memo antara jabatan/ unit - polimelaka.edu.my · sebarang pertanyaan dan permasalahan berkaitan...

15
Lapor Diri Senior - Sesi Disember 2018 No.2, Jalan PPM 10, Plaza Pandan Malim, 75250 Melaka MEMO ANTARA JABATAN/ UNIT _________________________________________________________________________ Daripada : Ketua Jabatan Hal Ehwal dan Pembangunan Pelajar Kepada : Semua pelajar semester 2, 3, 4, 5, 6, 7, 8 dan 9 Salinan : 1. Pengarah 2. KJKA / KJKE / KJKM / KJP / KJPA / KJMSK / KUSKK 3. Ketua Unit 4. Peg. Eksekutif Kanan 5. Fail Timbul Tarikh : 12 November 2018 Ruj.Kami: PMK/HEP/12/01/1 ( ) Tel: 06-3376054 Saudara/saudari; LAPOR DIRI PELAJAR SENIOR SESI DISEMBER 2018 Tahniah kerana anda telah mencapai kelulusan dalam peperiksaan yang lalu. 2. Sukacita dimaklumkan bahawa Lapor Diri Pelajar Senior akan diadakan pada tarikh, masa dan tempat seperti mana ketetapan berikut:- A) MAKLUMAT LAPOR DIRI PELAJAR SENIOR (PENDAFTARAN PENGAJIAN) a) Proses lapor diri pelajar senior akan dibuat MELALUI DALAM TALIAN (ONLINE). b) Sila layari laman web Sistem Pengurusan Maklumat Politeknik (SPMP) Politeknik Melaka melalui URL http://spmp.polimelaka.edu.my (icon i-HELP). c) Rujuk LAMPIRAN 1 untuk mengetahui jumlah yuran yang perlu dibayar. PERHATIAN : Semua pelajar Politeknik Melaka DIWAJIBKAN membuat pendaftaran ini secara dalam talian (online) bermula 03 Disember 2018 (Isnin) 10 Disember 2018 (Isnin) . Kegagalan anda melaksanakan pendaftaran ini sehinggalah hari pengajian mungkin akan menyebabkan anda TIDAK AKAN DIDAFTARKAN untuk pendaftaran pengajian sesi DISEMBER 2018. Sila kemaskini maklumat peribadi anda di laman URL http://spmp.polimelaka.edu.my (icon i- HELP) bagi memudahkan urusan pengurusan pelajar untuk di masa hadapan. Pelajar yang lupa kata laluan untuk login ke portal SPMP, sila rujuk kepada Penasihat Akademik (PA) anda. Pelajar semester 2 dan ke atas boleh mula layari URL di atas selepas 2 hari pembayaran yuran dibuat. Kesemua pembayaran perlu dibuat bermula dari 01/12/18 (Sabtu) 07/12/18 (Jumaat)

Upload: trankien

Post on 19-Jun-2019

249 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: MEMO ANTARA JABATAN/ UNIT - polimelaka.edu.my · Sebarang pertanyaan dan permasalahan berkaitan pendaftaran pengajian, sila hadir ke Jabatan Hal Ehwal dan Pembangunan Pelajar (JHEPP)

Lapor Diri Senior - Sesi Disember 2018

No.2, Jalan PPM 10, Plaza Pandan Malim, 75250 Melaka

MEMO ANTARA JABATAN/ UNIT

_________________________________________________________________________

Daripada : Ketua Jabatan Hal Ehwal dan Pembangunan Pelajar

Kepada : Semua pelajar semester 2, 3, 4, 5, 6, 7, 8 dan 9

Salinan : 1. Pengarah 2. KJKA / KJKE / KJKM / KJP / KJPA / KJMSK / KUSKK 3. Ketua Unit 4. Peg. Eksekutif Kanan 5. Fail Timbul

Tarikh : 12 November 2018 Ruj.Kami: PMK/HEP/12/01/1 ( ) Tel: 06-3376054

Saudara/saudari;

LAPOR DIRI PELAJAR SENIOR SESI DISEMBER 2018

Tahniah kerana anda telah mencapai kelulusan dalam peperiksaan yang lalu.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa Lapor Diri Pelajar Senior akan diadakan pada tarikh, masa dan tempat

seperti mana ketetapan berikut:-

A) MAKLUMAT LAPOR DIRI PELAJAR SENIOR (PENDAFTARAN PENGAJIAN)

a) Proses lapor diri pelajar senior akan dibuat MELALUI DALAM TALIAN (ONLINE).

b) Sila layari laman web Sistem Pengurusan Maklumat Politeknik (SPMP) Politeknik Melaka

melalui URL http://spmp.polimelaka.edu.my (icon i-HELP).

c) Rujuk LAMPIRAN 1 untuk mengetahui jumlah yuran yang perlu dibayar.

PERHATIAN :

Semua pelajar Politeknik Melaka DIWAJIBKAN membuat pendaftaran ini secara dalam talian (online)

bermula 03 Disember 2018 (Isnin) – 10 Disember 2018 (Isnin) .

Kegagalan anda melaksanakan pendaftaran ini sehinggalah hari pengajian mungkin akan

menyebabkan anda TIDAK AKAN DIDAFTARKAN untuk pendaftaran pengajian sesi DISEMBER

2018.

Sila kemaskini maklumat peribadi anda di laman URL http://spmp.polimelaka.edu.my (icon i-

HELP) bagi memudahkan urusan pengurusan pelajar untuk di masa hadapan. Pelajar yang lupa kata

laluan untuk login ke portal SPMP, sila rujuk kepada Penasihat Akademik (PA) anda.

Pelajar semester 2 dan ke atas boleh mula layari URL di atas selepas 2 hari pembayaran yuran

dibuat.

Kesemua pembayaran perlu dibuat bermula dari 01/12/18 (Sabtu) – 07/12/18 (Jumaat)

Page 2: MEMO ANTARA JABATAN/ UNIT - polimelaka.edu.my · Sebarang pertanyaan dan permasalahan berkaitan pendaftaran pengajian, sila hadir ke Jabatan Hal Ehwal dan Pembangunan Pelajar (JHEPP)

Lapor Diri Senior - Sesi Disember 2018

Pendaftaran pengajian hanya boleh dilakukan setelah pelajar membayar kesemua pembayaran

(Yuran Pengajian dan Bayaran Pelbagai).

Sistem pendaftaran online Pendaftaran pengajian akan dibuka pada 03 Disember 2018 (Isnin)

hingga 10 Disember 2018 (Isnin). Rujuk tatacara Pendaftaran online melalui SPMP di LAMPIRAN 4.

Selepas tarikh tersebut, setiap pendaftaran pengajian PERLU MENDAPAT KELULUSAN DARIPADA

KETUA JABATAN AKADEMIK masing-masing.

Pelajar yang akan menjalani LATIHAN INDUSTRI pada sesi DISEMBER 2018 TIDAK PERLU

membuat sebarang pembayaran yuran.

Sebarang pertanyaan dan permasalahan berkaitan pendaftaran pengajian, sila hadir ke Jabatan Hal

Ehwal dan Pembangunan Pelajar (JHEPP) pada 05 DISEMBER 2018 (Rabu), jam 8.00 pagi hingga

4.30 petang atau hubungi talian 06-337 6118 / 6054 / 6058.

B) PENDAFTARAN KURSUS

Anda DIWAJIBKAN membuat pendaftaran kursus dengan kelulusan Ketua Jabatan. Pelajar yang tidak

mendaftar kursus pada semester berkenaan sepertimana yang dikehendaki, akan diberikan gred F dengan

nilai mata 0.00 bagi kursus berkenaan dan dianggap telah menduduki kursus berkenaan dan gagal satu kali.

PERHATIAN :

Sila layari laman URL http://spmp.polimelaka.edu.my (icon i-DAFTAR) bagi mendaftar kursus bagi

sesi DIS 2018. Sistem pendaftaran kursus online akan dibuka pada 03/12 – 10/1/ 2019.

Anda hanya boleh melaksanakan pendaftaran kursus setelah anda selesai mendaftar pengajian.

Sila rujuk maklumat lengkap berkaitan pendaftaran kursus anda dari Penasihat Akademik atau

dari jabatan akademik masing-masing.

3. Pelajar yang gagal melapor diri pada tarikh dan masa yang telah ditetapkan dan gagal menjelaskan

yuran tidak akan dibenarkan mengikuti kelas, makmal, bengkel atau menggunakan sebarang kemudahan

politeknik. Rekod kehadiran kuliah akan diambil kira bermula pada tarikh rasmi lapor diri.

4. Saudara/saudari dikehendaki mematuhi peraturan rupadiri sepertimana yang telah ditetapkan semasa

mendaftar (Rujuk Buku Panduan & Peraturan Pelajar). Pelajar yang tidak mematuhi panduan seperti yang

ditetapkan akan ditangguhkan pendaftarannya.

5. Kegagalan saudara/saudari untuk mematuhi arahan di atas boleh disifatkan sebagai ingkar perintah dan

boleh diambil tindakan di bawah Peraturan Politeknik KPT.

Sekian, terima kasih. Saya yang menurut perintah,

Page 3: MEMO ANTARA JABATAN/ UNIT - polimelaka.edu.my · Sebarang pertanyaan dan permasalahan berkaitan pendaftaran pengajian, sila hadir ke Jabatan Hal Ehwal dan Pembangunan Pelajar (JHEPP)

Lapor Diri Senior - Sesi Disember 2018

PERTAMBAHAN PERENGGAN PERTAMA BAGI BUKU PANDUAN DAN PERATURAN AM

PELAJAR POLITEKNIK KEMENTERIAN PENDIDIKAN TINGGI MALAYSIA

PANDUAN DAN PERATURAN AM KPT.JPP(O). 604-1/1/4/1(6)

Digunakan dalam buku panduan ini melainkan jika kandungan ayatnya mengkehendaki

makna yang lain :

1. PELAJAR

a) Pelajar ialah individu yang mendaftar dengan politeknik untuk mengikuti

Program Pengajian yang ditawarkan setelah membayar yuran pengajian dan

mendaftar kursus.

2. STATUS PELAJAR POLITEKNIK

a) Status pelajar politeknik tertakluk kepada syarat-syarat berikut :

i. Mendaftar sebagai pelajar politeknik untuk mengikuti Program

Pengajian yang ditawarkan pada tarikh yang ditetapkan.

(Secara atas talian (online) melalui http://spmp.polimelaka.edu.my icon

i-Help)

ii. Menjelaskan yuran pengajian dan Daftar Pengajian tidak lewat dari

tarikh yang ditetapkan.(Sesi DIS 2018 : 03 DIS 2018 hingga 10 DIS

2018), dan

iii. Mendaftar kursus seperti yang ditetapkan oleh jabatan akademik

untuk semester berkenaan dalam tempoh yang ditetapkan.(Sesi

DISEMBER 2018 : Bermula 03/12 – 10/1/2019, secara atas talian (online)

melalui http://spmp.polimelaka.edu.my icon i-Daftar).

3. GUGUR STATUS SEBAGAI PELAJAR POLITEKNIK

a) Pelajar akan digugurkan status sebagai pelajar politeknik sekiranya gagal

mematuhi Perkara 2(a) dan akan dikenakan tindakan DIBERHENTIKAN

DARI POLITEKNIK MELAKA.

Page 4: MEMO ANTARA JABATAN/ UNIT - polimelaka.edu.my · Sebarang pertanyaan dan permasalahan berkaitan pendaftaran pengajian, sila hadir ke Jabatan Hal Ehwal dan Pembangunan Pelajar (JHEPP)

Lapor Diri Senior - Sesi Disember 2018

RINGKASAN CARTA ALIR LAPOR DIRI PELAJAR SENIOR SESI DISEMBER 2018

KEPUTUSAN PEPERIKSAAN SESI JUN 2018

01 Disember 2018

PENDAFTARAN PENGAJIAN (ONLINE) DI http://spmp.polimelaka.edu.my (icon i-HELP – Lapor Diri Pelajar Senior)

03 Dis 2018 (Isnin) – 10 Dis 2018 (Isnin) ( pelajar sem 2, 3, 4, 5, 6, 7, 8 & 9)

NOTA :

Pelajar hanya boleh login ke URL SPMP setelah 2 hari pembayaran yuran dibuat. Pelajar WAJIB menjelaskan kedua-dua jenis yuran sebelum pendaftaran pengajian dibuat. Sila rujuk JHEPP bagi pelajar yang menghadapi masalah untuk pendaftaran pengajian –

05 DIS 2018 (Rabu) Pelajar yang masih belum membuat pendaftaran pengajian selepas tarikh di atas PERLU

MENDAPAT KELULUSAN DARIPADA KETUA JABATAN AKADEMIK masing-masing untuk pelepasan pendaftaran pengajian.

MEMBUAT PEMBAYARAN YURAN PENGAJIAN DAN BAYARAN PELBAGAI

01/12/18 (Sabtu) - 07/12/18 (Jumaat)

NOTA : Pelajar LATIHAN INDUSTRI SESI DIS 2018 TIDAK PERLU MEMBAYAR SEBARANG YURAN

PENDAFTARAN KURSUS DI http://spmp.polimelaka.edu.my (icon i-DAFTAR)

Sila rujuk Penasihat Akademik (PA) atau Jabatan Akademik anda untuk proses pendaftaran kursus.

NOTA : Pendaftaran kursus hanya boleh dibuat setelah anda lapor diri di i-Help.

KULIAH BERMULA

10 DISEMBER 2018

Pelajar yang masih belum mendaftar pengajian sehingga tarikh ini perlu mendapatkan KEBENARAN

BERTULIS DARIPADA KETUA JABATAN AKADEMIK MASING-MASING untuk mendaftar pengajian.

Page 5: MEMO ANTARA JABATAN/ UNIT - polimelaka.edu.my · Sebarang pertanyaan dan permasalahan berkaitan pendaftaran pengajian, sila hadir ke Jabatan Hal Ehwal dan Pembangunan Pelajar (JHEPP)

Lapor Diri Senior - Sesi Disember 2018

LAMPIRAN 1 JADUAL BAYARAN SESI DISEMBER 2018

Bil Jenis

Bayaran

Dip. Kejuruteraan Awam

Dip. Kejuruteraan Mekanikal Dip. Kejuruteraan Elektronik (Kawalan)

Dip. Akauntansi Dip. Perniagaan Antarabangsa

Kaedah Bayaran

Sem 2

Sem 3

Sem 4

Sem 5

Sem 6

Sem 7

Sem 8

Sem 9

1. Yuran Pengajian

200 200 200 200 200 200 200 200

1. Bayaran hendaklah dibuat melalui mana-mana Bank Islam

Malaysia Berhad (BIMB) atas nama POLITEKNIK KPT

2. Bayaran boleh dibuat mulai 01 Dis 2018 (Sabtu).

DiWAJIBKAN menggunakan Mesin Deposit Tunai (CDM)

sahaja.

3. Masukkan nombor kad pengenalan sahaja dan TIADA nombor

akaun diperlukan.

4. Sila simpan resit bayaran sebagai bukti pembayaran.

2. Bayaran Pelbagai

150 150 150 150 150 150 150 150

1. Bayaran hendaklah dibuat melalui mana-mana

Bank Simpanan Nasional dengan :

i) Akaun bank bernombor : 0410041000152319

ii) Atas nama : Koperasi Politeknik Kota Melaka Berhad.

2. Gunakan borang Wang Tunai Masuk BSN yang disediakan oleh

pihak bank.

-Bayaran boleh dibuat mulai 01 Dis 2018 (Sabtu).

3. Bayaran BSN WAJIB dibuat di KAUNTER BSN SAHAJA.

Page 6: MEMO ANTARA JABATAN/ UNIT - polimelaka.edu.my · Sebarang pertanyaan dan permasalahan berkaitan pendaftaran pengajian, sila hadir ke Jabatan Hal Ehwal dan Pembangunan Pelajar (JHEPP)

Lapor Diri Senior - Sesi Disember 2018

LAMPIRAN 2

CONTOH PEMBAYARAN BAYARAN PELBAGAI POLITEKNIK MELAKA:

(SILA BUAT PEMBAYARAN BAYARAN PELBAGAI MENGGUNAKAN SLIP DEPOSIT BANK DI MANA-MANA CAWANGAN BSN BERHAMPIRAN)

CONTOH BAYARAN YURAN PENDAFTARAN

1. NAMA : NUR NADIRAH BINTI AHMAD

2. NO. KP PELAJAR : 920612-04-2008

3. NAMA PENERIMA BAYARAN : KOPERASI POLITEKNIK KOTA MELAKA BERHAD

4. NO. AKAUN PENERIMA BAYARAN : 0410041000152319

5. JUMLAH BAYARAN : RM***.** (RUJUK JADUAL BAYARAN)

6. T.T PELANGGAN : TANDATANGAN PELAJAR/PELANGGAN

PASTIKAN BANK IN SLIP BERCETAK “ KOPERASI POLITEKNIK KOTA MELAKA BERHAD BERJUMLAH **RM150.00

6

Page 7: MEMO ANTARA JABATAN/ UNIT - polimelaka.edu.my · Sebarang pertanyaan dan permasalahan berkaitan pendaftaran pengajian, sila hadir ke Jabatan Hal Ehwal dan Pembangunan Pelajar (JHEPP)

Lapor Diri Senior - Sesi Disember 2018

PERINCIAN BAYARAN PELBAGAI

BIL PERKARA DIPLOMA

SEM 2 SEM 3 SEM 5 SEM 4&6 SEM 7&9 SEM 8

1 SUKAN DAN KEBUDAYAAN

Sukan 10.00 10.00 10.00 10.00 5.00 5.00

Kebudayaan, Kesenian dan Warisan 5.00 5.00 5.00 5.00 5.00 5.00

Majlis Sukan Politeknik 10.00 10.00 10.00 10.00 10.00 10.00

2 KEUSAHAWANAN

Aktiviti Keusahawanan Pelajar 10.00 10.00 10.00 10.00 10.00 10.00

3 PERKHIDMATAN PSIKOLOGI & KERJAYA

Perkhidmatan Psikologi 5.00 5.00 5.00 5.00 5.00 5.00

Perkhidmatan Kerjaya 5.00 5.00 5.00 5.00 5.00 5.00

4 HAL EHWAL PELAJAR

Majlis Perwakilan Pelajar 10.00 10.00 10.00 10.00 10.00 10.00

Sukarelawanan YES! 8.00 8.00 8.00 8.00 8.00 10.00

Kelab dan Persatuan 8.00 8.00 18.00 18.00 5.00 5.00

Kebajikan Pelajar 10.00 10.00 10.00 10.00 8.00 10.00

Program Outreach 5.00 5.00 5.00 5.00 5.00 5.00

Pembangunan Sahsiah 5.00 5.00 5.00 5.00 5.00 5.00

Insurans Pelajar - - - - 36.70 -

Kelengkapan Minggu Suaikenal - - - - - -

Pengurusan Minggu Suaikenal - - - - - -

5 AKADEMIK

Kokurikulum Berkredit 20.00 20.00 - - - -

JABATAN AKADEMIK

AKtiviti Jabatan 8.00 8.00 18.00 18.00 3.30 30.00

Kemahiran dan Inovasi 8.00 8.00 8.00 8.00 8.00 10.00

JABATAN MATEMATIK, SAINS & KOMPUTER 10.00 8.00 8.00 8.00 8.00 10.00

JABATAN PENGAJIAN AM

Program Pendidikan Islam & Moral 5.00 5.00 5.00 5.00 5.00 5.00

Poly. English Enhancement Programme 5.00 5.00 5.00 5.00 5.00 5.00

6 UNIT PEPERIKSAAN

Pengurusan Peperiksaan Pelajar 5.00 5.00 5.00 5.00 5.00 5.00

JUMLAH KESELURUHAN RM 150.00 RM 150.00 RM 150.00 RM 150.00 RM 150.00 RM 150.00

Page 8: MEMO ANTARA JABATAN/ UNIT - polimelaka.edu.my · Sebarang pertanyaan dan permasalahan berkaitan pendaftaran pengajian, sila hadir ke Jabatan Hal Ehwal dan Pembangunan Pelajar (JHEPP)

Lapor Diri Senior - Sesi Disember 2018

LAMPIRAN 4

TATACARA PENDAFTARAN SECARA DALAM TALIAN (ONLINE) MELALUI SPMP

1) Telah membuat semua pembayaran.

2) Login http://spmp.polimelaka.edu.my selepas 48 jam (2 hari) membuat pembayaran dan

paparan berikut akan keluar.

3) Masukkan No Kad Pengenalan dan Katalaluan. Klik Login Pengguna. (Jika ada terlupa kata

laluan anda, sila hubungi PA anda untuk reset password atau hubungi Unit Teknologi Maklumat.)

4) Maklumat pengguna akan dipaparkan seperti di bawah :

Klik menu Hal Ehwal Pelajar.

5) Paparan berikut akan keluar.

Di bawah menu Pendaftaran, klik Kemaskini Maklumat Penjaga. Isikan semua

maklumat penjaga dengan lengkap, kemudian klik Simpan.

Page 9: MEMO ANTARA JABATAN/ UNIT - polimelaka.edu.my · Sebarang pertanyaan dan permasalahan berkaitan pendaftaran pengajian, sila hadir ke Jabatan Hal Ehwal dan Pembangunan Pelajar (JHEPP)

Lapor Diri Senior - Sesi Disember 2018

6) Paparan berikut akan keluar. Di bawah menu Pendaftaran, klik Lapordiri Pelajar

Senior.

7) Masukkan No Kp / No Pend pelajar dan klik. Cari Maklumat Pelajar. Klik Daftarkan

Saya.

DIS 2013 II DISEMBER 2013

Page 10: MEMO ANTARA JABATAN/ UNIT - polimelaka.edu.my · Sebarang pertanyaan dan permasalahan berkaitan pendaftaran pengajian, sila hadir ke Jabatan Hal Ehwal dan Pembangunan Pelajar (JHEPP)

Lapor Diri Senior - Sesi Disember 2018

8) Paparan berikut akan keluar. Klik Cetak Slip Pengesahan Lapordiri.

Cetakan Slip Pengesahan Pendaftaran Pengajian ini hendaklah di bawa dan dikemukakan

kepada Penasihat Akademik pada hari Lapor diri di jabatan akademik masing-masing.

Proses Pendaftaran Pengajian Online Pelajar Senior TAMAT.

Page 11: MEMO ANTARA JABATAN/ UNIT - polimelaka.edu.my · Sebarang pertanyaan dan permasalahan berkaitan pendaftaran pengajian, sila hadir ke Jabatan Hal Ehwal dan Pembangunan Pelajar (JHEPP)

Lapor Diri Senior - Sesi Disember 2018

AMANAT DARI JHEPP, POLITEKNIK MELAKA SEBAGAI SEORANG PELAJAR POLITEKNIK MELAKA, ANDA:

1. HENDAKLAH SENTIASA MENJAGA IMEJ DAN NAMA BAIK POLITEKNIK

MELAKA

2. HENDAKLAH MENGENAKAN PAKAIAN YANG SOPAN DAN BERSESUAIAN

sewaktu menghadiri kuliah, makmal dan bengkel di Kampus PMK. (SILA RUJUK

LAMPIRAN A).

3. TIDAK DIBENARKAN MEMAKAI SELUAR JEANS ATAU BERPOTONGAN JEANS

atau codroy sewaktu menghadiri kuliah, makmal dan bengkel (SILA RUJUK

LAMPIRAN B).

4. TIDAK DIBENARKAN MEMAKAI T-SHIRT sewaktu menghadiri Kuliah, Amali &

Bengkel KECUALI sewaktu Aktiviti Kokurikulum Dan Aktiviti Yang Dibenarkan

Sahaja.

5. TIDAK DIBENARKAN BERAMBUT PANJANG iaitu sama ada rambut melepasi

kening di bahagian hadapan, menutup telinga di bahagian sisi dan mencecah

kolar baju di bahagian belakang. (SILA RUJUK LAMPIRAN A).

6. TIDAK DIBENARKAN MEWARNAKAN RAMBUT ATAU MENGGAYAKAN

RAMBUT DENGAN FESYEN YANG MENGGUSARKAN.

7. SENTIASA MEMPAMERKAN KAD PELAJAR sepanjang anda berada di dalam

kampus Politeknik Melaka dan tidak mengubahsuai serta tidak menggunakan

kad pelajar lain.

8. TIDAK MEMBUAT BISING YANG MENGGUSARKAN ATAU MENGGANGGU

ORANG LAIN DI KAMPUS PMK.

9. TIDAK MENGGUNAKAN MANA-MANA BAHAGIAN DI DALAM KAMPUS

SEBAGAI TEMPAT TINGGAL ATAU TIDUR.

10. SENTIASA MENJAGA KEBERSIHAN DI DALAM KAMPUS PMK.

KEGAGALAN ANDA MEMATUHI PERKARA 2 HINGGA 10 YANG DISENARAIKAN DI ATAS, ANDA BOLEH DIKENAKAN KOMPAUN MAKSIMUM RM50.00 DI BAWAH KAEDAH 26 A, BAHAGIAN II, TATATERTIB AM, AKTA INSTITUSI-INSTITUSI PELAJARAN (TATATERTIB) 1976.

Page 12: MEMO ANTARA JABATAN/ UNIT - polimelaka.edu.my · Sebarang pertanyaan dan permasalahan berkaitan pendaftaran pengajian, sila hadir ke Jabatan Hal Ehwal dan Pembangunan Pelajar (JHEPP)

Lapor Diri Senior - Sesi Disember 2018

SEKIRANYA ANDA DIKOMPAUN,

1. Surat rayuan (berserta salinan notis kompaun) boleh dikemukakan kepada JHEPP dalam tempoh 5 hari dari tarikh notis kompaun.

2. Pembayaran kompaun hendaklah dijelaskan di Unit Kewangan Politeknik Melaka dalam tempoh 14 hari bekerja dari tarikh kompaun dikeluarkan.

3. Resit Pembayaran Kompaun hendaklah dikemukakan kepada Pegawai Hal Ehwal

Pelajar dalam masa 3 hari dari tarikh kompaun dijelaskan untuk tujuan kemaskini sistem.

SEKIRANYA ANDA GAGAL MENJELASKAN KOMPAUN DALAM TEMPOH YANG DITETAPKAN, ANDA BOLEH DIGANTUNG PENGAJIAN BERDASARKAN KAEDAH 63 & 64, BAHAGIAN V, TATACARA TATATERTIB, AKTA INSTITUSI-INSTITUSI PELAJARAN (TATATERTIB) 1976.

LAMPIRAN A

Contoh pemakaian yang dibenarkan semasa menghadiri kuliah.

Page 13: MEMO ANTARA JABATAN/ UNIT - polimelaka.edu.my · Sebarang pertanyaan dan permasalahan berkaitan pendaftaran pengajian, sila hadir ke Jabatan Hal Ehwal dan Pembangunan Pelajar (JHEPP)

Lapor Diri Senior - Sesi Disember 2018

LAMPIRAN B

SELUAR JEANS DAN POTONGAN JEANS

SELUAR JEANS

SELUAR BERPOTONGAN JEANS

Page 14: MEMO ANTARA JABATAN/ UNIT - polimelaka.edu.my · Sebarang pertanyaan dan permasalahan berkaitan pendaftaran pengajian, sila hadir ke Jabatan Hal Ehwal dan Pembangunan Pelajar (JHEPP)

Lapor Diri Senior - Sesi Disember 2018

PERINGATAN KEPADA PARA PELAJAR PMK !!!

SEBELUM ANDA MENDAFTAR PENGAJIAN BAGI SESI DIS 2018, SILA PASTIKAN:

1. ANDA BERAMBUT PENDEK DAN KEMAS

a. Rambut tidak melepasi kening di bahagian hadapan.

b. Rambut tidak menyentuh/menutup telinga di bahagian tepi.

c. Rambut tidak menyentuh kolar baju di bahagian belakang.

d. Rambut tidak diwarnakan.

e. Rambut tidak digayakan dengan fesyen yang menggusarkan

(seperti mohawk, punk dan sebagainya)

2. BERPAKAIAN KEMAS DAN SOPAN

a. Memakai Baju Kemeja (Lelaki) / Baju Kurung (Wanita)

b. Tidak memakai pakaian yang ketat dan jarang

c. Tidak memakai seluar jeans atau berpotongan jeans

d. Baju hendaklah tuck in

e. Pakaian tradisi adalah dibenarkan tetapi mestilah sopan dan

tidak menjolok mata.

3. MEMAKAI KASUT BERTUTUP

a. Tidak dibenarkan sama sekali mengenakan selipar.

b. Sila pastikan kasut bertutup terutamnya kepada para pelajar

wanita.

4. TIDAK MENGENAKAN SEBARANG AKSESORI DAN PERHIASAN BAGI

LELAKI

a. Tidak dibenarkan memakai rantai leher, gelang tangan serta

subang atau anting-anting bagi lelaki.

KEGAGALAN PELAJAR UNTUK MEMATUHI PERATURAN RUPADIRI

DAN BERPAKAIAN PMK, BOLEH MENYEBABKAN ANDA

DIHALANG DARI MENERUSKAN PROSES PENDAFTARAN PENGAJIAN ANDA BAGI SESI DIS 2018.

Page 15: MEMO ANTARA JABATAN/ UNIT - polimelaka.edu.my · Sebarang pertanyaan dan permasalahan berkaitan pendaftaran pengajian, sila hadir ke Jabatan Hal Ehwal dan Pembangunan Pelajar (JHEPP)

Lapor Diri Senior - Sesi Disember 2018

KALENDAR AKADEMIK SESI DIS 2018

POLITEKNIK MELAKA