majlis konvokesyen kali ke-16 - polimelaka.edu.my · contoh hadapan sampul surat pos express bagi...

14

Upload: vokhue

Post on 08-Mar-2019

346 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: MAJLIS KONVOKESYEN KALI KE-16 - polimelaka.edu.my · Contoh Hadapan Sampul Surat Pos Express bagi Graduan yang akan hadir : iv) Graduan dikehendaki melayari laman web http//:graduat.moe.gov.my
Page 2: MAJLIS KONVOKESYEN KALI KE-16 - polimelaka.edu.my · Contoh Hadapan Sampul Surat Pos Express bagi Graduan yang akan hadir : iv) Graduan dikehendaki melayari laman web http//:graduat.moe.gov.my

MAJLIS KONVOKESYEN KALI KE-16

POLITEKNIK MELAKA

KEMENTERIAN PENDIDIKAN TINGGI MALAYSIA

1. ATURCARA RAPTAI DAN MAJLIS KONVOKESYEN

a) Hari Raptai

Tarikh : 11 Ogos 2017 (Jumaat)

Waktu : 8.30 pagi ~ Pendaftaran graduan akan diadakan di Tulip Hall,

Freeport A’Famosa Outlet, Melaka.

2.45 ptg ~ Upacara raptai penyampaian sijil konvokesyen di

Tulip Hall, Freeport A’Famosa Outlet, Melaka.

b) Majlis Konvokesyen

Tarikh : 12 Ogos 2017 (Sabtu)

Tempat : Tulip Hall, Freeport A’Famosa Outlet, Melaka

Waktu : 7.30 pagi ~ Pendaftaran graduan

8.00 pagi ~ Perbarisan graduan mengikut jabatan

8.45 pagi ~ Perarakan masuk dewan

9.00 pagi ~ Majlis Konvokesyen

2. MAKLUMAT AKUAN KEHADIRAN

a) Para graduan yang ingin menghadiri majlis tersebut dikehendaki mematuhi arahan-arahan berikut :

i) Mengisi BORANG JAWAPAN AKUAN PENGESAHAN KEHADIRAN (BORANG US-1).

ii) Membuat bayaran sebanyak RM 230.00 di Bank Simpanan Nasional (BSN) No. Akaun

0410041000152319 dibayar atas nama “Koperasi Politeknik Kota Melaka Berhad”. Bayaran secara

wang tunai/cek tidak akan diterima. WANG INI TIDAK AKAN DIKEMBALIKAN ATAS APA-APA

ALASAN JUA PUN.

iii) Satu keping sampul surat Pos Express C5 (separuh A4) agar penghantaran terjamin dan memudahkan

pengesanan surat. Sampul surat ini akan digunakan untuk mengepos Surat Kedua berkenaan

konvokesyen dan kad jemputan graduan. (Sila tuliskan Sesi Tamat Pengajian dan No.Pendaftaran di

bahagian atas sebelah kiri sampul surat).

Page 3: MAJLIS KONVOKESYEN KALI KE-16 - polimelaka.edu.my · Contoh Hadapan Sampul Surat Pos Express bagi Graduan yang akan hadir : iv) Graduan dikehendaki melayari laman web http//:graduat.moe.gov.my

Contoh Hadapan Sampul Surat Pos Express bagi Graduan yang akan hadir :

iv) Graduan dikehendaki melayari laman web http//:graduat.moe.gov.my . Sila rujuk maklumat terkini

melalui laman Facebook Unit Pengesanan Graduan PMK.

v) Menghadiri majlis raptai pada waktu yang telah ditetapkan. Graduan yang tidak menghadiri majlis

raptai atau lewat hadir tidak akan dibenarkan menyertai Majlis Konvokesyen.

b) Para graduan yang tidak dapat menghadiri majlis tersebut dikehendaki mematuhi arahan-arahan berikut :

i) Mengisi BORANG JAWAPAN AKUAN PENGESAHAN KEHADIRAN (BORANG US-1).

ii) Membuat bayaran sebanyak RM 148.00 di Bank Simpanan Nasional (BSN) No. Akaun

0410041000152319 dibayar atas nama “Koperasi Politeknik Kota Melaka Berhad”. Bayaran secara

wang tunai/cek tidak akan diterima. WANG INI TIDAK AKAN DIKEMBALIKAN ATAS APA-APA

ALASAN JUA PUN.

iii) Graduan dikehendaki melayari laman web http//:graduat.moe.gov.my . Sila rujuk maklumat terkini

melalui laman Facebook Unit Pengesanan Graduan PMK.

Nota :

Perkara di atas adalah WAJIB dilaksanakan bagi semua graduan yang hadir atau tidak hadir ke Majlis

Konvokesyen. Kegagalan berbuat demikian boleh mengakibatkan anda dihalang menghadiri Majlis

Konvokesyen atau pengeluaran transkrip akan ditahan.

c) Graduan yang HADIR MESTI mengikuti sesi berikut :-

a. Pendaftaran Graduan

b. Raptai Konvokesyen

c. Majlis Konvokesyen

Page 4: MAJLIS KONVOKESYEN KALI KE-16 - polimelaka.edu.my · Contoh Hadapan Sampul Surat Pos Express bagi Graduan yang akan hadir : iv) Graduan dikehendaki melayari laman web http//:graduat.moe.gov.my

3. ETIKA BERPAKAIAN

a) HARI RAPTAI

i) GRADUAN LELAKI

Baju kemeja lengan panjang/pendek dan seluar slack.

Graduan hendaklah berambut pendek. Graduan yang berambut panjang, berekor atau

diwarnakan dilarang mendaftar diri untuk raptai dan seterusnya tidak dibenarkan menyertai majlis

konvokesyen.

Graduan DILARANG TEGAS memakai seluar jenis ”jeans”, selipar, capal dan ’T-shirt’ berkolar

atau tidak berkolar semasa mendaftar.

ii) GRADUAN WANITA

Baju Kurung tradisional/ kebaya labuh/ kebarung ATAU blouse dan seluar slack / skirt yang

melepasi paras lutut ( bagi pelajar bukan beragama Islam sahaja).

Graduan dilarang sama sekali memakai pakaian yang tidak sopan, jarang, ketat atau

mendedahkan.

b) HARI KONVOKESYEN

Para graduan diwajibkan berpakaian seperti berikut pada hari konvokesyen :

i) GRADUAN LELAKI

Baju Melayu warna hitam, bersamping sebarang corak dan warna, bersongkok hitam ATAU

Lounge Suit ( Baju kemeja lengan panjang berwarna putih, seluar slack berwarna gelap, blazer

warna gelap dan bertali leher )

Graduan mestilah berambut pendek.

ii) GRADUAN WANITA

Baju kurung tradisional/ kebaya labuh/ kebarung berwarna bebas dan tudung kepala berwarna

serba putih / cream ATAU blouse warna serba putih / cream dan skirt warna gelap yang

melepasi paras lutut ( bagi pelajar bukan beragama Islam sahaja).

Graduan wanita adalah dilarang memakai seluar panjang.

Graduan dilarang sama sekali memakai pakaian yang tidak sopan, jarang, ketat atau

mendedahkan.

Page 5: MAJLIS KONVOKESYEN KALI KE-16 - polimelaka.edu.my · Contoh Hadapan Sampul Surat Pos Express bagi Graduan yang akan hadir : iv) Graduan dikehendaki melayari laman web http//:graduat.moe.gov.my

4. KASUT

a) Graduan hendaklah memakai kasut yang bersih dan bersesuaian (bahagian depan kaki bertutup), sandal, capal

atau kasut jenis sukan tidak dibenarkan sama sekali.

b) Penggunaan kasut kulit berwarna hitam atau gelap amat digalakkan.

NOTA: SEGALA RAYUAN UNTUK MENDAPAT KELONGGARAN MENGENAI PERKARA 3 DAN 4 TIDAK AKAN

DILAYAN.

5. PEMINJAMAN JUBAH

a) Graduan hendaklah mengambil jubah masa yang telah ditetapkan semasa Hari Raptai. Proses pengambilan jubah

dihentikan semasa sesi raptai berlangsung. Pengambilan lebih awal adalah tidak dibenarkan.

6. URUSAN JUBAH

a) Jubah hendaklah dipulangkan sebaik sahaja Majlis Konvokesyen tamat atau mengikut waktu yang telah ditetapkan.

b) Kegagalan memulangkan jubah akan menyebabkan Diploma dan Transkrip Peperiksaan ditahan oleh Unit Peperiksaan.

c) Jubah yang hilang atau rosak akan dikenakan bayaran gantirugi.

d) Graduan boleh mengambil Diploma dan Transkrip Peperiksaan sebaik sahaja Majlis Konvokesyen berakhir dan

mengesahkan pemulangan jubah.

7. PENGAMBILAN DIPLOMA DAN SIJIL

a) Diploma & Transkrip Peperiksaan yang tidak dituntut akan disimpan oleh Unit Peperiksaan PMK. Sebarang

permasalahan atau maklumat lanjut sila hubungi 06-337 6003.

8. PAS MASUK KE MAJLIS KONVOKESYEN

a) Disebabkan tempat yang terhad dan bilangan graduan yang ramai, hanya SATU (1) keping pas masuk diberi untuk

kebenaran masuk DUA (2) orang dewasa sahaja (ibu bapa atau penjaga). Kanak-kanak berumur bawah 12 tahun

tidak dibenarkan masuk.

b) Pihak PMK akan menyediakan ruangan untuk ahli keluarga menonton siaran secara langsung di luar dewan.

c) Ibu bapa atau penjaga diminta supaya mengambil tempat duduk masing-masing sebelum jam 7.30 pagi pada hari

konvokesyen.

d) Pas masuk dewan mesti dibawa dan ditunjukkan kepada petugas. Pihak PMK memohon maaf sekiranya terdapat ibu,

bapa atau penjaga yang tidak dibenarkan masuk ke dalam dewan kerana tempat adalah terhad.

e) Ibu, bapa atau penjaga perlu berpakaian kemas dan sopan bersesuaian dengan Istiadat rasmi.

f) Mohon kerjasama ibu, bapa atau penjaga agar tidak meninggalkan dewan semasa majlis sedang berlangsung.

Page 6: MAJLIS KONVOKESYEN KALI KE-16 - polimelaka.edu.my · Contoh Hadapan Sampul Surat Pos Express bagi Graduan yang akan hadir : iv) Graduan dikehendaki melayari laman web http//:graduat.moe.gov.my

9. SESI BERGAMBAR (FOTOGRAFI)

a) Pihak PMK menyediakan perkhidmatan fotografi semasa majlis berlangsung.

b) PMK telah melantik syarikat fotografi luar dan diberikan tanggungawab mengambil gambar graduan semasa menerima

Diploma dan urusan selanjutnya (penyerahan gambar) adalah tanggungjawab syarikat berkenaan.

c) Semasa majlis sedang berlangsung, graduan dan tetamu DILARANG mengambil gambar di dalam dewan bagi

memastikan kelancaran majlis.

10. BARANG-BARANG PERSENDIRIAN

a) Pihak PMK tidak bertanggungjawab sekiranya berlaku kehilangan atau kerosakan barangan peribadi.

b) Graduan dan tetamu adalah diingatkan supaya tidak membawa masuk ke dalam dewan seperti makanan, minuman

atau barangan persendirian yang boleh mengganggu perjalanan majlis seperti beg, kamera, telefon bimbit,

sebarang peranti atau alatan elektronik dan sebagainya.

c) Sila matikan atau tukar kepada Mod Senyap (Silent Mode) sekiranya membawa masuk alatan elektronik seperti telefon

bimbit , “tablet” dan lain-lain.

11. KUASA POLITEKNIK MELAKA

a) Graduan yang tidak mematuhi syarat dan arahan yang telah ditetapkan terutama tatacara berpakaian atau

penampilan diri yang tidak bersesuaian dengan Istiadat adalah dilarang atau ditahan daripada mengikuti majlis

Konvokesyen.

b) Sebarang keputusan mengenai larangan yang telah dikeluarkan adalah muktamad.

c) Justeru itu pihak Politeknik Melaka , memohon kerjasama semua graduan agar mematuhi segala peraturan yang

dinyatakan dan menerima teguran sekiranya diberi oleh mana-mana Pegawai.

12. PENGINAPAN

a) Penginapan di sepanjang konvokesyen adalah tanggungjawab graduan. Pihak Politeknik Melaka tidak menyediakan

sebarang tempat penginapan.

13. SURAT JAWAPAN KEHADIRAN

a) Surat jawapan hendaklah sampai sebelum atau pada 22 Jun 2017 dan dihantar kepada:

JAWATANKUASA JEMPUTAN GRADUAN MAJLIS KONVOKESYEN KE-16

Politeknik Melaka

No. 2, Jalan PPM 10

Plaza Pandan Malim

75250 Balai Panjang

Melaka

(U/P : Ketua Jabatan Hal Ehwal Dan Pembangunan Pelajar)

b) Surat jawapan yang diterima selepas tarikh tersebut tidak akan dilayan dan graduan berkenaan dianggap

sebagai tidak hadir konvokesyen.

Page 7: MAJLIS KONVOKESYEN KALI KE-16 - polimelaka.edu.my · Contoh Hadapan Sampul Surat Pos Express bagi Graduan yang akan hadir : iv) Graduan dikehendaki melayari laman web http//:graduat.moe.gov.my

14. HAL-HAL LAIN

a) Tiada jamuan makan disediakan kepada graduan dan ibubapa semasa hari konvokesyen.

b) Sila hubungi jika terdapat sebarang pertanyaan mengenai Majlis Konvokesyen :

Jawatankuasa Jemputan Graduan

Jabatan Hal Ehwal & Pembangunan Pelajar PMK

06-337 6054 / 6058 / 6118

Jawatankuasa Pengesanan Graduan PMK

Puan Afrezayu binti Johari

06-337 6042

Jawatankuasa Alumni PMK / Majlis Jalinan Mesra 2017

En Hafis 017-665 0018

En Shukri 016-712 2972

c) Sila rujuk halaman portal rasmi Politeknik Melaka di www.polimelaka.edu.my jika terdapat sebarang perubahan atau

makluman terkini.

“ TAHNIAH DAN SELAMAT MAJU JAYA ”

Page 8: MAJLIS KONVOKESYEN KALI KE-16 - polimelaka.edu.my · Contoh Hadapan Sampul Surat Pos Express bagi Graduan yang akan hadir : iv) Graduan dikehendaki melayari laman web http//:graduat.moe.gov.my

PERINGATAN Segala rayuan untuk mendapat kelonggaran mana-mana arahan yang telah ditetapkan TIDAK AKAN DILAYAN. Nota: 1. Sebarang pertanyaan berhubung konvokesyen adalah di talian 06-337 6054/ 6058/ 6118.

2. Waktu berurusan adalah pada HARI BEKERJA antara jam 8.30 pagi – 4.30 petang

CARTA ALIR TINDAKAN GRADUAN

HADIR KONVOKESYEN

PROSES SEBELUM MENGHADIRI ISTIADAT KONVOKESYEN

Menamatkan Pengajian

dengan Jayanya

Mendapat makluman Konvokesyen PMK ke-16 melalui

surat, Facebook dan Laman sesawang rasmi PMK

1. MEMBUAT BAYARAN berjumlah RM230.00

melalui Kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN)

dengan menggunakan slip bayaran atas nama

KOPERASI POLITEKNIK KOTA MELAKA BERHAD

2. Membuat PENGESAHAN KEHADIRAN dengan

menghantar dokumen berikut ke Jawatankuasa

Jemputan Graduan

a) Borang Jawapan Akuan Pengesahan

Kehadiran

b) Salinan resit bayaran bernilai RM230.00

c) Sampul surat pos express C5 beralamat

graduan

3. Membuat kajian pengesanan Graduan (Tracer Study) di

laman web http://graduat.mohe.gov.my .

PROSES SEMASA MENGHADIRI ISTIADAT KONVOKESYEN

Pendaftaran dan WAJIB menghadiri RAPTAI Istiadat Konvokesyen

Pendaftaran Graduan

(pada hari Istiadat Konvokesyen)

TIDAK HADIR KONVOKESYEN

PROSES YANG PERLU DILAKUKAN

Menamatkan Pengajian

dengan jayanya

Mendapat makluman Konvokesyen PMK ke-16 melalui surat, Facebook dan Laman sesawang rasmi PMK

1. MEMBUAT BAYARAN berjumlah RM148.00

melalui Kaunter Bank Simpanan Nasional

(BSN) dengan menggunakan slip bayaran atas

nama KOPERASI POLITEKNIK KOTA MELAKA

BERHAD

2. Membuat PENGESAHAN KETIDAKHADIRAN

dengan menghantar dokumen berikut ke

Jawatankuasa Jemputan Graduan

a) Borang Jawapan Akuan Pengesahan Kehadiran

b) Salinan resit bayaran bernilai RM148.00

3. Membuat kajian pengesanan Graduan (Tracer Study) di

laman web http://graduat.mohe.gov.my

Tamat

Istiadat Konvokesyen PMK Ke-15 Berlangsung

Pemulangan Pakaian Konvokesyen

Pengambilan Sijil Graduan

Page 9: MAJLIS KONVOKESYEN KALI KE-16 - polimelaka.edu.my · Contoh Hadapan Sampul Surat Pos Express bagi Graduan yang akan hadir : iv) Graduan dikehendaki melayari laman web http//:graduat.moe.gov.my

Borang Jawapan AKUAN PENGESAHAN KEHADIRAN BORANG US-1

ISTIADAT KONVOKESYEN KE-16, POLITEKNIK MELAKA

No. Pend : No. KP :

(Sila kembalikan surat ini kepada Urusetia dengan segera supaya sampai SEBELUM ATAU PADA 22 JUN 2017)

Nama Graduan : ………………………………………………………………………………………………………………………………………………

No. Pendaftaran Pelajar : ……………………….………………… Sesi Tamat: Dis 2015 / Jun 2016

Alamat : ……………………………………………………………………………………..…………………………………………………………………

……………………………………........................................ No. Telefon : ……………………………………………………

Tarikh : …………………………………………

JAWATANKUASA JEMPUTAN GRADUAN MAJLIS KONVOKESYEN KE-16

POLITEKNIK MELAKA

NO. 2, JALAN PPM 10

PLAZA PANDAN MALIM

75250 BALAI PANJANG

MELAKA

(U/P : KETUA JABATAN HAL EHWAL DAN PEMBANGUNAN PELAJAR) No. Telefon : 06-337 6054 / 6058 / 6118

ISTIADAT KONVOKESYEN POLITEKNIK MELAKA KALI KE-16

Saya HADIR ke majlis tersebut di atas dan upacara raptai seperti yang

ditetapkan.

2. Sila tandakan (√) / lengkapkan maklumat di bawah:

Semasa Majlis Konvokesyen saya akan hadir bersama tetamu seramai :

(a) Seorang Jemputan ( )

(b) Dua orang Jemputan ( )

Saiz jubah : ……………..

3. Bersama-sama ini disertakan :

(a) No.Resit BSN ……………………. bernilai RM230.00

0410041000152319 , Bank Simpanan Nasional (BSN)

Koperasi Politeknik Kota Melaka Berhad

IKRAR

a) Saya faham bahawa segala bayaran yang dibuat tidak akan dikembalikan

jika saya menarik diri atas apa jua pun alasan .

b) Saya faham bahawa saya tidak akan dibenarkan menyertai Majlis

Konvokesyen ini jika saya tidak mengikut peraturan berpakaian

sepertimana yang telah ditetapkan oleh Jawatankuasa Konvokesyen.

c) Saya faham bahawa saya tidak akan dibenarkan menyertai Majlis

konvokesyen jika saya tidak melaporkan diri saya semasa Hari Raptai

pada Jumaat ,11 Ogos 2017, jam 10.00 pagi di tempat yang telah

ditetapkan.

…………………………………………

(Tandatangan)

Saya TIDAK HADIR ke majlis tersebut di atas.

2. Bersama-sama ini disertakan :

(a). No.Resit BSN ……………………. bernilai RM148.00

0410041000152319 , Bank Simpanan Nasional (BSN)

Koperasi Politeknik Kota Melaka Berhad

3. Sijil / Diploma saya mohon diposkan ke alamat seperti berikut ;

…………………………………………………………………………………

…………………………………………………………………………………

…………………………………………………………………………………

………………………………………………………………………………..

Poskod : …………………………….

…………………………………………

(Tandatangan)

Page 10: MAJLIS KONVOKESYEN KALI KE-16 - polimelaka.edu.my · Contoh Hadapan Sampul Surat Pos Express bagi Graduan yang akan hadir : iv) Graduan dikehendaki melayari laman web http//:graduat.moe.gov.my
Page 11: MAJLIS KONVOKESYEN KALI KE-16 - polimelaka.edu.my · Contoh Hadapan Sampul Surat Pos Express bagi Graduan yang akan hadir : iv) Graduan dikehendaki melayari laman web http//:graduat.moe.gov.my
Page 12: MAJLIS KONVOKESYEN KALI KE-16 - polimelaka.edu.my · Contoh Hadapan Sampul Surat Pos Express bagi Graduan yang akan hadir : iv) Graduan dikehendaki melayari laman web http//:graduat.moe.gov.my
Page 13: MAJLIS KONVOKESYEN KALI KE-16 - polimelaka.edu.my · Contoh Hadapan Sampul Surat Pos Express bagi Graduan yang akan hadir : iv) Graduan dikehendaki melayari laman web http//:graduat.moe.gov.my
Page 14: MAJLIS KONVOKESYEN KALI KE-16 - polimelaka.edu.my · Contoh Hadapan Sampul Surat Pos Express bagi Graduan yang akan hadir : iv) Graduan dikehendaki melayari laman web http//:graduat.moe.gov.my