masa untuk bina alternatif politik kelas pekerja dan anak ... · kadar inflasi tinggi yang telah...

12
ISU KE - 7 JUN - JULAI 2014 HARGA : RM 2 / SOLIDARITI : RM 3 Pada 1 Mei 2014, dua acara utama memperingati Hari Pekerja telah pun diadakan di Kuala Lumpur. Solidariti Pekerja turut menyertai kedua-dua acara tersebut. Pada sebelah pagi, himpunan Hari Pekerja telah dianjurkan oleh Kongres Kesatuan Sekerja Malay- sia (MTUC) di Dataran Petaling Jaya yang dihadiri hampir 1000. Antara isu yang menjadi fokus bagi MTUC adalah kegagalan pihak kerajaan dalam menjaga kebajikan pekerja, termasuklah kelemahan penguatkuasaan ka- dar gaji minimum yang sepa- tutnya dilaksanakan sejak 1 Janu- ari 2013. Selain itu, kenaikan harga barang dan perkhidmatan, dan kadar inflasi tinggi yang telah membebankan ramai pekerja yang berpendapatan rendah turut dibangkitkan. Antara kesatuan sekerja yang telah terlibat adalah Kesatuan Kebangsaan Anak-anak Kapal Kabin (NUFAM), Kesatu- an Kebangsaan Pekerja-pekerja Bank (NUBE), Kesatuan Sekerja Kereta api (RUM) dan lain-lain lagi, termasuklah kesatuan sek- erja mewakili pekerja asing. Walau bagaimanapun, jumlah peserta yang telah mengi- kuti himpunan itu tidak berjaya menepati sasaran MTUC seramai 100000. Hal ini mungkin kerana ramai yang lebih tertarik dengan himpunan sebelah petang untuk membantah cukai GST. Himpu- nan itu telah diadakan di Dataran Merdeka dihadiri lebih daripada 30000 orang. Pada awalnya, ia di- anjurkan kerana ingin menolak cukai GST yang telah diumum- kan pelaksanaannya tahun depan. Akan tetapi, himpunan itu telah menjadi himpunan yang biasa kita saksikan di mana parti politik Pakatan Rakyat telah ‘merampas’ himpunan rakyat itu dan mem- berikan ucapan-ucapan retorik politik mereka. Keadaan ini amat mengecewakan apabila kerajaan Barisan Nasional tidak mengu- tamakan rakyat, dan Pakatan Rakyat pula hanya muncul ke hadapan apabila ia memberi ke- untungan politik kepada mereka. Ini memberikan tanda bahawa rakyat, khususnya kelas pekerja, perlu mencari alternatif terhadap kegagalan kedua-dua Barisan Na- sional dan Pakatan Rakyat dalam mementingkan isu-isu rakyat. Justeru, ia adalah pent- ing sekarang untuk membina parti politik yang benar-benar berlandaskan kelas pekerja dan massa bagi memperjuangkan suatu alternatif politik. Dengan ini, massa dan kelas pekerja boleh memimpin, bersatu, berorganisa- si dan berjuang secara bebas. Ia juga boleh bermula dengan mem- perkukuhkan kesatuan sekerja di tempat kerja masing-masing bagi memperjuangkan gaji yang set- impal, persekitaran kerja yang se- lamat, kemudahan kesihatan dan lain-lain lagi. Semoga 1 Mei yang akan datang akan menjadi milik yang sebenar-benarnya bagi para pekerja! Masa untuk Bina Alternatif Politik Kelas Pekerja dan Anak Muda! Sharifah

Upload: vannguyet

Post on 26-Apr-2019

240 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Masa untuk Bina Alternatif Politik Kelas Pekerja dan Anak ... · kadar inflasi tinggi yang telah membebankan ramai pekerja yang berpendapatan rendah turut dibangkitkan. Antara kesatuan

ISU KE - 7 JUN - JULAI 2014 HARGA : RM 2 / SOLIDARITI : RM 3

Pada 1 Mei 2014, dua acara utama memperingati Hari Pekerja telah pun diadakan di Kuala Lumpur. Solidariti Pekerja turut menyertai kedua-dua acara tersebut. Pada sebelah pagi, himpunan Hari Pekerja telah dianjurkan oleh Kongres Kesatuan Sekerja Malay-sia (MTUC) di Dataran Petaling Jaya yang dihadiri hampir 1000. Antara isu yang menjadi fokus bagi MTUC adalah kegagalan pihak kerajaan dalam menjaga kebajikan pekerja, termasuklah kelemahan penguatkuasaan ka-dar gaji minimum yang sepa-tutnya dilaksanakan sejak 1 Janu-

ari 2013. Selain itu, kenaikan harga barang dan perkhidmatan, dan kadar inflasi tinggi yang telah membebankan ramai pekerja yang berpendapatan rendah turut dibangkitkan. Antara kesatuan sekerja yang telah terlibat adalah Kesatuan Kebangsaan Anak-anak Kapal Kabin (NUFAM), Kesatu-an Kebangsaan Pekerja-pekerja Bank (NUBE), Kesatuan Sekerja Kereta api (RUM) dan lain-lain lagi, termasuklah kesatuan sek-erja mewakili pekerja asing. Walau bagaimanapun, jumlah peserta yang telah mengi-

kuti himpunan itu tidak berjaya menepati sasaran MTUC seramai 100000. Hal ini mungkin kerana ramai yang lebih tertarik dengan himpunan sebelah petang untuk membantah cukai GST. Himpu-nan itu telah diadakan di Dataran Merdeka dihadiri lebih daripada 30000 orang. Pada awalnya, ia di-anjurkan kerana ingin menolak cukai GST yang telah diumum-kan pelaksanaannya tahun depan. Akan tetapi, himpunan itu telah menjadi himpunan yang biasa kita saksikan di mana parti politik Pakatan Rakyat telah ‘merampas’ himpunan rakyat itu dan mem-

berikan ucapan-ucapan retorik politik mereka. Keadaan ini amat mengecewakan apabila kerajaan Barisan Nasional tidak mengu-tamakan rakyat, dan Pakatan Rakyat pula hanya muncul ke hadapan apabila ia memberi ke-untungan politik kepada mereka. Ini memberikan tanda bahawa rakyat, khususnya kelas pekerja, perlu mencari alternatif terhadap kegagalan kedua-dua Barisan Na-sional dan Pakatan Rakyat dalam mementingkan isu-isu rakyat. Justeru, ia adalah pent-ing sekarang untuk membina

parti politik yang benar-benar berlandaskan kelas pekerja dan massa bagi memperjuangkan suatu alternatif politik. Dengan ini, massa dan kelas pekerja boleh memimpin, bersatu, berorganisa-si dan berjuang secara bebas. Ia juga boleh bermula dengan mem-perkukuhkan kesatuan sekerja di tempat kerja masing-masing bagi memperjuangkan gaji yang set-impal, persekitaran kerja yang se-lamat, kemudahan kesihatan dan lain-lain lagi. Semoga 1 Mei yang akan datang akan menjadi milik yang sebenar-benarnya bagi para pekerja!

Masa untuk Bina Alternatif Politik Kelas Pekerja dan Anak Muda! Sharifah

Page 2: Masa untuk Bina Alternatif Politik Kelas Pekerja dan Anak ... · kadar inflasi tinggi yang telah membebankan ramai pekerja yang berpendapatan rendah turut dibangkitkan. Antara kesatuan

Perpaduan Kelas Pekerja dan Anak Muda Perlu Untuk Membawa Agenda Rakyat Ravi

2 SIDANG PENGARANG SOLIDARITI PEKERJA ISU KE -7 JUN - JULAI 2014

Agenda perkauman dan sentimen keagamaan sering diapi-apikan untuk kepentingan politik dan kuasa bagi kumpulan-kumpu-lan dan parti-parti politik yang tertentu. Kumpulan-kumpulan konservatif seperti PERKASA dan ISMA menggunakan senti-men kaum Cina dan India un-tuk dilaga-lagakan dengan kaum Melayu. Pemimpin-pemimpin UMNO yang ingin memastikan sokongan daripada kaum Melayu pula terus kekal bermain dengan politik perkauman seperti ‘ketu-anan Melayu’. Parti-parti kom-ponen dalam BN seperti MCA, MIC dan Gerakan hanya mem-permainkan sentimen kaum yang diwakilinya untuk mendapatkan semula sokongan. Pengumuman Hudud oleh PAS pula telah men-ingkatkan kebimbangan dalam kalangan masyarakat bukan Is-lam tentang hak agama mereka. Manakala, PKR dan DAP, me-

laungkan perpaduan kaum, tetapi hakikatnya mereka tidak mem-berikan politik alternatif kepada kepincangan sosial dan ekonomi yang wujud dalam masyarakat sebagai langkah penyelesaian ke-pada polarisasi kaum.

Semua ini berlaku kerana kumpulan-kumpulan dan parti-parti politik itu terus mendokong agenda kapitalis. Agenda perkau-man dan sentimen keagamaan adalah agenda kapitalis untuk menjalankan dasar ‘pecah dan perintah’ dalam masyarakat ber-bilang kaum, agama dan budaya di negara kita. Agenda tersebut dimulakan oleh British dan ia terus kekal sehingga kini.

Beban rakyat akibat kenaikan harga barang dan langkah-lang-kah penjimatan melalui pemo-tongan subsidi oleh kerajaan tel-ah menaikkan kemarahan rakyat.

Agenda perkauman dan sentimen keagamaan menjadi alat untuk mengalihkan perhatian rakyat daripada masalah sosial dan ekonomi yang semakin menekan mereka. Selagi masalah-masalah sosial dan ekonomi tidak dis-elesaikan, prasangka perkauman dan sentimen keagamaan akan menjadi permainan parti-parti politik dan kumpulan-kumpulan seperti PERKASA dan ISMA.

Perpaduan kelas pekerja dan anak muda, tanpa mengira kaum, aga-ma, budaya dan jantina perlu un-tuk melawan agenda perkauman dan sentimen agama yang sengaja diwujudkan bagi memecahkan-belahkan masyarakat. Kesatuan sekerja bersama-sama dengan kumpulan anak muda harus me-mainkan peranan untuk mem-perjuangkan keperluan dan hak pekerja dan rakyat biasa yang ter-us diancam oleh agenda kapitalis.

Sudah masuk bulan ke 8, masyarakat peribumi di daerah Baram, bahagian utara Sarawak mengadakan sekatan laluan terh-adap mesin atau jentera berat yang melalui kawasan tanah mereka. Tujuan mereka adalah memban-tah pembinaan empangan baru yang bakal menenggelamkan se-banyak 26 kampung tradisional masyarakat orang ulu yang didi-ami oleh 25000 penduduk di seki-tar kawasan itu. Empangan Bar-

am ini dilaporkan seluas 39 000 hektar atau 400 meter persegi dan mampu menghasilkan tenaga ele-ktrik sebanyak 1,200 megawatt. Empangan Baram adalah sebahagian daripada 8 empan-gan yang bakal di bina di seluruh Sarawak terutamanya di kawasan pendalaman. Ianya dibina bagi menampung keperluan penggu-naan tenaga elektrik di kawasan SCORE ( Koridor Tenaga Diper-baharui Sarawak ) yang sudah menarik pelaburan asing dan

tempatan sebanyak RM 29.43 billion se-takat ini. Sebelum ini, Sarawak mempunyai 4 empangan iaitu : Ba-kun, Batang Ai, Mu-rum dan Bengoh. Sehingga kini, seramai 20 orang dari beberapa kampung yang terbabit secara sukarela menjaga sekatan bergilir-gilir setiap hari. Bagi men-unjukkan ketegasan dalam membantah pembinaan empan-gan, mereka mengutip RM1 daripada setiap

penduduk kampung yang terli-bat bagi membiayai perbelanjaan makanan, logistik dan perbelan-jaan lain. Satu perkampungan kecil telah dibina untuk kegunaan para sukarelawan yang bertugas menjaga sekatan dan menamai kampung itu sebagai KM 13. Sarawak pada tahun lepas mencatatkan pendapatan ter-kumpul sebanyak RM 22 billion. Beberapa minggu lepas usul me-naikkan royalti dari 5 ke 20 pera-

tus mendapat sokongan sebulat suara kedua-dua BN dan PR. Walaupun Sarawak digambarkan membangun , tetapi masih tidak mampu menyelesaikan masalah-masalah asas rakyat di Sarawak yang mana merupakan antara negeri dengan penduduk miskin yang teramai di Malaysia. Kadar gaji minima hanya RM 800 lang-sung tidak cukup untuk menjala-ni hidup yang sempurna, sedang-kan garis kemiskinan di Sarawak adalah RM 910. Walaupun mempunyai sumber hasil bumi dan tenaga ele-ktrik yang melimpah-ruah, segala hasil kekayaan ini tidak dipergu-nakan untuk tujuan mempert-ingkatkan keperluan-keperluan asas rakyat. Keperluan untuk membina empangan melebihi daripada keperluan untuk kegu-naan industri dan rakyat Sarawak yang berjumlah kurang daripada 3 juta orang. Syarikat gergasi yag terlibat mendapat keuntungan mudah dan besar jumlahnya. Jika ianya rugi, pasti kerajaan negeri juga rela menanggung hutang yang ditinggalkan oleh pemilik-pemilik syarikat. Misalnya, sep-

erti kes Ting Pek Khing, pemilik syarikat Ekran Berhad, kontrak-tor untuk Empangan Bakun me-nerima pampasan sebanyak RM 1.1 billion daripada kerajaan bi-arpun gagal dalam menyiapkan projek seperti yang dirancang. Kecekalan untuk mem-pertahankan hak terhadap tempat tinggal dan budaya patut dikem-bangkan ke tempat-tempat lain yang juga terjejas akibat aktiviti-aktiviti syarikat-syarikat gergasi yang bermatlamat untuk men-gaut keuntungan. Mereka juga harus membina solidariti per-juangan dengan golongan tertin-das yang lain seperti warga peker-ja, anak muda dan masyarakat lain di kawasan bandar yang juga mengalami penindasan daripada satu entiti yang sama, kapitalis. Kepentingan untuk membina jawatankuasa bertindak bersama bukan hanya di peringkat negeri malah nasional dan antarabangsa perlu bagi memastikan keberke-sanan bagi perjuangan rakyat pribumi dan golongan tertindas yang lain.

Kehidupan Masyarakat Peribumi dan Alam Sekitar Musnah! Erick

Page 3: Masa untuk Bina Alternatif Politik Kelas Pekerja dan Anak ... · kadar inflasi tinggi yang telah membebankan ramai pekerja yang berpendapatan rendah turut dibangkitkan. Antara kesatuan

SOLIDARITI PEKERJA ISU KE -7 JUN - JULAI 2014 ANALISA ISU TEMPATAN 3

Presiden Amerika Syarikat Bar-rack Obama telah membuat la-watan selama 3 hari ke Malaysia pada bulan April lalu. Ia adalah lawatan kedua ke Malaysia bagi Presiden dari Amerika Syarikat dalam tempoh 50 tahun. Malay-sia adalah lawatan ketiga dalam jadual Obama yang telah men-gunjugi Korea Selatan dan Jepun sebelum ini dan menuju ke Fil-ipina sebagai destinasi terakhir. Lawatan 3 hari ini dilihat sebagai strategi yang penting dalam agen-da Amerika Syarikat yang sedang berusaha untuk memulihkan ekonomi dan pengaruh mereka di kawasan Asia Tenggara dan Asia Pasifik. Dalam suatu sidang media antara Obama dan Najib Razak, selain daripada menyen-tuh sedikit tentang isu kehilan-gan kapal terbang komersial MH370, fokus ucapan kedua-dua pemimpin itu adalah sekitar isu ekonomi dan keselamatan keten-teraan kawasan Asia Tenggara. Perdana Menteri Najib Razak membuka ucapan dengan mem-pertengahkan penglibatan Ma-laysia dalam mempengerusikan persidangan ASEAN dan Sum-mit Asia Timur tahun depan, dan peranan Najib dalam perjanjian damai di Filipina Selatan. Ucapan itu bertujuan untuk menonjolkan Malaysia yang sedang memain-kan peranan utama dalam mem-bawa perkembangan ekonomi dan keamanan di rantau ini.

Ikatan Ekonomi Dan Keselama-tan Ketenteraan

Dalam ucapannya, Najib Razak juga mengemukakan ika-tan ekonomi yang wujud antara Malaysia dan Amerika Syarikat dalam bentuk perdagangan yang telah mencecah nilai hampir 35 bilion setahun dalam 5 tahun ke-belakangan ini. Amerika Syari-kat juga adalah pelabur terbesar dengan pelaburan berjumlah 1.9 bilion dolar yang dikatakan telah mewujudkan lebih 8000 peker-jaan baru. Walau bagaimanapun, kebanyakan hasil pelaburan ini tidak dirasai oleh rakyat biasa dengan jumlah pengangguran di kalangan anak muda semakin meningkat dan purata penda-patan pekerja yang tidak setaraf dengan peningkatan inflasi. Pen-ingkatan hutang negara dan pe-motongan subsidi juga sedang mengakibatkan peningkatan hu-tang isi rumah yang tertinggi di rantau ini dan inflasi yang men-ingkat. Isu-isu penyelewengan pilihan raya yang timbul seju-rus selesainya PRU-13, langsung tidak kedengaran dalam ucapan Najib Razak. Persoalan mengenai isu-isu dan tuduhan pencabulan hak asasi manusia oleh kerajaan Barisan Nasional yang menjadi fokus media barat dan organisasi-organisasi hak asasi antarabangsa baru-baru ini juga telah dielak-kan sama sekali.

Perjanjian TPPA

Akibat penentangan terhadap polisi TPPA daripada kalangan rakyat biasa dan ruang yang wujud untuk pihak pem-

bangkang bagi memperguna-kan isu ini, Na-jib Razak tidak terus-menerus m e n d o k o n g p e r j a n j i a n TPPA. Tetapi Najib telah m e n y a t a k a n komitmen un-tuk menanda-tangani perjan-jian ini setelah menyelesaikan beberapa isu teknikal. D a l a m u c a p a n n y a , Obama terus mengal ihkan

fokus kepada kerjasama ekono-mi dan keselamatan yang wujud antara kedua-dua negara dan bagaimana ia boleh dipanjangkan di masa hadapan dalam bentuk perjanjian-perjanjian baru. Oba-ma menekankan bahawa perjan-jian TPPA akan membuka pasa-ran Asia Tenggara, merangsang eksport, menggalakkan pertum-buhan inovasi dan membantu mewujudkan peluang pekerjaan baru. Oleh kerana perjanjian ini seiring dengan cita-cita Najib Razak dalam membawa Malay-sia ke arah negara berpendapatan tinggi sebelum akhir dekad ini, maka Obama menegaskan su-paya Malaysia mempercepatkan proses menandatangani perjan-

jian TPPA itu.

Agenda Disebalik Perjanjian TPPA

Perjanjian TPPA adalah usaha Amerika Syarikat yang se-dang memujuk sebanyak 11 ne-gara atau 40% ekonomi global, untuk menandatangani sebuah perjanjian perdagangan bebas untuk memulihkan ekonomi Amerika Syarikat yang sedang mengalami krisis ekonomi yang paling teruk dalam sejarah se-lepas tahun 1929. Perjumpaan dan lawatan penting telah diada-kan oleh Obama dalam beberapa tahun ini bagi meyakinkan pem-impin-pemimpin negara yang terlibat supaya menandatangani perjanjian itu. Walau bagaimana-pun, proses perundingan bagi perjanjian ini tidak berjalan lan-car dan pelbagai penentangan terhadap usaha itu dilancarkan oleh pelbagai lapisan rakyat biasa dari seluruh dunia. Perjanjian yang dicadan-gkan itu merupakan tumpuan utama lawatan Obama ke Tokyo awal minggu ini, tetapi rundin-gan telah gagal setakat ini akibat pembangkangan golongan petani Jepun yang tidak bersetuju untuk membuka pasaran kepada import beras, ayam dan barang-barang pertanian lain. Di Malaysia, walaupun terdapat penentangan yang jelas daripada rakyat biasa terhadap

polisi TPPA, pihak pembang-kang mahupun para NGO tidak mengambil posisi yang jelas bagi menentang usaha kerajaan dalam perjanjian itu. Pihak pembang-kang sedang mengambil langkah ‘tunggu dan lihat’ jika mereka nanti boleh mendapatkan sokon-gan politik Amerika Syarikat. Si-kap reformis politik mereka men-unjukkan yang mereka akan mula membangkang hanya apabila ia jelas bahawa Amerika Syarikat akan terus menyokong pemerin-tahan Najib Razak tanpa beralih kepada mereka. Pada masa ini, kedudukan Perdana Menteri Na-jib Razak dan Barisan Nasional yang sedang dalam konflik dala-man dapat memberikan peluang kepada Pakatan Rakyat bagi me-raih sokongan Amerika Syari-kat. Walaupun Pakatan Rakyat kecewa kerana tidak mendapat peluang untuk berunding den-gan Obama kali ini, tetapi mereka telah berbincang dengan penasi-hat keselamatan Amerika Syari-kat Susan Rice. Dalam hal ini, dapat dilihat bahawa kedua-dua Barisan Nasional dan Pakatan Rakyat seakan-akan tidak men-gutamakan kepentingan dan ke-bajikan rakyat, tidak mendengar suara rakyat, sebaliknya mereka lebih memikirkan bagaimana un-tuk terus berkuasa dan memeras rakyat biarpun keadaan ekonomi negara adalah tidak menentu.

Agenda TPPA dan Lawatan Obama ke Malaysia Yuva

Page 4: Masa untuk Bina Alternatif Politik Kelas Pekerja dan Anak ... · kadar inflasi tinggi yang telah membebankan ramai pekerja yang berpendapatan rendah turut dibangkitkan. Antara kesatuan

4 ISU PEKERJA SOLIDARITI PEKERJA ISU KE -7 JUN - JULAI 2014

Menurut laporan laman web Por-tal Gaji Minimum Malaysia, Per-intah Gaji Minimum Kebangsaan 2012 diberitakan mula dikuat-kuasakan pada 1 Januari 2013 bagi majikan yang mempunyai lebih daripada lima pekerja, dan pada 1 Julai 2013 bagi majikan yang mempunyai lima pekerja atau kurang . Di dalam tempoh itu, pihak kerajaan telah mem-beri banyak kelonggaran kepada syarikat besar mahupun kecil dan sederhana dengan memberikan tiga fasa penundaan bermula Dis-ember 2012 hingga 31 Disember 2013. Namun, sehingga Dis-ember 2013, banyak syarikat yang masih belum melaksana-kan pembayaran gaji minimum kepada pekerja berdasarkan 961 aduan pekerja yang diterima oleh Jabatan Tenaga Kerja (JTK). Daripada jumlah itu, sebanyak 290 kes telah diselesaikan mela-lui persetujuan di antara majikan dan pekerja. 622 kes masih lagi dalam siasatan akhir, manakala 49 kes lagi dirujuk ke Mahkamah Buruh. Sebanyak 1,044 majikan memohon penangguhan pelak-sanaan gaji minimum dengan ala-san supaya mereka dapat meng-kaji semula struktur perniagaan mereka sepanjang tempoh pen-angguhan tersebut. Di atas dasar kompromi kerajaan terhadap ma-jikan-majikan kapitalis ini, pelak-sanaan perintah gaji minimum tersebut telah ditangguh sehingga diputuskan untuk dikuatkuasa-kan semula pada 1 Januari 2014. Semenjak penguatkua-saan perintah tersebut bermula, pihak Kementerian Sumber Ma-nusia melalui JTK telah melaku-kan 6,588 pemeriksaan di seluruh

negara di dalam tiga bulan perta-ma tahun ini, dan mendapati ba-hawa sebanyak 179 majikan yang masih belum melaksanakan gaji minimum. Pegawai JTK kemudi-annya hanya memberikan notis pematuhan kepada majikan-ma-jikan tersebut. Ini menimbulkan persoalan tentang sikap pihak berkuasa kerajaan yang dilihat terlalu ‘memanjakan’ majikan. Semenjak penguatkua-saan perintah gaji minimum per-tama kali pada awal 2013 dahulu sehingga kini, masih banyak maji-kan yang tidak melaksanakannya, namun tindakan yang dikenakan ke atas mereka tidak lebih dari-pada sekadar pemberian notis pematuhan dan amaran sahaja. Mengikut Seksyen 43 Akta Majlis Perundangan Gaji Negara 2011, mana-mana majikan yang disabit kesalahan dalam tindakan pen-dakwaan akan dikenakan denda tidak melebihi RM20,000 atau dipenjarakan tidak melebihi lima tahun. Pun begitu, Menteri Sumber Manusia, Richard Riot mengatakan bahawa pihak ke-menterian tidak akan mengambil tindakan sehingga semakan se-mula pada Julai 2014 ini. Ini se-benarnya akan memberikan masa yang lebih ataupun ‘masa tamba-han’ kepada majikan untuk terus melengahkan perlaksanaan gaji minimum tersebut setelah lebih dari setahun perintah tersebut dirangka. Peranan yang dimain-kan oleh kerajaan sehingga kini kita boleh gambarkan sama sahaja seperti seorang pengadil perlawa-nan bola sepak yang berat sebelah dan menyebelahi pasukan yang mempunyai kepentingan tertentu terhadapnya. Mengikut Akta Majlis Pe-

rundingan Gaji Negara (MPGN) 2011, semakan semula tersebut perlu dilakukan setiap dua tahun sekali kononnya sebagai usaha untuk mencari titik penyelar-asan yang sesuai untuk maji-kan dan juga pekerja, yang akan menghasilkan situasi ‘menang-menang’ kepada kedua belah pihak dan juga bertujuan untuk menambah baik dasar tersebut. Selain mengambil kira pandan-gan pekerja dan majikan, pihak kerajaan juga turut mengadakan perbincangan dengan pelbagai pihak termasuk Bank Dunia dan juga Pertubuhan Buruh Antara-bangsa (ILO). Berdasarkan maklumat di atas, kita mendapati bahawa situasi ‘menang-menang’ yang dicanangkan pihak kerajaan tersebut hanyalah ilusi. Semakan tersebut melibatkan rundingan yang tidak hanya diwakili oleh pihak majikan atau kapitalis tem-patan, malah rundingan semakan tersebut turut melibatkan pihak kapitalis besar dunia, iaitu Bank Dunia! Bagaimana kita boleh bayangkan sebuah institusi ka-pitalis terbesar di dunia akan mampu memberi saranan yang terbaik untuk kebaikan golongan pekerja? ILO pula, seperti yang diketahui oleh kebanyakan kes-atuan sekerja tempatan, adalah pertubuhan buruh antarabangsa yang diwakili oleh tiga komponen utama, iaitu kerajaan, majikan dan pekerja. Wakil-wakil kerajaan yang berada di dalam pertubuhan tersebut sudah tentunya sen-tiasa memihak kepada majik-an berbanding pekerja. Malah, sekiranya ada pun saranan-saranan ILO yang akan m e mb e r i k an kebaikan ke-pada pekerja M a l a y s i a , pihak kerajaan Malaysia yang akan menen-tukan untuk menerima atau menolak sa-ranan-saranan tersebut. J a d i , di manakah r a s i o n a l n y a

tindakan melakukan semakan se-mula setiap dua tahun sekali ini, sedangkan realitinya kita menge-tahui bahawa tidak akan ada situ-asi menang-menang kepada ked-ua belah pihak terutamanya bagi golongan pekerja? Di manakah keadilan sebenar untuk golongan pekerja? Tidak hanya diberikan gaji minimum yang tidak setaraf dengan kadar kenaikan kos sara hidup, malah perlaksanaannya juga sangat banyak cacat-celanya. Kedua-dua parti politik BN dan PR dilihat tidak mampu mem-berikan penyelesaian konkrit ke-pada penderitaan rakyat bawahan dan golongan pekerja. Gaji minimum yang dicadangkan Pakatan Rakyat sendiri sebenarnya tidak banyak bezanya berbanding apa yang telah ditetapkan kerajaan Barisan Nasional dan tetap tidak mampu untuk membaik pulih keadaan hidup rakyat. Ekoran kenaikan harga barang dan minyak, ditam-bah pula dengan perlaksanaan cukai GST bermula April tahun hadapan, maka di manakah rel-evannya gaji minimum RM900 ataupun RM1100 seperti yang dicadangkan PR? Kedua-dua angka tersebut, sekiranya dilak-sanakan 15 tahun yang lepas, mungkin dirasakan sesuai. Sekurang-kurangnya RM1500 adalah angka yang lebih wajar untuk dijadikan sebagai gaji min-imum untuk masa kini.

Penguatkuasaan gaji mini-mum : Serius atau tidak ? Al Ishtiraki

MALAYSIA ANTARA NEGARA PALING

TERUK UNTUK PEKERJA

Malaysia dikategori-kan antara negara yang tidak melindungi hak pekerja dan mendapat markah ‘5’, lapor kaji selidik Konfederasi Kesatuan Sekerja Antarabangsa (ITUC). Kajian ITUC menunjukkan Malaysia antara negara yang teruk untuk bekerja di dunia berdasarkan laporan Global Rights Index yang didedahkan pada 19 Mei lalu.ITUC meru-pakan sebuah gabungan pusat kesatuan sekerja meliputi 325 organisasi sekutu di 161 negara. Negara terbaik diberi-kan label 1, manakala negara terburuk untuk persekitaran bekerja diberikan 5+. Ma-laysia memperolehi mata 5, bersama 23 lagi negara. Bagi jiran dari Asia Tenggara, Sin-gapura memperolehi markah 3. Manakala Indonesia, Myanmar dan Thailand masing-masing memperolehi 4 markah. Filipina dan Kemboja berada bersama Malaysia daripada segi jumlah markah. Laporan itu berkata, negara yang memperolehi 5 markah tidak melindungi hak pekerja. Negara-negara ini mempunyai perundangan yang meliputi hak pekerja, tetapi pekerja tidak mempunyai akses terhadap hak tersebut . Ini mendedahkan amalan buruh yang tidak adil dan rejim pemerintah yang tidak demokratik.

Page 5: Masa untuk Bina Alternatif Politik Kelas Pekerja dan Anak ... · kadar inflasi tinggi yang telah membebankan ramai pekerja yang berpendapatan rendah turut dibangkitkan. Antara kesatuan

SOLIDARITI PEKERJA ISU KE -7 JUN - JULAI 2014 ANALISA SOSIAL 5

Bolehkah Hudud Cegah Jenayah ? Kamarul

Jenayah, terutama je-nayah kekerasan, sering menjadi berita sensasi untuk media al-iran utama. Pembunuhan, seran-gan, jenayah seks, rompakan, pencerobohan rumah, kegana-san geng dan lain-lain seringkali menjadi paparan utama. Jenayah seakan-akan sudah menjadi se-bahagian daripada kehidupan dalam masyarakat kita, dan men-gakibatkan kehilangan nyawa, ke-cederaan dan memberikan kesan mental yang mendalam kepada si mangsa dan keluarganya. Berita media lebih bertujuan untuk me-mainkan kebimbangan rakyat. Ia memberi tumpuan kepada in-dividu, yang disifatkan sebagai ‘syaitan’, bukan kepada agenda sistem kapitalisme yang mewu-judkan kejahatan tersebut. Kebimbangan di kalan-gan rakyat tentang keselamatan nyawa dan harta-benda semakin meningkat dengan peningkatan jenayah. Golongan kelas menen-gah atau golongan yang mampu boleh menetap dalam ‘komuniti berpagar’ dengan perkhidma-tan pegawai-pegawai keselama-tan, tetapi realitinya kebanyakan rakyat terutamanya kelas pekerja tidak mampu memiliki rumah dalam ‘komuniti berpagar’ . Atas desakan rakyat un-

tuk menangani masalah jenayah, kerajaan BN memperkuatkan pasukan polis dan memperketat-kan undang-undang untuk me-nangani jenayah. Walaupun, lang-kah ini sedikit sebanyak boleh mengurangkan jenayah untuk satu jangka masa tertentu, tetapi selagi akar masalah tidak diatasi, gejala jenayah akan berterusan. Malangnya pihak media dan par-ti-parti politik jarang mencungkil punca-punca asas jenayah atau apa yang seharusnya dilakukan untuk membendungnya. Akhir-akhir ini isu pen-erapan hukum Hudud, terutama di Kelantan dibincangkan secara meluas. PAS yang membang-kitkan isu ini berhujah bahawa hukum Hudud boleh mengu-rangkan kadar jenayah dan ge-jala sosial yang telah meningkat dalam masyarakat kita. Tetapi seperti undang-undang sivil, hu-kum hudud adalah bertujuan un-tuk menghukum penjenayah dan bukannya mencari penyelesaian kepada punca-punca jenayah dan ketempangan sosial itu sendiri. Melihat pengalaman hudud di negara-negara yang mengamal-kannya, ianya adalah alat pemer-intah untuk mengawal rakyat biasa yang miskin, tatkala pemer-intah pula bersama golongan kaya

hidup mewah dalam keserono-kan yang melampau. Contohnya di Brunei baru-baru ini, hukum Syariah telah dilaksanakan, tetapi hanya untuk rakyat sahaja. Raja dan kerabatnya yang memang sudah lama hidup berfoya-foya dikecualikan dari hukum terse-but. Apakah ini adil? Jenayah merupakan salah satu gejala yang tidak dapat dielakkan dalam masyarakat ke-las di mana kaya semakin kaya, manakala si miskin semakin mis-kin. Jenayah berpunca daripada ketidakadilan sosial dan ekono-mi. Jurang kaya dan miskin yang semakin meningkat akibat keg-elojohan segelintir untuk men-gaut kekayaan menyebabkan ma-joriti rakyat dijunamkan ke dalam krisis sosial dan ekonomi. Kos hidup yang semakin meningkat akibat kenaikan harga barangan dan perkhidmatan memiskinkan rakyat. Jenayah adalah gejala dar-ipada ketidakadilan tersebut yang diwujudkan oleh sistem kapital-isme. Hanya dengan memberi-kan lebih kuasa kepada kerajaan melalui undang-undang sama ada sivil mahupun hudud, atau dengan mempertingkatkan ope-rasi polis tidak dapat mengha-puskan jenayah dan gejala sosial yang lain. Jenayah adalah fungsi

kepada sistem kapitalisme yang tidak adil dan kejam. Hanya den-gan mengubah sistem kapitalisme yang kejam ini sahajalah, jenayah mampu dihapuskan. Manakala, ketamakan ahli-ahli politik kapitalis dan tuan-tuan perniagaan besar un-tuk kuasa dan keuntungan mem-binasakan kehidupan berjuta-juta rakyat biasa dan juga alam sekitar kita. Ini adalah jenayah dalam sistem sosial kapitalis, yang mengorbankan harapan dan kebahagiaan berjuta-juta untuk ketamakan segelintir golongan kaya-raya. Media dan undang-undang hanya memberi tumpuan kepada fenomena terbitan dari-pada sistem sosial sahaja, dan

tidak kepada penyebab jenayah, iaitu pendukung-pendukung sis-tem kapitalis. Kerajaan yang berlan-daskan kepada kelas pekerja dan rakyat biasa akan menitikberat-kan kepada kepuasan keperluan asas rakyat dengan pengagihan kekayaan dengan adil dan sak-sama. Pekerjaan dengan gaji yang adil, perumahan selesa, penjag-aan aspek kesihatan, pendidikan, pengangkutan awam dan lain-lain keperluan akan menjadi agenda utama kerajaan sedemikian. Ini boleh menjurus kepada keadilan sosial yang pada akhirnya akan menghapuskan jenayah dengan sendirinya.

Gelandangan dan Sistem Kapitalisme Sharifah

Di Malaysia, isu tentang golongan gelandangan bukanlah sesuatu yang baharu. Bahkan, peningka-tan jumlah golongan ini di ban-yak bandar telah menunjukkan betapa ia semakin serius di negara ini. Secara umumnya, golongan gelandangan adalah mereka yang berasal dari kampung dan desa, yang telah berhijrah ke bandar-bandar untuk mencuba nasib.

Walau bagaimanapun, mereka tidak memiliki pendidikan yang baik, modal kewangan yang men-cukupi, pengetahuan yang luas, dan lain-lain lagi. Namun begitu, perkara ini tidaklah bermakna bahawa golongan gelandan-gan semuanya berasal dari luar bandar. Hal ini kerana kesesakan dan kesempitan hidup di bandar juga telah memaksa sebahagian individu untuk hidup sebagai ge-

landangan. Mereka tidak mam-pu memiliki tempat kediaman, pekerjaan dan sumber kewangan yang tetap. Kebelakangan ini, ramai pihak yang cuba untuk menolong golongan gelandangan itu dengan menawarkan tempat tinggal, ma-kanan, pakaian dan sebagainya. Ia adalah usaha yang seharusnya dihargai oleh kita kerana sedikit sebanyak ia dapat membantu mereka untuk terus hidup dan bertahan. Walau bagaimanapun, ia hanyalah untuk jangka masa pendek sedangkan jurang antara mereka yang kaya dan miskin masih tetap ada. Punca kepada sebab-sebab mengapa gelandan-gan ini wujud juga belum dapat diselesaikan. Akhirnya, golongan gelandangan semakin hari makin bertambah. Masalah gelandangan

timbul kerana kesan daripada sistem kapitalisme. Ketika para kapitalis berusaha untuk memak-simumkan keuntungan bagi diri mereka sahaja, ramai orang yang telah dieksploitasi dan diting-galkan jauh ke belakang. Hal ini terjadi kerana dalam sistem kapi-talisme, satu-satunya cara untuk mengawal manusia adalah mela-lui wang. Kos sara hidup yang tinggi, pengangguran, kemuda-han rumah dan kesihatan yang mahal, pendidikan yang diniaga-kan, dan lain-lain lagi telah men-imbulkan tekanan demi tekanan dalam masyarakat yang akhirnya menghimpit mereka dengan ter-uk. Justeru, masalah inilah yang harus ditangani bersama. Penyele-saian ini tidak akan dapat ditemui dalam kerajaan kapitalis. Ia hanya boleh dicapai melalui perjuangan masyarakat dan kelas pekerja itu

sendiri. Perjuangan yang dimak-sudkan adalah dengan mengha-puskan sistem kapitalisme dan menggantikannya dengan so-sialisme. Dalam sosialisme, ke-untungan bagi sesetengah pihak sahaja tidak akan terjadi. Hal ini kerana penghasilan segala barang dan perkhidmatan adalah untuk kegunaan semua orang dengan adil dan sama rata tanpa mengira status mereka dalam masyarakat, tanpa menentukan siapa yang mendapat untung dan sebalikn-ya, tanpa mendiskriminasi dan mengeksploitasi. Ekonomi akan dirancang dengan sebaik-baiknya dan kesimpulannya adalah un-tuk memenuhi keperluan semua manusia, bukannya memenuhi keuntungan bagi segelintir pihak sahaja sebagaimana yang telah berlaku dalam sistem kapitalisme.

Page 6: Masa untuk Bina Alternatif Politik Kelas Pekerja dan Anak ... · kadar inflasi tinggi yang telah membebankan ramai pekerja yang berpendapatan rendah turut dibangkitkan. Antara kesatuan

6 AKTIVITI CWI SOLIDARITI PEKERJA ISU KE -7 JUN - JULAI 2014

Pada 15 Mei, pekerja industri ma-kanan segera telah melancarkan aksi mogok sehari di lebih 150 bandar-bandar serata Amerika Syarikat, disertai dengan aksi solidariti di 30 buah negara di se-luruh dunia. Penganjur mengata-kan bahawa acara ini untuk buat kali pertamanya telah menyebar ke bandar-bandar di negara-ne-gara baru dan melibatkan ratusan ribu pekerja industri makanan segera. Protes 15 Mei ini yang khususnya disasarkan terhadap syarikat-syarikat gergasi seperti McDonald’s, KFC dan Burger King, berlangsung di bandar-bandar seperti di Karachi, Cas-ablanca, London, Sao Paolo, Dublin, Bangkok, Buenos Aires, Geneva, San Salvador, dan juga di negara India, Indonesia, Nigeria, Afrika Selatan dan Jepun. Gam-bar aksi-aksi pekerja dari seluruh dunia boleh didapati di laman web FastFoodGlobal.org. Para aktivis telah melan-carkan protes di luar ibu pejabat McDonald’s di Auckland, New

Zealand; protes ‘flash mob’ di 5 lokasi McDonald’s di Filipina, dan menutup salah satu McDon-ald’s terbesar semasa waktu ma-kan tengah hari di Belgium. Pada hari berikutnya, pekerja-pekerja makanan segera di Itali telah ke-luar mogok dan mengadakan protes di Rom, Milan dan Ven-ice dengan menutup perniagaan makanan segera untuk hari itu. Pekerja industri makanan segera sering kali dibayar dibawah ka-dar gaji minimum dan ditindas oleh majikan yang meraih un-tung bernilai berjuta-juta ringgit. Beribu-ribu pekerja industri ma-kanan segera dari seluruh dunia telah terlibat dalam pelbagai aksi protes dalam tahun-tahun kebe-lakangan ini bagi meluahkan rasa tidak adil mereka. Bahkan, pada ketika ini, seramai 2000 lebih orang aktivis dan pekerja-pekerja McDonald’s di Amerika Syarikat sedang memperjuangkan hak-hak mereka dengan melancar-kan protes selama berhari-hari di kampus korporat McDonald’s biarpun kawasan itu dikawal

rapi oleh pihak polis. Selain gaji yang lebih tinggi, mereka juga menuntut keadaan tem-pat kerja yang lebih baik. S e p e r t i pekerja indus-tri makanan segera di ne-g a r a - n e g a r a lain, pekerja di Malaysia juga ditindas dengan teruk dalam sek-

tor ini. Industri makanan segera di Malaysia sering mempergu-nakan tenaga kerja anak muda yang diberikan kerja kontrak untuk mencatatkan keuntun-gan berjuta-juta ringgit setiap tahun. Dengan menggunakan terma ‘pekerja sementara’ atau ‘pekerja kontrak’, kebanyakan pekerja makanan segera di Ma-laysia dibayar dibawah kadar gaji minimum. Majikan juga sering memotong kos mereka dengan mengurangkan jumlah pekerja yang sebaliknya telah menyebab-kan penambahan beban kerja dan tekanan kepada pekerja yang ada terutamanya pekerja tetap. Dengan peningkatan harga barang, harga minyak, pe-motongan subsidi gula, pengena-lan GST dan perjanjian TPPA, pekerja di Malaysia semakin hari semakin ditekan dengan masalah-masalah ekonomi. Gaji minimum RM900 yang telah diperkenalkan pada tahun lepas didapati tidak cukup bagi me-nyelesaikan masalah asas rakyat,

apatah lagi memberikan peluang kehidupan yang lebih baik bagi masa hadapan keluarga mereka. Secara puratanya, gaji sejam bagi pekerja-pekerja industri ma-kanan segera di Malaysia adalah sekitar RM4.50 sejam. Jika mere-ka bekerja 8 jam sehari, maka mereka akan memperoleh RM36 sehari. Sekiranya mereka ingin mendapatkan gaji lebih daripada RM900 (gaji minimum) dalam sebulan, mereka perlu bekerja setiap hari, tanpa cuti pada hari Sabtu dan Ahad! Solidariti Pekerja me-nyokong tindakan pekerja-peker-ja industri makanan segera selu-ruh dunia pada 15 Mei lalu dan menyeru kepada pekerja-pekerja di Malaysia untuk turut memberi-kan sokongan solidariti. Pekerja-pekerja industri makanan segera di Malaysia juga perlu menyusun diri mereka dalam suatu organ-isasi untuk mempertahankan hak-hak mereka dan untuk turut terlibat dalam gerakan-gerakan pekerja sebegini. Walaupun su-kar di Malaysia, kebelakangan ini terdapat beberapa ruang yang ter-buka yang boleh digunakan oleh pekerja untuk menubuhkan kes-atuan mereka sendiri. Kami juga menyeru kepada semua organisa-si pekerja, kesatuan sekerja dan kumpulan-kumpulan lain bagi memberikan sokongan solidariti dan memberikan segala perto-longan yang diperlukan kepada pekerja industri makanan segera di Malaysia bagi menyusun per-tahanan mereka dalam bentuk kesatuan.

Protes Pekerja Industri Makanan Segera Sedunia Yuva

Pada 20 dan 21 Mei 2014 yang lepas, para pekerja Federal Power telah berpiket untuk membantah tindakan majikan itu yang mengingkari perjanjian kolektif, tidak mem-bayar kenaikan gaji tahunan, mengugut pekerja untuk keluar daripada kesatuan sekerja dan banyak lagi. Piket yang di-adakan selama dua hari itu telah disertai bersama-sama oleh Kesatuan Pekerja-pekerja Perusahaan Letrik (EIWU) dan Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC). Federal Power adalah industri kabel elektrik yang terletak di Seksyen 15, Shah Alam. Selain isu perjanjian kolektif yang telah diingkari oleh Federal Power, para pekerja itu turut berpiket kerana tinda-kan pengurusan syarikat yang mengamalkan ‘union busting’ untuk menyekat hak-hak para pekerja dalam menubuhkan dan menjalankan kesatuan sekerja EIWU. Federal Power juga memberikan tekanan kepada para pekerja itu untuk menubuhkan ‘in-house union’ atau kesatuan sekerja dalaman. Walaupun dilihat seolah-olah para pekerja tetap memiliki ke-satuan mereka, hakikatnya ‘in-house union’ cumalah boneka majikan semata-mata. Dalam hal ini, para pekerja tidak memiliki kebe-basan kerana kesatuan sekerja dalaman mereka akan didaf-tarkan oleh majikan mereka sendiri dan ini bermakna segala aktiviti mereka akan dipantau terus oleh majikan. Selain itu, ‘in-house union’ juga cuma boleh disertai oleh pekerja tetap. Pekerja kontrak dan pekerja asing tidak boleh menyertai kesatuan dalaman. Ini menun-jukkan betapa hak-hak semua pekerja cuba untuk dihakis-kan dengan pelbagai cara oleh majikan-majikan seperti Federal Power. Kesannya, tuntutan-tuntutan para pekerja Federal Power seperti kenaikan gaji tahunan serta terma dan syarat kerja yang lebih baik dalam perjanjian kolektif tidak akan benar-benar didengari oleh majikan itu. Justeru, ia adalah wajar bagi pekerja-pekerja Federal Power dan para pekerja yang lain untuk turut memberi-kan sokongan dalam bantahan terhadap majikan yang tidak adil dan telah menafikan hak-hak pekerja.

MAJIKAN AMALKAN ‘UN-ION BUSTING’ DAN INGKAR PERJANJIAN

KOLEKTIF Sharifah

Page 7: Masa untuk Bina Alternatif Politik Kelas Pekerja dan Anak ... · kadar inflasi tinggi yang telah membebankan ramai pekerja yang berpendapatan rendah turut dibangkitkan. Antara kesatuan

SOLIDARITI PEKERJA ISU KE -7 JUN - JULAI 2014 AKTIVITI CWI 7

Kesatuan Pekerja-Pekerja Kere-tapi Tanah Melayu Berhad (KP-PKTMB) menggesa Presiden Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) Datuk Elias Kadir su-paya meletakkan jawatan beliau sebagai presiden dengan serta merta untuk menyelamatkan KTMB daripada terus merudum. Presiden KTMB itu didapati telah menjatuhkan prestasi KTMB se-cara keseluruhan dan tidak men-gendahkan keselamatan pekerja dan penumpang dalam tempoh 2 tahun beliau berkhidmat. Dalam suatu kenyataan rasmi, Presiden KPPKTMB Ab-dul Razak Md Hassan berkata Mesyuarat Jawatankuasa Kerja KPPKTMB dengan mandat dari-pada Majlis Eksekutif yang telah bersidang pada 18 Mac lalu me-mutuskan supaya tindakan lan-jut diperlukan segera untuk me-namatkan perkhidmatan Elias Kadir jika beliau enggan untuk meletakkan jawatan dengan su-karela. Antara alasan-alasan lain yang diberikan oleh pihak Abdul

Razak adalah pembaziran wang oleh Elias Kadir kerana mengekal-kan khidmat nasihat daripada firma dari India serta kelemahan urus tadbirnya yang disifatkan seperti memandang ke belakang. Imej KTMB juga tergugat dengan teruk, hilang kepercayaan dalam kalangan pengguna, kerugian wang rakyat dan telah menjejas-kan nama baik pekerja dan syari-

kat. Disebabkan kerugian yang telah dialami, kenaikan gaji dan kebajikan pekerja semakin tergu-gat. Syarikat ini dengan pimpinan Elias Kadir didapati telah bero-rientasikan keuntungan maksi-mum semata-mata sehinggakan sanggup mengabaikan kebajikan dan keselamatan para pekerja. Presiden Kesatuan Ab-dul Razak, kepimpinan kesatuan

dan ahli-ahli kesatuan yang lain telah mengambil langkah untuk berpiket pada 9 Mei dari jam 4.30 petang sehingga 7.00 petang di perkarangan Ibu Pejabat KTMB bagi menyampaikan tuntutan mereka kepada pihak penguru-san KTMB. Beberapa orang ra-tus pekerja KTMB dari seluruh Semenanjung Malaysia telah mengambil bahagian dalam piket

ini dan menunjukkan semangat mereka walaupun dalam kead-aan cuaca hujan lebat. Pihak KP-PKTMB telah melancarkan piket ini bagi membuka mata orang ramai mengenai masalah yang ada dalam pengurusan KTMB dan supaya ia akan memberikan tekanan kepada pihak majikan untuk melaksanakan perubahan yang positif. Kami daripada akh-bar Solidariti Pekerja dan CWI (Committee for a Workers’ Inter-national) menyokong tindakan pihak kesatuan KPPKTMB yang telah melancarkan piket bagi menuntut perletakan jawatan Presiden KTMB iaitu Dato Elias Kadir. Kami akan terus bersama-sama dengan para pekerja KTMB dalam perjuangan mereka untuk menentang birokrasi terhadap ke-las pekerja.

Piket Kesatuan Sekerja KTMB Yuva

Gambar atas : Aktiviti CWI ber-sama dengan Buku Jalanan, Shah

Alam

Gambar atas : Sambutan Hari Buruh dengan ahli dan pekerja-

pekerja kawasan Nilai.

Gambar bawah : Pembentangan mengenai ‘aliran kiri’ bersama ‘Lepak Maqasid’ di Shah Alam

Gambar bawah : Himpunan Hari Pekerja 2014 di Petaling

Jaya,.Gambar tengah : Kontijen CWI Hari Pekerja Sedunia 2014

Pekerja KTMB dari se-luruh Malaysia turun

berpiket

Page 8: Masa untuk Bina Alternatif Politik Kelas Pekerja dan Anak ... · kadar inflasi tinggi yang telah membebankan ramai pekerja yang berpendapatan rendah turut dibangkitkan. Antara kesatuan

8 INTERNASIONALISME SOLIDARITI PEKERJA ISU KE -7 JUN - JULAI 2014

Mogok dan bantahan besar-besaran terhadap kerajaan Turki akibat tragedi lombong CWI Turki

Pada 13 Mei, peralatan elektrik yang rosak telah mencetuskan let-upan maut di lombong arang batu di Soma, barat Turki. Sekurang-kurangnya 282 pelombong telah kehilangan nyawa manakala lebih 100 pelombong terperangkap di bawah tanah dengan mayat-mayat yang sedang reput. Ben-cana di Soma adalah kemalangan perindustrian yang paling teruk yang pernah terjadi dalam seja-rah Turki. Sepantas kilat, protes tersebar ke seluruh Turki kerana kebanyakan pekerja dan anak muda dengan tepat telah men-genalpasti bahawa kerajaan pemerintah AKP (Parti Keadilan dan Pembangunan) dan sekutu-sekutu kapitalis mereka adalah punca utama kepada trajedi ini. Tambahan pula, parti pemerin-

tah dan keluarga Perdana Menteri Erdogan telah terlibat dalam pel-bagai skandal sejak beberapa bu-lan lalu dan juga beberapa protes anti-kerajaan besar-besaran telah berlangsung pada tahun lepas sekitar peristiwa-peristiwa di Da-taran Taksim. Walau bagaimanapun, kelas pemerintah Turki gentar pada kali ini disebabkan oleh sejumlah besar daripada golon-gan pekerja yang telah menjadi pengundi utama mereka sedang didorong dengan kemarahan dan makin berani menentang rejim Erdogan yang semakin tidak popular. Apabila Erdogan melawat lombong di Soma se-hari selepas kejadian, dia telah dicemuh dan dikecam sebagai seorang ‘pembunuh dan pencuri’ oleh penduduk tempatan dan keluarga pelombong itu. Sebuah rakaman video yang tersebar luas di internet menunjukkan adegan Erdogan yang terpaksa bersem-

bunyi di dalam sebuah pasar raya yang dilindungi oleh pengawal keselamatan peribadi untuk mel-arikan diri daripada orang ramai. Di Istanbul, Ankara dan di beberapa bandar utama yang lain, ribuan rakyat biasa telah tu-run ke jalan raya menuntut perle-takan jawatan kerajaan pemerin-tah tanpa takut dengan kekerasan daripada pihak polis. Empat kes-atuan sekerja di Turki telah mel-ancarkan mogok nasional 24 jam dan disertai oleh anak muda dan rakyat biasa. Di Izmir, bandar ketiga terbesar di Turki, dilapor-kan seramai 20 ribu orang telah turun ke jalan raya sebagai tanda solidariti bagi pelancaran mogok itu. Dari awal lagi, dasar-dasar yang dipegang oleh AKP adalah bertujuan untuk menyeb-elahi para kapitalis dan kroni-kroni mereka. Ini digambarkan dengan tindak balas angkuh dan menghina terhadap pekerja-pekerja yang terlibat dalam ben-cana di Soma. Baru-baru ini, pe-nasihat kepada Perdana Menteri Turki, Yusuf Yerkel telah digam-bar sedang menendang salah se-orang ahli keluarga pelombong yang telah maut dalam bencana itu. Erdogan sendiri telah mengu-las bahawa bencana sebegini ada-lah “perkara biasa dalam lumrah perniagaan”, dan bahawa tidak ada “ kerja tanpa kemalangan”.Tetapi sepertimana pekerja pelombong, wakil-wakil pekerja

dan penunjuk perasaan menegas-kan, ini bukan satu kemalangan, tetapi satu pembunuhan bera-mai-ramai. Dalam satu kenyat-aan yang dikeluarkan oleh SPOT ( Solidariti Rakyat Turki ) baru-baru ini menyatakan bahawa “ dalam tempoh 12 tahun pemerin-tahan AKP, lebih daripada 14,000 kematian yang berkaitan situasi tempat kerja telah berlaku”. Be-gitu juga, tanggungjawab bagi bencana maut di Soma ini terle-tak sepenuhnya di bahu kerajaan AKP yang menyokong agenda ka-pitalis. Kerajaan telah menswas-takan industri perlombongan pada 2005. Jumlah kematian di lombong swasta di Turki adalah sebelas kali lebih tinggi daripada lombong milik kerajaan. Statistik yang ada menunjukkan bagaima-na kehidupan beribu-ribu pelom-bong telah dikorbankan atas nama keuntungan maksimum bagi segelintir pemilik lombong swasta. Maka, tuntutan yang wa-jar dalam pergerakan rakyat ini adalah - memiliknegarakan se-mula semua lombong swasta di bawah kawalan dan pengurusan pekerja secara demokratik. Pihak berkuasa Turki juga tidak pernah menandatan-gani ‘Perjanjian Keselamatan dan Kesihatan Lombong ‘ yang dikelo-la oleh Pertubuhan Buruh Anta-rabangsa, yang memberikan satu tanggungjawab minimum kepada kerajaan dan pihak majikan lom-

bong untuk menjamin kesihatan dan keselamatan pekerja, dan untuk mengelakkan kemalangan. Para pemerintah AKP juga telah menolak usul daripada pembang-kang beberapa minggu lalu yang menuntut siasatan ke atas kead-aan keselamatan di lombong-lombong, jelas untuk melindungi kroni mereka. Hubungan intim antara parti pemerintah dan kelas kapitalis telah terbongkar apabila didapati bahawa isteri kepada pe-milik lombong Soma telah dilan-tik menjadi ahli majlis tempatan untuk AKP! CWI di Turki dan di ne-gara lain telah mengambil pendi-rian untuk bersolidariti dengan pelombong Soma dan saudara-mara mereka, dan dengan peker-ja-pekerja dan anak muda yang sedang berjuang di Turki. Kami menyokong pembinaan sebuah pergerakan besar-besaran dan berterusan yang boleh men-jatuhkan rejim kejam Erdogan. Dalam erti kata itu, mogok ini mesti menjadi langkah pertama dalam pembinaan gerakan terse-but. Gerakan itu diperlukan un-tuk menjatuhkan kerajaan AKP dan menggantikannya dengan kerajaan pekerja yang akan mem-pertahankan hak-hak demokra-tik, menghancurkan cengkaman kapitalisme dan melaksanakan dasar-dasar sosialis untuk me-menuhi keperluan pekerja dan rakyat biasa.

Kejayaan Bersejarah Perjuangan Gaji Minimum di Bandar Seattle, Amerika CWI USA

Kshama Sawant bertanding un-tuk kerusi Majlis Perbandaran Seattle pada tahun 2013. Kshama berkempen sebagai calon Parti Alternatif Sosialis (CWI di USA) dengan menyokong perlaksan-aan gaji minimum 15 dolar se-jam. Ketika itu, ramai pemerhati mengejek politik sosialis beliau dan tuntutan gaji minimum se-bagai ‘menggali kubur sendiri’. Tetapi, Sawant memenangi kerusi dengan sokongan padu rakyat Se-attle yang mahukan politik yang mementingkan kelas pekerja dan rakyat biasa, dan bukan menitik-beratkan kepentingan ahli-ahli perniagaan dan kapitalis. Pada 5 Mei yang lalu dengan kem-pen Parti Alternatif Sosialis dan

kekuatan tuntutan rakyat Seattle telah memaksa gabenor Seattle untuk merangka pelan gaji mini-mum. Di satu perhimpunan rakyat, Sawant member-itahu bahawa pelan gaji minimum tersebut men-jadi kenyataan kerana pekerja menuntutnya dan bukannya diberikan begitu sahaja oleh ahli perniagaan atau ahli poli-tik. Kempen yang hanya bermula sebagai slogan pada tahun lalu, kini merupakan satu pelan tindakan di bandar Seat-tle yang merupakan enjin ekonomi Amerika yang

ke-12 terbesar. Dengan perlak-sanaan gaji minimum ini, pekerja sektor swasta di bandar Seattle akhirnya akan mendapat dua kali

ganda daripada gaji minimum kerajaan persekutuan. Diang-garkan seramai 102,000 pekerja yang ketika ini dibayar kurang

daripada 15 dolar sejam akan melihat pendapatan mereka meningkat pada tahun 2015 , dan dengan ini ramai keluarga peker-ja mampu keluar daripa-da garis kemiskinan.Sawant dan Parti Alter-natif Sosialis, memain-kan peranan penting dalam meletakkan isu ini dalam agenda bandar Seattle. Kempen 15 dolar sejam telah memupuk model demokrasi akar umbi yang mencabar

proses politik korporat yang terkawal. Rang undang-undang gaji minimum tersebut telah lu-lus pada akhir bulan Mei. Ke-menangan tersebut walaupun tidak sempurna, akan menge-sahkan pendekatan Parti Sosialis Alternatif tersebut, merangsang ramai untuk menyertai perjuan-gan tersebut dan seterusnya ia mampu merebak ke bandar-bandar lain di Amerika Syarikat. Ini menunjukkan kuasa rakyat kuasa keramat dalam per-juangan.

Gambar : Ahli Ma-jlis Seattle, Kshama

Sawant

Protes anti-kerajaan oleh pekerja-pekerja

lombong

Page 9: Masa untuk Bina Alternatif Politik Kelas Pekerja dan Anak ... · kadar inflasi tinggi yang telah membebankan ramai pekerja yang berpendapatan rendah turut dibangkitkan. Antara kesatuan

SOLIDARITI PEKERJA ISU KE -7 JUN - JULAI 2014 BERITA LUAR NEGARA 9

Indonesia baru sahaja selesai melaksanakan pilihanraya pada 9 April yang lalu untuk memilih wakil-wakil parlimen dan DUN. Pada 9 Julai nanti akan diadakan pilihanraya untuk mengundi presiden secara langsung yang dijangkakan akan lebih menarik perhatian dunia daripada PRU yang lepas. Di tengah peningkatan harga barangan asas, kekurangan kemudahan infrastruktur, lay-anan kesihatan yang teruk, serta ketidakjelasan ekonomi, sebaha-gian rakyat negara jiran tersebut masih berilusi bahawa PRU kali ini dapat membawa negara terse-but keluar daripada krisis.

Keterbukaan politik hasil dari reformasi memang dirasakan manfaatnya bagi golongan bawahan dengan menciptakan politiknya sendiri. Pemogokan-pemogokan umum yang dilaku-kan oleh pekerja seperti yang berlaku pada tahun 2012 dan 2013 adalah bukti bahawa politik kelas pekerja wujud. Namun hal ini belum berjaya menghasilkan satu sikap politik yang bebas untuk mewakili kelas pekerja. Penglibatan kelas pekerja dalam PRU kali ini masih bersikap memihak kepada salah satu calon atau parti yang bertanding, kerana pekerja belum mampu membina parti politik parti

sendiri. Reformasi pada tahun 1998 memang berjaya menjatuhkan Soeharto yang telah memerintah selama 32 tahun, tetapi sampai saat ini sistem dan elit politik lama masih bertahan. Kekuatan politik lama yang paling menonjol saat ini adalah calon pres-iden, Prabowo, seorang pengusaha kaya dan bekas panglima tentera yang pernah melakukan penculikan terhadap aktivis reformasi pada tahun 1998. Pen- calonannya mendapat sokongan

dari Said Iqbal, presiden FSPMI (Federasi Serikat Pekerja Metal Indonesia) dan juga Konfederasi Serikat Pekerja Indonesia (KSPI), dua buah serikat pekerja terbesar di Indonesia. Ketika menang-gapi masalah pelanggaran hak asasi yang pernah dilakukan oleh Prabowo, Said Iqbal menyata-kan: “Prabowo dikatakan ada masalah hak asasi, tetapi itu tidak ada kaitannya dengan kehidu-pan pekerja.” Pada masa yang sama Said Iqbal mengecam dasar pesaing kuat Prabowo dari PDIP (Parti Demokrasi Indonesia Perjuangan), Jokowi yang diang-gap tidak berpihak kepada kelas pekerja. Jokowi adalah gaber-nor Jakarta, ibukota Indonesia yang berpenduduk lebih 10 juta. Dia adalah satu-satunya calon presiden dan elit politik popular berpengaruh yang bukan berasal dari golongan lama. Kerjaya poli-tiknya di tingkat nasional mulai meningkat secara mendadak dalam dua tahun terakhir ini. Ini semua berkat gaya kepimpinan-nya yang sederhana dan tidak terlihat elit sehingga disukai oleh masyarakat banyak, baik dari ke-las bawah mahupun menengah. Tuduhan Said Iqbal terhadap Jokowi memang benar. Walaupun popular di mata rakyat, tetapi dari segi dasar terhadap pekerja, Jokowi tidak pernah betul-betul menunjuk-kan keberpihakannya. Ketika mogok nasional pekerja yang dipimpin oleh Said Iqbal pada tahun 2013 menuntut kenaikan gaji minimum, Jokowi tidak dapat memenuhinya. Walaupun ia akhirnya menyetujui kenaikan gaji minimum untuk provinsi Jakarta, namun jumlahnya masih

jauh di bawah tuntutan pekerja. Tetapi sokongan Said Iqbal terhadap Prabowo men-unjukkan bahawa beliau mem-punyai kepentingan politik tersendiri, bukan didasarkan kepada kepentingan pekerja yang diwakilinya. Kerana jika dilihat dari segi apa pun, Prabowo jauh lebih buruk sikapnya terhadap penentangan kelas pekerja. Pada awal tahun ini, 600 orang pekerja di salah satu syarikat kertas milik Prabowo mogok kerja kerana sudah 5 bulan tidak dibayar gaji. Pengalaman Indonesia sekali lagi menunjukkan bahawa dalam mana-mana pilihan raya, rakyat diminta untuk memilih calon terbaik di antara yang ter-buruk. Ini berlaku kerana tidak ada parti politik yang betul-betul lahir dari bawah dan memper-juangkan nasib masyarakat kelas bawah. Oleh kerana itu, pekerja perlu mengambil tugas mem-bangun parti supaya hak kelas pekerja dan masyarakat miskin terbela. Di Indonesia, kuasa pekerja belum dikendalikan sepenuhnya melalui kewujudan sebuah parti untuk mewakili warga pekerja dan rakyat miskin. Pada akhirnya gerakan pekerja terjebak dengan pertarungan elit borjuis dan menggantungkan nasib perjuangan kepada mereka. Keperluan untuk sebuah parti kelas pekerja dan rakyat miskin sebagai alternatif kepada kapitalisme sudah sangat mende-sak. Parti itu mesti mengedepan-kan program sosialisme untuk mengatasi jurang ekonomi yang semakin melebar di antara kaya dan miskin yang diciptakan oleh sistem kapitalisme saat ini.

PRU Indonesia: Ke Mana Sokongan Pekerja? Ian

Pakatan Kesatuan Sekerja dan Sosialis ( TUSC ) mengambil langkah kehadapan dengan men-calonkan hampir 600 ahli bagi pilihanraya majlis tempatan yang berlangsung di Britain pada 22 Mei ini. TUSC merupakan se-buah pakatan pilihanraya yang diwujudkan bagi menentang pe-motongan sosial dan penswastaan dan pada masa yang sama mem-berikan suatu alternatif kepada Parti Buruh yang menyokong agenda-agenda kapitalis. Ini mer-upakan pencapaian terbaik bagi pakatan kiri yang meletakkan calon dalam pilihan raya dalam 60 tahun lalu. Lebih daripada satu didalam sepuluh kerusi maj-lis tempatan telah ditandingi oleh TUSC.Dave Nellist, calon TUSC bagi kawasan Coventry berkata “ kami membuat usaha ini bagi mewu-judkan keadaan dimana Parti

Pekerja baru dapat berkembang”. Diwujudkan oleh Kesatuan Sek-erja dan organisasi Sosialis yang sudah semakin hilang harapan dengan karenah Parti Buruh yang didapati semakin berpihak kepada para pemodal daripada kelas pekerja, TUSC mempun-yai keahlian yang kuat di hampir setiap Kesatuan – kesatuan sek-erja yang utama di Britain.

Kesatuan-kesatuan sekerja yang utama seperti Kesatuan Pengang-kutan Keretapi ( RMT ), Kesatuan Bomba ( FBU ), Kesatuan Perkh-idmatan Awam ( PCS ), Kesatuan Kebangsaan Guru ( NUT ) dan banyak lagi kesatuan sekerja telah menyokong TUSC dan telah giat berkempen. Keputusan TUSC untuk bertanding dalam hampir 600 daerah untuk kali ini adalah berdasarkan sokongan daripada kelas pekerja.

Dalam kekosongan yang wujud disebabkan oleh ketiadaan se-buah parti pekerja massa, parti-parti kapitalis lain seperti UK Independence Party ( UKIP ) telah mendapat sokongan dengan menggunakan retorik-retorik populis. Walaubagaimanapun, program parti ini dengan jelas menonjolkan politik sayap kanan dan anti rakyat yang amat memu-daratkan.

Dengan pemotongan perbelan-jaan tempatan menjangkau 5 bilion Ringgit dalam 3 tahun dan masalah ekonomi dan pengang-guran yang semakin meningkat, TUSC mempunyai peluang un-tuk berkembang dengan hampir 70 ribu undi yang dimenangi. Walaupun masih kecil, TUSC telah mula berakar umbi dalam politik kelas pekerja di Britain.

Pakatan Kesatuan Sekerja dan Sosialis di Britain Memberikan Alternatif Kelas Pekerja CWI England

Page 10: Masa untuk Bina Alternatif Politik Kelas Pekerja dan Anak ... · kadar inflasi tinggi yang telah membebankan ramai pekerja yang berpendapatan rendah turut dibangkitkan. Antara kesatuan

10 PERSPEKTIF SOLIDARITI PEKERJA ISU KE -7 JUN - JULAI 2014

Final piala dunia di Brazil ta-hun ini sudah semestinya men-jadi tumpuan kaki bola. Yang tak minat bola pun pasti terkena virusnya. Ke manapun kita pergi semua orang akan bercakap pasal bola. Pasti ramai yang akan ber-sengkang mata sehinggakan ke pagi menonton pertandingan nanti. Malanglah bagi mereka yang terpaksa bekerja, tak kiralah pegawai kerajaan, pejabat swasta, pekerja kilang, yang mesti bekerja 8 pagi sampai 5 petang. Apalagi kalau dah masuk bulan puasa, lepas sahur boleh terus tengok bola. Akhirnya ibadah ke mana, bola ke mana, kerja ke mana. Namun, di sebalik samb-utan kemeriahan piala dunia ini, tahukah Anda bahawa sebenarn-ya majoriti rakyat Brazil yang me-miliki latar belakang kelas pekerja yang miskin menolak temasya sukan tersebut? Tahukah Anda

bahawa jersi England yang dijual seharga 90 Poundsterling (atau setara RM450) telah menimbul-kan kemarahan rakyat England ? Mengapa kita mesti tahu semua ini? Apa kaitannya semua itu den-gan kelas pekerja? Jawapannya se-derhana. Bola sepak bukan hanya apa yang berlaku 2x45 minit di dalam padang sahaja. Sukan ini telah menjadi sebuah industri kapitalis yang besar dan berpen-garuh terhadap sosial masyarakat. Kerana bolasepak adalah sebaha-gian daripada kapitalisme, maka ia juga memangsa kelas pekerja. Bagaimana? Mari kita semak dua berita ini.

Bantahan Piala Dunia di Brazil

Populariti sukan ini di Brazil tidak boleh menandingi keper-luan mendesak rakyatnya yang semakin terpinggirkan. Pemer-

intah Brazil menghabiskan lebih daripada 11 billion dolar Ameri-ka untuk keperluan piala dunia. Jumlah ini tiga kali ganda lebih besar daripada piala dunia 2010 di Afrika Selatan. Peruntukan terse-but diperolehi dengan menguran-gi subsidi pendidikan, kesihatan, perumahan, dan pengangkutan yang merupakan keperluan asas rakyat. Meskipun telah menge-luarkan biaya besar, tetapi masih banyak kekurangan dalam per-siapan. Hanya dalam kiraan hari sebelum pertandingan bermula, masih banyak stadium yang be-lum siap dan diragukan tahap keselamatannya. Pekerja yang bekerja membuat stadium-stadi-um tersebut banyak mengalami kemalangan di tempat kerja kera-na tahap keselamatan tidak dijaga oleh pihak penganjur. Selain itu, untuk mem-berikan imej yang baik kepada para pelancong yang akan datang ketika piala dunia nanti, pemer-intah telah merobohkan kawasan setinggan di bandar-bandar tem-pat pertandingan bola sepak di-adakan. Rakyat miskin yang ting-gal di kawasan setinggan tersebut tidak diberi pilihan tempat ting-gal yang lebih baik kerana me-

mang bajet untuk perumahan sudah digunakan untuk penye-lenggaraan piala dunia. Semenjak protes besar-besaran menentang kenaikan tambang pengangkutan keretapi sebesar dua puluh sen pada tahun 2012, ketidakpuasan di kalangan rakyat terhadap pemerintah terus merebak. Pada kejohanan bo-lasepak piala Konfederasi tahun 2013 protes bertambah besar. Ke-jayaan Brazil menjadi juara dalam kejohanan tersebut tidak dapat menghibur rakyat miskin di ne-gara itu yang terhimpit dengan persoalan ekonomi teruk. Kurang dari sebulan sebelum pertandin-gan bermula, ribuan rakyat masih turun ke jalan membantah pelak-sanaan piala dunia.

Cerita Jersi England

Jika Perdana Menteri Inggeris, David Cameron telah dibuat marah dengan harga jersi bolas-epak negara tersebut untuk piala dunia yang harganya terlalu ma-hal, maka isu ini patut mendapat perhatian kita, terutama kelas pekerja. Jersi tersebut dibuat oleh pekerja kilang di Indonesia. Salah satu sumber di negara itu menga-takan, gaji pekerja Nike di Indone-sia hanya RM2 sahaja sejam men-jadikan biaya yang diperlukan untuk menghasilkan jersi tersebut hanya sekitar RM20 sahaja. Nike, syarikat kapitalis pengeluar rasmi jersi tersebut telah mengaut keun-tungan yang sangat besar dengan penjualan jersi ini. Dengan harga jualan mencapai 90 Poundster-ling (RM450) setiap helai, harga tersebut adalah 20 kali ganda daripada biaya pengeluaran yang dikeluarkan untuk membuat jersi tersebut. Di sini kita dapati realiti sebenar ketamakan syarikat ka-pitalis bagaimana mereka men-gaut keuntungan hasil titik pe-luh pekerja tanpa pulangan yang memadai untuk pekerja tersebut. Apakah yang difikirkan oleh para pekerja tersebut ketika mereka

meletakkan tag harga pada jersi yang mereka buat? Salah seorang pekerja kilang Indonesia pembuat barangan Nike mengatakan: “Di kilang, setiap setengah minit saya menjahit sebuah jersi, bermakna 120 helai dalam sejam. Sedang-kan saya dan pekerja yang lain hanya mendapat upah RM550 se-bulan, masih rendah untuk men-cukupi kehidupan yang layak. Nike telah mengaut keuntungan besar dari hasil kerja kami, tetapi gagal mensejahterakan kami.” Bandingkan upah ribuan pekerja tersebut dengan gaji CEO Nike yang berpejabat di Amerika Syarikat mencecah hampir RM50 juta setahun, atau dengan pe-main bola sepak England Wayne Rooney mendapatkan RM1.5 juta sebulan dari kelabnya hanya den-gan bermain bola. Memandan-gkan Rooney juga adalah duta produk Nike, tentu saja berjuta-juta ringgit lagi akan masuk ke poketnya untuk mempromosikan produk syarikat tersebut. Lalu, di manakah keadilan bagi ribuan pekerja? Padahal tanpa kerja mereka, kain tidak akan pernah menjadi jersi. Tujuan saya menuliskan dua berita di atas supaya kita sedar bahawa di tengah kesero-nokan kita melayan bola, masih ada ruang bagi kita untuk meli-hat sisi lain daripada piala du-nia. Kapitalisme sudah masuk ke dalam semua celah kehidupan sehingga kita tidak terasa bahawa sebenarnya kita ikut memperta-hankan sistem tersebut jika kita tidak mengetahui bagaimana se-benarnya sistem ini bekerja. Kap-italisme hidup ke atas penindasan pekerja untuk keuntungan mak-sima majikan yang kaya. Contoh di Brazil dan England di atas jelas menunjukkan perkara itu. Bole-hkah kita luangkan sedikit masa berfikir dan melihat bagaimana ia juga sebenarnya berlaku dalam kehidupan di sekeliling kita?

Piala Dunia dan Nasib Kelas Pekerja Kamal

Sebuah mural yang menceritakan hakikat sebe-nar keadaan kelas pekerja dan rakyat tertindas di sebalik Piala Dunia 2014 yang bakal berlangsung

di Brazil. Hasil karya Paulo Ito, ( pelukis jalanan )

Page 11: Masa untuk Bina Alternatif Politik Kelas Pekerja dan Anak ... · kadar inflasi tinggi yang telah membebankan ramai pekerja yang berpendapatan rendah turut dibangkitkan. Antara kesatuan

SOLIDARITI PEKERJA ISU KE -7 JUN - JULAI 2014 SUDUT EDITOR 11

Mogok Pekerja di Ladang Asahan dan Ladang Triang 1967 Sharifah

Mengikut sejarah, mogok para pekerja di Ladang Asahan (Mel-aka) dan Ladang Triang (Pa-hang) yang telah berlaku pada tahun 1967 adalah dua gerakan perjuangan pekerja yang pent-ing. Ia serentak terjadi dan dip-impin oleh Kesatuan Pekerja-pekerja Ladang Malaya Bersatu (UMEWU). Tahun 1960-an ada-lah permulaan bagi kemerdekaan tanah air ini tetapi kerajaan yang disokong oleh penjajah Inggeris yang melaksanakan dasar-dasar pro-kapitalis dan anti-pekerja tel-ah dibentuk. Hal ini telah dapat dilihat apabila para pekerja tidak dibenarkan untuk menubuhkan kesatuan sekerja. Bahkan, sijil pendaftaran UMEWU turut telah dibatalkan. Mogok para pekerja La-dang Asahan telah berlaku pada 25 Februari 1967 dan mereka mula bekerja kembali pada 11 Mei

1967 iaitu selepas lebih kurang 75 hari mereka berjuang dan sete-lah ia mencapai penyelesaian. Mogok itu telah dilancarkan ker-ana mereka menuntut 73 orang pekerja yang telah dipecat su-paya diambil balik dan UMEWU diakui sebagai badan pekerja. Ia adalah kejayaan besar bagi mereka yang berjuang atas nama pekerja. Mereka beramai-ramai telah mengumpul dana kewangan untuk menyara hidup keluarga para pemogok yang keluar untuk bermogok. Ini juga adalah kera-na beberapa sebab iaitu peguam Karam Singh berjaya mencabar perintah berkurung, Perdana Menteri Tun Abdul Rahman mel-akukan campur tangan, sokongan daripada parti sayap kiri yang tel-ah melancarkan demonstrasi di Pulau Pinang, Kuala Lumpur, Sel-angor, Negeri Sembilan dan seba-gainya. Di samping itu, majikan

Ladang Asahan turut mengalah apabila mereka bersetuju untuk mengambil balik para pekerja yang telah dipecat. Manakala, mogok di La-dang Triang pula telah dianjurkan pada 22 Mac 1967 namun men-emui kegagalan setelah ditindas dengan kekerasan pada 12 Jun 1967 dan semua pemogok dipecat dan diusir keluar dari ladang itu pada bulan Ogos 1967. Padahal tuntutan mereka cumalah supaya pemecatan ditarik balik, layanan adil, majikan memberi jaminan untuk menimbang susu getah se-cara adil dan lain-lain lagi. Penin-dasan itu sebenarnya telah ber-mula sejak 26 Mac 1967 lagi iaitu apabila pasukan pencegah rusu-han telah merobohkan tempat mogok para pekerja dan 28 orang telah ditahan. Kemudiannya, pada 12 Jun 1967, 1000 orang po-lis bersenjata telah menceroboh

Ladang Triang itu di mana 57 orang pem-impin kesatu-an sekerja dan para pekerja telah ditahan dan dicedera-kan. Mogok ini dilemah-kan akibat k e d u d u k a n geografi ka-wasan itu yang agak

jauh, kurang mendapat liputan media, majikan yang bersikap keras, polis menghalang hubun-gan komunikasi antara para pekerja di Triang dan orang luar dan sebagainya. Bahkan, penganiayaan itu telah berlaku awal-awal lagi iaitu ketika para pekerja Ladang Asahan dan Ladang Triang ber-satu dan berjalan kaki secara aman ke Kuala Lumpur pada 14 sehingga 12 April sebagai protes dan untuk berpetisyen. 21 orang telah ditahan di bawah Akta Kes-elamatan Dalam Negeri (ISA) dimana ada yang telah mendapat hukuman penjara lebih dari 15 ta-hun. Bagi pekerja-pekerja di La-dang Asahan dan Ladang Triang, mogok yang telah dilakukan oleh mereka adalah suatu perjuangan untuk menentang pemerasan dan penyeksaan majikan dan kerajaan

kapitalis. Apatah lagi apabila mere-ka bekerja dibawah sistem kontrak yang bertujuan untuk menguasai para pekerja. Kesungguhan dan keberanian mereka berjuang ini dapat dilihat apabila para pejalan kaki tersebut telah mengeluarkan kenyataan, “Kami ada roti, kerja dan kesatuan. Namun semua ini telah dirampas! Sekarang, kami mahu roti, kerja dan kesatuan kami dikembalikan!”. Dalam ked-ua-dua peristiwa ini, banyak pela-jaran yang boleh diambil untuk memperkukuhkan para pekerja dan kesatuan sekerja. Para peker-ja mesti bersatu hati dan sanggup untuk berjuang demi menentang penindasan yang telah dialami oleh mereka. Strategi tertentu juga perlu difikirkan tentang bagaimana untuk mengatasi isu geografi, autoriti, komunikasi, publisiti dan sebagainya. Ini se-mua boleh dimulakan dengan melakukan perbincangan antara para pekerja untuk mencari per-samaan dan persefahaman.

Para Pekerja, Berani Berjuang, Berani Menang!

Sumber: Lee Ban Chen, Berani Berjuang, Berani Menang: Kisah Keganasan Polis & Penderitaan Pekerja Mogok di Ladang Asahan dan Triang, 1967.

‘Panda’ di hutan disusukan, ‘Raky-at’ di pangkuan di

pinggirkan.

Rumah Panda RM25 juta di atas tanah

seluas 4 ekar. Dengan keluasan ini, boleh

bina 60 buah rumah kos rendah atau 40

buah rumah semi-D untuk golongan yang

tidak berumah.

Page 12: Masa untuk Bina Alternatif Politik Kelas Pekerja dan Anak ... · kadar inflasi tinggi yang telah membebankan ramai pekerja yang berpendapatan rendah turut dibangkitkan. Antara kesatuan

Pendidikan

• Hak Pendidikan yang percuma dan berkualiti untuk semua termasuk di Universiti dan Kolej: Memansuhkan yuran pengajian di Universiti dan Kolej dan menghapuskan hutang pelajar termasuk PTPTN.

• Menuntut autonomi sepenuhnya kepada univer-siti dan kolej untuk mengeluarkan graduan kre-atif untuk pembanggunan keperluan rakyat biasa dan bukannya berpaksikan kepada keuntungan maksimum kapitalis.

• Tidak kepada penswastaan pendidikan termasuk pengkorporatan universiti dan kolej awam. Memiliknegarakan atau pemilikan awam segala entiti pendidikan daripada tadika hinggalah ke universiti dengan pembiyaan yang secukupnya untuk meningkatkan kemudahaan dan kualiti pendidikan.

• Menyokong hak pekerja awam di bidang pendid-ikan, guru dan pensyarah untuk mempertahan-kan hak mereka dan autonomi pendidikan.

• Untuk mentransformasikan Persatuan Pelajar kepada Kesatuan Pelajar yang bebas, demokratik dan memperjuangkan hak dan keperluan pelajar.

• Untuk membentuk pendidikan yang dibiayai sepenuhnya oleh kerajaan melalui pemilikan awam, dan ianya diuruskan secara demokratik dan percuma di semua peringkat - sistem pen-didikan sosialis.

Pekerjaan dan Kebajikan

• Menyokong perjuangan anak muda dan warga pekerja untuk hak pekerjaan.

• Hapuskan pengangguran dengan hak pekerjaan yang adil untuk semua.

• Hapuskan polisi ‘buruh murah’ atau pengham-baan pekerja, dengan mewujudkan gaji mini-mum atau gaji saraan hidup (living wage) yang setimpal dengan kenaikan inflasi.

• Hapuskan amalan ‘outsourcing’ dan buruh kon-trak yang menghakis hak pekerja dan kesatuan sekerja.

• Peluang latihan yang adil untuk anak-anak muda dengan gaji saraan hidup, termasuk pekerjaan yang terjamin selepas latihan.

• Hentikan pembuangan pekerja di sektor awam atau swasta. Miliknegarakan syarikat yang men-gancam penutupan, di bawah kawalan demokra-tik oleh kesatuan sekerja dan warga pekerja.

• Majikan harus memperuntukkan elaun peruma-han, penganggutan, makanan dan faedah-faedah lain yang diperlukan untuk kebajikan pekerja.

• Hak penubuhan kesatuan sekerja tanpa sebarang sekatan undang-undang oleh kerajaan atau cam-purtangan majikan.

• Pinjaman perumahan tanpa faedah oleh kerajaan untuk memastikan keluarga miskin memiliki tempat kediaman. Pinjaman perumahan kera-jaan dengan faedah yang rendah harus diperlu-askan kepada warga pekerja di sektor swasta.

• Membina tempat-tempat rekreasi awam per-cuma dan berkualiti kepada anak muda dan pekerja.

Hak dan demokrasi

• Mempertahankan hak untuk membantah dan berdemonstrasi. Tiada penganiayaan kepada penunjuk perasaan. Hak untuk berorganisasi di setiap sekolah, kolej dan universiti.

• Hentikan keganasan polis terhadap demonstrasi dan rakyat biasa.

• Tiada rasisme, seksisme, homophobia, dan se-mua bentuk diskriminasi.

• Hak pekerjaan, perumahaan dan perkhidmatan tanpa diskriminasi kaum, agama dan jantina .

• Hentikan serangan ke atas hak-hak wanita.• Wujudkan semula pilihanraya kerajaan tempatan

di setiap daerah. • Tidak kepada parti-parti yang berlandaskan

kapitalisme. Berkempen untuk pembinaan parti massa kelas pekerja dan anak muda untuk mem-pertahankan hak dan kepentingan rakyat biasa.

• Hentikan penswastaan perkhidmatan awam. Memiliknegarakan semula semua kemudahaan awam dengan kawalan demokratik kesatuan sekerja dan rakyat biasa.

• Hentikan GST, TPPA, pemotongan subsidi dan mula merancang ekonomi berlandaskan keper-luan rakyat, bukan keuntungan maksimum

Untuk Solidariti Antarabangsa dan Demokratik Sosialisme

• Untuk solidariti antara kelas pekerja dan anak muda di seluruh dunia.

• Solidariti dengan Perjuangan Anak Muda dan Pekerja di Timur Tengah/Afrika Utara untuk pembentukan kerajaan kelas pekerja dan petani miskin.

• Tidak kepada peperangan dan campur tangan imperialis. Untuk pengosongan segera semua tentera asing dari Afghanistan dan Iraq.

• Tamatkan kepungan Gaza di Palestin dan hor-mati hak pembentukan negara Palestin.

• Hentikan pembinaan peluru berpandu nuklear dan hapuskan segala senjata yang boleh memus-nahkan alam.

• Menyokong kempen solidariti Tamil Sri Lanka - untuk hak semua rakyat untuk menentukan pilihan sendiri.

• Tidak kepada kemusnahan alam sekitar. Bagi pelan yang mampan berlandaskan kepada demokratik sosialisme untuk industri pengelu-aran yang tidak akan memusnahkan planet ini.

• Tidak kepada kapitalisme. Bagi dunia sosialis, di mana monopoli besar dijadikan pemilikan awam, dengan ekonomi yang dirancang secara demokratik dan sumber-sumber alam diper-gunakan untuk memenuhi keperluan manusia sejagat.

Pendirian Gabungan Pekerja dan Anak Muda

Adakah anda mempunyai berita tentang pekerja untuk kami ?

Adakah anda ingin berkerjasama dengan kami?Adakah anda ingin tahu dengan lebih tentang kami ?

Hubungi kami di

[email protected]

01112859623 ( yuva )

http://www.facebook.com/solidaritipekerja

ISU KE - 7 JUN - JULAI 2014 HARGA : RM 2 / SOLIDARITI : RM 3

Jawatankuasa Warga PekerjaAntarabangsa (Committee for

a Workers’ International-CWI)adalah sebuah pertubuhan

sosialis dan kelas pekerja antara-bangsa yang

beroperasi di lebih 50 negara.CWI berkempen terhadap

exploitasi multinasional dankapitalisme ke arah membentuksatu masyarakat berlandaskan

demokratik sosialisme diMalaysia dan sedunia.

CWI Malaysia