malaysia dewan rakyat aturan urusan mesyuarat … · aum dr 26/9/2013 2 5. pr-1312-l55075 tuan...

37
MALAYSIA DEWAN RAKYAT ATURAN URUSAN MESYUARAT NASKHAH SAHIH/BAHASA MALAYSIA http://www.parlimen.gov.my HARI KHAMIS, 26 SEPTEMBER 2013, PUKUL 10.00 PAGI Bil. 20 PERTANYAAN-PERTANYAAN BAGI JAWAB LISAN 1. PR-1312-L56894 Dato' Abdul Manan bin Ismail [ Paya Besar ] minta MENTERI SUMBER MANUSIA menyatakan rasional langkah Kerajaan ingin membawa masuk 1.4 juta pekerja Bangladesh yang hampir menyamai jumlah seluruh kakitangan awam di Malaysia kononnya beberapa sektor perkhidmatan dan industri mengalami kekurangan pekerja di negara ini. 2. PR-1312-L56420 Tuan Loke Siew Fook [ Seremban ] minta MENTERI KESEJAHTERAAN BANDAR, PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN menyatakan berapakah projek pembinaan insinerator yang telah dirancang oleh Kementerian, lokasi tapak insinerator tersebut dan jumlah peruntukan untuk tujuan tersebut. 3. PR-1312-L56942 Puan Mas Ermieyati binti Samsudin [ Masjid Tanah ] minta MENTERI BELIA DAN SUKAN menyatakan berapakah jumlah peruntukan yang telah disalurkan bagi pembiayaan kebajikan belia dan apakah langkah yang telah diambil bagi meningkatkan jumlah peruntukan berkenaan kerana didapati bahawa jumlah peruntukan terlalu kecil berbanding dengan populasi golongan belia kini. 4. PR-1312-L55507 Raja Dato' Kamarul Bahrin Shah [ Kuala Terengganu ] minta PERDANA MENTERI menyatakan adakah Kerajaan Malaysia mempunyai mekanisme untuk mengukur keberkesanan bajet-bajet tahunan setiap tahun untuk menaikkan taraf hidup serta menghapuskan kemiskinan di negeri-negeri termiskin tertentu di Malaysia.

Upload: ngominh

Post on 08-Mar-2019

230 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: MALAYSIA DEWAN RAKYAT ATURAN URUSAN MESYUARAT … · AUM DR 26/9/2013 2 5. PR-1312-L55075 Tuan Nogeh anak Gumbek [ Mas Gading ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan bilakah Kerajaan

MALAYSIA

DEWAN RAKYAT

ATURAN URUSAN MESYUARAT NASKHAH SAHIH/BAHASA MALAYSIA

http://www.parlimen.gov.my

HARI KHAMIS, 26 SEPTEMBER 2013, PUKUL 10.00 PAGI

Bil. 20

PERTANYAAN-PERTANYAAN BAGI JAWAB LISAN

1. PR-1312-L56894 Dato' Abdul Manan bin Ismail [ Paya Besar ] minta MENTERI SUMBER MANUSIA menyatakan rasional langkah Kerajaan ingin membawa masuk 1.4 juta pekerja Bangladesh yang hampir menyamai jumlah seluruh kakitangan awam di Malaysia kononnya beberapa sektor perkhidmatan dan industri mengalami kekurangan pekerja di negara ini.

2. PR-1312-L56420

Tuan Loke Siew Fook [ Seremban ] minta MENTERI KESEJAHTERAAN BANDAR, PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN menyatakan berapakah projek pembinaan insinerator yang telah dirancang oleh Kementerian, lokasi tapak insinerator tersebut dan jumlah peruntukan untuk tujuan tersebut.

3. PR-1312-L56942

Puan Mas Ermieyati binti Samsudin [ Masjid Tanah ] minta MENTERI BELIA DAN SUKAN menyatakan berapakah jumlah peruntukan yang telah disalurkan bagi pembiayaan kebajikan belia dan apakah langkah yang telah diambil bagi meningkatkan jumlah peruntukan berkenaan kerana didapati bahawa jumlah peruntukan terlalu kecil berbanding dengan populasi golongan belia kini.

4. PR-1312-L55507

Raja Dato' Kamarul Bahrin Shah [ Kuala Terengganu ] minta PERDANA MENTERI menyatakan adakah Kerajaan Malaysia mempunyai mekanisme untuk mengukur keberkesanan bajet-bajet tahunan setiap tahun untuk menaikkan taraf hidup serta menghapuskan kemiskinan di negeri-negeri termiskin tertentu di Malaysia.

Page 2: MALAYSIA DEWAN RAKYAT ATURAN URUSAN MESYUARAT … · AUM DR 26/9/2013 2 5. PR-1312-L55075 Tuan Nogeh anak Gumbek [ Mas Gading ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan bilakah Kerajaan

AUM DR 26/9/2013

2

5. PR-1312-L55075 Tuan Nogeh anak Gumbek [ Mas Gading ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan bilakah Kerajaan akan membina Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin di Serikin, Bau, Sarawak.

6. PR-1312-L55684

Tuan Sim Chee Keong [ Bukit Mertajam ] minta MENTERI SAINS, TEKNOLOGI DAN INOVASI menyatakan perkembangan projek satelit RazakSat2 termasuk kos keseluruhan, jadual perlaksanaan dan nama syarikat-syarikat yang terlibat dan fungsi mereka serta kos mereka dan apakah langkah untuk mengelakkan kesilapan RazakSat1. Sila juga berikan perbezaan RazakSat1 dan RazakSat2 terutamanya dari segi teknologi pengimejan (imaging payload).

7. PR-1312-L55526

Tuan Haji Hasbi bin Haji Habibollah [ Limbang ] minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan adakah Kementerian bercadang untuk menambah syarikat penerbangan berorientasi tambang murah dan “hybrid” untuk mempelbagaikan pilihan kepada pengguna untuk memilih mana-mana syarikat penerbangan yang memberi perkhidmatan yang terbaik.

8. PR-1312-L56842

Tuan Gooi Hsiao-Leung [ Alor Setar ] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR menyatakan apakah projek-projek tebatan banjir bagi jangka masa lama yang telah dirancang 5 tahun lepas dan 5 tahun akan datang untuk bandar Alor Setar, khususnya peningkatan sistem saliran longkang.

9. PR-1312-L56752

Tuan Anuar bin Abd. Manap [ Sekijang ] minta PERDANA MENTERI menyatakan:-

(a) apakah Kementerian bercadang untuk menaikkan kadar

maksimum bantuan segera RM300 kepada mangsa bencana alam ribut dua hari sebelum Aidilfitri lalu di Parlimen Sekijang kepada jumlah yang lebih sesuai; dan

(b) bolehkah pemberian bantuan kecemasan terus daripada

Kementerian dipercepatkan kepada maksimum 7 hari. 10. PR-1312-L56196

Puan Teo Nie Ching [ Kulai ] minta MENTERI SAINS, TEKNOLOGI DAN INOVASI menyatakan status projek Bio-Valley dan peruntukan yang telah dibelanjakan untuk projek tersebut.

11. PR-1312-L57015

Datuk Noor Ehsanuddin bin Mohd Harun Narrashid [ Kota Tinggi ] minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan jumlah Sekolah Penerbangan yang beroperasi serta jumlah graduan yang berlesen dan belum mendapat pekerjaan di bawah bidang tersebut.

Page 3: MALAYSIA DEWAN RAKYAT ATURAN URUSAN MESYUARAT … · AUM DR 26/9/2013 2 5. PR-1312-L55075 Tuan Nogeh anak Gumbek [ Mas Gading ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan bilakah Kerajaan

AUM DR 26/9/2013 3

12. PR-1312-L55490 Tuan Hee Loy Sian [ Petaling Jaya Selatan ] minta MENTERI TENAGA, TEKNOLOGI HIJAU DAN AIR menyatakan adakah tarif elektrik akan ditetapkan mengikut kedudukan harga gas pasaran melalui Fuel Cost Pass Through (FCPT).

13. PR-1312-L57030

Datuk Zahidi bin Zainul Abidin [ Padang Besar ] minta MENTERI PERUSAHAAN PERLADANGAN DAN KOMODITI menyatakan :-

(a) adakah Kementerian bercadang untuk membentuk polisi

proaktif dalam membangunkan industri gaharu negara, serta memberikan insentif-insentif khusus kepada pekebun kecil yang mahu menanam gaharu; dan

(b) adakah program latihan dan pembangunan ilmu diberikan

kepada mereka yang berminat untuk menerokai penanaman gaharu.

14. PR-1312-L55601

Tuan Sim Tong Him [ Kota Melaka ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan apakah Perdana Menteri menyedari orang ramai amat bimbang dengan masalah keselamatan awam dan ini menunjukkan NKRA mengurangkan kadar jenayah kurang berjaya. Nyatakan setakat ini berapakah perbelanjaan untuk melaksanakan NKRA mengurangkan jenayah ini.

15. PR-1312-L56760

Dato' Hasbullah bin Osman [ Gerik ] minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan sejauh mana Pelan Pembangunan Pendidikan akan dilaksanakan ekoran bantahan dari golongan yang tidak ingin melihat satu transformasi modal insan untuk anak-anak pelbagai kaum di samping melahirkan dan membentuk mengikut acuan negara kita Malaysia.

16. PR-1312-L55540

Dr. Michael Jeyakumar Devaraj [ Sungai Siput ] minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan perbelanjaan pengurusan untuk tahun 2010, 2011 dan 2012 yang ditanggung oleh Kerajaan Persekutuan untuk sekolah-sekolah rendah mengikut jenis sekolah seperti Sekolah Kebangsaan, Sekolah Jenis Kebangsaan Cina dan Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil.

17. PR-1312-L56526

Tuan Haji Shabudin bin Yahaya [ Tasek Gelugor ] minta PERDANA MENTERI menyatakan adakah Kerajaan bercadang untuk menaikkan kadar bayaran pencen kepada guru-guru yang telah bersara dan nyatakan bila semakan terbaru akan dibuat.

Page 4: MALAYSIA DEWAN RAKYAT ATURAN URUSAN MESYUARAT … · AUM DR 26/9/2013 2 5. PR-1312-L55075 Tuan Nogeh anak Gumbek [ Mas Gading ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan bilakah Kerajaan

AUM DR 26/9/2013

4

18. PR-1312-L55520 Dato' Fauzi bin Abdul Rahman [ Indera Mahkota ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan supaya tidak menggunakan pelbagai lagi dalih tentang kenaikan kadar jenayah terutamanya jenayah berat melibatkan senjata api, tetapi menyatakan dengan jelas langkah-langkah yang akan diambil mengikut undang-undang sedia ada.

19. PR-1312-L56051

Datuk Chua Tee Yong [ Labis ] minta PERDANA MENTERI menyatakan apakah maksud Indeks Kegembiraan Rakyat Malaysia. Apakah asas-asas yang akan digunakan oleh Kerajaan untuk menghasilkan Indeks ini.

20. PR-1312-L56523

Puan Teresa Kok Suh Sim [ Seputeh ] minta MENTERI WILAYAH PERSEKUTUAN menyatakan apa yang dilaksanakan oleh 'River of Life' sejak ia bermula sehingga sekarang. Apakah masalah yang akan dihadapi oleh Kerajaan dalam pelaksanaan 'River of Life' dan apakah Kerajaan ingin memperlahankan atau menghentikan projek ini.

21. PR-1312-L55313

Datuk Wira Haji Ahmad bin Hamzah [ Jasin ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan “instruments” dan strategi yang diguna pakai untuk memulihkan semula keyakinan rakyat dan pelabur terhadap prestasi ekonomi negara akibat penurunan taraf oleh “Fitch Ratings”.

22. PR-1312-L56465 Dr. Mohd Hatta bin Md. Ramli [ Kuala Krai ] minta MENTERI PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI menyatakan:-

(a) kesan liberalisasi yang terkini terhadap Malaysia hasil

semakan Dasar Automotif Negara dan Perjanjian Perdagangan Bebas (FTA) dengan negara ASEAN bagi penghapusan/pengurangan duti import produk automotif; dan

(b) mekanisme yang akan/telah dilakukan dan insentif yang

disediakan demi melindungi kepentingan industri kereta terpakai.

23. PR-1312-L55477

Datuk Haji Datu Nasrun bin Datu Mansur [ Silam ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan apakah langkah yang telah atau sedang diambil untuk mengatasi masalah Jenayah Dadah, dan berapa ramaikah anggota yang ditugaskan untuk mengatasi masalah dadah di kawasan Parlimen Silam. Adakah pihak Kerajaan bercadang untuk menubuhkan jabatan Anti Dadah Kebangsaan di Parlimen Silam.

Page 5: MALAYSIA DEWAN RAKYAT ATURAN URUSAN MESYUARAT … · AUM DR 26/9/2013 2 5. PR-1312-L55075 Tuan Nogeh anak Gumbek [ Mas Gading ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan bilakah Kerajaan

AUM DR 26/9/2013 5

24. PR-1312-L56844 Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua [ Batu ] minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan kedudukan perlaksanaan sistem AES dan melampirkan senarai pengeluaran saman dari awal sistem ini dilancarkan hingga ke tahun Ogos 2013 di Kuala Lumpur dan sepanjang Lebuh Raya Utara Selatan.

25. PR-1312-L56244 Dato Sri Dr. Muhammad Leo Michael Toyad Abdullah [ Mukah ] minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan bila bangunan gantian baru SRK Kampong Tanam Dalat dapat dibina kerana telah ditangguhkan dulu.

26. PR-1312-L55352 Tuan Wong Sze Phin @ Jimmy [ Kota Kinabalu ] minta MENTERI PERDAGANGAN DALAM NEGERI, KOPERASI DAN KEPENGGUNAAN menyatakan berapa liter dan jumlah lesen yang diluluskan untuk projek "Community Drumming" (CD) di Sabah. Apakah had minyak projek CD di Kota Kinabalu, Sandakan, Tawau dan Lahad Datu. Bagaimana kementerian memantau supaya had pengambilan minyak projek CD dipatuhi.

27. PR-1312-L55941 Tuan Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh [ Setiu ] minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan sejauh manakah kejayaan Pelan Tindakan Memartabatkan Bahasa Melayu yang dilaksanakan di Institusi Pengajian Tinggi (IPT) bagi memperkasakan bahasa kebangsaan sejajar dengan Dasar Memartabatkan Bahasa Melayu dan Memperkasakan Penguasaan Bahasa Inggeris (MBMMBI) yang telah dimulakan sejak tahun 2012 lagi dan nyatakan langkah menjadikan Bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu dan alat menyatupadukan rakyat Malaysia khususnya di kalangan warga IPT.

28. PR-1312-L56124 Tuan Manivanan a/l Gowindasamy [ Kapar ] minta MENTERI BELIA DAN SUKAN menyatakan:-

(a) kos penyelenggaraan Stadium Nasional Bukit Jalil bagi

tempoh lima tahun bermula 1 Januari 2008 sehingga 31 Disember 2012 dan bermula 1 Januari 2013 sehingga 31 Ogos 2013; dan

(b) tindakan yang telah diambil terhadap pihak penganjur

atau pihak yang berkaitan atas isu pertukaran stadium bagi perlawanan Malaysia XI dan Barcelona yang dikatakan menjejaskan imej negara.

29. PR-1312-L56158

Datuk Nur Jazlan bin Mohamed [ Pulai ] minta MENTERI KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA menyatakan sama ada dasar "1Malaysia" masih diguna pakai selepas PRU ke-13 yang lepas. Jelaskan sama ada matlamat dasar tersebut telah tercapai setakat ini.

Page 6: MALAYSIA DEWAN RAKYAT ATURAN URUSAN MESYUARAT … · AUM DR 26/9/2013 2 5. PR-1312-L55075 Tuan Nogeh anak Gumbek [ Mas Gading ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan bilakah Kerajaan

AUM DR 26/9/2013

6

30. PR-1312-L56658 Tuan Wong Ling Biu [ Sarikei ] minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan jumlah peruntukan untuk pembangunan sekolah yang telah diberikan kepada Sekolah-Sekolah Menengah Jenis Bantuan dan Sekolah-Sekolah Rendah Beraliran Cina di Bahagian Sarikei dalam 5 tahun yang lepas.

31. PR-1312-L57038

Datuk Madius Tangau [ Tuaran ] minta MENTERI KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH menyatakan berapakah peruntukan yang telah dicadangkan untuk projek Jalan Luar Bandar (JALB), Bekalan Air Luar Bandar (BALB) dan Bekalan Elektrik Luar Bandar (BELB) dalam Bajet 2014 untuk seluruh negara dan berapakah peruntukan yang diperlukan untuk menyelesaikan masalah ini.

32. PR-1312-L55179

Dr. Che Rosli bin Che Mat [ Hulu Langat ] minta MENTERI TENAGA, TEKNOLOGI HIJAU DAN AIR menyatakan selepas 2014, apakah usaha Kerajaan untuk meneruskan inisiatif kecekapan tenaga di bangunan-bangunan bagi menggalakkan kewujudan lebih banyak “Low Energy Office (LEO)” dan “Green Energy Office (GEO)”.

33. PR-1312-L56675

Tuan Liang Teck Meng [ Simpang Renggam ] minta MENTERI LUAR NEGERI menyatakan harta tanah milik Kerajaan di luar negara dan minta penjelasan apakah kedudukan terkini tentang tanah yang dibeli oleh Kerajaan pada tahun 2004 di Warsaw, ibu kota negara Poland untuk tujuan pembinaan bangunan Duta Besar Malaysia.

34. PR-1312-L56114

Tuan Su Keong Siong [ Ipoh Timor ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan impak kepada ekonomi negara akibat penurunan "downgrade sovereign debt" kepada negatif oleh Standard & Poor. Moody's & Fitch pada bulan Julai 2013. Nyatakan langkah-langkah fiskal yang perlu diambil oleh Kerajaan Persekutuan dan keberkesanannya untuk menangani atau mengatasi impak "Fitch report" tersebut kepada ekonomi negara.

35. PR-1312-L55251

Dato' Seri Reezal Merican bin Naina Merican [ Kepala Batas ] minta MENTERI SAINS, TEKNOLOGI DAN INOVASI menyatakan kejayaan-kejayaan terkini yang telah dicatatkan oleh BIOTECHCORP (Malaysian Biotechnology Corporation). Apakah Biotechcorp telah berjaya mencapai matlamat penubuhannya. Sejauh mana kejayaan Malaysia dalam bidang bioteknologi setanding dengan negara serantau yang lain.

36. PR-1312-L56419

Tuan Loke Siew Fook [ Seremban ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan sebab mengapa Pendaftar Pertubuhan (ROS) mengarahkan Parti DAP untuk mengadakan pemilihan semula Jawatankuasa Eksekutif Pusat.

Page 7: MALAYSIA DEWAN RAKYAT ATURAN URUSAN MESYUARAT … · AUM DR 26/9/2013 2 5. PR-1312-L55075 Tuan Nogeh anak Gumbek [ Mas Gading ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan bilakah Kerajaan

AUM DR 26/9/2013 7

37. PR-1312-L56971 Dr. Noor Azmi bin Ghazali [ Bagan Serai ] minta MENTERI PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI menyatakan apakah implikasi sekiranya Malaysia menarik diri daripada proses perundingan TPPA. Apakah kemungkinan-kemungkinan yang merugikan atau peluang-peluang yang akan terlepas sekiranya Malaysia menolak TPPA secara mutlak.

38. PR-1312-L56463

Tuan Chong Chieng Jen [ Bandar Kuching ] minta PERDANA MENTERI menyatakan berapa keuntungan PETRONAS bertambah se-tong dengan kenaikan harga US$1 se-tong minyak mentah. Berapa tong minyak mentah telah dijual oleh PETRONAS dalam tahun 2010, 2011, 2012 dan 2013 (sehingga Ogos) masing-masing. Apakah keuntungan kasar purata (gross profit) se-tong minyak mentah yang dijual itu.

39. PR-1312-L55708

Tuan Haji Mohd Fasiah bin Haji Mohd Fakeh [ Sabak Bernam ] minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan sejauh manakah Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 mampu melahirkan pelajar yang kritis, kreatif dan inovatif sebagai modal insan cemerlang selaras dengan Program Transformasi Kerajaan untuk keperluan tenaga kerja pakar dan berkemahiran tinggi masa kini dan akan datang.

40. PR-1312-L56032

Laksamana Pertama Mohamad Imran bin Abd Hamid (B) [ Lumut ] minta MENTERI SUMBER MANUSIA menyatakan angka pekerja asing yang bekerja di kilang besi waja Vale (Brazil) di Teluk Rubiah Perak dan bilakah tempoh mereka tamat.

41. PR-1312-L56713

Datuk Bung Moktar bin Radin [ Kinabatangan ] minta MENTERI KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH menyatakan status cadangan pelaksanaan jalan raya:-

(a) Jalan Raya Kg. Bangkulat-Mangkawagu; dan (b) Jalan Raya Kg. Buang Sayang, Kinabatangan dan Jalan

Raya Kg. Karamuak. 42. PR-1312-L55593

Tuan Sim Tong Him [ Kota Melaka ] minta PERDANA MENTERI menyatakan jumlah undi yang tidak dikembalikan mengikut setiap kawasan Parlimen dan Dewan Undangan Negeri bagi Pilihan Raya Umun ke-13. Nyatakan sebab-sebabnya.

Page 8: MALAYSIA DEWAN RAKYAT ATURAN URUSAN MESYUARAT … · AUM DR 26/9/2013 2 5. PR-1312-L55075 Tuan Nogeh anak Gumbek [ Mas Gading ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan bilakah Kerajaan

AUM DR 26/9/2013

8

43. PR-1312-L56280 Puan Rubiah binti Haji Wang [ Kota Samarahan ] minta MENTERI KESIHATAN menyatakan:-

(a) adakah fasiliti dan sumber manusia di klinik-klinik

Kerajaan di kawasan luar bandar mencukupi dan memenuhi kriteria serta piawaian perubatan yang sepatutnya; dan

(b) apakah perancangan Kementerian untuk meningkatkan

kemudahan perubatan di Klinik Kesihatan Asajaya dan Kota Samarahan.

44. PR-1312-L56595

Tan Sri Datuk Seri Panglima Joseph Pairin Kitingan [ Keningau ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan sama ada Kementerian yang berkenaan boleh diarah mencari jalan untuk membanteras orang yang tidak bertanggungjawab daripada menyeludup keluar minyak bersubsidi ini ke luar negara.

45. PR-1312-L55377 Tuan Seah Leong Peng [ Telok Intan ] minta MENTERI KERJA

RAYA menyatakan apakah ada ketetapan jadual bersama yang melibatkan pengorekan jalan raya antara agensi syarikat utiliti sebagai langkah untuk mengelakkan berlaku pengorekan jalan raya berulang kali yang akan mengakibatkan kerosakan yang teruk pada jalan raya.

46. PR-1312-L56569

Tuan Haji Ahmad Nazlan bin Idris [ Jerantut ] minta PERDANA MENTERI menyatakan apakah langkah tindakan Kerajaan bagi mengelak risiko kebakaran di sekolah pondok yang didapati kurang menitikberatkan aspek keselamatan bagi mencegah berlakunya bencana tersebut.

47. PR-1312-L55081

Tuan M. Kulasegaran [ Ipoh Barat ] minta PERDANA MENTERI menyatakan apakah tindakan susulan oleh pihak Kerajaan selepas pengumuman RCI atas kematian Teoh Beng Hock dan adakah Kerajaan bercadang untuk membawa suatu penutupan kepada isu ini.

48. PR-1312-L56821

Tuan Er Teck Hwa [ Bakri ] minta PERDANA MENTERI menyatakan jenis dan statistik insentif dan subsidi bagi pengangkutan awam dari tahun 2008-2013. Adakah kenderaan pengangkutan awam termasuk dalam pakej subsidi.

Page 9: MALAYSIA DEWAN RAKYAT ATURAN URUSAN MESYUARAT … · AUM DR 26/9/2013 2 5. PR-1312-L55075 Tuan Nogeh anak Gumbek [ Mas Gading ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan bilakah Kerajaan

AUM DR 26/9/2013 9

49. PR-1312-L56063 Datuk Juslie bin Ajirol [ Libaran ] minta MENTERI PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI menyatakan:-

(a) apakah ada kajian mendalam bahawa Perjanjian

Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA) yang menyebabkan negara ini sekali lagi terjerumus dalam krisis ekonomi Asia seperti yang berlaku pada 1997 dan 1998; dan

(b) apakah benar ada dakwaan yang menyatakan jika

Kerajaan bersetuju menandatangani TPPA, negara mungkin akan hilang kawalan mata wang dan secara tidak langsung membuka ruang kepada perdagangan mata wang.

50. PR-1312-L55764

Tuan Charles Anthony Santiago [ Klang ] minta PERDANA MENTERI menyatakan kesudian Kerajaan untuk menggugurkan Sekyen 9A Akta Pilihanraya 1958 supaya memberikan kuasa kepada sistem kehakiman mengawasi (oversight) senarai pengundi.

51. PR-1312-L56529 Tuan Haji Shabudin bin Yahaya [ Tasek Gelugor ] minta MENTERI PERDAGANGAN DALAM NEGERI, KOPERASI DAN KEPENGGUNAAN menyatakan sama ada Kerajaan melalui PETRONAS akan membuka 200 stesen yang membekalkan gas NGV untuk kegunaan kenderaan awam di Malaysia sebagai mana yang dipersetujui lebih kurang 10 tahun yang lalu.

52. PR-1312-L55062

Dato' Shamsul Anuar bin Haji Nasarah [ Lenggong ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan tahap keselamatan negara ekoran beberapa kes jenayah terkini dan:-

(a) apakah cadangan Kementerian untuk menambah baik

undang-undang sedia ada bagi mengekang kes jenayah yang semakin meningkat ini; dan

(b) jelaskan langkah-langkah yang diambil ketika ini dalam soal keselamatan awam dan negara.

53. PR-1312-L56993

Tuan Ahmad Marzuk bin Shaary [ Bachok ] minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan statistik kemalangan kereta mengikut kategori jenama dan umur kereta. Apakah langkah Kementerian dalam memastikan kereta keluaran tempatan memenuhi ciri-ciri keselamatan yang tinggi.

Page 10: MALAYSIA DEWAN RAKYAT ATURAN URUSAN MESYUARAT … · AUM DR 26/9/2013 2 5. PR-1312-L55075 Tuan Nogeh anak Gumbek [ Mas Gading ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan bilakah Kerajaan

AUM DR 26/9/2013

10

54. PR-1312-L56849 Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua [ Batu ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan adakah Kerajaan masih mampu mengekalkan subsidi RON95 dan diesel pada harga baru. Berapa lamakah subsidi ini boleh ditanggung Kerajaan.

55. PR-1312-L55097

Tuan M. Kulasegaran [ Ipoh Barat ] minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan jumlah saman yang dikeluarkan di bawah Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) dan apakah rancangan masa depan, memandangkan sistem ini telah menjadi suatu beban kepada orang awam dan pihak pembangkang.

56. PR-1312-L56277

Dato' Seri Tiong King Sing [ Bintulu ] minta MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI menyatakan apakah status terkini pengeksportan sarang burung walit ke negara China.

57. PR-1312-L56348

Tuan Nga Kor Ming [ Taiping ] minta MENTERI KESEJAHTERAAN BANDAR, PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN menyatakan apakah langkah dan rancangan Kementerian untuk meringankan beban kewangan pemaju perumahan supaya harga rumah dapat dikawal secara munasabah serta apakah rancangan Kementerian untuk membina rumah mampu milik demi menampung keperluan rakyat generasi muda yang baru bekerja.

58. PR-1312-L56962

Dato' Kamarul Baharin bin Abbas [ Telok Kemang ] minta MENTERI KESIHATAN menyatakan apakah hospital-hospital utama di setiap negeri mempunyai kelengkapan dan mesin-mesin yang mencukupi di semua bilik-bilik pembedahan (operation theatre) untuk melakukan apa jua pembedahan serta merta pada setiap masa.

59. PR-1312-L56230

Datuk Koh Nai Kwong [ Alor Gajah ] minta MENTERI KESIHATAN menyatakan bilakah Klinik Desa di Kampung Baru On Lok dan di Batang Melaka akan dibuka semula ataupun tempat lain yang sesuai telah dikenal pasti untuk pembinaan baru demi kemudahan penduduk tempatan memandangkan Klinik Desa tersebut telah ditutup atas sebab bangunan yang membahayakan.

60. PR-1312-L56744

Dato' Abd. Aziz bin Haji Sheikh Fadzir [ Kulim Bandar Baharu ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan apakah tindakan dan perancangan Kerajaan berhubung penurunan gred kredit Malaysia oleh agensi Fitch oleh kerana beban hutang negara yang meningkat kepada 53.3% daripada GDP dan hutang isi rumah melebihi 80%.

Page 11: MALAYSIA DEWAN RAKYAT ATURAN URUSAN MESYUARAT … · AUM DR 26/9/2013 2 5. PR-1312-L55075 Tuan Nogeh anak Gumbek [ Mas Gading ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan bilakah Kerajaan

AUM DR 26/9/2013 11

61. PR-1312-L55134 Dr. Mohd. Khairuddin bin Aman Razali [ Kuala Nerus ] minta PERDANA MENTERI menyatakan resolusi Bengkel Tadbir Urus Terbaik Harta dan Wang Tidak Dituntut Milik Orang Islam yang diadakan pada 11 hingga 13 Julai yang lalu.

62. PR-1312-L55918

Dato' Johari bin Abdul [ Sungai Petani ] minta PERDANA MENTERI menyatakan adakah Kerajaan bercadang untuk memansuhkan Seksyen 9A Akta Pilihan Raya 1958 kerana kewujudan seksyen ini telah menidakkan hak rakyat menghalang orang asing dan bukan warga negara dari menjadi pengundi di negara ini.

63. PR-1312-L55523 Dato' Fauzi bin Abdul Rahman [ Indera Mahkota ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan menyedari bahawa kenaikan harga barang sangat membebankan rakyat, khususnya mereka yang berpendapatan rendah. Memandangkan harga minyak merupakan kunci penentu harga barangan, tidakkah Kerajaan bercadang untuk menurunkan harga minyak.

64. PR-1312-L55119

Tuan Wilson Ugak Kumbong [ Hulu Rajang ] minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan:-

(a) jumlah peruntukan tahunan kepada sekolah Mission di

Bahagian Kapit, dan nyatakan bilangan guru-guru dari Semenanjung Malaysia ke Bahagian Kapit dan bilangan guru-guru dari Sarawak ke Semenanjung Malaysia pada setiap tahun; dan

(b) kenapa bangunan asrama SMK Belaga dan SK Nanga

Merit di Kapit belum siap, nyatakan nama kontraktor tersebut.

65. PR-1312-L56535

Dato' Seri Ong Ka Chuan [ Tanjong Malim ] minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan adakah Kementerian mempunyai perancangan untuk menjadikan Lapangan Terbang Sultan Azlan Shah, Ipoh sebagai sebuah lapangan terbang antarabangsa wilayah bagi menjana pembangunan ekonomi di negeri Perak.

66. PR-1312-L55830

Tuan Sivakumar a/l Varatharaju Naidu [ Batu Gajah ] minta PERDANA MENTERI menyatakan rancangan Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) mengenai proses pendaftaran pengundi baru. Adakah SPR akan melantik penolong pendaftar dari kalangan ahli parti-parti politik seperti sebelum ini atau bercadang untuk membuat pendaftaran automatik pada umur 21 tahun.

Page 12: MALAYSIA DEWAN RAKYAT ATURAN URUSAN MESYUARAT … · AUM DR 26/9/2013 2 5. PR-1312-L55075 Tuan Nogeh anak Gumbek [ Mas Gading ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan bilakah Kerajaan

AUM DR 26/9/2013

12

67. PR-1312-L56953 Dato' Kamarul Baharin bin Abbas [ Telok Kemang ] minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan mengapa Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) perlu menanggung kos tambahan RM20 juta akibat kelewatan penyiapan KLIA2 sedangkan hub kontraktor yang ditamatkan kontrak pembinaan sekarang iaitu Matromatic Handling System (M) Sdn. Bhd. adalah anak syarikat kepada kontraktor utama iaitu UEM-Bina Puri JV.

68. PR-1312-L56516

Tuan Khoo Soo Seang [ Tebrau ] minta MENTERI PERUSAHAAN PERLADANGAN DAN KOMODITI menyatakan sebab-sebabnya melaksanakan permit eksport perabot kayu serta kesannya terhadap ekonomi negara serta industri perabot yang bergantung kepada eksport.

69. PR-1312-L55234

Tuan Anyi Ngau [ Baram ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan pecahan mengikut kaum, jumlah permohonan sijil kelahiran/dokumen-dokumen peribadi yang telah diterima, diluluskan dan ditolak dari pemohon-pemohon kawasan Baram sejak 5 tahun kebelakangan ini.

70. PR-1312-L55553

Tuan Ng Wei Aik [ Tanjong ] minta PERDANA MENTERI menyatakan setakat mana pelaksanaan pembinaan loji jana kuasa nuklear di Malaysia dan sama ada lokasi-lokasi tapaknya telah dikenal pasti.

71. PR-1312-L55326

Tuan Teo Kok Seong [ Rasah ] minta MENTERI PELANCONGAN DAN KEBUDAYAAN menyatakan secara terperinci tentang perkembangan terkini mengenai cadangan bekas Menteri Pelancongan untuk menjadikan penumpang transit sebagai pelancong tetap, khususnya melancong di Port Dickson yang berdekatan dengan KLIA ketika Pilihan Raya Kecil Bagan Pinang pada tahun 2009.

72. PR-1312-L55664

Tuan Ahmad Baihaki bin Atiqullah [ Kubang Kerian ] minta PERDANA MENTERI menyatakan berapakah jumlah kakitangan awam yang menerima gaji daripada pihak Kerajaan dan berapakah pula peruntukan yang diadakan untuk membiayai pinjaman daripada mereka setiap tahun.

73. PR-1312-L55409

Tuan Nik Mohamad Abduh bin Nik Abdul Aziz [ Pasir Mas ] minta MENTERI BELIA DAN SUKAN menyatakan faktor utama penolakan permohonan pendaftaran pertubuhan belia yang telah disenaraikan dari tahun 2008-2011.

Page 13: MALAYSIA DEWAN RAKYAT ATURAN URUSAN MESYUARAT … · AUM DR 26/9/2013 2 5. PR-1312-L55075 Tuan Nogeh anak Gumbek [ Mas Gading ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan bilakah Kerajaan

AUM DR 26/9/2013 13

74. PR-1312-L56807 Tuan Abdullah Sani bin Abdul Hamid [ Kuala Langat ] minta MENTERI SUMBER MANUSIA menyatakan bilakah tarikh akhir pelaksanaan gaji minimum supaya dilaksanakan dan berapa syarikat yang memohon ditangguhkan pelaksanaan sehingga 1 Julai 2013.

75. PR-1312-L56464

Dr. Mohd Hatta bin Md. Ramli [ Kuala Krai ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan oleh kerana hutang isi rumah berbanding GDP yang tinggi (83%) dan akibat peraturan memendekkan bayaran balik pinjaman rumah dan kenderaan, sama ada akan berlaku peningkatan "non-performing loan" di kalangan peminjam golongan menengah apabila harga petrol dinaikkan dan barangan keperluan harian juga meningkat.

76. PR-1312-L55957

Dato' Ar. Wan Mohammad Khair-il Anuar bin Wan Ahmad [ Kuala Kangsar ] minta MENTERI BELIA DAN SUKAN menyatakan skim ganjaran dan insentif sukan sedia ada bagi pencapaian cemerlang sukan dan bantuan-bantuan sukan di peringkat akar umbi dan sekolah.

77. PR-1312-L55570

Tuan Jeff Ooi Chuan Aun [ Jelutong ] minta MENTERI KESIHATAN menyatakan jumlah kes kemalangan bersabit "plastic & cosmetic surgery" yang dijalankan oleh individu-individu tanpa tauliah, termasuk pengelola warga asing. Apakah tindakan yang diambil untuk mencegah kegiatan haram sedemikian.

78. PR-1312-L55276

Dato' Mansor bin Othman [ Nibong Tebal ] minta PERDANA MENTERI menyatakan langkah-langkah spesifik yang diambil oleh Kerajaan untuk menangani masalah peningkatan polarisasi kaum dan agama yang semakin ketara kebelakangan ini.

79. PR-1312-L56400

Tuan Haji Khalid bin Abdul Samad [ Shah Alam ] minta MENTERI KERJA RAYA menyatakan status pembinaan Hospital Shah Alam serta berapakah kos keseluruhannya setelah ditender kembali.

80. PR-1312-L55071

Datin Linda Tsen Thau Lin [ Batu Sapi ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan statistik Majlis Perbandaran Sandakan, 38% daripada lebih kurang 450,000 orang penduduk di Sandakan adalah pendatang asing atau pendatang tanpa izin. Apakah langkah-langkah yang telah diambil untuk mengawal peningkatan pendatang-pendatang tanpa izin yang ramai.

81. PR-1312-L56453

Puan Hajah Zuraida binti Kamaruddin [ Ampang ] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR menyatakan adakah Kerajaan bercadang menambah hukuman yang lebih berat terhadap pihak yang didapati bersalah mencemari sungai.

Page 14: MALAYSIA DEWAN RAKYAT ATURAN URUSAN MESYUARAT … · AUM DR 26/9/2013 2 5. PR-1312-L55075 Tuan Nogeh anak Gumbek [ Mas Gading ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan bilakah Kerajaan

AUM DR 26/9/2013

14

82. PR-1312-L56109 Tuan Su Keong Siong [ Ipoh Timor ] minta MENTERI PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI menyatakan adakah benar Kerajaan telah membelanjakan RM65 juta untuk menubuhkan "Pasukan Petugas Khas Pemudahcara Perniagaan" (Pemudah). Nyatakan langkah-langkah penambahbaikan yang telah dilaksana atau dijalankan oleh PEMUDAH untuk kategori perniagaan untuk tahun 2012 dan 2013.

83. PR-1312-L56442

Datuk Mohd Idris bin Jusi [ Batu Pahat ] minta PERDANA MENTERI menyatakan langkah-langkah yang telah dan akan dilakukan bagi melahirkan suatu saf Ahli Parlimen berwibawa daripada segi sahsiah keperibadian, ilmu pengetahuan, kompetensi dan penampilan bagi menjamin suatu tahap perbahasan Parlimen yang menjemput hormat khalayak dan rakyat dan sekali gus memelihara ketinggian martabat Parlimen.

84. PR-1312-L56248

Dato' Haji Mahfuz bin Omar [ Pokok Sena ] minta PERDANA MENTERI menyatakan nama syarikat perunding yang dilantik oleh Kerajaan untuk menghasilkan slogan baru negara Endless Possibilitties serta jumlah bayaran kos keseluruhan untuk tujuan tersebut.

85. PR-1312-L55381

Dato' Ngeh Koo Ham [ Beruas ] minta MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI menyatakan kenapa harga sarang burung turun mendadak 2 tahun kebelakangan ini dan langkah-langkah yang sedang diambil untuk mengatasi masalah ini.

86. PR-1312-L56642

Tuan Haji Ahmad Lai bin Bujang [ Sibuti ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan:-

(a) bermula Januari sehingga September 2013, berapakah

jumlah tangkapan warga asing yang telah menyalah guna pas sosial untuk menjalankan aktiviti tidak bermoral; dan

(b) adakah Kementerian merasakan dengan pemberitahuan

notis Ops Cantas dan Ops Cantas Khas di media massa akan menyebabkan pendatang tanpa izin dan ahli gengster akan bersembunyi dan hasil tangkapan akan berkurang.

Page 15: MALAYSIA DEWAN RAKYAT ATURAN URUSAN MESYUARAT … · AUM DR 26/9/2013 2 5. PR-1312-L55075 Tuan Nogeh anak Gumbek [ Mas Gading ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan bilakah Kerajaan

AUM DR 26/9/2013 15

87. PR-1312-L56977 Dr. Noor Azmi bin Ghazali [ Bagan Serai ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan:-

(a) apakah tindakan-tindakan khususnya polis dan agensi-

agensi keselamatan yang lain bagi memastikan kes-kes kejadian tembak-menembak yang berlaku pada masa ini yang melibatkan senjata api merbahaya secara berleluasa dapat dibendung; dan

(b) adakah pihak polis akan diberi kuasa yang lebih untuk

menyelesaikan masalah ini, umpamanya melaksanakan inisiatif-inisiatif penghindaran (preventive).

88. PR-1312-L56909

Tuan Zairil Khir Johari [ Bukit Bendera ] minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan apakah perbezaan antara English Language Teacher Development Project (ELTDP) yang dikendalikan oleh British Council dan Teaching English Language and Literacy (TELL) yang dijalankan oleh Brighton Education Group, serta rasional perlantikan dua perunding tersebut.

89. PR-1312-L56436

Puan Hajah Fuziah binti Salleh [ Kuantan ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan memberi penjelasan yang munasabah dan meyakinkan demi memulihkan integriti Polis mengenai persepsi orang ramai bahawa wujud elemen penyelewengan kuasa yang mengaitkan sesetengah ahli politik dan pegawai polis dengan kegiatan kongsi gelap.

90. PR-1312-L57037

Datuk Madius Tangau [ Tuaran ] minta MENTERI PERUSAHAAN PERLADANGAN DAN KOMODITI menyatakan adakah Kerajaan sedar bahawa ramai pekebun kecil yang mengalami bebanan kewangan akibat penurunan harga getah dan apakah langkah Kerajaan untuk menstabilkan harga komoditi seperti getah dan kelapa sawit.

91. PR-1312-L56898

Dato' Abdul Manan bin Ismail [ Paya Besar ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan sejauh manakah UDA Holdings Berhad (UDA) memainkan peranan dan fungsi dalam membantu Bumiputera termasuklah kelompok usahawan Bumiputera di kawasan bandar-bandar utama negara sejak penubuhannya 42 tahun lalu.

92. PR-1312-L56931

Puan Mas Ermieyati binti Samsudin [ Masjid Tanah ] minta MENTERI PERDAGANGAN DALAM NEGERI, KOPERASI DAN KEPENGGUNAAN menyatakan langkah-langkah yang telah dan akan diambil oleh Kementerian bagi memperluaskan langkah penggunaan barangan buatan tempatan di kalangan rakyat.

Page 16: MALAYSIA DEWAN RAKYAT ATURAN URUSAN MESYUARAT … · AUM DR 26/9/2013 2 5. PR-1312-L55075 Tuan Nogeh anak Gumbek [ Mas Gading ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan bilakah Kerajaan

AUM DR 26/9/2013

16

93. PR-1312-L55154 Dato' Wira Mohd Johari bin Baharom [ Kubang Pasu ] minta MENTERI BELIA DAN SUKAN menyatakan:-

(a) usaha Kementerian untuk meningkatkan taraf sukan hoki

dan badminton yang kekurangan barisan pelapis yang handal; dan

(b) usaha Kerajaan untuk memantapkan FAM dan BAM yang

agak longlai kini berbanding dengan cabaran dari negara-negara maju yang lebih progresif.

94. PR-1312-L56655

Tuan Wong Ling Biu [ Sarikei ] minta MENTERI KESIHATAN menyatakan berapakah doktor pakar yang berkhidmat di hospital Sarikei pada masa sekarang. Apakah sebab utama kekurangan doktor pakar yang dapat berkhidmat di Hospital Sarikei sejak siap pembinaan Hospital Sarikei yang baru.

95. PR-1312-L56321

Tuan Julian Tan Kok Ping [ Stampin ] minta PERDANA MENTERI menyatakan adakah wujudnya rancangan bagi melaksanakan pengunaan kereta NGV di Sarawak terutamanya di kawasan Kuching.

96. PR-1312-L55450 Tuan Sim Tze Tzin [ Bayan Baru ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan tentang hutang 1Malaysia Development Berhad (1MDB) seperti berikut:-

(a) berapakah jumlah hutang dan bon dipegang oleh 1MDB

sehingga 31 Ogos 2013; dan (b) mengikut laporan, hutang dan bon 1MDB mencecah

RM38 bilion dalam tempoh hanya empat tahun, menyebabkan beban 'liabiliti luar jangka' (contingent liabilities) Kerajaan negara meningkat. Apakah langkah-langkah untuk mengurangkan beban hutang 1MDB.

97. PR-1312-L55242

Dr. Azman bin Ismail [ Kuala Kedah ] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR menyatakan jelaskan tentang projek tebatan banjir di negeri Kedah. Apakah perkembangan projek ini terutamanya di kawasan Parlimen Kuala Kedah.

98. PR-1312-L5

Tuan Shamsul Iskandar @ Yusre bin Mohd Akin [ Bukit Katil ] minta PERDANA MENTERI menyatakan apakah syarikat Bumiputera yang mendapat manfaat daripada projek mega berjumlah RM4.2 bilion dan apakah projek hartanah ini merupakan suatu projek berpotensi tinggi mengambil kira kelembapan ekonomi rantau ini.

Page 17: MALAYSIA DEWAN RAKYAT ATURAN URUSAN MESYUARAT … · AUM DR 26/9/2013 2 5. PR-1312-L55075 Tuan Nogeh anak Gumbek [ Mas Gading ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan bilakah Kerajaan

AUM DR 26/9/2013 17

99. PR-1312-L56127 Tuan Manivanan a/l Gowindasamy [ Kapar ] minta MENTERI BELIA DAN SUKAN menyatakan:-

(a) berapakah jumlah Persatuan Belia yang telah didaftarkan

semenjak Akta Pertubuhan dan Pembangunan Belia 2007 diperkenalkan dan berapakah jumlah pertubuhan yang masih aktif; dan

(b) usaha-usaha Kementerian bagi memastikan setiap

pertubuhan yang berdaftar ini dapat melahirkan pemimpin generasi akan datang.

100. PR-1312-L56619

Tuan Tan Kok Wai [ Cheras ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan butir-butir bilangan kes rasuah dan jenayah yang melibatkan polis serta bilangan anggota polis yang melanggarkan disiplin pada tahun 2011, 2012 dan enam bulan yang pertama bagi tahun 2013.

101. PR-1312-L56513

Ir. Shaharuddin bin Ismail [ Kangar ] minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan berhubung isu pelabuhan di Kuala Perlis yang tertangguh sejak sekian lama, sama ada perkara ini akan diteruskan atau tidak.

102. PR-1312-L56803

Dr. Michael Teo Yu Keng [ Miri ] minta MENTERI KESIHATAN menyatakan keberkesanan langkah-langkah untuk menghapuskan pembuatan dan penjualan ubat-ubat palsu yang dilakukan oleh Bahagian Penguatkuasa Farmasi Kementerian Kesihatan.

103. PR-1312-L55793

Dato’ Dr. Nik Mazian bin Nik Mohamad [ Pasir Puteh ] minta MENTERI PERUSAHAAN PERLADANGAN DAN KOMODITI menyatakan bagaimana usaha Kerajaan untuk mengawal harga getah. Bagaimana Kerajaan membantu penoreh getah apabila harga getah turun.

104. PR-1312-L55049

Dato' Wira Othman bin Abdul [ Pendang ] minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan adakah Kementerian bercadang untuk membenarkan rumah-rumah guru yang kosong disewakan kepada kakitangan Kerajaan dari jabatan lain supaya tidak membazir. Kalau tidak, mengapa.

105. PR-1312-L55136

Dr. Mohd. Khairuddin bin Aman Razali [ Kuala Nerus ] minta PERDANA MENTERI menyatakan peratusan agihan zakat yang telah disalurkan kepada golongan al-Gharimin dari tahun 2010-2012.

Page 18: MALAYSIA DEWAN RAKYAT ATURAN URUSAN MESYUARAT … · AUM DR 26/9/2013 2 5. PR-1312-L55075 Tuan Nogeh anak Gumbek [ Mas Gading ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan bilakah Kerajaan

AUM DR 26/9/2013

18

106. PR-1312-L56629 Tuan Lim Lip Eng [ Segambut ] minta MENTERI KESEJAHTERAAN BANDAR, PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN menyatakan tujuan pewartaan tanah awam berskala besar di Bukit Kiara, Kuala Lumpur, nombor lot-lot tanah, saiz luas ekar setiap lot yang diwartakan dan status terkini proses pewartaan ini. Berapakah kos dan mengapa taman tersebut di pagar dengan keluli walaupun dibantah oleh banyak pertubuhan bukan Kerajaan mengenai pemagaran itu.

107. PR-1312-L55672

Dato' Sri Liow Tiong Lai [ Bentong ] minta MENTERI PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI menyatakan status perkembangan kajian semula Dasar Automotif Nasional (NAP) dan adakah ia mengambil kira penurunan kos kenderaan dan meningkatkan daya saing industri automotif negara.

108. PR-1312-L56007

Puan Alice Lau Kiong Yieng [ Lanang ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan :- (a) bilangan pemegang kad pengenalan merah/hijau di

Sarawak terutama di Sibu dan bilangan "Sijil Kelahiran palsu" yang ditarik balik oleh JPN; dan

(b) rancangan Kementerian untuk memberi taraf

kewarganegaraan bagi anak Malaysia yang layak terutama di kawasan luar bandar Sibu/Lanang serta bilangan Unit Khas Bergerak JPN di Sarawak dan di Sibu.

109. PR-1312-L55575

Tuan Jeff Ooi Chuan Aun [ Jelutong ] minta PERDANA MENTERI menyatakan jumlah kakitangan kanan PEMANDU berperingkat Pengarah ke atas serta jumlah perbelanjaan gaji dan imbuhan mereka setiap tahun. Adakah mereka pekerja kontrak.

110. PR-1312-L56432

Puan Hajah Fuziah binti Salleh [ Kuantan ] minta MENTERI KESEJAHTERAAN BANDAR, PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN menyatakan adakah benar bahawa wujud arahan daripada pihak Kementerian supaya tidak dijemput Ahli Parlimen pembangkang untuk menghadiri mesyuarat penuh majlis perbandaran yang diadakan sebulan sekali. Sekiranya benar, di atas dasar apakah Ahli Parlimen pembangkang tidak boleh dijemput.

111. PR-1312-L56584

Dr. Tan Seng Giaw [ Kepong ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan pelbagai operasi untuk mengatasi PATI dan bilangan yang ditahan. Berapa agensi yang terbabit dan apakah kesan-kesannya di pelbagai sektor termasuk perladangan, pembinaan dan perniagaan.

Page 19: MALAYSIA DEWAN RAKYAT ATURAN URUSAN MESYUARAT … · AUM DR 26/9/2013 2 5. PR-1312-L55075 Tuan Nogeh anak Gumbek [ Mas Gading ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan bilakah Kerajaan

AUM DR 26/9/2013 19

112. PR-1312-L56034 Laksamana Pertama Mohamad Imran bin Abd Hamid (B) [ Lumut ] minta MENTERI PERTAHANAN menyatakan bilakah veteran tentera tidak berpencen diberi imbuhan bulanan sekurang-kurangnya RM500 sebulan boleh dilaksanakan.

113. PR-1312-L55382

Dato' Ngeh Koo Ham [ Beruas ] minta MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI menyatakan sebab-sebab harga ikan Arowana turun mendadak baru-baru ini dan apakah langkah-langkah yang sedang diambil untuk mengatasi masalah ini.

114. PR-1312-L56643

Tuan Haji Ahmad Lai bin Bujang [ Sibuti ] minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan:-

(a) apakah perkembangan sekolah-sekolah yang telah

mendapat status berprestasi tinggi, adakah sekolah ini mencapai KPI yang ditetapkan dan adakah terdapat sekolah yang gagal mengekalkan status berprestasi tinggi; dan

(b) adakah Kementerian bercadang mewujudkan status khas

sekolah berprestasi tinggi untuk kawasan luar bandar. 115. PR-1312-L56384

Datuk Ikmal Hisham bin Abdul Aziz [ Tanah Merah ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan sejauh manakah laporan berlakunya jenayah kekerasan menjejaskan kemasukan pelancong ke negara ini dan apakah usaha yang dilakukan bagi menangani masalah ini.

116. PR-1312-L55675 Tuan Sim Chee Keong [ Bukit Mertajam ] minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan mengapa projek pembinaan bangunan baru di SRJKC Permatang Tinggi dalam Rancangan Malaysia ke-9 tidak dapat dilaksanakan dan kini sudah masuk Rancangan Malaysia ke-10. Adakah projek ini akan dilaksanakan. Jika ya, sila berikan jadual perlaksanaan secara konkrit. Jika tidak, mengapa.

117. PR-1312-L56162

Datuk Nur Jazlan bin Mohamed [ Pulai ] minta PERDANA MENTERI menyatakan sama ada Kerajaan bercadang untuk melaksanakan Suruhanjaya IPCMC untuk mendengar keluhan rakyat mengenai kesalahan tatatertib yang dilakukan oleh pegawai polis.

Page 20: MALAYSIA DEWAN RAKYAT ATURAN URUSAN MESYUARAT … · AUM DR 26/9/2013 2 5. PR-1312-L55075 Tuan Nogeh anak Gumbek [ Mas Gading ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan bilakah Kerajaan

AUM DR 26/9/2013

20

118. PR-1312-L55135 Datuk Dr. Makin @ Marcus Mojigoh [ Putatan ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan:- (a) usaha yang telah diambil oleh pihak Kementerian dalam

menangani kebangkitan kumpulan militan sejak akhir-akhir ini; dan

(b) tindakan yang telah diambil ke atas Mohd Amin Bacho

dan Jeknal Adil (Ahli Darul Islam Sabah) serta Zulkifli Khir Aka Marwan (Kumpulan Militan Malaysia-KMM).

119. PR-1312-L55954

Dato' Ar. Wan Mohammad Khair-il Anuar bin Wan Ahmad [ Kuala Kangsar ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan apakah sikap pihak Kerajaan ke atas penarafan-penarafan dan indeks-indeks yang diberikan oleh agensi-agensi penarafan antarabangsa dan bagaimana Kerajaan menangani dan bertindak balas ke atas perkara ini yang menjejaskan polisi kewangan dan pertumbuhan dalam dan luar negara.

120. PR-1312-L55061

Dato' Shamsul Anuar bin Haji Nasarah [ Lenggong ] minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan:-

(a) perkembangan terkini Pelan Pembangunan Pendidikan

Malaysia (PPPM) 2013-2025; dan (b) kenapa terdapat bantahan terhadap PPPM yang

dilakukan oleh Persekutuan Persatuan-persatuan Lembaga Pengurus Sekolah Cina Malaysia (Dong Zong), apakah dakwaan itu betul dan bagaimana langkah-langkah Kementerian bagi memperbetulkan persepsi buruk yang mereka lakukan.

121. PR-1312-L56560

Tuan Haji Ahmad Nazlan bin Idris [ Jerantut ] minta MENTERI PERTAHANAN menyatakan berapa ramaikah pesara tentera yang telah diambil semula bekerja dengan perkhidmatan Kerajaan lain melalui konsep "Strategi Lautan Biru" (Blue Ocean Strategy).

122. PR-1312-L56205

Tuan Karpal Singh [ Bukit Gelugor ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan perkembangan siasatan laporan polis THSL 002880/13 yang dibuat pada 22 Januari 2012 oleh Karpal Singh, Ahli Parlimen Bukit Gelugor terhadap Presiden Perkasa, Ibrahim Ali di bawah Akta Hasutan, 1948. Adakah pendakwaan bersedia untuk mendakwa beliau. Jika tidak, nyatakan sebab-sebabnya.

Page 21: MALAYSIA DEWAN RAKYAT ATURAN URUSAN MESYUARAT … · AUM DR 26/9/2013 2 5. PR-1312-L55075 Tuan Nogeh anak Gumbek [ Mas Gading ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan bilakah Kerajaan

AUM DR 26/9/2013 21

123. PR-1312-L55619 Datuk Jumat bin Idris [ Sepanggar ] minta MENTERI PERTAHANAN menyatakan adakah Kementerian merancang untuk menambah kekuatan ketenteraan di negeri Sabah dari segi kekuatan anggota, senjata dan juga logistik memandangkan kebanyakan daripadanya berpusat di Semenanjung Malaysia.

124. PR-1312-L55642

Dr. Haji Izani bin Haji Husin [ Pengkalan Chepa ] minta PERDANA MENTERI menyatakan jumlah keluasan tanah wakaf yang tidak ada penghasilan atau terbiar di seluruh negeri-negeri di Malaysia.

125. PR-1312-L56335

Tuan Shamsul Iskandar @ Yusre bin Mohd Akin [ Bukit Katil ] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR menyatakan berapakah jangkaan pendapatan yang boleh diperoleh hasil dari perbelanjaan Kerajaan untuk projek pengindahan dan pembersihan Sungai Melaka yang bernilai RM587 juta untuk fasa 1 dan fasa 2.

126. PR-1312-L55595

Tuan Rozman bin Isli [ Labuan ] minta MENTERI SUMBER MANUSIA menyatakan apakah Kerajaan bersedia untuk memberi kebenaran kepada majikan dalam sektor perkhidmatan di Labuan mengambil pekerja asing dari Myanmar dan Bangladesh bagi menangani masalah kekurangan meruncing bagi jawatan sebagai pembantu rumah, pembantu kedai/restoran dan pekerja manual.

127. PR-1312-L55728

Datuk Wee Jeck Seng [ Tanjong Piai ] minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan apakah tindakan yang diambil untuk memastikan keselamatan pelajar-pelajar sekolah supaya mereka tidak terjebak untuk diambil sebagai ahli kumpulan kongsi gelap dan samseng di kawasan Pekan Nanas, Parlimen Tanjong Piai.

128. PR-1312-L56300 Puan Kasthuriraani a/p Patto [ Batu Kawan ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan justifikasi kenaikan 500 peratus caj perkhidmatan IWK bagi tujuan pengosongan Enapcemar dari tangki jenis tandas curah (Pour Flush) dan jumlah pengguna yang terbabit berdasarkan negeri.

129. PR-1312-L56317

Tuan Julian Tan Kok Ping [ Stampin ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan langkah-langkah yang telah diperkenalkan bagi mengatasi kes penyeludupan senjata haram terutamanya di sempadan Thailand-Malaysia dan pelabuhan-pelabuhan Sarawak. Apakah langkah-langkah yang diperkenalkan supaya pegawai-pegawai Kerajaan tidak terlibat dengan sindiket penyeludupan senjata api.

Page 22: MALAYSIA DEWAN RAKYAT ATURAN URUSAN MESYUARAT … · AUM DR 26/9/2013 2 5. PR-1312-L55075 Tuan Nogeh anak Gumbek [ Mas Gading ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan bilakah Kerajaan

AUM DR 26/9/2013

22

130. PR-1312-L56515 Tuan Khoo Soo Seang [ Tebrau ] minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan sebab-sebabnya saban tahun berlaku pelajar-pelajar yang telah memperolehi prestasi yang cemerlang di STPM gagal diterima masuk jurusan yang dimohon di IPTA.

131. PR-1312-L56364

Dato' Kamarudin bin Jaffar [ Tumpat ] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR menyatakan apakah perancangan terkini Kementerian untuk menyelesaikan masalah air banjir bertakung di tebing Sungai Golok, Kelatan yang menjejaskan mata pencarian para petani di kawasan tersebut.

132. PR-1312-L55108

Tuan Nogeh anak Gumbek [ Mas Gading ] minta MENTERI KESIHATAN menyatakan sama ada Kementerian mempunyai perancangan untuk mendirikan sebuah poliklinik di daerah Bau, Sarawak.

133. PR-1312-L55471

Datuk Haji Datu Nasrun bin Datu Mansur [ Silam ] minta MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI menyatakan status pasaran Industri Sarang Burung Walit di Malaysia, dan apakah mekanisme terbaik yang telah atau sedang diambil oleh Kementerian Industri Asas Tani untuk memperbaiki pasaran sarang burung walit di peringkat antarabangsa khasnya negara China dan bilakah masalah ini akan dapat diatasi.

134. PR-1312-L55314

Dato' Takiyuddin bin Hassan [ Kota Bharu ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan berapakah jumlah tangkapan kes-kes melibatkan pemilikan senjata api tanpa lesen oleh semua pihak berkuasa bagi tahun 2008 hingga 2013.

135. PR-1312-L55288

Tuan Haji Nasrudin bin Hassan [ Temerloh ] minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan adakah pihak PTPTN bercadang untuk menukar kaedah pinjaman kepada pembiayaan ujrah (1%) secara automatik kepada semua peminjam.

136. PR-1312-L56600

Tuan Liew Chin Tong [ Kluang ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan senarai terperinci jumlah konsortium pembinaan atau kontraktor yang dimiliki oleh GLC atau Kerajaan, serta ekuiti GLC atau Kerajaan dalam setiap konsortium pembinaan / kontraktor dari tahun 2003 hingga 2013.

Page 23: MALAYSIA DEWAN RAKYAT ATURAN URUSAN MESYUARAT … · AUM DR 26/9/2013 2 5. PR-1312-L55075 Tuan Nogeh anak Gumbek [ Mas Gading ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan bilakah Kerajaan

AUM DR 26/9/2013 23

137. PR-1312-L55116 Tuan Wilson Ugak Kumbong [ Hulu Rajang ] minta MENTERI KESEJAHTERAAN BANDAR, PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN menyatakan sekiranya pihak Kementerian dapat memberi peruntukan untuk membekal alat-alat pemadam api seperti “Fire Extinguisher”, enjin pam air dan hos kepada setiap rumah panjang di kawasan Hulu Rajang.

138. PR-1312-L55898

Tuan Fong Kui Lun [ Bukit Bintang ] minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan jumlah saman ke atas pemandu kenderaan yang dikeluarkan oleh sistem AES seluruh negara sejak mula dilancarkan kerana memandu melebihi had laju, jumlah saman diselesaikan dan dibawa ke mahkamah.

139. PR-1312-L56241

Dato' Haji Mahfuz bin Omar [ Pokok Sena ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan apakah jenis saman tertunggak yang dikatakan oleh Ketua Polis Negara bahawa terdapat lebih kurang 1.7 juta saman tertunggak dan kenapa ia tertunggak.

140. PR-1312-L56224

Tuan Tony Pua Kiam Wee [ Petaling Jaya Utara ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan untuk projek penyelenggaraan LRT Ampang dan Kelana Jaya:-

(a) kedudukan pembinaan terkini, tarikh siap dan kelewatan

yang akan dialami; dan (b) kos asal untuk kedua-dua projek, peningkatan kos yang

telah dan akan dibiayai oleh Syarikat Prasarana Negara. 141. PR-1312-L57011

Tuan Wong Chen [ Kelana Jaya ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan:-

(a) kenapa tarikh penyelesaian projek LRT yang ditetapkan

untuk 2014 ditangguhkan sampai 2016. Akibat ketangguhan ini penduduk dan peniaga kecil mengalami kesusahan dan rugi perniagaan; dan

(b) apakah tindakan pampasan ganti-rugi yang akan

dikenakan terhadap kontraktor. 142. PR-1312-L55912

Dato' Johari bin Abdul [ Sungai Petani ] minta PERDANA MENTERI menyatakan adakah Kerajaan akan menerima cadangan Panel Perundingan dan Pencegahan (PPR) juga dari Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (MACC) yang mencadangkan Ahli-ahli Parlimen dan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan mengisytiharkan harta mereka secara tahunan kepada SPRM. Jika saranan ini tidak dapat dilaksanakan apakah penghalang utama terhadap idea ini.

Page 24: MALAYSIA DEWAN RAKYAT ATURAN URUSAN MESYUARAT … · AUM DR 26/9/2013 2 5. PR-1312-L55075 Tuan Nogeh anak Gumbek [ Mas Gading ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan bilakah Kerajaan

AUM DR 26/9/2013

24

143. PR-1312-L55360 Tuan Wong Sze Phin @ Jimmy [ Kota Kinabalu ] minta MENTERI KERJA RAYA menyatakan rancangan Kerajaan Persekutuan untuk menyelesaikan masalah kesesakan jalan yang semakin serius di kawasan bandar seperti Kota Kinabalu. Adakah kerajaan bercadang untuk membina lebuh raya seperti Inner Ring Road, Jalan Raya Persekutuan, Lebuh Raya Puchong ke Damansara di Bandaraya Kota Kinabalu.

144. PR-1312-L56009

Puan Alice Lau Kiong Yieng [ Lanang ] minta MENTERI KESIHATAN menyatakan bilangan aduan yang diterima mengenai sikap dan tatatertib pihak hospital sejak 2008 dan langkah-langkah yang diambil untuk memastikan sikap dan tatatertib pegawai perubatan, jururawat dan pegawai lain dari pihak hospital dan poliklinik adalah betul dan memuaskan.

145. PR-1312-L55235

Dr. Azman bin Ismail [ Kuala Kedah ] minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan sama ada Puspakom mempunyai kriteria yang piawai (standard) dalam memeriksa dan menentukan “road-worthiness” satu-satu kenderaan.

146. PR-1312-L55299

Dato' Takiyuddin bin Hassan [ Kota Bharu ] minta PERDANA MENTERI menyatakan pihak manakah yang telah mengendalikan 'Kursus Khas' kepada Hakim-Hakim Pilihanraya yang dilantik bagi mengendalikan kes-kes Petisyen Pilihan Raya selepas PRU-13 baru-baru ini dan apakah 'outline' kursus yang diberikan.

147. PR-1312-L57052

Datuk Seri Panglima Haji Abdul Ghapur bin Haji Salleh [ Kalabakan ] minta MENTERI PERDAGANGAN DALAM NEGERI, KOPERASI DAN KEPENGGUNAAN menyatakan berapa banyakkah barang-barang subsidi yang di seludup keluar dari Tawau sudah ditangkap dan diambil tindakan.

148. PR-1312-L55741

Datuk Wee Jeck Seng [ Tanjong Piai ] minta MENTERI KESEJAHTERAAN BANDAR, PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN menyatakan:-

(a) langkah-langkah Kerajaan dalam menangani masalah

permainan hiburan keluarga yang berunsur perjudian di daerah Pontian khususnya di kompleks membeli-belah; dan

(b) apakah tindakan yang dikenakan kepada pengusaha

permainan hiburan keluarga berunsur perjudian tersebut.

Page 25: MALAYSIA DEWAN RAKYAT ATURAN URUSAN MESYUARAT … · AUM DR 26/9/2013 2 5. PR-1312-L55075 Tuan Nogeh anak Gumbek [ Mas Gading ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan bilakah Kerajaan

AUM DR 26/9/2013 25

149. PR-1312-L55669 Tuan Ahmad Baihaki bin Atiqullah [ Kubang Kerian ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan Kerajaan Persekutuan telah menubuhkan satu jawatankuasa khas untuk menangani tuntutan royalti petroleum daripada Kerajaan Negeri Kelantan. Apakah perkembangan jawatankuasa tersebut dan apakah bidang kuasanya.

150. PR-1312-L56892

Tuan Mohamed Azmin bin Ali [ Gombak ] minta MENTERI LUAR NEGERI menyatakan apakah Kerajaan bercadang untuk mengadakan rundingan dengan rejim Asad bagi membawa rejim tersebut ke meja rundingan untuk menjamin keamanan di Syria.

151. PR-1312-L55780

Tuan Oscar Ling Chai Yew [ Sibu ] minta MENTERI KESIHATAN menyatakan berapakah jumlah pesakit hemodialisis di Malaysia dan pecahannya mengikut negeri dan Sibu pada tahun 2000-2013. Sila nyatakan bilangan penambahan tempat hemodialisis di Hospital Umum Sibu setiap tahun pada tahun 2000-2013.

152. PR-1312-L57053

Datuk Seri Panglima Haji Abdul Ghapur bin Haji Salleh [ Kalabakan ] minta MENTERI KESIHATAN menyatakan:-

(a) untuk Hospital Besar Tawau berapakah nisbah antara

pesakit dan doktor dan apakah nisbah ini dianggap sebagai satu nisbah yang sesuai; dan

(b) boleh Kementerian memecahkan daripada jumlah

keseluruhan doktor yang terdapat di Hospital Besar Tawau, kepada Doktor Pakar, Doktor Berpengalaman dan Doktor Pelatih.

153. PR-1312-L56719

Dr. Mansor bin Abd Rahman [ Sik ] minta MENTERI KERJA RAYA menyatakan tindakan Kerajaan khususnya Kementerian dalam memperkasakan struktur organisasi JKR Daerah yang khusus bagi kawasan yang memerlukan pentadbiran yang lebih lengkap dan lebih komited untuk membangunkan kawasan tertentu contohnya Daerah Sik tidak mempunyai Jurutera Daerah sendiri dan JKR Sik berkongsi dengan JKR Kuala Muda.

154. PR-1312-L55550 Tuan Ng Wei Aik [ Tanjong ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan sebab-sebab Akta Pencegahan Jenayah 1959 tidak digunakan oleh pihak polis untuk memerangi jenayah selama ini walaupun akta tersebut telah disemak pada tahun 1983.

Page 26: MALAYSIA DEWAN RAKYAT ATURAN URUSAN MESYUARAT … · AUM DR 26/9/2013 2 5. PR-1312-L55075 Tuan Nogeh anak Gumbek [ Mas Gading ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan bilakah Kerajaan

AUM DR 26/9/2013

26

155. PR-1312-L55867 Dr. Hajah Siti Mariah binti Mahmud [ Kota Raja ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan jumlah pendatang asing tanpa izin (PATI) yang memohon dan yang berjaya didaftarkan menjadi pekerja yang sah (PADI) hasil program 6P dan jumlah permohonan yang tidak berjaya dan sebab-sebabnya.

156. PR-1312-L55594 Tuan Rozman bin Isli [ Labuan ] minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan apakah Kerajaan mempunyai rancangan untuk mewujudkan pakej penerbangan murah untuk golongan yang memerlukan bagi perjalanan di antara Labuan dan Kota Kinabalu yang terlalu mahal ketika ini khasnya bagi mereka yang perlu menjalani pemeriksaan perubatan, warga emas, OKU dan sebagainya.

157. PR-1312-L56698

Tuan Anuar bin Abd. Manap [ Sekijang ] minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan:-

(a) apakah pendekatan pihak Kementerian dalam usaha

memupuk keharmonian dalam keluarga kerana jumlah indeks kes jenayah terhadap wanita dan penceraian kian meningkat dalam negara kita; dan

(b) apakah Kementerian merancang untuk meneruskan

kempen atau aktiviti berkaitan kesedaran terhadap pentingnya keharmonian dalam organisasi keluarga, melalui NGO-NGO terutama pertubuhan belia yang dilihat dekat dengan golongan ini.

158. PR-1312-L56882

Datuk Haji Abdul Azeez bin Abdul Rahim [ Baling ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan statistik “OPS SELAMAT” serta apakah berlaku peningkatan atau penurunan kes kemalangan jalan raya di sepanjang musim perayaan serta kaedah dan langkah yang diperkenalkan bagi mengurangkan kes kemalangan di seluruh negara.

159. PR-1312-L56738

Puan Hajah Normala binti Abdul Samad [ Pasir Gudang ] minta PERDANA MENTERI menyatakan bagaimanakah Kementerian dapat memastikan nasib ibu-ibu tunggal terbela dalam tempoh penceraian yang tidak diketahui oleh pejabat agama. Pejabat Agama mencadangkan untuk mengambil peguam bagi menyelesaikan kes sedangkan kes boleh diputuskan oleh kadi.

160. PR-1312-L55275

Dato' Mansor bin Othman [ Nibong Tebal ] minta PERDANA MENTERI menyatakan adakah Sistem Pemantauan spesifik yang dibentuk bagi memantau keberkesanan pengagihan wang zakat di seluruh negara.

Page 27: MALAYSIA DEWAN RAKYAT ATURAN URUSAN MESYUARAT … · AUM DR 26/9/2013 2 5. PR-1312-L55075 Tuan Nogeh anak Gumbek [ Mas Gading ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan bilakah Kerajaan

AUM DR 26/9/2013 27

161. PR-1312-L56959 Dato' Ahmad Fauzi bin Zahari [ Setiawangsa ] minta MENTERI WILAYAH PERSEKUTUAN menyatakan apakah ada kriteria, prosedur atau undang-undang yang membenarkan peniaga menjalankan perniagaan di atas bahu-bahu jalan di sekitar Bandaraya Kuala Lumpur.

162. PR-1312-L56370

Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin [ Sepang ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan:-

(a) adakah pihak polis hanya akan menyiasat sesuatu kes

jenayah hanya jika wujudnya laporan polis; dan (b) jika tidak, minta Kementerian mendedahkan statistik

terperinci berapakah jumlah kes jenayah yang telah disiasat pada tahun 2000 hingga 2013 meskipun ketiadaan laporan polis.

163. PR-1312-L56035

Tuan Mohd Rafizi bin Ramli [ Pandan ] minta MENTERI TENAGA, TEKNOLOGI HIJAU DAN AIR menyatakan dasar Kerajaan berhubung pembinaan "pylon bervoltan tinggi" di kawasan-kawasan berpenduduk padat yang membawa risiko kesihatan dan keselamatan kepada penduduk. Kenapakah Kementerian tidak menggubal peraturan yang mewajibkan kabel-kabel elektrik baru bervoltan tinggi menggunakan kaedah bawah tanah.

164. PR-1312-L56482

Dato' Dr. Mujahid Yusof Rawa [ Parit Buntar ] minta MENTERI LUAR NEGERI menyatakan apakah ada cadangan untuk memberikan tekanan terhadap Mesir sebagai protes terhadap pencabulan demokrasi di sana baru-baru ini.

165. PR-1312-L55331

Tuan Wong Tien Fatt @ Wong Nyuk Foh [ Sandakan ] minta MENTERI KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA menyatakan adakah betul, hanya pemaju dan/atau pembeli rumah di Sabah yang mesti bayar yuran sambungan Telekom Malaysia untuk rumah baru (lebih kurang RM560 setiap rumah). Berapakah yang dibayar di Semenanjung Malaysia dan Sarawak. Apakah alasan untuknya.

166. PR-1312-L55362

Tuan Seah Leong Peng [ Telok Intan ] minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan perlaksanaan yang dilakukan oleh Kementerian untuk menyeragamkan dasar-dasar pendidikan Kementerian bagi menyelaraskan dan memperhalusi dua Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) dan Pelan Strategik Pengajian Tinggi Negara (PSPTN) sekali gus dan bagaimana pula bentuk penyelarasan dan penjajaran dibuat untuk menjayakan akses, kuantiti, ekuiti, perpaduan dan kecekapan.

Page 28: MALAYSIA DEWAN RAKYAT ATURAN URUSAN MESYUARAT … · AUM DR 26/9/2013 2 5. PR-1312-L55075 Tuan Nogeh anak Gumbek [ Mas Gading ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan bilakah Kerajaan

AUM DR 26/9/2013

28

167. PR-1312-L55984 Dato' Sri Azalina binti Dato' Othman Said [ Pengerang ] minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan peranan, penglibatan dan inisiatif-inisiatif Kementerian dalam penerapan kepentingan dan isu-isu wanita semasa pembentukan dasar-dasar Program Transformasi Kerajaan (GTP) sebelum PRU-13.

168. PR-1312-L55160

Tuan Idris bin Haji Ahmad [ Bukit Gantang ] minta MENTERI PERDAGANGAN DALAM NEGERI, KOPERASI DAN KEPENGGUNAAN menyatakan berapakah jumlah peniaga yang disaman mengikut negeri-negeri kerana mengingkari arahan Kerajaan menaikkan harga barang.

169. PR-1312-L55425

Dr. Ismail bin Daut [ Merbok ] minta MENTERI PELANCONGAN DAN KEBUDAYAAN menyatakan mengenai promosi tempat-tempat bersejarah secara menyeluruh di negeri-negeri Malaysia secara intensif. Setakat ini promosi didapati lebih banyak pada pusat-pusat dan pulau-pulau peranginan. Sementara tempat-tempat bersejarah di luar-luar bandar seperti candi-candi di Lembah Bujang Merbok kurang diberi perhatian.

170. PR-1312-L55899

Tuan Lim Kit Siang [ Gelang Patah ] minta PERDANA MENTERI menyatakan adakah kaum Cina yang mencetuskan rusuhan kaum 13 Mei, 1969 dan jika benar begitu, nyatakan bukti-bukti sejarah dan sama ada Suruhanjaya Siasatan Diraja akan ditubuhkan untuk menyiasat punca sebenarnya.

171. PR-1312-L55857

Tuan Wan Hasan bin Mohd Ramli [ Dungun ] minta MENTERI KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH menyatakan tentang Kolej Ketengah iaitu statistik kos pengurusan, bilangan pelajar mengikut kursus yang ditawarkan serta bilangan kakitangan yang terlibat (Pengurusan, Kakitangan Akademik dan Kakitangan Sokongan) bermula tahun ditubuhkan sehingga tahun 2013.

172. PR-1312-L55978

Tuan Haji Zainudin bin Ismail [ Jelebu ] minta MENTERI PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI menyatakan secara terperinci akan faedah dan keburukan jika Kerajaan menandatangani TPPA.

173. PR-1312-L56407 Tuan Haji Khalid bin Abdul Samad [ Shah Alam ] minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan status terkini perlaksanaan projek KLIA 2. Adakah Kontraktor telah diberi surat pemberhentian dalam pembinaan KLIA2 serta apakah fungsi jawatankuasa yang dilantik oleh Kementerian dalam memantau pembinaan tersebut.

Page 29: MALAYSIA DEWAN RAKYAT ATURAN URUSAN MESYUARAT … · AUM DR 26/9/2013 2 5. PR-1312-L55075 Tuan Nogeh anak Gumbek [ Mas Gading ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan bilakah Kerajaan

AUM DR 26/9/2013 29

174. PR-1312-L57079 Tan Sri Dato Sri William Mawan Ikom [ Saratok ] minta MENTERI BELIA DAN SUKAN menyatakan adakah pihak Kementerian mempunyai rancangan untuk mengadakan kursus psikologi untuk para atlit negara supaya mereka dapat mengawal emosi dan tekanan semasa mewakili Malaysia di persada antarabangsa.

175. PR-1312-L57063

Datuk Ahmad Jazlan bin Yaakub [ Machang ] minta MENTERI PERTAHANAN menyatakan bilangan pesara tentera tidak berpencen kerana bersara di bawah tempoh perkhidmatan 21 tahun dan nyatakan langkah Kerajaan bagi terus menjaga kebajikan pesara tentera ini yang telah berkorban dan berjasa mempertahankan negara khususnya pesara tentera yang dalam kesempitan hidup.

176. PR-1312-L55844

Tuan R. Sivarasa [ Subang ] minta PERDANA MENTERI menyatakan jumlah belanja untuk Talentcorp daripada penubuhannya dan berapa warga Malaysia Talentcorp telah berjaya membawa balik daripada luar negara sehingga sekarang.

177. PR-1312-L56173

Tuan Ignatius Dorell Leiking [ Penampang ] minta PERDANA MENTERI menyatakan jika Syarikat Petronas telah melantik wakil daripada negeri Sabah untuk memberi sumbangan sebagai Pengarah Syarikat Petronas.

178. PR-1312-L56074

Puan Nurul Izzah binti Anwar [ Lembah Pantai ] minta PERDANA MENTERI menyatakan:-

(a) bila Kerajaan akan memberikan kuasa pendakwaan

kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM); dan

(b) status siasatan SPRM ke atas Suruhanjaya Pilihan Raya

(SPR) yang berkait dengan penyalahgunaan dakwat kekal.

179. PR-1312-L56153

Dato' Ir. Haji Nawawi bin Ahmad [ Langkawi ] minta MENTERI TENAGA, TEKNOLOGI HIJAU DAN AIR menyatakan banyak rungutan dari pelanggan TNB apabila meter lama ditukar ke meter digital yang baru di mana bil elektrik telah menampakkan kenaikan caj bulanan yang ketara berbanding menggunakan meter yang lama. Apakah sebab terjadi begitu dan apakah tindakan Kerajaan bagi mengatasi keresahan pelanggan TNB.

Page 30: MALAYSIA DEWAN RAKYAT ATURAN URUSAN MESYUARAT … · AUM DR 26/9/2013 2 5. PR-1312-L55075 Tuan Nogeh anak Gumbek [ Mas Gading ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan bilakah Kerajaan

AUM DR 26/9/2013

30

ATURAN URUSAN MESYUARAT DAN USUL-USUL

1. Menyambung Semula Pertimbangan Rang Undang-undang Perbekalan

Tambahan (2013) 2013 (D.R. 7/2013) dalam Jawatankuasa Sebuah-buah Majlis. (25 September, 2013) [ Menteri Kewangan ]

2. (D.R. 8/2013) Rang Undang-undang Pencegahan Jenayah (Pindaan dan Pemerluasan) 2013 [ Menteri Dalam Negeri ]

Bacaan Kali Yang Kedua

3. (D.R. 9/2013) Rang Undang-undang Kanun Keseksaan (Pindaan) 2013 [ Menteri di Jabatan Perdana Menteri ]

4. (D.R. 11/2013) Rang Undang-undang Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) (Pindaan) 2013 [ Menteri Dalam Negeri ]

5. (D.R. 14/2013) Rang Undang-undang Penjara (Pindaan) 2013 [ Menteri Dalam Negeri ]

6. (D.R. 10/2013) Rang Undang-undang Kanun Tatacara Jenayah (Pindaan) 2013 [ Menteri di Jabatan Perdana Menteri ]

7. (D.R. 12/2013) Rang Undang-undang Keterangan (Pindaan) 2013 [ Menteri di Jabatan Perdana Menteri ]

8. (D.R. 13/2013) Rang Undang-undang Bahan-bahan Kakisan dan Letupan dan Senjata Berbahaya (Pindaan) 2013 [ Menteri Dalam Negeri ]

9. (D.R. 15/2013) Rang Undang-undang Lambang dan Nama (Mencegah Penggunaan Tak Wajar) (Pindaan) 2013 [ Menteri di Jabatan Perdana Menteri ]

Page 31: MALAYSIA DEWAN RAKYAT ATURAN URUSAN MESYUARAT … · AUM DR 26/9/2013 2 5. PR-1312-L55075 Tuan Nogeh anak Gumbek [ Mas Gading ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan bilakah Kerajaan

AUM DR 26/9/2013 31

10. (D.R. 16/2013) Rang Undang-undang Rumah Perjudian Terbuka (Pindaan) 2013 [ Menteri Kewangan ]

11. (D.R. 17/2013) Rang Undang-undang Loteri (Pindaan) 2013 [ Menteri Kewangan ]

12. (D.R. 18/2013) Rang Undang-undang Pertaruhan Pool (Pindaan) 2013 [ Menteri Kewangan ]

13. PR-1312-U56793 Dato' Abd. Aziz bin Haji Sheikh Fadzir [ Kulim Bandar Baharu ] akan mencadangkan:-

"Bahawa Dewan ini meminta Kerajaan Malaysia menyatakan pendirian secara tegas untuk tidak bersetuju dengan apa jua kaedah menumbangkan Kerajaan selain dari kaedah demokrasi. Pada masa yang sama memainkan peranan penting untuk meminta bantuan OIC dan komuniti antarabangsa bagi mengembalikan Mohamad Morsi kepada jawatan Presiden Mesir ataupun mendesak Kerajaan Mesir mengadakan pilihan raya umum dalam masa terdekat demi mengekang dan menghentikan keganasan dan pembunuhan rakyat Mesir yang sedang berlaku."

( Kementerian Luar Negeri )

14. PR-1312-U56794

Dato' Abd. Aziz bin Haji Sheikh Fadzir [ Kulim Bandar Baharu ] akan mencadangkan:-

"Bahawa Dewan ini mengesa agar diwujudkan Jawatankuasa Khas Parlimen untuk mencapai persetujuan semua pihak agar Kalimah Allah hanya boleh digunapakai di dalam konteks agama Islam dan tidak boleh dibahas secara terbuka untuk kepentingan politik mana-mana pihak."

( Perdana Menteri )

Page 32: MALAYSIA DEWAN RAKYAT ATURAN URUSAN MESYUARAT … · AUM DR 26/9/2013 2 5. PR-1312-L55075 Tuan Nogeh anak Gumbek [ Mas Gading ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan bilakah Kerajaan

AUM DR 26/9/2013

32

15. PR-1312-U55173 Datuk Dr. Makin @ Marcus Mojigoh [ Putatan ] akan mencadangkan:-

"Bahawa Dewan ini mengambil maklum bahawa, ramai golongan belia di negara ini terutama sekali dari golongan graduan yang masih tidak bekerja dan tidak mempunyai pendapatan. Dan mengambil maklum juga, bahawa kebanyakan golongan graduan ini sedang menghadapi masalah untuk membuat pembayaran balik pinjaman mereka terutama sekali pinjaman perbadanan tabung pendidikan negara-PTPTN dan berisiko untuk disenaraihitamkan dalam sistem CRISS. Dan mengambil maklum juga bahawa, walaupun terdapat banyak program keusahawanan yang dianjurkan oleh pihak Kerajaan, seperti Majlis Amanah Rakyat-MARA, Yayasan Inovasi Malaysia dan lain-lain agensi Kerajaan, namun masih ramai lagi kalangan belia kita yang tidak mengetahui mengenai dengan program tersebut, mungkin kerana kurangnya sebaran mengenai program tersebut. Dan mengambil maklum juga bahawa, ramai golongan belia di negara ini mempunyai minat ataupun hobi yang boleh dimanfaatkan secara positif bagi tujuan pengkomersilan sekiranya dikembangkan di mana sekali gus dapat menjana pendapatan negara. Maka, bagi menangani masalah pengangguran di kalangan belia terutama sekali golongan graduan, Dewan ini hendaklah mengambil ketetapan bahawa, pihak Kerajaan hendaklah memperbanyakkan lagi program keusahawanan berorientasikan minat atau hobi golongan belia tersebut, serta promosi terus kepada golongan sasar melalui pengkalan data Kerajaan terutama sekali pengkalan data para graduan."

( Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Idustri )

16. PR-1312-U55107

Tuan M. Kulasegaran [ Ipoh Barat ] akan mencadangkan:-

"Bahawa Dewan ini mengambil maklum kebelakangan ini ramai orang dibunuh dengan sewenang-wenangnya kerana dengan mudah boleh memperolehi senjata api. Dan perasaan takut menghantui rakyat. Dewan ini menggesa pihak polis untuk menumpukan kepada isu ini agar suatu penyelesaian dapat diambil untuk membanteras kegiatan tembak-menembak ini. 125 syor-syor oleh Suruhanjaya Diraja Polis pada tahun 2005 hendaklah dilaksanakan dengan sepenuhnya dengan kadar segera."

( Kementerian Dalam Negeri )

17. PR-1312-U56596

Dr. Tan Seng Giaw [ Kepong ] akan mencadangkan:-

"Bahawa dewan ini membahaskan Trans Pacific Partnership Agreement (TPPA) dan peranan Malaysia di dalam perundingannya."

( Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri )

Page 33: MALAYSIA DEWAN RAKYAT ATURAN URUSAN MESYUARAT … · AUM DR 26/9/2013 2 5. PR-1312-L55075 Tuan Nogeh anak Gumbek [ Mas Gading ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan bilakah Kerajaan

AUM DR 26/9/2013 33

18. PR-1312-U56602 Dr. Tan Seng Giaw [ Kepong ] akan mencadangkan:-

"Bahawa Dewan ini memperbincangkan perkembangan perhubungan kaum sejak Kemerdekaan Malaysia."

( Perdana Menteri )

19. PR-1312-U56986

Tuan Surendran a/l K. Nagarajan [ Padang Serai ] akan mencadangkan:-

"Bahawa Dewan ini telah mengambil perhatian bahawa tempoh notis berkenaan pertanyaan-pertanyaan (questions) menurut Peraturan 22(2) selama 14 hari bekerja sebelum mesyuarat dimulakan adalah tempoh yang terlalu panjang, tidak munasabah dan membantutkan keberkesanan sesi pertanyaan-pertanyaan sebagai suatu cara bagi memastikan akauntabiliti Kerajaan kepada Dewan ini; dan meminta Kerajaan membawa usul untuk meminda Peraturan Majlis Mesyuarat untuk memendekkan tempoh notis kepada 2 hari sebelum hari bila mana pertanyaan itu akan dijawab."

( Perdana Menteri )

20. PR-1312-U55499

Tuan Hee Loy Sian [ Petaling Jaya Selatan ] akan mencadangkan:-

"Bahawa Dewan mempertimbangkan cadangan Malaysian Association of Foreign Maid Agencies (PAPA) untuk menaikkan fi pengambilan pekerja kepada RM6700 oleh majikan dan RM1800 oleh pekerja domestik. Memorandum Persefahaman (MOU) yang ditandatangani Kerajaan Malaysia-Indonesia, yang menetapkan fi tetap pada RM4,511; RM2,711 dibayar oleh majikan dan RM1,800 oleh pekerja domestik jelas menunjukkan agensi pekerjaan mengaut keuntungan yang tinggi melalui pemerdagangan ini. Ia akan membawa kepada tangga gaji yang rendah kepada pekerja domestik untuk sekurang-kurangnya 6-9 bulan. Ianya juga bercanggah dengan Akta Pekerjaan (Artikel 24-8) yang menghalang majikan menolak gaji sehingga 50% dan bercanggah dengan Prosedur Operasi Piawai (Standard Operating Procedure) di bawah Akta Anti-Pemerdagangan Manusia di mana sekiranya gaji tidak dibayar untuk tiga bulan atau lebih, maka majikan boleh didakwa kerana eksploitasi."

( Kementerian Dalam Negeri )

Page 34: MALAYSIA DEWAN RAKYAT ATURAN URUSAN MESYUARAT … · AUM DR 26/9/2013 2 5. PR-1312-L55075 Tuan Nogeh anak Gumbek [ Mas Gading ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan bilakah Kerajaan

AUM DR 26/9/2013

34

21. PR-1312-U55500 Tuan Hee Loy Sian [ Petaling Jaya Selatan ] akan mencadangkan:-

“Bahawa Dewan ini mendesak agar segala projek pembangunan yang dibina di kawasan Bukit Gasing dihentikan agar hakisan tanah dan penduduk di kawasan pinggir bukit tidak hidup dalam ketakutan setiap kali hujan turun.”

( Kementerian Wilayah Persekutuan )

22. PR-1312-U56272

Tuan Manivanan a/l Gowindasamy [ Kapar ] akan mencadangkan:-

"Bahawa Dewan mempertimbangkan cadangan untuk membenarkan keluarga mangsa yang mati dalam tahanan Polis Diraja Malaysia, memperoleh Pakar Perubatan Forensik sendiri bagi menjalankan bedah siasatan."

( Kementerian Dalam Negeri )

23. PR-1312-U56273

Tuan Manivanan a/l Gowindasamy [ Kapar ] akan mencadangkan:-

"Bahawa Dewan ini mendesak agar pendidikan agama diperkenalkan di sekolah kepada pelajar bukan Islam sebagai langkah untuk menerapkan nilai-nilai murni dan keagamaan di kalangan pelajar bukan Islam di dalam membendung gejala sosial yang kian meningkat dan berleluasa akibat daripada kegagalan sistem pendidikan di Malaysia."

( Kementerian Pendidikan )

24. PR-1312-U56886

Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua [ Batu ] akan mencadangkan:-

"Bahawa Dewan ini membincangkan Malaysia selaku anggota Mahkamah Jenayah Antarabangsa agar membawa kes ke Mahkamah Jenayah Antarabangsa supaya semua pelaku jenayah pembunuhan beramai-ramai yang berlaku di Mesir sekarang ini didakwa ke muka pengadilan di peringkat antarabangsa."

( Kementerian Luar Negeri )

Page 35: MALAYSIA DEWAN RAKYAT ATURAN URUSAN MESYUARAT … · AUM DR 26/9/2013 2 5. PR-1312-L55075 Tuan Nogeh anak Gumbek [ Mas Gading ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan bilakah Kerajaan

AUM DR 26/9/2013 35

25. PR-1312-U56893 Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua [ Batu ] akan mencadangkan:-

"Bahawa Dewan ini mengesa Kerajaan meningkatkan usaha diplomatik di kalangan anggota ASEAN agar muafakat dapat dicapai untuk menangani krisis pencemaran alam sekitar yang kerap berulang setiap tahun. Kerajaan juga mengarahkan Pejabat Pendakwa Raya untuk mengkaji dan mengambil tindakan undang-undang dan seterusnya dibicarakan di mahkamah apabila berlaku isu pencemaran alam sekitar yang melintasi sempadan antarabangsa".

( Kementerian Luar Negeri )

26. PR-1312-U56896

Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua [ Batu ] akan mencadangkan:-

"Bahawa Dewan ini memperbahaskan komitmen Kerajaan Persekutuan mengekalkan subsidi kepada petrol, bahan-bahan api, makanan dan barang-barang keperluan asas pada tahap yang memuaskan supaya inflasi dapat dikawal dengan berkesan".

( Kementerian Kewangan )

Page 36: MALAYSIA DEWAN RAKYAT ATURAN URUSAN MESYUARAT … · AUM DR 26/9/2013 2 5. PR-1312-L55075 Tuan Nogeh anak Gumbek [ Mas Gading ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan bilakah Kerajaan

AUM DR 26/9/2013

36

RISALAT-RISALAT YANG DIBAWA KE DALAM MESYUARAT

(DEWAN RAKYAT)

TAHUN 2013

RISALAT/DOKUMEN TARIKH DIBENTANGKAN

DR.1

Penyata Khas Jawatankuasa Pemilih Dewan Rakyat Yang Ketiga Belas Menurut Peraturan Mesyuarat 76(2) Peraturan-Peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat.

26 September 2013

Page 37: MALAYSIA DEWAN RAKYAT ATURAN URUSAN MESYUARAT … · AUM DR 26/9/2013 2 5. PR-1312-L55075 Tuan Nogeh anak Gumbek [ Mas Gading ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan bilakah Kerajaan

AUM DR 26/9/2013 37

UCAPAN-UCAPAN PENANGGUHAN

Tarikh

Ucapan

Ahli Yang Berucap

Tajuk Ucapan

Menteri Yang

Bertanggungjawab

1. 2.

26.9.2013 (Khamis) 26.9.2013 (Khamis)

1. 2.

YB Datuk Madius Tangau (Tuaran) YB Puan Teresa Kok Suh Sim (Seputeh)

1. 2.

Meminta Kerajaan Persekutuan Mengambil Langkah-Langkah Drastik Positif Dan Spesifik Untuk Mempercepatkan Persiapan Projek-Projek Pembinaan Sekolah Dan Pra Sekolah Di Negeri Sabah Yang Lewat Siap atau Projek Yang Dianggap Sakit. Sebab Kerajaan Tidak Mematuhi Hak Asasi Manusia Sedunia PBB Secara Penuh.

1. 2.

YB Menteri Pendidikan YB Menteri Luar Negeri