majlis konvokesyen kali ke-15 - polimelaka.edu.my filepengajian dan no.pendaftaran di bahagian atas...

10

Upload: hoangbao

Post on 29-Aug-2019

242 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

MAJLIS KONVOKESYEN KALI KE-15

POLITEKNIK MELAKA

KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI MALAYSIA 1. ATURCARA RAPTAI DAN MAJLIS KONVOKESYEN

a) Hari Raptai

Tarikh : 13 Ogos 2016 (Sabtu) Waktu : 10.00 pagi ~ Pendaftaran graduan akan diadakan di Auditorium Seri Negeri,

Hang Tuah Jaya, Ayer Keroh, 75450 Melaka

2.45 ptg ~ Upacara raptai penyampaian sijil konvokesyen di Auditorium Seri Negeri, Hang Tuah Jaya, Ayer Keroh, 75450 Melaka

b) Majlis Konvokesyen

Tarikh : 14 Ogos 2016 (Ahad)

Tempat : Auditorium Seri Negeri, Hang Tuah Jaya, Ayer Keroh, 75450 Melaka

Waktu : 7.30 pagi ~ Pendaftaran graduan

8.00 pagi ~ Perbarisan graduan mengikut jabatan

8.45 pagi ~ Perarakan Masuk Dewan

9.00 pagi ~ Majlis Konvokesyen

2. MAKLUMAT AKUAN KEHADIRAN

a) Para graduan yang ingin menghadiri majlis tersebut dikehendaki mematuhi arahan-arahan berikut :

Mengembalikan SURAT JAWAPAN AKUAN HADIR (BORANG US-1) kepada Jawatankuasa Jemputan Graduan Majlis Konvokesyen bersama-sama: i). Salinan slip pembayaran Bank Simpanan Nasional (BSN) sebanyak RM 190.50 (No. Akaun:

0410041000152319) dibayar atas nama “Koperasi Politeknik Kota Melaka Berhad”. Bayaran secara wang tunai/cek tidak akan diterima. WANG INI TIDAK AKAN DIKEMBALIKAN ATAS APA-APA ALASAN JUA PUN.

ii) Sekeping sampul surat Pos Express C5 (separuh A4) beralamat sendiri (graduan) hendaklah disertakan

bersama SURAT JAWAPAN AKUAN HADIR (BORANG US-1). Ini adalah bagi tujuan penghantaran kad

jemputan konvokesyen (pas masuk ibubapa ke dewan) dan surat kepada graduan/anda. (Tuliskan Sesi Tamat

Pengajian dan No.Pendaftaran di bahagian atas sebelah kiri sampul surat - Sila rujuk lampiran) iii) Graduan dikehendaki melayari laman web http//:graduat.moe.gov.my . Sila rujuk maklumat lengkap kaedah

menjawab soal selidik.

iv) Menghadiri majlis raptai pada waktu yang telah ditetapkan. Graduan yang tidak menghadiri majlis raptai atau lewat hadir tidak akan dibenarkan menyertai Majlis Konvokesyen.

b) Para graduan yang tidak dapat menghadiri majlis tersebut dikehendaki mematuhi arahan-arahan berikut :

Mengembalikan SURAT JAWAPAN TIDAK HADIR (BORANG US-2) kepada Jawatankuasa Jemputan Graduan Majlis Konvokesyen bersama-sama: i) Salinan slip pembayaran Bank Simpanan Nasional (BSN) sebanyak RM 123.50 ATAU RM 108.50 (No.

Akaun: 0410041000152319) yang dibayar atas nama “Koperasi Politeknik Kota Melaka Berhad”. Bayaran secara wang tunai/cek tidak akan diterima. WANG INI TIDAK AKAN DIKEMBALIKAN ATAS APA-APA ALASAN JUA PUN.

ii) Graduan dikehendaki melayari laman web http//:graduat.moe.gov.my . Sila rujuk maklumat lengkap kaedah

menjawab soal selidik .

iii) Tidak meletakkan tanggungjawab kepada pihak Politeknik Melaka di atas kelewatan penerimaan atau kehilangan sijil semasa dalam perjalanan pos.

3. ETIKA BERPAKAIAN

a) HARI RAPTAI

i) GRADUAN LELAKI

Baju kemeja lengan panjang/pendek dan seluar slack serta kasut kulit.

Graduan hendaklah berambut pendek. Graduan yang berambut panjang, berekor atau diwarnakan dilarang mendaftar diri untuk raptai dan seterusnya tidak dibenarkan menyertai majlis konvokesyen.

ii) GRADUAN WANITA

Baju Kurung tradisional/ kebaya labuh/ kebarung ATAU blouse dan seluar slack / skirt yang melepasi paras lutut ( bagi pelajar bukan beragama Islam sahaja).

Graduan dilarang sama sekali memakai pakaian yang tidak sopan, jarang, ketat atau mendedahkan.

Kasut hendaklah jenis bertutup atau bertali belakang . Sandal tidak dibenarkan.

b) HARI KONVOKESYEN

Para graduan diwajibkan berpakaian seperti berikut pada hari konvokesyen :

i) GRADUAN LELAKI

Baju Melayu warna hitam, bersamping sebarang corak dan warna, bersongkok hitam ATAU Lounge Suit ( Baju kemeja lengan panjang berwarna putih, seluar slack berwarna gelap, blazer warna gelap dan bertali leher )

Graduan mestilah berambut pendek.

Berkasut kulit. ii) GRADUAN WANITA

Baju kurung tradisional/ kebaya labuh/ kebarung berwarna bebas dan tudung kepala berwarna serba putih / cream ATAU blouse warna serba putih / cream dan skirt warna gelap yang melepasi paras lutut ( bagi pelajar bukan beragama Islam sahaja).

Graduan wanita adalah dilarang memakai seluar panjang.

Graduan dilarang sama sekali memakai pakaian yang tidak sopan, jarang, ketat atau mendedahkan.

Kasut hendaklah jenis bertutup atau bertali belakang . Sandal tidak dibenarkan.

NOTA: SEGALA RAYUAN UNTUK MENDAPAT KELONGGARAN MENGENAI PERKARA 2A(IV) DAN PERKARA 3 TIDAK AKAN DILAYAN.

4. MAKLUMAT AM

a) Ibubapa dan graduan tidak dibenarkan mengambil gambar semasa majlis sedang berjalan. Politeknik akan menyediakan perkhidmatan photografi sepanjang berlangsungnya majlis tersebut.

b) Tetamu /Ibubapa tidak dibenarkan sama sekali membawa kanak-kanak di bawah umur 12 tahun masuk ke

dalam dewan majlis. c) Tiada jamuan makan disediakan kepada graduan dan ibubapa semasa hari konvokesyen. d) Politeknik tidak menyediakan tempat penginapan. Graduan yang memerlukan tempat penginapan dikehendaki

berurusan terus dengan pihak hotel/ tempat penginapan.

5. Surat jawapan hendaklah sampai sebelum atau pada 14 April 2016 dan dihantar kepada:

Jawatankuasa Jemputan Graduan Majlis Konvokesyen ke-15 Politeknik Melaka No. 2, Jalan PPM 10 Plaza Pandan Malim 75250 Balai Panjang Melaka (U/P : Ketua Jabatan Hal Ehwal Dan Pembangunan Pelajar)

Surat jawapan yang diterima selepas tarikh tersebut tidak akan dilayan dan graduan berkenaan dianggap sebagai tidak hadir konvokesyen . Semua maklumat dan sebarang pertanyaan mengenai Majlis Konvokesyen sila berhubung dengan En Ahmad Syukri Bin

Mohamed Yunus 019-6644808/06-3376054, En Mohamed Jayha Bin Mohamed Noor 012-3976922, Puan Norraihan Bt

Mohd Aini 019-3425858 atau En. Farde bin Abd Gani/ Pn. Dewi Bt. Abu / Pn Zahaslin binti Zakaria / En Shahrulnizam bin

Shariff di talian 06-3376054/ 06-3376058/ 06-3376118 .

Surat Jawapan AKUAN HADIR BORANG US-1 No. Pend : No. KP :

(Sila kembalikan surat ini kepada Urusetia dengan segera supaya sampai SEBELUM ATAU PADA 14 April 2016)

Jawatankuasa Jemputan Graduan Majlis Konvokesyen ke-15 Politeknik Melaka No. 2, Jln. PPM 10, Plaza Pandan Malim 75250 Balai Panjang, Melaka. (U/P : Ketua Jabatan Hal Ehwal Dan Pembangunan Pelajar) Tuan , KEHADIRAN KE MAJLIS KONVOKESYEN KALI KE -15 POLITEKNIK MELAKA Sukacita dimaklumkan bahawa saya akan hadir ke majlis di atas pada hari Ahad,14 Ogos 2016. Saya akan membawa / tidak membawa* tetamu. (Hanya dua tetamu dewasa sahaja dibenarkan masuk ke dalam dewan semasa Majlis Konvokesyen berlangsung. Kanak-kanak dibawah umur 12 tahun tidak dibenarkan masuk ke dewan majlis tersebut) 2. Saya telah membuat bayaran melalui :

Bank Simpanan Nasional (BSN) (No. Akaun: 0410041000152319) sebanyak RM 190.50 yang dibayar atas nama “Koperasi Politeknik Kota Melaka Berhad” bagi menghadiri Majlis Konvokesyen dengan menggunakan slip wang tunai masuk BSN yang sedia ada di kaunter bank.

3. Bersama surat ini juga saya sertakan perkara berikut:

Slip pembayaran Bank Simpanan Nasional (BSN) yang asal Sekeping sampul surat Pos Express C5 (separuh A4) yang beralamat sendiri.

4. Ikrar saya;

a) Saya faham bahawa segala bayaran yang dibuat tidak akan dikembalikan jika saya menarik diri atas apa jua pun alasan . b) Saya faham bahawa saya tidak akan dibenarkan menyertai Majlis Konvokesyen ini jika saya tidak mengikut peraturan

berpakaian sepertimana yang telah ditetapkan oleh Jawatankuasa Konvokesyen. c) Saya faham bahawa saya tidak akan dibenarkan menyertai Majlis konvokesyen jika saya tidak melaporkan diri saya semasa Hari Raptai pada 13 Ogos 2016, jam 10.00 pagi di tempat yang telah ditetapkan.

Nama : …………………………………………………………………………………… No. Tel Rumah : ……………………….. No. Tel. Bimbit : ………………………........

Tandakan ( ) pada kotak berkenaan (Bahagian A dan B) A) Saiz jubah B) Semasa Majlis Konvokesyen saya akan hadir bersama tetamu seramai ATAU Tandatangan : ………………………………………………. Tarikh : ………………………...

S M L XL

1orgorg

2org ORG

Surat Jawapan TIDAK HADIR BORANG US-2

No. Pend :

No. KP :

(Sila kembalikan surat ini kepada Urusetia dengan segera supaya sampai SEBELUM ATAU PADA 14 April 2016)

Jawatankuasa Jemputan Graduan Majlis Konvokesyen ke-15 Politeknik Melaka No. 2, Jln. PPM 10, Plaza Pandan Malim 75250 Balai Panjang Melaka. (U/P : Ketua Jabatan Hal Ehwal Dan Pembangunan Pelajar) Tuan, KEHADIRAN KE MAJLIS KONVOKESYEN KALI KE -15 POLITEKNIK MELAKA

Dukacita dimaklumkan bahawa saya tidak dapat hadir ke Majlis Konvokesyen tersebut .

2. Bersama-sama ini , saya sertakan ( pilih satu sahaja dan tandakan √ dalam petak )

TIDAK HADIR (AMBIL SENDIRI)

Slip pembayaran Bank Simpanan Nasional (BSN) (No. Akaun: 0410041000152319) sebanyak RM 108.50 yang dibayar

atas nama “Koperasi Politeknik Kota Melaka Berhad” dan terdapat cetakan komputer oleh mana-mana cawangan BSN.

Saya akan datang mengambil sijil saya sendiri (Di Unit Peperiksaan, Politeknik Melaka mulai 15 Ogos 2016).

atau

TIDAK HADIR (POS)

Slip pembayaran Bank Simpanan Nasional (BSN) (No. Akaun: 0410041000152319) sebanyak RM 123.50 yang dibayar

atas nama “Koperasi Politeknik Kota Melaka Berhad” dan terdapat cetakan komputer oleh mana-mana cawangan BSN.

Saya ingin sijil saya diposkan oleh pihak Politeknik kepada alamat seperti di bawah.

3. Perakuan saya;

a) Saya faham bahawa pihak Politeknik Melaka tidak bertanggungjawab keatas kelewatan penerimaan atau kehilangan sijil saya semasa dalam perjalanan pos. b) Saya tidak boleh dan tidak akan membuat apa-apa tuntutan bersabit dengan kes-kes di atas (jika ada). c) Saya faham bahawa saya tidak akan menuntut semula bayaran yang telah di buat oleh saya atas apa jua pun alasan .

Nama : …………………………………………………………………………………… No. Tel Rumah : ………………………..

Jabatan : Kej.Awam / Kej.Elektrik / Kej.Mekanikal / Perdagangan* No. Tel. Bimbit : ……………………….. *potong yang tidak berkenaan

Alamat surat menyurat : ...…………………………………………………………………………………………………………………………………… …………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………….........................................................

................................................................................................................................................................................................................................................................................

Tandatangan : ………………………………………………. Tarikh : ………………………...

HADIR

(RM)

POS

(RM)

SERAHAN

(RM)

1 FOLDER 30.00 30.00 30.00

2 CENDERAHATI 30.00 30.00 30.00

3 BEG 8.00 8.00 8.00

4 BUKU KONVO 16.00 16.00 16.00

5 SEWA JUBAH & DRY CLEAN 25.00

6 MINUMAN RINGAN 5.00

7 FOTOGRAFI 40.00

8 KAD GRADUAN 7.00 7.00 7.00

9 PERBELANJAAN POS 15.00

10 CD KONVO 12.00

11 YURAN ALUMNI 30.00 30.00 30.00

12 CAJ BANK SIMPANAN NASIONAL 0.50 0.50 0.50

203.50 136.50 121.50

13 REBET- SAHAM + DIVIDEN KOPERASI -13.00 -13.00 -13.00

190.50 123.50 108.50

JUMLAH

BIL PERKARA

MAJLIS KONVOKESYEN KE-15

PERINCIAN BAYARAN

JUMLAH BAYARAN