uitm~ctu151 perbezaan amalan prinsip islam dalam pentadbiran khalifah ‘umar b. al-khattab dan...

34
NASKHAH CONTOH PELAJAR CTU 151 PEMIKIRAN TAMADUN ISLAM TAJUK: PERBEZAAN AMALAN PRINSIP ISLAM DALAM PENTADBIRAN KHALIFAH ‘UMAR B. AL-KHATTAB DAN KHALIFAH ‘UTHMAN B. ‘AFFAN DISEDIAKAN OLEH: MUHAMMAD BIN MAHMUD (2012123456) Ahli kumpulan yang lain + No. Pelajar DISEMAK OLEH: USTAZAH RUZAINIM BINTI MOHD ZELANI

Upload: sakura-rena

Post on 29-Nov-2014

2.607 views

Category:

Documents


3 download

DESCRIPTION

 

TRANSCRIPT

Page 1: Uitm~ctu151 perbezaan amalan prinsip islam dalam pentadbiran khalifah ‘umar b. al-khattab dan khalifah ‘uthman b. ‘affan

NASKHAH CONTOH PELAJAR

CTU 151

PEMIKIRAN TAMADUN ISLAM

TAJUK:

PERBEZAAN AMALAN PRINSIP ISLAM DALAM

PENTADBIRAN KHALIFAH ‘UMAR B. AL-KHATTAB DAN

KHALIFAH ‘UTHMAN B. ‘AFFAN

DISEDIAKAN OLEH:

MUHAMMAD BIN MAHMUD (2012123456)

Ahli kumpulan yang lain + No. Pelajar

DISEMAK OLEH:

USTAZAH RUZAINIM BINTI MOHD ZELANI

FAKULTI PERLADANGAN & AGRO TEKNOLOGI

SEMESTER 1 SESI 2012/2013

KELAS

Page 2: Uitm~ctu151 perbezaan amalan prinsip islam dalam pentadbiran khalifah ‘umar b. al-khattab dan khalifah ‘uthman b. ‘affan

2

KANDUNGAN

TAJUK HALAMAN

1.0 PENDAHULUAN jangan buat ayat penghargaan 3

2.0 LATAR BELAKANG KHALIFAH ‘UMAR B. AL-KHATTAB 5

3.0 LATAR BELAKANG KHALIFAH ‘UTHMAN B. ‘AFFAN 5

4.0 PERBEZAAN AMALAN PRINSIP ISLAM SEMASA 7

PENTADBIRAN KHALIFAH ‘UMAR B. AL-KHATTAB

DAN KHALIFAH ‘UTHMAN B. ‘AFFAN

4.1 Perbezaan dalam aspek politik 7

4.2 Perbezaan dalam aspek ekonomi 13

4.3 Perbezaan dalam aspek sosial 15

4.4 Perbezaan dalam aspek pendidikan 16

5.0 KESIMPULAN 21

RUJUKAN 22

PERHATIAN!

Font 12 Justify Spacing 1.5 Times New Roman Mesti ada tajuk dan halaman Tajuk besar = HURUF BESAR Letakkan numbering- contoh: 1.0, 2.0 dan seterusnya

Page 3: Uitm~ctu151 perbezaan amalan prinsip islam dalam pentadbiran khalifah ‘umar b. al-khattab dan khalifah ‘uthman b. ‘affan

3

1.0 PENDAHULUAN (tidak perlu RUJUKAN di akhir perenggan)

Pemerintahan dan pentadbiran Islam telah diambil alih oleh khalifah selepas kewafatan

Rasulullah (s.a.w). Secara umumnya, institusi khalifah ini telah melaksanakan amalan

prinsip Islam dalam pelbagai aspek iaitu, aspek politik, ekonomi, sosial, ketenteraan dan

sebagainya. Pemerintahan dan pentadbiran Islam semasa zaman Khulafa’ al-Rashidin

merupakan contoh kepada institusi pentadbiran politik yang lain kerana institusi ini

merupakan warisan daripada pemerintahan Nabi Muhammad (s.a.w). Amalan prinsip

Islam yang dilaksanakan ini merupakan aspek penting bagi memudahkan urusan

pentadbiran, menjaga hubungan sejagat di kalangan masyarakat, memberi ruang kepada

masyarakat untuk menerima pentadbiran yang baru serta menjalankan pentadbiran

dengan berlandakan syariat Islam.

Amalan prinsip Islam yang dilaksanakan semasa pemerintahan Khalifah ‘Umar b.

al-Khattab merupakan kemajuan yang besar kepada tamadun Islam. Beliau telah

menggantikan tampuk kepimpinan Khalifah Abu Bakar as-Siddiq dengan memberikan

komitmen yang tinggi bagi mengubah pemikiran masyarakat di samping dapat menerima

beliau sebagai khalifah pada ketika itu. Perkara ini merupakan usaha beliau bagi menjaga

hubungan masyarakat sejagat di samping membentuk negara yang aman. Kronologi

pemerintahan di zaman khulafa’ ini masih mengamalkan prinsip-prinsip Islam, khususnya

idea yang dibawa oleh khalifah ‘Umar b. al-Khattab dan khalifah ‘Uthman b.’Affan.

Semua idea yang dilaksanakan oleh setiap khalifah berbeza khususnya dari segi

pelaksanaan pentadbiran mereka. Perbezaan-perbezaan ini boleh dilihat dalam pelbagai

aspek, seperti politik, ekonomi, ketenteraan dan sebagainya.

Walaubagaimanapun, pentadbiran Khulafa’ al-Rashidin ini merupakan

perkembangan awal tamadun Islam yang melalui beberapa dimensi baru iaitu, selepas

pemerintahan zaman Rasulullah (s.a.w). Perkembangan ini selaras dengan pertambahan

wilayah yang berlaku dengan pesat serta pelaksanaan amalan prinsip Islam di zaman

pemerintahan khulafa’ tersebut.

Page 4: Uitm~ctu151 perbezaan amalan prinsip islam dalam pentadbiran khalifah ‘umar b. al-khattab dan khalifah ‘uthman b. ‘affan

4

2.0 LATAR BELAKANG KHALIFAH ‘UMAR B. AL-KHATTAB

Nama penuh Khalifah ‘Umar ialah ‘Umar b. Al-Khattab b. Naufal b. Abdul Uzza b.

Rabah b. Abd ‘Allah b. Qarth b. Razah b. Adiy b. Ka’ab. Beliau di lahirkan pada tahun

583M daripada Bani Adi iaitu salah satu bani dalam kabilah Quraish yang dipandang

mulia, megah, berkedudukan tinggi serta disenangi (al-Zirikli 1969: 27). Semasa

kehidupan Khalifah ‘Umar di era Jahiliah, beliau pernah menjadi pendamai ketika

berlakunya pertelingkahan hebat antara kaum keluarganya. Antara amalan prinsip Islam

yang turut dilaksanakan oleh beliau ialah dari segi aspek politik, ekonomi dan pendidikan.

Secara umumnya, amalan prinsip Islam yang dilaksanakan oleh beliau adalah berteraskan

kepada al-Quran dan Sunnah bagi menjaga keharmonian sejagat.

3.0 LATAR BELAKANG KHALIFAH ‘UTHMAN B. ‘AFFAN

Khalifah ‘Uthman b. ‘Affan merupakan salah seorang daripada sahabat Rasulullah

(s.a.w.) yang dilantik menjadi khalifah umat Islam ketiga selepas kewafatan Khalifah

‘Umar al-Khattab. Nama penuh beliau ialah ‘Uthman b. ‘Affan b. Abi al-‘As b.

Umayyah Ibn ‘Abd Shams b. ‘Abd Manaf Ibn Qusay. Sebelum memeluk Islam, beliau

dipanggil dengan gelaran Abu ‘Amr (Mohammad Iqbal 2006: 136). Beliau dilahirkan

pada tahun 47 sebelum hijrah bersamaan 574M di Makkah (Mohd Rashad 2000: 274).

Merupakan seorang hartawan yang kaya dan dihormati serta mulia di kalangan

masyarakat Arab di Makkah. Khalifah ‘Uthman berasal daripada keluarga Bani

Umayyah dari keturunan Quraysh (Netton 2008: 671). Usia beliau adalah lebih muda

enam tahun berbanding Rasulullah (s.a.w.).

Ketika Rasulullah diisytihar sebagai nabi, umur Khalifah ‘Uthman mencecah 34

tahun. Bapa beliau ialah ‘Affan Ibn Abi al-‘As Ibn Umayyah manakala ibunya Arwa

binti Qurayz Ibn Rabi‘ah Ibn Habib Ibn ‘Abd Shams Ibn ‘Abd Manaf Ibn Qusay. Nenek

beliau bernama al-Baidha’ binti ‘Abd al-Mutalib (Hasan Ayyub 1998: 183). Menurut

Page 5: Uitm~ctu151 perbezaan amalan prinsip islam dalam pentadbiran khalifah ‘umar b. al-khattab dan khalifah ‘uthman b. ‘affan

5

Abdul Latip Talib (2009: 1) di dalam karangannya yang bertajuk ‘Uthman ‘Affan

Pengumpul al-Qur’an, Khalifah ‘Uthman mempunyai adik perempuan yang bernama

Aminah binti ‘Affan. Selepas ‘Affan meninggal dunia, Arwa berkahwin dengan ‘Uqbah

dan mendapat tiga orang anak lelaki dan seorang perempuan. Beliau hidup dalam

suasana yang mewah dan kaya-raya namun kelebihan tersebut tidak menjadikan beliau

seorang yang takbur, bahkan beliau berjaya menghiaskan diri dengan akhlak yang mulia,

lembut, murah hati, serta sering menghulurkan bantuan kepada golongan yang miskin dan

daif. Kelembutan dan kemurahan hati yang dimiliki menyebabkan beliau mendapat

tempat di hati masyarakat (Mohamad Rashad 2000: 275).

Menurut Mohd Rashad (2009: 284), perkahwinan antara ‘Uthman dan Ummu

Kalthum berlaku berikutan permintaan Khalifah ‘Umar yang memintanya untuk

mengahwini puterinya, iaitu Hafsah yang kematian suami, Khunays. Namun Khalifah

‘Uthman enggan sehingga Khalifah ‘Umar mengadukan hal itu kepada Rasulullah

(s.a.w.). Rasulullah (s.a.w.) kemudiannya menyelesaikan hal tersebut dengan

mengahwinkan Khalifah ‘Uthman bersama puterinya Umm Kalthum sementara baginda

sendiri yang mengahwini Hafsah sebagai tanda dan penghormatan dan penghargaan

kepada Khalifah ‘Umar (Mohd Rashad 2000: 284). Rasulullah (s.a.w.) pernah berkata

sekiranya baginda mempunyai lagi puteri, pasti beliau akan menikahkannya dengan

‘Uthman (Amin 2009: 61).

perlu ada nama penulis, tahun dan halaman rujukan)

letakkan noktah di akhir kurungan)

Menurut Hasan Ayyub (1418: 183), selain Ummu Kalthum dan Ruqayyah, antara

isteri-isteri lain yang pernah dikahwini Khalifah ‘Uthman ialah Fakhitah binti Ghazwan,

Ummu ‘Amru binti Jundub al-‘Adiyah, Fatimah binti al-Walid, Umm al-Banin binti

‘Uyainah ibn Hasan, Ramlah binti Shaybah ib Rabi‘ah, dan Naylah binti al-Farafisah

dan Umm Walid (Hassan Ayyub 1418: 182-183). Antara anak-anak lelaki beliau ialah

‘Abd Allah, ‘Abd Allah al-Asghar, ‘Amru, Khalid, Aban, ‘Umar, al-Walid, Sa‘id dan

Page 6: Uitm~ctu151 perbezaan amalan prinsip islam dalam pentadbiran khalifah ‘umar b. al-khattab dan khalifah ‘uthman b. ‘affan

6

‘Abd al-Malik sementara puteri-puteri beliau ialah Maryam, Umm Sa‘id, Umm Aban,

Umm ‘Amru, Maryam al-Sughra dan Ummu al-Banin.

4.0 PERBEZAAN AMALAN PRINSIP ISLAM SEMASA PENTADBIRAN

KHALIFAH ‘UMAR B. AL-KHATTAB DAN KHALIFAH ‘UTHMAN B. ‘AFFAN

Antara perbezaan amalan prinsip Islam yang turut dilaksanakan oleh Khalifah ‘Umar b.

al-Khattab dan Khalifah ‘Uthman b. ‘Affan ialah dari segi aspek politik, ekonomi dan

pendidikan. Secara umumnya, persamaan antara amalan prinsip Islam yang dilaksanakan

oleh para khalifah ini adalah berteraskan kepada al-Quran dan Sunnah bagi menjaga

keharmonian sejagat.

4.1 Perbezaan dalam aspek politik

Pada zaman Khalifah ‘Umar b. al-Khattab telah ditubuhkan majlis syura bagi

menentukan pemilihan khalifah selepasnya. Ini selaras dengan firman Allah s.w.t. yang

bermaksud “urusan negara hendaklah dimesyuaratkan sesama mereka”. Aspek ini berbeza

dengan yang dilaksanakan oleh khalifah Abu bakar iaitu, pembentukan suatu komoniti

khas telah dibentuk bagi mengendalikan urusna perlantikan khalifah. Orang yang

bertanggungjawab mengendalikan majlis tersebut dikenali sebagai ahl al-syura atau ahl

al-hal wa al-aqd. Mereka terdiri daripadapara ulama dan sahabat Nabi Muhammad

(s.a.w) yang boleh dianggap sebagai golongan eksekutif yang mewakili masyarakat

Islam. Dengan kuasa yang diberikan itu mereka berhak melantik dan menyingkir khalifah

(jika difikirkan perlu kerana melakukan penyelewengan atau kezaliman).

Syarat-syarat memilih ahli syura ini mestilah mempunyai sifat-sifat seorang

khalifah iaitu, adil, berilmu, sihat tubuh badan dari segi fizikal dan mental, mempunyai

pemikiran yang waras dan tajam. Sistem syura ini wajar dilaksanakan dalam pemilihan

khalifah serta bebas dalam membuat keputusan dengan merujuk kepada kriteria-kriteria

yang di tunjukkan oleh seseorang calon khalifah tersebut. Dengan sebab itu, terdapat

Page 7: Uitm~ctu151 perbezaan amalan prinsip islam dalam pentadbiran khalifah ‘umar b. al-khattab dan khalifah ‘uthman b. ‘affan

7

pelbagai cara pemilihan yang dilaksanakan semasa pemerintahan Khulafa’ al-Rashidin

(Mahayudin 1987, 12:24).

Selain itu, Khalifah ‘Umar telah membahagikan wilayah-wilayah Islam kepada

beberapa bahagian. Wilayah-wilayah tersebut ialah Kufah, Basrah, Syam, Jazirah,

Mausil, Yaman dan Bahrain. Keadaan ini dilaksanakan bagi mengatasi masalah

pertadbiran yang bertambah luas seterusnya mengambil jalan dengan melantik beberapa

orang pegawai di setiap wilayah. Mereka terdiri daripada seorang gabenor dan seorang

setiausaha yang dibantu oleh pegawai-pegawai tertentu di beberapa buah jabatan seperti

setiausaha tentera (Khatib al-Diwan), jabatan percukaian (Sahib al-Kharaj), pegawai

polis (Sahib al-Syurtah) dan Pegawai Perbendaharaan Negara (Sahib Bayt al-Mal).

Pegawai-pegawai yang dilantik diberikan surat perlantikan daripada Khalifah ‘Umar

dengan mengandungi senarai tugasan serta kuasa yang dimiliki oleh mereka (Mahayudin

1987, 13:239).

Seorang pegawai yang telah dilantik akan diperiksa harta benda mereka serta

peribadinya. Langkah ini dilaksanakan bagi mencegah berlakunya penyalahgunaan kuasa

sebagai kepentingan peribadi. Harta benda mereka akan dikira sekali lagi ketika seorang

pegawai berhenti kerja bagi memastikan sifat amanah mereka ketika menjalankan

amanah. Jika terdapat lebihan harta, maka harta tersebut akan diserahkan kepada

perbendaharaan negara (bayt al-Mal) (al-Zirikli 1969:45).

Khalifah ‘Umar juga telah mengambil tindakan yang tegas ke atas para pegawai

yang tidak melaksanakan tanggungjawab dengan amanah. Buktinya, setiap tahun pada

musim haji pegawai-pegawai diminta hadir ke tanah suci Makkah untuk memberi laporan

mengenai sebarang perkara berhubung dengan pentadbiran wilayah. Di samping itu,

masyarakat di daerah tersebut yang mengerjakan haji diberikan hak untuk menyuarakan

sebarang perkara mengenai pegawai-pegawai yang telah diamanahkan. Sekiranya

terdapat sebarang kezaliman yang dilakukan oleh para pegawai tersebut, maka Khalifah

Page 8: Uitm~ctu151 perbezaan amalan prinsip islam dalam pentadbiran khalifah ‘umar b. al-khattab dan khalifah ‘uthman b. ‘affan

8

‘Umar tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan sewajarnya terhadap pegawai

tersebut.

Manakala, terdapat perbezaan dalam pelaksanaan amalan prinsip Islam dari segi

aspek politik di zaman Khalifah ‘Uthman b. ‘Affan iaitu meluaskan wilayah-wilayah

baru ke dalam gagasan Islam. Mulanya gagasan Islam sekadar meliputi Semenanjung

Arab dan sebahagian wilayah dalam pemerintahan Parsi dan Byzantine, akan tetapi

menjangkau Anatolia dan Asia Kecil di sebelah Barat lalu menyusur masuk ke Cyprus,

sementara arah Timur dan Timur Laut merangkumi wilayah-wilayah Afghanistan,

Samarkand, Tasykent, Turkmenistan, Khurasan, Tabarastan (Yaqut al-Hamawi 1990,

4:14) seterusnya melewati wilayah-wilayah Libya, Algeria, Tunisia dan Maghribi yang

terletak di Utara Benua Afrika (Mohd Rashad 2000: 310-311).

Dengan kemasukan wilayah-wilayah itu ke dalam gagasan dan wadah Islam selain

semenanjung Arab, Yaman dan pesisir yang tersedia wujud, maka Islam muncul sebagai

sebuah Empayar yang lebih hebat dari gabungan Empayar Rom, Parsi dan Byzantine

yang berusia lebih 1,000 tahun sebelum Masihi sebagaimana sebelum ini. Dalam waktu

yang sama, pengaruh Islam sebagai ‘din al-hanif’ atau agama yang suci dan mulia turut

berkembang di Habsyah yang terletak di bahagian selatan Semenanjung Arab.

Perkembangan dakwah Islamiyyah seterusnya menyusur masuk secara aman, tenang dan

tenteram serta diterima baik oleh rakyat di bahagian tengah dan timur Afrika sekalipun

kawasan tersebut tidak pernah disentuh oleh pemerintah Islam.

Pada tahun 27H, Khalifah ‘Uthman ibn al-‘Affan telah mengarahkan ‘Abd Allah

ibn Sa‘ad ibn Abi Sarh untuk membuka wilayah Afrika. Beliau ditawarkan dengan satu

per lima daripada harta rampasan sekiranya beliau berjaya membuka wilayah tersebut.

Page 9: Uitm~ctu151 perbezaan amalan prinsip islam dalam pentadbiran khalifah ‘umar b. al-khattab dan khalifah ‘uthman b. ‘affan

9

Lantas ‘Abd Allah ibn Sa‘ad segera bertolak bersama-sama 10,000 orang tentera dan

akhirnya pasukan ini berjaya membuka kawasan pantai di pergunungan Afrika. Tentera

musuh mengalami kekalahan yang sangat teruk dan bilangan korban jiwa yang sangat

besar. Akhirnya mereka bersatu dengan kaum Muslimin atas dasar ketaatan kepada Islam.

Kebanyakan daripada golongan ini menjadi penganut Islam yang setia (Ibn Khaldun

1992: 548).

Selepas berjaya membuka wilayah tersebut, ‘Abd Allah ibn Sa‘ad mengambil

satu perlima daripada harta ghanimah untuk dirinya, satu perempat selebihnya diserahkan

dan diagihkan kepada tentera-tentera Islam. Tentera berkuda memperoleh 3,000 dinar dan

tentera pejalan kaki memperoleh 1,000 dinar. Menurut al-Waqidi, beliau menyatakan

bahawa Afrika ditawan oleh tentera-tentera Islam selepas termeterai perjanjian damai

yang melibatkan wang 2.02 juta dinar yang wajib dibayar oleh pemerintah Afrika kepada

kerajaan Islam. Khalifah ‘Uthman ibn ‘Affan menyerahkan kesemuanya dalam masa

satu hari kepada keluarga al-Hakam (Zaidah 2005: 222).

Jumlah tentera Islam yang menggempur Afrika adalah seramai 10,000 orang di

bawah pimpinan ‘Abd Allah ibn Sa‘ad dan antara tokoh lain yang terlibat semasa

pertempuran ialah ‘Abd Allah ibn al-Zubayr. Tentera Islam berhadapan dengan tentera

Raja Barbar, Jujayr yang jauh lebih ramai. Tentera Barbar adalah seramai 12,000 orang

dan ada pendapat lain yang mengatakan seramai 200,000 orang. Ketika kedua-dua bala

tentera ini bertembung, Raja Barbar mengarahkan tenteranya agar mengepung tentera

Islam di suatu tempat yang sangat memeritkan bagi umat Islam (Muhamad Husayn 2007:

71).

Ibn Jarir menyatakan Cyprus dibuka pada tahun 28H. Cyprus merupakan

kepulauan yang terletak di sebelah barat Sham dan tidak bercantum dengan kepulauan

lain. Kepulauan Cyprus mempunyai pesisiran pantai yang panjang seperti al-Sahil yang

terletak di Damsyik, manakala bahagian barat Cyprus merupakan kawasan pantai yang

paling subur. Pembukaan wilayah ini dibuka oleh Mu‘awiyah ibn Abi Sufyan dan diiringi

Page 10: Uitm~ctu151 perbezaan amalan prinsip islam dalam pentadbiran khalifah ‘umar b. al-khattab dan khalifah ‘uthman b. ‘affan

10

tentera yang ramai termasuk ‘Ubaysah ibn al-Sanit bersama isterinya, Umm Haram binti

Malhan (Muhamad Husayn 2007: 74).

Sewaktu peperangan ini, Mu‘awiyah dan tentera Islam menyeberangi lautan

menggunakan kapal. Beliau memerintahkan tenteranya agar mara ke sebuah semenanjung

yang dikenali sebagai Cyprus setelah mendapat perintah daripada Khalifah ‘Uthman iaitu

setelah permohonan pengasasan tentera laut dipersetujui. Semasa dalam peperangan,

Mu‘awiyah mengerahkan tenteranya mengharungi samudera yang luas itu dengan kapal.

Sementara itu, ‘Abd Allah ibn Abi Sarh mara ke negeri tersebut melalui arah lain.

Pertempuran sengit berlaku dan kemenangan berpihak kepada tentera Islam. Mereka

berjaya merampas harta yang banyak dan menawan tentera musuh. Mu‘awiyah menerima

perdamaian yang dianjurkan oleh tentera musuh (Zaidah 2005: 224).

Pada tahun 30H, Sa‘id ibn al-‘As berjaya membuka Tabaristan dan beliau

dianggap orang pertama yang membuka wilayah tesebut. Terdapat pendapat yang

mengatakan bahawa penduduk di wilayah tersebut pernah meminta perdamaian daripada

Suwayd ibn Muqrin sebelum Sa‘id membukanya. Permintaan tersebut bertujuan agar

tentera Islam tidak menyerang kawasan mereka. Menurut sebuah riwayat, Sa‘id al-‘As

telah menunggang kudanya bersama sejumlah tentera termasuk al-Hasan dan al-Husayn,

‘Abd Allah ibn ‘Umar dan Hudzayfah ibn Yaman ke serata wilayah yang penduduknya

meminta perdamaian. Kemenangan menyebabkan tentera Islam mendapat banyak harta.

Tentera Islam terus mara sehingga berjaya sampai ke wilayah Jurjan dan membunuhnya

(Zaidah 2005: 227).

Penduduk kota yang dikepung meminta keamanan dan perdamaian daripada

tentera Islam. Pihak Islam menerima usul mereka dengan syarat mereka tidak mengapa-

apakan seorang daripada tentera Islam apatah lagi membunuh. Tidak berapa lama selepas

itu, penduduk Jurjan melanggar perjanjian yang telah dibuat dengan Sa‘id ibn al-‘As

untuk menunaikan harta yang dikenakan ke atas mereka yang berjumlah sebanyak

100,000 dinar. Sesetengah pendapat menyatakan bahawa harta mereka sebenarnya adalah

Page 11: Uitm~ctu151 perbezaan amalan prinsip islam dalam pentadbiran khalifah ‘umar b. al-khattab dan khalifah ‘uthman b. ‘affan

11

sebanyak 200,000 dinar, malah ada yang menyatakan sebanyak 300,000 dinar.

Disebabkan perlanggaran itu, Yazid al-Muhallab telah dihantar untuk bersemuka dan

memerangi mereka.

Pada tahun 32H, Mu‘awiyah telah menyerang sehingga ke al-Madiq, iaitu di selat

Konstantinople. Beliau menyertai peperangan ini dengan diiringi isterinya iaitu Atikah.

Menurut pendapat lain, isterinya bernama Fatimah binti ‘Amru ibn Nawfal ibn Manaf.

Pada tahun tersebut, Sa‘id ibn al-‘Abbas telah melantik Salman ibn Rabi‘ah sebagai

panglima perang untuk menyerang al-Bab. Sa‘id menulis sepucuk surat kepada ‘Abd al-

Rahman ibn Rabi‘ah, pemangku atau naib pemerintah supaya membantu Salman pada

waktu yang sukar. Salman mengarahkan tenteranya mara sehingga tiba di Banjalar dan

terus mengepung kota tersebut. Tentera Islam menghujani kota tersebut dengan peluru

manjanik (Zaidah 2005: 235).

Disebabkan peluru yang bertubi-tubi dilepaskan daripada tentera Islam, akhirnya

penduduk kota tersebut bertempiaran lari. Mereka terus keluar dari kota lalu berlari

menuju ke tempat tentera Islam dan dibahagian belakang penduduk kota, pasukan tentera

Turki mengekori. Akhirnya berlaku pertempuran yang hebat antara tentera Turki dan

Tentera Islam. Sewaktu pertempuran berlaku, ‘Abd al-Rahman ibn Rabi‘ah terkorban dan

tentera Islam berpecah menjadi dua kumpulan. Apabila tentera ‘Abd al-Rahman ibn

Rabi‘ah terbunuh, Sa‘id al-‘As melantik Salman selaku pemimpin untuk memimpin saki-

baki tentera Islam yang masih hidup, manakala khalifah ‘Uthman telah menambah

bilangan tentera Islam tersebut dengan kekuatan dari Sham yang diketuai oleh Hab ib ibn

Musalmah (Zaidah 2005: 236).

4.2 Perbezaan dalam aspek ekonomi

Khalifah ‘Umar merupakan khalifah pertama yang menubuhkan institusi bayt al-Mal atau

Perbendaharaan Negara. Institusi ini merupakan tempat untuk menyimpan harta kerajaan.

Sumber-sumber kewangan negara terdiri daripada pendapatan dan perbelanjaan negara.

Page 12: Uitm~ctu151 perbezaan amalan prinsip islam dalam pentadbiran khalifah ‘umar b. al-khattab dan khalifah ‘uthman b. ‘affan

12

Antara sumber-sumber kewangan tersebut ialah bayaran zakat, harta rampasan perang

(ghanimah), harta rampasan tanpa perang (fai)cukai perlindungan (jizyah), cukai tanah

(kharaj), cukai perniagaan (usyur) dan harta peninggalan orang mati tanpa waris.

Zakat dikenakan terhadap orang Islam sahaja iaitu, daripada hasil pertanian,

ternakan dan harta benda seperti emas dan perak. Antara fungsi zakat ialah membantu

golongan yang kurang bernasib baik. Jika wang zakat tersebut berlebihan, maka bayt al-

Mal berhak menggunakan harta tersebut untuk pembangunan dan kebajikan awam (ibn

Hisyam 1958,45). Ghanimah merupakan harta rampasan perang manakala fai merupakan

harta yang diperoleh tanpa perang dan 1/5 daripada harta ini diperuntukkan untuk

perbelanjaan kerajaan pusat di Madinah, selebihnya diberikan kepada tentera-tentera yang

terlibat dalam peperangan.

Jizyah merupakan cukai perlindungan yang dikenakan terhadap kafir dhimmi

iaitu, orang bukan Islam yang bernaung di bawah pemerintahan Islam atau mempunyai

perjanjian damai dengan negara Islam. Cukai ini dikenakan bagi mengelakkan daripada

jurang perbezaan antara orang Islam dan bukan Islam. Amalan prinsip Islam ini

membuktikan bahawa aspek ekonomi yang dilaksanakan oleh Khalifah ‘Umar ini

berteraskan kepada konsep sama rata. Kharaj ialah cukai tanah yang dikenakan kepada

semua pemilik tanah di wilayah-wilayah yang ditakluki. Kharaj pada zaman pada zaman

khalifah ‘Umar dikenali dengan kharaj al-Muqasamah yang diurus oleh kerajaan

(Mahayudin 1980, 13:56). Usyur ialah cukai perniagaan yang dikenakan kepada semua

peniaga sama ada Islam atau bukan Islam, tetapi kadar cukainya berbeza-beza. Bagi kafir

harbi (kafir yang boleh diperangi kerana tidak ada perjanjian damai dengan negara Islam

dikenakan cukai ‘usyur sebanyak 10%, bagi kaum dhimmi 5% dan orang Islam 2.5%.

Tanah-tanah yang dikuasai oleh tentera Islam telah dibahagikan kepada dua jenis

iaitu, tanah dhimmah (tanah yang bertuan) dan tanah sawafi (tanah yang tidak bertuan).

Tanah dhimmah ditadbir oleh pemilik-pemilik asal manakala, tanah sawafi ditadbir oleh

Page 13: Uitm~ctu151 perbezaan amalan prinsip islam dalam pentadbiran khalifah ‘umar b. al-khattab dan khalifah ‘uthman b. ‘affan

13

pemegang-pemegang amanah yang dilantik di kalangan penerokaatau disebut juga ahl al-

fay’ (al-Tabari 1968, 1:2469). Tanah-tanah ini tidak boleh dibeli atau dijual bagi

mengelakkan berlakunya perpecahan di kalangan umat Islam.

Khalifah ‘Umar telah mewujudkan cukai tanah dan juga jizyah kepada golongan

dhimmi. Cukai ini adalah berpatutan kerana kadarnya yang rendah dan tidak

membebankan mereka. Buktinya ialah, Khalifah ‘Umar pernah memanggil 10 orang

dhimmi dari Kufah dan 10 orang dhimmi dari Basyrah supaya mereka bersumpah, bahawa

cukai yang dikenakan ke atas mereka tidak membebankan. Keadaan ini juga boleh dilihat

daripada hak persamaan yang dinikmati oleh orang Islam (Baharuddin 1994,76). Segala

cukai yang dikenakan kepada golongan dhimmi ini bukanlah tertumpu kepada hasil yang

dikumpulkan daripada hasil tanah sahaja. Malah, ia turut dikumpul bagi menjana

ekonomi negara di samping menyumbang kepada pelaburan negara. Segala hasil yang

dikumpulkan adalah menjadi hak milik negara Islam untuk menampung perbelanjaan

infrastruktur di wilayah tersebut.

Manakala terdapat perbezaan system ekonomi semasa pentadbiran Khalifah

‘Uthman iaitu pengagihan wang kepada tentera dan penduduk. Pembaharuan yang

dilakukan beliau ialah menambah jumlah pembayaran gaji kepada para tentera (Zaidah

2005: 217). Semasa di dalam peperangan al-Sha’bi, beliau telah menambah jumlah gaji

seorang tentera kepada 200 dirham. Perbezaan ini sebanyak dua kali ganda berbanding

semasa pemerintahan Khalifah ‘Umar yang hanya membayar sebanyak 100 dirham

daripada harta bayt al-mal. Semasa bulan Ramadhan pula, Khalifah ‘Umar telah

memperuntukkan sebanyak 1 dirham kepada setiap orang daripada wilayah Islam dan 2

dirham kepada para isteri Nabi. Khalifah ‘Uthman mengekalkan sistem tersebut, dan

beliau menaikkan jumlah tersebut. Beliau juga turut mengadakan hidangan makanan di

masjid khususnya untuk masyarakat Islam yang beribadat dan beriktikaf. Beliau turut

menyediakan makanan kepada fakir miskin, anak-anak yang menuntut ilmu dan

sebagainya (Zaidah 2005: 217).

4.3 Perbezaan dalam aspek sosial

Page 14: Uitm~ctu151 perbezaan amalan prinsip islam dalam pentadbiran khalifah ‘umar b. al-khattab dan khalifah ‘uthman b. ‘affan

14

Khalifah ‘Umar turut menjaga kebajikan golongan hamba. Taraf golongan hamba ini

disamakan dengan tuannya dalam apa-apa hal tertentu. Buktinya, pegawai-pegawai yang

tidak menghormati dan menjaga hal kebajikan hamba akan dikenakan tindakan oleh

Khalifah ‘Umar.

Manakala, semasa pentadbiran Khalifah ‘Uthman b. ‘Affan, beliau telah

meningkatkan amalan prinsip Islam dari segi aspek ibadah. Beliau telah melaksanakan

penambahbaikan institusi masjid. Pertambahan umat Islam yang semakin ramai

menyebabkan Masjid Nabawi menjadi padat. Khalifah ‘Uthman b. ‘Affan

memperbaharui struktur Masjid al-Haram dan juga Masjid al-Nabawi pada tahun 26H

dengan menambah keluasan di kawasan masjid tersebut (Hasan Ayyub 1418: 191)

setelah membeli kawasan tanah sekitar masjid. al-Waqidi menyatakan bahawa Khalifah

‘Uthman pernah mengeluarkan perintah supaya memperbaharui tiang-tiang seri di masjid

al-Haram. Pada tahun 29H, beliau memperbaiki pula struktur masjid al-Nabawi dengan

menggunakan batu-bata dan kayu jati.

Di dalam catatan lain, Khalifah ‘Uthman telah meluaskan kawasan masjid al-

Nabawi dengan mengarahkan jurutera membina kawasan tambahan masjid tersebut

menggunakan bahan yang kukuh seperti batu kapur yang diperolehi daripada Batn Nakhl

dan batu-bata yang dipahat. Tiang masjid terdiri daripada batu-bata yang menggunakan

elemen tanah sebagaimana pembinaan masa kini. Atap masjid pula dibina daripada kayu

jati. Ukuran masjid setelah siap pembinaan semula adalah seluas 160 hasta atau 88 meter

sementara ukuran lebar adalah 150 hasta dan 75 meter. Di sini jelaslah bahawa

pembaharuan yang dilakukan bertujuan menampung bilangan umat Islam yang semakin

ramai, di samping menjaga kebajikan dan keselesaan untuk melaksanakan ibadah.

4.4 Perbezaan dalam aspek pendidikan

Khalifah ‘Umar terkenal sebagai seorang pakar dalam bidang ilmu feqh dan sejarah.

Beliau menggalakkan rakyat untuk menuntut ilmu pengetahuan iaitu, al-Quran dan al-

Page 15: Uitm~ctu151 perbezaan amalan prinsip islam dalam pentadbiran khalifah ‘umar b. al-khattab dan khalifah ‘uthman b. ‘affan

15

Sunnah, peribahasa Arab dan syair. Khalifah ‘Umar telah memperkenalkan pendidikan

agama dengan menyusun metodologi pengajaran agama yang sesuai dengan orang yang

baru memeluk Islam, mengelakkan daripada salah faham mengenai keimanan dan soal

ibadat (al-Zirikli 1969: 38).

Beliau juga telah melantik pembesar yang bertanggungjawab dalam memastikan

rakyat menunaikan solat Jumaat dan puasa Ramadhan. Khalifah ‘Umar sentiasa memberi

nasihat kepada penuntut ilmu agar mereka menjadi gudang buku, sumber ilmu dan

memohon kepada Allah a.w.t. rezeki sehari-hari. Beliau juga telah menjadikan bahasa

Arab sebagai bahasa rasmi di wilayah yang ditaklukinya (Sobri 1983: 68).

Selain itu juga, Khalifah ‘Umar merupakan orang yang pertama mewujudkan

takwim Islam berdasarkan tahun Hijrah iaitu, bermula dengan 1 Muharam yang dibuat

pada tahun 17H. Tujuannya adalah untuk memudahkan urusan negara serta segala urusan

yang berkaitan dengan tarikh. Khalifah ‘Umar begitu mengambil berat terhadap kemajuan

dalam bidang pendidikan berdasarkan al-Quran dan hadis melalui penghantaran guru

yang yang mempunyai pengetahuan yang mendalam mengenai agama. Guru-guru ini

telah dihantar ke wilayah-wilayah seperti Kota Basrah dan Kufah sebagai pusat pengajian

Islam. Pelajaran tauhid disebarkan di semua pusat pengajian seterusnya aspek

kebudayaan juga turut tersebar dengan luas (Mohd Saleh 1983: 86).

Manakala perbezaan amalan prinsip Islam dalam bidang pendidikan di zaman

pentadbiran Khalifah ‘Uthman b. ‘Affan ialah menggunakan prinsip pendidikan dengan

usaha yang baru dengan meriwayatkan hadis. Hadis yang sempat diriwayatkan adalah

sebanyak 146 hadis dan telah menjadi jurutulis sejak zaman Abu Bakar lagi. (Azam

Hamzah 1991,73). Selain itu, beliau berjaya memantapkan kefahaman Islam di kalangan

masyarakat seluruh negara. Beliau memberi peluang dan kebebasan kepada para sahabat

terkemuka atau kibaru al-sahabah untuk memilih penempatan sendiri di mana sahaja

mereka suka. Ini bermakna, mereka tidak semestinya tinggal di sesebuah tempat

sebagaimana yang dilaksanakan khalifah sebelumnya. Melalui polisi ini, masyarakat

Page 16: Uitm~ctu151 perbezaan amalan prinsip islam dalam pentadbiran khalifah ‘umar b. al-khattab dan khalifah ‘uthman b. ‘affan

16

Islam yang tinggal di luar Madinah boleh mendapat bimbingan secara langsung daripada

para sahabat yang benar-benar mahir dalam soal agama dengan kefahaman yang mantap

(Ismail 1999: 77).

Dalam usaha menyebarkan ajaran dan pengetahuan Islam ini, beliau sering

berdakwah di penjara dan berjaya mengislamkan ramai banduan. Beliau juga banyak

mengajar hukum-hukum Islam kepada rakyatnya. Dalam usaha ini, ramai tenaga pengajar

dan petugas-petugas khas dilantik demi memastikan ajaran Islam berkembang selari

dengan pertambahan umatnya.

Pemerintahan Khalifah ‘Uthman sentiasa dilanda masalah yang rumit. Antaranya

ialah percanggahan dari segi bacaan al-Quran. Keadaan ini hampir tegang di kalangan

tentera dan panglima disebabkan perbezaan mashaf yang mereka miliki. Tetapi keadaan

ini berjaya diselamatkan dengan usaha yang dilaksanakan oleh Khalifah ‘Uthman dengan

mengarahkan Zayd b. Thabit supaya menyalin semula mengikut cara bacaan Quraisy.

Sehingga ke hari ini mushaf ini dikenali dengan nama Mushaf ‘Uthmani (Othman

1989:35). Walaubagaimanapun, usaha ini terlebih dahulu pernah dilakukan oleh khalifah

yang pertama iaitu Khalifah Abu Bakr al-Siddiq. Khalifah Abu Bakr al-Siddiq pernah

mengumpulkan al-Qur’an dan menyerahkan usaha ini kepada Al-Qur’an disalin

kemudian disimpan di rumah Abu Bakr (Shafie 1997, 6:38).

Setelah beliau wafat, mashaf ini diserahkan dan disimpan oleh ‘Umar dan akhir

sekali di rumah anaknya, Hafsah binti ‘Umar yang juga merupakan salah seorang isteri

Rasulullah (s.a.w.) (Hassan Ayyub 1418: 206). Kembali kepada sejarah sebelumnya,

zaman Khalifah Abu Bakr menghadapi beberapa peristiwa besar yang perlu ditangani

beliau iaitu masalah murtad dan keengganan sebahagian daripada umat Islam yang

enggan mengeluarkan zakat. Peristiwa ini membawa kepada usaha memerangi mereka

agar mereka kembali kepada Islam semula.

Page 17: Uitm~ctu151 perbezaan amalan prinsip islam dalam pentadbiran khalifah ‘umar b. al-khattab dan khalifah ‘uthman b. ‘affan

17

Peperangan yang dinamakan al-Yamamah ini berlaku pada tahun 12H dan disertai

oleh sebahagian besar para huffaz al-Qur’an al-Karim. Sejarah mencatatkan bahawa kira-

kira 70 orang huffaz telah syahid di dalam peperangan tersebut membuatkan Khalifah

‘Umar menemui Khalifah Abu Bakr menyatakan kekhuatiran tentang hilangnya al-

Qur’an akibat kesyahidan mereka. Lalu Khalifah ‘Umar mencadangkan kepada Khalifah

Abu Bakr agar dikumpulkan al-Qur’an, pada mulanya khalifah merasa ragu untuk

melakukannya memandangkan ia merupakan perkara baru. Namun setelah perbincangan

dilakukan maka Khalifah Abu Bakr berpuas hati dengan pandangan Khalifah ‘Umar lalu

mengajak Zayd untuk mengumpulkan al-Qur’an pada satu tempat (Muhaysin 1980: 139).

Pada mulanya, Zayd ibn Thabit agak kurang bersetuju dengan cadangan tersebut

namun setelah berbincang bersama Khalifah ‘Umar dan khalifah, beliau akur. Imam

Bukhari (265H) meriwayatkan tentang perkara ini, Zayd ibn Thabit berkata:

بكر أبو قال عنده الخاطب بن عمر فإذا اليمامة أهل مقتل بكر أبو إلى أرسل

وإني بقرآن اليمايمة يوم استحر قد القتل إن فقال أتاني عمر إن عنه الله رضي

أرى وإني القرآن من كثير فيذهب بالمواطن بالقرآن القتل يستحر أن أخشى

( ) . قال ؟ ص رسول يفعله لم شيئا تفعل كيف لعمر قلت القرآن بجمع تأمر أن

ورأيت لذلك صدري الله شرح حتى يراجعني عمر يزل فلم خير والله هذا عمر

. عمر رأى الذي ذلك في

Maksudya:Abu Bakr telah sampaikan kepadaku berita korban Ahl al-Yamamah sedangkan ‘Umar bersamanya. Abu Bakr berkata, ‘Umar datang kepadaku lalu berkata, sesungguhnya peperangan yang sengit pada hari al-Yamamah telah membunuh ramai qurra’ al-Qur’an, aku khuatiri berlarutan pembunuhan terhadap qurra’ di dalam peperangan lain menyebabkan sebahagian besar al-Qur’an akan hilang, aku berpandangan supaya engkau mengarahkan agar dikumpulkan al-Qur’an. Aku berkata kepada ‘Umar, “Bagaimana kita hendak melakukan sesuatu yang tidak pernah dilakukan Rasulullah (s.a.w.)?” ‘Umar menjawab, “Demi Allah perkara ini adalah baik. ‘Umar terus memujukku sehingga Allah (s.w.t.) membuka hatiku dan melapangkan dadaku untuk menerima usulnya, dan aku sependapat dengan ‘Umar.

Page 18: Uitm~ctu151 perbezaan amalan prinsip islam dalam pentadbiran khalifah ‘umar b. al-khattab dan khalifah ‘uthman b. ‘affan

18

Zayd ibn Thabit dilantik oleh Abu Bakr memandangkan beliau seorang pemuda

yang bijak dan juga penulis wahyu untuk Rasulullah (s.a.w.) yang masyhur. Di samping

itu, beliau juga merupakan seorang yang amanah, adil, kuat beragama, sentiasa belajar

dan menguasai perkara dalam agama Islam sehingga beliau berjaya menjadi ketua mufti,

fatwa, qira’ah dan fara’id di Madinah (Muhaysin 1980: 141-142). Lantikan Zayd juga

berikutan beliau pernah menyaksikan pembentangan terakhir al-Qur’an pada hayat

Rasulullah (s.a.w.), beliau juga dipercayai bahawa tidak pernah ada tohmah terhadap

agama dan akhlaknya.

Namun, terdapat juga pendapat lain yang mengatakan bahawa idea

mengumpulkan catatan al-Qur’an yang dilakukan beberapa penulis wahyu ini bermula

pada zaman Khalifah ‘Umar. Cadangan ini kemudiannya dilaksanakan oleh Khalifah

‘Uthman dengan mengarahkan beberapa orang sahabat Nabi (s.a.w.) yang mahir tentang

al-Qur’an untuk menjalankan usaha mengumpul mashaf itu (Ismail 1999: 78). Usaha ini

diketuai oleh Zayd ibn Thabit iaitu salah seorang sahabat yang terlibat dalam penulisan

wahyu pada zaman Nabi.

Peluasan dan perkembangan wilayah Islam akibat gerakan futuhat al-islamiyyah

yang membawa kepada penaklukan banyak negara, menyebabkan masyarakat Islam

terdiri daripada pelbagai latar belakang kaum. Ramai daripada masyarakat bukan arab

mula menganut agama Islam. Kesannya terdapat pelbagai jenis bacaan al-Qur’an

mengikut lahjah masing-masing. Hal ini menyebabkan sebahagian daripada para sahabat

Rasulullah (s.a.w.) khuatir tentang perbezaan bacaan ataupun mungkin ada yang

menggantikan sebutan lain selain al-Qur’an. Khalifah ‘Uthman segera mengambil

inisiatif untuk membukukan al-Qur’an setelah mendapat laporan daripada Hudzayfah ibn

Yaman, seorang ketua tentera yang menyatakan bahawa beliau mendengar bacaan al-

Qur’an mengikut lahjah yang berbeza di kalangan umat Islam. Bagi melaksanakan

rancangan ini, Khalifah ‘Uthman telah melantik satu jawatankuasa yang dianggotai oleh

tokoh-tokoh sahabat yang terdiri daripada Zayd ibn Thabit, ‘Abd Allah ibn Zubayr, Sa‘id

ibn al-‘As dan ‘Abd al-Rahman ibn Harith (Ismail 1999: 78-79).

Page 19: Uitm~ctu151 perbezaan amalan prinsip islam dalam pentadbiran khalifah ‘umar b. al-khattab dan khalifah ‘uthman b. ‘affan

19

Bukhari meriwayatkan, daripada Anas ibn Malik bahawa beliau berkata,

Huzayfah ibn Yaman, iaitu salah seorang antara yang memerangi penduduk Syam bagi

menakluk Armenia dan Azerbaijan bersama-sama dengan penduduk Iraq datang

berjumpa Khalifah ‘Uthman, beliau menyatakan bahawa beliau amat terkejut mendengar

perbezaan dalam bacaan al-Qur’an. Oleh itu, beliau mengingatkan Khalifah ‘Uthman

supaya meluruskan masyarakat Islam sebelum mereka berpecah-belah seperti Yahudi dan

Nasrani. Kemudian Khalifah ‘Uthman memerintahkan Hafsah supaya mengirim al-

Qur’an kepadanya untuk disalin kemudian akan mengembalikan semula kepadanya.

Hafsah mengirim al-Qur’an itu kepada Khalifah ‘Uthman lalu beliau memerintahkan

Zayd ibn Thabit, ‘Abd Allah ibn Zubayr, Sa‘id ibn ‘As dan ‘Abd al-Rahman ibn Harith

ibn Hisham bagi menyalinnya ke dalam bentuk tulisan al-Qur’an untuk beberapa naskhah

(Amin 2009: 83).

Setelah lebih kurang empat tahun, maka pada tahun 30H bersamaaan tarikh 651M,

jawatankuasa yang dipertanggungjawabkan berjaya menyalin sebanyak tujuh buah

mashaf al-Qur’an dengan berpandukan mashaf asal yang disimpan oleh Hafsah binti

‘Umar. Salinan yang baru dibuat itu hanya menggunakan satu lahjah bahasa sahaja iaitu

lahjah quraysh. Mashaf yang siap dibukukan itu kemudiannya dimeterai dengan cap

mohor khalifah sebagai tanda pengesahannya dan dihantar ke beberapa buah ibu kota

wilayah Islam seperti Makkah, Damsyik, Yaman, Bahrayn, Basrah, Kufah dan satu lagi

disimpan oleh khalifah sendiri di Madinah. Dengan terbukunya sebuah mashaf yang

dikenali sebagai mashaf Rasm ‘Uthmaniyah ini, maka mana-mana salinan yang berbeza

dengan mashaf ini adalah dikira tidak sah dan sebarang salinan baru yang hendak dibuat

mestilah merujuk kepada salinan asal yang tujuh buah tersebut (Ismail 1999: 79). Beliau

kemudiannya memerintahkan supaya mana-mana naskhah selain al-Qur’an dibakar.

Menurut Prof. Dr. Amin Qudah (2009: 83), Khalifah ‘Uthman turut

membenarkan tiga kelompok orang Quraysh yang berbeza pendapat dengan Zayd ibn

Thabit untuk menyalinnya di dalam bahasa mereka berikutan al-Qur’an diturunkan di

dalam bahasa mereka. Berkaitan jumlah al-Qur’an yang disalin, pada hakikatnya para

Page 20: Uitm~ctu151 perbezaan amalan prinsip islam dalam pentadbiran khalifah ‘umar b. al-khattab dan khalifah ‘uthman b. ‘affan

20

pengkaji berselisih pendapat mengenainya. Namun pendapat yang benar mengatakan

bahawa kesemuanya adalah sebanyak tujuh buah. Satu antaranya ada pada khalifah yang

akhirnya dinamakan ‘Mushaf Imam’.

Tindakan pembukuan yang dilakukan ini bertujuan untuk mengatasi masalah

perselisihan faham antara masyarakat Islam yang membacanya menggunakan lahjah

kaum masing-masing seperti lahjah Tamim, Najd dan lain-lain. Inilah sumbangan

Khalifah ‘Uthman yang tidak ternilai harganya dalam pembangunan umat Islam.

Kesedaran tentang perbezaan ini sejak awal akhirnya mewujudkan keseragaman dalam

pembacaan al-Qur’an dan terhindar daripada perbezaan cara bacaan yang mengikut dialek

atau lahjah masing-masing. Hikmah yang besar tentang keseragaman ini ialah mengelak

daripada fitnah yang boleh dilakukan oleh musuh-musuh Islam dengan menimbulkan

keraguan dari segi kesahihan al-Qur’an itu sendiri (Ismail 1999: 80).

Sebagaimana yang telah dinyatakan bahawa enam tahun pertama merupakan

tahun kegemilangan bagi pemerintahan Khalifah ‘Uthman ibn al-‘Affan. Selepas

penawanan tentera Islam ke wilayah-wilayah termasuk Turkestan, Khurasan, Armenia,

Azerbaijan dan Cyprus, wilayah Islam ternyata menjadi semakin luas. Kerajaan Islam

juga telah menubuhkan satu wilayah di kawasan laut semasa misi pertama ketenteraan

laut dalam sejarah Islam.

Semasa beliau memerintah, pemerintahan dilaksanakan sebagaimana yang

dianjurkan oleh khalifah Islam sebelumnya. Tidak banyak perubahan dilakukan dalam

sistem kerajaan. Majlis Syura dikekalkan dan segala urusan diselesaikan melalui sistem

syura. Kehidupan khalifah seperti masyarakat awam, Khalifah ‘Uthman mudah ditemui

oleh masyarakat Islam. Beliau menjalani kehidupan seperti orang biasa yang hidup

zuhud, dan tidak mempunyai pengawal di sisi untuk menjaganya bahkan beliau sendiri

prihatin dengan urusan lain. Setiap aduan terhadap gabenor dikaji dengan teliti dan penuh

perhatian, dan tindakan tegas terhadap individu yang bersalah juga diambil tanpa

mempertimbangkan kedudukannya. Jabatan perbendaharaan dilaksanakan sebaiknya,

Page 21: Uitm~ctu151 perbezaan amalan prinsip islam dalam pentadbiran khalifah ‘umar b. al-khattab dan khalifah ‘uthman b. ‘affan

21

antara hasil pendapatan disumbangkan kepada para janda, anak-anak yatim dan sesiapa

sahaja yang layak (Mohamad Iqbal 2006: 165-166).

Beliau juga sedaya upaya menghapuskan serta melenyapkan kejahilan di kalangan

masyarakat. Antara usaha yang dilakukan ialah mengaturkan persediaan yang istimewa

bagi pengajaran al-Qur’an. Beliau turut memperuntukkan pendapatan dan bahagian untuk

para guru, ulama’ serta pelajar sebagai galakan kepada mereka.

5.0 KESIMPULAN

Kesimpulannya, perbezaan amalan prinsip Islam yang diamalkan oleh para khalifah ini

merupakan perkembangan system pentadbiran. Arus perubahan ini berdasarkan kepada

perubahan dari pelbagai aspek. Maka, kaitan sistem pendidikan pada zaman Khulafa’ al-

Rashidin merupakan kesinambungan daripada perjuangan Nabi Muhammad (s.a.w)

hingga kepada Khalifah ‘Umar dan Khalifah ‘Uthman. Pendidikan utama yang

diutarakan pada zaman Khulafa’ al-Rashidin adalah berlandaskan kepada al-Quran dan

al-Sunnah. Hanya yang berbeza ialah zaman perkembangan Islam mengikut cara

pemerintahan masing-masing.

Page 22: Uitm~ctu151 perbezaan amalan prinsip islam dalam pentadbiran khalifah ‘umar b. al-khattab dan khalifah ‘uthman b. ‘affan

22

Berdasarkan pentadbiran negara yang dilaksanakan oleh Khulafa’ al-Rashidin

ini, jelas menunjukkan bahawa segala amalan prinsip Islam yang dilaksanakan ini adalah

berteraskan kepada syariat Islam. Ciri-ciri yang ditunjukkan oleh para khalifah telah

membuka mata masyarakat sekaligus menerima Islam sebagai agama yang murni. Selain

itu juga, amalan prinsip Islam yang dilaksanakan adalah bercirikan kepada menjaga hak

kepentingan sejagat di kalangan masyarakat Islam. Selain itu, perbezaan ini

menggambarkan secara umum mengenai system pentadbiran, malahan ianya tetap

mengikut acuan syariat Islam dalam pelbagai aspek. Maka jelaslah bahawa amalan

prinsip Islam semasa zaman pentadbiran Khalifah ‘Umar dan Khalifah ‘Uthman mampu

membawa kepada perubahan yang baik dari semasa ke semasa, sehinggakan sistem

pentadbiran Islam kekal ke hari ini.

RUJUKAN

Al-Qur’an.

Abdul Latip Talib. 2009. Khalifah Uthman Affan pengumpul al-Qur’an. Kuala Lumpur: PTS Litera Utama Sdn. Bhd.

Abdul Raof Dalip. 1990. Dasar-dasar Pendidikan Islam Zaman Khulafa’ al-Rashidin. Progresive Products Supply, Shah Alam.

Ali Ibrahim Hasan. 1972. al-Tarikh al-Islami al-‘Am. al-Qahirah: Maktabah al-Nahdhah al-Misriyyah.

Amin Qudah. 2009. Sejarah Khalifah Rasulullah. Batu Caves: Percetakan Zafar Sdn. Bhd.

Page 23: Uitm~ctu151 perbezaan amalan prinsip islam dalam pentadbiran khalifah ‘umar b. al-khattab dan khalifah ‘uthman b. ‘affan

23

al-Amin, Hasan. 1980. al-Mawsu‘ah al-Islamiyyah. Jil. 6. t.tp.: Dar al-Ta‘aruf. Abd Rashid Hj Dail. 1984. Prinsip Ekonomi Islam, Persatuan Bekas Mahasiswa Islam Timur Tengah, Bangi.

Azam Hamzah. 1991. Sejarah dan Tamadun Islam (711-1492M). Shah Alam: Hizbi Sdn. Bhd.

Hasan Ayyub. 1997. al-Khulafa’ al-Rashidin. Qahirah: Dar al-Tawzi‘ wa al-nasyr al-islamiyyah.

Ibn al-Jawzi, Abi al-Faraj ‘Abd al-Rahman. 1421. Sifatu al-safwah. al-Qahirah: Dar al-Hadith.

Ibn Khaldun, ‘Abd al-Rahman. 1992. Tarikh Ibn Khaldun. Jil 2. Bayrut: Dar al-Kutub al-‘Ilmiyyah.

Ismail Bakar. 1999. Sejarah tamadun Islam. Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia.

Netton, Ian Richard. 2008. Encyclopedia of Islamic civilization and religion. London & New York: Penerbit Routledge Taylor & Francis Group.

Mahayudin Yahaya & Ezad Azraai Jamsari. 2002. Tamadun islam. Shah Alam: Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd.

al-Mas‘udi, Abu Hasan Ali ibn al-Husayn ibn Ali al-Mawardi. 1966. Muruj al-Dhahab wa al-Ma‘adin al-Jawar. Jil 1. al-Qahirah: Kitab al-Tahrir.

Mohd Rashad Shamsuddin. 2000. Khulafa’ Rasyidun & dawlah islamiyah. Kuala Lumpur: al-Hidayah Publishers.