sistem permohonan kemasukan pelajar ke ipta lepasan stpm...

15
MANUAL PENGGUNA SISTEM PERMOHONAN KEMASUKAN KE INSTITUSI PENDIDIKAN TINGGI AWAM PROGRAM PENGAJIAN LEPASAN STPM/Setaraf SESI AKADEMIK 2013/2014

Upload: doquynh

Post on 06-Feb-2018

250 views

Category:

Documents


6 download

TRANSCRIPT

Page 1: Sistem Permohonan Kemasukan Pelajar ke IPTA Lepasan STPM ...myschoolchildren.com/ALLFILES/PDF/...LEPASAN_STPM_SETARAF-20… · manual pengguna sistem permohonan kemasukan ke institusi

MANUAL PENGGUNA

SISTEM PERMOHONAN KEMASUKAN KE

INSTITUSI PENDIDIKAN TINGGI AWAM PROGRAM PENGAJIAN LEPASAN STPM/Setaraf

SESI AKADEMIK 2013/2014

Page 2: Sistem Permohonan Kemasukan Pelajar ke IPTA Lepasan STPM ...myschoolchildren.com/ALLFILES/PDF/...LEPASAN_STPM_SETARAF-20… · manual pengguna sistem permohonan kemasukan ke institusi

Sistem Permohonan Kemasukan Pelajar ke IPTA Lepasan STPM/ Setaraf Sesi 2013/2014

2 | M u k a s u r a t

1 LAMAN PILIHAN KATEGORI PERMOHONAN

1.1 Pada ruangan Jenis Permohonan, pemohon perlu memilih ‘Kemasukan Ke IPTA/Politeknik

Premier’. Pemohon boleh klik pada ikon di sebelah kanan bagi mengetahui maklumat lanjut mengenai Jenis Permohonan. 1.2 Seterusnya pada ruangan Program Pengajian, pemohon perlu memilih ‘Program Pengajian’

samada ‘Lepasan STPM/Setaraf’. Pemohon boleh klik pada ikon di sebelah kanan bagi mengetahui maklumat lanjut mengenai Program Pengajian yang ditawarkan 1.3 Pemohon perlu menentukan dan memilih Kategori Permohonan sama ada STPM 2012, Matrikulasi KPM/ PASUM/ Diploma/ Setaraf/ STAM 2012, 2011. Pemohon boleh klik pada ikon di sebelah kanan bagi mengetahui maklumat lanjut mengenai Program Pengajian yang ditawarkan 1.3 Sila klik butang ‘Masuk’ untuk ke laman berikutnya. PERINGATAN : Sila pastikan komputer yang anda gunakan mempunyai perisian Adobe Acrobat Reader bagi mencetak Slip Permohonan. Jika tiada perisian ini, sila layari laman web http://get.adobe.com/reader untuk tujuan instalasi sebelum mengemukakan permohonan. Pemohon dinasihatkan agar mengemukakan permohonan secara berasingan. Pemohon dikehendaki menyelesaikan permohonan terlebih dahulu sebelum mengemukakan permohonan calon lain.

Page 3: Sistem Permohonan Kemasukan Pelajar ke IPTA Lepasan STPM ...myschoolchildren.com/ALLFILES/PDF/...LEPASAN_STPM_SETARAF-20… · manual pengguna sistem permohonan kemasukan ke institusi

Sistem Permohonan Kemasukan Pelajar ke IPTA Lepasan STPM/ Setaraf Sesi 2013/2014

3 | M u k a s u r a t

2 LAMAN PANDUAN PERMOHONAN

2.1 Pemohon diwajibkan untuk membaca Panduan Permohonan bagi mengetahui tatacara permohonan melalui Aplikasi Dalam Talian iaitu Sebelum, Semasa dan Selepas Mengemukakan Permohonan. 2.2 Pemohon boleh kembali semula ke Laman Utama dengan mengklik butang ‘Keluar’. 2.3 Untuk meneruskan permohonan, sila klik butang ‘Permohonan’.

Page 4: Sistem Permohonan Kemasukan Pelajar ke IPTA Lepasan STPM ...myschoolchildren.com/ALLFILES/PDF/...LEPASAN_STPM_SETARAF-20… · manual pengguna sistem permohonan kemasukan ke institusi

Sistem Permohonan Kemasukan Pelajar ke IPTA Lepasan STPM/ Setaraf Sesi 2013/2014

4 | M u k a s u r a t

3 BORANG DAFTAR PERMOHONAN

3.1 Pemohon wajib mengisi ‘No. Kad Pengenalan/MyKad’ sebenar. Pastikan No. Kad Pengenalan yang dimasukkan adalah tepat mengikut nombor yang tertera pada kad pengenalan anda. Sebarang kesilapan boleh menjejaskan permohonan. Contoh: 123456789101. 3.2 Pemohon wajib mengisi ‘No. Kad Pengenalan/ MyKAD semasa pendaftaran peperiksaan. Maklumat ini penting sekiranya No. Kad Pengenalan yang didaftarkan semasa menduduki peperiksaan STPM, Matrikulasi/Asasi dan STAM berbeza dari No. Kad Pengenalan sebenar. 3.3 Pemohon wajib mengisi ‘No. Unik ID’. Nombor ini boleh dibeli dari Bank Simpanan Nasional (BSN) sebagai nombor pin keselamatan untuk mengisi borang permohonan. 3.4 Pemohon wajib mengisi ‘Kata Laluan’. Sila masukkan samada gabungan (nombor dan huruf) atau (angka dan huruf) di antara 6-8 aksara. Contoh: abc123/123abc/a123b. 3.5 Pemohon wajib mengisi ‘Pengesahan Kata Laluan’ sama seperti kata laluan yang telah dimasukkan di atas. 3.6 Pemohon wajib mengisi ‘Nama Ibu’. Masukkan nama yang ringkas dan mudah diingati. 3.7 Pemohon diwajibkan memilih kategori yang betul. Untuk makluman, sila rujuk ‘[Info Kategori]’. 3.8 Pemohon wajib mengisi ’Kod Imej’. Pastikan kod yang dimasukkan sama seperti yang tertera. Sekiranya kod yang dipaparkan kurang atau tidak jelas, sila klik butang Refresh pada browser anda. 3.9 Untuk meneruskan permohonan, sila klik butang ‘seterusnya’.

Page 5: Sistem Permohonan Kemasukan Pelajar ke IPTA Lepasan STPM ...myschoolchildren.com/ALLFILES/PDF/...LEPASAN_STPM_SETARAF-20… · manual pengguna sistem permohonan kemasukan ke institusi

Sistem Permohonan Kemasukan Pelajar ke IPTA Lepasan STPM/ Setaraf Sesi 2013/2014

5 | M u k a s u r a t

4 BORANG MAKLUMAT PERIBADI

4.1 ‘No Kad Pengenalan/MyKad’ adalah maklumat yang dimasukkan semasa pendaftaran sistem. 4.2 ‘No Kad Pengenalan/MyKad (semasa pendaftaran peperiksaan)’ adalah maklumat yang dimasukkan semasa pendaftaran peperiksaan. Maklumat ini penting sekiranya No. Kad Pengenalan/Mykad yang digunakan semasa pendaftaran peperiksaan berbeza dari No Kad Pengenalan sebenar. 4.3 Pemohon wajib mengisi ‘No Kad Pengenalan/ MyKad Bapa/ Penjaga dan Ibu’ tanpa simbol. Contoh: 123456789101. 4.3 Pemohon wajib mengisi ruangan ‘Nama’ sama seperti yang tertera pada No Kad Pengenalan/ MyKad. Pastikan nama yang dimasukkan tepat. 4.4 Pemohon wajib mengisi ‘Tarikh Lahir’. Klik pada ikon . Pop-up kalendar seperti rajah di bawah akan terpapar. Sila pastikan tarikh yang dipilih tepat. 4.5 Pemohon wajib mengisi ’Tempat Lahir’. Pilih maklumat negeri kelahiran dari senarai yang disediakan. 4.6 Pemohon wajib mengisi ’Alamat Surat Menyurat’. Sila pastikan alamat anda adalah betul. Sebarang kesilapan boleh menyebabkan anda gagal dihubungi. 4.7 Pemohon wajib mengisi ‘Bandar’. 4.8 Pemohon wajib mengisi ‘Poskod’. Sila pastikan hanya nombor sahaja yang dimasukkan.

Page 6: Sistem Permohonan Kemasukan Pelajar ke IPTA Lepasan STPM ...myschoolchildren.com/ALLFILES/PDF/...LEPASAN_STPM_SETARAF-20… · manual pengguna sistem permohonan kemasukan ke institusi

Sistem Permohonan Kemasukan Pelajar ke IPTA Lepasan STPM/ Setaraf Sesi 2013/2014

6 | M u k a s u r a t

4.9 Pemohon perlu mengisi ‘Kawasan Parlimen’. Maklumat ini adalah berdasarkan NEGERI pada medan Alamat Surat-Menyurat. Sebagai contoh, jika pemohon memilih Negeri=SELANGOR, Kawasan Parlimen akan memaparkan Kawasan Parlimen Selangor sahaja. 4.10 Pemohon perlu mengisi ‘Telefon Rumah’ ATAU ‘Telefon Bimbit’. Pemohon wajib mengisi salah satu atau kedua-dua nombor telefon. Sebarang kesilapan semasa mengisi maklumat ini akan menyebabkan pemohon gagal dihubungi. 4.11 Pemohon wajib mengisi ‘Emel’. Pastikan alamat emel yang dimasukkan mengikut format. 4.12 Pemohon wajib mengisi ‘Taraf Perkahwinan’. Pilih maklumat perkahwinan dari senarai yang disediakan. 4.13 Pemohon wajib mengisi ‘Kecacatan’. a. Adakah anda cacat? Wajib pilih ‘Ya’ atau ‘Tidak’.

b. Jika ’Ya’, Sila pilih dari senarai yang disediakan.

c. Jika ‘Cacat Lain’, sila isikan ruangan yang disediakan.

d. No. Pendaftaran OKU (jika ada).

e. Keterangan Kecacatan. Sila klik ’Contoh Keterangan Kecacatan’ untuk panduan. 4.14 Sila klik butang ‘Simpan’ untuk ke laman seterusnya.

Page 7: Sistem Permohonan Kemasukan Pelajar ke IPTA Lepasan STPM ...myschoolchildren.com/ALLFILES/PDF/...LEPASAN_STPM_SETARAF-20… · manual pengguna sistem permohonan kemasukan ke institusi

Sistem Permohonan Kemasukan Pelajar ke IPTA Lepasan STPM/ Setaraf Sesi 2013/2014

7 | M u k a s u r a t

5 BORANG MAKLUMAT PEKERJAAN DAN PENDAPATAN KELUARGA

5.1 Pemohon wajib mengisi ‘Status Pekerjaan dan Sektor’. a. Bapa/Penjaga. Pilih maklumat status pekerjaan dan sektor dari senarai yang disediakan.

b. Ibu. Pilih maklumat status pekerjaan dan sektor dari senarai yang disediakan.

c. Pemohon. Pilih maklumat status pekerjaan dan sektor dari senarai yang disediakan. 5.2 Pemohon perlu mengisi ‘Tempoh Pengalaman Kerja Pemohon’. Sila pilih dari senarai yang disediakan. 5.3 Pemohon wajib mengisi ‘Pendapatan Keluarga’. Sila pilih dari senarai yang disediakan. 5.4 Pemohon wajib mengisi ‘Tanggungan Keluarga’. Sila pilih dari senarai yang disediakan. 5.5 Pemohon wajib mengisi ‘Tempat Tinggal’. Sila pilih dari senarai yang disediakan. 5.6 Pemohon perlu mengisi ‘No. Rujukan Cukai Pendapatan Bapa/Ibu/Penjaga’ (jika ada). 5.7 Sila klik butang ‘Simpan’ untuk ke laman seterusnya. Nota: Untuk kembali semula ke laman sebelumnya, pemohon boleh klik pada pautan Peribadi > seperti yang tertera.

Page 8: Sistem Permohonan Kemasukan Pelajar ke IPTA Lepasan STPM ...myschoolchildren.com/ALLFILES/PDF/...LEPASAN_STPM_SETARAF-20… · manual pengguna sistem permohonan kemasukan ke institusi

Sistem Permohonan Kemasukan Pelajar ke IPTA Lepasan STPM/ Setaraf Sesi 2013/2014

8 | M u k a s u r a t

6 BORANG MAKLUMAT AKADEMIK (SPM)

6.1 Pemohon wajib mengisi ‘Tahap MUET. Sila pilih dari senarai yang disediakan. 6.2 Pemohon wajib mengisi ‘Tarikh Ambil MUET. Sila pilih dari senarai yang disediakan. 6.3 Pemohon perlu mengisi ‘Angka Giliran MUET. 6.4 Pemohon wajib mengisi ‘Angka Giliran SPM’. 6.5 Pemohon wajib mengisi ‘Tahun SPM’. Sila pilih maklumat dari senarai yang disediakan. 6.7 Pemohon wajib mengisi ‘Keputusan SPM’.

- Bagi Kategori Lepasan STPM 2012, Matrikulasi/ Asasi dan STAM 2012,2011, maklumat Keputusan SPM tertera secara Automatik.

- Bagi Kategori Diploma/ Setaraf, anda perlu mengisi maklumat Keputusan SPM.

Page 9: Sistem Permohonan Kemasukan Pelajar ke IPTA Lepasan STPM ...myschoolchildren.com/ALLFILES/PDF/...LEPASAN_STPM_SETARAF-20… · manual pengguna sistem permohonan kemasukan ke institusi

Sistem Permohonan Kemasukan Pelajar ke IPTA Lepasan STPM/ Setaraf Sesi 2013/2014

9 | M u k a s u r a t

6.8 Pemohon perlu mengisi ‘English GCE O Level’ jika ada. . 6.9 Pemohon hanya perlu mengisi ‘BM Julai’ jika ada. 6.10 Pemohon hanya perlu mengisi ‘Matematik Julai’ jika ada. 6.11 Maklumat ‘No. Matrik’ dan ‘Kolej Matrikulasi’ tertera secara automatic jika pemohon adalah kategori Matrikulasi/ Asasi. 6.12 Maklumat ‘Tahun STAM’ dan ‘Angka Gilir STAM’ tertera secara automatik jika pemohon adalah kategori STAM. Bagi Pemohon Kategori Diploma/ Setaraf. 6.13 Pemohon wajib mengisi ‘PNGK/HPNM’. 6.14 Pemohon perlu mengisi ‘Lain-lain PNGK’. 6.15 Pemohon wajib mengisi ‘Keterangan Diploma’.

i. Negara: Pilih maklumat dari senarai negara yang disediakan. ii. Institusi : Pilih maklumat dari senarai institusi yang disediakan. iii. Jenis Diploma : Pilih maklumat dari senarai jenis diploma yang disediakan. iv. Bidang Diploma : Pilih maklumat dari senarai bidang diploma yang disediakan. v. Status Tamat Pengajian : Pilih maklumat dari senarai status tamat pengajian yang disediakan. vi. Tarikh Tamat Pengajian : Klik pada icon vii. Lain‐lain Institusi : Sila isi ruangan ini jika maklumat anda tiada dalam senarai institusi yang disediakan di ruangan (b). viii. Diploma Selain Di Atas : Sila isi ruangan ini jika maklumat anda tiada dalam senarai jenis diploma yang disediakan di ruangan (c).

6.16 Sila klik butang ‘Simpan’ untuk ke laman seterusnya. Nota: Untuk kembali semula ke laman sebelumnya, pemohon boleh boleh memilih pada pautan Peribadi > Pekerjaan & Pendapatan Keluarga > seperti yang tertera.

Page 10: Sistem Permohonan Kemasukan Pelajar ke IPTA Lepasan STPM ...myschoolchildren.com/ALLFILES/PDF/...LEPASAN_STPM_SETARAF-20… · manual pengguna sistem permohonan kemasukan ke institusi

Sistem Permohonan Kemasukan Pelajar ke IPTA Lepasan STPM/ Setaraf Sesi 2013/2014

10 | M u k a s u r a t

7 BORANG MAKLUMAT KOKURIKULUM

7.1. Pemohon wajib mengisi ‘CGPA Kokurikulum’. Sila pilih dari senarai yang disediakan. 7.2. Pemohon wajib mengisi ‘Sukan / Permainan’. Sila pilih dari senarai yang disediakan.

i. Jenis.

ii. Jawatan.

iii. Tahap Penglibatan.

iv. Jenis Kejohanan. Nota: Sekiranya anda tidak terlibat dengan kegiatan kokurikulum, anda perlu nyatakan ‘TIDAK TERLIBAT’. 7.3. Pemohon wajib mengisi ‘Badan Beruniform’. Sila pilih dari senarai yang disediakan. 7.4. Pemohon wajib mengisi ‘Kelab / Persatuan’. Sila pilih dari senarai yang disediakan. Nota: Sekiranya anda tidak terlibat dengan kegiatan kokurikulum, anda perlu nyatakan ‘TIDAK TERLIBAT’. 7.5. Pemohon wajib mengisi maklumat sama seperti di atas KECUALI maklumat ‘CGPA Kokurikulum’. 7.6. Sila klik butang ‘Simpan’ untuk ke laman seterusnya. Nota: Untuk kembali semula ke laman sebelumnya, pemohon boleh memilih pada pautan Peribadi > Pekerjaan & Pendapatan Keluarga > Akademik > seperti yang tertera.

Page 11: Sistem Permohonan Kemasukan Pelajar ke IPTA Lepasan STPM ...myschoolchildren.com/ALLFILES/PDF/...LEPASAN_STPM_SETARAF-20… · manual pengguna sistem permohonan kemasukan ke institusi

Sistem Permohonan Kemasukan Pelajar ke IPTA Lepasan STPM/ Setaraf Sesi 2013/2014

11 | M u k a s u r a t

8 BORANG PILIHAN PROGRAM

8.1. Pemohon wajib mengisi ‘Pilihan Bidang Mengikut Keutamaan’. Sila pilih dari senarai yang disediakan.

i. Bidang 1.

ii. Bidang 2.

iii. Bidang 3. 8.2. Pemohon wajib mengisi ‘Pilihan Program Pengajian Mengikut Keutamaan. Sila pilih dari senarai yang disediakan.

i. Pilihan 1 - wajib diisi.

ii. Pilihan 2 - wajib diisi.

iii. Pilihan 3 - wajib diisi.

iv. Pilihan 4 - wajib diisi.

v. Pilihan 5.

vi. Pilihan 6.

vii. Pilihan 7.

viii. Pilihan 8.

Page 12: Sistem Permohonan Kemasukan Pelajar ke IPTA Lepasan STPM ...myschoolchildren.com/ALLFILES/PDF/...LEPASAN_STPM_SETARAF-20… · manual pengguna sistem permohonan kemasukan ke institusi

Sistem Permohonan Kemasukan Pelajar ke IPTA Lepasan STPM/ Setaraf Sesi 2013/2014

12 | M u k a s u r a t

8.3. Pemohon wajib mengisi ‘Adakah anda bersetuju menerima tawaran selain pilihan- pilihan anda diatas?’. Sila nyatakan ‘Ya’ atau ‘Tidak’.

8.5. Sila klik butang ‘Simpan’ untuk ke laman seterusnya. Nota: Untuk kembali semula ke laman sebelumnya, pemohon boleh boleh memilih pada pautan Peribadi > Pekerjaan & Pendapatan Keluarga > Akademik > Kokurikulum > seperti yang tertera.

Page 13: Sistem Permohonan Kemasukan Pelajar ke IPTA Lepasan STPM ...myschoolchildren.com/ALLFILES/PDF/...LEPASAN_STPM_SETARAF-20… · manual pengguna sistem permohonan kemasukan ke institusi

Sistem Permohonan Kemasukan Pelajar ke IPTA Lepasan STPM/ Setaraf Sesi 2013/2014

13 | M u k a s u r a t

9 BORANG MAKLUMAT TAMBAHAN

9.1. Pemohon wajib mengisi ‘Adakah anda bersetuju untuk menerima sebarang hebahan maklumat melalui Sistem Pesanan Ringkas(SMS) dengan caj diantara RM0.10 hingga RM0.35 per SMS?*’. Sila pilih ‘Ya’ atau ‘Tidak’. 9.2. Pemohon wajib mengisi ‘Adakah anda bersetuju maklumat permohonan ini dikemukakan kepada pihak lain untuk tujuan pendidikan tinggi negara?*’. Sila pilih ‘Ya’ atau ‘Tidak’. 9.3. Pemohon wajib mengisi ‘Adakah anda bersetuju untuk menerima Wang Pendahuluan Pinjaman(WPP) PTPTN?*’. Sila pilih ‘Ya’ atau ‘Tidak’. 9.4. Pemohon wajib mengisi ‘Adakah anda mengemukakan permohonan ke agensi lain selain BPKP?*’. Sila pilih ‘Ya’ atau ‘Tidak’. 9.5. Sila klik butang ‘Simpan’ untuk ke laman seterusnya. Nota: Untuk kembali semula ke laman sebelumnya, pemohon boleh boleh memilih pada pautan Peribadi > Pekerjaan & Pendapatan Keluarga > Akademik > Kokurikulum > Pilihan Program > seperti yang tertera.

Page 14: Sistem Permohonan Kemasukan Pelajar ke IPTA Lepasan STPM ...myschoolchildren.com/ALLFILES/PDF/...LEPASAN_STPM_SETARAF-20… · manual pengguna sistem permohonan kemasukan ke institusi

Sistem Permohonan Kemasukan Pelajar ke IPTA Lepasan STPM/ Setaraf Sesi 2013/2014

14 | M u k a s u r a t

10 LAMAN PENGESAHAN PERMOHONAN

a. Anda diwajibkan menyemak semula maklumat yang telah diisi. Sekiranya terdapat sebarang perubahan sila klik pada ikon di bahagian atas setiap segmen untuk mengemaskini permohonan sebelum pengesahan. b. Pemohon wajib membaca dan wajib klik pada ruangan ‘Peringatan & Perakuan Pemohon’. c Pastikan anda klik butang ‘sah & hantar’ untuk memastikan maklumat anda telah selamat diterima oleh sistem.

Page 15: Sistem Permohonan Kemasukan Pelajar ke IPTA Lepasan STPM ...myschoolchildren.com/ALLFILES/PDF/...LEPASAN_STPM_SETARAF-20… · manual pengguna sistem permohonan kemasukan ke institusi

Sistem Permohonan Kemasukan Pelajar ke IPTA Lepasan STPM/ Setaraf Sesi 2013/2014

15 | M u k a s u r a t

11 LAMAN SLIP PERMOHONAN a. Pastikan anda mencetak Slip Permohonan sebagai bukti sah permohonan. b. Bagi memastikan maklumat permohonan anda telah diterima oleh sistem, sila buat semakan dari menu SEMAKAN. c. Selepas mengemukakan permohonan, anda dibenarkan untuk mengemaskini permohonan sebanyak tiga (3) kali SAHAJA sehingga tarikh tutup permohonan.