masalah bacaan

Upload: asliza-adzlan

Post on 03-Apr-2018

236 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 7/29/2019 masalah bacaan

    1/2

    Tugasan

    Kenal pasti masalah-masalah dalam bacaan

    Rumuskan maklumat dalam bentuk APG

    Masalah-masalah dalam bacaan dapat dibahagikan kepada dua iaitu masalahberkaitan dengan kebolehan memecah kod dan masalah berkaitan kefahaman.Masalah berkaitan dengan kebolehan memecahkan kod dapat dibahagikan kepadabentuk huruf, peringkat suku kata, kesukaran dalam pengamatan dan kesukaranmembaca peringkat ayat.

    Antara masalah bentuk huruf ialah tidak dapat membezakan huruf kecil yangseakan-akan sama bentuknya, huruf yang terbalik, bunyi huruf yang seakan-akansama, keliru nama-nama huruf yang seakan-akan sama bentuknya, menyebut huruf-

    huruf mengikut telor bahasa ibunda dan keliru menamakan huruf besar dan huruf kecilkerana bentuknya berubah.

    Masalah pada peringkat suku kata pula, murid tidak boleh mengadun ataumembatang suku kata terbuka atau tertutup, keliru membunyikan suku kata yangmelibatkan e taling dan e pepet, tidak boleh membunyikan dengan betul setelahmengeja atau membatang suku kata, tidak boleh membunyikan dengan betul suku kataVK di awal perkataan, salah memecah atau membatang suku kata, tidak bolehmembatang perkataan yang mengandungi banyak suku kata, keliru membatangperkataan yang mengandungi Diftong atau vokal berganding, tidak boleh membunyikanperkataan yang mengandungi Diagraf di awal perkataan dan tidak boleh membatang

    suku kata yang melibatkan imbuhan.

    Manakala masalah dalam kesukaran dalam pengamatan pula adalah bolehmengeja tetapi tidak boleh membunyikan, mengeja sebelum membaca, bolehmembatang suku kata tetapi gagal menyebut, menggantikan bunyi suku kata dalamperkataan, menggugurkan bunyi-bunyi suku kata dalam perkataan, salah menyebutperkataan yang seakan-akan rupanya, keliru ejaan bahasa Melayu dengan bahasaInggeris, salah menyebut atau membunyikan perkataan yang seakan-akan sama danmenyebut perkataan mengikut loghat.

    Seterusnya adalah kesukaran membaca peringkat ayat. Mereka cenderung

    menggantikan perkataan dengan perkataan lain, tertinggal, pembalikan perkataan,mengulang, merangkak-rangkak dan membaca mengikut loghat.

    Masalah berkaitan dengan kefahaman pula, murid tidak dapat memahami maknasesuatu perkataan atau makna perkataan mengikut konteks.

  • 7/29/2019 masalah bacaan

    2/2