malaysia dalam menangani isu tuntutan bertindih

7
Malaysia dalam Menangani Isu Tuntutan Bertindih: Pulau Sipadan dan Pulau Ligitan Mohd Hafiz Bin Yatin Abstrak Penulisan ilmiah ini memfokuskan kepada bagaimana Malaysia menangani isu berkaitan tuntutan bertindih terhadap Pulau Sipadan dan Pulau Ligitan dengan Indonesia. Selain itu, perbincangan turut meliputi kronologi persengketaan hak kedaulatan ke atas pulau-pulau tersebut. Akhir sekali, juga dibincangkan penglibatan organisasi antarabangsa iaitu Mahkamah Keadilan Antarabangsa dalam membantu menyelesaikan persengketaan di antara Malaysia dan Indonesia. Pendahuluan Apabila kita berbicara soal tuntutan bertindih 1 , maka secara tidak langsung kita juga membincangkan soal kedaulatan negara. Kedaulatan merupakan perkara asas dalam sesebuah negara. Kedaulatan amat penting kerana ia dianggap sebagai satu aset bagi mempertahankan kemerdekaan dan kertuanan negara untuk tidak terus dijajah. Jika dirungkai makna kata kedaulatan atau sovereignty, ianya bermaksudkuasa tertinggi yang dimiliki oleh sesebuah negara. Menurut John Bodin dalam bukunya ‘Six Books Concerning The State’, kedaulatan adalah kuasa tertinggi yang terdapat dalam sesuatu kesatuan negara iaitu kuasa tertinggi ke atas warganegara dan rakyat wilayah itu. Dari 1 Juga dirujuk sebagai Hak Kedaulatan.

Upload: hafiz-yatin

Post on 02-Dec-2015

81 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

Page 1: Malaysia Dalam Menangani Isu Tuntutan Bertindih

Malaysia dalam Menangani Isu Tuntutan Bertindih: Pulau Sipadan dan Pulau Ligitan

Mohd Hafiz Bin Yatin

Abstrak

Penulisan ilmiah ini memfokuskan kepada bagaimana Malaysia menangani isu berkaitan tuntutan bertindih terhadap Pulau Sipadan dan Pulau Ligitan dengan Indonesia. Selain itu, perbincangan turut meliputi kronologi persengketaan hak kedaulatan ke atas pulau-pulau tersebut. Akhir sekali, juga dibincangkan penglibatan organisasi antarabangsa iaitu Mahkamah Keadilan Antarabangsa dalam membantu menyelesaikan persengketaan di antara Malaysia dan Indonesia.

Pendahuluan

Apabila kita berbicara soal tuntutan bertindih1, maka secara tidak langsung kita juga

membincangkan soal kedaulatan negara. Kedaulatan merupakan perkara asas dalam

sesebuah negara. Kedaulatan amat penting kerana ia dianggap sebagai satu aset bagi

mempertahankan kemerdekaan dan kertuanan negara untuk tidak terus dijajah.

Jika dirungkai makna kata kedaulatan atau sovereignty, ianya bermaksudkuasa

tertinggi yang dimiliki oleh sesebuah negara. Menurut John Bodin dalam bukunya ‘Six Books

Concerning The State’, kedaulatan adalah kuasa tertinggi yang terdapat dalam sesuatu

kesatuan negara iaitu kuasa tertinggi ke atas warganegara dan rakyat wilayah itu. Dari sudut

pandang sumber berautoriti iaitu Undang-undang Antarabangsa2, kedaulatan itu ialah hak

eksklusif untuk menguasai sepenuhnya sesebuah kawasan pentadbiran, rakyat atau diri

sendiri. Secara umumnya kedaulatan merupakan kuasa tertinggi yang dimiliki oelh

sesebuah institusi dalam masyarakat, politik untuk membuat keputusan tentang hal-hal yang

berhubung dengan pentadbiran dan politik.

Isu-isu berkenaan tuntutan bertindih timbul apabila berlakunya persengketaan antara

dua atau lebih negara dalam berebut hak penguasaan wilayah terhadap satu kawasan

mahupun wilayah yang belum jelas statusnya. Ianya menimbulkan perselisihan antara

1 Juga dirujuk sebagai Hak Kedaulatan.2 Merujuk kepada undang-undang yang merujuk kepada peraturan yang diguna pakai oleh negara-negara di peringkat antarabangsa.

Page 2: Malaysia Dalam Menangani Isu Tuntutan Bertindih

negara yang terbabit. Dalam masa yang sama tuntutan bertindih juga dikenali sebagai kes

mengenai kedaulatan. Lazimnya, negara yang terbabit akan melakukan rundiingan damai

mahupun persetujuan secara meja bulat terlebih dahulu untu meleraikan oersengketaan.

Namun, apabila kata sepakat tidak dicapai maka perkara ini akan dibawa ke peringkat yang

lebih tinggi di Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ)3.

Terdapat pelbagai isu tuntutan bertindih yang menjadi bualan ahli-ahli sarjana di

seluruh pelosok dunia seperti isu tuntutan Pulau Batu Putih, Pulau Layang-layang, Pulau

Sipadan dan Pulau Ligitan. Di dalam penulisah ilmiah ini selanjutnya akan dibincangkan

mengenai isu tuntutan Malaysia dan Indonesia terhadap Pulau Sipadan dan Pulau Ligitan.

Rentetan Perebutan Hak Kedaulatan Pulau Sipadan dan Pulau Ligitan

Isu tuntutan bertindih terhadap Pulau Sipadan dan Pulau Ligitan adalah melibatkan

persengketaan di antara Malaysia dan Indonesia ke atas pemilikan terhadap kedua-dua

pulau ini. Kedua-dua pulau ini terletak di Laut Sulawesi, di luar pantai utara-timur pulau

Borneo, dan terletak kira-kira 15.5 batu nautika. Keluasan Pulau Sipadan hanyalah 0.13

km², manakala keluasan Pulau Ligitan lebih kecil berbanding Pulau Sipadan.

Status Pulau Sipadan dan Pulai Ligitan mula menjadi isu pada tahun 1969 apabila

Indonesia, semasa perundingan dengan Malaysia mengenai pembatasan sempadan pentas

benua di antara kedua negara, mempertikaikan kedaulatan Malaysia terhadap kedua-dua

pulau berkenaan Hal ini ekoran daripada tindakan kedua-dua negara yang meletakkan

pulau-pulau tersebut di dalam pembatasan sempadan pentas benua.

Ekoran daripada peristiwa itu, kedua-dua negara bersepakat agar Sipadan dan

Ligitan dinyatakan dalam keadaan status status quo. Kendatipun begitu, terdapat perbezaan

mengenai tafsiran takrif status quo tersebut kerana Malaysia memahami status quo yang

dimaksudkan adalah kedua-dua pulau tersebut kekal sebagai wilayah di dalam Malayisa

sehinggalah persengketaan selesai, sedangkan pihak Indonesia mengandaikan bahawa di

dalam status ini kedua-dua pulau tersebut tidak boleh didiami mahupun diduduki

sehinggalah persengeketaan terhadap pemilikan antara pulau ini mencapai kata sepakat.

Persengeketaan Malaysia dan Indonesia mengenai isu ini berlangsung selama lebih kurang

35 tahun.

3 Sinonim dengan jolokan Mahkamah DUnia serta dikenali sebagai International Court of Justice (ICJ) di dalam Bahasa Inggeris.

Page 3: Malaysia Dalam Menangani Isu Tuntutan Bertindih

Di antara tahun 1992 dan 1994, tiga pusingan perbincangan tidak rasmi telah

diadakan di antara pegawai-pegawai Malaysia dan Indonesia untuk menyelesaikan isu

tersebut namun perbincangan itu tidak mencapai sebarang kata sepakat.

Pada bulan September 1994, Perdana Menteri Mahathir Bin Mohamad4 dan

Presiden Soeharto5, setelah mengambil kira bahawa perbincangan di peringkat pegawai

tidak mencapai sebarang kemajuan, maka kedua-dua tokoh ini bersetuju supaya

perbincangan tersebut diteruskan oleh wakil-wakil peribadi masing-masing. Untuk

melaksanakan tugas itu, Perdana Menteri Mahathir melantik Anwar Ibrahim, Timbalan

Perdana Menteri pada ketika itu, sementara Presiden Soeharto melantik Moerdiono, Menteri

atau Setiausaha Negara Indonesia ketika itu.

Anwar dan Moerdiono bertemu sebanyak empat kali iaitu pada Julai 1995 (di

Jakarta), September 1995 (di Kuala Lumpur), September 1995 (di Jakarta) dan akhir sekali

pada Jun 1996 (di Kuala Lumpur).

Di akhir pertemuan kali keempat, Timbalan Perdana Menteri Anwar dan Menteri

Moerdiono, berpandukan syor yang telah dibuat kepada mereka oleh pegawai-pegawai yang

terlibat dalam siri perbincangan tidak rasmi sebelum itu, bersetuju untuk mengesyorkan

kepada Perdana Menteri Mahathir dan Presiden Soeharto, agar kedua-dua pemimpin

mempertimbangkan dan meluluskan cadangan agar Malaysia dan Indonesia memohon

kepada ICJ untuk memutuskan soal negara mana yang wajar dan sebenarnya mempunyai

kedaulatan ke atas Pulau Ligitan dan Pulau Sipadan. Kedua-dua wakil juga bersetuju untuk

mengesyorkan kepada kedua-dua pemimpin bahawa sebarang keputusan ICJ dalam hal ini

hendaklah diterima oleh Kerajaan Malaysia dan Kerajaan Indonesia sebagai muktamad dan

mengikat kedua-dua pihak.

Penglibatan Mahkamah Keadilan Negara di dalam Penyelesaian Persengketaan

Pada Oktober 1996, ketika pertemuan kedua-dua pemimpin negara Malaysia dan

Indonesia, Tun Dr. Mahathir dan Presiden Soeharto di Kuala Lumpur bersetuju agar isu

kedaulatan ke atas Pulau Sipadan dan Pulau Ligitan dirujuk ke ICJ.

Oleh sebab kedua-dua Malaysia dan Indonesia bukan penandatangan undang-

undang ICJ, satu Perjanjian Khas antara mereka diperlukan apabila keduanya berkeinginan

membenarkan ICJ menyelesaikan pertikaian mereka. Berikutan itu, dua pusingan mesyuarat

4 Merupakan Perdana Menteri Malaysia yang keempat .5 Merupakan Presiden Indonesia yang kedua.

Page 4: Malaysia Dalam Menangani Isu Tuntutan Bertindih

rasmi telah diadakan bagi merundingkan teks Perjanjian Khas bertujuan menyerahkan kes

ini kepada ICJ untuk menyelesaikan pertikaian di antara Malaysia dan Indonesia mengenai

kedaulatan ke atas Pulau Ligitan dan Pulau Sipadan.

Pusingan pertama telah diadakan di Kuala Lumpur (Januari 1997) dan pusingan

kedua di Bandung (April 1997). Semasa pusingan kedua, kedua-dua belah pihak mencapai

konsensus ke atas teks Perjanjian. Di dalam kata-kata penutup beliau di mesyuarat tersebut,

Ketua Delegasi Malaysia memberi pengiktirafan kepada Presiden Soeharto yang telah

memainkan peranan yang besar dalam memudahkan mencari jalan penyelesaian secara

aman. Presiden Soeharto telah membuat kenyataan tentang betapa pentingnya

menyelesaikan isu Pulau Ligitan dan Pulau Sipadan supaya tidak membebankan generasi

akan datang dengan satu isu yang tidak selesai yang boleh menjadi bertambah buruk pada

masa hadapan jika tidak diselesaikan dengan aman pada masa sekarang.

Pada 31 Mei 1997, Perjanjian Khas6 telah ditandatangani oleh Menteri Luar Negeri

Malaysia (Abdullah Ahmad Badawi) dan Indonesia (Ali Alatas). Susulan itu, seperti yang

telah diperuntukkan di dalam Perjanjian Khas, Malaysia dan Indonesia secara serentak

menyerahkan kepada ICJ tiga pusingan memorandum bertulis berkenaan kes masing-

masing; Memorial (2 November 1999), Memorial Balas (2 Ogos 2000), dan Memorial

Jawapan (2 Mac 2001). Perbicaraan Lisan bagi Kes Mengenai Kedaulatan ke atas Pulau

Ligitan dan Pulau Sipadan diantara Malaysia dan Indonesia telah dijalankan oleh ICJ di The

Hague7 dari 3 hingga 12 Jun 2002.

Keputusan Mahkamah Keadilan Antarabangsa

Pada 17 Disember 2002, keputusan mahkamah berpihak kepada Malaysia dengan

majoriti 16 berlawan 1. Mahkamah memutuskan bahawa kedaulatan ke atas Pulau Sipadan

dan Pulau Ligitan adalah kepunyaan Malaysia.

Keputusan mahkamah adalah berasaskan kepada kelakuan Malaysia yang bertindak

sebagai tuan empunya Pulau Sipadan dan Pulau Ligitan dalam melaksanakan tugas-tugas

sebagai pentadbir ke atas pulau-pulau tersebut. Ini berikutan daripada langkah-langkah

yang diambil oleh Malaysia, termasuklah membuat peraturan pentadbiran (effectivities) dan

kawalan terhadap pengutipan telur penyu di Pulau Sipadan dan Pulau Ligitan dan juga

penubuhan kawasan rizab burung di Sipadan serta rumah-rumah api yang telah didirikan di

6 Perjanjian yang memperuntukkan penyerahan kuasa kepada Mahkamah Keadilan Antarabangsa untuk menyelesaikan pertikaian di antara Malaysia dan Indonesia ke atas Pulau Batu Putih dan Pulau Ligitan.7 Terletak di Belanda, tempat terletaknya Mahkamah Keadilan Antarabangsa.

Page 5: Malaysia Dalam Menangani Isu Tuntutan Bertindih

atas pulau-pulau tersebut oleh Kerajaan British Borneo Utara dan telah diselenggara oleh

pihak berkuasa Malaysia.

Mahkamah membuat kesimpulan bahawa langkah-langkah dan aktiviti yang

dijalankan oleh Malaysia mempamerkan satu corak kelakuan yang menzahirkan niat hendak

melaksanakan fungsi-fungsi sebagai kerajaan yang memerintah ke atas kedua-dua pulau

tersebut. Walhal, pentadbiran yang dikemukakan oleh Indonesia tidak mencukupi syarat

untuk membuktikan niat atau azam yang serupa terhadap pulau-pulau berkenaan.

Oleh yang demikian, nyatalah bahawa Malaysia telah memenangi kes ini atas asas

effectivites nya bersabit dengan Pulau Ligitan dan Pulau Sipadan, dan bukan atas asas ia

mewarisi hak milik turun temurun menerusi satu siri perjanjian dengan negara-negara lain

yang berkepentingan di kawasan itu.

Kesimpulan

Tuntasnya, dapat dilihat Malaysia mengamalkan cara rundingan dan meja bulat

dalam menyelesaikan persengketaan berbanding menggunakan kekerasan. Buktinya

persengketaan antara Malaysia dan Indonesia diselesaikan dengan cara yang aman iaitu

dengan menggunakan pertolongan daripada organisasi antarabnagsa dan institusi

unilateral. Dalam konteks ini, Mahkamah Keadilan Antarabangsa merupakan jalan

penyelesaian yang digunakan setelah cara rundingan antara Malaysia dan Indonesia tidak

menemui jalan penyelesaian.