kit model kereta

15
DAN

Upload: rohaya-kassim

Post on 16-Jan-2016

111 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

KIT MODEL KERETA

TRANSCRIPT

Page 2: Kit Model Kereta

KIT MODEL terdiri daripada komponen-komponen yang boleh dicantumkan sehingga menjadi satu model yang lengkap. Terdapat pelbagai jenis kit model di pasaran. Antara contoh kit model adalah seperti berikut:

K I T M O D E L

KIT MODEL KERETA

KIT MODEL ROBOT

KIT MODEL HELIKOPTER

Page 3: Kit Model Kereta

Pernahkah kamu memasang kit model? Pemasangan kit model boleh dibuat berpandukan buku manual

yang disertakan.

Kit model kereta

Page 4: Kit Model Kereta

your name

Komponen kit model dicantumkan menggunakan pengikat. Pengikat yang biasa digunakan ialah skru, bolt dan nat. Alatan tangan pula diperlukan untuk membuka dan memasang kit model. Alatan tangan yang digunakan dalam pemasangan kit model adalah bersaiz kecil.

ALATAN TANGAN

Kunci Allen

Gandin plastik

Sepana hujung terbukaPemutar

skruMengetatkan dan

melonggarkan skru allen

Mengetatkan dan melonggarkan

Skru kepala philips dan kepala belah

Mengetuk bahagian-bahagian kit model

secara perlahan

Mengetatkan dan melonggarkan

bolt dan nat

Page 5: Kit Model Kereta

Tahukah kamu setiap komponen dalam kit model mempunyai nama dan fungsi? Mari kita mengenal fungsi komponen yang terdapat dalam kit model.

FUNGSI KOMPONEN

Gear

Menukar kelajuan atau arah

pergerakan

Kerangka

Tapak untuk memasang motor,

gear,pemegangbateri dan

komponen lain

Roda Memudahkan

pergerakankit model

Page 6: Kit Model Kereta

Suis

Menyambung atau

memutuskanarus elektrik

Pemegangbateri

Tempat untuk meletakkan

bateri

Gandar

Menyambung dan

menggerakkan roda

Motor

Menggerakkangear padakit model

FUNGSI KOMPONEN

Page 7: Kit Model Kereta

1. Pasangkan pelekat pada badan kit model

2. Masukkan gear pada syaf motor

3. Pasangkan roda pada gandar dan pasangkan pada kerangka kit model

4. Pasangkan motor dan plat besi pada tempat yang betul

5. Pasangkan bateri pada pemegang bateri

6. Pasangkan badan kereta pada kerangka yang telah siap dipasang kemudian, buat pengujian

Info minda Setiap komponen hendaklah dipasang dengan betul supaya kit model bergerak lancarSoftware Kit Model

Page 8: Kit Model Kereta

MOTOR

Kit model kereta digerakkan oleh motor. Apabila motor mendapat bekalan tenaga elektrik daripada bateri, motor akan memindahkan kuasa melalui syaf kepada gear pada motor tersebut. Motor yang digunakan pada kit model menggunakan arus terus.

Page 9: Kit Model Kereta

GEAR

Gear merupakan salah satu komponen yang penting bagi sesuatu kit model kerana berfungsi sebagai penghantar kuasa dan menggerakkan kit model. Gear mempunyai gigi supaya berjalin dengan gear yang lain. Setiap gear akan bersentuhan dan menggerakkan gear yang lain melalui gigi pada gear. Gear yang dipasang pada syaf motor dinamai gear pemacu. Apabila motor berfungsi, gear pemacu akan menggerakkan gear yang lain iaitu gear dipacu.

Page 10: Kit Model Kereta

JENIS-JENIS GEARJENIS GEAR FUNGSI

Gear taji

• Digunakan untuk memindahkan tenaga putaran antara syaf yang berkedudukan selari.

Gear serong

• Digunakan untuk memindahkan tenaga putaran antara syaf yang berkedudukan bersudut.

Page 11: Kit Model Kereta

JENIS-JENIS GEARJENIS GEAR FUNGSI

Gear belitan

• Digunakan untuk mengurangkan kelajuan putaran dan memindahkan gerakan putaran syaf yang bersudut.

Gear heliks

• Digunakan untuk mekanisme atau pergerakan yang berkelajuan tinggi.

Gear rak dan pinan

• Digunakan untuk memindahkan gerakan putaran kepada gerakan lurus atau sebaliknya.

Page 12: Kit Model Kereta

TAKAL DAN TALI SAWAT

Takal biasanya dihubungkan dengan menggunakan tali sawat. Takal dan tali sawat digunakan untuk menghubungkan dan memindahkan tenaga kinetik dari satu syaf ke syaf yang lain. Lazimya, takal digunakan untuk menaikkan bendera dan pada kren untuk mengangkat barang. Sistem takal dan tali sawat boleh digunakan untuk menukar dan memindahkan kelajuan tinggi kepada kelajuan rendah atau sebaliknya.

Page 13: Kit Model Kereta

RANTAI

Rantai juga digunakan dalam sistem pergerakan kit model. Rantai menghubungkan gear pemacu yang dipasang pada mnotor dengan yang dipacu. Rantai berfungsi memindahkan kuasa dari gear ke gandar roda apabila motor berputar. Lazimnya rantai digunakan pada basikal, motorsikal dan gergaji elektrik.

Page 14: Kit Model Kereta

4 April 2007

Car Making Flash Game

Klik pada gambar di atas akan membawa anda ke Permainan Flash Mereka Kereta

Page 15: Kit Model Kereta

THE END