kajian kategori masalah pelajar tahun satu, kolej … · rekreasi mengikut program pengajian jadual...

30
KAJIAN KATEGORI MASALAH PELAJAR TAHUN SATU, KOLEJ TUN RAZAK,UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA, SKUDAI, JOHOR HAIRIZA BINTI OTHMAN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Upload: ledan

Post on 10-Mar-2019

243 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

KAJIAN KATEGORI MASALAH PELAJAR TAHUN SATU, KOLEJ TUN RAZAK,UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA,

SKUDAI, JOHOR

HAIRIZA BINTI OTHMAN

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Psz 19:16 (pind. 1/07)

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS♦

JUDUL : KAJIAN KATEGORI MASALAH PELAJAR TAHUN SATU, KOLEJ TUN RAZAK, UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA, SKUDAI, JOHOR

SESI PENGAJIAN : 2008/2009

Saya HAIRIZA BINTI OTHMAN

(HURUF BESAR)

mengaku membenarkan tesis (PSM/ Sarjana/ Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut: 1. Tesis adalah hak milik Universiti Teknologi Malaysia 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk

tujuan pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran

antara institusi tinggi. 4. ** Sila tandakan (√ ) SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972) TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh organisasi/badan di mana penyelidikan

dijalankan)

TIDAK TERHAD Disahkan oleh

_______________________________ ____________________________ (TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA) Alamat Tetap : 3365,Jalan Sri Putri 10, PROF MADYA SYED MOHAMED SHAFEQ Taman Puteri, SYED MANSOR 81000 Kulai, Johor. Nama Penyelia Tarikh : Tarikh : _____________________________

CATATAN: * Potong yang tidak berkenaan

** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/ organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD.

♦ Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan, atau disertai bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan, atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM).

“Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan

saya karya ini adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan

penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains dan Komputer Serta

Pendidikan (Matematik)”

Tandatangan : ...............................................................

Nama Penyelia : PROF MADYA SYED MOHAMED SHAFEQ SYED MANSOR

Tarikh : ................................................................

KAJIAN KATEGORI MASALAH PELAJAR TAHUN SATU,

KOLEJ TUN RAZAK, UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA,

SKUDAI, JOHOR

HAIRIZA BINTI OTHMAN

Laporan projek ini dikemukakan

sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat

Penganugerahan Ijazah Sarjana Muda

Sains dan Komputer Serta Pendidikan (Matematik)

Fakulti Pendidikan

Universiti Teknologi Malaysia

APRIL 2009

ii

“Saya akui karya ini hasil kerja saya kecuali nukilan dan ringkasan

yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya”

Tandatangan :……………………………………….

Nama Penulis : HAIRIZA BINTI OTHMAN

Tarikh :……………………..……………….

iii

DEDIKASI

Kepada, ayahandaku tersayang, Haji Othman bin Sungip:

Segala dorongan dan bantuan amat anakanda hargai. Semoga ayahanda dipanjangkan

umur dan dirahmati Allah.

Kepada bonda mentuaku yang tersayang, Rahmah binti Jaafar:

Segala pengorbanan, sokongan dan bantuan amat dihargai. Semoga Allah panjangkan

umur bonda dengan kehidupan yang penuh rahmat.

Kepada suamiku yang disayangi, Mohd Zahrin Minhat, serta anak-anak

kesayanganku, Muhammad Syukri Haikal, Muhammad Syukril Hilmi dan

Muhammad Syukrin Hafiy:

Jutaan terima kasih kerana sabar menanti dari awal hingga tamat pengajian. Semoga

segala pengorbanan dan kesusahan yang kita hadapi bersama akan diredhai dan dirahmati

Allah.

Kepada saudara-mara dan sahabat handai :

Terima kasih yang tak terhingga kepada saudara-mara dan sahabat handai yang memberi

pertolongan, bimbingan dan nasihat dalam sepanjang berkursus di UTM. Segala jasa dan

budi baik kalian, semoga Allah jua yang membalasnya.

iv

PENGHARGAAN

“Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang”

Alhamdulillah syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah dan kurniaNya, PSM ini dapat disiapkan dengan jayanya. Segala puji bagi Allah Tuhan sekalian alam.

Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk merakamkan ucapan penghargaan

kepada pihak Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia di atas sumbangan pengurusan yang telah diberikan.

Jutaan ucapan terima kasih kepada penyelia PSM saya, Profesor Madya Syed

Mohamed Shafeq Syed Mansor di atas segala tunjuk ajar dan bimbingan sepanjang menyiapkan PSM ini. Segala bantuan yang telah diberikan oleh beliau menjadi panduan kepada saya dalam menyiapkan kajian ini.

Tidak lupa juga ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada pihak

pentadbiran Kolej Tun Razak terutama sekali Pengetua Kolej iaitu Profesor Madya Dr. Mohamad Sharif Haji Mustafa dan Penolong Pengurus Asrama iaitu Encik Zulkepli Jemain, serta Jawatan Kuasa Kolej Mahasiswa (JKM) dan ketua-ketua blok yang terlibat dalam memberikan kerjasama yang sangat baik dalam menjayakan kajian ini.

Akhir sekali, terima kasih kepada semua rakan-rakan seperjuangan yang telah

banyak memberi dorongan dan bantuan serta kepada mereka yang terlibat dalam menjayakan kajian ini samada secara langsung ataupun tidak. Semoga segala jasa dan bantuan yang kalian berikan akan mendapat balasan yang baik dari Allah.

v

ABSTRAK

Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti kategori masalah dan perbezaannya dari

segi demografi (program pengajian, jantina, bangsa, kelayakan akademik, aliran sekolah

menengah) di kalangan pelajar Tahun Satu Kolej Tun Razak, Universiti Teknologi

Malaysia, Skudai, Johor. Seramai 385 orang pelajar telah dipilih secara rawak untuk

menyertai kajian ini. Alat kajian yang digunakan ialah Senarai Semak Masalah Pelajar

(SSMP), dibangunkan oleh Syed Shafeq (2008), yang mengandungi 232 item. Nilai

kebolehpercayaan alat kajian ini adalah 0.94. Data yang diperolehi dianalisis dengan

menggunakan perisian ‘Statistical Package for the Social Sciences’ (SPSS 11.5). Teknik

statistik pemeratusan telah digunakan bagi menjawab persoalan kajian. Hasil kajian yang

diperolehi mendapati kategori masalah yang paling mengganggu responden adalah

Penyesuaian dan Kerjaya Masa Depan (67.3%), dikuti Moral dan Agama (56.7%) dan

Kegiatan Sosial dan Rekreasi (53.6%). Manakala kategori masalah yang paling kurang

mengganggu responden pula ialah Kewangan, Keadaan Kehidupan dan Pekerjaan

(35.9%), dikuti Kurikulum dan Kaedah Pengajaran (34.8%) dan Kesihatan dan

Pertumbuhan Jasmani (33.5%). Berdasarkan analisis, didapati kategori masalah yang

menganggu responden dari segi demografi (program pengajian, jantina, bangsa,

kelayakan akademik, aliran sekolah menengah) adalah sama iaitu penyesuaian dan

kerjaya masa depan. Namun terdapat perbezaan, kategori masalah yang paling kurang

menganggu responden dari segi demografi (program pengajian, jantina, bangsa dan aliran

sekolah). Oleh itu beberapa cadangan dikemukakan untuk mengatasi masalah tersebut.

vi

ABSTRACT

The purpose of this study is to identify the categories of problems faced by the

first year student of Tun Razak College, Malaysia University of Technology, Skudai,

Johor. Besides that, it is to identify the differences of the category problems based on

demography (course, gender, race, academic qualification, secondary school’s streaming).

A total of 385 students were randomly chosen as respondents for this study. The

instrument being used is Student Problem Check List (SPCL) create by Syed Shafeq

(2008), containing 232 items. The reliability of this instrument is 0.94. The data collected

were processed using the ‘Statistical Package For The Social Science’, Version 11.5

(SPSS 11.5 program). Statistical percentages technique was used to answer the research

questions. From the study, it was found that the most distracting factors faced by the

respondents were familiarizing and future careers (67.3%), followed by moral and

religion (56.7%) and social activities and recreation (53.6%). The less distracting factors

were financial, living conditions and employment (35.9%), followed by curriculum and

teaching methods (34.8%), health and physical development (33.5%). From the analysis,

there are not differences the most distracting factors faced by the respondents based on

demography (course, gender, race, academic qualification, secondary school’s streaming)

were familiarizing and future careers. However, there are differences the less distracting

factors faced by the respondents based on demography (course, gender, race, secondary

school’s streaming). Therefore, few suggestions were proposed to overcome the

distracting factors.

vii

KANDUNGAN

BAB PERKARA

PENGAKUAN PENULIS

DEDIKASI

PENGHARGAAN

ABSTRAK

ABSTRACT

KANDUNGAN

SENARAI JADUAL

SENARAI SINGKATAN

SENARAI LAMPIRAN

1 PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

1.2 Latar Belakang Masalah

1.3 Penyataan Masalah

1.4 Objektif Kajian

1.5 Persoalan Kajian

1.6 Batasan Kajian

1.7 Kepentingan Kajian

1.8 Definisi Istilah

1.9 Penutup

MUKA SURAT

ii

iii

iv

v

vi

vii

x

xix

xxi

1

1

2

4

5

6

6

7

10

12

viii

2 SOROTAN PENULISAN

2.1 Pengenalan

2.2 Kajian Dalam Negara

2.3 Kajian Luar Negara

2.4 Penutup

3 METODOLOGI KAJIAN

3.1 Pengenalan

3.2 Reka Bentuk Kajian

3.3 Populasi dan Sampel Kajian

3.31 Cara Persampelan

3.4 Tempat Kajian

3.5 Instrumen Kajian

3.5.1 Alatukur Bahagian A (Biodata)

3.5.2 Alatukur Bahagian B (Kategori Masalah)

3.5.3 Kesahan Instrumen Kajian

3.5.4 Kebolehpercayaan Instrumen Kajian

3.5.5 Prosedur Kajian

3.6 Pengelolaan Kajian

3.6.1 Pemprosesan Data

3.7 Analisis Data

3.8 Jangkamasa Kajian

3.9 Penutup

13

13

13

19

20

21

21

21

23

23

23

24

25

25

25

26

27

28

28

29

29

29

ix

4 ANALISIS DATA DAN KEPUTUSAN

4.1 Pengenalan

4.2 Keputusan Kajian

4.3 Kebolehpercayaan Instrumen Kajian

4.4 Bahagian A-Analisis Latar Belakang

Responden

4.5 Bahagian B-Laporan Analisis

4.5.1 Analisis Kategori Masalah

4.5.1 Analisis Perbezaan Kategori Masalah

4.6 Penutup

5 PERBINCANGAN, RUMUSAN DAN

CADANGAN

5.1 Pengenalan

5.2 Perbincangan

5.3 Rumusan

5.4 Cadangan

5.4.1 Pelajar

5.4.2 Ibu Bapa/keluarga

5.4.3 Universiti/Kolej

5.5 Cadangan kajian lanjutan

5.6 Penutup

RUJUKAN

LAMPIRAN

Lampiran A – E

30

30

31

31

32

36

36

48

99

100

100

100

103

105

106

107

107

108

109

110

114-129

x

SENARAI JADUAL

NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT

Jadual 3.1 Taburan Item Soalan bagi Persoalan Kajian

Jadual 3.2 Blok Kediaman Pelajar Lelaki dan Perempuan

Jadual 3.3 Nilai ‘Alpha’ bagi 11 Kategori Masalah

Jadual 4.1 Nilai ‘Alpha’ bagi 11 Kategori Masalah

dalam kajian ini

Jadual 4.2 Taburan bilangan responden mengikut

program pengajian

Jadual 4.3 Taburan bilangan responden mengikut jantina

Jadual 4.4 Taburan bilangan responden mengikut bangsa

Jadual 4.5 Taburan bilangan responden mengikut kelayakan

akademik

Jadual 4.6 Taburan bilangan responden mengikut aliran

sekolah menengah

MUKA SURAT

22

24

26

32

33

33

34

34

35

xi

Jadual 4.7 Analisis responden dalam kategori masalah

mengikut peratusan tertinggi hingga terendah

Jadual 4.8 Peratusan pelajar Tahun Satu Kolej Tun Razak yang

menghadapi masalah dalam kategori Kesihatan dan

Pertumbuhan Jasmani (S01-S16)

Jadual 4.9 Peratusan pelajar Tahun Satu Kolej Tun Razak yang

menghadapi masalah dalam kategori kewangan,

keadaan kehidupan dan pekerjaan (S17-S38)

Jadual 4.10 Peratusan pelajar Tahun Satu Kolej Tun Razak yang

menghadapi masalah dalam kategori Kegiatan

Sosial dan Rekreasi (S39-S65)

Jadual 4.11 Peratusan pelajar Tahun Satu Kolej Tun Razak yang

menghadapi masalah dalam Kategori Perhubungan

Psikologi Sosial (S66-S88)

Jadual 4.12 Peratusan pelajar Tahun Satu Kolej Tun Razak yang

menghadapi masalah dalam Kategori Perhubungan

Peribadi dan Psikologi

(Emosi) (S89-S112)

Jadual 4.13 Peratusan pelajar Tahun Satu Kolej Tun Razak yang

menghadapi masalah dalam Kategori Pergaulan

Muda-mudi, Perkahwinan dan Seks (S113-S135)

36

37

38

39

40

41

42

xii

Jadual 4.14 Peratusan pelajar Tahun Satu Kolej Tun Razak yang

menghadapi masalah dalam Kategori Rumahtangga

dan Kekeluargaan (S136-S149)

Jadual 4.15 Peratusan pelajar Tahun Satu Kolej Tun Razak yang

menghadapi masalah dalam Kategori Moral dan

Keagamaan (S150-S164)

Jadual 4.16 Peratusan pelajar Tahun Satu Kolej Tun Razak yang

menghadapi masalah dalam Kategori

PenyesuaianTerhadap Kerja dalam Bilik Kuliah

(S165-S190)

Jadual 4.17 Peratusan pelajar Tahun Satu Kolej Tun Razak yang

menghadapi masalah dalam Kategori Penyesuaian

dan Kerjaya Masa Depan

(S191-S208)

Jadual 4.18 Peratusan pelajar Tahun Satu Kolej Tun Razak yang

menghadapi masalah dalam Kategori Kurikulum

dan Kaedah Pengajaran (S209-S232)

Jadual 4.19 Lima masalah utama Kategori Kesihatan dan

pertumbuhan jasmani mengikut program pengajian

Jadual 4.20 Lima masalah utama Kategori Kewangan, Keadaan

Kehidupan dan Pekerjaan mengikut program

pengajian

43

44

45

46

47

48

49

xiii

Jadual 4.21 Lima masalah utama Kategori Kegiatan Sosial dan 50

Rekreasi mengikut program pengajian

Jadual 4.22 Lima masalah utama Kategori Perhubungan

Psikologi Sosial mengikut program pengajian

Jadual 4.23 Lima masalah utama Kategori Peribadi dan

Psikologi (Emosi) mengikut program pengajian

Jadual 4.24 Lima masalah utama Kategori Pergaulan Muda

Mudi, Perkahwinan dan Seks mengikut program

pengajian

Jadual 4.25 Lima masalah utama Kategori Rumahtangga dan 54

Kekeluargaan mengikut program pengajian

Jadual 4.26 Lima masalah utama Kategori Moral dan Agama 55

mengikut program pengajian

Jadual 4.27 Lima masalah utama Kategori Penyesuaian

Terhadap Kerja dalam Bilik Kuliah mengikut

program pengajian

Jadual 4.28 Lima masalah utama Kategori Penyesuaian dan 57

Kerjaya Masa Depan mengikut program pengajian

Jadual 4.29 Lima masalah utama Kategori Kurikulum dan 58

Kaedah Pengajaran mengikut program pengajian

51

52

53

56

xiv

Jadual 4.30 Lima masalah utama Kategori Kesihatan dan 59

Pertumbuhan Jasmani mengikut bangsa

Jadual 4.31 Lima masalah utama Kategori Kewangan, Keadaan

Kehidupan dan Pekerjaan mengikut bangsa

Jadual 4.32 Lima masalah utama Kategori Kegiatan Sosial dan 60

Rekreasi mengikut bangsa

Jadual 4.33 Lima masalah utama Kategori Perhubungan

Psikologi Sosial mengikut bangsa

Jadual 4.34 Lima masalah utama Kategori Peribadi dan

Psikologi (Emosi) mengikut bangsa

Jadual 4.35 Lima masalah utama Kategori Pergaulan Muda

Mudi, Perkahwinan dan Seks mengikut bangsa

Jadual 4.36 Lima masalah utama Kategori Rumahtangga dan 63

Kekeluargaan mengikut bangsa

Jadual 4.37 Lima masalah utama Kategori Moral dan Agama 64

mengikut bangsa

Jadual 4.38 Lima masalah utama Kategori Penyesuaian

Terhadap Kerja dalam Bilik Kuliah mengikut

bangsa

Jadual 4.39 Lima masalah utama Kategori Penyesuaian dan 65

Kerjaya Masa Depan mengikut bangsa

59

61

62

62

65

xv

Jadual 4.40 Lima masalah utama Kategori Kurikulum dan

Kaedah Pengajaran mengikut bangsa

Jadual 4.41 Lima masalah utama Kategori Kesihatan dan 67

Pertumbuhan Jasmani mengikut jantina

Jadual 4.42 Lima masalah utama Kategori Kewangan, Keadaan

Kehidupan dan Pekerjaan mengikut jantina

Jadual 4.43 Lima masalah utama Kategori Kegiatan Sosial dan

Rekreasi mengikut jantina

Jadual 4.44 Lima masalah utama Kategori Perhubungan 69

Psikologi Sosial mengikut jantina

Jadual 4.45 Lima masalah utama Kategori Peribadi dan 70

Psikologi (Emosi) mengikut jantina

Jadual 4.46 Lima masalah utama Kategori Pergaulan Muda

Mudi, Perkahwinan dan Seks mengikut jantina

Jadual 4.47 Lima masalah utama Kategori Rumahtangga

dan Kekeluargaan mengikut jantina

71

Jadual 4.48 Lima masalah utama Kategori Moral dan

Agama mengikut jantina

72

Jadual 4.49 Lima masalah utama Kategori Penyesuaian

Terhadap Kerja dalam Bilik Kuliah mengikut

jantina

66

68

68

71

73

xvi

Jadual 4.50 Lima masalah utama Kategori Penyesuaian dan 74

Kerjaya Masa Depan mengikut jantina

Jadual 4.51 Lima masalah utama Kategori Kurikulum dan 74

Kaedah Pengajaran mengikut jantina

Jadual 4.52 Lima masalah utama Kategori Kesihatan dan 75

Pertumbuhan Jasmani mengikut kelayakan

Jadual 4.53 Lima masalah utama Kategori Kewangan, Keadaan

Kehidupan dan Pekerjaan mengikut kelayakan

Jadual 4.54 Lima masalah utama Kategori Kegiatan Sosial dan 77

Rekreasi mengikut kelayakan

Jadual 4.55 Lima masalah utama Kategori Perhubungan

Psikologi Sosial mengikut kelayakan

Jadual 4.56 Lima masalah utama Kategori Peribadi dan

Psikologi (Emosi) mengikut kelayakan

Jadual 4.57 Lima masalah utama Kategori Pergaulan Muda

Mudi, Perkahwinan dan Seks mengikut kelayakan

Jadual 4.58 Lima masalah utama Kategori Rumahtangga dan 80

Kekeluargaan mengikut kelayakan

Jadual 4.59 Lima masalah utama Kategori Moral dan Agama 80

mengikut kelayakan

76

77

78

79

xvii

Jadual 4.60 Lima masalah utama Kategori Penyesuaian 81

Terhadap Kerja dalam Bilik Kuliah mengikut

kelayakan

Jadual 4.61 Lima masalah utama Kategori Penyesuaian dan 82

Kerjaya Masa Depan mengikut kelayakan

Jadual 4.62 Lima masalah utama Kategori Kurikulum dan

Kaedah Pengajaran mengikut kelayakan

83

Jadual 4.63 Lima masalah utama Kategori Kesihatan dan 83

Pertumbuhan Jasmani mengikut aliran sekolah

Jadual 4.64 Lima masalah utama Kategori Kewangan, Keadaan

Kehidupan dan Pekerjaan mengikut aliran sekolah

Jadual 4.65 Lima masalah utama Kategori Kegiatan Sosial 85

dan Rekreasi mengikut aliran sekolah

Jadual 4.66 Lima masalah utama Kategori Perhubungan 86

Psikologi Sosial mengikut aliran sekolah

Jadual 4.67 Lima masalah utama Kategori Peribadi dan

Psikologi (Emosi) mengikut aliran sekolah

Jadual 4.68 Lima masalah utama Kategori Pergaulan Muda

Mudi, Perkahwinan dan Seks mengikut aliran

sekolah

84

87

88

xviii

Jadual 4.69 Lima masalah utama Kategori Rumahtangga dan 89

Kekeluargaan mengikut aliran sekolah

Jadual 4.70 Lima masalah utama Kategori Moral dan Agama 90

mengikut aliran sekolah

Jadual 4.71 Lima masalah utama Kategori Penyesuaian

Terhadap Kerja dalam Bilik Kuliah mengikut aliran

sekolah

Jadual 4.72 Lima masalah utama Kategori Penyesuaian dan

Kerjaya Masa Depan mengikut aliran sekolah

Jadual 4.73 Lima masalah utama Kategori Kurikulum dan

Kaedah Pengajaran mengikut aliran sekolah

Jadual 4.74 Analisis perbandingan peratusan kategori masalah

mengikut program pengajian

Jadual 4.75 Analisis perbandingan peratusan kategori masalah

mengikut jantina

Jadual 4.76 Analisis perbandingan peratusan kategori masalah

mengikut bangsa

Jadual 4.77 Analisis perbandingan peratusan kategori masalah

mengikut kelayakan akademik

Jadual 4.78 Analisis perbandingan peratusan kategori masalah

mengikut aliran sekolah menengah

91

92

93

95

96

96

97

98

xix

SENARAI SINGKATAN

PTPTN Pinjaman Tabung Pendidikan Tinggi Nasional

IPTA Institusi Pengajian Tinggi Awam

UTM Universiti Teknologi Malaysia

NGO Non-Government Organization

UM Universiti Malaya

UKM Universiti Kebangsaan Malaysia

IPT Institusi Pengajian Tinggi

MPCL Mooney Problem Check List

SPCL Student Problem Check List

SSMP Senarai Semak Masalah Pelajar

JKM Jawatankuasa Kolej Mahasiswa

SPSS Statistical Package For the Social Sciences

STPM Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia

xx

SSH Sarjana Muda Fizik Kesihatan

SHR Sarjana Muda Sains Pengurusan dan

Pembangunan Sumber Manusia

SHY Sarjana Muda Psikologi (Industri dan Organisasi)

xxi

SENARAI LAMPIRAN

LAMPIRAN TAJUK MUKA SURAT A Jadual Krejcie R.V dan Morgan D.W 114 B Naskah Soal Selidik 115 C Surat Memohon Kebenaran Mendapatkan Maklumat 123 D Surat Kebenaran Mengedarkan Soal Selidik 124 E Kolej Tun Razak, Muatan Asrama 126

BAB 1

PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan Pada umumnya sesuatu perkara itu akan dianggap sebagai masalah apabila sebahagian

besar daripada ahli masyarakat ataupun sekumpulan masyarakat yang mempunyai

pengaruh merasakan bahawa perkara yang berlaku itu tidak baik dan bercanggah dengan

nilai dan norma kehidupan masyarakat. Lanjutan daripada itu, masyarakat dan kumpulan

yang terlibat bersetuju untuk merubah ataupun memperbetulkan keadaan berkenaan.

Berdasarkan kepada penyataan di atas, masalah sebenarnya bersifat subjektif dan

ianya boleh berubah mengikut keadaan, tempat dan masa. Mungkin pada suatu ketika

perkara yang berlaku dianggap sebagai masalah dan dalam masa yang lain, perkara yang

sama tidak dianggap sedemikian. Menurut Shatar Sabran (2003), memang sukar untuk

menidakkan bahawa dunia pada hari ini penuh dengan pelbagai masalah, sama ada kecil

atau besar. Hampir semua golongan masyarakat mempersetujui akan senario ini. Tidak

kira sama ada mereka berada di golongan atasan ataupun bawahan seperti doktor,

peguam, ahli perniagaan, kerani, tukang kebun dan sebagainya, bersetuju bahawa dunia

hari ini tidak bebas daripada pelbagai masalah.

Oleh yang demikian, tidak mustahil sekiranya, pelajar universiti juga menghadapi

pelbagai masalah. Sehubungan dengan itu, menurut Ahmad Redzuan Yunus (2003),

sebagai manusia yang dianugerahkan oleh Allah S.W.T dengan akal fikiran yang waras,

maka manusia dituntut untuk mencari jalan penyelesaian ke atas fenomena ini. Justeru itu,

2

kajian perlu dilaksanakan bagi meninjau masalah-masalah yang dihadapi oleh pelajar

universiti terutamanya pelajar Universiti Teknologi Malaysia bagi mengenalpasti masalah

mereka dan mencari jalan penyelesaiannya.

1.2 Latarbelakang Masalah

Universiti Teknologi Malaysia merupakan pusat perkembangan pendidikan yang

menyediakan pelbagai kemudahan pendidikan yang sempurna, moden dan sistematik

serta menjadi pilihan utama para pelajar. Pelbagai kursus disediakan di pusat pengajian

ini dengan kemudahan prasarana yang memuaskan. Pusat pengajian ini menyediakan 17

buah kolej-kolej kediaman pelajar yang sempurna dan selesa. Di antara kolej-kolej

kediaman yang terdapat di sini ialah Kolej Tun Razak, Kolej Tun Dr. Ismail, Kolej Tun

Fatimah, Kolej Tun Hussein Onn, Kolej Seri Endon, Kolej Tun Ghafar Baba dan

sebagainya.

Kedudukan kolej-kolej ini adalah berbeza. Bagi yang berhampiran dengan pusat

pengajian, ianya didiami oleh ramai pelajar terutamanya pelajar tahun satu hingga tahun

empat. Kolej Tun Razak merupakan salah satu daripada kolej yang berhampiran dengan

pusat pengajian. Kolej ini juga dikenali sebagai Kolej Ketiga dan Kolej Kampung Cengal.

Pengetua kolej ini merupakan Profesor Madya Dr. Mohamed Sharif bin Haji Mustafa dan

dibantu oleh Penolong Pengurus Asrama, Encik Zulkepli bin Jemain serta 5 orang felo

dan 3 orang pembantu Penyelia Asrama. Kolej ini menyediakan kemudahan infrastruktur

yang selesa dan mencukupi untuk pelajar seperti surau, dewan makan, kedai runcit, kedai

mesin fotostat, wakil pos, kedai kek dan kafeteria. Sungguhpun kolej ini menyediakan

pelbagai kemudahan dan penginapan yang selesa kepada pelajar-pelajar namun ianya

tidak dapat menghapuskan masalah yang dihadapi oleh pelajar-pelajar yang tinggal di

kolej ini secara menyeluruh.

Kolej Tun Razak menyediakan pelbagai jenis tempat kediaman seperti pangsapuri,

pangsa besar, pangsa sederhana dan pangsa kecil. Ianya mempunyai seramai 1500 orang

3

penghuni yang terdiri daripada pelbagai bangsa, jantina yang mempunyai demografi

yang berbeza. Daripada jumlah tersebut, terdapat seramai 385 orang pelajar tahun satu

yang tinggal di kolej ini yang berumur dalam lingkungan 19 hingga 22 tahun. Mereka

merupakan pelajar yang telah mendapat pendidikan dari kolej matrikulasi, tingkatan enam

atau kolej-kolej yang diiktiraf. Walaupun pelajar tahun satu telah remaja tetapi tanpa

pengawasan ibu bapa mereka menghadapi pelbagai masalah, terutamanya dari segi

kesihatan, kewangan, hiburan, sosial, peribadi, seks, keluarga, akhlak, pengajian, kerjaya

dan pengajaran.

Menurut Haslinda Abdullah (2000), kebanyakan mereka yang terlibat dengan masalah

merupakan mereka yang mempunyai sejarah hidup yang penuh konflik. Keluarga sebagai

unit yang paling hampir merupakan tonggak utama dalam mengawal serta mendidik

anak-anak. Jika terabai, keadaan ini akan memusnahkan bangsa dan negara.

Pelajar universiti pada awal tahun pengajian menghadapi pelbagai masalah

disebabkan proses transisi kehidupan mereka di universiti (Mastura Mahfar, 2007).

Senario ini dapat dilihat apabila terdapat sesetengah golongan pelajar yang menunjukkan

kecemerlangan akademik di peringkat persekolahan tetapi tidak dapat mengekalkan

pencapaian yang baik apabila berada di universiti. Persaingan yang sengit dalam

mengajar akademik telah memberikan tekanan yang tinggi kepada pelajar dalam

merealisasikan wawasan mereka. Selain itu, faktor persekitaran, persaingan kerjaya,

hubungan interpersonal dan cara pemikiran pelajar boleh menimbulkan pelbagai masalah

kepada pelajar.

Oleh itu amatlah penting untuk melihat masalah sebenar yang dihadapi oleh pelajar-

pelajar terutamanya pelajar tahun satu yang tinggal di Kolej Tun Razak agar mereka

lebih berupaya menjadi generasi yang seimbang, bermoral, berkemahiran tinggi dan

mempunyai sahsiah yang mulia. Ianya sejajar dengan hasrat falsafah pendidikan negara

yang berhasrat melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi interlek, rohani,

jasmani, emosi dan sahsiah.

4

1.3 Penyataan Masalah

Secara umumnya kebanyakan pelajar-pelajar yang mengikuti kursus yang ditawarkan

oleh Universiti Teknologi Malaysia merupakan mereka yang terpilih dan mempunyai

pencapaian akademik yang cemerlang semasa di sekolah menengah dan seterusnya di

kolej matrikulasi.

Walaupun mereka mempunyai kecemerlangan akademik, ianya tidak menjamin

mereka bebas daripada sebarang masalah. Berdasarkan temubual dengan Encik Zulkepli

Jemain, Penolong Pengurus Asrama Kolej Tun Razak, beliau menyatakan bahawa

masalah pelajar masa kini bukanlah disebabkan masalah kewangan kerana mereka

mendapat kemudahan Pinjaman Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) tetapi

masalah utama mereka pada masa kini adalah mereka menghadapi masalah untuk

menguruskan kewangan tersebut dengan sebaiknya. Desakan dan pengaruh kawan-kawan

telah mengakibatkan sesetengah pelajar membeli keperluan tidak mengikut kemampuan

mereka seperti membeli pakaian yang berjenama, telefon bimbit yang canggih dan ada di

antara mereka yang suka berseronok di hujung minggu. Keadaan ini akan mengundang

pelbagai masalah terutamanya masalah kewangan dan seterusnya kepada masalah-

masalah yang lain seperti masalah peribadi, kesihatan, kerjaya, pengajian dan keluarga.

Selain daripada itu, menurut Penolong Pengurus Asrama Kolej Tun Razak itu lagi,

masalah perkauman tidak lagi wujud di kalangan pelajar yang tinggal di Kolej Tun

Razak. Namun mereka masih tidak boleh bergaul mesra di antara satu sama lain.

Pendapat ini juga pernah dinyatakan oleh Profesor Dato’ Abdul Samad Hadi dalam kertas

kerja beliau bertajuk Senario Semasa Pelajar Melayu di IPTA iaitu walaupun secara

zahirnya, hubungan pelajar-pelajar Melayu dan pelajar bukan Melayu adalah baik tetapi

mereka masih belum menerima, tinggal bersama dalam satu bilik di kolej kediaman,

belajar secara berkumpulan dan makan di kantin secara bersama.

Menurut Encik Zulkepli Jemain lagi, terdapat sebilangan pelajar yang menghadapi

masalah krisis identiti yang terpengaruh dengan kumpulan-kumpulan tertentu seperti

5

kumpulan lelaki lembut atau perempuan tomboy. Walaupun hanya sebilangan pelajar

yang menghadapi masalah ini, ianya akan memberi impak kepada pelajar lain sekiranya

masalah ini tidak dibendung dari awal. Selain daripada itu, terdapat juga pelajar yang

menjadi mangsa buli dan memeras ugut. Namun, sehingga kini tiada bukti yang sahih

tentang masalah ini.

Segala masalah-masalah yang dinyatakan oleh Encik Zulkepli Jemain, Penolong

Pengurus Asrama Kolej Tun Razak mungkin dihadapi oleh pelajar-pelajar yang tinggal

di Kolej Tun Razak. Justeru itu, melalui kajian ini diharap masalah-masalah yang

dihadapi oleh pelajar-pelajar yang tinggal di Kolej Tun Razak dapat dikenalpasti dan

ditangani dengan segera oleh pihak-pihak tertentu seterusnya pelajar dapat menumpukan

perhatian terhadap pelajaran sepenuhnya bagi memperolehi pencapaian akademik dan

sahsiah yang cemerlang .

1.4 Objektif Kajian

Secara umumnya objektif kajian ini adalah untuk meninjau kategori masalah di

kalangan pelajar tahun satu yang tinggal di Kolej Tun Razak, Universiti Teknologi

Malaysia, Skudai, Johor.

Objektif kajian secara amnya adalah untuk :

1.4.1 Mengenalpasti kategori-kategori masalah yang dihadapi oleh pelajar tahun satu

Kolej Tun Razak.

1.4.2 Mengenalpasti perbezaan kategori masalah dari segi faktor demografi (program

pengajian, jantina, bangsa, kelayakan akademik, aliran sekolah menengah).

6

1.5 Persoalan Kajian

Soalan-soalan yang menjadi panduan kajian ini adalah seperti berikut:

1.5.1 Apakah kategori-kategori masalah yang dihadapi oleh pelajar-pelajat tahun satu

yang tinggal di Kolej Tun Razak?

1.5.2 Adakah terdapat perbezaan kategori masalah dari segi faktor demografi yang

terpilih (program pengajian, jantina, bangsa, kelayakan akademik, aliran sekolah

menengah)?

1.6 Batasan Kajian

Dalam melaksanakan kajian ini terdapat beberapa batasan khususnya bagi

mendapatkan maklumat untuk dimuatkan dalam kajian ini. Antara kajian tersebut ialah :

1.6.1 Kajian ini tertumpu di Universiti Teknologi Malaysia, Skudai, Johor sahaja.

1.6.2 Kajian ini hanya dilaksanakan di Kolej Tun Razak sahaja.

1.6.3 Kajian ini hanya dilaksanakan kepada pelajar tahun satu yang tinggal di

Kolej Tun Razak sahaja.

1.7 Kepentingan Kajian

Kajian ini adalah penting bagi melihat kategori masalah yang dihadapi oleh pelajar-

pelajar tahun satu yang tinggal di Kolej Tun Razak. Melaluinya masalah pelajar boleh

ditangani dengan segera, agar pelajar dapat memberi tumpuan terhadap pencapaian