makanan segera dan fakta mengenainya

Upload: shuhada

Post on 08-Jan-2016

72 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

makanan segera

TRANSCRIPT

MAKANAN SEGERA DAN FAKTA MENGENAINYA

Manusia merupakan makhluk Tuhan paling bijak. Benarkah? Tuhan mengurniakan manusia dengan akal, supaya manusia dapat memebezakan perkara yang baik dan buruk. Manusia memang bijak. Manusia membawa kemajuan kepada dunia ini. manusia mula mencipta pelbagai benda untuk memudahkan kehidupan seharian mereka. Manusia mencipta kereta, komputer, telefon, pembakar roti dan televisyen. Ciptaan ini memang memberi sumbangan yang besar kepada masyarakat manusia di muka bumi. Namun, apa komen anda tentang makanan segera? Ataufast food?

Makanan segera adalah salah satu ciptaan manusia, idea manusia, datang dari seorang manusia. Soalan, apakah kegunaan makanan segera kepada manusia? Sebagai sumber makanan? Soalan lagi. Kenapa mesti dalam bentuk segera? Kenapa tidak makanan itu dijual dalam keadaan yang segar dan mentah? Atau manusia sudah semakin malas dan tidak ada masa untuk makan makanan segar, oleh itu manusia memilih makanan segera. Ya, mungkin teori ini benar.

Sebelum itu, satu lagi soalan. Apa sebenarnya makanan segera? Di mana makanan segera ini boleh didapati? Apakah kandungan sebenar makanan segera yang kita telan saban waktu? Adakah makanan segera memiliki khasiat yang sama seperti makanan segar? Dengan kata lain, adakah khasiat Big Mac sama seperti khasiat sebiji betik? Apa yang membuatkan makanan segera ini sangat mendapat tempat dalam hati masyarakat dunia? Terlalu banyak persoalan. Oleh itu, esei ini akan memberikan jawapan kepada semua persoalan-persoalan di atas.

Menurut Wikipedia, makanan segera atau dikenali juga sebagaiQuick Service Restaurant (QSR)merupakan istilah bagi makanan yang boleh disediakan dengan cepat. Apa-apa hidangan dengan masa penyediaan yang sangat sekejap dikategorikan sebagai makanan segera. Kebiasaannya istilah ini merujuk kepada makanan yang dijual di restoran atau kedai-kedai yang menggunakan bahan yang berkualiti rendah dan dihidang dalam bentuk paket kepada pelanggan. Istilah fast fooddiakui di dalam kamus pada 1951 oleh Merriam-Webster. Makanan segera kebiasaannya boleh diperolehi daripada premis-premis makanan yang berkonsepkan perkhidmatan penyediaan makanan yang cepat dan selesa.

Makanan segera adalahapa juga jenis makanan yang cepat, mudah dan kebiasaannya murah. Boleh dikatakan makanan segera boleh didapatkan di mana-mana sahaja kedai yang menjual makanan dan snek. Makanan segera sangat popular kerana dengan hanya RM5, kita boleh mendapatkan hidangan yang mengenyangkan. Walaubagaimanapun, pernah tertanya mengapa makanan segera sangat murah? Sudah tentu kerana makanan segera diperbuat daripada bahan yang murah seperti daging berkolestrol tinggi dengan tambahan gula dan lemak yang berlebihan.

Masih kabur tentang apa itu makanan segera? Anda sudah tentu biasa mendengar nama-nama besar seperti McDonalds, Kentucky Fried Chicken atau KFC, Burger King dan Pizza Hut. Rakan-rakan, itulah antara syarikat pengeluar makanan ringan terbesar didunia. Hampir setiap pelosok daerah mempunyai sebuah bangunan dengan nama-nama di atas. Jika kita lihat betapa senario pengambilan makanan ringan ini telah menjadi satu budaya dalam masyarakat kita. Oleh itu, adalah sangat penting bagi semua makanan segera ini mempunyai khasiat yang seimbang untuk manusia. Kembali kepada persoalan di atas, adakah makanan segera ini berkhasiat?

Pernah tertanya-tanya tentang apa sebenarnya bahan perisa yang digunakan dalamThe Extra Crispy Chickenyang anda makan semalam? Sebenarnya, ramai manusia sudah mengetahui bahawa makanan segera itu tidak berkhasiat dan sangat tidak baik untuk kesihatan. Kita sudah semakin bijak menilai. Sudah banyak kajian yang dijalankan oleh para pengkaji terhadap kandungan bahan dalam makanan segera. Dan semua dapatan kajian ini menunjukkan bahawa makanan segera adalah tidak baik untuk kesihatan.

Mungkin manusia tidak mahu memberatkan kepala dan memikiran tentang keburukan makanan segera ini dan terus menyuapHawaiian Chicken Pizzake dalam mulut masing-masing. Sebab lain manusia lebih cenderung memilih makanan segera? Sebab makanan segera jauh lebig murah dari makanan segar. Kita memiliki minda yang ekonomik dan sentiasa ingin yang murah dan mudah. Tapi, kita harus sesekali tertanya kenapa makanan segera itu sangat murah? Jawapannya senang. Kerana semua sudah tahu bahawa makanan yang dihidangkan dalam semua restoran makanan segera adalah dalam keadaan yang sangat rendah kualitinya dan langsung tidak sesuai untuk menjadi makanan manusia. Jadi, jika CEO McDonalds meletakkan hargaDouble Cheese Burgersama dengan harga sekotak epal segar, anda rasa yang mana akan lebih laris?

Perlukan bukti? Menurut sebuah artikel dalamSweetliberty.org, sebuah francais piza gergasi telah menyembur cecair silikon ke atas keju yang digunakan untuk membuat piza mereka. Apa itu silikon? Silikon adalah sejenis toksik yang boleh menyebabkan kanser. Apabilapolydimethylsiloxane,iaitu sejenis bahan kimia bersilikon yang disembur pada piza anda, dipanaskan pada suhu 302 darjah Farenheit, sebatian ini terurai dan membentukformaldehydeiaitu sejenis karsinogen penyebab kanser. Dan silikon ini juga adalah silikon yang digunakan oleh kebanyakan wanita untuk membesaran payu dara mereka. Pendedahan yang terlalu lama kepadaformaldehydeboleh menyebabkan asma dan meningkatkan risiko anda mendapat bronkitis dan pneumonia.

Saya pasti, anda sudah mengetahui fakta ini sejak lama dahulu. Makanan segera boleh meningkatkan risiko anda mengalami obesiti dan menghidap diabetes jenis 2. Ini pengetahuan asas. Namun, pengkaji Julie R Palmer bersama kumpulannya akhirnya menemui bukti hasil kajian mereka ke atas 44 072 wanita Africa Amerika yang berumur 30 hingga 69 tahun tanpa diabetis. Kajian Palmer ini mendapati bahawa tabiat pemakanan makanan segera boleh meningkatkan risiko mendapat diabetis. Selepas 10 tahun, didapati 2873 daripada wanita tersebut menghidap diabetis. Kes diabetis ini lebih cenderung berlaku kepada wanita yang mengamalkan pengambilan makanan segera 2 kali dalam seminggu. Hasil kajian Palmer juga mendapati bahawa ayam goreng dan burger merupakan makanan segera yang memberi sumbangan paling banyak dalam kes obesiti dan diabetis ini. wanita yang makan ayam goreng dan burger mempunyai 40% hingga 70% lebih tinggi peluang untuk mendapat diabetis dan obesiti.

Lagi sebab kenapa anda perlu menjauhkan diri anda dari restoran makanan segera?National Heart, Lung adn Blood Institute(NHLBI) telah membuat satu kajian mengenai peningkatan kadar obesiti dengan pengambilan makanan ringan. Hasil kajian ini menunjukkan remaja yang mengamalkan pengambilan makanan segera dua kali seminggu cenderung untuk obes dan mengalami pertambahan berat sehingga 10 pound. Satu lagi kajian mendapat bukti yang kukuh yang mengaitkan kadar peningkatan berat badan manusia dengan makanan segera. Hampir 3 400 remaja di uji selama satu dekad dan dengan setiap makanan segera yang mereka cerna, BMI (body mass index) mereka meningkat. Menurut Barry M. Popkin saintis yang membuat kajian ini dari University of North Carolina, makanan segera cukup sebagai satu indikator untuk menukarkan anda dari bukan diabetik kepada seorang diabetik. Lebih banyak makanan segera yang diambil setiap minggu, semakin tinggi BMI mereka. Bagi setiap tambahan makanan segera yang diambil dalam 7 tahun, purata peningkatan kadar BMI adalah 0.13.

Adakah anda sedar setiap set hidangan makanan segera mengandungi soda dan kentang goreng sebagai hidangan tambahan? Tahukah anda pengambilan ayam goreng dengan soda dan kentang goreng memberikan anda kuota bekalan kolestrol yang anda perlukan untuk sehari? Pakar menasihatkan kita jika kita masih degil dan tetap ingin makan makanan segera, makan sekali dalam sebulan. Jika anda mengambil makanan segera sekali seminggu, jadikan menu anda menu yang sihat seperti pilih menu ayam panggang dan bukan ayam goreng atau nuget. Pilih air, susu rendah lemak atau soda diet sebagai minuman. Untuk menu tambahan, pilih salad atau sup atau kentang dalam saiz kecil. Tapi, menu sihat ini tidak terdapat dalam set hidangan di mana-mana restorang makanan segera. Hal ini bukan kerana pihak syarikat makanan segera tidak tahu tentang menu sihat ini, tetapi mereka tidak mahu memberikan tawaran menu sihat untuk pelangggannya. Jika pelanggan membuat tempahan set hidangan yang pelbagai dan banyak, pihak restoran akan memberikan ganjaran dalam bentuk vaucher atau hadiah. Rakan-rakan, ini satu strategi perniagaan. Apabila anda membuka sebuah perniagaan, adakah anda ingin mengaut untung atau rugi?

Apabila anda makan makanan segera setiap hari, kalori anda akan mengalami peningkatan sebanyak 17% dari pengambilan kalori harian anda. Ramai kanak-kanak mula percaya bahawa makanan segera adalah sesuatu yang normal dan dalam jangkaan. Satu kajian oleh Imperial College London mencadangkan pelanggan yang membeli makanan segera di mana-mana restoran makanan segera diberikan dadah statin percuma. Ini untuk menyeimbangkan efek negatif makanan segera itu kepada badan manusia. Saintis yang membuat kajian ini menyatakan bahawa pengambilan dadah statin boleh membantu mengurangkan kerosakan dalam tubuh manusia akibat makanan segera tersebut. Kumpulan saintis ini mencadangkan pemberian dadah statin secara percuma kepada semua pelanggan makanan segera dalam hidangan mereka. Dr. Darrel Francis, penulis kajian dadah statin ini mengatakan bahawa dadah statin tidak membersihkan semua efek negatif makanan segera ke atas badan manusia, namun ini merupakan satu usaha untuk mengurangkan kadar kemusnahan tubuh manusia akibat pengambilan makanan segera. Beliau merujuk statin sebagai satu suplimen, bukannya sejenis dadah. Tapi, untuk memberikan dadah statin kepada manusia bukanlah satu langkah yang bijak. Dadah statin bukan sahaja merencatkan enzim badan seperti coenzim Q10 (CoQ10) dan menghalang badan dari menghasilkan CoQ10, tetapi jugak statin memusnahkan sel dan tisu otot dalam badan. Ini seperti keluar dari mulut buaya dan masuk ke dalam mulut harimau.

Daging yang digunakan untuk membuat burger di McDonalds, Burger King dan kebanyakan restoran makanan segera yang lain telah disuntik dengan ammonia untuk membunuhe.coli, menurut satu artikel dalam Ney York Times. Daging tersebut disuntik dengan ammonia, sejenis bahan kimia yang biasanya digunakan dalam produk pembersih tingkap dan kaca. Pihak USDA yang mengambil isu ammonia ini sebagai satu proses untuk membuatkan daging itu selamat, mengatakan daging itu selamat untuk dimakan. Ya, ammonia membunuhe.colitetapi pihak USDA seperti tidak mengambil tahu fakta bahawa manusia menelan ammonia di dalam burger mereka. Baiklah, ammonia membunuhe.coli. Tapi, muncul pula satu masalah dengan produk daging ini. Ammonia tidak membunuh patogen dengan sepenuhnya. Terdapate.colidansalmonelladitemui dalam produk daging tersebut. Jadi, manusia telah menelan daging yang mengandungi bahan pembersih tingkap bersama-samae.coli.Menarik!

Anda kini mungkin sudah mula sedar bahawa daging da bahan lain yang digunakan dalam pembuatan makanan segera adalah langsung tidak menghampiri kualiti makanan segar. Tertanya kenapa rasa, warna dan aroma makanan segera adalah menyelerakan? Mungkin lebih menyelerakan daripada makanan segar. Anda harus sedar, para saintis makanan segera telah memandang rendah pada kita sejak sekian lama. Sains digunakan untuk menyembunyikan kualiti sebenar makanan segera dengan mencipta pelbagai bahan kimia yang boleh mambantu meningkatkan aroma dan rasa makanan segera. 90% daripada rasa makanan adalah bergantung kepada aromanya. Oleh itu, saintis mencitpaEthyl-2-methyl butyrateyang memberikan bau epal segar,mathyl-2-peridylketonemembuat sesuatu berasa sepertipopcorn, Ethyl-3-hydroxybutanoatememberikan rasamarshmallow.Semua bahan kimia seperti ini dicampurkan ke dalam bahan makanan segera dan dilabel sebagai rempah dan perasa semula jadi atau organik. Warna makanan segera juga telah di ubah dengan bantuan sebatian-sebatian kimia kompleks. Tahukah anda warna sebenar stik ialah biru dan kentang berwarna hijau, jika tanpa bantuan daripada bahan kimia. Makanan segera masih begitu menyelerakan untuk anda?

Walaupun selepas membaca fakta-fakta yang saya berikan di atas, dan anda masih tetap mahu memakan Big Mac, sekurang-kurangnya kurangkan pengambilan makanan segera anda kepada seminggu sekali. Beri peluang kepada sistem pencernaan anda untuk berjalan dengan lancar. Tahukah anda bahawa makanan segera adalah makanan mati? Kenapa makanan mati? Kerana makanan segera tidak mengandungi enzim, tenagan dan nutrien di dalamnya. Mungkin anda tidak tahu, tapi setiap makanan segar mempunyai enzim semulajadi yang membantu proses pencernaan makanan tersebut di dalam perut dan usus manusia. Enzim yang tidak digunakan akan membantu sistem imunisasi badan manusia dan bertanggungjawab dalam setiap proses yang berlaku dalam badan manusia. Apabila anda mengambil makanan segar dan berkhasiat sebagai menu, ini memudahkan sistem percernaan dan juga meningkatkan pertahanan badan anda. Tapi, jika anda mengambil makanan mati, maka enzim anda perlu bekerja lebih untuk membantu pencernaan makanan segera tersebut dan sistem imunisasi anda akan berkurang. Kita adalah apa yang kita makan. Dengan kata lain, makanan membentuk kita seperti kita hari ini. Lebih banyak makanan mati yang kita ambil, lebih cepat juga kita mati.

Pengambilan makanan segera secara berterusan dalam sebulan sudah boleh memusnahkan hati anda. Jadi, jika anda sudah mengamalkan pemakanan makanan segera sejak 10 tahun lalu, bayangkan bagaimana situasi badan anda? Hanya dengan pemakanan makanan segera selama sebulan dan berjalan kurang dari 5000 langkah sehari menyebabkan kemusnahan hati. Itulah dapatan kajian yang disiarkan di dalamGut, sebuah jurnal kesihatan. Doktor telah mencadangkan bahawa kita perlu berjalan sekurang-kurangnya 10 000 langkah setiap hari. Dalam kajian tersebut, dua kumpulan telah dibentuk dengan ahli seramai 18 orang. Kumpulan intervensi perlu mengambil makanan segera sekurang-kurangnya dua hidangan setiap hari dan berjalan kurang dari 5000 langkah. Untuk mengukur kadar kerosakan hati dilakukan dengan mengukur kadaralanine aminotransferase (ALT), sejenis enzim di dalam hati. Selepas hanya seminggu kajian ini dijalankan, kadar ALT kumpulan intervensi mula meningkat. Brent Tetri, seorang profesor perubatan di Saint Loius University Liver Center mengatakan bahawa sudah terdapat bukti yang kukuh tentang bagaimana makanan segera boleh memusnahkan hati manusia. Tapi, anda masih boleh membetulkan kerosakan hati anda dengan memulakan satu gaya hidup sihat dan menukar amalan diet anda kepada diet yang seimbang dan berkhasiat.

Satu persoalan lagi timbul. Kalau semua pihak sedar akan keburukan pengamalan makanan seimbang dalam hidangan harian, mengapa makanan ringan masih sangat laku dan sangat popular? Makanan ringan seperti sudah menjadi satu budaya yang tidak dapat dipisahkan dari mana-mana masyarakat baik golongan minoriti atau majoriti. Saolan lagi. Kenapa iklan-iklan makanan segera mendominasi kaca televisyen? Semua orang tertanya. Adakah pihak kerajaan juga mempunyai pelaburan dalam syarikat-syarikat gergasi makanan segera sehingga membenarkan setiap iklan dan promosi-promosi makanan segera dilakukan secara terbuka?Strategi perniagaan yang baik. Kita harus memberi hormat kepada strategi perniagaan yang dilakukan oleh CEO semua syarikat makanan segera. Mereka komited untuk memajukan perniagaan mereka. Menurut kajian yang dijalankan pada 2009, sebuah syarikat makanan segera akan memperuntukkan 4.2 billion dollar untuk pengiklanan sahaja. Kajian ini juga mengeluarkan data bahawa 40% kanak-kanak akan meminta untuk ke McDonalds sekurang-kurangnya sekali seminggu manakala 15% meminta untuk ke McDonalds setiap hari. Satu per tiga daripada kanak-kanak dan remaja di US makan makanan segera setiap hari dan peratusan ini bertambah sejak tahun 2003 hasil daripada pengiklanan dan promosi yang dilakukan. Jelasnya pihak syarikat makanan segera mensasarkan kanak-kanak sebagai pelanggan utama mereka. Mungkin kerana kanak-kanak masih mentah dan tidak mengerti apa-apa selain fakta yang makanan segera itu sedap dimakan. Mereka tidak sedikitpun berasa bersalah memberikan makanan yang tidak berkhasiat itu kepada kanak-kanak yang baru ingin mengenal dunia. McDonalds turut membuat satu kerjasama dengan sebuah sekolah dengan memberikan kupon makanan percuma kepada murid sekolah tersebut yang mendapat gred yang baik dalam peperiksaan? Apakah maksud tindakan ini?

Berdasarkan satu kajian yang diterbitkan secara online di dalamInternet Journal of Behavioral Nutrition and Physical Activity, mengeluarkan satu data mengenai 1 366 pelajar sekolah tinggi dan 564 pelajar sekolah rendah. Maklumat masa setiap pelajar menonton tv dikumpul dan dibanding dengan maklumat pemakanan mereka selepas 5 tahun. Kajian ini mendapati bahawa pelajar sekolah yang menonton tv lebih 5 jam sehari makan kurang buah-buahan dan sayuran, tetapi mengambil makanan segera, makanan ringan, snek dan minuman manis dalam kuantiti yang banyak. Ini menunjukkan bahawa setiap iklan makanan segera memberikan impak yang besar dalam hidup manusia. Oleh kerana kanak-kanak berada pada tahap yang masih terlalu muda untuk membuat keputusan sendiri, jadi dalam isu ini, ibu bapa perlu memainkan peranan dengan baik.

Kawalan terhadap masa anak anda menonton televisyen perlu diketatkan. Terhadkan masa menonton kepada sejam setiap hari. Seperti yang dicadangkan oleh American Academy of Pediatrics, kurangkan masa menonton anak anda kepada kurang dari dua jam sehari. Selain itu, anda sebagai ibu bapa juga perlu menjaga pemakanan anak-anak anda dan tunjukkan habit pemakanan yang baik dan seimbang. Pastikan anak anda mendapat nutrien yang cukup untuk membantu tumbesaran mereka. Kebanyakan ibu bapa melakukan kesilapan apabila memberikan anak mereka makanan segera sebagai ganjaran. Para ibu bapa sekalian, anda tidak seharusnya memberikan anak anda makanan penyebab kanser dan diabetis sebagai ganjaran. Jadi, ibu bapa sekalian, mainkan peranan anda dengan baik. Buat peraturan ketat di rumah. Hadkan masa menonton televisyen. Jagan makan semasa menonton atau makan buah-buahan sahaja. Jika anak anda ingin menonton lebih masa, buat peraturan dengan setiap jam menonton, anda perlu membuat senaman selama 20 minit. Mudah dan senag. Jadi, amalkan di rumah.

Jadi, selepas memberikan fakta dan menghurai dengan panjang lebar di atas, adakah anda masih mahu meneruskan habit pemakanan makanan segera anda? Jawapannya ada pada anda. Satu artikel yang di tulis oleh Mike Adam mengatakan bahawa haiwan lebih bijak dalam aspek memberi makan kepada anak mereka. Haiwan memilih makanan mentah dan makanan segar untuk anak mereka. Tapi kita manusia memberikan makanan yang mewah dengan lemak, bahan kimia, bahan pewarna tiruan dan pengawet kepada anak-anak kita. Bukankah ini lucu? Manusia dikatakan bijak. Jauh lebih bijak dari haiwan tapi manusia tetap melakukan perkara yang lebih teruk dari haiwan. Oleh itu, kita seharusnya memberi anak-anak kita dengan baik, dan anda akan memberikan hadiah paling berharga buat anak anda- hidup yang sihat sejahtera tanpa penyakit.

Tambahan, jaga pemakanan anda. Apa yang anda makan, itu jugalah yang anak anda akan makan suatu hari nanti. Buang amalan pemakanan makanan segera. Makanan segera itu hanyalah satu ciptaan manusia yang tidak mempunyai apa-apa yang istimewa selain bahan-bahan kimia yang membuatkannya lazat dan deretan penyakit selepas anda menyungah makanan tersebut. Jalani hidup yang sihat dan anda akan hidup dengan sihat dan sejahtera dan tidak akan mati kerana diabetis ataupun kanser.

ARKIB : 21/02/2007Bahaya makanan segera -- 200 jenis produk digemari jadi punca pelbagai penyakitOleh: S. ANAND KUMAR dan NURUL ANUAR KARIKUALA LUMPUR 20Feb. Percayakah anda bahawa terdapat sekurangkurangnya 200 jenis makanan segera yang amat digemari rakyat negara ini menjadi punca pelbagai penyakit kritikal penduduk Malaysia.Mereka terdedah kepada makanan itu yang mengandungi kandungan lemak trans-fats, gula, garam dan bahan kimia yang tinggi. Ia juga dikategorikan sebagai sampah dan mengancam kesihatan terutama kanak-kanak.Penyakit-penyakit yang dicetuskan oleh makanan ini adalah kegemukan, diabetes, jantung dan kanser.Apa itu makanan segera? Laman web Wikipedia merujuk makanan segera sebagai makanan yang dimasak terlebih dahulu dalam jumlah yang besar dan cuma perlu dipanaskan semula mengikut kehendak pembeli.Ia biasanya tidak berkhasiat dan pendedahan mengenai keburukannya mengatasi kebaikan.Dalam konteks Malaysia, ia bukan lagi datangnya dari restoran-restoran makanan segera yang lazim dikenali, tapi merangkumi makanan sejuk beku yang dipercayai mengandungi bahan pengawet yang berbahaya.Menurut Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP), antara makanan dan minuman segera yang dikategorikan sebagai tidak berkhasiat ialah mi segera, minuman bergas, gula-gula, burger dan coklat.Makanan terbabit merupakan penyumbang kepada penyakit seperti sakit jantung, kencing manis, darah tinggi dan buah pinggang yang dihidapi kira-kira tiga juta penduduk negara ini.Malah, dua juta rakyat negara ini iaitu 8.5 peratus daripada 26 juta penduduk, didapati menghidap penyakit diabetes, yang kebanyakannya berpunca daripada makanan.CAP dalam kajiannya turut mendapati hampir keseluruhan murid-murid sekolah menjadi sasaran kepada makanan segera dan terdedah kepada gejala penyakit kritikal itu sejak di usia muda.Presiden CAP, S. M. Mohamed Idris berkata, kandungan gula berlebihan dan pewarna tiruan merupakan antara racun yang tersembunyi dalam makan segera.Sementara itu, Pakar Perunding Perubatan Hospital Pakar Shah Alam, Dr. Zulkarnain Ahmad Hamidy berkata, pengambilan makanan segera yang berlebihan dan malas bersenam akan menyumbang kepada obesiti yang menjadi punca segala penyakit termasuk darah tinggi, masalah jantung, kencing manis dan kegagalan buah pinggang.Katanya, kebanyakan menu makanan segera mengandungi kadar karbohidrat yang tinggi tanpa vitamin atau zat berfaedah terutama untuk kanak-kanak yang sedang membesar.Beliau menjelaskan, kalori yang memasuki badan sukar untuk dibuang dan ini akan membawa kepada masalah kesihatan seperti kegemukan dan masalah jantung.Menurutnya, sejumlah besar kalori dalam makanan segera tidak diperlukan dan akan mengganggu sistem metabolisme badan, seterusnya dikumpul menjadi lemak.Oleh itu, amalan untuk mengekang pengambilan makanan segera perlu dimulakan dengan pendidikan golongan muda tentang pemakanan seimbang dari bangku sekolah lagi, katanya.Ibu bapa katanya, perlu menghentikan segera amalan membesarkan anak-anak dengan makanan segera yang sememangnya diketahui mengandungi jumlah kalori yang tinggi.Zulkarnain berkata, anak-anak tidak memahami baik buruk makanan segera tetapi tetap memilihnya disebabkan mentaliti yang diterap oleh ibu bapa masing-masing.Pada masa yang sama, kajian CAP juga mendapati kanak-kanak yang gemar memakan makanan segera kurang aktif berbanding rakan sebaya mereka yang mengamalkan pemakanan sihat.CAP mendefinisikan makanan segera sebagai sampah kerana ia tidak berkhasiat dan boleh mendatangkan mudarat jika diambil dalam kuantiti yang banyak.Pada kebiasaannya kanak-kanak yang mengambil makanan segera akan cepat kenyang dan tidak berselera terhadap makanan lain seperti nasi, sayur dan buah-buahan, kata Mohamed Idris.

Dalam satu survey yang dijalankan beberapa tahun dulu, Malaysia mengekor rapat di belakang Hong Kong dengan purata makan 59% yang mengatakan mereka akan makan makanan segera seminggu sekali.

1. Hamburger Hamburger adalah sejenis hidangan sandwic yang terdiri daripada daging burger yang dimasak sama ada digoreng, dikukus, dipanggang atau disalai, serta selalunya dihidangkan dengan pelbagai inti atau "topping" di dalam roti burger yang dibelah dua.Wikipedia Fakta PemakananHamburgerJumlah Setiap100 g

Calories (kcal)294

Lipid14 g

Lemak trans0.8 g

Kolesterol47 mg

Natrium414 mg

Kalium226 mg

Karbohidrat24 g

Serabut diet0.9 g

Gula4.2 g

Protein17 g

Vitamin A0 IUVitamin C0 mg

Kalsium102 mgBesi2.9 mg

Vitamin B60.2 mgVitamin B121.4 g

Magnesium20 mg

1. Piza2. Piza merupakan makanan segera yang sangat popular pada masa kini. Pizza bukan sahaja sangat popular di Amerika Syarikat dan Itali tetapi makanan ini sudah mula terkenal di negara Malaysia.Wikipedia3. 4. Fakta PemakananPizaJumlah Setiap100 g

Calories (kcal)266

5. Lipid10 g

Lemak trans0.2 g

Kolesterol17 mg

Natrium598 mg

Kalium172 mg

Karbohidrat33 g

Serabut diet2.3 g

Gula3.6 g

Protein11 g

6. Vitamin A358 IUVitamin C1.4 mg

Kalsium188 mgBesi2.5 mg

Vitamin D0 IUVitamin B60.1 mg

Vitamin B120.4 gMagnesium24 mg

1. Kentang goreng2. Kentang goreng adalah hidangan yang dibuat dari potongan-potongan kentang yang digoreng dalam minyak goreng panas. Di dalam menu restoran, kentang goreng yang dipotong panjang-panjang dan digoreng dalam keadaan terendam di dalam minyak goreng panas.Wikipedia3. 4. Fakta PemakananKentang gorengJumlah Setiap100 g

Calories (kcal)311

5. Lipid15 g

Lemak trans0.1 g

Kolesterol0 mg

Natrium210 mg

Kalium579 mg

Karbohidrat41 g

Serabut diet3.8 g

Gula0.3 g

Protein3.4 g

6. Vitamin A0 IUVitamin C4.7 mg

Kalsium18 mgBesi0.8 mg

Vitamin D0 IUVitamin B60.4 mg

Vitamin B120 gMagnesium35 mg

1. Snek2. Snek merupakan makanan ringan yang lazimnya dimakan dalam waktu yang singkat. Makanan snek biasanya lazat tetapi kurang atau tidak berkhasiat dan penuh dengan lemak, gula dan garam.Wikipedia3. 4. Fakta PemakananBertih jagungJumlah Setiap100 g

Calories (kcal)374

5. Lipid4.3 g

Natrium7 mg

Kalium274 mg

Karbohidrat74 g

Serabut diet13 g

Gula0.9 g

Protein11 g

6. Vitamin A0%Vitamin C0%

Kalsium5 mgBesi3 mg

Vitamin D0%Vitamin B60.3 mg

Vitamin B120%Magnesium123 mg