malaysia dewan negara aturan urusan ...4 aum dn 23/12/2020 16.pn -1433 l05513 datuk john ambrose...

25
MALAYSIA DEWAN NEGARA ATURAN URUSAN MESYUARAT NASKHAH SAHIH/BAHASA MALAYSIA http://www.parlimen.gov.my HARI RABU, 23 DISEMBER 2020, PUKUL 10.00 PAGI Bil. 17 PERTANYAAN-PERTANYAAN BAGI JAWAB LISAN 1. PN-1433-L05628 Tuan Ir. Md. Nasir bin Hashim minta MENTERI PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN menyatakan adakah cadangan untuk memasukkan bayaran perkhidmatan JMB ke dalam cukai pintu dalam satu bil. 2. PN-1433-L05079 Tuan Kamarudin bin Abdun minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan apakah jaminan/adakah pihak Kementerian akan/untuk menaikkan kadar gaji anggota Polis DiRaja Malaysia yang banyak berjasa kepada rakyat dan negara. 3. PN-1433-L05465 Tuan Balasubramaniam a/l Nachiappan minta MENTERI KEWANGAN menyatakan adakah Kerajaan akan memperkenalkan cukai durian runtuh (windfall tax) terutama kepada syarikat korporat yang mengalami keuntungan luar biasa dalam musim pandemik ini seperti Top Glove dan lain-lain lagi yang akan memberi manfaat kepada negara dan masyarakat. 4. PN-1433-L05526 Tuan Liew Chin Tong minta MENTERI PERTAHANAN menyatakan senarai aset ATM yang bakal dibaikpulih di bawah peruntukkan Belanja Mengurus RM2.3 bilion di dalam Belanjawan 2021.

Upload: others

Post on 11-Aug-2021

4 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: MALAYSIA DEWAN NEGARA ATURAN URUSAN ...4 AUM DN 23/12/2020 16.PN -1433 L05513 Datuk John Ambrose minta MENTERI PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI menyatakan apakah strategi dan

MALAYSIA

DEWAN NEGARA

ATURAN URUSAN MESYUARAT

NASKHAH SAHIH/BAHASA MALAYSIA

http://www.parlimen.gov.my

HARI RABU, 23 DISEMBER 2020, PUKUL 10.00 PAGI

Bil.

17

PERTANYAAN-PERTANYAAN BAGI JAWAB LISAN

1. PN-1433-L05628

Tuan Ir. Md. Nasir bin Hashim minta MENTERI PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN menyatakan adakah cadangan untuk memasukkan bayaran perkhidmatan JMB ke dalam cukai pintu dalam satu bil.

2. PN-1433-L05079

Tuan Kamarudin bin Abdun minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan apakah jaminan/adakah pihak Kementerian akan/untuk menaikkan kadar gaji anggota Polis DiRaja Malaysia yang banyak berjasa kepada rakyat dan negara.

3. PN-1433-L05465

Tuan Balasubramaniam a/l Nachiappan minta MENTERI KEWANGAN menyatakan adakah Kerajaan akan memperkenalkan cukai durian runtuh (windfall tax) terutama kepada syarikat korporat yang mengalami keuntungan luar biasa dalam musim pandemik ini seperti Top Glove dan lain-lain lagi yang akan memberi manfaat kepada negara dan masyarakat.

4. PN-1433-L05526

Tuan Liew Chin Tong minta MENTERI PERTAHANAN menyatakan senarai aset ATM yang bakal dibaikpulih di bawah peruntukkan Belanja Mengurus RM2.3 bilion di dalam Belanjawan 2021.

Page 2: MALAYSIA DEWAN NEGARA ATURAN URUSAN ...4 AUM DN 23/12/2020 16.PN -1433 L05513 Datuk John Ambrose minta MENTERI PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI menyatakan apakah strategi dan

2 AUM DN 23/12/2020

5. PN-1433-L05231

Tuan Muhammad Zahid bin Md Arip minta MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI MAKANAN menyatakan bilakah Kerajaan dapat menamatkan monopoli Bernas dalam Industri Beras Negara dan sejauh mana liberalisasi industri ini dilakukan bagi memastikan mutu dan harga beras dapat dikawal dengan cekap di pasaran tempatan.

6

6. PN-1433-L05252

Tuan Zaiedi Suhaili minta MENTERI KERJA RAYA menyatakan kesan pandemik COVID-19 ke atas Industri Binaan di Malaysia dalam tahun 2020 dan apakah perancangan CIDB bagi memastikan Projek-Projek Pembangunan Kerajaan Persekutuan dalam RMK-12 dapat mengimbangi penguncupan industri binaan dan memberi kesan langsung kepada Kontraktor-Kontraktor Bumiputera di seluruh negara.

7. PN-1433-L05054

Datuk Donald Peter Mojuntin minta MENTERI KESIHATAN menyatakan pandemik-pandemik seperti COVID-19 dan SARS mungkin diikuti dengan penyakit yang lebih teruk lagi, adakah rancangan Kerajaan untuk menubuhkan sebuah badan seperti "The Centers for Disease Control and Prevention" di Amerika Syarikat untuk memberi tumpuan nasional dalam pembangunan strategi dan pengimplementasian pencegahan dan pengawalan serta pemantauan penyakit berjangkit, kesihatan alam sekitar, promosi hidup sihat dan pendidikan kesihatan yang mempunyai fokus untuk mempertingkatkan kesihatan rakyat dan melindungi rakyat daripada epidemik dan pandemik penyakit-penyakit berjangkit.

8. PN-1433-L05490

Dato' Haji Husain Bin Awang minta MENTERI TENAGA DAN SUMBER ASLI menyatakan perancangan strategik dalam Tenaga Boleh Baharu (TBB) selepas delegasi Malaysia di Mesyuarat Menteri-Menteri Tenaga ASEAN (AMEM) Ke-38 baru-baru ini.

9. PN-1433-L05182

Puan Rita Sarimah Anak Patrick Insol minta MENTERI PERUSAHAAN PERLADANGAN DAN KOMODITI menyatakan statistik pemeriksaan alat timbang kenderaan di pusat pembelian buah sawit di Sarawak dalam tempoh tiga tahun yang lalu sehingga kini dan tindakan yang telah diambil ke atas pemilik lesen DF yang gagal menentukur jambatan timbang mereka.

Page 3: MALAYSIA DEWAN NEGARA ATURAN URUSAN ...4 AUM DN 23/12/2020 16.PN -1433 L05513 Datuk John Ambrose minta MENTERI PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI menyatakan apakah strategi dan

AUM DN 23/12/2020 3

10. PN-1433-L05045

Datuk Razali bin Idris minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan statistik kes kemalangan membabitkan pemandu yang melulu pemanduan mabuk di bawah pengaruh minuman alkohol, penyalahgunaan dadah dan cuai sewaktu pemanduan bagi tempoh 11 bulan pertama tahun 2020 mengikut negeri.

11. PN-1433-L05415

Puan Ras Adiba binti Mohd Radzi minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan apakah usaha Kementerian untuk memastikan Murid Bekeperluan Khas yang ditempatkan di Program Pendidikan Inklusif mendapat sokongan seperti pembantu bayangan (shadow aide) agar mereka dapat menyesuaikan diri dengan cepat dan dapat mengikuti pembelajaran seiring dengan murid tipikal.

12. PN-1433-L05292

Puan Susan Chemerai Anding minta MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI MAKANAN menyatakan apakah perancangan Kementerian untuk membantu mengatasi masalah di mana sektor pertanian Sarawak masih kekurangan dari segi infrastruktur agro asas seperti sistem pengairan dan peparitan, jentera ladang, jalan ladang dan sebagainya untuk pertanian moden dan pertanian berskala besar terutamanya tanaman padi.

13. PN-1433-L05262

Datuk Haji Ismail Bin Ibrahim minta MENTERI PERPADUAN NEGARA menyatakan bilangan KRT (Kawasan Rukun Tetangga) sehingga November 2020 dan sejauh mana keberkesanan konsep KRT dalam menyatupadukan rakyat berbilang kaum di Malaysia.

14. PN-1433-L05425

Tuan Haji Ahmad bin Yahya minta MENTERI KESIHATAN menyatakan langkah oleh pihak Kementerian untuk menangani kes bunuh diri yang puratanya satu orang sehari sepanjang PKP sejak 18 Mac hingga Oktober 2020.

15. PN-1433-L05385

Tuan Haji Idris bin Ahmad minta MENTERI PENGAJIAN TINGGI menyatakan rancangan Kementerian bagi memastikan sasaran 60 ribu pemegang ijazah kedoktoran dicapai menjelang tahun 2023.

Page 4: MALAYSIA DEWAN NEGARA ATURAN URUSAN ...4 AUM DN 23/12/2020 16.PN -1433 L05513 Datuk John Ambrose minta MENTERI PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI menyatakan apakah strategi dan

4 AUM DN 23/12/2020

16. PN-1433-L05513

Datuk John Ambrose minta MENTERI PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI menyatakan apakah strategi dan hala tuju Kementerian berkaitan import dan eksport negara bagi terus meningkatkan keyakinan pelabur asing untuk melabur di Malaysia, khususnya di Sabah.

17. PN-1433-L05356

Tuan Alan Ling Sie Kiong minta MENTERI KERJA RAYA menyatakan sejauh manakah perkembangan projek Lebuh raya Pan Borneo dari Sungai Tangap hingga ke Jalan Pujut Link termasuk projek jejambat di Lapangan Terbang Miri dan persimpangan Jalan ByPass Miri dan juga projek Jalan Pujut Link dan Kuala Baram serta berapa lamakah jangka masa yang diambil untuk menyiapkan projek-projek tersebut.

18. PN-1433-L05286

Tuan Robert Lau Hui Yew minta PERDANA MENTERI menyatakan 17 perkara yang telah mendapat persetujuan bersama dalam Jawatankuasa Khas Kabinet Untuk Menyemak Pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) dan status pelaksanaan bagi perkara-perkara tersebut.

19. PN-1433-L05089

Datuk Teo Eng Tee @ Teo Kok Chee minta MENTERI PERPADUAN NEGARA menyatakan apakah usaha dan mekanisme yang diambil oleh Kementerian dari bulan Februari hingga kini dalam menjaga, menyemai dan mempertingkatkan kepentingan perpaduan dalam kalangan rakyat Malaysia.

20. PN-1433-L05207

Tuan Manolan bin Mohamad minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan apakah langkah-langkah yang boleh diambil untuk mempertingkatkan kawalan warga asing yang tamat tempoh lawatan dikesan semula.

21. PN-1433-L05611

Dato' Raja Kamarul Bahrin Shah Bin Raja Ahmad minta MENTERI TENAGA DAN SUMBER ASLI menyatakan apakah langkah-langkah Kerajaan bagi memastikan pencemaran alam sekitar tidak berlaku di kampung-kampung terpencil dengan aktiviti-aktiviti perlombongan di kawasan luar bandar dan desa.

Page 5: MALAYSIA DEWAN NEGARA ATURAN URUSAN ...4 AUM DN 23/12/2020 16.PN -1433 L05513 Datuk John Ambrose minta MENTERI PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI menyatakan apakah strategi dan

AUM DN 23/12/2020 5

22. PN-1433-L05074

Tuan Kamarudin bin Abdun minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan jumlah permohonan pertukaran guru yang telah diluluskan dari tahun 2018 sehingga kini dan mengapa masih ramai lagi yang tidak mendapat tawaran pertukaran serta apakah langkah-langkah penyelesaian pihak Kementerian berkenaan isu ini.

23. PN-1433-L05064

Dato' Isa Bin Ab. Hamid minta MENTERI PEMBANGUNAN LUAR BANDAR menyatakan berapakah jumlah Ketua Isi Rumah (KIR) Orang Asli yang dikategorikan sebagai B40 dengan perubahan had PGK nasional baru dari RM 980 kepada RM 2,208 dan pelan perancangan bagi bantuan tersebut.

24. PN-1433-L05550

Datuk Hj. Bashir bin Hj. Alias minta MENTERI KEWANGAN menyatakan berapakah jumlah terkini aset Khazanah Nasional dan apakah terdapat sebarang usaha untuk menjual atau menggabungkan aset-aset yang dimiliki oleh Khazanah Nasional.

25. PN-1433-L05470

Puan Asmak Binti Husin minta MENTERI TENAGA DAN SUMBER ASLI menyatakan adakah Jabatan Mineral dan GeoSains Malaysia mempunyai persiapan dan kepakaran yang cukup bagi mendepani isu-isu geologi di Malaysia seperti perubahan iklim dan lain-lain.

26. PN-1433-L05502

Datuk John Ambrose minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan adakah Kementerian bercadang untuk menambah jumlah peruntukan bantuan awal persekolahan kepada golongan B40 yang difahamkan hanya RM100 diberikan kepada pelajar setakat ini.

27. PN-1433-L05307

Dr. Nuing Jeluing minta MENTERI PELANCONGAN, SENI DAN BUDAYA menyatakan apakah rancangan-rancangan untuk mempromosi pelancongan dalam negeri dalam suasana pendemik COVID-19 sekarang.

28. PN-1433-L05247

Sr. Haji Mohd Apandi bin Mohamad minta PERDANA MENTERI menyatakan tempoh penyelesaian kawasan-kawasan pelantar minyak bertindih di sempadan maritim negeri Kelantan Darul Naim/Terengganu Darul lman sehingga ke pelantar benua.

Page 6: MALAYSIA DEWAN NEGARA ATURAN URUSAN ...4 AUM DN 23/12/2020 16.PN -1433 L05513 Datuk John Ambrose minta MENTERI PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI menyatakan apakah strategi dan

6 AUM DN 23/12/2020

29. PN-1433-L05619

Datuk Mohan a/l Thangarasu minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan sistem sokongan kebersihan wanita (hygienic) yang sedia wujud bagi golongan berpendapatan rendah di luar bandar.

30. PN-1433-L05581

Puan Hajah Sabani binti Mat minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan bagaimanakah cara Kementerian memupuk perpaduan dan integrasi kaum bermula dari sekolah rendah hingga menengah apabila sekolah kebangsaan ini tidak mendapat tempat di hati bangsa lain sedangkan sekolah kebangsaan ini bukan untuk orang Melayu sahaja.

31. PN-1433-L05192

Puan Raj Munni binti Sabu minta PERDANA MENTERI menyatakan bilakah kebenaran menunaikan Umrah dan Haji akan dibuka semula kepada rakyat Malaysia, dan adakah berlaku peningkatan kos bagi kedua-duanya.

32. PN-1433-L05642

Dato' Wira Othman bin Aziz minta MENTERI PEMBANGUNAN LUAR BANDAR menyatakan jumlah permohonan membaiki rumah di luar bandar bagi tahun 2018 dan 2019 di seluruh negara. Apakah kaedah terbaik yang digunakan Kementerian dalam mengatasi masalah kelewatan melulus dan melaksanakan permohonan tersebut.

33. PN-1433-L05132

Laksamana Pertama Haji Mohamad Imran bin Abd Hamid (B) minta MENTERI SUMBER MANUSIA menyatakan supaya veteran ATM diberi keutamaan pekerjaan di bidang keselamatan dalam sektor swasta dan gaji yang bersesuaian memandangkan pengalaman dan kemahiran yang dimiliki sepanjang bertugas dalam perkhidmatan.

34. PN-1433-L05222

Tuan Muhammad Zahid bin Md Arip minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan masalah keciciran pelajar luar bandar dan impak kepada pelajar-pelajar yang tidak dapat mengikuti Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) secara talian kerana kekangan akses internet berkelajuan tinggi serta ketiadaan peranti digital yang mencukupi sepanjang tempoh PKPP atau PKPB dilaksana di seluruh negara.

Page 7: MALAYSIA DEWAN NEGARA ATURAN URUSAN ...4 AUM DN 23/12/2020 16.PN -1433 L05513 Datuk John Ambrose minta MENTERI PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI menyatakan apakah strategi dan

AUM DN 23/12/2020 7

35. PN-1433-L05395

Puan Lim Hui Ying minta MENTERI KEWANGAN menyatakan mengenai unjuran ekonomi yang diunjurkan dan apa pendekatan yang akan diambil oleh Kerajaan bagi menjamin bahawa Kerajaan dapat mencapai unjuran tersebut.

36. PN-1433-L05450

Puan Nuridah binti Mohd Salleh minta MENTERI TENAGA DAN SUMBER ASLI menyatakan sama ada Kerajaan mempunyai perancangan untuk memperluas penjanaan tenaga solar berikutan Malaysia merupakan negara yang mendapat purata cahaya matahari yang tinggi sepanjang tahun.

37. PN-1433-L05187

Puan Raj Munni binti Sabu minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan apakah langkah-langkah Kementerian untuk terus meningkatkan keberkesanan aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan secara dalam talian, adakah guru-guru diberikan latihan-latihan tambahan yang khusus bagi tujuan ini.

38. PN-1433-L05042

Datuk Razali bin Idris minta MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI MAKANAN menyatakan kesiapsagaan Malaysia sekuriti makanan terjamin dan berapa jumlah pusat sekuriti makanan di negara ini serta adakah Kementerian bersedia melaksanakan konsep bantuan setem makanan kepada golongan yang terjejas teruk akibat COVID-19.

39. PN-1433-L05539

Dato' Haji Jefridin bin Haji Atan minta MENTERI PENGAJIAN TINGGI menyatakan apakah statistik terkini bagi IPT yang telah melaksanakan pemulangan semula yuran pengajian mahasiswa yang tidak dapat meneruskan pengajian di kampus dan tidak menggunakan kemudahan yang terkandung di dalam yuran pengajian tersebut disebabkan COVID-19.

40. PN-1433-L05152

Tuan Ismail bin Yusop minta MENTERI PEMBANGUNAN USAHAWAN DAN KOPERASI menyatakan langkah-langkah yang telah dilaksanakan oleh pihak Kementerian khususnya dalam membantu mempertingkatkan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) di Negeri Perak.

Page 8: MALAYSIA DEWAN NEGARA ATURAN URUSAN ...4 AUM DN 23/12/2020 16.PN -1433 L05513 Datuk John Ambrose minta MENTERI PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI menyatakan apakah strategi dan

8 AUM DN 23/12/2020

41. PN-1433-L05515

Tuan Liew Chin Tong minta PERDANA MENTERI menyatakan sebab tiada tindakan lanjut (No Futher Action) ke atas laporan isu ketirisan Landswap Kementerian Pertahanan memandangkan ia melibatkan ahli pentadbiran, khasnya untuk Kem Hutan Melintang, Kem Paloh dan Kem Skudai.

42. PN-1433-L05318

Tuan Adrian Lasimbang minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan status terkini pembinaan SMK Kipouvo, Penampang yang telah diluluskan oleh Kerajaan sebelum ini.

43. PN-1433-L05455

Tuan Balasubramaniam a/l Nachiappan minta MENTERI KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA menyatakan apakah perkembangan terkini sistem capaian internet di luar bandar terutama untuk kelancaran pendidikan secara atas talian dalam keadaan norma baharu ini dan berapakah jumlah statistik kawasan luar bandar yang belum mendapat capaian internet.

44. PN-1433-L05334

Dr. Yaakob bin Sapari minta MENTERI KEWANGAN menyatakan syarikat penerbangan negara, Malaysia Airlines Berhad (MAS) sekali lagi mengalami kerugian ekoran kemerosotan sektor pelancongan. Apakah usaha Kerajaan untuk menyelamatkan MAS dan apakah usaha untuk mengelakkan kakitangan MAS supaya tidak diberhentikan kerja.

45. PN-1433-L05202

Tuan Manolan bin Mohamad minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan apakah langkah-langkah yang diambil untuk memastikan guru-guru mengadakan kelas maya semasa Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dilaksanakan.

46. PN-1433-L05475

Puan Asmak Binti Husin minta PERDANA MENTERI menyatakan langkah yang telah diambil bagi meminda Akta 355 bagi meningkatkan bidang kuasa Mahkamah Syariah dalam undang-undang jenayah syariah negeri.

Page 9: MALAYSIA DEWAN NEGARA ATURAN URUSAN ...4 AUM DN 23/12/2020 16.PN -1433 L05513 Datuk John Ambrose minta MENTERI PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI menyatakan apakah strategi dan

AUM DN 23/12/2020 9

47. PN-1433-L05282

Tuan Robert Lau Hui Yew minta MENTERI PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN menyatakan mengapa IScada Net Sdn Bhd dilantik sebagai syarikat tunggal mengendalikan pemasangan dan pengurusan Sistem Pencegahan Kebakaran Automatik (SPKA) serta berapakah tempoh pelantikan dan skop perkhidmatan yang sepatutnya dilaksanakan oleh syarikat tersebut.

48. PN-1433-L05094

Datuk Teo Eng Tee @ Teo Kok Chee minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan dalam keadaan norma baharu di mana pengajaran dan pembelajaran (PdP) diadakan secara atas talian sepenuhnya. Bagaimanakah Kementerian membantu pelajar dari kumpulan B40 dan M40 (bawah) dalam menghadapi norma baharu ini. Jelaskan secara terperinci. (termasuk dari wilayah pendalaman).

49. PN-1433-L05257

Tuan Zaiedi Suhaili minta MENTERI SUMBER MANUSIA menyatakan bilangan orang yang kompeten lif mengikut umur dan bilangan syarikat serta sejauh mana ketetapan agar hanya mereka yang berumur bawah 60 tahun sahaja dibenarkan memeriksa lif agar integriti pemeriksaan lif benar-benar sempurna dan tidak diragui.

50. PN-1433-L05380

Tuan Haji Idris bin Ahmad minta MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI MAKANAN menyatakan prestasi Syarikat Padiberas Nasional Berhad (BERNAS) berikutan perjanjian Kerajaan dengan syarikat tersebut bakal berakhir pada Januari 2021.

51. PN-1433-L05127

Dato' Sri Vell Paari a/l Tun Samy Vellu minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan apakah pembaharuan dari segi Standard Operating Procedure (SOP) dan inisiatif-inisiatif yang telah dan akan diambil dalam memastikan segala bentuk bantuan kepada rakyat bagi menghadapi krisis COVID-19 melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sampai kepada golongan yang memerlukan.

52. PN-1433-L05272

Datuk Haji Ismail Bin Ibrahim minta PERDANA MENTERI menyatakan peruntukan bajet 2021 bagi memaksimumkan ruang digital melalui pendekatan "paperless" penyampaian awam dan sejauh mana keupayaan dan kesediaan jabatan dan agensi Kerajaan untuk memaksimumkan aplikasi Kerajaan digital.

Page 10: MALAYSIA DEWAN NEGARA ATURAN URUSAN ...4 AUM DN 23/12/2020 16.PN -1433 L05513 Datuk John Ambrose minta MENTERI PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI menyatakan apakah strategi dan

10 AUM DN 23/12/2020

53. PN-1433-L05574

Tuan Waytha Moorthy A/L Ponnusamy minta MENTERI PELANCONGAN, SENI DAN BUDAYA menyatakan apakah Kerajaan akan melindungi tapak-tapak warisan bersejarah Orang Asli seperti mana terkandung dalam Akta Warisan Kebangsaan 2005 dan apakah rancangan Kerajaan untuk melindungi, memelihara dan mengekalkan tapak warisan di Negeri Kelantan yang diancam dengan projek yang kononnya untuk mengatasi banjir.

54. PN-1433-L05112

Dato' Kesavadas A/L A.Achyuthan Nair minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan bahawa Semangat Artikel 152 yang luas, Akta Pendidikan 1996 dalam Bahagian 2 memperuntukkan bahawa Bahasa Cina atau Bahasa Tamil hendaklah disediakan di Sekolah Menengah Kebangsaan dan Sekolah Rendah Kebangsaan jika ibu bapa sekurang-kurangnya 15 murid di sekolah itu meminta. Sejauh manakah peruntukkan ini dilaksanakan.

55. PN-1433-L05237

Sr. Haji Mohd Apandi bin Mohamad minta PERDANA MENTERI menyatakan alasan projek petrokimia di Pantai Senok, Bachok tidak diteruskan walaupun ia telah ditandatangan oleh YAB Perdana Menteri ke 4 dan Al-Marhum Tuan Guru Bentara Setia Nik Abdul Aziz Nik Mat (Menteri Besar Kelantan ketika itu).

56. PN-1433-L05172

Dr. Ahmad Azam bin Hamzah minta MENTERI SUMBER MANUSIA menyatakan sejauh manakah program reskilling dan upskilling telah memberi manafaat kepada syarikat SME.

57. PN-1433-L05117

Dato' Sri Vell Paari a/l Tun Samy Vellu minta PERDANA MENTERI menyatakan apakah langkah-langkah yang diambil untuk memastikan penemuan utama audit pematuhan oleh Ketua Audit Negara seperti berlakunya pembayaran tidak teratur, hasil tidak dikutip dengan teratur dan kelemahan dalam pemerolehan Kerajaan tidak berulang lagi sekaligus merugikan rakyat dan negara.

58. PN-1433-L05633

Dato' Wira Othman bin Aziz minta MENTERI PELANCONGAN, SENI DAN BUDAYA menyatakan usaha-usaha Kementerian dalam membantu industri pelancongan yang terjejas akibat krisis COVID-19 mengikut sektor yang terlibat.

Page 11: MALAYSIA DEWAN NEGARA ATURAN URUSAN ...4 AUM DN 23/12/2020 16.PN -1433 L05513 Datuk John Ambrose minta MENTERI PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI menyatakan apakah strategi dan

AUM DN 23/12/2020 11

59. PN-1433-L05575

Puan Hajah Sabani binti Mat minta MENTERI PERUSAHAAN PERLADANGAN DAN KOMODITI menyatakan apakah kesan terhadap import sawit Malaysia bagi tahun 2020 akibat tindakan Amerika Syarikat memboikot produk sawit keluaran Felda Global Ventures (FGV).

60. PN-1433-L05227

Tuan Muhammad Zahid bin Md Arip minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan sejauh mana Kerajaan menyediakan kerangka polisi baru yang dipertingkatkan dan intervensi bagi memastikan pendidikan awal kanak-kanak diperkasakan seiring dengan keperluan modal insan global untuk generasi akan datang.

61. PN-1433-L05217

Tuan Mohd Yusmadi bin Mohd Yusoff minta PERDANA MENTERI menyatakan mengenai status Laporan Jawatankuasa Reformasi Institusi (Institutional Reforms Committee) dan bila ia akan dibentangkan kepada Parlimen dan awam.

62. PN-1433-L05440

Puan Nuridah binti Mohd Salleh minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan tahap keberkesanan pendidikan seksualiti yang digunakan oleh LPPKN untuk mendidik remaja agar menjauhi persetubuhan luar nikah.

63. PN-1433-L05531

Dato' Haji Jefridin bin Haji Atan minta PERDANA MENTERI menyatakan pada tahap manakah ketepatan paras garis kemiskinan terbaharu negara dalam menggambarkan situasi sebenar rakyat dan apakah pendekatan yang diambil Kementerian dalam menangani isu kemiskinan mengikut keperluan setempat.

64. PN-1433-L05036

Datuk Razali bin Idris minta MENTERI PELANCONGAN, SENI DAN BUDAYA menyatakan aktiviti pelancongan domestik negara dijangka berkembang 30 peratus dalam pasca pandemik COVID-19 dan berapa peruntukan kewangan dan dana disediakan bagi peralihan drastik berlaku ke arah pelancongan domestik terutama sektor eko pelancongan di negara ini.

Page 12: MALAYSIA DEWAN NEGARA ATURAN URUSAN ...4 AUM DN 23/12/2020 16.PN -1433 L05513 Datuk John Ambrose minta MENTERI PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI menyatakan apakah strategi dan

12 AUM DN 23/12/2020

65. PN-1433-L05624

Datuk Mohan a/l Thangarasu minta MENTERI SUMBER MANUSIA menyatakan adakah Kerajaan berhasrat untuk mengembalikan balik kutipan wang Tabung Pembangunan Sumber Manusia (PSMB) kepada syarikat-syarikat swasta sebagai langkah untuk mengurangkan beban syarikat-syarikat swasta dalam musim Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang berterusan ini.

66. PN-1433-L05390

Tuan Haji Idris bin Ahmad minta MENTERI KEWANGAN menyatakan perkembangan rundingan bersama pihak Khazanah Nasional, pemiutang dan pajakan pesawat di bawah syarikat MAB bagi mengatasi kemelut yang sedang melanda syarikat penerbangan nasional itu ketika ini.

67. PN-1433-L05147

Tuan Ismail bin Yusop minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan dalam tempoh pandemik COVID-19, di antara golongan yang terkesan adalah warga emas khususnya dari segi perlindungan, kesihatan dan kebajikan. Apakah perlindungan yang telah disediakan oleh Kerajaan khususnya Jabatan Kebajikan Masyarakat di bawah Kementerian dalam melindungi warga emas dalam tempoh pandemik.

68. PN-1433-L05485

Dato' Haji Husain Bin Awang minta MENTERI WILAYAH PERSEKUTUAN menyatakan polisi larangan penjualan produk minuman keras di kedai serbaneka dan kedai runcit di Kuala Lumpur yang bermula 1 Oktober tahun hadapan.

69. PN-1433-L05277

Tuan Robert Lau Hui Yew minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan rasional untuk menutup semua sekolah di seluruh Sarawak dari 9 November 2020 sedangkan hanya daerah Kuching berada di dalam zon merah.

70. PN-1433-L05361

Tuan Alan Ling Sie Kiong minta MENTERI PEMBANGUNAN LUAR BANDAR menyatakan apakah rancangan Kementerian dalam usaha untuk menjalin kerjasama dengan Kementerian Komunikasi dan Multimedia bagi memastikan kemudahan internet terutamanya di kawasan luar bandar dapat dipertingkatkan dari segi kelajuan dan kawasan liputan bersesuaian dengan norma baharu kehidupan yang bergantung dengan perkembangan ICT.

Page 13: MALAYSIA DEWAN NEGARA ATURAN URUSAN ...4 AUM DN 23/12/2020 16.PN -1433 L05513 Datuk John Ambrose minta MENTERI PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI menyatakan apakah strategi dan

AUM DN 23/12/2020 13

71. PN-1433-L05545

Datuk Hj. Bashir bin Hj. Alias minta MENTERI PELANCONGAN, SENI DAN BUDAYA menyatakan bagaimanakah peruntukan yang telah diluluskan untuk promosi 'Visit Malaysia 2020' dibelanjakan dan adakah Kementerian berniat untuk membantu pihak berkepentingan dalam sektor pelancongan di Labuan yang terjejas dalam pandemik COVID-19.

72. PN-1433-L05430

Tuan Haji Ahmad bin Yahya minta MENTERI KEWANGAN menyatakan perkembangan gerakerja Jawatan Kuasa Khas Kewangan Islam (JKKI) yang ditubuhkan pada tahun 2019 serta apakah langkah yang telah diambil oleh Jawatankuasa ini dalam mempromosikan sistem kewangan Islam dalam pentadbiran negeri-negeri di seluruh negara.

73. PN-1433-L05460

Tuan Balasubramaniam a/l Nachiappan minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan apakah inisiatif Kerajaan dalam membanteras pelbagai modus "scam", terbaru "African Scam" manakala sebelum ini "Macau Scam" yang sedang berleluasa menipu daya masyarakat.

74. PN-1433-L05607

Dato' Raja Kamarul Bahrin Shah Bin Raja Ahmad minta MENTERI TENAGA DAN SUMBER ASLI menyatakan apakah usaha Kerajaan untuk memastikan keluasan rezab hutan dan hutan simpan dikekalkan mengikut ketetapan yang telah ditentukan.

75. PN-1433-L05267

Datuk Haji Ismail Bin Ibrahim minta MENTERI PELANCONGAN, SENI DAN BUDAYA menyatakan sejauh mana giat usaha dan rancangan promosi bagi meningkatkan tumpuan pelancong domestik ke Pulau Melaka dan Pulau Besar supaya kedua-dua tempat ini menjadi pemangkin pertumbuhan sosio-ekonomi Pelancongan Melaka dalam memulih kesan pandemik COVID-19.

76. PN-1433-L05480

Puan Asmak Binti Husin minta MENTERI PEMBANGUNAN USAHAWAN DAN KOPERASI menyatakan bilangan syarikat yang telah mendapat Akreditasi Perusahaan Sosial (SE.A) di Malaysia dan inisiatif melalui yang telah disediakan oleh Kerajaan bagi meningkatkan usahawan sosial khususnya setelah Malaysia dilanda wabak COVID-19.

Page 14: MALAYSIA DEWAN NEGARA ATURAN URUSAN ...4 AUM DN 23/12/2020 16.PN -1433 L05513 Datuk John Ambrose minta MENTERI PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI menyatakan apakah strategi dan

14 AUM DN 23/12/2020

77. PN-1433-L05122

Dato' Sri Vell Paari a/l Tun Samy Vellu minta PERDANA MENTERI menyatakan bila sempadan Malaysia-Singapura akan dibuka semula bagi memastikan rakyat Malaysia yang kini terkandas di negara tersebut dapat pulang semula ke Malaysia dan berjumpa dengan ahli keluarga mereka terutamanya mereka yang bekerja berulang alik daripada Johor ke Singapura.

78. PN-1433-L05589

Tuan Suresh Singh a/l Rashpal Singh minta MENTERI PEMBANGUNAN LUAR BANDAR menyatakan apakah rancangan masa depan atau rancangan yang telah diambil untuk membantu masyarakat Orang Asli yang masih hidup dalam keadaan yang amat menyedihkan sehingga ke hari ini.

79. PN-1433-L05435

Tuan Haji Ahmad bin Yahya minta MENTERI TENAGA DAN SUMBER ASLI menyatakan apakan tindakan Kementerian dalam usaha untuk memastikan keluasan rizab hutan dan hutan simpan dikekalkan mengikut keluasan yang telah ditetapkan serta apakah bentuk imbuhan yang disediakan oleh Kerajaan bagi membantu negeri yang kehilangan hasil kerana mengekalkan hutan simpan demi memastikan bekalan air yang mencukupi.

80. PN-1433-L05508

Datuk John Ambrose minta MENTERI KEWANGAN menyatakan :-

(a) apakah langkah Kerajaan untuk mengukuh dan menstabilkan ekonomi negara memandangkan ekonomi global mengalami kemelesetan paling teruk akibat gelombang ketiga pandemik COVID-19; dan

(b) jumlah peruntukan yang telah disalurkan bagi setiap kategori pakej yang bertujuan merangsang ekonomi.

81. PN-1433-L05445

Puan Nuridah binti Mohd Salleh minta MENTERI ALAM SEKITAR DAN AIR menyatakan bentuk kerjasama yang berterusan antara Kementerian dan Kerajaan Negeri bagi menyelesaikan masalah gangguan bekalan air terutama di negeri-negeri yang kerap mengalami masalah ini.

Page 15: MALAYSIA DEWAN NEGARA ATURAN URUSAN ...4 AUM DN 23/12/2020 16.PN -1433 L05513 Datuk John Ambrose minta MENTERI PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI menyatakan apakah strategi dan

AUM DN 23/12/2020 15

82. PN-1433-L05420

Puan Ras Adiba binti Mohd Radzi minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan apakah rancangan Kementerian dalam mengembalikan kanak-kanak OKU ke Program Pemulihan dalam Komuniti (PDK) atau GENIUS Kurnia secepat mungkin bagi mengelakkan kehilangan kemajuan dalam pendidikan susulan ramai kanak-kanak terkesan akibat pandemik COVID-19 serta pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

83. PN-1433-L05524

Dato' Haji Jefridin bin Haji Atan minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan apakah penyelesaian Kementerian terhadap warga asing yang telah tamat pas lawatan sosial mereka sepanjang tempoh PKPD/PKPB/PKPP yang tidak dapat pulang disebabkan ketiadaan penerbangan ke negara asal supaya tiada yang mengambil kesempatan untuk tinggal lebih masa di Malaysia secara haram.

84. PN-1433-L05638

Dato' Wira Othman bin Aziz minta PERDANA MENTERI menyatakan bagaimanakah Kerajaan menangani isu kemiskinan yang semakin melarat berikutan wabak COVID-19.

85. PN-1433-L05614

Datuk Mohan a/l Thangarasu minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan sama ada Kerajaan mempertimbangkan sebarang insentif khas terutamanya dari segi pengecualian permit bagi pemandu E-hailing yang terkesan pendapatan akibat penularan wabak COVID-19 bagi tahun akan datang.

86. PN-1433-L05059

Dato' Isa Bin Ab. Hamid minta MENTERI PEMBANGUNAN LUAR BANDAR menyatakan berapakah jumlah bajet dan bantuan RISDA kepada pekebun kecil Orang Asli bagi tanam semula getah perkampungan Orang Asli di seluruh negara pada 2019-2020.

87. PN-1433-L05107

Dato' Kesavadas A/L A.Achyuthan Nair minta MENTERI KEWANGAN menyatakan bahawa lazimnya ramai peniaga dari sebuah negara jiran pindahkan wang mereka ke bank-bank di Singapura dan tidak di negara kita. Apakah mereka melihat Singapura sebagai lebih selamat dan boleh dipercayai berbanding Malaysia.

Page 16: MALAYSIA DEWAN NEGARA ATURAN URUSAN ...4 AUM DN 23/12/2020 16.PN -1433 L05513 Datuk John Ambrose minta MENTERI PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI menyatakan apakah strategi dan

16 AUM DN 23/12/2020

88. PN-1433-L05400

Puan Lim Hui Ying minta MENTERI PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN menyatakan usaha Kementerian untuk membangunkan perumahan mampu milik dan Projek Perumahan Rakyat (PPR) di negeri Pulau Pinang. Apakah perancangan selanjutnya Kementerian untuk memastikan pembekalan perumahan dari Kerajaan Persekutuan disampaikan di negeri Pulau Pinang.

8

89. PN-1433-L05563

Puan Hajah Sabani binti Mat minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan apakah langkah-langkah reformasi kepada sistem penjara di Malaysia selepas penularan mendadak COVID-19 dalam kalangan banduan dan staf penjara di Malaysia.

90. PN-1433-L05084

Tuan Kamarudin bin Abdun minta MENTERI PERDAGANGAN DALAM NEGERI DAN HAL EHWAL PENGGUNA menyatakan berapakah jumlah lesen pengedar tepung, gula, gas dan minyak masak yang telah dikeluarkan oleh Kementerian dan berapa banyakkah lesen yang telah dibatalkan terutamanya di negeri Perlis.

91. PN-1433-L05312

Tuan Adrian Lasimbang minta PERDANA MENTERI menyatakan mengapakah laporan hasil dari Jawatankuasa Khas MA63 tidak akan dikeluarkan kepada umum dan adakah syor-syor yang dikenal pasti oleh Jawatankuasa Khas tersebut akan diambil tindakan.

92. PN-1433-L05593

Tuan Suresh Singh a/l Rashpal Singh minta MENTERI KEWANGAN menyatakan apakah langkah/ tindakan yang akan diambil oleh Kementerian untuk membantu syarikat-syarikat yang mengurangkan tenaga pekerja (retrench) dari segi pengurangan caruman KWSP majikan secara berperingkat agar ia dapat membantu mengurangkan kos perbelanjaan syarikat tersebut.

93. PN-1433-L05242

Sr. Haji Mohd Apandi bin Mohamad minta MENTERI SAINS, TEKNOLOGI DAN INOVASI menyatakan langkah-langkah Kerajaan dalam usaha mengeluarkan vaksin sendiri bagi menghadapi COVID-19.

Page 17: MALAYSIA DEWAN NEGARA ATURAN URUSAN ...4 AUM DN 23/12/2020 16.PN -1433 L05513 Datuk John Ambrose minta MENTERI PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI menyatakan apakah strategi dan

AUM DN 23/12/2020 17

94. PN-1433-L05329

Dr. Yaakob bin Sapari minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan adakah kapasiti penjara yang ada sekarang memenuhi piawaian antarabangsa, memandangkan jumlah penjenayah kian meningkat. Adakah pihak penjara mempunyai hukuman lain bagi mengurangkan kesesakan banduan dalam penjara.

95. PN-1433-L05177

Puan Rita Sarimah Anak Patrick Insol minta MENTERI KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA menyatakan mengapa terdapat artis rakaman, komposer lagu dan lirik daripada Sarawak tidak dibayar royalti ke atas lagu mereka dan apakah langkah yang akan diambil oleh Kementerian untuk memastikan royalti dikutip dan dibayar kepada artis dan komposer.

96. PN-1433-L05167

Dr. Ahmad Azam bin Hamzah minta MENTERI KEWANGAN menyatakan bagaimanakah cara Kerajaan Malaysia menambah pendapatan negara yang dibebani dengan masalah hutang yang besar serta kemelesetan ekonomi akibat pandemik COVID-19.

97. PN-1433-L05555

Tuan Waytha Moorthy A/L Ponnusamy minta MENTERI PERPADUAN NEGARA menyatakan adakah Kerajaan akan meneruskan dengan cadangan Kerajaan terdahulu untuk memperuntukkan sejumlah wang tertentu untuk tujuan kegunaan keagamaan bukan Islam dengan mengambil kira Peruntukan Perlembagaan dan Rukun Negara dan pentingnya ajaran nilai-nilai murni yang terkandung dalam semua agama yang menjadi asas pegangan dan kesetiaan rakyat terhadap Raja dan Negara.

98. PN-1433-L05302

Puan Susan Chemerai Anding minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan apakah perancangan Kementerian untuk memberi peralatan seperti komputer riba dan mesin cetak kepada pelajar sekolah memandangkan ramai pelajar yang memerlukan komputer riba dan mesin cetak sekarang.

99. PN-1433-L05142

Laksamana Pertama Haji Mohamad Imran bin Abd Hamid (B) minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan adakah Kementerian bercadang untuk mempertingkatkan sistem atas talian semua Jabatan Kebajikan Masyarakat yang dilihat begitu lembap dan menyukarkan staf JKM mengakses data yang diperlukan.

Page 18: MALAYSIA DEWAN NEGARA ATURAN URUSAN ...4 AUM DN 23/12/2020 16.PN -1433 L05513 Datuk John Ambrose minta MENTERI PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI menyatakan apakah strategi dan

18 AUM DN 23/12/2020

100. PN-1433-L05162

Dr. Ahmad Azam bin Hamzah minta MENTERI KESIHATAN menyatakan tentang peruntukan RM1 billion untuk COVID-19, tetapi mengapakah setakat hari ini, kakitangan barisan hadapan masih menghadapi masalah kekurangan bekalan PPE.

101. PN-1433-L05102

Dato' Kesavadas A/L A.Achyuthan Nair minta MENTERI KEWANGAN menyatakan bahawa Bank Dunia menurunkan unjuran pertumbuhan ekonomi Malaysia bagi tahun ini kepada -4.9 peratus lebih rendah daripada unjuran awal pada 3.1 peratus. Apakah angka akan menurun lagi memandangkan kurangnya pelaburan dan permintaan luaran.

102. PN-1433-L05600

Tuan Nga Hock Cheh minta PERDANA MENTERI menyatakan sama ada pihak Kerajaan berhasrat untuk menyelesaikan keputusan kehakiman yang bertentangan mengenai penafsiran Seksyen 68 (1) (a) Akta Mahkamah Kehakiman 1964 dengan meminda subseksyen tersebut untuk dibaca "No appeal should be brought without leave where the judgement appealed against is for the payment of a monetary sum which is less than RM250,000.00" (Seperti yang dicadangkan oleh Mahkamah di Manohary Teresa & Anor v Tan Ah Lek [1995] 3MLJ 365).

103. PN-1433-L05050

Datuk Donald Peter Mojuntin minta MENTERI SAINS, TEKNOLOGI DAN INOVASI menyatakan adakah jumlah Ringgit Malaysia 3 bilion bagi tujuan memperoleh bekalan vaksin COVID-19 mencukupi untuk setiap penduduk Malaysia.

104. PN-1433-L05297

Puan Susan Chemerai Anding minta MENTERI KESIHATAN menyatakan apakah langkah yang dibuat oleh Kementerian untuk memastikan terdapat rawatan seperti biasa dan juga rawatan kecemasan untuk kanak-kanak dan remaja, memandangkan semasa penularan pendemik COVID-19, kesihatan golongan ini terancam di sebabkan antara lain kegelisahan, kekurangan kontek dengan rakan sebaya dan kekurangan peluang untuk membetulkan tekanan.

105. PN-1433-L05212

Tuan Manolan bin Mohamad minta MENTERI KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA menyatakan bilakah akan dibina pencawang talian jalur lebar 4G di Sekolah Kebangsaan Bukit Rok dan merangkumi kawasan Kampung Bukit Rok, Bera Pahang seperti yang telah dibangkitkan sebelum ini.

Page 19: MALAYSIA DEWAN NEGARA ATURAN URUSAN ...4 AUM DN 23/12/2020 16.PN -1433 L05513 Datuk John Ambrose minta MENTERI PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI menyatakan apakah strategi dan

AUM DN 23/12/2020 19

106. PN-1433-L05069

Dato' Isa Bin Ab. Hamid minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan kadar kehadiran murid Orang Asli di seluruh negara dan usaha Kementerian ini dalam mengalakkan kehadiran dan motivasi ibu bapa di 95 buah sekolah 100% Orang Asli.

107. PN-1433-L05323

Tuan Adrian Lasimbang minta MENTERI KESIHATAN menyatakan adakah Kementerian akan memperuntukkan belanjawan tetap khas kesihatan (ring-fenced) untuk negeri Sabah bagi merapatkan jurang antara peruntukan bagi negeri Sabah berbanding purata peruntukan di peringkat nasional.

108. PN-1433-L05405

Puan Lim Hui Ying minta MENTERI KEWANGAN menyatakan menyenaraikan Ahli-ahli Dewan Rakyat dan Negara yang telah dilantik ke dalam Syarikat Milik Kerajaan (GLC) mengikut syarikat dan jumlah gaji/ elaun/ elomumen/ imbuhan (remuneration) yang berkenaan.

109. PN-1433-L05197

Puan Raj Munni binti Sabu minta PERDANA MENTERI menyatakan adakah Kerajaan bercadang untuk mempelajari strategi dan pendekatan yang telah diguna pakai oleh Kerajaan Korea Selatan dalam membendung wabak COVID-19 tanpa hanya perlu bergantung kepada strategi Perintah Kawalan Pergerakan seperti yang telah terpaksa dilaksanakan oleh negara ini dan beberapa negara yang lain.

110. PN-1433-L05410

Puan Ras Adiba binti Mohd Radzi minta MENTERI SUMBER MANUSIA menyatakan adakah pihak Kementerian dan PERKESO akan menaikkan kadar pencen ilat yang sedia ada seiring dengan peningkatan kos sara hidup yang dihadapi rakyat bagi meringankan bebanan perbelanjaan.

111. PN-1433-L05157

Tuan Ismail bin Yusop minta PERDANA MENTERI menyatakan dalam tempoh pandemik COVID-19, apakah Kerajaan menyediakan sebarang peruntukkan khas bagi meningkatkan, fasiliti, prasarana dan sistem pengendalian kes secara atas talian khususnya sistem e-filing untuk Mahkamah Syariah kerana pendengaran kes-kes terhad dan bersifat mendesak di Mahkamah Syariah di seluruh negara masih beroperasi seperti biasa.

Page 20: MALAYSIA DEWAN NEGARA ATURAN URUSAN ...4 AUM DN 23/12/2020 16.PN -1433 L05513 Datuk John Ambrose minta MENTERI PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI menyatakan apakah strategi dan

20 AUM DN 23/12/2020

112. PN-1433-L05540

Tuan Liew Chin Tong minta MENTERI KESIHATAN menyatakan :-

(a) jumlah kakitangan kontrak yang telah diambil Kementerian Kesihatan bagi menampung keperluan perkhidmatan kesihatan sehingga 15 Disember 2020; dan

(b) sejauh manakah Kerajaan akan menarik minat mereka yang memerlukan pekerjaan dalam krisis COVID-19 untuk menyertai perkhidmatan kesihatan.

113. PN-1433-L05495

Dato' Haji Husain Bin Awang minta MENTERI SAINS, TEKNOLOGI DAN INOVASI menyatakan sejauh mana kolaborasi Kementerian dengan Menteri Alam Sekitar dan Air dalam penghasilan teknologi pendigitalan bagi meminimumkan kesan terhadap alam sekitar.

114. PN-1433-L05565

Tuan Waytha Moorthy A/L Ponnusamy minta MENTERI PERDAGANGAN DALAM NEGERI DAN HAL EHWAL PENGGUNA menyatakan apakah tindakan Kerajaan terhadap penjualan minuman alkohol tiruan yang berleluasa di pasaran termasuk di kedai runcit yang memberi impak tinggi kepada golongan B40 dari segi kesihatan dan sosial dan apakah kadar kematian akibat minuman alkohol tiruan.

115. PN-1433-L05351

Tuan Alan Ling Sie Kiong minta MENTERI KEWANGAN menyatakan jumlah kenderaan yang mempunyai pendaftaran luar negara yang telah ditahan dan masih dalam penyiasatan oleh Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) di negeri Sarawak dan apakah kesalahan-kesalahan yang telah didapati.

Page 21: MALAYSIA DEWAN NEGARA ATURAN URUSAN ...4 AUM DN 23/12/2020 16.PN -1433 L05513 Datuk John Ambrose minta MENTERI PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI menyatakan apakah strategi dan

AUM DN 23/12/2020 21

116. PN-1433-L05137

Laksamana Pertama Haji Mohamad Imran bin Abd Hamid (B) minta PERDANA MENTERI menyatakan adakah Kerajaan meluluskan Bantuan Zakat Kecemasan di semua pusat zakat negeri dan daerah agar dapat meringankan beban mereka yang terjejas akibat COVID-19.

Page 22: MALAYSIA DEWAN NEGARA ATURAN URUSAN ...4 AUM DN 23/12/2020 16.PN -1433 L05513 Datuk John Ambrose minta MENTERI PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI menyatakan apakah strategi dan

22 AUM DN 23/12/2020

ATURAN URUSAN MESYUARAT DAN USUL-USUL

1. ( D.R 16/2020 ) Rang Undang-undang Perbekalan 2021 - Menyambung

semula Perbahasan atas masalah “Bahawa Rang

Undang-undang ini dibacakan kali yang kedua

sekarang”.

( 22 Disember, 2020 )

[ Menteri Kewangan ]

2. ( D.R 17/2020 ) Rang Undang-undang Kewangan 2020

Bacaan Kali Yang Kedua

[ Menteri Kewangan ]

3. ( D.R.19/2020 ) Rang Undang-Undang Kastam (Pindaan) 2020

Bacaan Kali Yang Kedua

[ Menteri Kewangan ]

4. ( D.R.20/2020 ) Rang Undang-Undang Eksais (Pindaan) 2020

Bacaan Kali Yang Kedua

[ Menteri Kewangan ]

5. ( D.R.21/2020 ) Rang Undang-Undang Zon Bebas (Pindaan) 2020

Bacaan Kali Yang Kedua

[ Menteri Kewangan ]

6. ( D.R 18/2020 ) Rang Undang-Undang Langkah-Langkah Sementara Bagi Pembiayaan Kerajaan (Penyakit Koronavirus 2019 (COVID-19)) (Pindaan) 2020

Bacaan Kali Yang Kedua

[ Menteri Kewangan ]

Page 23: MALAYSIA DEWAN NEGARA ATURAN URUSAN ...4 AUM DN 23/12/2020 16.PN -1433 L05513 Datuk John Ambrose minta MENTERI PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI menyatakan apakah strategi dan

AUM DN 23/12/2020 23

7. ( D.R.22/2020 ) Rang Undang-Undang Cukai Jualan (Pindaan) 2020

Bacaan Kali Yang Kedua

[ Menteri Kewangan ]

8. ( D.R.23/2020 ) Rang Undang-Undang Cukai Perkhidmatan (Pindaan) 2020

Bacaan Kali Yang Kedua

[ Menteri Kewangan ]

9. ( D.R.25/2020 ) Rang Undang-Undang Cukai Pelancongan (Pindaan) 2020

Bacaan Kali Yang Kedua

[ Menteri Kewangan ]

10. ( D.R.11/2020 ) Rang Undang-Undang Koperasi (Pindaan) 2020

Bacaan Kali Yang Kedua

[ Menteri Pembangunan Usahawan Dan Koperasi ]

11. PN-1433-U00002 Dato' Haji Jefridin bin Haji Atan akan mencadangkan :-

"Bahawa Dewan Negara menggesa usul menyediakan platform digital kepada pengusaha-pengusaha kecil di luar bandar. Perkembangan teknologi mudah alih dan jaringan lajur lebar yang semakin berkembang masa kini mengubah corak sistem jual beli dalam memperkasakan sektor ekonomi menerusi platform e-dagang. Antara contoh platform e-dagang terbesar dunia adalah Ali Baba di China, Amazon di United States, dan Rakuten di Jepun. Sistem ini banyak memberi manfaat kepada semua pihak ditambah dengan penggunaan jalur lebar yang semakin meningkat. Kajian-kajian yang dilakukan terhadap pengguna e-dagang mendapati bahawa masyarakat Malaysia cenderung untuk membuat pembelian menggunakan platform e-dagang kerana pilihan harga produk yang lebih murah dan juga menjimatkan masa dan tenaga. Pengusaha-pengusaha di bandar majoritinya telah menggunakan platform e-dagang ini untuk memasarkan produk mereka. Namun begitu,

Page 24: MALAYSIA DEWAN NEGARA ATURAN URUSAN ...4 AUM DN 23/12/2020 16.PN -1433 L05513 Datuk John Ambrose minta MENTERI PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI menyatakan apakah strategi dan

24 AUM DN 23/12/2020

senario bagi pengusaha-pengusaha di luar bandar pula agak sedikit ketinggalan. Hal ini berikutan isu jaringan jalur lebar yang lemah di beberapa kawasan luar bandar di tambah lagi dengan kurangnya literasi ICT. Walaupun Kerajaan agresif dalam memperkembangkan ekonomi, tetapi tidak seharusnya meminggirkan golongan luar bandar. Dan menyedari hakikat tersebut, pihak Kerajaan harus memberi perhatian kepada golongan pengusaha luar bandar dalam menyediakan kemudahan digital bagi pemasaran produk keluaran mereka. Usul menyediakan platform digital kepada golongan pengusaha luar bandar ini adalah penting kerana majoriti produk-produk keluaran golongan tersebut adalah lebih berkualiti. Selain menyokong produk tempatan, produk keluaran golongan tersebut turut dapat dipasarkan ke peringkat global jika dijual menerusi platform e-dagang. Malah, ia juga dapat memberi peluang kepada mereka untuk menjadi sebagai pembekal. Antara kemudahan digital yang boleh disediakan adalah seperti jaringan jalur lebar yang kuat, komputer riba atau tablet, dan juga video tutorial khas berkaitan bagaimana untuk memulakan platform e-dagang. Kita percaya, kini semua masyarakat memiliki telefon pintar di mana semua maklumat boleh diperoleh dengan mudah dan pantas. Cuma, golongan ini mungkin tidak arif akan saluran yang betul untuk mempromosikan produk keluaran mereka. Sehubungan itu, usul ini juga menerusi Dewan Negara mahu pihak Kerajaan bertindak dalam membantu golongan pengusaha luar bandar dalam menjana ekonomi. Tambahan lagi, pandemik COVID-19 yang berlaku di negara kita ini amat memberi kesan kepada semua lapisan masyarakat terutamanya bagi golongan pengusaha-pengusaha kecil"

[ Menteri Pembangunan Luar Bandar ]

12. PN-1433-U00003 Dato' Haji Jefridin bin Haji Atan akan mencadangkan :-

"Bahawa Dewan Negara menggesa usul untuk memberi moratorium pembayaran atas kadar faedah kad kredit kepada golongan pertengahan atau M40. Pandemik COVID-19 yang melanda negara ini memberi kesan kepada semua pihak sama ada daripada golongan B40 mahu pun M40. Pemberian moratorium telah dilaksanakan bagi membantu golongan B40 yang terkesan dari segi kewangan akibat pandemik COVID-19. Menerusi petikan akhbar Berita Harian Online bertarikh 12 November 2020 yang lepas,

Page 25: MALAYSIA DEWAN NEGARA ATURAN URUSAN ...4 AUM DN 23/12/2020 16.PN -1433 L05513 Datuk John Ambrose minta MENTERI PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI menyatakan apakah strategi dan

AUM DN 23/12/2020 25

golongan M40 yang terdiri daripada peniaga atau perusahaan kecil dan sederhana (PKS) turut terjejas sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan. Malah, sehingga Januari 2020, sebanyak 9.1 juta pemegang kad kredit direkodkan dan majoriti golongan ini adalah dalam kategori M40 ini. Laporan the Edge pada Mac 2020 juga menyatakan baki pembayaran kad kredit adalah berjumlah RM38.9 bilion. Kadar faedah kad kredit yang tinggi antara 16%-17% juga amat memberi kesan. Rata-rata mereka di dalam kelompok M40 kini dibelenggu hutang yang banyak kerana hilang pekerjaan dan sumber pendapatan disebabkan oleh dasar pengurangan pekerja oleh syarikat serta pemberhentian operasi secara kekal. Apa yang membimbangkan adalah golongan ini sudah pastinya mengalami tekanan emosi dan dikhuatiri membuat keputusan untuk meminjam wang daripada Ah Long atau ceti haram. Dalam situasi ekonomi yang sangat mencabar ini, tidak dinafikan bahawa sesetengah individu boleh bertindak melakukan apa sahaja demi mendapatkan wang. Malah ada juga yang berusaha untuk membuka perniagaan kecilan demi menampung kos sara hidup. Namun sejauh mana hasil pendapatan yang kecil itu mampu untuk menampung kos perbelanjaan dan komitmen mereka yang dahulunya adalah tinggi. Kita tidak mahu perkara-perkara yang negatif terus berlaku apatah lagi apabila ia melibatkan keselamatan dan nyawa sesetengah pihak. Dan menyedari hakikat serta senario tersebut, usul ini juga menerusi Dewan Negara mahu pihak Kerajaan bertindak dalam mengusahakan pemberian moratorium kad kredit kepada golongan M40 supaya dapat meringankan beban bayaran hutang. Hal ini dapat memberi peluang kepada mereka yang terkesan untuk mengukuhkan semula kewangan keluarga mahupun kendiri secara berperingkat di samping mengurangkan tekanan emosi sepanjang tempoh pandemik COVID-19 ini"

[ Menteri Kewangan ]