manual permohonan ke sekolah berasrama...

16
MANUAL PERMOHONAN KE SEKOLAH BERASRAMA PENUH (SBP) DAN SEKOLAH KAWALAN KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA (IBUBAPA/PENJAGA)

Upload: trinhbao

Post on 07-Feb-2018

234 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

Page 1: MANUAL PERMOHONAN KE SEKOLAH BERASRAMA …myschoolchildren.com/ALLFILES/PDF/manual-ibubapa-SBP-2014.pdf · maklumat murid. 4.2.7 Langkah 5 ... Arahan : Sila tanda pada kotak pada

MANUAL PERMOHONAN KE SEKOLAH BERASRAMA

PENUH (SBP) DAN SEKOLAH KAWALAN

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

(IBUBAPA/PENJAGA)

Page 2: MANUAL PERMOHONAN KE SEKOLAH BERASRAMA …myschoolchildren.com/ALLFILES/PDF/manual-ibubapa-SBP-2014.pdf · maklumat murid. 4.2.7 Langkah 5 ... Arahan : Sila tanda pada kotak pada

1. PENDAHULUAN

Permohonan ke Sekolah Berasrama Penuh dan Sekolah Kawalan adalah merupakan aplikasi berasaskan web yang disediakan oleh Bahagian Pengurusan Maklumat dengan kerjasama Bahagian Pengurusan Sekolah Berasrama Penuh, Bahagian Pengurusan Sekolah Harian dan Bahagian Pendidikan Islam, Kementerian Pelajaran Malaysia. Modul ini digunakan oleh ibubapa / penjaga yang ingin membuat permohonan ke Tingkatan Satu (1) atau Tingkatan Empat (4) di Sekolah Berasrama Penuh dan Sekolah Kawalan Kementerian Pelajaran.

2. TUJUAN PANDUAN

Tujuan panduan ini disediakan adalah untuk memudah dan membantu ibubapa / penjaga membuat permohonan bagi anak / pelajar ke Sekolah Berasrama dan Sekolah Kawalan melalui Aplikasi Permohonan ini.

3. CAPAIAN SISTEM

Aplikasi Permohonan ini boleh dicapai melalui mana-mana komputer yang mempunyai kemudahan internet. Pautan Aplikasi Permohonan ini diletakkan pada Portal Kementerian Pelajaran Malaysia seperti di bawah:

http://public.moe.gov.my

Page 3: MANUAL PERMOHONAN KE SEKOLAH BERASRAMA …myschoolchildren.com/ALLFILES/PDF/manual-ibubapa-SBP-2014.pdf · maklumat murid. 4.2.7 Langkah 5 ... Arahan : Sila tanda pada kotak pada

4. PANDUAN PENGGUNA 4.1 Pendaftaran Pengguna 4.1.1 Muka Depan

Arahan : Bagi pengguna yang belum pernah mendaftar, sila klik di sini untuk membuat akaun pengguna.

Page 4: MANUAL PERMOHONAN KE SEKOLAH BERASRAMA …myschoolchildren.com/ALLFILES/PDF/manual-ibubapa-SBP-2014.pdf · maklumat murid. 4.2.7 Langkah 5 ... Arahan : Sila tanda pada kotak pada

4.1.2 Daftar

Arahan : Sila isikan semua butiran yang diperlukan. Bagi bahagian emel, sila masukkan emel yang sah. Kemudian klik butang Daftar.

*Nota: Jika No.KP yang dimasukkan telah wujud dalam pangkalan data. Mesej No.KP telah wujud akan dipaparkan.

Page 5: MANUAL PERMOHONAN KE SEKOLAH BERASRAMA …myschoolchildren.com/ALLFILES/PDF/manual-ibubapa-SBP-2014.pdf · maklumat murid. 4.2.7 Langkah 5 ... Arahan : Sila tanda pada kotak pada

Arahan : Jika pendaftaran berjaya, paparan ID Pengguna dan kata laluan adalah seperti di atas. Pengguna boleh mencetak maklumat tersebut jika mahu. Kemudian, klik di sini untuk log masuk.

Page 6: MANUAL PERMOHONAN KE SEKOLAH BERASRAMA …myschoolchildren.com/ALLFILES/PDF/manual-ibubapa-SBP-2014.pdf · maklumat murid. 4.2.7 Langkah 5 ... Arahan : Sila tanda pada kotak pada

4.1.3 Log Masuk

Arahan : Masukkan ID Pengguna / No.KP yang telah didaftarkan dan kata laluan. Kemudian,klik butang Log Masuk.

*Nota : Jika terlupa katalaluan, klik Lupa Katalaluan?. Kemudian, masukkan emel yang telah didaftarkan semasa pendaftaran pertama kali. Katalaluan anda akan dihantar ke emel.

Page 7: MANUAL PERMOHONAN KE SEKOLAH BERASRAMA …myschoolchildren.com/ALLFILES/PDF/manual-ibubapa-SBP-2014.pdf · maklumat murid. 4.2.7 Langkah 5 ... Arahan : Sila tanda pada kotak pada

4.2 Permohonan Baru

4.2.1 Laman Utama

Arahan : Klik butang Permohonan untuk membuat permohonan.

Page 8: MANUAL PERMOHONAN KE SEKOLAH BERASRAMA …myschoolchildren.com/ALLFILES/PDF/manual-ibubapa-SBP-2014.pdf · maklumat murid. 4.2.7 Langkah 5 ... Arahan : Sila tanda pada kotak pada

4.2.2 Carian Murid

Arahan : Sila masukkan angka giliran serta no. kad pengenalan / no. sijil lahir murid yang ingin di mohon mengikutslip pendaftaran UPSR / PMR. Kemudian, klik butang Seterusnya >>>.

Page 9: MANUAL PERMOHONAN KE SEKOLAH BERASRAMA …myschoolchildren.com/ALLFILES/PDF/manual-ibubapa-SBP-2014.pdf · maklumat murid. 4.2.7 Langkah 5 ... Arahan : Sila tanda pada kotak pada

4.2.3 Langkah 1 – Syarat Permohonan

Arahan : Pengguna akan diminta memilih jenis hubungan dengan murid yang dipohon. Kemudian, klik butang OK.

Page 10: MANUAL PERMOHONAN KE SEKOLAH BERASRAMA …myschoolchildren.com/ALLFILES/PDF/manual-ibubapa-SBP-2014.pdf · maklumat murid. 4.2.7 Langkah 5 ... Arahan : Sila tanda pada kotak pada

Arahan : Sila baca dan fahami panduan permohonan. Kemudian, tandakan pada kotak yang disediakan dan klik butang Seterusnya >>>.

Page 11: MANUAL PERMOHONAN KE SEKOLAH BERASRAMA …myschoolchildren.com/ALLFILES/PDF/manual-ibubapa-SBP-2014.pdf · maklumat murid. 4.2.7 Langkah 5 ... Arahan : Sila tanda pada kotak pada

4.2.4 Langkah 2 – Maklumat Murid

Arahan : Sila isikan butiran yang dikehendaki. Jika maklumat yang dipaparkan salah, sila masukkan semula maklumat tersebut. Kemudian, klik butang Seterusnya >>>.

*Nota : Bagi Calon Menetap Bersama / Tinggal di, pilihan yang dipilih mewakili bahagian maklumat penjaga.

Page 12: MANUAL PERMOHONAN KE SEKOLAH BERASRAMA …myschoolchildren.com/ALLFILES/PDF/manual-ibubapa-SBP-2014.pdf · maklumat murid. 4.2.7 Langkah 5 ... Arahan : Sila tanda pada kotak pada

4.2.5 Langkah 3 – Maklumat Kokurikulum

Arahan : Sila isikan butiran kokurikulum yang dikehendaki. Jika maklumat yang dipaparkan salah, sila masukkan semula maklumat tersebut. Kemudian, klik butang Seterusnya >>>.

Page 13: MANUAL PERMOHONAN KE SEKOLAH BERASRAMA …myschoolchildren.com/ALLFILES/PDF/manual-ibubapa-SBP-2014.pdf · maklumat murid. 4.2.7 Langkah 5 ... Arahan : Sila tanda pada kotak pada

4.2.6 Langkah 4 – Maklumat Ibu / Bapa / Penjaga

Arahan : Sila isikan maklumat penjaga yang dikehendaki. Jika maklumat yang dipaparkan salah, sila masukkan semula maklumat tersebut. Kemudian, klik butang Seterusnya >>>.

*Nota : Paparan maklumat ibu dan bapa akan diminta sebagai penjaga utama dan kedua jika pengguna memilih Ibu dan Bapa pada pilihan Calon Menetap Bersama / Tinggal di pada bahagian maklumat murid.

Page 14: MANUAL PERMOHONAN KE SEKOLAH BERASRAMA …myschoolchildren.com/ALLFILES/PDF/manual-ibubapa-SBP-2014.pdf · maklumat murid. 4.2.7 Langkah 5 ... Arahan : Sila tanda pada kotak pada

4.2.7 Langkah 5 – Permohonan Jenis Sekolah

Arahan : Sila pilih Ya / Tidak pada pilihan permohonan jenis sekolah yang dikehendaki, kemudian pilih nama sekolah dan aliran. Seterusnya, memilih pilihan keutamaan permohonan. Sila nyatakan persetujuan untuk ditempatkan ke jenis sekolah selain dari yang dipohon. Klik butang Seterusnya >>> setelah selesai.

Page 15: MANUAL PERMOHONAN KE SEKOLAH BERASRAMA …myschoolchildren.com/ALLFILES/PDF/manual-ibubapa-SBP-2014.pdf · maklumat murid. 4.2.7 Langkah 5 ... Arahan : Sila tanda pada kotak pada

4.2.8 Langkah 6 – Paparan Keseluruhan Maklumat Permohonan

Arahan : Pengguna boleh melihat paparan keseluruhan permohonan. Jika terdapat sebarang kesalahan, sila klik Kemaskini pada bahagian yang ingin dikemaskini.

Arahan : Sila tanda pada kotak pada bahagian pengakuan. Jika masih belum mahu menyerahkan permohonan, klik pada butang simpan permohonan. Namun sekiranya tiada sebarang

Page 16: MANUAL PERMOHONAN KE SEKOLAH BERASRAMA …myschoolchildren.com/ALLFILES/PDF/manual-ibubapa-SBP-2014.pdf · maklumat murid. 4.2.7 Langkah 5 ... Arahan : Sila tanda pada kotak pada

pengemaskinian, klik pada butang cetak dan serah permohonan untuk mencetak permohonan.

4.3 Status Permohonan

Arahan : Status permohonan akan dipaparkan pada laman utama setelah selesai membuat permohonan. Sila klik pada ‘link’ yang disediakan jika mahu membuat kemaskini.

Nota : Sekiranya permohonan telah DISERAH DAN CETAK, hanya link Cetak Permohonan sahaja yang dipaparkan.

<< TAMAT >>