sejarah perjuangan melayu patani 1785

Upload: malaystudies

Post on 03-Apr-2018

277 views

Category:

Documents


3 download

TRANSCRIPT

  • 7/28/2019 Sejarah Perjuangan Melayu Patani 1785

    1/81

    Sejarah Perjuangan Melayu Patani 1785-1954

    Oleh Nik Anuar Nik Mahmud

    Muqaddimah

    Sejarah Perjuangan Melayu Patani 1785-1954

    Sengketa di perbatasan negeri berlaku di merata dunia sepanjang masa. Bukan sedikittentera dan orang awam terkorban sebelum Bukit Golan jatuh ketangan Israel, India dan Pakistan berbalah hingga ke saat ini bagi mengesahkan hak keatas Kashmir. Demikian juga halnya dengan isu Patani, Mindanao, Aceh, Timor Timur,Pulau Batu Putih, Pulau Layang-layang dan Spratly yang turut dituntut oleh Malaysia.Bukit Golan yang subur, Kashmir yang indah kepada pelancong, Spratly yang strategikbagi ketenteraan dan dikatakan sarat dengan petroleum di perut buminya, tapak MasjidBabri kerana sentimen agama terdahulu semua ini menjadi alasan bagi sengketa,perbalahan dan perebutan.

    Siri ini akan memberi tumpuan ke atas konflik sempadan yang berlaku dibeberapawilayah di rantau Asia Tenggara, bermula dengan konflik di Patani. Kajian danperbahasan dalam siri ini diharap akan menumbuhkan sosok baru dalam kajian sejarahMalaysia dan serantau.

    Nik Anuar Nik Mahmud. 1999. Sejarah Perjuangan Melayu Patani,

    Buku ini diabadikan kepadapejuang-pejuang Melayu Patani,

    khususnya almarhum Tengku Mahmood Mahyideen

    dan Tuan Guru Haji Sulungyang telah berusaha dengan gigih untukmempertahankan agama bangsa dan

    tanah air ini.

    Semenjak Pemerintahan Beraja Melayu dihapuskan pada tahun 1902, orang MelayuPatani berada dalam keadaan tertekan dan daif. Seperti yang diungkap oleh W.A.R.Wood, orang-orang Melayu telah menjadi mangsa sebuah pemerintahan yang'misgoverned'. Justeru, tidaklah hairan apabila kekacauan seringkali berlaku di wilayahselatan antara tahun 1910 hingga 1923. Dalam masa pemerintahan Pibul Songgram(1939-44), orang Melayu telah menjadi mangsa dasarasimilasi kebudayaan atau dasarRathaniyom.

    Tindakan Pibul Songgram memihak kepada Jepun dalam Perang DuniaKedua telahmemberikan harapan kepada orang-orang Melayu Patani untuk membetulkanketidakadilan yang dikenakan ke atas mereka oleh Perjanjian Bangkok (1909). TengkuMahmood Mahyideen, seorang pegawai berpangkat Major dalam pasukan Force 136,pernah mengemukakan rayuan kepada pihak berkuasa British di India supaya mengambilalih Patani dan wilayah sekitarnya serta digabungan dengan Tanah Melayu. Harapan

  • 7/28/2019 Sejarah Perjuangan Melayu Patani 1785

    2/81

    mereka bertambah cerah apabila kuasa-kuasa besar dalam persidangan di SanFrancisco pada bulan April 1945 telah berjanji akan membantu untuk membebaskanmana-mana negeri yang terjajah berasaskan prinsip hak menentukan nasib sendiri (self-determination)

    Pada 1 November 1945, sekumpulan pemimpin Melayu Patani dipimpinoleh TengkuAbdul Jalal, bekas wakil rakyat wilayah Narathiwat, telahmengemukakan petisyenkepada Kerajaan British merayu supaya empat wilayah di Selatan Siam dibebaskandaripada penjajahan Siam.Pendirian British terhadap Siam bagaimanapun berubahapabila Peperangan Pasifik tamat. Keselamatan tanah jajahan dan kepentingan British diAsia Tenggara menjadi pertimbangan utama kerajaan British dalampenggubalan dasarnya terhadap Siam atau pun Patani. Kerajaan British jugamemerlukan kerjasama Siam bagi mendapatkan bekalan beras bagi keperluantanah jajahannya. Tidak kurang pentingnya kerajaan British terpaksamenyesuaikan dasarnya terhadap Siam dengan tuntutan Amerika Syarikat yangmahu mengekalkan wilayah Siam seperti dalam tahun 1941.

    Kebangkitan Komunis di Asia Tenggara selepas perang juga menjadifaktor pertimbanganBritish dalam menentukan dasarnya. Kerajaan Britishmenganggap Siam sebagai negarapenampan terhadap ancaman KomunisCina. Justeru, Kerajaan British mahupastikan Siam terus stabil dan memihak kepada Barat dalam persaingan dengan negara-negara Komunis. Kebangkitan Komunis di Semenanjung Tanah Melayu pada bulan Jun1948 memerlukan British mempertingkatkan lagi kerjasama dengan Siam bagimenghapuskan kegiatan pengganas-pengganas Komunis di perbatasan Siam-TanahMelayu. Oleh kerana itu Isu Patani dianggap sebagai penghalang ke arahkerjasama sempadan yang berkesan untuk British dengan Siam.

    Selepas persidangan Songkhla pada awal bulan Januari 1949, pihak berkuasa British diTanah Melayu mula mengambil tindakan ke atas kegiatan GEMPAR di SemananjungTanah Melayu. Tengku Mahmood Mahyideen, seorang pemimpin utama MelayuPatani, telah ditekan oleh pihak berkuasa British di Tanah Melayu manakala TuanGuru Haji Sulung telah ditangkap oleh pihak berkuasa Siam atas tuduhansubversif.GEMPAR, sebuah pertubuhan politik masyarakat Melayu Patani diSemenanjung juga telah disekar aktivitinya. Akibat daripada tekanan tersebut,gerakan Melayu Patani mula lemah dan goyah. Sungguhpun begitu, perjuangan TengkuMahmood Mahyideen dan Tuan Guru Haji Sulung telah diteruskan generasi muda Patani.Dalam tahun 1960-an,beberapa pertubuhan pembebasan telah ditubuhkan bagimemperjuangkankemerdekaan Patani melalui perjuangan bersenjata. Perjuangan itubagaimana pun masih belum menempa sebarang kejayaan.

    Tumpuan buku ini ialah tentang perjuangan orang Melayu Patani dalamusaha membebaskan Patani daripada cengkamanpemerintahan Siam danmencantumkannya dengan Tanah Melayu. Kajian ini meninjaureaksiBritain dan Siam terhadap gerakan tersebut.

  • 7/28/2019 Sejarah Perjuangan Melayu Patani 1785

    3/81

    Dalam menyiapkan buku ini penulis banyak mendapat pertolongan daripada pelbagaipihak. Saya ingin menyampaikan penghargaan yang setinggi-tingginya kepada mendiangDr. David K.Bassett, bekas Pengarah, Pusat Kajian Asia Tenggara di University of Hull,England, kerana bimbingan dan teguran yang sangat berharga semasa penulisan drafbuku ini. Tidak ketinggalan juga penghargaan untuk rakan-rakan di Jabatan Sejarah,

    UKM yang turut memberi tunjuk ajar. Saya juga terhutang budi kepada Public RecordOffice, Kew serta Perpustakaan Tun Seri Lanang, UKM atas kerjasama yang diberikepada penulis semasa menjalankan penyelidikan. Saya juga merakamkan ucapan terimakasih kepada Penerbit UKM atas penerbitan buku ini.

    Jabatan SejarahUniversiti Kebangsaan MalaysiaBangi

  • 7/28/2019 Sejarah Perjuangan Melayu Patani 1785

    4/81

    Kerajaan Melayu Patani

    Sejarah awal Kerajaan Melayu Patani masih lagi diselimuti kekaburan. Dalam catatansejarah tidak dapat dipastikan asal-usul atau tarikh sebenar kerajaan Melayu Patanididirikan. Mengikut catatan pelawat-pelawat China yang membuat perhubungan dengannegeri-negeri Asia Tenggara pada abad kedua Masehi sebuah negeri bernama "Lang-ya-shiu" atau Langkasuka (Paul Wheatley 1961, 387-412) sudahpun wujud ketika itu.

    Berpandukan catatan tersebut ahli-ahli sejarah Eropah percaya bahawa negeriLangkasuka yang terletak di pantai timur Semenanjung Tanah Melayu antara Senggora(Songkhla) dan Kelantan itu adalah lokasi asal negeri Patani. Adalah dipercayai bahawaibu negerinya pada masa itu terletak di sekitar daerah Yarang. Patani adalah sebuahkerajaan yang termaju di Semenanjung Tanah Melayu dan sebuah pelabuhan yangpenting sejak kurun ke-8 Masehi kerana Teluk Langkasuka (Teluk Patani sekarang)sangat sesuai dijadikan tempat kapal-kapal dagang berlabuh dan berlindung daripadaribut tengkujuh.

    Paul Wheatly menjelaskan bahawa kerajaan Langkasuka menguasai jalan perdagangantimur-barat melalui Segenting Kra dan kekuasaannya meliputi kawasan Semenanjungsehingga ke Teluk Benggala. Kerajaan Melayu Langkasuka wujud sehingga menjelangabad ketiga belas dan diganti oleh Kerajaan Melayu Patani.

    Persoalan bagaimana Langkasuka bertukar menjadi Patani masih belum dapat dipastikanoleh para pengkaji sejarah kerana tidak ada sebarang cacatan sejarah yang jelasmengenainya. A.Teeuw dan Wyatt berpendapat bahawa Patani telah ditubuhkan sekitarpertengahan abad ke-14 dan ke-15. Pendapat mereka berasaskan kepada tulisan TomesPires dan lawatan Laksamana Cheng Ho ke rantau ini dalam tahun 1404-1433 T.M.(Teeuw & Wyatt 1970,3). MengikutHikayat Patanipula, Kerajaan Melayu Pataniberasal dari kerajaan Melayu yang berpusat di Kota Mahligai yang diperintah oleh PhyaTu Kerab Mahayana (Teeuw & Wyatt 1970,68).

    Oleh kerana kedudukan Kota Mahligai itu terlalu jauh ke pedalaman dan sukar untukdidatangi oleh pedagang-pedagang telah menyebabkan Phya Tu Antara, anak Phya TuKerab Mahayana, memindahkan pusat kerajaannya ke sebuah perkampungan nelayanyang kemudiannya diberi nama "Patani", dipercayai berpusat di Kampong Grisek dalamwilayah Patani sekarang ini.

    Kedudukan Patani di Semenanjung Siam yang strategik dari segi geografi, telahmenyebabkan kota itu menjadi tumpuan pedagang-pedagang asing baik dari barat atautimur untuk singgah sama ada untuk beristirahat ataupun berdagang. Dalam masa yangsingkat saja Patani telah muncul sebagai sebuah kerajaan yang penting, maju dari segiekonomi serta stabil dari segi politik dan pemerintahan. Dasar perhubunganantarabangsanya yang baik telah menyelamatkan Patani daripada jatuh kepada penjajah-penjajah Siam, Portugis dan Belanda.

  • 7/28/2019 Sejarah Perjuangan Melayu Patani 1785

    5/81

    Agama Islam juga telah membawa angin perubahan yang bermakna kepada Patani. D

    Eredia, seorang pelawat Portugis, telah menulis dalam tahun 1613 bahawa Islam telahbertapak di Patani lebih awal daripada Melaka (Mills 1930). Dalam hal ini, Teeuw danWyatt berkeyakinan bahawa Islam telah bertapak di Kuala Berang, Terengganu, iaitupada sekitar 1386 - 87 T.M. (Teeuw & Wyatt 1970, 4). Phya Tu Antara, yang memeluk

    Islam melalui seorang ulama dari Pasai, Syeikh Said, telah menukar namanya kepadanama Islam iaitu Sultan Ismail Syah Zillullah Dil Alam (Teeuw & Wyatt 1970, 68-69).Semenjak itu, Patani telah menjadi tumpuan saudagar-saudagar Islam dan menjadikannyasebagai pusat perdagangan Timur-Barat yang terkenal di rantau ini. Patani bertambahmaju apabila Melaka jatuh ke tangan Portugis pada tahun 1511.

  • 7/28/2019 Sejarah Perjuangan Melayu Patani 1785

    6/81

    Patani Diserang oleh Kerajaan Chakri

    Selepas Phya Taksin berjaya mengalahkan Burma di Ayuthia dalamtahun1776, Siam telah menumpukan pula perhatiannya ke atas negeri-negeri diselatansemenanjung yang telah mengisytiharkan diri semasa perang Burma-Siam dahulu.Negeri-negeri di Selatan Semenanjung iaitu Ligor, Songkhla dan Pattalung telah diserangoleh Siam. Keadaan ini menyebabkan raja negeri-negeri tersebut terpaksa mencariperlindungan di Patani. Oleh kerana pemerintahnya, terpaksa tunduk kepadadesakanSiam supaya raja-raja tersebut diserah kepadanya. Pada tahun 1779, SultanMuhammad pula telah dipaksa memberi bantuan kepada Siamuntuk menentang Burma.Apabila Sultan Muhammad enggan membuat demikian, Phraya Chakri telahmemerintahadiknya, Putera Surasi, dengan dibantu oleh Phraya Senaphutan,Gabenor Pattalung, Palatcana dan Songkhla supaya menyerang Patani pada tahun1785 (Gresick 1976, 127; Thadeus & Chadin Flood 1978, 15 dan Wenks 1968,101).Walaupun kerajaan Melayu Patani cuba mempertahankan diri tetapi Siam telah berjayamenguasai Patani pada tahun berikutnya.

    Sultan Muhammad pula telah syahid dalam pertempuran denganpihakSiam (Light 1786)1. Akibat kekalahan itu, seramai 4,000 orang Melayu Patanitelah dijadikan tawanan dan dibawa ke Bangkok sebagai hamba tebusan. Berikutankejatuhan Patani itu, Tengku Lamidin, Raja Bendang Badan,telah dilantik oleh Siamsebagai Raja Patani yang baru. Tengku Lamidin bagaimanapun tidak lama berkuasa.Dalam tahun 1791, Tengku Lamidin telah bersatu dengan Raja Annam yang beragamaIslam, Okphaya Cho So, dan memberontak serta menyerang kedudukan tentera Siam diTiba, Chanak, Songkhla dan Saiburi.Dalam kebangkitan itu, Tengku Lamidin telahdibantu oleh Sheikh Abdul Kamal, seorang ulama berasal dari Mekah, tetapigagal (Teeuw & Wyatt 1970, 23).Kemudian pihak Siam, atas cadangan Ligor, telahmelantik Datuk Pengkalan sebagai Raja Patani. Pada tahun 1808 Datuk Pengkalanjuga bangkit menentangSiam. Walau bagaimanapun, pemberontakan itu juga telah dapatdipatahkan oleh Siam setelah mendapat bantuan kerajaan pusat diBangkok KerajaanMelayu Patani telah dipecahkan kepada tujuh buah negeri atau hua muang untukmelemahkan orang Melayu Patani.

    Di tiap-tiap buah negeri itu, telah dilantik seorang raja atau chao muang di bawahpengawasan Songkhla. Dengan perubahan ini, maka berakhirlah keagunganKerajaan Melayu Patani. Kini Kerajaan Melayu Patani hanyalah salah sebuah dari negeriyang baru dibentuk. Tujuh buah negeri tersebut dan raja-raja pemerintahnya adalahseperti berikut (Bonney, R 1971, 79).:

    Patani Tuan SulungTeluban Nik Dir

    Nongchik Tuan NikJalor Tuan YalorJambu Nai Pai

  • 7/28/2019 Sejarah Perjuangan Melayu Patani 1785

    7/81

    Rangae Nik DahReman Tuan Mansur

    Dengan memecahkan kerajaan Melayu Patani, kerajaan Siam percayamereka dapatmelemahkan orang Melayu Patani daripada bangkit menentang. Sejajar dengan itu arahan

    raja telah dikeluarkan kepada raja-raja negeri Melayu bahawa hukuman mati ataupunpenjara akan dikenakan terhadap mana-mana raja, termasuk keluarga mereka, sekiranyamereka memberontak atau menderhaka. Untuk mengukuhkan lagi penguasaannya ke atasnegeri-negeri Melayu, kerajaan Siam telah melantik Raja Jambu, Nai Rai,seorang berketurunan Siam, sebagai wakil kerajaan pusat bagi mengawasi raja-rajadi negeri lain. Sementara itu, kerajaan Siam juga memindahkan orang-orang Siam kenegeri-negeri tersebut dengan tujuan mengimbangkan penduduk yang berketurunanMelayu.

    Pada tahun 1821, Siam menyerang pula Kedah dan memaksa Sultan Abdullah melarikandiri ke Pulang Pinang (Rahmat Saripan 1979, 83). Kekuasaan Siam ke atas negeri-negeri

    Melayu tersebut telah diakui oleh British seperti mana terbukti dengan termeterainyaPerjanjian Burney dalam tahun 1826.

    Dari tahun 1817 hingga tahun 1842, Patani telah diperintah oleh sekurang-kurangnya duaorang Raja Melayu. Orang yang pertama memegang jawatan itu ialah Tuan Sulong, anakRaja Bendahara Kelantan, Long Jenal. Baginda telah memegang jawatan itu sehinggatahun 1832 apabila baginda disingkirkan kerana terlibat dalam kebangkitan anti-Siamdalam tahun 1831. Berikutan penyingkiran itu, pihak Siam melantik pula Nik Yusof,yang berasal dari Grisek, sebagai Raja Patani. Semasa berlakunya kebangkitan anti-Siamdalam tahun 1838, Nik Yusof tidak terlibat. Dalam tahun 1842, Nik Yusofdilantik menjadi Raja Jering berikutan kematian Nai Him Sai. Bagi mengisi

    kekosongan itu, Siam melantik Tuan Besar Tun Ahmad, Raja kampong Laut danbekas Perdana Menteri Kelantan sebagai Raja Patani. Sejak itu sehingga 1902, Patanitelah diperintah oleh Tuan Besar dan keturunannya.

    Kerajaan Melayu Patani di Bawah Keluarga Tuan Besar

    Di antara ketujuh-tujuh buah negeri Melayu bekas kerajaan Melayu Patani, negeriMelayu Patani adalah yang paling berpengaruh. Dari tahun 1842 sehingga 1902, negeriPatani telah diperintah oleh keturunan Tuan Besar Tuan Ahmad, bekas Perdana MenteriKelantan dan juga Raja Kampung Laut semasa Kelantan di bawah pemerintahan LongJenal (1837-39) (Rahmat Saripan 1979, 72-73). Perlantikan Tuan Besar sebagai RajaPatani dalam tahun 1842 itu mempunyai kaitan dengan pergolakan politik di Kelantandalam tahun 1838-39 yang dikenali sebagai Peperangan Saudara II.

  • 7/28/2019 Sejarah Perjuangan Melayu Patani 1785

    8/81

    Peperangan saudara itu berpunca daripada perebutan takhta antara Long Senik MulutMerah atau Sultan Muhammad II dengan Tuan Besar Tun Ahmad, Raja Kampung Laut.Walaupun telah diiktiraf sebagai Sultan olehSiam, Sultan Muhammad II masih curiga diatas kehadiran Tuan Besar dalam politik Kelantan. Baginda menganggap Tuan Besarsebagai pencabar utama terhadap kedudukannya sebagai Sultan kerana hubungan rapat

    Tuan Besar dengan Long Jenal, musuh politiknya. Pada pendapat Sultan MuhammadII,selagi Tuan Besar tidak disingkirkan dari Kelantan maka selama itu kedudukanbaginda di atas takhta belum kukuh. Justeru, tidaklah hairan Sultan Muhammad IImengetepikan Tuan Besar daripada memegang sebarang jawatan penting dalam kerajaan.Walaupun ada ura-ura untuk melantik Tuan Besar sebagai Raja Bendahara namun tidakada bukti menunjukkan bahawa jawatan itu pernah ditawarkan kepada Tuan Besar secararasmi. Sebaliknya, sepanjang tempoh pemerintahan Sultan Muhammad II, jawatan itudipegang oleh mereka yang bukan daripada kalangan kerabat diRaja (Rahmat Saripan1979, 115). Di samping itu, hak Tuan Besar ke atas Kampung Laut juga dikatakan telahdihapuskan oleh Sultan. Keadaan ini akhirnya mencetuskan penentangan bersenjatasecara terbuka di antara Sultan Muhammad II dengan Tuan Besar.

    Kedua-dua belah pihak telah meminta pihak berkuasa Siam untuk campur tangan supayamenyebelahi mereka. Pada pertengahan tahun 1839, Phraya Phipath telah menghantarwakilnya ke Kelantan untuk mendamaikan konflik yang berlaku di antara kedua-duapihak tetapi gagal. Pada 7 Julai 1839, Siam sekali lagi telah menghantar misi damai tetapikali ini kedatangan misi itu telah disertai sebilangan anggota tentera Phraya Chaiya.Ketua misi itu telah memaksa kedua-dua pihak itu supaya berhenti berperang dan pergike Songkhla untuk menyelesaikan masalah masing-masing. Berikutan tekanan itu kedua-dua pihak berangkat ke Songkhla. Bagaimanapun, Tuan Besar telah diminta olehGabenor Songkhla pergi ke Bangkok untuk berunding dengan Raja Siam, Rama III(1824-51) mengenai masalah tersebut.

    Dalam peristiwa tersebut pihak Siam lebih menyokong Sultan Muhammad II. SemasaPemergian Tuan Besar ke Bangkok, Sultan Muhammad II, dengan disokong oleh PhrayaChaiya, telah melancarkan serangan ke atas kubu Tuan Besar dan menjelang bulan Ogos1839, Sultan Muhammad II telah berjaya menumpaskan penentang-penentangnya.

    Di Bangkok, Tuan Besar telah ditawarkan oleh Rama III jawatan sebagai Raja Patanisebagai satu penyelesaian politik terhadap masalah di Kelantan. Tawaran itu dibuatberikutan berlakunya kekosongan jawatan Raja negeri di Patani selepas Nik Yusuf, rajaPatani, dilantik sebagai Raja Jering. Pada peringkat awalnya Tuan Besar agak keberatanuntuk menerima tawaran itu tetapi setelah melihat kuasanya sebagai Perdana Menteritelah berkurangan dan ramai pula pengikutnya yang berpaling tadah, maka tawaran itutelah diterimanya. Pada pertengahan tahun 1842, Tuan Besar bersama pengikut-pengikutnya yang setia telah berangkat ke Patani. Dengan itu terdirilah wangsa TuanBesar di Patani. Setelah disahkan oleh Rama III sebagai Raja Patani, Tuan Besar telahmenukar namanya kepada Sultan Muhammad dan memakai gelaran Phya Pipik Pakdi.(Ibrahim Syukri) Kebetulan dengan perlantikan baginda sebagai Raja Patani,Kerajaan Siam telah mengubah dasar pentadbirannya terhadap negeri-negeri Melayu.Kerajaan Siam telah memberikan kuasa mentadbir tanpa campur tangan daripada

  • 7/28/2019 Sejarah Perjuangan Melayu Patani 1785

    9/81

    pegawai-pegawai Siam. Raja-Raja Melayu hanya dikehendaki menghantarbunga Emasdan Peraksetiap tiga tahun sekali ke Bangkok serta berikrar tidak akan menderhakakepada kerajaan Siam.

    Perubahan dasar Siam terhadap negeri-negeri Melayu dewasa itu mempunyai hubungan

    rapat dengan dasar kerajaan Rama III yang ingin mengekalkan keamanan dankeselamatan negeri Siam itu sendiri. Sebagaimana ditegaskan oleh Mills, Rama IIImenyedari bahawa ...there was no profit to be obtained from governing as a Siameseprovince a distant state whose inhabitants were resolved not to submit to alien rule. Theexperiments had been tried for twenty years, and the only result had been a constantseries of rebellions. (Mills 1960,34).

    Ekoran berlakunya kebangkitan anti-Siam dalam tahun 1838, Rama III pernahmenerima surat daripada Bonham, Gabenor Negeri-Negeri Selat mengingatkan bahawa .. . the company had grown weary of bolstering up their (Siamese) power in Kedah.Should another revolt occur, the Straits Government had been ordered not to assist in its

    suppression. (Mills 1960, 192-93). Menurut Nantawan Haemindra, seorang sejarawanThai, perubahan dasar itu adalah suatu langkah yang berkesan dalam mengelakkanperasaan tidak puas hati dan kekacauan di Wilayah itu. Perlantikan elit tempatan sebagaiGabenor di tujuh buah wilayah tersebut telah mempertingkatkan lagi kemantapanpolitik Siam di kesemua negeri ufti tersebut (Nantawan Haemindra 1960). Sejak ituhingga ke beberapa dekad kemudiannya keamanan telah wujud di negeri-negeri MelayuPatani dan Kedah.

    Berakhirnya Pemerintahan Beraja Melayu Patani

    Sepanjang pemerintahan Sultan Muhammad (1842-56) dan dua orangpenggantinya,Tengku Puteh (1856-81) dan Tengku Besar (1881-90), NegeriPatani berada dalamkeadaan aman. Kerajaan Siam masih membenarkanRaja-Raja Melayu menguruskanpentadbiran dalam negeri. Bagaimanapunsemasa Patani berada di bawah pemerintahanTengku Sulaiman Syarifuddin(1890-98), Chulalongkorn, Raja Siam, mula merancanguntuk menyusunsemula pentadbiran wilayah mengikut sistem Thesaphiban. Di bawahperaturanini, kerajaan negeri tidak lagi mempunyai kuasa otonomi dan dengan itujugaRaja-Raja Melayu akan kehilangan kedaulatan mereka. Tindakan kerajaanSiam itutelah mencetuskan konflik di antara Raja-Raja Melayu Patanidengan kerajaan Siamsehingga membawa kepada penahanan Tengku AbdulKadir Kamaruddin, Raja Patani,pada tahun 1902.

    Pada 18 Januari 1896, Chulalongkorn memberitahu Putera Damrong,Menteri DalamNegeri Siam, betapa pentingnya pentadbiran wilayah disusunsemula. Antara lain bagindamenegaskanIf we do not put our administration in order, we will not have enough

  • 7/28/2019 Sejarah Perjuangan Melayu Patani 1785

    10/81

    income, which is the source of the power needed to defend the country. The expansion of

    the earningswhich result from the facilitation of the peoples methods of earning their

    livelihoodand making a living out of the produce of the soil. The strengthening and

    theretionalization of the administration and the development of the economy aretherefore the ultimate aims of this kingdom (Tej Bunnag 1977, 91).

    Terdapat beberapa sebab yang jelas mengapa kerajaan Siam membuatkeputusanmengubah dasar pemerintahannya terhadap negeri-negeri Melayu.Perubahan dasarpemerintahan Siam ini mempunyai pertalian rapat denganpengolakan yang berlaku dirantau Asia Tenggara dalam tahun-tahun 1890-an (Iraklein 1968, 52-68; Chandran 1971,143-59). Kehadiran kuasa-kuasapenjajah dengan dasar imperialisma mereka di AsiaTenggara telahmenimbulkan kebimbangan Siam terhadap keutuhan wilayahnya,terutamanyawilayah-wilayah yang terpencil dari kawalan kerajaan pusat diBangkokseperti negeri-negeri Melayu di Selatan Siam. Kerajaan Siam khuatirsekiranyawilayah-wilayah ini tidak disatukan di bawah kekuasaan Siamkemungkinanbesar wilayah-wilayah tersebut akan dikuasai oleh kuasa-kuasa Barat.

    Dalam tahun-tahun 1890-an, kuasa-kuasa Perancis dan British berlumba-lumba meluaskan kawasan jajahan masing-masing di rantau ini. Perlumbaanmereka telahsampai ke kemuncaknya pada tahun 1893 (Claire Hirshfield1968, 35-38). Perancisberjaya mencapai matlamatnya di timur SungaiMekong dengan menggunakan kekerasanke atas Siam, manakala British pulamenumpukan perhatian ke kawasan di timur lautBurma dan selatan China,dan juga di negeri-negeri Melayu Utara sehingga ke SegentingKra. Walaupunpihak British menghormati kemerdekaan dan kedaulatan wilayah Siamnamunsejak tahun-tahun 1890-an lagi perwakilan British di Tanah Melayutelahmendesak supaya pengaruh British diperluaskan ke negeri-negeri Melayuutarasehingga ke Segenting Kra (Ira Klein 1968, 62-68; Chandran, J 1971,143-59). Pada tahun1896, setelah Frank Swettenham menjadi Residen-Jeneralyang pertama bagi negeri-negeri Melayu Bersekutu, kempen untukmenggabungkan Negeri-negeri Melayu utara itudengan jajahan British semakin rancak.

    Keadaan semakin bertambah genting dengan termeterainya pengisytiharanBritish-Perancis pada 15 Januari 1896 (Chandran, J 1970, 105-120). Pengisytiharan itu hanyamemperakui kedaulatan wilayah Siam di LembahChao Phraya sahaja dan tidakmenyentuh tentang keadaan di Negeri-negeriMelayu utara. Sungguhpun pengisytiharanitu memperakui kedaulatan wilayahSiam di Lembah Chao Phraya, Siam bimbang keranasyarat tersebut tidakmenghalang Peranchis atau British mengambil tindakan yangsewajarnyauntuk menggugat kemerdekaan kerajaan Siam. Jelas di sinibahawapengisytiharan itu tidak menjamin kemerdekaan dan keutuhan wilayahSiamtetapi memberi peluang kepada kerajaan Siam untuk merombak sistempentadbiranwilayah.

    Cadangan Chulalongkorn itu telah disokong oleh Putera Damrong, Menteri DalamNegeri. Selepas membuat beberapa tinjauan mengenai sistempentadbiran wilayah, PuteraDamrong mencadangkan kepada Chulalongkornsupaya pentadbiran wilayah disusunsemula mengikut Sistem Thesaphiban(Nantawan Haemindra 1976). Di bawah Sistem

  • 7/28/2019 Sejarah Perjuangan Melayu Patani 1785

    11/81

    Thesaphiban, pentadbiranwilayah akan disusun dan dikumpulkan ke dalam satu unityang dikenalisebagai Monthon. Tiap-tiap Monthon ditadbir oleh seorangPesuruhjayaTinggi (Khaluang Thesaphiban) yang bertanggungjawab kepadaMenteriDalam Negeri. Di bawah sistem ini juga, semua kakitangan kerajaandariperingkat atas sehingga ke peringkat bawah dibayar gaji mengikut skimkebangsaan.

    Setelah memperoleh persetujuan daripada Chulalongkorn, dalam bulanMei 1897,Kementerian Dalam Negeri mengeluarkan Akta Pentadbiran Daerah(Phraratchabanyatlaksana pakkhrong thongthi) (Tej Bunnag 1977, 118). Padabulan Februari 1899,Kementerian Dalam Negeri mengeluarkan pula PeraturanMengenai Pentadbiran Wilayah(Kho bangkhap pokkhrong huamung).

    Peraturan tersebut memberi kuasa kepada Kementerian Dalam Negeri untukmelumpuhdan menghapuskan "whatever remained of the provincialadministration independentexistence". Di bawah peraturan ini, jawatan rajaNegeri ataupun Gabenor tidak lagibersifat semi-hereditary. RajaSiamdiberi kuasa untuk melantik atau melucut Raja

    Negeri atau Gabenor. RajaNegeri tidak lagi mempunyai kuasa untuk menjatuhkanhukuman mati (phusamret ratchakan) di peringkat negeri. Mereka juga hanya dianggapsebagaiseorang pegawai kerajaan (phu wa ratchakan). Peraturan ini juga melucutkanbeberapa keistimewaan yang ada padaRaja-raja negeri. Raja-raja tidak lagi mempunyaikuasa untuk melantikpegawai-pegawai kanan kerajaan kecuali Pendakwaraya(yokkrabat) danPegawai Hasil (phu chuai) sahaja. Sungguhpun begitu, sebelumsebarangperlantikan dibuat, Raja negeri hendaklah terlebih dahulumendapatkanpersetujuan atau kebenaran Pesuruhjaya Tinggi Wilayah yangberkenaan.Sebaliknya, Pesuruhjaya Tinggi wilayah diberi kuasa untuk melantiklimaorang pegawai, dua daripadanya ialah penolong Gabenor dan Timbalan Gabenor.

    Di samping itu, Raja-Raja Negeri juga kehilangan sebahagian daripada hasil negeri.Mereka juga tidak dibenarkan melibatkan diri dalam perniagaan ataupunmemajakkancukai (tax-farms). Mereka tidak dibenarkan mempunyai pendapatansampingan selaindaripada gaji yang dibayar oleh Kerajaan pusat.Peraturan itu juga menegaskan bahawaGabenor bertanggungjawab kepadaPesuruhjaya Tinggi. Gabenor tidak mempunyai kuasake atas kakitanganbawahan. Sebarang tindakan yang diambil oleh Gabenor hendaklahdilaporkankepada Pesuruhjaya Tinggi Wilayah dalam masa tujuh hari selepastindakanitu diambil.

    Jika dilihat pada Peraturan 1899, jelas menunjukkan bahawa peraturan ini bertujuanmelumpuhkan kekuasaan Raja negeri dan dengan demikianmenguatkan lagi cengkamankerajaan pusat ke atas pentadbiran wilayah.Dengan peraturan ini pihak berkuasa diBangkok berharap ia akan dapatmengawal wilayah-wilayah luar khasnya daripadagangguan pihak asing

    Proses pelaksanaan Peraturan 1899 ini akan dijalankan secara berperingkat-peringkat.Putera Damrong tidak mahu pelaksanaan reformasi pentadbiran ini menimbulkantanggapan negatif kuasa-kuasa Barat, khususnya British, bahawapihak Siam sedangberusaha menyekat pengaruh mereka di wilayah-wilayahtersebut. Putera Damrong

  • 7/28/2019 Sejarah Perjuangan Melayu Patani 1785

    12/81

    pernah mengingatkan kakitangan pentadbirannyatentang pentingnya mengekalkanhubungan baik dengan British kerana kerajaanSiam perlukan sokongan pihak Britishbagi membendung ancaman Perancis(Tej Bunnag 1977, 138-39). Di samping itu beliaujuga tidak mahumenggunakan paksaan ke atas raja-raja negeri supaya menerimaperaturanbaru itu. Beliau bimbang tindakan semacam itu akan hanya alienate

    theprovincial nobility and make them run to the foreigners. Berdasarkan prinsipini,Putera Damrong memulakan usaha ke arah penyusunan semula sistempentadbiran diwilayah-wilayah luar.

    Pertelingkahan Raja Patani dan Pesuruhjaya Siam

    Sebelum peraturan sistem pentadbiran baru wilayah digubal, kerajaanSiam telah punberusaha untuk mengukuhkan kekuasaanya di negeri-negeriMelayu. Sebaik sajatermeterainya Pengisytiharan British-Perancis pada 15 Januari1896, Kerajaan Siam mulamenghantar Pesuruhjaya Siamuntuk berkhidmatdi negeri-negeri Melayu.Pesuruhjaya Siam yang pertama bagi Patani ialahPhya Sukhum. Dalam surat kepadaTengku Sulaiman Syarifuddin,Chulalongkorn memaklumkan bahawa:I send thisCommissioneer in order that if you had any trouble in administering yourpeople you maycall him to advise you as to the best means of doing it. Chulalongkorn, bagaimanapun,tidak memaklumkan baginda tentangrancangan Kerajaan Siam untuk menyusun semulasistem pentadbiran dinegeri-negeri Melayu itu. Dengan itu, bukanlah sesuatu yang anehapabilaSistem Thesaphiban mula dilaksanakan, raja-raja Melayu menentang.Ekorandaripada itu, raja-raja Melayu menuntut supaya negeri-negeri Patanidipisahkandaripada sistem pentadbiran Siam.

    Sewaktu Phya Sukhum dilantik sebagai Pesuruhjaya di Patani, kerajaanSiam baru sahajamenandatangani perjanjian Sulit (1897) dengan kerajaanBritish berhubung kedudukanwilayah-wilayah Melayu di selatanSemenanjung. 2 Perjanjian Sulit Siam-British itumemberi peluang kepadakerajaan Siam untuk melaksanakan sistem pentadbiran baru dinegeri-negeriMelayu.

    Sementara peraturan pentadbiran baru digubal, beberapa langkahpentadbiran telahdiambil oleh Phya Sukhum, Pesuruhjaya Siam, bagimengukuhkan kekuasaan Siam diPatani. Langkah awal yang telah diambiloleh Phya Sukhum ialah memperkenalkan carabaru dalam pengutipan cukai.Sistem pemajakan candu (opium-farming) dan spirit telahdisusun semula(Tej Bunnag 1977, 140). Hasil kutipan itu disatukan dan dibahagi dua,iaituseparuh untuk raja-raja Melayu dan separuh lagi untuk kerajaan Negeri.CadanganPhya Sukhum itu telah ditolak oleh raja-raja Melayu keranamereka menganggap kuasamemungut cukai ataupun memberi kontrak canduitu adalah termasuk di bawahtanggungjawab mereka sebagai raja Negeri.Kerajaan Siam tidak mempunyai hak untukcampur tangan dalam bidang ini.

  • 7/28/2019 Sejarah Perjuangan Melayu Patani 1785

    13/81

    Tengku Sulaiman, sebagai mewakili raja-raja Melayu lain, telahmengemukakanbantahan kepada Raja Chulalongkorn terhadap tindak-tanduk PhyaSukhumtetapi telah ditolak oleh Raja Siam. Sebaliknya RajaSiam menyokongtindakanPhya Sukhum. Dalam jawapannya, Chulalongkorn menegaskanbahawa langkah yangdiambil oleh Phya Sukhum itu adalah menguntungkankerana;If all the seven states had

    one farm instead of seven separated farms the revenuewould be large so that the stateswould be better. The revenue would be dividedamong the seven Rajahs in proportion.

    Pada tahun pertama sistem pemajakan candu bersama itu dijalankan, raja-raja Melayumasih menerima bahagian masing-masing hasil kutipancandu. Pada masa itu, jumlahpenuh hasil candu dan spirit di ketujuh-tujuhbuah negeri Patani itu ialah sebanyak$30,200.00 setahun. Bagaimanapunkeadaan ini tidak kekal lama. Selepas kemangkatanTengku Sulaiman dalamtahun 1898, Kerajaan Siam tidak lagi membuat bayaran kepadaRaja MudaTengku Abdul Kadir Kamaruddin sungguhpun kontrak pajakan itumasihberkuatkuasa selama dua tahun lagi. Tengku Abdul Kadir telah merayukepadakerajaan Siam tetapi tidak dilayan olehBangkok. Phya Sukhum jugamengambil alih

    pengutipan cukai import dan eksport daripada kerajaanNegeri. Tindakan Phya Sukhumitu telah mencetuskan kemarahan TengkuAbdul Kadir, lebih-lebih lagi apabilakerajaan Siam melambat-lambatkanperlantikan baginda sebagai Raja Patani.

    Selepas kemangkatan Tengku Sulaiman Syarifuddin, jemaah pembesarnegeri telahsebulat suara melantik Tengku Abdul Kadir Kamaruddin, RajaMuda, sebagai RajaPatani yang baru. Di bawah peraturan lama, pembesar-pembesarNegeri diberi kuasauntuk menabal Raja Muda, sebagai Raja barusebelum almarhum dimakamkan. Selepaspertabalan itu, pembesar-pembesarNegeri telah memaklumkan kepada Raja Siambagimendapatkan pengesahanataupunsanyathet. Sebagaimana yang dikatakan olehNantawan Haemindra,No ruler was ever officially recongnized as legitimate until hehad receivedhis insigniaof office from the King. Chulalongkorn bagaimanapunmenjawabbahawa surat pengesahan itu akan hanya dikeluarkan selepas setahunTengkuAbdul Kadir memangku jawatan Raja serta dapat pula membuktikankebolehanbaginda untuk mentadbir negeri itu.

    Selepas dua tahun Tengku Abdul Kadir memangku jawatan Raja Patani,kerajaan Siammengesahkan jawatan baginda. Surat pengesahan diserahsendiri oleh Raja Chulalongkornsemasa baginda melawat Patani. 4 Surat itu,antaranya menyebut bahawa,We recognisePhra Pipit Pakdi as the Rajah of Patani with the title of Phya WichitPakdi. He had theright to govern the state of Patani with justice and just as hispredecessors had governed.He may stop anything which is not right and force onanything which is right. He must betrue with the Siamese government as hispredecessors were in every respect. The officialsof state of Patani must assisthim.

    Sungguhpun baginda telah diakui dengan sah sebagai Raja Patani tetapikeadaan itu tidakmenyekat pesuruhjaya Siam dan pegawai-pegawainyadaripada campur tangan dalamurusan pentadbiran dalam negeri Patani. Tindak-tanduk Pesuruhjaya Siam itu bukan sajamenjejaskan kedaulatan dankewibawaannya sebagai Raja Patani tetapi juga telahmenimbulkan pelbagaimasalah kepada penduduk-penduduk negeri itu. Pegawai-

  • 7/28/2019 Sejarah Perjuangan Melayu Patani 1785

    14/81

    pegawai Siamdikatakan seringkali campur tangan dalam urusan keagamaan penduduk-penduduktempatan.

    Rayuan baginda kepada kerajaan Siam agar membetulkan keadaan tersebut telahmenemui jalan buntu. Tengku Abdul Kadir tidak ada pilihan kecuali merayu kepada

    pihak berkuasa British di Singapura supaya campur tanganbagi mempertahankan sertamemulihkan kewibawaanya sebagai Raja Pataniyang berdaulat. Pada bulan Mei 1901,Tengku Abdul Kadir telah menghubungiFrank Swettenham, Gabenor Negeri-negeriSelat. 5 Kebetulan pula pada waktuitu Chulalongkorn berada di Singapura.SungguhpunFrank Swettenham bersimpati dengan nasib yang menimpaTengku Abdul Kadir, beliautidak dapat membuat apa-apa tindakanmemandangkan kerajaan British inginmengekalkan hubungan dengan kerajaanSiam dan adalah tidak wajar bagi kerajaanBritish untuk campur tangan dalammasalah Patani. Beliau mencadangkan supayaTengku Abdul Kadir mengadakanpertemuan dengan Chulalongkorn bagi menyelesaikanmasalah yang dihadapinyaitu. Tambahan pula negeri Patani berada di bawah naungankerajaan Siam.

    Walaupun begitu, ketika Chulalongkorn melawat Singapura pada bulanJulai 1901,Swettenham telah mengambil kesempatan daripada pertemuannyadengan baginda bagimembincangkan secara sepintas lalu tentang masalahpentadbiran di negeri-negeriMelayu utara khususnya yang berada di bawahnaungan Siam. Swettenhammemaklumkan Chulalongkorn bahawa pegawai-pegawaiSiam di negeri-negeri tersebuttidak melayani Raja-raja negeri itudengan baik. Justeru, hubungan antara Raja-rajaMelayu dengan pihak berkuasaSiam tidak mesra. Beliau memberi kenyataanperbandingan bahawa di negeri-negeridi bawah naungan British, hasil yang dikutip olehResiden Britishakan dibelanjakan untuk faedah negeri tersebut. 6 TujuanSwettenhammembangkitkan perkara itu adalah untuk menyindir secara tidaklangsungdasar Siam terhadap negeri-negeri Melayu Patani.

    Sikap negatif Swettenham terhadap rayuan Tengku Abdul Kadir telahmemaksa bagindamemilih alternatif lain bagi membebaskan negerinyadaripada kongkongan Siam. TengkuAbdul Kadir telah mengadakan mesyuaratdengan Raja-raja Melayu lain di Istana CabangTiga bagi membincangkanlangkah yang harus diambil bagi kepentingan negeri danorang-orang Melayu.

    Mesyuarat tersebut telah bersetuju untuk melancarkan pemberontakansekiranya kerajaan Siam terus campur tangan dalam urusan negeri-negeriMelayu.Tengku Abdul Kadir berharap apabila mereka bangkit memberontakpihakPeranchis di Indochina pula akan menyerang di bahagian timur Siam dandenganitu akan memaksa Siam memindahkan askar-askarnya ke sana. Apabila ini berlaku, raja-raja Melayu berharap tanah air mereka akan dapatdibebaskan daripada belenggupenjajahan Siam. Mereka merancang untukmemberontak pada akhir bulan Oktober,1901 selepas bekalan senjatan danpeluru tiba dari Singapura.

    Sementara itu, Tengku Abdul Kadir telah meminta R.W. Duff, bekasKetua Polis Negeri-Negeri Selat, membantunya merancang pemberontakanitu. Baginda menerangkan

  • 7/28/2019 Sejarah Perjuangan Melayu Patani 1785

    15/81

    bahawa rancangan itu terpaksa dilakukan bagimembebaskan rakyatnya daripadapenindasan Siam. 9Baginda tidak menafikanhak pertuanan Siam ke atas Patani bahkanbersedia bekerjasama dengankerajaan Siam dalam semua aspek dengan syarat kerajaanSiam tidak akanmenindas rakyatnya. Baginda juga memberitahu Dufftentang surat pengesahanbaginda sebagai raja serta bidang kuasanya. Bagaimanapun

    bagindamenegaskan bahawa the action of the Siamese authorities differedsoentirely from the document,10 Baginda mengesyaki Raja Siam mungkintidakmengetahui tentang keadaan itu memandangkan surat yang baginda tuliskepadaRajaSiam tidak pernah dijawab. Oleh hal yang demikian bagindajuga mengesyaki surat-surat itu telah digelapkan oleh pegawai-pegawai Siamyang mempunyai kepentingan diPatani. Baginda memberi amaran sekiranyakerajaan Siam tidak menyelesaikan masalahdalam negeri Patani dan negeri-negerijirannya, ia tidak boleh dipersalahkan sekiranya he followed theadvice of his people and seek redress by force of arms. WalaupunDuff tidak bersimpati dengan Siam tetapi beliau tidak bersetujudengan rancangan TengkuAbdul Kadir untuk menyelesaikan masalah itusecara kekerasan. Pada pandangannya,tindakan seumpama itu bukan sajaakan menjejaskan kepentingannya di negeri-negeri

    Melayu tetapi juga would bring about his own down fall and which would ruinmanyhundreds of his people.

    Duff menasihati Tengku Abdul Kadir supaya berusaha menyelesaikanmasalah tersebutsecara rundingan dan bukan secara kekerasan. Beliaumencadangkan supaya TengkuAbdul Kadir menghubungi mana-mana syarikatguaman di Singapura untuk membuatpetisyen dikemukakan kepada kerajaanBritish. Dalam petisyen itu, Duff memintaTengku Abdul Kadir menerangkanperasaan tidak puas hatinya. Sambil mengakui hakpertuanan Siam ke atasPatani, Tengku Abdul Kadir hendaklah merayu kepada kerajaanBritish agarmenyampaikan aduannya kepada kerajaanSiam.

    Nasihat Duff itu diikuti oleh Tengku Abdul Kadir dan pada 13 Ogos 1901 11 , bagindamenghantar surat rayuan melalui syarikat guamannya kepadaSwettenham untukdisampaikan kepada kerajaan British di London. RajaSaiburi, Raja Reman dan RajaLegeh juga turut menghantar surat rayuankepada Swettenham dengan maksud yangsama.

    Dalam surat rayuan itu, Tengku Abdul Kadir merayu agar kerajaan British campur tanganbagi menyelesaikan masalah yang ditanggung olehbaginda dan rakyatnya akibatdaripada campur tangan kerajaan Siam dalamurusan negeri Patani. Rasa tidak puas hatiitu, tegas Tengku Abdul Kadir,berputar di atas dua isu, iaitu campur tangan pegawai-pegawai Siam secaramelulu dalam urusan pentadbiran negeri, khususnya dalam halpengutipancukai dan kedua dalam hal ehwal agama Islam. Baginda menekankanbahawatindakan pegawai-pegawai Siam itu bertentangan dengan prinsipperhubunganantara negeri yang digariskan oleh Chulalongkorn sebagaimanayangterkandung di dalam surat pengesahan perlantikannya sebagai Raja Patani.

    Baginda mengingatkan sekiranya dasar penindasan dan kezaliman pihakberkuasa Siamitu tidak diatasi, lambat laun ia akan menggugat ketenteramanserta kesejahteraan negeriPatani dan kemungkinan juga ketenteraman negeri-negeriMelayu utara yang lain. Akhir

  • 7/28/2019 Sejarah Perjuangan Melayu Patani 1785

    16/81

    sekali, baginda mengingatkan bahawasekiranya rayuan itu gagal dipertimbangkan olehkerajaan British, bagindaakan meminta bantuan dairpada kuasa-kuasa besar yang lain.

    Surat Tengku Abdul Kadir dan Raja-raja Melayu yang lain telah mendapatperhatiankhusus daripada Swettenham dan juga kerajaan British di London.Ugutan Raja Patani

    bahawa ia akan memberontak serta menghubungi kuasa-kuasaasing, sekiranya Britishenggan membantunya, telah memeranjatkanFrank Swettenham dan kerajaan British. Jikaberlaku sebarang kebangkitandi Negeri-negeri Melayu Patani, bukan saja kepentinganperdagangan Britishakan terjejas tetapi juga akan memberi peluang kepada kuasa-kuasaasinglain, terutama sekali Jerman, untuk campur tangan dan bertapak di kawasanitu.Pada masa itu, Jerman sedang mencari tanah jajahan di Asia sebagaimemenuhi dasarWeltpolitiknya. Kalau ini berlaku, kepentingan sertakeselamatan British di rantau iniakan turut terancam. (lihat juga Chandran,J 1968; Numnonda, T 1965) Dengan itu,bukanlah menghairankan apabilaSwettenham dengan segera mengadakan pertemuandengan Tengku AbdulKadir di Singapura dalam bulan Oktober, 1901. SwettenhammenasihatkanTengku Abdul Kadir supaya bersabar dan cuba mengelakkan

    daripadamelakukan sebarang tindakan secara terburu-buru. Beliau memberijaminanbahawa sekiranya baginda menurut nasihatnya, beliau akan berusahauntukmendapatkan simpati kerajaan British bagi memulihkan semula kekuasaanya.

    Atas jaminan itu, Tengku Abdul Kadir bersetuju menanguhkan rancangannya untukmemberontak. Sementara itu Swettenham telah mengharamkan eksportsenjata api dariSingapura ke Negeri-negeri Patani. Pada masa yang sama,Swettenham memberitahuPejabat Tanah Jajahan British tentang pergolakanyang berlaku di Patani dan ancamanRaja-raja Melayu untuk mendapatkansokongan kuasa Eropah lain sekiranya kerajaanBritish enggan membantumereka.

    Sebaik saja menerima surat daripada Swettenham, Pejabat Luar British di London telahmengarahkan Menteri British di Bangkok, Archer, supaya berbincangdengan PuteraDamrong tentang keadaan di Patani. Putera Damrong bersetujumenghantar timbalannya,Phya Sri Sahadhed ke Patani bagi membuat penyiasatan.Sebelum berangkat ke Patani,Phya Sri telah mengadakan perbincangandengan Duff tentang keadaan di Patani. PhyaSri cuba mendapatkan pengesahandaripada Duff tentang perkhabaran yang beliau terimabahawa keadaan diPatani adalah genting dan kemungkinan besar kekacauan akanberlaku.Malah, Pesuruhjaya Siam di Patani telahpun meninggalkan negeri itu forfear of being attacked Duff bagaimanapun menafi dakwaan tersebuttetapimengingatkan bahawa sekiranya kerajaan Siam tidak mengambil sebaranglangkahuntuk menyelesaikan perasaaan tidak puas hati Raja-Raja Melayu,kemungkinan besarrusuhan akan berlaku.Duff juga memberitahu bahawa:The Rajah of Patani hadundoubtedly just cause for complaint, and that if thesecomplaints, were not inquired into,it was possible that trouble might ultimatelyensure but if proper inquiry were made ot theRajahs complaints, and with fairtreatment, he would prove a most useful ally to theSiamese Government. Duff mencadangkan supaya Phya Sri mengadakan perbincangandenganRaja-raja Melayu bagi mententeramkan keadaan. Beliau memberijaminanbahawa raja-raja Melayu akan menerima kedatangan rombongan kerajaanpusatdengan baik.

  • 7/28/2019 Sejarah Perjuangan Melayu Patani 1785

    17/81

    Rundingan Tengku Abdul Kadir dengan Phya Sri Shadheb

    Pada 23 Oktober, 1901, Phya Sri Shadhed serta rombongannya bertolak ke Patani melaluijalan laut. Setibanya di Patani, Phya Sri terus mengadakanpertemuan dengan TengkuAbdul Kadir di Istana Cabang Tiga. Dalampertemuan itu Tengku Abdul Kadirmemberitahu sebab-sebab mengapa Raja-RajaMelayu tidak puas hati denganPesuruhjayaSiam. Sejak kerajaan Siammenempatkan Pesuruhjaya Siam dankakitangannya di Patani, kedudukanbaginda sebagai Raja negeri telah terjejas danrakyatnya pula terpaksamenanggung pelbagai masalah akibat daripada tindak-tandukpegawai-pegawaiSiam itu. Bagi mengatasi masalah itu, baginda mencadangkan supayanegeriPatani diberi kebenaran memerintah sendiri tanpa campur tangan SiamsepertiKedah. Sultan menduduki tempat yang tertinggi di dalam hierarkipentadbiran, undang-undang tempatan menjadi dasar pemerintahan dan BahasaMelayu sebagai bahasa rasmi.

    Pada 24 Oktober, 1901, Phya Sri sekali lagi menghadap baginda TengkuAbdul Kadir dankali ini beliau membawa bersamanya sepuncuk suratyangditulis dalam bahasa Siam.Phya Sri meminta Tengku Abdul Kadirmenandatangani surat itu yang dikatakanmengandungi segala aduan dancadangan baginda untuk mengatasi masalahPatani. Surat itu akan diserahkankepada Putera Damrong bagi mendapatkanpertimbangannya. Tengku AbdulKadir enggan menandatangani surat itu kerana ia ditulisdalam bahasa Siam.Phya Sri memberi jaminan bahawa surat itu bukanmerupakan surat perjanjiandan baginda tidak terikat dengan segala kandungannya.Sungguhpun begitu,Tengku Abdul Kadir masih lagi tidak mahumenandatangani surat itu. Akhirsekali, Phya Sri mengarahkan pegawainya sepayamenterjemahkan surat ituke dalam bahasa Melayu untuk didengar oleh Tengku AbdulKadir.

    Selepas dibaca surat itu, Phya Sri sekali lagi memberi jaminan bahawa bagindatidakterikat dengan kandungannya. Baginda boleh membuat pindaan kemudian,yangdifikirkannya perlu. Dengan jaminan itu, Tengku Abdul Kadir telahmenurunkantandatangannya. Selepas mendapatkan tandatangan itu Phya Sridan rombongannyaberangkat ke Teluban dalam perjalanannya ke Singapura.Di Singapura, Phya Sri telahmemberitahu Swettenham dan Duff bahawakononnya masalah Raja Patani telah dapatdiselesaikan kerana TengkuAbdul Kadir telah menerima peraturan pentadbiran hasil darirundinganantara kedua belah pihak. Beliau juga menjangka kekacauan tidakmungkinlagi berlaku selepas tercapainya pesetujuan itu.

    Bagaimanapun keadaanya agak berlainan sekali di Patani. Selepas PhyaSri meninggalkanPatani, Tengku Abdul Kadir telah meminta pegawainyamenterjemahkan surat tersebut.Alangkah terkejutnya baginda apabilamendapati kandungan surat itu berlainan sekalidengan apa yang diterangkanoleh Phya Sri kepadanya. Memang benar bahawa surat ituditujukan kepadaPutera Damrong tetapi kandungannya menyatakan bahawa bagindatelahbersetuju untuk menerima undang-undang Pentadbiran tahun 116bagidikuatkuasakan di negeri Patani. Sejajar dengan itu juga baginda bersetujuuntukmenerima perlantikan seorang Setiausaha Kerajaan yang mempunyaikuasa muktamaddalam segala urusan negeri Patani. Menyedari bahawabaginda telah ditipu, TengkuAbduk Kadir dengan serta merta menghantardua orang Pembesar Negeri, Wan Ismail

  • 7/28/2019 Sejarah Perjuangan Melayu Patani 1785

    18/81

    dan Wan Muhammad, ke Singapurauntuk memberitahu Timbalan Menteri Siam itutentang kesilapan yangterdapat dalam surat itu. Selepas diberitahu oleh wakil RajaPatani, Phya Srimenyatakan persetujuannya untuk berjumpa dengan Tengku AbdulKadirselepas perkara itu dibincangkan di dalam majlis perjumpaan Raja-rajaNegeri diNongchik pada 13 November 1901. Phya Sri juga meminta TengkuAbdul Kadir supaya

    tidak menghebohkan kejadian yang berlaku tempoh harikepada Raja-Raja Melayu lain.

    Tengku Abdul Kadir tidak hadir di mesyuarat yang telah diadakan diNongchik pada 13November, 1901 atas alasan sakit. Dengan berbuatdemikian, bererti baginda tidak akanterikat dengan sebarang keputusan yangdibuat oleh Majlis tersebut.Di mesyuarat itu,Phya Sri telah mengemukakan undang-undangpentadbiran tahun 116 yang dirancanguntuk dilaksanakan di negeri-negeriMelayu Patani. Beliau telah meminta Raja-RajaMelayu yang hadirmengesahkan peraturan itu. Di bawah peraturan pentadbiran itu tujuhbuahnegeri Patani akan dipecahkan kepada dua bahagian iaitu

    1. Bahagian Sungai Teluban (Saiburi, Legeh dan Kelaba).

    2. Bahagian Patani (Patani, Nongchik, Reman dan Jala).

    Setiap bahagian itu akan dilantik seorang Residen-Jeneral, Setiausaha,Hakim, Bendaharidan Timbalan-timbalan mereka. Residen-Jeneralbertanggungjawab dalam menguruskanhal-ehwal dalam negeri sesuai denganarahan Pesuruhjaya Tinggi. Residen-Jeneral jugamempunyai kuasa untukmemecat mana-mana pegawai kerajaan, selepas berundingdengan PesuruhjayaTinggi, termasuk juga memecat mana-mana Raja ataupun ketuaNegeri,sekiranya mendapati mereka tidak menjalankan tanggungjawabmengikutperaturan yang ditetapkan. Residen-Jeneral juga mempunyai kuasamenghukumatau mendenda sebarang penjenayah tetapi tidak melebihi 100 tikal

    ataupunselama tiga bulan penjara. Residen-Jeneral juga berkuasa untukmembatalkansebarang arahan yang dikeluarkan oleh Raja negeri yang dianggapbercanggahdengan Undang-undang Tubuh Siam.

    Sungguhpun peraturan itu menetapkan bahawa Raja bertanggungjawab ke ataspentadbiran negeri tetapi baginda mestilah terlebih dahulu mendapatkankelulusanSetiausaha Kerajaan dan juga Majlis Negeri sebelum mengeluarkansebarang arahan.Bagaimanapun, Raja atau Setiausaha Kerajaan dan pegawai-pegawailain tidakmempunyai kuasa untuk:

    1. membuat sebarang undang-undang;

    2. memberikan pajakan atau mengutip wang daripada penduduk-pendudukdalam apabentuk sekalipun;

    3. memberikan konsesi lombong ataupun kayu jati atau mengadakan sebarangperjanjiandengan kuasa asing;

  • 7/28/2019 Sejarah Perjuangan Melayu Patani 1785

    19/81

    4. Menjatuhkan hukuman mati ataupun penjara seumur hidup ke atasseseorang ataumerampas harta rakyat; membenarkan sebarangwarganegara asing membeli tanah untukpertanian; atau membuat rumahdengan tujuan untuk menetap di negeri itu; atau untukmembuat perjanjiandengan negara-negara asing atau untuk mempunyai askar,ataupunmenyimpan senjata api.

    Di bawah peraturan itu, Raja-Raja negeri diberikan jaminan kewangan yang mencukupisekiranya baginda menjalankan tugasnya dengan baik.Bagaimanapun Phya Sri gagalmendapat persetujuan Raja-raja Melayu,kecuali Raja Jering dan beberapa orang pegawaiyang pro-Siam, menerimaperaturan pentadbiran. Raja-raja Melayu telah menolakperaturan pentadbiranitu secara keras kerana mereka sedar bahawa denganmenerimanya, kedudukanmereka sebagai raja negeri akan terjejas.

    Sebelum pulang ke Bangkok, Phya Sri telah singgah di Patani untukmenyerah salinanperaturan itu kepada Tengku Abdul Kadir Kamruddin sertameminta baginda menerimaperaturan itu. Seperti juga Raja-raja Melayu lain,Tengku Abdul Kadir telah menolak

    peraturan itu. Sekiranya baginda menerimaperaturan itu kedudukan baginda adalah subordinates to 2 or 3 Siameseofficers of no particular rank. Ia juga akan deprives himof all authority.

    Beberapa hari kemudian, Tengku Abdul Kadir menghantar suratbantahan kepadachulalongkorn menyemai perkara itu. Tanpa menghiraubantahan Raja-raja Melayu,Kerajaan Siam meneruskan juga rancangannyauntuk merombak sistem pemerintahan dinegeri-negeri Melayu Patani.Tengku Abdul Kadir telah dimaklum tentang keputusan inioleh PuteraDamrong pada16 Disember, 1901. Peraturan itu dikenali sebagaiperaturanbagi mentadbir Tujuh Wilayah bagi Tahun 120 di negeri-negeriMelayuPatani.

    Peraturan bagi Mentadbir Tujuh Wilayah bagi Tahun 120

    Peraturan ini dirancang sebegitu rupa bagi mengukuhkan lagi kawalan kerajaan pusat keatas semua peringkat dan bidang pentadbiran Negeri-negeri MelayuPatani. Di bawahperaturan ini, Negeri-Negeri Melayu Patani akan diletakkandi bawah tanggungjawabMajlis Wilayah masing-masing yang akan dianggotaioleh Phya Muang(RajaNegeri/Gabenor), selaku Pengerusi Majlis dan PalatMuang (Timbalan pengerusi),Yokrabat (Pegawai Undang-undang). Kesemuapegawai tersebut akan dilantik olehRaja Siam di atas budi bicaranya.

    Sungguhpun Majlis Wilayah diberi kuasa untuk mentadbir negeri itu, iajugabertanggungjawab sepenuhnya kepada Residen-Jeneral (atau di kenali jugasebagaiPesuruhjaya Tinggi). Perkara 4 dalam peraturan itu menyebut bahawa Majlis Wilayahhanya boleh mengadakan sebarang peraturan atauarahan selepas mendapatkan kelulusanatau kebenaran daripada Residen-Jeneral.Residen-Jeneral diberi kuasa oleh peraturan ituuntuk membatalkanmana-mana peraturan atau arahan yang diluluskan oleh Majlis yangdianggapbertentangan dengan kepentingan kerajaanSiam ataupun bercanggahdenganperaturan, arahan atau undang-undang kerajaan atau perjanjian yang

  • 7/28/2019 Sejarah Perjuangan Melayu Patani 1785

    20/81

    dilakukanoleh kerajaan Siam dengan sebarang kerajaan asing. Peraturan itujugamembolehkan Residen-Jeneral menggantung jawatan mana-mana pegawaitermasukRaja negeri atau Gabenor, sekiranya ia dianggap menggugatkepentingan kerajaan Siam.

    Jika dilihat pada peraturan itu memang tidak dapat dinafikan ia

    bertujuanmemperkukuhkan penguasaan kerajaan Siam ke atas pentadbirantributarystates and outer porvinces. Sungguhpun peraturan itu mengakui RajasebagaiKetua negeri (Phya Muang) namun dalam mentadbir negeri itu,beliaudikehendaki berkongsi kuasa dengan timbalan pengerusi majlis dan jugaanggota-anggota majlis yang lain. Baginda tidak boleh menguatkuasakansebarang keputusanmajlis kecuali setelah mendapatkan pengesahan daripadaPalat Muang. Dengan itutidaklah salah kalau dirumuskan bahawa hisposition was merely titular.

    Putera Damrong juga memberitahu Tengku Abdul Kadir tentangperlantikan Phya Seksenisebagai Residen-Jeneral atau Pesuruhjaya tinggibagi negeri-negeri Melayu Patani. PuteraDamrong mengingatkan bagindabahawa The Rajah must listen to and follow Phya

    Seksenis Order. Beliaujuga berjanji akan menambahkan elaun kepada Tengku AbdulKadir in orderto maintain the Rajahs position. Justeru, katanya sistem cukai diPataniperlu disusun semua kerana the larger the revenue becomes the more theRajahwill getDengan penggubalan Peraturan bagi mentadbir Tujuh Wilayah bagitahun 120,maka kesemua peraturan pentadbiran, khususnya yang dicadangkanoleh Phya Srisebelum itu terbatal.

    Dalam jawapannya kepada Putera Damrong bertarikh 23 Disember 1901, Tengku AbdulKadir merayu agar kerajaan Siam membenarkan Patanidiperintah seperti sediakala iaituselaras dengan surat pengiktirafan dari RajaChulalongkorn yang menegaskan bahawabaginda have the right to governthe state of Patani with justice and just as his

    predecessors had governed.

    Tengku Abdul Kadir juga menyatakan kesediaannya untuk membuat beberapapindaandalam sistem pentadbiran negeri Patani seperti menubuhkan majlisNegeri, mewujudkanjawatan Pegawai Kewangan Negeri, JabatanPerbendaharaan dan Pejabat Ketua Daerah.Bagi memulihkan kekuasaan dankedaulatan raja Melayu, Tengku Abdul Kadirmencadangkan supaya,

    1. Raja diberi kuasa untuk melantik atau memecat mana-mana pegawaiKerajaan yangmelakukan kesalahan.

    2. Raja dibenarkan mempunyai seramai 60 orang anggota polis bersenjata.

    3. Semua urusan negeri diuruskan dalam bahasa Melayu dan bukan dalambahasa Siam.

    4. Membenarkan bunga mas dan perak dihantar ke Bangkok seperti biasa.

  • 7/28/2019 Sejarah Perjuangan Melayu Patani 1785

    21/81

    Tengku Abdul Kadir juga berikrar akan mengekalkan perhubungan baikdengan KerajaanSiam tetapi dengan syarat kerajaan Siam menghormati hakautonomi negeri Patani.Bagaimanapun cadangan Tengku Abdul Kadir ituditolak oleh pihak berkuasa Siam.

    Apabila gagal mendapat persetujuan daripada kerajaan Siam pada awalJanuari 1902,

    Tengku Abdul Kadir sekali lagi merayu kepada Swettenhammeminta kerajaan Britishcampur tangan dan melepaskan negeri Patanidaripada cengkaman pihakSiam. 29 Baginda juga mengingatkan Swettenhambahawa sekiranya British masihmembisu dan enggan campur tangan, rakyatPatani tidak ada pilihan lain kecuali terpaksamemberontak menentang Siamdan kalau perlu ia akan berusaha untuk mendapatkansokongan daripadakuasa Eropah yang lain.

    Inilah buat kali keduanya Raja Patani mengugut untuk memberontak danbercadang untukmendapatkan sokongan daripada kuasa asing bagimembebaskan negeri Patani daripadacengkaman Siam. Pada pertengahantahun 1901, baginda bermesyuarat dengan Raja-RajaMelayu lain untukmengadakan pemberontakan dalam bulan Oktober, 1901 tetapi atas

    nasihatDuff dan Swettenham rancangan untuk memberontak itu telah dibatalkan.

    Pembatalan rancangan itu dibuat di atas sangkaan bahawa pihak British,melalui jasa baikSwettenham dan Duff, akan membantunya untuk melepaskan Patani dan negeri-negeri disekitarnya dairpada cengkaman pihak Siam. Tetapisehingga awal tahun 1902,keadaannya masih belum berubah. Kerajaan Britishmasih lagi tidak bertindak tetapisebaliknya The Siamese government greatlyincreased their harshness to my country tomy exceding great sorrow. Justeru,

    Tengku Abdul Kadir terpaksa membuat ugutan seperti itu sekali lagi.Ugutan TengkuAbdul Kadir itu sudah cukup untuk memaksa Swettenhambertindak. Swettenham, telah

    mengambil kesempatan daripada lawatanChulalongkorn ke Singapura pada awal Januari,1902 untuk merundingkanmasalah Patani. Beliau menyatakan rasa bimbangnya terhadappergolakanyang berlaku di negeri-negeri Melayu Patani. Beliau juga memberiamaranbahawa sekiranya pihak Siam tidak bertindak untuk menyelesaikanmasalahRaja-Raja Melayu, besar kemungkinan kekacauan akan tercetus ke kawasanituyang secara tidak langsung akan menjejaskan kepentingan British di sana.

    Beliau menegaskan bahawa Raja-raja Melayu di Semenanjung juga akancampur tangansekiranya berlaku pemberontakan. Untuk menguatkan hujahnya,Swettenham menarikperhatian Chulalongkorn kepada pemberontakan diAceh dan Pahang. Sungguhpun pihakBritish dan Belanda mempunyaikekuatan yang cukup untuk memadamkanpemberontakan tersebut tetapi merekaterpaksa membanting tulang untukmematahkannya. Swettenham menyatakanbeliau tidak yakin bahawa pihak Siammempunyai kemampuan untukmenghadapi tentangan daripada 50,000 orang-orangMelayu. Jikalau tidak atasnasihatnya, raja-raja Melayu Patani sudah tentu akan bangkitmemberontakmenentang Siam.

    Chulalongkorn mengakui tentang keadaan yang genting di Negeri-negeriMelayu Pataniitu dan dengan itu beliau memberi persetujuannya untukbekerjasama dengan pihak

  • 7/28/2019 Sejarah Perjuangan Melayu Patani 1785

    22/81

    British bagi menyelesaikan masalah tersebut.Bagaimanapun beliau menafikan dakwaanSwettenham bahawa kerajaan Siamtidak berusaha untuk mengukuhkan kedudukan ataukekuasaannya di negeri-negeriitu. Beliau juga menolak dakwaan Swettenham bahawaRaja-RajaMelayu akan bangkit memberontak menentang Siam. Menurutbeliaupemberontakan hanya akan berlaku sekiranya Raja-raja Melayu itu disokongoleh

    kuasa-kuasa luar. Bagaimanapun Chulalongkong berterima kasih kepadaSwettenhamkerana menasihatkan Raja-raja Melayu supaya tidak memberontakserta mengharamkankemasukan senjata api ke negeri-negeri tersebut.Dalam perbincangan selanjutnya,Swettenham mengemukakan tiga pilihankepada Chulalongkorn bagi menyelesaikanmasalah Negeri-negeri Melayu Patani,iaitu:

    1. Siam melepaskan negeri-negeri tersebut dari kawalannya ataupun;

    2. Siam melantik pegawai-pegawai British yang berpengalaman untukmentadbir negeri-negeri itu bagi pihak Siam, ataupun;

    3. Siam memberi mandat kepada kerajaan British untuk mendapatkanpersetujuandaripada Raja-raja Melayu supaya menyerahkan segala urusanyang berkait dengan halehwal luar negeri kepada kerajaan Siam denganjaminan bahawa kerajaan Siam akantidak campur tangan dalam halehwal negeri mereka.

    Dalam rundingan selanjutnya, iaitu pada 24 Februari 1902, Swettenhamsekali lagimenekankan pentingnya kerajaan Siam membenarkan Raja-rajaMelayu menguruskanhal-ehwal dalam negeri sebagaimana biasa merekalakukan dan juga tidak mengenakansebarang tekanan supaya bahasa Siamdijadikan bahawa rasmi. Beliau juga bersetujudengan cadangan Siam untukmenghapuskan tradisi penghantaran bunga mas dan perakoleh kerajaan-kerajaanMelayu kepada kerajaan Siam.

    Sungguhpun Chulalongkorn menyatakan persetujuannya untukmempertimbangkancadangan-cadangan itu, namun pihak berkuasa Siam diBangkok, khususnyaKementerian Dalam Negeri, nampaknya tidak bersediauntuk membenarkan Britishcampur tangan dalam urusannya. Tindakan Raja-RajaMelayu yang diketuai oleh TengkuAbdul Kadir menolak rancangantempoh hari telah menimbulkan kemarahan pihakberkuasa di Bangkok. Merekamenganggap tindakan Raja-raja Melayu Patani itu sebagaimencabar kekuasaanSiam ke atas negeri-negeri itu. Mereka juga memandang berattindakan Raja-rajaMelayu khususnya Tengku Abdul Kadir yang menghubungi pihakberkuasaBritish di Singapura bagi mendapatkan sokongan British untukmelepaskannegeri-negeri itu daripada cengkaman Siam. Siam menyedari bahawasekiranyamereka membiarkan Raja-raja Melayu bertindak tanpa sebarangsekatan,kemungkinan besar Siam akan kehilangan wilayahnya di Selatan.

    Justeru, pada pagi Jumaat 21 Februari 1902, Phya Sri Sahadhed, Timbalan MenteriDalam Negeri, telah menghantar telegram kepada Tengku Abdul Kadirmemberitahubahawa beliau akan sampai ke Patani pada petang itu.34 Lebih kurangpada pukul 3petang seorang pegawai Siam telah datang ke istana raja Patani diCabang Tiga danmeminta baginda datang ke kediaman Timbalan Menteri Siamitu. Sesudah menunaikan

  • 7/28/2019 Sejarah Perjuangan Melayu Patani 1785

    23/81

    fardhu Asar Tengku Abdul Kadir dengan diiringi oleh 20orang pengiringnya telahberangkat ke kediaman Timbalan Menteri itu yangdikawal rapi oleh 100 orang askarSiam (Straits Times 12 Mac 1902).

    Phya Sri meminta Tengku Abdul Kadir masuk ke biliknya. Selepas itubeliau

    mengeluarkan satu dokumen mengenai peraturan pentadbiran untukmentadbir TujuhWilayah bagi Tahun 1902, membacanya dan kemudiannyameminta Tengku Abdul Kadirmenurunkan tandatangan. Tengku Abdul Kadirenggan menurunkan tandatangannyasebelum beliau berunding dengan MenteriBesarnya yang ketika itu berada di Bangkok.Baginda tidak mahu lagimengulangi kesilapan seperti yang dilakukan oleh beliau padamasa lalu. PhyaSri terus memaksa Tengku Abdul Kadir menurunkan tandatangandenganmemberikan tempoh selama 5 minit. Sekiranya baginda gagaluntukmenandatangani dokumen itu, beliau akan memecat baginda dan melantikKoodayatau Raja Pitay, salah seorang anggota majlis negeri Patani yang pro-Siam,sebagai RajaPatani. Perlu diingatkan bahawa Raja Pitay adalah salahseorang pembesar tempatan yangtelah menandatangani dokumen yangdikemukakan oleh Phya Sri dalam majlis

    perjumpaan Raja-Raja Melayu diNongchik dahulu (Davies 1902, 26).

    Bagaimanapun Tengku Abdul Kadir masih enggan mengikut arahanTimbalanMeneri Siam itu. Dengan berbuat demikian bererti bukan sajabaginda telah menyerahkanPatani kepada kerajaan Siam tetapi jugamembiarkan rakyatnya terus ditindas oleh pihakberkuasa Siam. Akibatnya,Tengku Abdul Kadir telah ditangkap (Straits Times, 12 Mac1902).

    Melihat keadaan ini, pengiring-pengiring baginda cuba membebaskanTengku AbdulKadir dari tahanan pihak Siam, tetapi atas nasihat bagindamereka tidak melakukannya.Tengku Abdul Kadir berpendapat tidak adagunanya membiarkan rakyatnya bertumpah

    darah kerana telah diketahuinyakekuatan orang-orang Patani pada masa itu terlampaukecil. Tengku AbdulKadir telah dibawa ke Songkhla untuk ditahan.

    Beberapa hari kemudian, Phya Sukhum, Pesuruhjaya Siam, telahmenangkap pula TengkuSamsuddin, Raja Rangae dan Tengku Mutalib, Raja Teluban. Mereka juga telah dibawake Songkhla (Tej Bunnag 1977, 153).Selepas dibawa ke Songkhla, Tengku Abdul Kadirdan Raja-raja Melayu laindi bawa ke Pitsanulok. Baginda telah dijatuhi hukuman penjaraselama tiga tahundi atas kesalahan mengingkari perintah Raja Siam. Pada 6 Mac 1902,TengkuAbdul Kadir dengan rasminya telah dilucutkan jawatannya sebagai RajaPatani(Davies 1902, 27).35 Pihak Siam telah melantik Raja Pitay atau Kooday,anaksepupu baginda, sebagai Pemangku Raja. Davies, seorang wartawanakhbarSingapore Free Press, mengatakan Raja Pitay is an old man of over sixty years ofage and was the nephew of the Tengku Besar. Di dalam pentadbiran baruitu, kerajaanSiam mula melaksanakan reformasi pentadbiran di Patani.

    Dengan itu berakhirlah pemerintahan keluarga Tuan Besar di Patani yangtelah memerintah negeri itu selama 60 tahun. Tahun masehi 1902 adalah tahunyangmalang sekali di dalam sejarah kejatuhan kerajaan Melayu Patani. Dengan

  • 7/28/2019 Sejarah Perjuangan Melayu Patani 1785

    24/81

    kejatuhanitu, maka terhapus hak pertuanan orang-orang Melayu atas negeri Patani,tergadaisemua hak kebebasan dan kemerdekaan mereka kepada Raja Siam.

    Reaksi ke Atas Penahanan Tengku Abdul Kadir Kamaruddin

    Penahanan Tengku Abdul Kadir, Tengku Samsuddin dan Tengku AbdulMutalib telahmenimbulkan kemarahan dan kebencian yang menyeluruh dikalangan orang-orangMelayu di tujuh wilayah, termasuk juga di Semenanjung,terhadap Siam. Merekabersimpati dengan bekas Raja Patani yang dianggaptelah menjadi mangsa penindasandan kezaliman pihak Siam. Pejabat GabenorBritish di Singapura telah menjadi tumpuandan sasaran pelbagai pihak. Kaumkerabat Diraja Patani, Raja-raja Melayu, orangperseorangan dan akhbar-akhbarNegeri-negeri Selat telah mendesak kerajaan Britishsupaya campur tangan danmembebaskan Raja Patani daripada tahanan Siam. Merekajuga mendesakkerajaan British supaya mengambil-alih tujuh wilayah di selatan daripadapihakSiam. Menulis mengenai situasi ini. Swettenham menyatakan:

    No event in my recollection had ever aroused such a widespread feeling of angerandsympathy on the arrest of the Rajah of Patani. It is universal throughout the statesonthe east coast of the peninsula and is even shared by the Malays under our protection.

    Pihak berkuasa British di Singapura hanya mengetahui peristiwa itu setelah diberitahuoleh Tengku Petri, Permaisuri Raja Patani, dan TengkuZainal Abidin, Raja MudaKelantan, pada awal Mac 1902. Kelewatan iniberlaku kerana pihak Siam dikatakan tidakmembenarkan sebarang maklumattentang perkara itu dikirim keluar sama ada melaluitelegraf atau surat-menyurat.

    Sebaik saja menerima maklumat itu, Swettenham dengan serta-merta memberitahuPejabat Tanah Jajahan di London serta mendesak kerajaan British supaya memintakerajaan Siam membebaskan Tengku Abdul Kadir dan dua orang Raja Melayu lain.Dalam masa yang sama, Swettenham juga menghantar surat bantahan kepadaChulalongkorn. Beliau menulis:

    I regret that I was not made aware of this incident during your Majestys visit

    toSingapore, for it makes it difficult for me to render the assistance I am anxious togiveto your Majestys Government, if such a serious step is taken during the progressofnegotiations, and I am not informed of it.

    Di London, kejadian itu dipandang serius oleh kerajaan British. PejabatTanah Jajahanmenganggap tindakan pihak Siam itu sebagai biadab. PihakPejabat Luar pulamenganggapnya sebagai keterlaluan. 40 JosephChamberlain, Setiausaha Tanah Jajahan

    Negeri British, dengan serta mertameminta Menteri British di Bangkok, Tower, supayamengemukakan bantahankepada kerajaan Siam di atas kejadian itu.

    Walau bagaimanapun Tower tidak mengemukakan bantahan Pejabat Luar British kepadaChulalongkorn. Beliau bertindak demikian kerana tidakmahu menjejaskan rundingan di

  • 7/28/2019 Sejarah Perjuangan Melayu Patani 1785

    25/81

    antara kedua-dua buah kerajaan, mengenaiNegeri-Negeri Melayu Utara (Kelantan,Terengganu) dan katanya:

    I think it would injure our cause if we were to begin with drastic measures affecting

    Patani - a non-conterminous state while the relations between Siamand the neighbouring

    state of Kelantan and Terengganu are still to be adjusted.

    Tambahnya lagi, tindakan pihak Siam menahan Raja Patani adalah sejajardengankehendak British yang ingin melihat kekuasaan Siam bertapak teguhdiPatani.Pandangan Tower mengenai isu Patani mendapat perhatian pihak BritishdiLondon. Kebetulan pula pihak Siam merayu kepada kerajaan Britishsupaya isu Patani itudiasingkan dan dibezakan dari kes negeri Kelantan danTerengganu. Justeru, dalamrundingan British-Siam yang diadakankemudiannya, wilayah Patani tidakdibincangkan.Keadaan ini telah menimbulkan perasaan tidak puas hati kerabat

    DirajaPatani dan beberapa orang pegawai British di Tanah Melayu serta Singapurayangingin melihat Patani dan Negeri-Negeri Melayu di sekitarnya terlepasdari cengkamanpihak Siam.

    Tengku Petri, dalam sepucuk Suratnya kepada Swettenham pada 18Ogos, 1902, telahmenyalahkan pihak British dan juga Swettenham di ataspenahanan suaminya olehpihak Siam. Katanya:

    Had any change been necessary on the status of the country he would have no

    objectionto the British coming there but he would have fought the Siamese intrusion hadhe notbeen advised otherwise by the Governor, and he knew he would have had all the

    Malaystates on his side in the struggle against them. The petitioner now pray that theBritishGovernment may give the case their precious consideration and demand therelease ofthe Rajah. With respect to the future of the state the Patanese can further praythat itmight be taken once by the British nation and not suffered to remain in Siamesehand.

    R.W. Duff juga merayu supaya kerajaan British membebaskan RajaPatani dari tahananpihak Siam.45 Beliau menyalahkan dirinya dan juga kerajaanBritish keranamenyebabkan Raja Patani itu ditahan oleh pihak Siam.

    Swettenham yang menjadi sasaran pihak yang bersimpati dengan RajaPatani, juga

    menyatakan perasaan tidak puas hati terhadap sikap kerajaanBritish mengenai isu RajaPatani. Dalam suratnya kepada Lucas pada 11 Jun,1902, Swettenham menulis:

    I cannot suppose that HMG desired to enlarge the area of the Siamese Dominions forthebenefit of humanity, because of all Eastern people the Siamese are the mostcontemptible,the most unrealible, the most corrupt. They are cruel and lazy, untrustful, and they arenot even courageous. I know the British Government does not want them and that theMalays (or some of them) want us, is of far less importance than the factthat they do not

  • 7/28/2019 Sejarah Perjuangan Melayu Patani 1785

    26/81

    want the Siamese. At this moment our influence in the peninsula ispredominant and ourprestige is great The propect for them is gloomy, the feelingof unrest and oppressionis great. I keenly hope it will not be forgotten that, knowingwhat was going on, I told theRajah of Patani and his friends neither to make nor toallow any trouble. Theconsequence is that, without striking a blow for himself, he isnow a prisoner on some

    remote spot far up the Menam river, because he declined to sign a document of practicalabdication which must have been needless if (as the Siamesecontend) his countryalready belonged to Siam and he was simply and official appointedby the King. Surelysome real pressure may be put upon the Siamese Government tocompell the King to

    release this man, and give him and his family enough to leave uponin exile in some partof the peninsula not under Siamese control.

    Pada bulan September, 1902 Swettenham memberitahu pihak berkuasadi London tentangkesediaannya untuk memberikan tempat tinggal kepadaTengku Abdul Kadir di Negeri-negeri Melayu Bersekutu sekiranya pihakSiam membebaskan baginda.Beliau jugamemberi jaminan bahawa bekasRaja Patani itu tidak akan di benaran pulang ke Patani

    selepas dibenarkantinggal di Negeri-negeri Melayu bersekutuSungguhpun begitu,cadangan Swettenham tidak dapat diambil tindakankerana pada masa itu perwakilanBritish di Bangkok sedang berundingdengan kerajaan Siam mengenai kedudukanNegeri-Negeri Melayu Utara.

    Bagaimanapun, setelah termeterainya Perjanjian British-Siam pada 5 Oktober1902, kesRaja Patani itu telah dibangkit semula oleh pihak British (Chandran,J. 1971, 4-3).Kebetulan pula pada masa itu kerajaanSiam juga bersediauntuk menyelesaikan masalahPatani. Sebagaimana yang dikata oleh TejBunnag, the military victory did notovercome the resentment somepeopel felt towards the reduction of regionalindependence. (Taj Bunnag1974, 154) Chulalongkorn sendiri menyedari tentanghakikat ini. Dalam sepucuk suratnya kepada Putera Damrong, Chulalongkornmengatakan:

    We have rather perverted the administration of the seven Malay Proveince fromitstrue state. It can be said that we have imported but have misused a foreign mode ofadministration When the British use this model of administration, they go to advise and

    supervise rulerswhom they treat as the owners of the provinces We, on the other hand,treat theprovinces as ours, which is not true, for the Malays consider the provincesbelong to them.When we said we are going to trust them, we do not really do so, but sendcommissionersand deputy commissioners are then empowered only either to manipulatethem as puppetsof, if that is not possible, to spy on them and to pass on their secrets. Wecannot, however,really protect against anything in this way. I do not think that anadministration, which isso full of deviousness, can result in our mutual and peace ofmind

    Sebagai satu usaha ke arah menyelesaikan masalah tidak puas hatipenduduk-penduduktempatan terhadap kerajaan Siam dan juga untukmeredakan tekanan pihak British,kerajaan Siam mengambil keputusan untukmembebaskan bekas Raja-raja Melayu. Padabulan April, 1903, TengkuSamsuddin, Raja Rangae dan Tengku Mutalib, Raja Teluban

  • 7/28/2019 Sejarah Perjuangan Melayu Patani 1785

    27/81

    telah dibebaskansetelah kedua-duanya bersetuju untuk menerima peraturan 1901bagidilaksanakan di negeri masing-masing. Bagaimanapun Tengku Abdul Kadir,bekasRaja Patani, hanya dibebaskan setahun kemudian (Penang Gazette 12Mac 1904).Mengikut Putera Damrong, kelewatan ini berlaku kerana TengkuAbdul Kadir engganmenandatangani surat ikrar untuk berperangai baik.Tetapi, mengikut Muhammad Sanib,

    wakil bekas Raja Patani, Tengku AbdulKadir was by no means unwilling to give apromise of good behaviour cuma baginda tidak bersetuju dengan syarat GabenorPitsanulok yang mahukanbaginda membuat pengakuan bahawa tindakannyamengingkari arahan RajaSiam tempoh hari adalah kerana hasutan Swettenham,Gabenor Negeri-negeriSelat.

    Pada 5 Mac 1904, Tengku Abdul Kadir telah dibebaskan dari tahanan selepas bagindamembuat pengisytiharan bahawa beliau tidak akan lagi melibatkandiri ataupun bergiatdalam politik dan akan patuh kepada kerajaan Siam.(TejBunnag 1974, 156)Pada 27April, 1904, Tengku Abdul Kadir pulang ke Patani dengan kapalS.S Chakrabongse,selepas ditahan di penjara Pitsanulok selama lebihkurang 27 bulan (Penang Gazette 12

    Mac 1904). Kepulangan baginda kali inibukan lagi sebagai seorang raja tetapi sebagairakyat biasa. Sungguhpunbegitu Tengku Abdul Kadir telah di beri sambutan denganpenuh adatkebesaran raja Melayu oleh rakyat baginda.

    Pada masa itu sistem pemerintahan di Patani telahpun berubah. NegeriPatani sendiri telahdicantum dengan negeri-negeri Patani lain yang dikenalisebagai Boriwen Patani dandiletak di bawah tanggungjawab seorang PesuruhjayaTinggi Siam bernama PhrayaMahibol. Pesuruhjaya Tinggi Siam di Patanisebelum itu, iaitu Phraya Sekseni, telahditukar sebaik saja Tengku Abdul Kadirdibebaskan dari tahanan. Pada pendapat TejBunnag, pertukaran itu dibuatmungkin bertujuan untuk reconcile the local nobility.Tengku Abdul Kadirbagaimanapun tidak tinggal lama di Patani. Pada tahun 1905,baginda sekeluargatelah berpindah ke Kelantan untuk membina penghidupan barudi sana.

    Patani di Bawah Pemerintahan Siam

    Penyusunan semula sistem pentadbiran wilayah yang telah dilakukan sejak1898 telahmembawa perubahan juga dalam birokrasi. Raja-Raja Melayu satudemi satu telahdigantikan dengan Gabenor Siam yang dilantik dariperkhidmatan awam kebangsaan.Oleh kerana kesemua jawatan terletak dibawah perkhidmatan awam kebangsaan dansegala urusan pentadbirandijalankan dalam bahasa Siam, maka hampir kesemua jawatankecil sepertikerani dan pelayan pejabat, telah dipegang oleh pegawai Siamyangdidatangkan dari Bangkok.

    Bagi orang-orang Melayu perubahan dalam sistem pentadbiran ini adalahsatu penjajahanke atas negeri dan bangsa mereka. Suatu hal yang menimbulkanmasalah kepada orang-orang Melayu ialah pegawai-pegawai Siam yangdihantar bertugas ke selatan adalah

  • 7/28/2019 Sejarah Perjuangan Melayu Patani 1785

    28/81

    berpendidikanSiam. Mereka tidakmengetahui bahasa dan adat-resam tempatan. Olehkerana kurang mengetahuitentang kebudayaan tempatan, tindakan dan perbuatanpegawai Siam ituselalu menyinggung perasaan orang-orang Melayu. Keadaan inimenyebabkanperhubungan antara penduduk-penduduk tempatan dengan parapegawaiSiam tidak terjalin dengan baik. Selain daripada sikap itu, kualiti pegawai-

    pegawaiSiam yang dihantar bertugas di Patani adalah kurang memuaskan.

    Arsa Meksawan, dalam kajiannya menulis bahawa: The assignment of high-rankingofficials who were residents of Bangkok to provincial posts was not regarded favourablyby them. Old tradition did not encourage people to move freely from one province to

    another. Naturally officials who were used to living in Bangkok all their lives hated the

    idea of being transferred to the provinces, which were places alien and unknown to

    them (Arsa Meksawan 1961, 11).

    Memang telah menjadi satu amalan pemerintah Bangkok menjadikan wilayah-wilayah yang terpencil dari pentadbiran pusat seperti di selatan sebagaitempat

    "Pembuangan" pegawai-pegawai rasuah. Akibatnya, wilayah-wilayahberkenaanmempunyai pegawai yang mengamalkan rasuah, tidak cekap dantidakbertanggungjawab. Ramai di kalangan mereka yang terlibat dalamperbuatan-perbuatanrasuah dan kegiatan jenayah lain seperti penyeludupan.Akibat daripada sikap dan kualitipegawai-pegawai Siam yang dihantarbertugas di selatan yang mementingkan diri sendiri,pembangunan sosial danekonomi di Patani terabai dan terbiar. Bagi orang-orang Melayu,merekatidak melihat sebarang perubahan yang dapat dinikmati di bawahpemerintahanSiam. Keadaan ekonomi mereka tetap tidak berubah sedangkan merekajugamembayar cukai kepada kerajaan. Keadaan ini telah menimbulkan kemarahanorang-orang Melayu terhadap pemerintah. W.A.R Wood, Konsul British diSongkhla, bersetujubahawa Patani is grossly misgoverned.1 Antara perkarayang mencetuskan perasaantidak puas hati orang-orang Melayu Patani ialahadanya aktiviti buruh paksaan.

    To my mind the most disgusting feature of this forced labour in Patani is that it is all for

    nothing. Men are dragged from their homes and work and set to perform arduous tasks

    without pay and though the whole country is groaning with discontent owing to this stateof affairs there is nothing to show it. I really cannot think what the Siamese make these

    unfortunate people do, but is quite clear that their labour is not utilized for public

    works.2

    Malahan Kooday (Raja Pitak), Raja negeri Patani, pernah mengadukepada Wood tentangkesusahan hidup di bawah pemerintahan Siam. Katanya:You will see, "that my mouthcannot speak some things, but in my heart I know what people are saying, and howunhappy the peasants of Patani are now.

    Dalam suratnya kepada Paget, Menteri British di Bangkok, Woodmenyatakankebimbangannya bahawa sekiranya tindakan tidak diambil,kemungkinan besar kekacauanakan berlaku di wilayah Melayu tersebut.In short, everyone is full of discontent thenatives of Patani who begged me to register them as British subjects were verynumerous. Patani is grossly misgoverned, and if the Siamese authorities do not mend

  • 7/28/2019 Sejarah Perjuangan Melayu Patani 1785

    29/81

    their ways they will only have themselves to thank should serious trouble occur. I myself

    should have considerably more respect for the natives of Patani that I now have were

    they were to rise up and massacre every Siamese in the state.

    Pihak British sememangnya berhasrat untuk melihat negeri-negeri Melayutersebut bebas

    daripada naungan Siam dan meletakkan negeri-negeri tersebutdi bawah naungannyaterutama selepas menerima laporan mengenaikemungkinan kekacauan meletus diwilayah tersebut. Pihak British berpeluanguntuk membangkitkan soal kedudukan Patanidan Setul dengan pihak Siamapabila pihak Siam mengemukakan cadangan untukmembincangkan tentangpenyerahan Negeri-Negeri Melayu utara kepada British padatahun 1907 (NikAnuar 1994).

    Dalam pertemuannya dengan Paget, Menteri British di Bangkok, Strobel, PenasihatUtama kerajaan Siam, mengemukakan cadangan kerajaanSiam untuk menyerahkannegeri Kelantan dan Terengganu kepada pihakBritish dengan syarat hak keistimewaanBritish di Siam dihapuskan.Dalam rundingan, pihak British cuba mempengaruhi

    kerajaan Siam supayamenyerahkan juga Negeri-Negeri Melayu seperti Patani, Legeh,Reman danSetul berasaskan pertimbangan etnik, kebudayaan dan ilmu alam.Strobel,bagaimanapun, menolak cadangan tersebut dengan menegaskan bahawakerajaanSiam hanya bersetuju untuk menyerah mana-mana wilayah yangtidakmempunyai kuasa kawalannya saja, dan pembahagian itu adalah bergantungkepadapertimbangan yang berkaitan dengan hal-hal pentadbiran semata-mata.Namun demikian,Paget, dalam perbincangan tidak rasminya denganStrobel, cuba memasukan juga Patanidan negeri-negeri di sekitarnya dalampenyerahan itu tetapi gagal. Strobel menolaknyadengan tegas sambil berkatabahawa:

    If that is to be the game, I think we had better abandon the negotiations at once. I am

    having sufficient difficulty with the King about Kedah and am not prepared to gofurtherthere are considerable settlements of Siamese in Setul, and it might not be possible toinclude that state As for Patani it is out of the question, as the Siamese Government

    will never consent to its cession.

    Bagaimanapun, dalam perbincangan selanjutnya, Strobel bersedia untukmelepaskanPerlis. Pihak Siam juga bersetuju untuk menyerahkan beberapabuah pulau, termasuklahPulau Langkawi. Pihak kerajaan British pula bersetujumemberikan pinjaman untukmembiayai pembinaan kereta api kepada kerajaanSiam atas kadar 3 3/4 peratussetahun.Kegagalan British untuk melepaskan Patani daripada belenggu kekuasaanSiamtelah mengecewakan orang-orang Melayu Patani. Dengan itu tidaklahhairan orang-orangMelayu di Patani telah bangkit memberontak dalam tahun1910 dan 1911 yang diketuaioleh tuan-tuan guru pondok. Malangnya,pemberontakan itu dibuat tanpa perancanganyang rapi dan dengan demikianpihak berkuasa Siam dengan senang saja dapatmematahkannya.

  • 7/28/2019 Sejarah Perjuangan Melayu Patani 1785

    30/81

    Kebangkitan di Kampung Belukar Semak

    Bagaimanapun, dalam tahun 1923 satu pemberontakan yang paling besartelah berlaku diBelukar Semak, sebuah kampung yang terletak dalam daerahRakak. Pemberontakan iniberpunca daripada tindakan kerajaanSiam yangmahu mengintegrasikan masyarakatMelayu yang dianggap minoriti ke dalammasyarakat Siam melalui proses pendidikan.

    Dalam tahun 1921, kerajaan Siam telah meluluskan Akta Pelajaran yangmewajibkankanak-kanak belajar di sekolah kebangsaan Siam yangmenggunakan bahasa Siam sebagaibahasa pengantar. Bagi menjayakanrancangan tersebut, pusat-pusat pengajian agamaseperti pondok dan masjiddiarahkan supaya mengubah dan menyesuaikan sukatanpelajaran mengikutgaris yang ditetapkan oleh kerajaan. Oleh kerana bimbang anak-anakmerekaakan disiamkan atau dibuddhakan, maka orang-orang Melayu engganmenghantaranak-anak mereka ke sekolah kerajaan yang kebetulannya puladikendalikan oleh sami-sami Buddha.

    Bagi membiayai perbelanjaan sekolah tersebut, kerajaan Siam memaksapenduduk-penduduk tempatan menanggungnya melalui cukai kepala sebanyaksatu tikal seorangtanpa mengira jantina. Hal ini telah menimbulkan kegelisahandi kalangan orang-orangMelayu. Walaupun cukai itu tidak tinggi, merekamenganggapnya sebagai suatu bebanan.Ini adalah kerana mereka baru sajaterlepas daripada kemelesatan ekonomi akibatkejatuhan harga beras danwabak penyakit lembu dan kerbau.

    Tengku Abdul Kadir, bekas raja Patani, telah menjadi tumpuan orang-orang Melayuuntuk mengadu segala kesusahan mereka. Dengan sokonganorang-orang Turki yangdipimpin oleh Osman Effendi, Tengku Abdul KadirKamaruddin telah menubuhkanbarisan pembebasan yang dikenali sebagaiPakatan Mempertahankan Agama Islam(PMAI). Orang-orang Melayudinasihatkan supaya tidak membayar cukai kepadakerajaan tetapi sebaliknyamemberikan sumbangan kepada pakatan ini.

    Pada awal Januari 1923,pertempuran telah tercetus di antara ahli-ahli PMAI denganpasukan polis diBelukar Semak. Ramai daripada pemimpin tempatan yang telahdituduhbersubahat dalam PMAI itu telah ditangkap dan dihukum penjara. TengkuAbdulKadir dan keluarganya pula sempat melarikan diri ke Kelantan.Sejak peristiwa itu,kerajaanSiam mula menjalankan langkah-langkah ketatmengawal pemimpin-pemimpinMelayu tempatan. Tangkapan dilakukan ke atasorang-orang yang disyaki menjadipemimpin pergerakan pembebasan tersebut.

    Bagi mengelak peristiwa itu daripada berlaku sekali lagi, pada Julai 1923,Vajiravudhtelah mengeluarkan arahan kepada Kementerian Dalam Negeri supayamemilih pegawai-pegawai yang jujur dan bertangggungjawab untuk dihantarbertugas di wilayah-wilayahMelayu (Nik Anuar 1994, 26). Tentang cukai,baginda meminta cukai yang akandikenakan di wilayah itu mestilah lebih kurangsama dengan cukai yang dikutip dinegeri-negeri di Semenanjung Tanah Melayu.Baginda juga tidak mahu kegiatan agamaIslam Penduduk-penduduktempatan diganggu oleh pihak berkuasa Siam. PhyaDechanuchit, GabenorPatani, juga telah ditukar bagi menenangkan keadaan.5

  • 7/28/2019 Sejarah Perjuangan Melayu Patani 1785

    31/81

    Vajiravudh memangbimbang dengan keadaan di wilayah-wilayah Melayu. Baginda tidakmahukekacauan itu memberi kesempatan kepada kuasa asing untuk campur tangan.

    Sejak peristiwa Belukar Semak, akhbar negeri-negeri Selat,sepertiPenangGazette, dalam keluarannya pada 14 March 1923, telah mendesak

    kerajaanBritish supaya campur tangan bagi menyelamatkan orang-orangMelayudaripada penindasan Siam (Penang Gazette, 14 Mac 1923).Buat pertama kalisejak pengambilan wilayah-wilayah Melayu, kerajaanSiam terpaksa memberi sedikitkelonggaran kepada Patani dan wilayah-wilayahdi sekitarnya dalam usaha untukmenyerap wilayah-wilayah tersebutke dalam sistem pentadbiran Siam. Dengan membuatdemikian, Patanimemperoleh sedikit antonomi. Keadaan ini bagaimanapun tidak kekallama.Ketegangan tercetus semula di wilayah-wilayah Melayu apabila kerajaanSiam,terutamanya sewaktu pemerintahan Pibul Songgram (1939-44)melaksanakan DasarKebudayaan Paksaan atauRathaniyom.

    Rancangan Asimilasi dan Kesannya ke atas Masyarakat Melayu

    Pada tahun 1932, Kerajaan Siam sendiri telah mengalami perubahan besardalam sejarahpolitiknya. Pada 24 Jun 1932 sekumpulan pegawai mudatentera dan awam di bawahpimpinan Phya Bahol, Phya Song dan PridiBanamyong telah merampas kuasa danmenukar sistem pemerintahan negaraitu daripada sistem pemerintahan beraja mutlakkepada pemerintahan berajaberperlembagaan (Lihat Thawatt Makoropong 1972;Benjamin A. Batson1984 dan K.B London 1939).

    Pemimpin-pemimpin Islam Bangkok seperti Chaem Promyong atau Haji SamsuddinMustapha dan Bachong Sricharoonatau Haji Wahab juga turut serta dalam rampasankuasa tersebut.Rampasan kuasa bulan Jun 1932 membawa harapan baru kepadaprosesrevolusi politik di Siam. Revolusi itu memperkenalkan sistempemerintahanberperlembagaan yang memberi keutamaan kepada kebebasan danpeluangsama rata kepada kesemua lapisan masyarakat untuk melibatkan diridalamproses pemerintahan sendiri. Matlamat revolusi itu adalah untukmencapaikebahagiaan dan kemakmuran hidup kepada seluruh warga negara Siam.

    Perubahan itu dialu-alukan oleh orang-orang Melayu di empat wilayah di selatan itu. Dibawah sistem berparlimen ini, orang-orang Melayupercaya mereka akan memperolehikonsesi daripada kerajaan pusat untukmengekalkan autonomi berhubung agama, budayadan bahasa mereka.

    Sejajar dengan matlamat itu, pilihan raya pertama dalam sejarah politiknegara itu telahdiadakan pada tahun 1933. Dalam pilihan raya itu seorangwakil rakyat keturunan Melayutelah dipilih untuk menduduki kerusi diParlimen. Beliau adalah Abdullah Lang Putehberasal dari Setul. Dalampilihan raya tahun 1936 pula, dua orang calon Melayu lagi telahdipilihuntuk mewakili daerah Patani dan Narathiwat di Parlimen. Mereka ialahKumudaAbdul Putra dan Tengku Abdul Jalal atau dikenali juga sebagaiAdul Nai Saiburi. TengkuAbdul Jalal adalah anak Tengku Muttalib, RajaTeluban yang terakhir. Dalam tahun 1937,

  • 7/28/2019 Sejarah Perjuangan Melayu Patani 1785

    32/81

    Kerajaan Phya Bahol telahmelantik Haji Mustapha atau Banchong Sricharondari Bangkok sebagaiseorang Senator (Ibrahim Shukri 1985, 65).

    Kehadiran wakil-wakil rakyat Muslim di parlimen ini telah memberi harapan kepadamasyarakat Islamkhususnya orang-orang Melayu di selatan, yang selama ini terabai,

    atausekurang-kurang nasib mereka akan mendapat perhatian.Bagaimanapun,revolusi Siam itu juga telah menjadikan orang-orangSiam lebih bersemangat kebangsaanyang bersifat kesiaman daripadasebelumnya. Semangat kesiaman ini dapat dilihat di segiPerlembagaan 1932yang menyebut antara lain bahawa:Siam is a kingdom, one andindivisible.

    Berasaskan semangat perlembagaan itu pemimpin-pemimpin Siam mulamenyusun dasaruntuk membentuk sebuah negara Siam yang sejati berasaskankepada satu agama,bangsa, bahasa dan kebudayaan Siam. Semasapemerintahan Phya Bahol (1933-38),beberapa langkah