malaysia dewan rakyat aturan urusan mesyuarat … · itu tidak dapat melanjutkan pelajaran mereka...

20
MALAYSIA DEWAN RAKYAT ATURAN URUSAN MESYUARAT NASKHAH SAHIH/BAHASA MALAYSIA http://www.parlimen.gov.my HARI RABU, 29 JUN 2011, PUKUL 10.00 PAGI Bil. 31 PADA PERMULAAN URUSAN MESYUARAT MENGEMUKAKAN RANG UNDANG-UNDANG KERAJAAN UNTUK BACAAN KALI YANG PERTAMA 1. Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat * Rang Undang-undang Keganasan Rumah Tangga (Pindaan) 2011. ______________________________________________________________ * Menandakan bahawa Rang Undang-undang ini akan di bawa pada semua peringkat di mesyuarat ini.

Upload: ngonguyet

Post on 27-Apr-2019

222 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: MALAYSIA DEWAN RAKYAT ATURAN URUSAN MESYUARAT … · itu tidak dapat melanjutkan pelajaran mereka ke peringkat yang lebih tinggi. 5 AUM DR 29/6/2011 ... Media-media massa yang tidak

MALAYSIA

DEWAN RAKYAT

ATURAN URUSAN MESYUARAT

NASKHAH SAHIH/BAHASA MALAYSIAhttp://www.parlimen.gov.my

HARI RABU, 29 JUN 2011, PUKUL 10.00 PAGIBil. 31

PADA PERMULAAN URUSAN MESYUARATMENGEMUKAKAN RANG UNDANG-UNDANG KERAJAAN

UNTUK BACAAN KALI YANG PERTAMA

1. Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat

* Rang Undang-undang Keganasan Rumah Tangga(Pindaan) 2011.

______________________________________________________________* Menandakan bahawa Rang Undang-undang ini akan di bawa pada semua

peringkat di mesyuarat ini.

Page 2: MALAYSIA DEWAN RAKYAT ATURAN URUSAN MESYUARAT … · itu tidak dapat melanjutkan pelajaran mereka ke peringkat yang lebih tinggi. 5 AUM DR 29/6/2011 ... Media-media massa yang tidak

AUM DR 29/6/20112

ATURAN URUSAN MESYUARAT DAN USUL-USUL

1. (D.R. 19/2011) Rang Undang-undang Pasaran Modal dan Perkhidmatan(Pindaan) 2011 Menyambung semula Perbahasan atasmasalah, “Bahawa Rang Undang-undang ini dibacakankali yang kedua sekarang” (28 Jun, 2011)

[ Kementerian Kewangan ]

2. (D.R. 20/2011) Rang Undang-undang PerniagaanPerkhidmatan Wang 2011

[ Kementerian Kewangan ]

Bacaan KaliYang Kedua

3. (D.R. 8/2011) Rang Undang-undang OrganisasiAntarabangsa (Keistimewaan dan Kekebalan)(Pindaan) 2011

[ Kementerian Luar Negeri ]

4. (D.R. 30/2010) Rang Undang-undang Penilai, Pentaksir DanEjen Harta Tanah (Pindaan) 2010

[ Kementerian Kewangan ]

5. (D.R. 10/2011) Rang Undang-undang LembagaPembangunan Industri Pembinaan Malaysia(Pindaan) 2011

[ Kementerian Kerja Raya ]

6. (D.R. 9/2011) Rang Undang-undang Peranti Perubatan2011

[ Kementerian Kesihatan ]

7. (D.R. 12/2011) Rang Undang-undang Pihak BerkuasaPeranti Perubatan 2011

[ Kementerian Kesihatan ]

Page 3: MALAYSIA DEWAN RAKYAT ATURAN URUSAN MESYUARAT … · itu tidak dapat melanjutkan pelajaran mereka ke peringkat yang lebih tinggi. 5 AUM DR 29/6/2011 ... Media-media massa yang tidak

AUM DR 29/6/20113

8. (D.R. 17/2011) Rang Undang-undang Majlis PerundinganGaji Negara 2011

[ Kementerian Sumber Manusia ]

Bacaan KaliYang Kedua

9. (D.R. 15/2011) Rang Undang-undang Kerja (Pindaan) 2011

[ Kementerian Sumber Manusia ]

10. (D.R. 46/2010) Rang Undang-undang Hak Cipta (Pindaan)2010

[ Kementerian Perdagangan Dalam Negeri,Koperasi dan Kepenggunaan ]

11. (D.R. 13/2011) Rang Undang-undang Perkongsian LiabilitiTerhad 2011

[ Kementerian Perdagangan Dalam Negeri,Koperasi dan Kepenggunaan ]

12. (D.R. 22/2011) Rang Undang-undang Lembaga KemajuanIkan Malaysia (Pindaan) 2011

[ Menteri Pertanian danIndustri Asas Tani ]

13. (D.R. 21/2011) Rang Undang-undang Lembaga PemasaranPertanian Persekutuan (Pindaan) 2011

[ Menteri Pertanian danIndustri Asas Tani ]

14. (D.R. 23/2011) Rang Undang-undang Perikanan(Pindaan) 2011

[ Menteri Pertanian danIndustri Asas Tani ]

15. (D.R. 45/2010) Rang Undang-undang PerbadananPembangunan Kampong Bharu 2010

[ Kementerian Wilayah Persekutuan danKesejahteraan Bandar ]

16. (D.R. 1/2011) Rang Undang-undang Veteran 2011

[ Kementerian Pertahanan ]

Page 4: MALAYSIA DEWAN RAKYAT ATURAN URUSAN MESYUARAT … · itu tidak dapat melanjutkan pelajaran mereka ke peringkat yang lebih tinggi. 5 AUM DR 29/6/2011 ... Media-media massa yang tidak

AUM DR 29/6/20114

17. (D.R. 37/2009) Rang Undang-undang Cukai Barang danPerkhidmatan 2009

[ Kementerian Kewangan ]

Bacaan KaliYang Kedua

18. PR-1242-U43283Datuk Dr. Marcus Mojigoh [ Putatan ] akan mencadangkan:-

"Bahawa Dewan ini mengambil maklum bahawa ketika keadaan negaraberada dalam keadaan aman dan tenteram, tugasan Angkatan TenteraMalaysia (Darat, Udara dan Laut) tidaklah begitu berat. Dan mengambilmaklum bahawa terdapat mereka yang berkhidmat dalam angkatantentera begitu berkelayakan tinggi, misalnya doktor perubatan, doktor gigi,jurutera mekanikal dan elektrikal, jurutera awam, pentadbiran awam dansebagainya. Dan mengambil maklum bahawa, kepakaran anggota yangdisebutkan di atas sesungguhnya dapat membantu dalam pentadbirannegara dan dimanfaatkan untuk ketenteraman dan kemajuan negara. Danmengambil maklum juga bahawa terdapat cadangan bahawa pihaktentera membantu pihak polis dalam rondaan di tempat strategik bagimemastikan keamanan negara. Selain itu, pihak tentera juga bolehmembantu anggota trafik untuk mengawal lalu lintas di samping membuatkerja-kerja kemasyarakatan. Maka dengan ini Dewan hendaklahmengambil ketetapan untuk meminta Kerajaan, agar satu rangka kerjadapat diwujudkan agar pihak tentera dapat memainkan peranan dalampembangunan negara melalui program-program yang dimaksudkan diatas."

(Menteri Pertahanan)

19. PR-1242-U43291Datuk Dr. Marcus Mojigoh [ Putatan ] akan mencadangkan:-

"Bahawa Dewan ini mengambil maklum bahawa terdapat pegawaiterutama sekali pegawai bawahan angkatan tentera, polis dan pasukanberuniform yang lain, setelah bersara wajib, mereka hidup di paraskemiskinan. Dan mengambil maklum bahawa keadaan ini berlaku kerana,latihan dan amalan tugasan mereka semasa bertugas tidak dapatmenawarkan mereka sebarang peluang kerja baru ataupun minat merekaselepas bersara telah pun berubah. Dan mengambil maklum bahawa,setelah bersara, sesetengah mereka tidak mempunyai sebarang rumahuntuk berteduh. Dan mengambil maklum bahawa, setelah bersara,mereka tidak lagi dapat menampung persekolahan anak-anak dandiburukkan lagi dengan tidak mendapat sebarang bantuan biasiswa, olehitu tidak dapat melanjutkan pelajaran mereka ke peringkat yang lebihtinggi.

Page 5: MALAYSIA DEWAN RAKYAT ATURAN URUSAN MESYUARAT … · itu tidak dapat melanjutkan pelajaran mereka ke peringkat yang lebih tinggi. 5 AUM DR 29/6/2011 ... Media-media massa yang tidak

AUM DR 29/6/20115

Dan mengambil maklum bahawa, satu program khas hendaklah dirangkabagi mereka ini, untuk melatih mereka dalam bidang yang ingin merekaceburi selepas bersara, termasuklah untuk menyediakan tanah bagimereka usahakan, sementara anak-anak mereka hendaklah diberikanbiasiswa melalui koperasi yang berkaitan. Maka dengan ini Dewanhendaklah mengambil ketetapan untuk meminta Kerajaan, pihak Kerajaanmenyediakan program khas bagi mereka ini untuk mempersiapkanmereka sebelum persaraan mereka."

(Menteri Dalam Negeri)

20. PR-1242-U43292Datuk Dr. Marcus Mojigoh [ Putatan ] akan mencadangkan:-

"Bahawa Dewan ini mengambil maklum bahawa Perkara 153,Perlembagaan Persekutuan memaktubkan bahawa kaum Melayu dankaum bumiputera Sabah dan Sarawak diberikan kedudukan khas danistimewa dalam Persekutuan Malaysia. Dan mengambil maklum bahawadengan kedudukan khas dan istimewa ini, mereka yang dimaksudkan diatas diberikan keutamaan bagi pemberian biasiswa, pekerjaan dan lain-lain lagi. Dan mengambil maklum bahawa, walaupun orang asli yangterdiri daripada tiga kumpulan utama iaitu Semang (Negrito), Senoi danProto-Malay, telah menduduki negara ini sejak zaman nenek moyangmereka lagi, mereka telah tidak di iktiraf oleh Perkara 153, PerlembagaanPersekutuan Malaysia. Dan mengambil maklum juga bahawa oleh keranakedudukan mereka tidak termaktub dalam Perkara 153 PerlembagaanMalaysia, mereka tidak mendapat sebarang keistimewaan sebagaimanayang diperuntukkan kepada golongan yang dimaksudkan dalam Perkara153 tersebut. Maka dengan ini Dewan hendaklah mengambil ketetapanuntuk meminta Kerajaan, oleh kerana orang asli juga adalah pendudukasal negara ini, maka Kerajaan hendaklah meminda Perkara 153Perlembagaan Malaysia dengan memasukkan orang asli sebagai orang-orang yang dilindungi oleh perkara sama, sama kedudukan dengan OrangMelayu dan bumiputera Sabah dan Sarawak."

(Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah)

21. PR-1242-U43302Datuk Dr. Marcus Mojigoh [ Putatan ] akan mencadangkan:-

"Bahawa Dewan ini mengambil maklum bahawa terdapat banyak tanah-tanah rizab Kerajaan, tanah rizab sungai, tanah pesisir pantai, tanah-tanah rizab lainnya dan tanah-tanah terbiar yang tidak diusahakan.Keadaan ini tidak mendatangkan sebarang pulangan kepada ekonominegara mahupun pemilik individu yang dimaksudkan.

Page 6: MALAYSIA DEWAN RAKYAT ATURAN URUSAN MESYUARAT … · itu tidak dapat melanjutkan pelajaran mereka ke peringkat yang lebih tinggi. 5 AUM DR 29/6/2011 ... Media-media massa yang tidak

AUM DR 29/6/20116

Dan mengambil maklum bahawa sekiranya tanah-tanah yangdimaksudkan, sekiranya diusahakan akan mendatangkan hasil yanglumayan kepada ekonomi negara terutama sekali dalam industrimakanan. Dan mengambil maklum bahawa, rizab-rizab sungai juga bolehdibangunkan untuk aktiviti akuakultur di mana akan menyumbang jugakepada ekonomi negara. Dan mengambil maklum bahawa denganadanya aktiviti ekonomi yang dimaksudkan, kawasan yang dimaksudkanjuga akan dapat diperindah. Dan mengambil maklum bahawa, kesemuaaktiviti yang dimaksudkan di atas, terutama sekali yang melibatkan tanahrizab Kerajaan dan tanah rizab sungai dapat dibangunkan denganmemberikan lesen pendudukan sementara daripada para pengusahayang berminat untuk mengusahakan tempat tersebut mengikutkesesuaian setempat. Maka dengan ini Dewan hendaklah mengambilketetapan untuk meminta Kerajaan, Kerajaan hendaklah, melalui Kerajaannegeri masing-masing meningkatkan lagi kepenggunaan tanah yangdimaksudkan di atas bagi memantapkan lagi ekonomi negara."

(Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan)

22. PR-1242-U43959Dr. Tan Seng Giaw [ Kepong ] akan mencadangkan:-

"Bahawa Menteri Kesihatan memberitahu Dewan ini mengenai isikandungan transformasi kesihatan termasuk 1 Care dan 1 Clinic. BahawaDewan ini memperbahaskan bagaimana 1Care ini boleh mewujudkanpenjagaan kesihatan yang mampu dibayar oleh rakyat."

(Menteri Kesihatan)

23. PR-1242-U43960Dr. Tan Seng Giaw [ Kepong ] akan mencadangkan:-

"Bahawa Dewan ini membincangkan kaedah baru kenaikan pangkatsebagai lanjutan transformasi kecemerlangan pendidikan negara. Dewanini juga hendak mendebatkan skop perjawatan diperluaskan bagimembolehkan lebih ramai dari hampir 400,000 guru mendapat kenaikanpangkat."

(Menteri Pelajaran)

Page 7: MALAYSIA DEWAN RAKYAT ATURAN URUSAN MESYUARAT … · itu tidak dapat melanjutkan pelajaran mereka ke peringkat yang lebih tinggi. 5 AUM DR 29/6/2011 ... Media-media massa yang tidak

AUM DR 29/6/20117

24. PR-1242-U44889Puan Teresa Kok Suh Sim [ Seputeh ] akan mencadangkan:-

"Bahawa Dewan ini mengambil keputusan untuk mengembalikan AktaPerkhidmatan Parlimen yang telah dimansuhkan pada tahun 1993sebagai langkah untuk menjadikan Parlimen Malaysia sebagai ParlimenDunia Pertama"."

(Perdana Menteri)

25. PR-1242-U44890Puan Teresa Kok Suh Sim [ Seputeh ] akan mencadangkan:-

"Bahawa Dewan ini menyokong cadangan Suruhanjaya DiRajaPembaikan Perjalanan dan Pengurusan PDRM dan YAB Perdana Menteriuntuk menubuhkan Suruhanjaya Bebas dan Salah Laku Polis (IPCMC). "

(Menteri Dalam Negeri)

26. PR-1242-U43366Datuk Eric Enchin Majimbun [ Sepanggar ] akan mencadangkan:-

"Bahawa Dewan yang mulia ini membincang dan membuat ketetapanmengenai pengeluaran serta pemberian kontrak-kontrak kepadakontraktor bagi pembinaan-pembinaan infrastruktur dan bangunan bukansahaja dengan kelas khas contohnya Pusat Khidmat Kontraktor (PKK)kelas A tetapi haruslah memastikan agar kontraktor-kontraktor mematuhisegala syarat dan keperluan kejuruteraan seperti mana yang ditetapkanoleh pihak Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB).Pemantauan rapi haruslah dilaksanakan dengan telus dan tegas supayabetul-betul dapat mengelakkan daripada kecuaian semasa kerja-kerjapembinaan dijalankan. Ini tentu sekali dapat memastikan tidak adakejadian yang tidak diingini berlaku seperti bangunan runtuh dankecacatan infrastruktur sebelum dan selepas tempoh jaminan."

(Menteri Kewangan)

27. PR-1242-U43375Datuk Eric Enchin Majimbun [ Sepanggar ] akan mencadangkan:-

"Bahawa Dewan yang mulia ini membincang serta memutuskan agarrakyat Malaysia terutamanya di media massa untuk menghentikanperbalahan mencaci dan meragui kepercayaan agama dan kebebasanberagama masing-masing seperti mana yang terkandung dalamPerlembagaan Malaysia serta menghormati Rukun Negara.

Page 8: MALAYSIA DEWAN RAKYAT ATURAN URUSAN MESYUARAT … · itu tidak dapat melanjutkan pelajaran mereka ke peringkat yang lebih tinggi. 5 AUM DR 29/6/2011 ... Media-media massa yang tidak

AUM DR 29/6/20118

Media-media massa yang tidak bertanggungjawab dan tidak menghormatiini dan mengeluarkan berita tanpa siasatan dan mengakibatkan keraguanserta berkemungkinan boleh mencetuskan kebimbangan serta percacihandi antara rakyat yang menghormati kaum yang berbilang di negara ini."

(Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan)

28. PR-1242-U43381Datuk Eric Enchin Majimbun [ Sepanggar ] akan mencadangkan:-

"Bahawa Dewan yang mulia ini membincang untuk menyiasat denganseriusnya mengenai keadaan pertumbuhan penduduk di Sabah yangmendadak sekali sehingga melebihi kadar peratus pertumbuhan yangbiasa mengikut perbandingan bancian penduduk sejak tahun 1970 hinggabancian terkini 2010. Pengawalan serta penyiasatan pertumbuhanpenduduk ini tentunya mempunyai dasar dan pengurusan agar rakyatMalaysia di Sabah dapat menjalankan taraf kehidupan yang baik, jauhdari kemiskinan, malapetaka serta keraguan di antara mereka."

(Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah)

29. PR-1242-U44783Tuan Fong Kui Lun [ Bukit Bintang ] akan mencadangkan:-

"Bahawa Pilihan raya Kerajaan Tempatan hendaklah dipulihkan semulabagi melengkapi sistem demokrasi di Malaysia dan mengembalikan hakrakyat untuk memilih perwakilan sendiri dalam Kerajaan Tempatan."

(Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan)

30. PR-1242-U44788Tuan Fong Kui Lun [ Bukit Bintang ] akan mencadangkan:-

"Bahawa Dewan ini membuat ketetapan supaya Kerajaan menyalurkanperuntukan tahunan kepada Ahli-ahli Parlimen Pakatan Rakyat yangmewakili kawasan-kawasan yang dimenangi sebagaimana yang diberikankepada wakil-wakil rakyat BN, supaya peruntukan dapat disalurkan untukmanfaat pengundi dan kawasan yang diwakili, sepertimana yangdiamalkan di Negara Taiwan. Langkah menyekat peruntukan tahunanwakil rakyat PR sebenarnya adalah satu diskriminasi politik ke atas parapengundi dan rakyat keseluruhannya dan sekatan amalan demokrasi itusendiri dan tidak wajar peruntukan itu disalurkan kepada parti-partikomponen BN untuk kegunaan mereka."

(Menteri Kewangan)

Page 9: MALAYSIA DEWAN RAKYAT ATURAN URUSAN MESYUARAT … · itu tidak dapat melanjutkan pelajaran mereka ke peringkat yang lebih tinggi. 5 AUM DR 29/6/2011 ... Media-media massa yang tidak

AUM DR 29/6/20119

31. PR-1242-U44154Tuan Kulasegaran A/L Murugeson [ Ipoh Barat ] akan mencadangkan:-

"Bahawa Dewan ini mengambil maklum bahawa, ramai yangmempertikaikan Malaysia berkaitan tahap kebebasan media yangdiamalkan sejak kebelakangan ini. Ada juga pihak yang menyatakanbahawa kebebasan media Malaysia sudah tidak bernyawa lagi akibatkekebalan undang-undang. Sebagai sebuah negara mengamalkan sistemDemokrasi berparlimen ianya cukup penting untuk memberikan perananyang tinggi kepada kebebasan media kerana ianya bersangkut pautdengan demokrasi negara. Apakah daya yang mampu diperkenalkan olehindustri media dalam menyalurkan berita tepat dan benar kepada seluruhrakyat jikalau pelbagai Akta berkaitan media yang sanggup menggarikebebasan media di negara ini. Maka dengan itu segala AKTA danUNDANG-UNDANG yang mengongkong kebebasan media harusdimansuhkan dengan kadar segera dalam melahirkan usaha baru bagimencerminkan kemuliaan kebebasan media di Malaysia".

(Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan)

32. PR-1242-U44981Tuan Mohsin Fadzli bin Haji Samsuri [ Bagan Serai ] akanmencadangkan:-

"Bahawa Dewan memohon Kementerian Pelajaran ini mengkaji semulasilibus yang sedia ada bagi meningkatkan lagi mutu pendidikan peringkatsekolah rendah dan menengah bagi penyediaan melahirkan lagi insanyang benar-benar berpendidikan, berpengetahuan dan berketerampilandengan menitikberatkan elemen kokurikulum dalam penilaianpencapaian."

(Menteri Pelajaran)

33. PR-1242-U44983Tuan Mohsin Fadzli bin Haji Samsuri [ Bagan Serai ] akanmencadangkan:-

"Bahawa Dewan ini memohon Kerajaan menyediakan garis panduan diperingkat kebangsaan bagi menyelaraskan fatwa-fatwa yang dikeluarkanoleh Mufti-mufti di peringkat negeri."

(Perdana Menteri)

Page 10: MALAYSIA DEWAN RAKYAT ATURAN URUSAN MESYUARAT … · itu tidak dapat melanjutkan pelajaran mereka ke peringkat yang lebih tinggi. 5 AUM DR 29/6/2011 ... Media-media massa yang tidak

AUM DR 29/6/201110

34. PR-1242-U44985Tuan Mohsin Fadzli bin Haji Samsuri [ Bagan Serai ] akanmencadangkan:-

"Bahawa Dewan ini memohon Kementerian Perumahan dan KerajaanTempatan mengkaji semula dasar Pasar Larut Malam dan lain aktivitidalam usaha mengekalkan keperluan tubuh manusia yang memerlukanwaktu malam untuk beristirehat dan siang bekerja. "

(Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan)

35. PR-1242-U45062Tuan Mohsin Fadzli bin Haji Samsuri [ Bagan Serai ] akanmencadangkan:-

"Bahawa Dewan ini memohon Kementerian Perdagangan Dalam Negeri,Koperasi Dan Kepenggunaan mengkaji untuk memperbanyakkan lagi APuntuk bahan gula dan beras agar harga dapat diturunkan. Dengan adanyaoligopoli akan dapat menurunkan harga dan manfaatnya akan dinikmatioleh masyarakat."

(Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan)

36. PR-1242-U45063Tuan Mohsin Fadzli bin Haji Samsuri [ Bagan Serai ] akanmencadangkan:-

"Bahawa Dewan ini memohon Kementerian Perdagangan Dalam Negeri,Koperasi dan Kepenggunaan mengadakan satu mekanisme untukmenghalang warga bukan negara menikmati subsidi ke atas baranganseperti beras, gula, minyak masak dan bahan api."

(Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan)

37. PR-1242-U45064Tuan Mohsin Fadzli bin Haji Samsuri [ Bagan Serai ] akanmencadangkan:-

"Bahawa Dewan ini memohon Kementerian Pengangkutan pihakpengendali Touch & Go mengadakan lorong tambah nilai di laluan PlazaTol bagi kemudahan pengguna tanpa ke pejabat atau agen stesenminyak. Melalui agen dikenakan caj 50 sen bagi setiap top-up manakala dipejabat pula menyusahkan pengguna."

(Menteri Kerja Raya)

Page 11: MALAYSIA DEWAN RAKYAT ATURAN URUSAN MESYUARAT … · itu tidak dapat melanjutkan pelajaran mereka ke peringkat yang lebih tinggi. 5 AUM DR 29/6/2011 ... Media-media massa yang tidak

AUM DR 29/6/201111

38. PR-1242-U43833Tuan Chua Tian Chang [ Batu ] akan mencadangkan:-

"Bahawa Dewan ini mendesak Perdana Menteri supaya tampil keMahkamah Perancis untuk membersihkan nama Negara Malaysia danmenjelaskan urus niaga yang berkaitan dengan Syarikat Armanis dantransaksi kewangan yang bernilai RM 30 juta dan RM 2.5 juta kepadasyarikat Gifen yang berpangkalan di Malta. Dokumen-dokumen telahdiperoleh oleh Pihak Berkuasa Perancis setelah menyerbu Syarikat DNCSdi bawah Akta Kebebasan Maklumat. Menurut peruntukan KonvensyenKorupsi Antarabangsa Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu 2002 yangmembenar untuk memanggil individu yang terlibat termasuk pemimpintertinggi sesebuah negara. Jika gagal dijalankan, Waren GeledahAntarabangsa akan digunakan untuk memaksa individu itu memberiketerangan."

(Perdana Menteri)

39. PR-1242-U43387Tuan John A/L Fernandez [ Seremban ] akan mencadangkan:-

"Bahawa Dewan ini membincangkan agar Kerajaan mengkaji semulakenaikan gaji yang diumumkan baru-baru ini di mana Guru Besar SekolahRendah yang mempunyai pelajar yang sedikit di kekalkan gaji merekapada DGA 32 manakala Penolong Guru Besar Sekolah Rendah Clusterdinaikkan gaji mereka dari DGA 32 kepada DGA 34."

(Perdana Menteri)

40. PR-1242-U43398Tuan John A/L Fernandez [ Seremban ] akan mencadangkan:-

"Bahawa Dewan ini mengambil keputusan untuk menyediakan saluranKhas di televisyen yang dapat menyiarkan secara langsung persidanganpenuh di Dewan Rakyat supaya orang awam lebih maklum tentangperbincangan yang dibuat oleh Ahli Parlimen mereka".

(Perdana Menteri)

Page 12: MALAYSIA DEWAN RAKYAT ATURAN URUSAN MESYUARAT … · itu tidak dapat melanjutkan pelajaran mereka ke peringkat yang lebih tinggi. 5 AUM DR 29/6/2011 ... Media-media massa yang tidak

AUM DR 29/6/201112

41. PR-1242-U43402Tuan John A/L Fernandez [ Seremban ] akan mencadangkan:-

"Bahawa Dewan ini dapat mendesak agar Kerajaan dapat mewajibkanpilihan raya Kerajaan tempatan supaya perkhidmatan akan menjadi lebihbaik dan kerja-kerja yang diberikan kepada sub kontraktor perlu diawasioleh kerajaan tempatan bagi mengelakkan penyelewengan".

(Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan)

42. PR-1242-U43408Tuan John A/L Fernandez [ Seremban ] akan mencadangkan:-

"Bahawa Dewan ini dapat mengambil keputusan untuk menubuhkanSuruhanjaya Siasatan DiRaja untuk menangani salah laku Pegawai Polisdi mana terdapat terlalu ramai yang ditahan reman mati di dalam lokap".

(Menteri Dalam Negeri)

43. PR-1242-U43419Tuan John A/L Fernandez [ Seremban ] akan mencadangkan:-

"Bahawa Dewan ini dapat mengambil keputusan untuk ISA dan semuatahanan yang ditahan di ISA dibicarakan di Mahkamah terbuka ataudibebaskan jikalau tidak ada bukti yang mencukupi untuk mendakwamereka".

(Menteri Dalam Negeri)

44. PR-1242-U43421Tuan John A/L Fernandez [ Seremban ] akan mencadangkan:-

"Bahawa Dewan ini meminta Kerajaan mencadangkan bahawa semuajawatan kosong dalam sektor awam dapat diiklankan di dalam semuasurat khabar utama supaya orang awam dari semua golongan rakyatdapat memohon jawatan tersebut".

(Perdana Menteri)

Page 13: MALAYSIA DEWAN RAKYAT ATURAN URUSAN MESYUARAT … · itu tidak dapat melanjutkan pelajaran mereka ke peringkat yang lebih tinggi. 5 AUM DR 29/6/2011 ... Media-media massa yang tidak

AUM DR 29/6/201113

45. PR-1242-U43424Tuan John A/L Fernandez [ Seremban ] akan mencadangkan:-

"Bahawa Dewan ini meminta Kerajaan mengawal penjualan asid secaraterbuka dan menjadikan asid sebagai barangan kawalan atau penjual-penjual haruslah menulis nama dan nombor kad pengenalan mereka yangmembeli asid bagi mengelakkan perkara yang tidak diingini berlakuseperti kejadian pembuangan asid terhadap wanita-wanita yang banyakberlaku sekarang di negara ini."

(Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan)

46. PR-1242-U43425Tuan John A/L Fernandez [ Seremban ] akan mencadangkan:-

"Bahawa Dewan ini meminta Kerajaan Persekutuan membina lebihbanyak Muzium Memorial yang melambangkan sejarah Malaysiacontohnya Yap Ah Loy, Bapa Pembangunan Awal Kuala Lumpur bagimengenang jasa mereka."

(Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan)

47. PR-1242-U43427Tuan John A/L Fernandez [ Seremban ] akan mencadangkan:-

"Bahawa Dewan ini dapat membincangkan agar Kerajaan mengambilkeputusan untuk memansuhkan undi Pos".

(Perdana Menteri)

48. PR-1242-U43429Tuan John A/L Fernandez [ Seremban ] akan mencadangkan:-

"Bahawa Dewan ini meminta Kerajaan supaya harga petrol dan gula tidakdinaikkan lagi kerana kenaikan harga petrol dan gula secara mendadakkebelakangan ini amat membebankan rakyat kerana harga barangan lainjuga akan turut naik. Kerajaan harus memastikan bil-bil utiliti tidakdinaikkan."

(Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan)

Page 14: MALAYSIA DEWAN RAKYAT ATURAN URUSAN MESYUARAT … · itu tidak dapat melanjutkan pelajaran mereka ke peringkat yang lebih tinggi. 5 AUM DR 29/6/2011 ... Media-media massa yang tidak

AUM DR 29/6/201114

49. PR-1242-U43431Tuan John A/L Fernandez [ Seremban ] akan mencadangkan:-

"Bahawa Dewan ini mengarahkan Kerajaan untuk membina lebih banyaksekolah Cina dan Tamil di kawasan-kawasan yang terdapat ramai pelajarCina dan Tamil memandangkan peningkatan pelajar-pelajar yang belajardi Sekolah Cina dan Tamil."

(Menteri Pelajaran)

50. PR-1242-U43756Tuan Liew Chin Tong [ Bukit Bendera ] akan mencadangkan:-

"Bahawa Dewan ini menyokong cadangan menetapkan sebarangpembelian aset atau sistem pertahanan yang melebihi 100 juta olehMINDEF, mesti dibawa ke Parlimen di bahas dan diaudit oleh JabatanAudit Negara supaya untuk syarat meneruskan pembelian ini. Ini jugabertujuan untuk mempertingkatkan integriti dan keberkesanan pembeliansistem pertahanan. Ini adalah diakibatkan oleh pembelian Jet Sukhoi danKapal Selam Scorpene telah menimbulkan banyak persepsi negatifterhadap negara."

(Menteri Pertahanan)

51. PR-1242-U43407Dato' Seri Zahrain Mohamed Hashim [ Bayan Baru ] akanmencadangkan:-

"Bahawa Dewan yang mulia ini membuat ketetapan mendesak MenteriDalam Negeri mengambil langkah-langkah yang perlu untuk memastikanpenguatkuasaan undang-undang yang lebih tegas tapi adil dalammenangani insiden-insiden yang mengancam keselamatan negara danketenteraman awam. Dewan sedar akan pertimbangan implikasi politiknamun keselamatan rakyat dan negara adalah tanggungjawab Kerajaanyang dipilih rakyat" .

(Menteri Dalam Negeri)

Page 15: MALAYSIA DEWAN RAKYAT ATURAN URUSAN MESYUARAT … · itu tidak dapat melanjutkan pelajaran mereka ke peringkat yang lebih tinggi. 5 AUM DR 29/6/2011 ... Media-media massa yang tidak

AUM DR 29/6/201115

52. PR-1242-U43410Dato' Seri Zahrain Mohamed Hashim [ Bayan Baru ] akanmencadangkan:-

"Bahawa Dewan yang mulia ini mendesak Menteri Dalam Negerimenggantung pendaftaran mana-mana parti politik dan pertubuhan bukanKerajaan (NGO) yang memperalatkan agama untuk memporak-perandakan ketenteraman hidup rakyat Malaysia pelbagai kaum yanghidup aman damai. Dewan akur bahawa langkah sedemikian perlu bagimengekalkan perpaduan yang terjalin di kalangan rakyat sejak sebelumMerdeka ".

(Menteri Dalam Negeri)

53. PR-1242-U43412Dato' Seri Zahrain Mohamed Hashim [ Bayan Baru ] akanmencadangkan:-

"Bahawa Dewan yang mulia ini membuat ketetapan agar lagu tema1Malaysia yang diterbitkan Lim Kok Wing Sound and Music DesignAcademy dijadikan sebagai lagu wajib di setiap sekolah dan pusatpengajian di dalam negara. Dewan sedar tindakan ini mampumemperkukuhkan perpaduan dan mencungkil rasa cinta kepada tanahair."

(Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan)

54. PR-1242-U43414Dato' Seri Zahrain Mohamed Hashim [ Bayan Baru ] akanmencadangkan:-

"Bahawa Dewan yang mulia ini mencadangkan agar pihak Menteri Beliadan Sukan mengambil langkah-langkah yang sewajarnya bagi memerangigejala rasuah dalam bidang sukan. Dewan mendesak agar pihakSuruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia dijadikan 'rakan aktif' dalammenangani gejala ini, terutamanya dalam sukan bola sepak negara".

(Menteri Belia dan Sukan)

Page 16: MALAYSIA DEWAN RAKYAT ATURAN URUSAN MESYUARAT … · itu tidak dapat melanjutkan pelajaran mereka ke peringkat yang lebih tinggi. 5 AUM DR 29/6/2011 ... Media-media massa yang tidak

AUM DR 29/6/201116

55. PR-1242-U43471Dato' Seri Zahrain Mohamed Hashim [ Bayan Baru ] akanmencadangkan:-

"Bahawa Dewan yang mulia ini mendesak Menteri Dalam Negerimembentangkan satu laporan penuh berhubung pelaksanaan kaedah"Saman Ekor". Dewan membuat ketetapan laporan tersebut perlu untukmemperjelaskan kedudukan sebenar kaedah "Saman Ekor" yang telahbanyak mengundang debat umum."

(Menteri Dalam Negeri)

56. PR-1242-U43476Dato' Seri Zahrain Mohamed Hashim [ Bayan Baru ] akanmencadangkan:-

"Bahawa Dewan yang mulia ini membuat ketetapan mendesak MenteriPerumahan dan Kerajaan Tempatan mengambil langkah-langkah perluuntuk memastikan dasar Persekutuan dipatuhi di peringkat negeri,terutamanya di negeri yang ditadbir pembangkang. Dewan mengambilmaklum bahawa walaupun Kerajaan negeri mempunyai hak seperti yangtermaktub di dalam Perlembagaan, namun penyalahgunaan hak tersebutdemi kelangsungan politik boleh memudaratkan kesejahteraan rakyat."

(Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan)

57. PR-1242-U44950Tuan Gwo-Burne Loh [ Kelana Jaya ] akan mencadangkan:-

"Bahawa Dewan ini mengambil maklum bahawa Kerajaan Malaysiasebagai anggota Majlis Hak Asasi Manusia Bangsa-Bangsa Bersatudalam menguatkuasakan Resolusi 62/149 Bangsa-Bangsa Bersatumengenai Moratorium terhadap Hukuman Mati yang telah dikuatkuasakanoleh Perhimpunan Agung Bangsa Bangsa-Bersatu pada 18 Disember2007 di mana negara-negara yang masih mengamalkan hukuman matidiminta untuk menghentikan penggunaan hukuman mati danmengurangkan jumlah hukuman-hukuman yang membawa hukuman matisecara berperingkat dan melaksanakan moratorium terhadap kesemuahukuman-hukuman mati dengan hasrat untuk menghapuskan hukumanini sama sekali. Maka dengan ini Dewan hendaklah mengambil ketetapanuntuk meminta Kerajaan melalui Kementerian Luar Negeri untukmembantu mematuhi Moratorium tersebut dan meminda undang-undangyang bercanggah dengan Moratorium tersebut."

(Menteri Luar Negeri)

Page 17: MALAYSIA DEWAN RAKYAT ATURAN URUSAN MESYUARAT … · itu tidak dapat melanjutkan pelajaran mereka ke peringkat yang lebih tinggi. 5 AUM DR 29/6/2011 ... Media-media massa yang tidak

AUM DR 29/6/201117

58. PR-1242-U44952Tuan Gwo-Burne Loh [ Kelana Jaya ] akan mencadangkan:-

"Bahawa Dewan ini menubuhkan sebuah Suruhanjaya DiRaja SiasatanKes Kematian Tujuh Warga Pekerja Asing pada hujung Mei 2009 akibatkerja perobohan Jaya Super market, Petaling Jaya. Daripada siasatanyang dijalankan, kerja perobohan tersebut tidak mendapat kelulusanJabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (DOSH)."

(Menteri Sumber Manusia)

59. PR-1242-U44876Dato' Haji Mahfuz bin Omar [ Pokok Sena ] akan mencadangkan:-

"Bahawa Dewan ini membuat ketetapan mengambil langkah segera bagimeringankan beban rakyat dengan menghapus dan memansuhkansemua jenis tol di lebuh raya Malaysia."

(Perdana Menteri)

60. PR-1242-U44878Dato' Haji Mahfuz bin Omar [ Pokok Sena ] akan mencadangkan:-

"Bahawa Dewan ini membuat ketetapan mengambil tindakanmembatalkan semua jenis saman ekor tertunggak yang berjumlah 15 jutasaman setelah perlaksanaan format dan Akta Pengangkutan JalanPindaan 2010 dikuatkuasakan."

(Menteri Dalam Negeri)

61. PR-1242-U44880Dato' Haji Mahfuz bin Omar [ Pokok Sena ] akan mencadangkan:-

"Bahawa Dewan ini membuat ketetapan menutup syarikat FeldaPlantation dan mengagihkan tanah milik Felda Plantation kepada generasikedua dan ketiga peneroka Felda."

(Perdana Menteri)

Page 18: MALAYSIA DEWAN RAKYAT ATURAN URUSAN MESYUARAT … · itu tidak dapat melanjutkan pelajaran mereka ke peringkat yang lebih tinggi. 5 AUM DR 29/6/2011 ... Media-media massa yang tidak

AUM DR 29/6/201118

62. PR-1242-U44881Dato' Haji Mahfuz bin Omar [ Pokok Sena ] akan mencadangkan:-

"Bahawa Dewan ini membuat ketetapan memberikan pengiktirafanperanan dan jasa kakitangan awam dengan mengkaji semula struktur gajibermula dengan menaikkan Imbuhan Perguruan sebanyak RM500sebulan setiap seorang guru sebagai penghargaan kepada guru."

(Perdana Menteri)

63. PR-1242-U44883Dato' Haji Mahfuz bin Omar [ Pokok Sena ] akan mencadangkan:-

"Bahawa Dewan ini membuat ketetapan menaikkan royalti minyak kepadanegeri Sabah, Sarawak, Terengganu dan Kelantan kepada 2 peratus."

(Menteri Kewangan)

Page 19: MALAYSIA DEWAN RAKYAT ATURAN URUSAN MESYUARAT … · itu tidak dapat melanjutkan pelajaran mereka ke peringkat yang lebih tinggi. 5 AUM DR 29/6/2011 ... Media-media massa yang tidak

AUM DR 29/6/201119

RISALAT-RISALAT YANG DIBAWA KE DALAM MESYUARAT(DEWAN RAKYAT)

TAHUN2011

RISALAT/DOKUMEN TARIKHDIBENTANGKAN

ST.28 AKTA FI 1951Perintah Fi (Pasport dan Visa) (Pindaan)2011

29 Jun 2011

ST.37 AKTA PILIHAN RAYA 1958Peraturan-Peraturan Pilihan Raya(Penjalanan Pilihan Raya) (Pindaan) 2011

29 Jun 2011

Page 20: MALAYSIA DEWAN RAKYAT ATURAN URUSAN MESYUARAT … · itu tidak dapat melanjutkan pelajaran mereka ke peringkat yang lebih tinggi. 5 AUM DR 29/6/2011 ... Media-media massa yang tidak

AUM DR 29/6/201120

UCAPAN-UCAPAN PENANGGUHAN

Tarikh Ucapan Ahli Yang Berucap Tajuk Ucapan Menteri yangBertanggungjawab

1. 29.6.2011(Rabu)

1. YB. Tuan M. KulaSegaran(Ipoh Barat)

1. Dilema Sekolah JenisKebangsaan TamilLadang Seafield diUSJ 20 Subang Jaya.

1. YB Menteri Pelajaran

2. 29.6.2011(Rabu)

2. YB. Tuan HajiAhmad bin Kasim(Kuala Kedah)

2. KelemahanPenguatkuasaanUndang-undangJenayah SyariahQazaf MemberikanKesan Kepada UmatIslam di Malaysia.

2. YAB Perdana Menteri