persejarahan negara patani kebangkitan, · pdf filekerajaan negara melayu islam patani dalam...

16
PERSEJARAHAN NEGARA PATANI KEBANGKITAN, PENJAJAHAN DAN PERJUANGAN PEMBEBASAN KERAJAAN NEGARA MELAYU ISLAM PATANI DALAM BUANGAN

Upload: buinguyet

Post on 01-Feb-2018

306 views

Category:

Documents


4 download

TRANSCRIPT

Page 1: PERSEJARAHAN NEGARA PATANI KEBANGKITAN, · PDF fileKERAJAAN NEGARA MELAYU ISLAM PATANI DALAM BUANGAN . ... (Malaysia) , manakala di ... Keadaan ini telah menjadikan Negara Patani sebuah

P E R S E J A R A H A N N E G A R A PA TA N I K E B A N G K I TA N , P E N J A J A H A N DA N

P E R J UA N G A N P E M B E B A S A N

KERAJAAN NEGARA MELAYU ISLAM PATANI DALAM BUANGAN

Page 2: PERSEJARAHAN NEGARA PATANI KEBANGKITAN, · PDF fileKERAJAAN NEGARA MELAYU ISLAM PATANI DALAM BUANGAN . ... (Malaysia) , manakala di ... Keadaan ini telah menjadikan Negara Patani sebuah

LATARBELAKANG NEGARA PATANI :

Ø  Negara Patani adalah sebuah Negara yang terletak dalam

lingkungan Gugusan Pulau-pulau Melayu ( Malay Archepilago)

di Asia Tenggara (South East Asia) yang meliputi seluruh

Nusantara Indonesia, Brunei, Philipina, Madagaska Malaysia dan

Patani.

Ø  Negara Patani bermula dari Segenting Kra (Ithmus of Kra)

bersempadankan Negara Burma (Myanmar), Negara Siam (Thai)

Ayutthaya) di sebelah Utara dan di sebelah Baratnya

bersempadankan Laut Andaman dan Laut Selat Melaka dan

Negeri-Negeri Perlis, Kedah, Perak dan di sebelah Selatannya

Negeri Kelantan (Malaysia) , manakala di sebelah Timurnya

bersempadankan Laut China Selatan.

 

Ø  Penduduk asalnya adalah terdiri dari Bangsa Melayu Patani

dalam kelompok Bangsa Melayu serumpun yang besar yang

mempunyai lebih dari 200 juta Ummat dengan Negara Patani

menyumbangkan seramai 3 juta orang.

Page 3: PERSEJARAHAN NEGARA PATANI KEBANGKITAN, · PDF fileKERAJAAN NEGARA MELAYU ISLAM PATANI DALAM BUANGAN . ... (Malaysia) , manakala di ... Keadaan ini telah menjadikan Negara Patani sebuah

KESAN PENJAJAHAN SIAM KE ATASNYA

v  Kini, anda lebih mengenali Patani dengan panggilan Selatan

Thailand (South Thailand) daripada mengenalinya sebagai sebuah

Negara Patani yang mempunyai sejarahnya yang panjang.

v  Justeru itu, kajian dari sudut sejarah, geografi dan pasarana

masyarakatnya yang amat unik dan masih mewarisi nilai-nilai tradisi

dan budayanya yang tersendiri, menjadi satu keperluan untuk tujuan

tersebut

Page 4: PERSEJARAHAN NEGARA PATANI KEBANGKITAN, · PDF fileKERAJAAN NEGARA MELAYU ISLAM PATANI DALAM BUANGAN . ... (Malaysia) , manakala di ... Keadaan ini telah menjadikan Negara Patani sebuah

K E P E N D U D U K A N DA N P E R W I L A Y A H A N N E G A R A PA TA N I

v  Kini di 14 Wilayah-wilayah Patani Selatan Thailand didiami oleh pelbagai bangsa dengan jumlah penduduknya mencapai 15

juta orang. Kira-kira 5 juta tinggal di 5 wilayah Pattani, Yala, Narathiwat, Songkhla dan Satun. Komposisi kaum/bangsa di 5

wilayah ini dianggarkan 80% Melayu, 12% Siam, 6% China dan 1.5% India/Pakistan dan 0.5% lain-lain etnik.

 

v  Manakala di 9 wilayah lain iaitu Chomphon, Raknong, Suratthani, Trang, Krabi, Nakhorn Sri Thammarat, Phuket, Phangnga dan

Phatthelung; komposisi kaum dianggarkan : Melayu dan/atau Thai Muslim 35%, Siam Buddhist 30%, China 20%, Pakistan/India

0.7% lain-lain etnik (Burma, Laus & Kembodia, Eropah) 8%.

v  Selepas Kerajaan Melayu Patani ditakluki dan dijajah oleh Kerajaan Siam Ayuthaya, Penjajah Siam secara perlahan-lahan telah

menukarkan nama-nama

v  semua 14 wilayah ini dengan nama-nama baru atau diadoptasikan dari nama-nama asal Melayu : Chomphon (Chupak);

Raknong (Renong); Krabi (Gerbi); Surathani (Surat/Chahaya); Trang (Terang); Nakhon Sri Thammarat (Legor); Phuket (Bukit);

Phatthalung (Bedelong); Songkhla (Sanggora); Satun (Setul); Pattani (Patani); Yala (Jala); Narathiwat (Menara).

Page 5: PERSEJARAHAN NEGARA PATANI KEBANGKITAN, · PDF fileKERAJAAN NEGARA MELAYU ISLAM PATANI DALAM BUANGAN . ... (Malaysia) , manakala di ... Keadaan ini telah menjadikan Negara Patani sebuah

DA S A R A S S I M I L A S I DA N P E N G H A P U S A N E T N I K :

v  Majoriti orang Melayu di 9 wilayah utara , kini menjadi minoriti akibat dari dasar-dasar assimilasi

dan penghapusan etnik dan dasar penghijrahan yang menggalakkan orang-orang di sebelah utara

dibawa masuk ke wilayah-wilayah tersebut tanpa sebarang penentangan yang ketara.

v  Tetapi di 5 wilayah Songkhla, Satun, Pattani, Yala dan Narathiwat mereka tidak berjaya

melaksanakan dasar-dasar tersebut sepenuhnya kerana adanya perjuangan yang berterusan menentang

dasar-dasar tersebut dan menentang segala kezaliman serta kekejaman Penjajah Thai melalui gerakan

politik pembebasan.

v  Bagi mereka yang tidak mampu untuk membuat penentangan terbuka dalam negeri, mereka

bersedia untuk berhijrah keluar negeri sebagai satu daya protes dan meneruskan perjuangan

pembebasan mereka di Negara-negara baru yang mereka huni.

Page 6: PERSEJARAHAN NEGARA PATANI KEBANGKITAN, · PDF fileKERAJAAN NEGARA MELAYU ISLAM PATANI DALAM BUANGAN . ... (Malaysia) , manakala di ... Keadaan ini telah menjadikan Negara Patani sebuah

DA S A R A S S I M I L A S I DA N P E N G H A P U S A N E T N I K :

v  Majoriti orang Melayu di 9 wilayah utara , kini menjadi minoriti akibat dari dasar-dasar assimilasi

dan penghapusan etnik dan dasar penghijrahan yang menggalakkan orang-orang di sebelah utara

dibawa masuk ke wilayah-wilayah tersebut tanpa sebarang penentangan yang ketara.

v  Tetapi di 5 wilayah Songkhla, Satun, Pattani, Yala dan Narathiwat mereka tidak berjaya

melaksanakan dasar-dasar tersebut sepenuhnya kerana adanya perjuangan yang berterusan menentang

dasar-dasar tersebut dan menentang segala kezaliman serta kekejaman Penjajah Thai melalui gerakan

politik pembebasan.

v  Bagi mereka yang tidak mampu untuk membuat penentangan terbuka dalam negeri, mereka

bersedia untuk berhijrah keluar negeri sebagai satu daya protes dan meneruskan perjuangan

pembebasan mereka di Negara-negara baru yang mereka huni.

Page 7: PERSEJARAHAN NEGARA PATANI KEBANGKITAN, · PDF fileKERAJAAN NEGARA MELAYU ISLAM PATANI DALAM BUANGAN . ... (Malaysia) , manakala di ... Keadaan ini telah menjadikan Negara Patani sebuah

K E R A J A A N K E S U L TA N A N M E L A Y U D I PA TA N I :

v  Menuntut catatan sejarah Asia Tenggara dan Sejarah Dunia , menjelaskan bahawa sejak abad Kedua dan Ketiga lagi

telah wujud sebuah Kerajaan Melayu sebelum Islam yng berpusat di Patani dengan nama Negara Langkasuka. Daerah

pemerintahannya meliputi seluruh utara Semenanjung Tanah Melayu (Malay Peninsula) dari Segenting Kera (Ithmus of Kra)

sehingga ke selatan bersempadankan Perlis, Kedah, Perak dan Kelantan, (Malaysia sekarang).

 

v  Setelah pemerintahan Langkasuka menerima Islam dalam Abad 10, maka sebutan nama Negara Langkasuka digantikan

dengan nama Kerajaan Melayu Islam Patani atau panggilan ringkasnya Negara Patani. Ini dibuktikan dari kesan peninggalan

Batu Nesan bertulisan Kufi di perkuburan tua Kota Marhum di Tanjung Budi bertarikh 1039 Masehi.

v  Pusat pemerintahan Kerajaan Patani pada waktu itu berperanan sebagai pusat pertukaran barangan dan perdagangan

(Barter Trade) antara Negara Timur dan Barat. Keadaan ini telah menjadikan Negara Patani sebuah Negara terkenal ,

termaju dan teragung di Rantau ini disamping Negara Pasai (Acheh sekarang).

v  Ini juga membuktikan kewujudan Negara Patani mendahului Kerajaan Melayu Melaka, yang hanya wujud dalam tahun

1411 Masehi.

Page 8: PERSEJARAHAN NEGARA PATANI KEBANGKITAN, · PDF fileKERAJAAN NEGARA MELAYU ISLAM PATANI DALAM BUANGAN . ... (Malaysia) , manakala di ... Keadaan ini telah menjadikan Negara Patani sebuah

T I N D A K A N P R O V O K A T I F K E R A J A A N AY U T T H AYA ( T H A I L A N D ) T E R H A D A P N E G A R A PA T A N I :

v  Keadaan Negara Patani yang masyhor dan strategic ini telah menimbulkan irihati (jealous)

Kerajaan Siam Ayutthaya untuk bertindak dan menguasai Negara Patani menghantar Tentera

Lautnya ke Perairan Patani bagi menggugat keamanan dan kemajuan perdagangan serta

mengganggu kedatangan kapal dagangan dari luar memasuki pelabuhan Negara Patani.

v  Dengan itu berlakulah peperangan antara kedua-dua Negara dalam tahun 1603; 1632 dan

1633 dengan kekalahan teruk di pihak Siam. Keadaan ini amat mengecewakan Kerajaan Siam

dan menjadi api dendam kesumat yang berpanjangan.

Page 9: PERSEJARAHAN NEGARA PATANI KEBANGKITAN, · PDF fileKERAJAAN NEGARA MELAYU ISLAM PATANI DALAM BUANGAN . ... (Malaysia) , manakala di ... Keadaan ini telah menjadikan Negara Patani sebuah

D A S A R P E M E N C I L A N A T Y U T T H Y A T E R H A D A P PA TA N I :

v  Bagi tujuan meneruskan usaha dan niat untuk menghancurkan Kerajaan Patani, Kerajaan Siam

Ayutthaya melancarkan beberapa strategi baru bagi melemahkan Kerajaan Patani untuk tujuan

penaklukannya kemudian. Antara lain ialah : 1)  menyerang dan menakluki wilayah-wilayah Utara Negara Patani, yang dianggap lemah, dimana

kekuatan ketenteraan pusat tidak begitu utuh dan menyeluruh. Dengan itu bermulalah penaklukan satu demi satu wilayah seperti Chomphon, Raknong, Suratthani dan lain-lain sehingga ke Legor ( Nakhorn Sri Thammarat) menjadi mangsa kepada pencerobohan tersebut.

2)  memencilkan Negara Patani dengan mengganggu gugat Negara-negara jiran untuk tidak membuat perhubungan Negara Patani dengan ancaman perang terhadap mereka.

 

v  Strategi itu begitu berkesan dan berjaya sehingga pelabuhan dan pusat perdagangan Negara

Patani telah kehilangan daya saing dengan pelabuhan Negara lain seperti Melaka,(Malaysia) yang

jatuh ketangan Penjajah Portugis (Portugal), dalam tahun 1511 dan Batavi (Indonesia) jatuh

kepada Belanda (Dutch). Keagungan Negara Patani dan pelabuhan serta kekuatannya telah kian

menurun dan kekuatan pertahanan menjadi goyah dan tercabar serta dicabar.

Page 10: PERSEJARAHAN NEGARA PATANI KEBANGKITAN, · PDF fileKERAJAAN NEGARA MELAYU ISLAM PATANI DALAM BUANGAN . ... (Malaysia) , manakala di ... Keadaan ini telah menjadikan Negara Patani sebuah

K E J A T U H A N K E R A J A A N PA TA N I & T I N D A K A N B A L A S D E N D A M S I A M :

v  Berdasarkan fakta sejarah , Kerajaan Melayu dikalahkan oleh Kerajaan Siam Ayutthaya pada

tahun 1786 iaitu kira-kira 183 tahun setelah usahanya gagal dalam bebarapa kali percubaan

serangan ke atas Negara Patani sejak tahun 1603.

 

v  Angkatan Tentera Siam dibawah pimpinan Praya Klahom telah berjaya mendarat kan

tenteranya, lalu berlakulah peperangan yang amat sengit didarat dan laut dengan diketuai sendiri

oleh Sultan Mohamad yang menduduki takhta selepas kemangkatan Sultan Emas Chayam dalam

tahun 17865. Dalam peperangan ini (1786) baginda Sultan telah mangkat syahid.

 

v  Serentak dengan kekalahan dan kejatuhan Kerajaan Melayu Patani ini, maka bermulalah

tindakan balas dendam yang bersifat pencabulan, kekejaman dan kezaliman terhadap rakyat

Melayu Patani.

Page 11: PERSEJARAHAN NEGARA PATANI KEBANGKITAN, · PDF fileKERAJAAN NEGARA MELAYU ISLAM PATANI DALAM BUANGAN . ... (Malaysia) , manakala di ... Keadaan ini telah menjadikan Negara Patani sebuah

P E R M U L A A N K UA S A T H A I L A N D K E A TA S N E G A R A PA TA N I :

v  Pada tahun berikutnya iaitu tahun 1787 Kerajaan Siam Ayutthaya telah meletakkan

Negara Patani di bawah kuasa pentadbiran Raja Nakhorn Sri Thammarat ( Legor) dan telah

melantik Tengku Lamidin seorang kerabat di Raja Patani sebagai raja boneka dengan

mengangkat sumpah untuk taat setia dan patuh kepada pemerintahan Kerajaan Ayutthaya serta

menghantar “ Bunga Ufti” sekali dalam masa 3 tahun sebagai tanda bersetuju bernaung di

bawahnya.

 

v  Sebagai tanda menunjukkan kuasanya, Kerajaan Thailand telah membuat beberapa

penyusunan semula wilayah-wilayah , maka daerah-daerah dalam wilayah Patani telah

dirombak . Daerah Tiba (Thepa), Chenak (Channak), Sanggora (Songkhla), Bedelung (Pathalung)

dikeluarkan dari wilayah Patani lalu diletakkan atau dimasukkan kedalam Wilayah Nakhorn

Sri Thammarat (Legor).

Page 12: PERSEJARAHAN NEGARA PATANI KEBANGKITAN, · PDF fileKERAJAAN NEGARA MELAYU ISLAM PATANI DALAM BUANGAN . ... (Malaysia) , manakala di ... Keadaan ini telah menjadikan Negara Patani sebuah

P E M B E R O N TA K A N 1 7 8 9 ; 1 8 0 8 ; & I M P L I K A S I N Y A

v  Pada tahun 1789 , Tengku Lamidin mengetuai gerakan pemberontakan bersama rakyat menentang kuasa-kuasa pentadbiran Kerajaan

Ayutthaya yang dipeturunkan kepada Raja Nahkorn Sri Thammarat. Pada peringkat awalnya, pemberontakan ini amat berjaya sehingga dapat

menguasai semula seluruh daerah Patani yang diserahkan kepada Raja Legor/ Nakhorn dan menguasai semula seluruh system pentadbiran dan

institusi Negara Patani. Setelah tiga tahun memerintah dan mempertahan kedaulatannya, Kerajaan Patani di bawah Sultan Lamidin telah

dikalahkan pada tahun 1791 dan Negara Patani sekali lagi jatuh ke tangan Kerajaan Siam Ayutthaya. Manakala Sultan Lamidin turut terbunuh

dalam peperangan.

 

v  Sebagai implikasi dari kekalahan Negara Patani kali ke 2 ini, Kerajaan Siam telah mengaplikasikan system Pesuruhjaya (Commissioner

System ) disamping seorang Raja/Sultan yang dilantik . Raja Datuk Pengkalan telah dilantik sebagai Sultan dalam era kedua kejatuhan Negara

Patani.. Dalam tahun yang sama , Daerah Songkhla telah naik taraf menjadi wilayah baru di luar Wilayah Patani dan Wilayah

Nakhorn Sri Thammarat serta berfungsi sebagai Pusat Pentadbiran baru kepada Kerajaan Siam.

v  Dalam tahun 1808, satu lagi pemberontakan menentang Kerajaan Ayutthya dan mengejutkan Pentadbiran Siam di Songkhla apabila Sultan

Datuk Pengkalan yang dilantik bangun bersama rakyatnya membebaskan semula Negara Patani dari penjajah Siam (Thai) dan dalam tahun

1810 mereka kecundang untuk kesekian kalinya. Akibat dari kekalahan ini, Sultan sendiri terbunuh manakala pembesar lain telah ditangkap dan

tawan, sesetengahnya berpindah membawa diri ke pendalaman atau berhijrah ke Negeri-negeri Melayu jirannya.

Page 13: PERSEJARAHAN NEGARA PATANI KEBANGKITAN, · PDF fileKERAJAAN NEGARA MELAYU ISLAM PATANI DALAM BUANGAN . ... (Malaysia) , manakala di ... Keadaan ini telah menjadikan Negara Patani sebuah

P E R L A K S A N A A N D A S A R P E C A H - P E C A H & P E R I N TA H :

v  Negara Patani telah dipecahkan kepada 14 wilayah kecil iaitu Pattani; Nongchik; Yala; Raman;

Yaring; Teluban dan Legeh, dengan melantik beberapa Raja-Raja memerintah wilayah-wilayah kecil ini

dengan diberi mentadbir dalam urusan adat istiadat dan hal-hal yang berkaitan dengan kebudayaan

sahaja. Raja-Raja ini ditentukan tempuh kedudukan mereka selama mana mereka patuh dan taat

kepada Kerajaan Thai.

v  Manakala 7 wilayah kecil yang lain diletak terus di bawah pemerintahan yang berpusat di

Songkhla. Seperti Narathiwat, Satun; dan Songkhla sendiri.

v  Tindakan begini dibuat dengan tujuan untuk melupuskan kedaulatan Raja-Raja dan merupakan

satu proses awal untuk menjadikan semua wilayah Negara Patani sebagai sebahagian dari kawasan

daerah kepunyaan Negara Thai

Page 14: PERSEJARAHAN NEGARA PATANI KEBANGKITAN, · PDF fileKERAJAAN NEGARA MELAYU ISLAM PATANI DALAM BUANGAN . ... (Malaysia) , manakala di ... Keadaan ini telah menjadikan Negara Patani sebuah

P E M B E R O N TA K A N TA H U N 1 8 3 2 :

v  Semua Raja-Raja di 7 wilayah yang dahulunya dipecah-pecahkan kembali bersatu menentang penjajah Thai .

Gerakan ini berjaya menguasai semula semua daerah dan wilayah dan terus mara sehingga hampir ke pusat

pentadbiran Siam di Songkhla. Kekurangan kelengkapan senjata api dan masalah logistik merupakan penyebab utama

kegagalan mereka dalam setiap peperangan yang mereka hadapi. Orang-orang Patani telah dikalahkan dengan teruk

apabila bantuan 4 ketumbukan tentera dari Bangkok tiba di pelabuhan Songkhla dengan peralatan senjata yang lebih

baik seperti senapang dan meriam. Kekalahan kali ini merupakan peperangan terakhir yang dipelopori oleh Raja-raja

Melayu Patani, manakala Kerajaan Siam secara berterusan memperketatkan penguasaannya ke atas Negara Patani.

   1. Raja Wilayah Pattani dinamakan Praya Wichit Pakdi, 2. Raja Wilayah Nngchik “ Praya Phichar Phibul 3. Raja Wilayah Teluban “ Praya Ratna Pakdi 4. Raja Wilayah Yala “ Praya Narongrit Pakdi 5. Raja Wilayah Legeh “ Praya Pupa Pakdi 6. Raja Wilayah Yaring “ Praya Pipit Pakdi

7. Raja Wilayah Raman “

Page 15: PERSEJARAHAN NEGARA PATANI KEBANGKITAN, · PDF fileKERAJAAN NEGARA MELAYU ISLAM PATANI DALAM BUANGAN . ... (Malaysia) , manakala di ... Keadaan ini telah menjadikan Negara Patani sebuah

L A N G K A H P E N G H A P U S A N R A J A - R A J A M E L A Y U PA TA N I 1 9 0 2 :

v  Sultan Sulaiman Shariffaddin Patani telah mangkat dalam tahun 1899, Tengku Abdul Qadir Qamaruddin telah

ditabalkan sebagai Sultan Patani, yang mana baginda merupakan sultan terakhir di Patani.

v  1902 menjadi tahun perlaksanaan untuk menghapuskan keseluruhan hak yang masih tinggal kepada Raja-Raja

Melayu

v  Pihak Thai telah menyatukan semula ketujuh-tujuh negeri kecil Patani dan diletakkan di bawah satu pemerintahan

pusat yang dipanggil “Bariwen”. Perlantikan seorang Pesuruhjaya Thai untuk mengepalai pentadbiran baru di situ, tetapi

masih diletakkan di bawah pengurusan dan penguasaan Pesuruhjaya Tinggi Siam yang berpejabat di Sanggora

(Songkhla).

v  Bangkok telah menghantar seorang pegawai kanannya ke Patani untuk memujuk atau jika perlu memaksa Raja-

Raja berkenaan untuk melepaskan semua hak dan kuasa kepada Raja Thai. Sebagai balasan, Raja-Raja itu serta

keluarganya dijanjikan pampasan dan wang persaraan untuk sepanjang hayat, dengan syarat perbendaharaan dan

kewangan negeri-negeri berkenaan diserahkan kepada Raja Siam.

Page 16: PERSEJARAHAN NEGARA PATANI KEBANGKITAN, · PDF fileKERAJAAN NEGARA MELAYU ISLAM PATANI DALAM BUANGAN . ... (Malaysia) , manakala di ... Keadaan ini telah menjadikan Negara Patani sebuah

Pada tahun 1899, Raja Patani Sultan Abdul Qadir Qamaruddin menaiki takhta negeri Pattani selepas kemangkatan ayahandanya Sultan Sulaiman Sharifaddin. Sultan Qamaruddin sama sekali tidak dapat menerima semua saranan dan syarat yang dikemukakan oleh pihak Raja Siam. Baginda dapat merasakan segala tipudaya dan helah serta niat jahat penjajah Siam untuk melenyapkan segala saki baki kedaulatan dan hak serta kuasa Raja-Raja Melayu dan bertujuan menipu orang-orang Melayu dan menelan negeri-negeri Melayu pada akhirnya.   Sultan Qamaruddin telah membuat bantahan dan menuduh Thailand untuk :   1.  cuba menghapus segala bentuk tradisi Melayu dan Islam yang berhubung kait dengan

undang-undang Syariah, keadilan, jenayah, muamalat, pembahagian harta pusaka dan lain-lain.

2.  cuba memperkenal dan mengamalkan pengajaran agama Buddha kepada umat Melayu Islam Patani.

3.  membatalkan hukuman ke atas orang-orang Islam yang hadir menunaikan solat Jumaat. 4.  membiarkan perlakuan jenayah seks orang- orang Siam terhadap perempuan Islam . 5.  perlantikan Pesuruhjaya Siam ke Patani bertujuan untuk melaksanakan kutipan cukai

secara paksa kepada rakyat. 6.  campurtangan Pesuruhjaya Siam dalam urusan pungutan cukai pintu atau kepala yang

dibuat untuk tujuan menghantar Bunga Ufti ke Bangkok. 7.  Pesuruhjaya Siam telah mengenakan cukai garam secara paksa.