membina singapura yang kukuh dan bersatu padu · memberikan bantuan lebih baik kepada sme untuk...

13
MEMBINA SINGAPURA YANG KUKUH DAN BERSATU PADU RINGKASAN BELANJAWAN

Upload: vuduong

Post on 01-Apr-2019

227 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

MEMBINA SINGAPURA YANG KUKUH DAN BERSATU PADU

RINGKASAN BELANJAWAN

MEMBINA SINGAPURA YANG KUKUH DAN BERSATU PADUSedang perubahan-perubahan baru mencorak semula dunia pada masa ini, Belanjawan 2019 melakarkan hala tuju kita untuk membina Singapura yang Kukuh dan Bersatu Padu.

Sejarah Singapura telah bermula sekurang-kurangnya sejak 700 tahun yang lalu. Tahun 1819 merupakan detik perubahan yang penting. Keputusan British mengisytiharkan Singapura sebagai sebuah pelabuhan bebas telah menghubungkan kita dengan rangkaian perdagangan sejagat yang kian berkembang. Perkembangan ini dan yang berlaku kemudian telah menjadikan Singapura sebagai tumpuan dunia.

EMPAT PERUBAHAN UTAMA

✤ Perubahan dalam tumpuan ekonomi sejagat terhadap Asia ✤ Kemajuan teknologi yang pesat ✤ Demografi yang berubah-ubah ✤ Sokongan yang berkurangan terhadap

globalisasi

2

✤ Singapura yang Aman dan Selamat ✤ Ekonomi yang Bertenaga dan Inovatif ✤ Masyarakat yang Prihatin dan Inklusif ✤ Sebuah Kota Global dan Kediaman buat Semua ✤ Masa Hadapan yang Mampan dan Terjamin Dari Segi Fiskal

MELAKARKAN HALA TUJU KITA

Perubahan-perubahan ini mewujudkan banyak cabaran dan peluang. Belanjawan 2019 merupakan rancangan strategik bagi memperuntukkan sumber-sumber untuk membina Singapura yang Kukuh dan Bersatu Padu:

MEMASTIKAN SINGAPURA AMAN DAN SELAMATRakyat yang kekal teguh, berdaya tahan dan bersatu padu dalam mengatasi krisis

MEMBINA SINGAPURA YANG KUKUH DAN BERSATU PADU

3

✤ Membuat pelaburan besar bagi membiayai usaha-usaha pertahanan, keselamatan dan diplomasi

• Agensi Sains & Teknologi Home Team yang baru

• Pertahanan Digital sebagai tunggak keenam Pertahanan Mutlak

KEDIAMAN YANG AMAN DAN SELAMAT BUAT SEMUA

MENTRANSFORMASIKAN EKONOMI KITA

4

Memastikan syarikat-syarikat dan para pekerja kita kekal berdaya saing dan relevan

DANA PELABURAN BERSAMA SME III✤ Pelaburan sebanyak $100 juta oleh

Pemerintah untuk memangkinkan pendanaan sektor swasta untuk SME yang sudah bersedia mengembangkan perniagaan

✤ Program baru untuk membantu syarikat-syarikat tempatan yang mencatat pertumbuhan yang tinggi membuat pembaharuan, berkembang, dan melebarkan sayap ke peringkat antarabangsa

SKIM PEMBIAYAAN PERUSAHAAN✤ Memperkemas skim-skim pembiayaan

yang ada sekarang supaya dapat memberikan bantuan lebih baik kepada SME untuk mendapatkan pembiayaan bank

✤ Memberi lebih banyak bantuan untuk syarikat-syarikat yang telah ditubuhkan kurang dari lima tahun

✤ Melanjutkan tempoh bagi bantuan modal kerja yang dipertingkatkan untuk membantu SME, sehingga 31 Mac 2021

PROGRAM EJEN INOVASI

✤ Peluang percubaan untuk syarikat-syarikat mendapatkan nasihat daripada para pakar industri berpengalaman mengenai peluang-peluang inovasi dan pengkomersilan

MEMBINA KEUPAYAAN PERUSAHAAN YANG TINGGI

PROGRAM SG MAJU

MEMBINA SINGAPURA YANG KUKUH DAN BERSATU PADU

MENTRANSFORMASIKAN EKONOMI KITA

5

PROGRAM TRANSFORMASI DIGITAL UNTUK SME✤ Meluaskan Rancangan Digital bagi Perusahaan kepada lebih banyak sektor,

dan lebih banyak pilihan bagi huraian digital yang telah diluluskan

PAKEJ BANTUAN PENGGUNAAN MESIN✤ Lanjutan selama dua tahun untuk membantu syarikat-syarikat menggunakan

teknologi penggunaan mesin secara berkesan dan besar-besaran (sehingga 31 Mac 2021)

MAKMAL PERKHIDMATAN DIGITAL

✤ Program rintis untuk menangani cabaran-cabaran pendigitalan di sektor perkhidmatan, melalui kerjasama dengan rakan-rakan industri dan penyelidikan

MEMBANGUN KEUPAYAAN SYARIKAT YANG TINGGI

MEMBINA SINGAPURA YANG KUKUH DAN BERSATU PADU

PORTAL SEHENTI BAGI SYARIKAT-SYARIKAT UNTUK BERURUS NIAGA DENGAN PEMERINTAH

✤ Pelancaran portal rintis bagi sektor perkhidmatan makanan, untuk memperkemaskan proses pelesenan dengan Pemerintah, dikurangkan daripada sehingga 14 borang yang perlu diisikan kepada 1

Memastikan syarikat-syarikat dan para pekerja kita kekal berdaya saing dan relevan

MENTRANSFORMASIKAN EKONOMI KITA

6

PRORAM-PROGRAM PENUKARAN PROFESIONAL BARU✤ Membantu karyawan yang mempunyai pengalaman bekerja untuk menceburi bidang

pertumbuhan yang baru, contohnya blockchain, pembangunan perisian terbenam, dan pemasang-siapan

MEMBANTU RAKYAT KITA MEREBUT PELUANG

MEMASTIKAN USAHA KITA BERDAYA TAHAN UNTUK MENYUSUN SEMULA✤ Pengurangan dua-tahap bagi Had Maksimum Nisbah Tanggungan (DRC) bagi Sektor

Perkhidmatan:

✤ Menangguhkan kenaikan kadar levi bagi sektor Limbungan Kapal dan Proses Marin yang diumumkan sebelum ini untuk setahun lagi

Kini Baru

DRC 40% 38% dari 1 Jan 2020 35% dari 1 Jan 2021

Pas S (Sub DRC) 15% 13% dari 1 Jan 2020 10% dari 1 Jan 2021

MEMBINA SINGAPURA YANG KUKUH DAN BERSATU PADU

GERAN PEMBANGUNAN PERUSAHAAN PERNIAGAAN (EDG)✤ Termasuklah kesimpulan yang baik bagi para pekerja, contohnya kenaikan gaji,

untuk semua usaha yang disokong EDG bermula dari 1 April 2020 ✤ Lanjutan selama tiga tahun (sehingga 31 Mac 2023) bagi kadar sokongan yang

dipertingkat sehingga 70% memandangkan perubahan-perubahan ke atas dasar tenaga kerja asing

GERAN MENINGKATKAN DAYA PENGHASILAN✤ Lanjutan selama tiga tahun (sehingga 31 Mac 2023) bagi kadar sokongan yang

dipertingkat sehingga 70% memandangkan perubahan-perubahan ke atas dasar tenaga kerja asing

PROGRAM SOKONGAN KERJA✤ Lanjutan selama dua tahun untuk menyediakan sokongan gaji bagi syarikat-syarikat

yang mengambil rakyat Singapura yang matang dan telah diberhentikan kerja, atau berada dalam pengangguran buat jangka panjang (sehingga 31 Mac 2021)

Memastikan syarikat dan pekerja kita kekal berdaya saing dan relevan

✤ Meluaskan skop untuk turut membantu membiayai kos latihan yang perlu dibayar sendiri, dihadkan kepada $10,000

MENTRANSFORMASIKAN EKONOMI KITA

7

BERSAMA UNTUK MENCAPAI KEJAYAAN

RANGKA KERJA BAGI PERTUKARAN DOKUMEN ELEKTRONIK PERDAGANGAN SECARA SELAMAT

✤ Mencapai keuntungan daya pengeluaran dengan mendigitalkan dokumen perdagangan dan pertukaran dokumen elektronik perdagangan secara selamat

MENGANJURKAN MINGGU INOVASI DAN TEKNOLOGI SINGAPURA (SWITCH) DAN PESTA TEKNOLOGI KEWANGAN SINGAPURA (SFF) BERSAMA

✤Mempertingkatkan kedudukan Singapura sebagai sebuah pusat inovasi dengan mempertemukan syarikat-syarikat baru dan para pelabur

✤Mengadakan SWITCH dan SFF pada minggu yang sama pada pertengahan November

PROGRAM PEMBANGUNAN PERUSAHAAN DAN PERSATUAN TEMPATAN (LEAD)✤ Membantu Persatuan Perdagangan dan Dewan Perniagaan

(TAC) utama untuk menerapkan rancangan-rancangan yang lebih strategik dan berjangka panjang untuk memacu transformasi industri

MEMBINA SINGAPURA YANG KUKUH DAN BERSATU PADU

PROGRAM BAKAT GLOBAL

✤ Sokongan untuk menghantar warga muda Singapura ke program pengalaman pekerjaan di dalam dan luar negeri

✤ Sokongan untuk menghantar rakyat Singapura untuk bertugas di luar negeri

PUSAT TEKNOLOGI, INOVASI DAN KEUSAHAWANAN GLOBAL-ASIA

✤ Menggunakan penyelidikan untuk menghasilkan huraian untuk mewujudkan peluang-peluang ekonomi dan menjadikan perbekalan makanan dan tenaga lebih berdaya tahan

PUSAT INOVASI AKUAKULTUR DAN TENAGA

Memastikan syarikat dan pekerja kita kekal berdaya saing dan relevan

BONUS BICENTENNIAL SINGAPURA✤ Untuk rakyat Singapura yang berpendapatan rendah

• Sehingga $300 Baucar GST – Tunai (Bayaran Bicentennial Singapura) bagi 1.4 juta rakyat Singapura

• Bonus Daya Kerja Bicentennial Singapura: 10% daripada bayaran keseluruhan Tambahan Pendapatan Daya Kerja (WIS) untuk kerja yang dilakukan pada 2018 dibayar secara tunai, dengan bayaran minima $100

✤ Untuk golongan berpendapatan • 50% rebat cukai pendapatan peribadi, dihadkan pada $200, bagi Tahun Taksiran 2019

✤ Untuk ibu bapa yang mempunyai anak-anak yang bersekolah • $150 tokokan akaun Edusave untuk semua pelajar di peringkat sekolah rendah dan

menengah • Tokokan sehingga $500 dalam Akaun Pendidikan Posmenengah (PSEA) untuk rakyat

Singapura berumur 17 hingga 20 tahun (yang tidak lagi menerima tokokan Edusave)

✤ Untuk rakyat Singapura yang lebih tua • $300 sehingga $1,000 tokokan CPF untuk rakyat Singapura yang layak1 yang mempunyai baki CPF yang lebih rendah

Baki Akaun Biasa Campur Baki Akaun Khas2 atau Baki Akaun Persaraan3 CPF pada 31 Disember 2018

Umur pada tahun 2019 Sehingga $30,000 Lebih daripada $30,000 tetapi

kurang daripada $60,000

50 hingga 54 $500 $300

55 hingga 64 $1,000 $6001 Kriteria Kelayakan

• Pendapatan yang Ditaksir pada Tahun Taksiran 2018 tidak melebihi $28,000 • Nilai Tahunan rumah pada 31 Disember 2018 tidak melebihi $21,000 • Tidak memiliki lebih daripada satu hartanah

2 Untuk anggota CPF berumur 50 ke 55 tahun pada 2019 3 Untuk anggota CPF berumur 56 ke 64 tahun pada 2019

8

MEMPERINGATI BICENTENNIAL SINGAPURA KITA

DANA MASYARAKAT BICENTENNIAL SINGAPURA✤ Dana $200 juta untuk pemadanan sedolar bagi setiap dolar yang didermakan

kepada Institusi-institusi Bertaraf Awam (IPC) dari 1 April 2019 hingga 31 Mac 2020, tertakluk pada had

MEMBINA SINGAPURA YANG KUKUH DAN BERSATU PADU

MASYARAKAT YANG PRIHATIN DAN INKLUSIFUntuk menyokong rakyat Singapura pada semua peringkat umur – agar mudah mendapatkan peluang-peluang, jaminan penjagaan kesihatan yang lebih baik, dengan lebih banyak bantuan untuk golongan

kurang bernasib baik

✤ $6.1 bilion diperuntukkan bagi Dana Generasi Merdeka untuk membiayai kos bagi faedah-faedah sepanjang hayat Generasi Merdeka

9

PAKEJ GENERASI MERDEKA

TOKOKAN KAD PASSION WARGA EMAS✤ Tokokan $100 yang diberikan sekali sahaja untuk

menyokong gaya hidup aktif

TOKOKAN MEDISAVE

✤ $200 setiap tahun dari 2019 hingga 2023

SUBSIDI-SUBSIDI PREMIUM MEDISHIELD HAYAT

INSENTIF PENYERTAAN CARESHIELD HAYAT

✤ Insentif penyertaan tambahan $1,500 untuk menyertai CareShield Hayat

✤Dicampur dengan insentif $2,500 yang diumumkan sebelum ini, warga emas Generasi Merdeka akan menerima sejumlah $4,000 dalam bentuk insentif penyertaan, jika mereka menyertai CareShield Hayat

MEMBINA SINGAPURA YANG KUKUH DAN BERSATU PADU

MASYARAKAT YANG PRIHATIN DAN INKLUSIF

Usia Pada Hari Lahir yang akan datang

(Ketika Polisi Diperbaharui)

Subsidi Tambahan untuk warga emas Generasi

Merdeka

Jumlah Subsidi (pada 2019/2020)*

60 hingga 75 Potongan tambahan 5% premium tahunan

$31.50 hingga $390

76 dan ke atas Potongan tambahan 10% premium tahunan

$113 hingga $918

* Bermula dari 1 November 2019 hingga 31 Oktober 2020, berdasarkan premium-premium MediShield Hayat sekarang. Jumlah subsidi termasuk subsidi-subsidi sekarang yang turut diterima warga emas Generasi Merdeka dalam kalangan keluarga berpendapatan rendah hingga pertengahan, tetapi tidak termasuk subsidi-subsidi peralihan.

Untuk menyokong rakyat Singapura pada semua peringkat umur – agar mudah mendapatkan peluang-peluang, jaminan penjagaan kesihatan yang lebih baik, dengan lebih banyak

bantuan untuk golongan kurang bernasib baik

SUBSIDI-SUBSIDI UNTUK RAWATAN PESAKIT LUAR

✤ Subsidi-subsidi khas di klinik-klinik swasta dan pergigian CHAS, lebih tinggi berbanding kadar subsidi CHAS Biru

✤ Potongan tambahan 25% ke atas bil-bil bersubsidi di poliklinik dan Klinik Pakar Pesakit Luar awam

MEMBINA SINGAPURA YANG KUKUH DAN BERSATU PADU

MASYARAKAT YANG PRIHATIN DAN INKLUSIF

JAMINAN PENJAGAAN KESIHATAN YANG LEBIH BAIK

SKIM BANTUAN KESIHATAN MASYARAKAT (CHAS) DIPERTINGKAT

✤Memperluaskan CHAS untuk semua rakyat Singapura yang menghidap penyakit kronik, tanpa mengira jumlah pendapatan

✤Memperluaskan subsidi-subsidi bagi penyakit-penyakit biasa untuk rakyat yang memegang kad Jingga CHAS

✤Menambah subsidi-subsidi bagi penyakit-penyakit kronik yang rumit

PERLINDUNGAN KEWANGAN BAGI PENJAGAAN JANGKA PANJANG✤Memperuntukkan $5.1 bilion bagi Dana Bantuan Penjagaan Jangka Panjang

yang baru ✤Membantu rakyat Singapura dengan penjagaan jangka panjang, contohnya,

subsidi-subsidi premium CareShield Hayat dan insentif penyertaan, ElderFund

TOKOKAN MEDISAVE 5 TAHUN

✤Tokokan MediSave $100 setiap tahun (dari 2019 sehingga 2023) untuk rakyat yang dilahirkan pada 1969 atau lebih awal, dan tidak menerima faedah-faedah Generasi Merdeka atau Perintis

SEBUAH MASYARAKAT YANG PRIHATIN DAN SUKA MENYUMBANG BAKTI

BANTUAN JANGKA PANJANG COMCARE✤ Kadar bantuan wang tunai lebih tinggi bagi mereka yang tidak berupaya bekerja

buat selama-lamanya dan kurang mendapat sokongan keluarga

MEMPERKUKUH SEMANGAT DERMAWAN DAN SUKARELAWAN – SG CARES✤Menggalakkan lebih ramai belia di Insitusi-institusi Pengajian Tinggi untuk

menyumbang kepada masyarakat ✤Menggalakkan semangat sukarelawan dalam kalangan warga emas untuk

menjalani persaraan yang lebih bermakna ✤Memperkukuh budaya penyayang dan suka menyumbang bakti dalam

Perkhidmatan Awam melalui Perkhidmatan Awam yang Prihatin

10

Untuk menyokong rakyat Singapura pada semua peringkat umur – agar mudah mendapatkan peluang-peluang, jaminan penjagaan kesihatan yang lebih baik, dengan lebih banyak

bantuan untuk golongan kurang bernasib baik

MASYARAKAT YANG PRIHATIN DAN INKLUSIF

TAMBAHAN PENDAPATAN DAYA KERJA (WIS) YANG DIPERTINGKATKAN

✤Meningkatkan bantuan gaji untuk hampir 440,000 rakyat Singapura

KREDIT PEKERJAAN KHAS & KREDIT PEKERJAAN KHAS TAMBAHAN✤Dilanjutkan selama setahun sehingga 31 Disember 2020 untuk menggalak para

majikan mengambil pekerja rakyat Singapura yang lebih tua

11

MENINGKAT TARAF SETIAP RAKYAT SINGAPURA

PASUKAN BERTINDAK BAGI PENINGKATAN PELAJAR DALAM KEHIDUPAN DAN MEMBERI INSPIRASI KEPADA KELUARGA (UPLIFT)✤Mengukuhkan khidmat penjagaan dan sokongan selepas waktu sekolah

untuk para pelajar yang kurang bernasib baik di Pusat-pusat Jagaan Pelajar di sekolah-sekolah

REBAT BAYARAN PERKHIDMATAN & PENYENGGARAAN (S&CC)

✤ 930,000 keluarga akan menerima rebat-rebat antara 1.5 hingga 3.5 bulan

BANTUAN LAIN UNTUK KELUARGA-KELUARGA

DANA PENGANGKUTAN AWAM

✤ Tokokan $10 juta untuk membantu keluarga-keluarga berpendapatan rendah membiayai perbelanjaan pengangkutan

MEMBINA SINGAPURA YANG KUKUH DAN BERSATU PADU

Had Pendapatan Bulanan Untuk Layak

$2,000 sekarang

$2,300 mulai Januari 2020

Bayaran Tahunan Maksimum

$3,600 sekarang

$4,000 mulai Januari 2020

Untuk menyokong rakyat Singapura pada semua peringkat umur – agar mudah mendapatkan peluang-peluang, jaminan penjagaan kesihatan yang lebih baik, dengan lebih banyak

bantuan untuk golongan kurang bernasib baik

12

SEBUAH KOTA GLOBAL DAN KEDIAMAN BUAT SEMUA

MENGHUBUNGKAN KOTA KITA KE SELURUH DUNIA

Untuk menghubungkan kota kita ke seluruh dunia dan memastikan sekitaran yang mampan untuk semua

MEMPERTINGKATKAN KESALINGHUBUNGAN KITA✤ Usaha meningkatkan keupayaan lapangan terbang dan pelabuhan kita akan

memperkukuhkan peranan kita sebagai pusat utama di Asia dan seluruh dunia

✤ Mengurangkan Cukai Khas untuk kenderaan yang menggunakan diesel

✤ Menaikkan cukai diesel daripada $0.10 setiap liter kepada $0.20 setiap liter

PENYUSUNAN SEMULA CUKAI DIESEL

MEMASTIKAN SEKITARAN YANG MAMPAN

Cukai Khas Tahunan

Dikurangkan sebanyak $100 untuk kereta yang menggunakan diesel

Dikurangkan sebanyak $850 untuk teksi yang menggunakan diesel

Rebat

Kenderaan Komersil yang Menggunakan Diesel

✤ Rebat cukai jalan sebanyak 100%, 75% dan 50% sehingga 2022

Bas yang Menggunakan Diesel yang Membawa Pelajar Sekolah

✤ Rebat tunai tambahan sehingga $1,800, $900, dan $500 sehingga 2022

MEMBINA SINGAPURA YANG KUKUH DAN BERSATU PADU

13

MASA HADAPAN YANG MAMPAN DAN TERJAMIN DARI SEGI FISKALSistem cukai dan pemindahan yang adil, progresif dan menggalak pertumbuhan ekonomi

MEMASTIKAN SISTEM CUKAI BERDAYA TAHAN

KEDUDUKAN BELANJAWAN

✤ Tahun Kewangan 2018: Lebihan belanjawan sebanyak $2.1 bilion secara keseluruhannya (0.4% daripada GDP)

✤ Tahun Kewangan 2019: Defisit belanjawan sebanyak $3.5 bilion secara keseluruhannya (0.7% daripada GDP)

BERSIAP SEDIA UNTUK MASA HADAPAN

Nilai Barangan yang Dibeli Dari Luar Negara yang Mendapat Pelepasan GST

Masa yang Dihabiskan Pengunjung di Luar Singapura

Sekarang Baru

Kurang daripada 48 jam $150 $100

Sekurang-kurangnya 48 jam $600 $500

✤Mengurangkan pelepasan GST terhadap barangan yang diimport yang dinikmati para pengunjung, seperti berikut:

✤Mengurangkan jumlah arak yang boleh dibawa masuk para pengunjung dari luar negara tanpa dikenakan cukai daripada 3 liter kepada 2 liter

MEMBINA SINGAPURA YANG KUKUH DAN BERSATU PADU