bahagian 4: mempersiap kakitangan kami untuk masa hadapan

14
BAHAGIAN 4 MEMPERSIAP KAKITANGAN KAMI UNTUK MASA HADAPAN

Upload: doankhue

Post on 31-Dec-2016

236 views

Category:

Documents


6 download

TRANSCRIPT

Page 1: Bahagian 4: Mempersiap Kakitangan Kami Untuk Masa Hadapan

BAHAGIAN 4

MEMPERSIAP KAKITANGAN KAMI UNTUK MASA HADAPAN

Page 2: Bahagian 4: Mempersiap Kakitangan Kami Untuk Masa Hadapan

SECURITIES COMMISSION MALAYSIAannual report

BAHAGIAN 4 » MEMPERSIAP KAKITANGAN KAMI UNTUK MASA HADAPAN

SURUHANJAYA SEKURITI MALAYSIAlaporan tahunan

78

Page 3: Bahagian 4: Mempersiap Kakitangan Kami Untuk Masa Hadapan

BAHAGIAN 4 » MEMPERSIAP KAKITANGAN KAMI UNTUK MASA HADAPAN

SECURITIES COMMISSION

MALAYSIAannual report

SURUHANJAYA SEKURITI

MALAYSIAlaporan tahunan

79

PENGENALAN

Seiring dengan teknologi, inovasi dan persaingan yang terus mengubah pasaran modal, kami kekal teguh dengan komitmen untuk mengukuhkan keupayaan dan keberkesanan organisasi dengan membina tenaga kerja yang produktif, tangkas dan inovatif, dalam ekosistem standard tadbir urus yang tinggi yang memberi tumpuan kepada pematuhan, etika dan tingkah laku profesional. Kami turut memberikan perhatian rapi kepada usaha mengekalkan persekitaran kerja yang positif, kondusif dan mampan dengan memanfaatkan amalan sumber manusia dan budaya korporat yang asas. Kami terus memastikan struktur organisasi dan budaya kerja yang membolehkan kakitangan kami membentuk tenaga kerja yang kolaboratif dan pasukan petugas di peringkat organisasi yang menyampaikan hasil kerja yang mantap kepada organisasi.

Kami terus melabur dalam sistem pengumpulan maklumat kami dengan menambah baik akses kepada maklumat pasaran dan risikan serta mengukuhkan keupayaan analisis pasaran yang membolehkan kakitangan

kami bersaing dengan inovasi pasaran dan memantau dengan sewajarnya. Sehubungan ini, penyumberan kami, program pembelajaran dan pembangunan ditentukur dengan teliti agar sejajar dengan keperluan untuk menyampaikan fungsi teras kami pada masa ini dan akan datang.

MEMPERKEMAS TADBIR URUS DALAMAN

Kami memperakui bahawa hasil kawal selia yang baik lebih bergantung kepada undang-undang dan peraturan yang digubal dengan baik. Pengawal selia perlu menyakinkan bahawa keputusannya dibuat dengan asas yang objektif dan konsisten, tanpa konflik kepentingan, berat sebelah atau pengaruh yang tidak wajar.

Setakat ini, kami telah memperkukuh rangka kerja kami bagi tadbir urus institusi untuk mengekalkan keyakinan dan kepercayaan mereka yang dikawal selia dan masyarakat yang lebih luas.

MEMPERSIAP KAKITANGAN KAMI UNTUK MASA HADAPAN

Page 4: Bahagian 4: Mempersiap Kakitangan Kami Untuk Masa Hadapan

SECURITIES COMMISSION MALAYSIAannual report

BAHAGIAN 4 » MEMPERSIAP KAKITANGAN KAMI UNTUK MASA HADAPAN

SURUHANJAYA SEKURITI MALAYSIAlaporan tahunan

80

Mengukuhkan rangka kerja tadbir urus kami

Pada tahun berkenaan, kami membuat semakan menyeluruh terhadap rangka kerja tadbir urus yang dikuatkuasakan terutamanya melalui Pindaan SCA pada 20151. Perubahan ini bertujuan untuk mengukuhkan dan memperkemas prinsip tadbir urus berhubung kebebasan, kebertanggungjawaban dan ketelusan bagi memberi keyakinan dan kepercayaan yang lebih tinggi bahawa keputusan kawal selia dibuat dengan integriti.

Memandangkan kedudukan penting Lembaga sebagai badan tertinggi bagi pengaturan tadbir urus institusi SC, Pindaan SCA menyediakan kriteria yang jelas dan objektif bagi pelantikan, penyingkiran dan ketakupayaan ahli-ahli Lembaga, di samping menjelaskan tempoh pelantikan mereka yang jelas. Pindaan ini adalah selaras dengan saranan Program Penilaian Sektor Kewangan (FSAP) yang dijalankan secara bersama oleh Bank Dunia dan Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) pada tahun 2013.2

Perubahan ini memberi jaminan bahawa dalam melaksanakan fungsinya, Lembaga akan bertindak tanpa berat sebelah, bebas dan demi kepentingan SC.

Pindaan utama lain adalah seperti berikut:

1. Lebih kepelbagaian dalam representasi Lembaga dengan menetapkan pengetahuan, kemahiran dan pengalaman yang diperlukan bagi memastikan bahawa SC cukup sedia untuk mendepani cabaran masa depan yang ditimbulkan oleh globalisasi, persaingan yang meningkat dan kemajuan teknologi yang pesat;

2. Penelitian ke atas peruntukan yang berkaitan dengan penubuhan jawatankuasa Lembaga; dan

3. Penjelasan lanjut ke atas kuasa yang dilaksanakan oleh Pengerusi atau Lembaga, yang meningkatkan keberkesanan operasi.

Meningkatkan tahap integriti institusi

Penubuhan Jabatan Pematuhan Dalaman

Kami memperakui bahawa keputusan dan tindakan kami mempunyai natijah kewangan dan pasaran yang signifikan. Oleh ini, komitmen SC kepada budaya pematuhan yang kukuh, etika dan ketelusan boleh meningkatkan keyakinan bahawa keputusan dibuat dengan saksama dan bebas daripada sebarang konflik. Dasar dan amalan tadbir urus kami termaktub dalam dasar, kod dan amalan terbaik kami. Semua kakitangan mengetahui tanggungjawab mereka dan menyedari bahawa kod dan amalan ini mesti didokong dan dilaksanakan secara aktif. Jabatan Pematuhan Dalaman (ICD) ditubuhkan pada Jun 2015 untuk memacu usaha organisasi dalam meningkatkan tahap budaya dan tingkah laku melalui program pematuhan dan pendidikan. Pada 2015, ICD telah memulakan program kesedaran dan pendidikannya serta penetapan proses, peranan dan tanggungjawab untuk memantau pematuhan dan pelaporan ketakpatuhan dengan lebih baik.

Jawatankuasa Pematuhan dan Etika (ComEt) juga ditubuhkan pada Julai 2015, yang terdiri daripada

1 OECD memperakui bahawa tadbir urus yang mantap memperkukuh kesahan dan integriti pengawal selia, menyokong objektif dasar peringkat tinggi skim kawal selia dan memberi hasil yang lebih baik. Lihat The Governance of Regulators, OECD Best Practice Principles for Regulatory Policy. (OECD, 2014).

2 Prinsip 2 Objektif dan Prinsip Pengawalseliaan Sekuriti IOSCO menyatakan bahawa, “Pengawal selia hendaklah beroperasi secara bebas dan bertanggungjawab dalam pelaksanaan fungsi dan kuasanya”. Prinsip ini juga ditekankan dalam Kertas Perundingan OECD bertajuk Principles for the Governance of Regulators yang dikeluarkan pada 21 Jun 2013.

Page 5: Bahagian 4: Mempersiap Kakitangan Kami Untuk Masa Hadapan

BAHAGIAN 4 » MEMPERSIAP KAKITANGAN KAMI UNTUK MASA HADAPAN

SECURITIES COMMISSION

MALAYSIAannual report

SURUHANJAYA SEKURITI

MALAYSIAlaporan tahunan

81

beberapa Pengarah Eksekutif dan Ketua Jabatan, dipengerusikan oleh Ketua Kaunsel. ComEt bertindak sebagai penasihat dan membuat saranan kepada Pengerusi kaedah untuk menambah baik budaya pematuhan kami dan menangani risiko berkaitan etika dan konflik.

MENGUKUHKAN BAKAT DAN MEMBANGUNKAN KAKITANGAN KAMI

Kakitangan kami merupakan sumber yang paling berharga. Strategi sumber manusia kami menyasarkan perkembangan kemahiran yang berterusan untuk 760 kakitangan kami, memaksimumkan potensi mereka dan mencapai tahap prestasi setinggi yang mungkin. Dengan pengawalseliaan pasaran modal menjadi lebih bersifat global, kami mengenal pasti keperluan untuk sentiasa membaharui Cadangan Nilai Kakitangan dan amalan sumber manusia yang relevan. Usaha terus dijalankan untuk meningkatkan sumber dan keupayaan kami dan pada masa sama, berusaha untuk mencapai pengurusan yang optimum dan kecemerlangan operasi.

Mengambil bakat yang tepat

Program biasiswa kami terus menarik bakat muda yang mencari peluang untuk berkhidmat dalam persekitaran yang mencabar hari ini dan membentuk masa depan pasaran modal.

Biasiswa diberikan kepada pelajar yang cemerlang dan layak untuk menjadi pengawal selia masa depan. Pada 2015, kami menawarkan 13 biasiswa susulan proses pemilihan yang membabitkan standard kriteria yang tinggi dalam bidang pengajian calon-calon yang memohon.

Sumber tenaga kerja kami ditambah dengan 13 warga muda di bawah Program Eksekutif Pengurusan Siswazah

(GMEP) yang dinamakan sejak Oktober 2015 sebagai Program Pengawal Selia Model atau MORE@SC. MORE@SC yang dirangka agar lebih berstruktur dengan modul mandatori termasuk latihan praktikal dan komponen tanggungjawab sosial (CSR). Semua pemegang biasiswa korporat SC yang akan tamat pengajian dikehendaki berkhidmat dengan kami di bawah inisiatif MORE@SC.

Untuk mewujudkan lebih kepelbagaian dalam kumpulan bakat, usaha untuk menarik warga muda mencakupi lebih daripada saluran pengambilan kerja konvensional melalui penyertaan aktif kami dalam pesta dan pameran kerjaya di seluruh negara, memanfaatkan media sosial, jaringan alumni dan program rujukan. Usaha-usaha ini, berserta inisiatif pengambilan yang disasarkan kepada pengambilan mereka yang berpengalaman telah membawa 57 orang menyertai SC pada 2015.

Membuat pilihan pengambilan yang tepat adalah kritikal bagi memastikan kami mempunyai kakitangan yang diperlukan untuk menyampaikan mandat dan komitmen kami kepada pihak berkepentingan. Proses pengambilan kami ditingkatkan tahun ini dengan penggunaan instrumen penilaian baharu yang menyediakan profil pembangunan untuk mengenal pasti dan merangka intervensi pembangunan bagi setiap calon. Ini bukan sahaja membolehkan kami memprofil calon yang mempunyai keserasian budaya yang baik dengan organisasi kami, tetapi juga memprofil bakat sedia ada dalam memajukan kerjaya mereka sewajarnya berpandukan kesesuaian kerja yang terbaik.

Mengoptimumkan tenaga kerja kami

Penambahbaikan proses yang berterusan dan semakan berkala terhadap bidang kerja di seluruh SC dilaksanakan bagi memastikan kami mempunyai struktur penyumberan untuk melaksanakan keutamaan strategik kami. Struktur organisasi jabatan disemak

Page 6: Bahagian 4: Mempersiap Kakitangan Kami Untuk Masa Hadapan

SECURITIES COMMISSION MALAYSIAannual report

BAHAGIAN 4 » MEMPERSIAP KAKITANGAN KAMI UNTUK MASA HADAPAN

SURUHANJAYA SEKURITI MALAYSIAlaporan tahunan

82

dan fungsi kerja diperkemas untuk mencerminkan dengan tepat peranan, kebertanggungjawaban dan tanggungjawab yang berubah-ubah. Pemprofilan kerja memberi laluan bagi pergerakan kerja menaik melalui pembangunan tugasan. Justeru, peluang pembangunan kerjaya yang lebih tinggi tersedia untuk kakitangan kami, dengan kenaikan pangkat 107 orang calon yang layak dan diutamakan pada 2015.

Membangunkan keupayaan kawal selia bagi masa depan

Kami memulakan semakan dalaman yang menyeluruh ke atas keupayaan dan kapasiti kami untuk memenuhi permintaan yang meningkat daripada perubahan dalam struktur pasaran, inovasi kewangan dan tingkah laku pelabur.

Strategi pembangunan jangka panjang dan kawal selia disediakan bagi menentukan penyampaian dan keperluan keupayaan masa hadapan untuk memenuhi mandat kami. Inisiatif pembangunan akan disemak semula untuk menentukan sama ada anjakan beransur dalam fokus ke arah mewujudkan persekitaran yang membolehkan pendekatan lebih mampan bagi pembangunan pasaran. Sebagai permulaan, kami telah memperkemas fokus strategik fungsi kawal selia teras kami bagi membolehkan pengawalseliaan yang lebih berkesan melalui tindakan berbentuk halangan yang berkesan.

Dengan pembangunan FinTech dan meningkatnya penyampaian perkhidmatan pasaran modal melalui teknologi, kami turut memulakan inisiatif untuk meningkatkan keupayaan analisis data kami untuk memberikan kefahaman jelas ke atas penggubalan dasar, intervensi kawal selia dan tindakan penguatkuasaan kami. Program penyumberan, pembelajaran dan pembangunan kami akan ditentukur untuk disejajarkan dengan keperluan menyampaikan fungsi teras semasa dan yang akan datang.

Pembangunan kepimpinan

Ketika mengorak langkah ke hadapan, usaha kami untuk mengenal pasti dan membangunkan pemimpin yang mantap dalam SC penting untuk mengekalkan prestasi, nilai dan budaya kami. Sebagai organisasi berbilang fungsi yang berasaskan pengetahuan, usaha untuk meningkatkan keupayaan kepimpinan yang mantap dan kemahiran pakar adalah diperlukan. Penekanan kami untuk memiliki bekalan tenaga kerja yang berkelayakan sejajar dengan keupayaan dan kesediaan kepimpinan pelapis yang diperlukan adalah melalui Program Pembangunan Kepimpinan (LDP).

LDP bermatlamat untuk melahirkan pemimpin berwawasan dan membangunkan ciri-ciri kepimpinan yang diperlukan. Pada 2015, SC berkolaborasi dengan Institut Pembangunan Pengurusan Antarabangsa (IMD) untuk memperkenalkan program Global Leadership in The Cloud (GLC). Ia merupakan platform pembelajaran dan pertukaran global yang fleksibel bagi profesional peringkat atasan untuk membangunkan dan meningkatkan kemahiran kepimpinan global mereka. Di samping itu, tiga kakitangan kami telah mengambil bahagian dalam program kepimpinan serantau bagi pengawal selia sekuriti, yang dianjurkan bersama dengan Monetary Authority of Singapore Academy and Toronto Centre di Singapura.

Dalam usaha memberikan keutamaan kepada pembangunan dan pengukuhan bakat yang mampan dalam pengurusan penggantian, kami mewujudkan program pembangunan kepimpinan yang lebih rapi dan sistematik untuk memacu pembangunan diri dan kesediaan bakat kita untuk memikul peranan kritikal. Kami terus menilai potensi dan keupayaan kakitangan dan berjaya menambah tujuh individu ke dalam barisan pelapis kepimpinan kami. Di peringkat atasan, penilaian kepimpinan melalui inisiatif pemprofilan kerja telah memudahcarakan penempatan bakat dalam bidang kerja yang mengoptimumkan potensi prestasi dan sumbangan mereka dalam menyampaikan perkhidmatan kawal selia berkualiti.

Page 7: Bahagian 4: Mempersiap Kakitangan Kami Untuk Masa Hadapan

BAHAGIAN 4 » MEMPERSIAP KAKITANGAN KAMI UNTUK MASA HADAPAN

SECURITIES COMMISSION

MALAYSIAannual report

SURUHANJAYA SEKURITI

MALAYSIAlaporan tahunan

83

Pembelajaran dan pembangunan berterusan

Pengawalseliaan berkesan menuntut usaha proaktif untuk mengenal pasti dan menangani risiko, sistemik atau sebaliknya, untuk mencegah atau mengurangkan natijah yang memudaratkan. Ia menghendaki kakitangan kami menguasai kemahiran baharu, termasuk memahami dan menggunakan teknologi dalam pelbagai aktiviti penyeliaan, lebih penghayatan terhadap tingkah laku ekonomi agar dapat memberikan respons yang lebih baik kepada cabaran baharu daripada pelabur atau memanfaatkan analisis kuantitatif bagi memperoleh kefahaman lebih mendalam mengenai pasaran dan prestasi korporat. Untuk mencapai objektif kami, kami terus melabur dalam program pembelajaran dan pembangunan, termasuk menyasarkan penyelesaian pembelajaran yang dirangka untuk menangani keperluan pembangunan khusus bagi individu dan menghubungkan jurang keupayaan.

Kakitangan kami berpeluang mengambil bahagian dalam program serantau dan antarabangsa untuk mendapat pendedahan kepada amalan terbaik melalui hubungan kolaboratif dengan institusi kewangan dan agensi pengawalseliaan lain. Ini termasuk berkolaborasi dengan Toronto Leadership Centre untuk menganjurkan sesi perkongsian tentang bidang risiko pakar seperti keselamatan siber, analisis tingkah laku kewangan dalam jenayah kewangan yang kompleks dan program kesiapsiagaan krisis. Agar sentiasa dikemas kini mengenai tanggungjawab penyeliaan dan proses pengukuhan pengurusan risiko yang semakin berkembang, kakitangan yang berkaitan didedahkan kepada metodologi dan standard berhubung dengan program pembelajaran pengurusan risiko dan krisis anjuran Inisiatif Latihan Pengawalseliaan Kewangan Ekonomi Asia-Pasifik, Tabung Kewangan Antarabangsa – Institut Latihan Serantau Singapura, Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa AS, Suruhanjaya Sekuriti dan Pelaburan Australia, OECD, Suruhanjaya Penyeliaan Kewangan, Republik China

dan IOSCO. Sepanjang 2015, seramai 644 kakitangan telah menjalani pelbagai bentuk latihan, yang merangkumi seminar dan persidangan hinggalah sesi pembelajaran intensif bilik darjah.

Kakitangan yang ingin membangunkan kemahiran profesional dan khusus terus memanfaatkan Skim Kewangan bagi Pembangunan Profesional Berterusan (PROFOUND) yang membolehkan kakitangan yang layak menyambung pengajian pascasiswazah dan meningkatkan kemahiran, pengetahuan dan memahami bidang tumpuan yang berkaitan dengan fungsi SC. Pada 2015, lima orang kakitangan menamatkan pengajian mereka di bawah skim PROFOUND manakala sembilan lagi masih menyambung pengajian mereka.

Bagi meningkatkan lagi set kemahiran mereka untuk menjalankan audit dan pemeriksaan yang berkesan,

BIASISWADITAWARKAN13 SISTEM

AUTOMASIBANGUNAN

ProgramPembangunanKepimpinan PLATFORM

PEMBELAJARAN DAN PERTUKARAN GLOBAL YANG FLEKSIBEL BAGI PROFESIONAL PERINGKAT ATASAN UNTUK MEMBANGUNKAN DAN MENINGKATKAN KEMAHIRAN KEPIMPINAN GLOBAL

HABPENGEMUKAANELEKTRONIKLAPORANKEWANGAN

Page 8: Bahagian 4: Mempersiap Kakitangan Kami Untuk Masa Hadapan

SECURITIES COMMISSION MALAYSIAannual report

BAHAGIAN 4 » MEMPERSIAP KAKITANGAN KAMI UNTUK MASA HADAPAN

SURUHANJAYA SEKURITI MALAYSIAlaporan tahunan

84

15 kakitangan telah menamatkan program pensijilan Institut Akauntan Bertauliah di England dan Wales Piawaian Perakaunan Antarabangsa (ICAEW ISA). Lapan lagi mengikuti program Sijil Kewangan Islam (CIF).

Meluaskan pengalaman kerja melalui program peminjaman dan sangkutan

Semakin pasaran modal menjadi lebih bersifat global, pengawal selia menjadi lebih saling bergantung dan menyedari pentingnya kerjasama, termasuk dalam bidang pembangunan keupayaan tenaga kerja. Peluang ini wujud ketika pembelajaran bilik darjah menjadi semakin mahal atau tidak sesuai untuk melengkapi standard dan prinsip yang dipersetujui atau berkongsi amalan terbaik, terutamanya di peringkat pengurusan pertengahan dan atasan. Satu kaedah yang semakin popular dan cekap adalah pertukaran sumber melalui program peminjaman dan sangkutan. Ia memberikan peluang pembelajaran praktikal dan pendedahan kepada pengalaman kerja yang berkaitan. Pada 2015, SC menerima dua orang pengawal selia dari Autoriti Pasaran Modal, Arab Saudi, seorang pegawai dari Agensi Perkhidmatan Kewangan Jepun (JFSA), dua orang pegawai sangkutan dari Lembaga Pasaran Modal Turki dan seorang pegawai sangkutan dari Perkhidmatan Penyeliaan Kewangan, Korea Selatan. Pada masa yang sama, seorang kakitangan SC dipinjamkan selama dua tahun kepada Lembaga Perkhidmatan Kewangan Islam (IFSB).

Program Latihan Kerja kami dengan universiti tempatan memasuki tahun kelapan pada 2015, dengan 16 pelatih ditempatkan di pelbagai jabatan di SC. Bagi menyokong peranan Malaysia dalam mempengerusikan ASEAN, kami mengambil bahagian dalam platform baharu untuk latihan kerja melalui usaha sama antara Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri

dan TalentCorp Malaysia, yang dikenali sebagai program Latihan Kerja myASEAN. Melalui program ini, SC memberikan komitmen untuk memberikan pengalaman kerja kepada warga ASEAN yang menuntut di universiti Malaysia. Calon pertama yang memulakan latihan kerja di SC adalah dari Vietnam.

PENDIGITAN DAN PENINGKATAN ANALISIS

Meningkatkan kecekapan dan keupayaan analisis melalui pendigitan dan teknologi

Dengan pendigitan dan inovasi teknologi yang semakin meluas, kami terus memanfaatkan teknologi untuk meningkatkan kecekapan dan keupayaan organisasi, termasuk:

1. Sistem Pengemukaan Dalam Talian LOLA untuk memperkemas pengemukaan industri di bawah rangka kerja LOLA. Masa ke pasaran bagi produk pasaran modal tidak tersenarai dan perbelanjaan operasi kini dikurangkan.

2. Hab Pengemukaan Elektronik Laporan Kewangan (FRESH) merupakan platform dalam talian bagi PLC untuk mengemukakan akaun teraudit tahunan dan laporan kewangan berkala susulan pindaan kepada seksyen 319 CMSA. FRESH turut membantu proses pemantauan preemptif, memudahcarakan perkongsian maklumat serta komunikasi dengan PLC.

3. i-Cube, sebuah platform risikan perniagaan dalaman telah dibangunkan untuk memproses maklumat daripada Gudang Data Organisasi (EDW) berpusat, yang mengukuhkan keupayaan analisis data dan menyediakan risikan; dan

Page 9: Bahagian 4: Mempersiap Kakitangan Kami Untuk Masa Hadapan

BAHAGIAN 4 » MEMPERSIAP KAKITANGAN KAMI UNTUK MASA HADAPAN

SECURITIES COMMISSION

MALAYSIAannual report

SURUHANJAYA SEKURITI

MALAYSIAlaporan tahunan

85

4. Projek rintis XBRL bagi pemfailan PRS untuk terus menambah baik kecekapan dan kualiti pengumpulan data, memudahkan pertukaran maklumat dan menggalakkan lebih ketelusan pasaran. Projek rintis ini merupakan pengemukaan XBRL pertama yang berjaya di Malaysia.

Perlindungan terhadap ancaman siber

Seiring dengan infrastruktur teknologi dan ancaman sekuriti siber yang semakin meningkat di peringkat global, kami telah mengambil beberapa langkah untuk menangani pelanggaran yang berpotensi ke atas infrastruktur dan data kami. Ini termasuk melaksanakan penilaian kerentanan berkala sejajar dengan Dasar Pengurusan Krisis Siber Negara yang dirangka untuk memerangi ancaman siber kepada Infrastruktur Maklumat Nasional Kritikal Negara. Usaha ini disahkan oleh SIRIM semasa memberikan sijil kepada SC bagi Sistem dan Pengurusan Keselamatan Pensijilan Maklumat (ISMS) ISMS/ISO 27001:2013 yang disemak semula, memastikan sistem tersebut terus mematuhi standard keselamatan antarabangsa. Standard yang disemak semula ini memberi tumpuan kepada konteks keselamatan maklumat dan penilaian risiko organisasi.

MEMPERLUAS PERKONGSIAN PENGETAHUAN

Mengekalkan dan berkongsi pengetahuan

Salah satu cabaran utama dalam menguruskan pengetahuan organisasi adalah mengekalkan dan berkongsi pengetahuan yang dimiliki oleh seseorang individu dengan orang lain dalam organisasi. Mengekalkan dan melindungi pengetahuan sedemikian memerlukan kami mengambil pendekatan berbeza yang

bertentangan dengan dokumen dan bentuk lain dalam melindungi pengetahuan.

Meneruskan hala tuju pengurusan pengetahuan tiga tahun yang diwujudkan pada 2014 untuk mengurus sumber pengetahuan institusi dalam SC, pelbagai inisiatif pembangunan organisasi dilaksanakan untuk meningkatkan produktiviti organisasi. Pada 2015, ‘Sesi Perbualan Hangat’ (Hard Talk) telah dianjurkan bersama bekas pemimpin dan pemimpin semasa SC untuk memperoleh, berkongsi dan seterusnya mengekalkan dan melindungi pengetahuan domain. Begitu juga, satu siri temubual antara kakitangan kanan SC dengan pakar industri dan pemimpin perniagaan di bawah program, ‘Conversations@SC’ dilaksanakan sepanjang tahun berkenaan. Kakitangan serta orang awam boleh mengakses melalui portal korporat kami kompilasi siri ini yang telah dinilai sebagai bermanfaat dari segi perspektif dan kefahaman tentang prospek ekonomi dan perniagaan, trend baru yang memberikan kesan ke atas pasaran modal serta kebimbangan strategik berhubung tenaga kerja pada masa hadapan. Melalui inisiatif ini, kakitangan kami diberikan pendedahan kepada pelbagai perspektif yang mempunyai kaitan langsung dengan peranan atau projek mereka.

Kami menerima Anugerah Organisasi Tersedia Pengetahuan (KRO) daripada Persatuan Pengurusan Maklumat & Pengetahuan (iKMS), dalam satu majlis yang diadakan di Singapura. Anugerah serantau ini mengiktiraf usaha berterusan kami dalam memupuk persekitaran diperkaya pengetahuan sambil menggalakkan kepimpinan pengetahuan kolektif dalam mencapai matlamat organisasi.

KEMAMPANAN DI SC

Kemampanan diterapkan dalam semua fungsi dan aktiviti organisasi kami. Ini terbukti dengan kepelbagaian tenaga kerja, usaha bersama kami untuk mengurangkan jejak karbon dengan mengurangkan penggunaan kertas dan tenaga elektrik, dan memanfaatkan ciri-ciri ‘pintar’

Page 10: Bahagian 4: Mempersiap Kakitangan Kami Untuk Masa Hadapan

SECURITIES COMMISSION MALAYSIAannual report

BAHAGIAN 4 » MEMPERSIAP KAKITANGAN KAMI UNTUK MASA HADAPAN

SURUHANJAYA SEKURITI MALAYSIAlaporan tahunan

86

bangunan SC untuk mengurangkan kos tenaga, impak persekitaran dan ketakberkesanan operasi.

Kakitangan dan kepelbagaian

Kepelbagaian merupakan ciri penting bagi sesebuah lembaga pengarah yang berfungsi dengan baik dan merupakan ukuran utama bagi tadbir urus yang baik. SC terus mengekalkan prinsip ini sebagaimana yang ditunjukkan dalam komposisi Lembaga kami (Carta 1). Di samping itu, tenaga kerja yang dipelbagai, terangkum dan terbabit adalah penting untuk mengekalkan organisasi yang berfungsi yang baik. Kepelbagaian dari segi jantina (Carta 1), umur (Carta 2) dan etnik (Carta 3) terdapat dalam seluruh tenaga kerja dari peringkat pengurusan atasan hinggalah eksekutif.

Memandangkan peratusan kakitangan wanita sama ada yang mempunyai anak yang masih kecil atau yang dalam usia melahirkan anak (43% daripada jumlah

Carta 1

Pecahan jantina berdasarkan peringkat lembaga dan pengurusan

Sumber: SC

58.7%Eksekutif

30.3%Bukan eksekutif

33.3%Ahli lembaga

52.9%Pengurusan atasan

54.9%Pengurusan kanan dan pertengahan

WANITA LELAKI

41.3%Eksekutif

69.7%Bukan eksekutif

66.7%Ahli lembaga

47.1%Pengurusan atasan

45.1%Pengurusan kanan dan

pertengahan

Carta 2

Pecahan kumpulan umur berdasarkanperingkat pengurusan

50

60

70

40

30

20

10

020–29 tahun

30–39 tahun

40–49 tahun

Pengurusan atasan Pengurusan kanan & pertengahanBukan eksekutif

Pera

tusa

n (%

)

Eksekutif

50–59 tahun

60 tahun dan

keatas

Sumber: SC

Page 11: Bahagian 4: Mempersiap Kakitangan Kami Untuk Masa Hadapan

BAHAGIAN 4 » MEMPERSIAP KAKITANGAN KAMI UNTUK MASA HADAPAN

SECURITIES COMMISSION

MALAYSIAannual report

SURUHANJAYA SEKURITI

MALAYSIAlaporan tahunan

87

Sumber: SC

60

80

100

40

20

0

Bumiputera

Cina Lain-lain

Pera

tusa

n (%

)

India

Pengurusanatasan

Pengurusan kanan &

pertengahan

Eksekutif Bukan eksekutif

Carta 3

Pecahan etnik berdasarkan peringkat pengurusan

kakitangan) adalah tinggi, kami terus menyediakan sokongan kepada kaum wanita di tempat kerja. Kemudahan jagaan anak kami menyediakan perkhidmatan taska yang andal pada harga berpatutan. Dengan adanya pusat jagaan anak di dalam bangunan SC membolehkan ibu-ibu yang bekerja memberi tumpuan dan produktif ketika bekerja, kerana mereka tahu anak-anak mereka selamat dan gembira di pusat jagaan yang diurus dengan baik oleh penyedia perkhidmatan bertauliah yang mengamalkan kaedah pembangunan awal kanak-kanak yang baik.

Di samping itu, aturan waktu kerja kami yang fleksibel memberikan kakitangan kami pilihan untuk mula bekerja awal atau lewat sedikit untuk mencapai keseimbangan kerja dan kehidupan yang lebih baik.

Keselamatan dan kesihatan

Komitmen kami terhadap kesihatan dan hal ehwal kakitangan kami dapat dilihat dalam usaha Jawatankuasa Kesihatan & Keselamatan yang bertanggungjawab ke atas semua aspek kesihatan dan keselamatan di tempat kerja yang memberi tumpuan terutamanya kepada langkah-langkah untuk mengurangkan risiko yang berkait dengan perkara ini. Jawatankuasa ini mengendalikan penilaian ergonomik, memperkenalkan menu lebih sihat di kafeteria, mengadakan kempen derma darah, menganjurkan beberapa ceramah tentang keselamatan dan mengatur ujian saringan kesihatan percuma bagi kakitangan pada Minggu Kesihatan dan Keselamatan 2015. Amaran kesihatan dikeluarkan apabila berlaku wabak penyakit atau penurunan tahap kualiti udara.

Kami terus mematuhi undang-undang Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan kebangsaan. Polis Bantuan dan wakil dari setiap aras bangunan telah diberikan latihan pengendalian pertolongan cemas dan kemahiran mereka sering dipertingkatkan sebagaimana yang dikehendaki oleh undang-undang. Audit Kesihatan dan Keselamatan telah dijalankan untuk memastikan pematuhan dengan undang-undang dan peraturan yang berkaitan.

Impak alam sekitar

Kami terus-menerus berusaha meminimumkan kesan operasi kami ke atas alam sekitar dan memantau dengan aktif jejak karbon operasi, menggalakkan amalan kitar semula dan penggunaan sumber secara bertanggungjawab. Kami mendidik kakitangan mengenai perubahan cuaca dan kepentingan perlindungan alam sekitar. Penggunaan perisian memantau tenaga pintar dalam Sistem Automasi Bangunan kami membantu mengurangkan permintaan tenaga elektrik ketika waktu puncak, justeru mengurangkan pembaziran tenaga. Tahun ini, inisiatif penjimatan tenaga kami termasuk

Page 12: Bahagian 4: Mempersiap Kakitangan Kami Untuk Masa Hadapan

SECURITIES COMMISSION MALAYSIAannual report

BAHAGIAN 4 » MEMPERSIAP KAKITANGAN KAMI UNTUK MASA HADAPAN

SURUHANJAYA SEKURITI MALAYSIAlaporan tahunan

88

penggantian lampu dengan mentol cekap tenaga dan pencahayan LED, penjadualan semula operasi pendingin udara untuk mengurangkan waktu pengoperasiannya serta pada suhu yang optimum.

Kami telah mengurangkan secara signifikan penggunaan kertas sepanjang empat tahun dari 2012 hingga 2015 sebanyak 20% iaitu, penjimatan kos sebanyak 26% dalam tempoh yang sama. Hasil positif ini diraih melalui usaha berdisiplin oleh kakitangan kami untuk mengurangkan pencetakan dokumen serta menggantikan mesin pencetak lama dengan model yang mempunyai fungsi mengimbas.

Penggunaan tenaga (Carta 4) dan penggunaan kertas kami (Carta 5) sentiasa dikawal dan dipantau bagi memastikan tempat kerja yang lebih mesra alam sekitar.

Carta 4

Penggunaan elektrik dalam KWh dan RM

Sumber: SC

5,000,000

6,000,000

7,000,000

8,000,000

KWh/

RM ju

ta

4,000,000

3,000,000

2,000,000

1,000,000

0

6.92juta

6.86juta

6.82juta

2012

2013

2014

20156.76juta

Carta 5

Penggunaan kertas dalam rim

Sumber: SC

Rim

/ RM

2.73juta

2.70juta

3.16juta

3.13juta

Penggunaan (kWh) Kos (RM)

80,000

50,000

60,000

70,000

40,000

30,000

20,000

10,000

0Penggunaan (Rim) Kos (RM)

2012

2013

2014

2015

7,500 7,500 7,000 6,000

71,25068,500

63,000

52,825

BERGANDING BAHU DEMI MASYARAKAT

Kakitangan kami aktif mengambil bahagian dalam pelbagai aktiviti tanggungjawab sosial dan usaha sama dengan agensi lain. Ini menggalakkan kesukarelaan, mengeratkan hubungan, pembabitan dan mewujudkan lebih rasa muhibah dalam masyarakat.

Bagi membantu mangsa yang dilanda banjir di sebahagian besar Pantai Timur pada awal tahun ini, SC bersama Kementerian Kewangan (MoF) dan agensi yang berkaitan telah memberi bantuan dan sokongan kepada sebilangan masyarakat di Kelantan.

Kakitangan kami telah melancarkan kutipan derma kilat dan berjaya mengumpulkan sebanyak RM30,000

Page 13: Bahagian 4: Mempersiap Kakitangan Kami Untuk Masa Hadapan

BAHAGIAN 4 » MEMPERSIAP KAKITANGAN KAMI UNTUK MASA HADAPAN

SECURITIES COMMISSION

MALAYSIAannual report

SURUHANJAYA SEKURITI

MALAYSIAlaporan tahunan

89

dan RM20,000 lagi adalah daripada peruntukan tanggungjawab sosial, menjadikan jumlah keseluruhannya sebanyak RM50,000.

Di Kuala Krai dan Tanah Merah, 54 orang kakitangan kami turut membantu kerja pembersihan pascabanjir besar-besaran selama dua hari. Gabungan usaha oleh SC, MoF dan agensi lain ini membantu mempersiap dua buah sekolah, iaitu Sekolah Kebangsaan Sultan Yahya Petra and Sekolah Kebangsaan Ladang Kerilla bagi tahun akademik yang baharu. Kakitangan kami juga telah masuk ke kampung-kampung di kawasan pedalaman untuk mengagihkan keperluan yang amat diperlukan seperti pakaian seragam sekolah, pakaian, barangan rumah, tungku dapur dan tong gas kepada keluarga yang memerlukan bantuan.

Kedai kebajikan SC, Treasure Trove, telah menganjurkan Pop-up Bazaar dengan 35 buah gerai. Hasil kutipan sebanyak RM3,675 telah disalurkan kepada Majlis Kanser Kebangsaan Malaysia (MAKNA). Sejak penubuhannya dalam bulan November 2011, sebanyak RM52,220 telah dikumpulkan dan diberikan kepada pelbagai badan kebajikan.

Dalam tahun ketiganya, dengan penyertaan seramai 400 peserta, Larian Amal SC yang bertemakan ‘Run with Me, Run for Funds’ telah diadakan pada 14 November. Acara ini berjaya mengumpulkan kakitangan kami, keluarga dan rakan-rakan mereka, serta meningkatkan jaringan kerja Alumni SC. Hampir RM60,000 telah berjaya dikumpulkan dan dana ini akan diagih-agihkan pada 2016.

SC sertai MoF dan agensi berkaitan dalam bantuan banjir di Kelantan

Page 14: Bahagian 4: Mempersiap Kakitangan Kami Untuk Masa Hadapan