aplikasi talfiq dalam resolusi syariah majlis penasihat ... › pfigshare-u...aplikasi talfiq dalam...

50
See discussions, stats, and author profiles for this publication at: https://www.researchgate.net/publication/305488193 Aplikasi Talfiq dalam Resolusi Syariah Majlis Penasihat Syariah Bank Negara Malaysia: Analisis Awal Dapatan Kajian Presentation · February 2013 DOI: 10.13140/RG.2.1.3634.5844 READ 1 1 author: Mohd Hafiz Jamaludin University of Malaya 8 PUBLICATIONS 0 CITATIONS SEE PROFILE Available from: Mohd Hafiz Jamaludin Retrieved on: 27 July 2016

Upload: others

Post on 07-Feb-2021

6 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • Seediscussions,stats,andauthorprofilesforthispublicationat:https://www.researchgate.net/publication/305488193

    AplikasiTalfiqdalamResolusiSyariahMajlisPenasihatSyariahBankNegaraMalaysia:AnalisisAwalDapatanKajian

    Presentation·February2013

    DOI:10.13140/RG.2.1.3634.5844

    READ

    1

    1author:

    MohdHafizJamaludin

    UniversityofMalaya

    8PUBLICATIONS0CITATIONS

    SEEPROFILE

    Availablefrom:MohdHafizJamaludin

    Retrievedon:27July2016

    https://www.researchgate.net/publication/305488193_Aplikasi_Talfiq_dalam_Resolusi_Syariah_Majlis_Penasihat_Syariah_Bank_Negara_Malaysia_Analisis_Awal_Dapatan_Kajian?enrichId=rgreq-566b2feb00f4b7e6a6a95df3c4d30cd2-XXX&enrichSource=Y292ZXJQYWdlOzMwNTQ4ODE5MztBUzozODYzMDAyMTAzNjg1MTZAMTQ2OTExMjU1NTMzMQ%3D%3D&el=1_x_2https://www.researchgate.net/publication/305488193_Aplikasi_Talfiq_dalam_Resolusi_Syariah_Majlis_Penasihat_Syariah_Bank_Negara_Malaysia_Analisis_Awal_Dapatan_Kajian?enrichId=rgreq-566b2feb00f4b7e6a6a95df3c4d30cd2-XXX&enrichSource=Y292ZXJQYWdlOzMwNTQ4ODE5MztBUzozODYzMDAyMTAzNjg1MTZAMTQ2OTExMjU1NTMzMQ%3D%3D&el=1_x_3https://www.researchgate.net/?enrichId=rgreq-566b2feb00f4b7e6a6a95df3c4d30cd2-XXX&enrichSource=Y292ZXJQYWdlOzMwNTQ4ODE5MztBUzozODYzMDAyMTAzNjg1MTZAMTQ2OTExMjU1NTMzMQ%3D%3D&el=1_x_1https://www.researchgate.net/profile/Mohd_Hafiz_Jamaludin?enrichId=rgreq-566b2feb00f4b7e6a6a95df3c4d30cd2-XXX&enrichSource=Y292ZXJQYWdlOzMwNTQ4ODE5MztBUzozODYzMDAyMTAzNjg1MTZAMTQ2OTExMjU1NTMzMQ%3D%3D&el=1_x_4https://www.researchgate.net/profile/Mohd_Hafiz_Jamaludin?enrichId=rgreq-566b2feb00f4b7e6a6a95df3c4d30cd2-XXX&enrichSource=Y292ZXJQYWdlOzMwNTQ4ODE5MztBUzozODYzMDAyMTAzNjg1MTZAMTQ2OTExMjU1NTMzMQ%3D%3D&el=1_x_5https://www.researchgate.net/institution/University_of_Malaya?enrichId=rgreq-566b2feb00f4b7e6a6a95df3c4d30cd2-XXX&enrichSource=Y292ZXJQYWdlOzMwNTQ4ODE5MztBUzozODYzMDAyMTAzNjg1MTZAMTQ2OTExMjU1NTMzMQ%3D%3D&el=1_x_6https://www.researchgate.net/profile/Mohd_Hafiz_Jamaludin?enrichId=rgreq-566b2feb00f4b7e6a6a95df3c4d30cd2-XXX&enrichSource=Y292ZXJQYWdlOzMwNTQ4ODE5MztBUzozODYzMDAyMTAzNjg1MTZAMTQ2OTExMjU1NTMzMQ%3D%3D&el=1_x_7

  • SEMINAR PENYELIDIKAN KEWANGAN

    DAN KEHARTAAN ISLAM

    Tajuk:

    Aplikasi Talfiq dalam Resolusi Syariah Majlis Penasihat Syariah Bank Negara Malaysia:

    Analisis Awal Dapatan Kajian

    Disediakan oleh:

    MOHD HAFIZ BIN JAMALUDIN B.Sh Universiti Al-Azhar, M.Sh Universiti Malaya

    Felo SLAB di Jabatan Syariah dan Undang-Undang, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya.

    Tarikh:

    19 Februari 2013 (Selasa) Tempat: Bilik Seminar 2, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya.

  • SUB-TAJUK PEMBENTANGAN

    1. PENDAHULUAN

    2. TAKRIF TALFIQ

    3. JENIS-JENIS TALFIQ

    4. HUKUM TALFIQ

    5. CONTOH TALFIQ

    6. CONTOH AMALAN TALFIQ DALAM RESOLUSI SYARIAH BANK NEGARA MALAYSIA

  • PENDAHULUAN

  • PENDAHULUAN

    1. Talfiq merupakan satu kaedah yang kerap

    digunakan pada masa kini sekalipun ia tidak

    dikategorikan sebagai salah satu sumber

    hukum Islam oleh para ulama usul fiqh.

    2. Konsep Talfiq ini masih memerlukan

    penjelasan lanjut daripada pakar

    perundangan Islam terutama dari sudut

    perbincangan dalil dan perbahasan para ulama berkenaan dengannya.

  • Sambungan

    3. Konsep Talfiq sangat ditentang oleh para ulama

    silam, khususnya pada zaman perkembangan

    dan penulisan mazhab-mazhab fiqh.

    4. Setelah bermulanya zaman pembaharuan fiqh

    Islam pada abad ke 20, konsep ini mula

    dipopularkan semula di samping kempen

    supaya masyarakat Islam bebas daripada ikatan mazhab.

  • Sambungan

    5. Justeru, kajian ini akan mengemukakan

    sejumlah pandangan para ulama terhadap

    konsep ini agar satu penilaian yang tepat dapat

    dibuat sama ada untuk menyokong

    pengamalan konsep Talfiq ataupun tidak

    membenarkan sama sekali pengamalannya

    dalam proses pengeluaran hukum Islam

    berserta contoh aplikasi penggunaannya dalam

    isu perbankan Islam.

  • Sambungan

    6. Dalam isu perbankan Islam yang mana merupakan salah satu bidang yang sedang berkembang pantas pada waktu ini, pakar-pakar yang berkemahiran amat diperlukan bagi menjawab dan memberi penyelesaian terbaik bagi setiap isu yang berbangkit.

    7. Disebabkan kekangan masa, ramai berpandangan bahawa penggunaan konsep Talfiq merupakan penyelesaian yang paling ideal bagi memberikan jawapan terbaik dan menjawab persoalan hukum yang timbul dalam isu perbankan Islam.

  • KONSEP TALFIQ

  • TAKRIF (Bahasa)

    Talfiq dari segi bahasa mempunyai beberapa maksud seperti: - Himpunan (الضم) - Bercampur aduk (المالئمة) - Pendustaan yang dihiasi dengan kebaikan (الكذب الزخرف)

  • Talfiq dari segi istilah

    Terdapat beberapa takrif Talfiq yang dapat dikemukan di sini:

    1) Mencampur adukkan dua pendapat ulama dalam satu masalah sehingga menghasilkan satu hukum yang tidak diiktiraf oleh kedua-duanya sama ada percampuran itu dilakukan pada asal masalah atau pada pecahan masalah yang terhasil daripada asal masalah tersebut.

    (Ahmad bin Ismail al-Hilwani al-Khaliji di dalam al-Wasam fi al-Wasyam, ms.55)

  • Sambungan

    2) Suatu tindakan beramal dengan mencampurkan atau menggabungkan pelbagai pendapat mazhab dalam sesuatu masalah tertentu tanpa terikat dengan mana-mana mazhab fiqh.

    (Abdul Rahman Abdullah, Sejarah Ikhtilaf mazhab di Malaysia: Suatu Kajian tentang pemikiran tajdid dan islah di Malaysia ms 164-165)

  • Sambungan

    3) Mengemukakan satu hukum yang tidak diiktiraf oleh mana-mana mujtahid.

    (Muhammad Sa’id al-Albani, ‘Umdah al-Tahqiq fi al-Taqlid wa al-Talfiq, ms.91)

  • Sambungan

    - Kesimpulannya, Talfiq merupakan penggabungan pendapat daripada beberapa orang mujtahid sama ada pada asal atau pecahan bagi sesuatu masalah sehingga menghasilkan satu hukum yang tidak diiktiraf oleh mana-mana mazhab atau mujtahid.

  • JENIS-JENIS TALFIQ

  • Jenis-Jenis Talfiq

    Talfiq boleh dibahagikan kepada dua jenis

    1) Talfiq pada asal masalah

    - Bermaksud: Percampuran pendapat dilakukan pada masalah yang sama.

    - Contoh: Apabila seseorang berwuduk, lalu dia menyentuh perempuan dengan bertaqlid kepada Imam Abu Hanifah. Kemudian dia berbekam pula dengan bertaqlid kepada Imam Syafie. Maka wuduknya dianggap batal di sisi kedua-dua imam mazhab.

  • Sambungan

    2) Talfiq pada pecahan masalah

    - Bermaksud Talfiq yang dilakukan pada dua masalah yang berbeza tetapi masalah kedua merupakan kesan daripada masalah pertama.

    - Contoh: Apabila seseorang berwuduk, lalu dia menyapu beberapa helai rambut dengan bertaqlid kepada Imam Syafie, kemudian dia solat dengan menghadap kepada pihak Kaabah sahaja dengan bertaqlid kepada Imam Abu Hanifah, maka solatnya batal di sisi kedua-dua imam mazhab.

    (Al-Bakari Al-Dumyati, I’anah al-Talibin, ms 251; Al-Wasam fi al-Wasyam, ms. 55)

  • HUKUM TALFIQ

  • HUKUM TALFIQ

    Ulama berselisih pendapat berkenaan hukum Talfiq:

    1) Pendapat yang mengharamkan Talfiq

    2) Pendapat yang membenarkan Talfiq

  • PENDAPAT YANG MENGHARAMKAN TALFIQ

    Pendapat yang mengharamkan Talfiq ini merupakan pendapat yang muktamad di sisi Syafi’iyyah, Hanafiyyah dan Hanabilah dalam semua perkara sama ada dalam bab Ibadat, Muamalat dan lain-lain. Golongan Malikiyyah pula berpendapat harus Talfiq dalam masalah Ibadat sahaja

  • DALIL PENDAPAT YANG MENGHARAMKAN TALFIQ

    1) - Agama ini maha kaya daripada menggunakan konsep Talfiq ini. - Ia dianggap sebagai mempermain-mainkan agama - Golongan yang menggunakan Talfiq sama seperti golongan Ibahiyyin dan terkeluar daripada amalan para imam mujtahidin. - Hukum yang menggabungkan di antara kedua-dua pendapat Imam tidak diiktiraf oleh kedua-dua Imam dan juga selain daripada keduanya.

  • sambungan

    - Kenyataan bahawa kedua-dua pendapat itu seperti satu pendapat sahaja dan terhasil daripada sumber dan syariat yang sama, tidak boleh diambil kira kerana perbezaan memang wujud dan perselisihan pendapat memang berlaku sepertimana isyarat daripada hadis perbezaan umatku merupakan rahmat. - Kerana itu, Talfiq itu haram dan itulah yang dipegang oleh para ulama muhaqqiqin daripada kalangan para imam kita dan lain-lain. (Al-Wasam fi al-Wasyam, ms.56)

  • Sambungan

    2) Talfiq merupakan perkara yang batil kerana padanya terdapat banyak kerosakan dan akibat yang merbahaya. Pintu Talfiq ini sekiranya dibuka akan merosakkan syariah sepertimana cuka merosakkan madu.

    (Al-Safarini, alTahqiq fi Butlan al-Talfiq, ms 171; Al-Wasam fi al-Wasyam, ms.56)

  • Sambungan

    Antara contoh yang dikemukakan oleh al-Safarini bagi menggambarkan bahaya Talfiq: Talfiq boleh membawa kepada zina, sepertimana seseorang yang mengeluarkan mahar kepada seorang perempuan yang baligh, berakal, tidak mempunyai suami dan ‘Iddah, lalu menyempurnakan akad nikah dengan perempuan itu dengan bertaqlid Imam Abu Hanifah yang tidak mensyaratkan wali dan bertaqlid kepada Imam Malik yang tidak menyaratkan saksi. Lalu, lelaki ini mampu melakukan zina dengan seorang perempuan dan perbuatan tersebut tidak dianggap sebagai jenayah dengan menggunakan alasan Talfiq.

  • sambungan

    Selain itu, al-Safarini juga mengemukakan perkataan Abu Nawas tentang arak. Abu Nawas telah mengikut pendapat Imam Abu Hanifah yang mengharuskan minum Nabiz/Tuak. Kemudian dia mengikut pendapat Imam Syafie yang mengatakan Arak dan Tuak adalah benda yang sama. Seterusnya, dia mentalfiqkan di antara kedua-dua pendapat itu sehingga menatijahkah keharusan minum arak. (Al-Tahqiq fi Butlan al-Talfiq, ms 171,172,174,175)

  • sambungan

    3) Ijmak Kebanyakan para ulama yang mengharamkan Talfiq berhujahkan dengan Ijmak, seolah-olah mereka tidak mengambil kira pendapat yang bertentangan kerana terlalu lemah atau mereka maksudkan dengan ijmak ini ialah persepakatan sebahagian besar ahli mazhab kerana dalam setiap mazhab masih terdapat pendapat lemah yang mengharuskannya. (Al-Wasam fi al-Wasyam, ms.55)

  • Sambungan

    4) Tiap-tiap perkara yang boleh membawa kepada haram adalah haram dan setiap pendapat yang boleh membawa kepada mengharuskan perkara yang haram, maka pendapat itu akan ditolak.

    5) Bahawasanya kebenaran di sisi Allah hanyalah satu sepertimana yang ditetapkan oleh para ulama usul fiqh.

    (Al-Tahqiq, ms. 176)

  • sambungan

    5) Pendapat sebahagian besar ulama usul fiqh adalah tidak membenarkan pengeluaran pendapat ketiga apabila hanya terdapat dua khilaf di antara ulama. Seperti ‘Iddah perempuan hamil yang kematian suami, para ulama khilaf kepada dua pendapat iaitu jumhur berpendapat ‘Iddahnya apabila dia melahirkan anak dan pendapat kedua mana-mana tempoh yang lebih panjang antara melahirkan anak dan berlalu tempoh empat bulan 10 hari. Maka tidak harus mengeluarkan pendapat ketiga dengan mengatakan ‘Iddahnya hanya 3 bulan.

    (Sa’d al-’Anzi, Al-Talfiq fi al-Fatawa, ms 277)

  • PENDAPAT YANG MEMBENARKAN TALFIQ

    Pendapat yang membenarkan Talfiq terbahagi kepada beberapa golongan:

    1) Golongan yang mengharuskan Talfiq secara mutlak.

    2) Golongan yang mengharuskan Talfiq dalam bab Ibadat sahaja

    3) Golongan yang mengharuskan Talfiq dalam dua masalah yang berbeza.

  • sambungan

    4) Golongan yang mengharuskan Talfiq dengan syarat-syarat tertentu, antara syarat-syarat tersebut ialah:

    1- Tidak melakukan Tatabbu’ al-Rukhas 2- Talfiq yang tidak membawa kepada merujuk semula daripada pendapat pertama yang ditaqlid atau merujuk semula kepada hukum yang terhasil daripada pendapat pertama secara ijmak. 3- Talfiq yang tidak membawa kepada membatalkan hukum Qadi. 4- Terdapat darurat ataupun keperluan untuk Talfiq (Al-Wasam fi al-Wasyam, ms. 55; I’anah al-Talibin, ms. 251; Al-Talfiq fi al-Fatawa, ms 282-285; Al-Hafnawi, Tabsir al-Nujaba’, ms. 267,272)

  • DALIL PENDAPAT YANG MEMBENARKAN TALFIQ

    1) Kaedah fiqh:

    العوام ال مذهب لهم وإنما مذهبهم مذهب مفتيهم

    Kaedah ini menunjukkan keharusan Talfiq kerana apabila orang awam tidak mempunyai mazhab yang tertentu bahkan mazhab mereka hanyalah menyamai pendapat salah seorang mujtahid dalam masalah tertentu dan mujtahud yang lain dalam masalah yang lain, ini jelas menunjukkan keharusan amalan Talfiq.

    (Hasan al-Syati, Tajrid zawa’id al-Ghayah wa al-Syarh, ms. 166; Al-Talfiq fi al-Fatawa, ms. 278)

  • sambungan

    2) Pengharaman Talfiq juga akan menyebabkan rosaknya ibadat orang awam dan mereka boleh dihukum sebagai fasik kerana melakukan ibadat yang batil, ibadat mereka wajib diqada semula, mereka berhak dikenakan azab di Akhirat. Ini semua menyebabkan kesusahan dan kesempitan yang amat sangat khususnya kepada orang awam.

    (Tajrid zawa’id al-Ghayah, ms. 167; Mar’i al-Karami, Silsilah al-Mu’allafat al-Safariniyyah ٢, ms 160)

  • sambungan

    3) Allah Taala tidak menjadikan kesukaran dan kesusahan dalam syariatnya yang suci. Bahkan Allah telah memberikan segala jenis kemudahan sebagai memuliakan Nabi Muhammad S.A.W yang diutuskan dengan syariat ini.

    Antara kaedah yang masyhur dalam syariat ini:

    المشقة تجلب التيسير -

    إذا ضاق األمر اتسع -

    (Tajrid zawa’id al-Ghayah, ms. 168; Sejarah Ikhtilaf mazhab di Malaysia, ms. 166,167; Silsilah al-Mu’allafat al-Safariniyyah ٢, ms 159; Al-Wasam, ms. 56)

  • sambungan

    4) Pada zaman Sahabat dan Tabi’in telah berlaku banyak perselisihan pendapat dan mazhab sesama mereka. Walau bagaimanapun, tidak terdapat naqal daripada mana-mana sahabat berkata kepada orang yang meminta fatwa daripadanya: Wajib ke atas kamu untuk mengikut segala hukum mazhab yang kamu Taqlid agar kamu tidak mencampur adukkan di dalam ibadah kamu di antara dua mazhab atau lebih. Sekiranya, Talfiq merupakan satu perkara yang tidak dibenarkan, nescaya mereka tidak akan mengabaikan perkara tersebut ketika mereka mengeluarkan fatwa.

    (Al-Talfiq fi al-Fatawa, ms. 276,277,278; Silsilah al-Mu’allafat al-Safariniyyah ٢, ms. 167)

  • sambungan

    5) Harus Taqlid kepada mana-mana pendapat daripada mazhab imam yang empat dan tidak wajib bertaqlid dengan salah satu daripadanya sahaja. Amalan Talfiq pula merupakan sebahagian daripada amalan Taqlid pada hakikatnya. Oleh itu, apabila seseorang berpegang pada pendapat yang mengharuskan Taqlid, maka sepatutnya juga, dia hendaklah mengharuskan Talfiq kerana golongan muqallid tidak akan mampu untuk mentarjih pendapat para mujtahid.

    (Al-Talfiq fi al-Fatawa, ms. 276,278,279; Silsilah al-Mu’allafat al-Safariniyyah ٢, ms. 160-163)

  • Kesimpulan

    Kesimpulannya, masih terdapat banyak aspek yang perlu diperbahaskan dalam meneliti hujah-hujah daripada kedua-dua pihak yang bertentangan ini.

    - Selain itu, masalah pengeluaran pendapat ketiga, kebenaran di sisi Allah adalah satu ataupun semua pendapat, keperluan bertaqlid kepada salah satu mazhab yang empat dan tahap darurat dan hajat sehingga boleh membenarkan penggunaan Talfiq adalah antara masalah yang perlu juga diperhalusi sebelum memilih sama ada Talfiq ini dibenarkan oleh syarak ataupun sebaliknya.

  • CONTOH TALFIQ

  • WUDUK (IBADAT)

    Sekiranya seseorang berwuduk lalu dia menyapu sebahagian kepala dengan bertaqlid kepada mazhab syafie dan kemudian dia menyentuh kemaluannya dan menyempurnakan wuduknya dengan bertaqlid kepada mazhab hanafi, maka wuduknya dianggap batal dengan sepakat kedua-dua imam.

  • NIKAH (MUNAKAHAT)

    Sekiranya seseorang berakad nikah dengan seorang perempuan tanpa wali dengan bertaqlid kepada mazhab Hanafi. Kemudian dia mengikut fatwa mazhab Syafie yang mengatakan tidak jatuh talak dengan sebab lupa, maka haram baginya bergaul dengan isterinya selama mana dia tidak merujuk taqlidnya kepada mazhab syafie dan memperbaharui akadnya berdasarkan mazhab tersebut.

  • SYUF’AH (MUAMALAT)

    Sekiranya seseorang memiliki rumah berdasarkan syuf’ah jiran dengan bertaqlid mazhab Hanafi. Kemudian dia ingin menjual semula, lalu seseorang yang lain telah berhak memiliki rumah itu dengan berdasarkan syuf’ah jiran juga, lalu dia enggan menyerahkan rumah tersebut dengan alasan bertaqlid mazhab Syafie yang tidak mengiktiraf syuf’ah jiran. Perbuatan menghalang pemilikan itu tidak sah itu kerana asal pemilikannya terhadap rumah itu berdasarkan adalah berdasarkan pendapat Hanafi dan bukan Syafie. Manakala, keengganannya untuk menyerahkan rumah itu pula akan menyebabkan terhasilnya satu hukum yang ditegah oleh kedua-dua imam. (Al-Wasam, ms. 56,57,58)

  • CONTOH AMALAN

    TALFIQ DALAM RESOLUSI SYARIAH BANK NEGARA

    MALAYSIA

  • RESOLUSI SYARIAH

    • Majlis Penasihat Syariah (MPS) Bank Negara Malaysia telah memutuskan bahawa kemudahan jaminan kredit dengan upah yang ditawarkan oleh Credit Guarantee Corporation (CGS) terhadap pembiayaan yang diberikan oleh institusi kewangan Islam adalah dibenarkan.

    • Ini berikutan, cadangan pihak CGS untuk menawarkan jaminan kredit secara Islam terhadap pembiayaan yang diberikan oleh institusi kewangan Islam kepada pelanggan.

    • (Bank Negara Malaysia, Resolusi Syariah dalam Kewangan Islam Edisi Kedua, ms. 165)

  • JAMINAN DENGAN UPAH

    • Masalah ini turut dikenali sebagai jaminan dengan upah (الكفالة بأجر).

    • Jumhur ulama Hanafiyyah, Malikiyyah, Syafi’iyyah dan Hanabilah mengatakan bahawa tidak harus bagi penjamin mengambil upah atas jaminannya sama ada upah tersebut diberikan oleh penghutang, pemiutang ataupun pihak ketiga.

    • Hanya Ishaq bin Rahawaih sahaja yang mengatakan bahawa jaminan dengan upah adalah sah

  • DALIL GOLONGAN YANG MENGHARAMKAN • Antara hujah golongan yang mengharamkan

    jaminan dengan upah ini ialah

    1) Jaminan merupakan akad tabarru’ bukan akan mu’awadah.

    2) Sesuatu ganjaran hanya berhak diperolehi sebagai balasan bagi sesuatu pekerjaan atau harta. Sedangkan, jaminan bukan merupakan satu pekerjaan atau harta, maka pengambilan ganjaran daripadanya adalah pengambilan harta manusia secara batil.

  • sambungan

    3) Jaminan dengan upah boleh membawa kepada Gharar kerana penjamin berkemungkinan untuk untung sekiranya peminjam membayar hutang ataupun rugi sekiranya peminjam tidak membayarnya.

    (Nazih Kamal Hammad, Mada Jawaz Akhz al-Ajr ‘ala al-Kafalah fi al-Fiqh al-Islami, ms. 97, 112, 115).

  • AMALAN TALFIQ DALAM RESOLUSI SYARIAH • Resolusi Syariah yang dikeluarkan oleh MPS Bank

    Negara Malaysia ini merupakan salah satu contoh amalan Talfiq dalam penyelesaian hukum Perbankan Islam.

    • Ini kerana, hukum yang dikeluarkan oleh resolusi ini merupakan pendapat Imam Ishaq bin Rahawaih dan ia telah dikeluarkan tanpa merujuk secara terperinci syarat-syarat yang ditetapkan oleh Ishaq dalam pengamalan hukum jaminan dengan upah ini.

  • DALIL YANG MENGHARUSKAN JAMINAN DENGAN UPAH • Antara dalil yang dikemukakan dalam resolusi

    ini ialah upah yang dikenakan ke atas jaminan adalah dibenarkan atas dasar maslahah dan keperluan masyarakat, kerana pada waktu kini, memperoleh jaminan secara percuma bukanlah satu perkara yang mudah atau praktikal

    (Resolusi Syariah dalam Kewangan Islam Edisi Kedua, ms. 166)

  • SAMBUNGAN

    • Selain itu, golongan yang mengharuskan jaminan ini juga berpegang kepada pendapat Malikiyyah yang mengatakan harus bagi pemiutang memberi upah kepada penghutang apabila dia mencarikan penjamin untuknya.

    • Begitu juga pendapat Malikiyyah yang membenarkan penjamin untuk meminta supaya pemiutang menggugurkan sebahagian hutangnya. Sebagai balasan dia akan bersetuju untuk menjadi seorang penjamin.

  • SAMBUNGAN

    • Kedua-dua masalah di atas menunjukkan harus penjamin mengambil upah daripada jaminan sekalipun secara tidak langsung

    (Mada Jawaz Akhz al-Ajr ‘ala al-Kafalah fi al-Fiqh al-Islami, ms. 104).

  • SEKIAN,

    TERIMA KASIH