kajian mengenai pelajar pencapaian tinggi & sederhana dalam penyelesaian masalah sains

Upload: syahrul

Post on 07-Apr-2018

230 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 8/3/2019 KAJIAN MENGENAI PELAJAR PENCAPAIAN TINGGI & SEDERHANA DALAM PENYELESAIAN MASALAH SAINS

    1/157

    KAJIAN MENGENAI PELAJAR PENCAPAIAN TINGGI DAN PELAJAR

    PENCAPAIAN SEDERHANA DALAM PENYELESAIAN MASALAH SAINS

    DALAM BAHASA INGGERIS DAN BAHASA MELAYU

    LEE SHUH SHING

    UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

  • 8/3/2019 KAJIAN MENGENAI PELAJAR PENCAPAIAN TINGGI & SEDERHANA DALAM PENYELESAIAN MASALAH SAINS

    2/157

    2

    PPSSZZ 1199::1166 ((PPiinndd.. 11//9977))

    UUNNIIVVEERRSSIITTII TTEEKKNNOOLLOOGGII MMAALLAAYYSSIIAA

    BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

    JUDUL : KAJIAN MENGENAI PELAJAR PENCAPAIAN TINGGI DAN

    PELAJAR PENCAPAIAN SEDERHANA DALAMPENYELESAIAN MASALAH SAINS DALAM BAHASA INGGERIS

    DAN BAHASA MELAYU

    SESI PENGAJIAN : 2005 / 2006

    Saya

    (HURUF BESAR)

    mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan

    Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut:

    1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia.2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan

    pengajian sahaja.3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara

    institusi pengajian tinggi.

    4. ** Sila tanda ( )

    SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan ataukepentingan Malaysia seperti yang termaktud di dalam

    AKTA RAHSIA RASMI 1972)

    TERHAD (Mengandungi maklumat yang TERHAD yang telah ditentukan

    oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan)

    TIDAK TERHAD

    Disahkan oleh

    (TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA)

    Alamat Tetap:

    PROF. MADYA AZIZ BIN NORDIN

    1153, TAMAN SRI REMAH

    17500 TANAH MERAH, KELANTAN Nama Penyelia

    Tarikh: 23 June 2006 Tarikh: 23 June 2006

    CATATAN: * Potong yang tidak berkenaan.

    ** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi

    berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagaiSULIT atau TERHAD.

    Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan,atau disertai bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan, atau Laporan Projek

    Sarjana Muda (PSM).

    LEE SHUH SHING

  • 8/3/2019 KAJIAN MENGENAI PELAJAR PENCAPAIAN TINGGI & SEDERHANA DALAM PENYELESAIAN MASALAH SAINS

    3/157

    3

    Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini

    adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan ijazah

    Sarjana Pendidikan (Kimia).

    Tandatangan : _______________________________

    Nama Penyelia : PROF. MADYA AZIZ BIN NORDIN

    Tarikh : _______________________________

  • 8/3/2019 KAJIAN MENGENAI PELAJAR PENCAPAIAN TINGGI & SEDERHANA DALAM PENYELESAIAN MASALAH SAINS

    4/157

    4

    KAJIAN MENGENAI PELAJAR PENCAPAIAN TINGGI DAN PELAJAR

    PENCAPAIAN SEDERHANA DALAM PENYELESAIAN MASALAH SAINS

    DALAM BAHASA INGGERIS DAN BAHASA MELAYU

    LEE SHUH SHING

    Laporan projek ini dikemukakan

    sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat

    penganugerahan ijazah Sarjana Pendidikan (Kimia)

    Fakulti Pendidikan

    Universiti Teknologi Malaysia

    JUNE, 2006

  • 8/3/2019 KAJIAN MENGENAI PELAJAR PENCAPAIAN TINGGI & SEDERHANA DALAM PENYELESAIAN MASALAH SAINS

    5/157

    5

    Saya akui karya yang bertajukKajian mengenai pelajar pencapaian tinggi danpelajar pencapaian sederhana dalam penyelesaian masalah sains

    dalam bahasa Inggeris dan bahasa Melayu

    adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan

    yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya.

    Tandatangan : _________________

    Nama Penulis: LEE SHUH SHING

    Tarikh : 23 JUNE 2006_____

  • 8/3/2019 KAJIAN MENGENAI PELAJAR PENCAPAIAN TINGGI & SEDERHANA DALAM PENYELESAIAN MASALAH SAINS

    6/157

    6

    Untuk ayah dan ibu tersayang

  • 8/3/2019 KAJIAN MENGENAI PELAJAR PENCAPAIAN TINGGI & SEDERHANA DALAM PENYELESAIAN MASALAH SAINS

    7/157

    7

    PENGHARGAAN

    Saya ingin merakamkan penghargaan ikhlas kepada penyelia projek, Prof

    Madya Aziz bin Nordin serta pensyarah-pensyarah atas bimbingan dan dorongan

    yang telah diberikan sepanjang tempoh penyediaan tesis ini.

    Penghargaan juga ditujukan kepada pengawai Makmal Kimia dan Makmal

    Bestari yang turut membantu dalam menjayakan projek ini. Tidak lupa juga rakan-

    rakan seperjuangan saya yang telah menghulurkan bantuan kepada saya.

    Penghargaan diberikan kepada ibu bapa dan ahli keluarga yang tersayang

    yang sentiasa memberi sokongan dan dorongan kepada saya.

    Penghargaan juga ditujukan kepada semua yang terlibat sama ada secara

    langsung atau tidak langsung membantu menjayakan projek penyelidikan ini.

  • 8/3/2019 KAJIAN MENGENAI PELAJAR PENCAPAIAN TINGGI & SEDERHANA DALAM PENYELESAIAN MASALAH SAINS

    8/157

    8

    ABSTRAK

    Tujuan kajian ini adalah untuk menentukan tahap penyelesaian masalah

    pelajar pencapaian tinggi dan pelajar pencapaian sederhana bagi topik haba dalam

    bahasa Inggeris dan bahasa Melayu. Kajian ini juga meninjau pengalaman pelajar

    mempelajari sains dalam bahasa Inggeris. Soal selidik telah digunakan dalam kajian

    ini dan telah diedarkan kepada 354 pelajar tingkatan Dua di dua buah sekolah di

    Johor Bahru. Kajian yang dijalankan menggunakan dua set soalan, bahasa Melayu

    dan bahasa Inggeris, yang ditadbir pada hari yang berlainan. Soal selidik

    mengandungi tiga bahagian: latar belakang pelajar, pengalaman mempelajari sains

    dan juga soalan penyelesaian masalah. Dalam pengalaman mempelajari sains,

    keputusan menunjukkan pelajar pencapaian sederhana lebih memahami pelajaran

    sains yang diajar dalam bahasa Melayu berbanding dengan pelajar pencapaian tinggi.

    Dapatan kajian juga menunjukkan pelajar jarang menggunakan bahasa Inggeris

    dalam pertuturan harian. Keputusan tahap penyelesaian masalah pula menunjukkan

    pelajar pencapaian sederhana adalah kurang memuaskan dibandingkan dengan

    pelajar pencapaian tinggi. Ini mungkin disebabkan penguasaan bahasa Inggeris

    mereka yang lemah. Kebanyakan pelajar menghadapi masalah dalam menjawab

    soalan amali bertulis. Daripada analisis korelasi, keputusan kajian juga menunjukkan

    bahawa penguasaan bahasa Inggeris yang ditunjukkan dalam pencapaian ujian

    bahasa Inggeris mempengaruhi pencapaian penyelesaian masalah. Selain daripada itu,

    pengalaman mempelajari sains dalam bahasa Inggeris juga serba sedikit

    mempengaruhi tahap penyelesaian masalah pelajar. Secara umumnya, kajian

    mendapati bahawa ramai pelajar menghadapi masalah dalam memberi penerangan

    dalam bahasa Inggeris. Keadaan ini dapat dilihat melalui kesilapan-kesilapan mereka

    dalam menyelesaikan masalah sains dalam bahasa Inggeris.

  • 8/3/2019 KAJIAN MENGENAI PELAJAR PENCAPAIAN TINGGI & SEDERHANA DALAM PENYELESAIAN MASALAH SAINS

    9/157

    9

    ABSTRACT

    The purpose of this study was to investigate high achiever students and

    moderate achiever student in solving problem for the topic of heat in Malay and

    English version. In addition, this study was to investigate students experience in

    learning Science in English. A research using questionnaires was conducted on 354

    form two students in two selected schools in Johor Bahru. This research consisted of

    two sets of questionnaires, in Malay and in English. Both questionnaires were

    conducted on different days to avoid bias result. The questionnaire consisted of three

    sections: students background, experience in learning science and problem solving

    questions. For experience in learning science section, results indicated that moderate

    achiever students understand the lesson better in Malay compared to high achiever

    students. Results also indicated that students seldom use English in their daily lives.

    Whereas, in problem solving section, results indicated that moderate achiever

    students are held at a lower level compared to high achiever students. This may be

    due to the lack of proficiency in English language. Most of the students were having

    problems in writing experimental reports. From the correlation analysis, it shows that

    the achievement of monthly test in English might affect the achievement of problem

    solving. Besides that, it also shows that experience in learning science in English

    might affect students achievement in problem solving. Ultimately, most of the

    students were having problems in giving proper explanation in English. This can be

    revealed in students mistake in problem solving.

  • 8/3/2019 KAJIAN MENGENAI PELAJAR PENCAPAIAN TINGGI & SEDERHANA DALAM PENYELESAIAN MASALAH SAINS

    10/157

    10

    KANDUNGAN

    BAB PERKARA MUKA SURAT

    PENGAKUAN ii

    DEDIKASI iii

    PENGHARGAAN iv

    ABSTRAK v

    ABSTRACT vi

    KANDUNGAN vii

    SENARAI JADUAL xii

    SENARAI RAJAH xiv

    SENARAI LAMPIRAN xv

    BAB I PENDAHULUAN 1

    1.1 Masalah Kajian 3

    1.2 Pernyataan Masalah 6

    1.3 Objektif Kajian 7

    1.4 Soalan Kajian 8

    1.5 Rasional Kajian 9

    1.6 Skop Kajian 10

    1.7 Definisi Istilah 11

    1.8 Rumusan 13

    BAB II SOROTAN PENULISAN 14

  • 8/3/2019 KAJIAN MENGENAI PELAJAR PENCAPAIAN TINGGI & SEDERHANA DALAM PENYELESAIAN MASALAH SAINS

    11/157

    11

    2.1 Pengenalan 14

    2.2 Sains dan Bahasa 17

    2.3 Haba dan Bahasa 23

    2.4 Bahasa Inggeris sebagai Bahasa Kedua 26

    2.5 Penyelesaian Masalah 28

    2.6 Rumusan 35

    BAB III METODOLOGI KAJIAN 36

    3.1 Reka Bentuk Kajian 36

    3.2 Tempat Kajian 37

    3.3 Persampelan 38

    3.4 Instrumen kajian 40

    3.4.1 Bahagian A 40

    3.4.2 Bahagian B 41

    3.4.3 Bahagian C 42

    3.5 Prosedur Kajian 43

    3.6 Analisis Data 47

    3.6.1 Latar belakang pelajar 47

    3.6.2 Pengalaman mempelajari Sains 49

    dalam bahasa Inggeris

    3.6.3 Tahap Penyelesaian Masalah 49

    3.6.4 Korelasi antara Keputusan Ujian 50

    dan Pengalaman Mempelajari Sains

    dengan Tahap Penyelesaian Masalah

    3.6.5 Kesilapan Pelajar dalam Penyelesaian 52

    Masalah

    3.7 Rumusan 52

    BAB IV ANALISIS DATA 53

  • 8/3/2019 KAJIAN MENGENAI PELAJAR PENCAPAIAN TINGGI & SEDERHANA DALAM PENYELESAIAN MASALAH SAINS

    12/157

    12

    4.1 Pendahuluan 53

    4.2 Latar Belakang Responden 54

    4.2.1 Peratusan Pencapaian Pelajar 55

    Tingkatan Dua

    4.2.2 Minat Pelajar dalam Mata pelajaran 58

    Sains, Matematik dan bahasa Inggeris

    4.2.3 Masalah Mempelajari Sains dalam 59

    Bahasa Inggeris

    4.3 Pengalaman Mempelajari Sains dalam 60

    Bahasa Inggeris

    4.3.1 Motivasi dan minat dalam 60

    Penggunaan Bahasa Inggeris

    4.3.2 Penggunaan Bahasa dalam 62

    Kehidupan Seharian

    4.3.3 Penggunaan bahasa Inggeris 63

    dalam Kelas

    4.3.4 Pengaruh Pengajaran Guru dalam 64

    Bahasa Inggeris

    4.4 Tahap Penyelesaian Masalah Mengikut 66

    Kategori Pelajar

    4.4.1 Perbandingan Tahap Penyelesaian 69

    Masalah Mengikut Kategori Pelajar

    4.5 Korelasi antara Pencapaian Ujian 70

    dan Pengalaman Mempelajari Sains

    dengan Tahap Penyelesaian Masalah

    4.5.1 Korelasi antara Keputusan UPSR 70

    Pelajar dan Ujian Bulanan bagi

    Mata Pelajaran Bahasa Inggeris

    dengan Tahap Penyelesaian Masalah

    4.5.2 Korelasi antara Pengalaman 71

    Mempelajari Sains dalam Bahasa

    Inggeris dengan Pencapaian

    Penyelesaian Masalah

    4.6 Kesilapan Responden dalam Penyelesaian 72

  • 8/3/2019 KAJIAN MENGENAI PELAJAR PENCAPAIAN TINGGI & SEDERHANA DALAM PENYELESAIAN MASALAH SAINS

    13/157

    13

    Masalah

    4.6.1 Item 1 (Pandangan pelajar tentang 73

    konsep haba)

    4.6.2 Item 2 (Mengaitkan konsep haba 74

    dengan fenomena harian)

    4.6.3 Item 3 (Membezakan konsep haba 76

    dengan suhu)

    4.6.4 Item 4 (Membezakan konsep haba 77

    dengan suhu)

    4.6.5 Item 5 (Amali bertulis pelajar bagi 79

    topik haba)

    4.6.6 Item 6 (Mengaitkan konsep haba 81

    dengan pergerakan zarah-zarah)

    4.6.7 Item 7 (Mengaitkan konsep haba 82

    dengan pergerakan zarah-zarah)

    4.6.8 Item 8 (Mengaitkan konsep haba 84

    dengan fenomena harian)

    4.7 Rumusan 86

    BAB V PERBINCANGAN, KESIMPULAN DAN CADANGAN

    5.1 Pendahuluan 87

    5.2 Perbincangan 88

    5.2.1 Latar Belakang Responden 88

    5.2.2 Pengalaman mempelajari Sains dalam 91

    Bahasa Inggeris

    5.2.3. Tahap Penyelesaian Masalah Pelajar 94

    bagi Kertas Bahasa Melayu dan

    Bahasa Inggeris

    5.2.4 Ujian Korelasi 97

    5.2.6 Kesilapan Pelajar dalam Penyelesaian 98

    Masalah

    5.3 Kesimpulan 99

  • 8/3/2019 KAJIAN MENGENAI PELAJAR PENCAPAIAN TINGGI & SEDERHANA DALAM PENYELESAIAN MASALAH SAINS

    14/157

    14

    5.4 Implikasi Kajian 100

    5.5 Cadangan Meningkatkan Tahap 102

    Penyelesaian Masalah

    5.6 Cadangan Lanjutan Kajian 104

    5.7 Rumusan 104

    RUJUKAN 106

    Lampiran A- G 114 - 143

  • 8/3/2019 KAJIAN MENGENAI PELAJAR PENCAPAIAN TINGGI & SEDERHANA DALAM PENYELESAIAN MASALAH SAINS

    15/157

    15

    SENARAI JADUAL

    NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT

    1.1 Gred markah bagi Pengkategorian Pelajar 12

    2.1 Bahasa Inggeris dan Konsep Haba 24

    2.2 Panduan Pemarkahan bagi Penyelesaian Masalah 32

    Algorithma

    3.1 Gred Markah bagi Pengkategorian Pelajar 39

    3.2 Taburan Skor Minat 40

    3.3 Taburan Skor Mengikut Skala Likert 41

    3.4 Soal Selidik Bagi Bahagian B 42

    3.5 Item Penyelesaian Masalah 43

    3.6 Taburan Skor Minat 48

    3.7 Taburan Skor Mengikut Skala 50

    3.8 Klassifikasi Koefisien Pearson mengikut Best dan Kahn 51

    4.1 Maklumat latar belakang responden 54

    4.2 Peratusan Pencapaian Pelajar Pencapaian Tinggi bagi 55

    Tingkatan Dua dalam Ujian Penilaian Sekolah Rendah

    (UPSR) dan Ujian Bulanan Bagi Mata Pelajaran Bahasa

    Inggeris dan Sains

    4.3 Peratusan Pencapaian Pelajar Sederhana bagi 56

    Tingkatan Dua Dalam Ujian Penilaian Sekolah Rendah

    (UPSR) dan Ujian Bulanan Bagi Mata Pelajaran Bahasa

    Inggeris dan Sains

    4.4 Peratusan taburan minat pelajar dalam Mata pelajaran 58

    bahasa Inggeris, Matematik dan Sains.

    4.5 Masalah Mempelajari Mata Pelajaran Sains 59

  • 8/3/2019 KAJIAN MENGENAI PELAJAR PENCAPAIAN TINGGI & SEDERHANA DALAM PENYELESAIAN MASALAH SAINS

    16/157

    16

    dalam Bahasa Inggeris

    4.6 Perbandingan Peratusan Motivasi dalam 61

    Penggunaan Bahasa Inggeris bagi Pelajar Pencapaian

    Tinggi dan Pelajar Pencapaian Sederhana.

    4.7 Perbandingan Peratusan Penggunaan Bahasa Inggeris 62

    dalam Kehidupan Seharian bagi Pelajar Pencapaian

    Tinggi dan Pelajar Pencapaian Sederhana.

    4.8 Perbandingan Peratusan Penggunaan Bahasa Inggeris 63

    dalam Kelas Pelajar Pencapaian Tinggi dan Pelajar

    Pencapaian Sederhana

    4.9 Perbandingan Pengaruh Pengajaran Guru dalam 65

    Mengajar Sains dalam Bahasa Inggeris bagi Pelajar

    Pencapaian Tinggi dan Pelajar Pencapaian Sederhana. 66

    4.10 Taburan skor Mengikut Skala

    4.11 Peratus Tahap Penyelesaian Pelajar Pencapaian Tinggi 67

    bagi Kertas Bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu

    4.12 Peratus Tahap Penyelesaian Pelajar Pencapaian 68

    Sederhana bagi Kertas Bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu

    4.13 Korelasi antara Keputusan UPSR Pelajar dan Ujian 70

    Bulanan Mata Pelajaran Bahasa Inggeris dengan Tahap

    Penyelesaian Masalah

    4.14 Korelasi antara Pengalaman Mempelajari Sains dengan 72

    pencapaian Penyelesaian Masalah

    4.15 Jawapan Pelajar untuk Item 1 73

    4.16 Jawapan Pelajar untuk Item 2 74

    4.17 Jawapan Pelajar untuk Item 3 76

    4.18 Jawapan Pelajar untuk Item 4 78

    4.19 Jawapan Pelajar untuk Item 5 79

    4.20 Jawapan Pelajar untuk Item 6 82

    4.21 Jawapan Pelajar untuk Item 7 83

    4.22 Jawapan Pelajar untuk Item 8 84

  • 8/3/2019 KAJIAN MENGENAI PELAJAR PENCAPAIAN TINGGI & SEDERHANA DALAM PENYELESAIAN MASALAH SAINS

    17/157

    17

    SENARAI RAJAH

    NO. RAJAH TAJUK MUKA SURAT

    2.1 Pemahaman Pelajar dan Saintis dalam Konteks 18

    Pandangan Dunia

    3.1 Carta Alir Prosedur Kajian 45

    4.1 Peratusan pencapaian pelajar pencapaian Tingkatan dua 56

    dalam Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) dan ujian

    bulanan bagi mata pelajaran bahasa Inggeris dan Sains

    4.2 Peratusan pencapaian pelajar sederhana Tingkatan dua 58

    dalam Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) dan ujian

    bulanan bagi mata pelajaran bahasa Inggeris dan Sains.

    4.3 Perbandingan Peratus Tahap baik dalam Penyelesaian 69

    Masalah bagi Pelajar Pencapaian Tinggi dan Pelajar

    Pencapaian Sederhana Kertas Bahasa Inggeris

  • 8/3/2019 KAJIAN MENGENAI PELAJAR PENCAPAIAN TINGGI & SEDERHANA DALAM PENYELESAIAN MASALAH SAINS

    18/157

    18

    SENARAI LAMPIRAN

    LAMPIRAN TAJUK MUKA SURAT

    A Soal- selidik Bahasa Inggeris 114

    B Soal- selidik Bahasa Melayu 124

    C Skema Jawapan 131

    D Lukisan gambar rajah oleh pelajar 134

    E Surat kelulusan Kementerian Pelajaran Malaysia 139

    F Surat pengesahan status pelajar 140

    G Borang kesahan soal-selidik daripada guru-guru 141

  • 8/3/2019 KAJIAN MENGENAI PELAJAR PENCAPAIAN TINGGI & SEDERHANA DALAM PENYELESAIAN MASALAH SAINS

    19/157

    19

    BAB I

    PENDAHULUAN

    Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan untuk

    memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu supaya

    dapat melahirkan insan yang seimbang, harmonis dan bermoral tinggi. Hasrat ini

    termaktub dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Dalam merealisasikan

    pembinaan insan seperti yang dihasratkan itu, pendidikan dalam Kurikulum

    Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) dan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah

    (KBSM) diwawancarakan agar berupaya membentuk rakyat Malaysia yang

    seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek (Pusat Perkembangan

    Kurikulum, 2000).

    Kurikulum persekolahan kebangsaan mendukung hasrat mulia negara bagi

    menyediakan pendidikan bertaraf dunia kepada generasi masa kini dan akan datang.

    Penyemakan kurikulum adalah perlu supaya pendidikan yang diberikan kepada

    pelajar sesuai dengan perkembangan semasa. Penyemakan kurikulum bukan sahaja

    bertujuan untuk memantapkan Akta Pendidikan, malah memenuhi semangat Falsafah

    Pendidikan Kebangsaan dan menyediakan warga Malaysia menghadapi cabaran

    pendidikan pada abad 21 (Pusat Perkembangan Kurikulum, 2000).

  • 8/3/2019 KAJIAN MENGENAI PELAJAR PENCAPAIAN TINGGI & SEDERHANA DALAM PENYELESAIAN MASALAH SAINS

    20/157

    20

    Pada tahun 1975, sekolah rendah Inggeris telah ditukarkan kepada sekolah

    rendah kebangsaan dan pada tahun 1976, bahasa Melayu dijadikan medium

    pengantaraan bagi Tingkatan Satu. Bahasa kebangsaan kemudiannya diperkenalkan

    sebagai medium pengantaraan bagi Tingkatan Enam (Aliran sastera) pada tahun

    1979 dan aliran Sains pada tahun 1981. Pada 1980, bahasa Melayu telah dijadikan

    sebagai medium pengantaraan pelajar tahun satu di universiti. Pada tahun 1983,

    semua kursus di universiti diajar dalam bahasa Melayu. Pada tahun 1982, bahasa

    kebangsaan dijadikan bahasa pengantaraan di semua tahap di sekolah rendah

    mahupun sekolah menengah. Walaupun keputusan menjadikan bahasa Melayu

    sebagai bahasa pengantaraan di sekolah, kerajaan juga menetapkan satu polisi

    mengekalkan bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua penting. Oleh itu, bahasa

    Inggeris diajar sebagai satu subjek penting pada tahun satu di sekolah kebangsaan

    dan tahun tiga di sekolah jenis kebangsaan (New Straits Times, 7 Mei 2002).

    Sehingga kebelakangan ini, kerajaan telah membuat satu perubahan lagi iaitu

    memperkenalkan bahasa Inggeris sebagai medium pengantaraan dalam pengajaran

    sains dan matematik. Ini adalah untuk memastikan pelajar dapat mengikuti rentak

    pembangunan dalam sains dan teknologi pada masa kini. Selain itu, pelajar boleh

    meningkatkan kemampuan mereka dan tahu untuk menyesuaikan diri kepada

    pelbagai maklumat sains dan teknologi yang ditulis dalam bahasa Inggeris (Pusat

    Perkembangan Kurikulum, 2002). Bekas Menteri Pendidikan, Tan Sri Musa

    Muhamad berkata, Adalah penting bagi pelajar mempunyai satu asas bahasa

    Inggeris yang kukuh dalam sains dan matematik memandangkan banyak informasi

    dan pengetahuan yang terkini adalah dalam bahasa Inggeris (New Straits Times, 29

    Julai 2002).

    Bekas Perdana Menteri, Dr. Mahathir pernah berkata, Bahasa Inggeris

    adalah bahasa yang diguna luas di mana- mana bidang. Perjanjian atau surat-surat

    biasanya adalah dalam bahasa Inggeris. Jika kita tidak menguasai bahasa tersebut,

    kita mungkin akan ketinggalan. Beliau juga berkata, oleh kerana kekurangan

    penegasan penggunaan bahasa Inggeris beberapa tahun ini, kerajaan mendapati

    mereka yang lemah dalam menguasai bahasa tersebut juga menjadi cacat dalam

  • 8/3/2019 KAJIAN MENGENAI PELAJAR PENCAPAIAN TINGGI & SEDERHANA DALAM PENYELESAIAN MASALAH SAINS

    21/157

    21

    menghadapi cabaran pada era ekonomi baru. Oleh itu, kita perlu memperbaiki

    kelemahan dalam bidang ini (New Straits Times,7 Mei 2002).

    1.1 Masalah Kajian

    Pengajaran dan pembelajaran sains dan matematik dalam bahasa Inggeris

    adalah elemen penambahbaikkan kepada sistem sedia ada supaya ia selari dengan

    kehendak semasa. Pada tahun 2004, satu laporan mengenai prestasi sains dan

    matematik dalam bahasa Inggeris telah menunjukkan kemerosotan pelajar (Berita

    Harian, 17 Jun 2004). Lebih 90 peratus daripada 43 guru yang menjadi responden

    kajian yang dijalankan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) mengatakan pelajar

    semakin kurang berminat dan tidak memahami kandungan mata pelajaran sains dan

    matematik yang disampaikan dalam bahasa Inggeris. Pensyarah Pusat Pengajian

    Bahasa dan Linguistik, UKM, Nor Hashimah (Berita Harian, 17 Jun 2004) berkata

    kajian yang dijalankan di Kulai, Johor ; Bandar Baru, Bangi serta Serdang, Selangor

    pada Mei 2004 lalu, juga menunjukkan 94 peratus daripada guru sains dan matematik

    itu memaklumkan keputusan pelajar mereka semakin merosot. Beliau juga berkata

    Kajian di Jerman, Korea Selatan, Jepun dan Perancis menunjukkan pengajaran dalam

    bahasa ibunda lebih berkesan untuk menyampaikan ilmu termasuk sains dan

    matematik (Berita Harian, 17 Jun 2004).

    Beliau juga menyatakan bahawa pengajaran dan pembelajaran dalam bahasa

    kedua melambatkan tugas memproses maklumat oleh guru atau pelajar dan ini

    menyebabkan maklumat yang diproses dianggap sukar dan lambat dipelajari.

    Penggunaan bahasa Inggeris yang terhad di dalam kelas akan menghadkan

    pengetahuan yang disampaikan. Selain daripada itu, penggunaan istilah atau strukur

    ayat dalam bahasa Inggeris adalah lebih rumit daripada Bahasa Melayu dan ini akan

    menyebabkan pelajar sukar mentafsirkan maklumat (Berita Harian, 17 Jun 2004).

  • 8/3/2019 KAJIAN MENGENAI PELAJAR PENCAPAIAN TINGGI & SEDERHANA DALAM PENYELESAIAN MASALAH SAINS

    22/157

    22

    Menteri Pelajaran, Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein berkata, kajian yang

    dijalankan oleh kementerian pada tahun 2005 menunjukkan murid tahun satu cepat

    menyesuaikan diri dalam subjek berkenaan dengan purata skor mata pelajaran sains

    ialah 69.3 peratus, matematik (77.4 peratus) dan bahasa Inggeris (77.7 peratus).

    Menurutnya, analisis pencapaian murid tahun satu di dua puluh sekolah terbaik

    dalam kajian juga mendapati sekolah-sekolah luar bandar mampu bersaing dengan

    pencapaian sekolah di bandar. Sebaliknya, pelajar tingkatan satu menghadapi sedikit

    masalah untuk menyesuaikan diri menyebabkan purata skor mata pelajaran sains

    hanya pada tahap 59.2 peratus, matematik 58.2 peratus dan bahasa Inggeris 61.0

    peratus (Utusan Melayu, 10 April 2005).

    Jelas menunjukkan bahawa bahasa merupakan alat untuk seseorang

    berhubung, berfikir dan bertukar-tukar ide dan pendapat. Dalam mempelajari sains

    yang mengandungi banyak fakta, konsep dan prinsip, seseorang itu perlu dapat

    memahami apa yang diajar oleh guru melalui pengantaraan bahasa. Francis dan Hill

    (1992) juga pernah menyatakan bahawa pembelajaran adalah dipengaruhi oleh

    pengetahuan yang ada pada pelajar dan bahasa yang digunakan oleh mereka untuk

    menjelaskan sesuatu konsep. Oleh itu, bahasa memainkan satu peranan yang sangat

    penting dalam pembelajaran. Bahasa merupakan alat komunikasi yang membolehkan

    ilmu disampaikan daripada seseorang kepada yang lain. Walau bagaimanapun

    penerimaan, penyusunan dan pembinaan kefahaman tentang sesuatu perkara yang

    dipelajari banyak dipengaruhi oleh pengalaman dan cara seseorang berfikir (Aziz,

    2003).

    Dalam pembelajaran kimia, pelbagai masalah akan berlaku kepada

    sesetengah pelajar apabila guru mulakan sesuatu topik yang baru. Terdapat

    perbendaharaan kata dan konsep baru yang pelajar perlu pelajari serta miskonsepsi

    yang guru perlu kenal pasti. Masalah akan semakin bertambah apabila pelajar mula

    belajar konsep yang tidak pernah dipelajari oleh mereka. Mereka bukan sahaja

    menghadapi kesusahan dalam mengadaptasi diri dengan isi kandungan, organisasi

    dan struktur disiplin tetapi juga mempunyai masalah untuk menulis dan

    berkomunikasi dalam bidang ini (Francis dan Hill, 1992).

  • 8/3/2019 KAJIAN MENGENAI PELAJAR PENCAPAIAN TINGGI & SEDERHANA DALAM PENYELESAIAN MASALAH SAINS

    23/157

    23

    Menurut artikel yang ditunjukkan oleh New Straits Times (15 September

    2005) mendapati bahawa menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua dalam

    sains dan matematik telah menunjukkan pencapaian yang kurang menggalakkan.

    Tambahan pula, pencapaian pelajar menunjukkan pelajar tidak mempunyai tahap

    bahasa Inggeris yang mencukupi untuk memahami dan menjawab soalan dalam

    bahasa Inggeris.

    Bird dan Welford (1995) menyatakan bahawa bahasa merupakan faktor yang

    penting dalam mempengaruhi pencapaian pelajar yang mempelajari sains dalam

    bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua. Terdapat dua isu yang penting yang perlu

    diambil perhatian: Pertama, kebolehan pelajar akan terjejas apabila mereka tidak

    dapat menjelaskan sesuatu dengan jelas dengan menggunakan bahasa kedua. Kedua

    adalah masalah bahasa akan menyebabkan pelajar mempunyai masalah dalam

    memahami sesuatu soalan. Selain daripada itu, kajian mereka juga menunjukkan

    pelajar lebih suka menggunakan ayat yang senang dan pendek. Pelajar juga

    mempunyai masalah dalam memahami kata hubung dalam bahasa Inggeris

    contohnya whenever, consequently, therefore, conversely, essentially dan

    lain-lain lagi.

    Kajian yang pernah dijalankan ke atas pelajar yang mempelajari sains dalam

    bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua di West India oleh Cassels (1980)

    menunjukkan pelajar tersebut mempunyai kelemahan dalam memahami istilah bukan

    teknikal dalam sains. Cassels (1980) juga menyatakan bahawa keputusan

    menunjukkan pelajar yang mempelajari sains dalam bahasa Inggeris sebagai bahasa

    kedua akan menambahkan lagi kesulitan dalam pembelajaran.

    Berdasarkan pernyataan di atas, kita dapati bahawa bahasa merupakan unsur

    yang sangat penting dalam mempengaruhi pembelajaran terutamanya mata pelajaran

    sains. Pertukaran bahasa pengantaraan ini walaupun adalah untuk kebaikan anggota

    masyarakat untuk menghadapi cabaran pada masa hadapan tetapi juga membawa

  • 8/3/2019 KAJIAN MENGENAI PELAJAR PENCAPAIAN TINGGI & SEDERHANA DALAM PENYELESAIAN MASALAH SAINS

    24/157

    24

    kejutan budaya bagi sesetengah golongan pelajar dalam memahami aspek-aspek

    yang dipelajari.

    1.2 Pernyataan Masalah

    Menurut Menteri Pelajaran Datuk Seri Hishamuddin, dalam suatu

    wawancara pernah menyatakan walaupun soalan diberi dalam dwibahasa tetapi guru

    tidak digalakkan mengajar dwibahasa kerana untuk meningkatkan penguasaan murid,

    pelajar perlu didedahkan pelajaran sains dan matematik dalam bahasa Inggeris

    semaksimum mungkin dan bukan menguranginya (Utusan Melayu, 22 Jun 2005).

    Penggunaan bahasa Inggeris dalam mata pelajaran sains telah mula

    dilaksanakan pada tahun 2003. Sains menengah rendah merupakan asas yang penting

    untuk mempelajari sains teras, kimia, biologi, fizik dan sains tambahan di menengah

    atas. Persoalannya ialah sejauh manakah pelajar menggunakan bahasa Inggeris

    dalam kehidupan seharian. Oleh yang demikian, kajian ini dilaksanakan untuk

    meninjau pengalaman pelajar menggunakan bahasa Inggeris dalam sains.

    Oleh sebab isu penggunaan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantaraan

    merupakan isu yang baru, justeru kajian ini dilaksanakan untuk meninjau tahap

    pencapaian pelajar menjawab soalan penyelesaian masalah dalam bahasa Melayu dan

    bahasa Inggeris.

    Topik kajian yang dipilih adalah topik haba. Topik ini dipilih kerana topik

    yang dikaji banyak berkaitan dengan kehidupan harian. Oleh itu, kebanyakan

    masalah yang dikemukakan adalah berkaitan dengan kehidupan seharian dan boleh

    digunakan untuk mengkaji pemahaman konsep pelajar dalam bahasa Inggeris yang

  • 8/3/2019 KAJIAN MENGENAI PELAJAR PENCAPAIAN TINGGI & SEDERHANA DALAM PENYELESAIAN MASALAH SAINS

    25/157

    25

    digunakan dalam mempelajari sains di sekolah dan bahasa Melayu yang diamalkan

    dalam kehidupan harian.

    1.3 Objektif Kajian

    Kajian ini dijalankan untukmeninjau kebolehan pelajar pencapaian tinggi dan

    pelajar pencapaian sederhana dalam menyelesaian masalah sains bahasa Inggeris dan

    bahasa Melayu. Secara terperincinya, objektif kajian adalah seperti berikut:

    a) Meninjau masalah yang dihadapi oleh pelajar semasa mempelajari sainsdalam bahasa Inggeris.

    b) Meninjau pengalaman pelajar dalam mempelajari sains dalam bahasaInggeris dari segi motivasi dan minat dalam penggunaan bahasa Inggeris,

    penggunaan bahasa Inggeris dalam kehidupan harian, penggunaan bahasa

    Inggeris dalam kelas dan pengajaran guru dalam bahasa Inggeris.

    c) Membandingkan tahap pencapaian pelajar sederhana dan tinggi dalammenyelesaikan masalah topik haba dalam bahasa Inggeris dan bahasa Melayu.

    d) Menentukan hubungan antara pencapaian UPSR dan ujian bulanan bagi matapelajaran sains dan bahasa Inggeris dengan pencapaian penyelesaian masalah

    dalam bahasa Inggeris.

    e) Menentukan hubungan antara pencapaian pelajar menyelesaikan masalahdalam bahasa Inggeris bagi topik haba dengan pengalaman pelajar

    mempelajari sains dalam bahasa Inggeris.

    f) Menentukan kesilapan pelajar dalam menjawab soalan penyelesaian masalahbagi topik haba.

  • 8/3/2019 KAJIAN MENGENAI PELAJAR PENCAPAIAN TINGGI & SEDERHANA DALAM PENYELESAIAN MASALAH SAINS

    26/157

    26

    1.4 Soalan Kajian

    Berdasarkan objektif kajian yang dinyatakan, beberapa persoalan kajian yang

    boleh dibentuk ialah:

    a) Apakah masalah yang dihadapi oleh pelajar semasa mempelajari sains dalambahasa Inggeris?

    b) Apakah pengalaman pelajar dalam mempelajari sains dalam bahasa Inggerisdari segi motivasi dan minat dalam penggunaan bahasa Inggeris, penggunaan

    bahasa Inggeris dalam kehidupan harian, penggunaan bahasa Inggeris dalam

    kelas dan pengajaran guru dalam bahasa Inggeris?

    c) Apakah perbezaan tahap pencapaian pelajar sederhana dan tinggi dalammenyelesaikan masalah topik haba dalam bahasa Inggeris dan bahasa Melayu?

    d) Adakah terdapat perkaitan antara pencapaian UPSR dan ujian bulanan bagimata pelajaran sains dan bahasa Inggeris dengan pencapaian penyelesaian

    masalah dalam bahasa Inggeris?

    e) Adakah terdapat perkaitan antara pencapaian pelajar dalam menyelesaikanmasalah dalam bahasa Inggeris dengan pengalaman pelajar mempelajari sains

    dalam bahasa Inggeris?

    f) Apakah kesilapan pelajar dalam menjawab soalan penyelesaian masalah bagitopik haba?

  • 8/3/2019 KAJIAN MENGENAI PELAJAR PENCAPAIAN TINGGI & SEDERHANA DALAM PENYELESAIAN MASALAH SAINS

    27/157

    27

    1.5 Rasional Kajian

    Beberapa pembaharuan yang diperkenalkan dalam sistem pendidikan

    negara termasuk pengajaran dan pembelajaran sains dan matematik dalam bahasa

    Inggeris adalah elemen penambahbaikan kepada sistem sedia ada supaya ia selari

    dengan kehendak semasa.

    Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib berkata, Kementerian

    Pelajaran memerlukan sedikit masa lagi untuk mengkaji pelaksanaan dan bukti

    diperlukan bagi memastikan sama ada pencapaian pelajar yang kurang

    menggalakkan sekarang adalah fenomena sementara atau lebih daripada itu.

    (Utusan Melayu, 8 Julai 2005).

    Berdasarkan pernyataan di atas, kajian mengenai pembelajaran dan

    pengajaran sains dan matematik dalam bahasa Inggeris adalah amat perlu. Oleh itu,

    kajian ini dapat membantu untuk melihat keberkesanan implementasi pengajaran

    tersebut dan mengeksploitasi cara-cara untuk meningkatkan dasar pengajaran dan

    pembelajaran dalam bahasa Inggeris.

    Tempoh tiga tahun pelaksanaan dasar itu sebagai terlalu awal untuk

    mengukur keberkesanannya. Ahli akademik, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan

    ahli politik percaya manfaat jangka panjang kaedah tersebut menguntungkan semua

    pihak di negara ini. Bagaimanapun, penambahbaikan dasar sedia ada yang diakui

    masih wujud beberapa kelemahan yang perlu dikaji dan ditangani (Utusan Melayu, 9

    Jun 2005). Oleh yang demikian, ditegaskan lagi bahawa kajian adalah amat penting

    untuk menentukan kelemahan-kelemahan dasar dan seterusnya mengemukakan

    cadangan dan memperbaiki perlaksanaan dasar tersebut.

  • 8/3/2019 KAJIAN MENGENAI PELAJAR PENCAPAIAN TINGGI & SEDERHANA DALAM PENYELESAIAN MASALAH SAINS

    28/157

    28

    Naib ketua Fakulti Pendidikan Teknikal Kolej Universiti Teknologi Tun

    Hussein Onn, Khairy Jamaluddin juga mencadangkan kepada Kementerian Pelajaran

    supaya melakukan satu kajian mendalam mengenai pencapaian pelajar sebelum

    melakukan apa-apa perubahan terhadap dasar sedia ada (Utusan Melayu, 9 Jun 2005).

    Memandangkan terdapat pelbagai pihak yang menyeru supaya kajian

    dijalankan, maka adalah sesuai kajian ini dilaksanakan untuk memperbaiki

    kelemahan yang timbul.

    Sampel yang dikaji adalah pelajar Tingkatan dua. Sampel kajian yang

    digunakan adalah pelajar yang telah mempelajari sains dalam bahasa Inggeris pada

    tingkatan satu. Ini bermaksud sampel ini hanya mempelajari sains dalam bahasa

    Inggeris untuk jangka masa satu tahun sahaja. Sebelum ini mereka telah mempelajari

    bahasa Melayu selama enam tahun di sekolah rendah iaitu darjah satu hingga darjah

    enam. Oleh itu, pelajar yang dikaji adalah pelajar yang berada di peralihan

    pertukaran medium bahasa Melayu kepada bahasa Inggeris dalam mempelajari sains.

    Dengan ini, soal selidik yang diedarkan adalah dalam bahasa Melayu dan bahasa

    Inggeris.

    1.6 Skop Kajian

    Kajian yang dijalankan ini adalah untuk mengkaji pengalaman pelajar

    tingkatan dua dalam mempelajari sains dalam bahasa Inggeris. Selain daripada itu,

    kajian ini juga meninjau tahap penyelesaian masalah pelajar pencapaian tinggi dan

    pelajar pencapaian rendah dalam bahasa Inggeris dan bahasa Melayu serta meninjau

    kesilapan pelajar bagi topik haba, iaitu satu topik yang diajar pada tingkatan satu.

  • 8/3/2019 KAJIAN MENGENAI PELAJAR PENCAPAIAN TINGGI & SEDERHANA DALAM PENYELESAIAN MASALAH SAINS

    29/157

    29

    Walau bagaimanapun, kajian ini mempunyai batasan tertentu iaitu hanya dua

    buah sekolah sahaja di Johor Bahru dipilih untuk menjadi responden bagi kajian ini.

    Akan tetapi, responden yang dipilih telah mewakili populasi pelajar sekolah

    menengah harian biasa di Johor bahru. Di samping itu, kajian ini hanya mengkaji

    satu topik yang berkaitan dengan pengetahuan asas kimia, iaitu topik haba. Topik

    haba dipilih kerana topik tersebut banyak berkaitan dengan penggunaan seharian dan

    boleh digunakan untuk mengkaji pemahaman konsep pelajar dalam bahasa Inggeris

    yang digunakan dalam mempelajari sains di sekolah dan bahasa Melayu yang

    diamalkan dalam kehidupan harian.

    1.7 Definisi Istilah

    Terdapat beberapa istilah yang digunakan dalam kajian ini perlu

    dijelaskan untuk mengelakkan kekeliruan dan salah faham dari segi maknanya.

    1.8.1 Pelajar pencapaian tinggi dan pelajar pencapaian sederhana

    Pelajar pencapaian tinggi dan pelajar pencapaian sederhana dalam kajian ini

    merujuk kepada pelajar yang dikategorikan berdasarkan gred markah yang diguna

    pakai secara meluas di peringkat sekolah menengah. Gred markah adalah seperti

    yang ditunjukkan dalam Jadual 1.1:

  • 8/3/2019 KAJIAN MENGENAI PELAJAR PENCAPAIAN TINGGI & SEDERHANA DALAM PENYELESAIAN MASALAH SAINS

    30/157

    30

    Jadual 1.1: Gred markah bagi pengkategorian pelajar

    Gred Markah (%) Ciri-ciri

    A 80 100 Cemerlang

    B 70 79 Baik

    C 55 69 Sederhana

    D 40 54 Lemah

    E 39 dan ke bawah Gagal

    1.8.2 Haba

    Haba merupakan sejenis bentuk tenaga. Ia boleh ditukar kepada bentuk

    tenaga yang lain. Tenaga haba diukur dalam unit joule (J). (Ng, 2003). Haba dalam

    kajian ini merujuk kepada satu topik yang dikaji. Topik haba merupakan topik

    terakhir yang dipelajari oleh pelajar semasa tingkatan satu.

    1.8.3 Menyelesaikan masalah

    Menyelesaikan masalah dalam kajian ini merujuk kepada menyelesaikan

    masalah bagi topik haba.

  • 8/3/2019 KAJIAN MENGENAI PELAJAR PENCAPAIAN TINGGI & SEDERHANA DALAM PENYELESAIAN MASALAH SAINS

    31/157

    31

    1.8.4 Bahasa Inggeris

    Bahasa sebagaimana yang dipertuturkan oleh orang Inggeris dan bahasa ini

    merupakan bahasa antarabangsa. Kini, bahasa ini telah digunakan sebagai bahasa

    pengantar bagi mata pelajaran sains dan matematik.

    1.9 Rumusan

    Hakikat bahawa kita berhadapan dengan era globalisasi memang tidak dapat

    dinafikan. Bahasa telah menjadi sumber yang penting kerana ilmu ada di hujung jari

    (Internet) dan bahasa Inggeris adalah bahasa ilmu terutamanya dalam bidang

    teknologi. Oleh yang demikian, dasar kerajaan menjadikan bahasa Inggeris sebagai

    bahasa pengantar untuk mata pelajaran sains dan matematik di lihat sebagai langkah

    terbaik dalam menyiapkan negara menuju ke arah negara maju. Akan tetapi, adakah

    pelajar benar-benar mendapat manfaat daripada dasar tersebut masih memerlukan

    kajian. Oleh itu, diharapkan kajian ini dapat memberi serba sedikit penambahbaikan

    kepada dasar kerajaan.

  • 8/3/2019 KAJIAN MENGENAI PELAJAR PENCAPAIAN TINGGI & SEDERHANA DALAM PENYELESAIAN MASALAH SAINS

    32/157

    32

    BAB II

    SOROTAN PENULISAN

    2.1 Pengenalan

    Bahasa merupakan alat komunikasi yang membolehkan ilmu disampaikan

    daripada seseorang kepada yang lain. Walau bagaimanapun penerimaan, penyusunan

    dan pembinaan kefahaman tentang sesuatu perkara yang dipelajari banyak

    dipengaruhi oleh pengalaman dan cara seseorang berfikir. Dalam pembelajaran sains

    pelajar menggunakan bahasa untuk berkomunikasi dan memahami konsep sains dan

    digunakan dalam kehidupan seharian. Namun begitu dalam sistem pendidikan yang

    baru, penggunaan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantaraan dalam mata pelajaran

    sains telah memberi kesan kepada pembelajaran dan cara pemikiran pelajar. Sejak

    perubahan bahasa ini dilaksanakan, terdapat pelbagai pandangan daripada pihak yang

    berlainan telah dikemukakan tentang perlaksanaan ini. Isu ini dipandang serius

    kerana untuk melahirkan pelajar yang berpengetahuan sains dan teknologi, ilmu

    adalah sangat penting. Ilmu ini disalur kepada pelajar dengan menggunakan bahasa.

    Jika pelajar menghadapi masalah dalam memahami bahasa tersebut, maka

    penyampaian ilmu adalah tidak berkesan. Keadaan ini bukan sahaja tidak dapat

    melahirkan rakyat yang celik pengetahuan malah akan mempengaruhi pembangunan

    seluruh negara.

  • 8/3/2019 KAJIAN MENGENAI PELAJAR PENCAPAIAN TINGGI & SEDERHANA DALAM PENYELESAIAN MASALAH SAINS

    33/157

    33

    Menurut Berita Harian (17 Jun 2004), lebih 90 peratus daripada 43 guru yang

    menjadi responden kajian yang dijalankan di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)

    mengatakan pelajar semakin kurang berminat dan tidak memahami kandungan mata

    pelajaran sains dan matematik yang disampaikan dalam bahasa Inggeris.Pensyarah,

    Pusat Pengajian Bahasa dan Linguistik, UKM, Nor Hashimah, berkata kajian

    dijalankan di Kulai, Johor serta Bandar Baru Bangi dan Serdang, Selangor pada Mei

    lalu, juga menunjukkan 94 peratus daripada guru s dan matematik itu memaklumkan

    keputusan pelajar mereka semakin merosot (Berita Harian, 17 Jun 2004). Beliau

    yang juga Fellow Kanan, Institusi Alam dan Tamadun Melayu (Atma) berkata,

    responden kajian itu turut mengatakan sains dan matematik boleh diajar dalam

    bahasa Melayu dan pencapaian pelajar lebih baik jika bahasa berkenaan dijadikan

    pengantaraan dua mata pelajaran berkenaan (Berita Harian, 17 Jun 2004).

    Kesatuan guru dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) menggesa

    Kementerian Pendidikan mengkaji dengan serius mengenai penggunaan bahasa

    Inggeris (BI) dalam pengajaran dan pembelajaran (P&P) mata pelajaran sains dan

    matematik (Utusan Melayu, 10 April 2002). Menurut mereka, penggunaan BI

    memang dapat membantu golongan pelajar menguasai dengan lebih baik malah

    mereka mampu bersaing dengan pelajar-pelajar asing terutama dalam era globalisasi

    sekarang tetapi kajian yang mendalam perlu dijalankan sebelum memperkenalkan

    pendekatan tersebut bagi mengelak salah faham di kalangan masyarakat (Utusan

    Melayu, 17 Jun 2002).

    Naib Cancelor Universiti Teknologi Mara (UiTM). Profesor Datuk Dr. Abu

    Shah berkata, tidak dapat dinafikan pada peringkat awal pelajar Melayu yang

    menghadapi masalah untuk menangani pengajaran dan pembelajaran dalam bahasa

    Inggeris dengan baik. Akan tetapi, dengan adanya komitmen yang tinggi daripada

    semua pihak, terutamanya organisasi, guru-guru serta kesungguhan pelajar itu sendiri,

    masalah ini akan diatasi. Beliau juga berkata, pendidik mesti ada kesediaan serta

    kesungguhan tinggi untuk membantu pelajar lemah secara serius, yakni bukan

    sekadar melepaskan batuk di tangga. (Utusan Melayu, 22 Jun 2002).

  • 8/3/2019 KAJIAN MENGENAI PELAJAR PENCAPAIAN TINGGI & SEDERHANA DALAM PENYELESAIAN MASALAH SAINS

    34/157

    34

    Selain daripada masalah pelajar, menurut Utusan Melayu (8 Julai 2002)

    menyatakan bahawa lebih 70 peratus penuntut Melayu di institusi pengajian tinggi

    awam (IPTA), khususnya yang berasal dari luar bandar didapati lemah dalam

    penggunaan dan penguasaan bahasa Inggeris ketika berkomunikasi dan menulis. Ini

    akan mendatangkan masalah apabila mereka perlu mengajar pelajar-pelajar mereka

    dengan menggunakan bahasa Inggeris.

    Sementara itu, bekas Timbalan Menteri Pendidikan, Datuk Abdul Aziz

    Samsuddin, berkata walaupun kerajaan menyambut baik cadangan penukaran bahasa

    Melayu kepada bahasa Inggeris dalam mata pelajaran sains dan matematik, ia sukar

    dilaksanakan dalam tempoh terdekat berikutan kekurangan ketara guru bahasa di

    seluruh negara. Beliau berkata, kini hanya terdapat kira-kira 1,000 guru bahasa

    Inggeris dan jumlah itu tidak mencukupi berbanding permintaan, terutama di sekolah

    luar bandar (Utusan Melayu, 9 Jun 2002).

    Manakala menurut Tan (Utusan Melayu, 31 Julai 2002), dipetik daripada

    kata-kata Setiausaha Jiao Zhong menyatakan:

    Berdasarkan laporan Kementerian Pendidikan, pencapaian sekolah Cina

    untuk subjek sains dan matematik ialah sekitar 80 hingga 90 peratus setiap tahun

    manakala bahasa Inggeris sekitar 60 peratus. Jadi, jika ditukar ke bahasa lain, kita

    khuatir pencapaian tersebut akan merosot dengan mendadak.

    Timbalan Presiden Persatuan Pemuda Negara, Ezaruddin menyatakan

    bahawa terdapat persatuan mahasiswa dan fakulti yang membantah sekiranya sesuatu

    subjek itu mahu diajar di dalam bahasa Inggeris. Pelajar lebih gemar memilih untuk

    menjawab dalam bahasa Melayu bagi kertas peperiksaan yang disediakan dalam

    bentuk dwibahasa (Utusan Melayu, 8 Julai 2002).

  • 8/3/2019 KAJIAN MENGENAI PELAJAR PENCAPAIAN TINGGI & SEDERHANA DALAM PENYELESAIAN MASALAH SAINS

    35/157

    35

    Setiausaha NUTP, Datuk N. Siva, berkata kajian yang dijalankan mengenai

    pelaksanan pertukaran bahasa penghantaran menunjukkan kebanyakan ibu bapa dan

    guru setuju dengan pertukaran tersebut tetapi keadaan menjadi sebaliknya bagi pihak

    pengetua. Datuk N. Siva berkata, responden dalam kajian tersebut adalah pengetua,

    guru-guru, ibu bapa dan pelajar. Daripada kajian tersebut, 62.5 peratus responden

    menyokong pertukaran bahasa dalam pengajaran sains dan matematik dan 37.5 tidak

    menyokong perubahan tersebut. 64 peratus daripada pelajar meyokong perubahan

    manakala 36 peratus tidak. Bagi pihak guru-guru pula, 56.6 peratus meyokong

    perubahan medium penghantaran dan 43.6 peratus tidak bersetuju. Akan tetapi,

    hanya 42.9 peratus guru besar meyokong perubahan ini dan yang lain tidak (New

    Straits Times, 29 Julai 2002).

    2.2 Sains dan Bahasa

    Pembelajaran adalah satu proses yang rumit di mana idea lama akan diganti

    atau berubah dan idea baru akan dibentuk mengikut cara tertentu. Konteks belajar

    dan pengaruh pengalaman awal terhadap pembelajaran adalah sangat penting untuk

    pembelajaran seterusnya. Namun, terdapat satu persoalan yang menarik iaitu sama

    ada pengalaman pembelajaran sains yang diperolehi dalam kehidupan seharian

    berperanan dalam pembentukan pengetahuan formal yang baru. Adakah

    pembelajaran benar-benar diganti atau idea lama tetap mempengaruhi pembelajaran

    dan pemikiran dalam konteks sains semasa dan selepas pembelajaran sains? (Rebeiro

    et al., 1990)

    Faktor utama pencapaian dalam pembelajaran adalah keberkesanan

    penggunaan bahasa dalam kelas atau kuliah yang disampaikan. Kebanyakan ide sains

    adalah abstrak dan memerlukan bimbingan guru secara teliti terutama dalam

    penggunaan bahasa yang baik supaya maksud ide-ide baru tersebut dapat

    disampaikan dengan jelas dan difahami pelajar. Terdapat beberapa kes dalam sains

  • 8/3/2019 KAJIAN MENGENAI PELAJAR PENCAPAIAN TINGGI & SEDERHANA DALAM PENYELESAIAN MASALAH SAINS

    36/157

    36

    menunjukkan maksud sesetengah perkataan adalah berbeza dengan maksud harian.

    Contohnya; reaction dan spontaneous kedua-dua perkataan ini mempunyai

    maksud yang spesifik dalam konteks kimia. Masalah bahasa dalam pembelajaran

    sains akan mengakibatkan pelajar mengalami kesukaran dalam mempelajari mata

    pelajaran tersebut kerana tidak dihuraikan dengan lengkapnya dan dijelas dengan

    baik (Rebeiro et al., 1990).

    Menurut Bird dan Welford (1995), bahasa merupakan faktor yang akan

    mempengaruhi pencapaian pelajar dalam sains bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua.

    Terdapat 2 isu yang penting mengenai kesan bahasa terhadap pencapaian iaitu:

    pertama, pelajar tidak dapat menghuraikan dengan jelas menggunakan bahasa kedua.

    Kedua, bahasa akan mempengaruhi kefahaman pelajar mengenai sesuatu topik.

    Masalah ini bukan sahaja berlaku pada pelajar sekolah menengah malah pada pelajar

    universiti dan pelajar kolej.

    Lynch (1996) juga menunjukkan perkaitan kepentingan bahasa dengan

    kefahaman pelajar berdasarkan Rajah 2.1.

    Bahasa Bahasa

    Kefahaman kefahaman budaya

    Saintis pelajar kepercayaan

    nilai

    Pengalaman Pengalaman

    Rajah 2.1: Pemahaman pelajar dan saintis dalam konteks pandangan dunia

    Lynch (1996) menunjukkan kefahaman ahli sains menyalurkan pengetahuan

    mereka menerusi bahasa dan pengalaman. Pelajar mempelajari sesuatu topikberdasarkan pengalaman dan juga bahasa yang digunakan. Selain daripada itu,

    budaya, kepercayaan dan nilai juga mempengaruhi kefahaman pelajar.

  • 8/3/2019 KAJIAN MENGENAI PELAJAR PENCAPAIAN TINGGI & SEDERHANA DALAM PENYELESAIAN MASALAH SAINS

    37/157

    37

    Maskill (1988) menunjukkan kebanyakan konsep utama sains sukar untuk

    dipelajari kerana konsep tersebut adalah abstrak. Konsep yang abstrak ini

    disampaikan melalui medium bahasa iaitu bagaimana konsep itu dijelaskan,

    menjelaskan rajah dan menggunakan contoh kehidupan harian untuk menjelaskan

    sesuatu. Idea yang abstrak ini harus digambarkan dengan tepat oleh pelajar untuk

    mendapat makna yang sebenar. Bahasa boleh memberi gambaran kepada pelajar

    tentang konsep tersebut. Akan tetapi, penggunaan sesetengah perkataan untuk

    membentuk konsep sains yang abstrak kadang-kala mendatang masalah. Contohnya,

    Statement by teacher: All metals conduct electricity.

    Secara logiknya ianya juga bermaksud:

    If a substances is a metal then it will conduct electricity. atau If

    subtances conducts electricity then it must be a metal.

    Contoh kedua adalah seperti berikut:

    Statement by teacher: Diamond is crystalline although it is not ionic.

    Kenyataan di atas akan menimbulkan dua masalah. Pertama, sebelum

    menjelaskan maksud ayat di atas, adalah perlu untuk pelajar mengetahui bahawa

    kebanyakan hablur adalah ionik. Pelajar mungkin tahu atau mempunyai sedikit

    pengalaman tentang konsep hablur. Sekiranya pelajar tidak mempunyai pengetahuan

    asas tentang hablur, ayat di atas akan mengelirukan pelajar atau tidak memberikan

    makna kepada mereka. Oleh itu, adalah tidak wajar memberitahu pelajar bahawa

    hablur adalah ikatan ionik kerana terdapat banyak hablur yang bukan ikatan ionik

    dalam strukturnya. Kenyataan kebanyakan betul (almost truths) sentiasa

    digunakan dalam sains, terutamanya pada mata pelajaran kimia. Masalah kedua

    adalah, pelajar yang mempunyai pengetahuan asas bahawa bukan semua hablur

    adalah ionik akan mendapati kenyataan tersebut lebih mengelirukan. Terdapat pelajar

    yang menjelaskan kenyataan tersebut kepada:

    Diamond is crystalline because it is not ionic

  • 8/3/2019 KAJIAN MENGENAI PELAJAR PENCAPAIAN TINGGI & SEDERHANA DALAM PENYELESAIAN MASALAH SAINS

    38/157

    38

    Perkataan dalam pengajaran sains adalah sangat penting tetapi Gardner (1972)

    mendapati bahawa cikgu-cikgu tidak mengambil berat tentang mendedahkan

    perkataan-perkataan sains kepada pelajar. Projek ini dijalankan di Australia

    melibatkan 600 perkataan yang dikatakan penting dalam pengajaran sains oleh panel

    cikgu Sains. Perkataan ini diuji dalam bentuk aneka pilihan dengan pengganggunya.

    Seramai 7000 pelajar dalam 270 kelas pada 39 sekolah dijadikan sampel bagi kajian

    ini. Pada bulan Julai 1977 (artikel dikeluarkan pada tahun 1980), Persatuan Kimia

    (Chemical society; sekarang ditukar nama kepada The Royal Society of Chemistry)

    telah menjalankan satu kajian yang hampir sama di Britain tetapi terdapat sedikit

    perubahan pada soalan. Keputusan yang diperolehi adalah seperti berikut:

    a. Maksud perkataan tersebut dalam sesuatu konteks adalah tidak tetap. Ia bolehmemberi maksud yang umum dan terperinci. Contohnya, pelajar mendapati

    kesusahan (39 peratus menjawab dengan tepat sahaja) dalam menjawab

    soalan In which of these diagrams is the block of wood immersed?diikuti

    dengan rajah yang mempunyai papan dengan air. Untuk menjawab soalan ini

    pelajar harus mengetahui maksud immerseddengan tepat. Keadaan yang

    sama berlaku di mana pelajar tidak mempunyai masalah dalam mengetahui

    maksud invertjika ia merujuk kepada alat pengukur telur masak. Tetapi

    hanya 50 peratus pelajar yang dapat menyatakan to invert an object

    bermaksud menterbalikkan sesuatu object .

    b. Perkataan dalam konteks sains adalah lebih susah difahami berbandingdengan perkataan yang sama dalam konteks bukan saintifik. Contohnya,

    soalan yang melibatkan perkataan: naked body; liberating prisoners; excess

    jam; preparation for a team game; detect a noice.

    c. Pemahaman suatu perkataan adalah bergantung kepada situasi. Contohnya,correspondmembawa maksud menulis ( to write) adalah lebih mudah

    difahami daripada membawa maksud berkaitan (related to).

    d. Kombinasi perkataan mengelirukan pelajar. Contohnya, kombinasi perkataanexternaldengan TV arielatau symptom of illnessadalah lebih mudah

    difahami oleh pelajar, tetapi apabila diberi kombinasi perkataan external

    dengan skeleton, pelajar mendapati lebih susah untuk mengetahui maksud

    sebenar.

  • 8/3/2019 KAJIAN MENGENAI PELAJAR PENCAPAIAN TINGGI & SEDERHANA DALAM PENYELESAIAN MASALAH SAINS

    39/157

    39

    Menurut kajian yang dijalankan oleh Syamal (1985) menyatakan bahawa

    terdapat salah guna perkataan complexdalam konteks kimia. Hamori dan Muldrey

    (1984) menyatakan perkataan spontaneous untuk topik termodinamik merupakan

    perkataan yang selalu disalah guna. Manakala perkataan work, force, dan power

    juga selalu menimbulkan kekeliruan bukan sahaja untuk mata pelajaran matematik

    tetapi juga Fizik. Gilbert et al. (1982) menyatakan bahawa konsep alternatif yang

    berlaku pada pelajar boleh disebabkan oleh kekeliruan yang timbul pada pelajar

    dalam menginterpretasikan bahasa yang diguna dalam kehidupan seharian dengan

    bahasa saintifik. Contohnya, dalam kehidupan seharian, particle merujuk kepada

    pepejal yang kecil tetapi dapat dilihat dengan mata kasar, tetapi, dalam kimia

    perkataan tersebut hanya digunakan untuk menjelaskan aras submikroskopik bagi

    atom, molekul atau ion. Keadaan yang sama berlaku apabila guru mengajar pelajar

    bahawa air adalah terdiri daripada hidrogen dengan oksigen, pelajar memproses

    maklumat bahawa molekul air adalah campuran homogenuos antara hidrogen dengan

    oksigen. Ryan (1985) menyatakan bahawa kebanyakan pelajar mendengar dan

    membaca perkataan teknikal (perkataan yang mempunyai maksud yang berlainan

    dalam bidang yang berbeza atau membawa maksud yang berbeza dengan pengguna

    kehidupan seharian) dalam mata pelajaran kimia dan menganggap mereka sudah

    memahami maksud perkataan tersebut dan tidak menstrukturkan semula maksud

    yang baru menyebabkan timbul kekeliruan dalam mempelajari konsep tersebut.

    Contohnya, dalam tindak balas kimia bukan semua gas yang mengeluarkan bau

    wangi dikenali sebagai aromatic. Jika pelajar tidak mempelajari maksud perkataan

    dengan spesifik, adalah susah bagi pelajar untuk memahami konsep tersebut dan

    mengaplikasikan dalam menyelesaikan masalah.Ryan (1985) telah menyenaraikan

    30 perkataan yang mempunyai makna berlainan dalam konteks yang berlainan.

    Kajian dalam kelas menunjukkan terdapat banyak salah padan antara konsep

    yang diberi oleh guru dengan konsep yang ada pada pelajar. Osborne dan Schollum

    (1983) telah melaporkan beberapa kesalahan. Contohnya, buih yang dihasilkan

    daripada air panas adalah dirujuk kepada haba, air, oksigen, dan oksigen dan

    hidrogen oleh pelajar.

  • 8/3/2019 KAJIAN MENGENAI PELAJAR PENCAPAIAN TINGGI & SEDERHANA DALAM PENYELESAIAN MASALAH SAINS

    40/157

    40

    Gardner (1974) menunjukkan masalah utama pelajar dalam pembelajaran

    sains adalah berkaitan dengan penggunaan perkataan saintifik bukan teknikal dalam

    kehidupan seharian (scientific use of non-technical everyday words). Gardner (1974)

    telah mengenalpasti hampir enam ratus perkataan biasa yang menimbulkan

    kesusahan di antara pelajar sekolah menengah semasa mempelajari sains.

    Kebanyakan perkataan adalah digunakan untuk menghubungkan dua ayat, contohnya,

    consequently, probably, such that, it follows that, therefore dan this

    suggests that(Gardner, 1978).

    Cassels & Johnstone (1985) melaporkan beberapa perkataan seperti

    abundant, initial, negligible, spontaneous, random dan valid merupakan

    perkataan yang senang difahami dan digunakan dalam kehidupan seharian. Tetapi

    perkataan-perkataan ini mempunyai makna yang lebih mendalam dalam sains dan ia

    menimbulkan masalah kepada pelajar. Ahli kimia biasanya menggabungkan

    perkataan untuk membentuk satu frasa. Contohnya, predicts from a law, infers

    from an observation, analyse by means of a complex piece of equipment dan

    comfirms a previous finding. Penggunaan bahasa seperti ini mudah difahami oleh

    ahli kimia tetapi tidak kepada pelajar (Hill et al., 1980).

    McKinley et al.(1992) pula menyatakan bahawa bahasa menentukan

    pemikiran seseorang pada darjah yang berlainan. Penterjemahan daripada satu

    bahasa kepada bahasa lain tidak dapat menggantikan perkataan atau maksud asalnya

    sendiri. Penggabungan perkataan-perkataan yang diterjemahkan mungkin akan

    memberi konsep yang berlainan. Satu persoalan yang penting adalah jika sains

    diterjemahkan kepada bahasa lain, adakah konsep saintifik yang dipelajari akan tetap

    sama dengan sains yang dipelajari dalam bahasa Inggeris?

  • 8/3/2019 KAJIAN MENGENAI PELAJAR PENCAPAIAN TINGGI & SEDERHANA DALAM PENYELESAIAN MASALAH SAINS

    41/157

    41

    2.3 Haba dan Bahasa

    Shayer dan Wylum (1982) mendapati bahawa kebanyakan pelajar berumur

    antara14 hingga 16 tahun yang didedahkan dengan topik haba secara formal masih

    berpendapat bahawa haba adalah berkaitan dengan panas atau sejuk dalam

    penggunaan kehidupan seharian. Ini telah menunjukkan tidak terdapat perkembangan

    pada kognitif pelajar tentang topik tersebut. Tiberghien (1985) menjalankan kajian

    terhadap pelajar di France dalam lingkungan umur 10 dan 14 tahun tentang haba dan

    suhu sebelum dan selepas pengajaran. Beliau mendapati bahawa terdapat

    peningkatan tentang konsep suhu dan haba setelah diberi pengajaran. Namun begitu

    beliau juga mendapati bahawa pelajar mempunyai kesusahan dalam mengaplikasikan

    idea tentang suhu dan perubahan jirim. Ini menunjukkan bahawa masih terdapat

    kesulitan dalam mempelajari topik tersebut. Manakala, tidak terdapat perubahan

    pengetahuan pelajar tentang topik persamaan thermal sebelum dan selepas

    pengajaran. Tiberghien (1985) juga mendapati bahawa penjelasan sesetengah pelajar

    tentang haba adalah sama sebelum dan selepas pengajaran iaitu bahan yang

    mengekalkan kepanasan dan kesejukan tetapi tidak kedua-duanya.

    Kajian yang dijalankan oleh Viega et al.(1989) adalah bertujuan untuk

    mendapat pandangan tentang perkaitan antara bahasa dengan topik haba, suhu dan

    tenaga. Beliau mendapati bahawa apabila topik haba dikemukakan, guru-guru

    beranggapan bahawa eksperimen berkaitan dengan haba merupakan tajuk yang

    mudah difahami pelajar. Oleh yang demikian, guru-guru selalu memberi contoh-

    contoh yang ditemui dalam kehidupan seharian. Akan tetapi, ini tidak semestinya

    memudahkan pelajar untuk mempelajari konsep tersebut. Pelajar selalunya

    berhadapan dengan masalah apabila diminta menjelaskan kembali prinsip haba yang

    berkaitan dengan kehidupan seharian. Keadaan ini jelas kelihatan bagi tajuk

    pengembangan iaitu berkaitan dengan haba. Pendidik biasanya menekan kepada

    pergerakan zarah-zarah dan perlanggaran zarah-zarah, tetapi pelajar menghadapi

    kesukaran untuk menjelaskan fenomena tersebut apabila ditanya. Jadual berikut

    adalah kesimpulan yang didapati daripada kajian Viega et al. (1989) berkaitan

  • 8/3/2019 KAJIAN MENGENAI PELAJAR PENCAPAIAN TINGGI & SEDERHANA DALAM PENYELESAIAN MASALAH SAINS

    42/157

    42

    bahasa Inggeris yang digunakan dalam menjelaskan konsep haba . Beliau telah

    mengkategorikan idea-idea yang dikemukakan oleh pelajar kepada tiga kerangka.

    Jadual 2.1 Bahasa Inggeris dan konsep haba

    Kerangka Bahasa menjelaskan haba (Dalam Bahasa Inggeris)

    Substantive framework heatbeing substantive in nature, heat as a quantity

    that:

    is contained in objects. is supplied or subtrated to something and gives

    rise to an increase or decrease in its

    temperature.

    may be transferred from one object to another. travel from one point to another within the

    same object and flows from object to object.

    Causal framework heat is associated with temperature and energy.

    Fluid framework heat flowing in a mechanism of transfer ; heat is

    viewed as a fluid moving in the interior of an object, or

    passing from one object to another.

    Dalam kajian Viega et al. (1985) juga menyatakan pelajar keliru antara

    konsep suhu dengan haba. Contohnya, pelajar dikehendaki menjangka suhu air

    apabila dua selinder air yang suhunya 20C dituangkan ke dalam satu selinder besar.

    Terdapat pelajar yang menjawab 20C dan juga 40

    C. Pelajar mempunyai idea yang

    samar tentang suhu iaitu suhu tidak bergantung kepada kuantiti sesuatu jirim.

    Apabila pelajar yang menjawab betul ditanya sebab, berikut adalah jawapan (dalam

    Bahasa Inggeris) mereka:

    ...you see...all the water is 20C...so the mixture of both to be 20C;

    ...it has to be 20C, because...you see...its the same water

    ...youve poured the water...so the temperature of the final mixture must be

    the same.

    Ini menunjukkan pelajar masih lemah dalam memberi penjelasan secara

    saintifik. Selain daripada itu, kajian Viega et al. (1985) juga menyatakan bahawa

  • 8/3/2019 KAJIAN MENGENAI PELAJAR PENCAPAIAN TINGGI & SEDERHANA DALAM PENYELESAIAN MASALAH SAINS

    43/157

    43

    ramai pelajar berpendapat bahawa apabila bertambahnya haba, suhu akan meningkat

    dan sebaliknya. Keadaan ini telah ditunjukkan dalam contoh di atas.

    Viega et al. (1985) menyatakan bahawa bahasa yang digunakan untuk

    menjelaskan sesuatu konsep seharusnya diberi makna yang lebih tepat dalam

    Sains.Contohnya, pelajar mempelajari ayat energy comes from the sun. Mereka

    akan beranggapan bahawa tenaga adalah sesuatu yang boleh bergerak. Penggunaan

    perkataan comesfrom dalam ayat di atas adalah tepat, tetapi diintepretasi salah oleh

    pelajar dan menyebabkan salah konsep berlaku. Oleh itu, adalah perlu menjelaskan

    dengan lebih jelas untuk mengelakkan kekeliruan. Kajian beliau juga membuktikan

    bahawa bahasa memainkan peranan yang amat penting dalam pembelajaran sains.

    Kajian yang dijalankan oleh Rollnick dan Rutherford (1996) juga

    menunjukkan bagaimana bahasa yang digunakan membentuk konsep alternatif.

    Perbualan di bawah merupakan salah suatu konsep alternatif pelajar mengenai buih

    yang dikeluarkan semasa air dipanaskan.

    B:Look at the bottom and the sides of the beaker. What do you see?

    A: Where do they come from?

    C: They come from air and the water

    A:No, they come from the heat beacuse when the water gets heated the water

    evaporates so therefore forming bubbles.

    B: So you mean to tell me that bubbles are caused by heat?

    A: Yes.

    C: So there is air in the water and when the water gets heated up, then

    evaporates?

    A: Yes.

    C:How i see it that is water is air itself because if we carry on heating the

    water, it will eventually all burn up. When it all burns up, that means all

    the air is going out and therefore it means that the water is air.

  • 8/3/2019 KAJIAN MENGENAI PELAJAR PENCAPAIAN TINGGI & SEDERHANA DALAM PENYELESAIAN MASALAH SAINS

    44/157

    44

    2.4 Bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua

    Menurut kajian yang dijalankan oleh Bamgbose (1984) di Yoruba, Nigeria,

    beliau mendapati pelajar sekolah rendah tahun enam dapat mempelajari dengan lebih

    baik dengan menggunakan bahasa ibunda mereka berbanding dengan bahasa Inggeris.

    Collison (1975) juga mendapati bahawa pelajar Ghana menggunakan bahasa ibunda

    mereka sendiri untuk membina pernyataan aras kognitif yang tinggi daripada

    penggunaan bahasa Inggeris. Akan tetapi, Rutherford dan Nkopodi (1990) mendapati

    perkataan konsep sains yang asas adalah lebih mudah dikenali dengan menggunakan

    bahasa Inggeris daripada bahasa vernakular.

    Dalam kajian yang dijalankan oleh Cheng (2002), beliau menyatakan bahawa

    dalam negara yang menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua terutamanya

    Asia, pelajar kurang aktif dalam mempelajari bahasa dalam kelas. Mereka tidak suka

    bertanya dan biasanya amat bergantung kepada guru. Ini menyebabkan tahap bahasa

    Inggeris kurang memuaskan. Tobin dan McRobbie (1996) mengkaji tentang

    pencapaian pelajar Cina dan Australia yang belajar kimia di Australia. Mereka

    mendapati pelajar Cina yang tidak memahami, mempunyai masalah dalam bertutur

    dan menulis atau tahap bahasa Inggeris yang tidak mencukupi menyebabkan

    pencapaian mereka menurun.

    Miller (2002) dalam kajian beliau telah menyatakan beberapa masalah yang

    dihadapi oleh pelajar yang mempelajari bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua di

    Hong Kong. Masalah yang utama ialah ketidakselarasan persepsi atau maklumat

    yang disampaikan oleh pendidik kepada pelajar. Contohnya, kadang-kala pendidik

    menggunakan pelbagai cara untuk menyampaikan idea atau informasi contohnya

    perbincangan, memberi kuliah atau memberi pendapat. Pelajar yang memahami

    bahasa Inggeris dengan bagus akan memahami dengan baik dan mendapat keputusan

    yang memuaskan. Pendidik kadang-kala menggunakan bahasa yang mudah faham

    atau memberi lebih contoh untuk menolong mereka yang lemah dalam bahasa

    Inggeris. Dalam kajian beliau, pendidik dan juga pelajar bersetuju bahawa

  • 8/3/2019 KAJIAN MENGENAI PELAJAR PENCAPAIAN TINGGI & SEDERHANA DALAM PENYELESAIAN MASALAH SAINS

    45/157

    45

    penguasaan bahasa Inggeris adalah penting untuk memahami isi kandungan yang

    disampaikan oleh pendidik.

    Masalah kedua yang perlu dititik beratkan ialah budaya. Miller (2002) telah

    menggariskan empat jenis budaya yang perlu diambil kira kerana ia akan

    mempengaruhi kebolehan pelajar dalam memahami teks yang disampaikan:

    a) Ethnic culture merujuk kepada ciri-ciri sosial-psikologikal di manaterdapatperbezaan budaya antara pendidik dengan pelajar. Makna

    maklumat yang disampaikan mungkin berbeza.

    b) Local culture merujuk kepada aspek budaya tempatan di mana ahli-ahlinya terdiri daripada kelompok yang tertentu. Budaya tempatan akan

    memonopoli dalam kelas .

    c) Academic culture merujuk kepada pengaplikasikan budaya akademikyang ada pada sesuatu institusi dan ini boleh dikenal pasti dalam beberapa

    tahap. Contohnya budaya akademik dalam suatu negara (contohnya

    budaya akademik adalah berbeza antara negara Asia dengan negara Barat),

    dalam suatu negeri, dalam institusi-institusi suatu negeri dan institusi itu

    sendiri.

    d) Disciplinary culture merujuk kepada setiap disiplin mempunyai istilahtersendiri (istilah fizik dengan istilah kimia adalah berbeza) dan

    mempunyai penyampaian maklumat yang berbeza. Pelajar perlu

    mengambil berat tentang aspek ini.

    Selain daripada budaya yang mendatangkan masalah, Miller (2002) juga

    menyatakan beberapa masalah lain yang dihadapi oleh pelajar yang menggunakan

    bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua. Antaranya ialah kefahaman pelajar akan

    terganggu apabila pendidik menggunakan sebutan yang tidak tepat. Kefahaman

    pelajar juga akan terganggu apabila menyampaikan fakta saintifik dalam pertuturan

    sahaja. Ketidakselarasan nota yang diedarkan dengan penyampaian juga

    mengelirukan pelajar. Walaupun pelajar suka menggunakan teknologi yang canggih

    untuk kelas, contohnya simulasi, tetapi pelajar mendapati susah untuk mengikut teks

    yang disampaikan kerana pada masa yang sama pelajar juga perlu menghayati

    simulasi yang dipaparkan.

  • 8/3/2019 KAJIAN MENGENAI PELAJAR PENCAPAIAN TINGGI & SEDERHANA DALAM PENYELESAIAN MASALAH SAINS

    46/157

    46

    Bird dan Welford (1995) telah menjalankan satu kajian tentang kesan bahasa

    terhadap pencapaian pelajar yang menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa

    kedua dalam mata pelajaran sains. Dalam kajian mereka, sampel yang dipilih ialah

    pelajar Amerika Syarikat dan Bostwana. Mereka diberi dua set ujian yang berbeza

    tetapi isi kandungan adalah sama. Set pertama adalah versi asal dan set kedua telah

    dimudahkan dengan pertukaran kepanjangan soalan, perkataan yang lebih mudah,

    pertukaransyntax dan menukartenses. Keputusan menunjukkan tiada perbezaan

    yang signifikan pelajar Amerika Syarikat dalam menjawab soalan set pertama dan set

    kedua, tetapi, pencapaian pelajar Bostwana menunjukkan peningkatan dalam

    menjawab set kedua iaitu set soalan yang telah diubahsuai. Kajian ini menunjukkan

    bahawa bahasa mungkin tidak membawa sebarang masalah kepada pelajar yang

    menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa pertama dalam mempelajari sains,

    tetapi akan mempengaruhi pelajar yang menggunakan bahasa Inggeris sebagai

    bahasa kedua.

    2.5 Penyelesaian masalah

    Baru-baru ini, terdapat peningkatan penekanan terhadap penyelesaian

    masalah dalam mata pelajaran sains. Dalam kurikulum sains juga ternyata satu

    elemen yang penting dalam strategi pemikiran ialah penyelesaian masalah (Pusat

    Perkembangan Kurikulum, 2002). National Science Education Standard Draft

    (NRC, 1994) di Amerika Syarikat menyatakan bahawa pendidikan sains perlu

    bergerak daripada pembelajaran berpusat guru kepada pembelajaran berpusat pelajar.

    Penyelesaian masalah merupakan satu proses pembelajaran yang dinamik dan

    melibatkan semua pelajar untuk menjana pemikiran tahap yang tinggi, reka ciptaeksperimen dan mendapat data melalui penyiasatan. Dalam pengajaran sains,

    pendidik digalakkan mengaplikasikan teknik pengajaran yang dapat menjana

    pemikiran tahap yang tinggi. Teknik ini berfokus kepada kebolehan untuk membuat

    hipotesis, analisis, sintesis dan menilai fakta dan konsep. Elemen ini dianggap

  • 8/3/2019 KAJIAN MENGENAI PELAJAR PENCAPAIAN TINGGI & SEDERHANA DALAM PENYELESAIAN MASALAH SAINS

    47/157

    47

    penting kepada pelajar dalam menyelesaikan masalah yang berkait dengan kehidupan

    sebenar (Chin, 1997).

    Apakah yang dimaksudkan dengan penyelesaian masalah? Tidak terdapat

    satu definisi yang umum bagi maksud penyelsaian masalah. Schon (1983)

    menyatakan bahawa penyelesaian masalah adalah satu tindakan refleksi untuk

    mencari apa yang tidak diketahui dengan menggunakan pengetahuan yang ada.

    Gagne (1977) melihat penyelesaian masalah sebagai satu pendekatan di mana pelajar

    menemui kombinasi antara apa yang telah dipelajari dengan masalah yang sebenar

    supaya pelajar tersebut menemui cara penyelesaian. West (1992) menyatakan

    bahawa penyelesaian masalah adalah suatu keadaan yang baru kepada pelajar.

    Pelajar memerlukan pengetahuan yang spesifik untuk memahami dan mengenal pasti

    faktor yang terlibat dan berkaitan. Seterusnya, mengaplikasikan dalam proses

    analitikal logikal untuk mencari jalan penyelesaian. Menurut definisi Pusat

    Perkembangan Kurikulum (2002), penyelesaian masalah ialah mencari penyelesaian

    terhadap sesuatu yang baru atau yang mencabar dengan menggunakan cara yang

    sistematik.

    Namun demikian, masih terdapat ramai pelajar menghadapai kesusahan

    dalam penyelesaian masalah apabila mereka tidak biasa dengan soalan tersebut

    (Perez dan Torregrosa, 1983). Osborne dan Wittrock (1983) mencadangkan sebab-

    sebab yang menyumbang kepada kegagalan dalam menyelesaikan masalah.

    Antaranya ialah pelajar tidak dapat membentuk makna yang tepat dalam

    pengetahuan mereka (miskonsepsi) atau mereka gagal dalam menghubungkait makna

    pengetahuan sekarang dengan pengetahuan yang lepas atau struktur pengetahuan

    mereka tidak terbentuk dalam minda mereka.Gallagheret al. (1995) juga

    menyatakan bahawa dalam satu kelas apabila didedahkan penyelesaian masalah,

    pelajar mempunyai masalah apabila diberi informasi yang terlalu kompleks. Pelajar

    selalunya tidak tahu mengapa mereka belajar apa yang dipelajari. Pelajar biasanya

    menyelesaikan masalah yang fokus atau masalah yang sudah diajarkan. Lee (1985)

    dalam kajian beliau telah mengenal pasti 6 pembolehubah kognitif yang penting

    dalam menyelesaikan masalah iaitu teknik menterjemah masalah, pengalaman

  • 8/3/2019 KAJIAN MENGENAI PELAJAR PENCAPAIAN TINGGI & SEDERHANA DALAM PENYELESAIAN MASALAH SAINS

    48/157

    48

    menyelesaikan masalah, konsep yang berkaitan, idea yang berkait, pengetahuan yang

    spesifik dan pengetahuan yang berkait tetapi bukan pengetahuan yang spesifik. Oleh

    itu, pengajaran menyelesaikan masalah dalam sains adalah satu bahagian yang

    mustahak dan kepentingan mengajar pelajar tentang menyelesaikan masalah telah

    lama dipandang serius sejak beberapa dekad yang lalu (Lee dan Fensham, 1996).

    Rutherford dan Ahlgren (1990) menyatakan bahawa pelajar sepatutnya diberi

    masalah bersesuaian dengan taraf kematangan mereka dan memerlukan mereka

    mengenalpasti bukti yang berkaitan serta meminta pelajar menjelaskan jawapan

    mereka. Pelajar memerlukan bimbingan, galakan, dilatih mengumpul maklumat,

    analisis maklumat yang ada dan menjalankan perbincangan.

    Taconis et al. (2001) menyatakan bahawa apabila manusia berhadapan

    dengan informasi, manusia akan menggunakan pengetahuan untuk memproses dan

    mengintepretasi maklumat, menghubungkait apa yang mereka tahu, menjana fakta

    yang baru dan menyimpan dalam ingatan. Pengetahuan dan teknik yang diperlukan

    dalam menyelesaikan masalah sains adalah luas dan bergantung kepada ciri-ciri

    spesifik masalah serta pengalaman penyelesai masalah tersebut (Taconis et al. ,

    2001). Taconis (1995) menyatakan masalah dalam sains boleh dibahagi kepada

    beberapa dimensi:

    a) kekompleksan sesuatu masalah bergantung kepada pemboleh ubah yangterlibat, sub-masalah yang perlu diselesaikan sebelum mendapat jawapan

    akhir dan jenis formula, prinsip dan konsep yang diperlukan semasa

    menyelesaikan masalah.

    b) Kebiasaan dengan masalah yang dikemukakan adalah bergantung kepadapenyelesai masalah. Ini merangkumi berapa banyaknya teknik yang

    digunakan dan jumlah interpretasi yang diperlukan untuk menyelesaikan

    sesuatu situasi. Soalan yang sama mungkin menjadi cabaran apabila

    mempunyai interprestasi yang berlainan. Oleh yang demikian, pelbagai

    teknik baru dapat dijanakan demi menyelesaikan masalah tersebut.

  • 8/3/2019 KAJIAN MENGENAI PELAJAR PENCAPAIAN TINGGI & SEDERHANA DALAM PENYELESAIAN MASALAH SAINS

    49/157

    49

    c) Satu masalah boleh tertutup atau terbuka. Ini menyatakan bahawa sesuatumasalah boleh sama ada mempunyai satu cara penyelesaian yang unik atau

    mempunyai banyak kemungkinan untuk menyelesaikan masalah tersebut.

    Soalan yang melibatkan algebra atau nombor biasanya adalah soalan tertutup.

    Manakala, masalah yang meminta sebab atau penjelasan adalah soalan

    terbuka.

    d) Masalah sains juga bergantung kepada jumlah maklumat yang terdapat dalamsuatu masalah. Masalah tradisional (masalah yang diberi masa dahulu)

    selalunya mengandungi semua maklumat dalam situasi untuk diselesai. Akan

    tetapi masalah pada masa kini memerlukan penyelesai mencari maklumat

    untuk menyelesaikan masalah tersebut.

    e) Jenis aktiviti kognitif yang diperlukan untuk menyelesaikan masalah tersebutatau dikenali sebagai teknik menyelesaikan masalah (contohnya, analisis,

    merancang dan bertindak). Kadang-kala menyelesaikan masalah juga

    memerlukan seseorang membuat hipotesis dan pengujian untuk mengenal

    pasti pemboleh ubah yang terkandung dalam masalah tersebut.

    De Jong dan Ferguson-Hessler (1996) menjelaskan bentuk pengetahuan yang

    diperlukan untuk menyelesaikan suatu masalah:

    a) Pengetahuan strategik. Contohnya analisis, merancang, menilai dan lain-lain.b) Pengetahuan situasi di mana pengetahuan ini diperlukan untuk mengenal

    pasti dan mengkategorikan masalah serta mencari pengetahuan yang sesuai

    untuk menyelesaikan masalah tersebut.

    c) Pengetahuan deklaratif adalah seperti fakta, prinsip dan konsep untukmembentuk kesimpulan tentang sesuatu situasi dan merancang penyelesaian.

    d) Pengetahuan prosedural atau perancangan adalah mengaplikasikanpengetahuan deklaratif dalam melaksanakan satu plan.

    Northwest Regional Educational Laboraratory (2000) telah membentuk

    panduan pemarkahan untuk penyelesaian masalah yang berkait dengan algorithma.

    Panduan pemarkahan ini memberi gambaran tentang ciri-ciri setiap tahap pelajar.

    Panduan pemarkahan telah ditunjukkan dalam Jadual 2.5.

  • 8/3/2019 KAJIAN MENGENAI PELAJAR PENCAPAIAN TINGGI & SEDERHANA DALAM PENYELESAIAN MASALAH SAINS

    50/157

    Jadual 2.2 Panduan pemarkahan bagi penyelesaian masalah algorithma

    Tahap

    Bahagian

    Permulaan

    (Emerging)Membentuk

    (Developing)Mencukupi

    (Proficient)

    Pemahaman

    konsep

    1. Pewakilan matematik

    dalam masalah adalah

    salah

    2. Anda menggunakan

    maklumat yang salah

    untuk menyelesaikan

    masalah

    3. Prosedur yang

    digunakan adalah salah

    4. Terminologi yang

    digunakan adalahsalah.

    1.Pilihan anda untuk

    mewakili masalah

    adalah tidak cukup dan

    tidak tepat

    2. Anda menggunakan

    sesetengah maklumat

    tetapi bukan semua

    berkaitan dengan

    masalah

    3. Prosedur yang

    digunakan adalahbetul sebahagian.

    4. Terminologi yang

    digunakan adalah

    tidak tepat.

    1.Pilihan anda untuk

    mewakili masalah

    adalah tepat

    2. Anda menggunakan

    semua maklumat

    berkaitan dengan

    masalah

    3. Prosedur yang

    digunakan membawa

    anda kepada

    penyelesaian yangtepat.

    4. Terminologi yang

    digunakan adalah

    tepat.

    1.Pil

    me

    ad

    be

    2. A

    m

    te

    3. Pr

    di

    pe

    bom

    4. T

    di

    te

    Strategi dan

    penaakulan

    1. Strategi tidak tepat

    kepada situasi.

    2. Anda tidak tahu

    dimana anda perlu

    bermula.

    3. Penaakulan anda tidak

    menyokong kerja anda

    4. Tiada kaitan antarapenaakulan yang

    1. Anda menggunakan

    jalan senang untuk

    masalah tersebut.

    2. Anda memberi sedikit

    atau tiada penjelasan

    tentang strategi anda.

    3. Anda kadang-kala

    melompat penjelasanlogik anda sehingga

    1. Anda memilih strategi

    yang tepat dan berkesan.

    2. Kamu menjelas setiap

    langkah.

    3. Penaakulan anda

    sesuai dengan masalah

    4. Logik adalah tepat.

    5. Proses yang digunakanmenjurus kepada

    1.An

    ya

    2. K

    pe

    ad

    3. K

    co

    mepe

  • 8/3/2019 KAJIAN MENGENAI PELAJAR PENCAPAIAN TINGGI & SEDERHANA DALAM PENYELESAIAN MASALAH SAINS

    51/157

    dilakukan.

    5. Tidak logik dalam

    penyelesaian anda.

    6. Kaedah yang

    digunakan tidakmemberi jawapan.

    susah diikuti.

    4. Sesetengah

    penaakulan adalah

    tepat.

    5. Proses anda menjuruskepada sebahagian

    betul penyelesaian.

    penyelesaian yang

    tepat

    4. A

    pe

    Pengiraan dan

    persembahan

    1. Kesalahan dalam

    pengiraan adalah

    serius

    2. Perwakilan matematik

    adalah tidak tepat

    3. Kesalahan label

    4. Penyelesaian tidak

    tepat

    5. Tidak memberi buktibagaimana anda

    mendapat jawapan.

    1. Kesalahan kecil dalam

    pengiraan.

    2. Perwakilan anda

    adalah betul tetapi

    tidak tepat atau tidak

    label dengan

    sepenuhnya.

    3. Pilihan akan tidak

    berkesan.4. Jalan kerja adalah

    tidak jelas.

    1. Pengiraan tepat.

    2. Pewakilan visual

    dilabel dan tepat.

    3. Penyelesaian tepat.

    4. Jalan kerja jelas dan

    tepat.

    1.Se

    dim

    tep

    2. A

    pe

    un

    pe

    3. A

    peya

    Komunikasi 1. Pemeriksa tidak dapat

    mengikuti pemikiran

    anda.

    2. Penjelasan anda kucar-

    kacir.

    3. Anda tidak peka

    terhadap apa yang

    diperlukan oleh

    pendengar.4. Penaakulan anda tidak

    1. Penyelesaian anda

    susah diikuti.

    2. Pemeriksa perlu

    membuat inferens

    mengenai apa yang

    anda tulis.

    3. Anda tidak dapat

    mengekalkan idea

    anda.4. Penjelasan anda tidak

    1. Pemeriksa memahami

    apa yang anda lakukan

    2. Penyelesaian anda adalah

    sistematik dan senang

    diikuti

    3. Penyelesaian anda

    mempunyai aliran yang

    logik daripada satu

    langkah ke langkah yanglain.

    1. Pe

    ad

    2. A

    ko

    3. Pe

    me

    pe

    4. A

    peme

  • 8/3/2019 KAJIAN MENGENAI PELAJAR PENCAPAIAN TINGGI & SEDERHANA DALAM PENYELESAIAN MASALAH SAINS

    52/157

    jelas menunjukkan

    pemikiran anda.

    tepat.

    5. Sesetengah pewakilan

    matematik anda dapat

    menjelaskan pemikirananda.

    4. Anda menggunakan

    format komunikasi

    yang berkesan.

    pe

    Pandangan

    dalaman

    1. Anda tidak dapat

    mengenal pasti corak

    dan perkaitan.

    2. Kamu berhenti apabila

    mendapat

    penyelesaian.

    3. Anda tidak sedar

    perkaitan

    antara algorithma yang

    dilakukan dengan

    konsep atau disiplinlain.

    1. Anda dapat mengenl

    pasti corak dan

    perkaitan.

    2. Kamu mendapati

    pelbagai cara

    penyelesaian tetapi

    bukan semua adalah

    betul.

    3.Penyelesaian anda

    menyembunyikan

    perkaiatan kepadaaplikasi dan konsep

    yang lain.

    1. Anda dapat mengenal

    pasti corak yang

    penting dan perkaitan

    masalah.

    2.Anda mendapati

    pelbagai penyelesian

    dengan menggunakan

    pelbagai interpreatsi

    anda.

    3.Anda berkait proses

    penyelesaian andadengan masalah lain,

    konsep dan aplikasi.

    1. A

    pe

    for

    me

    ma

    2. A

    str

    ter

    ma

    ma

    3. Ake

    ke

    ma

    4.Pe

    sit

    seh

    da

  • 8/3/2019 KAJIAN MENGENAI PELAJAR PENCAPAIAN TINGGI & SEDERHANA DALAM PENYELESAIAN MASALAH SAINS

    53/157

    53

    2.6 Rumusan

    Bab ini telah menyatakan kepentingan bahasa dalam mempelajari ilmu dan

    berkomunikasi. Guru menyampaikan ilmu dengan menggunakan bahasa. Jika bahasa

    tersebut adalah difahami oleh pelajar, maka ilmu tersebut berjaya dipelajari oleh

    pelajar. Akan tetapi, kesalahan bahasa yang disampaikan kepada pelajar akan

    menyebabkan kesalah faham konsep ataupun kesilapan dalam menjawab soalan dan

    akhirnya akan menjejaskan pencapaian sains pelajar. Oleh itu, bahasa memainkan

    peranan yang amat penting. Bahasa bukan sahaja untuk menyampaikan maklumat

    tetapi juga membolehkan pelajar memahami sesuatu masalah dan menyelesaikannya.

    Pendek kata, untuk menyediakan rakyat Malaysia yang dapat bersaing di medan

    antarabangsa, menguasai bahasa antarabangsa adalah perlu dan ini perlu bermula di

    sekolah rendah lagi.

  • 8/3/2019 KAJIAN MENGENAI PELAJAR PENCAPAIAN TINGGI & SEDERHANA DALAM PENYELESAIAN MASALAH SAINS

    54/157

    54

    BAB III

    METODOLOGI KAJIAN

    Perbincangan dalam bab ini ialah untuk menerangkan aspek-aspek dan

    kaedah yang dijalankan dalam kajian. Secara terperincinya bahagian ini menjelaskan

    tentang reka bentuk kajian, tempat kajian, persampelan, instrumen kajian, prosedur

    kajian dan analisis data.

    3.1 Reka bentuk kajian

    Kajian ini berbentuk deskriptif dengan memperoleh data tentang pengalaman

    mempelajari sains dalam bahasa Inggeris dan tahap penyelesaikan masalah dalam

    bahasa Melayu dan bahasa Inggeris yang berkaitan dengan topik haba antara

    kumpulan pelajar pencapaian tinggi dan pelajar pencapaian rendah. Kajian ini

    ditadbir ke atas pelajar tingkatan dua yang telah mempelajari topik haba, iaitu salah

    satu topik terakhir yang telah dipelajari semasa tingkatan satu. Tinjauan

    menggunakan soal- selidik ditadbir pada hari yang berbeza memandangkan soal-

    selidik mengandungi dua set, iaitu satu set dalam bahasa Melayu dan satu set adalah

    bahasa Inggeris. Tinjauan kajian ini ditadbir sebelum peperiksaan akhir tahun

    dijalankan.

  • 8/3/2019 KAJIAN MENGENAI PELAJAR PENCAPAIAN TINGGI & SEDERHANA DALAM PENYELESAIAN MASALAH SAINS

    55/157

    55

    Kajian yang dijalankan merupakan satu kajian gabungan kualitatif dan

    kuantitatif. Aspek kualitatif melibatkan soalan penyelesaian masalah; manakala,

    aspek-aspek kuantitatif melibatkan pengalaman pelajar mempelajari Sains dalam

    bahasa Inggeris dan tahap penyelesaian masalah. Selain itu, hubungan antara

    pencapaian pelajar dalam ujian dan pengalaman pelajar mempelajari Sains dengan

    pencapaian pelajar dalam penyelesaian masalah bagi topik haba juga dikaji. Data-

    data telah dikumpul melalui jawapan bertulis pelajar dalam soal-selidik yang

    mengandungi tiga bahagian iaitu latar belakang pelajar, pengalaman mempelajari

    sains dalam bahasa Inggeris dan soalan penyelesaian masalah bagi topik haba.

    Pada peringkat awal, pelajar diberi soal-selidik dalam bahasa Inggeris (sila

    lihat Lampiran A). Pelajar diminta menjawab soal-selidik tersebut dalam 1jam 15

    minit. Selepas satu minggu, pelajar yang sama akan menjawab soal-selidik dalam

    bahasa Melayu (sila lihat Lampiran B).

    Hasil penilaian respon pelajar digunakan untuk mendapat maklumat tentang

    tahap penyelesaian masalah pelajar yang menjawab soalan dalam bahasa Inggeris

    dan bahasa Melayu. Kesilapan pelajar menjawab persoalan bagi topik haba juga

    dikenal pasti.

    3.2 Tempat kajian

    Sekolah yang terlibat dalam kajian ini adalah dua buah sekolah harian

    biasa dua sesi di Johor Bahru. Hanya dua buah sekolah dipilih menjadi tempat kajian

    kerana sampel kajian ini yang melibatkan 2 kumpulan pelajar, iaitu baik dan

    sederhana yang mewakili populasi pelajar sekolah harian biasa. Sekolah yang dipilih

    mengandungi 10 kelas tingkatan dua di mana sampelnya amat sesuai digunakan.

    Tambahan pula, kebanyakan soalan dalam soal selidik adalah soalan terbuka dan

  • 8/3/2019 KAJIAN MENGENAI PELAJAR PENCAPAIAN TINGGI & SEDERHANA DALAM PENYELESAIAN MASALAH SAINS

    56/157

    56

    memerlukan pelajar menjawab dalam 1 jam 15 minit. Soal-selidik bahasa Melayu

    dan bahasa Inggeris ditadbir pada hari yang berlainan.

    3.3 Persampelan

    Penyelidikan secara deskriptif ini telah dijalankan di dua buah sekolah di

    daerah Johor Bahru, Johor untuk mendapat maklumat tentang pengalaman pelajar

    mempelajari sains dalam bahasa Inggeris serta tahap penyelesaikan masalah dalam

    bahasa Melayu dan baha