malaysia dewan rakyat aturan urusan … .pdf · perdagangan antarabangsa dan ... diluluskan pada...

37
MALAYSIA DEWAN RAKYAT ATURAN URUSAN MESYUARAT NASKAH SAHIH/BAHASA MALAYSIA http://www.parlimen.gov.my HARI ISNIN, 7 OGOS 2017, PUKUL 10.00 PAGI Bil. 29 PERTANYAAN-PERTANYAAN BAGI JAWAB LISAN 1. PR-1352-L02479 Datin Mastura Binti Mohd Yazid [ Kuala Kangsar ] minta MENTERI PENDIDIKAN TINGGI menyatakan sudah berapa banyakkah universiti di negara ini yang telah mewujudkan tabung wakaf atau tabung "endownment" bagi menghadapi masa depan universiti itu daripada terus diberi dana oleh Kerajaan. 2. PR-1352-L01725 Tuan Wong Tien Fatt @ Wong Nyuk Foh [ Sandakan ] minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan perancangan Kerajaan Persekutuan secara terperinci berikutan dengan pemansuhan dasar kabotaj di Sabah dan Sarawak. Nyatakan perbezaan dasar ini sebelum dan selepas pelaksanaan. Dan adakah Kerajaan akan pinda sebarang akta yang ada untuk memenuhi pemansuhan dasar kabotaj. 3. PR-1352-L01875 Dato' Haji Mohd Zaim Bin Abu Hasan [ Parit ] minta MENTERI PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI menyatakan perkembangan Industri Halal Hab di negara ini dan apakah usaha-usaha Kementerian dalam menarik pelabur-pelabur dalam industri tersebut. 4. PR-1352-L01839 Dato' Fauzi Bin Abdul Rahman [ Indera Mahkota ] minta PERDANA MENTERI menyatakan kesediaan mengadakan Himpunan Majlis Ulama untuk menyelaraskan kegiatan dakwah di negara ini. Di samping itu, Himpunan Majlis Ulama ini mampu menegur atau memberi pandangan di atas apa-apa jua perkara yang boleh membantu negara memilih "Jalan Yang Lurus" dalam isu-isu pokok bagi negara ini.

Upload: donhi

Post on 05-Mar-2018

248 views

Category:

Documents


13 download

TRANSCRIPT

Page 1: MALAYSIA DEWAN RAKYAT ATURAN URUSAN … .pdf · PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN ... diluluskan pada 2011 memandangkan masih ... yang membayar GST dengan cek di bank-bank tertentu dan

MALAYSIA

DEWAN RAKYAT

ATURAN URUSAN MESYUARAT

NASKAH SAHIH/BAHASA MALAYSIA

http://www.parlimen.gov.my

HARI ISNIN, 7 OGOS 2017, PUKUL 10.00 PAGI

Bil.

29

PERTANYAAN-PERTANYAAN BAGI JAWAB LISAN

1. PR-1352-L02479

Datin Mastura Binti Mohd Yazid [ Kuala Kangsar ] minta MENTERI PENDIDIKAN TINGGI menyatakan sudah berapa banyakkah universiti di

negara ini yang telah mewujudkan tabung wakaf atau tabung "endownment" bagi menghadapi masa depan universiti itu daripada terus diberi dana oleh Kerajaan.

2. PR-1352-L01725

Tuan Wong Tien Fatt @ Wong Nyuk Foh [ Sandakan ] minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan perancangan Kerajaan Persekutuan secara terperinci berikutan dengan pemansuhan dasar kabotaj di Sabah dan Sarawak. Nyatakan perbezaan dasar ini sebelum dan selepas pelaksanaan. Dan adakah Kerajaan akan pinda sebarang akta yang ada untuk memenuhi pemansuhan dasar kabotaj.

3. PR-1352-L01875

Dato' Haji Mohd Zaim Bin Abu Hasan [ Parit ] minta MENTERI PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI menyatakan perkembangan Industri Halal Hab di negara ini dan apakah usaha-usaha Kementerian dalam menarik pelabur-pelabur dalam industri tersebut.

4. PR-1352-L01839

Dato' Fauzi Bin Abdul Rahman [ Indera Mahkota ] minta PERDANA MENTERI menyatakan kesediaan mengadakan Himpunan Majlis Ulama

untuk menyelaraskan kegiatan dakwah di negara ini. Di samping itu, Himpunan Majlis Ulama ini mampu menegur atau memberi pandangan di atas apa-apa jua perkara yang boleh membantu negara memilih "Jalan Yang Lurus" dalam isu-isu pokok bagi negara ini.

Page 2: MALAYSIA DEWAN RAKYAT ATURAN URUSAN … .pdf · PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN ... diluluskan pada 2011 memandangkan masih ... yang membayar GST dengan cek di bank-bank tertentu dan

2 AUM DR 7/8/2017

5. PR-1352-L01746

Dato' Haji Ahmad Nazlan Bin Idris [ Jerantut ] minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan keberkesanan pelan tindakan pelaksanaan Dasar Warga Emas Negara (DWEN) dan Pelan Tindakan Warga Emas Negara (PTWEN) yang telah diluluskan pada 2011 memandangkan masih terdapat warga emas yang tidak mendapat pembelaan sepatutnya.

6. PR-1352-L02489

Puan Teresa Kok Suh Sim [ Seputeh ] minta MENTERI PENDIDIKAN TINGGI menyatakan bilangan tempat yang ditawarkan oleh kursus kejuruteraan program antarabangsa di Universiti Malaya pada tahun ini. Kenapakah warga Malaysia dikenakan bayaran kursus yang sama dengan pelajar asing dan bukannya fi yang disubsidi oleh Kerajaan.

7. PR-1352-L01427

Datuk Raime Bin Unggi [ Tenom ] minta MENTERI PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI menyatakan jumlah usahawan Perusahaan Kecil dan Sederhana (IKS) mengikut negeri terutama di Sabah serta peratusan perniagaan mikro PKS yang dilihat perlu diberikan bantuan dan bimbingan secara efisien dan efektif.

8. PR-1352-L02156

Tuan Ignatius Dorell Leiking [ Penampang ] minta MENTERI KESIHATAN menyatakan sama ada Kementerian Kesihatan Malaysia telah pun siap mendaftarkan pengamal-pengamal perubatan tradisional (Traditional & Complimentary Medication Practitioners) di Sabah susulan kepada "Traditional & Complimentary Medicine Act 2016" yang telah diluluskan tahun lalu dan memandangkan ramai orang asal di Sabah mengguna perubatan tradisional adakah Kerajaan akan sedia kecualikan pengamal-pengamal perubatan tradisional di Sabah.

9. PR-1352-L01608

Datuk Wilson Ugak Anak Kumbong [ Hulu Rajang ] minta MENTERI KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH menyatakan bila bekalan

elektrik dan bekalan air bersih dari Long Menjawah ke Pekan Belaga dan ke Punan Bah dapat dimulakan.

Page 3: MALAYSIA DEWAN RAKYAT ATURAN URUSAN … .pdf · PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN ... diluluskan pada 2011 memandangkan masih ... yang membayar GST dengan cek di bank-bank tertentu dan

AUM DR 7/8/2017 3

10. PR-1352-L01866

Dato' Dr. Nik Mazian Bin Nik Mohamad [ Pasir Puteh ] minta MENTERI PERUSAHAAN PERLADANGAN DAN KOMODITI menyatakan berapa ramaikah bilangan buruh luar yang telah dibawa masuk dan digunakan dalam menjayakan industri perladangan di Malaysia daripada tahun 2011 sehingga 2016 dan setelah Kerajaan melaksanakan Transformasi Tenaga Buruh Kepada Penggunaan Mekanisasi, Otomasi dan Teknologi berapa ramaikah pengurangan bilangan tenaga buruh daripada luar dapat dikurangkan.

11. PR-1352-L01527

Tan Sri Datuk Seri Panglima Haji Annuar Bin Musa [ Ketereh ] minta MENTERI KESIHATAN menyatakan status terkini pembinaan Pusat

Kesihatan Kok Lanas dan adakah projek berkenaan mampu disiapkan dalam tempoh masa yang ditetapkan.

12. PR-1352-L02182

Tuan Charles Anthony Santiago [ Klang ] minta MENTERI SUMBER MANUSIA menyatakan sebab pengisytiharan 'ASEAN Declaration on the

Protection and Promotion of the Rights of Migrant Workers' belum diselesaikan memandangkan proses perundingan telah berlanjutan selama 10 tahun. Apakah isu-isu khusus yang perlu diatasi.

13. PR-1352-L02122

Dr. Mansor Bin Abdul Rahman [ Sik ] minta MENTERI PENDIDIKAN TINGGI menyatakan apakah langkah-langkah Kementerian dalam

meningkatkan penguasaan Bahasa Inggeris para siswazah supaya mereka bertambah daya saing untuk memasuki pasaran pekerjaan terutama siswazah Melayu.

14. PR-1352-L01953

Puan Alice Lau Kiong Yieng [ Lanang ] minta MENTERI KEWANGAN

menyatakan sama ada suatu bayaran atau caj dikenakan kepada mereka yang membayar GST dengan cek di bank-bank tertentu dan apakah SOP bagi kutipan bayaran GST oleh bank-bank tersebut memandangkan setiap bank mempunyai caj yang berlainan apabila menerima cek bagi bayaran GST.

Page 4: MALAYSIA DEWAN RAKYAT ATURAN URUSAN … .pdf · PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN ... diluluskan pada 2011 memandangkan masih ... yang membayar GST dengan cek di bank-bank tertentu dan

4 AUM DR 7/8/2017

15. PR-1352-L01425

Dato' Haji Mohd Fasiah Bin Haji Mohd Fakeh [ Sabak Bernam ] minta MENTERI KESIHATAN menyatakan bilangan pesakit yang telah disahkan dijangkiti virus Zika di negara ini sehingga kini dan apakah langkah Kerajaan bagi mengatasi dan menyekat jangkitan Zika dari merebak di negara ini khususnya dari negara jiran seperti Singapura dan negara Asean lainnya.

16. PR-1352-L01506

Dato' Mansor Bin Othman [ Nibong Tebal ] minta PERDANA MENTERI menyatakan perbezaan pendekatan dan strategi pelaksanaan Pelan Tindakan Masyarakat India Malaysia (MIB) bagi mereka yang tinggal di estet-estet berbanding dengan mereka yang tinggal di bandar-bandar, jika ada, dan mengapa Kerajaan meletakkan syarat yang MIB hanya akan dilaksanakan sepenuhnya jika masyarakat India memberi sokongan kepada parti pemerintah dalam pilihan raya umum akan datang.

17. PR-1352-L01497

Datuk Jumat Bin Idris [ Sepanggar ] minta MENTERI KESIHATAN

menyatakan berapakah bilangan kes pesakit kronik / kritikal dan perincian jenis-jenis penyakit tersebut pada 2016 dan 2017.

18. PR-1352-L02566

Dr. Izani Bin Husin [ Pengkalan Chepa ] minta MENTERI KESIHATAN menyatakan jumlah terkini hospital yang mengamalkan konsep Hospital Mesra Ibadah.

19. PR-1352-L01685

Dato' Dr. Shamsul Anuar Bin Haji Nasarah [ Lenggong ] minta MENTERI SAINS, TEKNOLOGI DAN INOVASI menyatakan tahap keselamatan dan

kawalan sistem siber di dalam negara terhadap ancaman virus terkini iaitu "Wanna Cry" yang mampu menjejaskan jaringan dan sistem komputer. Adakah teknologi siber sedia ada seiring dengan peredaran teknologi semasa.

20. PR-1352-L01582

Dato' Kamarudin Bin Jaffar [ Tumpat ] minta MENTERI KESIHATAN menyatakan usaha setakat ini untuk membantu para graduan perubatan yang menunggu penempatan 'housemanship' mereka, supaya dapat terus mengamalkan kemahiran sendiri, contohnya mengaturkan mereka dapat bekerja sebagai pembantu perubatan .

Page 5: MALAYSIA DEWAN RAKYAT ATURAN URUSAN … .pdf · PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN ... diluluskan pada 2011 memandangkan masih ... yang membayar GST dengan cek di bank-bank tertentu dan

AUM DR 7/8/2017 5

21. PR-1352-L02571

Tuan Haji Nasrudin Bin Hassan [ Temerloh ] minta MENTERI KESIHATAN

menyatakan langkah strategik Kementerian meningkatkan permintaan (demand) terhadap lambakan graduan perubatan seperti yang telah dibahaskan pada perbahasan Bajet 2017 yang lalu.

22. PR-1352-L01605

Tuan Fong Kui Lun [ Bukit Bintang ] minta MENTERI DALAM NEGERI

menyatakan bilangan kanak-kanak 'stateless' yang mana salah seorang ibu atau bapa warganegara Malaysia dan apakah cadangan Kerajaan untuk menjadikan mereka warganegara kita bagi mengelakkan kesusahan yang dihadapi seperti mendapatkan pendidikan wajib, kesihatan dan peluang untuk hidup.

23. PR-1352-L01531

Dato' Dr. Haji Noor Azmi Bin Ghazali [ Bagan Serai ] minta MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI menyatakan adakah Kementerian

sedar kebergantungan beras import pada ketika ini masih pada tahap 30%,iaitu pada tahap yang lama. Apakah perancangan jangka panjang Kementerian bagi memartabatkan beras tempatan seterusnya mengurangkan beras import dan apakah masalah yang dihadapi serta bagaimanakah Kementerian akan mengatasi masalah-masalah ini supaya sasaran padi nasional 6 metrik tan/hektar tercapai pada tahun 2020.

24. PR-1352-L02634

Puan Kasthuriraani A/P Patto [ Batu Kawan ] minta MENTERI PENDIDIKAN TINGGI menyatakan mengapakah PTPTN memberikan

pinjaman pendidikan bagi institusi pengajian tinggi yang tiada pengiktirafan dan bagaimana PTPTN membantu pelajar-pelajar yang mengambil pinjaman dan disenarai hitam yang tidak dapat membayar balik kerana masih belum mendapat pekerjaan.

25. PR-1352-L02701

Datuk Rozman Bin Isli [ Labuan ] minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan statistik terkini jumlah kesalahan trafik yang direkodkan di seluruh negara melalui Pemasangan Kamera Sistem Keselamatan Kesedaran Automatik (Awas) serta sejauh manakah sistem ini telah bantu mengurangkan kesalahan dalam kalangan pemandu dan kadar kemalangan di kawasan-kawasan hitam.

Page 6: MALAYSIA DEWAN RAKYAT ATURAN URUSAN … .pdf · PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN ... diluluskan pada 2011 memandangkan masih ... yang membayar GST dengan cek di bank-bank tertentu dan

6 AUM DR 7/8/2017

26. PR-1352-L02238

Tuan Sim Tze Tzin [ Bayan Baru ] minta PERDANA MENTERI menyatakan

jumlah rumah PR1MA yang telah siap dibina dan diserah kunci kepada pemilik dari penubuhan PR1MA hingga Jun 2017. Nyatakan mengikut negeri.

27. PR-1352-L02161

Datuk Liang Teck Meng [ Simpang Renggam ] minta MENTERI LUAR NEGERI menyatakan kedudukan terkini tentera Negara China di Kepulauan Spratly dan (selain penyelesaian diplomatik) apakah tindakan yang diambil oleh Kerajaan dalam memastikan perairan negara selamat dan dilindungi .

28. PR-1352-L02226

Tuan Ng Wei Aik [ Tanjong ] minta MENTERI PERDAGANGAN DALAM NEGERI, KOPERASI DAN KEPENGGUNAAN menyatakan sama ada

Perintah Kawalan Harga dan Anti-Pencatutan (Penandaan Caj Perkhidmatan bagi Hotel dan Restoran) 2015 akan dipinda untuk melarang pengusaha-pengusaha hotel daripada mengenakan caj perkhidmatan berikutan pelaksanaan cukai pelancongan bagi mengurangkan beban kewangan pelanggan-pelanggan hotel.

29. PR-1352-L02663

Tuan Ramkarpal Singh A/L Karpal Singh [ Bukit Gelugor ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan langkah-langkah yang dicadangkan untuk diambil untuk menangani masalah kematian di dalam lokap yang semakin berleluasa selepas kematian-kematian M. Thanaseelan, Soh Kai Chiok dan S. Balamurugan . Adakah terdapatnya cadangan untuk memperkenalkan undang-undang untuk mengelakkan kejadian-kejadian tersebut. Sekiranya tidak, nyatakan sebabnya .

30. PR-1352-L01700

Datuk Dr. Makin @ Marcus Mojigoh [ Putatan ] minta MENTERI PELANCONGAN DAN KEBUDAYAAN menyatakan :-

(a) apakah keberhasilan (cerita kejayaan) pengwujudan Myceb Malaysia Convention and Exhibition Bureau keatas industri pelancongan Negara ; dan

(b) setakat ini, berapakah jumlah keuntungan yang disumbang kepada perbendaharaan kerajaan serta manfaat yang diterima oleh pengusaha industri kecil dan sederhana di negara ini melalui program diatas .

Page 7: MALAYSIA DEWAN RAKYAT ATURAN URUSAN … .pdf · PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN ... diluluskan pada 2011 memandangkan masih ... yang membayar GST dengan cek di bank-bank tertentu dan

AUM DR 7/8/2017 7

31. PR-1352-L01632

Dato' Sri Hasan Bin Malek [ Kuala Pilah ] minta PERDANA MENTERI

menyatakan statistik pengambilan pekerja untuk perkhidmatan awam bagi jawatan profesional gred 41 bagi semua sektor melalui statistik ini, berapa peratuskah yang dihantar untuk berkhidmat di perwakilan Malaysia di luar negara dalam memastikan operasi pentadbiran berjalan lancar dan teratur.

32. PR-1352-L01549

Dato' Dr. Noraini Binti Ahmad [ Parit Sulong ] minta MENTERI KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA menyatakan sejauh manakah

keberkesanan penubuhan Pusat Internet 1Malaysia (PI1M) dalam menyediakan pusat capaian jalur lebar secara kolektif di kawasan yang kurang liputan perkhidmatan melalui Program Perkhidmatan Sejagat (USP) terutama di kawasan luar bandar.

33. PR-1352-L01710

Datuk Dr. Ewon Bin Ebin [ Ranau ] minta MENTERI DALAM NEGERI

menyatakan :-

(a) apakah tindakan yang telah dan bakal diambil oleh pihak Kerajaan untuk membenteras kegiatan penggerak Islamic State dan Daesh di Malaysia ; dan

(b) setakat ini, berapakah jumlah tangkapan yang telah dibuat.

34. PR-1352-L02285

Dato' Sri Abdul Azeez Bin Abdul Rahim [ Baling ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan apakah usaha yang dilakukan oleh Kementerian bagi

memastikan bekas-bekas penagih dadah daripada terjebak dalam kancah jenayah selepas keluar daripada Cure & Care Rehabilitation Centre (CCRC) terutamanya bagi bekas penagih dari kawasan luar bandar.

35. PR-1352-L02183

Tuan Charles Anthony Santiago [ Klang ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan kesudian Kementerian untuk menubuhkan kumpulan

'Eminnent Persons Group' atau 'High Level Committee' untuk memberi penilaian yang saksama mengenai impak pengurusan pekerja asing di negara ini termasuk menangani beberapa masalah struktur yang dihadapi oleh pengurusan pekerja asing di Malaysia.

Page 8: MALAYSIA DEWAN RAKYAT ATURAN URUSAN … .pdf · PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN ... diluluskan pada 2011 memandangkan masih ... yang membayar GST dengan cek di bank-bank tertentu dan

8 AUM DR 7/8/2017

36. PR-1352-L02262

Dato' Hajah Normala Binti Abdul Samad [ Pasir Gudang ] minta PERDANA MENTERI menyatakan jumlah aduan yang diterima berkaitan dengan perkhidmatan Uber & GrabCar dan apakah langkah-langkah yang diambil oleh pihak Kementerian bagi memantau dan memastikan keselamatan pengguna perkhidmatan ini terjamin.

37. PR-1352-L02481

Tuan Shamsul Iskandar @ Yusre Bin Mohd Akin [ Bukit Katil ] minta PERDANA MENTERI menyatakan adakah kejadian rasuah melibatkan

ratusan jutaan Ringgit dan membabitkan kalangan pegawai-pegawai tinggi Kerajaan termasuk pegawai polis, pengarah jabatan serta pegawai lantikan politik di Melaka dan beberapa negeri lain menggambarkan bahawa indeks rasuah masih tinggi di Malaysia.

38. PR-1352-L02623

Dr. Tan Seng Giaw [ Kepong ] minta MENTERI PERTAHANAN menyatakan

kemampuan Malaysia untuk mempertahankan diri dari pelbagai ancaman.

39. PR-1352-L02170

Tuan Haji Hasbi Bin Haji Habibollah [ Limbang ] minta PERDANA MENTERI menyatakan apakah status perbincangan antara Kerajaan

Persekutuan dengan Kerajaan Negeri Sarawak berhubung kerjasama Petronas dan Petros (Petroleum Sarawak) dan apakah bentuk dan kaedah kerjasama tersebut.

40. PR-1352-L02281

Tuan Su Keong Siong [ Ipoh Timur ] minta PERDANA MENTERI

menyatakan secara terperinci jumlah subsidiari-subsidiari Felda Global Ventures (FGV) yang sedang mengalami masalah kewangan akibat pelaburan di luar dan di dalam negeri .

41. PR-1352-L01651

Datuk Hajah Norah Binti Abd. Rahman [ Tanjong Manis ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan tahap keseriusan aktiviti penjualan dadah

yang dilakukan secara atas talian (on-line) serta kumpulan sasaran bagi sindiket-sindiket tersebut.

Page 9: MALAYSIA DEWAN RAKYAT ATURAN URUSAN … .pdf · PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN ... diluluskan pada 2011 memandangkan masih ... yang membayar GST dengan cek di bank-bank tertentu dan

AUM DR 7/8/2017 9

42. PR-1352-L01862

Tuan Wong Chen [ Kelana Jaya ] minta PERDANA MENTERI menyatakan

berikutan pembangunan teknologi hijau oleh syarikat-syarikat petroleum antarabangsa, termasuk Shell :-

(a) apakah langkah-langkah yang sedang diambil oleh PETRONAS untuk membangunkan kuasa teknologi hijau; dan

(b) apakah sasaran peratusan penjanaan kuasa teknologi hijau oleh PETRONAS bagi tahun 2017.

43. PR-1352-L02522

Dato' Seri Haji Abdul Hadi Bin Awang [ Marang ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan sejauh mana usaha Kerajaan memantau pergerakan Evangelis Kristian di Malaysia dalam sektor politik, ekonomi dan sosial bagi menjamin keharmonian agama, keluhuran perlembagaan dan kedaulatan negara.

44. PR-1352-L01677

Dato' Sri Ikmal Hisham Bin Abdul Aziz [ Tanah Merah ] minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan sejauh manakah seriusnya gejala buli dan

gengsterisme dalam kalangan pelajar sekolah dan apakah tindakan yang dilakukan bagi menangani permasalahan ini.

45. PR-1352-L01768

Tuan Lim Guan Eng [ Bagan ] minta PERDANA MENTERI menyatakan kenapa sehingga kini masih tiada tindakan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap laporan mengaitkan Pengerusi PERDA menjual tanah awam lebih rendah daripada harga pasaran di KADUN Sungai Acheh, Seberang Perai Selatan dan Sungai Baong Pulau Pinang. Apakah hasil sisatan terkini.

46. PR-1352-L01989

Tuan Gooi Hsiao Leung [ Alor Setar ] minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan sama ada beliau sendiri akan menangani isu mengiktiraf Unified Examination Certificate (UEC) selepas arahannya kepada menteri-menteri MCA pada 23.7.2016 untuk berjumpa dengannya dan meyakinkan Kementerian Pendidikan untuk mengiktiraf UEC gagal menghasilkan sebarang keputusan positif.

47. PR-1352-L02655

Dr. Ko Chung Sen [ Kampar ] minta PERDANA MENTERI menyatakan :-

(a) jumlah belanjawan dan jumlah kakitangan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk 5 tahun yang lalu dan perancangan untuk 5 tahun akan datang; dan

Page 10: MALAYSIA DEWAN RAKYAT ATURAN URUSAN … .pdf · PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN ... diluluskan pada 2011 memandangkan masih ... yang membayar GST dengan cek di bank-bank tertentu dan

10 AUM DR 7/8/2017

(b) bilangan pendakwaan, sabitan dan jumlah wang rasuah yang terlibat sejak 5 tahun lalu dan bilangan kes yang melibatkan wang rampasan melebihi RM1 juta dan RM10 juta .

48. PR-1352-L01447

Dato' Seri Haji Ahmad Husni Bin Mohamad Hanadzlah [ Tambun ] minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan adakah Kementerian berpuas hati

dengan kurikulum pengajian Islam di Sekolah Rendah Kebangsaan dan Sekolah Menengah Kebangsaan.

49. PR-1352-L02653

Dr. Ko Chung Sen [ Kampar ] minta MENTERI DALAM NEGERI

menyatakan :-

(a) jumlah bilangan anggota polis mengikut pangkat, gaji dan elaun; dan

(b) bilangan anggota polis yang dibelenggu masalah hutang yang agak serius dan apakah langkah-langkah yang diambil oleh Kerajaan untuk membantu anggota polis menyara hidup anak pasangan mereka dengan sempurna .

50. PR-1352-L02157

Dato' Hasbullah Bin Osman [ Gerik ] minta MENTERI BELIA DAN SUKAN

menyatakan apakah tahap persediaan terakhir pihak Kementerian dalam menghadapi Sukan Asia Tenggara (Sukan SEA) ke-29 yang akan diadakan di Kuala Lumpur Ogos tahun ini.

51. PR-1352-L02654

Dr. Ko Chung Sen [ Kampar ] minta MENTERI PERTAHANAN menyatakan

:-

(a) jumlah bilangan anggota angkatan tentera mengikut pangkat, gaji dan elaun; dan

(b) bilangan anggota angkatan tentera yang dibelenggu masalah hutang yang agak serius dan apakah langkah-langkah yang diambil oleh Kerajaan untuk membantu anggota tentera menyara hidup anak pasangan mereka dengan sempurna .

Page 11: MALAYSIA DEWAN RAKYAT ATURAN URUSAN … .pdf · PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN ... diluluskan pada 2011 memandangkan masih ... yang membayar GST dengan cek di bank-bank tertentu dan

AUM DR 7/8/2017 11

52. PR-1352-L01466

Datuk Abd Rahim Bin Bakri [ Kudat ] minta MENTERI KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH menyatakan bilakah Kerajaan bercadang untuk mengaspal jalan Narandang-Kanibongan yang mana jalan ini merupakan jalan utama bagi lebih 15 buah kampung dan akan menjadi jalan bagi kegunaan pelajar-pelajar SMK Kanibongan yang masih dalam pembinaannya.

53. PR-1352-L02379

Tuan Julian Tan Kok Ping [ Stampin ] minta MENTERI KEWANGAN

menyatakan secara terperinci jumlah pegawai kastam yang bekerja di Senari Port Kuching. Sila senaraikan dalam jadual mengikut kedudukan, pangkat gaji, asal dari mana, jangka masa bekerja di situ dan lain-lain. Senaraikan juga jumlah pegawai kastam yang kini berada di Sarawak mengikut butiran yang sama serta tempat bekerja.

54. PR-1352-L02755

Dato' Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail [ Permatang Pauh ] minta PERDANA MENTERI menyatakan status terkini pembayaran pampasan oleh

Kerajaan Arab Saudi kepada ahli keluarga jemaah haji Malaysia yang menjadi mangsa kren runtuh di Mekah pada musim haji tahun 2015 dan sekiranya tiada pembayaran dibuat apakah komitmen Kerajaan bagi membantu keluarga mangsa yang terlibat.

55. PR-1352-L01431

Dato' Sri Abdul Manan Bin Ismail [ Paya Besar ] minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan jumlah kes dera dan buli di sekolah rendah dan

sekolah menengah antara tahun 2010 hingga 2017.

56. PR-1352-L02444

Ir. Shaharuddin Bin Ismail [ Kangar ] minta MENTERI BELIA DAN SUKAN

menyatakan bagaimana sokongan pihak Kerajaan Negeri, Pihak Berkuasa Tempatan dan sektor swasta dalam memastikan keseimbangan pembangunan kemudahan sukan dan penyelenggaraannya khususnya di Perlis.

57. PR-1352-L01558

Puan Zuraida Binti Kamaruddin [ Ampang ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan sama ada pihak Jabatan Penjara Malaysia menjejaki setiap bekas banduan khususnya wanita mengenai status pekerjaan mereka, berapakah yang berjaya mendapat pekerjaan.

Page 12: MALAYSIA DEWAN RAKYAT ATURAN URUSAN … .pdf · PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN ... diluluskan pada 2011 memandangkan masih ... yang membayar GST dengan cek di bank-bank tertentu dan

12 AUM DR 7/8/2017

58. PR-1352-L02613

Datuk Noor Ehsanuddin Bin Mohd Harun Narrashid [ Kota Tinggi ] minta PERDANA MENTERI menyatakan :-

(a) berapakah bilangan penerima biasiswa pelajar cemerlang Kerajaan Persekutuan bagi tahun 2010 hingga 2016 untuk program ke luar negara bagi lepasan SPM dan pecahan mengikut kaum ; dan

(b) berapakah bilangan mereka yang telah tamat pengajian tetapi tidak kembali ke Malaysia dan pecahan mengikut kaum.

59. PR-1352-L01895

Tuan Jeff Ooi Chuan Aun [ Jelutong ] minta MENTERI DALAM NEGERI

menyatakan apakah bilangan penerima Darjah Kebesaran Persekutuan serta Darjah DiRaja Negeri yang telah ditangkap oleh pihak PDRM antara 2013 ke masa kini oleh kerana terlibat dalam aktiviti-aktiviti kongsi gelap atau perniagaan berbentuk haram.

60. PR-1352-L01414

Dato' Wira Othman Bin Abdul [ Pendang ] minta MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI menyatakan apakah perancangan Kementerian untuk meningkatkan pengeluaran padi 10 tan satu hektar di negara ini dan bila jangkaan matlamat ini boleh dicapai.

61. PR-1352-L02072

Tuan Lim Kit Siang [ Gelang Patah ] minta PERDANA MENTERI

menyatakan bilakah Suruhanjaya Siasatan Diraja akan ditubuhkan untuk menyiasat secara terperinci kerugian berpuluh bilion ringgit di Felda Global Ventures Holdings Bhd (FGV) dan FELDA serta mengenal pasti mereka yang bertanggungjawab terhadap skandal ini dalam masa lima tahun ini, demi kepentingan 100,000 peneroka FELDA .

62. PR-1352-L02011

Datuk Juslie Bin Ajirol [ Libaran ] minta MENTERI PERUSAHAAN PERLADANGAN DAN KOMODITI menyatakan status terkini susulan Parlimen Eropah meluluskan resolusi tunggal mensyaratkan hanya minyak sawit dihasilkan secara lestari boleh diimport memasuki pasaran Kesatuan Eropah (EU) dan apakah tindakan strategik Kementerian dalam menjaga kebajikan 600,000 pekebun kecil sawit di Malaysia.

Page 13: MALAYSIA DEWAN RAKYAT ATURAN URUSAN … .pdf · PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN ... diluluskan pada 2011 memandangkan masih ... yang membayar GST dengan cek di bank-bank tertentu dan

AUM DR 7/8/2017 13

63. PR-1352-L02254

Dr. Mohd Hatta Bin Md. Ramli [ Kuala Krai ] minta PERDANA MENTERI

menyatakan sama ada SPR akan mengemukakan rayuan untuk mengenepikan perintah Mahkamah Tinggi yang menghalang SPR daripada menyerahkan cadangan persempadanan semula kawasan pilihanraya kepada Perdana Menteri.

64. PR-1352-L02510

Puan Rubiah Binti Haji Wang [ Kota Samarahan ] minta MENTERI BELIA DAN SUKAN menyatakan sejauh mana kesediaan golongan sukarelawan

dan kejayaan penajaan dalam menjayakan Sukan SEA 2017 bagi memastikan Sukan SEA 2017 berlangsung dengan jayanya.

65. PR-1352-L02389

Datuk Mohd Idris Bin Jusi [ Batu Pahat ] minta PERDANA MENTERI

menyatakan bagaimanakah membantu para peneroka FELDA melepaskan diri daripada hutang yang berpunca daripada pinjaman untuk membeli saham FGV, syarikat yang tidak diurus dengan baik dan kelemahan urus tadbir Technoplant yang tidak ada rekod pecahan hutang peneroka dan tiada rekod terperinci perolehan tan BTS.

66. PR-1352-L01802

Dato' Abdullah Sani Bin Abdul Hamid [ Kuala Langat ] minta MENTERI SUMBER MANUSIA menyatakan kebenaran pekerja asing dibenarkan bekerja di semua sektor.

67. PR-1352-L01718

Dato' Ahmad Fauzi Bin Zahari [ Setiawangsa ] minta MENTERI PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI menyatakan

sehingga suku kedua 2017 ini, apakah barangan yang menjadi import dan eksport tertinggi negara serta apakah sektor atau barangan yang dilihat mempunyai prospek yang tinggi pada masa akan datang.

68. PR-1352-L01593

Dr. Che Rosli Bin Che Mat [ Hulu Langat ] minta MENTERI TENAGA, TEKNOLOGI HIJAU DAN AIR menyatakan perkembangan Projek

Pembentungan Berpusat yang dimaklumkan lewat dari jadual asal dan telah menimbulkan banyak aduan gangguan kepada masyarakat setempat.

Page 14: MALAYSIA DEWAN RAKYAT ATURAN URUSAN … .pdf · PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN ... diluluskan pada 2011 memandangkan masih ... yang membayar GST dengan cek di bank-bank tertentu dan

14 AUM DR 7/8/2017

69. PR-1352-L01646

Datuk Seri Haji Ahmad Bin Hamzah [ Jasin ] minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan tugas, tanggungjawab dan kuasa DBP, PBT dan SSM dalam mempastikan bahasa melayu didaulatkan selaras dengan perkara 152 Perlembagaan Negara, Akta Bahasa Kebangsaan, 1963/1967 dan Dasar MBMMBI kerana penggunaan bahasa melayu di bawah bidang kuasa masing-masing dan di kalangan rakyat, sektor awam serta sektor swasta kini nampaknya semakin bercelaru dan terpinggir serta memalukan.

70. PR-1352-L02239

Dato' Seri Mohamed Azmin Bin Ali [ Gombak ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan apakah langkah-langkah yang diambil oleh Kerajaan

untuk membanteras individu dan kumpulan militan yang melibatkan diri dalam keganasan di luar negara seperti penglibatan Dr Mahmud Ahmad yang mendalangi serangan Daesh di Marawi, Filipina..

71. PR-1352-L01793

Dato' Sri Wee Jeck Seng [ Tanjong Piai ] minta MENTERI KESEJAHTERAAN BANDAR, PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN menyatakan apakah keberkesanan pelaksanaan pemisahan sisa yang diperuntukkan di bawah Akta 672 Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam 2007 sejak akta ini dikuatkuasakan dan statistik jumlah kes didapati kesalahan kepada akta ini serta didakwa ke mahkamah.

72. PR-1352-L02504

Dato' Seri Tiong King Sing [ Bintulu ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan :-

(a) adakah Kerajaan mempertimbangkan untuk melupuskan caj perkhidmatan yang dikenakan oleh syarikat Touch n Go kerana ini adalah bertentangan dengan galakan terhadap pengguna untuk menggunakan kad Touch n Go untuk perkhidmatan seperti tempat-tempat parkir kereta dan sebagainya ; dan

(b) apakah cara agihan kutipan caj perkhidmatan tersebut dan siapakah pihak yang menerima kutipan caj perkhidmatan serta berapa banyakkah rakyat Malaysia yang sedang menggunakan kad Touch n Go sehingga kini .

73. PR-1352-L02000

Tuan William Leong Jee Keen [ Selayang ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan langkah diambil Kerajaan untuk mencegah serangan

pengganas dari pejuang ISIS yang kembali ke Malaysia atau kumpulan pengganas lain dan langkah-langkah keselamatan yang diambil semasa Sukan SEA .

Page 15: MALAYSIA DEWAN RAKYAT ATURAN URUSAN … .pdf · PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN ... diluluskan pada 2011 memandangkan masih ... yang membayar GST dengan cek di bank-bank tertentu dan

AUM DR 7/8/2017 15

74. PR-1352-L01911

Tuan Khoo Soo Seang [ Tebrau ] minta MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI menyatakan bagaimana Kerajaan boleh meyakinkan para pengguna tentang tahap keselamatan hasil-hasil pertanian dan ternakan dari pasaran tempatan mahupun yang diimport.

75. PR-1352-L02643

Tuan Haji Wan Hassan Bin Mohd Ramli [ Dungun ] minta MENTERI KESIHATAN menyatakan perkembangan terkini pembinaan Hospital Daerah Dungun sehingga bulan Jun 2017.

76. PR-1352-L02729

Datuk Koh Nai Kwong [ Alor Gajah ] minta MENTERI KESIHATAN

menyatakan sama ada Hospital Alor Gajah yang siap dibina dalam tahun 2013 telah digunakan dengan sepenuhnya khususnya Dewan Pembedahan dan apakah langkah-langkah yang diambil untuk memastikan Hospital Alor Gajah dapat memberi perkhidmatan yang diperlukan kepada penduduk setempat.

77. PR-1352-L02529

Tuan Ahmad Baihaki Bin Atiqullah [ Kubang Kerian ] minta PERDANA MENTERI menyatakan apakah dengan timbulnya isu-isu perbezaan pandangan dan mazhab yang semakin meruncing, seperti tuduhan dan labelan sebagai Wahabi, Syiah dan pelbagai lagi, sehingga ke tahap mentakfirkan dan menyesatkan yang menimbulkan keresahan masyarakat, apakah langkah-langkah yang telah Kerajaan ambil untuk menanganinya?.

78. PR-1352-L01491

Dr. Michael Jeyakumar Devaraj [ Sungai Siput ] minta PERDANA MENTERI menyatakan sama ada Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat bercadang mengumumkan harga lantai yang didasarkan kepada berat barangan dan jarak perjalanan lori untuk mengatasi masalah persaingan antara syarikat pengangkutan yang membawa kepada masalah "overloading" (lebihan muatan) yang menjejaskan keselamatan pengguna jalan raya.

Page 16: MALAYSIA DEWAN RAKYAT ATURAN URUSAN … .pdf · PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN ... diluluskan pada 2011 memandangkan masih ... yang membayar GST dengan cek di bank-bank tertentu dan

16 AUM DR 7/8/2017

79. PR-1352-L02107

Dato' Sri Bung Moktar Bin Radin [ Kinabatangan ] minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan bilakah pihak kerajaan akan mempertimbangkan untuk pihak Malayasia Airport Holdings Berhad menyediakan peralatan pemeriksaan badan yang lebih canggih berbanding yang sedia ada di pintu-pintu masuk balai pelepasan di lapangan terbang dalam negara. Kini terdapat banyak peralatan canggih terdapat di pasaran yang sememangnya mampu untuk mengesan barang-barang larangan yang dibawa oleh penumpang berbanding pemeriksaan manual secara "meraba-raba" yang sedang dipraktikkan yang ternyata kurang menyenangkan.

80. PR-1352-L01460

Datuk Sapawi Bin Ahmad Wasali [ Sipitang ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan sejauh mana seriusnya kehilangan pasport Malaysia

dalam kalangan rakyat negara ini, apakah punca ia berlaku dan apakah langkah-langkah diambil untuk menangani masalah ini daripada terus berlaku.

81. PR-1352-L02676

Dato' Sri Hasan Arifin [ Rompin ] minta MENTERI PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI menyatakan berapakah jumlah

pelaburan yang telah masuk ke dalam negara pada tahun 2017. Adakah Kerajaan bercadang untuk lebih memilih jenis pelaburan yang perlu masuk ke dalam negara untuk diluluskan.

82. PR-1352-L02089

Dato' Takiyuddin Bin Hassan [ Kota Bharu ] minta PERDANA MENTERI

menyatakan apakah hasil siasatan yang telah diperolehi oleh Pasukan Petugas Khas yang ditubuhkan oleh Kerajaan berhubung urus niaga mata wang asing yang mengakibatkan kerugian besar kepada Bank Negara Malaysia (BNM) suatu masa lalu.

83. PR-1352-L01614

Dato' Seri Dr. Muhammad Leo Michael Toyad Abdullah [ Mukah ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan apakah langkah kawalan

Kementerian bagi menghalang aktiviti mengeksport, mengimport dan mencegah pengedaran dadah jenis sintetik yang mengandungi bahan psikoaktif tinggi sehingga boleh mengakibatkan kematian.

84. PR-1352-L02601

Puan Hajah Siti Zailah Binti Mohd Yusoff [ Rantau Panjang ] minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT

menyatakan sejauh mana kejayaan Kementerian dalam menangani masalah sosial di seluruh negara serta penyelesaiannya .

Page 17: MALAYSIA DEWAN RAKYAT ATURAN URUSAN … .pdf · PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN ... diluluskan pada 2011 memandangkan masih ... yang membayar GST dengan cek di bank-bank tertentu dan

AUM DR 7/8/2017 17

85. PR-1352-L02358

Tuan Nga Kor Ming [ Taiping ] minta PERDANA MENTERI menyatakan :-

(a) berapakah peruntukan tahunan Kerajaan kepada SPRM dari 2009 hingga 2017 dan berapakah jumlah bilangan kakitangan yang ada bersama SPRM; dan

(b) adakah Kerajaan mempunyai rancangan merombak struktur SPRM supaya ia menjadi satu Suruhanjaya Pencegahan Rasuah yang BEBAS.

86. PR-1352-L01668

Dato' Dr. Tan Kee Kwong [ Wangsa Maju ] minta MENTERI KESEJAHTERAAN BANDAR, PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN menyatakan adakah terdapat jangka hayat bagi pengunaan lif

bagi mana mana perumahan yang dibina.

87. PR-1352-L02735

Dato' Dr. Mujahid Bin Yusof Rawa [ Parit Buntar ] minta PERDANA MENTERI menyatakan apakah tindakan Kerajaan membendung fahaman sempit agama yang menimbulkan kebencian antara kaum dan berbagai agama di negara ini.

88. PR-1352-L01777

Laksamana Pertama Haji Mohamad Imran Bin Abdul Hamid (B) [ Lumut ] minta MENTERI PERTAHANAN menyatakan pengesahan bilakah Jawatan Panglima Angkatan Bersama , Naib Canselor UPNM dan Ketua Pengarah JHEV disandang oleh Pegawai TLDM pula.

89. PR-1352-L02317

Tuan Wong Ling Biu [ Sarikei ] minta MENTERI PERUSAHAAN PERLADANGAN DAN KOMODITI menyatakan bahawa apakah punca-

punca telah menyebabkan harga lada menurun kebelakangan ini. Apakah langkah-langkah telah diambil oleh Kerajaan untuk menolong penanam-penanam lada.

Page 18: MALAYSIA DEWAN RAKYAT ATURAN URUSAN … .pdf · PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN ... diluluskan pada 2011 memandangkan masih ... yang membayar GST dengan cek di bank-bank tertentu dan

18 AUM DR 7/8/2017

90. PR-1352-L02336

Dato' Haji Mahfuz Bin Haji Omar [ Pokok Sena ] minta PERDANA MENTERI menyatakan :-

(a) apakah punca kemelut dalam Felda Global Venture (FGV) sehingga menyebabkan Tan Sri Isa Samad meletak jawatan sebagai Pengerusi FGV dan apakah langkah-langkah yang dibuat oleh Kerajaan untuk mengembalikan kerugian yang dialami oleh pelabur-pelabur khasnya pihak peneroka yang membeli saham FGV semenjak ianya disenaraikan di Bursa Malaysia; dan

(b) apakah keuntungan membeli 30% saham PT Eagle Indonesia yang diperolehi Felda Global Venture (FGV).

91. PR-1352-L01980

Tuan Liew Chin Tong [ Kluang ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan:-

(a) senarai nama syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GLICs) Malaysia dan jumlah pelaburan mereka dalam pembelian tanah dan hartanah dalam Tun Razak Exchange; dan

(b) senarai nama pembeli-pembeli bon-bon 1Malaysia Development Bhd yang bernilai US$3.5 billion serta jumlah pembelian setiap pembeli.

92. PR-1352-L02347

Tuan N. Surendran A/L K. Nagarajan [ Padang Serai ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan sama ada Kerajaan mengambil

tanggungjawab bagi merebaknya penyakit Tuberculosis (TB) kepada Pegawai Penjara dan sama ada mereka akan diberikan ganti rugi oleh Kerajaan.

93. PR-1352-L02263

Tan Sri Dato' Seri Abd Khalid Bin Ibrahim [ Bandar Tun Razak ] minta MENTERI KESEJAHTERAAN BANDAR, PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN menyatakan hasil sebarang kajian komprehensif dan bersepadu dalam pembentukan dasar pengurusan dan pelupusan sisa pepejal termasuk analisa kos faedah bagi pelbagai metod pelupusan terutama tapak pelupusan dan insinerator.

Page 19: MALAYSIA DEWAN RAKYAT ATURAN URUSAN … .pdf · PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN ... diluluskan pada 2011 memandangkan masih ... yang membayar GST dengan cek di bank-bank tertentu dan

AUM DR 7/8/2017 19

94. PR-1352-L02393

Tuan Zairil Khir Johari [ Bukit Bendera ] minta PERDANA MENTERI

menyatakan kewajaran keputusan Suruhanjaya Pilihan Raya bahawa sempadan pilihan raya sedia ada di Pulau Pinang tidak mempunyai isu ketidakpatuhan kepada Jadual ke-13 dan maka tidak perlu dirubah. Siapakah yang bertanggungjawab untuk membuat keputusan tersebut.

95. PR-1352-L01923

Dato' Kamarul Baharin Bin Abbas [ Telok Kemang ] minta MENTERI KESIHATAN menyatakan berapa ramai para doktor di klinik-klinik swasta

yang telah digantung lesen akibat daripada pengamalan perubatan yang tidak beretika dan cuai sewaktu menjalankan tugas .

96. PR-1352-L01930

Dr. Azman Bin Ismail [ Kuala Kedah ] minta MENTERI PENGANGKUTAN

menyatakan projek menaik taraf dan menyelesaikan masalah banjir kilat di Jeti Kuala Kedah. Bilakah projek ini akan dimulakan sedangkan kajian mengenainya dikatakan telah lama selesai.

97. PR-1352-L02493

Tuan Chong Chieng Jen [ Bandar Kuching ] minta MENTERI KEWANGAN

menyatakan angka terperinci mengenai sumbangan Sarawak terhadap Kumpulan Wang Disatukan Kerajaan Persekutuan melalui cukai pendapatan syarikat, cukai pendapatan persendirian, cukai barangan dan perkhidmatan (GST), tarif import dan eksport, dan seterusnya dalam tahun 2015 dan dalam 6 bulan pertama tahun 2016. Apakan peratusan sumbangan Sarawak ini berbanding dengan keseluruhan penerimaan Kumpulan Wang Disatukan pada tempoh yang sama.

98. PR-1352-L02452

Puan Hajah Fuziah Binti Salleh [ Kuantan ] minta PERDANA MENTERI

menyatakan bagaimanakah peruntukan khas untuk kawasan Parlimen Kuantan yang di bawah penyeliaan Pegawai Pembangunan Negeri (SDO) dibelanjakan pada tahun 2008-2016. Nyatakan jumlah serta pecahan kategori kegunaan. Nyatakan juga agensi yang mengeluarkan peruntukan tersebut dari SDO.

Page 20: MALAYSIA DEWAN RAKYAT ATURAN URUSAN … .pdf · PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN ... diluluskan pada 2011 memandangkan masih ... yang membayar GST dengan cek di bank-bank tertentu dan

20 AUM DR 7/8/2017

99. PR-1352-L01967

Tuan Sivarasa A/L K. Rasiah [ Subang ] minta PERDANA MENTERI

menyatakan Pelan Transformasi Teksi yang disediakan oleh Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) tidak ada cadangan untuk memansuhkan permit kepada syarikat dan mencadangkan sistem permit hanya kepada pemilik pemandu (owner driver) sahaja supaya pemandu-pemandu teksi boleh bersaing secara saksama dengan pemandu Grabcar dan Uber.

100. PR-1352-L02438

Tuan Hee Loy Sian [ Petaling Jaya Selatan ] minta MENTERI KESEJAHTERAAN BANDAR, PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN menyatakan cara penyelesaian mengatasi masalah kekurangan penempatan perumahan bagi anggota bomba dan penyelamat Petaling Jaya Seksyen 52 dan Jalan Penchala Seksyen 51 di kawasan Parlimen Petaling Jaya Selatan.

101. PR-1352-L02129

Dr. Ong Kian Ming [ Serdang ] minta PERDANA MENTERI menyatakan jumlah pemilih di Rang Daftar Pemilih Tambahan (RDPT) Suku 1 hingga Suku 4, Tahun 2016 di negeri Selangor yang telah dibantah dan seterusnya tidak dimasukkan dalam Daftar Pemilih Induk (DPI). Berikan statistik pemilih ini mengikut pengagihan bangsa.

102. PR-1352-L02023

Puan Nurul Izzah Binti Anwar [ Lembah Pantai ] minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan hasil laporan siasatan jawatankuasa yang

ditubuhkan berkenaan isu pengguguran Malaysia daripada kedudukan global Program For International Student (PISA) 2015 dan apakah punca utama Malaysia tidak tersenarai dalam carta tersebut.

103. PR-1352-L02325

Tuan Khalid Bin Abd Samad [ Shah Alam ] minta PERDANA MENTERI

menyatakan kelebihan atau keutamaan dalam lantikan Tan Sri Isa Samad ke jawatan Pengerusi Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) .

104. PR-1352-L02304

Dr. Hajah Siti Mariah Binti Mahmud [ Kota Raja ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan Malaysia telah menerima 1,000 pelarian Syria. Apakah

program sosialisasi telah dilakukan, dan berapa banyak Malaysia telah belanjakan untuk program ini.

Page 21: MALAYSIA DEWAN RAKYAT ATURAN URUSAN … .pdf · PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN ... diluluskan pada 2011 memandangkan masih ... yang membayar GST dengan cek di bank-bank tertentu dan

AUM DR 7/8/2017 21

105. PR-1352-L02550

Tuan Nik Mohamad Abduh Bin Nik Abdul Aziz [ Pasir Mas ] minta PERDANA MENTERI menyatakan menjelaskan proses, justifikasi dan status pelantikan Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad sebagai Pemangku Pengerusi SPAD.

106. PR-1352-L02048

Tuan Wong Sze Phin @ Jimmy [ Kota Kinabalu ] minta PERDANA MENTERI menyatakan hasil siasatan skandal rasuah Jabatan Air Sabah yang membabitkan projek bernilai RM3.3 bilion. Berapakah jumlah wang yang dapat dikesan dan dirampas setakat ini.

107. PR-1352-L02012

Dato' Johari Bin Abdul [ Sungai Petani ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan apakah sebab utama Menteri Kewangan tidak melibatkan diri dalam proses mencari jalan menyelesaikan pertelingkahan antara 1MDB dengan International Petroleum Investment Co (IPIC) sedangkan 1MDB adalah anak Syarikat Perbadanan Menteri Kewangan.

108. PR-1352-L02773

Tuan Manivannan A/L Gowindasamy [ Kapar ] minta MENTERI BELIA DAN SUKAN menyatakan :-

(a) status terkini persediaan negara untuk Sukan SEA 2017 dan jumlah kos yang terlibat. Senaraikan bilangan pingat dan kategori / bidang sukan yang disasarkan oleh Kerajaan Persekutuan dalam temasya Sukan SEA 2017; dan

(b) apakah Kerajaan Persekutuan bercadang untuk membina sebuah Kompleks Sukan di Parlimen Kapar untuk manfaat penduduk setempat. Apakah kekangan dan / atau halangan yang dihadapi oleh Kerajaan Persekutuan untuk membina sebuah Kompleks Sukan di Parlimen Kapar.

109. PR-1352-L(5)00012

Tuan Er Teck Hwa [ Bakri ] minta PERDANA MENTERI menyatakan sejauh manakah jumlah pinjaman yang dibuat oleh FELDA berserta jumlahnya daripada tahun 2013,2014,2015 dan 2016. Berapakah nilai aset harta yang dibeli oleh FELDA daripada 2013,2014,2015 dan 2016. Apakah status aset berkenaan sama ada telah jual atau tidak. Sekiranya ya, kepada siapa dan berapa harganya.

[ Pertanyaan di bawah PM.22(5) ]

Page 22: MALAYSIA DEWAN RAKYAT ATURAN URUSAN … .pdf · PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN ... diluluskan pada 2011 memandangkan masih ... yang membayar GST dengan cek di bank-bank tertentu dan

22 AUM DR 7/8/2017

110. PR-1352-L(5)00015

Tuan Gooi Hsiao Leung [ Alor Setar ] minta MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI menyatakan kenapa Kerajaan tidak membantah

penstrukturan korporat BERNAS dalam bulan Mac oleh syarikat-syarikat berkait Syed Mokhtar Al-Bukhary, PLSB dan TWM untuk memperolehi 100% saham BERNAS yang tidak akan membawa sebarang manfaat kepada kepentingan pesawah padi mahupun pengguna.

[ Pertanyaan di bawah PM.22(5) ]

Page 23: MALAYSIA DEWAN RAKYAT ATURAN URUSAN … .pdf · PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN ... diluluskan pada 2011 memandangkan masih ... yang membayar GST dengan cek di bank-bank tertentu dan

23 AUM DR 7/8/2017

PADA PERMULAAN URUSAN MESYUARAT MENGEMUKAKAN RANG UNDANG-UNDANG KERAJAAN

UNTUK BACAAN KALI YANG PERTAMA

1. Menteri Pertahanan

* Rang Undang-undang Tabung Angkatan Tentera (Pindaan) 2017

2. Menteri Kewangan

* Rang Undang-undang Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (Pindaan) 2017

3. Menteri Pengangkutan

* Rang Undang-undang Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (Pindaan)

2017

* Menandakan bahawa Rang Undang-undang ini akan dibawa pada semua peringkat di mesyuarat ini.

Page 24: MALAYSIA DEWAN RAKYAT ATURAN URUSAN … .pdf · PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN ... diluluskan pada 2011 memandangkan masih ... yang membayar GST dengan cek di bank-bank tertentu dan

AUM DR 7/8/2017 24

ATURAN URUSAN MESYUARAT DAN USUL-USUL

1. ( D.R.26/2017 ) Rang Undang-Undang Penilai, Pentaksir dan Ejen Harta Tanah (Pindaan) 2017 - Menyambung semula Perbahasan atas masalah, “Bahawa Rang Undang-undang ini dibacakan kali yang kedua sekarang”. (3 Ogos, 2017) [ Menteri Kewangan ]

2. ( D.R.20/2017 ) Rang Undang-undang Lembaga Kemajuan

Wilayah Kedah (Pindaan) 2017 [ Menteri Kemajuan Luar Bandar Dan Wilayah ]

Bacaan Kali Yang Kedua

3. ( D.R.23/2017 ) Rang Undang-undang Lembaga Kemajuan Johor Tenggara (Pindaan) 2017 [ Menteri Kemajuan Luar Bandar Dan Wilayah ]

4. ( D.R.21/2017 ) Rang Undang-undang Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (Pindaan) 2017 [ Menteri Kemajuan Luar Bandar Dan Wilayah ]

5. ( D.R.22/2017 ) Rang Undang-undang Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (Pindaan) 2017 [ Menteri Kemajuan Luar Bandar Dan Wilayah ]

6. ( D.R. 29/2017 ) Rang Undang-undang Setem (Pindaan) 2017 [ Menteri Kewangan ]

7. ( D.R. 28/2017 ) Rang Undang-undang Perkapalan Saudagar (Pindaan) 2017 [ Menteri Pengangkutan]

Page 25: MALAYSIA DEWAN RAKYAT ATURAN URUSAN … .pdf · PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN ... diluluskan pada 2011 memandangkan masih ... yang membayar GST dengan cek di bank-bank tertentu dan

25 AUM DR 7/8/2017

8. 7. ( D.R.13/2017 ) Rang Undang-Undang Agensi Kawalan

Sempadan Malaysia 2017 [ Menteri Dalam Negeri ]

Bacaan Kali Yang Kedua

9. ( D.R.17/2017 ) Rang Undang-Undang Pencegahan Jenayah (Pindaan) 2017 [ Menteri Dalam Negeri ]

10. ( D.R.20/2016 ) Rang Undang-Undang Membaharui Undang-Undang (Perkahwinan dan Perceraian) (Pindaan) 2016 [ Menteri di Jabatan Perdana Menteri ]

11. ( D.R.27/2017 ) Rang Undang-undang Sistem Insurans Pekerjaan 2017 [ Menteri Sumber Manusia ]

12. Menteri Kewangan akan mencadangkan :- "Bahawa Dewan ini mengambil ketetapan iaitu menurut kuasa yang ditetapkan padanya oleh subseksyen 11(1) dan subseksyen 11(2), Akta Kastam 1967 supaya Perintah Duti Kastam yang dibentangkan di hadapan majlis ini sebagai kertas statut, bilangan ST.43/2017, ST.44/2017, ST.48/2017, ST.49/2017, ST.50/2017 dan ST. 51/2017 disahkan."

13. Menteri Kewangan akan mencadangkan :-

"Bahawa Dewan ini mengambil ketetapan iaitu menurut kuasa yang ditetapkan padanya oleh subseksyen 6(1), Akta Eksais 1976 supaya Perintah Duti Eksais yang dibentangkan di hadapan majlis ini sebagai kertas statut, bilangan ST.45/2017, ST.46/2017 dan ST.47/2017 disahkan."

14. Menteri Kewangan akan mencadangkan :-

"Bahawa Dewan ini mengambil ketetapan iaitu menurut kuasa yang ditetapkan padanya oleh subseksyen 17(5) Akta Cukai Barang dan Perkhidmatan 2014 supaya Perintah Cukai Barang dan Perkhidmatan yang dibentangkan di hadapan Majlis ini sebagai kertas statut bilangan ST.42/2017 disahkan."

Page 26: MALAYSIA DEWAN RAKYAT ATURAN URUSAN … .pdf · PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN ... diluluskan pada 2011 memandangkan masih ... yang membayar GST dengan cek di bank-bank tertentu dan

AUM DR 7/8/2017 26

15. PR-1352-U(27)038

Dato' Seri Haji Abdul Hadi Bin Awang [ Marang ] akan mencadangkan :- "Bahawa Dewan ini memberikan kebenaran menurut Peraturan Mesyuarat 49 (1) kepada Yang Berhormat Ahli bagi kawasan Marang untuk mencadangkan suatu Rang Undang-undang Ahli Persendirian bernama Rang Undang-undang Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) (Pindaan) 2016 seperti berikut: Pindaan Seksyen 2 Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 [ Akta 355 ] dipinda dalam proviso kepada seksyen 2 dengan menggantikan perkataan "penjara selama tempoh melebihi tiga tahun atau denda melebihi lima ribu ringgit atau sebatan melebihi enam kali" dengan perkataan "penjara selama tempoh melebihi tiga puluh tahun atau denda melebihi satu ratus ribu ringgit atau sebatan satu ratus kali sebagaimana ditadbir selaras dengan tatacara jenayah Syariah."

[ Menteri di Jabatan Perdana Menteri ]

16. PR-1352-U(27)039

Tuan Fong Kui Lun [ Bukit Bintang ] akan mencadangkan :-

"Bahawa Dewan akan mencadangkan supaya Kerajaan mempergiatkan usaha untuk menyatupadukan rakyat berbilang kaum di Malaysia yang kelihatan masih lemah dan longgar meskipun negara telah menjadi negara merdeka dan berdaulat sejak 60 tahun lalu supaya mereka boleh hidup dengan aman dan saling memerlukan antara satu sama lain dan memahami bagi memudahkan mereka membangunkan ekonomi negara secara bersama dan merealisasikan Impian Malaysia." [ Menteri di Jabatan Perdana Menteri ]

17. PR-1352-U(27)040 Tuan Fong Kui Lun [ Bukit Bintang ] akan mencadangkan :-

"Bahawa Dewan akan mencadangkan supaya Kerajaan memulihkan Pilihan Raya Kerajaan Tempatan seluruh negara supaya urus tadbir Kerajaan menjadi lebih cekap, akauntabiliti dan bersih dengan mengambil langkah pertama untuk membuat kajian serius dan melakukan pungutan suara antara rakyat."

[ Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan Dan Kerajaan Tempatan ]

Page 27: MALAYSIA DEWAN RAKYAT ATURAN URUSAN … .pdf · PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN ... diluluskan pada 2011 memandangkan masih ... yang membayar GST dengan cek di bank-bank tertentu dan

27 AUM DR 7/8/2017

18. PR-1352-U(27)041 Datuk Dr. Makin @ Marcus Mojigoh [ Putatan ] akan mencadangkan :-

"Bahawa Dewan ini mengambil maklum bahawa Perkara 11 Perlembagaan Persekutuan Malaysia memberikan semua rakyatnya kebebasan beragama. Dan mengambil maklum juga bahawa Perkara 8 Perlembagaan Persekutuan Malaysia menjamin kesamarataan hak untuk warganya bagi menjalani kehidupan harian mereka. Dan mengambil maklum juga bahawa, Malaysia sebagai negara peneraju gerakan kesederhanaan global dibawah pimpinan YAB Perdana Menteri Malaysia, telah berjaya memahat nama di persada antarabangsa dimana Malaysia menjadi model penerimaan kepelbagaian agama dan kaum sebagai sumber kekuatannya. Dan mengambil maklum juga bahawa, konsep penerimaan kepelbagaian agama dan bangsa melalui Gagasan 1Malaysia adalah model yang terbaik dalam mewujudkan keharmonian, kemakmuran dan perpaduan kaum dan agama di negara ini. Dan mengambil maklum juga bahawa, sejak akhir-akhir ini, perpaduan, keharmonian serta toleransi kaum dan agama semakin terhakis memandangkan terdapat segelintir rakyat yang tidak lagi peka kepada kepentingan untuk mengekalkan perpaduan, keharmonian serta toleransi kaum dan agama semata-mata untuk kepentingan politik atau kepentingan individu mereka. Dan mengambil maklum juga bahawa, insiden-insiden yang boleh menyebabkan keruntuhan perpaduan, keharmonian serta toleransi kaum dan agama di negara ini kian menular dan yang terkini adalah dimana Azril Mohd Amin telah dengan lantang menggesa Kerajaan untuk mengharamkan "Christian Evangelicalism" dengan tanpa mengambil kira apa yang termaktub dalam Perkara 11 Perlembagaan Malaysia. Maka, bagi menangani perkara-perkara yang boleh menggangu-gugat perpaduan, keharmonian serta toleransi kaum dan agama yang negara ini kecapi oleh negara sekian lama, maka Dewan ini hendaklah mengambil ketetapan bahawa, pihak Kerajaan hendaklah dengan segera mengambil tindakan undang-undang ke atas mereka yang bertanggungjawab agar tidak menjadi teladan di masa akan datang demi untuk kepentingan negara."

[ Menteri di Jabatan Perdana Menteri ]

19. PR-1352-U(27)042 Datuk Dr. Makin @ Marcus Mojigoh [ Putatan ] akan mencadangkan :-

"Bahawa Dewan ini mengambil maklum bahawa, tahap penguasaan Bahasa Inggeris dalam kalangan murid dan graduan dinegara ini adalah pada tahap yang amat minima dan keadaan ini telah menjadikan sumber tenaga manusia negara ini kurang berdaya saing di luar negara. Dan mengambil maklum juga bahawa, kebanyakan bahan-bahan rujukan untuk pengajian yang terdapat diatas talian dan buku-buku rujukan adalah dalam Bahasa Inggeris. Mengambil maklum juga bahawa oleh kerana tidak dapat bertutur dan menulis dalam Bahasa Inggeris dengan baik, sumber tenaga manusia dan para graduan dari negara Malaysia tidak berpeluang untuk berkerja dan bersaing di peringkat global.

Page 28: MALAYSIA DEWAN RAKYAT ATURAN URUSAN … .pdf · PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN ... diluluskan pada 2011 memandangkan masih ... yang membayar GST dengan cek di bank-bank tertentu dan

AUM DR 7/8/2017 28

Dan mengambil maklum juga bahawa sumber tenaga manusia daripada negara-negara yang membenarkan penggunaan Bahasa Inggeris dalam sistem pembelajaran mereka, misalnya negara Filipina, adalah lebih mendapat pasaran tenaga kerja di peringkat antarabangsa. Mengambil maklum juga bahawa Sekolah Menengah La Salle Tanjung Aru Sabah telah menggunakan Bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar sejak penubuhannya pada tahun 1903 sehinggahlah dimansuhkan pada lewat tahun 1970an. Maka, bagi menangani masalah ini, Dewan yang mulia ini hendaklah mengambil ketetapan bahawa Kerajaan haruslah dengan segera meluluskan penubuhan sekolah menengah aliran Bahasa Inggeris, sekurang-kurangnya satu sekolah menengah disetiap kawasan Parlimen sebagai permulaan dan bagi kawasan Parlimen P.173 Putatan, Sekolah Menengah La Salle Tanjung Aru sebagai perintis."

[ Menteri Pendidikan ]

20. PR-1352-U(27)043

Datuk Dr. Makin @ Marcus Mojigoh [ Putatan ] akan mencadangkan :-

"Bahawa Dewan ini mengambil maklum bahawa, masalah setinggan dibandar adalah masalah yang saban hari saban meningkat kerana migrasi dari luar bandar ke bandar, terutama sekali untuk tujuan mencari pekerjaan. Dewan ini hendaklah juga mengambil maklum bahawa migran ekonomi yang berpindah daripada luar bandar ke bandar ini adalah dari golongan yang kurang berkemampuan / berpendapatan rendah dan mereka tidak mampu untuk membeli atau memiliki rumah-rumah yang dibina oleh pihak pemaju atau prima yang ada pada ketika ini, dimana kebanyakkan mereka ini hanya mampu untuk membayar kadar sewaan dibawah RM350.00 sebulan. Dan mengambil maklum juga bahawa, matlamat Kerajaan mensasarkan sifar setinggan terutama sekali dikawasan bandar adalah agak sukar untuk dicapai selagi masalah perumahan bagi migran yang dimaksudkan diatas tidak ditangani secara tuntas, Dan mengambil maklum juga bahawa, Program Perumahan Pakyat (PPR) yang dahulunya untuk sewaan tanpa had masa dilihat sebagai satu langkah alternatif bagi mengatasi masalah setinggan dibandar dan sekaligus memberikan kumpulan sasar untuk menduduki rumah yang agak selesa. Tetapi malangnya, status PPR tersebut telah dipinda kepada status rumah transit untuk pendudukan untuk tempoh tidak melebihi lima (5) tahun. Dan mengambil maklum juga bahawa Program Perumahan Pakyat atau PPR yang ada sekarang ini merupakan sumber alternatif bagi mengatasi masalah setinggan dibandar dimana rumah-rumah PPR ini diubah syarat daripada sewaan kepada sewa beli bagi membolehkan mereka yang dimaksudkan diatas untuk akhirnya memiliki rumah mereka sendiri. Maka, bagi menangani masalah setinggan bandar dan kekurangan perumahan untuk golongan kurang mampu, Dewan ini hendaklah mengambil ketetapan bahawa Kerajaan hendaklah meminda syarat pendudukan rumah PPR diseluruh negara daripada syarat sewaan bulanan kepada syarat sewa-beli." [ Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan Dan Kerajaan Tempatan ]

Page 29: MALAYSIA DEWAN RAKYAT ATURAN URUSAN … .pdf · PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN ... diluluskan pada 2011 memandangkan masih ... yang membayar GST dengan cek di bank-bank tertentu dan

29 AUM DR 7/8/2017

21. PR-1352-U(27)044

Datuk Dr. Makin @ Marcus Mojigoh [ Putatan ] akan mencadangkan :-

"Bahawa Dewan ini mengambil maklum bahawa Chinese Independent School di Malaysia menjalankan taksiran peperiksaan persekolahan mereka melalui sijil yang dikenali sebagai Unified Examination Certificate (UEC) yang mana dibahagikan kepada tiga peringkat iaitu Unified Examination Certificate -Junior Middle (UEC-JM), Unified Examination Certificate Vocational (UEC-V) dan Unified Examination Certificate Senior Middle (UEC-SML). Dan mengambil maklum juga bahawa, persijilan UEC telah pun diguna pakai dalam persekolahan oleh United Chinese School Committees Association Of Malaysia sejak ianya diperkenalkan pada tahun 1975. Dan mengambil maklum juga bahawa sijil UEC yang diperkenalkan oleh UCSCAM ini telah diikiraf oleh universiti diserata negara seperti di United Kingdom, United States of America, Taiwan, Hong Kong, China, Australia, Canada, Singapore dan lain-lain negara. Dan mengambil maklum juga bahawa malangnya, Kementerian Pelajaran dan Kementerian Pendidikan Tinggi Malaysia atau secara khususnya, Lembaga Akreditasi Negara tidak mengiktiraf sijil UEC ini terutama sekali bagi kemasukkan ke universiti awam Malaysia, walaupun National University Of Singapore yang berkedudukan tempat keempat universiti terbaik di dunia mengiktiraf sijil UEC ini. Dan mengambil maklum juga bahawa dengan ketiadaan pengiktirafan yang dimaksudkan diatas, negara Malaysia secara tidak langsung mengalami kerugian yang besar dimana pemegang sijil UEC ini terpaksa meneruskan pendidikan tinggi mereka di luar negara dimana aliran wang keluar daripada negara ini dan juga kecenderungan lepasan sijil UEC ini untuk terus berkerja di luar negara adalah tinggi, di mana dalam hal ini negara Malaysia akan kerugian "aliran keluar" tenaga mahir ke luar negara. Maka, bagi menangani masalah ini, dewan yang mulia ini hendaklah mengambil ketetapan bahawa Kerajaan haruslah dengan segera mengiktiraf Sijil Unified Examination Certificate bagi manfaat negara."

[ Menteri Pendidikan ]

22. PR-1352-U(27)045 Datuk Dr. Makin @ Marcus Mojigoh [ Putatan ] akan mencadangkan :-

"Bahawa Dewan ini mengambil maklum bahawa kesan pemanasan global dan perubahan cuaca kini menjadi topik perbualan harian diseluruh pelusuk dunia dimana ianya bukan lagi satu fenomena tetapi telah menjadi realiti yang mana setiap warga dunia mempunyai tanggungjawab untuk sama-sama melaksanakan langkah-langkah mitigasi bagi mengurangkan impaknya keatas kehidupan manusia. Dan mengambil maklum juga bahawa salah satu penyebab utama kedua-dua masalah diatas adalah akibat daripada kesan penebangan pokok-pokok disebabkan aktiviti ekonomi seperti pembukaan ladang dan sebagainya. Dan mengambil maklum juga bahawa pihak berkuasa tempatan berperanan untuk mengambil bahagian dalam usaha untuk langkah

Page 30: MALAYSIA DEWAN RAKYAT ATURAN URUSAN … .pdf · PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN ... diluluskan pada 2011 memandangkan masih ... yang membayar GST dengan cek di bank-bank tertentu dan

AUM DR 7/8/2017 30

mitigasi bagi mengatasi kedua-dua masalah diatas walaupun dalam bentuk kecil, dengan menanam lebih banyak pokok-pokok diseluruh kawasan seliaan mereka. Maka, bagi menangani masalah ini, Dewan yang mulia ini hendaklah mengambil ketetapan bahawa Kerajaan Malaysia hendaklah meminta pihak berkuasa tempatan untuk segera menanam lebih banyak pokok-pokok dikawasan dibawah seliaan mereka disamping memperbanyakkan kempen menanam pokok untuk menyemai budaya menanam pokok di kalangan rakyat setempat."

[ Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan Dan Kerajaan Tempatan ]

23. PR-1352-U(27)046

Tuan M. Kulasegaran [ Ipoh Barat ] akan mencadangkan :-

"Dewan ini mengambil maklum bahawa Kabinet Malaysia pada 19 Mac 2011 telah bersetuju untuk menjadikan Malaysia ahli Mahkamah Jenayah Antarabangsa Statut Rom "Rome Statute of the International Court (ICC)" Namun, sebarang tindakan kesertaan tidak dilakukan sehingga kini. Diharapkan Dewan ini akan mengambil keputusan dengan mengarahkan Kementerian Luar Negeri dan Peguam Negara untuk menfailkan kertas kerja yang diperlukan tanpa melengahkan masa lagi."

[ Menteri di Jabatan Perdana Menteri ]

24. PR-1352-U(27)047

Dr. Tan Seng Giaw [ Kepong ] akan mencadangkan :-

"Bahawa Dewan ini membahaskan keadaan bon Kerajaan Malaysia."

[ Menteri Kewangan ]

25. PR-1352-U(27)048

Tuan Liew Chin Tong [ Kluang ] akan mencadangkan :-

"Bahawa Dewan ini menggesa bahawa Laporan penuh Jawatankuasa Siasatan Bebas mengenai kejadian kebakaran Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru pada 25 Oktober 2016 hendaklah diumumkan untuk makluman dan pengetahuan rakyat tentang punca-punca berlakunya kebakaran tersebut. Kerajaan juga didesak untuk menyatakan langkah-langkah yang akan diambil untuk mencegah dan mengelakkan tragedi kebakaran berulang lagi di mana-mana hospital atau pusat perubatan." [ Menteri Kesihatan ]

Page 31: MALAYSIA DEWAN RAKYAT ATURAN URUSAN … .pdf · PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN ... diluluskan pada 2011 memandangkan masih ... yang membayar GST dengan cek di bank-bank tertentu dan

31 AUM DR 7/8/2017

26. PR-1352-U(27)049 Tuan Liew Chin Tong [ Kluang ] akan mencadangkan :-

"Bahawa Dewan ini menyokong cadangan menetapkan sebarang pembelian aset atau sistem pertahanan yang melebihi 100 juta oleh Kementerian Pertahanan, mesti dibawa ke Parlimen dibahas dan diaudit oleh Jabatan Audit Negara supaya untuk syarat meneruskan pembelian ini. Ini juga bertujuan untuk mempertingkatkan integriti dan keberkesanan pembelian sistem pertahanan. Ini adalah diakibatkan oleh pembelian Kapal Selam Scorpene telah menimbulkan banyak persepsi negatif terhadap negara." [ Menteri Pertahanan ]

27. PR-1352-U(27)050

Tuan Liew Chin Tong [ Kluang ] akan mencadangkan :-

"Bahawa Dewan ini bersetuju mengurangkan peruntukan untuk JPM dan menyalurkan kepada peruntukan bagi hal ehwal pendidikan, pengangkutan awam, kesihatan dan kebajikan rakyat. Peruntukan untuk Jabatan Perdana Menteri telah dihadkan tahapnya pada tahun 2008 iaitu masing-masing sebanyak RM3.4 bilion bagi peruntukan pengurusan dan RM3.5 bilion untuk pembangunan. Ini membawa kepada jumlah keseluruhan sebanyak RM6.9 bilion. Berbanding 2017, anggaran peruntukan pengurusan dan pembangunan telah melepasi tahap ditetapkan pada 2008 tersebut iaitu masing-masing sebanyak RM4.92 bilion dan RM11.02 bilion yang membawa kepada jumlah keseluruhan RM15.94 bilion." [ Menteri di Jabatan Perdana Menteri ]

28. PR-1352-U(27)051

Tuan Liew Chin Tong [ Kluang ] akan mencadangkan :-

"Bahawa Dewan ini memuatkan semua Jawapan-Jawapan Pertanyaan Jawab Lisan Harian Yang Tidak Dapat Dijawab, Jawapan-Jawapan Pertanyaan Bertulis, serta Undi-Undi dan Perjalanan Mesyuarat (Votes and Proceedings) bagi Dewan Rakyat dan Dewan Negara ke dalam portal rasmi Parlimen Malaysia untuk memastikan ketelusan Parlimen." [ Menteri di Jabatan Perdana Menteri ]

29. PR-1352-U(27)052

Dato' Johari Bin Abdul [ Sungai Petani ] akan mencadangkan :-

"Bahawa Dewan menyedari Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) baru-baru mengeluarkan kenyataan bahawa "ketupat segera" yang dimasak di dalam plastik yang popular sebagai hidangan Hari Raya atau oleh penjual-penjual satay boleh mengakibatkan kemandulan dan kanser.

Page 32: MALAYSIA DEWAN RAKYAT ATURAN URUSAN … .pdf · PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN ... diluluskan pada 2011 memandangkan masih ... yang membayar GST dengan cek di bank-bank tertentu dan

AUM DR 7/8/2017 32

Ini kerana beg plastik yang mengandungi bahan polietilena berketumpatan tinggi (HDPE) digunakan untuk merebus ketupat dalam masa yang lama akan merembeskan bahan kimia beracun lain iaitu organik mudah terpeluwap (VOC) yang membawa kesan buruk kepada kesihatan manusia dan alam sekitar. Kementerian Kesihatan mesti mengambil tindakan segera menyiasat dan mengambil tindakan bagi menasihati pengguna dengan kadar segera. "

[ Menteri Kesihatan ]

30. PR-1352-U(27)055

Dato' Johari Bin Abdul [ Sungai Petani ] akan mencadangkan :-

"Bahawa Dewan menyedari masyarakat umum berpendapat terdapat kecelaruan Kementerian Dalam Negeri mentadbir dan mengendalikan pendaftaran pekerja dan pendatang asing di negara ini. Adalah dicadangkan setiap warga asing yang menetap di negara ini sama ada sebagai pekerja, pelajar, pengajar, atau investors jika tinggal lebih lama dari satu masa yang layak seperti yang diberikan dalam visa, mereka mestilah memohon Kad Izin Tinggal Terbatas (KITT). Di dalam kad ini akan tersimpan nama, negara asal pemegang kad, tempuh tinggal yang dibenarkan, no. pasport, nama majikan, alamat dan no. telefon majikan, maklumat kesihatan dan lain-lain . KITT ini, seperti Mycard, diwarna dengan berbagai warga bagi memisahkan kategori mereka. Dengan mempunyai KITT ini, mereka tidak perlu lagi membawa pasport mereka. Juga amat mudah bagi pihak berkuasa mengesan mereka jika mereka tidak berada di tempat yang diluluskan untuk bekerja, atau mereka menghilangkan diri dari majikan mereka " [ Menteri Dalam Negeri ]

31. PR-1352-U(27)057 Tuan Nga Kor Ming [ Taiping ] akan mencadangkan :-

"Bahawasanya Dewan yang mulia ini meluluskan satu ketetapan supaya YAB Perdana Menteri dan seluruh anggota Menteri Kabinet mengisytiharkan harta dan aset mereka kepada Dewan Rakyat tiap-tiap tahun pada bulan Disember." [ Menteri di Jabatan Perdana Menteri ]

32. PR-1352-U(27)059

Tuan Nga Kor Ming [ Taiping ] akan mencadangkan :-

"Bahawasanya Dewan yang mulia ini meluluskan satu ketetapan selaras dengan titah Majlis Raja-Raja Melayu di mana Akta Majlis Keselamatan Negara 2016 dibentang dan dikaji semula di Dewan Rakyat dengan kadar segera." [ Menteri di Jabatan Perdana Menteri ]

Page 33: MALAYSIA DEWAN RAKYAT ATURAN URUSAN … .pdf · PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN ... diluluskan pada 2011 memandangkan masih ... yang membayar GST dengan cek di bank-bank tertentu dan

33 AUM DR 7/8/2017

33. PR-1352-U(27)060

Tuan Hee Loy Sian [ Petaling Jaya Selatan ] akan mencadangkan :-

"Dewan ini mengambil maklum bahawa cukai pelancongan perlu dimansuhkan memandangkan industri pelancongan terutama pengusaha hotel tempatan bakal berhadapan dengan risiko kemerosotan jumlah pelancong dan seterusnya akan menjejaskan peluang pekerjaan. Dewan yang mulia ini hendaklah mengambil maklum bahawa pengenalan cukai ini juga berisiko melembapkan aktiviti ekonomi dan menjejaskan pendapatan rakyat yang terlibat secara langsung dengan industri pelancongan." [ Menteri Pelancongan Dan Kebudayaan ]

34. PR-1352-U(27)061

Tuan Hee Loy Sian [ Petaling Jaya Selatan ] akan mencadangkan :-

"Dewan ini mengambil maklum bahawa banyak pengusaha teksi persendirian mahu pun berdaftar di bawah syarikat swasta menghadapi kesukaran dan ada yang terpaksa menutup operasi mereka. Salah satu punca permasalahan ini adalah dengan kewujudan Uber dan GrabCar yang jauh lebih efisien daripada operasi mereka melalui penggunaan teknologi aplikasi dengan menggunakan telefon pintar. Maka dengan menyedari hakikat ini, Dewan yang mulia ini hendaklah membahaskan langkah-langkah strategik bagi menyelamatkan pengusaha teksi yang ada dalam menghadapi persaingan daripada Uber dan GrabCar ini." [ Menteri di Jabatan Perdana Menteri ]

35. PR-1352-U(27)063 Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua [ Batu ] akan mencadangkan :-

"Bahawa Dewan menggesa Kerajaan untuk menghentikan pembinaan pusat penyembelihan ayam di pasar borong Selayang sehingga kajian kesesakan lalu lintas dan alam sekitar dapat dilakukan." [ Menteri Wilayah Persekutuan ]

36. PR-1352-U(27)065 Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua [ Batu ] akan mencadangkan :-

"Bahawa Malaysia untuk membawa isu ketegangan Saudi dan Qatar ke OIC dan mewujudkan satu mekanisme pendamaian." [ Menteri Luar Negeri ]

Page 34: MALAYSIA DEWAN RAKYAT ATURAN URUSAN … .pdf · PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN ... diluluskan pada 2011 memandangkan masih ... yang membayar GST dengan cek di bank-bank tertentu dan

AUM DR 7/8/2017 34

37. PR-1352-U(27)067 Tuan Manivannan A/L Gowindasamy [ Kapar ] akan mencadangkan :-

"Bahawa Dewan ini mempertimbangkan cadangan untuk menghalang dan mengharamkan penjualan arak murahan (cheap liquor) secara mudah dan murah yang semakin berleluasa. Gegaja pengambilan arak murahan ini menimbulkan pelbagai masalah sosial seperti keganasan rumah tangga dan gengsterisme serta merosakkan organ dalaman. Di samping itu, kawalan dan penyeliaan terhadap kedai - kedai menjual arak perlu diketatkan. Masa penjualan arak dan lokasi minum arak perlu dikaji. Kawasan tempat awam seperti di taman awam dan taman permainan kanak-kanak, minum arak wajib diharamkan. Dewan ini juga wajib mempertimbangkan penubuhan Pusat Pemulihan Arak (PPA) di setiap negeri di Malaysia untuk membendung masalah minum arak yang semakin berleluasa di kalangan anak muda merentasi sempadan bangsa dan agama. " [ Menteri Kewangan ]

38. PR-1352-U(27)068 Tuan Manivannan A/L Gowindasamy [ Kapar ] akan mencadangkan :-

"Bahawa Dewan ini mempertimbangkan cadangan untuk kes kematian di bawah tahanan Polis DiRaja Malaysia, keluarga simati diberi kebenaran sepenuhnya untuk memperoleh Pakar Perubatan Forensik sendiri bagi mewakili pihak keluarga simati semasa bedah siasat dijalankan." [ Menteri Dalam Negeri ]

39. PR-1352-U(27)069 Tuan Manivannan A/L Gowindasamy [ Kapar ] akan mencadangkan :-

"Bahawa Dewan ini mendesak agar pendidikan agama diperkenalkan di sekolah kepada pelajar bukan Islam sebagai langkah untuk menerapkan nilai -nilai murni dan keagamaan di kalangan pelajar bukan Islam bagi menangani gegala sosial yang kian meningkat dan berleluasa akibat daripada kegagalan sistem pendidikan di Malaysia." [ Menteri Pendidikan ]

40. Tuan Gobind Singh Deo [ Puchong ] akan mencadangkan :- “Bahawa pada 24.07.2017, saya telahpun menerima surat pemberitahuan

bertarikh 21.07.2017 dimana 3 soalan pertanyaan jawab lisan saya ditolak di bawah Peraturan Mesyuarat 23(1)(h) dan Peraturan Mesyuarat 23 (1)(g). Saya kepilkan di sini sesalinan surat-surat berkenaan untuk rujukan mudah Tan Sri Dengan segala hormatnya, saya usulkan supaya keputusan tersebut dikaji semula menurut Peraturan 43 Peraturan-Peraturan Majlis Mesyuarat di atas alasan-alasan berikut:

Page 35: MALAYSIA DEWAN RAKYAT ATURAN URUSAN … .pdf · PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN ... diluluskan pada 2011 memandangkan masih ... yang membayar GST dengan cek di bank-bank tertentu dan

35 AUM DR 7/8/2017

1. Pertanyaan PR1352-LO2403 berkaitan status siasatan kes 1MDB

dan SRC bukan dikeluarkan dengan tujuan mendapat buah fikiran atau hendak mendapat penyelesaian berkenaan perkara undang-undang dan yang belum jadi masalah sepertimana dinyatakan.

(i) Kes 1MDB dan SRC sedang disiasat oleh PDRM pada 12.04.2017,

Ketua Polis Negara telahpun menyatakan bahawa kertas siasatan telahpun dihantar ke Pejabat Peguam Negara untuk tindakan seterusnya. (Sila lihat laporan Malay Mail Online yang dilampirkan di sini bertarikh 12.04.2017 yang jelas kandungannya.)

(ii) Oleh yang demikian, sebab soalan PR1352-LO2403 ditolak iaitu dengan tujuan mendapat buah fikiran atau hendak mendapat penyelesaian berkenaan perkara undang-undang yang belum jadi tidak betul dan perlu diketepikan.

(iii) Adalah jelas bahawa soalan tersebut tidak melanggar mana-mana

peraturan mesyuarat dan seharusnya dijawab.

2. Pertanyaan PR1352-LO2404 berkenaan dengan langkah-langkah yang akan diambil oleh negara kita, Malaysia dalam saman DOJ di Amerika Syarikat khususnya di mana ianya melibatkan wang berbilion ringgit: (i) Ini tidak sama sekali melencungkan perkara yang sedang dibicarakan

oleh Mahkamah.

(ii) Tindakan mesti diambil oleh Malaysia untuk melindungi hak-hak kami dalam kes itu dan juga pastikan bahawa usaha dijalankan untuk menuntut semula wang yang boleh dituntut untuk negara kita khususnya di mana ianya melibatkan satu jumlah wang yang cukup besar.

(iii) Tindakan yang dicadangkan perlu dinyatakan dengan terperinci dan oleh

itu, keputusan Tuan Speaker untuk menolaknya seharusnya diketepikan dan soalan tersebut perlu dijawab.

3. Pertanyaan PR1352-LO2412 berkenaan dengan sama ada ataupun

tidak mana-mana Kerajaan lain telahpun meminta bantuan bersama dalam siasatan kes 1MBD atau SRC: (i) Perkara ini bukan dengan tujuan hendak mendapat buah fikiran atau

hendak mendapat penyelesaian berkenaan perkara undang-undang yang belum menjadi masalah.

(ii) Pada 14.04.2017, pihak berkuasa Switzerland telahpun dilaporkan

menyatakan bahawa mereka bersedia untuk bekerjasama sekiranya apa-apa bantuan diminta oleh Malaysia berkenaan siasatan SRC dan 1MDB. (Sila lihat petikan daripada Malaysiakini bertarikh 14.04.2017.)

Page 36: MALAYSIA DEWAN RAKYAT ATURAN URUSAN … .pdf · PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN ... diluluskan pada 2011 memandangkan masih ... yang membayar GST dengan cek di bank-bank tertentu dan

AUM DR 7/8/2017 36

(iii) Pada 16.06.2017, Peguam Negara kita, Tan Sri Apandi Ali pula

dilaporkan berkata bahawa tiada mana-mana negara yang meminta bantuan Malaysia dalam siasatan kes 1MDB. (Sila lihat petikan daripada NST bertarikh 16.06.2017.)

(iv) Jadi cukup jelas bahawa soalan PR1354-LO2412 adalah berkenaan perkara undang-undang yang sudah terjadi dan oleh itu sebab atas

mana soalan itu ditolak tidak berasas sama sekali. Ianya seharusnya dijawab.

Saya dengan segala hormatnya ingin menegaskan sekali lagi bahawa soalan-soalan yang ditanya itu adalah relevan dan perlu dijawab oleh Menteri-Menteri berkenaan. Saya juga difahamkan bahawa banyak soalan-soalan berkenaan 1MDB dan/ atau perkara yang berhubungkait dengannya telahpun ditolak. Soalan-soalan ini adalah penting dan berkaitan dengan perkara-perkara yang sedang berlaku dan diketahui umum sepertimana dinyatakan dan oleh yang demikian, adalah tugas dan tanggungjawab saya selaku Ahli Parlimen untuk membangkitkannya dalam Dewan Rakyat. Saya dengan itu merayu supaya usul saya dibenarkan dibahaskan dan keputusan Tuan Speaker itu dikaji semula dan diketepikan dengan serta-merta.” [ Menteri di Jabatan Perdana Menteri ]

Page 37: MALAYSIA DEWAN RAKYAT ATURAN URUSAN … .pdf · PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN ... diluluskan pada 2011 memandangkan masih ... yang membayar GST dengan cek di bank-bank tertentu dan

37 AUM DR 7/8/2017

**UCAPAN-UCAPAN ( PERATURAN MESYUARAT 17 BAHARU )

( KAMAR KHAS )

Tarikh

Ucapan

Ahli Yang Berucap

Tajuk Ucapan

Menteri Yang

Bertanggungjawab

1. 7.8.2017 (Isnin)

1. YB Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua

(Batu)

1. Perlaksanaan Pelan Pembangunan Kg. Padang Balang Sebagai Kg. Tradisi.

1. YB Menteri Wilayah Persekutuan

2. 7.8.2017 (Isnin)

2. YB Puan Alice Lau Kiong Yieng

(Lanang)

2. Masalah Di Rumah Panjang Kawasan Lanang

2. YB Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah

** Ucapan-ucapan Di Bawah Usul Berkenaan Perkara Tadbir Kerajaan (Peraturan Mesyuarat 17 Baharu)