mak yong

Upload: hidayah-rosly

Post on 17-Jul-2015

160 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

PERSATUAN

TEATER

:

MAK YONG

Disediakan oleh : Siti Norhidayah Binti Rosly Nazirah Binti Murad PPISMP1 PK/PJ/PS 1 (PK 1)

APA ITU MAKYUNG???Makyung ialah sebuah drama yang menggunakan unsur-unsur muzik, tarian dan dialog. Merupakan teater istana Berasal dari perkataan Mak Hiang(siam)semangat ibu padi

SEJARAH MAKYUNGTerdapat beberapa teori yang menyatakan tentang sejarah ataupun asal usul taridra Makyung ini. Teori Pertama-Istana Kerajaan Melayu Lama Patani Teori Kedua-Puteri Raja Siam dan Anjingnya Teori Ketiga-Raja Terengganu dan Raja Kelantan Teori Keempat-Orang Batak, Sumatera

TEORI PERTAMA-ISTANA KERAJAAN MELAYU LAMA PATANI

Hikayat Patani Cetera 19-mak yong dibawa dari patani ke Kelantan 200 tahun dahulu,kemudian ke Kedah. Menurut orang tua-tua yang wujud di Kelantan sejak sebelum pemerintahan Long Yunus(1762-1784)-(menjadi persembahan di raja) Mangkat Sultan Mohammad IV(1920)menjadi persembahan rakyat.

TEORI KEDUA-PUTERI RAJA SIAM ANJINGNYA

DAN

Mengenai seorang raja di negara Siam yang mempunyai seorang puteri. Sejak kecil puteri baginda suka kepada anjing lalu baginda memberi patung anjing. Apabila dewasa,puteri baginda ingin memiliki anjing yang sebenar lalu ditunaikan.Apabila puteri baginda jatuh cinta,baginda mengambil anjing itu lalu bunuh. Puteri sedih,baginda ambil kepala anjing tersebut dan membuat alat muzik(rebab). Diiringi tarian dayang-dayang.

TEORI KETIGA-RAJA TERENGGANU RAJA KELANTAN

DAN

Cerita yang menyatakan bahawa Mak Yong berasal dari daerah Setiu,Terengganu tetapi Setiu juga sebahagian wilayah negeri Kelantan. Raja Terengganu mendapat kawasan tersebut melalui pertaruhan sabung ayam dengan Raja Kelantan. Raja Kelantan yang kalah pulang dengan membawa lagu Mak Yong bersama dalam kehampaan.

TEORI KEEMPAT-ORANG BATAK, SUMATERAMak yong didapati berasal dari Sumatera,Indonesia dan permainan dalam istana diasaskan oleh (orang Batak). Ketika berlaku peperangan di Sumatera,raja yang ditewaskan melarikan diri bersama rombongan pengikut baginda. Dalam rombongan tersebut,ada pemain Mak Yong dan kumpulannya. Jadi,dalam pelarian raja tersebut,telah bermain Mak Yong bersama pengikut baginda.Disinilah dikatakan bermulanya Mak Yong.

PELAKON DALAM MAK YONGBiasanya terdapat lebih daripada 10 orang ahli yang berlakon dalam tarian Mak Yong. Antaranya,

Pak Yong Menjadi raja atau pemerintah dan menjadi tulang belakang cerita Mak Yong Pak Yong Muda Watak utama atau hero dalam cerita Mak Yong. Watak inilah yang mengalami berbagai-bagai peristiwa dari saat ia dilahirkan hingga dewasa semasa cerita berkisar di sekitar kehidupan Pak Yong Muda. Mak Yong Juga Permaisuri dan dalam setengah cerita mengambil peranan yang penting sebagai watak utama.

Puteri Mak Yong Heroin dalam cerita Mak Yong Peran/pelawak beberapa orang peran atau pelawak dalam cerita Mak Yong.Peran Tua biasanya memegang watak yang lebih penting daripada peran-peran lain dan bertindak sebagai orang suruhan raja Dayang-Dayang Gadis-gadis manis -sebagai penari atau pengiring Mak Yong atau Puteri Mak Yong. watak-watak jahat ketinggalan, seperti raja jin dan sebagainya -pihak lawan kepada watakwatak baik

PERSEDIAN PERSEMBAHAN (PROP)

PAKAIAN PELAKON MUZIK IRINGAN TEMPAT DAN ALATAN SAMPINGAN

PAKAIAN PELAKON

pakaian watak-watak adalah lengkap dan mahal harganya. setiap watak mempunyai pakaian lengkapnya Pakaian Mak Yong Muda dan Pak Yong Muda memakai setanjak atau mahkota diperbuat dari baldu khas dengan hiasan mutu manikam dan mempunyai tepi yang berkilau. Di bahagian atas setanjak dihiasi dengan beberapa kuntum melur. Beberapa kuntum melur. Beberapa ikat bunga melur digantung pada atas telinga kiri. Mak Yong Muda ( Watak Utama) memakai setangan batik dan 7 ulas ikatan bunga melur berjuntai dari telinga kiri. Lebih awal dari itu pakaian Pak yong Muda dipengaruhi gaya mempelaimempelai diraja Patn dengan memakai setanjak yang diperbuat daripada sutera kuning dan dihiasi dengan bungabunga emas yang digantung pada rantai-rantai emas terjuntai di telinga kiri. Setanjak Pak Yong Tua dihiasi lebih indah daripada warna yang lebih tua. Pak Yong memakai baju sutera berwarna kuning , kemas, tidak berkolar, berlengan pendek. Lai atau hiasan dari manik-manik dan mutu manikam, labuhnya ing hampir ke pinggang dipakai di atas baju. Semua pelakon tidak memakai kasut kerana mereka bermain di hadapan Raja dan pembesar-pembesar.

Dalam satu-satu persembahan Mak Yong tidak mewah Pakaian Mak Yong Mudamemakai setanjak atau mahkota diperbuat dari baldu khas dengan hiasan mutu manikam dan mempunyai tepi yang berkilau. Di bahagian atas setanjak dihiasi dengan beberapa kuntum melur. Beberapa kuntum melur. Beberapa ikat bunga melur digantung pada atas telinga kiri. Mak Yong Muda memakai setangan batik dan 7 ulas ikatan bunga melur berjuntai dari telinga kiri. pakaian Pak yong Muda dipengaruhi gaya mempelaimempelai diraja Patn dengan memakai setanjak yang diperbuat daripada sutera kuning dan dihiasi dengan bunga-bunga emas yang digantung pada rantai-rantai emas terjuntai di telinga kiri. Setanjak Pak Yong Tua dihiasi lebih indah daripada warna yang lebih tua.Pak Yong memakai baju sutera berwarna kuning , kemas, tidak berkolar, berlengan pendek. atau hiasan dari manik-manik dan mutu manikam, labuhnya hampir ke pinggang dipakai di atas baju. Semua pelakon tidak memakai kasut kerana mereka bermain di hadapan Raja dan pembesar-pembesar.

Pakaian Mak Yong Puteri memakai kebaya sutera dan berkerongsang emas dan permata. Sarung sutera diikat dengan tali pinggang dan mempunyai pending batu permata dan lebih cantik dari pending Puteri Mak Yong. Sehelai kain sibar tergantung di bahu kiri, di selitkan pada pending dan panjangnya hingga ke paras lutut. Kain sibar ini biasanya bertekat benang emas, gelang kaki emas dan cincin pemberian dari raja. watak dayang memakai kebaya dan sarung sutera tetapi tiada berpending atau kain sibar. Mereka memakai sanggul dan bunga melur dilekat pada sanggul. Peran-peran memakai baju pendek biasa, kain sarung sepasang seluar besar semutar daripada kain benang yang pada waktu yang lain juga boleh juga diikat ke pinggang.

MUZIK IRINGAN

Muzik merupakan unsur penting dalam permainan Mak Yong Setiap pergerakan setiap watak dalam cerita Mak Yong adalah berdasarkan bunyian muzik. Kesinambungan Kumpulan muzik Mak Yong yang lengkap akan mengandungi alat-alat:y y y y y y y y

Rebab Gendang ibu dan anak Geduk ibu dan anak Gong ibu dan anak Serunai Gedombak ibu dan anak Canang Kesi

TEMPAT DAN ALATAN SAMPINGANPak Yong juga membawa seikat rotan yang dipanggil rotan bera. Rotan ini digunakan untuk keperluan lain seperti menggambarkan wau, anak yang baru lahir atau digubah untuk menyerupai gajah. Ada juga berlatarkan istana dan ada juga berlatarkan sekitar kampung..

PERSEMBAHAN MAKYUNG

Persembahan dibuat secara gerak tari berkeliling.y y y y y y y y

Dimulakan dengan acara Buka Panggung dikuti dengan bertabuh, Menghadap Rebab, Sedayung Pak Yong Sedayung Mak Yong, Ziarah Bilik Pengasuh (Sedayung Panggil Awang) Berkhabar Ello atau Wok sebarang lagu atau tari mengikut cerita yang dipentaskan Tutup Panggung

Terdapat tidak kurang daripada 50 buah lagu Mak Yong. Namun mereka yang mengetahui dan boleh menyanyikannya semakin berkurangan.

CERITA-CERITA MAK YONG

Terdapat tidak kurang daripada 30 buah cerita Mak Yong hanya 12 cerita yang sering dipentaskan. Antaranya :y y y y y y y y

Dewa Muda Bongsu Sakti Gading Bertimang Raja Tangkai Hati Dewa Pecil Raja Muda Lakleng Raja Besar Ho Gading Anak Raja Panah Dewa Indera - Indera Dewa, Raja Muda Laksana, Bedara Muda dan Endeng Tajeli (Anak Raja Gondang, Batak Raja Gondang, Bongsu Sakti)

PENGAJARAN / UNSURUNSUR MORALCerita-cerita Mak Yong sarat dengan pengajaran atau unsur-unsur moralnya. Adab berhadapan dengan raja Begitu juga bagi pihak raja, tanamkan rasa belas kasihan kepada rakyat

Keseluruhan cerita bertemakan buat baik dibalas baik, buat jahat lambat laun mendapat bala atau musibah

SEKIAN TERIMA KASIH