kajian masalah bull pelajar di sekolah menengah masalah...pendahuluan 1.1 pengenalan masajah...

24
KAJIAN MASALAH BULl PELAJAR DI SEKOLAH MENENGAH Nurul Farayantie Mohd Shahid Sarjana Muda Seni Gunaan dengan Kepujian IB (Thknologi Senireka) :J>13.3 11914 2006 2006

Upload: others

Post on 17-Nov-2020

18 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: KAJIAN MASALAH BULl PELAJAR DI SEKOLAH MENENGAH masalah...PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan MasaJah disiplin di kalangan pelajar akhir-akhir ini amat membimbangkan dan turut mendapat perhatian

KAJIAN MASALAH BULl PELAJAR DI SEKOLAH MENENGAH

Nurul Farayantie Mohd Shahid

Sarjana Muda Seni Gunaan dengan Kepujian IB (Thknologi Senireka) :J>13.3

11914 2006 2006

Page 2: KAJIAN MASALAH BULl PELAJAR DI SEKOLAH MENENGAH masalah...PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan MasaJah disiplin di kalangan pelajar akhir-akhir ini amat membimbangkan dan turut mendapat perhatian

l D l"u, (Khldmat MakJumat AkadellUA

UNlVER",lTI MALAYSIA SARAWA!h 4'3()() KOla Sarnarat\aD

P.KHIDMAT MAKLUMAT AKADEMIK UNIMAS

1111111111111 "" 111111111000191104

KAJIAN MASALAH BULl PELAJAR DI SEKOLAH MENENGAH

NURUL F ARAY ANTlE MOHO SHAHIO

Projek ini merupakan salah satu keperluan untuk

Ijazah Sarjana Seni Gunaan dengan Kepujian

Te~logi Senireka

Fakuti Seni Gunaan dan Kreatif

UNIVERSITI MALAYSIA SARA WAK

2006

Page 3: KAJIAN MASALAH BULl PELAJAR DI SEKOLAH MENENGAH masalah...PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan MasaJah disiplin di kalangan pelajar akhir-akhir ini amat membimbangkan dan turut mendapat perhatian

UNIVERSITI MALAYSIA SARA W AK

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS LAPORAN

SESI PENGAJIAN :"S.~~i.~.Q.Q.~aQQ~...........

Saya Nurul Farayantie Mohd Shahid

mengaku membenarkan tesislLaporan* ini disimpan di Pusat Khidmat Maklumat Akademik, Universiti Malaysia Sarawak dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut:

1. Tesis/Laporan adalah hakmilik Universiti Malaysia Sarawak 2. Pusat Khidmat Maklumat Akademik, Universiti Malaysia Sarawak dibenarkan membuat salinan

untuk tujuan pengajian sahaja 3. Pusat Khidmat Maklumat Akademik, Universiti Malaysia Sarawak dibenarkan membuat

pendigitan untuk membangunkan Pangkalan Data Kandungan Tempatan 4. Pusat Khidmat Maklumat Akademik, Universiti Malaysia Sarawak dibenarkan membuat salinan

tesis/laporan ini sebagai bahan pertukaran antara institusi pengajian tinggi. 5. *sila tandakan []

D D SUUT (mengandungi maklumat yang berdarjah

keselamatan atau kepentingan seperti

D TERHAD termaktub di dalam AKT A RAHSIA RASMI 1972)

(Mengandungi maklumat Terhad yang telah TJDAK TERHAD telah ditentukan oleh Organisasi/badan di mana

Penyelidikan dijalankan)

Disahkan

Tandatangan Penulis Tandatangan Penyelia

Tarikh: Tarikh:

Alamat Tetap: No 54, Pasoh 4, 72300 Simpang Pertang, Negeri Sembilan Darul Khusus.

Catalan: "TesisiLaporan dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah, Sarjana dan Muda .. Jika Tesis/Laporan ini SULIT atau TERHAD, siJa lampirkan surat daripada pihak berkuasa organisasi

berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis/laporan ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD.

II

Page 4: KAJIAN MASALAH BULl PELAJAR DI SEKOLAH MENENGAH masalah...PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan MasaJah disiplin di kalangan pelajar akhir-akhir ini amat membimbangkan dan turut mendapat perhatian

Projek bertajuk 'Kajian Masalah Buli Pelajar di Sekolah Menengah' telah disediakan oleh

Nurul Farayantie Mohd Shahid dan telah diserahkan kepada Fakulti Seni Gunaan dan Kreatif

sebagaj memenuhi syarat untuk Ijazah Sarjana Muda Seni Gunaan dengan Kepujian Teknologi

Senireka.

Diterima untuk diperiksa oleh:

( Prof Madya Ahmad Khiri Mohd Zain )

Tarikh:

111

Page 5: KAJIAN MASALAH BULl PELAJAR DI SEKOLAH MENENGAH masalah...PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan MasaJah disiplin di kalangan pelajar akhir-akhir ini amat membimbangkan dan turut mendapat perhatian

PENGHARGAAN

Assalamualaikum dan selamat sejahtera

Alhamdulillah, bersyukur kita ke hadrat Illahi dengan limpah kurniaNya dapat juga saya

mendokumentasikan hasil penyelidikan saya. Jutaan terima kasih yang tidak terhingga kepada

keluarga tersayang, terutama sekali bonda tercinta Siti Khotijah Hamzah, kedua abang saya

Muhammad Harun Kamal dan Indera Shahril serta kakak Nanee Rahayu yang ban yak memberi

galakan untuk saya meneruskan penyelidikan saya.

Saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih juga kepada para pensyarah Fakulti Seni

Gunaan dan Kreatif terutama Prof. Madya Ahmad Khiri Mohd Zain (penyelia) dan Encik

Mastika Lamat yang telah banyak memberi pandangan dan pendapat untuk saya menyiapkan

tesis saya ini.

Akhir sekali, terima kasih yang tidak terhingga kepada Encik Mohammad Hidzir Sam ion

dan rakan-rakan yang turut sarna men yo kong dan membantu memberikan idea bagi mendalami

tajuk yang dikaji . Semoga apa yang telah !I1>elajari akan saya aplikasikan pada masa yang akan

datang.

IV

Page 6: KAJIAN MASALAH BULl PELAJAR DI SEKOLAH MENENGAH masalah...PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan MasaJah disiplin di kalangan pelajar akhir-akhir ini amat membimbangkan dan turut mendapat perhatian

ABSTRAK

Pada masa kini, kes buli sering berlaku di sekolah dan gejala yang dianggap serius.

Walaupun ianya berlaku sekali sekala tetapi ia perlu dibanteras dan dikawal supaya

keadaan tidak sihat ini tidak menjadi lebih teruk lagi. Kajian ini menerangkan kepada

semua pihak mengenai implikasi gejala dan fen omena yang membimbangkan semua

lapisan masyarakat berlaku di kalangan remaja.Tujuan penyelidikan adalah untuk membuat

satu pandangan yang kritikal ke atas permasalahan kes buli. Pengkaji telah membuat kajian

ke atas permasalahan ini dan mengupas kenapa sindrom negatif ini berlaku, siapakah yang

bertanggungjawab terhadap masalah ini dan golongan pelajar yang manakah terlibat dalam

kes buli. Penyelidik juga telah membuat analisa elemen rekaan terhadap kemp en anti buli

yang telah dijalankan di luar negara. Penyelidik turut mengkaji dari segi periklanan iaitu

media apakah yang sesuai digunakan dalam menyampaikan maklumat. Hasil

penyelidikan ini, penyelidik dapat mengaplikasikan beberapa keputusan untuk mencipta

satu kempen yang berkesan untuk membanteras gejala yang tidak diingini ini dan

menerapkan ke dalam nilai budaya kehidupan masyarakat kita.

v

~~~~~-------------------------------------------------

Page 7: KAJIAN MASALAH BULl PELAJAR DI SEKOLAH MENENGAH masalah...PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan MasaJah disiplin di kalangan pelajar akhir-akhir ini amat membimbangkan dan turut mendapat perhatian

II

r f"

: ABSTRACT

Bullying in schools becomes a topic recently. This problem needs to address effecting so that

it would not become a social illness. This research explains about the implication of bully

victim and also to create public awareness. The analysis methods include identify to the

efficiency campaign that have done internationally which were the element of design.

Through the research, researcher identified the effective advertising campaign address the

bullying issues.

VI

1

Page 8: KAJIAN MASALAH BULl PELAJAR DI SEKOLAH MENENGAH masalah...PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan MasaJah disiplin di kalangan pelajar akhir-akhir ini amat membimbangkan dan turut mendapat perhatian

, sa nulmat l\U1IUUmal AKaael UNIVERSITI MALAYSIA SARAW.

0410() KOla SamarahaD

INDEKS

Halaman tajuk

Borang Pengesahan Status Laporan ii

Pengesahan dan Tandatangan penyelia III

Penghargaan IV

Abstrak V

Abstract vi

BABI PENDAHULUAN

1. 1 Pengenalan

1.2 Permasalahan kajian

1.2.1 Masyarakat kurang kesedaran. 9

1.2.2 Kurangnya pendidikan tentang latarbelakang,

sikap, kepercayaan, gay a hidup terhadap

kumpulan sasaran 10

1.2.3 Tiada lagi promosi yang disampaikan menggunakan

media massa dan elektronik bagi mengatasi gejala

buli ini. 11

1.3 Objektif kajian.

1.3.1 Mengkaji penyampaian melalui media periklanan

penting bagi mengatasi apajua masalah di negara ini. II

1.3.2 Membuat perbandingan antara kempen-kempen

kesedaran yang lain 12

Page 9: KAJIAN MASALAH BULl PELAJAR DI SEKOLAH MENENGAH masalah...PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan MasaJah disiplin di kalangan pelajar akhir-akhir ini amat membimbangkan dan turut mendapat perhatian

1.3.3 Mengkaji kesan keberkesanan kemp en 12

1.3.4 Mencari data dan informasi kumpulan sasaran,

media dan strategi supaya dapat mewujudkan

kempen yang lebih berkesan. 13

1.4 Skop kajian

1.4.1 Konsep kempen periklanan. 13

1.4.2 Mengkaji media dan teknik yang efektif 14

1.4.3 Media periklanan menepati kumpulan sasaran. 15

1.4.4 Penggunaan slogan 15

1.4.5 Membuat perbandingan keberkesanan kempen

tempatan dan antarabangsa 16

1.5 Definisi 16

BAB 2 METODOLOGI PENYELIDIKAN

2.1 Pengenalan 18

2.2 Penyelidi kan Sekunder 18 .~

2.2.1 Kaj ian lepas 18

2.3 Penyelidikan Asas 21

2.3.1 Soal Selidik 21

2.3.2 Wawancara / Temuramah 22

2.3.3 Instrumen kajian 23

2.3.4 Fotografi 24

Page 10: KAJIAN MASALAH BULl PELAJAR DI SEKOLAH MENENGAH masalah...PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan MasaJah disiplin di kalangan pelajar akhir-akhir ini amat membimbangkan dan turut mendapat perhatian

2.3.5 Analisa kajian 24

BAB 3 ANALISA HASIL DAPAT AN KAJIAN

3.1 Wawancara 26

3.1.1 Wawancara I 26

3.1.2 Wawancara 2 27

3.2 Analisa Hasil Dapatan Soal Selidik 28

3.2.1 Bahagian A : Demografi 28

3.2.2 Bahagian B : Masalah buli 32

3.2.3 Bahagian C : Kempen kesedaran 37

3.2.4 Bahagian D : Periklanan 40

3.3 Analisa poster 42

3.3.1 Analisa I 42

3.3.2 Analisa 2 44

3.3.3 Analisa 3 45

3.3.4 Analisa 4 46

3.3.5 Analisa 5 47 .~

3.3.6 Analisa 6 48

3.3.7 Analisa 7 49

3.3.8 Analisa 8 50

3.3.9 Analisa 9 51

3.3.10 Analisa 10 52

Page 11: KAJIAN MASALAH BULl PELAJAR DI SEKOLAH MENENGAH masalah...PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan MasaJah disiplin di kalangan pelajar akhir-akhir ini amat membimbangkan dan turut mendapat perhatian

BAB4 CADANGAN

4.1 Cadangan 53

BAB S PERBINCANGAN HASIL PENYELIDIKAN

5.1 Pengenalan 57

5.2 Menyediakan promosi melalui media cetak dan

elektronik bagi membanteras buli. 57

5.3 Mencipta kempen yang lebih kreatifuntuk

menyedarkan masyarakat 58

5.4 Remaja sebagai kumpulan sasaran 58

BAB 6 KESIMPULAN 59

Bibliografi 61

Lampiran A Soal Selidik 62

Lampiran B Wawancara 67

Lampiran B Cadangan 69

Lampiran C Kesinambungan Kempen Hentikan Buli dalam Iklan TV 73

Page 12: KAJIAN MASALAH BULl PELAJAR DI SEKOLAH MENENGAH masalah...PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan MasaJah disiplin di kalangan pelajar akhir-akhir ini amat membimbangkan dan turut mendapat perhatian

BAB 1

PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

MasaJah disiplin di kalangan pelajar akhir-akhir ini amat membimbangkan dan turut

mendapat perhatian ibubapa dan masyarakat umum. Masalah buli dan pergaduhan turut

disebut selain dari gejala dan pelanggaran disiplin sekolah yang lain. Berdasarkan sejarah,

gejala buli bukanlah budaya masyarakat negara ini. Buli dimaksudkan sebagai tingkah

laku agresif di mana seorang pelajar atau satu kumpulan pelajar mengganggu seorang

man gsa secara fizikal atau psiko.ogi bagi satu jangka masa yang tertentu. Tingkah laku ini

dilakukan berkali-kali.

Menurut Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka di dalam laman web karyanet yang

diJawati pada, 22 Disember 2005 buli bermaksud perbuatan mendera dan

mempermainkan seseorang supaya dapat menyesuaikan diri dengan suasana baru. Ia juga

membawa makna mempermainkan orang lemah dengan tujuan menggertak atau

menakutkan. Ini bermakna buli ~ujuan hanya untuk mempermainkan seseorang supaya

mangsa berasa takut dan sentiasa tunduk kepada pembuli.

SeJain itu, menurut Datin Dr Noran Fauziah Yaakub di dalam laman web

Utusanonline yang telah dilawati pada II September 2005 yang bertajuk Empat

langkah halang perbuatan buli menerangkan bahawa "contoh-contoh buli fizikal ialah

Page 13: KAJIAN MASALAH BULl PELAJAR DI SEKOLAH MENENGAH masalah...PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan MasaJah disiplin di kalangan pelajar akhir-akhir ini amat membimbangkan dan turut mendapat perhatian

menolak, menampar, memukul atau memeras ugut dan dari beberapa kes yang pernah

dilaporkan, ia bukan sahaja melibatkan pelajar lelaki tetapi juga pelajar perempuan."

Buli juga merupakan satu perlakuan yang melibatkan pelbagai bentuk kekerasan

seperti menumbuk, menendang, melanyak man gsa untuk mendapatkan sesuatu seperti

untuk mendapatkan wang. Ini dikenali sebagai buli secara fizikal. Manakala buli secara

psikologi pula adalah dengan cara mengejek atau mengeluarkan kata-kata hinaan atau

sind iran untuk menjatuhkan air muka mangsa. Misalnya nama pelajar itu sendiri atau

nama bapa pelajar yang agak luar biasa maka ia akan dijadikan bahan tertawa kepada

pembulL Masalah ini akan menjadi lebih serius setelah mereka tamat persekolahan dan

budaya ganas ini akan menular ke dalam masyarakat seperti membunuh dan ini akan

mengancam keselamatan orang ramaL Pembuli juga akan mencipta satu peraturan supaya

dirinya dipandang hebat dan berkuasa. Walaupun peraturan yang ditetapkan tidak disukai

oleh mangsa, mangsa perlu melakukannya. Pembuli akan memulaukan atau memencilkan

mangsajika peraturan yang ditetapkan tidak diikuti oleh mangsa. Selain itu, pembuli akan

melakukan tindakan ganas dengan merosakkan harta benda atau barangan peribadi milik

mangsa. Semua perlakuan ini dianggap sebagai satu bentuk matlamat iaitu untuk..~ menguasai mangsa. Kesan dari dibuli, man gsa akan kehilangan keyakinan diri dan

mengasingkan diri dari bergaul dengan orang ramai.

Ciri-ciri seorang pembuli ialah memiliki saiz tubuh badan yang besar, tinggi,

\ garang, jarang tersenyum, tidak suka bergaul dengan orang lain melainkan kumpulan

mereka sendirL Kadangkala pembuli juga memiliki kelebihan dari segi harta bend a atau

rupa paras. Mereka menganggap diri mereka kacak, hebat, bergaya, berduit dan ingin

2

l

Page 14: KAJIAN MASALAH BULl PELAJAR DI SEKOLAH MENENGAH masalah...PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan MasaJah disiplin di kalangan pelajar akhir-akhir ini amat membimbangkan dan turut mendapat perhatian

menunjukkan kepada orang ramai apa yang dimiliki. Selain itu, pembuli juga ingin

menunjukkan kekuatan supaya mangsa akan berasa takut dan menuruti apa yang disuruh.

Ada pembuli yang ingin mendapatkan populariti agar disanjung dan ingin menarik

perhatian orang lain. Tetapi ada pembuli yang berasa cemburu atas kejayaan orang lain.

Ini akan mengakibatkan pembuli menyimpan perasaan dendam dan akan merendah­

rendahkan atau menjatuhkan air muka mangsa dikhalayak ramai. Pembuli juga boleh

terdiri dari mangsa-mangsa yang pernah dibuli pada masa dahulu. Mereka berasa sudah

tiba masa untuk membuli orang lain. Perkara ini amat membimbangkan kerana ia akan

menjadi budaya turun-temurun dan sukar dihapuskan.

Oatin Or Noran Fauziah Yaakub di dalam laman web Aliran Pendidik yang telah

dilawati pada 14 Ogos 2005 bertajuk Hal-hal semasa berpendapat, "di Malaysia, pelajar

yang berusia 13 tahun adalah pelajar tingkatan satu dan ini boleh dijadikan petunjuk

bahawa pelajar yang menjadi mangsa ialah pelajar menengah rendah iaitu tingkatan satu,

dua dan tiga. Manakala pelajar yang membuli pula terdiri daripada pelajar menengah atas

iaitu tingkatan empat, lima dan enam."

Ciri-ciri mangsa buli pula !aalah terdiri dari orang yang lemah dari segi fizikal,

harta benda, bodoh dan kurang rupa paras seperti hodoh, gemuk atau pendek. Oi asrama

mangsa dianggap masih mentah dan sering dipaksa untuk menuruti setiap perintah yang

ditetapkan oleh pembuli seperti mencuci pakaian, mencuci tandas, atau mengambil

makanan. Mereka ini dianggap seperti orang suruhan. Selain itu mangsa buli bukan terdiri

dari orang yang mempunyai kekurangan malahan orang yang mempunyai kecemerIangan

dalam bidang akademikjuga turut menjadi mangsa buli. Mereka akan diejek, disindir dan

3

Page 15: KAJIAN MASALAH BULl PELAJAR DI SEKOLAH MENENGAH masalah...PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan MasaJah disiplin di kalangan pelajar akhir-akhir ini amat membimbangkan dan turut mendapat perhatian

dipuJau supaya mangsa akan berasa rendah diri dan tidak akan menonjolkan

kecemerlangan di khalayak ramai.

Kesan dari perbuatan membuli akan menjejaskan rupa dari segi fizikal, mental dan

akan menganggu kehidupan seharian. Jika dari segi fizikal mangsa akan mengalami luka

parah, lebam, patah atau retak tulang, luka yang perlu jahitan, mata yang boleh jadi buta,

wajah akan jadi cacat dan lain-lain bergantung dengan senjata yang digunakan semasa

kejadian. Ada juga mangsa yang tidak menunjukkan kecacatan luaran tetapi mereka akan

mengalami muntah-muntah dan terus koma akibat pendarahan yang terlalu serius.

Kadangkala terdapat kes yang boleh mendatangkan kecederaan parah dan mengundang

maut. Kesan dari segi mental pula mangsa akan menjauhkan diri, murung, sedih, pendiam

dan merosot pencapaian akademik. Ada mangsa takut untuk ke sekolah kerana tidak mahu

mengalami keadaan yang sarna berulang lagi. Kadangkala mangsa akan berindak agresif

dengan cara membuli orang lain pula untuk membalas dendam.

Pada dasamya, buli mempunyai tujuan yang baik iaitu pelajar junior perIu dibuli

bagi memastikan mereka menghormati pelajar senior untuk mewujudkan semangat

'kekitaan' seterusnya mengeratka..~ silaturrahim dan merapatkan jurang umur.

Masalahnya, apabiJa budaya buli diamalkan dikalangan remaja yang masih cetek

pertimbangan akal tindakan itu telah bertukar kepada perIakuan ganas.

Menurut Berita Harian yang bertarikh 29 Jun 2005 di halaman pendidikan,

kronologi menerangkan "laporan kes buli pelajar bermula ogos 2003 iaitu seorang pelajar

tingkatan empat Sekolah Menengah Teknik batu Pahat, lohor Mohd Hafizi Jumhari,

4

Page 16: KAJIAN MASALAH BULl PELAJAR DI SEKOLAH MENENGAH masalah...PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan MasaJah disiplin di kalangan pelajar akhir-akhir ini amat membimbangkan dan turut mendapat perhatian

cedera parah sehingga satu buah pinggangnya dibuang, dipercayai selepas dibelasah

sekumpulan pelajar atasan. Kronologi kedua iaitu Mac 2004 pelajar tingkatan empat

kolah Menengah Dato Kiana Petra Maamor (SMADKPM), Negeri Sembilan,

Muhammad Farid Ibrahim meninggal dunia akibat dibelasah lapan pelajar tingkatan lima

kolah itu. Kronologi ketiga iaitu Februari 2005, pelajar tingkatan lima Maktab Rendah

ains Mara, Pendang, Kedah, Mohd Zaki Shukri patah satu tulang rusuk dan lebam di

badan selepas dibelasah lima rakan asramanya. Kronologi keempat iaitu 14 Jun 2005,

pelajar tingkatan satu Sekolah Menengah Agama Padang Tengku, Pahang, Muhammad

Afiq Qusyairi Baharuddin, kemungkinan besar lumpuh sepanjang hayat, dipercayai dibuli

pelajar atasan di sekolahnya." Keadaan itu menyebabkan Sultan Pahang, Sultan Ahmad

Shah telah melawat sekolah berkenaan untuk mengetahui kejadian yang sebenar. Baginda

berasa marah dengan kejadian yang tidak berperikemanusiaan yang dilakukan oleh pelajar

yang dianggap sebagai pemangkin pada masa hadapan.

Antara punca kejadian buli hanyalah dari perkara kedl seperti enggan

meminjamkan cerek kepada pelajar atasan. Hanya perkara kedl remaja hilang

pertimbangan serta kesabaran dan akan melakukan perkara di luar batasan. Pelbagai .'persoalan mula timbul antaranya adakah remaja sekarang sudah tidak takut lagi

melakukan kesalahan undang-undang dan juga tidak takut terhadap hukuman yang bakal

diterima. Seharusnya, kejadian yang telah menimpa mangsa buli ini patut dijadikan

pengajaran oleh semua pihak. Undang-undang boleh diambil sekiranya pelajar melakukan

kesalahan yang boleh mengakibatkan kesengsaraan pada orang lain.

5

Page 17: KAJIAN MASALAH BULl PELAJAR DI SEKOLAH MENENGAH masalah...PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan MasaJah disiplin di kalangan pelajar akhir-akhir ini amat membimbangkan dan turut mendapat perhatian

Walaupun masalah ini dianggap perkara biasa dan merupakan kes kecil atau

terpinggir yang hanya berlaku sekali-sekala, namun ia perlu diketahui oleh masyarakat

kerana ia juga membabitkan kecederaan terhadap mangsa. Seperti juga penyakit, jika

tidal< dicegah atau diubati secepatnya ia akan merebak dan menjadi semakin teruk.

Keperihatinan dan tindakan cepat semua pihak akan dapat membendung masalah ini.

Masalah disiplin dan penglibatan pelajar dalam perkara negatif banyak dipengaruhi oleh

persekitaran dan media massa moden masa kini. Ini akan mengundang lebih banyak lagi

masalah disiplin peLajar. lbubapa perlu mengambil tahu tentang aktiviti yang dilakukan

oleh anak-anak mereka supaya tidak terpengaruh dengan tingkahlaku rakan-rakan mereka

yang naka\. Menurut di dalam laman web nobully yang dilawati pada 5 september 2005

yang bertajuk What IS bullying menerangkan bahawa "bullying is when someone keeps

doing or saying things to have power over another person." Ia menerangkan bahawa buli

al<an berlaku apabila seseoarang itu melakukan atau mengatakan bahawa mereka

mempunyai kuasa dari orang lain.

Antara punca terjadinya buli adalah peranan ibubapa, remaja itu sendiri, media,

guru-guru dan persekitaran sekeliiing. Zaman era siber yang serba canggih ini, kita tidak ... dapat elak dari gejala-gejala negatif. Akibat kesibukan bekerja, ibubapa kurang

memperuntukan masa atau memberi perhatian kepada anak-anak dan mengetahui masalah

mereka. lbubapa kurang mengambil berat tentang aktiviti anak mereka di sekolah, tidak

tabu dengan siapa anak mereka berkawan, kurang memberi perhatian kasih sayang,

kurang memberi didikan agama yang sempurna, anak sering dimanjakan dan tidak

menerapkan nilai-nilai positif pada diri anak mereka seperti hormat-menghormati orang

6

Page 18: KAJIAN MASALAH BULl PELAJAR DI SEKOLAH MENENGAH masalah...PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan MasaJah disiplin di kalangan pelajar akhir-akhir ini amat membimbangkan dan turut mendapat perhatian

lain. Sebagai ibubapa, mereka perlu tahu dengan siapa anak-anak mereka berkawan, apa

yang mereka sering lakukan selepas habis kelas dan masalah yang sering mereka hadapi.

Dengan cara ini, ibubapa dan anak-anak dapat berinteraksi dan bermesra bersama

keluarga. Anak-anak juga tidak berasa diri dipinggirkan dan ini dapat menyemai sikap

positif dan cara hidup yang sihat ke dalam diri anak-anak.

Sikap remaja yang kita tahu bahawa remaja mudah terpengaruh dengan rakan-rakan

sebaya, ingin mencuba sesuatu yang baru , suka balas dendam, ego yang terlalu tinggi

seperti ingin menunj ukkan diri mereka hebat dari orang lain, tekanan dari keluarga,

tekanan peribadi, tekanan emosi dan suka melakukan aktiviti yang tidak berfaedah seperti

menghabiskan masa dengan lepak bersama rakan-rakan tanpa melakukan sesuatu yang

berfaedah.

Media massa juga antara punca terjadinya buli seperti menyiarkan rancangan

televisyen yang berunsur ganas, pergaduhan, pembunuhan, dendam dan jenayah. Apabila

menonton rancangan itu mereka akan mudah terpengaruh dan cuba meniru aksi yang

ditonton samada ianya berjaya atau tidak. Sebagai guru mereka tidak sepatutnya

menyembunyikan masalah sekolah .-nata-mata ingin menjaga nama baik sekolah itu

sendiri. Mereka perlu bekerjasama dengan polis dan mengambil tindakan dengan cara

menghukum pelajar itu terhadap apa yang telah mereka lakukan. Mereka yang terlibat

sepatutnya menerima hukuman yang sewajarnya agar dapat dijadikan pengajaran kepada

pelajar-pelajar lain dan memberitahu mereka bahawa apa yang telah mereka lakukan itu

adalah salah di sisi undang-undang dan tidak boleh diterima oleh masyarakat lain. Selain

. ,guru-guru hendaklah memantau kelakuan dan disiplin pelajar. Membuat pemeriksaan

7

Page 19: KAJIAN MASALAH BULl PELAJAR DI SEKOLAH MENENGAH masalah...PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan MasaJah disiplin di kalangan pelajar akhir-akhir ini amat membimbangkan dan turut mendapat perhatian

jika mendapati kelakuan pelajar itu meragukan. Sentiasa mengambil berat tentang

masalah pelajar. Guru-guru juga jangan cuba menyembunyikan masalah ini dari

pengetahuan umum semata-mata ingin menjaga nama baik sekolah.

Masyarakat juga mestilah peka dengan masalah ini dan jangan menganggap

masalah ini bukan masalah kita sebaliknya bersama-sama memantau agar kejadian yang

tidak diingini tidak akan berulang lagi. Mereka yang terlibat sering melakukan aktiviti ini

dengan memilih tempat yang jauh dari orang ramai, di dalam bilik kosong, di belakang

sekolah dan di dalam tandas. Mereka tidak mahu orang ramai melihat aksi mereka yang

dirasakan hebat.

Pelbagai cara digunakan bagi membanteras buli antaranya masuk campur dari

Menteri Pelajaran Malaysia iaitu YB Dato' Hishamudin Tun Hussein. Beliau turut sarna

turun padang bertemu sendiri pelajar yang dibuli dan mengambil tindakan yang

sewajamya terhadap pelajar dan sekolah yang terlibat.

Media massa juga telah banyak kali mengeluarkan cerita yang berkaitan kes buli ini.

Kempen periklanan merupakan alat perantara untuk menyampaikan mesej. Ia boleh ..' .

disampaikan melalui pelbagai media massa iaitu akhbar, radio, televisyen, majalah, papan

iklan dan sebagainya. Menurut Wells, Burnett dan Moriarty di dalam buku Advertising

Principles and Practice (1992), menerangkan "advertising is paid non personal

communication from an identified sponsor using mass media to persuadeor influence

audience." Ini bermakna periklanan ialah komunikasi bukan peribadi tentang maklumat

yang biasanya dibayar dan bersifat memujuk tentang keluaran, barangan, perkhidmatan

8

Page 20: KAJIAN MASALAH BULl PELAJAR DI SEKOLAH MENENGAH masalah...PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan MasaJah disiplin di kalangan pelajar akhir-akhir ini amat membimbangkan dan turut mendapat perhatian

atau idea oleh penaja yang dikenal pasti dan dilakukan oleh pelbagai media. Manakala

kempen merupakan segala usaha seperti menjalankan kegiatan dan tindakan yg

dirancangkan dan dilaksanakan dengan menggunakan penerangan seperti rayuan dan lain-

lain untuk mempengaruhi pendapat umum atau mendapatkan sokongan umum terhadap

sesuatu matiamat dan lain-lain.

Menurut Wells, Burnett dan Moriarty (1992), di dalam buku Advertising Principles

and Practice (1992) menerangkan bahawa "closely related to the identification of an

advertising problem is the statement of the advertising objectives. Objectives are goal

statement; they identi fy the effect the message is intended to have the audience within a

specified time frame. They are logically derived from the problem analysis. Ideally, if the

advertising accomplishes its objectives, then the problem will have been solved." Kempen

periklanan merupakan saluran maklumat daripada pengiklan kepada orang ramai dan

disampaikan dalam pelbagai bentuk. Pengiklan akan memberitahu apa yang ingin

disampaikan dengan menggunakan pelbagai taktik seperti pengaruh, galakan dan suruhan.

lni akan mengubah sikap, kepercayaan dan pendirian orang ramai yang melihat. Kempen

mempengaruhi kita untuk membuat keputusan dan menjadikan kita sebagai orang yang .'sentiasa beringat terhadap sesuatu perkara. Selain itujuga, kempen memberi kesan kepada

budaya, alam sekitar dan moral. Oleh itu kempen kesedaran terhadap masyarakat tidak

boleh dipandang remeh.

1.2 Permasalahan kajian

Antara permasalahan kajian merangkumi:

9

Page 21: KAJIAN MASALAH BULl PELAJAR DI SEKOLAH MENENGAH masalah...PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan MasaJah disiplin di kalangan pelajar akhir-akhir ini amat membimbangkan dan turut mendapat perhatian

1.2.1 Masyarakat kurang kesedaran.

Masyarakat kurang prihatin dengan masalah ini. Mereka menganggap

masalah ini bukan masalah mereka dan sering dipandang remeh oleh

sesetengah pihak. Walaupun ianya merupakan kes kecil, tetapi akibat dari

perbuatan ini akan meninggalkan kesan yang mendalam kepada mangsa. Ia

perlu diketahui oleh semua pihak tidak kira peringkat umur agar perkara

ini tidak berulang lagi.

1.2.2 Kurangnya pendidikan tentang latarbelakang, sikap, kepercayaan,

gaya hidup terhadap kumpulan sasaran

Kempen yang membosankan adalah kempen yang kurangnya

kajian terhadap kumpulan sasaran. Pengiklan kurang mendalami latar

belakang kumpulan sasaran. Pengiklan kurang mengkaji dari segi umur,

jantina, pekerjaan, pendapatan, pendidikan dan lain-lain untuk

membuat satu kempen. Sebagaimana yang kita tahu tidak semua orang

mempunyai citarasa yang sarna . .'

Selain itu juga, pengiklan kurang mengkaji sikap kumpulan sasaran

itu. Apakah yang dikehendaki dalam menyampaikan satu kempen. Apakah

konsep dan bentuk penyampaian yang disukai. Ada yang berfikiran

terbuka, tidak ambil kisah, sensitif, kurang percaya pada sesuatu yang baru

dan sebagainya. Masing-masing mempunyai cara berfikiran yang

berlainan. Gaya hidup juga adalah salah satu faktor yang perJu pengiklan

10

Page 22: KAJIAN MASALAH BULl PELAJAR DI SEKOLAH MENENGAH masalah...PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan MasaJah disiplin di kalangan pelajar akhir-akhir ini amat membimbangkan dan turut mendapat perhatian

kaji. Ada yang kurang berpendidikan tinggi, sederhana dan terpelajar.

Sikap akan terbentuk melalui cara pendidikan dan latar belakang individu

itu sendiri. Bermacam-macam gaya hidup yang perlu pengiklan tahu. Ada

yang suka mengambil berat terhadap isu sosial dan ada yang lebih gemar

hidup bersendirian.

Oi samping itu juga, pengiklan kurang mengambil kira

kepercayaan kumpulan sasaran. Semua orang mempunyai cara

penerimaan yang berbeza. Ada yang boleh menerima sesuatu keadaan

yang baru dengan cepat, sederhana dan ada juga yang mengambil masa

yang lama untuk menerima perubahan baru. Pengiklan mesti kreatif

agar objektif yang ingin disampaikan, sampai ke pihak kumpulan

sasaran.

1.2.3 Tiada lagi promosi yang disampaikan menggunakan media massa dan

elektronik bagi mengatasi gejala buli ini.

Masih tiada lagi promosi kempen antibuli yang dijalankan oleh pihak ."media samada menerusi media elektronik mahupun media cetak. Isu buli

dianggap serius dan perIu penyebaran yang meluas supaya masyarakat

sedar dan faham apa itu buli dan mengapa ia berIaku. Promosi media

bertujuan memberitahu dan mengajak masyarakat agar turut sarna

membanteras dan mendidik remaja supaya tidak melakukannya.

Objektif kajian.

11

Page 23: KAJIAN MASALAH BULl PELAJAR DI SEKOLAH MENENGAH masalah...PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan MasaJah disiplin di kalangan pelajar akhir-akhir ini amat membimbangkan dan turut mendapat perhatian

1.3.1 Mengkaji penyampaian melalui media periklanan penting bagi

mengatasi apa jua masalah di negara ini.

Pada hari ini, terdapat banyak piiihan media yang digunakan

di dalam periklanan. Media cetak seperti akhbar, majalah. Media

elektronik pula seperti radio, televisyen dan internet. Manakala

media luaran seperti poster dan papan iklan. Media merupakan

penghubung yang penting untuk menyampaikan mesej dengan cepat

dan meluas. Oengan adanya media semua golongan masyarakat dapat

mengetahui perkembangan semasa tidak kira di mana mereka

berada. Pemilihan media yang betul penting supaya mesej yang

1.3.2 Membuat perbandingan antara kempen-kempen kesedaran yang lain

Tujuannya adalah untuk mengetahui bagaimana strategi sesuatu

kempen itu berjaya atau tidak berjaya. Oi sini kita boleh membuat

kajian terhadap konsep yang digunakan dan sekali gus kita dapat

mengetahui kelebihan dan kekurangan terhadap sesuatu kempen.

Membuat kajian tlrtadap keunikan sesuatu kempen itu. Apakah elemen

yang digunakan untuk menjayakan kempen tersebut. Oari situ kita dapat

mengetahui bagaimana membuat kempen kesedaran yang berkualiti dan

mudah diingati oleh semua lapisan masyarakat. Kajian terhadap

pesaing-pesaing juga akan dibuat untuk mengetahui kekuatan dan

kelemahan setiap kempen kesedaran.

12

Page 24: KAJIAN MASALAH BULl PELAJAR DI SEKOLAH MENENGAH masalah...PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan MasaJah disiplin di kalangan pelajar akhir-akhir ini amat membimbangkan dan turut mendapat perhatian

1.3.3 Mengkaji kesan keberkesanan kempen

Tujuannya adalah untuk mengetahui apakah daya tarikan yang

terdapat pada setiap kempen kesedaran seperti menggunakan slogan

yang dapat menarik perhatian orang ramai supaya orang ramai akan

mudah ingat terhadap sesuatu kempen. Mengkaji strategi periklanan

yang digunakan untuk membuat kempen yang lebih efektif. Selain itu,

mengkaji mutu persembahan yang disampaikan dalam setiap

kempen.

1.3.4 Mencari data dan informasi kumpulan sasaran, media dan strategi

supaya dapat mewujudkan kempen yang lebih berkesan.

Mendapatkan maklumat tentang strategi dan media yang digunakan

dan mengkaji kumpulan sasaran untuk mengetahui lebih lanjut tentang

apa yang dikehendaki oleh mereka. Membuat soal selidik tentang

keberkesanan kempen kesedaran terhadap orang ramai. Kajian terhadap

kumpulan sasaran penting bagi mengetahui seluas mana mesej itu akan

tersebar dan setiap mesej yang akan dituju dapat disampaikan dengan jelas.

Dari hasil kajian kita dapat mengetahui peratusan mana yang lebih tinggi

terhadap media yang berkesan untuk menyampaikan maklumat dan

informasi tentang kemp en yang dibuat. Strategi juga penting supaya

pengiklan tahu ia penting dan cara yang berkesan dan sistematik untuk

kempen yang akan dibuat.

13