malaysia dewan rakyat aturan urusan mesyuarat … · aum dr 16/5/2016 6 31. pr-1342-l75016 tuan...

28
MALAYSIA DEWAN RAKYAT ATURAN URUSAN MESYUARAT NASKHAH SAHIH/BAHASA MALAYSIA http://www.parlimen.gov.my HARI ISNIN, 16 MEI 2016, PUKUL 10.00 PAGI Bil. 21 PERTANYAAN-PERTANYAAN BAGI JAWAB LISAN 1. PR-1342-L73645 Tan Sri Datuk Seri Panglima Annuar bin Musa [ Ketereh ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan kedudukan prestasi ekonomi negara berdasarkan lanskap ekonomi dunia ketika ini setelah ringgit mula kukuh dan telah mencapai tahap tertinggi pada 14 April 2016 iaitu RM3.8650 berbanding dolar Amerika atau peningkatan sebanyak 11 peratus sejak akhir 2015. 2. PR-1342-L75185 Dato' Seri Dr. Wan Azizah binti Wan Ismail [ Permatang Pauh ] minta MENTERI PERUSAHAAN PERLADANGAN DAN KOMODITI menyatakan apakah usaha dan bantuan dalam membantu para pekebun kecil dan penoreh getah khususnya di Kedah yang dilanda kemiskinan akibat harga getah yang turun mendadak sehingga nilainya hanya sekitar RM2.24 per kilogram setakat pada 21 April 2016. 3. PR-1342-L73858 Dato' Haji Irmohizam bin Haji Ibrahim [ Kuala Selangor ] minta MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI menyatakan :- (a) apakah perkembangan terkini peruntukan Program Agropreneur Muda yang telah dibentangkan pada Bajet 2016; dan (b) sejauh manakah perkembangan terkini program MYBERAS dan apakah maklum balas yang diterima daripada masyarakat.

Upload: lebao

Post on 10-Mar-2019

242 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

MALAYSIA

DEWAN RAKYAT

ATURAN URUSAN MESYUARAT

NASKHAH SAHIH/BAHASA MALAYSIA

http://www.parlimen.gov.my

HARI ISNIN, 16 MEI 2016, PUKUL 10.00 PAGI

Bil. 21

PERTANYAAN-PERTANYAAN BAGI JAWAB LISAN

1. PR-1342-L73645 Tan Sri Datuk Seri Panglima Annuar bin Musa [ Ketereh ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan kedudukan prestasi ekonomi negara berdasarkan lanskap ekonomi dunia ketika ini setelah ringgit mula kukuh dan telah mencapai tahap tertinggi pada 14 April 2016 iaitu RM3.8650 berbanding dolar Amerika atau peningkatan sebanyak 11 peratus sejak akhir 2015.

2. PR-1342-L75185

Dato' Seri Dr. Wan Azizah binti Wan Ismail [ Permatang Pauh ] minta MENTERI PERUSAHAAN PERLADANGAN DAN KOMODITI menyatakan apakah usaha dan bantuan dalam membantu para pekebun kecil dan penoreh getah khususnya di Kedah yang dilanda kemiskinan akibat harga getah yang turun mendadak sehingga nilainya hanya sekitar RM2.24 per kilogram setakat pada 21 April 2016.

3. PR-1342-L73858

Dato' Haji Irmohizam bin Haji Ibrahim [ Kuala Selangor ] minta MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI menyatakan :-

(a) apakah perkembangan terkini peruntukan Program Agropreneur

Muda yang telah dibentangkan pada Bajet 2016; dan

(b) sejauh manakah perkembangan terkini program MYBERAS dan apakah maklum balas yang diterima daripada masyarakat.

AUM DR 16/5/2016 2

4. PR-1342-L74407 Puan Teresa Kok Suh Sim [ Seputeh ] minta MENTERI KESIHATAN menyatakan tiga jenis penyakit kanser yang dijangka paling banyak dihidap oleh rakyat Malaysia pada 10 tahun yang akan datang. Apakah yang akan dilakukan oleh Kementerian untuk mengawal penyakit kanser jenis ini.

5. PR-1342-L74280 Dato' Ahmad Fauzi bin Zahari [ Setiawangsa ] minta MENTERI PENDIDIKAN TINGGI menyatakan apakah langkah yang dilakukan oleh pihak Kementerian bagi mengelakkan pelajar Malaysia di luar negara khususnya di Timur Tengah daripada terpengaruh dengan dakyah yang dibawa oleh gerakan pengganas seperti IS.

6. PR-1342-L74736 Tuan Nik Mohamad Abduh bin Nik Abdul Aziz [ Pasir Mas ] minta PERDANA MENTERI menyatakan tugas dan bidang kuasa Majlis Halal Malaysia (MHM) yang ditubuhkan bagi menggantikan Jawatankuasa Khas Kabinet Pengurusan dan Pembangunan Industri Halal Malaysia.

7. PR-1342-L73850 Dato' Ir. Haji Nawawi bin Ahmad [ Langkawi ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan apakah Kerajaan bercadang untuk mengenakan denda dalam bentuk khidmat masyarakat kepada pesalah-pesalah trafik terutamanya golongan remaja.

8. PR-1342-L75090 Dr. Mohd Hatta bin Md. Ramli [ Kuala Krai ] minta MENTERI SUMBER MANUSIA menyatakan sesuai dengan penyeragaman beberapa akta berkaitan TPPA:-

(a) adakah Safety & Health Officer, Site Safety Supervisor, AGT,

Scaffolder dan lain-lain terbuka kepada warga negara asing; dan (b) jika ya, apakah langkah Kementerian untuk menjamin kebajikan

pekerja keselamatan dan kesihatan tempatan.

9. PR-1342-L74493 Ir. Shaharuddin bin Ismail [ Kangar ] minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan apakah langkah Kerajaan dalam menjadikan Malaysia sebagai lokasi penerbangan paling kompetitif berbanding Singapura dan adakah terdapat kemungkinan Malaysia Airlines Bhd., AirAsia dan Malindo Air akan mengurangkan kekerapan penerbangan domestik.

3 AUM DR 16/5/2016

10. PR-1342-L75416 Laksamana Pertama Mohamad Imran bin Abd Hamid (B) [ Lumut ] minta MENTERI KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA menyatakan apakah langkah diambil oleh Kementerian untuk menyekat kecelaruan Bahasa Melayu oleh Pengacara di tv swasta yang dilihat benar-benar mencemarkan Bahasa Melayu/Bahasa Malaysia.

11. PR-1342-L74004 Dato' Abd. Aziz bin Haji Sheikh Fadzir [ Kulim Bandar Baharu ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan adakah Kerajaan bercadang untuk memperhalusi proses dan prosedur yang sedia ada mengenai tuntutan KWSP bagi waris mangsa yang telah meninggal dunia serta langkah Kerajaan untuk menambah baik sistem sedia ada kerana didapati pelbagai respon yang negatif timbul mengenai isu ini sejak belakangan ini.

12. PR-1342-L74570 Dato' Dr. Tan Kee Kwong [ Wangsa Maju ] minta MENTERI BELIA DAN SUKAN menyatakan sejauh mana kajian yang telah dibuat oleh Kementerian berkaitan kemerosotan mutu pasukan bola sepak kebangsaan dan apakah tindakan yang diambil berikutan prestasi Malaysia yang dikeluarkan oleh FIFA terkini berada di kedudukan yang ke 174.

13. PR-1342-L74647 Datuk Ikmal Hisham bin Abdul Aziz [ Tanah Merah ] minta PERDANA MENTERI menyatakan berapa ramai pelajar di luar negara yang terpaksa menamatkan pengajian mereka berikutan masalah kewangan dan apakah langkah yang dilakukan bagi membantu mereka.

14. PR-1342-L74337 Tuan Fong Kui Lun [ Bukit Bintang ] minta PERDANA MENTERI menyatakan tindakan yang diambil Kerajaan berhubung kedudukan permohonan permit operasi kereta teksi UBER dan GRABCAR di Lembah Klang yang kini mendapat protes jalanan yang dilancarkan oleh pemandu-pemandu teksi biasa bagi mendesak Kerajaan atau SPAD bagi mengambil tindakan dan apakah cadangan Kerajaan untuk menyelesaikan pertikaain ini.

15. PR-1342-L73690 Dato' Abdul Manan bin Ismail [ Paya Besar ] minta PERDANA MENTERI menyatakan kedudukan kewangan Tabung Haji dan setakat mana keyakinan pendeposit dalam urus-tadbir Tabung Haji kini.

16. PR-1342-L75168 Tuan Charles Anthony Santiago [ Klang ] minta PERDANA MENTERI menyatakan penemuan kajian laporan “Universal Periodic Review” Malaysia di Geneva pada tahun 2013, di mana delegasi Kerajaan Malaysia mengatakan bahawa isu pelaksanaan hukuman mati sedang dikaji. Apakah langkah-langkah yang akan diambil berikutan kajian tersebut.

AUM DR 16/5/2016 4

17. PR-1342-L74453 Datuk Haji Shabudin bin Yahaya [ Tasek Gelugor ] minta PERDANA MENTERI menyatakan statistik jumlah pasangan yang bercerai disebabkan poligami.

18. PR-1342-L74929 Tuan V. Sivakumar [ Batu Gajah ] minta MENTERI KESIHATAN menyatakan jumlah dan kadar pertumbuhan kes-kes diabetes di negara kita. Adakah benar negara kita mendahului negara-negara ASEAN dalam penyakit ini. Jika ya, apakah kaedah yang dirancang untuk menangani masalah ini.

19. PR-1342-L74254 Datuk Liang Teck Meng [ Simpang Renggam ] minta PERDANA MENTERI menyatakan status terkini persempadanan semula kawasan pilihan raya. Bilakah perkara tersebut akan dibincang dan dimuktamadkan.

20. PR-1342-L75446 Dr. Tan Seng Giaw [ Kepong ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan bilangan GLC yang benar-benar mengikut garis panduan Putrajaya Committee.

[Pertanyaan dibawah PM.22(5) ]

21. PR-1342-L73898 Dr. Mansor bin Abd Rahman [ Sik ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan berkenaan organisasi yang bernama “International Organisation For Migration” (IOM) dan adakah ianya diiktiraf di Malaysia, sedangkan telah terdapat pejabat organisasi tersebut yang beroperasi di dalam negara.

22. PR-1342-L74451 Tuan N. Surendran [ Padang Serai ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan sama ada ke semua pertuduhan-pertuduhan menurut Akta Hasutan 1948 di bawah kategori kecenderungan menghasut yang telah pun dibatalkan di bawah Akta Hasutan (Pindaan) 2015, akan digugurkan.

23. PR-1342-L74007 Datuk Wira Haji Ahmad bin Hamzah [ Jasin ] minta PERDANA MENTERI menyatakan strategi Tabung Haji untuk mengekalkan pencapaian tahun 2016 di samping menjaga kepentingan 8.23 pendeposit di dalam melaksanakan perubahan strategi dengan mencari sumber pendapatan jangka panjang dan keputusan membuat pelaburan.

24. PR-1342-L75130 Tuan Haji Khalid bin Abdul Samad [ Shah Alam ] minta MENTERI KERJA RAYA menyatakan perancangan Kementerian bagi mengatasi masalah kesesakan lalu lintas dari Lebuh Raya Guthrie dan NKVE menuju ke Shah Alam dan Lebuh Raya Persekutuan.

5 AUM DR 16/5/2016

25. PR-1342-L74000 Tan Sri Datuk Seri Panglima Joseph Pairin Kitingan [ Keningau ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan sama ada Kementerian boleh mempertimbangkan cadangan untuk menubuhkan Pos Kawalan Keselamatan di KM. 111 Jalan Sisingan Sapulut, laluan utama dari Tawau ke Keningau.

26. PR-1342-L75119 Tuan Gobind Singh Deo [ Puchong ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan bilangan orang yang ditahan untuk kesalahan-kesalahan yang berkaitan dengan aktiviti-aktiviti (ISIS) atau DAESH sejak 2010 (dari tahun ke tahun), bilangan orang yang telah dituduh untuk kesalahan-kesalahan tersebut dan bilangan orang yang telah disabitkan untuk perkara yang sama.

27. PR-1342-L74488 Datuk Koh Nai Kwong [ Alor Gajah ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan apakah struktur latihan bersama atau "joint exercise" diadakan bersama pasukan-pasukan keselamatan negara-negara serantau bagi meningkatkan kesiapsiagaan dan kecekapan masing-masing dalam menghadapi ancaman Daesh dan bilakah latihan bersama ini bermula.

28. PR-1342-L75384 Tuan Oscar Ling Chai Yew [ Sibu ] minta MENTERI LUAR NEGERI menyatakan :-

(a) tafsiran perundangan khususnya mengenai status kepulauan

Spratly di bawah Fasal f, Perkara 2, Perjanjian Perdamaian Dengan Jepun 1951 dan Perkara 2, Perjanjian Perdamaian Antara Republik China dan Jepun 1952; dan

(b) Status Terra nullius kepulauan Spratly di bawah perjanjian-

perjanjian tersebut.

29. PR-1342-L73800 Datuk Sapawi bin Ahmad Wasali [ Sipitang ] minta MENTERI KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH menyatakan jumlah Tadika/Taska Kemas di seluruh negara serta bilangan tenaga pengajarnya, dan sejauh mana peranannya membantu usaha membangunkan kesejahteraan rakyat di kawasan luar bandar.

30. PR-1342-L73822 Tuan Ramkarpal Singh a/l Karpal Singh [ Bukit Gelugor ] minta PERDANA MENTERI menyatakan jumlah terkini banduan akhir yang menunggu hukuman mati sama ada Kerajaan bercadang untuk melaksanakan 'moratorium' terhadap hukuman-hukuman tersebut memandangkan cadangan Kerajaan untuk menghapuskan hukuman mati mandatori.

AUM DR 16/5/2016 6

31. PR-1342-L75016 Tuan Loke Siew Fook [ Seremban ] minta MENTERI PELANCONGAN DAN KEBUDAYAAN menyatakan apakah kesan positif kedatangan pelancong asing khususnya dari pasaran Negara China susulan dari langkah untuk mengecualikan visa kepada pelancong China.

32. PR-1342-L75320 Dato' Sri Hasan bin Malek [ Kuala Pilah ] minta MENTERI BELIA DAN SUKAN menyatakan apakah langkah-langkah yang diambil untuk menangani masalah kekurangan dana yang sedang dihadapi oleh persatuan-persatuan belia di seluruh negara memandangkan langkah berjimat cermat kerajaan. Kita sedia maklum bahawa persatuan-persatuan yang melibatkan ramai badan gabungan yang bernaung di bawah mereka harus membantu badan-badan gabungan mereka ini untuk meneruskan survival persatuan.

33. PR-1342-L74481

Datuk Koh Nai Kwong [ Alor Gajah ] minta PERDANA MENTERI menyatakan apakah hasil laporan audit bagi semua pengangkutan awam darat yang telah disarankan oleh Perdana Menteri.

34. PR-1342-L74691

Tuan Abdullah Sani bin Abdul Hamid [ Kuala Langat ] minta MENTERI SUMBER MANUSIA menyatakan langkah-langkah mengawal selia syarikat-syarikat mengadakan “Lay-off” terhadap pekerja-pekerja ketika syarikat mengalami ketidaktentuan terhadap keuntungan syarikat.

35. PR-1342-L75268

Tuan Er Teck Hwa [ Bakri ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan adakah terdapat garis panduan dimana setiap Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) perlu membayar balik 10% keuntungan selepas cukai kepada Kerajaan Persekutuan. Jika ya, berapakah keuntungan selepas cukai Jcorp dan pulangan kepada Kerajaan Persekutuan yang telah diberikan oleh Jcorp dari 2006-2016.

36. PR-1342-L73904

Dr. Che Rosli bin Che Mat [ Hulu Langat ] minta MENTERI SAINS, TEKNOLOGI DAN INOVASI menyatakan program-program memasyarakatkan Sains, Teknologi dan Inovasi di peringkat sekolah, Institusi Pengajian Tinggi dan Komuniti yang telah dilaksanakan.

37. PR-1342-L74735

Puan Hajah Zuraida binti Kamaruddin [ Ampang ] minta MENTERI PERUSAHAAN PERLADANGAN DAN KOMODITI menyatakan kemungkinan untuk melaksanakan harga lantai untuk getah, supaya tidak terlalu rendah, demi melindungi para penoreh getah.

7 AUM DR 16/5/2016

38. PR-1342-L74731 Tuan Nik Mohamad Abduh bin Nik Abdul Aziz [ Pasir Mas ] minta MENTERI PENDIDIKAN TINGGI menyatakan bentuk-bentuk keringanan yang diberikan kepada peminjam-peminjam PTPTN dalam membuat pembayaran balik.

39. PR-1342-L74558

Tuan Zairil Khir Johari [ Bukit Bendera ] minta PERDANA MENTERI menyatakan sama ada Kerajaan akan mengambil langkah-langkah untuk menangani masalah trak tunda pemangsa (predatory tow trucks), khususnya yang mengambil kesempatan ke atas mangsa kemalangan.

40. PR-1342-L74435

Puan Siti Zailah binti Mohd Yusoff [ Rantau Panjang ] minta MENTERI KESIHATAN menyatakan untuk menaikkan taraf kemudahan dan kelengkapan di hospital Kerajaan dan jumlah tenaga pakar yang sedang berkhidmat diseluruh hospital di Kelantan.

41. PR-1342-L75127 Tuan Gobind Singh Deo [ Puchong ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan langkah-langkah yang telah diambil berkenaan Laporan Polis No: Sungai Buloh/001622/16 pada 19 Februari 2016, Laporan Polis No: Ayer Lanas/000292/16 pada 19 Februari 2016, Laporan Polis No: Ayer Lanas/00294/16 pada 19 Februari 2016 dan kenapa tiada tindakan yang diambil sehingga kini.

42. PR-1342-L75377 Dato' Seri Mohamed Azmin bin Ali [ Gombak ] minta MENTERI LUAR NEGERI menyatakan apakah terdapat pencerobohan kedaulatan Malaysia oleh China seperti yang terjadi kepada Indonesia di Laut China Selatan dan apakah pendirian Kerajaan vis-a-vis China berhubung situasi kedaulatan negara di Laut China Selatan.

43. PR-1342-L75284 Tuan Tony Pua Kiam Wee [ Petaling Jaya Utara ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan apa sebabnya penyata kewangan akaun-akaun bank 1MDB dan anak-anak syarikatnya di luar negeri tidak diserahkan kepada Ketua Audit Negara walaupun dokumen-dokumen tersebut telah diminta sejak bulan Mei 2015. Kenapa 1MDB enggan meminta bank-banknya untuk memberikan salinan.

44. PR-1342-L74322

Dr. Ong Kian Ming [ Serdang ] minta PERDANA MENTERI menyatakan objektif penubuhan Institut BFR, peranan PEMANDU dalam institut ini dan berapa banyak wang Kerajaan telah diperuntukkan kepada BFR untuk menganjurkan Forum Transformasi Global (GTF) pada Oktober 2015.

AUM DR 16/5/2016 8

45. PR-1342-L75107 Puan Hajah Fuziah binti Salleh [ Kuantan ] minta PERDANA MENTERI menyatakan piawaian/garis panduan untuk dipatuhi oleh sesuatu perkhidmatan pengangkutan supaya mematuhi Syariah atau disahkan Halal seperti Rayani Air.

46. PR-1342-L73739 Datuk Dr. Ewon Ebin [ Ranau ] minta MENTERI KESEJAHTERAAN BANDAR, PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN menyatakan :-

(a) pelan tindakan pihak Kementerian untuk membina lebih banyak lagi

rumah kos rendah dan sederhana di negeri Sabah; dan (b) berapa jumlah sasaran bagi rumah kos rendah dan sederhana

yang akan dibina dinegeri Sabah menjelang tahun 2020. 47. PR-1342-L74219

Tuan Haji Ahmad Nazlan bin Idris [ Jerantut ] minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan langkah-langkah yang diambil oleh Kementerian Pendidikan dalam memastikan bilangan Warden Asrama memenuhi keperluan menguruskan asrama bagi melahirkan pelajar asrama yang cemerlang.

48. PR-1342-L74914

Tuan Gooi Hsiao-Leung [ Alor Setar ] minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan apakah kemajuan yang telah dicapai berkenaan dengan keputusan kabinet bertarikh 6 November 2015 untuk terus berunding bagi pengiktirafan kertas Unified Examination Certificate (UEC) oleh Kerajaan.

49. PR-1342-L74670

Tuan Teo Kok Seong [ Rasah ] minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan mengapakah pengiktirafan sijil UEC dikatakan melibatkan kepentingan dan kedaulatan negara seperti yang dikatakan oleh Timbalan Menteri Pendidikan pada 29 Mac 2016 di Dewan Rakyat.

50. PR-1342-L74973

Dato' Seri Abdul Hadi bin Awang [ Marang ] minta PERDANA MENTERI menyatakan sejauh mana Kerajaan bersedia melaksanakan cadangan yang dikemukakan oleh Jawatankuasa Konsultatif Nasional Mengenai Pembiayaan Politik (JKNMPP) dan apakah tindakan Kerajaan terhadap cadangan penambahbaikan proses pilihan raya yang dikemukakan oleh Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen Berhubung Penambahbaikan Proses Pilihan Raya (PSC).

51. PR-1342-L73696

Dato' Haji Mohd Fasiah bin Haji Mohd Fakeh [ Sabak Bernam ] minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan jumlah hasil inovasi dari segi bahan, kaedah, strategi dan sebagainya untuk meningkatkan keberkesanan proses pembelajaran dan pengajaran yang telah dihasilkan melalui Anugerah Guru Inovatif dan nyatakan sejauh manakah inovasi guru-guru ini telah berjaya meningkatkan kefahaman dan meningkatkan pencapaian pelajar.

9 AUM DR 16/5/2016

52. PR-1342-L75436 Dato' Seri Tiong King Sing [ Bintulu ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan apakah punca sebenarnya yang dihadapi oleh Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) dalam kegagalan melaksanakan projek Rumah Mesra Rakyat di negeri Sarawak lebih-lebih lagi bagi bahagian Bintulu di mana pemohon sudah pun ditemu duga semenjak 2012 dan 2013 yang lalu.

53. PR-1342-L74305

Dato' Shamsul Anuar bin Haji Nasarah [ Lenggong ] minta MENTERI TENAGA, TEKNOLOGI HIJAU DAN AIR menyatakan :-

(a) apakah kesan fenomena cuaca panas terhadap ekonomi negara dan masyarakat ; dan

(b) adakah rizab air pada ketika ini mampu untuk menampung keperluan harian masyarakat jika fenomena ini berlanjutan untuk satu tempoh yang panjang.

54. PR-1342-L74627

Dato' Johari bin Abdul [ Sungai Petani ] minta MENTERI PENDIDIKAN TINGGI menyatakan :-

(a) apakah tindakan yang sedang dan akan diambil bagi membanteras penyalahgunaan baucer Buku 1Malaysia di kalangan mahasiswa agar tujuan dan hasrat program ini tercapai ; dan

(b) sejak program ini dilancarkan berapakah peruntukan yang telah dikeluarkan.

55. PR-1342-L74256

Datuk Liang Teck Meng [ Simpang Renggam ] minta PERDANA MENTERI menyatakan :-

(a) status terkini projek kereta api laju Malaysia-Singapura; dan (b) status terkini dan jangkamasa projek landasan berkembar elektrik

Gemas-Johor Bahru. 56. PR-1342-L74351

Tuan Haji Ahmad Lai bin Bujang [ Sibuti ] minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan apakah langkah Kermenterian untuk mengurangkan sekolah kurang murid dengan mewujudkan sekolah bersepadu berasrama di kawasan luar bandar Sarawak khususnya yang kini sudah boleh dihubungi melalui jalan darat bagi menawarkan pendidikan berkualiti kepada pelajar.

AUM DR 16/5/2016 10

57. PR-1342-L74563 Tuan Zairil Khir Johari [ Bukit Bendera ] minta MENTERI PENDIDIKAN TINGGI menyatakan sama ada Kementerian bercadang untuk merubah struktur pinjaman PTPTN daripada pinjaman jenis gadai janji (mortgage-type loans) yang menggunakan kadar tetap kepada skim pembayaran balik berasaskan pendapatan (income-repayment scheme) bagi meringankan beban peminjam.

58. PR-1342-L73848 Dato' Haji Irmohizam bin Haji Ibrahim [ Kuala Selangor ] minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan berapa lamakah proses kelulusan permohonan guru pulang berkhidmat di negeri masing-masing atau mengikut pasangan dan apakah indikator yang digunakan.

59. PR-1342-L75361

Tuan Khoo Soo Seang [ Tebrau ] minta MENTERI KESEJAHTERAAN BANDAR, PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN menyatakan sejauh manakah penguatkuasaan peraturan dan memantau unit-unit rumah di bawah Program Perumahan Rakyat (PPR) dilaksanakan daripada kegiatan menyewa kepada pihak ketiga.

60. PR-1342-L75079

Tuan Sim Tze Tzin [ Bayan Baru ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan apakah status terkini semua Lembaga Pengarah 1MDB yang akan meletakkan jawatan selepas Laporan PAC dibentang. Adakah Perdana Menteri juga akan mengambil tanggunjawab penuh dan meletakkan jawatan sebagai Pengerusi Lembaga Penasihat 1MDB.

61. PR-1342-L74607

Datuk Mohd Idris bin Jusi [ Batu Pahat ] minta PERDANA MENTERI menyatakan sejauh mana kursus kahwin yang diadakan oleh Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam ( YaPEIM) di Paris, Perancis telah berjaya dalam memerangi gejala bersekedudukan, lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT).

62. PR-1342-L73658

Datuk Jumat bin Idris [ Sepanggar ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan setelah isu 1MDB menunjukkan tidak ada sebarang salah laku oleh YAB. Perdana Menteri, apakah tindakan yang akan diambil kepada mereka yang melakukan fitnah termasuk kumpulan deklarasi pembangkang ini.

63. PR-1342-L75248

Tuan Lim Kit Siang [ Gelang Patah ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan jelaskan proses pemberian lesen penjualan senjata api kepada syarikat-syarikat di Malaysia dan menyenaraikan semua nama syarikat-syarikat ini.

11 AUM DR 16/5/2016

64. PR-1342-L74584 Tuan Hee Loy Sian [ Petaling Jaya Selatan ] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR menyatakan Prosedur Operasi Piawai (S.O.P) bagi rakyat menghadapi cuaca panas terik sekarang.

65. PR-1342-L75326

Dato' Haji Abdul Rahman bin Haji Mohamad [ Lipis ] minta MENTERI PENDIDIKAN TINGGI menyatakan apakah penemuan kajian-kajian yang dilaksanakan berkaitan dengan “cost of living” mahasiswa di Universiti Awam dan langkah-langkah menanganinya.

66. PR-1342-L73676

Datuk Dr. Ewon Ebin [ Ranau ] minta MENTERI KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH menyatakan :-

(a) berapa banyakkah rumah dikawasan Parlimen Ranau yang telah

dibekalkan dengan Bekalan Elektrik Luar Bandar (BELB) dan Bekalan Air Luar Bandar (BALB) ; dan; dan

(b) apakah pelan tindakan Kerajaan dalam menangani masalah

rumah-rumah yang belum lagi mendapat bekalan yang dimaksudkan diatas.

67. PR-1342-L74961

Puan Teo Nie Ching [ Kulai ] minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan jumlah kelas yang melebihi nisbah 26 murid satu kelas bagi sekolah rendah dan 27 murid satu kelas bagi sekolah menengah. Antara jumlah tersebut, berapanya adalah SK, SJCK, SJKT dan SMK dan SMJK.

68. PR-1342-L75104

Dr. Mohd Hatta bin Md. Ramli [ Kuala Krai ] minta PERDANA MENTERI menyatakan sama ada Kerajaan Malaysia akan memberi kerjasama sepenuhnya dalam siasatan oleh beberapa negara-negara luar terhadap skandal 1MDB.

69. PR-1342-L75323

Dato' Haji Abdul Rahman bin Haji Mohamad [ Lipis ] minta MENTERI TENAGA, TEKNOLOGI HIJAU DAN AIR menyatakan adakah pembinaan empangan penjanaan kuasa hidroelektrik di Cameron Highlands telah menjejaskan kapasiti dan kualiti air yang mengalir masuk ke Sungai Jelai, menyebabkan kawasan Parlimen Lipis ke Pekan seringkali mengalami masalah kekurangan air terutama sekali pada musim El-Nino ini.

70. PR-1342-L75001

Dato' Haji Mahfuz bin Omar [ Pokok Sena ] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR menyatakan berapa banyak tanah milik kerajaan Persekutuan telah dijual kepada pihak swasta atau pihak asing sejak tahun 2009,nyatakan tanah mana yang dijual bagi setiap bidang keluasan serta jumlah harga yang dijual dan siapakah pembeli.

AUM DR 16/5/2016 12

71. PR-1342-L74648 Tuan Lim Guan Eng [ Bagan ] minta PERDANA MENTERI menyatakan sama ada Pengerusi PAC dari Rompin boleh memadamkan kenyataan Bank Negara dalam Laporan PAC bahawa pihak berkuasa Malaysia memaklumkan Good Star Limited (GSL yang menerima USD700 juta daripada 1MDB) dimiliki oleh individu yang tidak ada hubungan kait dengan PetroSaudi Group. Adakah Low Tack Jho menguasai GSL.

72. PR-1342-L75222

Dr. Ko Chung Sen [ Kampar ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan :-

(a) sama ada International Petroleum Investment Corporation (IPIC) dan Aabar Invesment PJS meminta tiga pemindahan USD3.5 bilion ke Aabar Invesment PJS Limited (Aabar BVI); dan

(b) sama ada Perdana Menteri telah meluluskan pemindahan wang

dari 1MDB ke Aabar BVI dan sama ada Perdana Menteri akan meminta bantuan antarabangsa untuk membantu mengesan perancang di belakang penipuan oleh Aabar BVI.

73. PR-1342-L75044

Dato' Ngeh Koo Ham [ Beruas ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan sama ada Kerajaan bercadang untuk mengkaji semula RM80 bilion peruntukan untuk membina Mass Rail Transit (MRT) dan Light Rail Transit (LRT) di kawasan Lembah Klang hingga ia menjejaskan peruntukan penyelenggaraan jalan dan pembinaan jalan di lain-lain kawasan.

74. PR-1342-L75050

Puan Kasthuriraani a/p Patto [ Batu Kawan ] minta MENTERI KESIHATAN menyatakan senarai nama-nama hospital besar dan hospital daerah yang mempunyai Unit OSCC mengikut pecahan negeri serta bilangan kes dari Unit OSCC yang telah dirujuk kepada pihak polis.

75. PR-1342-L74945

Tuan Sim Tong Him [ Kota Melaka ] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR menyatakan :-

(a) senarai kesemua zoo yang terdapat di negara kita oleh pihak

Kerajaan dan pihak swasta dan berapa buah zoo Kerajaan telah diswastakan dan bagaimanakah dengan sambutan orang awam dan pelancong; dan

(b) bagaimanakah dengan pemantauan dan kawalan Kementerian terhadap zoo yang telah diswastakan.

13 AUM DR 16/5/2016

76. PR-1342-L73909 Tuan Anuar bin Abd. Manap [ Sekijang ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan sejauh manakah kewujudan Economic Research Institute for ASEAN and East Asia (ERIA) dapat membantu menangani krisis ekonomi serantau terutamanya selepas ERIA menandatangani perjanjian persefahaman (MoU) bersama Organisation for Economic Co-operation and Development (OECD) pada tahun 2014.

77. PR-1342-L74220

Tan Sri Dato' Seri Abd Khalid bin Ibrahim [ Bandar Tun Razak ] minta MENTERI KESIHATAN menyatakan statisitik antara 2010 hingga 2015 kes demam denggi, peruntukan yang berkenaan dan perincian perbelanjaan dibuat mengikut kawasan parlimen di Kuala Lumpur serta pelan tindakan Kementerian Kesihatan dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur demi membasmi wabak tersebut.

78. PR-1342-L75191

Tuan Wong Ling Biu [ Sarikei ] minta MENTERI PERUSAHAAN PERLADANGAN DAN KOMODITI menyatakan berapakah jangkaan pengurangan pengeluaran kelapa sawit di negara kita pada tahun ini dan tahun yang akan datang akibat daripada El Nino. Apakah langkah yang akan diambil oleh Kementerian bagi mengatasi masalah ini.

79. PR-1342-L74099

Tuan Wong Tien Fatt @ Wong Nyuk Foh [ Sandakan ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan hutang Kerajaan Persekutuan daripada EPF dan jelaskan tujuan serta syarikat yang dimanfaatkan daripada hutang dari EPF.

80. PR-1342-L74196

Datuk Raime bin Unggi [ Tenom ] minta MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI menyatakan rancangan Kerajaan dan keberkesanannya untuk mewujudkan majlis benih di peringkat rantau Asia Pasifik setakat ini.

81. PR-1342-L75356

Tuan Khoo Soo Seang [ Tebrau ] minta MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI menyatakan bagaimana Kerajaan memastikan program MyBeras akan memberi manfaat kepada kumpulan miskin tegar sahaja dan tidak akan disalahguna oleh pihak-pihak yang cuba mengaut keuntungan daripada program ini.

82. PR-1342-L75132

Tuan Nga Kor Ming [ Taiping ] minta PERDANA MENTERI menyatakan satu per satu jumlah kos lawatan ke luar negara yang dibelanjakan oleh YAB. Perdana Menteri dan YAB. Timbalan Perdana Menteri sepanjang tahun 2014, 2015 dan 2016.

AUM DR 16/5/2016 14

83. PR-1342-L73654 Tan Sri Datuk Seri Panglima Annuar bin Musa [ Ketereh ] minta PERDANA MENTERI menyatakan langkah proaktif yang diambil bagi memastikan pembangunan Indeks Syariah Malaysia mampu menjadikan negara lebih maju dan progresif berlandaskan syariat Islam.

84. PR-1342-L75275

Datuk Bung Moktar bin Radin [ Kinabatangan ] minta MENTERI KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH menyatakan :-

(a) bilakah jalan raya-jalan raya berikut dapat dinaik taraf iaitu

Kampung Keramuak, Kawasan Parlimen P.187 Kinabatangan, Kampung Desa Permai, Kawasan P.187 Kinabatangan; dan

(b) Kampung Kenang-Kenangan, Kawasan Parlimen P.187

Kinabatangan. 85. PR-1342-L74614

Datuk Mohd Idris bin Jusi [ Batu Pahat ] minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan persiapan guru-guru, bahan-bahan pengajaran dan pembelajaran, murid-murid dan ibu-bapa bagi memastikan Program Dwibahasa (DLP) tidak mengalami kegagalan seperti dialami oleh Program Pengajaran dan Pembelajaran Matematik dan Sains dalam Bahasa Inggeris (PPSMI).

86. PR-1342-L73693

Dato' Haji Mohd Fasiah bin Haji Mohd Fakeh [ Sabak Bernam ] minta PERDANA MENTERI menyatakan sejauh manakah Kerajaan akan melaksanakan penambahbaikan Skim Perkhidmatan Awam di bawah Sistem Saraan Malaysia (SSM) termasuk pengenalan gred baharu dan pemansuhan gred 17 dan 27 dan sejauh manakah ia akan memberi manafaat kepaada penjawat awam daripada segi kenaikan gaji, kenaikan pangkat dan lain-lain faedah bagi menghadapi kos sara hidup yang meningkat.

87. PR-1342-L74243

Dato' Takiyuddin bin Hassan [ Kota Bharu ] minta PERDANA MENTERI menyatakan adakah Kerajaan bercadang mengkaji kenaikan kadar yang menasabah bagi gaji anggota Polis DiRaja Malaysia (PDRM) dan juga kemudahan pejabat di Balai-balai Polis.

88. PR-1342-L74649

Tuan Lim Guan Eng [ Bagan ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan bila CEO 1MDB, Arul Kanda Kandasamy meletakkan jawatan dan adakah ia kerana penipuan dalam IPIC dan Aabar yang melibatkan USD3.5 bilion, sebab perletakan jawatan ditolak oleh Lembaga Pengarah 1MDB sedangkan kesemua ahli lembaga pengarah telahpun letak jawatan. Macam mana faedah USD50 juta dibayar bila IPIC enggan berbuat demikian.

15 AUM DR 16/5/2016

89. PR-1342-L73916 Dr. Che Rosli bin Che Mat [ Hulu Langat ] minta MENTERI PELANCONGAN DAN KEBUDAYAAN menyatakan adakah Kementerian masih berhasrat mempromosi tarian kebudayaan seperti Mak Inang, Zapin, Piring dan lain-lain dalam memperkenalkan budaya kita kepada pelancong dan anak-anak muda Malaysia melalui pementasan dan persembahan dalam TV1 dan TV2.

90. PR-1342-L74702

Tuan Idris bin Haji Ahmad [ Bukit Gantang ] minta PERDANA MENTERI menyatakan berapakah kos yang ditanggung oleh Kerajaan setiap tahun kepada mereka yang terpilih untuk mengerjakan fardu haji secara percuma, daripada manakah sumber kos itu diambil dan berapa ramaikah mereka yang telah berjaya menunaikan fardu haji percuma sehingga tahun 2015.

91. PR-1342-L75303

Tuan Manivanan a/l Gowindasamy [ Kapar ] minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan :-

(a) sama ada tindakan telah diambil berhubung kes seorang murid di

Klang, Selangor yang didakwa dipaksa menggunting lidahnya sendiri dalam kejadian buli yang berlaku di sekolah pada 24 Mac 2016. Senaraikan secara terperinci statistik kes buli di setiap negeri mengikut tahap pendididkan (Darjah 1,2,3,4,5,6 dan Tingkatan 1,2,3,4,5) untuk tahun 2010, 2011, 2012, 2013, 2014 dan 2015 untuk tempoh masa 1 Januari sehingga 31 Disember setiap tahun; dan

(b) senaraikan secara terperinci langkah-langkah yang telah diambil

oleh Kerajaan Persekutuan untuk membanteras gejala buli yang berleluasa di sekolah rendah dan menengah.

92. PR-1342-L74065

Dr. Ismail bin Daut [ Merbok ] minta MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI menyatakan perkembangan terkini kawasan Taman Kekal Pengeluaran Makanan ( TKPM ) serta pelan jangka masa pendek dan panjang Kementerian bagi memastikan kejayaan program ini.

93. PR-1342-L73727

Dato' Mansor bin Othman [ Nibong Tebal ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan secara rasional kenapa begitu ramai ahli-ahli politik pembangkang tidak dibenarkan memasuki Sarawak pada masa ini iaitu di musim pilihan raya negeri 2016.

94. PR-1342-L75073

Tuan Lim Lip Eng [ Segambut ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan langkah-langkah yang dilaksanakan untuk mengatasi cuaca panas dan kering yang melanda negara. Bolehkah diskaun bil elektrik dan pengecualian GST diberi kepada para pengguna.

AUM DR 16/5/2016 16

95. PR-1342-L75041 Dato' Ngeh Koo Ham [ Beruas ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan siapakah sebenarnya yang telah menerima USD3.5 bilion yang telah dibayar oleh 1MDB memandangkan International Petroleum Investment Company (IPIC) dan Aabar Investment PJS telah menyatakan Aabar BVI (telah digulung dan dibubarkan dalam bulan Jun 2015) yang telah menerima wang tersebut bukan kepunyaan mereka.

96. PR-1342-L74574

Dato' Dr. Tan Kee Kwong [ Wangsa Maju ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan jumlah penagih dadah mengikut pecahan negeri dan kaum bagi tahun 2006-2016 dan berapakah jumlah penagih yang telah berjaya pulih sepenuhnya.

97. PR-1342-L74598

Dato' Mohd Ariff Sabri bin Abdul Aziz [ Raub ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan :-

(a) adakah pihak polis telah, sedang atau akan menahan dan

menyiasat Encik Sharol Azral memandangkan PAC telah mengisytiharkan bahawa dia telah melakukan kesalahan-kesalahan sebagai CEO 1MDB; dan

(b) adakah Shahrol Azral masih bertugas dalam PEMANDU.

98. PR-1342-L73929

Dato' Hasbullah bin Osman [ Gerik ] minta MENTERI KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA menyatakan usaha-usaha yang dilakukan supaya siaran Radio AsyikFM dapat diterima terutama kawasan pedalaman Orang Asli seperti di Hulu Perak.

99. PR-1342-L75389

Datuk Seri Noh bin Haji Omar [ Tanjong Karang ] minta MENTERI KERJA RAYA menyatakan adakah Kerajaan melakukan kajian sosial-impak terhadap masyarakat setempat sebelum memutuskan pembinaan Lebuh Raya KIDEX.

100. PR-1342-L75209

Dato' Dr. Mujahid Yusof Rawa [ Parit Buntar ] minta PERDANA MENTERI menyatakan jumlah sebenar keseluruhan 'derma' yang diperoleh YAB. Perdana Menteri daripada pihak luar.

101. PR-1342-L74774

Tuan Jeff Ooi Chuan Aun [ Jelutong ] minta PERDANA MENTERI menyatakan apakah pendirian rasmi dan dasar muktamad Kementerian dan SPAD terhadap Uber dan GrabCar supaya kepentingan orang awam yang tidak berpuashati dengan perkhidmatan teksi biasa tidak terjejas.

17 AUM DR 16/5/2016

102. PR-1342-L74849 Tuan Ignatius Dorell Leiking [ Penampang ] minta PERDANA MENTERI menyatakan jika Kerajaan Persekutuan akan melaksanakan polisi untuk “Borneonisasi” seluruh jabatan persekutuan di Sabah.

103. PR-1342-L75169

Tuan Charles Anthony Santiago [ Klang ] minta PERDANA MENTERI menyatakan kesedian Kerajaan termasuk kesedaran rakyat mengenai faedah pembinaan dua loji nuklear di Malaysia. Berapakah jumlah program kesedaraan yang telah dianjurkan sehingga bulan April 2016.

104. PR-1342-L74856

Puan Alice Lau Kiong Yieng [ Lanang ] minta PERDANA MENTERI menyatakan jumlah lawatan Perdana Menteri YAB Pekan ke Sarawak sejak April 2009 dan perbelanjaan Kerajaan setiap kali lawatan dibuat serta jumlah peruntukan yang diberi/dijanjikan secara terperinci setiap kali lawatan ke Sarawak.

105. PR-1342-L75010

Tuan Loke Siew Fook [ Seremban ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan sama ada syarikat Nilai Arms and Ammunitions pernah mendapat kontrak untuk membekalkan senjata api kepada mana-mana agensi penguatkuasa di bawah Kementerian dan sekiranya ada, sila nyatakan butiran terperinci kontrak tersebut.

106. PR-1342-L74528

Datuk Seri Panglima Haji Abdul Ghapur bin Haji Salleh [ Kalabakan ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan :-

(a) apakah benar pelaburan Amanah Saham Bumiputera (ASB) yang

tersiar dalam laman web akan dibekukan selepas simati meninggal dunia dan tidak ada waris yang boleh menuntut; dan

(b) jika benar apakah tindakan yang Kerajaan harus ambil untuk waris-

waris dapat menuntut pelaburan tersebut. 107. PR-1342-L74517

Datuk Seri Panglima Haji Abdul Ghapur bin Haji Salleh [ Kalabakan ] minta MENTERI KERJA RAYA menyatakan baru-baru ini satu perjanjian telah ditandatangani di Kuala Lumpur mengenai jalan Pan Borneo Highway. Bilakah projek ini akan dimulakan.

108. PR-1342-L75156

Tuan Julian Tan Kok Ping [ Stampin ] minta MENTERI KESIHATAN menyatakan status pembinaan tempat meletak kereta bertingkat Hospital Umum Sarawak secara Public Private Partnership-BLMT melalui perolehan secara “Swiss challenge”. Nyatakan secara terperinci pembayaran balik serta jangka masa yang dperlukan. Nyatakan definasi “Swiss Challenge” dalam proses tersebut secara terperinci.

AUM DR 16/5/2016 18

109. PR-1342-L74282 Datuk Abd Rahim bin Bakri [ Kudat ] minta MENTERI PERUSAHAAN PERLADANGAN DAN KOMODITI menyatakan apakah langkah-langkah yang telah diambil di dalam usaha memulihkan harga getah dipasaran khususnya di Negeri Sabah.

110. PR-1342-L75183

Dato' Seri Dr. Wan Azizah binti Wan Ismail [ Permatang Pauh ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan berikutan pengumuman Peguam Negara dan Ketua Polis Negara bagi membuka penyiasatan ke atas 1MDB, apakah kabinet telah menggariskan terma dan syarat penyiasatan tersebut dan sejauh manakah jaminan Perdana Menteri tidak akan campur tangan terhadap penyiasatan tersebut.

111. PR-1342-L73675

Dato' Abdul Manan bin Ismail [ Paya Besar ] minta MENTERI PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI menyatakan rasional keputusan Kerajaan meluluskan pinjaman mudah berjumlah RM1.5 bilion kepada Proton Holdings Berhad (Proton) dan setakat mana benar dakwaan ketiadaan rancangan kerjasama strategik dengan jenama asing bagi meningkatkan keupayaan PROTON.

112. PR-1342-L75424

Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua [ Batu ] minta MENTERI WILAYAH PERSEKUTUAN menyatakan mengapa tanah bersebelahan Flat PPR Seri Terengganu yang kini digunakan untuk menyimpan kenderaan tidak digunakan untuk pembangunan PPR yang boleh menampung ramai yang masih menunggu perumahan di kawasan Batu.

113. PR-1342-L74195

Datuk Raime bin Unggi [ Tenom ] minta MENTERI LUAR NEGERI menyatakan apakah usaha-usaha diplomasi awam yang telah diambil Kerajaan untuk melindungi, meningkat, menegakkan kepentingan Malaysia di arena antarabangsa.

114. PR-1342-L73896

Dr. Mansor bin Abd Rahman [ Sik ] minta MENTERI PERUSAHAAN PERLADANGAN DAN KOMODITI menyatakan kenapakah Kerajaan tidak memilih untuk menetapkan harga getah sekerap (Rubber Cup Lump) pada harga lantai yang dituntut oleh kebanyakkan penoreh iaitu pada harga RM3.50 hingga RM 4.00 sekilogram.

115. PR-1342-L74217

Tuan Haji Ahmad Nazlan bin Idris [ Jerantut ] minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan apakah langkah-langkah yang diambil oleh Kementerian Pendidikan dalam mengatasi dakwaan yang menyatakan kualiti guru yang dihasilkan oleh IPGM dan Universiti Awam sekarang yang kurang menepati keperluan pendidikan masa lain.

19 AUM DR 16/5/2016

116. PR-1342-L74499 Ir. Shaharuddin bin Ismail [ Kangar ] minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan apakah jenis khidmat kemahiran dan latihan yang disediakan kepada pengemis yang berumur bawah 60 tahun supaya mampu menyara diri dan seterusnya mengekang aktiviti mengemis yang semakin berleluasa.

117. PR-1342-L74070

Datuk Haji Datu Nasrun bin Datu Mansur [ Silam ] minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan apakah keberkesanan program Pemantapan Tahap Pengajaran Bahasa Inggeris, Professional Up-Skilling of English Language Teachers (Pro-ELT) dalam meningkatkan kualiti pembelajaran dan penguasaan Bahasa Inggeris di kalangan guru.

118. PR-1342-L73828

Puan Rubiah binti Haji Wang [ Kota Samarahan ] minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan implikasi operasi pengurusan sekolah-sekolah ekoran pengubahsuaian Bajet 2016 serta langkah-langkah Kementerian mengatasinya.

119. PR-1342-L74827

Ust. Datuk Dr. Mohd. Khairuddin bin Aman Razali [ Kuala Nerus ] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR menyatakan status dan perkembangan projek mencegah hakisan pantai di Kampung Tanjung Gelam, Mengabang Telipot, Kuala Nerus.

120. PR-1342-L75379

Dato' Seri Mohamed Azmin bin Ali [ Gombak ] minta PERDANA MENTERI menyatakan apakah persediaan Petronas berdepan ramalan firma Goldman Sach yang menjangkakan kelembapan dalam industri minyak dan gas akan memburukkan lagi masalah ekonomi negara.

121. PR-1342-L73842

Dato' Ir. Haji Nawawi bin Ahmad [ Langkawi ] minta MENTERI KERJA RAYA menyatakan apakah Kerajaan bercadang untuk membina jambatan menghubungkan Kuah dengan Pulau Tuba / Pulau Dayang Bunting di Pulau Langkawi, Kedah.

122. PR-1342-L74815

Raja Dato' Kamarul Bahrin Shah [ Kuala Terengganu ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan apakah status persediaan dan perlaksanaan pusat bebas cukai di Tasik Kenyir, Terengganu hari ini.

AUM DR 16/5/2016 20

123. PR-1342-L74841 Dato' Fauzi bin Abdul Rahman [ Indera Mahkota ] minta PERDANA MENTERI menyatakan sama ada APCO yang telah dilantik oleh Kerajaan sebagai “Consultant” masih kekal sebagai perunding atau sebaliknya.Jika perkhidmatannya telah ditamatkan, bilakah ia ditamatkan dan jika masih memberi khidmat kepada Kerajaan, nyatakan terma rujukan, imbuhan yang diterima sama ada secara bulanan atau sebaliknya dan tempoh penamatan khidmatnya.

124. PR-1342-L74394

Tuan Tan Kok Wai [ Cheras ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan apakah langkah pencegahan pengubahan wang haram yang perlu diambil oleh bank-bank tempatan serta namakan bank-bank yang didapati melanggar Akta Anti Pengubahan Wang Haram setiap tahun sejak 2013, jumlah masing-masing yang terlibat dan bentuk hukuman yang dikenakan ke atas setiap bank tersebut.

125. PR-1342-L74838

Dato' Fauzi bin Abdul Rahman [ Indera Mahkota ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan :-

(a) 105 syarikat yang telah diberi pinjaman oleh Kerajaan yang

berjumlah RM28.178 bilion itu ; dan (b) nyatakan jumlah pinjaman bagi setiap syarikat serta faedah yang

dikenakan, tempoh pembayaran dan prestasi pembayaran balik kepada Kerajaan.

126. PR-1342-L74054

Dr. Noor Azmi bin Ghazali [ Bagan Serai ] minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan apakah statistik dan jenis buli dan masalah disiplin di sekolah rendah dan menengah sejak 2013 dan apakah tindakan Kerajaan untuk menangani masalah ini supaya kejayaan pelajar dan nama baik sekolah tidak terjejas.

127. PR-1342-L74338

Tuan Fong Kui Lun [ Bukit Bintang ] minta MENTERI PELANCONGAN DAN KEBUDAYAAN menyatakan bilangan ketibaan pelancong asing terutama dari China yang memakai visa dan tanpa visa sepanjang 3 tahun lalu dan bilahkah polisi visa terbuka akan dilaksanakan.

128. PR-1342-L75002

Dato' Haji Mahfuz bin Omar [ Pokok Sena ] minta PERDANA MENTERI menyatakan :-

(a) siapakah Ketua Pegawai Eksekutif PEMANDU di JPM dan

berapakah jumlah kakitangan Pemandu; dan

21 AUM DR 16/5/2016

(b) adakah terdapat Firma Perunding yang masih memberikan khidmat kepada Pemandu,namakan firma tersebut dan berapakah jumlah bayaran yang dikenakan serta berapakah jumlah kakitangan firma perunding tersebut dipejabat Pemandu.

129. PR-1342-L74935

Tuan V. Sivakumar [ Batu Gajah ] minta PERDANA MENTERI menyatakan jumlah orang Hindu yang memeluk agama Islam pada tahun 2011, 2012, 2013, 2014, dan 2015. Nyatakan secara terperinci sebab-sebab mereka memeluk agama Islam dengan memberi fakta berlandaskan perangkaan.

130. PR-1342-L73878

Datuk Hajah Norah binti Abd Rahman [ Tanjong Manis ] minta PERDANA MENTERI menyatakan sama ada Kerajaan dapat memberi peruntukan untuk membina rumah baru rumah-rumah panjang dan rumah rumah kampung yang berkeadaan terlalu uzur dan tidak selamat untuk didiami dalam kawasan Parlimen Tanjung Manis memandangkan terdapat banyak permohonan dari mereka berada dalam golongan asnaf.

131. PR-1342-L74479

Datuk William @ Nyallau anak Badak [ Lubok Antu ] minta MENTERI KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH menyatakan sama ada Kerajaan mempunyai perancangan untuk menaik taraf bekas jalan balak dari Sebeliau ke Ulu Lemanak dan dari Jalan Ulu Kesit ke Ulu Engkari.

132. PR-1342-L75288

Tuan Tony Pua Kiam Wee [ Petaling Jaya Utara ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan sebab perjanjian “credit enhancement” untuk penerbitan bon bernilai US$1.75 bilion hanya ditandatangani pada 22 Mei 2012 dan 19 Oktober 2012 walaupun kedua-dua bon tersebut telah dikeluarkan lebih awal pada 18 Mei 2012 dan 17 Oktober 2012.

133. PR-1342-L75219

Dr. Ko Chung Sen [ Kampar ] minta PERDANA MENTERI menyatakan :-

(a) sama ada penyiasat asing terhadap skandal 1MDB akan menerima kerjasama sepenuhnya daripada agensi berkaitan di Malaysia; dan

(b) sama ada Ketua Pegawai Eksekutif 1MDB semasa dan yang

terdahulu akan dibenarkan untk membantu siasatan asing dan sama ada SPRM akan dibenarkan bekerjasama dengan penyiasat asing berkenaan.

AUM DR 16/5/2016 22

134. PR-1342-L73941 Dato' Hasbullah bin Osman [ Gerik ] minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan apakah program-program yang dijalankan oleh pihak Kementerian dalam membantu mengurangkan gegala sosial yang melibatkan golongan remaja yang semakin menjadi-jadi pada masa kini.

135. PR-1342-L73869

Dato' Sri Haji Abdul Azeez bin Abdul Rahim [ Baling ] minta MENTERI KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA menyatakan apakah tindakan Kementerian dalam menyelesaikan masalah sistem rangkaian telekomunikasi yang lemah di beberapa kawasan di Parlimen Baling. Contohnya menaik taraf sistem rangkaian yang sedia ada atau menambah lagi pencawang/pemancar telekomunikasi bagi melancarkan saluran komunikasi penduduk di Parlimen Baling.

136. PR-1342-L74285

Datuk Abd Rahim bin Bakri [ Kudat ] minta MENTERI KESEJAHTERAAN BANDAR, PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN menyatakan :-

(a) apakah Kementerian bercadang untuk membina rumah mampu

milik di kawasan Daerah Pitas; dan

(b) bilakah Kementerian berhasrat untuk menambah bilangan rumah di bawah Projek Perumahan Rakyat (PPR) di kawasan Daerah Kudat bagi menangani masalah setinggan di daerah ini.

137. PR-1342-L75224

Dr. Ko Chung Sen [ Kampar ] minta PERDANA MENTERI menyatakan :-

(a) adakah 1MDB mangsa penipuan antarabangsa besar-besaran yang melibatkan puluhan bilion ringgit; dan

(b) siapakah perancang yang bertanggungjawab melakukan transaksi

penipuan berkaitan dan mengapa para pengarah dan juruaudit tidak dapat mengesan aktiviti penipuan tersebut.

138. PR-1342-L75021

Tuan Ahmad Marzuk bin Shaary [ Bachok ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan jumlah permohonan permit ceramah yang diterima dan ditolak sepanjang Pilihan Raya DUN Sarawak Ke-11 mengikut kategori DUN dan Parti Politik. Apakah ada sebarang aduan berkaitan sikap berat sebelah polis dalam meluluskan apa-apa permohonan permit ceramah.

139. PR-1342-L74991

Tuan Wan Hasan bin Mohd Ramli [ Dungun ] minta MENTERI BELIA DAN SUKAN menyatakan alasan yang lebih konkrit mengenai nilai hadiah tempat pertama, kedua dan ketiga yang begitu rendah dalam program Junior Cycling Malaysia (JCM) 2016 pada April lalu ini dan apakah ini menggambarkan kedudukan kewangan di Kementerian berkenaan dalam keadaan kritikal.

23 AUM DR 16/5/2016

140. PR-1342-L75201

Dato' Kamarudin bin Jaffar [ Tumpat ] minta MENTERI LUAR NEGERI menyatakan apakah hasil utama The 5th Extraordinary OIC Summit on Palestine & Al Qudd Al Sharif di Jakarta pada Mac 2016.

141. PR-1342-L74427

Tuan Wilson Ugak Kumbong [ Hulu Rajang ] minta MENTERI KESIHATAN menyatakan :-

(a) pihak Kementerian bercadang untuk membina beberapa buah klinik

kesihatan di Kawasan Hulu Rajang iaitu di SK Long Urun, Belaga dan di SK Nanga Kain, Kapit; dan

(b) status pembinaan klinik di Long Busang, Belaga

142. PR-1342-L74706 Tuan Haji Nasrudin bin Hassan [ Temerloh ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan jumlah penagih dadah yang dikesan sejak 2008 hingga sekarang mengikut kategori umur dan bilangannya yang masih mengikuti pendidikan samada peringkat rendah, menengah dan tinggi daripada jumlah tersebut.

143. PR-1342-L75218

Dr. Hajah Siti Mariah binti Mahmud [ Kota Raja ] minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan jenis-jenis aset KTM (dibawah Perbadanan Aset Keretapi) dan berapakah peruntukan tahunan yang diperuntukkan untuk penyelenggaraan aset-aset tersebut.

144. PR-1342-L74147

Datuk Noor Ehsanuddin bin Mohd Harun Narrashid [ Kota Tinggi ] minta PERDANA MENTERI menyatakan sejauh manakah tahap kepatuhan penjawat awam dalam memastikan kerahsiaan maklumat Kerajaan sentiasa terpelihara.

145. PR-1342-L74232

Dr. Tan Seng Giaw [ Kepong ] minta MENTERI KESEJAHTERAAN BANDAR, PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN menyatakan keadaan pengurusan sisa pepejal termasuk perkembangan projek insinerator di Taman Beringin. Apakah masalahnya.

AUM DR 16/5/2016 24

ATURAN URUSAN MESYUARAT DAN USUL-USUL

1. (D.R.4/2016) Rang Undang-Undang Agensi Antidadah Kebangsaan (Pindaan) 2016 [Menteri Dalam Negeri]

Bacaan Kali Yang Kedua

2. (D.R.6/2016) Rang Undang-Undang Ordinan Perkapalan Saudagar (Pindaan) 2016 [Menteri Pengangkutan]

3. (D.R.9/2015) Rang Undang-undang Kanun Tatacara Jenayah (Pindaan) 2015 [Menteri di Jabatan Perdana Menteri]

4. (D.R.12/2015) Rang Undang-undang Keterangan (Pindaan) 2015 [Menteri di Jabatan Perdana Menteri]

5. (D.R.5/2016) Rang Undang-Undang Ordinan Peguam Bela (Sabah) (Pindaan) 2016 [Menteri di Jabatan Perdana Menteri]

6. (D.R.1/2016) Rang Undang-undang Bekalan Gas (Pindaan) 2016 [Menteri di Jabatan Perdana Menteri]

7. PR-1342-U74146

Tuan M. Kulasegaran [ Ipoh Barat ] akan mencadangkan:-

"Bahawa Dewan ini mengambil maklum bahawa kebelakangan ini pencerobohan kuil kerap berlaku di kawasan Ipoh iaitu di Om Sri Muniswarar Kaliamman, Kuil Sri Muniswarar Amman, dan Kuil Dewa Sri Sakti Buntong. Penyiasatan telus serta pengawalan sekuriti yang ketat, efektif serta rapi perlu diambil dengan serta merta untuk menjaga keharmonian dan kebudayaan negara kita." [ Menteri Dalam Negeri ]

25 AUM DR 16/5/2016

8. PR-1342-U74237 Dr. Tan Seng Giaw [ Kepong ] akan mencadangkan:-

"Bahawa Dewan ini akan membahas kemampuan Malaysia untuk menghadapi

jenayah penggodaman. "

[Menteri Komunikasi dan Multimedia ]

9. PR-1342-U71852

Tuan Fong Kui Lun [ Bukit Bintang ] akan mencadangkan:-

"Bahawa Kerajaan mempergiatkan usaha untuk menyatupadukan rakyat

berbilang kaum di Malaysia yang kelihatan masih lemah dan longgar meskipun

negara telah menjadi negara merdeka dan berdaulat sejak 58 tahun lalu supaya

mereka boleh hidup dengan aman dan saling memerlukan dan memahami bagi

memudahkan mereka membangunkan ekonomi negara secara bersama dan

merealisasikan impian Malaysia."

[ Perdana Menteri]

10. PR-1342-U74367

Tuan Fong Kui Lun [ Bukit Bintang ] akan mencadangkan:-

"Bahawa Kerajaan memulihkan Pilihan Raya Kerajaan Tempatan seluruh negara

supaya urus tadbir Kerajaan menjadi lebih cekap, akauntabiliti dan bersih

dengan mengambil langkah pertama untuk membuat kajian serius dan

melakukan pungutan suara antara rakyat."

[Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan ]

11. PR-1342-U75443 Dato' Seri Dr. Wan Azizah binti Wan Ismail [Permatang Pauh] akan mencadangkan:- "Bahawa Dewan ini mengambil maklum pada 7 April 2016 Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) telah membawa suatu risalat DR.3 Tahun 2016 ke dalam Mesyuarat Dewan Rakyat mengenai Laporan PAC berhubung Kawalan Pengurusan Tadbir Urus 1Malaysia Development Berhad (1MDB). Dan bahawa Dewan ini juga mengambil maklum Laporan PAC tersebut telah mengemukakan rumusan dan cadangan serta pendapatnya mengenai kekangan dan kelemahan

AUM DR 16/5/2016 26

dalam 1MDB. Dan bahawa Dewan ini juga mengambil maklum pihak-pihak berkuasa di beberapa negara khasnya Switzerland, Amerika Syarikat, United Kingdom, Singapura, Luxembourg, Hong Kong dan Australia sedang menjalankan penyiasatan masing-masing berkaitan dakwaan rasuah dan gubahan wang haram yang berkaitan 1MDB. Dan bahawa Dewan ini juga mengambil maklum pendapat Yang Dipertua Dewan Rakyat pada 7 April 2016 bahawa Laporan PAC itu boleh dibawa dan dibahaskan di dalam Mesyuarat Dewan Rakyat akan datang. Justeru Dewan Rakyat yang bersidang mengambil ketetapan supaya Laporan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) mengenai Kawalan Pengurusan Tadbir Urus 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang dibentangkan pada 7 April 2016 dibahaskan di dalam Majlis Dewan Rakyat." [Menteri Kewangan]

12. PR-1342-U75316

Tuan Manivanan a/l Gowindasamy [ Kapar ] akan mencadangkan:-

"Bahawa Dewan ini mempertimbangkan cadangan untuk menghalang dan mengharamkan penjualan arak murahan (cheap liquor) secara mudah dan murah yang semakin berleluasa. Gejala pengambilan arak murahan ini menimbulkan pelbagai masalah sosial seperti keganasan rumah tangga dan gengsterisme serta merosakkan organ dalaman. Di samping itu, kawalan dan penyeliaan terhadap kedai-kedai menjual arak perlu diketatkan. Masa penjualan arak dan lokasi minum arak perlu dikaji. Kawasan tempat awam seperti di taman awam dan taman permainan kanak-kanak, minum arak wajib diharamkan. Dewan ini juga wajib mempertimbangkan penubuhan Pusat Pemulihan Arak (PPA) di setiap negeri di Malaysia untuk membendung masalah minum arak yang semakin berleluasa di kalangan anak muda merentasi sempadan bangsa dan agama."

[ Menteri Kewangan ]

13. PR-1342-U75318

Tuan Manivanan a/l Gowindasamy [ Kapar ] akan mencadangkan:-

"Bahawa Dewan ini mempertimbangkan cadangan untuk kes kematian di bawah tahanan Polis DiRaja Malaysia, keluarga simati diberi kebenaran sepenuhnya untuk memperoleh Pakar Perubatan Forensik sendiri bagi mewakili pihak keluarga simati semasa bedah siasat dijalankan" [ Menteri Dalam Negeri ]

27 AUM DR 16/5/2016

14. PR-1342-U75319 Tuan Manivanan a/l Gowindasamy [ Kapar ] akan mencadangkan:-

"Bahawa Dewan ini mendesak agar pendidikan agama diperkenalkan di sekolah kepada pelajar bukan Islam sebagai langkah untuk menerapkan nilai-nilai murni dan keagamaan di kalangan pelajar bukan Islam bagi menangani gegala sosial yang kian meningkat dan berleluasa akibat daripada kegagalan sistem pendidikan di Malaysia." [Menteri Pendidikan]

15. PR-1342-U73955 Dr. Lee Boon Chye [ Gopeng ] akan mencadangkan:- "Bahawa Laporan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara berkenaan 1MDB telah mendedahkan kelemahan ketara dalam tadbir urus 1MDB. Bahawa maklumat baru muncul selepas pembentangan Laporan tersebut dimana IPIC (Dana Berdaulat Abu Dhabi) serta Aabar Investment PJS (Aabar) (Anak Syarikat IPIC) keluar kenyataan di London Stock Exchange bahawa kedua-dua syarikat tersebut bukan pemilik Aabar Investment PJS Ltd (BVI), sebuah syarikat yang berdaftar di British Virgin Island. 1MDB telah memberi Aabar Investment PJS Ltd (BVI) asset bernilai berbillion-billion Ringgit yang sepatutnya diberi kepada IPIC. Asset tersebut adalah sebahagian dari jumlah USD 3.5 billion yang dituju untuk “Asset Swab” dalam perjanjian “Binding Sheet Agreement” antara 1MDB dan IPIC yang harus dilaksanakan menjelang 30Hb Jun 2016. Aabar Investment PJS Ltd (BVI) telah pun digulung dan dibubarkan sejak bulan Jun 2015. Perkembangan terbaru ini akan menjejaskan usaha 1MDB membayar hutang dan melaksanakan pelan rasionalisasi. MAKA INILAH DIPERTUJUI BAHAWA Dewan ini menetapkan sidang khas untuk membahaskan Laporan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara berkenaan 1MDB." [Menteri Kewangan]

AUM DR 16/5/2016 28

**UCAPAN-UCAPAN ( PERATURAN MESYUARAT 17 BAHARU )

( KAMAR KHAS )

Tarikh Ucapan

Ahli Yang Berucap Tajuk Ucapan Menteri Yang Bertanggungjawab

1.

16.5.2016

(Isnin)

1.

YB. Tuan Wong Ling Biu (Sarikei)

1.

Klinik 1Malaysia di Jakar Sarikei dan masalah Poliklinik Sarikei

1.

YB Menteri Kesihatan

2.

16.5.2016

(Isnin)

2.

YB. Dato’ Johari bin Abdul (Sungai Petani)

2.

Nasib penoreh getah di Kedah mesti dibela

2.

YB Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi

** Ucapan Di Bawah Usul Berkenaan Perkara Tadbir Kerajaan (Peraturan Mesyuarat 17 Baharu