malaysia dewan rakyat aturan urusan mesyuarat 01042019 - isnin.pdf · thailand, antara kerajaan...

25
MALAYSIA DEWAN RAKYAT ATURAN URUSAN MESYUARAT NASKAH SAHIH/BAHASA MALAYSIA http://www.parlimen.gov.my HARI ISNIN, 1 APRIL 2019, PUKUL 10.00 PAGI Bil. 13 PERTANYAAN-PERTANYAAN BAGI JAWAB LISAN 1. PR-1421-L03684 Dato' Seri Dr. Shahidan bin Kassim [ Arau ] minta PERDANA MENTERI menyatakan Kerajaan telah memutuskan untuk membina tembok sempadan dari Perlis hingga ke Kelantan. Apakah status terkini berkenaan projek tersebut. 2. PR-1421-L03250 Tuan Ramli bin Dato' Mohd Nor [ Cameron Highlands ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan tindakan pihak berkuasa mengenai serangan terhadap Institusi Beraja yang saban hari dilihat semakin membimbangkan yang berlaku di negara kita apakah tindakan yang diambil oleh pihak polis terhadap mereka yang berkelakuan biadab dengan menghina atau mencerca Institusi Beraja. 3. PR-1421-L04236 Tuan Ramkarpal Singh A/L Karpal Singh [ Bukit Gelugor ] minta MENTERI BELIA DAN SUKAN menyatakan Kementerian bercadang untuk memperkenalkan skema pencen untuk bekas atlet negara dan negeri untuk mengiktiraf sumbangan mereka kepada sukan negara. 4. PR-1421-L03244 Tuan Yusuf bin Abd. Wahab [ Tanjong Manis ] minta MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI menyatakan untuk mengkaji keadaan dan membaiki segera ban-ban pertanian yang sedia ada di kawasan Paloh, Kedang, Berangan, Stalun, Sebayang dan seluruh kawasan Pulau Bruit. Kebanyakan ban-ban ini telah rosak akibat pukulan ombak laut, proses pemendapan (sediment) dan kebocoran, air laut telah masuk ke kawasan padi atau tanaman dan merosakkan tanaman mereka.

Upload: hakien

Post on 07-Aug-2019

248 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: MALAYSIA DEWAN RAKYAT ATURAN URUSAN MESYUARAT 01042019 - Isnin.pdf · Thailand, antara Kerajaan Thailand dan Majlis Syura Patani (Mara Patani) dan setakat manakah penglibatan Malaysia

MALAYSIA

DEWAN RAKYAT

ATURAN URUSAN MESYUARAT

NASKAH SAHIH/BAHASA MALAYSIA

http://www.parlimen.gov.my

HARI ISNIN, 1 APRIL 2019, PUKUL 10.00 PAGI

Bil.

13

PERTANYAAN-PERTANYAAN BAGI JAWAB LISAN

1. PR-1421-L03684

Dato' Seri Dr. Shahidan bin Kassim [ Arau ] minta PERDANA MENTERI menyatakan Kerajaan telah memutuskan untuk membina tembok sempadan dari Perlis hingga ke Kelantan. Apakah status terkini berkenaan projek tersebut.

2. PR-1421-L03250

Tuan Ramli bin Dato' Mohd Nor [ Cameron Highlands ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan tindakan pihak berkuasa mengenai serangan terhadap Institusi Beraja yang saban hari dilihat semakin membimbangkan yang berlaku di negara kita apakah tindakan yang diambil oleh pihak polis terhadap mereka yang berkelakuan biadab dengan menghina atau mencerca Institusi Beraja.

3. PR-1421-L04236

Tuan Ramkarpal Singh A/L Karpal Singh [ Bukit Gelugor ] minta MENTERI BELIA DAN SUKAN menyatakan Kementerian bercadang untuk memperkenalkan skema pencen untuk bekas atlet negara dan negeri untuk mengiktiraf sumbangan mereka kepada sukan negara.

4. PR-1421-L03244

Tuan Yusuf bin Abd. Wahab [ Tanjong Manis ] minta MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI menyatakan untuk mengkaji keadaan dan membaiki segera ban-ban pertanian yang sedia ada di kawasan Paloh, Kedang, Berangan, Stalun, Sebayang dan seluruh kawasan Pulau Bruit. Kebanyakan ban-ban ini telah rosak akibat pukulan ombak laut, proses pemendapan (sediment) dan kebocoran, air laut telah masuk ke kawasan padi atau tanaman dan merosakkan tanaman mereka.

Page 2: MALAYSIA DEWAN RAKYAT ATURAN URUSAN MESYUARAT 01042019 - Isnin.pdf · Thailand, antara Kerajaan Thailand dan Majlis Syura Patani (Mara Patani) dan setakat manakah penglibatan Malaysia

2 AUM DR 1/4/2019

5. PR-1421-L04044

Tuan Wong Chen [ Subang ] minta MENTERI TENAGA, SAINS, TEKNOLOGI, ALAM SEKITAR DAN PERUBAHAN IKLIM menyatakan langkah-langkah yang telah diambil oleh pihak Kementerian untuk memastikan sisa buangan Lynas dikembalikan ke Australia.

6. PR-1421-L03926

Tuan Ahmad Fadhli bin Shaari [ Pasir Mas ] minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan apakah punca pelanggaran kapal MV Piraeus dengan kapal MV Polaris dari Jabatan Laut Malaysia dan apakah usaha Kerajaan dalam mencegah perkara ini daripada berlaku lagi di masa depan.

7. PR-1421-L03229

Dato' Mansor Othman [ Nibong Tebal ] minta MENTERI PEMBANGUNAN USAHAWAN menyatakan menjelaskan sama ada Kerajaan boleh mempertimbang takrifkan sektor koperasi sebagai IKS bagi membolehkan gerakan koperasi mendapatkan manfaat dari segi pembiayaan dan pinjaman sepertimana IKS juga bagi mendorong mereka lebih aktif lagi membantu memacu pertumbuhan ekonomi negara sepertimana negara-negara maju lain di Asia.

8. PR-1421-L03349

Dato' Haji Ahmad Nazlan bin Idris [ Jerantut ] minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan program-program dan jenis bantuan yang telah dirangka oleh Kementerian di dalam bidang pendidikan agar penyertaan masyarakat B40 dan luar bandar tidak terpinggir di dalam arus pendidikan negara.

9. PR-1421-L04287

Datuk Wira Hajah Mas Ermieyati binti Samsudin [ Masjid Tanah ] minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan apakah langkah yang diambil oleh Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat untuk kesejahteraan rakyat dalam membantu golongan ibu tunggal khususnya warga emas yang tidak mempunyai pendapatan untuk mendapatkan rawatan lanjutan seperti hemodialisis.

10. PR-1421-L03274

Dato' Mohd. Nizar bin Haji Zakaria [ Parit ] minta MENTERI AIR, TANAH DAN SUMBER ASLI menyatakan :-

(a) apakah usaha yang telah dijalankan oleh Kementerian bagi membanteras aktiviti penyeludupan haiwan terancam; dan

Page 3: MALAYSIA DEWAN RAKYAT ATURAN URUSAN MESYUARAT 01042019 - Isnin.pdf · Thailand, antara Kerajaan Thailand dan Majlis Syura Patani (Mara Patani) dan setakat manakah penglibatan Malaysia

AUM DR 1/4/2019 3

(b) berapakah jumlah kes penyuludupan haiwan yang telah berjaya ditumpaskan dan apakah tindakan yang telah diambil terhadap pesalah tersebut.

11. PR-1421-L04198

Dato' Syed Abu Hussin bin Hafiz Syed Abdul Fasal [ Bukit Gantang ] minta PERDANA MENTERI menyatakan di era Malaysia Baharu ini, apakah perancangan dan bentuk peruntukan yang akan diberikan Kerajaan di kawasan-kawasan yang kalah dalam Pilihan Raya Umum ke 14 dan kepada Ahli Parlimen Pembangkang dalam memastikan rakyat yang membayar cukai kepada Kerajaan terus dibantu serta pembangunan infrastruktur dan kemudahan dapat dibangunkan.

12. PR-1421-L03138

Dato' Hasbullah bin Osman [ Gerik ] minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan :-

(a) apakah rasional dan justifikasi Kementerian Pengangkutan menambah pemasangan kamera AES dan setakat manakah kejayaan sistem AES mengurangkan kemalangan jalanraya dan meningkatkan pematuhan undang-undang di kalangan pengguna jalan raya; dan

(b) berapakah jumlah pemandu kenderaan melakukan kesalahan dari Mei 2018 hingga 31 Januari 2019 ekoran penambahan kamera tersebut.

13. PR-1421-L04222

Datuk Haji Shabudin bin Yahaya [ Tasek Gelugor ] minta MENTERI HAL EHWAL EKONOMI menyatakan perancangan bagi merancakkan pembangunan ekonomi negara dalam tempoh 5 tahun akan datang.

14. PR-1421-L03974

Dato' Takiyuddin bin Hassan [ Kota Bharu ] minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan apakah langkah persediaan yang telah dirancang oleh Kementerian ke arah penggabungan aliran Sains dan Sastera di peringkat sekolah menengah.

15. PR-1421-L03786

Tuan Muslimin bin Yahaya [ Sungai Besar ] minta MENTERI PEMBANGUNAN USAHAWAN menyatakan berkaitan pembentangan bajet yang lalu, hasrat bagi melahirkan sebuah negara usahawan, jadi apakah perancangan Kementerian bagi memulakannya di kawasan luar bandar.

Page 4: MALAYSIA DEWAN RAKYAT ATURAN URUSAN MESYUARAT 01042019 - Isnin.pdf · Thailand, antara Kerajaan Thailand dan Majlis Syura Patani (Mara Patani) dan setakat manakah penglibatan Malaysia

4 AUM DR 1/4/2019

16. PR-1421-L03522

Dato' Sri Haji Fadillah bin Yusof [ Petrajaya ] minta MENTERI HAL EHWAL EKONOMI menyatakan perkembangan terbaru perundingan bayaran royalti minyak kepada negeri-negeri pengeluar minyak. Apakah sudah ada mekanisme atau persetujuan dicapai.

17. PR-1421-L03909

Puan Noorita binti Sual [ Tenom ] minta MENTERI KESIHATAN menyatakan keberkesanan penguatkuasaan larangan merokok di tempat makan dan berapa jumlah notis amaran yang sudah dikeluarkan kepada pesalah mengikut negeri.

18. PR-1421-L04017

Dr. Nik Muhammad Zawawi bin Haji Salleh [ Pasir Puteh ] minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan adakah Kementerian merancang untuk menambahkan bilangan IPTA yang akan menambah peluang untuk golongan B40 berpendidikan tinggi dan adakah Kementerian bersedia memberi peluang lebih luas kepada IPTS dalam mengadakan kerjasama strategik dengan IPTA berkaitan penawaran pengajian secara pesisir dalam usaha meningkatkan tahap kemajuan rakyat melalui pendidikan tinggi.

19. PR-1421-L03398

Tuan Teh Kok Lim [ Taiping ] minta MENTERI KESIHATAN menyatakan jumlah bilangan pesakit buah pinggang yang menjalani rawatan dialisis di negara kita dan kos rawatan tahunan yang terlibat. Apakah langkah-langkah proaktif yang telah diambil untuk mengurangkan pesakit buah pinggang.

20. PR-1421-L03291

Datuk Seri Haji Ahmad bin Hamzah [ Jasin ] minta PERDANA MENTERI menyatakan senarai dan menjelaskan dengan lengkap, tepat dan telus tentang objektif serta proses penubuhan dan operasi SPV (Urusharta Jamaah Sdn Bhd) bagi menjual aset Tabung Haji, termasuk yang untung, yang bernilai hampir RM20 bilion serta rasional meletakkannya di bawah Kementerian Kewangan dan tidak di bawah Kementerian Hal Ehwal Ekonomi.

21. PR-1421-L03898

Dato' Seri Anwar bin Ibrahim [ Port Dickson ] minta PERDANA MENTERI menyatakan apakah terdapat sebarang kerjasama perundangan atau Mutual Legal Assistance (MLA) di antara Malaysia dan Perancis berhubung dengan skandal Scorpene.

Page 5: MALAYSIA DEWAN RAKYAT ATURAN URUSAN MESYUARAT 01042019 - Isnin.pdf · Thailand, antara Kerajaan Thailand dan Majlis Syura Patani (Mara Patani) dan setakat manakah penglibatan Malaysia

AUM DR 1/4/2019 5

22. PR-1421-L04254

Dato' Sri Anifah bin Aman [ Kimanis ] minta MENTERI LUAR NEGERI menyatakan apakah perkembangan perbincangan Malaysia-Singapura berkaitan isu sempadan maritim yang masih lagi dihadapi oleh kedua-dua negara. Adakah kata putus telah dicapai. Sekiranya belum ada kata putus lagi, apakah cadangan mahupun langkah seterusnya.

23. PR-1421-L04217

Tuan Ali anak Biju [ Saratok ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan berkenaan dengan langkah-langkah yang diambil Kementerian untuk menangani isu pencerobohan tentera Indonesia di sempadan Sarawak-Kalimantan, sebagaimana yang berlaku di Melikin, bahagian Serian baru-baru ini dan apakah perkembangan penyiasatan kes pencerobohan dan penculikan di Melikin ini.

24. PR-1421-L03866

Tuan Ahmad Marzuk bin Shaary [ Pengkalan Chepa ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan justifikasi syarikat insurans dan takaful Great Eastern dipilih sebagai peneraju Skim Perlindungan Nasional B40 (mySalam).

25. PR-1421-L02943

Datin Paduka Dr. Tan Yee Kew [ Wangsa Maju ] minta MENTERI PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN menyatakan :-

(a) jumlah projek Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur yang masih terbengkalai ; dan

(b) berapa kos-kos yang harus ditanggung oleh Kementerian dan apakah kaedah untuk menstruktur semula keberkesanan projek itu.

26. PR-1421-L03957

Tuan Shaharizukirnain bin Abd. Kadir [ Setiu ] minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan berapakah jumlah guru duka lara yang telah diselesaikan masalah mereka selepas PRU14 dan apakah masalah yang dihadapi oleh Kementerian dalam memproses permohonan mereka sehingga mengambil masa yang terlalu lama.

27. PR-1421-L02880

Tuan Hassan bin Abdul Karim [ Pasir Gudang ] minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan hasil perundingan dua negara, Malaysia dan Singapura berkaitan ruang udara Pasir Gudang.

Page 6: MALAYSIA DEWAN RAKYAT ATURAN URUSAN MESYUARAT 01042019 - Isnin.pdf · Thailand, antara Kerajaan Thailand dan Majlis Syura Patani (Mara Patani) dan setakat manakah penglibatan Malaysia

6 AUM DR 1/4/2019

28. PR-1421-L03771

Tuan Oscar Ling Chai Yew [ Sibu ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan berapakah peruntukan MARRIS disalurkan ke Sarawak pada tahun 2015-2019, senaraikan mengikut tahun. Berapakah yang disalurkan kepada Majlis Perbandaran Sibu dan Majlis Daerah Luar Bandar Sibu pada tahun 2015-2019, senaraikan secara berasingan.

29. PR-1421-L03148

Tuan Arthur Joseph Kurup [ Pensiangan ] minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan bilakah pembinaan Sekolah Menengah Kebangsaan Terusmadi dijangka akan siap dan mula beroperasi.

30. PR-1421-L04249

Tuan Khoo Poay Tiong [ Kota Melaka ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan statistik permohonan untuk mendapatkan kewarganegaraan, iaitu statistik mengikut pecahan negeri, kategori-kategori seperti yang diperuntukkan dalam Perlembangaan Persekutuan, bilangan yang ditolak dan apakah sebab-sebab utama permohonan-permohonan ditolak.

31. PR-1421-L03841

Datuk Seri Panglima Madius Tangau [ Tuaran ] minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan :-

(a) status terkini penaikan taraf "Sepanggar Bay Container Port" yang sudah pun diluluskan oleh Kerajaan lalu berjumlah lebih RM1 bilion; dan

(b) apakah usaha Kerajaan untuk merancakkan lagi aktiviti perniagaan menggunakan pelabuhan yang ada di Sabah.

32. PR-1421-L03127

Dato' Sri Dr. Santhara [ Segamat ] minta MENTERI PEMBANGUNAN USAHAWAN menyatakan apakah inisiatif-inisiatif yang telah diambil oleh Kerajaan Pakatan Harapan untuk membantu pengusaha Industri Trak Penunda (Tow Truck).

33. PR-1421-L04083

Tuan Abdul Latiff bin Abdul Rahman [ Kuala Krai ] minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan apakah langkah yang diambil oleh pihak Kementerian untuk menaikkan taraf sistem imbasan di lapangan terbang dan pintu masuk ke negara untuk menangani masalah penyeludupan dadah.

Page 7: MALAYSIA DEWAN RAKYAT ATURAN URUSAN MESYUARAT 01042019 - Isnin.pdf · Thailand, antara Kerajaan Thailand dan Majlis Syura Patani (Mara Patani) dan setakat manakah penglibatan Malaysia

AUM DR 1/4/2019 7

34. PR-1421-L03605

Tuan Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil [ Lembah Pantai ] minta MENTERI INDUSTRI UTAMA menyatakan masalah-masalah utama yang dihadapi industri minyak sawit serta strategi Kerajaan Persekutuan untuk mengatasi masalah-masalah ini pada jangka masa pendek, sederhana dan panjang.

35. PR-1421-L03260

Tuan Ramli bin Dato' Mohd Nor [ Cameron Highlands ] minta MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI menyatakan bantuan-bantuan yang diberikan oleh Kementerian kepada golongan petani bagi membantu serta memajukan lagi sektor pertanian di Cameron Highlands.

36. PR-1421-L03589

Dato' Seri Haji Mukhriz bin Tun Dr. Mahathir [ Jerlun ] minta MENTERI TENAGA, SAINS, TEKNOLOGI, ALAM SEKITAR DAN PERUBAHAN IKLIM menyatakan bentuk bantuan atau insentif untuk Kerajaan Negeri dalam menggalakkan penglibatan dalam pengeluaran tenaga boleh diperbaharui (renewable energy), termasuk tenaga solar.

37. PR-1421-L03538

Tuan Khairy Jamaluddin [ Rembau ] minta MENTERI KESIHATAN menyatakan sejauh manakah keadaan terkini "herd immunity" di kalangan masyarakat di Malaysia dan adakah pihak Kementerian mempunyai cadangan untuk memperkenalkan undang-undang berkaitan keperluan vaksin dalam kalangan masyarakat pada masa hadapan.

38. PR-1421-L04273

Tuan Steven Choong Shiau Yoon [ Tebrau ] minta MENTERI SUMBER MANUSIA menyatakan mengapa levi yang dikenakan ke atas pekerja asing perlu habis bayar sebelum mereka mula berkerja dan tidak boleh dibuat pemotongan melalui gaji bulanan seperti Pembayaran Cukai Berjadual (PCB) yang telah dilaksanakan oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri.

39. PR-1421-L02946

Tuan Anyi Ngau [ Baram ] minta MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI menyatakan program dan aktiviti pertanian serta jumlah peruntukan yang diagihkan untuk kepentingan golongan petani di kawasan luar bandar terutamanya di Sarawak dalam tahun 2019 ini.

Page 8: MALAYSIA DEWAN RAKYAT ATURAN URUSAN MESYUARAT 01042019 - Isnin.pdf · Thailand, antara Kerajaan Thailand dan Majlis Syura Patani (Mara Patani) dan setakat manakah penglibatan Malaysia

8 AUM DR 1/4/2019

40. PR-1421-L04000

Tuan Tan Kok Wai [ Cheras ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan negara-negara yang warganegara atau pemegang pasport mereka dikehendaki memohon visa untuk masuk Malaysia dan sebab-sebab mereka tidak diberikan pengecualian syarat bebas visa.

41. PR-1421-L03917

Dato' Seri Haji Abdul Hadi bin Awang [ Marang ] minta MENTERI LUAR NEGERI menyatakan apakah perkembangan rundingan damai di selatan Thailand, antara Kerajaan Thailand dan Majlis Syura Patani (Mara Patani) dan setakat manakah penglibatan Malaysia dalam menyelesaikan konflik ini mencapai kenyataan.

42. PR-1421-L02915

Dato' Sri Ikmal Hisham bin Abdul Aziz [ Tanah Merah ] minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan statistik bantuan dan peruntukan yang telah diberikan kepada sekolah persendirian Cina dan sekolah agama di seluruh negara setakat ini.

43. PR-1421-L03691

Tuan Che Alias bin Hamid [ Kemaman ] minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan langkah menghapuskan sindiket pemalsuan sijil akademik yang semakin berleluasa hari ini.

44. PR-1421-L03065

Tuan Ahmad bin Hassan [ Papar ] minta MENTERI PELANCONGAN, SENI DAN BUDAYA menyatakan :-

(a) apakah hala tuju Kementerian bagi tahun 2019 dalam memperkasakan industri pelancongan khususnya dalam menonjolkan ekopelancongan dan kepelbagaian kaum serta budaya di Sabah; dan

(b) apakah pencapaian Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya yang dapat dibanggakan setakat ini.

45. PR-1421-L03211

Dato' Sri Ismail Sabri bin Yaakob [ Bera ] minta MENTERI PEMBANGUNAN LUAR BANDAR menyatakan apakah strategi Kementerian untuk menyelesaikan isu kekurangan rumah di kalangan belia luar bandar serta perkampungan tradisional apabila projek Rumah Bina Negara dibatalkan.

Page 9: MALAYSIA DEWAN RAKYAT ATURAN URUSAN MESYUARAT 01042019 - Isnin.pdf · Thailand, antara Kerajaan Thailand dan Majlis Syura Patani (Mara Patani) dan setakat manakah penglibatan Malaysia

AUM DR 1/4/2019 9

46. PR-1421-L02873

Dato' Haji Mohd Fasiah bin Haji Mohd Fakeh [ Sabak Bernam ] minta MENTERI SUMBER MANUSIA menyatakan setakat manakah perlaksanaan gaji atau upah minimum RM1,100 sebulan untuk semua pekerja dan adakah Kerajaan bercadang mengkaji semula kadar ini supaya lebih sesuai khususnya kepada syarikat perniagaan yang bersaiz kecil.

47. PR-1421-L03963

Tuan Ahmad Johnie bin Zawawi [ Igan ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan berapakah jumlah pungutan cukai di Negeri Sarawak selepas pelaksanaan SST setakat ini, berapakah perbezaan daripada segi jumlah pungutan cukai berbanding GST sebelum ini bagi tempoh yang sama.

48. PR-1421-L04235

Tuan Ramkarpal Singh A/L Karpal Singh [ Bukit Gelugor ] minta MENTERI BELIA DAN SUKAN menyatakan sama ada suatu audit telah dilakukan bagi segala peruntukan dan perbelanjaan yang telah dikhaskan untuk Program Pembangunan Bola Sepak Negara dan sekiranya ya, apakah hasil keputusan audit tersebut dan sama ada terdapat apa-apa unsur rasuah yang telah dikenal pasti.

49. PR-1421-L03226

Dato' Sri Hajah Rohani binti Haji Abdul Karim [ Batang Lupar ] minta PERDANA MENTERI menyatakan langkah-langkah yang sedang, telah dan akan diambil oleh Kerajaan Pakatan Harapan untuk meningkatkan integriti dalam negara semenjak mengambil alih tampuk kepimpinan.

50. PR-1421-L03081

Tuan Larry Soon @ Larry Sng Wei Shien [ Julau ] minta MENTERI INDUSTRI UTAMA menyatakan apakah komoditi jenis hasil yang tinggi yang akan digalakkan oleh Kementerian untuk ditanam oleh para petani, berikutan penurunan harga lada hitam, getah dan kelapa sawit.

51. PR-1421-L03889

Dato' Seri Hishammuddin bin Tun Hussein [ Sembrong ] minta MENTERI PERTAHANAN menyatakan adakah Kementerian akan meneruskan IKRAR untuk membina lima Poliklinik ATM Baharu bagi membolehkan 60,000 anggota tentera dan veteran menikmati kemudahan rawatan asas, rawatan pergigian, wad observasi, rawatan hemodialisis, rawatan pakar, pembedahan kecil serta pelbagai lagi perkhidmatan kesihatan lain yang berkualiti.

Page 10: MALAYSIA DEWAN RAKYAT ATURAN URUSAN MESYUARAT 01042019 - Isnin.pdf · Thailand, antara Kerajaan Thailand dan Majlis Syura Patani (Mara Patani) dan setakat manakah penglibatan Malaysia

10 AUM DR 1/4/2019

52. PR-1421-L03415

Dato' Sri Mustapa bin Mohamed [ Jeli ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan senarai dan jumlah subsidi yang diberikan kepada rakyat Malaysia pada tahun 2018 dan yang dicadangkan pada tahun 2019 serta apakah perancangan jangka masa panjang mengenai pemberian subsidi ini.

53. PR-1421-L03164

Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi [ Bagan Datuk ] minta MENTERI INDUSTRI UTAMA menyatakan apakah hasil terkini daripada kerjasama antara Malaysa, Thailand dan Indonesia di dalam International Tripartite Rubber Council (ITRC), dan sejauh manakah kerjasama ini memberi kesan positif kepada pekebun getah di Malaysia.

54. PR-1421-L02964

Dato' Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali [ Bagan Serai ] minta MENTERI TENAGA, SAINS, TEKNOLOGI, ALAM SEKITAR DAN PERUBAHAN IKLIM menyatakan adakah Kementerian memperuntukkan dana kepada NGO seperti Malaysia Nature Society yang berusia hampir 80 tahun berjuang dalam pemuliharaan alam sekitar untuk meningkatkan lagi aktiviti mereka.

55. PR-1421-L(5)00035

Tuan Mohd Shahar bin Abdullah [ Paya Besar ] minta MENTERI LUAR NEGERI menyatakan :-

(a) apakah pendirian Kerajaan mengenai usaha membatalkan semua Reservasi dalam tiga Konvensyen Hak Asasi Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) yang telah diratifikasikan oleh Malaysia; dan

(b) adakah Kerajaan akan meratifikasikan baki enam Konvensyen Hak Asasi Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB).

[ Pertanyaan di bawah PM.22(5) ]

56. PR-1421-L03458

Tuan Prabakaran A/L M Parameswaran [ Batu ] minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan adakah dengan adanya Kamera AES secara statistiknya telah membuktikan bahawa peratusan kemalangan telah berjaya diturunkan. Jika ya, berapa peratuskah kadar peratusan yang telah turun disebabkan oleh AES. Apakah tiada mekanisme lain selain penambahan Kamera AES untuk mengurangkan kadar peratusan kemalangan. Adakah Kerajaan juga berhasrat untuk membatalkan pelaksanaan AES kelak? Jika ada, bilakah masa yang sesuai untuk Kerajaan membatalkannya.

Page 11: MALAYSIA DEWAN RAKYAT ATURAN URUSAN MESYUARAT 01042019 - Isnin.pdf · Thailand, antara Kerajaan Thailand dan Majlis Syura Patani (Mara Patani) dan setakat manakah penglibatan Malaysia

AUM DR 1/4/2019 11

57. PR-1421-L03311

Dato' Sri Dr. Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar [ Santubong ] minta MENTERI AIR, TANAH DAN SUMBER ASLI menyatakan bila perincian cadangan pindaan kepada Kanun Tanah Negara dan Akta Strata Titles siap dan bila akan dibawa ke Dewan Rakyat, kalau tidak kenapa.

58. PR-1421-L03498

Puan Nurul Izzah binti Anwar [ Permatang Pauh ] minta MENTERI SUMBER MANUSIA menyatakan adakah Kerajaan akan meminda Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969 untuk memudahkan penerimaan tuntutan PERKESO bagi mereka yang menghidapi penyakit kanser (tanpa mengira tahap), memandangkan penerima kini hanya boleh membuat tuntutan untuk rawatan kanser tahap 4 atau terminal.

59. PR-1421-L03859

Dato' Seri Tiong King Sing [ Bintulu ] minta MENTERI PELANCONGAN, SENI DAN BUDAYA menyatakan apakah langkah-langkah strategik Kerajaan untuk meningkatkan jumlah pelancong China ke Malaysia memandangkan laporan yang menunjukkan bahawa jumlah pelancong China yang melawat ke Malaysia dalam tempoh Tahun Baru Cina pada tahun ini telah menurun sebanyak 15 peratus berbanding dengan tahun lepas.

60. PR-1421-L03004

Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee [ Beluran ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan langkah-langkah yang diambil untuk menstabilkan nilai ringgit yang semakin menjunam berbanding mata wang asing terutama Dolar Amerika.

61. PR-1421-L03266

Dato' Sri Reezal Merican bin Naina Merican [ Kepala Batas ] minta MENTERI SUMBER MANUSIA menyatakan sejauh mana pengwujudan Dana Wibawa Pendidikan TVET (RM30 juta); dan peruntukan Program Bootcamp TVET (RM20 juta) mencukupi untuk tahun 2019. Bilakah kedua-dua program ini dilaksanakan dan kaedah pelaksanaannya.

62. PR-1421-L03501

Puan Nurul Izzah binti Anwar [ Permatang Pauh ] minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan perancangan Kementerian berkenaan isu subsidi untuk memastikan peruntukan yang setimpal buat kesemua hospital universiti di bawah tanggungjawab Kementerian.

Page 12: MALAYSIA DEWAN RAKYAT ATURAN URUSAN MESYUARAT 01042019 - Isnin.pdf · Thailand, antara Kerajaan Thailand dan Majlis Syura Patani (Mara Patani) dan setakat manakah penglibatan Malaysia

12 AUM DR 1/4/2019

63. PR-1421-L03746

Tuan Haji Awang bin Hashim [ Pendang ] minta MENTERI HAL EHWAL EKONOMI menyatakan adakah aset-aset FELCRA akan dicairkan dan mohon penjelasan aset yang mana serta berapakah jumlah pencairan yang dilakukan untuk mendapatkan tunai.

64. PR-1421-L02972

Dato' Ngeh Koo Ham [ Beruas ] minta MENTERI AIR, TANAH DAN SUMBER ASLI menyatakan sama ada Kerajaan telah meluluskan kelulusan khas mengeksport pasir ke luar negara melalui surat bertarikh 30/8/2017 [(No. Rujukan: NRE604-2/3/8 Jld. 3(3)) kepada Asal Jasa Sdn. Bhd. (1133222-P) untuk syarikat ini bekerjasama dengan Syarikat Alligence Systems Sdn. Bhd. (No. Lesen: JKPTG/SPHP/(S)/8-2 SK 151 (55) dan No. Resit Permit: 02010115002009) melombong pasir di bawah Seksyen 4 Akta Pelantar Benua 1996 (Disemak 1972) di luar perairan negeri Perak seluas 287.7 km persegi.

65. PR-1421-L03682

Tuan Lukanisman bin Awang Sauni [ Sibuti ] minta MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI menyatakan apakah usaha untuk menyediakan pusat latihan nelayan bagi golongan muda atau nelayan sedia ada bagi mendedahkan kaedah moden dan tekonologi terkini bagi meningkatkan tangkapan di laut.

66. PR-1421-L04161

Tuan Kesavan A/L Subramaniam [ Sungai Siput ] minta MENTERI SUMBER MANUSIA menyatakan perancangan untuk menggalakkan para majikan agar memilih untuk mengupah warganegara daripada mengupah pekerja asing, seperti menangani masalah dari segi kos pengupahan dan hak pekerja.

67. PR-1421-L03703

Dato' Seri Mahdzir bin Khalid [ Padang Terap ] minta PERDANA MENTERI menyatakan kedudukan terkini struktur Lembaga Tabung Haji sama ada berada di bawah pengawasan dan penyeliaan Kementerian Kewangan ataupun Jabatan Perdana Menteri.

68. PR-1421-L04234

Tuan Ramkarpal Singh A/L Karpal Singh [ Bukit Gelugor ] minta MENTERI BELIA DAN SUKAN menyatakan secara terperinci berkenaan langkah-langkah yang telah diambil untuk menyelesaikan isu-isu yang berbangkit di Akademi Mokhtar Dahari terutamanya isu kekurangan kemudahan latihan dan peralatan dan juga kebajikan pemain-pemain di akademi tersebut.

Page 13: MALAYSIA DEWAN RAKYAT ATURAN URUSAN MESYUARAT 01042019 - Isnin.pdf · Thailand, antara Kerajaan Thailand dan Majlis Syura Patani (Mara Patani) dan setakat manakah penglibatan Malaysia

AUM DR 1/4/2019 13

69. PR-1421-L03421

Datuk Seri M. Saravanan [ Tapah ] minta MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI menyatakan berapakah AP (Approved Permit) yang telah diberikan kepada kaum India di bawah Kementerian bagi semua jenis produk di bawah Kementerian Pertanian. Berikan pecahan pemilikan AP mengikut kaum.

70. PR-1421-L04043

Tuan Wong Chen [ Subang ] minta PERDANA MENTERI menyatakan adakah Perdana Menteri bersetuju Parlimen Malaysia ini harus bebas daripada badan Eksekutif seperti yang diamalkan oleh Parlimen United Kingdom di mana penetapan bajet dan pelantikan pegawai-pegawai adalah di bawah bidang kuasa Parlimen.

71. PR-1421-L03644

Tuan Cha Kee Chin [ Rasah ] minta MENTERI SUMBER MANUSIA menyatakan apakah sebab dan justifikasi yang menyebabkan gaji minimum sektor swasta hanya RM1,100 sahaja berbanding dengan gaji minimum sektor awam pada RM1,200.

72. PR-1421-L04299

Tuan Pang Hok Liong [ Labis ] minta MENTERI PERTAHANAN menyatakan apakah impak Industri 4.0 terhadap Angkatan Tentera Malaysia dan apakah pelan ATM dalam memodenisasikan peralatan-peralatan sedia ada.

Page 14: MALAYSIA DEWAN RAKYAT ATURAN URUSAN MESYUARAT 01042019 - Isnin.pdf · Thailand, antara Kerajaan Thailand dan Majlis Syura Patani (Mara Patani) dan setakat manakah penglibatan Malaysia

14 AUM DR 1/4/2019

ATURAN URUSAN MESYUARAT DAN USUL-USUL

1. Usul dibuat oleh Tuan Akmal Nasrullah bin Mohd. Nasir [ Johor Bahru ] dan masalah dicadangkan:-

"Bahawa suatu ucapan yang tidak sepertinya dipersembahkan kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, demikian bunyinya:- "Ampun Tuanku, Patik, Yang di-Pertua dan Ahli-ahli Dewan Rakyat Malaysia di dalam Persidangan Parlimen, memohon ampun mempersembahkan suatu ucapan yang ikhlas daripada Majlis Dewan Rakyat mengucapkan berbanyak-banyak syukur dan menjunjung kasih Titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong semasa membuka Penggal Kedua, Parlimen Yang Keempat Belas." Menyambung semula perbahasan atas masalah (28 Mac, 2019)

,

2. ( D.R 1/2019 ) Rang Undang-Undang Perbekalan Tambahan (2018) 2019

Bacaan Kali Yang Kedua

[ Menteri Kewangan ]

DAN

Menteri Kewangan akan mencadangkan:-

“Bahawa Dewan ini, mengikut subseksyen 4(3) Akta Kumpulan Wang Pembangunan 1966 [Akta 406], membuat ketetapan bahawa jumlah wang tambahan sebanyak lima belas bilion empat ratus lapan puluh lima juta tiga ratus lapan puluh empat ribu dan satu ratus empat puluh dua ringgit (RM15,485,384,142) diperuntukkan daripada Kumpulan Wang Pembangunan bagi tahun kewangan 2018 bagi Maksud dan Butiran (Projek) seperti yang dinyatakan dalam ruang pertama dan kedua penyata Anggaran Perbelanjaan Pembangunan Tambahan Pertama, 2018 yang dibentangkan sebagai Kertas Perintah 2 Tahun 2019 dan yang disenaraikan di sebelah Maksud dan Butiran (Projek) dalam ruang sembilan dan sepuluh penyata tersebut.”

3. ( D.R 33/2018 ) Rang Undang-Undang Pentadbiran Undang-Undang Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) (Pindaan) 2018

"

[ Perdana Menteri ]

4. ( D.R 35/2018 ) Rang Undang-Undang Undang-Undang Sivil (Pindaan) 2018

"

[ Perdana Menteri ]

Page 15: MALAYSIA DEWAN RAKYAT ATURAN URUSAN MESYUARAT 01042019 - Isnin.pdf · Thailand, antara Kerajaan Thailand dan Majlis Syura Patani (Mara Patani) dan setakat manakah penglibatan Malaysia

AUM DR 1/4/2019 15

5. Menteri Kewangan akan mencadangkan :-

"Bahawa mengikut peruntukan perenggan 4(b) Akta Pendanaan Kerajaan 1983 [Akta 275], mengambil ketetapan supaya Kerajaan memindahkan sebanyak RM13,305 juta wang terimaan Terbitan Pelaburan Kerajaan Malaysia (MGII) di bawah seksyen 3(1) Akta yang sama ke Kumpulan Wang Pembangunan yang dinyatakan dalam Jadual Kedua Akta Tatacara Kewangan 1957 [Akta 61] bagi maksud Kumpulan Wang tersebut."

6. PR-1421-U(27)029 Tuan Mohd Shahar bin Abdullah [ Paya Besar ] akan mencadangkan :-

"Bahawa Dewan Rakyat menggesa penjelasan apakah strategi Kerajaan dalam rundingan dengan Singapura berhubung kait isu persempadanan dan kedaulatan ruang udara kedua-dua negara yang timbul sejak kebelakangan ini. Senario diplomatik Malaysia dan Singapura telah banyak berubah apabila isu-isu persempadanan ruang udara timbul secara spesifiknya melibatkan pemakaian Sistem Pendaratan Instrumen (ILS) di Lapangan Terbang Seletar dan kewujudan Kawasan Larangan Kekal (PRA) untuk aktiviti ketenteraan di ruang udara Pasir Gudang. Kerajaan perlu melihat situasi ini secara serius apabila Singapura membantah kewujudan PRA di ruang udara Pasir Gudang kerana pada anggapan mereka ia akan mengekang aktiviti penerbangan awam walaupun begitu jelas PRA itu hanya ditujukan kepada aktiviti ketenteraan sahaja. Cabaran juga timbul dan perlu diselesaikan oleh Kerajaan apabila Malaysia membuat bantahan terhadap penggunaan ILS yang memerlukan pesawat mengguna ruang udara Pasir Gudang yang akan mengundang kekangan pembangunan fizikal bandar itu terutamanya membabit isu had ketinggian bangunan dalam laluan ILS. Rundingan antara kedua negara ini amat penting dalam mempertahankan kedaulatan persempadanan negara dan seharusnya Malaysia bertegas dan berhati-hati supaya akhirnya kedua-dua negara mendapat penyelesaian yang terbaik dalam hal ini." [ Menteri Pengangkutan ]

7. PR-1421-U(27)030 Tuan Mohd Shahar bin Abdullah [ Paya Besar ] akan mencadangkan :-

"Bahawa Dewan Rakyat menggesa Kerajaan menjelaskan kegelisahan anak muda mengenai perancangan dan dasar yang menyeluruh melibatkan pembangunan golongan belia meliputi semua golongan masyarakat dan kaum di negara ini. Kerajaan perlu mempunyai perancangan dasar yang jelas seperti yang dilaksanakan Kerajaan terdahulu melalui Transformasi Nasional 2050 yang menggariskan enam teras tumpuan pembangunan belia masa hadapan yang dinamik dan berwawasan. Anak muda kini dibelenggu kerisauan berkenaan dasar pembangunan belia dan dasar pembangunan sukan yang tidak jelas sehingga memberi kesan terhadap kemajuan serta penambahbaikan organisasi belia dan sukan secara keseluruhan. " [ Menteri Belia Dan Sukan ]

Page 16: MALAYSIA DEWAN RAKYAT ATURAN URUSAN MESYUARAT 01042019 - Isnin.pdf · Thailand, antara Kerajaan Thailand dan Majlis Syura Patani (Mara Patani) dan setakat manakah penglibatan Malaysia

16 AUM DR 1/4/2019

8. PR-1421-U(27)031 Tuan Mohd Shahar bin Abdullah [ Paya Besar ] akan mencadangkan :-

"Bahawa Dewan Rakyat menggesa Kerajaan membentangkan dasar dan pelan yang menyeluruh berkenaan halatuju negara jangka masa panjang selepas tamatnya Wawasan 2020. Kerajaan perlu memberi penjelasan kepada kebimbangan rakyat serta membuka ruang perbincangan disamping mendapatkan input daripada rakyat berkenaan apakah rancangan Kerajaan merangkumi seluruh lapisan masyarakat pelbagai umur menyentuh kesinambungan ekonomi dan kesejahteraan rakyat jangka masa panjang. Kegusaran rakyat kini adalah apa yang akan berlaku pada 30 tahun akan datang. Rakyat gusar mengenai cabaran taraf hidup yang semakin kompleks di samping keadaan sosioekonomi dan keselamatan yang tidak menentu menyebabkan kegagalan kesinambungan kemajuan dan kesejahteraan akan terbantut. " [ Perdana Menteri ]

9. PR-1421-U(27)032 Tuan Mohd Shahar bin Abdullah [ Paya Besar ] akan mencadangkan :-

"Bahawa Dewan Rakyat menggesa Kerajaan membentangkan perincian laporan penggunaan kewangan, perkembangan laporan pembangunan dan prestasi terkini Jawatankuasa Pemerkasaan Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (JKPTVET). Fungsi dan peranan penubuhan jawatankuasa ini semenjak diperkenalkan pada 21 Jun 2018 dilihat belum memberikan gambaran jelas berkenaan pelan perkembangan dan strategi pencapaian yang amat penting untuk diketahui oleh rakyat khususnya anak muda pemegang taruh meliputi pelajar, komuniti, industri dan penyedia TVET awam dan swasta yang terlibat secara langsung dalam bidang kemahiran. Kerajaan secara serius perlu memberikan perhatian terhadap perkara ini kerana ia melibatkan pendidikan dan masa hadapan anak muda yang inginkan jaminan Kerajaan memastikan mereka berjaya dalam bidang kemahiran. " [ Menteri Pendidikan ]

10. PR-1421-U(27)033 Tuan Mohd Shahar bin Abdullah [ Paya Besar ] akan mencadangkan :-

"Bahawa Dewan Rakyat menggesa Kerajaan memberi perhatian terhadap kebimbangan keadaan tidak selamat melibatkan banduan dalam penjara di seluruh negara merangkumi isu kepadatan sel, masalah kemudahan dalam penjara, tahap kawalan kesihatan dan keselamatan penjara serta penyebaran wabak penyakit. Kebanjiran jumlah banduan di dalam sesetengah penjara di negara ini menyebabkan keadaan yang tidak kondusif berlaku seterusnya mengakibatkan risiko penyebaran wabak penyakit yang lebih tinggi seperti penyakit TB dan kencing tikus. Sebuah kajian menyeluruh dan komprehensif harus dibentang dan dibincangkan segera bagi mendapatkan penyelesaian memandangkan situasi ini akan memberikan kesan terhadap persekitaran sekeliling dan ia akan menjejaskan kesejahteraan masyarakat secara keseluruhan." [ Menteri Dalam Negeri ]

Page 17: MALAYSIA DEWAN RAKYAT ATURAN URUSAN MESYUARAT 01042019 - Isnin.pdf · Thailand, antara Kerajaan Thailand dan Majlis Syura Patani (Mara Patani) dan setakat manakah penglibatan Malaysia

AUM DR 1/4/2019 17

11. PR-1421-U(27)034 Tuan Mohd Shahar bin Abdullah [ Paya Besar ] akan mencadangkan :-

"Bahawa Dewan Rakyat menggesa Kerajaan memberi penjelasan terhadap kerisauan rakyat berhubung usaha mendukung Perlembagaan Negara dengan memperkasa identiti kenegaraan dan perpaduan melalui Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN) yang dilihat semakin lesu dan tidak aktif. Kerajaan perlu membentangkan serta memberi ruang perbincangan dengan segera apakah perancangan terperinci dan strategi jangka masa panjang JPNIN untuk mengukuhkan perpaduan dan menyemai semangat Rukun Negara dalam diri setiap warganegara disamping membentangkan laporan kewangan dan prestasi JPNIN bagi suku ketiga dan keempat tahun 2018. Kerisauan yang timbul adalah Kerajaan baharu ini dilihat tidak memperkasa fungsi dan peranan JPNIN yang mempunyai struktur jawatankuasa yang efisyen dan tersusun malah Kerajaan dilihat hilang fokus terhadap strategi menyediakan perancangan khusus bagi perpaduan dan integrasi nasional secara keseluruhan." [ Perdana Menteri ]

12. PR-1421-U(27)035 Tuan Mohd Shahar bin Abdullah [ Paya Besar ] akan mencadangkan :-

"Bahawa Dewan Rakyat menggesa Kerajaan memberi penjelasan terhadap kebimbangan rakyat berhubung dasar Kerajaan dalam sektor automotif negara yang tidak seimbang dan memberikan lebih banyak keuntungan buat syarikat pengeluar kenderaan luar negara untuk menguasai pasaran berbanding syarikat pengeluar kenderaan tempatan. Kerajaan perlu menjelaskan mekanisme dan strategi yang menyeluruh dalam memastikan syarikat-syarikat automotif tempatan seperti Syarikat Proton dan Perodua terus kompeten agar dilihat lebih berdaya saing dengan syarikat luar negara. Kerajaan juga harus menetapkan kewajipan buat seluruh institusi pentadbiran dan agensi Kerajaan seluruh negara menggunakan kenderaan berjenama tempatan sebagai kenderaan rasmi supaya ia dapat dilihat sebagai usaha menyokong semangat kenegaraan dan membantu merancakkan perkembangan produk kereta nasional." [ Menteri Perdagangan Antarabangsa Dan Industri ]

13. PR-1421-U(27)039 Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong [ Ayer Hitam ] akan mencadangkan :-

"Agar institusi Parlimen menetapkan supaya satu Jawatankuasa Pemilih Khas ditubuhkan dan satu referendum rakyat diadakan bagi meneliti semua pandangan rakyat Malaysia mengenai langkah Kerajaan untuk memansuhkan hukuman mati dalam 32 kesalahan melibatkan lapan perundangan negara. Dalam semangat Malaysia Baru selepas 9 Mei, ianya menjadi satu tanggungjawab Kerajaan agar dapat menghormati pandangan setiap lapisan rakyat Malaysia terutamanya mengenai perkara memansuhkan hukuman mati yang juga melibatkan nyawa masyarakat termasuk keluarga mangsa atau keluarga tahanan hukuman mati.

Page 18: MALAYSIA DEWAN RAKYAT ATURAN URUSAN MESYUARAT 01042019 - Isnin.pdf · Thailand, antara Kerajaan Thailand dan Majlis Syura Patani (Mara Patani) dan setakat manakah penglibatan Malaysia

18 AUM DR 1/4/2019

“Sekiranya pandangan rakyat ini tidak diteliti, Kerajaan Pakatan Harapan akan dilihat sebagai menafikan hak kebebasan bersuara mereka. Kerajaan juga perlu menyatakan pendirian dengan jelas, apakah alternatif lain yang akan diganti selepas pemansuhan hukuman mati ini dilaksanakan dan apakah ia mampu dijadikan sebagai langkah pencegahan atau sebaliknya. Kerajaan Pakatan Harapan perlu sedar bahawa kejayaan mereka menjadi Kerajaan hari ini adalah disebabkan kuasa dan suara rakyat. " [ Perdana Menteri ]

14. PR-1421-U(27)040 Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong [ Ayer Hitam ] akan mencadangkan :-

"Agar projek Landasan Keretapi Pantai Timur (ECRL) tidak dibatalkan memandangkan ia sudah siap 20% dan Kerajaan perlu membayar pampasan yang tinggi kerana melanggar kontrak perjanjian. Tambahan pula, landasan yang akan memendekkan jarak perjalanan dari Kuala Lumpur ke Kota Bharu ini berupaya memberi manfaat ekonomi kepada negara dengan melonjakkan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) atau Gross Domestic Product (GDP) di tiga negeri pantai timur sebanyak 1.5%. la juga akan merangsang pertumbuhan ekonomi di pantai timur, rangkaian hubungan yang penting di antara timur dan barat serta merapatkan jurang ekonomi antara bandar-luar bandar. Maka Dewan Rakyat menyeru agar YAB Perdana Menteri dan semua ahli Jemaah Menteri dapat meneruskan projek ECRL ini." [ Perdana Menteri ]

15. PR-1421-U(27)041 Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong [ Ayer Hitam ] akan mencadangkan :-

"Bahawa Dewan Rakyat ini menggesa Kerajaan supaya memaparkan Laporan Akhir Majlis Penasihat Kerajaan atau Council of Eminent Persons (CEP) dengan mengeluarkan unsur-unsur berkaitan kepentingan negara yang sensitif daripada Laporan CEP serta mengemukakan laporan mengenai tindakan-tindakan yang telah diambil daripada cadangan-cadangan oleh CEP. Menteri di Jabatan Perdana Menteri telah memaklumkan dewan ini pada 15 Oktober 2018 bahawa CEP telah tamat melaksanakan tugas pada 19 Ogos 2018 dan pihak Kerajaan telah pun menerima laporan cadangan penambahbaikan yang disyorkan oleh CEP. Memandangkan enam bulan telah berlalu untuk Kerajaan untuk meneliti Laporan CEP, maka atas pinsip ketelusan dan akauntabiliti, tibalah masa bagi Kerajaan untuk mendedahkan Laporan CEP supaya rakyat Malaysia dapat memberikan input serta sama-sama menentukan hala tuju negara." [ Perdana Menteri ]

Page 19: MALAYSIA DEWAN RAKYAT ATURAN URUSAN MESYUARAT 01042019 - Isnin.pdf · Thailand, antara Kerajaan Thailand dan Majlis Syura Patani (Mara Patani) dan setakat manakah penglibatan Malaysia

AUM DR 1/4/2019 19

16. PR-1421-U(27)042 Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong [ Ayer Hitam ] akan mencadangkan :-

"Bahawa Dewan Rakyat ini menggesa Kerajaan supaya memaparkan laporan Jawatankuasa Pembaharuan Institusi (Institutional Reforms Committee-IRC) serta laporan mengenai tindakan-tindakan yang telah diambil daripada cadangan-cadangan pembaharuan oleh IRC. Memandangkan wujudnya dakwaan oleh seorang Hakim Mahkamah Rayuan melalui afidavit yang boleh menjejaskan keyakinan orang awam terhadap institusi kehakiman baru-baru ini, maka adalah penting bagi rakyat Malaysia untuk mengetahui usaha-usaha penambahbaikan serta pembaharuan yang substantif dalam pentadbiran institusi-institusi seperti badan kehakiman dalam negara. "

[ Perdana Menteri ]

17. PR-1421-U(27)043 Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong [ Ayer Hitam ] akan mencadangkan :-

"Dewan ini menyeru agar Kerajaan dapat mendengar suara rakyat dan seterusnya membatalkan cadangan projek kereta nasional ketiga yang dijadualkan pelaksanaannya pada tahun 2020. Menteri Kewangan telah memberi jaminan pada Ogos 2018 bahawa projek kereta nasional ketiga tidak akan menggunakan wang rakyat. Namun, Menteri Pembangunan Usahawan telah mengumumkan peruntukan dana sebanyak RM20 juta pada Januari 2019 bagi membangunkan prototaip kereta nasional ketiga. Kos untuk penyelidikan dan pembangunan (R&D) dan juga penghasilan kereta nasional ketiga melibatkan pelaburan berbilion-bilion ringgit. Walaupun projek ini dimajukan oleh syarikat berkaitan Kerajaan (GLC) seperti SilTerra Malaysia Sdn Bhd dan Sime Darby seperti yang diwar-warkan, ianya secara tidak langsung melibatkan wang rakyat yang dicarum melalui pelaburan Khazanah Nasional, Permodalan Nasional Berhad (PNB), Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan Kumpulan Wang Amanah Pencen (KWAP). Memandangkan situasi ekonomi negara yang tidak menentu, projek kereta nasional ketiga akan membebankan Kerajaan dan rakyat (khususnya pembeli kereta) sekiranya projek ini diteruskan. Adalah disarankan agar projek kereta nasional ketiga dibatalkan demi menjimatkan wang rakyat."

[ Perdana Menteri ]

Page 20: MALAYSIA DEWAN RAKYAT ATURAN URUSAN MESYUARAT 01042019 - Isnin.pdf · Thailand, antara Kerajaan Thailand dan Majlis Syura Patani (Mara Patani) dan setakat manakah penglibatan Malaysia

20 AUM DR 1/4/2019

18. PR-1421-U(27)044 Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong [ Ayer Hitam ] akan mencadangkan :-

"Menurut laporan media Sin Chew Daily bertarikh 19 Ogos 2018, Ketua Strategi PPBM Rais Hussin yang merupakan Pengerusi Jawatankuasa Penggubalan Manifesto Pakatan Harapan sebelum PRU14 telah mengumumkan bahawa semasa Buku Harapan (Manifesto PH untuk PRU14) dirangka, pra-syarat untuk menilai pengiktirafan UEC adalah kelulusan dalam 4 mata pelajaran iaitu Bahasa Melayu, Sejarah, Matematik dan Sains di peringkat SPM. Akan tetapi, Kementerian Pendidikan setakat ini tidak pernah menjelaskan perkara tersebut yang banyak menimbulkan kekeliruan dan ianya berlainan nada dengan apa yang dijanjikan oleh Pakatan Harapan semasa PRU14, iaitu UEC dapat diiktiraf hanya dengan memperolehi kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Melayu di peringkat SPM, maka UEC boleh diiktiraf. Mantan Menteri Pelajaran iaitu ahli parlimen Pagoh telah mengarahkan semua universiti awam tempatan untuk menambah satu syarat am bagi kemasukan ke universiti awam iaitu sekurang-kurangnya lulus dalam mata pelajaran Sejarah di peringkat SPM dan mata pelajaran Sejarah telah menjadi mata pelajaran wajib lulus dalam SPM. Ini bermakna tanpa lulus mata pelajaran sejarah dalam SPM, seseorang calon itu tidak boleh memperolehi sijil SPM. Arahan tersebut berkuatkuasa semenjak tahun 2013. Dewan ini mendesak Kementerian Pendidikan untuk memperjelaskan sama ada mata pelajaran Sejarah, Matematik dan Sains di peringkat SPM masih diambil kira sebagai prasyarat pengiktirafan UEC seperti yang dikatakan oleh Rais Hussin. Sekiranya kenyataan Rais Hussin itu benar, maka Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM) perlu melakukan penyelarasan dasar baru bagi mengatasi kekangan syarat kemasukan pelajar UEC ke universiti awam tempatan, Kementerian Pendidikan mesti mempunyai pendirian yang jelas dalam perkara ini dan tidak boleh berdolak-dalik. Selaras dengan manifesto Pakatan Harapan, Kementerian Pendidikan harus memberi pengiktirafan segera ke atas pelajar Sijii Peperiksaan Bersepadu (Unified Examination Certificate-UEC) seperti mana yang dijanjikan oleh YB Kulai merangkap Timbalan Menteri Pendidikan semasa berkempen di PRU 14 dan dalam rakaman video beliau pada 9 April 2018 yang dimuat naik ke “Youtube”, di mana beliau mengatakan Pakatan Harapan sudah mempunyai “hitam putih” untuk mengiktiraf UEC sebaik sahaja Pakatan Harapan menjadi Kerajaan. "

[ Menteri Pendidikan ]

19. PR-1421-U(27)045 Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong [ Ayer Hitam ] akan mencadangkan :-

"Dewan ini menyeru agar Kerajaan dapat meneruskan projeck pembinaan 10 buah SJKC baru dan perpindahan 6 buah SJKC kurang murid yang telah diluluskan oleh Kerajaan pada 26 Oktober 2017, termasuk mengekalkan 10 nama sekolah baru yang telah diluluskan. Kerajaan sepatutnya menyiapkan projek tersebut dalam masa 5 tahun dengan peruntukan RM20 juta setiap tahun (jumlah keseluruhannya RM100 juta) seperti yang telah dijanjikan oleh Kerajaan terdahulu.

Page 21: MALAYSIA DEWAN RAKYAT ATURAN URUSAN MESYUARAT 01042019 - Isnin.pdf · Thailand, antara Kerajaan Thailand dan Majlis Syura Patani (Mara Patani) dan setakat manakah penglibatan Malaysia

AUM DR 1/4/2019 21

Tetapi malangnya, perlaksanaan projek tersebut agak lambat dan tiada perkembangan yang signifikan. Dengan itu, mengharapkan Dewan ini mengambil maklum perkara ini dan mendesak Kerajaan Pakatan Harapan mempercepatkan proses pembinaan 10 buah SJKC baru dan perpindahan 6 buah SJKC kurang murid ke kawasan yang lebih padat penduduk cina. " [ Menteri Pendidikan ]

20. PR-1421-U(27)046 Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong [ Ayer Hitam ] akan mencadangkan :-

"Dewan ini menggesa Kerajaan supaya dapat memberikan peruntukan yang sama rata kepada Ahli Parlimen tanpa mengira fahaman politik. Ini kerana, Ahli Parlimen Kerajaan di Semenanjung Malaysia telah diberi peruntukan sebanyak RM1,000,000 iaitu RM300,000 untuk operasi Pusat Khidmat dan RM700,000 bagi peruntukan kawasan pada tahun 2018. Manakala tahun 2019, Ahli Parlimen Kerajaan diperuntukkan RM1,800,000 iaitu RM300,000 untuk operasi Pusat Khidmat dan RM1.5 juta bagi peruntukan kawasan. Sementara Ahli Parlimen pembangkang hanya diberikan RM100,000 sahaja bagi tahun 2018 dan tidak menerima apa-apa peruntukan untuk tahun 2019. Ini merupakan satu bentuk diskriminasi yang amat ketara. Gesaan ini selari dengan semangat ‘Malaysia Baru’ dan hasrat badan bebas (NGO) seperti BERSIH yang mahu memastikan tiada istilah diskriminasi dalam negara dan semua pengundi harus dilayan dengan adil dan saksama. Malah, perkara ini juga diperjuangkan oleh pemimpin Kerajaan hari ini ketika bergelar pembangkang suatu ketika dahulu. Dalam masa sama, semangat ‘Malaysia Baru’ ini juga yang menuntut kesuburan demokrasi. Prinsip keadilan ini akan dijadikan sebagai penanda aras dan seterusnya diteladani oleh Kerajaan negeri yang lain di Malaysia tanpa mengira parti mana yang memerintah. " [ Perdana Menteri ]

21. PR-1421-U(27)027 Tuan Fong Kui Lun [ Bukit Bintang ] akan mencadangkan :-

"supaya mempergiatkan usaha untuk menyatupadukan rakyat berbilang kaum di Malaysia yang kelihatan masih lemah dan longgar meskipun negara telah menjadi negara merdeka dan berdaulat sejak 61 tahun lalu supaya mereka boleh hidup dengan aman dan saling memerlukan dan memahami bagi memudahkan mereka membangunkan ekonomi negara secara bersama dan merealisasikan impian Negaraku Malaysia Baharu selepas PRU 14." [ Perdana Menteri ]

Page 22: MALAYSIA DEWAN RAKYAT ATURAN URUSAN MESYUARAT 01042019 - Isnin.pdf · Thailand, antara Kerajaan Thailand dan Majlis Syura Patani (Mara Patani) dan setakat manakah penglibatan Malaysia

22 AUM DR 1/4/2019

22. PR-1421-U(27)028 Tuan Fong Kui Lun [ Bukit Bintang ] akan mencadangkan :-

"memulihkan pilihan raya Kerajaan Tempatan seluruh negara supaya urustadbir Kerajaan menjadi lebih cekap, akauntabiliti dan bersih dengan mengambil langkah pertama untuk membuat kajian serius dan melakukan pungutan suara antara rakyat."

[ Menteri Perumahan Dan Kerajaan Tempatan ]

23. PR-1421-U(27)036 Dato' Johari bin Abdul [ Sungai Petani ] akan mencadangkan :-

"Banyak kuaters-kuaters guru yang dibina di seluruh negara dengan bagitu cantik dengan harga beratus juta ringgit ditinggalkan kosong tidak didiami. Kuaters ini telah banyak yang rosak dan tidak terjaga. Kawasan dipenuhi semak samun dan tidak terurus. Banyak yang menjadi tempat penagih dadah beroperasi dan kawasan ini menjadi bukti bagaimana Kerajaan tidak prihatin terhadap alam sekitar dan pembaziran wang rakyat yang amat luar biasa. Dicadangkan semua kuarters ini dijual kepada mana-mana pihak dengan harga yang berpatutan supaya beban tidak lagi ditanggung oleh Kerajaan dan pulangan dari jualan ini boleh digunakan bagi mereka yang memerlukan."

[ Menteri Pendidikan ]

24. PR-1421-U(27)037 Dato' Johari bin Abdul [ Sungai Petani ] akan mencadangkan :-

"Dadah telah mula masuk ke sekolah-sekolah. Walau pun jumlahnya masih kecil tetapi tindakan segera mesti diambil. Bagi mengelak dari pelajar terlibat sekolah disarankan memperbanyakkan kegiatan pasukan beruniform seperti kadet tentera, kadet polis, kedet bomba, pengakap dan lain-lain pasukan berunifom dan perbanyakkan aktiviti luar sekolah. Kegiatan ini semua akan membina perasaan kekitaan dan saling tegur menegur. Jabatan kaunseling di sekolah juga mesti diperkemaskan agar pelajar yang menghadapi masalah cepat dikenal pasti dan diambil tindakan."

[ Menteri Pendidikan ]

Page 23: MALAYSIA DEWAN RAKYAT ATURAN URUSAN MESYUARAT 01042019 - Isnin.pdf · Thailand, antara Kerajaan Thailand dan Majlis Syura Patani (Mara Patani) dan setakat manakah penglibatan Malaysia

AUM DR 1/4/2019 23

25. PR-1421-U(27)038 Dato' Johari bin Abdul [ Sungai Petani ] akan mencadangkan :-

"Kemalangan jalan raya makin meningkat di negara ini. Di antara punca kemalangan ialah pengguna yang cuai dan penguatkuasaan oleh agensi yang lemah. Sebagai contoh kemalangan melanggar kenderaan yang diberhenti di bahu jalan, atau kenderaan yang rosak ditinggalkan tanpa dipaparkan notis kereta/kenderaan rosak. Kerajaan hendaklah menggunakan semua ruang seperti TV dan radio bagi menyebarkan maklumat kepada pengguna jalan raya jika kenderaan mereka rosak, notis secukupnya mesti dipamerkan agar pengguna yang lain sedar dan tahu masalah wujud di hadapan mereka dan mereka akan bersedia untuk elakkan dari melanggar kenderaan yang rosak ini."

[ Menteri Pengangkutan ]

Page 24: MALAYSIA DEWAN RAKYAT ATURAN URUSAN MESYUARAT 01042019 - Isnin.pdf · Thailand, antara Kerajaan Thailand dan Majlis Syura Patani (Mara Patani) dan setakat manakah penglibatan Malaysia

24 AUM DR 1/4/2019

RISALAT-RISALAT YANG DIBAWA KE DALAM MESYUARAT (DEWAN RAKYAT)

TAHUN

2019

RISALAT/DOKUMEN TARIKH

DIBENTANGKAN

ST.17 Laporan Tahunan Dan Penyata Kewangan Universiti

Malaysia Sarawak (UNIMAS) Bagi Tahun 2017

1 April 2019

ST.67 Laporan Tahunan Dan Penyata Kewangan

Perbadanan Pembangunan Kampong Bharu Bagi

Tahun 2017

1 April 2019

ST.78 Laporan Tahunan dan Penyata Kewangan Pihak

Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan

Getah (RISDA) Bagi Tahun 2017

1 April 2019

Page 25: MALAYSIA DEWAN RAKYAT ATURAN URUSAN MESYUARAT 01042019 - Isnin.pdf · Thailand, antara Kerajaan Thailand dan Majlis Syura Patani (Mara Patani) dan setakat manakah penglibatan Malaysia

AUM DR 1/4/2019 25

**UCAPAN

( PERATURAN MESYUARAT 17 )

( KAMAR KHAS )

Tarikh Ucapan

Ahli Yang Berucap Tajuk Ucapan Menteri Yang Bertanggungjawab

1. 01.04.2019 (Isnin)

1. YB Dato' Dr. Noraini Ahmad (Parit Sulong)

1. Isu Kelewatan Pembinaan Masjid Kampung Parit Bintang Di Parlimen Parit Sulong

1. YB Menteri di Jabatan Perdana Menteri

** Ucapan Di Bawah Usul Berkenaan Perkara Tadbir Kerajaan (Peraturan Mesyuarat 17)