malaysia dewan rakyat aturan urusan mesyuarat … · 1. pr-1312-l56718 datuk bung moktar bin radin...

35
MALAYSIA DEWAN RAKYAT ATURAN URUSAN MESYUARAT NASKHAH SAHIH/BAHASA MALAYSIA http://www.parlimen.gov.my HARI KHAMIS, 3 OKTOBER 2013, PUKUL 10.00 PAGI Bil. 24 PERTANYAAN-PERTANYAAN BAGI JAWAB LISAN 1. PR-1312-L56718 Datuk Bung Moktar bin Radin [ Kinabatangan ] minta MENTERI BELIA DAN SUKAN menyatakan usaha Kerajaan dalam membantu belia-belia luar bandar untuk turut sama terlibat dan berpeluang meneroka industri sukan negara memandangkan kebanyakan belia luar bandar tidak dapat diketengahkan untuk menunjukkan bakat mereka dalam bidang sukan seperti mana yang pernah dilakukan dalam program My Team disebabkan kedudukan geografi dan infrastruktur yang masih berada dalam keadaan yang serba kekurangan. 2. PR-1312-L55216 Puan Siti Zailah binti Mohd Yusoff [ Rantau Panjang ] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR menyatakan tentang projek Tebatan Banjir Sungai Golok Rantau Panjang yang tertangguh sekian lama menyebabkan kerugian besar akibat banjir sedangkan kerajaan Thailand telah pun menyiapkannya, kesannya air banjir melimpahi sempadan negara kita dan menjejaskan operasi perkhidmatan agensi Kerajaan dan perniagaan serta pertanian rakyat tempatan. Bilakah projek tebatan banjir akan dilaksanakan. 3. PR-1312-L56691 Tuan Liang Teck Meng [ Simpang Renggam ] minta MENTERI KESIHATAN menyatakan apakah usaha yang diambil bersama dengan Kementerian Komunikasi dan Multimedia supaya ubat yang diharamkan tidak mudah diakses melalui laman web oleh kalangan orang awam. 4. PR-1312-L56330 Tuan Shamsul Iskandar @ Yusre bin Mohd Akin [ Bukit Katil ] minta PERDANA MENTERI menyatakan berapakah jumlah bayaran yang telah dibuat kepada agensi perhubungan awam untuk menghasilkan tema : "Endless Possibilities" iaitu tema sama yang digunakan sewaktu kempen "Eye on Mongolia" pada Ogos 2011 dan juga Israel.

Upload: others

Post on 11-Sep-2019

14 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: MALAYSIA DEWAN RAKYAT ATURAN URUSAN MESYUARAT … · 1. PR-1312-L56718 Datuk Bung Moktar bin Radin [ Kinabatangan ] minta MENTERI BELIA DAN SUKAN menyatakan usaha Kerajaan dalam membantu

MALAYSIA

DEWAN RAKYAT

ATURAN URUSAN MESYUARAT

NASKHAH SAHIH/BAHASA MALAYSIA

http://www.parlimen.gov.my

HARI KHAMIS, 3 OKTOBER 2013, PUKUL 10.00 PAGI

Bil. 24

PERTANYAAN-PERTANYAAN BAGI JAWAB LISAN

1. PR-1312-L56718 Datuk Bung Moktar bin Radin [ Kinabatangan ] minta MENTERI BELIA DAN SUKAN menyatakan usaha Kerajaan dalam membantu belia-belia luar bandar untuk turut sama terlibat dan berpeluang meneroka industri sukan negara memandangkan kebanyakan belia luar bandar tidak dapat diketengahkan untuk menunjukkan bakat mereka dalam bidang sukan seperti mana yang pernah dilakukan dalam program My Team disebabkan kedudukan geografi dan infrastruktur yang masih berada dalam keadaan yang serba kekurangan.

2. PR-1312-L55216

Puan Siti Zailah binti Mohd Yusoff [ Rantau Panjang ] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR menyatakan tentang projek Tebatan Banjir Sungai Golok Rantau Panjang yang tertangguh sekian lama menyebabkan kerugian besar akibat banjir sedangkan kerajaan Thailand telah pun menyiapkannya, kesannya air banjir melimpahi sempadan negara kita dan menjejaskan operasi perkhidmatan agensi Kerajaan dan perniagaan serta pertanian rakyat tempatan. Bilakah projek tebatan banjir akan dilaksanakan.

3. PR-1312-L56691

Tuan Liang Teck Meng [ Simpang Renggam ] minta MENTERI KESIHATAN menyatakan apakah usaha yang diambil bersama dengan Kementerian Komunikasi dan Multimedia supaya ubat yang diharamkan tidak mudah diakses melalui laman web oleh kalangan orang awam.

4. PR-1312-L56330

Tuan Shamsul Iskandar @ Yusre bin Mohd Akin [ Bukit Katil ] minta PERDANA MENTERI menyatakan berapakah jumlah bayaran yang telah dibuat kepada agensi perhubungan awam untuk menghasilkan tema : "Endless Possibilities" iaitu tema sama yang digunakan sewaktu kempen "Eye on Mongolia" pada Ogos 2011 dan juga Israel.

Page 2: MALAYSIA DEWAN RAKYAT ATURAN URUSAN MESYUARAT … · 1. PR-1312-L56718 Datuk Bung Moktar bin Radin [ Kinabatangan ] minta MENTERI BELIA DAN SUKAN menyatakan usaha Kerajaan dalam membantu

2 AUM DR 3/10/2013

5. PR-1312-L55618

Datuk Jumat bin Idris [ Sepanggar ] minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan:-

(a) apakah punca begitu banyak penangguhan penerbangan awam

yang berlaku semenjak kebelakangan ini; dan (b) apakah langkah Kementerian untuk menyelesaikan perkara ini.

6. PR-1312-L55457

Tuan Sim Tze Tzin [ Bayan Baru ] minta MENTERI SUMBER MANUSIA menyatakan apakah dasar-dasar Kerajaan tentang isu perumahan pekerja-pekerja asing. Bagaimanakah untuk menyelesaikan masalah pekerja asing yang membanjiri kawasan rumah kos rendah, rumah pangsa dan taman-taman perumahan.

7. PR-1312-L56142

Dato' Ir. Haji Nawawi bin Ahmad [ Langkawi ] minta MENTERI PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI menyatakan apakah benar Kerajaan akan menghentikan pembuatan kereta jenis Proton Perdana. Adakah Kerajaan akan menggantikan kenderaan Kerajaan dari jenis Proton Perdana kepada jenis Honda Accord. Adakah ini menunjukkan bahawa Kerajaan tidak menyokong syarikat Proton sebagai sebuah syarikat kereta nasional.

8. PR-1312-L55647

Dr. Haji Izani bin Haji Husin [ Pengkalan Chepa ] minta MENTERI PERUSAHAAN PERLADANGAN DAN KOMODITI menyatakan kadar pertumbuhan industri hiliran dalam bidang pembalakan dan perkayuan di Malaysia.

9. PR-1312-L56639

Tuan Haji Ahmad Lai bin Bujang [ Sibuti ] minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan:-

(a) apakah pihak Kementerian akan meneruskan diskaun 20%

untuk pembayaran penuh pinjaman PTPTN selepas 30 September 2013; dan

(b) untuk Januari sehingga September 2013, berapakah peminjam

yang layak menerima diskaun 20% dan telah melangsai penuh pinjaman mereka.

10. PR-1312-L56422

Tuan Loke Siew Fook [ Seremban ] minta MENTERI KERJA RAYA menyatakan status pembinaan Persimpangan Tol Seremban Utara di Lebuh Raya Utara Selatan, pecahan kos projek secara terperinci serta tarikh pembukaan persimpangan tersebut.

Page 3: MALAYSIA DEWAN RAKYAT ATURAN URUSAN MESYUARAT … · 1. PR-1312-L56718 Datuk Bung Moktar bin Radin [ Kinabatangan ] minta MENTERI BELIA DAN SUKAN menyatakan usaha Kerajaan dalam membantu

AUM DR 3/10/2013 3

11. PR-1312-L55259 Dato' Seri Reezal Merican bin Naina Merican [ Kepala Batas ] minta PERDANA MENTERI menyatakan apakah wujud kerjasama dalam apa sahaja bentuk di antara pihak Kementerian dan Kerajaan Negeri Pulau Pinang, dalam memantau pelbagai projek pembangunan yang sedang dilakukan di negeri tersebut pada ketika ini khususnya dalam menyediakan rumah mampu milik.

12. PR-1312-L55196 Dr. Lee Boon Chye [ Gopeng ] minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan IPTS yang menawarkan kursus ijazah perubatan serta bilangan pelajar di setiap IPTS tersebut.

13. PR-1312-L55956

Tuan Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh [ Setiu ] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR menyatakan sejauh manakah Kementerian telah mengambil langkah untuk membina benteng pemecah ombak bagi mengatasi masalah hakisan pantai yang teruk di Parlimen Setiu.

14. PR-1312-L55770

Tuan Charles Anthony Santiago [ Klang ] minta MENTERI PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI menyatakan bilangan usahawan India dan jumlah wang yang telah diberikan kepada peniaga kecil dan sederhana sehingga Ogos 2013. Adakah Kerajaan bercadang untuk membuat "impact assessment" atas pinjaman kepada usahawan ini.

15. PR-1312-L55419

Dr. Ismail bin Daut [ Merbok ] minta PERDANA MENTERI menyatakan langkah mengembalikan semula perkhidmatan pengangkutan awam yang telah menamatkan perkhidmatan kerana mengalami kerugian. Perkhidmatan ini didapati penting bagi penggunaan rakyat terutama rakyat yang berpendapatan rendah.

16. PR-1312-L55935

Tuan Gobind Singh Deo [ Puchong ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan statistik penerima Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M) dan Bantuan Rakyat 1Malaysia 2.0 (BR1M2.0) di kawasan Puchong dan perancangan Kerajaan untuk meningkatkan pendapatan penerima-penerima ini.

17. PR-1312-L55429

Datuk Ir. Dr. Wee Ka Siong [ Ayer Hitam ] minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan sama ada Kementerian menggalakkan pelajar di semua sekolah menengah meneladani MRSM untuk mengambil peperiksaan luar seperti IB dan Cambridge IGCSE selain daripada wajib menduduki peperiksaan awam yang dikendalikan oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia.

18. PR-1312-L55607

Tuan Sim Tong Him [ Kota Melaka ] minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan sejauh mana sambutan peminjam PTPTN terhadap tawaran menjelaskan pinjaman tertunggak sepenuhnya dengan diskaun 20 peratus. Berapakah peminjam yang sedang aktif menjelaskan pinjaman dan tidak aktif untuk satu tempoh.

Page 4: MALAYSIA DEWAN RAKYAT ATURAN URUSAN MESYUARAT … · 1. PR-1312-L56718 Datuk Bung Moktar bin Radin [ Kinabatangan ] minta MENTERI BELIA DAN SUKAN menyatakan usaha Kerajaan dalam membantu

4 AUM DR 3/10/2013

19. PR-1312-L56024

Datuk Chua Tee Yong [ Labis ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan apakah langkah-langkah yang diambil oleh Kerajaan untuk menangani masalah hutang isi rumah dan hutang negara serta defisit fiskal ekoran daripada Agensi Penarafan Fitch yang telah menyemak semula prospek ekonomi negara dari stabil kepada negatif.

20. PR-1312-L55795

Tuan Oscar Ling Chai Yew [ Sibu ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan langkah-langkah yang akan diambil untuk mengekalkan nilai ringgit yang semakin merosot. Sila nyatakan kesan positif dan negatif kemerosotan nilai ringgit. Apakah langkah yang diambil oleh Kerajaan untuk mengelakkan satu lagi "Financial Crisis" macam 1998 yang lalu.

21. PR-1312-L56083

Datuk Juslie bin Ajirol [ Libaran ] minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan:-

(a) jumlah peruntukan yang disediakan bagi membina sekolah baru

bagi tahun ini berikutan jumlah pelajar yang kian bertambah di seluruh negara; dan

(b) berapa buah sekolah dibina di negeri Sabah, terutama di

kawasan Parlimen Libaran sejak Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9)

22. PR-1312-L56200

Dato' Seri Anwar bin Ibrahim [ Permatang Pauh ] minta PERDANA MENTERI menyatakan kesediaan Kerajaan menyemak semula prinsip-prinsip persempadanan bahagian pilihan raya yang terkandung dalam Jadual Ketiga Belas Perlembagaan Persekutuan.

23. PR-1312-L57036

Datuk Madius Tangau [ Tuaran ] minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan berapa sekolah yang menawar pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran Bahasa Kadazandusun di seluruh negara dan berapa lagi sekolah yang akan menawarkan mata pelajaran ini dalam kurikulum KSSR.

24. PR-1312-L56431

Puan Hajah Fuziah binti Salleh [ Kuantan ] minta PERDANA MENTERI menyatakan:-

(a) senarai keahlian National Unity Consultative Council (NUCC)

dan sama ada Ahli Parlimen akan dimasukkan dalam Majlis tersebut; dan

(b) bidang kuasa majlis tersebut.

Page 5: MALAYSIA DEWAN RAKYAT ATURAN URUSAN MESYUARAT … · 1. PR-1312-L56718 Datuk Bung Moktar bin Radin [ Kinabatangan ] minta MENTERI BELIA DAN SUKAN menyatakan usaha Kerajaan dalam membantu

AUM DR 3/10/2013 5

25. PR-1312-L56182 Datuk Nur Jazlan bin Mohamed [ Pulai ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan langkah yang diambil oleh Kementerian untuk mengawal pertambahan jumlah senjata api seperti pistol yang sekarang digunakan untuk melakukan rompakan dan pembunuhan yang semakin meningkat jumlahnya.

26. PR-1312-L56663 Tuan Wong Ling Biu [ Sarikei ] minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan jumlah murid bumiputera yang belajar di sekolah-sekolah yang beraliran Bahasa Cina dan Tamil di negara ini. Apakah sebab murid-murid bumiputera suka belajar di sekolah-sekolah tersebut.

27. PR-1312-L56278

Puan Rubiah binti Haji Wang [ Kota Samarahan ] minta MENTERI KESEJAHTERAAN BANDAR, PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN menyatakan:-

(a) punca kenaikan harga rumah di kawasan pinggir bandar

meningkat dengan cepat malah di beberapa kawasan harga rumah di pinggir bandar lebih tinggi daripada kawasan bandar; dan

(b) adakah Kerajaan merancang untuk membangunkan Perumahan

Rakyat 1Malaysia di Kota Samarahan. 28. PR-1312-L56072

Puan Nurul Izzah binti Anwar [ Lembah Pantai ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan senarai kumpulan-kumpulan samseng (gangster) yang beroperasi di Kuala Lumpur, mengikut Parlimen. Nyatakan langkah-langkah yang telah diambil untuk membanteras aktiviti-aktiviti samseng tersebut.

29. PR-1312-L55090

Dato' Haji Mohd Zaim bin Abu Hasan [ Parit ] minta MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI menyatakan apakah rancangan dan langkah tindakan Kerajaan untuk mengurangkan kebergantungan kepada makanan ternakan yang diimport bagi membantu para penternak mengurangkan kos pengeluaran hasil ternakan.

30. PR-1312-L56363 Dato' Kamarudin bin Jaffar [ Tumpat ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan adakah Kementerian akan meluluskan pendaftaran Parti Pakatan Rakyat.

31. PR-1312-L56525

Tuan Ir. Shaharuddin bin Ismail [ Kangar ] minta MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI menyatakan bentuk perancangan jangka pendek dan panjang bagi meningkatkan lagi hasil pertanian di negeri Perlis yang mana sebahagian besar penduduk Perlis sumber ekonomi mereka bergantung kepada sektor ini. Apakah satu pelan alternatif disediakan bagi meningkatkan lagi pengeluaran buah mempelam harum manis yang menjadi 'Trade Mark' negeri Perlis yang mana permintaannya sangat tinggi.

Page 6: MALAYSIA DEWAN RAKYAT ATURAN URUSAN MESYUARAT … · 1. PR-1312-L56718 Datuk Bung Moktar bin Radin [ Kinabatangan ] minta MENTERI BELIA DAN SUKAN menyatakan usaha Kerajaan dalam membantu

6 AUM DR 3/10/2013

32. PR-1312-L55307

Datuk Wira Haji Ahmad bin Hamzah [ Jasin ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan jumlah kes jenayah berat yang telah berlaku sejak Ordinan Dharurat dan Akta Kediaman Terhad dimansuhkan sehingga pada 31 Ogos 2013 berbanding tempoh yang sama sebelum itu serta langkah-langkah berkesan untuk mengatasinya.

33. PR-1312-L55262

Dato' Seri Reezal Merican bin Naina Merican [ Kepala Batas ] minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan sejauh mana Pelan Strategik Pengajian Tinggi Negara (PSPTN) benar-benar mampu melonjak kualiti pendidikan tinggi negara ke tahap yang lebih baik. Sejauh mana pencapaian Teras 3: Memperteguh Penyelidikan dan Inovasi setakat hari ini.

34. PR-1312-L56353

Tuan Nga Kor Ming [ Taiping ] minta PERDANA MENTERI menyatakan secara terperinci berapakah jumlah bilangan kakitangan Kerajaan yang bekerja di Jabatan Peguam Negara mengikut kategori masing-masing serta jumlah peruntukan Kerajaan untuk jabatan tersebut.

35. PR-1312-L55205

Puan Siti Zailah binti Mohd Yusoff [ Rantau Panjang ] minta MENTERI LUAR NEGERI menyatakan apakah usaha dan tindakan Kerajaan Malaysia dalam membantu keganasan terhadap umat Islam dalam krisis di Mesir dan Syria.

36. PR-1312-L56324

Tuan Shamsul Iskandar @ Yusre bin Mohd Akin [ Bukit Katil ] minta PERDANA MENTERI menyatakan berapakah jumlah rakyat Malaysia mengikut umur yang telah berdaftar untuk menunaikan haji buat kali pertama dan apakah mekanisme untuk memastikan mereka yang berdaftar kali pertama ini diberi keutamaan menunaikan haji.

37. PR-1312-L56288

Puan Rubiah binti Haji Wang [ Kota Samarahan ] minta MENTERI KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH menyatakan status permohonan projek lampu jalan di kawasan luar bandar khasnya di Parlimen Kota Samarahan.

38. PR-1312-L55337

Tuan Wong Sze Phin @ Jimmy [ Kota Kinabalu ] minta MENTERI PERDAGANGAN DALAM NEGERI, KOPERASI DAN KEPENGGUNAAN menyatakan pecahan kouta subsidi diesel untuk pemilik stesen minyak di Sabah dalam tempoh 10 tahun. Jelaskan sebab kuota subsidi diesel untuk perindustrian dikurangkan. Apakah langkah-langkah kementerian untuk menangani masalah kekurangan bekalan diesel dan penyeludupan minyak diesel di Sabah.

Page 7: MALAYSIA DEWAN RAKYAT ATURAN URUSAN MESYUARAT … · 1. PR-1312-L56718 Datuk Bung Moktar bin Radin [ Kinabatangan ] minta MENTERI BELIA DAN SUKAN menyatakan usaha Kerajaan dalam membantu

AUM DR 3/10/2013 7

39. PR-1312-L56901 Tuan Zairil Khir Johari [ Bukit Bendera ] minta PERDANA MENTERI menyatakan kewajaran penubuhan Prince Court Medical Centre oleh PETRONAS sedangkan hospital tersebut mengalami kerugian sebanyak RM1.1 bilion sehingga akhir tahun 2011.

40. PR-1312-L56920

Tuan Mohamed Azmin bin Ali [ Gombak ] minta PERDANA MENTERI menyatakan adakah Kerajaan bercadang untuk meminda Seksyen 23 Akta SPRM dengan memasukkan segmen 'korporat' seperti yang dicadangkan oleh Jawatankuasa Khas Mengenai Rasuah (JKMR) dalam Laporan Tahun 2011.

41. PR-1312-L55698

Dato' Dr. Tan Kee Kwong [ Wangsa Maju ] minta MENTERI WILAYAH PERSEKUTUAN menyatakan adakah terdapat cadangan untuk memajukan Pasar Gombak yang kelihatan agak suram. Adakah perlu wujudnya UTC di tapak berkenaan.

42. PR-1312-L56152

Dato' Ir. Haji Nawawi bin Ahmad [ Langkawi ] minta PERDANA MENTERI menyatakan terdapat rungutan keresahan di kalangan nelayan pantai di Langkawi di mana mereka menyatakan kerap kali berlaku pencerobohan oleh nelayan asing di perairan Pulau Langkawi menyebabkan hasil tangkapan mereka berkurangan. Apakah tindakan kerajaan bagi mengatasi masalah ini.

43. PR-1312-L55919

Dato' Johari bin Abdul [ Sungai Petani ] minta PERDANA MENTERI menyatakan apakah hasil siasatan oleh SPRM terhadap dakwaan dan laporan yang mendedahkah anak syarikat FELDA, KPFQ Foods Sdn Bhd terlibat dalam penyelewengan dan salah tadbir syarikat yang akibatnya berlaku kerugian jutaan ringgit.

44. PR-1312-L55315

Datuk Johari bin Abdul Ghani [ Titiwangsa ] minta MENTERI WILAYAH PERSEKUTUAN menyatakan perancangan strategik Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) serta Kementerian Wilayah Persekutuan dalam merealisasikan pembinaan unit-unit rumah mampu milik di Kuala Lumpur sebanyak 50,000 unit dalam tempoh lima tahun.

45. PR-1312-L55846

Tuan R. Sivarasa [ Subang ] minta PERDANA MENTERI menyatakan langkah-langkah yang diambil oleh pihak Kerajaan dan perkembangan terkini mengenai proses pengesahan (accession) Statute Rome Mahkamah Jenayah Antarabangsa (Rome Statute of the International Criminal Court).

Page 8: MALAYSIA DEWAN RAKYAT ATURAN URUSAN MESYUARAT … · 1. PR-1312-L56718 Datuk Bung Moktar bin Radin [ Kinabatangan ] minta MENTERI BELIA DAN SUKAN menyatakan usaha Kerajaan dalam membantu

8 AUM DR 3/10/2013

46. PR-1312-L55952

Tuan Haji Zainudin bin Ismail [ Jelebu ] minta PERDANA MENTERI menyatakan apakah ada usaha-usaha dan perancangan Kerajaan untuk mengambil langkah bagi menyatu dan meletakkan semua agensi-agensi pelaksana yang sekarang didapati ada banyak yang mempunyai pertindihan fungsi ke dalam satu organisasi.

47. PR-1312-L55545

Dr. Michael Jeyakumar Devaraj [ Sungai Siput ] minta PERDANA MENTERI menyatakan langkah-langkah yang harus diikut untuk memohon dana daripada peruntukan khas kawasan Parlimen.

48. PR-1312-L56772

Dato' Abd. Aziz bin Haji Sheikh Fadzir [ Kulim Bandar Baharu ] minta MENTERI LUAR NEGERI menyatakan apakah Kerajaan Malaysia boleh memainkan peranan penting bagi menyelesaikan konflik politik di Mesir yang masih berlarutan atas kapasiti sebagai anggota Pertubuhan Negara Islam (OIC).

49. PR-1312-L56346

Tuan Nga Kor Ming [ Taiping ] minta MENTERI KESEJAHTERAAN BANDAR, PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN menyatakan apakah rancangan dan langkah proaktif Kementerian untuk melindungi pembangunan tanah tinggi (highland) seperti di Cameron Highlands yang kian tergugat akibat pembangunan keterlaluan yang jelas memusnahkan hutan tropika asli.

50. PR-1312-L56755

Tuan Anuar bin Abd. Manap [ Sekijang ] minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan:-

(a) seiring dengan Dasar Warga Emas Negara, adakah

Kementerian bercadang mewujudkan elaun khas bagi warga emas pada kadar minimum RM300 sebulan bagi menampung kos sara hidup mereka; dan

(b) dengan strategi Dasar Kebajikan Masyarakat Negara pula,

adakah Kementerian bercadang untuk mengkaji semula syarat pemberian bantuan terhad kepada seorang dalam sebuah kediaman yang membebankan jika satu keluarga mempunyai 2-3 orang yang layak.

51. PR-1312-L56245

Tuan Tony Pua Kiam Wee [ Petaling Jaya Utara ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan:-

(a) sebab 1MDB melabur US$2.318 bilion dengan Segregated

Portfolio Company (Cayman) Ltd walaupun 1MDB terpaksa membuat pinjaman gergasi untuk pembelian syarikat-syarikat penjana kuasa bebas, dan perbelanjaan projek Tun Razak Exchange dan Bandar Malaysia; dan

Page 9: MALAYSIA DEWAN RAKYAT ATURAN URUSAN MESYUARAT … · 1. PR-1312-L56718 Datuk Bung Moktar bin Radin [ Kinabatangan ] minta MENTERI BELIA DAN SUKAN menyatakan usaha Kerajaan dalam membantu

AUM DR 3/10/2013 9

(b) siapakah pemilik dan pengurus dana Segregated Portfolio

Company. 52. PR-1312-L55340

Tuan Teo Kok Seong [ Rasah ] minta PERDANA MENTERI menyatakan secara terperinci hasil siasatan dan tindakan yang diambil oleh Penguam Negara dan Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia terhadap dakwaan Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hassan terlibat dengan penyaluran wang berjumlah RM10 juta ke United Kingdom pada 2008 melalui perkhidmatan pengurup wang.

53. PR-1312-L55683

Tuan Sim Chee Keong [ Bukit Mertajam ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan senaraikan semua jenis jenayah dan bilangan kes dalam statistik Jenayah Indeks dan Jenayah Bukan Indeks dalam jangka masa 10 tahun dari 2002-2013 sehingga bulan Ogos 2013.

54. PR-1312-L55233

Tuan Anyi Ngau [ Baram ] minta PERDANA MENTERI menyatakan bilangan dan jumlah peruntukan kewangan projek-projek khas yang telah diluluskan oleh YAB. Perdana Menteri dan YAB. Timbalan Perdana Menteri semasa siri-siri lawatan ke kawasan Baram sejak menerajui pucuk pimpinan negara serta nyatakan prestasi keseluruhan pelaksanaan projek-projek khas tersebut.

55. PR-1312-L55053

Dato' Wira Othman bin Abdul [ Pendang ] minta MENTERI SUMBER MANUSIA menyatakan apakah tindakan atau hukuman yang boleh dikenakan ke atas majikan-majikan yang enggan melaksanakan skim gaji minima dan langkah-langkah Kementerian bagi menentukan semua majikan mematuhi peraturan skim gaji minimum ini.

56. PR-1312-L56310

Puan Kasthuriraani a/p Patto [ Batu Kawan ] minta MENTERI PERTAHANAN menyatakan usaha dan peruntukan untuk menjaga kebajikan, pencen, kewarganegaraan serta peluang pekerjaan bagi bekas tentera, terutamanya di Sabah dan Sarawak sebelum dan selepas 1963.

57. PR-1312-L56789

Dato' Seri Abdul Hadi bin Awang [ Marang ] minta PERDANA MENTERI menyatakan apakah pendirian terkini Kerajaan terhadap Resolusi Amman Message yang turut dipersetujui oleh Perdana Menteri sebelum ini, Tun Abdullah Ahmad Badawi, dan apakah usaha-usaha Kerajaan untuk menyahut resolusi tersebut.

58. PR-1312-L56131

Tuan Manivanan a/l Gowindasamy [ Kapar ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan:-

(a) berapakah jumlah sebenar anggota PDRM dan pecahan

mengikut jabatan-jabatan dalam PDRM termasuk pecahan jantina dan bangsa; dan

Page 10: MALAYSIA DEWAN RAKYAT ATURAN URUSAN MESYUARAT … · 1. PR-1312-L56718 Datuk Bung Moktar bin Radin [ Kinabatangan ] minta MENTERI BELIA DAN SUKAN menyatakan usaha Kerajaan dalam membantu

10 AUM DR 3/10/2013

(b) nisbah seorang anggota PDRM dengan penduduk setempat

untuk 222 Parlimen secara terperinci. 59. PR-1312-L56804

Tuan Abdullah Sani bin Abdul Hamid [ Kuala Langat ] minta MENTERI SUMBER MANUSIA menyatakan jumlah syarikat-syarikat yang tidak melaksanakan Akta Usia Persaraan 60 tahun dan apakah tindakan yang diambil kepada syarikat yang melanggar Akta tersebut.

60. PR-1312-L55082

Dato' Haji Mohd Zaim bin Abu Hasan [ Parit ] minta MENTERI TENAGA, TEKNOLOGI HIJAU DAN AIR menyatakan kewajaran pelarasan kadar tarif elektrik oleh TNB yang sedang dalam kajian dan akan dikemukakan kepada Kerajaan untuk dilaksanakan. Apakah jaminan Kerajaan bahawa kesan daripada kenaikan tarif ini tidak akan menyebabkan kenaikan kos pengeluaran dan harga barang yang boleh menaikkan kos sara hidup rakyat.

61. PR-1312-L55692

Dato' Dr. Tan Kee Kwong [ Wangsa Maju ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan berkenaan peningkatan kes tembakan yang semakin meningkat. Apakah langkah dalam 'Blue Ocean Strategy' bagi menangani tragedi ini.

62. PR-1312-L55953

Tuan Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh [ Setiu ] minta MENTERI LUAR NEGERI menyatakan kes-kes yang memburuk-burukkan negara di luar negara bagi tempoh 2012 dan 2013 dan nyatakan tindakan tegas yang di ambil ke atas individu atau kumpulan individu ini sama ada ahli politik, pelajar atau awam.

63. PR-1312-L56406

Tuan Haji Khalid bin Abdul Samad [ Shah Alam ] minta MENTERI TENAGA, TEKNOLOGI HIJAU DAN AIR menyatakan adakah benar tarif elektrik akan dinaikkan dan nyatakan alasan kenaikan.

64. PR-1312-L56374

Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin [ Sepang ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan adakah Kerajaan bersedia mengakui bahawa keputusan Fitch Ratings yang merendah taraf ( downgraded ) wajah (outlook) Malaysia daripada stabil kepada negatif berpunca dari ketiadaan disiplin fiskal (lack of fiscal discipline) oleh Kerajaan dan juga meletakkan perkembangan ekonomi negara dalam risiko yang tinggi.

65. PR-1312-L55072

Datin Linda Tsen Thau Lin [ Batu Sapi ] minta MENTERI KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH menyatakan apakah projek-projek dan pembangunan lain Kementerian yang telah dilaksanakan atau akan dilaksanakan untuk membangunkan kawasan luar bandar di kawasan Parlimen Batu Sapi.

Page 11: MALAYSIA DEWAN RAKYAT ATURAN URUSAN MESYUARAT … · 1. PR-1312-L56718 Datuk Bung Moktar bin Radin [ Kinabatangan ] minta MENTERI BELIA DAN SUKAN menyatakan usaha Kerajaan dalam membantu

AUM DR 3/10/2013 11

66. PR-1312-L56197 Dato' Seri Anwar bin Ibrahim [ Permatang Pauh ] minta PERDANA MENTERI menyatakan langkah-langkah menyeluruh diambil berikutan penurunan mendadak kedudukan Human Development Index (HDI) Malaysia menurut Laporan UNDP 2013.

67. PR-1312-L55632

Dato' Haji Irmohizam bin Haji Ibrahim [ Kuala Selangor ] minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan apakah tindakan Kementerian Pengangkutan ke atas laporan siasatan awal kes kemalangan ngeri bas henti-henti di Kilometer 3.5 Jalan Genting Highlands ke Kuala Lumpur dan apakah hasil kajian yang dibuat oleh MIROS terhadap kemalangan-kemalangan yang lepas.

68. PR-1312-L56421

Tuan Loke Siew Fook [ Seremban ] minta MENTERI PELANCONGAN DAN KEBUDAYAAN menyatakan strategi dan pendekatan Kementerian untuk menjayakan Tahun Melawat Malaysia 2014, KPI yang perlu dicapai dan acara-acara besar yang akan dianjurkan sepanjang tahun 2014.

69. PR-1312-L55117

Tuan Wilson Ugak Kumbong [ Hulu Rajang ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan lokasi-lokasi balai polis seperti Long Singgut dan Sungai Tunoh di kawasan Baleh dan Long Unai di daerah Belaga untuk diberi/membina balai-balai polis tersebut.

70. PR-1312-L55472

Datuk Haji Datu Nasrun bin Datu Mansur [ Silam ] minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan adakah Kerajaan bercadang untuk memasang lampu pendaratan malam di Lapangan Terbang Lahad Datu yang sedia ada, memandangkan penerbangan akhir pada jam 4.10 petang dari Kota Kinabalu sentiasa terbatal apabila berlakunya kelewatan atau delay.

71. PR-1312-L56242

Tuan Tony Pua Kiam Wee [ Petaling Jaya Utara ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan sebab 1MDB telah menebus semula kesemua pelaburan berjumlah US$1.9 bilion dalam nota Murabaha yang ditawarkan oleh 1MDB-Petrosaudi pada Jun 2012 walaupun pelaburan terakhir sebanyak US$200 juta telah dibuat pada tahun yang sama.

72. PR-1312-L56911

Tuan Zairil Khir Johari [ Bukit Bendera ] minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan kos keseluruhan sertabilangan guru dan sekolah yang terlibat dalam English Language Teacher Development Project (ELTDP) oleh British Council, dan Teaching English Language and Literacy (TELL) oleh Brighton Education Group.

73. PR-1312-L56633

Tuan Lim Lip Eng [ Segambut ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan statistik mengikut tahun dari 2009, kes-kes disiplin/pelanggaran undang-undang di kalangan polis. Berapakah kes daripada itu yang telah diambil tindakan mahkamah.

Page 12: MALAYSIA DEWAN RAKYAT ATURAN URUSAN MESYUARAT … · 1. PR-1312-L56718 Datuk Bung Moktar bin Radin [ Kinabatangan ] minta MENTERI BELIA DAN SUKAN menyatakan usaha Kerajaan dalam membantu

12 AUM DR 3/10/2013

74. PR-1312-L56956

Dato' Ahmad Fauzi bin Zahari [ Setiawangsa ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan tahap kes jenayah di Bandaraya Kuala Lumpur terutama di kawasan Parlimen Setiawangsa dan berapa kes pembunuhan dengan menggunakan senjata api di Bandaraya Kuala Lumpur bagi tahun 2010, 2011, 2012 dan sembilan bulan pertama tahun 2013.

75. PR-1312-L56209

Puan Teo Nie Ching [ Kulai ] minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan adakah Sekolah Menengah Chong Hwa Kuantan sebuah SMPC dan sama ada sekolah tersebut perlu mengguna PBS (Penilaian Berasaskan Sekolah).

76. PR-1312-L56991

Tuan Ahmad Marzuk bin Shaary [ Bachok ] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR menyatakan kawasan penanaman kelapa sawit yang dikenalpasti melakukan pembakaran terbuka sehingga menyebabkan keadaan jerebu setempat. Nyatakan jumlah operasi pemantauan dan penguatkuasaan di kawasan penanaman kelapa sawit oleh Jabatan Alam Sekitar.

77. PR-1312-L56461

Dr. Mohd Hatta bin Md. Ramli [ Kuala Krai ] minta PERDANA MENTERI menyatakan:-

(a) faktor yang menghalang SPR untuk mendaftarkan warganegara

secara automatik apabila mencapai usia 21 tahun memandangkan sistem SPR telah diselaraskan dengan sistem ALIS di JPN; dan

(b) sama ada SPR bercadang mengkaji semula status pemilih

dalam Daftar Pemilih Induk untuk menghapuskan kewujudan pengundi hantu.

78. PR-1312-L55344

Tuan Teo Kok Seong [ Rasah ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan senarai secara terperinci tahap pelaksanaan satu per satu cadangan yang dipersetujui dilaksanakan oleh Kementerian dalam laporan Suruhanjaya Diraja Penambahbaikan Perjalanan dan Pengurusan PDRM pada hari ini.

79. PR-1312-L56259

Dato Sri Dr. Muhammad Leo Michael Toyad Abdullah [ Mukah ] minta MENTERI LUAR NEGERI menyatakan apakah perkara-perkara yang akan dibawa dalam perbincangan di dalam pertemuan dengan Presiden Amerika Syarikat yang akan datang untuk mempertingkatkan kerjasama dengan negara itu.

80. PR-1312-L55142

Datuk Dr. Makin @ Marcus Mojigoh [ Putatan ] minta MENTERI LUAR NEGERI menyatakan status terkini tuntutan Filipina dan Kesultanan Sulu ke atas negeri Sabah.

Page 13: MALAYSIA DEWAN RAKYAT ATURAN URUSAN MESYUARAT … · 1. PR-1312-L56718 Datuk Bung Moktar bin Radin [ Kinabatangan ] minta MENTERI BELIA DAN SUKAN menyatakan usaha Kerajaan dalam membantu

AUM DR 3/10/2013 13

81. PR-1312-L55880 Tuan Wan Hasan bin Mohd Ramli [ Dungun ] minta MENTERI LUAR NEGERI menyatakan kenapa berlaku perbezaan dalam kos petisyen PRU-13.

82. PR-1312-L55209

Tuan William Leong Jee Keen [ Selayang ] minta MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI menyatakan status program Dasar Jaminan Bekalan Makanan dan langkah-langkah untuk menangani cabaran kenaikan harga makanan di dunia.

83. PR-1312-L55676

Tuan Sim Chee Keong [ Bukit Mertajam ] minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan mengapa projek pembinaan padang SK Machang Bubok masih belum terlaksana walaupun dipohon sejak tahun 2008 dan dimaklumkan telah lulus pada tahun 2010. Sila berikan jadual perlaksanaan secara konkritnya.

84. PR-1312-L55249

Tuan William Leong Jee Keen [ Selayang ] minta MENTERI PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI menyatakan langkah yang diambil oleh Kerajaan mendapat pandangan dan nasihat dari persatuan perniagaan, pertubuhan bukan Kerajaan, awam dan Ahli Parlimen sebelum rundingan dan persetujuan Perjanjian Perkongsian Trans-Pacific (TPPA) dibuat.

85. PR-1312-L55412

Tuan Seah Leong Peng [ Telok Intan ] minta MENTERI TENAGA, TEKNOLOGI HIJAU DAN AIR menyatakan mengapa penyaluran kos kepada dana TBB perlu diambil daripada sumbangan 1 % jumlah penggunaan bil elektrik pengguna sedangkan laporan media menyiarkan Tenaga Nasional Berhad (TNB) mencatatkan keuntungan bersih sebanyak RM 1.27 bilion bagi suku kedua tahun kewangan berakhir 31 Ogos 2013 dan sampai bilakah caj ini dikenakan untuk memuatkan total dana tersebut.

86. PR-1312-L55633

Dato' Haji Irmohizam bin Haji Ibrahim [ Kuala Selangor ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan sebab-sebab kenaikan pangkat ketua-ketua polis negeri serta implikasi kepada pentadbiran di negeri dan di daerah yang kecil. Apakah tindakan dalam menambah baik sistem kenaikan pangkat pegawai-pegawai tertinggi dalam PDRM.

87. PR-1312-L55101

Tuan M. Kulasegaran [ Ipoh Barat ] minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan adakah Kementerian akan mengadakan satu peperiksaan yang sama untuk masuk ke universiti supaya wujud satu persaingan yang adil di antara lulusan STPM dan Matrikulasi.

Page 14: MALAYSIA DEWAN RAKYAT ATURAN URUSAN MESYUARAT … · 1. PR-1312-L56718 Datuk Bung Moktar bin Radin [ Kinabatangan ] minta MENTERI BELIA DAN SUKAN menyatakan usaha Kerajaan dalam membantu

14 AUM DR 3/10/2013

88. PR-1312-L56046

Tuan Mohd Rafizi bin Ramli [ Pandan ] minta MENTERI TENAGA, TEKNOLOGI HIJAU DAN AIR menyatakan peranan Kementerian dalam melindungi pengguna-pengguna air di Lembah Klang yang sering menjadi mangsa kegagalan Syabas menyediakan bekalan air yang tidak terganggu. Apakah tindakan yang telah diambil setakat ini dan berapa kes di tribunal yang melibatkan SYABAS setakat ini.

89. PR-1312-L55673

Dato' Sri Liow Tiong Lai [ Bentong ] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR menyatakan dasar Kerajaan dan status terkini penggunaan Energy Efficient Vehicle sebagai langkah untuk mempromosikan automotif mesra alam di Malaysia.

90. PR-1312-L56176

Tuan Ignatius Dorell Leiking [ Penampang ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan kenapa Kedai Siber Judi Haram berkembang pesat di daerah Penampang dan apakah tindakan tersebut.

91. PR-1312-L55885

Tuan Wan Hasan bin Mohd Ramli [ Dungun ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan berapakah Terengganu telah menerima Wang Royalti (Ehsan) sejak tahun 2000-2012 dan nyatakan projek-projek dan kos setiap projek pembangunan yang dijalankan menggunakan peruntukan tersebut.

92. PR-1312-L56693

Tuan Liang Teck Meng [ Simpang Renggam ] minta MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI menyatakan status terkini tentang pengeksportan sarang burung walit, durian dan nenas ke negara China.

93. PR-1312-L56930

Puan Mas Ermieyati binti Samsudin [ Masjid Tanah ] minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan tindakan dan langkah-langkah yang diambil bagi memartabatkan bahasa kebangsaan dalam kalangan rakyat. Adakah Kementerian merancang untuk menambahkan lagi langkah-langkah untuk diambil pada masa akan datang.

94. PR-1312-L55166

Tuan Idris bin Haji Ahmad [ Bukit Gantang ] minta PERDANA MENTERI menyatakan secara jelas kadar kemiskinan mengikut negeri-negeri di Malaysia dari 2000 sehingga kini.

95. PR-1312-L55817

Dr. Ong Kian Ming [ Serdang ] minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan jumlah Sekolah Rendah Cina, Sekolah Rendah Tamil dan Sekolah Agama Rakyat baru yang akan dibina di bawah Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025.

Page 15: MALAYSIA DEWAN RAKYAT ATURAN URUSAN MESYUARAT … · 1. PR-1312-L56718 Datuk Bung Moktar bin Radin [ Kinabatangan ] minta MENTERI BELIA DAN SUKAN menyatakan usaha Kerajaan dalam membantu

AUM DR 3/10/2013 15

96. PR-1312-L56798 Tuan Abdullah Sani bin Abdul Hamid [ Kuala Langat ] minta MENTERI SUMBER MANUSIA menyatakan berapa banyak lagikah pekerja asing yang akan diambil bekerja ke dalam negara selepas 2013 dan apakah relevennya.

97. PR-1312-L55296

Tuan William @ Nyallau anak Badak [ Lubok Antu ] minta MENTERI PELANCONGAN DAN KEBUDAYAAN menyatakan adakah pihak Kementerian memberi sebarang bantuan dari segi peruntukan bagi penduduk-penduduk yang terlibat dengan program menubuhkan 'homestay' supaya lebih berjaya dan maju.

98. PR-1312-L56172

Datuk Nur Jazlan bin Mohamed [ Pulai ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan sama ada Kementerian akan melancarkan dasar "accrual accounting" untuk melaporkan laporan kewangan Kerajaan. Apakah perubahan yang akan berlaku dalam laporan tersebut disebabkan oleh perlaksanaan dasar tersebut.

99. PR-1312-L55469

Datuk Haji Datu Nasrun bin Datu Mansur [ Silam ] minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan apakah perancangan Kementerian terhadap tindak balas dari Menteri Pengangkutan untuk mewujudkan kerjasama dengan Kementerian Dalam Negeri membina Lapangan Terbang Lahad Datu yang turut diguna pakai untuk aspek keselamatan. Apakah perbincangan dan keputusan yang telah diambil dan bilakah pembinaan Lapangan Terbang Lahad Datu ini akan dapat dilaksanakan.

100. PR-1312-L55285

Tuan Haji Nasrudin bin Hassan [ Temerloh ] minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan jumlah peruntukan yang diberikan kepada Majlis Perwakilan Pelajar di Institusi Pengajian Tinggi Awam dari tahun 2010-2012.

101. PR-1312-L55076

Tuan Nogeh anak Gumbek [ Mas Gading ] minta PERDANA MENTERI menyatakan bilakah Kerajaan akan membina surau di Taman Mutiara, Jambusan, Bau, Sarawak.

102. PR-1312-L55566

Tuan Ng Wei Aik [ Tanjong ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan 20 buah parti politik baru yang diluluskan pendaftarannya oleh Pendaftar Pertubuhan dan siapakah pengasas/pemohon bagi parti-parti politik tersebut.

103. PR-1312-L55129

Dr. Mohd. Khairuddin bin Aman Razali [ Kuala Nerus ] minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan perkembangan terkini Hospital Universiti Sultan Zainal Abidin, Terengganu.

Page 16: MALAYSIA DEWAN RAKYAT ATURAN URUSAN MESYUARAT … · 1. PR-1312-L56718 Datuk Bung Moktar bin Radin [ Kinabatangan ] minta MENTERI BELIA DAN SUKAN menyatakan usaha Kerajaan dalam membantu

16 AUM DR 3/10/2013

104. PR-1312-L55448

Datuk Raime bin Unggi [ Tenom ] minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan jumlah guru dari suku kaum Murut mengikut gred yang mengajar di sekolah kebangsaan dan sekolah menengah kebangsaan di seluruh negara.

105. PR-1312-L56937

Puan Mas Ermieyati binti Samsudin [ Masjid Tanah ] minta MENTERI PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI menyatakan bagaimanakah di bawah Dasar Automobil Nasional, pihak Kementerian akan menjamin perniagaan vendor Bumiputera ini terus kekal supaya dalam jangka panjang PROTON dalam transformasi usahawan Bumiputera daripada pemilik syarikat pinggiran sehingga entiti korporat yang disegani akan terus terpelihara.

106. PR-1312-L55320

Datuk Wira Haji Ahmad bin Hamzah [ Jasin ] minta PERDANA MENTERI menyatakan kedudukan pemilikan harta antara kaum pada tahun 2012 berbanding pada tahun 2000 dan usaha-usaha berkesan untuk merapatkan jurang pemilikan harta antara kaum itu yang dilihat semakin melebar, sebagaimana yang dijanjikan oleh YAB Perdana Menteri semasa melancarkan Model Baru Ekonomi.

107. PR-1312-L56957

Dato' Ahmad Fauzi bin Zahari [ Setiawangsa ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan apakah tindakan tegas ke atas institusi perbankan yang masih dilihat tidak mematuhi Prinsip Panduan Pengenaan Fi dan Caj ke atas produk dan perkhidmatan kewangan sehingga mengenakan caj dan bunga penalti yang tinggi kepada pengguna.

108. PR-1312-L56495

Dr. Tan Seng Giaw [ Kepong ] minta PERDANA MENTERI menyatakan bilangan pesara Kerajaan dan jumlah bayaran saraannya setiap tahun. Apakah unjurannya dan strategi untuk mengurangkan beban perkhidmatan awam.

109. PR-1312-L56475

Dato' Dr. Mujahid Yusof Rawa [ Parit Buntar ] minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan perkembangan Kolej Vokasional dan sambutan yang diterima daripada pelajar lepasan SPM.

110. PR-1312-L55451

Datuk Raime bin Unggi [ Tenom ] minta MENTERI PELANCONGAN DAN KEBUDAYAAN menyatakan setakat mana keberkesanan misi perdagangan dan promosi pelancongan negara sewaktu menyertai International Tourism Bourse di Berlin, Arabian Travel Market di Dubai dan World Travel Market di London sejak 10 tahun lalu.

Page 17: MALAYSIA DEWAN RAKYAT ATURAN URUSAN MESYUARAT … · 1. PR-1312-L56718 Datuk Bung Moktar bin Radin [ Kinabatangan ] minta MENTERI BELIA DAN SUKAN menyatakan usaha Kerajaan dalam membantu

AUM DR 3/10/2013 17

111. PR-1312-L55312 Datuk Johari bin Abdul Ghani [ Titiwangsa ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan status projek Mass Rapid Transit (MRT) fasa pertama yang melibatkan jajaran dari Sungai Buloh hingga ke Damansara Height dan fasa dua melibatkan jajaran Damansara Height hingga ke Kajang. Adakah projek ini berjalan mengikut jangkaan masa yang ditetapkan.

112. PR-1312-L56239

Tuan Tony Pua Kiam Wee [ Petaling Jaya Utara ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan bukti, jika ada, pekerja pilihan raya DAP telah membunuh seorang pekerja pilihan raya UMNO sebelum pilihan raya pada 1969, dan adanya pihak yang berjaya membuang air di tiang bendera dalam kediaman rasmi Menteri Besar Selangor pada masa kekecohan Mei 1969.

113. PR-1312-L55167

Tuan Idris bin Haji Ahmad [ Bukit Gantang ] minta MENTERI KERJA RAYA menyatakan kenapa Jabatan Kerja Raya membina pembahagi jalan sebelum jalan dilebarkan di Simpang Halt ke Aulong (Jalan Utama Butterworth-Ipoh) sehingga kerap berlaku kemalangan di tempat tersebut.

114. PR-1312-L55894

Tuan Lim Kit Siang [ Gelang Patah ] minta PERDANA MENTERI menyatakan sama ada Kerajaan akan menyokong pindaan Perlembagaan bagi membolehkan SPRM secara bebas mengambil atau memecat kakitangan dan memberikan pengarah SPRM perlindungan yang sama seperti yang diberikan kepada para hakim.

115. PR-1312-L55245

Dr. Azman bin Ismail [ Kuala Kedah ] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR menyatakan pendirian Kerajaan terhadap penempatan di tepi laut. Apakah kriteria yang diguna pakai dalam menentukan sama ada kawasan tepi laut boleh dibangunkan atau dibuat penempatan.

116. PR-1312-L55971

Tuan Haji Zainudin bin Ismail [ Jelebu ] minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan program dan perancangan Kementerian sama ada menerusi sukatan pelajaran, mata pelajaran baharu atau lain-lain pendekatan agar pelajar dan siswazah yang lahir daripada sistem pendidikan negara ini mempunyai kecintaan yang tinggi terhadap negara.

117. PR-1312-L56990

Tuan Ahmad Marzuk bin Shaary [ Bachok ] minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan 20 daerah terbanyak penerima bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM). Nyatakan nisbah terkini pegawai kebajikan dan penerima bantuan bagi setiap pejabat JKM Daerah.

Page 18: MALAYSIA DEWAN RAKYAT ATURAN URUSAN MESYUARAT … · 1. PR-1312-L56718 Datuk Bung Moktar bin Radin [ Kinabatangan ] minta MENTERI BELIA DAN SUKAN menyatakan usaha Kerajaan dalam membantu

18 AUM DR 3/10/2013

118. PR-1312-L56057

Dato' Othman bin Aziz [ Jerlun ] minta MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTI ASAS TANI menyatakan:-

(a) berapakah jumlah dan bilangan rumah yang dilaksanakan

dalam program bantuan memperbaiki rumah nelayan di negeri Kedah bagi tahun 2012 dan 2013; dan

(b) apakah perancangan Kementerian untuk meneruskan program

tersebut dalam jangka masa terdekat. 119. PR-1312-L56705

Dr. Mansor bin Abd Rahman [ Sik ] minta MENTERI KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH menyatakan:-

(a) adakah satu Pelan Perancangan Khas atau Blueprint untuk

kawasan Parlimen yang mundur seperti Parlimen Sik untuk melaksanakan pembangunan yang komprehensif yang lebih cepat memandangkan untuk mencapai negara maju pada tahun 2020 hanya tinggal tujuh tahun lagi; dan

(b) apakah terdapat perancangan Kerajaan bagi memajukan pekan-

pekan kecil yang mundur di Malaysia terutamanya di Parlimen Sik yang mana Pekan Sik adalah satu-satunya pekan yang paling mundur.

120. PR-1312-L56674

Datuk Hajah Norah binti Abd Rahman [ Tanjong Manis ] minta MENTERI KESIHATAN menyatakan sama ada Kementerian dapat membina sebuah Klinik 1Malaysia dan menempatkan kakitangan-kakitangan yang bertauliah di Kampung Penipah, Pulau Bruit, Bahagian Mukah, Sarawak untuk kemudahan kesihatan penduduk-penduduk dari 6 buah kampung.

121. PR-1312-L56478

Dato' Dr. Mujahid Yusof Rawa [ Parit Buntar ] minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan apakah faktor keganasan rumah tangga dan usaha mengurangkannya.

122. PR-1312-L56564

Tuan Haji Ahmad Nazlan bin Idris [ Jerantut ] minta MENTERI KESIHATAN menyatakan masalah kekurangan doktor pakar di hospital-hospital walaupun terdapat peningkatan graduan kedoktoran daripada universiti dari dalam dan luar negeri. Apakah langkah tindakan jangka pendek dan panjang dalam mengatasi masalah tersebut oleh Kementerian.

Page 19: MALAYSIA DEWAN RAKYAT ATURAN URUSAN MESYUARAT … · 1. PR-1312-L56718 Datuk Bung Moktar bin Radin [ Kinabatangan ] minta MENTERI BELIA DAN SUKAN menyatakan usaha Kerajaan dalam membantu

AUM DR 3/10/2013 19

123. PR-1312-L56028 Laksamana Pertama Mohamad Imran bin Abd Hamid (B) [ Lumut ] minta MENTERI PERTAHANAN menyatakan adakah Kerajaan bercadang memberi elaun khas kepada warga tentera yang pernah bertugas dalam Operasi Fajar TLDM mengiringi kapal-kapal dagang negara dan pernah menyelamatkan kapal dagang China dan India di Somalia diberi imbuhan RM100,000 seorang memandangkan mereka telah menyelamatkan barang dagangan negara berbilion-bilion Ringgit nilainya. Maka sewajarnya pengorbanan mereka dihargai dengan memberi sedikit imbuhan yang mereka sangat-sangat perlukan.

124. PR-1312-L56623

Tuan Tan Kok Wai [ Cheras ] minta PERDANA MENTERI menyatakan bilangan orang lahir di Malaysia yang tidak mempunyai kewarganegaraan (stateless) di setiap negeri dan berapa ramaikah yang masih belajar di sekolah Kerajaan mengikut pecahan dari segi aliran sekolah rendah, menengah dan lain-lain.

125. PR-1312-L56150

Datuk Juslie bin Ajirol [ Libaran ] minta MENTERI KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA menyatakan perancangan strategik Kementerian dalam usaha memastikan teknologi dan gaya hidup digital bakal menjadi faktor yang membawa Malaysia ke tahap baru kejayaan, kesejahteraan dan pengiktirafan global.

126. PR-1312-L57027

Datuk Noor Ehsanuddin bin Mohd Harun Narrashid [ Kota Tinggi ] minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan jumlah Ibu Tunggal yang berdaftar di Kementerian dan adakah Kementerian bercadang untuk mewujudkan One Stop Center khusus kepada para Ibu Tunggal dengan tujuan memberi bantuan serta khidmat nasihat dan kaunseling kepada mereka.

127. PR-1312-L55416

Dr. Ismail bin Daut [ Merbok ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan apakah rancangan Kementerian untuk menghapuskan kegiatan ekor haram yang dilaporkan masih berleluasa di kalangan tauke cina di bandar-bandar kecil dan di kampung. Kegiatan ini didapati boleh merosakkan minda masyarakat.

128. PR-1312-L56020

Laksamana Pertama Mohamad Imran bin Abd Hamid (B) [ Lumut ] minta MENTERI PELANCONGAN DAN KEBUDAYAAN menyatakan adakah terdapat rancangan untuk menaik taraf kemudahan-kemudahan awam dan rekreasi yang terdapat khususnya di Pantai Teluk Batik, Teluk Senangin dan Pulau Pangkor dan amnya di seluruh negeri Perak. Ini kerana kawasan tersebut merupakan salah satu daya tarikan sektor pelancongan di negeri ini.

Page 20: MALAYSIA DEWAN RAKYAT ATURAN URUSAN MESYUARAT … · 1. PR-1312-L56718 Datuk Bung Moktar bin Radin [ Kinabatangan ] minta MENTERI BELIA DAN SUKAN menyatakan usaha Kerajaan dalam membantu

20 AUM DR 3/10/2013

129. PR-1312-L55504

Raja Dato' Kamarul Bahrin Shah [ Kuala Terengganu ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan memandangkan kebanyakan negara-negara pengeluar minyak dunia secara puratanya tidak menggunakan lebih dari 38% pendapatan tahunan minyak negara mereka, adakah Kerajaan Malaysia bercadang untuk berbuat perkara yang sama juga memandangkan sekarang ini tiada (limit) had yang ditetapkan dan sering peratusan wang minyak yang digunakan Kerajaan Malaysia jauh melebihi daripada 50%.

130. PR-1312-L56271 Dato' Seri Tiong King Sing [ Bintulu ] minta PERDANA MENTERI menyatakan:-

(a) apakah mekanisme Kerajaan dalam menetapkan kadar

tambang teksi; dan (b) apakah langkah-langkah Kerajaan dalam memastikan

penguatkuasaan penggunaan kadar bermeter oleh para pengusaha teksi.

131. PR-1312-L56646

Tuan Haji Ahmad Lai bin Bujang [ Sibuti ] minta MENTERI PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI menyatakan:-

(a) berapa jumlah pelaburan domestik dan pelaburan asing (FDI)

untuk negeri Sarawak bagi tahun 2012 sehingga Jun 2013; dan (b) berapakah siri lawatan luar negara untuk mendapatkan

pelaburan asing melibatkan Kerajaan Negeri Sarawak dan pihak Kementerian dijalankan.

132. PR-1312-L56575

Puan Teresa Kok Suh Sim [ Seputeh ] minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan sama ada Kerajaan bercadang untuk mengadakan peperiksaan kemasukan universiti yang sama bagi semua pelajar untuk menggantikan STPM, matrikulasi dan peperiksaan yang lain. Apakah universiti awam tempatan mengiktiraf keputusan peperiksaan Unified Examination Certificate (UEC) sebagai syarat.

133. PR-1312-L56347

Tuan Nga Kor Ming [ Taiping ] minta MENTERI KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH menyatakan secara terperinci apakah rancangan dan peruntukan Kementerian untuk membangunkan 452 buah kampung baru dan kampung-kampung tradisional di seluruh negara serta rancangan Kementerian untuk meningkatkan pendapatan penduduk-penduduk di kawasan tersebut.

134. PR-1312-L56544

Dato' Seri Ong Ka Chuan [ Tanjong Malim ] minta MENTERI KESIHATAN menyatakan apakah tindakan yang akan diambil untuk mencegah penjualan ubat yang tidak sah yang boleh menjejaskan kesihatan orang ramai, seperti Pil Pandai, terutamanya bagi golongan kanak-kanak sekolah.

Page 21: MALAYSIA DEWAN RAKYAT ATURAN URUSAN MESYUARAT … · 1. PR-1312-L56718 Datuk Bung Moktar bin Radin [ Kinabatangan ] minta MENTERI BELIA DAN SUKAN menyatakan usaha Kerajaan dalam membantu

AUM DR 3/10/2013 21

135. PR-1312-L55410 Tuan Nik Mohamad Abduh bin Nik Abdul Aziz [ Pasir Mas ] minta MENTERI BELIA DAN SUKAN menyatakan peruntukan yang telah diberikan kepada Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia bagi membiayai kajian-kajian baru dalam tempoh 2010-2012.

136. PR-1312-L55240

Dr. Azman bin Ismail [ Kuala Kedah ] minta MENTERI KESIHATAN menyatakan sejauh mana kejayaan program harm-reduction, pemberian jarum dan picagari kepada penagih dadah. Berapa ramai penagih terlibat dalam program ini.

137. PR-1312-L55866

Dr. Hajah Siti Mariah binti Mahmud [ Kota Raja ] minta PERDANA MENTERI menyatakan apakah dana-dana dan program-program yang diadakan khusus untuk rakyat berketurunan India yang miskin untuk melanjutkan pendidikan dan juga untuk mempertingkatkan ekonomi mereka.

138. PR-1312-L55506

Raja Dato' Kamarul Bahrin Shah [ Kuala Terengganu ] minta MENTERI PERDAGANGAN DALAM NEGERI, KOPERASI DAN KEPENGGUNAAN menyatakan apakah usaha-usaha Kementerian bagi menggalakkan usahawan-usahawan Bumiputera tempatan menubuhkan syarikat pasar raya tempatan Bumiputera untuk bersaing dengan syarikat-syarikat pasar raya terkenal dan antarabangsa memandangkan kesukaran yang dihadapi oleh syarikat-syarikat tempatan berbuat demikian hari ini.

139. PR-1312-L56121

Tuan Su Keong Siong [ Ipoh Timor ] minta PERDANA MENTERI menyatakan pendirian Kerajaan berkenaan dengan pelantikan ahli-ahli keluarga kabinet ke dalam jawatan rasmi oleh ahli kabinet. Nyatakan Menteri-Menteri dan Timbalan Menteri yang telah melantik ahli-ahli keluarga ke dalam jawatan rasmi.

140. PR-1312-L56731

Puan Hajah Normala binti Abdul Samad [ Pasir Gudang ] minta MENTERI KESEJAHTERAAN BANDAR, PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN menyatakan apakah langkah yang diambil oleh Kementerian bagi memastikan prasarana asas seperti klinik Kerajaan, dan sekolah dibina di kawasan perumahan yang baru.

141. PR-1312-L55797

Dato' Noraini binti Ahmad [ Parit Sulong ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan apakah strategi jangka panjang Kementerian setelah mendapat kelulusan Jemaah Menteri untuk menjadikan Pasukan Sukarelawan Malaysia (RELA) sebagai sebuah agensi Kerajaan bertaraf jabatan baru-baru ini dan apakah peranan utama yang akan dimainkan oleh RELA.

Page 22: MALAYSIA DEWAN RAKYAT ATURAN URUSAN MESYUARAT … · 1. PR-1312-L56718 Datuk Bung Moktar bin Radin [ Kinabatangan ] minta MENTERI BELIA DAN SUKAN menyatakan usaha Kerajaan dalam membantu

22 AUM DR 3/10/2013

142. PR-1312-L55192

Dr. Lee Boon Chye [ Gopeng ] minta MENTERI SAINS, TEKNOLOGI DAN INOVASI menyatakan syarat-syarat untuk Lynas terus beroperasi dan sama ada Lynas telah memenuhi syarat-syarat tersebut.

143. PR-1312-L56773

Dato' Abd. Aziz bin Haji Sheikh Fadzir [ Kulim Bandar Baharu ] minta MENTERI KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA menyatakan apakah tindakan jangka panjang dan pendek pihak Kementerian dalam menyemai semangat patriotik semua golongan warganegara Malaysia yang dilihat semakin berkurangan dewasa ini dalam menghayati semangat kemerdekaan dan cintakan negara.

144. PR-1312-L55380

Tuan Nik Mohamad Abduh bin Nik Abdul Aziz [ Pasir Mas ] minta MENTERI BELIA DAN SUKAN menyatakan jumlah projek pembinaan kompleks sukan yang masih terbengkalai atau tertunda dari tahun 2008-2012.

145. PR-1312-L56853

Tuan Gooi Hsiao-Leung [ Alor Setar ] minta MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI menyatakan sama ada Kerajaan akan menyokong untuk mengharamkan pemburuan dan 'penghirisan sirip' ikan jerung dengan meminda Akta Perikanan 1985.

146. PR-1312-L55621

Datuk Jumat bin Idris [ Sepanggar ] minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan:-

(a) berapakah jumlah pelajar Malaysia yang dihantar untuk

melanjutkan pengajian di negara-negara yang bergolak pada ketika ini; dan

(b) apakah perancangan jangka masa panjang Kementerian untuk

mengurangkan kebergantungan untuk menghantar pelajar Malaysia ke negara-negara bergolak.

147. PR-1312-L55836

Tuan Sivakumar a/l Varatharaju Naidu [ Batu Gajah ] minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan jumlah mahasiswa-mahasiswa di Pusat-pusat Asasi di semua Institusi Pengajian Tinggi Awam mengikut bidang kursus dan komposisi kaum pada tahun 2012 dan 2013.

148. PR-1312-L55263

Dato' Seri Reezal Merican bin Naina Merican [ Kepala Batas ] minta MENTERI PELANCONGAN DAN KEBUDAYAAN menyatakan sejauh mana Malaysia mampu menjadi peneraju kepada usaha menarik pelancong-pelancong beragama Islam dari seluruh dunia. Berdasarkan kajian pasaran ini hampir mencecah USD126 bilion (dengan peningkatan tahunan hampir 4.8 % hingga tahun 2020). Apa strategi Kementerian dalam memastikan Malaysia mendapat pulangan baik daripada sudut ini.

Page 23: MALAYSIA DEWAN RAKYAT ATURAN URUSAN MESYUARAT … · 1. PR-1312-L56718 Datuk Bung Moktar bin Radin [ Kinabatangan ] minta MENTERI BELIA DAN SUKAN menyatakan usaha Kerajaan dalam membantu

AUM DR 3/10/2013 23

149. PR-1312-L55396 Tuan Seah Leong Peng [ Telok Intan ] minta PERDANA MENTERI menyatakan jumlah kuarters Kerajaan yang ada di seluruh negeri, bilangan yang kosong dan tindakan yang diambil untuk memastikan kuarters ini tidak dibiarkan kosong.

150. PR-1312-L55725

Tuan Haji Mohd Fasiah bin Haji Mohd Fakeh [ Sabak Bernam ] minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan bilangan kenderaan yang telah diperiksa oleh Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (PUSPAKOM) bagi tahun 2012 dan 2013 terkini mengikut jenis kenderaan dan nyatakan bilangan pusat pemeriksaan PUSPAKOM yang terdapat di seluruh negara masa kini serta sejauh manakah pemeriksaan kenderaan PUSPAKOM mencapai tahap piawaian antarabangsa khususnya bagi memastikan keselamatan kenderaan.

151. PR-1312-L55301

Dato' Takiyuddin bin Hassan [ Kota Bharu ] minta MENTERI KERJA RAYA menyatakan bilakah Kerajaan Persekutuan akan melanjutkan pembinaan Lebuh Raya Pantai Timur (LPT) sehingga ke negeri Kelantan memandangkan jumlah Aliran Trafik ke negeri-negeri di Pantai Timur semakin meningkat dengan pesatnya, terutamanya di musim perayaan.

152. PR-1312-L56222

Tuan Karpal Singh [ Bukit Gelugor ] minta PERDANA MENTERI menyatakan sama ada Kerajaan bersedia untuk meminda Artikel 12(4) Perlembagaan Persekutuan untuk memasukkan ke dalam peruntukan bahawa persetujuan kedua-dua ibu bapa, jika kedua-duanya masih hidup, dalam penukaran kepada agama Islam di bawah 18 tahun. Jika tidak, nyatakan sebab-sebabnya.

153. PR-1312-L55930

Tuan Gobind Singh Deo [ Puchong ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan jumlah laporan polis yang dilakukan terhadap polis yang bertindak ganas terhadap orang awam dari tahun 2000 sehingga sekarang dan apakah tindakan-tindakan yang telah diambil setakat ini.

154. PR-1312-L56458

Tuan Chong Chieng Jen [ Bandar Kuching ] minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan apakah sebabnya markah-markah untuk gred 'A', 'B', 'C', 'D' dan 'E' di peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) bagi subjek-subjek seperti General Mathematics, Additional Mathematics, Physics, Chemistry dan English perlu di klasifikasi sebagai rahsia di bawah Akta Rahsia Rasmi.

Page 24: MALAYSIA DEWAN RAKYAT ATURAN URUSAN MESYUARAT … · 1. PR-1312-L56718 Datuk Bung Moktar bin Radin [ Kinabatangan ] minta MENTERI BELIA DAN SUKAN menyatakan usaha Kerajaan dalam membantu

24 AUM DR 3/10/2013

155. PR-1312-L55211

Datuk Dr. Haji Abd. Latiff bin Haji Ahmad [ Mersing ] minta PERDANA MENTERI menyatakan jajaran kereta api pantai timur (Johor Bahru - Gemas - Wakaf Baru/Butterworth - Gemas - Wakaf Baru) dibuat oleh penjajah hanya mahu memenuhi keperluan ekonomi penjajah:-

(a) adakah Kementerian bercadang untuk membuat jajaran baru

pantai timur-Johor Bahru-Mersing-Pekan-Kemaman-Wakaf Baru; dan

(b) jika benar berapakah anggaran kos dan bila bermula

pembinaannya. 156. PR-1312-L56498

Dr. Tan Seng Giaw [ Kepong ] minta MENTERI PERDAGANGAN DALAM NEGERI, KOPERASI DAN KEPENGGUNAAN menyatakan strategi dan keberkesanannya untuk mengawal harga barangan di negara ini. Apakah masalah yang dihadapinya.

157. PR-1312-L55069

Datin Linda Tsen Thau Lin [ Batu Sapi ] minta MENTERI KERJA RAYA menyatakan apakah masalah yang dihadapi dalam projek penaiktarafan Jalan Batu Sapi yang telah lama dilaksana tetapi tidak disiapkan.

158. PR-1312-L56514

Tuan Khoo Soo Seang [ Tebrau ] minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan punca kejadian kemalangan jalan raya yang serius di jalan ke Genting. Adakah Kementerian bercadang mewajibkan semua pemandu-pemandu kenderaan awam ke Genting lulus lesen pemandu khas sebelum dibenarkan membawa bas ke Genting.

159. PR-1312-L55901

Tuan Lim Kit Siang [ Gelang Patah ] minta PERDANA MENTERI menyatakan hasil akhir tindakan yang telah diambil oleh SPRM dan agensi-agensi lain yang berkaitan berikutan laporan RCI kematian Teoh Beng Hock di premis SPRM, di Shah Alam pada 16 Julai, 2009 dan nyatakan siapakah orang yang bertanggungjawab terhadap kematian Teoh.

160. PR-1312-L56225

Tuan Karpal Singh [ Bukit Gelugor ] minta PERDANA MENTERI menyatakan sama ada Kerajaan bersedia untuk meminda Undang-Undang Pilihan Raya di negara ini yang mewajibkan rakyat berumur 21 tahun ke atas untuk mengundi bagi pilihan raya umum dan pilihan raya kecil. Jika tidak, nyatakan sebab-sebabnya.

Page 25: MALAYSIA DEWAN RAKYAT ATURAN URUSAN MESYUARAT … · 1. PR-1312-L56718 Datuk Bung Moktar bin Radin [ Kinabatangan ] minta MENTERI BELIA DAN SUKAN menyatakan usaha Kerajaan dalam membantu

AUM DR 3/10/2013 25

161. PR-1312-L55794 Dato' Noraini binti Ahmad [ Parit Sulong ] minta MENTERI PERDAGANGAN DALAM NEGERI, KOPERASI DAN KEPENGGUNAAN menyatakan jumlah kes-kes laporan penipuan transaksi perniagaan atas talian dan apakah tindakan yang telah dan sedang dilaksanakan untuk memastikan penipuan seperti ini tidak berlaku.

162. PR-1312-L56304

Puan Kasthuriraani a/p Patto [ Batu Kawan ] minta MENTERI KERJA RAYA menyatakan apakah keputusan siasatan terhadap pembuangan beam oleh kontraktor lantikan Jambatan Kedua Sdn Bhd ke dalam perairan Pulau Pinang oleh Jabatan Alam Sekitar dan sudahkah amaun RM19 juta dibayar kepada China Harbour Engineering Company.

163. PR-1312-L56848

Tuan Er Teck Hwa [ Bakri ] minta MENTERI PELANCONGAN DAN KEBUDAYAAN menyatakan senarai kawasan-kawasan yang diwartakan sebagai kawasan warisan. Berapakah peruntukan yang disediakan bagi menyelenggara kawasan tersebut.

164. PR-1312-L55491

Tuan Hee Loy Sian [ Petaling Jaya Selatan ] minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan:-

(a) sama ada AES akan diambil alih oleh Kementerian; dan (b) jumlah pampasan yang akan diberikan kepada dua syarikat

konsesi yang membekalkan AES. 165. PR-1312-L56389

Datuk Ikmal Hisham bin Abdul Aziz [ Tanah Merah ] minta MENTERI KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA menyatakan apakah langkah Kementerian dalam usaha memastikan penerbit-penerbit filem mematuhi garis panduan yang ditetapkan oleh Kerajaan bagi memastikan tiada penghasilan filem yang boleh menyinggung mana-mana kaum atau agama.

166. PR-1312-L56536 Tuan Haji Shabudin bin Yahaya [ Tasek Gelugor ] minta MENTERI KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA menyatakan sama ada Kementerian bercadang untuk mewujudkan pejabat pos di kawasan Teluk Air Tawar Butterworth dan sekiranya ada, bilakah akan dilaksanakan.

167. PR-1312-L55735

Datuk Wee Jeck Seng [ Tanjong Piai ] minta MENTERI KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH menyatakan:-

(a) apakah status Fasa ke-2 untuk projek naik taraf Jalan Belokok

ke arah Tanjong Bin di daerah Pontian; dan (b) bilakah projek naik taraf tersebut akan dijalankan.

Page 26: MALAYSIA DEWAN RAKYAT ATURAN URUSAN MESYUARAT … · 1. PR-1312-L56718 Datuk Bung Moktar bin Radin [ Kinabatangan ] minta MENTERI BELIA DAN SUKAN menyatakan usaha Kerajaan dalam membantu

26 AUM DR 3/10/2013

168. PR-1312-L55796

Dato’ Dr. Nik Mazian bin Nik Mohamad [ Pasir Puteh ] minta MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI menyatakan berapa luaskah tanah-tanah yang digunakan untuk penanaman padi di Malaysia (mengikut negeri-negeri). Berapa luas pula tanah-tanah ini menjadi bendang terbiar atau ditukar guna kepada pertanian dan pembangunan. Apakah sebab-sebab petani-petani meninggalkan usaha menanam padi.

169. PR-1312-L55055

Dato' Shamsul Anuar bin Haji Nasarah [ Lenggong ] minta MENTERI PELANCONGAN DAN KEBUDAYAAN menyatakan:-

(a) bilangan terkini pelancong yang datang ke negara ini mengikut

negara; dan (b) persediaaan yang dibuat daripada segi produk dan promosi bagi

persediaan Tahun Melawat Malaysia 2014. 170. PR-1312-L56601

Tan Sri Datuk Seri Panglima Joseph Pairin Kitingan [ Keningau ] minta MENTERI KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH menyatakan apakah perancangan pembekalan perumahan kepada rakyat di Pedalaman Sabah dan jika ada di mana dan berapa.

171. PR-1312-L56088

Datuk Sapawi bin Ahmad Wasali [ Sipitang ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan kemajuan pembinaan enam balai polis baru di beberapa lokasi terpilih di Sabah, yang diumumkan selepas insiden pencerobohan di Lahad Datu.

172. PR-1312-L57007

Tuan Wong Chen [ Kelana Jaya ] minta MENTERI TENAGA, TEKNOLOGI HIJAU DAN AIR menyatakan jika Menteri sedia untuk mengarahkan Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) mengambil tindakan terhadap SYABAS untuk mengamalkan satu early warning system sekiranya terdapat kemungkinan krisis air dan menggalakkan penjimatan air untuk mengelakkan keadaan kecemasan berlaku.

173. PR-1312-L56449

Puan Hajah Zuraida binti Kamaruddin [ Ampang ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan berapakah jumlah pembeli di bawah Skim Rumah Pertamaku sejak skim ini diperkenalkan serta apakah kelemahan yang didapati di bawah skim ini yang boleh ditambah baik.

174. PR-1312-L57084 Tan Sri Dato Sri William Mawan Ikom [ Saratok ] minta MENTERI KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH menyatakan apakah pelan induk (master plan) perkampungan terutamanya di negeri Sarawak berikutan kemusnahan Kampung Datu, Sibu akibat insiden kebakaran.

Page 27: MALAYSIA DEWAN RAKYAT ATURAN URUSAN MESYUARAT … · 1. PR-1312-L56718 Datuk Bung Moktar bin Radin [ Kinabatangan ] minta MENTERI BELIA DAN SUKAN menyatakan usaha Kerajaan dalam membantu

AUM DR 3/10/2013 27

175. PR-1312-L57085 Tan Sri Dato Sri William Mawan Ikom [ Saratok ] minta MENTERI SUMBER MANUSIA menyatakan apakah langkah-langkah Kerajaan untuk memastikan pembekalan air di kawasan yang disebabkan tiada penyambungan paip terutama sekali di kawasan perladangan.

176. PR-1312-L57067

Datuk Ahmad Jazlan bin Yaakub [ Machang ] minta MENTERI PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI menyatakan setakat manakah hala tuju ekonomi Malaysia dalam hal berkaitan perdagangan, pelaburan serta kerjasama kewangan dan pendidikan menerusi Perjanjian Komprehensif Kerjasama Ekonomi (CECA) dengan Mesir berikutan pergolakan semakin meruncing dan masih berterusan di negara berkenaan.

177. PR-1312-L57068

Datuk Ahmad Jazlan bin Yaakub [ Machang ] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR menyatakan langkah Kerajaan bagi melindungi khazanah biodiversiti negara yang dianggarkan bernilai RM3 trilion dan nyatakan sejauh manakah Dasar Kepelbagaian Biologi Kebangsaan mampu menjadikan Malaysia sebagi pusat kecemerlangan dalam pemuliharaan, penyelidikan dan penggunaan mapan kepelbagaian biologi tropika dunia menjelang tahun 2020.

178. PR-1312-L57076

Tuan Masir Kujat [ Sri Aman ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan apakah langkah ayang akan diambil bagi mengatasi masalah pendaftaran lewat bagi penduduk di Sri Aman yang berkahwin dengan wanita negara jiran.

179. PR-1312-L55525 Dato' Fauzi bin Abdul Rahman [ Indera Mahkota ] minta MENTERI PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI menyatakan kesan-kesan negatif rundingan TPPA (Trans-Pacific Partnership Agreement) kepada negara setelah mengambil kira pendapat pakar-pakar dan pandangan mantan Perdana Menteri, Tun Mahathir, dan adakah Kerajaan ingin meneruskan rundingan TPPA tersebut.

180. PR-1312-L57051

Datuk Seri Panglima Haji Abdul Ghapur bin Haji Salleh [ Kalabakan ] minta PERDANA MENTERI menyatakan sama ada, apakah bakal ada juga projek mega Kerajaan, sama seperti 4 projek mega yang diumumkan baru-baru ini yang akan dilaksanakan di Sabah, di mana peluang diperuntukkan khas kepada kontraktor Sabah untuk dilantik sebagai kontraktor pelaksana.

181. PR-1312-L55964 Dato' Ar. Wan Mohammad Khair-il Anuar bin Wan Ahmad [ Kuala Kangsar ] minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan berapa ramai jumlah pelajar-pelajar IPT di luar negara dan berikan pecahan pelajar-pelajar yang ditaja oleh pihak Kerajaan dan swasta.

Page 28: MALAYSIA DEWAN RAKYAT ATURAN URUSAN MESYUARAT … · 1. PR-1312-L56718 Datuk Bung Moktar bin Radin [ Kinabatangan ] minta MENTERI BELIA DAN SUKAN menyatakan usaha Kerajaan dalam membantu

28 AUM DR 3/10/2013

182. PR-1312-L55151

Dato' Wira Mohd Johari bin Baharom [ Kubang Pasu ] minta MENTERI PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI menyatakan terdapat banyak bantahan terhadap pelaksanaan Perjanjian Perkongsian Trans Pasific (TPPA) sedangkan negara-negara lain yang terlibat begitu ghairah menyokong termasuk USA dan Jepun. Apakah pihak MITI telah membuat kajian impak terhadap industri Small And Medium Enterprises (SMEs) di Negara ini jika ianya dilaksanakan. Jika ada, apa kesannya kepada produk-produk tempatan negara kita untuk bersaing di peringkat global.

183. PR-1312-L56238

Datuk Koh Nai Kwong [ Alor Gajah ] minta MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI menyatakan rancangan Kerajaan untuk mengusahakan tanah terbiar yang terdapat di negara kita, khususnya tanah-tanah terbiar yang terdapat dalam kawasan Alor Gajah.

184. PR-1312-L56023

Tuan Mohd Rafizi bin Ramli [ Pandan ] minta PERDANA MENTERI menyatakan berapakah jumlah siasatan oleh SPRM yang melibatkan Ahli Politik dalam tahun 2010 hingga 2013 (mengikut tahun) dan dari jumlah siasatan itu, berapa yang dihantar kepada Peguam Negara dan berapa yang berakhir dengan pendakwaan di mahkamah.

Page 29: MALAYSIA DEWAN RAKYAT ATURAN URUSAN MESYUARAT … · 1. PR-1312-L56718 Datuk Bung Moktar bin Radin [ Kinabatangan ] minta MENTERI BELIA DAN SUKAN menyatakan usaha Kerajaan dalam membantu

AUM DR 3/10/2013 29

ATURAN URUSAN MESYUARAT DAN USUL-USUL

1. (D.R. 9/2013) Rang Undang-undang Kanun Keseksaan

(Pindaan) 2013 [ Menteri di Jabatan Perdana Menteri ]

Bacaan Kali Yang Kedua

2. (D.R. 11/2013) Rang Undang-undang Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) (Pindaan) 2013 [ Menteri Dalam Negeri ]

3. (D.R. 14/2013) Rang Undang-undang Penjara (Pindaan) 2013 [ Menteri Dalam Negeri ]

4. (D.R. 10/2013) Rang Undang-undang Kanun Tatacara Jenayah (Pindaan) 2013 [ Menteri di Jabatan Perdana Menteri ]

5. (D.R. 12/2013) Rang Undang-undang Keterangan (Pindaan) 2013 [ Menteri di Jabatan Perdana Menteri ]

6. (D.R. 13/2013) Rang Undang-undang Bahan-bahan Kakisan dan Letupan dan Senjata Berbahaya (Pindaan) 2013 [ Menteri Dalam Negeri ]

7. (D.R. 15/2013) Rang Undang-undang Lambang dan Nama (Mencegah Penggunaan Tak Wajar) (Pindaan) 2013 [ Menteri di Jabatan Perdana Menteri ]

8. (D.R. 16/2013) Rang Undang-undang Rumah Perjudian Terbuka (Pindaan) 2013 [ Menteri Kewangan ]

Page 30: MALAYSIA DEWAN RAKYAT ATURAN URUSAN MESYUARAT … · 1. PR-1312-L56718 Datuk Bung Moktar bin Radin [ Kinabatangan ] minta MENTERI BELIA DAN SUKAN menyatakan usaha Kerajaan dalam membantu

30 AUM DR 3/10/2013

9. (D.R. 17/2013) Rang Undang-undang Loteri (Pindaan)

2013 [ Menteri Kewangan ]

10. (D.R. 18/2013) Rang Undang-undang Pertaruhan Pool (Pindaan) 2013 [ Menteri Kewangan ]

11. (D.R. 19/2013) Rang Undang-undang Fi (Jabatan Muzium Malaysia) (Pengesahan) 2013 [ Menteri Pelancongan dan Kebudayaan]

12. (D.R. 20/2013) Rang Undang-Undang Dadah Berbahaya (Pindaan) 2013 [ Menteri Kesihatan ]

13. Menteri Kewangan akan mencadangkan:

“Bahawa Majlis ini akan mengambil ketetapan iaitu menurut kuasa yang diletakkan padanya oleh seksyen 11 subseksyen 2 Akta Kastam 1967 supaya Perintah Duti Kastam berikut dibentangkan di hadapan Majlis ini sebagai Kertas Statut bil.ST.47, ST.48, ST.49, ST.50 dan ST.51 tahun 2013 disahkan”.

14. PR-1312-U56793 Dato' Abd. Aziz bin Haji Sheikh Fadzir [ Kulim Bandar Baharu ] akan mencadangkan:-

"Bahawa Dewan ini meminta Kerajaan Malaysia menyatakan pendirian secara tegas untuk tidak bersetuju dengan apa jua kaedah menumbangkan Kerajaan selain dari kaedah demokrasi. Pada masa yang sama memainkan peranan penting untuk meminta bantuan OIC dan komuniti antarabangsa bagi mengembalikan Mohamad Morsi kepada jawatan Presiden Mesir ataupun mendesak Kerajaan Mesir mengadakan pilihan raya umum dalam masa terdekat demi mengekang dan menghentikan keganasan dan pembunuhan rakyat Mesir yang sedang berlaku."

( Kementerian Luar Negeri )

Page 31: MALAYSIA DEWAN RAKYAT ATURAN URUSAN MESYUARAT … · 1. PR-1312-L56718 Datuk Bung Moktar bin Radin [ Kinabatangan ] minta MENTERI BELIA DAN SUKAN menyatakan usaha Kerajaan dalam membantu

AUM DR 3/10/2013 31

15. PR-1312-U56794 Dato' Abd. Aziz bin Haji Sheikh Fadzir [ Kulim Bandar Baharu ] akan mencadangkan:-

"Bahawa Dewan ini mengesa agar diwujudkan Jawatankuasa Khas Parlimen untuk mencapai persetujuan semua pihak agar Kalimah Allah hanya boleh digunapakai di dalam konteks agama Islam dan tidak boleh dibahas secara terbuka untuk kepentingan politik mana-mana pihak."

( Perdana Menteri )

16. PR-1312-U55173

Datuk Dr. Makin @ Marcus Mojigoh [ Putatan ] akan mencadangkan:-

"Bahawa Dewan ini mengambil maklum bahawa, ramai golongan belia di negara ini terutama sekali dari golongan graduan yang masih tidak bekerja dan tidak mempunyai pendapatan. Dan mengambil maklum juga, bahawa kebanyakan golongan graduan ini sedang menghadapi masalah untuk membuat pembayaran balik pinjaman mereka terutama sekali pinjaman perbadanan tabung pendidikan negara-PTPTN dan berisiko untuk disenaraihitamkan dalam sistem CRISS. Dan mengambil maklum juga bahawa, walaupun terdapat banyak program keusahawanan yang dianjurkan oleh pihak Kerajaan, seperti Majlis Amanah Rakyat-MARA, Yayasan Inovasi Malaysia dan lain-lain agensi Kerajaan, namun masih ramai lagi kalangan belia kita yang tidak mengetahui mengenai dengan program tersebut, mungkin kerana kurangnya sebaran mengenai program tersebut. Dan mengambil maklum juga bahawa, ramai golongan belia di negara ini mempunyai minat ataupun hobi yang boleh dimanfaatkan secara positif bagi tujuan pengkomersilan sekiranya dikembangkan di mana sekali gus dapat menjana pendapatan negara. Maka, bagi menangani masalah pengangguran di kalangan belia terutama sekali golongan graduan, Dewan ini hendaklah mengambil ketetapan bahawa, pihak Kerajaan hendaklah memperbanyakkan lagi program keusahawanan berorientasikan minat atau hobi golongan belia tersebut, serta promosi terus kepada golongan sasar melalui pengkalan data Kerajaan terutama sekali pengkalan data para graduan."

( Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Idustri )

17. PR-1312-U55107

Tuan M. Kulasegaran [ Ipoh Barat ] akan mencadangkan:-

"Bahawa Dewan ini mengambil maklum kebelakangan ini ramai orang dibunuh dengan sewenang-wenangnya kerana dengan mudah boleh memperolehi senjata api. Dan perasaan takut menghantui rakyat. Dewan ini menggesa pihak polis untuk menumpukan kepada isu ini agar suatu penyelesaian dapat diambil untuk membanteras kegiatan tembak-menembak ini. 125 syor-syor oleh Suruhanjaya Diraja Polis pada tahun 2005 hendaklah dilaksanakan dengan sepenuhnya dengan kadar segera."

( Kementerian Dalam Negeri )

Page 32: MALAYSIA DEWAN RAKYAT ATURAN URUSAN MESYUARAT … · 1. PR-1312-L56718 Datuk Bung Moktar bin Radin [ Kinabatangan ] minta MENTERI BELIA DAN SUKAN menyatakan usaha Kerajaan dalam membantu

32 AUM DR 3/10/2013

18. PR-1312-U56596

Dr. Tan Seng Giaw [ Kepong ] akan mencadangkan:-

"Bahawa dewan ini membahaskan Trans Pacific Partnership Agreement (TPPA) dan peranan Malaysia di dalam perundingannya."

( Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri )

19. PR-1312-U56602

Dr. Tan Seng Giaw [ Kepong ] akan mencadangkan:-

"Bahawa Dewan ini memperbincangkan perkembangan perhubungan kaum sejak Kemerdekaan Malaysia."

( Perdana Menteri )

20. PR-1312-U56986 Tuan Surendran a/l K. Nagarajan [ Padang Serai ] akan mencadangkan:-

"Bahawa Dewan ini telah mengambil perhatian bahawa tempoh notis berkenaan pertanyaan-pertanyaan (questions) menurut Peraturan 22(2) selama 14 hari bekerja sebelum mesyuarat dimulakan adalah tempoh yang terlalu panjang, tidak munasabah dan membantutkan keberkesanan sesi pertanyaan-pertanyaan sebagai suatu cara bagi memastikan akauntabiliti Kerajaan kepada Dewan ini; dan meminta Kerajaan membawa usul untuk meminda Peraturan Majlis Mesyuarat untuk memendekkan tempoh notis kepada 2 hari sebelum hari bila mana pertanyaan itu akan dijawab."

( Perdana Menteri )

21. PR-1312-U55499

Tuan Hee Loy Sian [ Petaling Jaya Selatan ] akan mencadangkan:-

"Bahawa Dewan mempertimbangkan cadangan Malaysian Association of Foreign Maid Agencies (PAPA) untuk menaikkan fi pengambilan pekerja kepada RM6700 oleh majikan dan RM1800 oleh pekerja domestik. Memorandum Persefahaman (MOU) yang ditandatangani Kerajaan Malaysia-Indonesia, yang menetapkan fi tetap pada RM4,511; RM2,711 dibayar oleh majikan dan RM1,800 oleh pekerja domestik jelas menunjukkan agensi pekerjaan mengaut keuntungan yang tinggi melalui pemerdagangan ini. Ia akan membawa kepada tangga gaji yang rendah kepada pekerja domestik untuk sekurang-kurangnya 6-9 bulan. Ianya juga bercanggah dengan Akta Pekerjaan (Artikel 24-8) yang menghalang majikan menolak gaji sehingga 50% dan bercanggah dengan Prosedur Operasi Piawai (Standard Operating Procedure) di bawah Akta Anti-Pemerdagangan Manusia di mana sekiranya gaji tidak dibayar untuk tiga bulan atau lebih, maka majikan boleh didakwa kerana eksploitasi."

( Kementerian Dalam Negeri )

Page 33: MALAYSIA DEWAN RAKYAT ATURAN URUSAN MESYUARAT … · 1. PR-1312-L56718 Datuk Bung Moktar bin Radin [ Kinabatangan ] minta MENTERI BELIA DAN SUKAN menyatakan usaha Kerajaan dalam membantu

AUM DR 3/10/2013 33

22. PR-1312-U55500

Tuan Hee Loy Sian [ Petaling Jaya Selatan ] akan mencadangkan:-

“Bahawa Dewan ini mendesak agar segala projek pembangunan yang dibina di kawasan Bukit Gasing dihentikan agar hakisan tanah dan penduduk di kawasan pinggir bukit tidak hidup dalam ketakutan setiap kali hujan turun.”

( Kementerian Wilayah Persekutuan )

23. PR-1312-U56272

Tuan Manivanan a/l Gowindasamy [ Kapar ] akan mencadangkan:-

"Bahawa Dewan mempertimbangkan cadangan untuk membenarkan keluarga mangsa yang mati dalam tahanan Polis Diraja Malaysia, memperoleh Pakar Perubatan Forensik sendiri bagi menjalankan bedah siasatan."

( Kementerian Dalam Negeri )

24. PR-1312-U56273

Tuan Manivanan a/l Gowindasamy [ Kapar ] akan mencadangkan:-

"Bahawa Dewan ini mendesak agar pendidikan agama diperkenalkan di sekolah kepada pelajar bukan Islam sebagai langkah untuk menerapkan nilai-nilai murni dan keagamaan di kalangan pelajar bukan Islam di dalam membendung gejala sosial yang kian meningkat dan berleluasa akibat daripada kegagalan sistem pendidikan di Malaysia."

( Kementerian Pendidikan )

25. PR-1312-U56886

Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua [ Batu ] akan mencadangkan:-

"Bahawa Dewan ini membincangkan Malaysia selaku anggota Mahkamah Jenayah Antarabangsa agar membawa kes ke Mahkamah Jenayah Antarabangsa supaya semua pelaku jenayah pembunuhan beramai-ramai yang berlaku di Mesir sekarang ini didakwa ke muka pengadilan di peringkat antarabangsa."

( Kementerian Luar Negeri )

Page 34: MALAYSIA DEWAN RAKYAT ATURAN URUSAN MESYUARAT … · 1. PR-1312-L56718 Datuk Bung Moktar bin Radin [ Kinabatangan ] minta MENTERI BELIA DAN SUKAN menyatakan usaha Kerajaan dalam membantu

34 AUM DR 3/10/2013

26. PR-1312-U56893

Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua [ Batu ] akan mencadangkan:-

"Bahawa Dewan ini mengesa Kerajaan meningkatkan usaha diplomatik di kalangan anggota ASEAN agar muafakat dapat dicapai untuk menangani krisis pencemaran alam sekitar yang kerap berulang setiap tahun. Kerajaan juga mengarahkan Pejabat Pendakwa Raya untuk mengkaji dan mengambil tindakan undang-undang dan seterusnya dibicarakan di mahkamah apabila berlaku isu pencemaran alam sekitar yang melintasi sempadan antarabangsa".

( Kementerian Luar Negeri )

27. PR-1312-U56896 Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua [ Batu ] akan mencadangkan:-

"Bahawa Dewan ini memperbahaskan komitmen Kerajaan Persekutuan mengekalkan subsidi kepada petrol, bahan-bahan api, makanan dan barang-barang keperluan asas pada tahap yang memuaskan supaya inflasi dapat dikawal dengan berkesan".

( Kementerian Kewangan )

Page 35: MALAYSIA DEWAN RAKYAT ATURAN URUSAN MESYUARAT … · 1. PR-1312-L56718 Datuk Bung Moktar bin Radin [ Kinabatangan ] minta MENTERI BELIA DAN SUKAN menyatakan usaha Kerajaan dalam membantu

AUM DR 3/10/2013 35

UCAPAN-UCAPAN PENANGGUHAN

1. 2.

3.10.2013 (Khamis) 3.10.2013 (Khamis)

1. 2.

YB Tuan Er Teck Hwa (Bakri) YB Tuan Shamsul Iskandar Mohd Akin (Bukit Katil)

1. 2.

Peningkatan Taraf Penyelenggaraan Kemudahan Awam di Bandar Muar Pendekatan Pengagihan Kuasa Pasaran Ke Negeri Bantu Selesai Masalah Perumahan

1. 2.

YB Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan YB Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan