maklumat ringkas sistem pentaksiran · pdf fileplbs, kerja kursus mata pelajaran kemahiran...

3
1 MAKLUMAT RINGKAS SISTEM PENTAKSIRAN PENDIDIKAN KEBANGSAAN (SPPK) Sistem Pentaksiran Pendidikan Kebangsaan (SPPK) ialah suatu sistem yang diperkenalkan untuk menggantikan sistem peperiksaan sedia ada yang dikatakan menyebabkan pendidikan di Malaysia terlalu menekan murid, sekolah dan ibu bapa untuk mengejar kejayaan dalam peperiksaan berpusat semata-mata. Penumpuan berlebihan kepada peperiksaan berpusat dikatakan menyebabkan aspek pembinaan jati diri, jasmani, sahsiah, budi pekerti dan nilai-nilai murni dalam pendidikan diabaikan. Penumpuan berlebihan kepada peperiksaan pusat UPSR, PMR dan SPM juga dilihat menyebabkan pentaksiran berasaskan sekolah tidak diberi penekanan yang sewajarnya sedangkan banyak kelebihan dilihat pada pentaksiran berasaskan sekolah. Banyak perkara yang tidak boleh ditaksir secara peperiksaan berpusat dapat dilaksanakan oleh sekolah. SPPK ialah suatu sistem pentaksiran yang holistik, fleksibel, seimbang dan merujuk standard yang mampu mengumpul maklumat bukan sahaja tentang sejauh mana murid telah menguasai apa yang dipelajari malahan bagaimana maklumat itu dapat membantu murid memperbaiki pembelajaran. Jika dalam sistem peperiksaan sedia ada perkara yang diukur, dinilai dan dilaporkan adalah lebih bertumpu kepada pencapaian akademik; dalam SPPK, empat perkara iaitu profil (profile), pencapaian (achievement), perkembangan (development) dan penglibatan (involvement) murid dibina ditaksir dan dinilai. Konsep pentaksiran holistik yang dicadangkan juga berupaya meningkatkan kualiti murid dari segi binaupaya insan (human capacity building) dalam era globalisasi, memberi tumpuan bukan hanya kepada keupayaan kognitif tetapi juga kekuatan dalaman yang boleh memastikan kebolehdidikan (educability), kebolehlatihan (trainability), kebolehkerjaan (employability) dan kebolehpasaran (marketability) yang tinggi pada masa akan datang. Profil murid sama ada yang wujud secara semula (innate) jadi atau yang diperoleh (acquired) melalui persekitaran dan pengalaman pembelajaran akan ditaksir. Sikap, minat, bakat, kecenderungan, kesediaan, nilai, personaliti dan kebolehan am adalah antara perkara berkaitan dengan profil murid. Pencapaian murid dalam pembelajaran yang meliputi aspek akademik, teknikal, vokasional dan kemahiran insaniah (soft skills) juga akan diambil kira dalam SPPK. Tujuan pentaksiran perkara-perkara ini adalah untuk mendapatkan maklumat tentang sejauh mana murid menguasai apa yang dipelajari mengikut pilihan dan kecenderungannya. Dengan hal yang demikian, pembinaan modal insan mengikut acuan Malaysia dapat diteruskan dengan jaya. Pentaksiran yang dilakukan di hujung unit atau beberapa unit pembelajaran dinamakan pentaksiran sumatif manakala pentaksiran yang dilakukan semasa dan sepanjang proses pembelajaran dinamakan pentaksiran formatif. Pentaksiran dalam SPPK bukan sahaja berkaitan dengan produk pembelajaran (pencapaian

Upload: trankhuong

Post on 06-Feb-2018

240 views

Category:

Documents


4 download

TRANSCRIPT

Page 1: MAKLUMAT RINGKAS SISTEM PENTAKSIRAN · PDF filePLBS, Kerja Kursus mata pelajaran Kemahiran Hidup, Geografi, ... ditaksir adalah berkaitan dan memenuhi sukatan pelajaran yang ditetapkan

1

MAKLUMAT RINGKAS

SISTEM PENTAKSIRAN PENDIDIKAN KEBANGSAAN (SPPK)

Sistem Pentaksiran Pendidikan Kebangsaan (SPPK) ialah suatu sistem yang diperkenalkan untuk menggantikan sistem peperiksaan sedia ada yang dikatakan menyebabkan pendidikan di Malaysia terlalu menekan murid, sekolah dan ibu bapa untuk mengejar kejayaan dalam peperiksaan berpusat semata-mata. Penumpuan berlebihan kepada peperiksaan berpusat dikatakan menyebabkan aspek pembinaan jati diri, jasmani, sahsiah, budi pekerti dan nilai-nilai murni dalam pendidikan diabaikan. Penumpuan berlebihan kepada peperiksaan pusat UPSR, PMR dan SPM juga dilihat menyebabkan pentaksiran berasaskan sekolah tidak diberi penekanan yang sewajarnya sedangkan banyak kelebihan dilihat pada pentaksiran berasaskan sekolah. Banyak perkara yang tidak boleh ditaksir secara peperiksaan berpusat dapat dilaksanakan oleh sekolah. SPPK ialah suatu sistem pentaksiran yang holistik, fleksibel, seimbang dan merujuk standard yang mampu mengumpul maklumat bukan sahaja tentang sejauh mana murid telah menguasai apa yang dipelajari malahan bagaimana maklumat itu dapat membantu murid memperbaiki pembelajaran. Jika dalam sistem peperiksaan sedia ada perkara yang diukur, dinilai dan dilaporkan adalah lebih bertumpu kepada pencapaian akademik; dalam SPPK, empat perkara iaitu profil (profile), pencapaian (achievement), perkembangan (development) dan penglibatan (involvement) murid dibina ditaksir dan dinilai.

Konsep pentaksiran holistik yang dicadangkan juga berupaya meningkatkan kualiti murid dari segi binaupaya insan (human capacity building) dalam era globalisasi, memberi tumpuan bukan hanya kepada keupayaan kognitif tetapi juga kekuatan dalaman yang boleh memastikan kebolehdidikan (educability), kebolehlatihan (trainability), kebolehkerjaan (employability) dan kebolehpasaran (marketability) yang tinggi pada masa akan datang. Profil murid sama ada yang wujud secara semula (innate) jadi atau yang diperoleh (acquired) melalui persekitaran dan pengalaman pembelajaran akan ditaksir. Sikap, minat, bakat, kecenderungan, kesediaan, nilai, personaliti dan kebolehan am adalah antara perkara berkaitan dengan profil murid. Pencapaian murid dalam pembelajaran yang meliputi aspek akademik, teknikal, vokasional dan kemahiran insaniah (soft skills) juga akan diambil kira dalam SPPK. Tujuan pentaksiran perkara-perkara ini adalah untuk mendapatkan maklumat tentang sejauh mana murid menguasai apa yang dipelajari mengikut pilihan dan kecenderungannya. Dengan hal yang demikian, pembinaan modal insan mengikut acuan Malaysia dapat diteruskan dengan jaya. Pentaksiran yang dilakukan di hujung unit atau beberapa unit pembelajaran dinamakan pentaksiran sumatif manakala pentaksiran yang dilakukan semasa dan sepanjang proses pembelajaran dinamakan pentaksiran formatif. Pentaksiran dalam SPPK bukan sahaja berkaitan dengan produk pembelajaran (pencapaian

Page 2: MAKLUMAT RINGKAS SISTEM PENTAKSIRAN · PDF filePLBS, Kerja Kursus mata pelajaran Kemahiran Hidup, Geografi, ... ditaksir adalah berkaitan dan memenuhi sukatan pelajaran yang ditetapkan

2

akademik) yang ditaksir secara sumatif tetapi juga yang berkaitan dengan proses pembelajaran (perkembangan pembelajaran) yang ditaksir secara fomatif. Satu lagi aspek yang ditaksir dalam SPPK ialah penglibatan dan penyertaan murid dalam aktiviti kurikulum, kokurikulum dan ekstrakurikulum untuk mendapatkan maklumat tentang nilai-nilai seperti semangat berpasukan, kerjasama dan kepimpinan. Melalui pentaksiran dalam perkara ini, penyertaan, penglibatan dan prestasi murid dalam aktiviti tersebut akan direkod dan dilaporkan. SPPK melibatkan pentaksiran berterusan dari peringkat Prasekolah hingga ke Tingkatan 5. Hasil pembelajaran murid akan dilaporkan berdasarkan potensi, pencapaian akademik, kemahiran sosial, perkembangan sahsiah dan kebudayaan (cara berfikir dan cara bertindak). Lima kaedah pentaksiran akan diperkenalkan iaitu Pentaksiran Sekolah, Pentaksiran Pusat, Pentaksiran Psikometrik, Pentaksiran Aktiviti Jasmani dan Kokurikulum, dan Peperiksaan Pusat. Sekolah dan guru diberi pengupayaan (empowerment) untuk melaksanakan pentaksiran berterusan di samping bantuan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) telah, sedang dan akan terus dibangunkan.

Pentaksiran Sekolah ialah pentaksiran yang dirancang, dibina, ditadbir, diperiksa dan dilapor oleh guru di sekolah yang melibatkan murid, ibu bapa dan organisasi luar. Pentaksiran Sekolah dilaksana dalam bentuk pentaksiran formatif yang dijalankan seiring dengan proses pengajaran dan

pembelajaran atau pentaksiran sumatif di akhir semester atau tahun. Contoh pentaksiran sekolah ialah ujian-ujian, kajian lapangan, folio, kerja kursus, kajian, tugasan-tugasan, kerja rumah dan sebagainya.

Pentaksiran Pusat ialah suatu bentuk pentaksiran

yang mempunyai piawai (standard), panduan dan peraturan, instrumen dan kaedah menganalisis data yang disediakan oleh pusat (LP), manakala pihak sekolah akan mentadbir, memeriksa respons murid dan menyediakan pelaporan. Pentaksiran ini dilaksanakan secara sumatif berdasarkan jadual yang ditetapkan oleh LP. Markah yang diperolehi akan dihantar ke LP untuk dianalisis dan dimoderatkan sebelum ianya dihantar semula ke sekolah untuk pelaporan penguasaan murid. Contoh pentaksiran pusat sedia di sekolah sekarang ialah ULBS, PEKA, PLBS, Kerja Kursus mata pelajaran Kemahiran Hidup, Geografi, Sejarah dan lain-lain.

Pentaksiran Psikometrik pula digunakan untuk

mentaksir trait psikologi murid yang berhubungan dengan pembelajaran mereka. Instrumen pentaksiran psikometrik, cara menganalisis dan mentafsir data akan dibina oleh LP dan pentadbirannya dilaksana oleh sama ada LP atau sekolah bagi tujuan yang dimaksudkan. Contohnya ujian aptitut dan personaliti.

Pentaksiran Aktiviti Jasmani dan Kokurikulum

(PAJK) adalah bertujuan untuk mengukur dan menilai prestasi, penglibatan dan penyertaan

Page 3: MAKLUMAT RINGKAS SISTEM PENTAKSIRAN · PDF filePLBS, Kerja Kursus mata pelajaran Kemahiran Hidup, Geografi, ... ditaksir adalah berkaitan dan memenuhi sukatan pelajaran yang ditetapkan

3

murid dalam pelbagai aktiviti jasmani, kokurikulum dan ekstrakurikulum. Instrumen dan panduan pentaksiran akan disediakan oleh LP bersama organisasi yang berkenaan dengan bidang kepakaran mereka. Sebagai contoh ialah aktiviti persatuan, aktiviti badan berunifom serta sukan dan permainan.

Peperiksaan Pusat ialah pentaksiran yang

dikendalikan sepenuhya oleh LP. Perkara yang ditaksir adalah berkaitan dan memenuhi sukatan pelajaran yang ditetapkan . Prestasi murid dalam peperiksaan pusat akan dilaporkan dalam sijil yang dianugerahkan oleh LP dengan mengambilkira prestasi murid dalam pentaksiran pusat dan pentaksiran sekolah. Peperiksaan pusat yang sedia ada sekarang ialah UPSR, PMR dan SPM.

Lima kaedah mentaksir dalam SPPK dapat digambarkan seperti berikut,