pemuliharaan bangunan bersejarah kubu alice bali … bangunan bersejarah kub… · atau kepentingan...

24
PEMULIHARAAN BANGUNAN BERSEJARAH "KUBU ALICE" BALI MENYOKONG INDUSTRI PELANCONGAN WARISAN. Louiziana Ak Richard Sarjana Muda Seni Gunaan dengan Kepujian (Pengurusan Seni) 2012

Upload: others

Post on 27-Oct-2020

28 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: PEMULIHARAAN BANGUNAN BERSEJARAH KUBU ALICE BALI … bangunan bersejarah Kub… · atau kepentingan seperti termaktub di dalam AKTA RAHSIA 1972) ... Begitu juga kepada keluarga saya

PEMULIHARAAN BANGUNAN BERSEJARAH "KUBU ALICE" BALI MENYOKONG INDUSTRI PELANCONGAN WARISAN.

Louiziana Ak Richard

Sarjana Muda Seni Gunaan dengan Kepujian (Pengurusan Seni)

2012

Page 2: PEMULIHARAAN BANGUNAN BERSEJARAH KUBU ALICE BALI … bangunan bersejarah Kub… · atau kepentingan seperti termaktub di dalam AKTA RAHSIA 1972) ... Begitu juga kepada keluarga saya

rl: saýi

/ýkpaý1aýYýiiýýi/, MALAYSIA '

- ..... U: OIw" sýýrfýfý/ýSIA &AJ"wAK

PEMULIHARAAN BANGUNAN BERSEJARAH "KUBU ALICE" BAGI MENYOKONG INDUSTRI PELANCONGAN WARISAN.

LOUIZIANA AK RICHARD

Projek ini merupakan salah satu keperluan untuk Ijazah Saijana Muda Seni Gunaan dengan Kepujian

( Pengurusan Seni )

Fakulti Seni Gunaan dan Kreatif Universiti Malaysia Sarawak

2012i

Page 3: PEMULIHARAAN BANGUNAN BERSEJARAH KUBU ALICE BALI … bangunan bersejarah Kub… · atau kepentingan seperti termaktub di dalam AKTA RAHSIA 1972) ... Begitu juga kepada keluarga saya

UNIVERSITI MALAYSIA SARAWAK

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS/LAPORAN

JUDUL: PEMULIHARAAN BANGUNAN BERSEJARAH "KUBU ALICE" BAGI MENYOKONG INDUSTRI PELANCONGAN WARISAN.

SESI PENGAJIAN : 2009/2012

Saya LOUIZIANA AK RICHARD

mengaku membenarkan tesis/ Laporan * ini disimpan di Pusat Khidmat Maklumat

Akadernik, Universiti Malaysia Sarawak dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut:

1. Tesis/ Laporan adalah hakrnilik Universiti Malaysia Sarawak

2. Pusat Khidmat Maklumat Akademik, Universiti Malaysia Sarawak dibenarkan

membuat salinan untuk tujuan pengajian sahaja 3. Pusat Khidmat Maklurnat Akademik, Universiti Malaysia Sarawak dibenarkan

membuat pengdigitan untuk membangunkan Pangkalan Data Kandungan Tempatan

4. Pusat Khidniat Maklumat Akademik, Universiti Malaysia Sarawak dibenarkan

membuat salinan tesis/ laporan ini sebagai bahan pertukaran antara institusi

pengajian tinggi E6 5. *sila tandakan

ý

Tarikh

SULIT

TERHAD

TIDAK TERHAD

kiý datangan Penulis

: lo' o1J? -() I IAlamat Tetap: Lubok Antu, Sri aman, Sarawak.

(mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau kepentingan seperti termaktub di dalam AKTA RAHSIA 1972) (mengandungi maklumat Terhad yang telah ditentukan oleh Organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan)

Disahkan

1(, 144AAý

Tandatangan Pe yelia

Tarikh: i 0 r 9101Z

Catatan: * Tesiti% Laporan dirnaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah, Sarjana Muda * Jika Tesiti' Laporan SULIT atau TERHAD, sila lanipirkan surat daripada pihak berkuasa/

organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis/ laporan ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD

11

Page 4: PEMULIHARAAN BANGUNAN BERSEJARAH KUBU ALICE BALI … bangunan bersejarah Kub… · atau kepentingan seperti termaktub di dalam AKTA RAHSIA 1972) ... Begitu juga kepada keluarga saya

Projek yang bertajuk `Pemuliharaan Bangunan Bersejarah "Kubu Alice" Bagi Menyokong

Industri Pelancongan Warisan. ' ini telah disediakan oleh Louiziana Ak Richard dan telah di

serahkan kepada Fakulti Seni Gunaan dan Kreatif sebagai memenuhi syarat untuk Ijazah

Saijana Muda Seni Gunaan dengan Kepujian dalam program Pengurusan Seni.

Diterima unt4 diperiksa oleh:ý

Dr. Noria Tugang

Tarikh: q `Z 111 2-

iii

Page 5: PEMULIHARAAN BANGUNAN BERSEJARAH KUBU ALICE BALI … bangunan bersejarah Kub… · atau kepentingan seperti termaktub di dalam AKTA RAHSIA 1972) ... Begitu juga kepada keluarga saya

PENGAKUAN

Penulis mengakui bahawa tidak terdapat bahagian penyelidikan, dihasilkan atau dilaporkan

dalam tesis ini yang telah digunakan sebagai bahan sokongan untuk suatu ijazah atau kelulusan sama ada kepada universiti ini atau institusi pengajian tinggi lain.

1

(LOUIZ NA AK RICHARD)

No Matrik : 23908

iv

Page 6: PEMULIHARAAN BANGUNAN BERSEJARAH KUBU ALICE BALI … bangunan bersejarah Kub… · atau kepentingan seperti termaktub di dalam AKTA RAHSIA 1972) ... Begitu juga kepada keluarga saya

PENGHARGAAN

Ribuan Terima Kasih, dan bersyukur kepada tuhan, di atas segala anugerah dan

kurnia yang telah diberikan kepada saya. Di atas segala kekuatan, dan usaha saya untuk

niemajukan diri dalam hidup. Bersyukur juga kepada tuhan, kerana dalam usaha saya

untuk menyiapkan tesis ini, walau terpaksa menghadapi banyak cabaran dan dugaan,

akhirnya saya berjaya menyiapkan segala tugasan yang telah diamanahkan kepada saya.

Terima kasih juga saya ucapkan kepada Dr. Noria Tugang penyelia saya, kerana

dalam usaha beliau mendidik dan memberi bimbingan kepada saya beliau begitu tekun,

teguh, tabah, dan gigih, dalam usaha membantu saya untuk menyempurnakan dan

menyiapkan tugasan saya. Begitu juga kepada keluarga saya yang telah banyak memberi

dorongan dan sokongan. Terutamanya dalam membimbing dan membantu dalam

kewangan.

Saya juga mengucapkan ribuan terima kasih kepada rakan-rakan seperjuangan

yang telah membimbing dan membantu dalam menasihati dan menguatkan saya

sepanjang membuat tesis Mi. Ribuan terima kasih saya ucapkan kepada mereka.

V

Page 7: PEMULIHARAAN BANGUNAN BERSEJARAH KUBU ALICE BALI … bangunan bersejarah Kub… · atau kepentingan seperti termaktub di dalam AKTA RAHSIA 1972) ... Begitu juga kepada keluarga saya

Abstrak

Penyelidikan ini merupakan satu kajian bagi mengetahui perancangan

awal pemuliharaan terhadap bangunan bersejarah Kubu Alice, Sri Aman dalam

menyokong industri pelancongan warisan. Kajian ini bertujuan untuk

mengenalpasti pihak yang terlibat dalam rancangan pemuliharaan dan

pembangunan Kubu Alice oleh kerajaan negeri dalam rancangan Malaysia ke-

10. Disamping itu, kajian ini turut mengupas strategi pemuliharaan dari segi

rekabentuk dan kosmembaikpulih Kubu Alice sepanjang proses pemuliharaan

dilakukan dalam tempoh masa yang telah ditetapkan. Dapatan yang

diperolehimenunjukan bahawa faktor kewangan menyebabkan Kubu Alice

dahulunya dipinggirkan tanpa sebarang pemuliharaan sebelum adanya rancangan

pemuliharaan oleh kerajaan negeri selaras dengan Rancangan Malaysia Ke-10.

VI

Page 8: PEMULIHARAAN BANGUNAN BERSEJARAH KUBU ALICE BALI … bangunan bersejarah Kub… · atau kepentingan seperti termaktub di dalam AKTA RAHSIA 1972) ... Begitu juga kepada keluarga saya

Abstract

This research is a study to determine the conservation plan of a historical architecture

named Alice 's Fort in Sri Aman Sarawak. The research is being done in order to support

Malaysian heritage tourism industry. The purpose of this research is to identify the parties

involved in Alice's Fort conservation plan. This conservation plan was done by the

government based in Tenth Malaysian Plan (Rancangan Malaysia ke-10). In addition, the

research is to analyze the conservation strategy from the side of financial factor- and the

design itself by means of specified time period. The outcome of this research shows that

financial . /actor is extremely influenced the state of the building which was left behind and

rotted in time without any conservations work. Thanks to Malaysian government who carne

out with superior plan to conserve the historical structure. The conservation plan moreover

consistent to the Tenth Malaysian Plan which has been made to lead Malaysia to be a well-

develop country in five years to come.

vii

Page 9: PEMULIHARAAN BANGUNAN BERSEJARAH KUBU ALICE BALI … bangunan bersejarah Kub… · atau kepentingan seperti termaktub di dalam AKTA RAHSIA 1972) ... Begitu juga kepada keluarga saya

Pusat Khidmat Maklugat AicaOm& UNNER. S"'! 'i MALAYSIA SARAvvAK

ISI KANDUNGAN

Halarnan Tajuk

Pengesahan dan Tandatangan Penyelia

Pengakuan Pelajar

Penghargaan

Abstrak

Abstract

Isi kandungan

BAB I PENDAHULUAN

1.0 Pengenalan

1.1 Definisi Latar Belakang Kajian

1. 1.0 Pemuliharaan Bangunan Bersejarah

1.1.1 Sejarah Bangunan Kubu Alice

1. 1.2 Bangunan Warisan

1.1.3 Pelancongan

1.2 Penyataan Masalah

1.3 Objektif Kajian

1.4 Soalan Kajian

1.5 Hipotesis

1.6 Skop Kajian

1.8 Kepentingan Kajian

1.9 Rumusan

1

11-111

iv

V

vi-

vii

viii- x

1-2

3-5

6-11

12-13

14-20

21

22

22

23-24

27

20-31

viii

Page 10: PEMULIHARAAN BANGUNAN BERSEJARAH KUBU ALICE BALI … bangunan bersejarah Kub… · atau kepentingan seperti termaktub di dalam AKTA RAHSIA 1972) ... Begitu juga kepada keluarga saya

BAB 2 SOROTAN KESUSASTERAAN

2.0 Pengenalan

2.1 Sorotan Kesusasteraan

2.3 Rurnusan

BAB 3 METODOLOGI KAJIAN

3.0 Pengenalan

3.1 Reka Bentuk Kajian/ Sumber Data

3.2 Data Primer

3.2.0 Kaedah Kualitatif

I. Temubual Secara Lansung Dengan Informer ii. Pemerhatian

3.3 Data Sekunder

3.4 Populasi Kajian

3.5 Persampelan

3.6 Instrument Kajian

3.7 Pengumpulan Data

3.7.1 Analisa Dokumen

3.8 Kebolehpercayaan dan Analisa Data

3.9 Kesimpulan

32

33-48

49

50

51

51

52-54 53

54

55

55

56-59

59

60

60

ix

Page 11: PEMULIHARAAN BANGUNAN BERSEJARAH KUBU ALICE BALI … bangunan bersejarah Kub… · atau kepentingan seperti termaktub di dalam AKTA RAHSIA 1972) ... Begitu juga kepada keluarga saya

BAB 4 ANALISA DATA DAN DAPATAN KAJIAN

4.0 Pengenalan 60

4.1 Analisa Data 61

4. 1.0 Analisa Borang Soal Selidik 62-94

4. 1.1 Soalan Subjektif 95-96

4.2 Analisa Temuramah 97

4.2.1 Analisa Temuramah Pegawai Pejabat Residen Bahagian Sri Aman 97-98

4.2.2 Analisa Temuramah Pegawai Jabatan Muzium Negeri Sarawak 99-100

4.3 Analisa Dapatan Keseluruhan 101-102

4.4 Rumusan 103

BAB 5 RUMUSAN DAN CADANGAN

5.1 Pengenalan 104

5.2 Kesimpulan 105

5.3 Cadangan 105-106

Bibiliograti 107-109

Lampiran A Gambar Bangunan Bersejarah Kubu Alice 110-112

Lampiran B Borang Kaji Selidik 113-119

Lampiran C Sampel Soalan Temuramah Terhadap Responden 119

X

Page 12: PEMULIHARAAN BANGUNAN BERSEJARAH KUBU ALICE BALI … bangunan bersejarah Kub… · atau kepentingan seperti termaktub di dalam AKTA RAHSIA 1972) ... Begitu juga kepada keluarga saya

BAB 1

PENDAHULUAN

1.0 PENGENALAN

Dalam menyusuri kemajuan globalisasi, Malaysia juga tidak ketinggalan untuk

bersaing maju bagi meningkatkan pembangunan yang kian pesat selain dari menjadi

sebuah negara merdeka dan aman. Namun demikian, Malaysia juga tidak terkecuali

daripada menjadi tanah jajahan kepada Negara-negara Barat semasa era penjajahan

kolonial terdahulu. Berdasarkan sejarah negara Malaysia sebelum mencapai

kemerdekaan, terdapat beberapa buah negeri yang sering menjadi tarikan kepada

penjajah Barat. Antaranya adalah negeri Melaka atau dikenali sebagai Tanah Melayu

setelah penjajahan Portugis. Pada tahun 1511 Melaka telah jatuh ke tangan Portugis, dan

pada tahun 1641 Tanah Melayu telah jatuh ke tangan Belanda kemudiannya pula jatuh ke

tangan British pada tahun 1824 melalui perjanjian Inggeris-Belanda. Kesan daripada

jajahan tersebut terdapat beberapa kubu pertahanan telah dibina dan kini telah menjadi

bangunan bersejarah bagi negara Malaysia. Kota A Famosa merupakan bangunan

bersejarah yang paling ketara serta meninggalkan kesan yang amat mendalam kepada

sejarah Malaysia.

Selain daripada itu, Sarawak juga tidak terkecuali daripada menjadi tanah jajahan

sernasa era penjajahan Barat. Menurut sumber sejarah, sarawak telah dijajah sepenuhnya

oleh keluarga Brooke selama 100 tahun dari tahun 1841 hingga tahun 1941. Sepanjang

tempoh penjajahan tersebut Sarawak telah dibahagikan kepada tiga bahagian pentadbiran

iaitu bahagian pertama Kuching, bahagian kedua Sri Aman dan bahagian ketiga pula

adalah Sibu.

1

Page 13: PEMULIHARAAN BANGUNAN BERSEJARAH KUBU ALICE BALI … bangunan bersejarah Kub… · atau kepentingan seperti termaktub di dalam AKTA RAHSIA 1972) ... Begitu juga kepada keluarga saya

Disamping itu, bagi mengukuhkan lagi kedudukan pentadbiran keluarga Brooke

kubu-kubu telah dibina di tebing-tebing sungai yang strategik. Antaranya adalah Kubu

James atau kini lebih dikenali dengan nama "Kubu Alice" yang telah dibina sepenuhnya

di Sri Aman pada tahun 1864. Namun demikian, kesan daripada peredaran waktu serta

perkembangan kemajuan yang begitu pesat, peminggiran terhadap bangunan-bangunan

bersejarah seperti "Kubu Alice" amat ketara sekali terutamanya apabila pemuliharaan

dan penyelenggaraan semula bangunan tersebut kurang diberi perhatian oleh pihak-pihak

yang berkenaan serta penduduk setempat. Jika dilihat dari luar keadaan struktur

bangunan "Kubu Alice" kelihatan sangat usang tanpa sebarang pengubahsuaian serta

aktiviti pemuliharaan dilakukan. Keadaan tersebut membuktikan bahawa bengunan

tersebut dipinggirkan walaupun pernah menjadi tempat bersejarah bagi negeri Sarawak

semasa pemerintahan keluarga Brooke. Berdasarkan maklumat yang diperolehi dari blog

Dr. Kamarul Syahril Bin Kamal (2007), beliau menyatakan mengenai pendapat pihak

UNESCO 1972 semasa persidangan Warisan Dunia yang menyebut bahawa antara

warisan yang paling mudah pupus dan memerlukan pemuliharaan adalah bangunan-

bangunan bersejarah yang terdapat di Malaysia. Oleh itu antara langkah mahupun

tindakan yang perlu diambil bagi mengelakkan sebarang kepupusan dan peminggiran

berlaku adalah dengan membuat pemuliharaan terhadap bangunan yang sedia ada

walaupun kos pembinaan semula bangunan bersejarah memerlukan peruntukan yang

amat tinggi. Misalnya peruntukkan terhadap pemuliharaan Kubu Alice yang memerlukan

kos sebanyak 5 juta dalam tempoh masa 5 tahun. Dengan adanya pemuliharaan yang

dilakukan, Kubu Alice mampu menjadi salah satu produk industri yang boleh

menyokong industri pelancongan warisan Negara.

I (Sumber: Pcjahat Rcsidcn E3ahagian Sri Aman)

(Sumhrr: Iittp: '

2

Page 14: PEMULIHARAAN BANGUNAN BERSEJARAH KUBU ALICE BALI … bangunan bersejarah Kub… · atau kepentingan seperti termaktub di dalam AKTA RAHSIA 1972) ... Begitu juga kepada keluarga saya

1.1 DEFINISI LATAR BELAKANG KAJIAN

1.1.0 PEMULIHARAAN BANGUNAN BERSEJARAH

Di Malaysia terdapat banyak bangunan bersejarah yang mempunyai sejarah

pembinaan tersendiri. Rancangan pemuliharaan bangunan bersejarah haruslah

dititikberatkan walaupun tindakan pemuliharaan Bangunan bersejarah merupakan satu

bidang yang masih baru di Malaysia dan paling banyak didominasi oleh negara-negara di

Eropah terutamanya Britain. Selain daripada itu, kebanyakan bangunan bersejarah di

Malaysia mempunyai nostalgia-nostalgia yang tersirat serta mendorong para pengkaji

masa kini mencuba untuk merungkai sejarah disebalik tersergamnya bangunan-bangunan

bersejarah yang masih ada hingga hari ini. Bangunan merupakan sebahagian daripada

warisan kita apatah lagi jika bangunan tersebut mempunyai sejarahnya tersendiri.

Oleh itu, sudah pasti disebalik tersergamnya sesebuah bangunan menyimpan

maksud yang tersirat dari segi pernikiran, falsafah, nilai kecantikan, dan budaya pereka

dan identiti tertentu pemilik bangunan .

Sebagai contoh bangunan Kubu Alice, dibina

semasa era penjajahan kolonial British iaitu semasa zaman pemerintahan keluarga

Brooke. Tindakan pemuliharaan bangunan Kubu Alice mampu mengembalikan

nostalgia yang pernah terjadi di bangunan Kubu Alice, kawasan persekitarannya

mahupun negara.

'(Sumber: httr: '/huildingcunser\, ation. hlugspot. cum/2010/(>4/pengenalan-kepada-pemuliharaan-bangunan. html)

3

Page 15: PEMULIHARAAN BANGUNAN BERSEJARAH KUBU ALICE BALI … bangunan bersejarah Kub… · atau kepentingan seperti termaktub di dalam AKTA RAHSIA 1972) ... Begitu juga kepada keluarga saya

Berdasarkan pernahaman pengkaji sendiri pemuliharaan bangunan bermaksud

satu tindakan pemulihan terhadap struktur serta fungsi-fungsi sesebuah bangunan tanpa

mengubah keadaan asal khazanah-khazanah Negara kepada keadaan yang lebih baik agar

tinggalan lama terdahulu tidak pupus ditelan zaman tetapi tetap gagah dan dijaga di

bawah akta-akta penjagaan khazanah-khazanah lama. Menurut Dr. A. Ghafar Ahmad, 19

hingga 22 Disember 1994 dalam Bengkel Menangani Masalah Pemuliharaan Bangunan

Lama Di Malaysia, pemuliharaan bangunan bermaksud proses memelihara dan membaiki

harta dan warisan lamayang mempunyai nilai-nilai seni bina serta sejarah penubuhan

bangunan bersejarah melalui kerja-kerja penyelenggaraan dan pembaharuan. Oleh itu,

tindakan pemulihan terhadap bangunan "Kubu Alice" haruslah dilakukan demi menjaga

kualiti struktur serta nilai-nilai seni binaan yang masih terdapat pada bangunan tersebut.

Selain daripada itu, mengikut definisi yang diberikan oleh Fielden 2000,

pemuliharaan bangunan adalah satu langkah yang diambil bagi menghalang sebarang

kerosakan pada struktur asal dan nilai-nilai seni pada bahagian-bahagian bangunan

tertentu. Menurut Fielden lagi, proses pemuliharaan bangunan yang dimaksudkan turut

merangkumi semua langkah yang dapat memanjangkan hayat warisan budaya dan

warisan semulajadi bangunan bersejarah. Proses pemuliharaan sedemikian dilakukan

adalah bertujuan untuk melanjutkan usia dan mengekalkan keadaan "Kubu Alice"

sebagai harta warisan negara.

Dalam kenyataan Piagam Burra 1981 pula, telah mendefinasikan pemuliharaan

sebagai segala proses untuk mengawasi sesuatu tempat supaya dapat mengekalkan

kepentingan kebudayaan seperti keadaan sediakala. Hal ini termasuklah kombinasi

4

Page 16: PEMULIHARAAN BANGUNAN BERSEJARAH KUBU ALICE BALI … bangunan bersejarah Kub… · atau kepentingan seperti termaktub di dalam AKTA RAHSIA 1972) ... Begitu juga kepada keluarga saya

Pucat Kdidiuat Makluawt Akydrmik CINYVr. RSTTI MALAYSIA SARAWAK

pemuliharaan, pembaikan, dan pembinaan semula malahan penyesuaian lebih daripada

salah satu kombinasi digunakan. Ekoran daripada itu, kerja pemuliharaan yang dilakukan

perlulah menggunakan kaedah mengekalkan senibina dan bahan binaan yang sama atau

hampir sama dengan binaan asal. Selain itu, penekanan terhadap rekabentuk senibina

iaitu rupa bentuk yang terawal atau mula-mula ia dibina perlu diberi penekanan. Oleh hal

yang demikian, pemuliharaan bangunan bersejarah penting kerana bangunan bersejarah

kebiasaannya akan melambangkan identiti masyarakat dan warisan dalam masyarakat

disamping sebagai bukti sejarah masa lalu yang merupakan aset penting kepada negara.

Oleh itu, seperti yang sedia maklum, semakin tua umur sesebuah bangunan, semakin

tinggi nilai bangunan tersebut.

4 ( Sumher: httn''buildin.,,, cunservitiun hhoýzsput a>m-2O0R, '12ltxmuliharaan-dan-penyesuaiguunaan-semula. html)

5

Page 17: PEMULIHARAAN BANGUNAN BERSEJARAH KUBU ALICE BALI … bangunan bersejarah Kub… · atau kepentingan seperti termaktub di dalam AKTA RAHSIA 1972) ... Begitu juga kepada keluarga saya

1.1.1 SEJARAH BANGUNAN "KUBU ALICE"

Lokasi Kubu Alice

Karnpurig Hilir

ýý

ýJo1an Amons

lom,, goümbamp

man 3ne

02012 Goople

ý

ý-0 14"V

-0011" 4jAae

Z"Oex

. 1ý90Rajah 1.1 : Peta Lokasi utama kajian Kubu Alice

(Sumber: Laman sesawang, Google, 2012)

Sn Aman

Kt

ý40-&0.

KampungM To ý =%Y2012

Sebelum kajian dijalankan dengan lebih terperinci, pengkaji terlebih dahulu mengkaji

mengenai sejarah penubuhan Kubu Alice. Kubu Alice mempunyai sejarah pembinaannya

tersendiri dan telah banyak mencipta nostalgia sepanjang zaman Penjajahan Keluarga

Brooke. Secara iizikal Kubu Alice merupakan sebuah bangunan yang bertingkat dua dan

berbentuk segi empat. Saiz bangunan Kubu Alice adalah lebih kurang 67rn panjang dan

60m lebar. Semasa zarnan pemerintahan keluarga Brooke Kubu Alice dahulunya dicat

dengan warna putih dan dibina dengan sepenuhnya dengan kayu belian manakala di

bahagian belakang bangunan Kubu Alice terdapat sebuah tanah lapang yang mengarah ke

Sungai Batang Lupar, Sri Aman.

Sumber: Pcjahat Rcsidcn Bahagian Sri Aman)

ý (http:; 2hlucti>h. hl ýx t. r nn2III2,0I/ICuhu-allcc. ht711I)

116Pit

Q- ý Pekan

Sri Aman

6

Page 18: PEMULIHARAAN BANGUNAN BERSEJARAH KUBU ALICE BALI … bangunan bersejarah Kub… · atau kepentingan seperti termaktub di dalam AKTA RAHSIA 1972) ... Begitu juga kepada keluarga saya

Menurut sumber sejarah yang telah dinyatakan di dalam laman web Pejabat Residen

Sri Aman, Kerajaan Brooke telah memerintah Sarawak selama 100 tahun dari 1841

hingga 1941. Bagi mengelakkan keadaan huru-hara akibat perang yang berleluasa di

Sarawak, Rajah Charles Brooke, pada 1 Jun 1873 telah membentuk tiga bahagian

pentadbiran iaitu Bahagian Pertama (sekarang dikenali sebagai Bahagian Kuching),

Bahagian Kedua (Sri Aman) dan Bahagian Ketiga (Sibu). Pada masa yang sama

Pentadbiran setiap Bahagian diketuai oleh seorang Residen sebagai wakil Rajah dan

kemudianya dibantu oleh pegawai-pegawai daerah di peringkat daerah.

Di samping itu, untuk mengukuhkan lagi kuasa pentadbiran di Sarawak, kerajaan

Brooke telah membina kubu-kubu di tebing-tebing sungai yang strategik bagi

memudahkan pemantauan terhadap keadaan sekeliling dilakukan. Oleh itu, pada tahun

1849, Kubu James sempena nama Rajah Sarawak yang pertama iaitu Sir James Brooke

telah didirikan di Skrang, kira-kira lima batu ke hulu Sungai Batang Lupar. Kubu James

telah dibina selepas peperangan Beting Maru pada 31.7.1849. Namun begitu disebabkan

keadaan tanah yang terlalu rendah menyebabkan berlakunya masalah banjir di sekitar

Kuhu didirikan. Menurut sejarah penjajahan di bahagian Sri Aman, Sekitar tahun 1864,

Kuhu James telah dirobohkan clan kebanyakan bahan-bahan yang terdapat pada Kubu

James telah dipindahkan ke Simanggang (Sri Aman).

(Sumhrr: htt1,: \\ww. sriamanru. sarawak. go\. my/)

I ( Sumbcr: Buku " Sri Aman Mangsang Maju, 2010)

7

Page 19: PEMULIHARAAN BANGUNAN BERSEJARAH KUBU ALICE BALI … bangunan bersejarah Kub… · atau kepentingan seperti termaktub di dalam AKTA RAHSIA 1972) ... Begitu juga kepada keluarga saya

Menurut catatan pada buku "Sri Aman Mangsang Maju" 2010, pada tahun 1864

Kubu Alice telah dibina semula di Simanggang (Sri Aman) dan kekal tidak bernama

untuk beberapa tahun sehingga ketibaan Permaisuri Margaret Alice di Sarawak pada

tahun 1870 dan akhirnya kubu tersebut telah diberi nama "Kubu Alice", sempena nama

permaisuri kedua. Tujuan pembinaan Kubu Alice di Simanggang (Sri Aman) adalah

untuk mengawal pergerakan suku kaum sungai Skrang dan Batang Ai. Selain itu, dengan

kewujudan "Kubu Alice" di Simanggang (Sri Aman), turut dapat melancar ekspedisi

yang lebih berkesan semasa pemerintahan Brooke terhadap pemberontak-pemberontak

Than di Ulu Batang Ai. Antara ekspedisi yang penting yang dilancarkan pada tahun-tahun

berikutnya ialah Ekspedisi Ulu Ai Pertama pada Oktober 1875, Ekspedisi Ulu Ai Kedua

(Disember 1875), Ekspendisi Kolera, Delok (9 Jun 1902), Ekspedisi Menyebat dan

Engkari (4 Oktober 1902), Ekspendisi Ulu Ai, Pau (8 November 1902), Ekspedisi

Menentang Delok (1 September 1908) dan ekspedisi terakhir sekali ialah Ekspedisi Ke

Delok dan Jengin (2 November 1915).

(Sumber: Pejabat Residen Bahagian Sri Aman)

Ekoran daripada itu, penubuhan Kubu dan pemerintahan Brooke di Simanggang (Sri

Aman) sangat berkesan dan berjaya menamatkan peperangan serta menjadi satu pusat kuasa

yang penting bagi Rajah mengenakan kuasanya ke atas pemberontak suku kaum untuk

tunduk dan menerima pentadbirannya. Bagi menandakan berakhirnya perang suku kaum,

satu Majlis Perdamaian diadakan. Kesan daripada penjajahan Brooke Perjanjian Damai

Dayak yang bersejarah telah diadakan di Sirnanggang pada 4 Ogos 1920 dan juga pada 1

Februari 1924 manakala pada 1 Jun 1873 sistern pentadbiran Residen di Bahagian Sri

8

Page 20: PEMULIHARAAN BANGUNAN BERSEJARAH KUBU ALICE BALI … bangunan bersejarah Kub… · atau kepentingan seperti termaktub di dalam AKTA RAHSIA 1972) ... Begitu juga kepada keluarga saya

Aman telah ditubuhkan diikuti dengan penubuhan serta penempatan Pegawai-Pegawai di

Daerah Simanggang.

Selain itu, pada 21 Oktober 1973, perubahan nama asal Simanggang ditukar kepada

Sri Arnan selepas berlakunya Perjanjian Keamanan di antara Kerajaan Negeri Sarawak

dengan pengganas komunis. Menurut sumber penukaran nama tersebut dikuatkuasa

melalui Swk. L. N. 42/80 of Part II of Sarawak Government Gazette di bawah tajuk

Simanggang (Change of Name) pada tahun 1980. Dari segi pentadbiranb pula, empat

Pejabat Daerah telah ditubuh iaitu Pejabat Daerah Sri Aman, Pejabat Daerah Lubok

Antu, Pejabat Daerah Betong dan Pejabat Daerah Saratok termasuk sembilan Pejabat

Daerah Kecil iaitu Pejabat Daerah Kecil Lingga, Pejabat Daerah Kecil Pantu, Engkilili,

Pejabat Daerah Kecil Maludam, Pejabat Daerah Kecil Debak, Pejabat Daerah Kecil

Spaoh, Pejabat Daerah Kecil Pusa, Pejabat Daerah Kecil Roban dan Pejabat Daerah

Kecil Kabong.

Kesan daripada Perang Dunia Kedua, Sarawak telah menjadi sebuah koloni

Empayar Inggeris kerana kebanyakan pegawai yang berkuasa pada masa tersebut adalah

pegawai Inggeris yang telah dihantar ke Sarawak untuk bertugas sebagai Residen dan

Pegawai Daerah. Namun demikian Pemimpin masyarakat tempatan tetap diberi peluang

untuk mentadbir negeri sendiri, mereka daripada keluarga berada dilantiK sebagai

Pegawai Bumiputera (Native Officers). Pada tahun 16 September 1963 Sarawak

mencapai kemerdekaan melalui pembentukan Persekutuan Malaysia manakala Kerajaan

Negeri Sarawak terus mengekalkan sistem pentabiran Bahagian. Setelah perubahan demi

perubahan yang dilakukan, Pejabat Residen mengosongkan Kubu Alice dan berpindah ke

9

Page 21: PEMULIHARAAN BANGUNAN BERSEJARAH KUBU ALICE BALI … bangunan bersejarah Kub… · atau kepentingan seperti termaktub di dalam AKTA RAHSIA 1972) ... Begitu juga kepada keluarga saya

kawasan bersebelahan di hadapan Kubu Alice. Pada tahun 1 Mac 1971 Pejabat Residen

kemudiannya berpindah ke komplek Kerajaan Negeri di tingkat dua dan tiga. Jabatan-

jabatan lain pula di tempatkan di bangunan berkenaan. Antaranya adalah Mahkamah

Persekutuan di tingkat bawah dan Perbadanan Negeri di tingkat satu.

( Sumber: Portal Rasmi Pejabat Residen Bahagian Sri Aman)

2m 1 ,

KtTBtTALICE

Nti: 4RIS4N KETARA SEJARAH ZAnIAN PENJAJAHAN KELLTARGA

BROOKE

AW

SG. BATANG LL1P_aR

SRI x111 -AN/SIAI ANGGA

NG

Rajah 1.2: Kuhn Alice Melambangkan Sejarah Penjajahan Keluarga Brooke di Sri

Arran, Sarawak.

, ' (Sumhrr: htm: -ýýýý w. snamanm. s: ýrawak. ný t. ý. t»yý )

(Sumber: Kerja Lapangan Pengkaji)

10

Page 22: PEMULIHARAAN BANGUNAN BERSEJARAH KUBU ALICE BALI … bangunan bersejarah Kub… · atau kepentingan seperti termaktub di dalam AKTA RAHSIA 1972) ... Begitu juga kepada keluarga saya

Populasi Penduduk Mengikut Kumpulan Etnik - SARAWAK

Rajah 1.3 : Populasi Peratus Penduduk Nlengikut Kumpulan Etnik - SARANN'AK

(Sumber: Buku Tahunan Perangkaan D08)

Berdasarkan pemerhatian pengkaji baru-baru ini, keadaan Kubu Alice masih

kelihatan usang tanpa sebarang pemuliharaan dan masih lagi terletak di pekan Sri Aman

walaupun Kubu Alice telah diambil alih oleh Muzium Sarawak dan dijadikan sebagai

sebuah muzium mini.

1" (Sumhcr: Buku Pcrangkaan Tahunan DOH)

11

Page 23: PEMULIHARAAN BANGUNAN BERSEJARAH KUBU ALICE BALI … bangunan bersejarah Kub… · atau kepentingan seperti termaktub di dalam AKTA RAHSIA 1972) ... Begitu juga kepada keluarga saya

1.1.2BANGUNAN WARISAN

Setiap individu mahupun negara mempunyai warisan masing-masing malahan

tinggalan warisan yang ditinggalkan adalah berbeza mengikut jalur bangsa dan juga

agama. Warisan seperti mana yang dimaksudkan di dalam kamus Oxford adalah sesuatu

yang akan atau telah diwarisi yang mana akan melibatkan dua pihak iaitu generasi lepas

dan generasi akan datang.

Pada Persidangan Warisan Dunia UNESCO 1972 ada dinyatakan bahawa

"... warisan budaya dan alam semulajadi semakin terancam oleh kemusnahan, bukan

suhuja disehuhkun kerosakan secura tradisional, tetapi juga oleh sebab perubahan

kcaduan sosial dan ekonomi. Kemusnahun atau kehilangan budava atau alam

semulajadi ini akan mengakibatkan kepupusan warisan bagi semua bangsa di dunia... ".

Oleh hal yang sedemikian, produk warisan seperti bangunan dan monumen-monumen

yang mempunyai nilai sejarah dan senibina, tapak warisan dan juga keunikan budaya

masyarakat tempatan adalah antara warisan yang perlu dijaga oleh semua pihak.

Rancangan pemuliharaan perlu dan penting dilakukan unntuk memulihara segala warisan

yang ada hari im bagi mengelakkan kepupusan berlaku sebelum kehilangan warisan

tersebut. Kepupusan warisan merupakan sesuatu yang amat merugikan bagi generasi

masa kini, kerana warisan yang telah hilang akan hilang tanpa pengganti dan akan terus

lenyap dari dunia.

12

Page 24: PEMULIHARAAN BANGUNAN BERSEJARAH KUBU ALICE BALI … bangunan bersejarah Kub… · atau kepentingan seperti termaktub di dalam AKTA RAHSIA 1972) ... Begitu juga kepada keluarga saya

Antara langkah pemuliharaan dan penjagaan yang boleh diambil bagi melindungi

warisan bersejarah daripada pupus adalah dengan memulihara bangunan bersejarah yang

sedia ada. Kaedah penyesuaigunaan semula bangunan bersejarah juga merupakan

serampang dua mata bagi mernastikan bangunan yang dipulihara dapat digunakan dengan

sebaik-baiknya selepas pernuliharaan dilakukan. Selain itu, penyesuaigunaan semula

bangunan yang berjaya akan memberi keuntungan kepada pihak yang memuliharanya

dan ini merupakan satu bonus di dalarn kerja-kerja pemuliharaan sekaligus menyumbang

kepada ekonomi negara serta menyumbang dalam industri pelancongan warisan Negara.

Disamping itu, bangunan warisan negara juga penting dalam industri perfileman.

Hal ini kerana kebanyakan kejayaan sesebuah filem banyak bergantung kepada latar

sesebuah tempat terutamanya filem yang berunsur sejarah bagi memastikan persekitaran

yang lebih realistik dan menarik. Hal ini banyak dibuktikan oleh kebanyakan syarikat-

syarikat perfileman asing seperti filem Police Story 3, lakonan Jackie Chan yang

membuat pengambaraanndi bandar Kuala Lumpur yang berlatar belakangkan Bangunan

Mahkamah dan Stesen Kereta Api, Kuala Lumpur. Melalui filem ini Malaysia menjadi

terkenal dan dikenali di serata dunia. Selain itu, bangunan warisan bersejarah juga

memberi pengajaran kepada masyarakat masa kini mengenai peristiwa-peristiwa lampau

semasa pemerintahan Jepun yang menderitakan. Oleh itu, masyarakat akan menyedari

pahit maung yang dialami semasa perjuangan menuntut kemerdekaan. Hal im juga akan

mewujudkan rasa penghargaan dan menghargai keamanan dan kebebasan yang dinikmati

selama im.

13