malaysia dewan rakyat aturan urusan mesyuarat … file2 aum dr 28/6/2012 (b) apakah jaminan...

24
MALAYSIA DEWAN RAKYAT ATURAN URUSAN MESYUARAT NASKHAH SAHIH/BAHASA MALAYSIA http://www.parlimen.gov.my HARI KHAMIS, 28 JUN 2012, PUKUL 10.00 PAGI Bil. 36 PERTANYAAN-PERTANYAAN BAGI JAWAB LISAN 1. PR-1252-L49819 Datuk Abd. Rahman bin Bakri [ Sabak Bernam ] minta MENTERI PELAJARAN menyatakan sejauh manakah langkah Kementerian bagi menubuhkan jabatan veteran guru sebagaimana Jabatan Veteran ATM bagi menjaga kebajikan dan kepentingan warga pendidik yang telah bersara. 2. PR-1252-L49865 Tuan Azan bin Ismail [ Indera Mahkota ] minta MENTERI KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH menyatakan apakah masalah serta cabaran yang dihadapi di dalam pelaksanaan dasar Pelan Tranformasi Luar Bandar yang diumumkan oleh pihak Kerajaan. 3. PR-1252-L50221 Dato' Sri Azalina binti Dato' Othman Said [ Pengerang ] minta MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI menyatakan apakah terdapat sebarang perancangan bagi memberikan insentif pemindahan seperti bot, enjin dan pukat kepada golongan nelayan pesisir pantai bagi membolehkan mereka menangkap ikan di kawasan laut dalam. 4. PR-1252-L50479 Tuan Muhammad bin Husain [ Pasir Puteh ] minta MENTERI BELIA DAN SUKAN menyatakan adakah pihak Kementerian mempunyai rancangan untuk bekerjasama dengan negara-negara serantau berhubung pembangunan belia, khususnya bagi mereka yang beragama Islam. 5. PR-1252-L50559 Dato' Seri Tiong King Sing [ Bintulu ] minta MENTERI KERJA RAYA menyatakan:- (a) jumlah peruntukan yang disediakan untuk menyelenggara Jalan Bintulu-Miri dan Bintulu-Sibu; dan

Upload: hoangquynh

Post on 19-Jun-2019

220 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

MALAYSIA

DEWAN RAKYAT

ATURAN URUSAN MESYUARAT

NASKHAH SAHIH/BAHASA MALAYSIA

http://www.parlimen.gov.my

HARI KHAMIS, 28 JUN 2012, PUKUL 10.00 PAGI

Bil. 36

PERTANYAAN-PERTANYAAN BAGI JAWAB LISAN 1. PR-1252-L49819

Datuk Abd. Rahman bin Bakri [ Sabak Bernam ] minta MENTERI PELAJARAN menyatakan sejauh manakah langkah Kementerian bagi menubuhkan jabatan veteran guru sebagaimana Jabatan Veteran ATM bagi menjaga kebajikan dan kepentingan warga pendidik yang telah bersara.

2. PR-1252-L49865 Tuan Azan bin Ismail [ Indera Mahkota ] minta MENTERI KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH menyatakan apakah masalah serta cabaran yang dihadapi di dalam pelaksanaan dasar Pelan Tranformasi Luar Bandar yang diumumkan oleh pihak Kerajaan.

3. PR-1252-L50221 Dato' Sri Azalina binti Dato' Othman Said [ Pengerang ] minta MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI menyatakan apakah terdapat sebarang perancangan bagi memberikan insentif pemindahan seperti bot, enjin dan pukat kepada golongan nelayan pesisir pantai bagi membolehkan mereka menangkap ikan di kawasan laut dalam.

4. PR-1252-L50479

Tuan Muhammad bin Husain [ Pasir Puteh ] minta MENTERI BELIA DAN SUKAN menyatakan adakah pihak Kementerian mempunyai rancangan untuk bekerjasama dengan negara-negara serantau berhubung pembangunan belia, khususnya bagi mereka yang beragama Islam.

5. PR-1252-L50559

Dato' Seri Tiong King Sing [ Bintulu ] minta MENTERI KERJA RAYA menyatakan:- (a) jumlah peruntukan yang disediakan untuk menyelenggara

Jalan Bintulu-Miri dan Bintulu-Sibu; dan

2 AUM DR 28/6/2012

(b) apakah jaminan Kementerian terhadap kualiti dan keadaan

jalan dalam memastikan keselamatan dan keselesaan pengguna jalan raya tersebut.

6. PR-1252-L49258

Dato' Seri Zahrain Mohamed Hashim [ Bayan Baru ] minta MENTERI PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI menyatakan apakah keberkesanan dan impak kepada pengusaha-pengusaha tempatan apabila Kerajaan meliberalisasi beberapa sub sektor perkhidmatan seperti pendidikan, kesihatan dan perundangan.

7. PR-1252-L50132 Tuan Liang Teck Meng [ Simpang Renggam ] minta MENTERI PENGAJIAN TINGGI menyatakan mengapakah Kementerian mengiktiraf ijazah dari 146 buah universiti China dan tidak mempertimbangkan pengiktirafan ijazah universiti Taiwan.

8. PR-1252-L50438 Dr. Che Rosli bin Che Mat [ Hulu Langat ] minta MENTERI PERTAHANAN menyatakan kejayaan yang dicapai sehingga kini oleh Institut Penyelidikan Sains dan Teknologi Pertahanan (STRIDE) bagi membantu Kementerian mencapai tahap teknologi tinggi menggunakan kepakaran tempatan.

9. PR-1252-L49932 Tuan Ding Kuong Hiing [ Sarikei ] minta MENTERI KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH menyatakan rancangan Kerajaan memperkasakan taraf hidup penduduk luar bandar di bawah NKRA kawasan Sarikei khasnya Program RES di rumah panjang.

10. PR-1252-L50080

Tuan Gobind Singh Deo [ Puchong ] minta PERDANA MENTERI menyatakan berapa banyak pegawai awam disiasat untuk kes rasuah semenjak tahun 2005 dan berapa ramai dituduh serta keputusannya.

11. PR-1252-L49817

Tuan Hasbi bin Habibollah [ Limbang ] minta MENTERI PELAJARAN menyatakan bolehkah Kementerian menaik taraf SMK Agama Limbang menjadi sebuah Kolej Islam.

12. PR-1252-L49910 Tuan Manikavasagam a/l Sundaram [ Kapar ] minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan rancangan jangka panjang daripada berlakunya mogok oleh pemandu lori kontena di Pelabuhan Klang serta sebab-sebab operator depot kontena dibenarkan mengutip "gate charges" dan peranan Lembaga Pelabuhan Klang dalam menjaga kebajikan pemandu lori kontena.

13. PR-1252-L50800 Tuan Mohd Nizar bin Zakaria [ Parit ] minta MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI menyatakan dalam memajukan industri agro-makanan, apakah halangan-halangan yang dilihat boleh membantutkan usaha bagi memajukan industri agro-makanan negara pada masa depan.

AUM DR 28/6/2012 3

14. PR-1252-L50472 Tuan Khalid bin Abdul Samad [ Shah Alam ] minta MENTERI KERJA RAYA menyatakan berapakah kos tambahan pembinaan Hospital Shah Alam berbanding kos asal dan apakah tempoh tambahan untuk pembinaannya berbanding tempoh kontrak asal.

15. PR-1252-L50291

Tuan William @ Nyallau Anak Badak [ Lubok Antu ] minta MENTERI KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH menyatakan setakat manakah tindakan Kerajaan untuk memperuntukkan semula penyaluran bekalan elektrik luar Bandar ke 9 buah rumah panjang yang telah ditarik balik tahun 2010 seperti Rh. Atit, Titok, Rh. Lampas, Titok, Rh. Minggat, Titok, Rh. Isau, Gelong, Rh. Unchat, Nibong Baru, Rh. Tayan, Nibong, Rh. Antau, Bunu Beging, Rh. Egar, Bukit Tungku dan Rh. Kudang, Berenggang.

16. PR-1252-L50374 Dato' Dr. Haji Mohd Hayati Bin Othman [ Pendang ] minta MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI menyatakan apakah peranan LKIM di dalam menstabilkan harga ikan di dalam negara dan berapa jumlah ikan yang diimport dari negara luar serta namakan negara pengeksport tersebut.

17. PR-1252-L50590

Dato' Sri Ong Tee Keat [ Pandan ] minta MENTERI KESIHATAN menyatakan kriteria meluluskan permohonan pusat dialisis (haemodialysis centre) tajaan NGO atau sektor swasta dan berapakah jangka masa pemprosesannya. Apakah rintangan yang menghalang Kementerian daripada meluluskan permohonan St John's Ambulance (Cabang Selangor) untuk menawarkan khidmat dialisis berkenaan di Taman Maju Jaya, Kawasan Parlimen Pandan.

18. PR-1252-L50313

Dr. Michael Jeyakumar Devaraj [ Sungai Siput ] minta MENTERI PENGAJIAN TINGGI menyatakan bilangan pensyarah yang bertugas sepenuh masa di setiap Fakulti Perubatan Awam dan Swasta pada tahun 2011. Apakah pecahan pengalaman klinikal mereka-kurang daripada 10 tahun sejak dapat ijazah pertama, antara 11 hingga 20 tahun selepas ijazah pertama, dan lebih daripada 20 tahun sejak mendapat ijazah pertama.

19. PR-1252-L49702 Dato' Shamsul Anuar bin Nasarah [ Lenggong ] minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan:- (a) kaedah yang digunakan untuk memantau kemasukan

kenderaan asing ke negara ini; dan (b) berapakah jumlah kenderaan asing yang melalui pintu

sempadan dan, kenapa kenderaan Thailand yang menyalahi peraturan termasuk bercermin gelap dibenarkan mudah ke negara ini.

4 AUM DR 28/6/2012

20. PR-1252-L50952

Dr. Hiew King Cheu [ Kota Kinabalu ] minta MENTERI KESIHATAN menyatakan mengapa tempat letak kereta di Poliklinik Luyang tidak ditambah, permukaan jalan pecah tidak dibaiki dan struktur bangunan berkenaan berkeretakan besar tidak dibaiki.

21. PR-1252-L49522 Datuk Aaron Ago Anak Dagang [ Kanowit ] minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan sama ada Kementerian ada statistik dan membuat kajian ke atas kes kemalangan jalan raya yang meningkat setiap tahun. Apakah punca sebenar kemalangan jalan raya ini yang membawa banyak kerugian kepada kita akibat kehilangan nyawa, harta benda dan tenaga kerja negara kita.

22. PR-1252-L50303

Tuan Mohd. Nasir bin Zakaria [ Padang Terap ] minta MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI menyatakan langkah Kerajaan bagi memastikan harga ikan yang sampai kepada pembeli adalah murah dan apakah tindakan Kerajaan untuk memperbaiki National Fishermen’s Association of Malaysia (NEKMAT) yang dilihat tidak berfungsi seperti sepatutnya.

23. PR-1252-L49416

Puan Tan Ah Eng [ Gelang Patah ] minta MENTERI PENERANGAN, KOMUNIKASI DAN KEBUDAYAAN menyatakan:-

(a) jumlah Pegawai atau Kakitangan Bukan Bumiputera yang

berkhidmat di Jabatan Penerangan; dan (b) kaedah-kaedah untuk menggalakkan Rakyat Bukan

Bumiputera supaya menceburi dalam bidang penerangan.

24. PR-1252-L49548 Tuan William Leong Jee Keen [ Selayang ] minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan terma-terma dan sebab-sebab Sistem Penguatkuasa Automatik dianugerahkan kepada Beta Tegap Sdn Bhd dan ATES Sdn Bhd dan mengapa tanggungjawab penguatkuasaan pelanggaran lalu lintas dan memandu melebihi had laju tidak diberikan kepada pihak polis.

25. PR-1252-L49316 Datuk Mohd Nasir bin Ibrahim Fikri [ Kuala Nerus ] minta PERDANA MENTERI menyatakan apakah Kerajaan bercadang mengadakan perundingan awal dengan pihak berkuasa Arab Saudi bagi memastikan pemergian jemaah haji Malaysia ke Mekah tidak terjejas akibat isu demonstrasi Bersih baru-baru ini.

26. PR-1252-L50462

Dato' Seri Abdul Hadi bin Awang [ Marang ] minta MENTERI KERJA RAYA menyatakan apakah perkembangan terkini pembinaan Lebuhraya Pantai Timur Fasa Kedua, dan apakah tindakan Kerajaan terhadap kontraktor-kontraktor yang gagal menyiapkan pakej masing-masing sehingga penyiapan projek tersebut tertunda.

AUM DR 28/6/2012 5

27. PR-1252-L49981 Datuk Seri Panglima Abdul Ghapur Bin Haji Salleh [ Kalabakan ] minta MENTERI KESIHATAN menyatakan bolehkah Kementerian menyatakan berapa banyakkah Klinik 1Malaysia yang dirancang untuk negeri Sabah dan berapa yang sudah dibina dan beroperasi sepenuhnya.

28. PR-1252-L50003 Tuan Nga Kor Ming [ Taiping ] minta MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI menyatakan apakah langkah dan rancangan segera Kementerian untuk mengatasi masalah eksport sarang burung walit ke luar negara dan jangkaan pulangan kepada negara.

29. PR-1252-L49242 Tuan Teng Boon Soon [ Tebrau ] minta MENTERI KESIHATAN menyatakan bilangan pesakit jiwa di kalangan rakyat Malaysia termasuk 'Depression' dan 'Bipolar' bagi 3 tahun yang lalu. Apakah tindakan Kementerian untuk membantu rakyat mencegah penyakit ini dan membantu pesakit menghadapi kos rawatan yang tinggi dan berpanjangan.

30. PR-1252-L50767 Tuan Liew Chin Tong [ Bukit Bendera ] minta PERDANA MENTERI menyatakan pendirian Kerajaan terhadap pemansuhan hukuman mati, adakah Kerajaan bersetuju untuk melaksanakan moratorium sementara.

31. PR-1252-L50644

Dato' Ismail bin Kasim [ Arau ] minta MENTERI TENAGA, TEKNOLOGI HIJAU DAN AIR menyatakan apakah pihak Kementerian mengambil kira kemampuan isu bekalan air yang mencukupi di kawasan Lembah Klang, Putrajaya dan Selangor memandangkan pembangunan yang pesat di kawasan-kawasan tersebut.

32. PR-1252-L50914

Datuk Haji Yusoff bin Haji Mahal [ Labuan ] minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan status terkini perkhidmatan feri oleh operator baru bagi laluan Labuan-Menumbok-Labuan yang sehingga kini masih belum beroperasi sepenuhnya.

33. PR-1252-L50613 Datuk Md. Sirat bin Abu [ Bukit Katil ] minta PERDANA MENTERI menyatakan melalui konsep dan semangat 1Malaysia yang diterapkan dalam sektor perkhidmatan awam dan swasta, apakah usaha yang dilakukan untuk melonggarkan konsep representasi kaum dalam setiap perkhidmatan tersebut.

34. PR-1252-L50498 Dr. Mujahid bin Haji Yusof Rawa [ Parit Buntar ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan kos perbelanjaan PDRM untuk berhadapan dengan himpunan Bersih 3.0.

6 AUM DR 28/6/2012

35. PR-1252-L49792

Tuan Karpal Singh [ Bukit Gelugor ] minta MENTERI PELANCONGAN menyatakan bilangan bukan warganegara Malaysia yang telah memperolehi 'Malaysia, My Second Home', status dalam sepuluh tahun yang lalu dan negara asal mereka.

36. PR-1252-L49274

Tuan Sim Tong Him [ Kota Melaka ] minta PERDANA MENTERI menyatakan saraan dan keistimewaan untuk Ahli Parlimen:- (a) nyatakan tahun terakhir saraan dan keistimewaan Ahli

Parlimen dapat dikaji semula; dan (b) adakah saraan dan keistimewaan Ahli Parlimen pada masa

kini cukup menampung tugas dan perkhidmatan seorang Ahli Parlimen.

37. PR-1252-L49347

Dato' Abdul Manan bin Ismail [ Paya Besar ] minta MENTERI PENGAJIAN TINGGI menyatakan berapakah jumlah mahasiswa yang terlibat dalam demonstrasi di negara kita dan apakah tindakan yang dikenakan terhadap mahasiswa universiti yang terlibat secara langsung dalam demo PTPTN dan Bersih 3.0.

38. PR-1252-L49318 Datuk Mohd Nasir bin Ibrahim Fikri [ Kuala Nerus ] minta PERDANA MENTERI menyatakan bagaimana proses pengeluaran sesuatu fatwa oleh Majlis Fatwa dikeluarkan dan apakah tindakan Kerajaan terhadap mana-mana pihak yang mempertikaikan sesuatu fatwa yang dikeluarkan dan menghasut umat Islam lain agar turut mempertikaikannya.

39. PR-1252-L50719

Tuan Chong Chieng Jen [ Bandar Kuching ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan jumlah pendapatan Kerajaan Persekutuan daripada pengeluaran minyak dan gas dari Sarawak sejak tahun 1971. Apakah angka pecahan pendapatan tersebut untuk setiap tahun.

40. PR-1252-L49251

Dato' Seri Zahrain Mohamed Hashim [ Bayan Baru ] minta MENTERI PELAJARAN menyatakan sama ada Kementerian akan mengkaji semula dasar pendidikan negara dimana pelajar-pelajar diberi opsyen memilih sistem pelajaran dalam aliran Inggeris (di sekolah-sekolah mubaligh) dan Bahasa Malaysia (di sekolah-sekolah kebangsaan).

41. PR-1252-L49571

Tuan Wong Ho Leng [ Sibu ] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR menyatakan jumlah peruntukan untuk projek tebatan banjir di bandar-bandar Kuching, Sibu, Bintulu dan Miri sejak tahun 2008, dan peratusan penyiapan projek-projek tebatan banjir.

AUM DR 28/6/2012 7

42. PR-1252-L50425 Tuan Charles Anthony a/l R.Santiago [ Klang ] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR menyatakan peruntukan secara am di negeri Selangor Darul Ehsan pada tahun 2009, 2010, 2011, 2012 dan khususnya untuk rancangan mitigasi banjir di Selangor dan khususnya di daerah Klang.

43. PR-1252-L50697 Tuan Haji Ab Aziz bin Ab Kadir [ Ketereh ] minta PERDANA MENTERI menyatakan adakah Kerajaan akan menerima pemerhati luar negara sewaktu Pilihan Raya Umum ke-13 ini memandangkan Malaysia telahpun menghantar pasukan pemerhati ke Myanmar pada April lalu bagi memantau proses mengundi di negara itu bagi memastikan pilihan raya yang adil dan bebas.

44. PR-1252-L49848 Tuan Tan Kok Wai [ Cheras ] minta PERDANA MENTERI menyatakan alasan dan sebab mengapa orang awam, persatuan penduduk, dan Wakil Rakyat tidak dipelawa untuk memberikan pandangan mengenai pembinaan Lebuh Raya Sungai Besi Ulu Kelang (SUKE). Apakah DPBRKL2020 masih sah dan diwartakan memandangkan terdapat bantahan daripada rakyat mengenai pembinaan SUKE.

45. PR-1252-L50705 Tuan Haji Ab Aziz bin Ab Kadir [ Ketereh ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan kapasiti dan jumlah semasa penghuni penjara seluruh negara. Adakah Kerajaan bersetuju bahawa pemulihan banduan yang dijalankan telah gagal. Nyatakan nisbah perbandingan warden dan banduan di setiap penjara.

46. PR-1252-L50107

Dato' Seri Anwar bin Ibrahim [ Permatang Pauh ] minta PERDANA MENTERI menyatakan penjelasan mengenai anak syarikat Tabung Haji (TH) yang melabur dalam Silver Bird Group Berhad yang diklasifikasikan sebagai syarikat Private Note 17 (PN17) iaitu syarikat bermasalah yang mesti mengemukakan pelan pemulihannya kepada Bursa Malaysia.

47. PR-1252-L49813 Dato' Ngeh Koo Ham [ Beruas ] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR menyatakan apakah langkah-langkah yang diambil oleh Kerajaan untuk memastikan projek bijih besi oleh Syarikat Vale International di Teluk Rubiah, Perak tidak akan mencemarkan kawasan persekitarannya.

48. PR-1252-L50200 Puan Chong Eng [ Bukit Mertajam ] minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan program-program untuk membantu kanak-kanak daripada keluarga pincang dan miskin supaya mereka juga mempunyai peluang yang sama dalam pendidikan dan penjagaan.

49. PR-1252-L50737 Puan Teo Nie Ching [ Serdang ] minta MENTERI TENAGA, TEKNOLOGI HIJAU DAN AIR menyatakan kadar “non revenue water” dalam sistem pembekalan air bersih mengikut negeri, kos kerugian kehilangan air terawat dan langkah-langkah untuk mengatasi masalah ini.

8 AUM DR 28/6/2012

50. PR-1252-L50148

Dato' Dr. Mohamad Shahrum bin Osman [ Lipis ] minta MENTERI PERDAGANGAN DALAM NEGERI, KOPERASI DAN KEPENGGUNAAN menyatakan jumlah pekedai runcit yang menyertai Program Transformasi Kedai Runcit (TUKAR) di Pahang mengikut kawasan Parlimen.

51. PR-1252-L50849

Tuan Kamalanathan a/l Panchanathan [ Hulu Selangor ] minta PERDANA MENTERI menyatakan:- (a) jumlah pelaburan yang dianggarkan oleh 1Malaysia

Development Berhad (1MDB) yang boleh disalurkan ke dalam ekonomi negara dalam tahun akan datang serta apakah impaknya kepada rakyat biasa; dan

(b) langkah-langkah yang telah dan akan diambil oleh 1MDB

untuk menyediakan peluang pekerjaan kepada belia-belia khasnya graduan-graduan tempatan.

52. PR-1252-L50245

Dr. Siti Mariah Binti Mahmud [ Kota Raja ] minta PERDANA MENTERI menyatakan berapakah jumlah kehilangan pendapatan kepada FELDA selepas 360,000 hektar tanah ladang milik FELDA dipajakkan kepada FGVH. Apakah strategi FELDA untuk meningkatkan pendapatan dan menggantikan hasil keuntungan yang hilang akibat daripada pemajakan tanah milik FELDA kepada FGVH.

53. PR-1252-L50829

Dr. Mohd Hatta bin Md Ramli [ Kuala Krai ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan apakah Kerajaan telah membuat taklimat undang-undang berkaitan Akta Perhimpunan Aman 2011 kepada seluruh anggota PDRM memandangkan ianya baru diwarta untuk dikuatkuasakan pada 23 April 2012. Jika ada taklimat undang-undang itu dibuat, boleh nyatakan berapa kali taklimat itu dibuat, berapakah jumlah peserta taklimat dan siapakah yang memberikan taklimat itu kepada anggota PDRM.

54. PR-1252-L49649 Datuk Raime Bin Unggi [ Tenom ] minta MENTERI PENERANGAN, KOMUNIKASI DAN KEBUDAYAAN menyatakan mengapa kenaikan gaji sebanyak 13 peratus (Gred 54 ke bawah) kepada kakitangan Kerajaan tidak dapat dinikmati oleh kakitangan skim komersil yang bekerja di BERNAMA dan BERNAMA TV, selaku sebuah badan berkanun Kerajaan.

55. PR-1252-L49510 Tuan Kulasegaran a/l Murugeson [ Ipoh Barat ] minta MENTERI PENGAJIAN TINGGI menyatakan bilangan pelajar yang mendaftar di Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) mengikut kaum. Beri pecahan dari tahun 2004 hingga tahun 2012.

AUM DR 28/6/2012 9

56. PR-1252-L50421 Tuan Haji Nasharudin bin Mat Isa [ Bachok ] minta MENTERI PELAJARAN menyatakan berapa peratuskah pelajar di Sekolah Menengah yang masih belum boleh membaca dan apakah usaha yang telah diambil bagi mengatasinya.

57. PR-1252-L50272 Dato' Sri Azalina binti Dato' Othman Said [ Pengerang ] minta PERDANA MENTERI menyatakan statistik bilangan kes-kes muflis yang melibatkan kad kredit serta pecahan mengikut umur, jantina, bangsa dan bidang perniagaan yang diceburi serta apakah terdapat sebarang pelan perancangan bagi membendung isu ini.

58. PR-1252-L50860

Tuan Kamalanathan a/l Panchanathan [ Hulu Selangor ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan:- (a) jumlah rakyat Malaysia yang berketurunan India yang masih

belum menerima sijil beranak, kad pengenalan dan sijil kewarganegaraan sehingga kini; dan

(b) daripada jumlah tersebut berapa ramai daripada mereka

telah menerima dokumen-dokumen melalui kempen 'MyDaftar' & 'My Document'.

59. PR-1252-L50537

Dato' Haji Mahfuz bin Omar [ Pokok Sena ] minta MENTERI WILAYAH PERSEKUTUAN DAN KESEJAHTERAAN BANDAR menyatakan jumlah kerugian sebenar oleh peniaga-peniaga di sekitar Kuala Lumpur di hari perhimpunan BERSIH pada 28 April 2012 dan nyatakan satu persatu nama dan alamat lengkap premis-premis perniagaan serta jenis perniagaan yang diusaha yang mengalami kerugian pada hari tersebut.

60. PR-1252-L50754 Tuan Liew Chin Tong [ Bukit Bendera ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan adakah antara anggota-anggota polis yang tidak memakai badge nombor/nama semasa operasi pada perhimpunan aman BERSIH 3.0 pada 28 April 2012 dan adakah ini tidak mematuhi undang-undang dan Perintah Tetap Ketua Polis Negara (IGSO).

61. PR-1252-L49905 Tuan Manogaran a/l Marimuthu [ Telok Intan ] minta MENTERI BELIA DAN SUKAN menyatakan:- (a) didapati badan-badan sukan di negara kita kebanyakannya

mempunyai masalah politik dalaman serta pengurusan yang serius. Ini akan menjejaskan prestasi dan semangat para atlit sukan tersebut. Apakah cadangan Kementerian untuk menangani masalah ini; dan

10 AUM DR 28/6/2012

(b) apakah sistem pemantauan yang digunakan oleh pihak

Kementerian bagi menjamin agar badan-badan sukan ini tidak terlibat dalam politik dalaman pengurusan dan tidak menyalahgunakan dana atau pun peruntukan yang diperoleh dari pihak Kementerian.

62. PR-1252-L50308

Tuan Mohd. Nasir bin Zakaria [ Padang Terap ] minta MENTERI PELAJARAN menyatakan bilangan guru sekolah menengah dan rendah seluruh Padang Terap serta bilangan kekosongan mengikut opsyen.

63. PR-1252-L50996 Dato' Johari bin Abdul [ Sungai Petani ] minta PERDANA MENTERI menyatakan:- (a) adakah Kerajaan akan terus menubuhkan satu Suruhanjaya

Khas untuk mengkaji semula perkhidmatan awam seperti yang diumumkan baru-baru ini, jika benar apakah matlamat akhir penubuhan suruhanjaya ini; dan

(b) berapakah jumlah pegawai Kerajaan Gred JUSA ke atas yang diberi sambungan perkhidmatan selepas persaraan wajib mereka.

64. PR-1252-L50342

Tuan Lim Lip Eng [ Segambut ] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR menyatakan statistik banjir di Kuala Lumpur pada tahun 2011 sehingga Jun tahun 2012 dan langkah penyelesaian yang dicadangkan.

65. PR-1252-L49452 Tuan Mohsin Fadzli bin Haji Samsuri [ Bagan Serai ] minta MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI menyatakan sejauh manakah kejayaan Koridor Persisiran Pantai yang menjadikan aktiviti Perikanan Laut Dalam sebagai salah satu tumpuan dalam Rancangan Pembangunan Koridor Utara (NCER):- (a) berapa banyak lesen yang telah diluluskan; dan (b) jumlah hasil tangkapan sejak dilancarkan hingga kini.

66. PR-1252-L50464 Dato' Seri Abdul Hadi bin Awang [ Marang ] minta PERDANA MENTERI menyatakan adakah benar Majlis Fatwa Kebangsaan telah mengeluarkan fatwa tentang Perhimpunan Bersih 3.0 baru-baru ini, jika benar minta Menteri berkenaan mengemukakan perinciannya.

67. PR-1252-L50760 Datuk Hajah Norah binti Abd Rahman [ Tanjong Manis ] minta MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI menyatakan sama ada Kementerian dapat menyediakan bajet dan program ekonomi untuk nelayan-nelayan di Pulau Bruit.

AUM DR 28/6/2012 11

68. PR-1252-L50238 Dato' Haji Ismail Bin Haji Mohamed Said [ Kuala Krau ] minta MENTERI SUMBER MANUSIA menyatakan impak positif yang diterima oleh 400,000 orang pekerja swasta yang bergaji di bawah RM700 dengan pengumuman gaji minimum sektor swasta dan apakah kesan secara langsung dan tidak langsung kepada peningkatan kos operasi di pihak majikan.

69. PR-1252-L49641 Dato' Mohd Jidin bin Shafee [ Setiu ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan pendirian mengenai laporan pihak tertentu melalui kemudahan media-media yang menyiarkan artikel dan gambar-gambar yang melampau untuk menyalahkan pihak Polis DiRaja Malaysia (PDRM) sehingga ia mencetuskan rasa benci masyarakat terhadap pasukan keselamatan negara ini dan sejauh manakah pihak Kerajaan membendung perkara ini.

70. PR-1252-L49694 Tuan Haji Mohd Nor bin Othman [ Hulu Terengganu ] minta MENTERI PENGAJIAN TINGGI menyatakan sejauh manakah bidang kemahiran insaniah atau soft skills diwajibkan kepada pelajar Institusi Pengajian Tinggi (IPT) dan nyatakan bidang kemahiran insaniah berkenaan serta sejauh manakah kemahiran insaniah ini membantu graduan untuk mendapatkan pekerjaan.

71. PR-1252-L49480 Dato' Lilah bin Yasin [ Jempol ] minta MENTERI PELAJARAN menyatakan:- (a) berapakah bilangan sekolah dan jumlah murid di Sekolah

Jenis Kebangsaan Cina, Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil dan Sekolah kebangsaan pada tahun 2011; dan

(b) berapakah kos yang dibelanjakan Kementerian untuk

membantu sekolah-sekolah tersebut sepanjang 2011.

72. PR-1252-L49881 Dr. Lee Boon Chye [ Gopeng ] minta MENTERI LUAR NEGERI menyatakan perbelanjaan untuk program “An Evening with the Prime Minister” di O2 Arena, London pada 14 Mei 2012.

73. PR-1252-L49928 Tuan John a/l Fernandez [ Seremban ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan berkenaan dengan Skim Amanah Rakyat (Sara 1Malaysia), setakat 30 April 2012:- (a) berapa banyakkah permohonan yang diterima bagi skim

tersebut; dan (b) berapa banyakkah permohonan yang diluluskan mengikut

pecahan kaum dan jumlah permohonan yang ditolak berserta alasan penolakan.

12 AUM DR 28/6/2012

74. PR-1252-L50798

Tuan Mohd Nizar bin Zakaria [ Parit ] minta MENTERI PELAJARAN menyatakan sejauh manakah penguatkuasaan terhadap larangan penjualan makanan ringan yang masih berleluasa di kantin sekolah dan di luar pagar sekolah yang menyumbang kepada masalah kesihatan dan penyakit lain di kalangan pelajar.

75. PR-1252-L49835 Puan Siti Zailah binti Mohd. Yusoff [ Rantau Panjang ] minta MENTERI PERDAGANGAN DALAM NEGERI, KOPERASI DAN KEPENGUNAAN menyatakan apakah Kementerian bercadang menghapuskan semua sistem monopoli dalam negara.

76. PR-1252-L49709 Tuan Mohamed Azmin bin Ali [ Gombak ] minta PERDANA MENTERI menyatakan tarikh sebenar SPR akan mengeluarkan Senarai Daftar Pemilih Terkini yang telah diwartakan untuk pemilih di kalangan angkatan tentera dan polis. Berikan pecahan bagi mereka yang meminta untuk mengundi secara pos.

77. PR-1252-L50143 Tuan Hee Loy Sian [ Petaling Jaya Selatan ] minta MENTERI LUAR NEGERI menyatakan:- (a) berapakah jumlah perbelanjaan untuk program "An Evening

With our Prime Minister" yang dijalankan di O2 Arena Stadium London pada 14 Mei 2012; dan

(b) apakah rasional YAB. Perdana Menteri untuk mengadakan

program ini memandangkan beliau tidak menjawab laungan dan persoalan "BERSIH" yang ditimbulkan para hadirin.

78. PR-1252-L50569

Dato' Seri Tiong King Sing [ Bintulu ] minta MENTERI BELIA DAN SUKAN menyatakan:- (a) apakah sebab sukan bola keranjang tidak disenaraikan

sebagai salah satu acara sukan wajib dalam Sukan Malaysia (SUKMA) dan sebab acara sukan bola keranjang tidak disenaraikan dalam SUKMA 2012 yang akan diadakan di negeri Pahang walhal sukan mewah seperti golf dan ekuestrian yang dipilih; dan

(b) apakah usaha-usaha yang dijalankan oleh Kementerian

dalam membangunkan sukan bola keranjang dan nyatakan peruntukan yang diluluskan oleh Kementerian kepada Persatuan Bola Keranjang Malaysia (MABA) sejak tahun 2000.

AUM DR 28/6/2012 13

79. PR-1252-L49414 Puan Tan Ah Eng [ Gelang Patah ] minta MENTERI TENAGA, TEKNOLOGI HIJAU DAN AIR menyatakan adakah Kementerian mempunyai rancangan untuk menubuhkan suruhanjaya bagi menyelesaikan kes tuduhan pengusikan meter TNB.

80. PR-1252-L50366 Datuk Nur Jazlan Bin Mohamed [ Pulai ] minta MENTERI PENERANGAN, KOMUNIKASI DAN KEBUDAYAAN menyatakan perkembangan pembinaan projek High Speed Broadband yang dilaksanakan oleh Kementerian dan jumlah peruntukan yang telah dibelanja untuk tujuan tersebut.

81. PR-1252-L49428

Tuan Haji Ahmad bin Kasim [ Kuala Kedah ] minta MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI menyatakan status Majuikan Sdn. Bhd. kini yang dilanda kontroversi mengenai beban hutang yang semakin meningkat, serta pelbagai projek yang merugikan. Apakah langkah-langkah yang diambil oleh pihak Kementerian bagi menyelesaikan masalah ini.

82. PR-1252-L49776

Datuk Haji Matulidi bin Haji Jusoh [ Dungun ] minta MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI menyatakan jumlah peruntukan untuk Penyelidikan dan Pembangunan (R&D) kepada institusi pengajian tinggi yang berkaitan dan Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) semenjak diperkenalkan sehingga sekarang dan apakah sumbangan kepada pengeluaran negara.

83. PR-1252-L50440 Dr. Che Rosli bin Che Mat [ Hulu Langat ] minta MENTERI KESIHATAN menyatakan keperluan imunisasi yang patut diberi kepada kanak-kanak mengikut peringkat umur dalam usaha membantu mengatasi serangan penyakit baru yang dihadapi oleh rakyat Malaysia.

84. PR-1252-L49753 Tuan Khairy Jamaluddin [ Rembau ] minta PERDANA MENTERI menyatakan apakah status pelaksanaan segala syor yang telah dibuat oleh Jawatankuasa Pilihan Khas Berhubung Dengan Penambahbaikan Proses Pilihan Raya.

85. PR-1252-L49330 Tuan Abdullah Sani bin Abdul Hamid [ Kuala Langat ] minta MENTERI SUMBER MANUSIA menyatakan bila gaji minimum akan diwartakan dan setelah tempoh enam bulan jika tidak dapat dilaksanakan oleh majikan, maka siapa yang akan mengesahkan penangguhan tersebut.

86. PR-1252-L49511 Tuan Kulasegaran a/l Murugeson [ Ipoh Barat ] minta MENTERI PENGAJIAN TINGGI menyatakan:- (a) bilangan pelajar yang belajar di Universiti Teknologi Mara

(UiTM) mengikut kaum bagi tahun 2010, 2011 dan 2012; dan

14 AUM DR 28/6/2012

(b) apakah jurusan-jurusan yang ditawarkan di UiTM.

87. PR-1252-L50055 Datuk Halimah binti Mohd Sadique [ Tenggara ] minta MENTERI PENGAJIAN TINGGI menyatakan langkah-langkah Kementerian bagi membangunkan kawasan seluas 500 ekar yang telah diluluskan Kerajaan Negeri Johor bagi mewujudkan Institusi Pengajian Tinggi (IPT).

88. PR-1252-L50894 Tuan Gobalakrishnan a/l Nagapan [ Padang Serai ] minta MENTERI PELAJARAN menyatakan kadar purata guru kepada murid di sekolah kebangsaan dan sekolah jenis kebangsaan. Apakah perancangan pihak Kementerian dalam memastikan jumlah guru sentiasa mencukupi di setiap sekolah pada setiap masa.

89. PR-1252-L50151 Tuan Hee Loy Sian [ Petaling Jaya Selatan ] minta PERDANA MENTERI menyatakan:- (a) adakah Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bercadang untuk

menukar warna rasminya iaitu warna kuning pada Pilihan Raya Umum ke-13; dan

(b) apakah warna rasmi SPR yang akan digunakan pada Pilihan

Raya Umum ke-13. 90. PR-1252-L50004

Tuan Nga Kor Ming [ Taiping ] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR menyatakan apakah tindakan Kementerian untuk menyelesaikan kelewatan mengeluarkan hakmilik strata kepada pemilik rumah pangsa dan bangunan bertingkat yang semakin hari semakin bertambah bilangannya di tanah air kita.

91. PR-1252-L50623 Dato' Noraini binti Ahmad [ Parit Sulong ] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR menyatakan:- (a) apakah peruntukan undang-undang yang boleh diguna pakai

bagi mengurangi perbuatan yang boleh menyebabkan proses kecetekan sesebuah sungai; dan

(b) apakah Kementerian bercadang untuk menjadikan tahap

kedalaman sesuatu sungai sebagai elemen pemantauan tetap bagi tujuan pengawalan banjir.

92. PR-1252-L50074

Tuan Gobind Singh Deo [ Puchong ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan apakah tindakan yang telah diambil berkaitan dengan Laporan Global Financial Index bertarikh Disember 2011 bahawa negara Malaysia telah pun mencapai tahap di no. 5 dalam rangkaian negara-negara di mana wang telah pun keluar ke negara secara haram di mana wang yang keluar adalah sebanyak RM350 bilion dan sekiranya tiada tindakan, kenapa.

AUM DR 28/6/2012 15

ATURAN URUSAN MESYUARAT DAN USUL-USUL

1. (D.R. 29/2012)

Rang Undang-undang Pengangkutan Jalan (Pindaan) 2012 - Menyambung semula Perbahasan atas masalah “Bahawa Rang Undang-undang ini dibacakan kali yang kedua sekarang.” (27 Jun, 2012) [ Menteri Pengangkutan ]

2. (D.R. 28/2012) Rang Undang-undang Francais (Pindaan) 2012 [ Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan ]

Bacaan Kali Yang Kedua

3. (D.R. 30/2012) Rang Undang-undang Perubatan Tradisional dan Komplementari 2012 [ Menteri Kesihatan ]

4. Menteri Kewangan akan mencadangkan :

“Bahawa Dewan ini, mengikut peruntukan subperenggan 8(3)(a)(iv) Akta Tatacara Kewangan 1957 [Akta 61], mengambil ketetapan bersetuju supaya Kerajaan melalui Menteri Kewangan (pemerbadanan) membuat pelaburan dengan memperoleh sejumlah 300,000,000 unit saham biasa Academic Medical Centre Sdn Bhd pada nilai RM0.50 bagi satu unit saham”. (Menteri Kewangan)

5. PR-1252-U49220

Datuk Dr. Marcus Mojigoh [ Putatan ] akan mencadangkan:- "Bahawa Dewan ini mengambil maklum bahawa pelbagai program tajaan kerajaan seperti program 1Azam, telah banyak memberikan manfaat kepada rakyat, khususnya mereka yang berpendapatan rendah dan disenaraikan dalam senarai e-kasih. Program eredikasi kemiskinan ini telah melangkau jauh dalam meningkatkan ekonomi masyarakat terutama sekali masyarakat luar bandar".Dan mengambil maklum bahawa senarai e-kasih yang ada pada ketika ini hanya mendaftarkan kebanyakkannya, ketua isi rumah tetapi tidak mendaftarkan isi rumah, misalnya anak-anak mereka. Dan mengambil maklum bahawa, satu daripada syarat utama untuk memohon untuk mengikuti program 1Azam, pemohon hendaklah dari kalangan mereka yang telah didaftarkan dalam senarai e-kasih. Dan mengambil maklum juga bahawa faktor-faktor ini telah menghadkan peluang-peluang bagi isi rumah senarai e-kasih, bagi mengikuti program eredikasi kemiskinan tajaan Kerajaan seperti program 1Azam.

16 AUM DR 28/6/2012

Maka dengan ini Dewan hendaklah mengambil ketetapan untuk meminta Kerajaan agar dapat memberikan kelonggaran syarat kemasukan bagi program erediksi kemiskinan tajaan Kerajaan, misalnya program 1Azam, agar kumpulan sasar ini dapat mengikuti program tersebut dan sekali gus merealisasikan hasrat Kerajaan menjadikan negara sifar kemiskinan menjelang tahun 2020. "

(Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat)

6. PR-1252-U49224 Datuk Dr. Marcus Mojigoh [ Putatan ] akan mencadangkan:- "Bahawa Dewan ini mengambil maklum bahawa daripada 10 kawasan pemuliharaan utama (Priority Conservation Area-PCA) yang terdapat dalam kawasan Rantau-ECO Marin (Marine Ecoregion) di Lautan Sulu dan Lautan Suluwesi, 3 kawasan yang dimaksudkan terletak di negeri Sabah yang dilabelkan sebagai kawasan merah, yakni kawasan yang terkaya dengan kepelbagaian hidupan marin"Dan mengambil maklum bahawa, antara lain kepelbagaian hidupan marin ini adalah merangkumi 3500 spesis ikan, terumbu karang, 7 spesis penyu, dolphine dan paus. Dan mengambil maklum bahawa Taman Marin Tun Mustapha di Banggi Kudat, Trusan Kinabatangan, di Sandakan dan Darvel Bay di Tawau merupakan nadi utama hidupan dan ekosistem marin di negara ini. Dan mengambil maklum bahawa, aktiviti perikanan dan ekonomi telah secara perlahan mengancam kepelbagaian ekomarin ini dan memerlukan usaha konkrit untuk pemuliharaan dan penjagaan. Maka Dengan ini Dewan hendaklah mengambil ketetapan untuk meminta Kerajaan, untuk menjadikan ketiga-tiga kawasan ini sebagai kawasan pemuliharaan bagi melindungi sistem eko dan bio marin kawasan ini." (Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar)

7. PR-1252-U50665

Dr. Tan Seng Giaw [ Kepong ] akan mencadangkan:- "Bahawa Dewan ini memperbincangkan langkah-langkah dan peruntukan tahunan yang diperlu untuk memastikan keselamatan negara. Bahawa Dewan juga memperbahaskan cara-cara yang diperlukan untuk menentukan langkah-langkah tersebut tidak boleh disalahgunakan." (Menteri Dalam Negeri)

8. PR-1252-U50666 Dr. Tan Seng Giaw [ Kepong ] akan mencadangkan:- "Bahawa Dewan ini mendiskusikan keadaan dadah di Malaysia termasuk matlamat untuk mencapai tahap bebas dadah pada 2015. Bahawa Dewan juga mendebatkan kaedah yang berkesan untuk membanteraskan wabak dadah di negara ini." (Menteri Dalam Negeri)

AUM DR 28/6/2012 17

9. PR-1252-U49764 Datuk Eric Enchin Majimbun [ Sepanggar ] akan mencadangkan:- "Bahawa Dewan yang mulia ini membincangkan dan menetapkan dengan seriusnya mengenai ketetapan rakyat khasnya di Sabah agar ditubuhkan satu Suruhanjaya Siasatan Diraja berkaitan dengan pengeluaran dokumen kerakyatan Malaysia kepada rakyat-rakyat asing yang bermastautin di Sabah secara berleluasa sehingga telah mengakibatkan pertambahan penduduk yang begitu tinggi dengan kadar mencecah 390% dalam masa 40 tahun (1970-2010) demi kedaulatan Negara" (Perdana Menteri)

10. PR-1252-U49765

Datuk Eric Enchin Majimbun [ Sepanggar ] akan mencadangkan:- "Bahawa Dewan yang mulia ini membincang dan menetapkan supaya harga runcit barangan keperluan harian dapat diseragamkan agar semua rakyat mendapat manfaat konsep 1Malaysia tanpa ada perbezaan baik di Wilayah Persekutuan mahupun di negeri-negeri. Sayugia, dengan keadaan yang ada pada masa kini, jelas tidak mencerminkan keseragaman taraf hidup yang sama rata dengan slogan rakyat didahulukan dan pencapaian bersama diutamakan." (Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan)

11. PR-1252-U49766

Datuk Eric Enchin Majimbun [ Sepanggar ] akan mencadangkan:- "Bahawa Dewan yang mulia ini membincang dengan seriusnya supaya kelulusan senantiasa diutamakan dalam semua bidang pelaksanaan serta pendapatan khasnya kepada pemimpin atasan memandangkan terlalu rendah kepada rakyat biasa dan golongan sederhana. Perbezaan ruang yang jauh ketara dalam kedudukan pemimpin dengan pendapatan tinggi dapat dilihat jurang perbezaannya maka hal ini haruslah diguna sebagai kayu ukuran taraf kehidupan seseorang." (Perdana Menteri)

12. PR-1252-U49895 Tuan Fong Kui Lun [ Bukit Bintang ] akan mencadangkan:- "Bahawa Pilihanraya Kerajaan Tempatan hendaklah dipulihkan semula bagi melengkapi sistem demokrasi di Malaysia dan mengembalikan hak rakyat untuk memilih perwakilan sendiri dalam Kerajaan Tempatan". (Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan)

18 AUM DR 28/6/2012

13. PR-1252-U49523

Tuan Kulasegaran a/l Murugeson [ Ipoh Barat ] akan mencadangkan:- "Bahawa Dewan ini mengambil maklum bahawa gaji minima untuk setiap pekerja patut dan tidak boleh kurang dari RM1,100 setiap bulan dan Kementerian Sumber Manusia perlu implemantiskannya dengan kadar segera." (Menteri Sumber Manusia)

14. PR-1252-U49458

Tuan Mohsin Fadzli bin Haji Samsuri [ Bagan Serai ] akan mencadangkan:- "Bahawa Dewan ini mengaji semula kadar bayaran insuran ke atas kenderaan motorsikal yang sedia ada bagi meringankan beban hidup masyarakat terutamanya di luar bandar kerana motorsikal merupakah sesuatu kemudahan yang diperlukan."

(Menteri Kewangan)

15. PR-1252-U49459

Tuan Mohsin Fadzli bin Haji Samsuri [ Bagan Serai ] akan mencadangkan:- "Bahawa Dewan ini minta mengkaji semula dasar Pasar Larut Malam dan lain aktiviti dalam usaha mengekalkan keperluan tubuh manusia yang memerlukan waktu malam untuk beristirehat dan siang hari bekerja." (Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan)

16. PR-1252-U49460

Tuan Mohsin Fadzli bin Haji Samsuri [ Bagan Serai ] akan mencadangkan:- "Bahawa Dewan ini minta mengadakan satu mekanisme untuk menghalang warga bukan negara dari menikmati subsidi ke atas barangan seperti beras, gula, minyak masak dan bahan api."

(Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan)

17. PR-1252-U49461 Tuan Mohsin Fadzli bin Haji Samsuri [ Bagan Serai ] akan mencadangkan:- "Bahawa Dewan ini meminta pihak pengendali Touch & Go mengadakan lorong tambahnilai di laluan Plaza Tol bagi kemudahkan pengguna tanpa ke pejabat atau agen Stesyen Minyak. Melalui agen dikenakan caj 50 sen bagi setiap top-up manakala di pejabat pula menyusahkan pengguna."

(Menteri Kerja Raya)

AUM DR 28/6/2012 19

18. PR-1252-U49972 Tuan John a/l Fernandez [ Seremban ] akan mencadangkan:-

"Bahawa Dewan ini dapat membahaskan adakah kandungan dan kualiti alat solek/kosmetik serta pil-pil pelangsingan badan yang pelbagai jenama dari dalam dan luar negara yang dijual di pasaran kini diluluskan oleh pihak berkuasa". (Menteri Kesihatan)

19. PR-1252-U49973

Tuan John a/l Fernandez [ Seremban ] akan mencadangkan:- "Bahawa Dewan ini membahaskan sejauh manakah berkesannya kempen hari Sabtu Tanpa Beg Plastik di pasaraya-pasaraya terhadap pengurangan penggunaan beg plastik dan kesedaran orang ramai untuk mengurangkan penggunaan beg plastik yang mengakibatkan ancaman terhadap alam sekitar". (Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan)

20. PR-1252-U49974 Tuan John a/l Fernandez [ Seremban ] akan mencadangkan:- "Bahawa Dewan ini meminta Kerajaan untuk memberi lebih banyak peluang kepada rakyat Malaysia tanpa mengira agama dan kaum untuk menjawat jawatan di dalam sektor awam untuk mengurangkan jurang ketidakseimbangan."

(Perdana Menteri)

21. PR-1252-U49976

Tuan John a/l Fernandez [ Seremban ] akan mencadangkan:- "Bahawa Dewan ini mengambil keputusan untuk mengadakan satu mata pelajaran tambahan di sekolah yang mengajar mengenai agama, adat istiadat, budaya serta cara hidup semua kaum di negara ini yang terdiri daripada pelbagai kaum supaya dapat memupuk rasa saling hormat menghormati antara kaum dan isu-isu perkauman dapat dihindari." (Menteri Pelajaran)

22. PR-1252-U49978

Tuan John a/l Fernandez [ Seremban ] akan mencadangkan:- "Bahawa Dewan ini dapat meminta Kerajaan untuk menyediakan perkhidmatan Wifi di seluruh negara dengan harga yang rendah atau berpatutan supaya semua rakyat Malaysia dari semua lapisan masyarakat dapat menggunakan internet dan menambahkan pengetahuan mereka." (Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan)

20 AUM DR 28/6/2012

23. PR-1252-U49979

Tuan John a/l Fernandez [ Seremban ] akan mencadangkan:- "Bahawa Dewan ini meminta Kerajaan mendesak pengusaha-pengusaha stesen minyak untuk menyediakan lebih banyak perkhidmatan menbekalkan gas bagi menggalakkan lebih ramai orang menggunakan gas bagi kenderaan mereka yang mana ini dapat mengurangkan pencemaran udara dan menjimatkan." (Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan)

24. PR-1252-U49982

Tuan John a/l Fernandez [ Seremban ] akan mencadangkan:- "Bahawa Dewan ini dapat mencadangkan bahawa kesemua rakyat yang mempunyai kad OKU (Orang Kurang Upaya) boleh mendapatkan bantuan kewangan dari Jabatan Kebajikan Masyarakat secara automatik dan limit minima bantuan kewangan dapat ditambah kepada RM 500 sebulan memandangkan kosa sara hidup yang semakin hari semakin meningkat."

(Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat)

25. PR-1252-U49987

Tuan John a/l Fernandez [ Seremban ] akan mencadangkan:- "Bahawa Dewan ini dapat meminta Kerajaan untuk menubuhkan kursus atau kelas khas bagi ahli-ahli sukan di negara ini untuk mendidik mereka berintegriti, mempunyai nilai budaya yang tinggi, mempunyai semangat patriotik, kesukanan dan tanggungjawab untuk membasmi isu rasuah sukan." (Menteri Belia dan Sukan)

26. PR-1252-U49989

Tuan John a/l Fernandez [ Seremban ] akan mencadangkan:- "Bahawa Dewan ini membahaskan cara-cara untuk meningkatkan kesedaran rakyat terhadap isu perubahan iklim dan pemanasan global dan cara-cara untuk mengatasinya serta kesannya terhadap alam sekitar dan kehidupan." (Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar)

27. PR-1252-U49993

Tuan John a/l Fernandez [ Seremban ] akan mencadangkan:- "Bahawa Dewan ini mencadangkan supaya Kerajaan membuat keputusan untuk mengurangkan kehadiran pekerja asing di negara ini memandangkan gaji minima sekarang adalah RM 900 dan warga Malaysia sanggup bekerja dengan gaji minima tersebut. Kehadiran pekerja asing kini tidak terkawal menyebabkan peluang pekerjaan warga tempatan tergugat dan masalah sosial dan jenayah oleh pekerja asing meningkat." (Menteri Sumber Manusia)

AUM DR 28/6/2012 21

28. PR-1252-U50790 Tuan Liew Chin Tong [ Bukit Bendera ] akan mencadangkan:- "Bahawa Dewan ini menyokong cadangan menetapkan sebarang pembelian aset atau sistem pertahanan yang melebihi 100 juta oleh MINDEF, mesti dibawa ke Parlimen dibahas dan diaudit oleh Jabatan Audit Negara sebagai syarat untuk meneruskan pembelian ini. Ini juga bertujuan untuk mempertingkatkan integriti dan keberkesanan pembelian sistem pertahanan. Ini adalah diakibatkan oleh pembelian Jet Sukhoi dan Kapal Selam Scorpene telah menimbulkan banyak persepsi negatif terhadap negara." (Menteri Pertahanan)

29. PR-1252-U49264

Dato' Seri Zahrain Mohamed Hashim [ Bayan Baru ] akan mencadangkan:- "Bahawa Dewan ini mengambil maklum dan melarang anasir/golongan yang mengamalkan ajaran sesat, budaya, amalan serta tabiat songsang daripada menjadi ahli Dewan Rakyat:

1. Sebagai negara Islam yang mengamalkan nilai-nilai murni sudah tiba

masanya Perlembagaan negara kita diperkukuhkan lagi demi masa depan anak-anak kita.

2. Ancaman budaya songsang adalah benar dan nyata. Jika dilihat di

beberapa negara Barat, golongan yang mengamalkan budaya songsang telah menerap masuk ke dalam sistem pentadbiran negara dan mencorak dasar Kerajaan.

3. Mungkin sudah ada masyarakat Barat yang sanggup dipimpin oleh

golongan gay atau lesbian tetapi apakah kita di Malaysia sanggup. 4. Saya mencadangkan agar ahli Dewan Rakyat memandang serius

ancaman budaya songsang ini dan membuat ketetapan serta apa-apa pindaan undang-undang yang perlu untuk melarang anak-anak kita daripada dilanda musibah di masa hadapan.

5. Saya tidak ingin merujuk pada mana-mana individu, yang hidup

ataupun yang belum mati, tetapi kita tidak boleh membiarkan Dewan Rakyat yang mulia dicemarkan golongan yang songsang.

6. Saya pasti bukan saja Islam, malah semua agama yang diiktiraf di

dunia ini melarang amalan-amalan songsang yang diterma sebagai - LGBT .

7. LGBT adalah ancaman kepada masyarakat Malaysia yang beragama

dan berpegang kepada nilai-nilai murni yang diwarisi turun-temurun. 8. Saya pasti tidak ada satu pun bangsa di dalam negara kita ini yang

ingin dipimpin oleh golongan songsang ini.

22 AUM DR 28/6/2012

9. Adalah menjadi tanggungjawab setiap anggota Dewan Rakyat, yang

dipilih rakyat untuk menjaga kepentingan masyarakat serta keselamatan negara ini, menyokong usul untuk memperkukuhkan teras kita sebagai sebuah negara yang bertamadun. "

(Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat)

30. PR-1252-U50169

Tuan Gwo-Burne Loh [ Kelana Jaya ] akan mencadangkan:- "Bahawa Dewan ini mengambil maklum bahawa kerajaan Malaysia sebagai anggota Majlis Hak Asasi Manusia Bangsa-Bangsa Bersatu dalam menguatkuasa Resolusi 62/149 Bangsa-Bangsa Bersatu mengenai Moratorium terhadap Hukuman Mati yang telah dikuatkuasakan oleh Perhimpunan Agung Bangsa Bangsa Bersatu pada 18 Disember 2007 dimana Negara-negara yang masih mengamal hukuman mati diminta untuk menghentikan penggunaan hukuman mati dan mengurangkan jumlah hukuman-hukuman yang membawa hukuman mati secara berperingkat dan melaksanakan moratorium terhadap kesemua hukuman hukuman mati dengan hasrat untuk menghapuskan hukuman ini sama sekali. Maka dengan ini Dewan hendaklah mengambil ketetapan untuk meminta Kerajaan melalui Kementerian Luar untuk membantu mematuhi Moratorium tersebut dan meminda undang-undang yang bercanggah dengan Morotarium tersebut." (Menteri Luar Negeri)

31. PR-1252-U50171

Tuan Gwo-Burne Loh [ Kelana Jaya ] akan mencadangkan:- "Bahawa Dewan ini menubuhkan sebuah Suruhanjaya Diraja Siasatan Kes Kematian Tujuh Warga Pekerja Asing pada hujung Mei 2009 akibat kerja perobohan Jaya Supermarket, Petaling Jaya. Daripada siasatan yang dijalankan, kerja perobohan tersebut tidak mendapat kelulusan Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (DOSH)." (Menteri Sumber Manusia)

32. PR-1252-U50172 Tuan Gwo-Burne Loh [ Kelana Jaya ] akan mencadangkan:- "Bahawa Dewan ini mendesak Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (SIAP) menjalankan siasatan ke atas kematian Adik Aminulrasyid yang ditembak mati oleh anggota polis. Dewan juga mendesak mengenai pelantikan panel khas di dalam siasatan kes ini. Polis didakwa menyalah gunakan senjata api sehingga menyebabkan Aminulrasyid terbunuh oleh polis. Daripada siasatan dan perbicaraan yang dijalankan, banyak pihak tidak berpuas hati dengan perjalanannya dan diharap agar Suruhanjaya ini mampu untuk menjawab pelbagai spekulasi." (Perdana Menteri)

AUM DR 28/6/2012 23

RISALAT-RISALAT YANG DIBAWA KE DALAM MESYUARAT (DEWAN RAKYAT)

TAHUN

2012 RISALAT/DOKUMEN TARIKH

DIBENTANGKAN

ST.42 Peraturan-Peraturan Pilihan Raya (Pendaftaran Pemilih) (Pindaan) (No.2) 2012

28 Jun 2012

ST.43 Peraturan-Peraturan Pilihan Raya (Perjalanan Pilihan Raya) (Pindaan)(No.3) 2012

28 Jun 2012

24 AUM DR 28/6/2012

UCAPAN-UCAPAN PENANGGUHAN

Tarikh Ucapan

Ahli Yang Berucap Tajuk Ucapan Menteri Yang Bertanggungjawab

1. 2.

28.6.2012 (Khamis) 28.6.2012 (Khamis)

1. 2.

YB Puan Teo Nie Ching (Serdang) YB Puan Teresa Kok Suh Sim (Seputeh)

1. 2.

Pemasangan dan Penyelenggaraan Lampu Jalan Isu-isu Berkenaan Dengan Lawatan PM ke Eropah dan Amerika Syarikat

1. 2.

YB Menteri Kerja Raya YAB Perdana Menteri