malaysia dewan rakyat aturan urusan · pdf fileberlepas lapangan terbang subang yang hanya...

21
MALAYSIA DEWAN RAKYAT ATURAN URUSAN MESYUARAT NASKHAH SAHIH/BAHASA MALAYSIA http://www.parlimen.gov.my HARI ISNIN, 7 APRIL 2014, PUKUL 10.00 PAGI Bil. 17 PERTANYAAN-PERTANYAAN BAGI JAWAB LISAN 1. PR-1321-L60648 Dato' Haji Irmohizam bin Haji Ibrahim [ Kuala Selangor ] minta MENTERI KERJA RAYA menyatakan memandangkan perjanjian konsesi antara Kerajaan dan syarikat konsesi lebuh raya perlu disemak dan dinaikkan pada tahun 2011 yang melibatkan 13 lebuh raya maka kenapa ia tidak dilaksanakan sehingga Kerajaan terpaksa membelanjakan RM400 juta untuk membayar pampasan untuk mengekalkan kadar sedia ada. 2. PR-1321-L59416 Dato' Mansor bin Othman [ Nibong Tebal ] minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan jumlah perbelanjaan bagi membiayai kajian pembelajaran dan pengajaran Bahasa Inggeris (BI) yang dijalankan kumpulan pakar Cambridge English yang dilantik oleh Kementerian serta nyatakan dapatan kajian tersebut secara terperinci. 3. PR-1321-L59344 Datuk Koh Nai Kwong [ Alor Gajah ] minta MENTERI KESEJAHTERAAN BANDAR, PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN menyatakan tindakan dan usaha proaktif yang telah diambil oleh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) termasuk bekerja sama dengan penduduk tempatan melalui pelbagai pertubuhan tempatan untuk membasmi denggi dan menghapuskan kawasan pembiakan nyamuk Aedes dan jelaskan kesannya. 4. PR-1321-L61256 Dato' Mohd Ariff Sabri bin Abdul Aziz [ Raub ] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR menyatakan berapa banyak sungai yang masih mempunyai status kelas 1 yakni yang boleh diminum tanpa rawatan. 5. PR-1321-L60283 Tan Sri Datuk Seri Panglima Joseph Pairin Kitingan [ Keningau ] minta PERDANA MENTERI menyatakan walaupun percubaan pencerobohan kedua telah berjaya dibanteras oleh pihak pasukan keselamatan sama ada pencerobohan-pencerobohan di masa akan datang boleh dibanteras dengan tindakan balas yang lebih cepat lagi supaya rakyat lebih yakin terhadap penubuhan 'ESSCOM dan ESSZONE' di negeri Sabah disebabkan tuntutan ke atas negeri Sabah oleh pihak-pihak tertentu masih belum digugurkan.

Upload: truongtu

Post on 04-Mar-2018

254 views

Category:

Documents


5 download

TRANSCRIPT

Page 1: MALAYSIA DEWAN RAKYAT ATURAN URUSAN · PDF fileberlepas Lapangan Terbang Subang yang hanya mempunyai 3 pintu berlepas dalam negeri sedangkan ... (SPA). Bilakah pembinaan ... termasuk

MALAYSIA

DEWAN RAKYAT

ATURAN URUSAN MESYUARAT NASKHAH SAHIH/BAHASA MALAYSIA

http://www.parlimen.gov.my

HARI ISNIN, 7 APRIL 2014, PUKUL 10.00 PAGI

Bil. 17

PERTANYAAN-PERTANYAAN BAGI JAWAB LISAN

1. PR-1321-L60648 Dato' Haji Irmohizam bin Haji Ibrahim [ Kuala Selangor ] minta MENTERI KERJA RAYA menyatakan memandangkan perjanjian konsesi antara Kerajaan dan syarikat konsesi lebuh raya perlu disemak dan dinaikkan pada tahun 2011 yang melibatkan 13 lebuh raya maka kenapa ia tidak dilaksanakan sehingga Kerajaan terpaksa membelanjakan RM400 juta untuk membayar pampasan untuk mengekalkan kadar sedia ada.

2. PR-1321-L59416

Dato' Mansor bin Othman [ Nibong Tebal ] minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan jumlah perbelanjaan bagi membiayai kajian pembelajaran dan pengajaran Bahasa Inggeris (BI) yang dijalankan kumpulan pakar Cambridge English yang dilantik oleh Kementerian serta nyatakan dapatan kajian tersebut secara terperinci.

3. PR-1321-L59344

Datuk Koh Nai Kwong [ Alor Gajah ] minta MENTERI KESEJAHTERAAN BANDAR, PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN menyatakan tindakan dan usaha proaktif yang telah diambil oleh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) termasuk bekerja sama dengan penduduk tempatan melalui pelbagai pertubuhan tempatan untuk membasmi denggi dan menghapuskan kawasan pembiakan nyamuk Aedes dan jelaskan kesannya.

4. PR-1321-L61256

Dato' Mohd Ariff Sabri bin Abdul Aziz [ Raub ] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR menyatakan berapa banyak sungai yang masih mempunyai status kelas 1 yakni yang boleh diminum tanpa rawatan.

5. PR-1321-L60283

Tan Sri Datuk Seri Panglima Joseph Pairin Kitingan [ Keningau ] minta PERDANA MENTERI menyatakan walaupun percubaan pencerobohan kedua telah berjaya dibanteras oleh pihak pasukan keselamatan sama ada pencerobohan-pencerobohan di masa akan datang boleh dibanteras dengan tindakan balas yang lebih cepat lagi supaya rakyat lebih yakin terhadap penubuhan 'ESSCOM dan ESSZONE' di negeri Sabah disebabkan tuntutan ke atas negeri Sabah oleh pihak-pihak tertentu masih belum digugurkan.

Page 2: MALAYSIA DEWAN RAKYAT ATURAN URUSAN · PDF fileberlepas Lapangan Terbang Subang yang hanya mempunyai 3 pintu berlepas dalam negeri sedangkan ... (SPA). Bilakah pembinaan ... termasuk

AUM DR 7/4/2014 2

6. PR-1321-L60457 Tuan Mohd Rafizi bin Ramli [ Pandan ] minta MENTERI KESIHATAN menyatakan sama ada satu tender terbuka/terhad dibuat sebelum Kerajaan Persekutuan menganugerahkan pembinaan Hospital Wanita dan Kanak-kanak di Hospital Kuala Lumpur kepada Konsortium Prohawk Sdn. Bhd., berapa lamakah tempoh konsesi dan berapakah jumlah bayaran tahunan yang perlu dibayar kepada Konsortium Prohawk Sdn. Bhd. sepanjang tempoh konsesi itu.

7. PR-1321-L59129

Dato' Wira Othman bin Abdul [ Pendang ] minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan:-

(a) apakah kerajaan bercadang untuk membesarkan ruang

berlepas Lapangan Terbang Subang yang hanya mempunyai 3 pintu berlepas dalam negeri sedangkan jumlah penerbangan adalah banyak; dan

(b) apakah kementerian mempunyai cadangan-cadangan lain untuk

meningkatkan kemudahan dan keselesaan penumpang di sini. 8. PR-1321-L59991

Tuan Charles Anthony Santiago [ Klang ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan bagaimanakah program 6P memanfaatkan pengurusan pekerja asing. Apakah status terkini program 6P.

9. PR-1321-L61083

Datuk Haji Shabudin bin Yahaya [ Tasek Gelugor ] minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan adakah syarat tambahan menguasai Bahasa Mandarin sebagai keperluan untuk menjawat jawatan guru besar di SKJC merupakan syarat yang ditetapkan oleh pihak Kementerian.

10. PR-1321-L59793 Tuan Tan Kok Wai [ Cheras ] minta MENTERI KESIHATAN menyatakan sepuluh jenis penyakit kritikal di negara kita, angka masing-masing yang meliputi setiap kes terbaru, sembuh dan meninggal dunia pada tahun 2013 dan adakah peruntukan ubat-ubat perlu, katil pesakit dan rawatan di hospital Kerajaan mencukupi untuk pesakit kritikal.

11. PR-1321-L59851

Tuan Khoo Soo Seang [ Tebrau ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan sama ada Kerajaan bercadang untuk mengikut jejak Kerajaan Negeri Johor untuk mengecualikan bayaran bunga pinjaman perumahan oleh kakitangan-kakitangan Kerajaan Persekutuan.

12. PR-1321-L59868

Dr. Ong Kian Ming [ Serdang ] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR menyatakan mengapa tidak ada sebarang tindakan diambil, berdasarkan Akta Perlindungan Hidupan Liar 2010, terhadap Rona Wildlife dan Anson Wong yang didakwa terlibat dalam penyeludupan haiwan liar dalam program Al-Jazeera “The Return of the Lizard King”.

Page 3: MALAYSIA DEWAN RAKYAT ATURAN URUSAN · PDF fileberlepas Lapangan Terbang Subang yang hanya mempunyai 3 pintu berlepas dalam negeri sedangkan ... (SPA). Bilakah pembinaan ... termasuk

AUM DR 7/4/2014 3

13. PR-1321-L59520 Datuk Chua Tee Yong [ Labis ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan jumlah perbelanjaan subsidi kerajaan untuk RON95 mengikut tahunan sejak 2008 dan bolehkah kerajaan mempertimbangkan penggunaan semula RON92 sebagai salah-satu langkah untuk mengurangkan beban perbelanjaan subsidi.

14. PR-1321-L59221

Dato' Kamarul Baharin bin Abbas [ Telok Kemang ] minta PERDANA MENTERI menyatakan:-

(a) ulasan Kerajaan dalam melaksanakan 'Science to Action' (S2A)

yang dipandu oleh 'Global Science and Innovation Advisory Council' (GSIAC) yang memberi galakan kepada GLC dan SME untuk terlibat dalam inisiatif atau pelaburan sektor teknologi baru yang akan memberi pulangan berlipat kali ganda; dan

(b) berapa banyak syarikat-syarikat yang telah ditubuhkan dengan

bantuan dan kemudahan yang membolehkan mereka mampu bersaing memasarkan pengeluaran untuk pasaran dalam dan luar negara.

15. PR-1321-L59919

Tan Sri Datuk Seri Panglima Annuar bin Musa [ Ketereh ] minta MENTERI KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH menyatakan :-

(a) apakah status pelaksanaan Projek Agropolitan di seluruh

negara di bawah Projek Lonjakan Mega Luar Bandar (PLMLB); dan

(b) nyatakan pencapaian Projek Agropolitan di peringkat negeri

Kelantan seperti yang terkandung dalam Pelan Pembangunan Koridor Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER).

16. PR-1321-L60525

Puan Hajah Fuziah binti Salleh [ Kuantan ] minta PERDANA MENTERI menyatakan mekanisme pengagihan bantuan wang bantuan banjir yang disumbangkan oleh Kerajaan UAE (United Arab Emirates) kepada mangsa-mangsa banjir di sekitar Kuantan. Bilakah ianya akan mula diedarkan, di dalam bentuk bagaimana dan sama ada semua mangsa banjir akan menerima bantuan tersebut tanpa diskriminasi.

17. PR-1321-L59814 Datuk Raime bin Unggi [ Tenom ] minta MENTERI PERTAHANAN menyatakan apakah sumbangan Malaysia terhadap keamanan dan kestabilan dunia termasuk misi-misi bantuan dan sebagainya.

18. PR-1321-L61005

Tuan Wong Ling Biu [ Sarikei ] minta MENTERI KERJA RAYA menyatakan sama ada satu jalan dari Bandar Sarikei ke Tanjong Manis sudah mendapat kelulusan daripada Sarawak Planning Authority (SPA). Bilakah pembinaan jalan raya tersebut akan dimulakan.

Page 4: MALAYSIA DEWAN RAKYAT ATURAN URUSAN · PDF fileberlepas Lapangan Terbang Subang yang hanya mempunyai 3 pintu berlepas dalam negeri sedangkan ... (SPA). Bilakah pembinaan ... termasuk

AUM DR 7/4/2014 4

19. PR-1321-L59987 Dato' Wira Mohd Johari bin Baharom [ Kubang Pasu ] minta MENTERI PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI menyatakan :-

(a) bilakah Dasar Automatif Nasional (DAN) akan dilaksanakan.

Apakah DAN telah mengambil kira tentang pemegang-pemegang “Approval Permit” (AP) kereta yang menjadi punca pendapatan 25,000 orang pekerja di bawah selian mereka; dan

(b) jika DAN dilaksanakan, apakah keuntungan langsung kepada

negara dari segi tarif dan cukai ke atas kenderaan yang diimport dan di buat di dalam negara.

20. PR-1321-L59573

Tuan Fong Kui Lun [ Bukit Bintang ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan kedudukan pendatang asing dengan izin dan tanpa izin, pelarian-pelarian yang berselindung dan tinggal dalam Bandaraya Kuala Lumpur yang kini mendiami unit-unit atas bangunan kedai secara bebas termasuk yang berniaga sendiri dan apakah rancangan kementerian untuk membersihkan wajah Kuala Lumpur yang mulai di warnai dengan pendatang dan pelarian.

21. PR-1321-L59322

Dr. Noor Azmi bin Ghazali [ Bagan Serai ] minta PERDANA MENTERI menyatakan apakah usaha Kementerian untuk memberi penerangan kepada rakyat tentang bagaimana menghadapi keadaan banjir dan usaha Kementerian untuk membantu memulihkan kehidupan mangsa banjir yang terlibat selepas banjir yang kerugian banyak harta benda.

22. PR-1321-L59728

Tuan Mohamed Azmin bin Ali [ Gombak ] minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan apakah status pembinaan sekolah rendah dan sekolah menengah di DUN Bukit Antarabangsa.

23. PR-1321-L60502

Dato' Noraini binti Ahmad [ Parit Sulong ] minta MENTERI KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA menyatakan status projek fasa kedua Jalur Lebar Kelajuan Tinggi (HSBB) di bawah Inisiatif Jalur Lebar Negara dan kesan yang dijangka terhadap pengembangan pasaran e-Dagang di negara ini sebagai pemacu ekonomi digital negara.

24. PR-1321-L59620

Puan Nurul Izzah binti Anwar [ Lembah Pantai ] minta PERDANA MENTERI menyatakan:-

(a) apakah Indeks Produktiviti Perkhidmatan Awam dari tahun 2003

hingga 2013; dan (b) nyatakan juga peratusan kenaikan gaji kakitangan awam dari

tahun 2003 hingga 2013.

Page 5: MALAYSIA DEWAN RAKYAT ATURAN URUSAN · PDF fileberlepas Lapangan Terbang Subang yang hanya mempunyai 3 pintu berlepas dalam negeri sedangkan ... (SPA). Bilakah pembinaan ... termasuk

AUM DR 7/4/2014 5

25. PR-1321-L59210 Dato' Haji Mohd Zaim bin Abu Hasan [ Parit ] minta MENTERI PERDAGANGAN DALAM NEGERI, KOPERASI DAN KEPENGGUNAAN menyatakan apakah rasional kenaikan pelbagai harga barang dan perkhidmatan secara hampir serentak dan mendadak di seluruh negara sehingga mencetus keadaan resah dan membimbangkan kepada rakyat khasnya rakyat berpendapatan rendah dan sederhana.

26. PR-1321-L60389 Dato' Haji Mahfuz bin Omar [ Pokok Sena ] minta PERDANA MENTERI menyatakan berapakah jumlah keuntungan dan perbelanjaan Tabung Haji mengikut tahun dari tahun 1994-2013.

27. PR-1321-L59953

Dato' Othman bin Aziz [ Jerlun ] minta MENTERI PERDAGANGAN DALAM NEGERI, KOPERASI DAN KEPENGGUNAAN menyatakan adakah Kementerian bercadang untuk menambah variasi barangan jualan di Kedai Rakyat 1 Malaysia (KR1M) merangkumi barangan basah dan barangan keperluan lain agar rakyat akan mendapat manfaat dan mampu membuat pilihan untuk berbelanja dengan berhemah.

28. PR-1321-L60207

Dato' Dr. Nik Mazian bin Nik Mohamad [ Pasir Puteh ] minta MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI menyatakan berapa banyak keperluan daging (lembu, kambing dan ayam) dalam tahun 2013 dan 2014. Apakah usaha-usaha yang dilakukan Kerajaan untuk memastikan keperluan ini mencukupi tanpa mengimport dari luar negara.

29. PR-1321-L60961

Puan Mas Ermieyati binti Samsudin [ Masjid Tanah ] minta PERDANA MENTERI menyatakan adakah pihak Kerajaan bercadang untuk membuat sebarang pindaan atau mengenakan hukuman bagi mana-mana wakil rakyat sama ada Dewan Undangan Negeri atau Ahli Parlimen yang meletakkan jawatan tanpa sebab yang munasabah.

30. PR-1321-L59470

Tuan Sim Tong Him [ Kota Melaka ] minta MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI menyatakan tentang syarat-syarat dan peraturan terhadap penternakan burung walit dan pembinaan rumah burung walit:-

(a) di antara rumah burung walit yang sedia ada di seluruh negara,

berapa jumlahnya yang sah dan telah mematuhi dengan syarat berkaitan; dan

(b) jumlah yang masih tidak dapat disahkan.

31. PR-1321-L59305 Tuan Haji Ahmad Nazlan bin Idris [ Jerantut ] minta MENTERI KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH menyatakan apakah langkah-langkah yang diambil untuk memastikan projek-projek utama yang dijalankan gagal disiapkan walaupun penangguhan tarikh siap telah ditunda, agar dapat disiapkan dengan segera demi memberi faedah untuk rakyat.

Page 6: MALAYSIA DEWAN RAKYAT ATURAN URUSAN · PDF fileberlepas Lapangan Terbang Subang yang hanya mempunyai 3 pintu berlepas dalam negeri sedangkan ... (SPA). Bilakah pembinaan ... termasuk

AUM DR 7/4/2014 6

32. PR-1321-L60068 Tuan Karpal Singh [ Bukit Gelugor ] minta PERDANA MENTERI menyatakan sama ada Kerajaan bersedia untuk menaikkan gaji dan faedah-faedah lain bagi hakim-hakim di negara ini untuk membawa mereka setanding dengan hakim-hakim di Singapura. Jika tidak, nyatakan sebab-sebabnya.

33. PR-1321-L61250

Dato' Sri Dr. Jamaluddin bin Mohd Jarjis [ Rompin ] minta MENTERI KERJA RAYA menyatakan:-

(a) kedudukan terkini mengenai pembangunan jalan utama dari

Muadzam-Keratong-Bahau dan Jalan Segamat-Gambang-Kuantan yang telah diumumkan oleh Kementerian; dan

(b) statistik kemalangan maut/parah mengikut rekod bagi tempoh 5

tahun kebelakangan (2008 -2013) bagi jalan-jalan di atas.

34. PR-1321-L60043 Tuan Zairil Khir Johari [ Bukit Bendera ] minta MENTERI PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI menyatakan jumlah bantuan kewangan dari segi geran atau subsidi bagi apa-apa tujuan termasuk R&D yang diberi kepada pembuat kereta Proton bagi tahun 2008, 2009, 2010, 2011, 2012 dan 2013.

35. PR-1321-L59590

Tuan Haji Mohd Fasiah bin Haji Mohd Fakeh [ Sabak Bernam ] minta MENTERI KESIHATAN menyatakan jumlah kes denggi seluruh negara bagi tahun 2013 dan hingga terkini mengikut negeri termasuk yang menyebabkan kematian dan mengapakah Selangor mencatatkan jumlah kes denggi tertinggi serta nyatakan langkah berkesan bagi mengatasi kes denggi ini.

36. PR-1321-L60255

Dato' Seri Abdul Hadi bin Awang [ Marang ] minta PERDANA MENTERI menyatakan adakah telah dilakukan Audit Prestasi terhadap sistem-sistem perisian komputer yang dibekalkan kepada Kerajaan seperti e-Perolehan, e-Bahan, Human Resources Management Information System (HRMIS) dan termasuk sistem perisian untuk Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) di Kementerian Pendidikan dan Pengajian Tinggi, sekiranya ada apakah hasilnya.

37. PR-1321-L59945

Tuan Gooi Hsiao-Leung [ Alor Setar ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan apakah langkah-langkah yang diambil oleh Kerajaan untuk menyiasat dan menangani "illicit capital outflow" negara seperti didedahkan dalam Laporan Global Financial Integrity terbaru yang dikeluarkan pada Disember 2013.

Page 7: MALAYSIA DEWAN RAKYAT ATURAN URUSAN · PDF fileberlepas Lapangan Terbang Subang yang hanya mempunyai 3 pintu berlepas dalam negeri sedangkan ... (SPA). Bilakah pembinaan ... termasuk

AUM DR 7/4/2014 7

38. PR-1321-L60616 Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin [ Sepang ] minta MENTERI KESEJAHTERAAN BANDAR, PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN menyatakan:-

(a) berapakah rumah mampu milik yang akan dibina di Parlimen

Sepang dan berapa harga seunit rumah tersebut; dan (b) mengapakah sehingga kini Kerajaan tidak ambil tindakan untuk

membantu mangsa pembeli rumah di Taman Indah KLIA yang mengalami masalah tanah mendap.

39. PR-1321-L60039

Tuan Abdullah Sani bin Abdul Hamid [ Kuala Langat ] minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan apakah usaha-usaha Kementerian untuk melatih belia rakyat Malaysia untuk menggantikan pegawai-pegawai asing yang berjumlah lebih 40,000 pelaut asing yang sedang mengendalikan kapal-kapal dagang yang berdaftar di bawah bendera Malaysia.

40. PR-1321-L59536 Datuk Wira Haji Ahmad bin Hamzah [ Jasin ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan kedudukan sebenar tentang ketirisan dan 'black money' yang dikatakan berleluasa sepertimana yang dilaporkan oleh Global Financial Index (GFI) dan dihebohkan oleh pihak pembangkang.

41. PR-1321-L59432

Raja Dato' Kamarul Bahrin Shah [ Kuala Terengganu ] minta MENTERI KESIHATAN menyatakan apakah perancangan pihak Kementerian untuk meningkatkan kesediaan dan kemampuan hospital-hospital besar Kerajaan menampung keperluan pesakit yang semakin ramai memerlukan rawatan memandangkan laporan pada bulan Februari 2014 menyatakan sepuluh peratus (10%) rakyat Malaysia sekarang ini memerlukan rawatan kesihatan hospital dan dengan keadaan harga barang-barang yang naik memaksa lebih ramai orang ke hospital Kerajaan.

42. PR-1321-L60383

Tuan Nik Mohamad Abduh bin Nik Abdul Aziz [ Pasir Mas ] minta MENTERI KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA menyatakan syarikat-syarikat swasta yang telah mendapat kontrak utama projek fasa satu dan dua Jalur Lebar Kelajuan Tinggi (HSBB).

43. PR-1321-L60675

Dr. Haji Izani bin Haji Husin [ Pengkalan Chepa ] minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan jumlah Kolej Komuniti dan Giat MARA yang dibina di seluruh Malaysia mengikut negeri-negeri dan berapakah kos keseluruhan pembinaan tersebut.

44. PR-1321-L60930

Dr. Ko Chung Sen [ Kampar ] minta MENTERI KESEJAHTERAAN BANDAR, PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN menyatakan pihak yang menyediakan laporan kesan alam sekitar berhubung insinerator sampah di Kepong dan apakah kesannya ke atas penduduk dan alam sekitar.

Page 8: MALAYSIA DEWAN RAKYAT ATURAN URUSAN · PDF fileberlepas Lapangan Terbang Subang yang hanya mempunyai 3 pintu berlepas dalam negeri sedangkan ... (SPA). Bilakah pembinaan ... termasuk

AUM DR 7/4/2014 8

45. PR-1321-L61054 Dato' Ahmad Fauzi bin Zahari [ Setiawangsa ] minta PERDANA MENTERI menyatakan adakah penggunaan Nuclear Power Station sebagai langkah mengurangkan tenaga dan kos pada masa akan datang boleh dipertimbangkan. Ini kerana telah banyak kajian yang telah dijalankan oleh pelajar-pelajar yang mengambil pengajian bioteknologi di dalam dan luar negara mengenai keberkesanan sumber nuklear serta penjimatan berganda yang dapat dihasilkan oleh stesen jana kuasa tersebut.

46. PR-1321-L61153

Tuan Manivanan a/l Gowindasamy [ Kapar ] minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan pelan tindakan dan langkah-langkah bagi menyelesaikan permasalahan berkaitan Sistem Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) dan Sistem Pengurusan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (SPPBS), khususnya bagi memastikan sistem tersebut adalah mesra pengguna, bagi memudahkan para guru dan sejurusnya meningkatkan kecekapan sistem pengajaran dan pembelajaran.

47. PR-1321-L60957

Tuan Wong Sze Phin @ Jimmy [ Kota Kinabalu ] minta PERDANA MENTERI menyatakan apakah status di Zon Keselamatan Pantai Timur Sabah (ESSZONE) terkini. RM200 juta telah peruntukkan untuk ESSZONE, berapa telah dibelanjakan setakat ini. Adakah peruntukkan tambahan diperlukan untuk ESSZONE.

48. PR-1321-L60339

Puan Siti Zailah binti Mohd Yusoff [ Rantau Panjang ] minta MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI menyatakan menjelaskan kadar pengimportan daging ke dalam negara setiap tahun mengikut jenis-jenisnya serta negara asalnya dan sejauh manakah kawalan Kerajaan terhadap daging yang diimport supaya tidak ada pemalsuan seperti daging rusa palsu dan sebagainya sebagaimana yang pernah ditemui sebelum ini.

49. PR-1321-L60717

Puan Hajah Normala binti Abdul Samad [ Pasir Gudang ] minta MENTERI PERDAGANGAN DALAM NEGERI, KOPERASI DAN KEPENGGUNAAN menyatakan langkah yang diambil untuk memantau gejala penyelewengan diesel bersubsidi di stesen-stesen minyak seluruh negara dan sejauh mana keberkesanan pemantauan tersebut.

50. PR-1321-L60419

Puan Alice Lau Kiong Yieng [ Lanang ] minta MENTERI KERJA RAYA menyatakan:- (a) berapakah peruntukan yang diberi untuk menaik taraf Jalan

Lanang di Sibu dan bilakah ia akan siap serta apakah status perkembangan terkini; dan

(b) adakah Kementerian mempunyai perancangan untuk membina

'flyover' di kawasan Lanang dan Sibu memandangkan kesesakan jalan semakin serius di Sibu.

Page 9: MALAYSIA DEWAN RAKYAT ATURAN URUSAN · PDF fileberlepas Lapangan Terbang Subang yang hanya mempunyai 3 pintu berlepas dalam negeri sedangkan ... (SPA). Bilakah pembinaan ... termasuk

AUM DR 7/4/2014 9

51. PR-1321-L61002 Tuan Shamsul Iskandar bin Mohd Akin [ Bukit Katil ] minta MENTERI PERDAGANGAN DALAM NEGERI, KOPERASI DAN KEPENGGUNAAN menyatakan :-

(a) jumlah kes yang dibawa ke mahkamah melalui Ops Harga; dan (b) berapakah barangan yang mengalami penurunan harga pasca

Ops Harga selain daripada harga kangkung. 52. PR-1321-L59402

Ir. Shaharuddin bin Ismail [ Kangar ] minta MENTERI KESEJAHTERAAN BANDAR, PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN menyatakan adakah Kerajaan akan memperuntukkan kuasa kepada Ahli Parlimen Kerajaan untuk lantikan Yang Dipertua Majlis Perbandaran dan Ahli Majlis Kerajaan Tempatan dan adakah Ahli Parlimen akan turut dijemput hadir mesyuarat penuh majlis.

53. PR-1321-L60908

Dato Sri Dr. Muhammad Leo Michael Toyad Abdullah [ Mukah ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan berapa unit telah dirancangkan untuk kawasan Mukah dalam peruntukan Rumah Mesra Rakyat.

54. PR-1321-L59662

Tuan Haji Hasbi bin Haji Habibollah [ Limbang ] minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan dapatkah Kementerian mewujudkan penerbangan secara terus dari Kuching ke Limbang dua kali seminggu iaitu pada awal dan hujung minggu.

55. PR-1321-L59181

Dato' Dr. Mujahid Yusof Rawa [ Parit Buntar ] minta MENTERI KESIHATAN menyatakan kejayaan MySihat dalam mempromosikan budaya sihat di negara ini dan di persada antarabangsa.

56. PR-1321-L60324

Tuan Haji Khalid bin Abdul Samad [ Shah Alam ] minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan status pembinaan sekolah di Selangor:-

(a) Sekolah Kebangsaan Puncak Perdana U10; dan (b) Sekolah Menengah Taman Bukit Subang.

57. PR-1321-L59480

Laksamana Pertama Mohamad Imran bin Abd Hamid (B) [ Lumut ] minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan kedudukan Jeti Sungai Pinang Kecil dan Jeti Pulau Mentagor di Pulau Pangkor yang dilihat seperti projek Gajah Putih dan siapa yang wajar dipertanggungjawabkan atas kegagalan projek ini dan apakah tindakan lanjut yang akan diambil.

Page 10: MALAYSIA DEWAN RAKYAT ATURAN URUSAN · PDF fileberlepas Lapangan Terbang Subang yang hanya mempunyai 3 pintu berlepas dalam negeri sedangkan ... (SPA). Bilakah pembinaan ... termasuk

AUM DR 7/4/2014 10

58. PR-1321-L59355 Tuan William Leong Jee Keen [ Selayang ] minta MENTERI PERTAHANAN menyatakan punca dan alasan kejadian pencerobohan Lahad Datu dan langkah-langkah yang diambil untuk menangani masalah tersebut.

59. PR-1321-L60710

Puan Rubiah binti Haji Wang [ Kota Samarahan ] minta MENTERI KPERDAGANGAN DALAM NEGERI, KOPERASI DAN KEPENGGUNAAN menyatakan sejauh manakah penerimaan rakyat terhadap kenaikan harga barang dan apakah langkah Kementerian untuk memberi pendedahan lebih awal terhadap isu-isu kenaikan kos sara hidup untuk masa-masa akan datang supaya rakyat lebih bersedia dan lebih faham sebab krisis kenaikan yang tidak akan dijangka kelak.

60. PR-1321-L60914

Datuk Ir. Dr. Wee Ka Siong [ Ayer Hitam ] minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan langkah-langkah mengatasi masalah kekurangan asrama bagi Universiti Teknologi Tun Hussin Onn (UTHM) di Parit Raja Johor memandangkan pengambilan pelajar UTHM untuk bidang kejuruteraan kian meningkat.

61. PR-1321-L60691

Ust. Dato' Dr. Mohd. Khairuddin bin Aman Razali [ Kuala Nerus ] minta MENTERI KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH menyatakan faktor pendesak FELCRA menceburi bidang hartanah.

62. PR-1321-L61152

Dato' Abdul Manan bin Ismail [ Paya Besar ] minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan jumlah graduan tempatan yang mengambil kursus TESL dan TESOL di universiti luar negara dan dalam negara pada tahun 2010, 2011, 2012 dan 2013.

63. PR-1321-L60293 Tuan Wan Hasan bin Mohd Ramli [ Dungun ] minta MENTERI TENAGA, TEKNOLOGI HIJAU DAN AIR menyatakan rasional kenaikan tarif elektrik sedangkan Tenaga Nasional Berhad dilaporkan mendapat keuntungan bersih RM 4.61 bilion bagi tahun kewangan 2013.

64. PR-1321-L61074

Tuan Wong Chen [ Kelana Jaya ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan bila akaun kewangan 1MDB yang berakhir Mac 2013 akan diterbitkan. Jika juruaudit bebas yang digunakan oleh 1MDB telah bertukar, dan siapakah juruaudit bebas yang digunakan oleh 1MDB sekarang.

65. PR-1321-L59356

Tuan Wilson Ugak Kumbong [ Hulu Rajang ] minta MENTERI KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA menyatakan status pemasangan alat pemancar di menara-menara telekomunikasi di kawasan Hulu Rajang dan apakah faktor yang menyumbang kepada kelewatan tugas pemasangan alat-alat pemancar ini.

Page 11: MALAYSIA DEWAN RAKYAT ATURAN URUSAN · PDF fileberlepas Lapangan Terbang Subang yang hanya mempunyai 3 pintu berlepas dalam negeri sedangkan ... (SPA). Bilakah pembinaan ... termasuk

AUM DR 7/4/2014

11

66. PR-1321-L61188 Dato' Sri Azalina binti Dato' Othman Said [ Pengerang ] minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan tempoh minima seseorang pesalah muda dikehendaki menjalani Program Perintah Khidmat Masyarakat dan apa yang akan berlaku sekiranya seorang pesalah muda masih belajar ketika menjalani Program Perintah Khidmat Masyarakat.

67. PR-1321-L61197

Dato' Seri Tiong King Sing [ Bintulu ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan:-

(a) apakah jenis insurans dengan premium RM50 yang

dimanfaatkan kepada rakyat yang layak menerima BR1M 3.0; dan

(b) adakah insurans ini berbentuk insurans hayat, insurans pihak

ketiga atau kad kesihatan. 68. PR-1321-L61136

Tuan Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh [ Setiu ] minta MENTERI PERDAGANGAN DALAM NEGERI, KOPERASI DAN KEPENGGUNAAN menyatakan langkah kerajaan dalam pembangunan industri francais tempatan melalui Perbadanan Nasional Bhd ( PNS ) bagi menggalakkan generasi muda khususnya kalangan siswazah menjalankan perniagaan francais dalam pelbagai faktor perniagaan.

69. PR-1321-L59538

Tuan Lim Guan Eng [ Bagan ] minta MENTERI SUMBER MANUSIA menyatakan impak pelaksanaan kadar gaji minima dan berapa ramai pekerja asing yang menerima kenaikan gaji berbanding dengan pekerja tempatan dan jumlah kenaikan setahun. Nyatakan kos kepada majikan dengan pecahan ikut negeri dan saiz (IKS sebagainya).

70. PR-1321-L60199

Dato' Hasbullah bin Osman [ Gerik ] minta MENTERI KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH menyatakan setakat manakah pencapaian menaik taraf infrastruktur luar bandar terutama kawasan orang Asli di Semenanjung dalam Program Transformasi Kerajaan (GTP).

71. PR-1321-L59141

Datuk Bung Moktar bin Radin [ Kinabatangan ] minta MENTERI PERDAGANGAN DALAM NEGERI, KOPERASI DAN KEPENGGUNAAN menyatakan jumlah ketirisan terhadap barangan bersubsidi seperti minyak diesel, petrol, LPG dan lain-lain serta usaha untuk mengatasinya.

Page 12: MALAYSIA DEWAN RAKYAT ATURAN URUSAN · PDF fileberlepas Lapangan Terbang Subang yang hanya mempunyai 3 pintu berlepas dalam negeri sedangkan ... (SPA). Bilakah pembinaan ... termasuk

AUM DR 7/4/2014 12

72. PR-1321-L59448 Datuk Noor Ehsanuddin bin Mohd Harun Narrashid [ Kota Tinggi ] minta PERDANA MENTERI menyatakan langkah yang diambil oleh Kerajaan dalam memastikan keharmonian dan perpaduan antara kaum akan tercapai walaupun masih belum mencapai tahap yang maksimum. Adakah Kerajaan bercadang memperkasakan agensi yang bertanggungjawab dan berperanan dalam membentuk perpaduan antara kaum supaya rakyat menerapkan perpaduan sebagai satu tanggungjawab.

73. PR-1321-L59784 Datuk Johari bin Abdul Ghani [ Titiwangsa ] minta MENTERI PELANCONGAN DAN KEBUDAYAAN menyatakan apakah langkah-langkah yang diambil oleh Kementerian dalam usaha mempromosikan pelancongan bandar sebagai pemangkin pertumbuhan ekonomi bandar.

74. PR-1321-L60780

Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua [ Batu ] minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan apakah keberkesanan sistem demerit untuk menyelesaikan isu pemandu yang tidak mengikuti undang-undang jalan raya. Dalam tempoh lima(5) tahun yang lalu berapa banyak lesen pemandu telah digantung di bawah sistem demerit (Kejara).

75. PR-1321-L59241

Dato' Takiyuddin bin Hassan [ Kota Bharu ] minta MENTERI PELANCONGAN DAN KEBUDAYAAN menyatakan apakah rasional Kerajaan memilih proboscis monkey sebagai ikon Tahun Melawat Malaysia 2014.

Page 13: MALAYSIA DEWAN RAKYAT ATURAN URUSAN · PDF fileberlepas Lapangan Terbang Subang yang hanya mempunyai 3 pintu berlepas dalam negeri sedangkan ... (SPA). Bilakah pembinaan ... termasuk

AUM DR 7/4/2014

13

PADA PERMULAAN URUSAN MESYUARAT MENGEMUKAKAN RANG UNDANG-UNDANG KERAJAAN

UNTUK BACAAN KALI YANG PERTAMA

1. Menteri Pendidikan

* Rang Undang-undang Yayasan Guru Tun Hussein Onn 2014

______________________________________________________________

*Menandakan bahawa Rang Undang-undang ini akan di bawa pada semua peringkat di mesyuarat ini.

Page 14: MALAYSIA DEWAN RAKYAT ATURAN URUSAN · PDF fileberlepas Lapangan Terbang Subang yang hanya mempunyai 3 pintu berlepas dalam negeri sedangkan ... (SPA). Bilakah pembinaan ... termasuk

AUM DR 7/4/2014 14

ATURAN URUSAN MESYUARAT DAN USUL-USUL

1. (D.R. 2/2014) Rang Undang-undang Cukai Barang dan Perkhidmatan 2014 - Menyambung semula perbahasan atas masalah, “Bahawa Rang Undang-undang ini dibacakan kali yang kedua sekarang”. (3 April, 2014) [ Menteri Kewangan ]

2. (D.R. 23/2013) Rang Undang-undang Saraan Hakim (Pindaan) 2013 [ Menteri di Jabatan Perdana Menteri ]

Bacaan Kali Yang

Kedua

3. (D.R. 13/2013) Rang Undang-undang Bahan-bahan Kakisan dan Letupan dan Senjata Berbahaya (Pindaan) 2013 [ Menteri Dalam Negeri ]

4. (D.R. 24/2013)

Rang Undang-undang Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan (Pindaan) 2013 [ Menteri Kewangan ]

5. Menteri Kewangan akan mencadangkan:- “Bahawa Dewan ini, mengikut peruntukan di bawah Seksyen 5 Akta Persatuan Pembangunan Antarabangsa 1960, mengambil ketetapan supaya Malaysia membuat sumbangan kepada Program Penambahan Dana Ke 17 Persatuan Pembangunan Antarabangsa sebanyak USD27,000,000.00 (dua puluh juta sahaja)”.

6. PR-1321-U59393

Datuk Dr. Makin @ Marcus Mojigoh [ Putatan ] akan mencadangkan:- "Bahawa Dewan ini mengambil maklum bahawa, rakyat pada keseluruhannya berbesar hati dan mengalu-alukan usaha kerajaan dalam menangani masalah jenayah di negara ini dengan menubuhkan satu jabatan khusus dalam institusi kepolisan iaitu Jabatan Pencegahan dan Pembanterasan Jenayah Polis DiRaja Malaysia.

Page 15: MALAYSIA DEWAN RAKYAT ATURAN URUSAN · PDF fileberlepas Lapangan Terbang Subang yang hanya mempunyai 3 pintu berlepas dalam negeri sedangkan ... (SPA). Bilakah pembinaan ... termasuk

AUM DR 7/4/2014

15

Dan mengambil maklum juga, bahawa umum mengetahui bahawa Jabatan Pencegahan dan Pembanterasan Jenayah PDRM ini hanya berfungsi di peringkat Ibu Pejabat Bukit Aman sahaja dan keanggotaannya amat terhad. Dan mengambil maklum juga bahawa, kekangan yang dihadapi oleh JPPJ dan PDRM ini adalah disebabkan oleh kelewatan pihak Suruhanjaya Perkhidmatan Awam dalam memproses keperluan bagi perjawatan dan mengisi perjawatan dalam JPPJ-PDRM. Dan mengambil maklum juga bahawa, rakyat dan masyarakat menaruh harapan serta kepercayaan penuh bahawa dengan tertubuhnya JPPJ-PDRM ini, kadar jenayah di negara ini akan dapat diturunkan pada kadar minima dan sekali gus menjadikan kebolehpercayaan rakyat mengenai dengan keselamatan negara ditingkatkan. Maka, bagi menangani masalah yang dihadapi oleh JPPJ-PDRM ini, Dewan ini hendaklah mengambil ketetapan bahawa, pihak kerajaan hendaklah dalam kadar segera mendesak pihak Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia untuk segera menyediakan perjawatan bagi semua jawatan yang diperlukan dalam Jabatan Pencegahan dan Pembanterasan Jenayah Polis DiRaja Malaysia, supaya jabatan ini dapat ditubuhkan di semua peringkat, iaitu peringkat Pusat Bukit Aman, peringkat Ibu Pejabat Polis Kontinjen dan Ibu Pejabat Polis Daerah, agar fungsinya sebagai Agensi Pencegahan dan Pembanterasan Jenayah dapat dilaksanakan dengan jayanya."

( Perdana Menteri ) 7. PR-1321-U59394

Datuk Dr. Makin @ Marcus Mojigoh [ Putatan ] akan mencadangkan:- "Bahawa Dewan ini mengambil maklum bahawa, sejak tertubuhnya Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah - ESSCOM, aliran keluar masuk pendatang asing kenegara ini, kini boleh dipantau sebanyak-sedikit. Dan mengambil maklum juga, bahawa kawasan ESSCOM ini masih belum kebal-tembus oleh penceroboh asing yang selalu mengganggu-gugat keselamatan dan kedaulatan negara. Dan mengambil maklum juga bahawa, dengan aset sedia ada, kerja-kerja pengawasan dan perlindungan kawasan ESSCOM yang panjangnya sejauh1400 kilometer amatlah rumit. Dan juga mengambil maklum bahawa, pengendalian dan kos operasi aset-aset ESSCOM sedia ada amatlah tinggi dan bagi sesetengah situasi,agak merbahaya bagi anggota yang terlibat. Maka, bagi menangani masalah pengawasan dan perlindungan kawasan ESSCOM ini, dewan ini hendaklah mengambil ketetapan bahawa, selaindengan aset sedia ada, kerajaan hendaklah menggunakan khidmat kenderaan udara tanpa pemandu drone - unmanned aerial vehicle) terutama sekali bagi menjalankan kerja-kerja pengawasan perairan ESSCOM."

( Perdana Menteri )

Page 16: MALAYSIA DEWAN RAKYAT ATURAN URUSAN · PDF fileberlepas Lapangan Terbang Subang yang hanya mempunyai 3 pintu berlepas dalam negeri sedangkan ... (SPA). Bilakah pembinaan ... termasuk

AUM DR 7/4/2014 16

8. PR-1321-U59409 Datuk Dr. Makin @ Marcus Mojigoh [ Putatan ] akan mencadangkan:- "Bahawa Dewan ini mengambil maklum bahawa, kedai rakyat 1Malaysia - KR1M menawarkan harga barangan 30% - 40% lebih murah berbanding dengan kedai biasa. Dan mengambil maklum juga, bahawa hasrat murni kerajaan untuk mengurangkan bebanan kos sara hidup rakyat ini amatlah disanjung tinggi dan seharusnya dinikmati oleh semua lapisan rakyat terutama sekali mereka yang berpendapatan rendah jauh di pedalaman. Dan mengambil maklum juga bahawa, hampir semua KR1M terletak di pekan-pekan utama terutama sekali di negeri Sabah. Kedudukan ini serba-sedikit membantutkan usaha kerajaan untuk mengurangkan beban kos sara hidup kumpulan sasar - kumpulan berpendapatan rendah, dari segi kebolehcapaian pengguna. Misalnya, adalah tidak praktikal bagi pengguna untuk ke pekan hanya untuk membeli sekilo tepung. Dan mengambil maklum juga bahawa, hasrat kerajaan dalam menubuhkan KR1M ini boleh dipanjangkan lagi dengan konsep merakyatkan KR1M. Yakni pihak KR1M bolehlah menyediakan perkhidmatan jurujual dengan menggunakan van atau pun lori, di mana jurujual ini akan masuk ke seluruh kedai-kedai runcit yang terdapat di kampung-kampung, mukim dan sebagainya bagi membekalkan produk KR1M. Dengan kaedah ini, produk KR1M dapat di boleh-capai oleh semua lapisan rakyat Malaysia. Maka, bagi memenuhi hasrat kerajaan dalam penubuhan KR1M, dewan ini hendaklah mengambil ketetapan bahawa, pihak kerajaan hendaklah memperluaskan lagi kebolehcapaian KR1M dengan memperluaskan pasaran produk KR1M melalui kaedah di atas."

( Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan ) 9. PR-1321-U59411

Datuk Dr. Makin @ Marcus Mojigoh [ Putatan ] akan mencadangkan:- "Bahawa Dewan ini mengambil maklum bahawa, Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Hwa Shiong Putatan terletak berhampiran dengan Lebuh Raya Putatan - Papar. Dan mengambil maklum juga, bahawa sekolah ini menempatkan lebih daripada 700 orang murid sekolah di mana lebih daripada 50% murid ini akan menyeberang Lebuh Raya Putatan - Papar, bagi tujuan menaiki bas,kereta atau pun berjalan kaki untuk pergi dan pulang ke sekolah. Dan mengambil maklum juga bahawa, lintasan ini juga digunakan oleh orang ramai.

Page 17: MALAYSIA DEWAN RAKYAT ATURAN URUSAN · PDF fileberlepas Lapangan Terbang Subang yang hanya mempunyai 3 pintu berlepas dalam negeri sedangkan ... (SPA). Bilakah pembinaan ... termasuk

AUM DR 7/4/2014

17

Dan mengambil maklum juga bahawa, selain Lebuh Raya Putatan - Papar, murid-murid SRJKC Hwa Shiong dan orang ramai juga kena melintasi laluan kereta api bagi tujuan urusan harian mereka. Maka, atas faktor keselamatan, Dewan ini hendaklah mengambil ketetapan bahawa, pihak Kerajaan hendaklah mendirikan jejantas pejalan kaki, menyeberangi rel kereta api dan Lebuh Raya Putatan – Papar Berhadapan dengan SRJKC Hwa Shiong demi untuk keselamatan murid-murid sekolah dan orang awam."

( Menteri Kerja Raya )

10. PR-1321-U60274

Dr. Tan Seng Giaw [ Kepong ] akan mencadangkan:- "Bahawa Dewan ini membahaskan langkah-langkah yang boleh memperkukuhkan keamanan dan perpaduan negara majmuk ini".

( Perdana Menteri ) 11. PR-1321-U60276

Dr. Tan Seng Giaw [ Kepong ] akan mencadangkan:- "Bahawa Dewan ini membincangkan projek memperbaiki Dewan yang bocor, tempoh yang diperlukan dan jumlah perbelanjaan, sebagai contoh teladan kepada negara".

( Perdana Menteri ) 12. PR-1321-U60277

Dr. Tan Seng Giaw [ Kepong ] akan mencadangkan:- "Bahawa Dewan ini menyatakan kadar pembangunan Internet yang terkini di semua aspek berbanding dengan negara seperti Korea Selatan. Apakah jenis pembangunan dan jumlah kosnya serta prestasinya."

( Menteri Komunikasi dan Multimedia ) 13. PR-1321-U59580

Tuan Fong Kui Lun [ Bukit Bintang ] akan mencadangkan:- "Bahawa Dewan ini menggesa Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia dalam proses untuk melaksanakan persempadanan semula kawasan pilihan raya hendaklah memastikan wujud keseimbangan pemilih antara pilihan raya dan mengelak perbuatan menggerimander (gerrymandering) yang merugikan para pemilih."

( Perdana Menteri )

Page 18: MALAYSIA DEWAN RAKYAT ATURAN URUSAN · PDF fileberlepas Lapangan Terbang Subang yang hanya mempunyai 3 pintu berlepas dalam negeri sedangkan ... (SPA). Bilakah pembinaan ... termasuk

AUM DR 7/4/2014 18

14. PR-1321-U59582 Tuan Fong Kui Lun [ Bukit Bintang ] akan mencadangkan:- "Bahawa dewan ini menggesa Kerajaan hendaklah menyalurkan peruntukan tahunan bagi Ahli Parlimen secara adil, baik untuk wakil rakyat BN mahupun wakil rakyat pembangkang sebagaimana cadangan Kerajaan Negeri Pulau Pinang untuk menyalurkan peruntukan yang sama diterima oleh wakil-wakil rakyat pembangkang kepada wakil-wakil rakyat BN mulai tahun 2014."

( Perdana Menteri ) 15. PR-1321-U60610

Tuan Liew Chin Tong [ Kluang ] akan mencadangkan:- "Bahawa Dewan ini menyokong cadangan menetapkan sebarang pembelian aset atau sistem pertahanan yang melebihi RM100 juta oleh Kementerian Pertahanan, mesti dibawa ke Parlimen untuk dibahas dan diaudit oleh Jabatan Audit Negara untuk syarat meneruskan pembelian ini. Ini juga bertujuan untuk mempertingkatkan integriti dan keberkesanan pembelian sistem pertahanan."

( Menteri Pertahanan ) 16. PR-1321-U60119

Tuan Hee Loy Sian [ Petaling Jaya Selatan ] akan mencadangkan:- "Bahawa Dewan ini menolak politik samseng dan perkauman serta menggesa perdebatan dasar secara rasional dan tanpa keganasan. Tindakan keganasan beberapa NGO pro-Kerajaan terhadap warganegara biasa dan mengugut bunuh Ahli Dewan Undangan Negeri Macang Bubok Pulau Pinang dan Ahli Parlimen Seputeh telah melanggar undang-undang jenayah Malaysia, oleh yang demikian pihak polis mestilah menyiasat suspek di bawah Kanun Acara Jenayah dengan segera. Biarlah rakyat jelata mendengar penjelasan dalam satu perdebatan yang sihat dan dengan ini Malaysia akan mengorak langkah ke satu kebudayaan demokrasi yang lebih matang. Maka dengan ini Dewan hendaklah mengambil ketetapan untuk meminta Kerajaan melalui Peguam Negara untuk mengambil tindakan tegas terhadap pihak yang cuba meniupkan unsur perkauman dalam agenda politik mereka."

( Perdana Menteri )

Page 19: MALAYSIA DEWAN RAKYAT ATURAN URUSAN · PDF fileberlepas Lapangan Terbang Subang yang hanya mempunyai 3 pintu berlepas dalam negeri sedangkan ... (SPA). Bilakah pembinaan ... termasuk

AUM DR 7/4/2014

19

17. PR-1321-U60120 Tuan Hee Loy Sian [ Petaling Jaya Selatan ] akan mencadangkan:- "Bahawa Dewan ini mendesak Kerajaan menubuhkan mahkamah koroner yang tetap, bebas dan profesional bagi menjalankan inkues bagi semua kes kematian di bawah agensi-agensi penguatkuasaan undang-undang."

( Perdana Menteri )

18. PR-1321-U61176 Tuan Manivanan a/l Gowindasamy [ Kapar ] akan mencadangkan:- "Bahawa Dewan mempertimbangkan cadangan untuk kes kematian di bawah tahanan Polis Diraja Malaysia, keluarga si mati diberi kebenaran sepenuhnya untuk memperoleh Pakar Perubatan Forensik sendiri bagi mewakili pihak keluarga si mati semasa bedah siasat dijalankan. "

(Menteri Dalam Negeri )

19. PR-1321-U61180 Tuan Manivanan a/l Gowindasamy [ Kapar ] akan mencadangkan:- "Bahawa Dewan ini mendesak agar pendidikan agama diperkenalkan di sekolah kepada pelajar bukan Islam sebagai langkah untuk menerapkan nilai-nilai murni dan keagamaan di kalangan pelajar bukan Islam bagi menangani gegala sosial yang kian meningkat dan berleluasa akibat daripada kegagalan sistem pendidikan di Malaysia."

( Menteri Pendidikan )

Page 20: MALAYSIA DEWAN RAKYAT ATURAN URUSAN · PDF fileberlepas Lapangan Terbang Subang yang hanya mempunyai 3 pintu berlepas dalam negeri sedangkan ... (SPA). Bilakah pembinaan ... termasuk

AUM DR 7/4/2014 20

RISALAT-RISALAT YANG DIBAWA KE DALAM MESYUARAT (DEWAN RAKYAT)

TAHUN

2014 RISALAT/DOKUMEN TARIKH

DIBENTANGKAN

CMD. 4 Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2013 Aktiviti Kementerian / Jabatan dan Pengurusan Syarikat Kerajaan Persekutuan Siri 1

7 April 2014

CMD.5 Laporan Ketua Audit Negara 2013 Siri 1 Pengurusan Aktiviti Badan Berkanun Persekutuan Dan Pengurusan Syarikat Subsidiari

7 April 2014

CMD. 6 Maklum Balas Ke Atas Laporan Ketua Audit Negara Siri 1 Tahun 2013 Mengenai Aktiviti Kementerian / Jabatan Dan Pengurusan Syarikat Kerajaan Persekutuan Serta Aktiviti Badan Berkanun Persekutuan Dan Pengurusan Syarikat Subsidiari

7 April 2014

CMD. 7 Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2013 Aktiviti Jabatan / Agensi Dan Pengurusan Syarikat Kerajaan Negeri Kedah Siri 1

7 April 2014

CMD. 8 Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2013 Aktiviti Jabatan / Agensi Dan Pengurusan Syarikat Kerajaan Negeri Johor Siri 1

7 April 2014

CMD. 9 Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2013 Aktiviti Jabatan / Agensi Dan Pengurusan Syarikat Kerajaan Negeri Kelantan Siri 1

7 April 2014

CMD. 10 Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2013 Aktiviti Jabatan / Agensi Dan Pengurusan Syarikat Kerajaan Negeri Melaka Siri 1

7 April 2014

CMD. 11 Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2013 Aktiviti Jabatan / Agensi Dan Pengurusan Syarikat Kerajaan Negeri Sembilan Siri 1

7 April 2014

CMD. 12 Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2013 Aktiviti Jabatan / Agensi Dan Pengurusan Syarikat Kerajaan Negeri Pahang Siri 1

7 April 2014

Page 21: MALAYSIA DEWAN RAKYAT ATURAN URUSAN · PDF fileberlepas Lapangan Terbang Subang yang hanya mempunyai 3 pintu berlepas dalam negeri sedangkan ... (SPA). Bilakah pembinaan ... termasuk

AUM DR 7/4/2014

21

TAHUN 2014

RISALAT/DOKUMEN TARIKH DIBENTANGKAN

CMD. 13 Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2013

Aktiviti Jabatan / Agensi Dan Pengurusan Syarikat Kerajaan Negeri Perak Siri 1

7 April 2014

CMD. 14 Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2013 Aktiviti Jabatan / Agensi Dan Pengurusan Syarikat Kerajaan Negeri Perlis Siri 1

7 April 2014

CMD. 15 Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2013 Aktiviti Jabatan / Agensi Dan Pengurusan Syarikat Kerajaan Negeri Pulau Pinang Siri 1

7 April 2014

CMD. 16 Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2013 Aktiviti Kementerian / Jabatan / Agensi Dan Pengurusan Syarikat Kerajaan Negeri Sabah Siri 1

7 April 2014

CMD. 17 Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2013 Aktiviti Kementerian / Jabatan / Agensi Dan Pengurusan Syarikat Kerajaan Negeri Sarawak Siri 1

7 April 2014

CMD. 18 Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2013 Aktiviti Jabatan / Agensi Dan Pengurusan Syarikat Kerajaan Negeri Selangor Siri 1

7 April 2014

CMD. 19 Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2013 Aktiviti Jabatan / Agensi Dan Pengurusan Syarikat Kerajaan Negeri Terengganu Siri 1

7 April 2014