makanan di kem

26
MAKANAN DI PERKHEMAHAN 1. MERANCANG MENU Merancang menu adalah untuk memenuhi keperluan pemakanan pekhemah. (a)Makanan membekalkan pekhemah dengan tenaga untuk menjalankan aktiviti. (b)Makanan yang mencukupi dan seimbang dapat memelihara kesihatan pekhemah. (c) Menu yang dirancang dapat menjimatkan masa dan tenaga. (d)Menu yang dirancang dapat mengurangkan rasa jemu, iaitu dengan mempelbagaikan jenis masakan. (e) Hidangan yang disediakan mesti sesuai dengan perbelanjaan. (f)Merancang menu dipengaruhi oleh beberapa faktor (Sila rujuk PERANCANGAN PERKHEMAHAN : Perancangan Menu). Dengan demikian, menu mesti dirancang dengan teliti kerana makanan merupakan satu faktor yang akan menentukan kejayaan perkhemahan. 2. MAKANAN SEIMBANG Menu perkhemahan haruslah seimbang. Makanan yang seimbang mengandungi semua kelas makanan iaitu karbohidrat, protein, lemak, vitamin, minerals, pelawas dan air, dalam kuantiti yang betul untuk memenuhi keperluan harian seseorang. Makanan seimbang mestilah mengandungi makanan daripada keempat-empat kumpulan berikut:- (a) Kumpulan daging dan pembina tubuh Kumpulan ini merupakan sumber protein. Contoh : daging, ayam, itik, ikan, telur, kekacang dan kekeras, susu dan hasil tenusu. (b) Kumpulan susu dan hasil tenusu Kumpulan ini memberikan sumber kalsium, protein, Vitamin A dan D. Contoh : keju, mentega, ais krim, puding dan minuman berkhasiat (c) Kumpulan sayur-sayuran dan buah-buahan Kumpulan ini merupakan sumber vitamin dan garam mineral.

Upload: margaretlimpt

Post on 29-Jun-2015

2.250 views

Category:

Documents


16 download

TRANSCRIPT

Page 1: MAKANAN DI KEM

MAKANAN DI PERKHEMAHAN

1. MERANCANG MENU

Merancang menu adalah untuk memenuhi keperluan pemakanan pekhemah.

(a) Makanan membekalkan pekhemah dengan tenaga untuk menjalankan

aktiviti.

(b) Makanan yang mencukupi dan seimbang dapat memelihara kesihatan

pekhemah.

(c) Menu yang dirancang dapat menjimatkan masa dan tenaga.

(d) Menu yang dirancang dapat mengurangkan rasa jemu, iaitu dengan

mempelbagaikan jenis masakan.

(e) Hidangan yang disediakan mesti sesuai dengan perbelanjaan.

(f) Merancang menu dipengaruhi oleh beberapa faktor (Sila rujuk

PERANCANGAN PERKHEMAHAN : Perancangan Menu).

Dengan demikian, menu mesti dirancang dengan teliti kerana makanan

merupakan satu faktor yang akan menentukan kejayaan perkhemahan.

2. MAKANAN SEIMBANG

Menu perkhemahan haruslah seimbang. Makanan yang seimbang mengandungi

semua kelas makanan iaitu karbohidrat, protein, lemak, vitamin, minerals,

pelawas dan air, dalam kuantiti yang betul untuk memenuhi keperluan harian

seseorang. Makanan seimbang mestilah mengandungi makanan daripada

keempat-empat kumpulan berikut:-

(a) Kumpulan daging dan pembina tubuh

Kumpulan ini merupakan sumber protein.

Contoh : daging, ayam, itik, ikan, telur, kekacang dan kekeras, susu dan

hasil tenusu.

(b) Kumpulan susu dan hasil tenusu

Kumpulan ini memberikan sumber kalsium, protein, Vitamin A dan D.

Contoh :keju, mentega, ais krim, puding dan minuman berkhasiat

(c) Kumpulan sayur-sayuran dan buah-buahan

Kumpulan ini merupakan sumber vitamin dan garam mineral.

Kumpulan ini juga membekalkan pelawas.

Sayur-sayuran boleh dihidangkan mentah atau masak.

(d) Kumpulan bijirin

Kumpulan makanan ini membekalkan tenaga

Contoh : roti, mi, nasi, tepung, jagung, makaroni

Page 2: MAKANAN DI KEM

Amalan pemakanan yang baik ditunjukkan dalam pyramid makanan berikut:-

3. ANGGARAN PERBELANJAAN MAKANAN

Anggaran perbelanjaan makanan mesti dibuat sebelum perkhemahan untuk

mengetahui jumlah yang diperlukan untuk menjalankan perkhemahan tersebut.

Oleh kerana makanan melibatkan perbelanjaan yang terbesar, menu mestilah

dirancangkan.

(a) Merancang Menu

Berikut ialah contoh menu untuk satu perkhemahan 5 hari bagi 36 orang

Pandu Puteri dan staf perkhemahan.

Hari Sarapan Minum pagi Makan tengah

hari

Minum

petang

Makan malam Minum

malam

1 -tiada-

Pekhemah melaporkan diri selepas makan

tengah hari

Sirap

Karipap

- Nasi putih

-Sardin, bawang,

cili

-Kacang buncis,

udang kering

- Jambu

Milo

Biskut

2 Kopi ‘O’

Roti

Jam

Marjerin

Telur

rebus

Sirap

Biskut

-Nasi putih

-Ikan masak

teochew

-Kangkung

goreng belacan

-Betik

Barli

Swiss

roll

- Nasi putih

-Ayam masak

kicap

-Kacang panjang

dadu, kek ikan

-Betik

Milo

Biskut

3 The

Roti

Telur

goreng

Bungkusan

snek

Sandwic

sardine

Sirap

-Meehoon

goreng

-Kobis, sawi,

telur, ayam

-Pisang

Barli

Kek

- Nasi putih

-Kobis masak

lemak

-Ayam masak

merah

-Pisang

Milo

Biskut

Page 3: MAKANAN DI KEM

4 Kopi ‘O’

Roti

Jem

Marjerin

Jus oren

Muffin

-Nasi putih

-Kobis masak

lemak

-Telur goreng

bawang

- Tembikai

Masakan Backwoodsman

Panggang ayam (peha),

sayap ayam, ikan, ubi

keledek, pisang, muffin,

jagong, kepingan coklat

Milo

Biskut

5 Kopi ‘O’

Roti,

Jam

Marjerin

Jus oren

Biskut

Nasi goreng

PisangPekhemah bersurai selepas makan

tengah hari

Biasanya pada hari pertama, makanan yang mudah disediakan atau makanan

berbungkus dihidangkan kerana dapur mungkin belum siap dibina.

Roti mesti disediakan sepanjang tempoh perkhemahan untuk pekhemah yang

tidak biasa dengan makanan yang dihidangkan atau pekhemah yang sakit dan

tidak berselera.

Makanan tengah hari dan makanan malam mesti seimbang, beraneka jenis dan

mencukupi kerana berkhemah memerlukan banyak tenaga.

Makanan berbungkus adalah dicadangkan untuk hari terakhir kerana dapur

telah dirobohkan dan alat memasak telah dibersihkan untuk pengiraan

inventori.

Semasa merancang menu, makanan yang ditegah oleh agama atau kesihatan

pekhemah mesti dipertimbangkan.

(b) Anggaran Kuantiti Bahan Makanan

Selepas merancang menu, anggaran kuantiti bahan makanan yang diperlukan

dirancangkan berpandukan kepada anggaran makanan berikut:-

Anggaran kuantiti makanan bagi bilangan pekhemah yang tertentu.

Bahan Kuantiti Bilangan pekhemah

Beras 1 tin susu

1 kg

4 orang

20 orang

Ayam 2 kg. 12 orang

Ikan Kembong 600g 6 orang

Sayur-sayuran (kobis) 600g 8 orang

Sawi 600g 6 orang

Bayam 600g 6 orang

Taugeh 600g 10 orang

Kekacang 600g 10 orang

Kacang panjang goreng dengan telur 600g 20 orang

Minyak Masak 2 kg 3 hari

Kopi 200g 40 cawan

Meehoon (goreng) 600g 8 orang

Roti 1 buku 3 orang

Page 4: MAKANAN DI KEM

Udang kecil 200g bagi 600g 8 orang

Sardin 1 tin besar 6 orang

Bawang besar (goreng dengan telur) 600g 20 orang

Gula 300g

100g

3 hari seorang

16 cawan

Susu pekat 2 tin 40 cawan

Ikan bilis (Nasi Lemak) 1 kg 40 cawan

Ubi kentang 1 kg 8 orang

Lobak merah 1 kg 10 orang

Bunga kobis 1 12 orang

Timun 1 20 keping

Salad 1 8 orang

Marjerin ½ kg 3 buku roti

Susu 2 liter 10 cawan

Ais krim 2 liter 13 sudu

Emping jagung 750 g 20 orang

Jus kordial 2 liter 72 cawan

Anggaran kuantiti bahan makanan yang diperlukan dalam satu perkhemahan

berdasarkan menu yang dirancangkan:-

Hari Masa makan Bahan Jumlah

1 Minum petang

Makan malam

Sirap

Gula

Karipap

Beras

Sardin

Bawang

Cili

Kacang buncis

Udang kering

Jambu

1 botol

½ kg

41

10 tin

8 tin

½ kg

½ kg

3 kg

100 g

12

2

3

4

5

Page 5: MAKANAN DI KEM

Bahan kering dan bahan tidak tahan lama

Daripada anggaran kuantiti bahan makanan yang dibuat, bahagikan bahan

makanan kepada bahan kering dan bahan tidak tahan lama. Bahan kering boleh

dibeli sebelum ke tapak perkhemahan manakala bahan tidak tahan lama dibeli

setiap hari perkhemahan.

Bahan kering

(Dibeli untuk 5 hari)

Bahan Harga sekati/

sekilo

Kuantiti Jumlah harga

Gula

Sardin

Udang kering

Serbuk kopi

Jem

Marjerin

Biskut

Belacan

Barli

Kicap

½ kg Mengikut harga

pasaran di tempat

perkhemahan

Senarai ini harus dimasukkan keperluan pertolongan cemas, kesihatan,

persediaan gejet dan alat tulis seperti belerang, ubat-ubatan, bahan pencuci,

berus periuk, kayu dan sebagainya.

Bahan tidak tahan lama (Dibeli setiap hari)

Hari Bahan Harga sekati/

sekilo

Kuantiti Jumlah harga

1 Cili

Kacang buncis

Jambu

Karipap

2

3

4

5

Page 6: MAKANAN DI KEM

Anggaran kasar perbelanjaan untuk menjalankan perkhemahan diperolehi

dengan cara berikut:-

Bahan kering RM

Bahan basah RM

Perbelanjaan lain (Sila rujuk PERANCANGAN

PERKHEMAHAN : Anggaran Perbelanjaan) RM

Jumlah kos RM

Yuran setiap orang pekhemah = __Jumlah kos ____

Bilangan Pekhemah

Sebahagian daripada bahan kering seperti beras, gula, bawang dan ubi

kentang boleh dibawa oleh pekhemah. Ini akan mengurangkan perbelanjaan

makanan.

4. PENGURUSAN MEMASAK

(a) Secara berkumpulan (Patrol cooking)

Setiap kumpulan memasak makanan untuk ahli-ahlinya di dapur sendiri.

Cara ini boleh digunakan oleh pekhemah yang berpengalaman.

Setiap kumpulan mempunyai peralatan memasak dan tempat simpanan

makanan sendiri.

Pekhemah makan dalam kumpulan sendiri.

(b) Secara berpusat (Central cooking)

Kumpulan yang bertugas sebagai jurumasak menyediakan makanan untuk

semua pekhemah.

Kumpulan yang lain memasak secara bergilir-gilir.

(c) Kombinasi (a) dan (b)

Page 7: MAKANAN DI KEM

5. CARA MEMASAK

Pilihan cara memasak bergantung kepada

(a) Jenis makanan yang hendak dimasak

(b) Masa untuk memasak

(c) Bahan api

(d) Persediaan untuk memasak

(e) Selera seseorang

(f) Kelengkapan dapur

Terdapat 2 cara memasak makanan, iaitu dengan haba lembap dan haba kering.

(a) Haba lembap ( Makanan dimasak dalam cecair panas atau dengan wap air

mendidih)

Mencelur (blanch)

- Makanan dimasukan ke dalam air mendidih selama seminit atau dua untuk

melembutkannya.

Mengukus (steam)

- Makanan dimasak dengan wap air mendidih.

- Ar hendaklah mendidih apabila makanan diletakkan dalam pengukus.

- Air hendaklah sentiasa mendidih semasa memasak.

- Cara mengukus menggunakan kuali, pengukus Siam, pengukus bluh,

pengukus berlapis dan periuk biasa.

Merenih (simmer)

Makanan dimasukkan ke dalam air mendidih. Suhunya direndahkan dan

makanan dimasak dengan perlahan sehingga empuk.

Merendidih (stew)

- Makanan dimasak dengan perlahan dalam air yang sedikit di dalam periuk

bertutup untuk masa yang panjang.

Merebus(boil)

- Makanan dimasukkan ke dalam air dan dididihkan. Periuk ditutup dan

makanan dimasak sehingga empuk.

(b) Haba lembap

Membakar (bake)

- Makanan dimasak dalam ketuhar bertutup dengan haba pancaran. Ketuhar

boleh dipanaskan dengan gas, elektrik, arang

Menggoreng tohor (shallow frying)

Page 8: MAKANAN DI KEM

- Makanan digoreng dalam minyak ½ paras makanan.

Merendang ( Menggoreng tanpa minyak)

- Mengoreng makanan tanpa minyak atau lemak seperti kacang tanah, bijian

dan kerisik

Menggoreng dengan minyak banyak (deep frying)

- Makanan digoreng dalam minyak cukup untuk meliputi makanan.

- Contoh : kuih keria, udang sadur, daging gulung, kutlet

Menumis (stir frying)

- Menggoreng makanan sekejap dalam sedikit minyak.

Menggril (grill)

- Makanan dimasak di atas haba (dari bara api) atau di bawah haba

daripada gril dapur gas atau dapur elektrik

Memanggang (roast)

- Makanan dimasak dalam udara panas di dalam ketuhar atau di depan api

terbuka.

6. KEBERSIHAN MAKANAN

Sepanjang masa perkhemahan, kebersihan makanan mesti sentiasa dijaga

kerana makanan dan minuman yang kotor dan tercemar akan menyebabkan

pekhemah jatuh sakit. Kebersihan makanan perlu diutamakan semasa

menyimpan, menyedia, memasak dan menghidang makanan. Di antara

langkah-langkah yang wajar diambil ialah:-

Menyimpan makanan dan sayuran mentah di tempat yang bersih dan bertutup.

Makanan mentah dan makanan yang telah dimasak diasingkan semasa

penyediaan, penyimpanan dan pengagihan makanan.

Menyimpan makanan yang sudah dimasak di tempat yang bertutup supaya lalat

dan serangga tidak menghinggapi makanan.

Sayur-sayuran dan buah-buahan yang dimakan mentah mesti dibasuh dengan

air mengalir dan dibilas dengan air yang dicampurkan sedikit garam.

Bekas memasak, menghidang dan menyimpan makanan mestilah bersih, kering,

tidak sumbing atau retak.

Jangan letakkan makanan di atas lantai.

Makanan yang telah busuk dan rosak seharusnya dibuang segera. Ini adalah

untuk mengelakkan makanan yang lain menjadi rosak.

Air untuk minuman mesti dididihkan sebelum diminum.

Jangan sekali-kali minum air yang belum diketahui kebersihannya.

Sekiranya sungai merupakan sumber air yang tunggal, kawasan itu hendaklah

diasingkan dan dijaga supaya bersih untuk dijadikan sumber air untuk minum

Page 9: MAKANAN DI KEM

dan masak.

Makanan (terutama daging) mesti dimasak dengan sempurna. Makanan yang

telah dimasak harus dimakan secepat mungkin.

Semasa pengagihan, makanan harus dihidang dengan sudu garfu yang

berasingan. Jangan gunakan sudu sendiri untuk mengambil lauk.

Jangan gunakan makanan dalam tin yang telah kemek, berlubang atau berkarat.

Pastikan tarikh luput makanan sebelum menggunakannya.

Kebersihan tukang masak sentiasa dijaga.

- Kuku pendek dan bersih, rambut panjang diikat

- Bersihkan tangan sebelum dan selepas mengendalikan makanan.

- Elakkan daripada memegang makanan dengan tangan. Gunakan penyepit

atau sudu.

- Jangan bersin atau batuk di hadapan makanan.

- Luka jika ada mesti dibalut dengan plaster kalis air

- Pakai apron yang bersih.

- Jangan memakai sandal atau kasut terbuka di kawasan dapur.

7. TEMPAT MEMASAK

(a) Kedudukan kawasan dapur

Kawasan dapur hendaklah dibuat di tempat yang sesuai.

Kedudukan kawasan dapur dipengaruhi oleh beberapa perkara:-

Bekalan air yang mencukupi untuk memasak dan mencuci.

Arah tiupan angin supaya asap dan bunga api tidak bertiup masuk ke dalam

khemah atau ke bahan api. Sekiranya kawasan terdedah, perlindungan harus

didirikan.

Kawasan berpokok.

Pokok adalah berguna sebagai tempat berteduh. Selain daripada menjadikan

tempat untuk menggantung gerobok makanan, pokok adalah penting untuk

dibuatkan ampaian.

Bekalan kayu api yang sedia ada akan menentukan bahan api alternatif yang

akan digunakan untuk memasak.

Saliran air di kawasan dapur (tidak becak dan air tidak bertakung selepas hujan)

Tempat memasak (tetap atau perlu didirikan dapur sendiri)

Kebenaran mengeluarkan lapisan rumput (turfing) untuk menyalakan api di

tanah berumput.

Page 10: MAKANAN DI KEM

Dapur bertiang

(b) Kebersihan kawasan dapur

Setelah dapur didirikan, kebersihan sentiasa dijaga.

Pastikan dapur dan kawasan dapur sentiasa bersih, kemas dan bebas dari gris

dan kotoran.

Alatan dapur disimpan dengan kemas di rak yang bersih.

Tempat kerja sentiasa bersih sebelum dan selepas menggunakannya.

Sampah mesti dibuang pada masa-masa tetap untuk mengelakkan dari berbau

dan haiwan perosak.

Jangan biarkan sisa-sisa makanan bertaburan di kawasan dapur kerana ini akan

menarik haiwan perosak.

Longkang dan parit yang berhampiran (sekiranya ada) tidak tersumbat dengan

sisa-sisa makanan.

½

½

Page 11: MAKANAN DI KEM

Sediakan ampaian untuk tuala dapur.

Makanan yang tidak digunakan disimpan dengan betul di stor Jurumasak.

(c) Keselamatan di dapur

Setiap pekhemah haruslah mengambil langkah-langkah keselamatan di kawasan

dapur untuk mengurangkan risiko kemalangan.

Jangan tinggalkan sudu yang diperbuat daripada logam dalam cecair

mendidih.

Jangan biarkan kulit buah-buahan bersepah di lantai.

Tangkai periuk dan muncung cerek dihalakan ke dalam.

Hiriskan makanan menghala ke bawah di atas landas cincang.

Lapkan mata pisau dengan menghalakan sebelah yang tajam jauh

daripada kita.

Jauhkan pemegang periuk dari punca api.

Membawa pisau dengan bahagian tajam menghala ke bawah.

Semasa menggunakan pembuka tin, lindungi sebelah tangan lagi

dengan kain.

Minyak yang tertumpah harus dicuci serta-merta.

Simpan bahan yang mudah terbakar seperti minyak masak jauh

daripada sumber

api.

Jangan gunakan kain lembap untuk mengangkat periuk. Haba

dipindahkan lebih

cepat melalui kain lembap.

Jangan menggunakan air untuk memadamkan kebakaran yang

berpunca daripada minyak atau lemak.

Tutup gas and suis peralatan elektrik atau matikan api apabila selesai

menggunakannya.

Sekiranya menggunakan kayu api untuk memasak, pastikan ada

sebuah baldi air atau pasir berhampiran dapur.

Sekiranya menggunakan gas atau elektrik, pastikan ada alat pemadam

api yang sesuai di kawasan dapur.

Pastikan peti pertolongan cemas berhampiran kawasan dapur.

Kawasan dapur hendak mempunyai cahaya lampu yang cukup terang.

Berjaga-jaga semasa mengangkut air panas.

Gunakan sarong tangan yang tebal untuk mengangkat periuk yang

berisi makanan yang panas.

Jangan tinggalkan pisau dan peralatan dapur yang tajam dalam besen

berisi air.

Jangan gunakan makanan dalam tin yang telah kemek, berlubang atau berkarat.

Pastikan tarikh luput makanan sebelum menggunakannya.

Label bekas makanan dengan jelas.

Susunkan pinggan mangkuk dan periuk belanga dengan kemas supaya tidak

memberi gangguan kepada lalulintas.

Page 12: MAKANAN DI KEM

8. PENYIMPANAN MAKANAN

(a) Tempat menyimpan

Khemah atau tempat perlindungan didirikan untuk membolehkan Jurumasak

menyimpan makanan dan peralatan memasak.

Tempat ini harus diletakkan di kawasan yang paling dingin, sama ada di bawah

pokok berteduh atau di tempat yang berangin.

Pada waktu siang, khemah Jurumasak perlu dianginkan dan pada waktu malam,

khemah harus ditutup dengan erat.

Letakkan makanan dalam kotak. Kotak diletakkan atas para untuk mencegah

kelembapan yang akan merosakkan makanan.

Makanan harus disimpan jauh daripada cahaya matahari.

(b) Penyimpanan makanan yang tidak tahan lama

Makanan yang tidak tahan lama ialah makanan yang cepat busuk (atau basi)

dan hanya boleh disimpan sekejap sahaja misalnya daging, ikan dan udang,

susu, mentega, telur, sayuran hijau, sayuran berakar, roti dan makanan yang

telah dimasak. Makanana yang mudah busuk dimasak dahulu.

Daging

- Masak secepat mungkin atau lumurkan daging dengan sedikit garam supaya

daging boleh tahan beberapa jam.

- Jangan terbiar kepada suhu bilik terlalu lama sebab bakteria akan cepat

membiak dan menjadikan daging bahaya dimakan.

- Sekiranya perlu dibiarkan sekejap, gantung di tempat yang sejuk atau

berangin.

- Sekiranya kotak styrofoam boleh didapati, bungkuskan daging dalam beg

plastik dan kemudian disimpan dalam kotak yang berisi ketulan ais.

- Daging yang dibersihkan, ditos and kemudian dibungkus dalam beg plastik dan dimasukkan ke dalam kotak Styrofoam yang berisi ketulan ais

- Kotak Styrofoam ditutup dengan lapik plastik dan diletakkan di tempat yang dingin dan berteduh.

Page 13: MAKANAN DI KEM

Penggunaan kotak Styrofoam untuk menyimpan daging, ikan dan ais semasa

perkhemahan

Ikan dan udang

- Masak secepat mungkin.

- Bersihkan dan simpan dalam kotak styrofoam berisi ais seperti daging.

Telur

- Jika telur kotor, kesatkan dengan kain. Jangan membasuh dengan air kerana

ini akan menghilangkan lapisan kilat yang menjadi pelindungnya.

- Letakkan telur dengan bahagian yang tirus ke bawah di tempat yang dingin.

Dengan demikian, kuning telur akan sentiasa berada di tengah.

- Telur juga boleh diletakkan dalam raga jarang di tempat yang kering dan

dingin.

- Letakkan telur jauh daripada makanan yang berbau kuat kerana telur mudah

menyerap bau-bauan.

Susu pekat

- Jangan biarkan susu dalam tin. Sebaik sahaja tin dibuka, tuangkan susu ke

dalam botol atau bekas yang kering dan bertutup. Letakkan dalam mangkuk

berisi air untuk mengelakkan semut. Letakkan di tempat yang sejuk dan

berangin

- Jangan campurkan susu baru dengan susu lama.

Mentega

- Simpan dalam bekas bertutup kerana mentega boleh menyerap bau

makanan dengan mudah.

- Letakkan bekas dalam mangkuk tembikar yang berisi air sejuk di tempat

yang sejuk dan berangin.

Sayuran hijau

Bungkus sayuran hijau dengan suratkhabar dan letakkan dalam bekas yang

bertutup untuk mengelakkannya menjadi layu.

- Bagi daun salad, letakkan dalam besen berisi air dan biarkan di tempat yang

sejuk dan gelap.

Sayuran berakar

- Serai, halia dan sayuran berakar yang lain hendaklah ditanam di dalam pasir

atau tanah kering. Kentang dan keledek boleh disimpan dalam bakul sayur-

sayuran atau dalam beg plastik yang berlubang untuk pengudaraan supaya

Page 14: MAKANAN DI KEM

ianya tidak kecut atau busuk.

- Letakkan bakul di tempat yang dingin.

Roti

- Simpan dalam bekas bertutup dan kering.

(b) Makanan yang tahan lama

- Simpan makanan dalam tin, botol atau bekas bertutup yang bersih dan kering

(Penutup plastik adalah lebih baik kerana tidak berkarat.) Labelkan bekas

dengan jelas.

- Isikan makanan baru apabila yang lama telah habis dan setelah dibasuh dan

dikering bekasnya.

- Susunkan semua bekas dengan kemas di atas para.

9. MENCUCI

Tempat membasuh yang didirikan harus terletak jauh dari sumber air.

Sinki yang direkacipta juga boleh digunakan.

Detergen yang biodegrable digalakkan.

Sebelum mencuci, buangkan sisa-sisa makanan dari pinggan.

Sebaik-baiknya, cuci pinggan mangkuk dengan air sabun yang panas.

10. PEMBUANGAN SAMPAH

(a) Sekiranya terdapat perkhidmatan pengangkutan sampah, hubungi pihak

berkenaan untuk mengangkut sampah

(b) Sekiranya tiada perkhidmatan tersebut, pembuangan sampah harus diuruskan di

tapak perkhemahan.

(c) Lubang kering dan lubang basah boleh digali. Luas setiap lubang ini ialah 50 cm

x 50 cm dan dalamnya 60 cm.

Sampah sarap yang kering dan mudah dibakar boleh dimasukkan ke dalam

lubang kering.

Lubang basah untuk menapiskan sisa makanan yang terdapat dalam air

cucian.

- Apabila lubang telah digali, permukaan lubang basah perlu disusun batang-

batang kayu atau buluh. Kemudian ditutup dengan lalang, rumput dan daun

kering akan berfungsi sebagai lapisan penapis. Apabila air cucian dituang ke

dalam lubang basah, sisa-sisa makanan akan tertapis oleh lapisan penapis.

Hanya air sahaja akan menglair ke dalam lubang basah. Sisa makanan

bersama lapisan penapis perlu diganti setiap hari. Ia boleh ditanam dalam

lubang, dibakar atau dibuang ke dalam beg sampah.

- Penapisan sisa makanan daripada air cucian boleh dilakukan dengan

menggunakan penapis makanan (colander) atau tin yang ditebuk lubang.

Penapis ini disokong dengan batu atau kayu. Air cucian mengalir dan

Page 15: MAKANAN DI KEM

diserap ke dalam tanah. Lapisan penapis dan sisa makanan yang tertinggal

diganti dengan yang baru.

Lubang basah harus dijarakkan dari sumber air, khemah dan tempat

penyimpanan makanan. Lubang basah perlu ditandakan dengan jelas demi

keselamatan pekhemah. Lubang basah harus berhampiran dengan tempat

membasuh.

Pembuangan sampah

Kertas dan barang yang boleh

dibakar

Kaca, plastik, Styrofoam, kertas

aluminium

Tin

Kulit buah-buahan

Sisa makanan

Dibakar atau buang ke dalam beg

sampah.

Buang ke dalam beg sampah dan

dihantar ke Pusat Kitar Semula.

Bilas, datarkan tin. Buang ke dalam

beg sampah dan dihantar ke Pusat Kita

Semula.

Bakar atau tanam dalam lubang atau

buang ke dalam beg sampah.

Tanam dalam lubang atau buang ke

dalam beg sampah

Rutin pembuangan sampah

- Pemindahan sampah ke tempat yang ditetapkan harus dilakukan sekurang-

kurangnya sekali sehari.

- Masalah haiwan perosak harus diselesaikan dengan segera

- Lubang basah harus diperiksa selepas setiap kali makan. Tindakan segera

diperlukan jika terdapat sebarang tanda limpahan atau kebocoran. Lapisan

penapis untuk lubang basah harus diganti dengan yang baru sekurang-

sekurangnya sekali sehari.

- Lubang basah yang melimpah tidak boleh digunakan sehingga semua air di

dalamnya diserap atau telah mengalir keluar.

Page 16: MAKANAN DI KEM

-

Page 17: MAKANAN DI KEM

(c) Menggunakan ruas buluh

Ruas buluh boleh digunakan untuk memasak nasi dan lemang.

Buluh dipotong mengikut keperluan dan dibersihkan.

Cuci bahagian dalam dan pastikan tiada habuk melekat.

Ambil daun pisang dan masukkan ke dalam ruas buluh.

Isikan beras dan air secukupnya (Sukatan air dan beras yang belum dibasuh

adalah sama banyak)

Tutup lubang buluh dengan daun pisang.

Letakkan buluh tersebut berhampiran dengan nyalaan.

Sekali-sekala kedudukan buluh perlu diubah supaya semua bahagian buluh

terkena panas api.

Apabila air di dalam buluh hampir kering, api yang menyala seharusnya

dikurangkan supaya berbara sahaja.

Apabila nasi sudah masak, belahkan buluh dengan pisau atau parang

(b) Menggunakan kelapa

Kari ayam boleh dimasak dalam buah kelapa muda. Potong bahagian atas buah

kelapa muda dengan cermat. Bahagian atas ini akan digunakan sebagai

penutup. Masukkan ramuan kari ayam, ketulan ayam dan ubi kentang.

Campurkan air kelapa. Letak di atas bara api. Kari ayam siap dimasak apabila

bahagian bawah retak.

Page 18: MAKANAN DI KEM

Anda juga boleh memasak telur dengan menggunakan ubi kentang. Potong ubi

kentang dengan cermat. Kemudian buangkan isi ubi kentang seberapa yang boleh.

Selepas ini masukkan telur yang telah diadunkan ke dalam ii kentang. Kemudian

tutup dengan bahagian ubi kentang yang dipotong. Anda boleh menggunakan bilah

kayu atau buluh untuk mengemaskannya. Letakkan ubi kentang di atas api sehingga

telur masak.

Perbagai cara masakan rimba

Ayam panggang

Ikan

bakar

Page 19: MAKANAN DI KEM

Cara hay cooking

Page 20: MAKANAN DI KEM

Penyimpanan Bahan Makanan Di Perkhemahan

(a) Jenis makanan

(i) Makanan yang mudah busuk ialah makanan yang cepat busuk atau

makanan yang hanya boleh disimpan sekejap sahaja.

Contohnya : Daging, ikanm udang, susu, mentega, telur, sayuran hijau,

sayuran berakar, roti dan makanan yang telah dimasak.

(ii) Makanan tahan lama ialah makanan kering atau makanan yang telah

diawetkan yang boleh disimpan lama.

Contohnya: Beras, gula, garam, daun the, serbuk kopi, tepung, rempah,

kacang tanah, ikan bilis, udang kering, belacan

(b) Cara menyimpan makanan yang mudah busuk

(d) Daging

i. Masak secepat mungkin atau lumurkan daging dengan sedikit garam

supaya ia boleh tahan beberapa jam.

ii. Jangan terbiar pada suhu bilik terlalu lama sebab bacteria akan cepat

membiak dan menjadikan daging bahaya dimakan.

iii. Sekiranya hendak dibiarkan sekejap sahaja, gantung di tempat yang sejuk

atau berangin.

iv. Sekiranya kotak ‘stryrofoam’ boleh didapat, bungkuskan daging yang telah

dibersihkan dalam beg plastic and kemudian disimpan dalam kotak tersebut

yang berisi ais.

(e) Ikan dan daging

i. Masak secepat mungkin.

ii. Jangan terbiar pada suhu bilik terlalu lama.

iii. Bersihkan dan bungkus dengan kertas atau politin dan simpan dalam kotak

‘styrofoam’ berisi ais.

Telur

iv. Jika telur itu kotor,kesatkan dengan sehelai kain sebelum disimpan tetapi

jangan membasuhnya kerana ini akan menghilangkan lapisan kilat yang

menjadi pelindungnya.

Page 21: MAKANAN DI KEM

v. Letakkan telur dalam kotak atau tetingkat dengan bahagian yang runcing ke

bawah supaya ruangan udaranya berada di sebelah atas.

vi. Telur juga boleh disimpan dalam raga jarang dan diletakkan di tempat yang

kering dan dingin.

vii. Letakkan telur jauh dari makanan yang berbau kerana kulitnya mudah

menyerap bau-bauan.

Susu

viii. Jangan biarkan susu dalam tin. Sebaik sahaja dibuka:

1. tuangkn ke dalam jag atau botol yang kering dan bertutup.

2. letakkan dalam mangkuk berisi air sejuk untuk mengelakkan semut

3. letakkan di tempat yang sejuk dan berangin sekiranya susu pekat

manis

ix. Jangan tuangkan susu yang baru di buka ke dalam bekas yang

mengandungi susu lama.

x. Apabila telah habis, basuh, celur dan toskan jag atau botol dengan betul-

betul sebelum dimasukkan susu baru.

Mentega

xi. Seperti susu, mentega boleh menyerap bau makanan lain dengan mudah.

xii. Simpan dalam bekas dan rendamkan bekas tersebut dalam mangkuk berisi

air sejuk dan letakkan di tempat yang sejuk. Bekas itu ditutup dengan kain

yang hujungnya terendam dalam air.

Sayuran hijau

- Bungkus sayur dengan longgar dalam surat khabar dan letakkan dalam

bekas yang bertutup untuk mengelakkannya menjadi layu.

- Simpan sayur-sayuran itu di tempat yang gelap, sejuk dan berudara.

- Sayur-sayuran hijau hendaklah disimpan di dalam besen yang

mengandungi air atau sentiasa direnjiskan air.

Susu tepung

- Simpan susu tepung dalam tin yang kedap udara.

- Simpan di tempat yang dingin

Keju

- Gunakan keju itu sebaik sahaja dibeli.

- Balutkan dengan kertas minyak atau beg plastik, kertas aluminium dan

simpan di tempat yang dingin dan menjauhi daripada makanan yang

mempunyai bau yang kuat.

.

Sayuran berakar

xiii. Serai dan halia hendaklah ditanam ke dalam pasir atau tanah kering.

xiv. Kentang dan keledek boleh disimpan dalam bakul sayur-sayuran atau dalam

beg politin yang berlubang untuk pengudaraan supaya is tidak kecut atau

busuk. Letakkannya di tempat yang dingin.

xv. Lobak merah, sengkuang dan lobak boleh dibalut dengan surat khabar dan

diletakkan di tempat yang dingin dan berudara.

Page 22: MAKANAN DI KEM

Roti

xvi. Simpan dalam bekas yang baik pengudaraanya atau dalam bekas roti yang

khas.

xvii. Basuh dan keringkan bekas menyimpan roti selepas beberapa hari supaya

bekas roti bersih dan sentiasa kering.

xviii. Bakar atau keringkan roti lama yang berlebihan. Jadikan serbuk roti

daripada roti kering.

Makanan yang telah dimasak

- Sejukkan dengan secukupnya dalam bekas yang tidak bertutup dan

letakkannya di dalam gerobok.

Buah-buahan

xix. Makan buah-buahan yang paling segar.

xx. Basuh dan toskan buah-buahan ini serta simpankan di dalam bakul buah-

buahan yang boleh digantung di dahan pokok yang teduh.

(c) Cara menyimpan bahan makanan yang tahan lama

xxi. Periksa makanan sebelum disimpan. Simpan bahan-bahan makanan yang

baru dan kering

xxii. Simpan makanan dalam tin, botol atau bekas yang bertutup. Labelkan

bekas dengan jelas.

xxiii. Gula dan bahan makanan yang manis disimpan dalam botol plastik yang

didirikan dalam bekas berair untuk mengelakkan semut.

xxiv. Atur semua bekas dengan kemas.

(c) Cara menyimpan bahan makanan yang tahan lama

xxv. Periksa makanan sebelum disimpan. Simpan bahan-bahan makanan yang

baru dan kering

xxvi. Simpan makanan dalam tin, botol atau bekas yang bertutup. Labelkan

bekas dengan jelas.

xxvii. Gula dan bahan makanan yang manis disimpan dalam botol plastik yang

didirikan dalam bekas berair untuk mengelakkan semut.

xxviii. Atur semua bekas dengan kemas.

Page 23: MAKANAN DI KEM
Page 24: MAKANAN DI KEM