mamayong kit ed canlink - esplanade

8
SINOPSIS/JALAN CERITA Sepasang kekasih muda, Claudio dan Hero, akan diijab-kabulkan. Malangnya, sehari sebelum hari pernikahan mereka, gara-gara termakan fitnah, Claudio telah menuduh Hero berlaku curang. Hero dimalukan di atas mezbah dan dikatakan telah mati akibat terlalu sedih. Manakala sepupunya Hero, Beatrice, sentiasa bertengkar dengan Benedick. Kedua-duanya bagaikan pinang dibelah dua tetapi sering bercakaran. Kaum kerabat bersama teman-teman berkomplot untuk menyatukan mereka; Beatrice dan Benedick terpedaya dan akhirnya, mengaku perasaan cinta mereka. Sebuah adaptasi dari Much Ado About Nothing oleh Shakespeare, Ma'ma Yong (About Nothing Much To Do) adalah sebuah komedi romantis yang menceritakan akan sebuah pementasan yang berlaku di sebuah hospital sakit jiwa. Dengan barisan pelakon yang terdiri dari pelbagai bangsa dan budaya, Ma'ma Yong menjanjikan sajian yang beraneka citarasa, dari genre lokal ke feudalisma langsung ke budaya dan spiritual dalam satu hidangan. Persembahan Ma’ma Yong (About Nothing Much to Do) akan menyesuaikan konvensi asalan Mak Yong. Mak Yong adalah sebuah bentuk seni yang dikenali sebagai Karya Agung Dunia. Baca lebih lanjut untuk kenali bentuk seni Mak Yong. LATAR BELAKANG SENI MAK YONG Mak Yong merupakan seni teater tradisional, berasal dari masyarakat Melayu di Malaysia. Seni Mak Yong menggabungkan lakonan, vokal dan alat musik, gerak-geri dan ketelitian kostum. Seni Mak Yong berasal dari perkampungan-perkampungan di Kelantan. Ramai pakar seni tradisional Melayu percaya bahawa seni Mak Yong telah wujud sebelum penyebaran agama Islam di Malaysia. PANDUAN PELAJAR Esplanade Presents Pentas 1

Upload: others

Post on 02-Oct-2021

11 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: mamayong kit ed canlink - Esplanade

SINOPSIS/JALAN CERITA

Sepasang kekasih muda, Claudio dan Hero, akan diijab-kabulkan. Malangnya, sehari sebelum hari pernikahan mereka, gara-gara termakan fitnah, Claudio telah menuduh Hero berlaku curang. Hero dimalukan di atas mezbah dan dikatakan telah mati akibat terlalu sedih.

Manakala sepupunya Hero, Beatrice, sentiasa bertengkar dengan Benedick. Kedua-duanya bagaikan pinang dibelah dua tetapi sering bercakaran. Kaum kerabat bersama teman-teman berkomplot untuk menyatukan mereka; Beatrice dan Benedick terpedaya dan akhirnya, mengaku perasaan cinta mereka.

Sebuah adaptasi dari Much Ado About Nothing oleh Shakespeare, Ma'ma Yong (About Nothing Much To Do) adalah sebuah komedi romantis yang menceritakan akan sebuah pementasan yang berlaku di sebuah hospital sakit jiwa. Dengan barisan pelakon yang terdiri dari pelbagai bangsa dan budaya, Ma'ma Yong menjanjikan sajian yang beraneka citarasa, dari genre lokal ke feudalisma langsung ke budaya dan spiritual dalam satu hidangan.

Persembahan Ma’ma Yong (About Nothing Much to Do) akan menyesuaikan konvensi asalan Mak Yong. Mak Yong adalah sebuah bentuk seni yang dikenali sebagai Karya Agung Dunia.

Baca lebih lanjut untuk kenali bentuk seni Mak Yong.

LATAR BELAKANG SENI MAK YONG

• Mak Yong merupakan seni teater tradisional, berasal dari masyarakat Melayu di Malaysia. • Seni Mak Yong menggabungkan lakonan, vokal dan alat musik, gerak-geri dan ketelitian kostum.

• Seni Mak Yong berasal dari perkampungan-perkampungan di Kelantan. Ramai pakar seni tradisional Melayu percaya bahawa seni Mak Yong telah wujud sebelum penyebaran agama Islam di Malaysia.

PANDUAN PELAJAR

EsplanadePresents

Pentas

1

Page 2: mamayong kit ed canlink - Esplanade

KerajaanPatani

Kelantan

Kedah

MALAYSIA

• Kepercayaan awal masyarakat Melayu sebelum kedatangan Islam adalah ‘animisme’, dimana mereka percaya semua benda di dunia ini mempunyai roh atau semangat yang mempengaruhi kehidupan manusia sama ada baik atau buruk.

• Kepercayaan ini berkait rapat dengan suasana kehidupan masyarakat yang bergantung kepada alam sekitar, muka bumi dan sebagainya untuk menggerakkan aktiviti pertanian yang menjadi sumber ekonomi mereka.

• Dengan ini, timbullah konsep pantang larang, adat istiadat, undang-undang, kebudayaan dan sebagainya.Bagi memuja semangat ini, lahirlah tarian, nyanyian,drama, muzik, unsur mainan, mentera, adat menanam,adat kematian dan sebagainya yang ada hubungan dengan kepercayaan itu.

• Beberapa dari unsur ini menjadi hiburan dan mainan yang dapat dilihat dalam seni persembahan Mak Yong seperti Main Puteri dan Main Dewa.

• Mak Yong diasaskan di Kerajaan Patani yang kini merupakan sebahagian daripada Thailand. • Oleh kerana ia diwarisi secara lisan, usia sebenar Mak Yong tidak dapat dipastikan. Bagaimanapun, fakta yang ia bebas daripada pengaruh-pengaruh luar menunjukkan ia sekurang-kurangnya berusia 800 tahun dan hampir pasti lebih awal lagi. • Menurut Hikayat Patani, Mak Yong dibawa ke Kelantan lebih 200 tahun dahulu sebagai pemberian dari Patani disebabkan perkahwinan di antara kesultanan Patani dan Kelantan.• Dari situ ia berkembang ke Kedah dan pulauan Riau di Indonesia.• Mak Yong ditonton oleh semua lapisan masyarakat untuk menghormati semangat padi, berterima kasih bagi tuaian atau merawat penyakit.• Di Patani, Mak Yong biasanya dipersembahkan di istana sehingga 1920, di mana ia sering dipertontonkan di kalangan orang biasa.

Pemain-pemain Mak Yong dari abad ke 19 dibawah kerajaan Raja Rama V dari Siam

Peta menandakan kedatangan Mak Yong dari Kerajaan Patani

dan penyebarannya ke Kelantan dan Kedah.

MASYARAKAT MELAYU PRA-ISLAM

ASAL- USUL SENI MAK YONG

2

Page 3: mamayong kit ed canlink - Esplanade

Panggung tradisional Mak Yong

• Pada awal abad kedua puluh, tarian Mak Yong mula berkembang ke merata-rata kampung tanpa naungan istana kerana kedatangan British ke Kelantan telah mengurangkan kedudukan ekonomi raja-raja.• Ini mengakibatkan kemerosotan mutu persembahan dalam generasi kedua, iaitu zaman selepas Bah Air Merah pada tahun 1926 hinggalah tahun-tahun 1950-an.• Nilai-nilai indah seni Mak Yong kian tergugat.• Pada 25 November 2005, seni Mak Yong mendapat pengiktirafan United Nations Educational, Scientific and Cultural Organisation (UNESCO) sebagai Karya Agung Dunia.

PERKEMBANGAN MAK YONG KE MALAYSIA

• Mak Yong dipersembahkan sebagai wadah hiburan dan untuk upacara yang berkaitan dengan amalan perubatan tradisional.• Upacara ini melibatkan seorang pawang yang cuba menyembuhkan pesakit yang dirasuk melalui nyanyian, tarian bersawai dan menurun.• Dengan pengaruh agama Islam di rantau ini, amalan-amalan yang melibatkan pawang sudah tidak dijalankan lagi. Pada masa ini, seni Mak Yong dilestarikan sebagai seni tradisi masyarakat Melayu.

FUNGSI SENI MAK YONG

• Persembahan Mak Yong biasanya dibuka dengan upacara menghadap rebab.• Ini diikuti dengan tarian, lakonan dan muzik bagi menghormati pemain dan rebab yang dimainkan oleh si pemuzik.• Setiap satu cerita mampu dipersembahkan dalam siri pertunjukan tiga jam.

• Dalam persembahan tradisi di kampung, ia dilakukan di panggung terbuka yang berlatarkan daun kelapa. • Penonton akan duduk di tiga sisi panggung, sisi yang ke empat dikhaskan bagi orkestra yang terdiri dari pemain rebab, gendang kepala dua dan tetawak.• Kebanyakan peranan dilakukan oleh wanita dan ceritanya berasaskan cerita rakyat tradisi dengan watak raja, dewa dan pelawak.

CIRI-CIRI SENI MAK YONG

3

PENONTON

PENONTON

PELAKON

PENONTON

ORKESTRA

Page 4: mamayong kit ed canlink - Esplanade

a) Pak Yong – menjadi raja atau pemerintah dan menjadi tulang belakang cerita Mak Yong.b) Pak Yong Muda – watak utama atau hero dalam cerita Mak Yong. Watak inilah yang mengalami berbagai-bagai peristiwa dari saat ia dilahirkan hingga dewasa.c) Peran – bertindak sebagai pelawak, orang suruhan raja dan penasihat raja. Terdapat beberapa orang peran dalam sesebuah cerita. Seorang raja pasti mempunyai seorang Peran Tua, biasanya memegang watak yang lebih penting, dan Peran Muda.

d) Mak Yong – juga permaisuri dan dalam sesetengah cerita mengambil peranan yang penting sebagai watak utama.e) Puteri Mak Yong – sebagai heroin di dalam cerita.f) Dayang-dayang – terdiri daripada gadis-gadis manja yang juga bertindak sebagai penari atau pengiring Mak Yong atau Puteri Mak Yong.g) Watak ‘Supernatural’ – boleh bertindak sebagai watak baik atau jahat. h) Watak jahat seperti jin dan watak baik seperti alim ulama dari kayangan, watak ikan dan sebagainya. (Ghulam Srawar : 1976)

Sibar layang yang diperbuat daripada

manik-manik halus dan berwarna-warni

Baju sempit yang dibuat daripada kain satin dan dipakai di bawah sibar layang

Watak-watak penting dalam sesebuah cerita Mak Yong adalah:

WATAK-WATAK

KOSTUM

Rotan berai

Tali pinggangTali pinggang

Songkokatau semutar

Muka yang dilukis

baju pendekbiasa

kain sampinglabuh

Mahkota

kainsampingdibuat

daripadakain songket

Seluar dibuatdaripadakain satin

4

TAHUKAH ANDA?

2) Pakaian Mak Yong dan Pak Yong sama seperti pakaian di istana sejak 400 tahun dahulu.

1) Apabila watak Pak Yong memakai keris, kerisnya selalu disisi kanannya. Jarang sekali dipakai di sebelah kiri kerana adat pantang larang Mak Yong.

PAK YONG MAK YONG PERAN

Page 5: mamayong kit ed canlink - Esplanade

a) Dulu, untuk upacara pembuka Buka Panggung, Peran Tua akan mengelilingi dan mengasap empat bucu pentas dengan kemenyan untuk meminta perlindungan dari gangguan jin. Kini, upacara ini telah digantikan dengan doa dari Peran Tua.b) Setiap cerita bermula dengan upacara dimana semua penari dan pelakon akan keluar duduk menghadap rebab dan watak utama akan menyanyikan lagu Mengadap Rebab dan diikuti oleh tarian dan nyanyian yang di sambut oleh korus atau jong dondang.c) Selepas tarian ini, mereka akan menarikan Tarian Sedayong Mak Yong.d) Selepas itu, semua yang terlibat akan masuk meninggalkan Pak Yong, watak utama yang akan berada di pentas.e) Pak Yong akan menyanyikan lagu Sedayong Pak Yong dan kemudiannya memanggil Peran Tua.

f) Peran Tua akan muncul dan Pak Yong akan mengarahkan Peran Tua untuk pergi memanggil sahabatnya Peran Muda. g) Tinggallah Peran Tua untuk memanggil sahabatnya dan beliau akan menyanyikan Lagu Saudara dalam perjalanan memanggil Peran Muda.h) Selepas itu bertemulah kedua Peran. Mereka akan bertemu dengan Raja mereka, iaitu Pak Yong, dan Pak Yong akan menceritakan masalah atau menitahkan sesuatu kepada kedua Peran. Di sinilah yang dipanggil ‘pecah cerita’.i) Dari sini barulah cerita Mak Yong akan berubah mengikut cerita apa yang dipersembahkan. Setelah tamat persembahan, upacara Tutup Panggung akan dijalankan.

Persembahan Mak Yong mempunyai struktur yang tersendiri. Strukturnya adalah sama dalam semua ceritayang dimainkan.

STRUKTUR PERSEMBAHAN

• Muzik adalah aspek integral di dalam Mak Yong.

• Ia merupakan degup yang membawa persembahan Mak Yong, membentuk suasana serta menetapkan langkah dan tempo.• Bilangan alat muzik dalam ensemble Mak Yong berbeza-beza mengikut kumpulan tetapi alat muzik yang asas adalah:

• Namun sebilangan kumpulan Mak Yong telah menambah alat-alat muzik Wayang Kulit Kelantan seperti serunai, sepasang geduk, sepasang gedombak, sepasang canang dan kesi untuk menambah kepada unsur-unsur bunyi di dalam Mak Yong.

Rebab Gendang ibu dan gendang anak Sepasang tetawak (gong)

5

Imbas kod QR dan dengari trek berikut untuk memahami bunyi muzik untuk upacara Buka Panggung dan Tutup Panggung. URL: tinyurl.com/otezd6y

MUZIK

Hak cipta: Taman Warisan M

elayu

Hak cipta: Joyce Teo

Page 6: mamayong kit ed canlink - Esplanade

6

a) Lagu Mengadap Rebab Lagu terpenting dalam Mak Yong, dimainkan semasa permulaan persembahan. Lagu ini merupakan simbol penghormatan kepada rebab dan semangat Mak Yong.b) Lagu Kijang Mas Lagu ini digunakan dalam beberapa keadaan, selalunya dimainkan sebagai lagu instrumental semasa selingan sebelum permulaan persembahan Mak Yong.c) Lagu Sindong Lagu ini sama seperti lagu Kijang Mas, ia juga dinyany ikan oleh Pak Yong apabila mahu memberikan arahan kepada pengasuh atau jung dondang (korus nyanyian). Selain itu, ia juga dinyanyikan oleh Peran Tua.d) Lagu Sedayung Untuk lagu ini terdapat Sedayung Pak Yong yang akan dinyanyikan oleh Pak Yong dan Sedayung Mak Yong yang akan dinyanyikan oleh Mak Yong. Manakala Sedayung Peran dan Sedayung Tonggek dinyanyikan oleh Peran. Lagu ini berfungsi sebagai lagu pendedahan untuk memaklumkan sesuatu kepada Peran atau penonton.e) Lagu Barat Empat variasi lagu Barat ialah Barat Anjur, Barat Cepat, Gunung Barat dan Kisah Barat. Barat Anjur selalunya dinyanyikan oleh watak-watak utama apabila mereka masuk kali pertama ke pentas dan untuk memperkenalkan diri atau mengumumkan sesuatu kejadian seperti memanggil untuk berkumpul bagi penutup cerita, masuk semula ke pentas dan semasa perjalanan. Barat Cepat sering dinyanyikan dalam Mak Yong bagi menandakan pertukaran tempat, lokasi atau penghabisan sesuatu adegan. Kisah Barat dan Gunung Barat merupakan lagu pendedahan.

f) Lagu Mengulek Permaisuri atau Mak Yong menyanyikan lagu ini apabila bermain-main dengan inang-inang atau juga lagu ini digunakan sebagai lagu untuk timang-timang anak atau juga semasa mengulek seseorang waktu tidur.g) Lagu Mengambo Ia dinyanyikan oleh Pak Yong, Mak Yong atau watak-watak utama di pertengahan cerita dalam adegan sedih apabila hendak meluahkan perasaan pilu.

Terdapat tiga puluh buah lagu yang dinyanyikan dalam persembahan Mak Yong bergantung kepada kesesuaian cerita. Antara lagu-lagu yang dinyanyikan adalah:

Imbas kod QR dan tonton beberapa contoh lagu yang selalunya didapati dalam

persembahan Mak Yong.

Lagu Menghadap RebabURL: http://youtu.be/eEsHiP4o9B8

LAGU-LAGU

Lagu SedayungURL: http://youtu.be/8H4_k3zLKnA

Page 7: mamayong kit ed canlink - Esplanade

Baca artikel-artikel yang dilampirkan. Bincangkan sebab-musabab seni Mak Yong kian ditelani zaman. Kemudian, beri cadangan tentang bagaimana seni Mak Yong boleh dikekalkan atau dipermodenkan.a) Jiwa Mak Yong: http://www2.hmetro.com.my/myMetro/articles/JiwaMakYong/Article/article_printb) Kesenian Mak Yong Perlu Dihidupkan Kembali: https://detikperubahan.wordpress.com/2012/09/05/kesenian-mak-yong-perlu-dihidupkan-kembali/c) Usaha JKNN Memantapkan Seni Permainan Mak Yong: http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=1222&pub=Utusan_Malaysia&sec=Timur&pg=wt_03.htm

Saranan Aktiviti Sebelum & Selepas Persembahan

Lengkapkan perhubungan watak-watak berikut dengan menggunakan petunjuk yang disediakan.

SELEPAS PERSEMBAHAN

MESSINA PENTUNJUK

Keluarga

Percintaan

Persahabatan

Kebencian

Berkhidmat

DON PEDRO

DOGBERRY PENGAWAL

DON JOHN

CONRADE

BENEDICK

CLAUDIO

BORACHIO

LEONATO

BEATRICE

HERO

URSULA

Saranan 1

SEBELUM PERSEMBAHAN

TENTERA

7

Page 8: mamayong kit ed canlink - Esplanade

8

UEN: 199205206G Information correct at time of print. EsplanadeSingapore#esplanadeEsplanadeSGwww.esplanade.com

Baca kenyataan-kenyataan di bawah dengan teliti. Pelajar harus membuat pilihan Setuju atau Tidak Setuju untuk kenyataan-kenyataan yang diberikan. Berikan sebab-sebab yang bernas bersama bukti dari persembahan untuk setiap pilihan.

Fikirkan dan bincangkan soalan-soalan berikut.

a) Pada pendapat anda, siapakah watak-watak utama dalam drama ini? Beatrice dan Benedick atau Hero dan Claudio? Nyatakan sebab-sebabnya. b) Siapa di antara watak-watak dalam drama ini yang mempunyai perwatakan yang serupa dengan diri anda? Ulaskan. c) Drama Much Ado About Nothing seringkali dianggap sebagai salah satu drama komedi William Shakespeare. Pada pendapat anda, adakah drama Ma’ma Yong – About Nothing Much to Do sebuah komedi? Jika demikian, apakah unsur-unsur komedi yang dapat dilihat?

Amat mudah untuk seseorang itu jatuh cinta.

KENYATAAN SETUJU TIDAK SETUJU

Seseorang itu harus berpasangan dengan mereka yang mempunyai darjat dan status kewangan yang serupa.Seseorang itu mempunyai pilihan untuk bercinta dengan sesiapa pun.

Perasaan cemburu dalam hubungan percintaan merupakan sesuatu petanda bahawa hubungan itu bermasalah.

Oleh kerana ibu bapa tahu apa yang terbaik untuk anak mereka, ibu bapalah yang terbaik untuk mencari pasangan bagi anak mereka.Seseorang itu masih boleh memperolehi hubungan yang baik walaupun tercetusnya pertelingkahan dalam perhubungan mereka.Tidak ada sesiapa yang jahat sepenuhnya kerana semua orang mempunyai hati nurani.

Saranan 2

Saranan 3

No part of this m

aterial may be reproduced in any other form

without permission from

The Esplanade Co. Ltd.