majlis penasihat syariah

15
Matlamat dan Objektif Kewujudan Majlis Penasihat Syariah dalam Institusi Perbankan dan Kewangan Islam. Amalan Perbankan dan Kewangan Islam (IPEM2306)

Upload: tinta-pena

Post on 05-Aug-2015

46 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Matlamat dan Objektif Kewujudan Majlis Penasihat Syariah dalam Institusi Perbankan dan

Kewangan Islam.

 

Amalan Perbankan dan Kewangan Islam(IPEM2306)

Isi Kandungan

Pengenalan Majlis Penasihat Syariah

Objektif dan Matlamat Kewujudan Majlis Penasihat Syariah

Peranan Majlis Penasihat Syariah

Resolusi Majlis Penasihat Syariah

Kesimpulan

Pengenalan

• Majlis Penasihat Syariah (MPS) ini mula ditubuhkan pada bulan Mei 1997.

• Badan ini turut diiktiraf sebagai rujukan utama di dalam kes-kes berkaitan kewangan islam di dalam negara.

• Ia dianggotai oleh pakar-pakar ekonomi yang juga turut pakar dalam bidang syariah, mereka juga merupakan individu yang mempunyai pengalaman yang luas dalam bidang perbankan, kewangan, ekonomi, undang-undang dan aplikasi syariah.

Samb.

• Anggota MPS yang dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong atas nasihat menteri selepas rundingan dilakukan dengan BNM.

• Anggota bagi penggal 2013-2016 adalah seperti berikut: 1) Tun Abdul Hamid Mohamad - Ketua Hakim Mahkamah Persekutuan Malaysia;

2) Tan Sri Sheikh Ghazali Abdul Rahman - Penasihat Undang-undang Syariah, Jabatan Peguam Negara;

3) Datuk Seri Hassan Ahmad - Mufti Pulau Pinang;

4) Dr Mohd Daud Bakar - Ketua Pegawai Eksekutif, Amanie Advisors;

5) Prof Dr Engku Rabiah Adawiah Engku Ali - Profesor, Kulliyyah Undang-undang Ahmad Ibrahim, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM);

Samb.

6) Prof Dr Ashraf Md Hashim - Ketua Pengarah Eksekutif, ISRA Consultancy Department (I-Con), Akademi Penyelidikan Syariah Antarabangsa bagi Kewangan Islam (ISRA);

7) Prof Madya Dr Mohamad Akram Laldin - Pengarah Eksekutif ISRA

8) Prof Madya Dr Rusni Hassan - Profesor Madya, Kulliyyah Undang-undang Ahmad Ibrahim, UIAM;

9) Prof Madya Dr Asmadi Mohamed Naim - Dekan, Fakulti Perniagaan Islam, Universiti Utara Malaysia;

10) Dr Shamsiah Mohamad - Penyelidik Kanan ISRA; dan

11) Burhanuddin Lukma - Pensyarah, Kulliyyah Undang-undang Ahmad Ibrahim, (UIAM).

Penubuhan Majlis Penasihat Syariah dan Penasihat Syariah

• Penasihat Syariah merupakan satu badan yang wajib ditubuhkan oleh setiap bank yang akan melaksanakan operasi perniagaan perbankan islam.

• Oleh itu, ia adalah kemestian bagi mana-mana bank islam untuk menubuhkan Penasihat Syariah bagi menjadi penasihat kepada bank dan memastikan operasi perniagaan perbankannya tidak melibatkan apa-apa elemen yang dilarang oleh islam.

• Apabila setiap bank mempunyai Penasihat Syariah tersendiri, maka wujud cadangan untuk penubuhan sebuah badan utama penasihat untuk mengesahkan penetapan yang dibuat oleh Penasihat Syariah milik bank-bank islam.

• Oleh itu, MPS mempunyai kedudukan yang lebih tinggi berbanding dengan jawatankuasa syariah bank-bank perdagangan yang lain.

Objektif dan Matlamat

• MPS berperanan sebagai badan tertinggi untuk menasihati Bank Negara Malaysia berkaitan dengan hal ehwal perbankan islam dan perniagaan Takaful di Malaysia.

• Kedua, MPS berperanan untuk menyelaraskan isu syariah dalam urusan perbankan dan kewangan islam.

• Ketiga, MPS berperanan untuk menganalisis dan menilai aspek syariah yang berkaitan dengan skim atau produk baharu yang dikemukakan oleh institusi perbankan dan kewangan islam.

Peranan Majlis Penasihat Syariah

• 1) Menyenaraikan senarai sekuriti patuh syariah.

• 2) Memberi nasihat tentang produk-produk dalam pasaran modal. Antara pendekatan yang diambil ialah dengan mengkaji kesahihan sesuatu instrumen konvensional yang diamalkan oleh pasaran modal berdasarkan perspektif syariah. Kajian tertumpu pada struktur, mekanisma dan penggunaan instrumen tersebut sama ada terdapat prinsip yang bercanggah dengan prinsip syariah atau pun tidak. Seterusnya pendekatan kedua pula ialah merangka dan membentuk instrumen baru yang berlandaskan syariah.

• 3) Memberi nasihat dalam Pengendalian Takaful. Antara tugasannya ialah menasihati serta memantau urusan pengendalian dana takaful agar ia dilaburkan dalam instrumen yang diharuskan syariah sahaja.

Samb.

• 4) Memberi nasihat kepada Lembaga-lembaga Pengarah (L-LP) Institusi-institusi Kewangan ( I-IK). Antara fungsi utama Majlis Penasihat Syariah juga adalah memberi nasihat kepada institusi-institusi kewangan seperti bank-bank perdagangan yang ingin mengeluarkan sesuatu produk perbankan yang terbaru sama ada ianya mematuhi kehendak syariah atau tidak

• 5) Mengesahkan Manual Patuh Syariah. Dalam menyediakan satu sumber rujukan yang tersusun untuk menetukan sama ada sesuatu produk perbankan itu melepasi syarat patuh syariah atau tidak, MPS akan mengesahkan suatu manual yang telah dihasilkan melalui perbincangan antara ahli-ahli majlis penasihat syariah.

Samb.

• Peranan-peranan lain secara ringkasnya adalah seperti berikut:

• 6) Mengesahkan Dokumen-dokumen yang Berkaitan.

• 7) Membantu Pihak-pihak Berkenaan dalam Hal-hal Syariah.

• 8) Memberi Pandangan Syariah yang Bertulis.

• 9) Memberi nasihat tentang Audit Syariah.

• 10) Memberi nasihat tentang Bayaran Zakat.

Resolusi Syariah dalam kewangan Islam

Keputusan-keputusan MPS telah diterbitkan oleh Bank Negara Malaysia dalam buku yang bertajuk “ Resolusi Syariah dalam kewangan Islam”.

Resolusi yang pertama kali dikeluarkan bertarikh 8 julai 1997.

Resolusi syariah ini sangat penting sebagai panduan kepada kepada pihak yang berkepentingan terutamanya institusi yang menawarkan perniagaan perbankan dan kewangan islam, jawatankuasa syariah serta masyarakat awam.

Disamping itu resolusi ini juga penting sebagai rujukan kepada mahkamah dan juga penimbang tara dalam memutuskan kes berkaitan kewangan islam di Malaysia.

Antara Kandungan Resolusi Syariah dalam kewangan islam (2010-2011)

Pembelian hutang dengan komoditi

Caj lewat bayar bagi hutang penghakiman

Pengenalan Fi ke atas Wa’d dalam produk urus niaga hadapan mata wang asing

Urus niaga hadapan mata wang asing berasaskan Wa’d dan Murabahah Komoditi

Keperluan modal dalam takaful

Takaful Semula dengan Syarikat Insurans dan Insurans Semula Konvensional

Skim Rumah Pertamaku oleh Cagamas

Transformasi Produk Simpanan Konvensional kepada Produk Patuh Syariah

Samb.

• BNM turut menerbitkan Manual Rujukan Mahkamah dan Penimbang Tara kepada Majlis Penasihat Syariah Bank Negara Malaysia di bawah seksyen 51 dan seksyen 56 Akta Bank Negara Malaysia 2009.

• Manual ini diterbitkan bertujuan untuk melancarkan proses rujukan sebarang persoalan Syariah yang berhubung kewangan islam oleh mahkamah dan penimbang tara kepada MPS BNM.

• Manual ini lengkap menggariskan prosedur dan kaedah membuat rujukan persoalan-persoalan syariah yang timbul dalam prosiding mahkamah dan penimbang tara.

Kesimpulan

Kewujudan Majlis Penasihat Syariah adalah sangat penting dalam pembangunan kewangan dan perbankan islam.

Sumbangan MPS kepada umat islam sangat besar bagi memastikan umat islam mempunyai alternatif lain yang patuh syariah.

Kewujudan MPS jelas membantu melancarkan lagi proses yang berlaku dalam kewangan dan perbankan islam.

Ilmu dalam bidang ini merupakan fardu kifayah, oleh itu perlu ada dikalangan umat islam yang mendalami ilmu ini.

Sekian Terima Kasih