islam patani

27
MUKADIMAH Pertembungan budaya dan agama antara kelompok yang berbeza kadang kala menjadikan manusia amat sukar untuk mencari kesepakatan. Justeru itu, konflik yang berlaku di wilayah Selatan Thailand atau konflik Patani hari ini sudah lama berlaku iaitu sejak tahun 1786 1 lagi apabila wilayah kesultanan Melayu Patani telah dikuasai oleh kerajaan Siam. 2 Konflik ini selalu berlaku di wilayah Narathiwat, Yala, Patani dan Satun yang mana majoritinya didiami oleh orang Melayu beragama Islam. Sebelum membentuk kerajaan Melayu Patani, negeri ini merupakan sebahagian daripada kerajaan Langkasuka yang terbentuk pada awal tahun masehi. 3 Menurut sejarah, wilayah-wilayah ini merupakan kawasan dibawah pemerintahan Kesultanan Melayu Patani tetapi telah ditakluki oleh kerajaan Siam dan dipecahkan kepada 7 1 Merupakan tarikh terakhir kejatuhan Kesultanan Melayu Patani yang ketika itu diperintah oleh Sultan Muhamad. Kerajaan Siam dibawah pemerintahan Phraya Chakri memerintah puteranya iaitu Putera Surasi dengan bantuan Phraya Senaphutan, Gabenor Pattalung, Palatcaa dan Songhkla menyerang Patani setelah keengganan Sultan Muhamad memberi bantuan tentera kepada Siam untuk menyerang Burma setelah berjaya menguasai Ayutthaya. Ekoran daripada itu, tercetusnya konflik sehingga membawa kepada penaklukan kerajaan Siam ke atas Patani. Penaklukan ini merupakan kesinambungan dasar-dasar yang berbaur pemaksaan ke arah asimilasi. 2 Ibrahim, Syukri. 2002. Sejarah Kerajaan Melayu Patani . Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia. Hlm.74 3 Nik Anuar Nik Mahmad. 2006. Sejarah Perjuangan Melayu Patani 1785-1954. Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia. hlm. 15. 1

Upload: balqis-comel

Post on 01-Jan-2016

99 views

Category:

Documents


5 download

DESCRIPTION

islam

TRANSCRIPT

Page 1: islam patani

MUKADIMAH

Pertembungan budaya dan agama antara kelompok yang berbeza kadang kala menjadikan

manusia amat sukar untuk mencari kesepakatan. Justeru itu, konflik yang berlaku di wilayah

Selatan Thailand atau konflik Patani hari ini sudah lama berlaku iaitu sejak tahun 17861 lagi

apabila wilayah kesultanan Melayu Patani telah dikuasai oleh kerajaan Siam.2 Konflik ini selalu

berlaku di wilayah Narathiwat, Yala, Patani dan Satun yang mana majoritinya didiami oleh

orang Melayu beragama Islam.

Sebelum membentuk kerajaan Melayu Patani, negeri ini merupakan sebahagian daripada

kerajaan Langkasuka yang terbentuk pada awal tahun masehi.3 Menurut sejarah, wilayah-wilayah

ini merupakan kawasan dibawah pemerintahan Kesultanan Melayu Patani tetapi telah ditakluki

oleh kerajaan Siam dan dipecahkan kepada 7 wilayah dan kini ia dicantum semula menjadi

empat wilayah.4 Umat Islam Patani bangkit memberontak untuk mendapatkan kembali negeri

Patani Darul Salam5 dari kerajaan Siam setelah sekian lama dijajah. Patani, Narathiwat, Yala dan

Satun merupakan sebahagian daripada 17 wilayah atau Changwat yang terdapat di Selatan

Thailand. Populasi kepadatan penduduknya ialah 12% daripada rakyat Thailand. Jumlah

penduduk seramai 1.3 juta adalah berbangsa Melayu dan beragama Islam dan 360,000 orang

adalah berbangsa Siam dan Cina yang beragama Buddha. Jika dibandingkan kadar peratus

1 Merupakan tarikh terakhir kejatuhan Kesultanan Melayu Patani yang ketika itu diperintah oleh Sultan Muhamad. Kerajaan Siam dibawah pemerintahan Phraya Chakri memerintah puteranya iaitu Putera Surasi dengan bantuan Phraya Senaphutan, Gabenor Pattalung, Palatcaa dan Songhkla menyerang Patani setelah keengganan Sultan Muhamad memberi bantuan tentera kepada Siam untuk menyerang Burma setelah berjaya menguasai Ayutthaya. Ekoran daripada itu, tercetusnya konflik sehingga membawa kepada penaklukan kerajaan Siam ke atas Patani. Penaklukan ini merupakan kesinambungan dasar-dasar yang berbaur pemaksaan ke arah asimilasi.2 Ibrahim, Syukri. 2002. Sejarah Kerajaan Melayu Patani. Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia. Hlm.743 Nik Anuar Nik Mahmad. 2006. Sejarah Perjuangan Melayu Patani 1785-1954. Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia. hlm. 15.4 Ibrahim, Syukri. 2002. Sejarah Kerajaan Melayu Patani. Hlm.745 Wilayah-wilayah yang telibat terdiri daripada wilayah Narathiwat, Yala, Patani dan sebahagian daripada Senggora (Songkhla). Manakala Satun pula sebahagian daripada negeri Kedah.

1

Page 2: islam patani

jumlah keseluruhan rakyat Thailand, orang Melayu di Selatan Thailand berjumlah 4 peratus.6

Melihat kepada jumlah kepadatan penduduk di empat wilayah Selatan Thailand, terbukti orang

Melayu merupakan penduduk yang majoriti. Mereka kebanyakannya tinggal di wilayah Patani,

Yala, Narathiwat dan Satun.7 Namun setelah dikuasai oleh kerajaan Thailand, penduduk Patani

dan wilayah-wilayah sekitarnya menjadi minoriti kerana sebahagian besarnya penduduk

Thailand beragama Buddha.8 Setelah penguasaan ini, Patani telah menjadi tanah jajahan kerajaan

Siam yang berpusat di Bangkok. Pelbagai dasar dan pendekatan penjajahan telah dilaksanakan di

Patani. Dasar-dasar ini berbentuk tekanan dan pemaksaan ke atas orang Melayu Patani bagi

memastikan rakyat Patani tidak bangkit dan merampas kembali kuasa mereka dari penaklukan

Siam. Kesan daripada dasar-dasar ini, orang Patani mengalami transformasi destruktif dalam

semua aspek kehidupan mereka termasuk politik, ekonomi, pendidikan, sosial, budaya dan

identiti.

DASAR-DASAR KERAJAAN THAILAND

Pada 23 Disember 1894, kerajaan Siam telah memperkenalkan satu dasar Thesaphiban di

Patani.9 Dasar ini diperkenalkan oleh Raja Chulalongkhorn atau Rama V yang juga dikenali

sebagai integrasi kebangsaan.10 Pelaksanaan dasar ini melalui penyusunan semula sistem

pentadbiran di Patani dengan memecahkan negeri Patani kepada tujuh wilayah dan melantik

6 Weiss, L.M. (2004) Subcommittee on Asia and the Pacific House International Relation Committee, [Online]. [Akses 18 November 2013] Boleh diperolehi melalui Laman Layar: http://wwwc.house.gov/international_relations/108/wei071404.htm 7 Suria, S.M. 1990. De-Radicalization of Minority Dissent: A Case Study of the Malay-Muslim Movement in Southern Thailand, 1980 – 1994. Philippines: Quezon City 1101. hlm. 118.8 Wan Kamal Mujani. 2002. Minoritas Muslim: Cabaran dan Harapan Menjelang abad ke-21. Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia. Hlm. 34.9 Mohd Zamberi, A.M. 1993. Umat Islam Patani; Sejarah dan Politik. Shah Alam: Hizbi. Hlm. 130-131.10 Yaacob, C.M.A. 2009. Konflik Pemisah di Selatan Thailand: Isu, Aktor dan Penyelesaian. Tesis M.A.. Universiti Sains Malaysia. hlm. 13.

2

Page 3: islam patani

seorang Pesuruhjaya Siam selaku ketua pentadbiran.11 Thesaphiban merupakan dasar untuk

menghapuskan autonomi dan kekuasaan Raja-raja Melayu ke atas Patani. Kedaulatan Raja-raja

Melayu dihapuskan dan bidang kuasa mereka juga terbatas. Mereka ini boleh dianggap sebagai

‘Raja Patung’ yang memerintah di balik telunjuk dan arahan Pesuruhjaya Siam di Songkhla.12

Keadaan ini menyebabkan Raja-raja Patani telah memberontak menentang perlaksanaan dasar

tersebut. Pemberontakan yang berterusan menyebabkan penahanan Tengku Abdul Kadir

Kamarudin iaitu sultan Patani terakhir pada tahun 1902 serta pemansuhan jawatannya.13

Pemerintahan bagi negeri Patani telah diganti oleh wakil pentadbiran kerajaan Siam yang

berpusat di Bangkok.

Rama VI pula mewajibkan tiga perkara iaitu “Tuhan, raja dan negara” sebagai simbol

ketaatan masyarakat Thailand kepada kerajaannya.14 Dasar ini sememangnya bercanggah dengan

ajaran Islam khususnya yang dianuti oleh umat Islam Patani. Justeru itu, masyarakat Patani

menentang dasar tersebut. Di samping itu, penubuhan Akta Pendidikan 1921 telah

memperlihatkan pembelajaran bahasa Thai kepada anak-anak orang Melayu.15 Ia bertujuan

menyebarkan penggunaan bahasa Thai kepada murid dan secara tidak langsung mengelak

daripada mempelajari bahasa Melayu yang menjadi bahasa ibunda mereka sendiri. Orang Islam

menganggap undang-undang ini sebagai sebahagian program mengsiamkan orang Patani dan

menghapuskan agama serta budaya mereka. Kesan daripada penguatkuasaan pendidikan Thai ini

telah menyebabkan berlaku beberapa pemberontakan di Patani antara tahun 1922 dan 1923.16

11 Ibid.12 Al-Fatani. 1994. Pengantar Sejarah Patani. Alor Setar: Pustaka Darul Salam. Hlm.67.13 Ibid.14 Che Mohd Aziz Yaacob. July 2012. “Asimilasi Bangsa Melayu di Patani: Keberkesanan Dasar dan Surviv al Budaya Minoriti” dlm JEBAT : Malaysia Journal of History, Politics & Strategic Studies, Vol.39(1). Universiti Sains Malaysa. Hlm.10715 Ibid.16 Farid Mat Zain dan Zulkarnain Mohamed. (2008). Muslim Selatan Thailand: Konflik dan Perjuangan. Selangor: Karisma Publications Sdn. Bhd. hlm. 8.

3

Page 4: islam patani

Melalui pendidikan ini, sedikit sebanyak kerajaan Thailand dapat menyerapkan unsur-unsur

Thailand ke dalam masyarakat Islam Patani. Keadaan ini telah menampakkan penentangan orang

Melayu secara terbuka bagi mengekalkan budaya dan identiti mereka terbela.

Penduduk Patani semakin tertekan apabila dasar Rathaniyom diperkenalkan oleh Jeneral

Plaek Phibul Songkhram.17 Dasar ini memaksa penduduk Patani mengubah kebudayaan dan cara

hidup masyarakat Patani yang selama ini mengikut tatacara Melayu dan Islam. Arahan berbentuk

dikri telah dikeluarkan untuk memaksa semua rakyat untuk bersatu mencapai konsep satu negara

satu bangsa iaitu ‘Negara Thai untuk Bangsa Thai’. Bagi memperkukuhkan arahan ini, pada

tahun 1940 satu dewan budaya Thai dikenali Sepa Watana Tam ditubuhkan.18 Antara tugasan

yang dijalankan ialah memajukan serta menyebarluaskan kefahaman kebudayaan Thai ke seluruh

negara. Melalui dasar ini, orang Melayu di Patani tidak dibenarkan memakai pakaian tradisional

seperti bersongkok, berkain pelikat, berjubah, berbaju kurung, bertudung dan sebagainya lagi.

Sebaliknya mereka dipaksa memakai seluar, bertopi, dan berbaju gaun bagi wanita. Mereka juga

tidak boleh bertutur dalam bahasa Melayu, manakala nama-nama tempat dan individu di tiga

wilayah juga turut ditukar ke dalam bahasa Thai. Dari segi tatacara hidup, mereka dipaksa makan

menggunakan sudu dan garfu serta meja sebagai pengalas.19 Namun apa yang lebih menjadikan

umat Islam Patani tidak dapat menerima dasar dan peraturan ini adalah orang Islam turut dipaksa

menyembah patung Buddha dan jika mereka enggan akan dihukum berat. Di samping itu, segala

kelonggaran yang berkaitan dengan peraturan syariat Islam yang berhubung hukum nikah cerai

17 Field Marshall Phibun Songkram dilantik menjadi Perdana Menteri buat kali pertama pada 16 Disember 1938 hingga 6 Mac 1944. Kemudian beliau dilantik untuk kali kedua dari 8 April 1948 hingga 16 setember 1957. Sumber dari Sekretariat Perdana Menteri, Rumah Kerajaan Thailand, menerusi laman web Kedutaan Di-Raja Thailand, Washington, Amerika Syarikat, http://www.thaiembdc.org [Akses 18 November 2013].18 Che Mohd Aziz Yaacob. “Asimilasi Bangsa Melayu di Patani: Keberkesanan Dasar dan Surviv al Budaya Minoriti” dlm JEBAT : Malaysia Journal of History, Politics & Strategic Studies, Vol.39(1). Universiti Sains Malaysa. July 2012. Hlm.10819 Nik Anuar Nik Mahmud. 2006. Sejarah Perjuangan Melayu Patani 1785- 1954. hlm. 51.

4

Page 5: islam patani

dan wasiat telah ditarik balik dan dipindahkan kepada mahkamah sivil yang diadili oleh hakim-

hakim berbangsa Thai-Buddha.20

Pada tahun 1957 Jeneral Sarit Thanarat telah menggunakan sistem pendidikan sebagai

medium untuk menerapkan nilai-nilai Thai-Buddha dalam pengamalan agama Islam. Sistem

kurikulum yang diajar di sekolah-sekolah pondok diperbaharui dengan memasukkan pengajaran

bahasa Thai-Buddha.21 Beliau telah menetapkan syarat bahawa setiap sekolah pondok yang

menerima guru-guru bahasa Thai akan mendapat bantuan kewangan daripada kerajaan. Selain

daripada itu, dan beliau turut mempelawa pengetua-pengetua sekolah pondok untuk melawat

sekolah-sekolah di Bangkok yang telah melaksanakan sistem integrasi pendidikan ini. Beliau

percaya bahawa kewujudan gerakan pemisah adalah berpunca dari kewujudan sekolah-sekolah

pondok ini.22 Oleh itu, dengan perubahan dalam bidang kurikulum di sekolah pondok, sekurang-

kurangnya dapat menerapkan kebudayaan dan ciri-ciri Thai di dalam masyarakat Islam Patani.

Di samping itu, Sarit Thanarat juga telah mengarahkan sesiapa yang tidak menyokong dasar-

dasar kerajaan walau dalam keadaan mana sekali pun akan dipisahkan daripada majoriti

masyarakat Thai.23 Kesannya, ia telah meningkatkan jurang perkauman antara bangsa Melayu

dengan Thai, agama Islam dan Buddha.24

Dasar yang diperkenalkan dikenali sebagai Skim Nikhom Sang Kon Eng yang membawa

maksud ‘Rancangan Keluarga Setia’.25 Dasar ini membenarkan pemindahan seramai 15,000

orang keluarga Thai-Buddha dari wilayah-wilayah di bahagian utara, timur dan barat negara Thai

20 Nik Anuar Nik Mahmud. 2006. Sejarah Perjuangan Melayu Patani 1785- 1954. hlm. 51.21 McCargo, D. 2009. Tearing apart the land: Islam and legitimacy in southern Thailand. Singapore: NUS Press. Hlm.922 Nik Anuar Nik Mahmud. 2006. Sejarah Perjuangan Melayu Patani 1785- 1954. hlm. 5123 Chidchanok, R. 2001. Peace resolution; a case study of separatism and terrorist movement in southerm border provinces of Thailand. [Akses 18 November 2013] dalam http:://www.geocities.com/bluesing2001/media/peaceresolution.htm. 24 Mohd Zamberi A. Malek. 1993. Umat Islam Patani:Sejarah dan Politik. Shah Alam: Hizbi. Hlm. 231.25 Ibid. Hlm. 232.

5

Page 6: islam patani

ke wilayah-wilayah selatan Thai. Melalui dasar ini, orang-orang tempatan digalakkan untuk

keluar berhijrah ke wilayah-wilayah lain. Tujuannya ialah menempatkan seramai 250,000

keluarga dalam 7 skim Nikhom yang terdapat di tiga wilayah.26 Kawasan penempatan ini telah

disediakan pelbagai kemudahan infrastruktur dan rumah atas alasan untuk membangunkan

ekonomi dan sumber pendapatan orang tempatan.27 Hakikatnya ia merupakan salah satu

rancangan kerajaan Thailand untuk mengurangkan jumlah majoriti UIP di wilayah Selatan

Thailand di samping dapat mengurangkan penentangan UIP dan juga jurang budaya dengan

pencampuran pelbagai budaya ini.

Pelaksanaan dasar yang diperkenalkan oleh kerajaan Thai ini secara jelas telah menafikan

hak orang Melayu di Patani untuk mengamalkan budaya dan identiti mereka. Proses asimilasi

yang mereka hadapi cukup hebat sehinggalah membawa kepada penentangan dalam kalangan

pemerintah dan gologan ulama.

PENENTANGAN UMAT ISLAM PATANI

Golongan Istana

Pada peringkat awal konflik, penentangan kebanyakannya diketuai oleh kelompok istana.

Mereka berjuang untuk mengembalikan semula takhta pemerintahan sultan yang dikuasai oleh

kerajaan Siam. Malangnya, usaha yang dijalankan itu tidak berjaya apabila kerajaan Thailand

memansuhkan jawatan sultan Melayu pada tahun 1902. Hal ini dapat dilihat menerusi Tengku

Abdul Kadir memangku jawatan sebagai Raja Patani sejak kemangkatan Tengku Sulaiman

Syarifuddin, kerajaan Siam telah mengesahkan jawatan baginda secara rasmi sebagai pemerintah

di Patani. Sungguhpun baginda telah diakui sebagai Raja Patani tetapi keadaan ini tidak

26 Ibid.27 Ibid.

6

Page 7: islam patani

menyekat Pesuruhjaya Siam dan pegawai-pegawainya daripada campur tangan dalam urusan

pentadbiran negeri Patani. Keadaan ini menjejaskan kedaulatan dan kewibawaannya sebagai

Raja Patani serta menimbulkan masalah kepada penduduk-penduduk negeri itu.Tengku Abdul

Kadir telah meminta bantuan daripada British di Singapura untuk membetulkan keadaan.

Namun, usaha ini juga menemui jalan buntu apabila pihak British tidak mengambil sebarang

tindakan demi menjaga kepentingan pihaknya. Oleh itu, Tengku Abdul Kadir telah mengadakan

mesyuarat dengan raja-raja Melayu lain di Istana Cabang Tiga bagi membincangkan langkah

yang harus diambil untuk mempertahankan identiti mereka.

Melalui persetujuan secara bersama, mereka telah merancang untuk melakukan

pemberontakan pada akhir bulan Oktober 1901 selepas bekalan senjata dan peluru tiba dari

Singapura.28 Baginda juga telah meminta R. W. Duff (bekas ketua polis Negeri-Negeri Selat)

untuk membantunya merancang pemberontakan tersebut. Namun, usaha ini juga membuahkan

kegagalan apabila Duff tidak bersetuju dengan rancangan Tengku Abdul Kadir untuk

menyelesaikan masalah ini secara kekerasan. Oleh itu, memandangkan tindakan kerajaan yang

makin ketat dalam mengawal kedudukan negeri-negeri di bawah Patani, Raja-raja Melayu di

bawah pimpinan Tengku Abdul Kadir dilihat semakin kuat melaksanakan penentangan.

Pada awal Januari 1902, Tengku Abdul Kadir sekali lagi telah menghantar surat kepada

Swettenham meminta supaya pihaknya campur tangan bagi mengatasi masalah di Patani.29[7]

Melalui surat tersebut juga, baginda memberi amaran sekiranya pihak British enggan untuk

campur tangan, maka, rakyat Patani terpaksa bangkit menentang Siam dan jika perlu mereka

tidak teragak-agak untuk meminta pertolongan dari kuasa Eropah yang lain.30[8] Namun, amaran

yang diberi oleh Tengku Abdul Kadir telah memberi kesan buruk kepada perjuangan dan 28 Nik Anuar Nik Mahmud. 2006. Sejarah Perjuangan Melayu Patani 1785-1954. hlm. 32.29 Ahmad Omar Chapakia. 2000. Politik Thai dan Masyarakat Islam di Selatan Thailand. Selangor: Pustaka Darul Salam. hlm. 69.30 Ibid.

7

Page 8: islam patani

kehidupan baginda. Pada hari Jumaat 21 Februari 1902 Tengku Abdul Kadir dan Raja-raja lain

yang dianggap menentang telah ditangkap dan dibawa ke Songkhla dan terus ke Pitsanulok

untuk dipenjarakan. Pada 6 Mac 1902, secara rasminya jawatan baginda sebagai Raja Patani

telah dilucutkan.31 Mohd Zamberi A. Malek (1993: Bermula dari tarikh itu, Patani tiada lagi

sultan dan diganti oleh jawatan Gabenor untuk mentadbir wilayah majoriti orang Melayu.

Walaupun jawatan sultan sudah dimansuhkan namun pemberontakan tetap diteruskan.

Golongan Agama

Peringkat kedua pemberontakan kebanyakannya diketuai oleh golongan agama.

Pemberontakan ini adalah reaksi kepada dasar kerajaan Thailand yang cuba mencabuli kesucian

agama Islam yang diamalkan oleh orang Melayu. Reaksi mereka ini bertujuan untuk

mempertahankan kesucian agama Islam apabila kerajaan Thailand cuba menghapuskan hukum

syariat dan digantikan dengan hukum sivil. Haji Sulong bin Abdul Kadir32, seorang ulama

terulung di Patani yang paling banyak berjuang untuk masyarakat Islam di Patani sejak Perang

Dunia Kedua lagi.33 Beliau juga telah menubuhkan persatuan di kalangan orang Melayu yang

dikenali sebagai al-Hai’ah al-Tanfiziah li al-Ahkam al-Shar’iyyah atau Lembaga Pelaksana

Hukum Syariah.34 Pertubuhan ini bertujuan untuk mengumpul alim ulama dan guru agama di

31 Mohd Zamberi, A.M. 1993. Umat Islam Patani; Sejarah dan Politik. Shah Alam: Hizbi. Hlm. 161.32 Haji Sulong Al- Fatani atau lebih dikenali sebagai Haji Muhammad Sulom telah dilahirkan pada tahun 1985 di Kampung Anak Ru, Patani. Nama sebenar beliau ialah Haji Sulong bin Haji Abdul Kadir bin Muhammad bin Haji Zainal Abidin bin Ahmad Alias Muhammad Al- Fatani.Beliau telah menerima pendidikan awal di rumahnya sendiri iaitu pelajaran membaca Al-Quran. Beliau telah diajar oleh ayahnya sendiri iaitu Haji Abdul Kadir.Sewaktu berumur lapan tahun, beliau telah belajar di Pondok Haji Abdul Rashid, Kampung Bandar, Sungai Pandan, Patani. Semasa berumur 12 tahun pula, iaitu selepas kematian ibunya iaitu Che Aminah, beliau telah belajar di Mekah. Setelah 17 tahun berada di Mekah, pada 1924 beliau telah pulang semula ke Patani bersama isterinya Hajah Khadijah Binti Haji Ibrahim.Semasa kepulangannya pada tahun 1924, Patani telah mengalami pergolakkan dan terdapat beberapa siri penentangan terhadap Siam telah dilakukan. Jadi, beliau terpaksa menunda rancangannya untuk kembali ke Mekah semula.Pada tahun yang sama beliau telah menubuhkan Madrasah al-Ma’arif al-Wataniah yang dikatakan sebagai sekolah agama pertama di Patani.33 Abdul Halim Bashah. 1994. Raja Champa Dinasti Jembol dalam Patani Besar. Kelantan:Pustaka Reka. Hlm. 46.34 Tajuddin Saman dan Ab. Manaf Haji Ahmad. 2006. Tokoh-Tokoh Agama dan Kemerdekaan di Alam Melayu. Malaysia: Yayasan Dakyah Islamiah. hlm. 98

8

Page 9: islam patani

Patani untuk bersatu dan bertukar-tukar fikiran bagi menghadapi dasar Rathaniyom yang

mengasimilasi identiti dan budaya mereka. Melalui pertubuhan ini, Haji Sulong berjaya

mengemukakan tujuh tuntutan kepada kerajaan Thailand untuk memastikan kestabilan di tiga

wilayah. Tujuh tuntutan ini adalah seperti berikut:

i. Menggesa Kerajaan Thailand melantik seorang anak tempatan yang dipilih oleh

rakyat setempat dan mempunyai kuasa penuh dalam pentadbiran wilayah-wilayah

Islam Patani, Yala, Narathiwat dan Satun.

ii. Cukai dan hasil pendapatan daripada keempat-empat wilayah berkenaan mestilah

dilaburkan untuk projek pembangunan setempat.

iii. Mengadakan pelajaran bahasa Melayu di peringkat sekolah rendah sehingga

darjah VI sebelum mempelajari bahasa Thai.

iv. Pegawai-pegawai kerajaan yang mentadbir keempat-empat wilayah Islam

mestilah terdiri dari 80% orang Melayu-Islam peranakan tempatan.

v. Bahasa Melayu dan bahasa Thai dijadikan bahasa rasmi.

vi. Penubuhan Majlis Agama Islam Wilayah yang berkuasa penuh menyelaras hukum

Islam bersabit dengan syarak dan kebudayaan di keempat-empat wilayah dengan

persetujuan dari ketua dalam syarat 1.

vii. Kerajaan Thailand mestilah mengasingkan Mahkamah Syariah dengan Mahkamah

Wilayah Kerajaan serta memberi kuasa kepada Qhadi membicarakan sesuatu

kesalahan di Mahkamah Syariah35

Tindakan- tindakan yang dilakukan oleh Haji Sulong telah menimbulkan reaksi negatif

dari para pegawai Thai di Patani. Hal ini bermula dengan laporan Barbara Whittingham-Jones

35 Mohd Zamberi A. Malek. 1993. Umat Islam Patani: sejarah dan politik. Hlm. 197-198

9

Page 10: islam patani

dalam mendedahkan masalah Patani kepada masyarakat antarabangsa sehinggalah beliau berjaya

menyatupadukan kepimpinan masyarakat Melayu Patani.36[10] Bagi menyelamatkan keadaan

para pegawai Thai telah mendesak Gabenor Patani mengeluarkan surat penangkapan kepada Haji

Sulong. Kesan perjuangannya ini, beliau dituduh menderhaka kepada negara dan telah ditangkap

oleh pemerintah pada 16 Januari 1948 kerana polis telah menemukan salinan surat yang

dialamatkan kepada Tengku Mahmud Mahyideen sebagai bukti.37 Selepas perbicaraan,

mahkamah memutuskan bahawa Haji Sulong dikenakan hukuman penjara tiga tahun. Tuntutan

supaya Bahasa Melayu sebagai bahasa perantaraan dalam urusan kerajaan, mengadakan Kadhi di

Mahkamah Syariah dan jurubahasa di setiap jabatan kerajaan adalah punca beliau dianggap

menentang pemerintah Siam. Selepas 4 tahun, Haji Sulong dan rakan-rakannya dikatakan telah

dibebaskan. Namun terdapat konspirasi untuk membunuh beliau dan rakan-rakan. Hal ini dapat

dilihat apabila beliau tidak pulang ke rumah setelah dibebaskan. Haji Sulong dan rakan-rakannya

dikatakan ditangkap dan dibunuh, seterusnya dibuang ke laut Senggoro berdekatan dengan Pulau

Tikus.38 Pihak Kementerian Dalam Negeri mengeluarkan kenyataan supaya menutup kes ini

dengan dakwaan menyatakan Haji Sulong dan rakan- rakannya melarikan diri ke luar negara.

Menyertai Misi Ketenteraan British

36 Ibid. Hlm.198.37 Abdul Halim Bashah. 1994. Raja Champa Dinasti Jembol dalam Patani Besar. Hlm. 75.38 Ismail Che Daud. 1988. Tokoh-tokoh Ulama Semenanjung Melayu. Kelantan: Majlis Ugama Islam Kelantan. Hlm. 355-357.

10

Page 11: islam patani

Tengku Mahmud Mahyyideen39 merupakan Tentera Sukarela negeri Kelantan (Kelantan

Volunteer Force).40 Namun, kemaraan Jepun menyebabkan tentera ini terpaksa berundur ke

Singapura dengan British. Kemudian ke India dengan menaiki kapal S.S.Kuala. Di India, beliau

telah ditugaskan di bahagian Propaganda dan Pengambilan di Kementerian Penerangan, New

Delhi. Di sana beliau bertugas sebagai All-India Radio. Beliau terkenal sebagai “Harimau

Malaya” dan “Raja Mopeng”. Di India juga beliau telah menubuhkan Force 136 cawangan

Melayu. Seruan beliau untuk berjuang dengan Force 136 dan MPU (Malayan Planning Unit)

yang bertanggungjawab membuat rancangan untuk menubuhkan gerakan terhadap Tanah

Melayu bagi menentang Jepun.

Tengku Mahmud Mahyyideen sentiasa menyedari bahawa British juga penjajah sama

seperti Jepun tetapi Jepun bertindak zalim terhadap penduduk Tanah Melayu. Beliau juga

bukanlah bertujuan membantu penjajah British kembali bertapak dengan kukuhnya di Tanah

Melayu.41 Namun, beliau mempunyai rancangan masa depan yang tersendiri dalam perjuangan di

wilayah-wilayah Patani di Selatan Siam. Menurut cadangan awal sekiranya ‘Operasi Zipper’

dapat dilancarkan sebagaimana dirancangkan beliau sudah boleh menubuhkan pasukan anti-

Jepun dan anti-Siam dalam cawangan Force 136 di Patani yang berada di bawah pimpinan

Tengku Abdul Kadir Petra yang akan mula bertindak.42 Dalam Operasi Zipper, kawasan utara

Tanah Melayu termasuk Patani akan menjadi sasaran tentera Berikat dan ini akan mengakibatkan

Selatan Siam berada dalam kuasa British. Apabila hal itu terjadi Tengku Mahmud Mahyyideen

39 Tengku Mahmud Mahyyideen merupakan anak bongsu Raja Patani yang terakhir iaitu Tengku Abdul Kadir Kamarudeen (1908-1954). Tengku Mahmud merupakan anak daripada isteri ketiga Tengku Abdul Kadir Kamarudeen iaitu Cik Maimunah yang berasal daripada Kelantan. Tengku Mahmud merupakan seorang pelajar yang cemerlang dan menerima tawaran biasiswa untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang perubatan namun ditolaknya, jika tidak, beliau merupakan anak Melayu pertama yang menjadi doktor. Pada 5 Ogos 1933, Tengku telah dilantik menjadi Nazir Sekolah Melayu Kelantan dan kemudian pada 1938 menjadi Penguasa Pelajaran Kelantan.40 Nik Anuar Nik Mahmud. 2006. Sejarah Perjuangan Melayu Patani 1785-1954. hlm. 56.41 Ibid. Hlm.2642 Ibid.

11

Page 12: islam patani

akan meminta Liga Bangsa-Bangsa Bersatu untuk membebaskan Patani daripada Siam.

Tambahan pula, British memusuhi Siam yang bekerjasama dengan Jepun. Malangnya, Perjanjian

Perdamaian Inggeris-Siam telah ditandatangani pada 1 Januari 1946 telah melupakan amarah

British terhadap Jepun. Tuntutan dan cadangan Tengku Mahmud Mahyyideen tidak dilayan oleh

British atas alasan ingin menjaga hubungan dengan Siam.

Beliau sangat kecewa dengan keputusan British dan telah bertekad mengatur langkah

politik. Semasa kerajaan British sedang berunding dengan Siam di Kandy, Sri Lanka, Tengku

Mahmud Mahyyideen menghubungi Tengku Kadir Petra, Tengku Abd Jalal dan beberapa

pemimpin untuk mengemukakan bantahan kepada kerajaan British di Tanah Melayu. Pada 1

November 1945, rayuan dan bantahan dikirim kepada Perdana Menteri British agar membantu

beliau melepaskan keempat-empat wilyah Melayu-Islam di selatan Siam daripada belenggu

penjajah dan disatukan dengan Tanah Melayu. Salinan surat turut dihantar kepada Pegawai

Tertinggi Angkatan Tentera Berikat dan Pegawai Kanan Hal-Ehwal British. Tengku Mahmud

Mahyyideen menerima hampir setiap hari surat rayuan dan pengaduan daripada rakyat Patani

tentang layanan buruk oleh pegawai Siam ke atas mereka.43

Berikutan meletusnya Perang Dunia Kedua, Tengku Mahmud Mahyideen menawarkan

diri berkhidmat dengan pihak British bagi membantu beliau membebaskan Patani. Pada Februari

1943, beliau telah menyusun satu memorandum yang panjang lebar untuk digubal sebagai

perundangan pentadbiran negeri-negeri Tanah Melayu dan memajukan memorandum tersebut

kepada Sir R.O Winstedt untuk dicadangkan kepada Pejabat Tanah Jajahan di London. Namun,

Ketua Perwakilan Bangkok tidak bersetuju kerana mendakwa bahawa tindakan ini mengganggu

hubungan British-Siam.

43 Mohd. Zamberi Malek. 1999. Harimau Malaya: Biografi Tengku Mahmood Mahyideen. Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia. hlm. 105.

12

Page 13: islam patani

Tindakan Tengku Mahmud Mahyyideen telah menimbulkan rasa kurang senang British

kerana kononnya telah menyemarakkan sentimen anti-Siam dalam kalangan orang Melayu.

Tengku Mahmud Mahyyideen dan pimpinan Patani telah diberikan amaran oleh para pegawai

British agar tidak meneruskan penentangan. Namun beliau tetap nekad dengan membawa idea

beliau untuk mendapat sokongan daripada pemimpin serantau. Beliau pergi menemui Tuan Haji

Sulung, Haji Samsudin Mustafa dan Presiden Sukarno. Pada 16 Februari 1948, beliau menerima

berita penahanan Hj. Sulong oleh tentera Siam. Beliau menghantar telegram kepada Perdana

Menteri Siam bagi memprotes tindakan tersebut. Selepas penangkapan Tuan Haji Sulung, ramai

orang Melayu Patani telah melarikan diri ke Kelantan. Setelah gagal mendapat sokongan British

di Tanah Melayu Tengku menerusi sahabatnya, Miss Barbara Whittingham-Jones cuba dapatkan

publisiti antarabangsa mengenai masalah Patani dengan menubuhkan Persatuan Patani yang

bergerak menerusi paparan kebudayaan sebagai pengenalan untuk mendapatkan perhatian

dunia.44 Namun usaha tersebut gagal.

Penubuhan Gabungan Melayu Patani Raya (GEMPAR)

Setelah gagal mendapatkan bantuan daripada British untuk membebaskan Patani daripada

pihak Siam, orang Melayu Islam Patani yang tinggal di Tanah Melayu telah menubuhkan

GEMPAR. GEMPAR telah ditubuhkan pada bulan Mac 1948 dan merupakan sebuah badan

kebajikan. Matlamat tersirat di sebalik penubuhan GEMPAR adalah untuk membebaskan Patani

dari belenggu pemerintahan Siam. Penubuhan GEMPAR adalah hasil inisiatif Tengku Mahmud

Mahyyideen, Haji Sulung dan Tengku Abdul Jalal yang bergabung bagi menghasut pihak luar

agar terus memberi tekanan kepada kerajaan Thailand.

44 Ibid. Hlm. 144.

13

Page 14: islam patani

Matlamat penubuhan GEMPAR yang pertama adalah untuk menyatukan keempat-empat

wilayah iaitu Patani, Yala, Setul dan Narathiwat sebagai sebuah negara Islam dan melepaskan

semua orang Melayu di keempat-empat wilayah tersebut daripada penindasan, ketindihan,

penghinaan dan penganiayaan ke atas diri masing-masing, agama dan bangsa. Matlamat kedua

GEMPAR adalah mengadakan pemerintahan di dalam negeri yang bersesuaian dengan kemajuan

dan pendirian kebangsaan yang bercirikan kemelayuan, adat resam orang Melayu dan agama

Islam. Matlamat ketiga GEMPAR pula adalah untuk meninggikan taraf bangsa Melayu serta

mutu kehidupan anak-anak negeri supaya setiap orang mahupun seluruh daripada anak negeri

memperoleh setinggi-tinggi sifat kemanusiaan, keadilan, kebebasan dan alam pelajaran yang

bersesuaian dengan tuntutan masa dan tamadun.

Melalui pertubuhan ini, GEMPAR dilihat telah berjaya meraih sokongan dan simpati dari

Raja-raja Melayu Semenanjung Tanah Melayu. GEMPAR juga menerima sokongan daripada

pelbagai pertubuhan seperti Kesatuan Rakyat Indonesia Semenanjung (KRIS), Pertubuhan

Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO), Malay Nationalist Party (MNP), Parti Kebangsaan

Melayu Cawangan Kelantan, Persatuan Melayu Singapura dan banyak lagi pertubuhan lain.

Kesemua pertubuhan tersebut dan Raja-raja Melayu di Semenanjung telah menyatakan rasa

simpati mereka terhadap nasib yang diterima oleh masyarakat Patani dan mereka juga

menyokong perjuangan GEMPAR secara rasmi.45

GEMPAR juga telah mengecam Kerajaan Thai yang belum memperlihatkan tanda-tanda

perubahan terhadap Bantahan Tujuh Perkara yang dituntut oleh umat Islam Patani. Ekoran

daripada kecaman tersebut, pada 4 Mac 1948 telah berlaku perdebatan di parlimen Thailand.

Perdana Menteri Thai telah mengakui bahawa terdapat tiga sebab utama yang menyekat tuntutan

orang Melayu Patani. Antara sebabnya ialah penganiayaan oleh pegawai-pegawai kerajaan Thai

45 Mohd Zamberi A. Malek. 1993. Umat Islam Patani: Sejarah dan Politik. hlm. 207

14

Page 15: islam patani

yang tidak berpengalaman dan masalah korupsi yang berleluasa dilakukan dalam kalangan

masyarakat Islam Patani, Dasar pentadbiran Thai sebelumnya berupa penekanan telah

menghalang kebebasan beragama, walaupun telah dibatalkan tetapi masih meninggalkan kesan

yang mendalam di hati masyarakat Islam Patani serta kebanyakan sekolah-sekolah yang terdapat

di wilayah-wilayah Islam Patani selama ini cuma diajar dalam pengantar bahasa Siam dan

bukannya bahasa Melayu.46

Secara ringkasnya, segala usaha-usaha yang dilakukan oleh Tengku Mahmod Mahyideen

menemui kegagalan. Tengku Mahmod Mahyideen juga terpaksa akur dengan keadaan bahawa

British tidak dapat membantu perjuangan orang Melayu Patani demi kepentingan politik

antarabangsa. Patani telah menjadi permainan politik kuasa-kuasa besar. Namun begitu, beliau

telah berjaya menarik perhatian dunia terhadap masalah umat Islam Patani dalam perjuangan

nasionalisme mereka di Selatan Thailand termasuklah Patani.

AKHIRUL KALAM

‘Survival’ orang Melayu di selatan Thailand mengalami pelbagai cabaran setelah kerajaan

Thailand menggunakan pendekatan asimilasi. Namun, Umat Islam Patani masih lagi boleh

bertahan sehingga ke hari ini walaupun terdapat beberapa perkara yang telah terhakis dalam

budaya dan identiti mereka. Antara yang telah terhakis seperti bahasa yang mana ramai golongan

muda hari ini di tiga wilayah tidak lagi suka menggunakan bahasa Melayu dan sesetengahnya

tidak lagi boleh bertutur dalam bahasa ibunda mereka. Mereka lebih gemar menggunakan bahasa

Thai sebagai bahasa pertuturan harian. Semua ini adalah disebabkan oleh ketidakfahaman

budaya oleh kerajaan Thailand sehingga membawa kepada rasa tidak hormat terhadap budaya

lain. Selain itu, konflik yang berpanjangan juga disebabkan oleh berlaku transformasi dari isu

46 Ibid. Hlm. 208.

15

Page 16: islam patani

wilayah (kemerdekaan) kepada isu identiti dan budaya yang sememangnya sukar diselesaikan.

Hal ini kerana identiti dan budaya merupakan nilai sesuatu bangsa yang tidak boleh dikompromi.

Jika, konflik ini dikembalikan semula kepada isu wilayah, maka ia boleh diselesaikan kerana

boleh dikompromi atau dibahagi-bahagikan. Justeru, perlu ada mekanisme tertentu untuk

memastikan keadaan ini dapat diubah kembali supaya mencapai isu yang boleh diselesaikan.

16

Page 17: islam patani

BIBLIOGRAFI

Abdul Halim Bashah. 1994. Raja Champa Dinasti Jembol dalam Patani Besar. Kelantan:Pustaka Reka.

Ahmad Omar Chapakia. 2000. Politik Thai dan Masyarakat Islam di Selatan Thailand. Selangor: Pustaka Darul Salam

Al-Fatani. 1994. Pengantar Sejarah Patani. Alor Setar: Pustaka Darul Salam.

Che Mohd Aziz Yaacob. July 2012. “Asimilasi Bangsa Melayu di Patani: Keberkesanan Dasar dan Surviv al Budaya Minoriti” dlm JEBAT : Malaysia Journal of History, Politics & Strategic Studies, Vol.39(1). Universiti Sains Malaysa

Ibrahim, Syukri. (2002) Sejarah Kerajaan Melayu Patani. Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.

Ismail Che Daud. 1988. Tokoh-tokoh Ulama Semenanjung Melayu. Kelantan: Majlis Ugama Islam Kelantan.

McCargo, D. 2009. Tearing apart the land: Islam and legitimacy in southern Thailand. Singapore: NUS Press.

Mohd Zamberi, A.M. 1993. Umat Islam Patani; Sejarah dan Politik. Shah Alam: Hizbi.

Mohd. Zamberi Malek. 1999. Harimau Malaya: Biografi Tengku Mahmood Mahyideen. Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia.

Nik Anuar Nik Mahmad. (2006). Sejarah Perjuangan Melayu Patani 1785-1954. Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia.

Suria, S.M. 1990. De-Radicalization of Minority Dissent: A Case Study of the Malay-Muslim Movement in Southern Thailand, 1980 – 1994. Philippines: Quezon City 1101.

Tajuddin Saman dan Ab. Manaf Haji Ahmad. 2006. Tokoh-Tokoh Agama dan Kemerdekaan di Alam Melayu. Malaysia: Yayasan Dakyah Islamiah.

Wan Kamal Mujani. 2002. Minoritas Muslim: Cabaran dan Harapan Menjelang abad ke-21. Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia.

17

Page 18: islam patani

Yaacob, C.M.A. 2009. Konflik Pemisah di Selatan Thailand: Isu, Aktor dan Penyelesaian. Tesis M.A.. Universiti Sains Malaysia

Chidchanok, R. 2001. Peace resolution; a case study of separatism and terrorist movement in southerm border provinces of Thailand. [Akses 18 November 2013] dalam http:://www.geocities.com/bluesing2001/media/peaceresolution.htm

Weiss, L.M. (2004) Subcommittee on Asia and the Pacific House International Relation Committee, [Online]. [Akses 18 November 2013] Boleh diperolehi melalui Laman Layar: http://wwwc.house.gov/international_relations/108/wei071404.htm

18