masa depan pas: islamis melayu atau demokrat islam?

20
Masa Depan PAS: Islamis Melayu atau Demokrat Islam? Dr Wong Chin Huat (Univesity of Essex)

Upload: dalmar

Post on 22-Feb-2016

53 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

Masa Depan PAS: Islamis Melayu atau Demokrat Islam?. Dr Wong Chin Huat ( Univesity of Essex). Gelisah dalam Cabaran Jatidiri. Tomahan-tomahan atas PAS Boneka DAP dan Cina Pak turut kepada PKR dan politik majmuknya Lupakan Islam dan orang Melayu - PowerPoint PPT Presentation

TRANSCRIPT

Page 1: Masa Depan  PAS:  Islamis Melayu atau Demokrat  Islam?

Masa Depan PAS: Islamis Melayu atau Demokrat Islam?

Dr Wong Chin Huat(Univesity of Essex)

Page 2: Masa Depan  PAS:  Islamis Melayu atau Demokrat  Islam?

Gelisah dalam Cabaran Jatidiri• Tomahan-tomahan atas PAS

– Boneka DAP dan Cina– Pak turut kepada PKR dan politik majmuknya– Lupakan Islam dan orang Melayu

• Isu 1: Apakah PAS boleh bertahan dalam pertandingan Tiga-parti Melayu-Muslim? (survival)

• Isu 2: Apakah PAS masih lagi parti Melayu-Muslim apabila sokongan bukan Muslimnya lebih tinggi daripada sokongan Muslimnya? (raison d'être)

Page 3: Masa Depan  PAS:  Islamis Melayu atau Demokrat  Islam?

Persoalan Survival

• Politik Melayu-Islam adalah politik dua-parti untuk kebanyakan masanya:– UMNO – PAS (1955-1969)– UMNO + PAS – PSRM (1974) – 1.13% 3.97%– UMNO – PAS (1978-1986)

• Politik Tiga-Parti lebih jarang:– UMNO – PAS – S46 (1990-1995)– UMNO – PAS – PKR (1999- )

Page 4: Masa Depan  PAS:  Islamis Melayu atau Demokrat  Islam?

Persoalan Survival

• Persoalannya: apakah kewujudan tiga parti itu sesuatu keseimbangan (equilibrium) yang boleh bertahan dalam jangka panjang?

• Kalau tidak, parti manakah yang akan disingkir keluar?– UMNO?– PAS?– PKR?

• Bagi PAS,– Sasaran maksima – parti pertama (gantikan UMNO)– Sasaran minima – parti kedua

Page 5: Masa Depan  PAS:  Islamis Melayu atau Demokrat  Islam?

Persoalan Survival

• Bagaimana mempastikan PAS menjadi sekurang-kurangnya Parti Kedua dan kalau boleh Parti Pertama Melayu Islam?

• Dua Pendekatan:– PAS sebagai Parti khas Melayu-Islam

• Melayu-Islam mesti bersatu menyokong sebuah parti sahaja, apakah PAS akan menjadi parti pilihan ?

– PAS sebagai Parti Kebangsaan (yang berpandukan Islam)• Bersaing dengan UMNO untuk pengundi berjiwa Islam• Bersaing dengan UMNO, MCA, MIC, Gerakan untuk pengundi

bukan Muslim

Page 6: Masa Depan  PAS:  Islamis Melayu atau Demokrat  Islam?

PAS 1999

0 10 20 30 40 50 60 70 800

0.10.20.30.40.50.60.70.80.9

1

Undi PAS dan Peratusan Melayu/Muslim di Semenanjung Malaysia 1999

Melayu/Muslim %PAS%

Axis Title

Axis Title

Page 7: Masa Depan  PAS:  Islamis Melayu atau Demokrat  Islam?

PAS 2008

0 10 20 30 40 50 60 700.00%

10.00%20.00%30.00%40.00%50.00%60.00%70.00%80.00%90.00%

100.00%

Undi PAS dan Peratusan Melayu/Muslim di Semenanjung Malaysia 2008

Melayu/Muslim%PAS%

Axis Title

Axis Title

Page 8: Masa Depan  PAS:  Islamis Melayu atau Demokrat  Islam?

PAS 2011?

PKR PAS DAP PR Total

08/03/2008 31 23 28 82

By-election -1 1 1 1

Defection -6 -1 -7

19/2/2011 24 23 29 76

Vulnerable Seats

10% margin 16 12 6 34

Worst Scenario 8 11 23 42

Page 9: Masa Depan  PAS:  Islamis Melayu atau Demokrat  Islam?

Persoalan Raison D'être

• Raison Detre - Untuk apa PAS wujud? • Memperjuangkan Islam, dalam apa-apa

keadaanpun.• Lebih ramai bukan Muslim yang menyokong

daripada yang Muslim – Gelisah?• Parti Islam yang macam mana ini kalau ia gagal

menyakini umat Islam?

Page 10: Masa Depan  PAS:  Islamis Melayu atau Demokrat  Islam?

Persoalan Raison D'être

• Nabi Muhamad s.a.w. juga pernah disokong Raja Habsha (Ethiopia) Kristian dan ditolak oleh saudara-saudara Arabnya.

• Apakah kita akan mempersoalkan keAraban baginda?

• Jika sesuatu perkara itu baik, apakah kebaikannya hilang jika ia lebih dihargai oleh orang asing daripada kaum asalnya?

Page 11: Masa Depan  PAS:  Islamis Melayu atau Demokrat  Islam?

Persoalan Raison D'être

• Tempe semakin disukai orang Cina, • Apakah ia menjadi kurang Jawa?• Apakah orang Jawa diperkudakan?• Apakah kuota diperlukan untuk pastikan jangan lebih ramai

orang Cina makan tempe daripada orang Jawa?

Page 12: Masa Depan  PAS:  Islamis Melayu atau Demokrat  Islam?

Persoalan Raison D'être

• Apabila PAS menjadi lebih popular di kalangan bukan Muslim daripada Muslim, apakah ini tanda kejayaan atau kegagalan PAS? Ini tanda keagungan atau kelemahan Islam?

• Apabila semakin ramai wakil rakyat PAS yang menang kerana sokongan bukan Muslim antara lain, apakah PAS harus mula tetapkan kuota penyokongnya mengikut agama?

Page 13: Masa Depan  PAS:  Islamis Melayu atau Demokrat  Islam?

Ketaksuban “Zero-Sum Game”• Gelisah tentang jatidiri PAS ini sebenarnya menggambarkan mentaliti

“zero-sum game” yang berasal daripada fikiran asabiah yang begitu lumrah di kalangan UMNO.

• Kalau orang bukan Melayu diuntungkan, maka orang Melayu pasti dirugikan.

• Jadi untuk untungkan orang Melayu, maka orang bukan Melayu mesti dirugikan.

• Kalau orang bukan Muslim diuntungkan, maka orang Muslim pasti dirugikan.

• Jadi untuk untungkan orang Muslim, maka orang bukan Muslim mesti dirugikan.

Page 14: Masa Depan  PAS:  Islamis Melayu atau Demokrat  Islam?

Islamis Melayu• Kalau PAS tidak dapat menangkis mentaliti ini, maka PAS

cuma versi UMNO yang berbahasakan agama dan bukan keturunan.

• Sungguhpun matlamat perjuangannya berlainan, suatu “ketuanan Melayu” dan satu lagi “ketuanan Muslim”, kedua-dua parti pejuang kaum, dan bukan untuk seluruh masyarakat.

• Kalau kita kupas, maka di bawah kulit “Islam” itu sebenarnya “Melayu”.

• PAS yang demikian adalah “Islamis Melayu”, bukan “Islamis”.

Page 15: Masa Depan  PAS:  Islamis Melayu atau Demokrat  Islam?

Islam sebagai Agama Sejagat• Agama Sejagat memberkati bukan sahaja penganut, tetapi

bukan penganut juga.• Di samping Akidah untuk umat penganut, agama sejagat

mendukung pelbagai nilai-nilai sejagat yang tidak berkaitan dengan akidah untuk semua insan

• Di bawah UMNO, Islam di Malaysia “dikhususkan” menjadi milikan untuk Muslim malahan orang Melayu sahaja

• Pengecualian: Pembankan Islam – tanpa paksaan, penabung paling tinggi di kalangan Cina. Kenapa?

Page 16: Masa Depan  PAS:  Islamis Melayu atau Demokrat  Islam?

PAS sebagai Demokrat Islam?

• Demokrasi sering disamakan dengan Barat – tetapi kini dibuktikan salah di Tunisia dan Mesir

• PAS telah menyertai dan mendukung proses demokrasi sejak 1955.

• Sanggupkah PAS melangkah ke depan lagi – menjadi sebuah parti demokrat Islam, seperti parti demokrat Kristian di Barat?

Page 17: Masa Depan  PAS:  Islamis Melayu atau Demokrat  Islam?

Pemuda Kristian melindungi umat Islam semasa sembahyang di Dataran Tahrir

Page 18: Masa Depan  PAS:  Islamis Melayu atau Demokrat  Islam?

PAS sebagai Demokrat Islam?• Pendukung nilai-nilai budaya-moral yang konservatif

– Kerohanian dan institusi negara– Tiada perjudian– Tiada arak– Tiada maksiat

• Tetapi dalam bahasa yang sejagat, menjadi wakil bukan sahaja Islamis, tetapi juga– Kristian konservatif– Penganut Budha konservatif– Hindu konservatif– Sikh konservatif

Page 19: Masa Depan  PAS:  Islamis Melayu atau Demokrat  Islam?

PAS sebagai Demokrat Islam?

• Manfaat dakwah – menyebarkan nilai-nilai Islam

• Manfaat sahsiah – Penambahan Wakil Rakyat– Pengukuhan Pakatan Rakyat– Menarik generasi muda– Menggantikan UMNO di Putrajaya

Page 20: Masa Depan  PAS:  Islamis Melayu atau Demokrat  Islam?