pencapaian penyelesaian masalah fizik oleh … · pencapaian penyelesaian masalah fizik oleh...

24

Upload: duongtu

Post on 19-Mar-2019

261 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: PENCAPAIAN PENYELESAIAN MASALAH FIZIK OLEH … · PENCAPAIAN PENYELESAIAN MASALAH FIZIK OLEH PELAJAR ... Senarai Graf xiii Senarai ... 4. 8 Ujian T 50 . 4.9
Page 2: PENCAPAIAN PENYELESAIAN MASALAH FIZIK OLEH … · PENCAPAIAN PENYELESAIAN MASALAH FIZIK OLEH PELAJAR ... Senarai Graf xiii Senarai ... 4. 8 Ujian T 50 . 4.9
Page 3: PENCAPAIAN PENYELESAIAN MASALAH FIZIK OLEH … · PENCAPAIAN PENYELESAIAN MASALAH FIZIK OLEH PELAJAR ... Senarai Graf xiii Senarai ... 4. 8 Ujian T 50 . 4.9

PENCAPAIAN PENYELESAIAN MASALAH FIZIK OLEH PELAJAR

KRITIS DAN KREATIF DALAM KALANGAN PELAJAR

TINGKATAN EMPAT DI SKUDAI

NOORIDAYU BINTI MASKURI

Tesis Ini Disampaikan Sebagai Memenuhi Syarat Penganugerahan

Ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (FIZIK)

FAKULTI PENDIDIKAN

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

APRIL, 2009

Page 4: PENCAPAIAN PENYELESAIAN MASALAH FIZIK OLEH … · PENCAPAIAN PENYELESAIAN MASALAH FIZIK OLEH PELAJAR ... Senarai Graf xiii Senarai ... 4. 8 Ujian T 50 . 4.9
Page 5: PENCAPAIAN PENYELESAIAN MASALAH FIZIK OLEH … · PENCAPAIAN PENYELESAIAN MASALAH FIZIK OLEH PELAJAR ... Senarai Graf xiii Senarai ... 4. 8 Ujian T 50 . 4.9

v

ABSTRAK

Kemahiran menyelesaikan masalah merupakan satu komponen penting dalam

strategi berfikir pelajar sepertimana yang terkandung dalam Model Kemahiran Berfikir

Pusat Pembangunan Kurikulum (PPK). Sehubungan dengan itu, satu kajian dijalankan

untuk mengenalpasti tahap pencapaian penyelesaian masalah Fizik pelajar tingkatan

empat di samping mengenalpasti gaya pemikiran mereka. Seramai 100 orang pelajar

tingkatan empat aliran sains tulen dari sekolah-sekolah sekitar Skudai telah dipilih

sebagai responden kajian. Seramai 33 orang daripadanya adalah pelajar lelaki dan 67 lagi

adalah pelajar perempuan. Pembolehubah bebas dalam kajian ini ialah jantina dan

kemahiran berfikir pelajar. Alat kajian yang digunakan ialah set soal selidik item kritis

kreatif yang terdiri daripada 30 item dan set Ujian Pencapaian Penyelesaian Masalah

Fizik yang mengandungi dua soalan penyelesaian masalah. Kebolehpercayaan set ujian

ini ialah α = 0.74. Data-data kajian dianalisis dalam bentuk statistik mudah seperti min,

kekerapan dan peratusan dengan menggunakan perisian SPSS versi 17.0. Secara

keseluruhannya, dapatan kajian menunjukkan tahap pencapaian penyelesaian masalah

Fizik oleh pelajar kritis dan kreatif adalah pada tahap sederhana. Analisis data turut

menunjukkan bahawa tidak terdapat perbezaan yang signifikan merentas jantina dalam

pencapaian penyelesaian masalah Fizik. Keputusan akhir juga mendapati bahawa tidak

terdapat terdapat perbezaan yang signifikan antara pelajar kritis dan pelajar kreatif dalam

pencapaian penyelesaian masalah Fizik mereka. Kesimpulannya, pencapaian

penyelesaian masalah Fizik oleh pelajar tingkatan empat di sekolah-sekolah yang terlibat

berada pada tahap sederhana.

Page 6: PENCAPAIAN PENYELESAIAN MASALAH FIZIK OLEH … · PENCAPAIAN PENYELESAIAN MASALAH FIZIK OLEH PELAJAR ... Senarai Graf xiii Senarai ... 4. 8 Ujian T 50 . 4.9

vi

ABSTRACT

Problem solving skill is one of the important elements in student’s thinking skill

as stated in Model Kemahiran Berfikir Secara Kritis Kreatif by Pusat Pembangunan

Kurikulum (PPK). The purpose of this study is to find out the level of student’s

achievement in solving Physics problems among form four students beside identifying

their thinking skill. The respondents of this study were 100 students (33 male and 67

female) chosen among the form four science stream students from the selected secondary

school in Skudai. The independent variables in this study were gender and thinking skills.

The instrument used in this study consists of 30 creative and critical thinking items and a

set of Ujian Pencapaian Penyelesaian Masalah Fizik(UPPMF) which consists of two

Physics questions. The reliability of UPPMF was α = 0.74. The data was analyzed by

SPSS version 17.0 using simple statistics in the form of means, frequencies and

percentages. Overall, the level of both creative and critical thinking students’

achievement in solving Physics problem were moderate. The finding also indicated that

there were no significance differences across the gender as well as between the creative

and critical thinking students. In conclusion, the level of solving Physics problem among

the form four students in the selected school was moderate.

Page 7: PENCAPAIAN PENYELESAIAN MASALAH FIZIK OLEH … · PENCAPAIAN PENYELESAIAN MASALAH FIZIK OLEH PELAJAR ... Senarai Graf xiii Senarai ... 4. 8 Ujian T 50 . 4.9

vii

KANDUNGAN

BAB PERKARA MUKA SURAT

Judul i

Pengakuan ii

Dedikasi iii

Penghargaan iv

Abstrak v

Abstract vi

Kandungan vii

Senarai Jadual xi

Senarai Graf xiii

Senarai Rajah xiv

Daftar Singkatan/ Simbol/ Istilah xv

Senarai Lampiran xvi

BAB I PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan 1

1.2 Latar Belakang Masalah 3

Page 8: PENCAPAIAN PENYELESAIAN MASALAH FIZIK OLEH … · PENCAPAIAN PENYELESAIAN MASALAH FIZIK OLEH PELAJAR ... Senarai Graf xiii Senarai ... 4. 8 Ujian T 50 . 4.9

viii

1.3 Pernyataan Masalah 5

1.4 Kepentingan Kajian 6

1.5 Objektif Kajian 7

1.6 Persoalan Kajian 8

1.7 Hipotesis Kajian 8

1.8 Definisi 9

1.8.1 Penyelesaian 9

1.8.2 Masalah 9

1.8.3 Penyelesaian Masalah 9

1.8.4 Kemahiran Berfikir 10

1.8.5 Kemahiran Berfikir Kritis 10

1.8.6 Kemahiran Berfikir Kreatif 10

1.8.7 Fizik 11

BAB II SOROTAN PENULISAN

2.1 Pengenalan 12

2.2 Konsep Berfikir 13

2.3 Model Kemahiran Berfikir PPK 18

2.4 Kemahiran Berfikir Kritis 18

2.5 Kemahiran Berfikir Kreatif 23

2.6 Kemahiran Menyelesaikan Masalah 27

2.7 Kepentingan KBKK 29

2.8 Kajian-kajian Lepas 30

2.8.1 Kajian Tentang Tahap Penguasaan 30

Kemahiran Berfikir Kritis Kreatif

Pelajar

2.8.2 Kajian Tentang Kemahiran Berfikir 31

Kritis ke atas Jantina

Page 9: PENCAPAIAN PENYELESAIAN MASALAH FIZIK OLEH … · PENCAPAIAN PENYELESAIAN MASALAH FIZIK OLEH PELAJAR ... Senarai Graf xiii Senarai ... 4. 8 Ujian T 50 . 4.9

ix

2.8.3 Kajian Tentang Kemahiran Berfikir 34

Kritis ke atas Pencapaian Pelajar

BAB III METODOLOGI KAJIAN

3.1 Pengenalan 36

3.2 Sampel Kajian 37

3.3 Instruman Kajian 38

3.4 Rekabentuk Kajian 40

3.5 Prosedur Kajian 40

3.6 Kajian Rintis 42

3.7 Analisis Data 43

BAB IV ANALISIS DATA

4.1 Pengenalan 44

4.2 Analisis Latar Belakang Responden 45

4.3 Kemahiran Berfikir Kritis Kreatif 45

4.4 Pencapaian Penyelesaian Masalah Fizik 48

4.5 Hubungan Antara Faktor Jantina dengan 49

Pencapaian Penyelesaian Masalah Fizik

4.6 Hubungan Antara Faktor Kemahiran Berfikir 51

dengan Pencapaian Penyelesaian Masalah Fizik

Page 10: PENCAPAIAN PENYELESAIAN MASALAH FIZIK OLEH … · PENCAPAIAN PENYELESAIAN MASALAH FIZIK OLEH PELAJAR ... Senarai Graf xiii Senarai ... 4. 8 Ujian T 50 . 4.9

x

BAB V PERBINCANGAN, KESIMPULAN DAN

CADANGAN

5.1 Pengenalan 53

5.2 Perbincangan 54

5.2.1. Perbincangan Persoalan Kajian 1 55

5.2.2. Perbincangan Persoalan Kajian 2 56

5.2.3. Perbincangan Persoalan Kajian 3 56

5.2.4. Perbincangan Persoalan Kajian 4 57

5.3 Kesimpulan 58

5.4 Cadangan Kajian 60

5.5 Cadangan Kajian Lanjutan 62

RUJUKAN 63

LAMPIRAN 71

Page 11: PENCAPAIAN PENYELESAIAN MASALAH FIZIK OLEH … · PENCAPAIAN PENYELESAIAN MASALAH FIZIK OLEH PELAJAR ... Senarai Graf xiii Senarai ... 4. 8 Ujian T 50 . 4.9

xi

SENARAI JADUAL

NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT

3.1 Taburan Responden Mengikut Sekolah 38

4.1 Taburan Responden Mengikut Jantina 45

4.2 Jadual Penentuan Kemahiran Berfikir Kritis 45

dan Kreatif dalam Kalangan Pelajar

Tingkatan Empat

4. 3 Taburan Pelajar Kritis dan Kreatif Mengikut Jantina 46

4.4 Jadual Penentuan Pencapaian Penyelesaian Masalah 48

Fizik oleh Pelajar Kritis dan Kreatif dalam

Kalangan Pelajar Tingkatan Empat

4.5 Min Markah Penyelesaian Masalah Fizik 48

Mengikut Kemahiran Berfikir Pelajar

4.6 Frekuensi Pencapaian Penyelesaian Masalah 49

Fizik Mengikut Jantina

4. 7 Taburan Responden Dengan Min Skor Mengikut 49

Jantina

4. 8 Ujian T 50

4.9 Frekuensi Pencapaian Penyelesaian Masalah 51

Fizik Mengikut Kemahiran Berfikir

Page 12: PENCAPAIAN PENYELESAIAN MASALAH FIZIK OLEH … · PENCAPAIAN PENYELESAIAN MASALAH FIZIK OLEH PELAJAR ... Senarai Graf xiii Senarai ... 4. 8 Ujian T 50 . 4.9

xii

4.10 Taburan Responden Dengan Min Skor Mengikut 51

Kemahiran Berfikir

4.11 Ujian T 52

Page 13: PENCAPAIAN PENYELESAIAN MASALAH FIZIK OLEH … · PENCAPAIAN PENYELESAIAN MASALAH FIZIK OLEH PELAJAR ... Senarai Graf xiii Senarai ... 4. 8 Ujian T 50 . 4.9

xiii

SENARAI GRAF

NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT

4.1 Taburan Pelajar Kritis dan Kreatif Mengikut 47

Jantina

Page 14: PENCAPAIAN PENYELESAIAN MASALAH FIZIK OLEH … · PENCAPAIAN PENYELESAIAN MASALAH FIZIK OLEH PELAJAR ... Senarai Graf xiii Senarai ... 4. 8 Ujian T 50 . 4.9

xiv

SENARAI RAJAH

NO. RAJAH TAJUK MUKA SURAT

2.1 Komponen-komponen Kemahiran Berfikir 16

2.2 Model Kemahiran Berfikir Secara Kritis Kreatif 17

(KBKK)

2.3 Model Kemahiran Berfikir PPK 18

Page 15: PENCAPAIAN PENYELESAIAN MASALAH FIZIK OLEH … · PENCAPAIAN PENYELESAIAN MASALAH FIZIK OLEH PELAJAR ... Senarai Graf xiii Senarai ... 4. 8 Ujian T 50 . 4.9

xvi

DAFTAR SINGKATAN/ SIMBOL/ ISTILAH

KBSM - Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah

FPN - Falsafah Pendidikan Negara

KPM - Kementerian Pelajaran Malaysia

JPNJ - Jabatan Pelajaran Negeri Johor

PPK - Pusat Pembangunan Kurikulum

PNP - Pengajaran dan Pembelajaran

UPPMF - Ujian Pencapaian Penyelesaian Masalah Fizik Pelajar

SMK - Sekolah Menengah Kebangsaan

KBKK - Kemahiran Berfikir Kritis Kreatif

WGCTA - Watson Glaser Critical Thinking Appraisal

CCTST - California Critical Thinking Skills Test

CCTDI - California Critical Thinking Disposition Inventory

CAAP CTT - College Assessment of Academic Proficiency Critical

Thinking Test

Page 16: PENCAPAIAN PENYELESAIAN MASALAH FIZIK OLEH … · PENCAPAIAN PENYELESAIAN MASALAH FIZIK OLEH PELAJAR ... Senarai Graf xiii Senarai ... 4. 8 Ujian T 50 . 4.9

xvi

SENARAI LAMPIRAN

NO. LAMPIRAN TAJUK MUKA SURAT

1 Lampiran A Set Soal Selidik Item KBKK Dan 71

Ujian Pencapaian Penyelesaian

Masalah Fizik

2 Lampiran B Skema Jawapan Ujian Pencapaian 77

Penyelesaian Masalah Fizik

3 Lampiran C Pengesahan Alat Kajian 80

4 Lampiran D Surat Kebenaran Untuk Menjalankan Kajian 83

Di Sekolah Daripada Kementerian

Pelajaran Malaysia

5 Lampiran E Surat Kebenaran Untuk Menjalankan Kajian 85

Di Sekolah Daripada Jabatan Pelajaran

Negeri Johor

Page 17: PENCAPAIAN PENYELESAIAN MASALAH FIZIK OLEH … · PENCAPAIAN PENYELESAIAN MASALAH FIZIK OLEH PELAJAR ... Senarai Graf xiii Senarai ... 4. 8 Ujian T 50 . 4.9

1

BAB I

PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

Dalam menongkah arus pemodenan, pendidikan di Malaysia menjadi

tumpuan utama dalam memastikan seluruh warganya mendapat pendidikan yang

terbaik bagi menghasilkan generasi yang produktif dan berkualiti. Penggunaan

teknologi maklumat telah diperkenalkan dalam sistem pendidikan di negara ini

sebagai satu medium untuk mempermudah dan mempertingkat kualiti pengajaran

dan pembelajaran di sekolah. Kewujudan sekolah bestari pula adalah sebagai

memenuhi prasarana pendidikan terkini memandangkan taraf pendidikan di

Malaysia kini setanding dengan negara-negara membangun lain.

Namun begitu, kecanggihan teknologi hanya bertindak sebagai agen

pemangkin kecemerlangan pelajar. Perkara penting yang harus dititikberatkan

dalam mencapai kecemerlangan adalah kemahiran berfikir dalam menyelesaikan

masalah terutamanya dalam kehidupan seharian. Sebenarnya, kemahiran berfikir

Page 18: PENCAPAIAN PENYELESAIAN MASALAH FIZIK OLEH … · PENCAPAIAN PENYELESAIAN MASALAH FIZIK OLEH PELAJAR ... Senarai Graf xiii Senarai ... 4. 8 Ujian T 50 . 4.9

2

telah lama diperkenalkan dalam proses pengajaran dan pembelajaran yang

dikenali sebagai kemahiran berfikir kritis dan kreatif (KBKK). Penerapan

kemahiran berfikir dalam pengajaran dan pembelajaran amat penting selari

dengan tuntutan Falsafah Pendidikan Negara (FPN).

Pendidikan di Malaysia berperanan untuk memperkembang potensi pelajar

dari segi intelek, rohani, jasmani, emosi dan sahsiah secara seimbang dan

menyeluruh sepertimana yang telah dinyatakan dalam Falsafah Pendidikan

Negara di mana;

‘Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah

memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu

untuk melahirkan insan yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan

jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini

adalah bertujuan untuk melahirkan warganegara Malaysia yang berilmu

pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan

berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan

terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan

negara.’

Kurikulum Sains dan Matematik digubal untuk mewujudkan masyarakat

yang saintifik, progresif dan berilmu. Kementerian Pelajaran berhasrat

membentuk masyarakat Malaysia yang kritis, kreatif dan berketerampilan melalui

pendidikan sains dan matematik seperti yang dinyatakan dalam Falsafah

Pendidikan Sains Negara di mana ;

Page 19: PENCAPAIAN PENYELESAIAN MASALAH FIZIK OLEH … · PENCAPAIAN PENYELESAIAN MASALAH FIZIK OLEH PELAJAR ... Senarai Graf xiii Senarai ... 4. 8 Ujian T 50 . 4.9

3

‘Pendidikan sains di Malaysia memupuk budaya sains dan teknologi

dengan memberi tumpuan kepada perkembangan individu yang kopetetif,

dinamik, tangkas dan berdaya tahan serta dapat menguasai ilmu sains dan

keterampilan teknologi’

Kemahiran proses sains merupakan kemahiran yang diperlukan untuk

mencari jawapan kepada satu-satu masalah atau membuat sesuatu keputusan

secara sistematik. Kemahiran ini melibatkan proses mental yang mendorong

pelajar berfikir secara kritis, kreatif, analitis dan sistematik.

Sepertimana yang kita sedia maklum, matapelajaran Fizik merupakan satu

subjek sains yang melibatkan aplikasi matematik. Justeru, kurikulum yang telah

digubal berupaya membantu pelajar menguasai subjek matematik dengan baik

seterusnya mampu menyelesaikan masalah Fizik berdasarkan kemahiran yang

diperolehi dalam subjek matematik.

1.2 Latar belakang masalah

Fizik merupakan salah satu cabang ilmu sains paling asas yang bertujuan

menghuraikan kelakuan dan cara fungsi alam semesta. Ilmu Fizik sentiasa

berusaha untuk memberi penerangan yang jelas dan mudah untuk sesuatu

fenomena kompleks. Fizik melibatkan pelbagai kajian untuk mencari jawapan

kepada pelbagai persoalan seperti ‘mengapa’ dan ‘bagaimana’. Sejak azali,

manusia sememangnya memiliki perasaan ingin tahu tentang keajaiban alam,

fenomena alam yang berlaku dan cara sesuatu alat yang digunakan dalam

Page 20: PENCAPAIAN PENYELESAIAN MASALAH FIZIK OLEH … · PENCAPAIAN PENYELESAIAN MASALAH FIZIK OLEH PELAJAR ... Senarai Graf xiii Senarai ... 4. 8 Ujian T 50 . 4.9

4

kehidupan harian mereka berfungsi. Justeru, Fizik merupakan satu cabang ilmu

sains yang mengkehendaki penuntutnya berfikir secara logik bagi mendapatkan

jawapan yang tepat untuk segala persoalan yang timbul.

Kemahiran berfikir merupakan satu aspek penting yang dapat membantu

seseorang membuat pertimbangan yang sewajarnya dalam menyelesaikan sesuatu

masalah. Kemahiran berfikir merujuk kepada cara seseorang itu menggunakan

minda sama ada untuk mencari makna dan pemahaman terhadap sesuatu,

membuat pertimbangan dan keputusan atau menyelesaikan masalah. Manusia

akan menghubungkaitkan pengetahuan, kemahiran dan sikap semasa proses

berfikir dalam usaha memahami alam sekeliling. Dengan kata lain, proses berfikir

melibatkan interaksi antara pengetahuan atau pengalaman, proses kognitif dan

sikap atau nilai yang sedia ada dalam minda individu.

Terdapat dua kemahiran berfikir yang dapat diaplikasikan dalam

menyelesaikan sesuatu masalah. Kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif

seringkali diaplikasikan dalam menyelesaikan masalah sains dan matematik.

Seseorang pelajar yang ingin berjaya dalam bidang sains perlu memiliki kaedah

berfikir secara kritis dan kreatif (KBKK).

Kemahiran berfikir kritis melibatkan proses penilaian secara sistematik

yang dibuat terhadap sesuatu idea sebelum menerimanya. Pemikiran kritis

merupakan satu bentuk pemikiran yang jelas dan bijak yang melibatkan beberapa

kemahiran seperti kemahiran membuat pemerhatian, penilaian dan pertimbangan.

Selain itu, pemikiran kritis boleh juga dikatakan sebagai satu bentuk pemikiran

reflektif yang menekankan kebolehan menganalisis dan menilai maklumat untuk

memberi pemahaman yang jelas serta munasabah tentang sesuatu idea.

Page 21: PENCAPAIAN PENYELESAIAN MASALAH FIZIK OLEH … · PENCAPAIAN PENYELESAIAN MASALAH FIZIK OLEH PELAJAR ... Senarai Graf xiii Senarai ... 4. 8 Ujian T 50 . 4.9

5

1.3 Pernyataan masalah

Falsafah Pendidikan Sains Negara begerak seiring dengan Falsafah

Pendidikan Kebangsaan dalam mencapai matlamat Wawasan 2020 di mana

kerajaan berhasrat menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara maju sepertimana

yang pernah dibentangkan oleh mantan Perdana Menteri kita, Tun Dr. Mahathir

Mohamad. Falsafah Pendidikan Sains Negara menyatakan bahawa “Sains di

Malaysia adalah untuk memupuk budaya Sains dan Teknologi dengan memberi

tumpuan kepada perkembangan individu yang kompetitif, dinamik, tangkas dan

berdaya tahan serta dapat menguasai ilmu sains dan keterampilan teknologi”.

Kenyataan ini jelas menunjukkan bahawa negara kita mengimpikan

kejayaan yang besar dalam bidang sains dan teknologi. Pada Oktober 2007,

Malaysia dengan bangganya telah menghantar seorang angkasawan bagi

menyertai misi penyelidikan di ISS (International Space Station) bersama-sama

dua orang lagi angkasawan yang masing-masing dari Russia dan Amerika

Syarikat. Kejayaan ini membuktikan bahawa Malaysia berupaya untuk berdiri

sama tinggi dan duduk sama rendah dengan negara maju lain.

Untuk terus kekal cemerlang di persada dunia, penekanan yang lebih perlu

diberikan terhadap pendidikan di sekolah terutamanya pendidikan sains dan

teknologi termasuklah pendidikan Fizik. Pencapaian pelajar dalam mata pelajaran

Fizik perlu diberi tumpuan memandangkan Fizik merupakan satu cabang ilmu

sains yang penting dalam meneroka keajaiban alam ciptaan Tuhan ini. Justeru,

pelbagai usaha dilakukan sama ada oleh pihak Kementerian Pelajaran, Jabatan

Pendidikan Negeri, Pejabat Pendidikan Daerah serta pihak sekolah itu sendiri

dalam memastikan kecemerlangan pelajar dalam bidang akademik adalah pada

tahap yang maksimum.

Page 22: PENCAPAIAN PENYELESAIAN MASALAH FIZIK OLEH … · PENCAPAIAN PENYELESAIAN MASALAH FIZIK OLEH PELAJAR ... Senarai Graf xiii Senarai ... 4. 8 Ujian T 50 . 4.9

6

Kecemerlangan dalam bidang akademik sebenarnya bermula dari dalam

bilik darjah. Ini termasuklah suasana pembelajaran dan teknik pengajaran dan

pembelajaran yang diamalkan oleh guru dan pelajar itu sendiri. Kaedah

penyampaian isi kandungan dalam bentuk yang paling mudah difahami pelajar

penting bagi memastikan fakta dan konsep dapat diterangkan secara teratur dan

sistematik. Namun begitu, gaya pemikiran pelajar turut mempengaruhi

pencapaian mereka dalam menyelesaikan masalah yang dikemukakan. Perbezaan

gaya pemikiran menjadikan pelajar mentafsir dan menilai sesuatu masalah dari

sudut yang berbeza. Kajian ini adalah untuk menentukan gaya pemikiran pelajar

kritis dan kreatif seterusnya meninjau pengaruh gaya pemikiran ini dalam

menyelesaikan masalah Fizik.

1.4 Kepentingan kajian

Kemahiran berfikir merujuk kepada cara seseorang menggunakan minda

sama ada untuk membuat pertimbangan atau mencari makna dan pemahaman

terhadap sesuatu ataupun untuk menyelesaikan masalah. Semasa proses berfikir,

manusia akan menggabungkan pengetahuan, kemahiran dan sikap yang dimiliki

melalui proses mental dalam usaha memahami alam sekeliling. Ini bermakna,

proses berfikir melibatkan interaksi antara pengetahuan, kemahiran kognitif, sikap

dan nilai.

Strategi berfikir merupakan proses berfikir tahap tinggi yang melibatkan

beberapa kemahiran berfikir kritis dan kreatif. Strategi berfikir merupakan fungsi

utama dan matlamat akhir kepada proses berfikir (Abu Hassan dan Meor, 2006).

Dengan itu, kemahiran berfikir kritis dan kreatif yang dimiliki ini akan digunakan

Page 23: PENCAPAIAN PENYELESAIAN MASALAH FIZIK OLEH … · PENCAPAIAN PENYELESAIAN MASALAH FIZIK OLEH PELAJAR ... Senarai Graf xiii Senarai ... 4. 8 Ujian T 50 . 4.9

7

dalam mengkonsepsi, menyelesaikan masalah dan seterusnya membuat keputusan

terhadap masalah tersebut.

Kajian ini dijalankan bertujuan untuk mengetahui tahap pencapaian

penyelesaian masalah pelajar bagi mata pelajaran Fizik dan langkah-langkah yang

boleh diambil oleh pihak-pihak yang bertanggungjawab dalam membantu

memperbaiki tahap pencapaian pelajar. Pencapaian pelajar dalam subjek sains

khususnya Fizik mempengaruhi mutu dan kualiti generasi muda negara kita yang

dikira sebagai pewaris negara yang diharapkan dapat membantu meningkatkan

taraf hidup rakyat di negara ini.

Justeru, adalah rasional untuk menjalankan satu kajian yang menggunakan

kaedah diskriptif bagi mengkaji pengaruh gaya pemikiran pelajar dalam

menyelesaikan masalah khususnya dalam mata pelajaran Fizik; sama ada mereka

merupakan pemikir kritis atau kreatif.

1.5 Objektif kajian

Kajian ini dijalankan untuk meninjau beberapa aspek seperti:

a. Mengenalpasti pelajar kritis dan kreatif.

b. Menentukan tahap pencapaian penyelesaian masalah Fizik oleh

kumpulan pelajar kritis kreatif.

c. Mengenalpasti perbezaan signifikan antara pelajar lelaki dan

perempuan dalam pencapaian penyelesaian masalah Fizik.

Page 24: PENCAPAIAN PENYELESAIAN MASALAH FIZIK OLEH … · PENCAPAIAN PENYELESAIAN MASALAH FIZIK OLEH PELAJAR ... Senarai Graf xiii Senarai ... 4. 8 Ujian T 50 . 4.9

8

d. Mengenalpasti perbezaan signifikan antara pelajar kritis dan kreatif

dalam pencapaian penyelesaian masalah Fizik.

1.6 Persoalan kajian

Satu kajian dijalankan untuk menjawab persoalan berikut:

a. Siapakah pelajar kritis dan kreatif?

b. Apakah tahap pencapaian penyelesaian masalah Fizik oleh

kumpulan pelajar kritis dan kreatif?

c. Adakah terdapat perbezaan signifikan antara pelajar lelaki dan

perempuan dalam pencapaian penyelesaian masalah Fizik?

d. Adakah terdapat perbezaan signifikan antara pelajar kritis dan

kreatif dalam pencapaian penyelesaian masalah Fizik?

1.7 Hipotesis kajian

Hipotesis kajian ini dibentuk berdasarkan hipotesis :

a. Terdapat perbezaan pencapaian dalam ujian antara pelajar yang

berfikir secara kritis berbanding pelajar yang berfikir secara

kreatif.