • 8/6/2019 Masalah pelajar

    19/24

    3

    1.1 Latar Belakang Masalah

    Pelajar-pelajar di KUiTTHO kebanyakkannya adalah pelajar daripadalepasan SPM dan SPMV berbanding dengan pelajar daripada lulusan Politeknikatau pusat pengajian tinggi yang lain. Kebanyakkan daripada mereka yangmelanjutkan pelajaran ke menara gading seperti di KUiTTHO ini bukan sahajadisebabkan mereka berminat menambahkan ilmu pengetahuan, tetapi untukmeluaskan lagi skop pendidikan kejuruteraan dan taraf keijaya masing-masing.

    Ini adalah berdasarkan kepada matlamat negara yang menuju ke arahWawasan 2020 untuk melahirkan pelajar-pelajar yang cemerlang. Kecemerlanganini selalunya disokong oleh beberapa faktor yang dapat membantu ke arahpencapaian mereka ini. Antara faktor-faktor itu adalah seperti faktor kewangan,ciri-ciri kesihatan, sokongan dari ibu bapa dan keluarga, pengaruh rakan sebaya,hubungan baik dengan pensyarah, pengurusan masa yang cekap dan sebagainya.

    Contoh-contoh yang dapat dilihat adalah sekiranya ketiadaan bantuankewangan seperti pinjaman atau tajaan biasiswa dalam membantu kos semasapengajian boleh menggugat pencapaian pelajar-pelajar di dalam pembelajaran.Begitu juga dengan kesihatan yang berkait rapat dengan pencapaian pembelajaranmereka. Dalam pembelajaran di kampus IPTA ini, sokongan dan galakan daripadakeluarga iaitu ibubapa adalah penting untuk memberi semangat untuk terusmencapai kejayaan. Selain itu, sikap bekerjasama dengan rakan sebaya dalamperbincangan tugasan akan memberi kesan yang mendalam terhadappembelajarannya serta mempengaruhi perkembangan kognitif dan emosi. Inikerana sikap ialah pembawaan yang dipengaruhi oleh emosi untuk bergerakbalasdengan cara-cara yang tertentu terhadap seseorang, kumpulan dan sebagainya(Sharifah Alwiah, 1985).

  • 8/6/2019 Masalah pelajar

    20/24

    4

    Hubungan baik dengan pensyarahjuga adalah penting di dalampembelajaran iaitu selalu berjumpa pensyarah sekiranya menghadapi sebarangmasalah di dalam pembelajaran adalah salah satu faktor yang boleh membantuuntuk meningkatkan prestasi pelajar. Akhirnya, faktor pengurusan masa adalahamat penting di dalam proses pembelajaran. Ini kerana sekiranya masa diuruskandengan baik akan menyebabkan sesuatu tugasan yang dilaksanakan akan berjalanlancar, terancang dan akan sentiasa berasa tenang.

    Melalui kajian yang dijalankan ini, pengkaji akan cuba meninjau masalah-masalah yang dihadapi di dalam pembelajaran di salah sebuah Institusi PengajianTinggi Awam iaitu di KUiTTHO yang berkisarkan kepada faktor-faktor yangtelah dinyatakan ini.

    12 Penyataan Masalah

    Di dalam mencapai matlamat negara ini untuk melahirkan warganegaraMalaysia yang berketerampilan dan dapat memberi sumbangan ke arahpembangunan negara, maka perlulah kepada faktor-faktor yang mempengaruhikecemerlangan pelajar di dalam pembelajaran. Faktor-faktor seperti faktorkewangan, ciri-ciri kesihatan, keluarga, pengaruh rakan sebaya, pensyarah,pengurusan masa dan sebagainya. Faktor-faktor tersebut adalah penting keranatanpa faktor-faktor tersebut nescaya akan menyebabkan prestasi pembelajaranpelajar-pelajar akan tergugat dan sudah tentu mereka tidak berupayameningkatkan pencapaian mereka ke arah pembangunan negara.

    Berdasarkan pernyataan di atas, satu kajian dibuat untuk meninjaumengenai masalah-masalah yang dihadapi oleh pelajar. Ini adalah berdasarkankepada faktor-faktor yang mempengaruhi pencapaian pembelajaran bagi pelajar-pelajar yang mengambil kursus Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Elektrik.

  • 8/6/2019 Masalah pelajar

    21/24

  • 8/6/2019 Masalah pelajar

    22/24

    6

    1.5 Kepentingan Kajian

    Dengan membuat kajian terhadap pelajar-pelajar di tahun dua yangmengambil kursus Ijazah Saijana Muda Kejuruteraan Elektrik, kita akan dapatmengenalpasti masalah-masalah yang dihadapi oleh pelajar yang mempengaruhipencapaian pembelajaran yang dicapai. Ini kerana mereka ini telah melaluibeberapa peperiksaan semester. Oleh itu, sebagai pengkaji adalah berkeyakinanakan dapat memperolehi dan menganalisa setiap permasalahan yang timbul ini.Selain itu, ia boleh dijadikan asas untuk menilai keberkesanan pembelajaranpelajar-pelajar ini di Institusi Pengajian Tinggi seperti di KUiTTHO.

    Kajian yang dilakukan ini adalah penting sebagai panduan untuk pelajar-pelajar yang baru memulakan pembelajaran di KUiTTHO, selain itu, ia dapatmembantu pelajar Ijazah Saijana Muda Kejuruteraaan Elektrik, tahun duamemperbaiki prestasi sebelum mereka naik ke tahun tiga dan tahun-tahunseterusnya dengan masalah-masalah yang akan lebih mencabar.

    1.6 Skop Kajian

    Kajian ini hanya menumpukan perhatian kepada masalah-masalah yangdihadapi oleh pelajar-pelajar Ijazah Saijana Muda Kejuruteraan Elektrik di tahundua sahaja bagi sesi 2000/2001. Masalah-masalah ini adalah berdasarkan kepadafaktor-faktor yang mempengaruhi kecemerlangan pembelajaran di IPTA. Kajianini tidak dapat dilakukan kepada semua pelajar KUiTTHO. Ini adalah disebabkanoleh kesuntukan masa dan waktu yang diperuntukkan adalah terhad untukmembuat penganalisaan data.

  • 8/6/2019 Masalah pelajar

    23/24

  • 8/6/2019 Masalah pelajar

    24/24

    8

    1.7.4 Pencapaian

    Menurut Frederick G. Brown (1987), pencapaian adalah pengetahuan,pengertian dan ketrampilan yang dikuasai sebagai hasil pengalaman pendidikankhusus. Pengetahuan adalah sebagai bahagian tertentu dari informasi. Pengertianmempunyai implikasi kemampuan mengekspresikan pengetahuan ini ke berbagaicara, melihat hubungan dengan pengetahuan lain dan dapat mengaplikasikannyake situasi baru, contoh dan masalah. Ketrampilan kita ertikan sebagai mengetahuibagaimana mengeijakan sesuatu.

    1.7.5 Pembelajaran

    Kamus Dewan Bahasa D an Pustaka (1981) mentakrifkan pembelajaransebagai proses belajar. Belajar dinyatakan sebagai berusaha untuk memperolehiilmu pengetahuan dan menjalani latihan. Penakrifan begini tidak memadai darisegi psikologi pendidikan. Sesungguhnya aliran pemikiran semasa tentang prosespembelajaran adalah tertumpu kepada perubahan dan pengalaman.

    Menurut Gagne (1985), Pembelajaran boleh ditakrifkan sebagai perubahantingkahlaku yang agak tetap dan ia berlaku kerana pengalaman atau latihan yangditeguhkan. Pembelajaran berlaku apabila rangsangan diproses oleh otakseseorang individu untuk menjadi pengalaman. Pengalaman ini pula akandigunakan untuk sesuatu tingkahlaku atau tindakan. Selain itu, Pembelajaran jugaboleh difahami sebagai satu proses memperoleh pengetahuan, kemahiran, sikapdan nilai yang baru. Dengan pemerolehan perkara-perkara baru, tingkahlakuseseorang individu itu juga akan turut berubah.