masalah emosi murid

3
Guru boleh mengenal pasti tekanan emosi nuridnya dengan melihat keadaan fizikal murid tersebut. Fizikal murid tersebut kelihatan keletihan, pening kepala, susah tidur, sakit-sakit badan terutama dibahagian bahu dan belakang, denyutan jantung yang kuat, sakit dada, berasa loya, ketar badan, sejuk tangan dan berpeluh. Selain itu guru juga boleh mengenal pasri tekanan emosimurid tersebut dengan melihat perubahan segi mentaliti iaitu murid kerap hilang tumpuan, mudah lupa, susah untuk buat keputusan, tidak boleh berfikir, celaru pemikiran dan tidak boleh berjenaka. Guru juga boleh melihat dari aspek emosi murid itu sendiri yang memperlihatkan murid tersebut sentiasa risau, bimbang, sugul, marah, mudah kecewa, sentiasa takut, sensitif, mudah hilang sabar dan panas baran. Guru juga boleh melihat dari aspek perangai murid itu sendiri dimana sering kali mengalami keluh resah, lahir tabiat menggigit buku dan menggedik-gedikkan kaki, makan yang berlebihan, merokok , menjerit-jerit, maki hamun dan bertindak agresif. Guru sering menghadapi masalah dengan murid-murid yang menunjukkan sifat kurang matang, tidak suka berhubung dengan orang lain, mempunyai kesukaran untuk bekerjasama dalam kumpulan dan tidak berani menyuarakan pendapat. Masalah-masalah ini berkemungkinan disebabkan mereka mempunyai kemahiran sosial yang rendah dan tidak mempunyai keyakinan diri. Murid-murid ini menunjukkan tindak balas emosi yang tidak bersesuaian. Murid yang sebegini merupakan murid yang mempunyai konsep kendiri yang rendah dan sering menghadapi masalah dalam pergaulan. Tingkah laku murid-murid yang mengalami gangguan emosi akan menjadi masalah dan memberikan kesan kepada pencapaian akademik mereka. Tanggungjawab guru adalah mengenal pasti gangguan emosi muridnya dan mengambil langkah-langkah tertentu untuk mengatasinya. Kalau dilihat dari segi hak kanak-kanak, gangguan emosi ini berkaitan dengan hak perlindungan. Kanak-kanak yang menghadapi gangguan emosi biasanya:

Upload: khaieilla

Post on 05-Jan-2016

19 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Masalah Emosi Murid

Guru boleh mengenal pasti tekanan emosi nuridnya dengan melihat keadaan fizikal murid tersebut.  Fizikal murid tersebut kelihatan keletihan, pening kepala, susah tidur, sakit-sakit badan terutama dibahagian bahu dan belakang, denyutan jantung yang kuat, sakit dada, berasa loya, ketar badan, sejuk tangan dan berpeluh.

    Selain itu guru juga boleh mengenal pasri tekanan emosimurid tersebut dengan melihat perubahan segi mentaliti iaitu murid kerap hilang tumpuan, mudah lupa, susah untuk buat keputusan, tidak boleh berfikir, celaru pemikiran dan tidak boleh berjenaka. 

  Guru juga boleh melihat dari aspek emosi murid itu sendiri yang memperlihatkan murid tersebut sentiasa risau, bimbang, sugul, marah, mudah kecewa, sentiasa takut, sensitif, mudah hilang sabar dan panas baran.

   Guru juga boleh melihat dari aspek perangai murid itu sendiri dimana sering kali mengalami keluh resah, lahir tabiat menggigit buku dan menggedik-gedikkan kaki, makan yang berlebihan, merokok , menjerit-jerit, maki hamun dan bertindak agresif.

Guru sering menghadapi masalah dengan murid-murid yang menunjukkan sifat kurang matang, tidak suka berhubung dengan orang lain, mempunyai kesukaran untuk bekerjasama dalam kumpulan dan tidak berani menyuarakan pendapat. Masalah-masalah ini berkemungkinan disebabkan mereka mempunyai kemahiran sosial yang rendah dan tidak mempunyai keyakinan diri. Murid-murid ini menunjukkan tindak balas emosi yang tidak bersesuaian. Murid yang sebegini merupakan murid yang mempunyai konsep kendiri yang rendah dan sering menghadapi masalah dalam pergaulan.

Tingkah laku murid-murid yang mengalami gangguan emosi akan menjadi masalah dan memberikan kesan kepada pencapaian akademik mereka. Tanggungjawab guru adalah mengenal pasti gangguan emosi muridnya dan mengambil langkah-langkah tertentu untuk mengatasinya. Kalau dilihat dari segi hak kanak-kanak, gangguan emosi ini berkaitan dengan hak perlindungan. Kanak-kanak yang menghadapi gangguan emosi biasanya:

i) Tidak berupaya untuk berinteraksi secara normal dengan kanak-kanak lain. Tingkah laku mereka adalah lebih bersifat keanak-anakan dan tidak mengikut tahap umur mereka.

ii) Ada kalanya mereka didapati liar dan ganas, tidak mempunyai sifat sabar dan kerap mengamuk. Hal ini bermakna murid-murid yang menghadapi gangguan emosi sering kali menunjukkan kecenderungan bertingkah laku yang kurang sesuai dengan situasi normal dan tidak mengikuti norma seperti kanak-kanak yang sama peringkat umur.

Sebagai seorang guru yang profesional, seharusnya bijak untuk mengesan gangguan emosi muridnya melalui tingkah laku mereka dalam bilik darjah seperti :

o Murid tersebut bertindak sebagai pengganggu bagi menarik perhatian rakan lain yang akhirnya menjejaskan fokus terhadap pembelajaran. Sekiranya tidak ditangani dengan

Page 2: Masalah Emosi Murid

segera berupaya merangsang murid dalam bilik darjah tersebut melakukan perbuatan yang sama dan seterusnya unsur negatif akan meresap, yang menjurus perlakuan disiplin yang lebih serius.

o Sering mengkritik secara keterlaluan sama ada di kalangan rakan mahupun kepada guru yang mengajar mereka dalam bilik darjah.

o Bertindak liar dan bertindak balas kurang matang apabila tidak puas hati mengenai sesuatu perkara. Ini bertujuan untuk menarik perhatian atau melepaskan kemarahan atau dendam.

o Suka bergaduh dengan rakan.o Cepat marah dan pantang ditegur sama ada oleh rakan atau guru.o Bertindak tidak wajar disebabkan tekanan perasaan.

Adalah penting di kalangan guru untuk peka dan sensitif dengan emosi murid.

Gangguan emosi boleh dikategorikan kepada 3kumpulan iaitu :

i. gangguan emosi ringan

ii. gangguan emosi sederhana

iii. gangguan emosi berat

tanda-tanda awal yang boleh dilihat oleh guru terhadap gangguan emosi muridnya adalah seperti berikut :

1. tidak hadir ke sekolah tanpa sebarang sebab munasabah

2. selalu mengantuk atau tertidur di dalam kelas

3. sentiasa kelihatan letih

4. kerap sakit perut

5. mudah diserang penyakit

6. duduk dalam keadaan yang tidak selesa

7. pencapaian akademik yang semakin merosot

8. sering merasa cemas takut dan benci

9. konsep kendiri yang lemah

10. bertindak tidak wajar disebabkan tekanan perasaan

11. suka bergaduh

Page 3: Masalah Emosi Murid

12. kerap berbohong

13. bertindak liar untuk menarik perhatian

14. tindak balas kurang matang

15. berperawakan ganjil

16. membela diri secara tidak menentu

17. menunjukkan perasaan dengki

18. mengkritik secara keterlaluan

19. suka termenung atau berkhayal