borang pengesahan status tesis*** - fp.utm.my · pdf filepengajian secara kerja kursus dan...

23
PSZ 19:16 (Pind. 1/17) UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS*** JUDUL : PENGGUNAAN SENSOR DALAM MENENTUKAN KESALAHAN MELONJAK DALAM ACARA LOMPAT JAUH SESI PENGAJIAN : 2005/2006 Saya :___________________SITI MUSYRIFAH BINTI ISMAIL __________________________ (HURUF BESAR) mengaku membenarkan tesis *(PSM/Sarjana/Doktor Falsafah ) ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut : 1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia. 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran di antara institusi pengajian tinggi. 4. ** Sila tandakan ( ) (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau SULIT kepentinganMalaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972) TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan). TIDAK TERHAD __________________________ ___________________________ (TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA) Alamat Tetap : Nama Penyelia : 1549 JLN MUTIARA, OFF JLN PENG CHEPA, DR. MOHAD ANIZU B. MOHD NOR KG KOK PASIR, 15400 KOTA BHARU, KELANTAN. Tarikh : 6 APRIL 2006 Tarikh : 6 APRIL 2006 CATATAN : * Potong yang tidak berkenaan. ** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD. *** Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan atau disertai bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan atau laporan projek sarjana muda.

Upload: dinhhanh

Post on 06-Feb-2018

229 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

Page 1: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS*** - fp.utm.my · PDF filepengajian secara kerja kursus dan penyelidikan atau laporan projek ... Akhir sekali, segala ... dengan sains biomekanik telah

PSZ 19:16 (Pind. 1/17)

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS***

JUDUL : PENGGUNAAN SENSOR DALAM MENENTUKAN KESALAHAN MELONJAK DALAM

ACARA LOMPAT JAUH

SESI PENGAJIAN : 2005/2006

Saya :___________________SITI MUSYRIFAH BINTI ISMAIL__________________________ (HURUF BESAR)

mengaku membenarkan tesis *(PSM/Sarjana/Doktor Falsafah) ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut :

1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia. 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran di antara institusi pengajian

tinggi. 4. ** Sila tandakan ( )

(Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau SULIT kepentinganMalaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972)

TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan).

TIDAK TERHAD

__________________________ ___________________________ (TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA) Alamat Tetap : Nama Penyelia :

1549 JLN MUTIARA, OFF JLN PENG CHEPA, DR. MOHAD ANIZU B. MOHD NOR KG KOK PASIR, 15400 KOTA BHARU, KELANTAN. Tarikh : 6 APRIL 2006 Tarikh : 6 APRIL 2006

CATATAN : * Potong yang tidak berkenaan.

** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD.

*** Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan atau disertai bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan atau laporan projek sarjana muda.

Page 2: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS*** - fp.utm.my · PDF filepengajian secara kerja kursus dan penyelidikan atau laporan projek ... Akhir sekali, segala ... dengan sains biomekanik telah

ii

“Saya akui bahawasanya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya, karya ini

adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan

Ijazah Sarjana Muda Sains serta Pendidikan (Sains Sukan)”

Tandatangan : _________________________________

Nama Penyelia : DR. MOHAD ANIZU BIN MOHD NOR

Tarikh : APRIL, 2006

Page 3: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS*** - fp.utm.my · PDF filepengajian secara kerja kursus dan penyelidikan atau laporan projek ... Akhir sekali, segala ... dengan sains biomekanik telah

ii

PENGGUNAAN SENSOR DALAM MENENTUKAN KESALAHAN MELONJAK

ACARA LOMPAT JAUH

SITI MUSYRIFAH BINTI ISMAIL

Tesis ini dikemukakan sebagai memenuhi syarat

penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan

(Sains Sukan)

Fakulti Pendidikan

Universiti Teknologi Malaysia

APRIL, 2006

Page 4: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS*** - fp.utm.my · PDF filepengajian secara kerja kursus dan penyelidikan atau laporan projek ... Akhir sekali, segala ... dengan sains biomekanik telah

iv

“Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan

yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya”.

Tandatangan : ______________________________

Nama Penulis : SITI MUSYRIFAH BINTI ISMAIL

Tarikh : APRIL, 2006

Page 5: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS*** - fp.utm.my · PDF filepengajian secara kerja kursus dan penyelidikan atau laporan projek ... Akhir sekali, segala ... dengan sains biomekanik telah

v

DEDIKASI

Istimewa buat ummi dan ayah yang disayangi yang telah banyak

berkorban demi keluarga dalam membesarkan

kami lima beradik, Kak Yong, Tie, Awar, Chick dan Idi.

Ummi dan ayah tidak pernah jemu memberi sokongan dan kata-kata

nasihat kepada kami dalam menghadapi cabaran kehidupan.

Usaha mu tidak akan ku lupakan……

Buat kakak yang dikasihi, Siti Nurmadihah (Kak Yong),

adik-adik ku yang disayangi,

Ahmad Munawwar, Siti Nurmahirah (Chik) dan Ahmad Mursyidi,

terima kasih di atas sokongan yang diberikan.………….

Buat rakan karib ku Syaratul Irwina Nadrah binti Md Isa

yang tidak jemu-jemu melayan kerenah ku.

Terima kasih tidak terhingga ucapan kepada mu yang

sanggup menghadapi cabaran dan dugaan serta rintangan

bersama-sama aku sepanjang pengajian kita di

Universiti Teknologi Malaysia.

Tidak dilupakan rakan-rakan seperjuangan

(Sains Sukan 2001/2006).

Kamu semua senantiasa di dalam ingatan ku.

Kenangan kita sepanjang 5 tahun

perkenalan ini

tidak akan ku lupakan.

Terus berusaha hingga ke akhirnya……..

Page 6: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS*** - fp.utm.my · PDF filepengajian secara kerja kursus dan penyelidikan atau laporan projek ... Akhir sekali, segala ... dengan sains biomekanik telah

vi

PENGHARGAAN

Bismillahirrahmanirrahim…………..

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi, kerana dengan limpah dan kurnia-Nya serta

berkat kesabaran, maka dapatlah juga saya menyiapkan satu kajian ilmiah tepat pada

masa yang telah ditetapkan walaupun telah melalui pelbagai rintangan dan dugaan.

Terlebih dahulu, saya ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada Dr. Mohad

Anizu Mohd Nor, merangkap penyelia Projek Sarjana Muda saya kerana dengan adanya

sokongan dan tunjuk ajar beliau, dapatlah saya menyiapkan satu projek yang melayakkan

saya untuk dianugerahkan Ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Sains Sukan). Di

kesempatan ini juga, jutaan terima kasih ditujukan kepada pensyarah-pensyarah Sains

Sukan Tuan Haji Abdul Hamid Rahabah, Encik Yunos Dahalan, Puan Halijah Ibrahim

dan Dr. Zainal Abidin Zainuddin kerana banyak memberikan tunjuk ajar sepanjang

pengajian saya di sini. Tidak lupa juga ucapan ribuan terima kasih kepada Encik Arief

Ruhullah Bin A. Harris dari Fakulti Kejuruteraan Elektrik dan Encik Asnul Dahar Bin

Minghat dari Fakulti Pendidikan di atas kerjasama yang diberikan dalam menyiapkan

Projek Sarjana Muda saya.

Seterusnya, ucapan terima kasih saya ucapkan kepada individu-individu yang

sanggup berkorban masa dan tenaga untuk menjadi sampel dalam kajian saya ini. Tanpa

pengorbanan dan bantuan anda, kajian ini tidak bermakna. Tidak lupa juga kepada semua

responden yang telah sudi meluangkan masa dan memberi kerjasama menjawab segala

soalan yang diberikan dengan jujur dan ikhlas. Ucapan terima kasih juga ditujukan

kepada rakan-rakan seperjuangan yang secara tidak langsung mahupun secara langsung

bersama-sama menjayakan kajian ini.

Akhir sekali, segala pengorbanan dan jasa yang telah kalian curahkan tidak

terbalas oleh saya. Semoga Allah membalas jasa kalian. Harapan saya agar kajian ilmiah

ini akan diteruskan di masa-masa akan datang.

Terima kasih….

Page 7: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS*** - fp.utm.my · PDF filepengajian secara kerja kursus dan penyelidikan atau laporan projek ... Akhir sekali, segala ... dengan sains biomekanik telah

vii

ABSTRAK

Rekacipta adalah penghasilan sesuatu projek, barangan baru atau

pengubahsuaian dalam bidang teknologi untuk memenuhi kehendak pengguna masa kini

dan masa hadapan. Kajian ini merupakan satu projek merekacipta alat iaitu

menggunakan sensor jenis “infrared” pada papan lonjak acara lompat jauh. Alat ini

direka bertujuan untuk melihat keberkesanan menentukan kesalahan melonjak acara

lompat jauh dengan menggunakan sensor. Penyelidik juga mendapatkan persepsi

terhadap alat ini daripada 50 orang siswazah-siswazah Ijazah Sarjana Muda Sains serta

Pendidikan (Sains Sukan), Universiti Teknologi Malaysia yang dipilih secara rawak

melalui soal selidik yang diedarkan dan 10 orang daripadanya dipilih untuk melakukan

pengujian melihat keberkesanan sensor. Rakaman diambil dengan menggunakan video

kamera Panasonic dan kamera digital Canon bagi membuktikan lompatan tidak sah.

Data yang dikumpul dianalisis dengan menggunakan perisian Microsoft Excel 2003

berdasarkan kekerapan dan peratus. Dapatan kajian menunjukkan bahawa penggunaan

sensor berkesan dan mendapat sambutan yang baik daripada pelajar-pelajar Sains Sukan.

Hasil kajian menunjukkan bahawa sensor jenis ‘infrared’ memberikan ketepatan dalam

menentukan batal tetapi sensitif terhadap cahaya. Alat ini sesuai digunakan di kawasan

tertutup dan pada waktu malam. Cadangan bagi penyelidikan akan datang supaya

merekacipta semula alat ini dengan mengurangkan pengaruh cahaya pada sensor, kalis

air, dan bateri yang boleh dicas semula untuk keberkesanan menentukan kesalahan

melonjak bagi memperbaiki dan memantapkan lagi mutu hasil penyelidikan

Kesimpulannya, penggunaan sensor yang dicadangkan mendapat sambutan yang baik

dan ketepatan menentukan batal adalah tepat. Sensor yang digunakan perlu diperbaiki

untuk kajian-kajian akan datang supaya lebih menarik serta boleh digunakan untuk

peringkat yang lebih tinggi.

Page 8: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS*** - fp.utm.my · PDF filepengajian secara kerja kursus dan penyelidikan atau laporan projek ... Akhir sekali, segala ... dengan sains biomekanik telah

viii

ABSTRACT

An invention is a creation or modification of a project or a new product in

technology field to fulfill the present and future needs. This research was a project to

design an equipment using infrared sensor on the take-off board for long jump event.

The purpose of this research was to determine the effectiveness by using sensor on the

take-off board to detect a fault. Researcher had obtained the perception for this

equipment from 50 students from undergraduates in Sports Science, University

Technology Malaysia that were chosen randomly through questionnaires and 10 students

were chosen from the respondent group to perform the take-off to determine the

effectiveness of sensor. A Panasonic video camera and a Canon digital camera were used

to record the illegal jump for evidence. Data were collected and analyzed using the

Microsoft Excel 2003 based on rate of repetition and percent. The results showed that

using a sensor to find out the fault of take-off board was effective and received positive

feedback from most of the Sports Science students. From the results, infrared sensor

showed an accurate result for illegal take-off but sensitive to light. This method should

be done indoor or during night time. This research can be modified by decreasing the

lighting effect on sensor, waterproof and rechargeable battery to enhance the quality of

the future researches. As a conclusion, the usage of sensor on the take-off board in long

jump had received positive feedback and able to detect a fault precisely. Sensors should

be upgraded in the future research so that it can be used in a higher stage.

Page 9: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS*** - fp.utm.my · PDF filepengajian secara kerja kursus dan penyelidikan atau laporan projek ... Akhir sekali, segala ... dengan sains biomekanik telah

ix

KANDUNGAN

BAB PERKARA MUKA SURAT

Pengakuan Penyelia ii

Judul iii

Pengakuan Penulis iv

Dedikasi v

Penghargaan vi

Abstrak vii

Isi Kandungan ix

Senarai Jadual xi

Senarai Rajah xii

1 PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan 1

1.2 Latar Belakang Masalah 4

1.3 Pernyataan Masalah 6

1.4 Objektif Kajian 6

1.5 Persoalan Kajian 7

1.6 Kepentingan Kajian 7

1.7 Batasan Kajian 9

1.8 Definisi Istilah 9

2 SOROTAN KAJIAN 11 – 19

Page 10: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS*** - fp.utm.my · PDF filepengajian secara kerja kursus dan penyelidikan atau laporan projek ... Akhir sekali, segala ... dengan sains biomekanik telah

x

3 METODOLOGI KAJIAN

3.1 Pengenalan 20

3.2 Rekabentuk Kajian 21

3.3 Subjek Kajian 21

3.4 Tempat Kajian 22

3.5 Instrumen Kajian 22

3.6 Prosedur Kajian 26

3.7 Pengumpulan Data 27

3.8 Penganalisaan Data 27

4 PENGANALISAAN DATA

4.1 Pengenalan 28

4.2 Analisis Data Pengujian 29

4.3 Analisis Data Soal Selidik 30

5 PERBINCANGAN, CADANGAN

DAN RUMUSAN

5.1 Pengenalan 45

5.2 Perbincangan 45

5.3 Masalah yang Dihadapi 48

5.4 Cadangan 49

5.5 Kesimpulan 51

RUJUKAN 52 – 53

LAMPIRAN 54 – 57

Page 11: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS*** - fp.utm.my · PDF filepengajian secara kerja kursus dan penyelidikan atau laporan projek ... Akhir sekali, segala ... dengan sains biomekanik telah

xi

SENARAI JADUAL

JADUAL TAJUK MUKA SURAT

3.1 Kayu dan komponen-komponen elektronik

untuk pembuatan sensor ’infrared’. 23

4.1 Peringkat yang dicapai jika menjawab YA 36

Page 12: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS*** - fp.utm.my · PDF filepengajian secara kerja kursus dan penyelidikan atau laporan projek ... Akhir sekali, segala ... dengan sains biomekanik telah

xii

SENARAI RAJAH

RAJAH TAJUK MUKA SURAT

2.1 Laluan Tengah 17

2.2 Kaki Melonjak 17

2.3 Cyclops 18

3.1 Papan Lonjak 24

3.2 Sensor ‘infrared’ 24

3.3 Litar Sensor ‘infrared’ 24

3.4 Pandangan sisi Papan Lonjak 25

3.5 Pandangan Atas Papan Lonjak 25

3.6 Papan Wayar 25

3.7 Papan Sensor 25

4.1 Lompatan Sah 29

4.2 Lompatan Tidak Sah 29

4.3 Jantina Responden 30

4.4 Bangsa Responden 31

4.5 Agama Responden 32

4.6 Umur Responden 33

4.7 Tahun/Kursus Responden 34

4.8 Responden yang Pernah Mengambil Acara

Lompat Jauh 35

4.9 Sokongan responden terhadap teknologi

terkini yang membantu meningkatkan

prestasai sukan negara. 37

Page 13: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS*** - fp.utm.my · PDF filepengajian secara kerja kursus dan penyelidikan atau laporan projek ... Akhir sekali, segala ... dengan sains biomekanik telah

xiii

4.10 Tahap responden menyukai penggunaan

sensor dalam menentukan kesalahan melonjak

acara lompat jauh 38

4.11 Bersetuju Penggunaan Sensor Menentukan

Kesalahan Melonjak Menggunakan Bunyi dan

Lampu. 39

4.12 Penggunaan Sensor Membantu Pengadil

Menentukan Lompatan Tidak Sah 40

4.13 Penggunaan sensor membantu atlit dalam

latihan lompatan. 41

4.14 Penggunaan sensor dapat mempengaruhi

peningkatan prestasi atlit. 42

4.15 Alat ini Boleh Digunakan di Peringkat

Kebangsaan atau Antarabangsa 43

4.16 Penggunaan Sensor Masih Boleh dipertingkatkan

Lagi 44

Page 14: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS*** - fp.utm.my · PDF filepengajian secara kerja kursus dan penyelidikan atau laporan projek ... Akhir sekali, segala ... dengan sains biomekanik telah

BAB 1

PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

Rekacipta adalah penghasilan sesuatu projek atau barangan baru atau

pengubahsuaian dalam bidang teknologi untuk memenuhi kehendak pengguna masa kini

dan masa hadapan. Projek yang dihasilkan adalah daripada idea yang tercetus dengan

tersendiri atau diubahsuai dan berpotensi untuk dipasarkan. Daripada rekaan-rekaan

yang terdapat di pasaran sekarang membuatkan teknologi moden semakin hari semakin

dirasai oleh semua manusia. Adanya teknologi moden ini, dapat membantu

meringankan pekerjaan seharian seperti membasuh baju, mengeringkan baju, memotong

rumput, dan bermacam-macam lagi.

Teknologi didefinisikan oleh “Websrter’s Ninth New Collegiate Dictionary

(1990)” sebagai satu kaedah saintifik bagi mencapai satu tujuan secara praktikal. Ketika

kurun ke 19, teknologi terbaru dalam pendidikan ialah papanhitam dan kapur; pada

kurun ke 20 pula, teknologi semakin berkembang dengan terdapatnya komputer,

pemain/perakam kaset video dan pemain/perakam cakera padat. Revolusi pertama

komputer tercetus pada tahun 1960 an. Di beberapa sekolah yang berbeza, satu terminal

komputer di letakkan di dalam sebuah bilik dan dihubungkan kepada sistem utama yang

terletak dalam lingkungan pejabat atau lain-lain pusat. Penggunaan komputer seperti ini

Page 15: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS*** - fp.utm.my · PDF filepengajian secara kerja kursus dan penyelidikan atau laporan projek ... Akhir sekali, segala ... dengan sains biomekanik telah

2

tidak lama kerana komputer terlalu mahal dan selalu rosak. Revolusi kedua komputer

bermula lewat tahun 1970 an, dengan kemunculan komputer peribadi. Revolusi ini

berkemungkinan membolehkan komputer dibawa ke dalam kelas, gimnasium dan rumah.

Ketika awal tahun 1980 an, pengajar pendidikan jasmani di peringkat universiti telah

memulakan eksperimen dengan komputer dan membangunkan program perisian

(komputer mengeluarkan arahan untuk pengguna) sebagai disiplin. Sekarang, kita dapat

lihat di mana-mana sahaja seperti perniagaan dan pendidikan terdapat komputer, video,

cakera padat dan teknologi lain digunakan (Bonnie, 1995).

Begitu juga dalam bidang sukan di mana Pendidikan Sains Sukan telah

meningkatkan peranannya dengan bantuan peralatan senaman dan latihan yang moden

masa kini. Atlit yang berpotensi dan yang elit telah menggunakan kaedah latihan dan

ujian-ujian untuk kemajuan berasaskan teknologi yang betul. Teknologi berkaitan

dengan sains biomekanik telah mencipta mesin-mesin untuk tujuan latihan dan

pemulihan. Mesin-mesin yang berkomputer seperti alat ‘electromyography’,

‘dynamometer’, ‘time measurement device’, ‘spirometer’, ‘motion analysis’, ‘whole

body reaction measuring equipment’, ‘three-dementional movement analysis system’,

‘muscles stimulator’ dan lain-lain lagi telah memberi banyak pengetahuan tentang

sistem lokomotor manusia bagi memudahkan latihan-latihan dijalankan dengan

pendekatan yang bersistematik. Alat-alat latihan isokinetik, isometrik dan isotonik serta

plyometrik telah banyak membantu atlit meningkatkan daya fizikal mereka mengikut

keperluan jenis sukan masing-masing (Sheikh Kamaruddin, 1994).

Kita dapat lihat atlit-atlit negara ini kebanyakannya dihantar ke luar negara untuk

menjalani latihan. Manakala di negara-negara maju seperti Amerika Syarikat, Jerman

dan China pula mempunyai atlit yang berprestasi tinggi berdasarkan pencapaian mereka

dalam sukan Olimpik baru-baru ini. Latihan yang diberikan kepada atlit-atlit mereka

berkualiti tinggi dan mempunyai segala aspek yang dikehendaki untuk melahirkan atlit

berprestasi dunia. Latihan-latihan yang dijalankan menggunakan berbagai pendekatan

bagi memastikan kualiti yang ada pada atlit mereka berada di tahap yang optimal.

Page 16: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS*** - fp.utm.my · PDF filepengajian secara kerja kursus dan penyelidikan atau laporan projek ... Akhir sekali, segala ... dengan sains biomekanik telah

3

Mengapa negara Malaysia tidak mempunyai jurulatih atau atlit yang berprestasi

dunia? Adakah disebabkan kemudahan yang kurang atau cetek ilmu pengetahuan?

Persoalan ini banyak berlegar-legar di kalangan pegawai-pegawai sukan di Malaysia.

Sebenarnya kita mampu untuk melahirkan atlit perintis masa depan negara. Ini boleh

dilakukan dengan mengajar atlit dari usia setahun jagung kerana mereka mudah untuk

dicorak dan dilatih. Bak kata pepatah “Melentur buluh biarlah dari rebungnya”. Atlit-

atlit muda ini diberi latihan yang spesifik dan tidak membebankan kerana mereka akan

mudah merasa bosan. Pastikan latihan atau aktiviti yang dilakukan mempunyai aspek

lima ‘M’, yakni murah, menarik, minat, media dan massa. Pendekatan melalui alat yang

berteknologi juga mampu menarik minat atlit-atlit kita untuk berlatih dengan

bersungguh-sungguh.

Di samping itu juga, teknologi yang moden digunakan untuk membantu

membuat alat-alat dan membina kemudahan sukan yang lebih selamat digunakan.

Contoh yang ketara sekali ialah rekabentuk alatan seperti alatan yang biasa kita lihat

dalam gimnasium seperti kemudahan untuk melakukan bangkit tubi, tekan tubi, ‘trade-

mill’ dan lain-lain.

Dengan tertubuhnya dua buah sekolah sukan iaitu Sekolah Sukan Bukit Jalil dan

Sekolah Sukan Bandar Penawar, dapat merealisasikan impian Malaysia untuk terus

melahirkan atlit-atlit yang berwibawa dan mempunyai disiplin yang tinggi dalam bidang

sukan. Kita dapat lihat kemudahan-kemudahan serta peralatan-peralatan yang canggih

dan berteknologi tinggi di sekolah-sekolah sukan ini yang mampu membantu atlit-atlit

muda menjalani latihan dengan selamat dan berkesan.

Begitu juga dengan sukan olahraga, banyak alatan dan kemudahan telah dicipta

bagi memudahkan dan menyenangkan pengurusan serta teknikal di setiap bahagian. Di

dalam sukan olahraga, acaranya dibahagikan kepada acara balapan dan acara padang.

Acara balapan merangkumi acara seperti larian 100 meter, 200 meter, 400 meter, 800

meter, 1500 meter, 3000 meter (W), 5000 meter, 10000 meter, 100 meter lari berpagar

Page 17: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS*** - fp.utm.my · PDF filepengajian secara kerja kursus dan penyelidikan atau laporan projek ... Akhir sekali, segala ... dengan sains biomekanik telah

4

(L), 110 meter lari berpagar (W), 400 meter lari berpagar, jalan kaki, lari berhalangan(L),

dan lari berganti-ganti. Manakala, acara padang pula merangkumi acara seperti lontar

peluru, rejam lembing, lempar cakera, baling tukul besi, lompat jauh, lompat tinggi,

lompat bergalah, dan lompat kijang (Buku Peraturan Olahraga KOAM 2005-2006).

Pada kajian ini, saya lebih memfokuskan kepada acara padang iaitu bagi acara lompat

jauh.

1.2 Latar Belakang Masalah

Teknologi yang semakin hari semakin berkembang dengan pesatnya di seluruh

dunia telah mencetuskan idea kepada penyelidik untuk merekacipta alat. Rekacipta

yang dimaksudkan adalah penggunaan sensor dalam menentukan kesalahan melonjak

bagi acara lompat jauh. Sensor yang digunakan adalah jenis ‘infrared’ yang membantu

menentukan kesalahan melonjak.

Acara lompat jauh adalah salah satu acara padang bagi sukan olahraga. Peserta

atau atlit perlu mengambil jarak mengikut kesesuaian masing-masing untuk melakukan

larian yang sesuai dengan langkahan masing-masing sebelum melakukan lonjakan pada

papan lonjak. Larian dilakukan bertujuan untuk mendapatkan kelajuan yang ideal.

Rentak larian adalah penting untuk menjamin kelajuan yang ideal dicapai pada lonjakan

dan ketepatan pada papan lonjak ketika melonjak. Jarak yang digunakan adalah

ditentukan oleh umur dan kelajuan. Bagi menentukan berapakah langkah yang perlu

digunakan dalam larian biasanya disamakan dengan umur atlit. Jika berumur 11 tahun,

maka 11 langkah digunakan, 12 tahun – 12 langkah, 15 tahun – 15 langkah, 17 tahun –

17 langkah dan 17 tahun ke atas 21 langkah. Lonjakan akan dibuat pada papan lonjak.

Pelompat akan bersedia untuk melakukan lonjakan dengan tiga langkah terakhir

melangkah lebih lama berbanding biasa dan langkah yang terakhir akan mengecil 25

sentimeter daripada larian biasa. Lonjakan dilakukan dan fasa penerbangan akan

berlaku sebelum mendarat dan mencapai matlamat yang dikehendaki (Brian, 1997).

Page 18: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS*** - fp.utm.my · PDF filepengajian secara kerja kursus dan penyelidikan atau laporan projek ... Akhir sekali, segala ... dengan sains biomekanik telah

5

Pada papan lonjak terdapat papan penanda plastisin. Plastisin dilekatkan

padanya bertujuan memastikan lonjakan pada papan lonjak tidak melebihi kawasan

garisan lonjak. Papan penanda plastisin ialah sekeping papan atau bahan lain yang tegar

dan sesuai, selebar 10 sentimeter (+-2 milimeter) dan sepanjang antara 1.21 meter dan

1.22 meter. Papan ini hendaklah diletakkan pada lurah di sisi papan lonjak yang

menghala ke kawasan mendarat. Permukaannnya hendaklah tinggi sedikit daripada

papan lonjak kira-kira 7 milimeter (+-1 milimeter). Bahagian sisi hendaklah merencong

kira-kira 45 darjah supaya bahagian yang rapat dengan papan lonjak boleh diisi dengan

plastisin kira-kira setebal 1 milimeter, atau dibiarkan berlurah supaya apabila diisi

dengan plastisin boleh dibuat merencong 45 darjah. Jika diisi ke dalam lurah tadi,

semuanya mesti cukup kukuh untuk menerima tekanan sepenuhnya daripada kaki atlit

(Buku Peraturan Olahraga KOAM 2005-2006).

Sekurang-kurangnya terdapat dua papan penanda plastisin yang digunakan

kerana apabila terdapat kesan tapak kasut pada plastisin tersebut, Hakim Lompatan perlu

melicinkan semula kesan tersebut. Pada masa melincinkan kesan tersebut, papan yang

pertama tadi digantikan dengan papan plastisin lain supaya peserta lain boleh

meneruskan lompatan tanpa banyak melengahkan masa (Buku Peraturan Olahraga

KOAM 2005-2006). Walaupun penggunaan plastisin dapat mengurangkan kos, tetapi

terdapat kesan negatifnya seperti perlu membetulkan kembali kesan tapak kasut setiap

kali peserta melakukan kesalahan pada papan penanda plastisin.

Penggunaan plastisin juga memberi masalah kepada atlit atau peserta yang

bertanding apabila terpijak pada bahagian plastisin (kesalahan), plastisin akan terlekat

pada tapak kasut berpaku (‘spike’) dan menyusahkan atlit untuk membuangnya daripada

tapak spike. Oleh sebab itu, kajian ini akan mengubahsuai papan lonjak yang

menggunakan papan penanda plastisin kepada papan lonjak menggunakan sensor bagi

menentukan kesalahan dalam lompatan.

Page 19: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS*** - fp.utm.my · PDF filepengajian secara kerja kursus dan penyelidikan atau laporan projek ... Akhir sekali, segala ... dengan sains biomekanik telah

6

1.3 Pernyataan Masalah

Lonjakan pada papan lonjak merupakan fasa kedua dalam lompat jauh di mana

fasa pertama adalah larian, ketiga adalah penerbangan dan keempat adalah mendarat.

Penggunaan plastisin pada papan penanda plastisin adalah untuk menentukan lompatan

sah atau tidak sah. Pengkaji telah mereka bentuk satu alat sensor bagi menggantikan

plastisin yang biasa digunakan pada papan penanda plastisin. Rekabentuk yang

dicadangkan adalah dengan meletakkan sensor pada titik yang paling sisi pada papan

lonjak selepas garisan lonjak yang bersemuka antara satu sama lain. Sensor ini akan

mengeluarkan bunyi apabila kaki atlit melebihi garisan lonjak dan terpijak bahagian

papan penanda plastisin. Oleh itu, plastisin tidak lagi diperlukan dan tidak perlu

bersusah payah untuk membaiki kesan tapak kasut sekiranya kesalahan berlaku dan

menggantikannya dengan papan kedua

1.4 Objektif Kajian

1.4.1 Memperkenalkan alat menentukan kesalahan melonjak acara lompat jauh.

1.4.2 Melihat keberkesanan alat ciptaan dalam menentukan kesalahan untuk acara

lompat jauh.

1.4.3 Mendapatkan maklum balas mengenai alat ini daripada subjek yang

menggunakan alat ini.

Page 20: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS*** - fp.utm.my · PDF filepengajian secara kerja kursus dan penyelidikan atau laporan projek ... Akhir sekali, segala ... dengan sains biomekanik telah

7

1.5 Persoalan Kajian

Berdasarkan kepada objektif kajian di atas, kajian ini menjawab tiga persoalan

iaitu:

1.5.1 Adakah alat menentukan kesalahan melonjak ini dapat diperkenalkan kepada

Universiti Teknologi Malaysia, Skudai, Johor?

1.5.2 Sejauhmanakah keberkesanan alat yang dicipta dalam menentukan kesalahan

melonjak untuk acara lompat jauh?

1.5.3 Apakah persepsi pengguna iaitu pelajar-pelajar Sains Sukan Universiti Teknologi

Malaysia, Skudai, Johor terhadap alat ini?

1.6 Kepentingan Kajian

1.6.1 Universiti Teknologi Malaysia

Kepentingan merekacipta alat menentukan kesalahan melonjak ini adalah untuk

menambahkan kajian di Universiti Teknologi Malaysia, Skudai, Johor dan

memperkenalkan ke seluruh UTM terutama kepada pelajar Sains Sukan.

Penambahan kajian di Universiti Teknologi Malaysia, Skudai, Johor ini dapat

membantu mahasiswa-mahasiswa yang akan membuat kajian pada masa hadapan

dengan memperbaiki kajian yang sedia ada agar menjadi lebih baik daripada

kajian asal atau mencari ilham kepada kajian yang akan dibuat nanti.

Page 21: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS*** - fp.utm.my · PDF filepengajian secara kerja kursus dan penyelidikan atau laporan projek ... Akhir sekali, segala ... dengan sains biomekanik telah

8

1.6.2 Kesatuan Olahraga Amatur Malaysia (KOAM)

Tujuan kajian ini adalah untuk mereka cipta satu alat yang menentukan

kesalahan melonjak dengan menggunakan sensor. Ini dapat membantu dan

memudahkan atau meringankan kerja pegawai Kesatuan Olahraga Amatur

Malaysia (KOAM) di kejohanan olahraga di mana-mana peringkat. Dengan

penggunaan sensor, tidak perlu lagi pegawai yang mengadili lompatan yang sah

atau tidak sah membaiki semula kedudukan plastisin menjadi rata setelah dipijak

oleh pemain ketika melakukan lonjakan yang mana lompatannya adalah tidak

sah.

1.6.3 Jurulatih

Kepentingan penggunaan sensor dalam menentukan kesalahan melonjak acara

lompat jauh kepada jurulatih adalah ketika melakukan sesi latihan mengukur

jarak larian. Ini boleh menentukan kedudukan kaki ketika lonjakan melebihi

atau tidak kawasan batal papan lonjak. Jika terlebih, jurulatih boleh

mengarahkan atlit supaya memanjangkan jarak larian atau tiga langkah terakhir

di kecilkan.

1.6.4 Atlit

Selain itu, para peserta atau atlit yang bertanding juga mendapat faedah daripada

ciptaan alat ini kerana mereka boleh mengetahui dengan segera adakah lompatan

mereka sah atau tidak sah. Atlit tidak perlu lagi menanggalkan plastisin yang

terlekat pada tapak spike mereka kerana plastisin tidak digunakan lagi.

Page 22: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS*** - fp.utm.my · PDF filepengajian secara kerja kursus dan penyelidikan atau laporan projek ... Akhir sekali, segala ... dengan sains biomekanik telah

9

1.7 Batasan Kajian

Kajian ini mengkaji penggunaan sensor pada papan plastisin bagi menentukan

tujahan pada papan lonjak sah atau tidak sah. Alat tersebut akan mengeluarkan bunyi

‘beep’ dan lampu (LED) berwarna merah akan menyala secara serentak sekiranya

lompatan adalah tidak sah.

Kajian ini hanya tertumpu kepada sepuluh orang subjek iaitu pelajar yang

mengikuti kursus Ijazah Sarjana Muda Sains serta Pendidikan (Sains Sukan) di

Universiti Teknologi Malaysia, Skudai, Johor yang berumur 21 – 25 tahun. Lima orang

pelajar lelaki dan lima orang pelajar perempuan sahaja yang akan mengikuti kajian ini.

Bagi menjawab kertas soal selidik mengenai penggunaan sensor dalam

menentukan batal ini, 50 orang pelajar Sains Sukan dari tahun 1, 2, 3, 4, dan 5 akan

dipilih secara rawak, iaitu 40 adalah pelajar dari tahun 1, 2, 3, 4, dan 5 dan sepuluh

orang subjek yang mengikuti kajian ini.

1.8 Definisi Istilah

1.8.1 Rekabentuk

Menurut Hosking dan Harris (1981), rekabentuk adalah proses yang

menggunakan unsur-unsur dalam Sains, Kejuruteraan, Matematik, Lukisan Teknik dan

prinsip-prinsip saintifik dalam usaha untuk menghasilkan pelan, di mana kemudiannya

membawa kepada penyelesaian dan seterusnya membawa kepada keperluan praktikal.

Page 23: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS*** - fp.utm.my · PDF filepengajian secara kerja kursus dan penyelidikan atau laporan projek ... Akhir sekali, segala ... dengan sains biomekanik telah

10

1.8.2 Sensor

Sejenis alat yang menggunakan komponen-komponen elektronik yang sensitif

terhadap ransangan.

1.8.3 Kesalahan melonjak

Memijak pada papan lonjak yang bertujuan untuk melompat dengan sebelah kaki

tetapi kaki melebihi garisan lonjak dan terpijak bahagian papan penanda plastisin

1.8.4 Lompat jauh

Salah satu acara dalam sukan olahraga yang mempunyai empat peringkat iaitu

larian, lonjakan, penerbangan, dan pendaratan daripada gabungan tiga elemen iaitu

kelajuan, teknik dan kekuatan bagi mencapai matlamat.

1.8.5 Papan lonjak

Papan yang digunakan untuk melonjak bagi acara lompat jauh dan lompat kijang

yang berbentuk empat segi bujur, diperbuat daripada kayu, berukuran 1.22 meter (+-

0.01 meter) panjang, 20 sentimeter (+- 2 milimeter) lebar dan 10 sentimeter dalam serta

dicatkan dengan warna putih.

1.8.6 KOAM

Kesatuan Olahraga Amatur Malaysia sebuah badan yang berkuasa dalam

pengurusan untuk atlit olahraga Malaysia.