mampu beri perspektif berbeza dalam hidup

1
GAMBAR seorang lelaki yang tidak dinamakan yang disiar- kan di Facebook oleh Perdana Menteri Lee Hsien Loong pagi kelmarin (kiri) telah mencetuskan penghargaan men- curah-curah terhadap pekerja asing di sini. Encik Lee memuat naik gambar hitam putih seorang lelaki yang duduk bersendirian di bawah pokok di Taman Pantai Changi, yang diambilnya pada hujung minggu Tahun Baharu. Dalam pos itu, Encik Lee berkata lelaki itu kelihatan seperti seorang pekerja asing yang sedang menggunakan telefon bim- bit untuk menghubungi keluarganya, dan beliau menggesa orang ramai agar menghargai sumbangan pekerja asing di sini. Ini termasuk membina rumah dan prasarana pengangkutan, serta menjaga golongan muda dan tua. “Sedang kita menikmati musim perayaan dengan rakan dan keluarga, marilah kita ingat pekerja asing yang telah meninggal- kan keluarga mereka untuk bekerja di negara yang jauh,” ka- tanya. Beliau menambah: “Mereka bekerja keras dan berjimat un- tuk menyara orang tersayang, tetapi sekurang-kurangnya de- ngan Internet dan telefon bimbit, mereka boleh terus ber- hubung dan berasa tidak begitu jauh.” Tulisannya itu mengundang ratusan komen daripada warga Singapura dan pekerja asing. Cik Nyo Nyo Lwin, seorang jururawat dari Myanmar yang bekerja di Hospital Ren Ci, berkata: “Terima kasih banyak Tuan PM kerana mengingati pekerja asing. Saya telah bekerja di sini selama 10 tahun.” Pelajar Selina Xu menulis: “Saya benar-benar gembira anda menarik perhatian terhadap golongan yang sering diabaikan atau tidak dilihat oleh masyarakat kita – pekerja asing kita te- lah berjerih payah tanpa mengenal penat lelah untuk membina landskap Singapura. “Tetapi kadangkala nasib dan suara mereka tidak didengar dan sumbangan meluas mereka kepada bandar raya kita kurang dihargai.” ESHAHIDA SARHID [email protected] MEMILIH bidang seperti tarian, filem dan teater mungkin merupakan satu laluan pendidikan yang agak unik dan berlainan daripada sistem pendidi- kan yang biasa. Tetapi bagi tiga pelajar dari Sekolah Seni Singapura (Sota) – Cik Deanna Dzulkifli, Encik Rashad Faizal dan Encik Rian Asrudi Asbulla – mengikuti Program Diploma Inter- national Baccalaureate (IBDP) dalam bidang seni yang diminati memberi- kan mereka perspektif berbeza ter- hadap kehidupan dan melihat bagai- mana adanya hubungan antara satu sama lain. Mereka merupakan antara 165 pelajar Sota yang menduduki pe- periksaan IB tahun lalu. Sota meraih kadar kelulusan 100 peratus di kalangan pelajarnya yang mengikuti IBDP dan Sijil Ber- kaitan Kerjaya IB (IBCC). Secara purata, pelajar IBDP So- ta meraih 38 mata dengan 52 orang daripada mereka meraih keputu- san antara 40 dengan 45 mata. Keputusan 45 mata merupakan mata penuh. Sementara itu, 73 peratus pela- jar IBCC menunjukkan prestasi ce- merlang dalam pelajaran berkaitan kerjaya dan bagi subjek program di- ploma dengan meraih gred 6 dan 7. Gred 7 merupakan gred terbaik. Kesemua pelajar program diplo- ma perlu mengambil tiga subjek utama yang disertakan bagi men- cabar dan meluaskan lagi pengala- man pendidikan mereka. Ini termasuk mengambil esei lan- jutan sebanyak 4,000 patah per- kataan yang memerlukan kajian berdikari berkaitan subjek pro- gram diploma yang diambil, teori pengetahuan di samping melibat- kan diri dalam kegiatan kreatif, su- kan atau kemasyarakatan seku- rang-kurangnya tiga jam setiap minggu sepanjang dua tahun mengikuti program IB itu. Encik Rashad yang meraih 38 ma- ta bagi keputusan peperiksaan IB berharap dapat melanjutkan pela- jarannya dengan mengikuti pro- gram ijazah pembikinan filem digi- tal di Sekolah Seni, Rekaan dan Me- dia di Universiti Teknologi Nanyang (NTU). Meskipun terpaksa mengulangi pengajian tahun kelima, Encik Rashad yang menumpukan per- hatian seninya terhadap bidang per- fileman bersyukur dengan sistem sokongan yang diraihnya di Sota. “Teman-teman dan guru di Sota banyak memberi saya motivasi agar terus melakukan yang terbaik. “Malah Sota juga mempersiap saya agar minda lebih terbuka dalam pelajaran serta lebih memina- ti subjek yang saya ikuti,” kata pela- jar berusia 20 tahun itu. Temannya, Encik Rian, 18 tahun, yang mengambil IBCC dan meraih gred 6 bagi subjek Bahasa Melayu dan Teater pula berharap melanjut- kan pelajarannya dengan mengikuti program ijazah lakonan di Maktab Seni Lasalle. Encik Rian, yang juga pernah be- kerja sambil belajar dengan syarikat teater Melayu, Teater Ekamatra, berpeluang menulis dan kemudian berlakon dalam pementasan me- ngenai datuknya sebagai persembah- an semasa penyampaian ijazahnya. “IBCC telah membantu me- ningkatkan lagi portfolio saya. “Meskipun ada yang masih ra- gu-ragu dengan masa depan seorang anak seni di Singapura, saya tetap yakin rezeki dalam bidang seni ini tetap ada dan tidak hanya tertakluk di negara ini sahaja,” katanya. Encik Rian pernah mengetuai program mengajar dan mengurus- kan muzik serta permainan teater se- masa satu lawatan pembelajaran di Indonesia. – Laporan tambahan oleh NUR HUMAIRA SAJAT Gambar PM Lee cetus penghargaan kepada pekerja asing Bidang seni mampu beri perspektif berbeza dalam hidup Berita Harian sejauh ini telah menerbitkan pelbagai klip video menyentuh isu semasa, dunia hiburan, sukan dan pelbagai lagi. Untuk menonton klip video berkenaan, kunjungi Galeri Video di laman BeritaHarian.sg. MENCETUS EMOSI: PM Lee mengambil gambar seorang lelaki duduk di bawah pokok di pantai Changi yang kelihatan seperti seorang pekerja asing sedang menggunakan telefon bimbit untuk menghubungi keluarganya. PM Lee menerbitkan gambar ini di Facebook dan mengajak orang ramai agar menghargai sumbangan pekerja asing. – Foto FACEBOOK PM LEE PILIH SENI: Tiga pelajar dari Sekolah Seni Singapura (Sota) ini, (dari kiri) Encik Rian Asrudi Asbulla, Encik Rashad Faizal dan Cik Deanna Dzulkifli, gembira kerana meraih keputusan baik bagi peperiksaan International Baccalaureate (IB) semalam. – Foto M.O. SALLEH 16 JUMAAT, 6 JANUARI 2017 (7 RABIULAKHIR 1438) KEPUTUSAN PEPERIKSAAN DIPLOMA IB Berita Harian Singapura @BeritaHarianSG IKUTI KAMI DI Diterbitkan dan dicetak oleh Singapore Press Holdings Limited. Co. Regn. No. 198402868E. Anggota Pengedaran Biro Audit Singapura. Perkhidmatan Pengguna (Pengedaran): 6388-3838, [email protected], Faks: 6746-1925.

Upload: others

Post on 16-Oct-2021

19 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: mampu beri perspektif berbeza dalam hidup

GAMBAR seorang lelaki yang tidak dinamakan yang disiar-kan di Facebook oleh Perdana Menteri Lee Hsien Loong pagi kelmarin (kiri) telah mencetuskan penghargaan men-curah-curah terhadap pekerja asing di sini.

Encik Lee memuat naik gambar hitam putih seorang lelaki yang duduk bersendirian di bawah pokok di Taman Pantai Changi, yang diambilnya pada hujung minggu Tahun Baharu.

Dalam pos itu, Encik Lee berkata lelaki itu kelihatan seperti seorang pekerja asing yang sedang menggunakan telefon bim-bit untuk menghubungi keluarganya, dan beliau menggesa orang ramai agar menghargai sumbangan pekerja asing di sini.

Ini termasuk membina rumah dan prasarana pengangkutan, serta menjaga golongan muda dan tua.

“Sedang kita menikmati musim perayaan dengan rakan dan keluarga, marilah kita ingat pekerja asing yang telah meninggal-kan keluarga mereka untuk bekerja di negara yang jauh,” ka-tanya.

Beliau menambah: “Mereka bekerja keras dan berjimat un-tuk menyara orang tersayang, tetapi sekurang-kurangnya de-ngan Internet dan telefon bimbit, mereka boleh terus ber-hubung dan berasa tidak begitu jauh.”

Tulisannya itu mengundang ratusan komen daripada warga Singapura dan pekerja asing.

Cik Nyo Nyo Lwin, seorang jururawat dari Myanmar yang bekerja di Hospital Ren Ci, berkata: “Terima kasih banyak Tuan PM kerana mengingati pekerja asing. Saya telah bekerja di sini selama 10 tahun.”

Pelajar Selina Xu menulis: “Saya benar-benar gembira anda menarik perhatian terhadap golongan yang sering diabaikan atau tidak dilihat oleh masyarakat kita – pekerja asing kita te-lah berjerih payah tanpa mengenal penat lelah untuk membina landskap Singapura.

“Tetapi kadangkala nasib dan suara mereka tidak didengar dan sumbangan meluas mereka kepada bandar raya kita kurang dihargai.”

ESHAHIDA [email protected]

MEMILIH bidang seperti tarian, filem dan teater mungkin merupakan satu laluan pendidikan yang agak unik dan berlainan daripada sistem pendidi-kan yang biasa.

Tetapi bagi tiga pelajar dari

Sekolah Seni Singapura (Sota) – Cik Deanna Dzulkifli, Encik Rashad Faizal dan Encik Rian Asrudi Asbulla – mengikuti Program Diploma Inter-national Baccalaureate (IBDP) dalam bidang seni yang diminati memberi-kan mereka perspektif berbeza ter-hadap kehidupan dan melihat bagai-mana adanya hubungan antara satu

sama lain.Mereka merupakan antara 165

pelajar Sota yang menduduki pe-periksaan IB tahun lalu.

Sota meraih kadar kelulusan 100 peratus di kalangan pelajarnya yang mengikuti IBDP dan Sijil Ber-kaitan Kerjaya IB (IBCC).

Secara purata, pelajar IBDP So-ta meraih 38 mata dengan 52 orang daripada mereka meraih keputu-san antara 40 dengan 45 mata.

Keputusan 45 mata merupakan mata penuh.

Sementara itu, 73 peratus pela-jar IBCC menunjukkan prestasi ce-merlang dalam pelajaran berkaitan kerjaya dan bagi subjek program di-ploma dengan meraih gred 6 dan 7.

Gred 7 merupakan gred terbaik.Kesemua pelajar program diplo-

ma perlu mengambil tiga subjek utama yang disertakan bagi men-cabar dan meluaskan lagi pengala-man pendidikan mereka.

Ini termasuk mengambil esei lan-jutan sebanyak 4,000 patah per-kataan yang memerlukan kajian berdikari berkaitan subjek pro-gram diploma yang diambil, teori pengetahuan di samping melibat-kan diri dalam kegiatan kreatif, su-kan atau kemasyarakatan seku-rang-kurangnya tiga jam setiap minggu sepanjang dua tahun mengikuti program IB itu.

Encik Rashad yang meraih 38 ma-ta bagi keputusan peperiksaan IB berharap dapat melanjutkan pela-jarannya dengan mengikuti pro-gram ijazah pembikinan filem digi-tal di Sekolah Seni, Rekaan dan Me-dia di Universiti Teknologi Nanyang (NTU).

Meskipun terpaksa mengulangi pengajian tahun kelima, Encik Rashad yang menumpukan per-hatian seninya terhadap bidang per-fileman bersyukur dengan sistem sokongan yang diraihnya di Sota.

“Teman-teman dan guru di Sota banyak memberi saya motivasi agar terus melakukan yang terbaik.

“Malah Sota juga mempersiap saya agar minda lebih terbuka dalam pelajaran serta lebih memina-ti subjek yang saya ikuti,” kata pela-jar berusia 20 tahun itu.

Temannya, Encik Rian, 18 tahun, yang mengambil IBCC dan meraih gred 6 bagi subjek Bahasa Melayu

dan Teater pula berharap melanjut-kan pelajarannya dengan mengikuti program ijazah lakonan di Maktab Seni Lasalle.

Encik Rian, yang juga pernah be-kerja sambil belajar dengan syarikat teater Melayu, Teater Ekamatra, berpeluang menulis dan kemudian berlakon dalam pementasan me-ngenai datuknya sebagai persembah-an semasa penyampaian ijazahnya.

“IBCC telah membantu me-ningkatkan lagi portfolio saya.

“Meskipun ada yang masih ra-gu-ragu dengan masa depan seorang anak seni di Singapura, saya tetap yakin rezeki dalam bidang seni ini tetap ada dan tidak hanya tertakluk di negara ini sahaja,” katanya.

Encik Rian pernah mengetuai program mengajar dan mengurus-kan muzik serta permainan teater se-masa satu lawatan pembelajaran di Indonesia. – Laporan tambahan oleh NUR HUMAIRA SAJAT

Gambar PM Lee cetus penghargaan kepada pekerja asing

Bidang senimampu beri

perspektif berbeza dalam hidup

Berita Harian sejauh ini telah menerbitkan pelbagai klip video menyentuh isu semasa, dunia hiburan, sukan dan pelbagai lagi. Untuk menonton klip video berkenaan, kunjungi Galeri Video di laman BeritaHarian.sg.

MENCETUS EMOSI: PM Lee mengambil

gambar seorang lelaki duduk di bawah pokok di pantai

Changi yang kelihatan seperti seorang

pekerja asing sedang menggunakan telefon

bimbit untuk menghubungi

keluarganya. PM Lee menerbitkan gambar ini di Facebook dan

mengajak orang ramai agar menghargai

sumbangan pekerja asing. – Foto

FACEBOOK PM LEE

PILIH SENI: Tiga pelajar dari Sekolah Seni Singapura (Sota) ini, (dari kiri) Encik Rian Asrudi Asbulla, Encik Rashad Faizal dan Cik Deanna Dzulkifli, gembira kerana meraih keputusan baik bagi peperiksaan International Baccalaureate (IB) semalam. – Foto M.O. SALLEH

16JUMAAT, 6 JANUARI 2017 (7 RABIULAKHIR 1438)

KEPUTUSAN PEPERIKSAAN DIPLOMA IB

Berita HarianSingapura

@BeritaHarianSG

IKUTI KAMI DI

Diterbitkan dan dicetak oleh Singapore Press Holdings Limited. Co. Regn. No. 198402868E. Anggota Pengedaran Biro Audit Singapura. Perkhidmatan Pengguna (Pengedaran): 6388-3838, [email protected], Faks: 6746-1925.