bangunan bersejarah di johor-2

Upload: wa-wa-jackson-wong

Post on 28-Feb-2018

297 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

  • 7/25/2019 Bangunan Bersejarah Di Johor-2

    1/23

    PAKEJAN MAKLUMAT

    BANGUNAN BERSEJARAH

    DI JOHOR

    Disusun oleh:

    PERPUSTAKAAN NEGARA MALAYSIA

    2013

    008/2013

  • 7/25/2019 Bangunan Bersejarah Di Johor-2

    2/23

  • 7/25/2019 Bangunan Bersejarah Di Johor-2

    3/23

    BANGUNAN BERSEJARAH

    DI JOHOR

    Disusun oleh:

    PERPUSTAKAAN NEGARA MALAYSIA

    2013

  • 7/25/2019 Bangunan Bersejarah Di Johor-2

    4/23

  • 7/25/2019 Bangunan Bersejarah Di Johor-2

    5/23

    Senarai Kandungan

    1. Pengenalan

    2. Sumber Monograf

    2.1. Kesan Sejarah Dan Tempat-Tempat Menarik : Negeri Johor Darul

    Takzim

    2.2. Siri Budaya Warisan Malaysia : Seni Bina Warisan

    2.3. Siri Struktur Dan Bangunan Bersejarah : Bangunan Bersejarah Di

    Pahang Dan Johor

    3. Sumber Jurnal & Majalah

    3.1 Wanita- Banyak Yang Hendak Dilihat Bila Ke Johor

    3.2 Dewan Budaya- Johor Menggamit Pelancong

    3.3 Pelancongan Malaysia- Johor Bahru : Destinasi Membeli Belah & Rekreasi

    4. Sumber Internet

    http://www.arkib.gov.my

    http://www.islamgrid.gov.my

    http://www.johortourism.com.my

    http://www.virtualmalaysia.com

    5. Sumber Elektronik

    5.1 Sumber Utusan Malaysia

    - 214 premis diwarta sebagai bangunan warisan

    - Menara Jam tarikan Dataran Bandaraya

    - 89 bangunan diisytihar monument lama Rais

    http://www.arkib.gov.my/http://www.arkib.gov.my/http://www.islamgrid.gov.my/http://www.islamgrid.gov.my/http://www.johortourism.com.my/http://www.johortourism.com.my/http://www.virtualmalaysia.com/http://www.virtualmalaysia.com/http://www.virtualmalaysia.com/http://www.johortourism.com.my/http://www.islamgrid.gov.my/http://www.arkib.gov.my/
  • 7/25/2019 Bangunan Bersejarah Di Johor-2

    6/23

    - Johor banyak produk pelancongan

    - Seiras masjid lama di Mesir

    - 12 destinasi dipilih jadi ikon pelancongan Johor

    - Ikon pelancongan

    - Mohd. Amzar juara lukis monumen warisan sejarah Johor

    5.2 Sumber NST Emedia

    - Pulihara warisan Johor- Bangunan bersejarah destinasi pengunjung- Dedah keunikan Johor- Berusia 100 tahun- Serba selesa di Bandar raya JB

    5.3 Sumber Bernama Library & Infolink Services (BLIS)

    - Bangunan Sultan Ibrahim selamat diduduki

    - Bangunan Sultan Ibrahim Di Johor belum mohon sijil perakuan bomba

    5. Rujukan

  • 7/25/2019 Bangunan Bersejarah Di Johor-2

    7/23

  • 7/25/2019 Bangunan Bersejarah Di Johor-2

    8/23

    1

    Sejarah Penubuhan Johor

    Ditulis pada 26/11/2012 14:22:30

    Asal usul perkataan Johor diambil dari perkataan Arab Jauhar yang bermaksud

    Permata Berharga. Pengaruh Arab jelas kelihatan di mana para pedagang dari Arabtelah datang ke sini bagi menjalankan perniagaan rempah yang sememangnya terkenalpada suatu ketika dahulu. Johor juga dikenali sebagai Hujung Tanah atau Gangganuoleh orang-orang Siam yang bermaksud Batu Permata.

    Pembukaan negeri Johor bermula pada awal kurun ke-16 apabila Melaka telah ditawanoleh Portugis. Sultan Mahmud Syah yang merupakan pewaris terakhir takhta kerajaanMelaka telah melarikan diri dan membuka kerajaan Johor. Pada waktu itu, Johor telahmeluaskan empayarnya sehingga ke Riau.

    Sejarah Johor moden bermula di bawah pemerintahan Sultan Abu Bakar. Baginda telah

    ditabalkan menjadi sultan pada tahun 1866 seterusnya memegang gelaran SeriMaharaja Johor. Sultan Abu Bakar telah memperkenalkan Perlembagaan Johorseterusnya membawa perubahan dalam pentadbiran negeri Johor yang lebih efisyen.Perpindahan pusat pentadbiran kerajaan Johor di Teluk Belanga ke Tanjung Puteripada tahun 1841 memberi kesan yang positif kepada Johor terutamanya dari segipembangunan. Pembinaan bangunan kerajaan, balai polis, masjid, mahkamah danistana besar jelas membuktikan Sultan Abu Bakar berhak menerima gelaran sebagaiBapa Pembangunan Johor.

    Kini, Johor yang disempadani oleh Melaka, Pahang dan Singapura merupakan salahsebuah negeri yang pesat membangun dan maju di Malaysia.

    Asal Usul Nama Tempat

    Ditulis pada 26/11/2012 14:23:20

    Wujudnya nama sesuatu tempat bergantung kepada beberapa sebab. Adan yangberpunca daripada kepercayaan atau cerita-cerita lisan (Kampung Batu Badak). Adayang berasal daripada alam semulajadi seperti keadaan sekitar (Kukup), haiwan(Rengit) atau tumbuh-tumbuhan (Gunung Pulai) dan ada mengambil sempena namatokoh-tokoh tempatan (Tenang). Sesetengah nama tempat pula lahir daripada peristiwayang berlaku di tempat itu (Gelang Patah). Suatu hal yang menarik ialah perubahan

    yang berlaku kepada sebutan nama sesuatu tempat itu. Ada kalanya ia merupakansingkatan kata, pengubahan bunyi atau kepilatan sebutan.

    Batu Pahat

    Nama Batu Pahat dikatakan dari peristiwa memahat batu untuk mendapat bekalan airtawar di pantai Minyak Beku yang terletak di Kuala Sungai Batu, Batu Pahat. Kerja inidilakukan oleh angkatan tentera Siam (Orang-orang Muslim Pattani Siam ) di bawah

  • 7/25/2019 Bangunan Bersejarah Di Johor-2

    9/23

    2

    pimpinan Awi Dicu dalam abad ke-15 sewaktu hendak menyerang Melaka. Kesanpahatan tersebut masih terdapat hingga sekarang. Kesan ini dikenali sebagai PerigiSiam atau Perigi Batu Pahat. Pusat bandar bagi daerah Batu Pahat ialah BandarPenggaram. Nama Penggaram itu dikatakan berasal daripada pangkal jeram, keranaterdapat jeram di sebuah sungai kecil yang mengalir dari bukit belakang bandar

    tersebut.

    Muar

    Muar lahir daripada perkataan muara iaitu kuala sungai. Ini disebabkan olehpenempatan awal di kawasan tersebut terletak di muara Sungai Muar. Sungai Muarterkenal sejak zaman silam kerana sungainya yang lebar membolehkan para pelayarberlindung di musim gelora. Pelarian Raja Iskandar Syah (Parameswara) dariSingapura setelah dialahkan Majapahit pada awal abad ke-15 menggunakan sungai ini.Demikian pula apabila Melaka jatuh ke tangan Portugis pada tahun 1511, raja dan parapembesar Melaka melarikan diri melalui Sungai Muar.

    Versi lain mengenai kewujudan nama tersebut ialah daripada perkataan muak (jemudan mu-aru (Bahasa Tamil) bermaksud tiga sungai.

    Bandar Maharani yang menjadi pusat bandar utama daerah Muar mendapat namasempena nama Permaisuri Maharaja Abu Bakar pada 12 Ogos 1887. Oleh kerana padamasa itu Sultan Abu Bakar masih memakai gelaran Maharaja, permaisuri bagindamemakai gelaran Maharani. Bandar itu dinamakan atas nama permaisuri yangmegiringi Baginda dalam upacara perasmian bandar itu, Maharani Fatimah.

    Mersing

    Mersing mendapat nama daripada peristiwa penahanan buang daerah seorang pesuruhSultan Pahang berbangsa Sikh, kerana melakukan kesalahan yang berat. Penahananini berlaku sewaktu Mersing belum ramai penduduk. Pekerja tersebut bernama AmerSingh, dan namanya menjadi terkenal di kawasan tersebut hingga menyebabkantempat itu dikenali dengan nama Mersing.

    Cerita lain yang membawa munculnya nama Mersing ialah dari peristiwa seorang darabernama Mersing mencintai teruna perantau dari Pahang bernama Awang. Oleh keranaMersing diminati oleh anak penghulu, bapa Mersing memilih anak Penghulu bakalmenantunya.

    Untuk memisahkan di antara Mersing dengan Awang, timbullah fitnah. Tetapi Awangberjaya membuktikan kesuciannya dengan menghapuskan fitnah tersebut. Akhirnyabapa Mersing bersetuju menerima Awang menjadi suami anaknya. Namun Awang tetapkeras hati lalu meninggalkan keluarga Mersing dan penduduk di situ dalam keadaanmenyesal. Dari nama dari itu lahirnya nama Mersing dan didendangkan kisahnya dalamlagu Seri Mersing.

  • 7/25/2019 Bangunan Bersejarah Di Johor-2

    10/23

    3

    Segamat

    Nama Segamat berasal dari ungkapan kata segera amat atau segar amat. Kata-kataitu lahir dari mulut Bendahara Tepok dalam pelariannya ke hulu Sungai Muar setelahMelaka ditawan Portugis. Bendahara Tepok yang mengalami penyakit lumpuh terpaksa

    diusung ke perahu. Ketika sampai ke Lubuk Batu, menurut beliau, segera amatsampainya angkatan pengiring-pengiringnya ke tempat yang selamat, jauh dariancaman Portugis. Oleh kerana pada hari itu cuaca agak panas, Bendaraha Tepok punmandilah di situ. Kata Bendahara Tepok setelah mandi, Segar amat rasa badan inikata-kata Bendahara Tepok ini menjadi sebutan ramai pengikutnya hinggakemudiannya menamakan petempatan yang mereka duduki dengan nama Segamat.

    Pontian

    Perkataan Pontian dikatakan berasal dari kata Perhentian. Perhentian yangdimaksudkan itu ialah Sungai Pontian Besar, tempat berteduh dari gelora Selat Melaka

    bagi kebanyakan para pelayar yang hendak ke Singapura atau ke Melaka. Ada yangmenyebutnya sebagai tempat perhentian para lanun untuk menunggu mangsa yangmelintasi kawasan tersebut. Walau bagaimanapun, kuala Sungai Pontian Besar adalahtempat perhentian nelayan memunggah tangkapannya, sementara Pontian Kecilmenjadi Bandar utama bagi daerah Pontian.

    Kota Tinggi

    Kota Tinggi mengambil nama daripada kota yang dibina di atas kawasan tinggi di tebingSungai Johor. Pembinaan kota tersebut untuk menangkis serangan Portugis yangberusaha hendak melenyapkan kuasa Kesultanan Melayu yang telah dialahkannya di

    Melaka pada tahun 1511.

    Oleh Kerana Sungai Johor adalah kawasan yang selamat untuk berteduh dari geloraLaut Cina Selatan , ia telah menjadi tumpuan para pedagang sejak zaman silam lagi.Zaman Ptolemy kawasan tersebut dikenali dengan nama Palanda. Banyak tinggalanlama seperti manik dan permata dari zaman Han (SM200 - TM20) dan zaman EmpayarRom pernah ditemui di Kota Tinggi.

    Tangkak

    Nama Tangkak timbul daripada tang merangkak. tang berasal dari perkataan tentang

    yakni tempat. Peristiwa itu berlaku ketika peneroka kawasan Tangkak, Long Mahmudtujuh bersaudara terpaksa merangkak naik ke tebing Sungai Tangkak menuju ke BukitTambak di kawasan Seri Makmur. Tebing-tebing sungai di kawasan Tangkak adalahlembut dan jerlus kerana paya ditumbuhi pokok-pokok resam, sendayan, pakis danrembia.

  • 7/25/2019 Bangunan Bersejarah Di Johor-2

    11/23

    4

    Kluang

    Bandar Kluang mengambil nama Keluang Kampung. Keluang sejenis kelawar besarpemakan buah. Ia memakan bunga durian dan buah-buahan seperti rambutan, rambaidan lain-lain. Penduduk kampung tersebut berjaya membunuh tupai yang datang ke

    dusun mereka, tetapi gagal menakutkan keluang yang begitu banyak setiap petangdatang ke situ. Keluang yang banyak itu dikatakan datang dari sebuah bukit di belakangkampung mereka (bukit yang dimaksudkan mungkin Gunung Lambak). Akhirnyaseorang pawang terpaksa mengadakan suatu upacara di bukit tersebut untuk memujukkeluang-keluang itu agar tidak datang ke dusun penduduk kampung tersebut.

    Fakta Menarik Negeri Johor

    Ditulis pada 26/11/2012 14:23:56

    Askar Timbalan Setia

    Johor adalah negeri yang pertama memiliki pasukan tenteranya sendiri dan satu-satunya pasukan tentera yang dibiayai oleh kerajaan negeri yang masih kekal hinggakini yang dinamakan Askar Timbalan Setia Negeri Johor. Askar Timbalan Setia adalahsatu pasukan tentera yang ditubuhkan semasa pemerintahan Sultan Sir IbrahimIskandar Al-Masyhur ibni Almarhum Sultan Sir Abu Bakar , Sultan Johor Darul Takzim.

    Antara mereka yang telah berkhidmat dalam pasukan Askar Timbalan Setia NegeriJohor adalah:

    DYMM Sultan Iskandar Alhaj Ibni Al-Marhum Sultan Ismail, Sultan Johor

    Sultan Iskandar ibni Almarhum Sultan Ismail menerima latihan ketenteraandalam pasukan Askar Timbalan Setia Negeri Johor. Baginda juga merupakanpenyandang jawatan Panglima Askar Timbalan Setia Negeri Johor.Tun Hussein Onn, Perdana Menteri Malaysia Ke-3

    Tun Hussein Onn jugapernah menyertai Askar Timbalan Setia Negeri Johor. Selepas tamat sekolahpada tahun 1940, beliau berkhidmat sebagai kadet dalam Pasukan TimbalanSetia Negeri Johor sebelum dihantar pada awal tahun 1941 ke Akademi Tenteradi Dehra Dun , India dan menerima tauliah pada tahun 1942. Selepas itu beliaumenyertai Regiment Hydrabad Ke 19 di India.Jeneral(B) Ibrahim bin Ismail - bekas Panglima ATM

    Jeneral (B) Ibrahim BinIsmail pernah menyertai dan berkhidmat sebagai kadet dalam Askar Timbalan

    Setia Negeri Johor sebelum dihantar pada awal tahun 1941 ke Akademi Tenteradi Dehra Dun, India dan menerima tauliah pada tahun 1942. Selepas itu beliaumenyertai Regiment Hydrabad Ke-19 di India.Ungku Ahmad bin Abd Rahman

    Salah seorang daripada 3 orang yang dihantarpada awal tahun 1941 ke Akademi Tentera di Dehra Dun, India

    Dato Onn JaafarUngku Abdul Hamid bin Ungku Abdul Majid Ungku Abdul Hamid bin Ungku

    Abdul Majid, bapa kepada YM. Professor Diraja Tun Dr. Ungku Abdul Aziz bin

  • 7/25/2019 Bangunan Bersejarah Di Johor-2

    12/23

    5

    Ungku Abdul Hamid pernah menjadi seorang Leftenan dalam pasukan tenteraTimbalan Setia Negeri Johor dan mencapai pangkat Mejar dalam tahun 1926.

    Asal Usul Jalur Gemilang

    Rekabentuk Jalur Gemilang/Bendera Malaysia sekarang adalah hasil ilham dari salahseorang rakyat dan arkitek kerajaan Negeri Johor iaitu Encik Mohamad bin Hamzah.

    Pemilihan rekabentuk bendera tersebut bermula dari satu pertandingan bagimerekabentuk bendera Persekutuan Tanah Melayu yang baru pada tahun 1949.Pertandingan peringkat kebangsaan ini dianjurkan oleh Majlis PerundanganPersekutuan dan disertai oleh 373 karyawan. Daripada sejumlah itu, tiga rekabentukbendera baru bagi Persekutuan Tanah Melayu telah dipilih untuk ke peringkat akhir.

    Rekabentuk pertama ialah lambang keris bersilang di tengah-tengah dengan dikelilingioleh 11 bintang pecah lima. Rekabentuk kedua hampir serupa dengan rekabentuk

    pertama tetapi 11 bintang pecah lima itu disusun dalam dua bulatan mengelilingi kerisbersilang itu. Rekabentuk ketiga ialah 11 jalur biru dan putih dengan bulan dan bintangberwarna kuning di bahagian tepi kiri.

    Majlis Perundangan Persekutuan telah memberi peluang kepada orang ramai untukmemberikan pendapat kepada ketiga-tiga rekabentuk tersebut. Keputusan pendapatumum yang dikelolakan oleh akhbar The Malay Mail itu telah disiarkan pada 29November 1949. Keputusan akhir menunjukkan majoriti telah memilih rekabentukciptaan En. Mohamad bin Hamzah.

    Penulis Asal Sejarah Melayu

    Penulis asal Sejarah Melayu adalah Tun Sri Lanang yang dilahirkan di Bukit Seluyut,Johor pada tahun 1565. Tun Seri Lanang ialah Bendahara Paduka Raja, Johor antaratahun 1580 dan 1615 , serta penyunting Sejarah Melayu (buku, 1612) yang merupakanmoyang kepada Sultan Johor dan Sultan Terengganu.

    Salasilah kesultanan Terengganu yang terdapat dalam Sejarah Terengganu (buku)karya Haji Buyong Adil terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka 1974 ada menyatakanbahawa Tun Habib Abdul Majid (Bendahara Seri Maharaja, Johor - Marhum PadangSaujana - Bendahara Johor 1688-1697) yang menjadi Bendahara Johor dari 1688hingga 1697 adalah bapa kepada Sultan Zainal Abidin I (Sultan Terengganu Pertama)

    dan kepada Sultan Abdul Jalil IV (Sultan Johor dari 1699 hingga 1719 ). Selanjutnyadipaparkan bahawa Tun Habib Abdul Majid adalah anak kepada Tun Mat Ali(Bendahara Paduka Maharaja, Johor), iaitu anak kepada Tun Seri Lanang (BendaharaPaduka Raja, Johor 1580-1615).

    Dalam pengetahuan orang-orang Melayu , nama Tun Seri Lanang lebih dikenalisebagai salah seorang bijak pandai dan pengarang ulung bangsa Melayu yang setarafdengan Munshi Abdullah (Pengarang Hikayat Abdullah).

  • 7/25/2019 Bangunan Bersejarah Di Johor-2

    13/23

    6

    Penubuhan UMNO

    Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu/United Malay National Organisationditubuhkan pada tahun 11 Mei 1946 di Istana Besar, Johor Bahru, Johor. di bawahkepimpinan Dato' Onn Jaafar. Detik bersejarah tersebut bermula dengan satu

    perhimpunan besar-besaran yang dikenali sebagai Kongres Melayu Se-Malaya pertamatelah diatur oleh Persatuan Melayu Selangor di Kelab Sultan Sulaiman, KampungBaharu, Kuala Lumpur pada 1 Mac hingga 4 Mac 1946 dan seramai 41 Pertubuhan-pertubuhan Melayu telah menghantar wakil masing-masing.

    Dato Onn bin Jaafar daripada Persatuan Melayu Johor telah dipilih sebagai PengerusiKongres. Hampir semua wakil pertubuhan telah berucap termasuk dua orang wakilkanak-kanak.

    Tiga usul telah diluluskan oleh Kongres seperti berikut:

    Menubuhkan Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu Membantah pertubuhan Malayan Union Mengadakan Derma Pelajaran Kebangsaan Melayu sahaja.

    Satu jawatankuasa yang terdiri dari Dato Onn Jaafar, Dato Panglima Bukit Gantang,Dato Nik Ahmad Kamil, Dato Hamzah Abdullah dan Encik Zainal Abidin Ahmad (Zaaba)telah dipilih untuk menyediakan draf piagam atau Perlembagaan UMNO untukdibentangkan dan diterima oleh Kongres Melayu Se-Malaya kelak.

    Walaupun ada bantahan yang hebat daripada kaum Melayu , Kerajaan British tetapmeneruskan rancangan mereka dan pada 1 April 1946 menubuhkan Malayan Union.

    Orang-orang Melayu dan pertubuhan-pertubuhan Melayu terus membangkang dantidak memberi sebarang sokongan terhadap Malayan Union. Pada 11 Mei 1946,Kongres Melayu Se-Malaya ketiga dan perhimpunan agung pertama PertubuhanMelayu Kebangsaan Melayu Bersatu atau PEKEMBAR (UMNO) berlangsung di IstanaBesar Johor Bahru dan Perlembagaan UMNO telah diterima dan diluluskan oleh parapeserta. Maka UMNO pun lahirlah secara rasmi.

  • 7/25/2019 Bangunan Bersejarah Di Johor-2

    14/23

    7

    Bibliografi Menteri Besar Johor

    Ditulis pada 26/11/2012 14:24:33

    1886 -1919 : Dato Jaafar Bin Muhammad

    Dato Jaafar Bin Muhammad dilahirkan di Telok Belanga, Singapura pada tahun 1838.Dibesarkan dan mendapat pendidikan di Singapura. Keluarga beliau dikatakan berasaldari keturunan Kerabat Diraja dan Bendahara Melaka. Tugas beliau ialah memimpinpegawai-pegawai Johor untuk memajukan dan memodenkan pentadbiran Johor dibawah pemerintahan Sultan Abu Bakar.

    Beliau adalah orang kepercayaan Sultan Johor dalam menguruskan pentadbiran.Ketika baginda Sultan Johor melakukan lawatan ke luar negeri, beliau telah diberikepercayaan menjadi Pemangku Sultan. Beliau meninggal dunia pada tahun 1919 dantelah dikebumikan dengan penuh istiadat di Bukit Mahmoodiah.

  • 7/25/2019 Bangunan Bersejarah Di Johor-2

    15/23

    8

    1920 - 1922 : Dato Mohamed Bin Mahbob

    Dato Mohamed Bin Mahbob dilahirkan pada tahun 1852, beliau banyak memberisumbangan dalam bidang pendidikan di Johor. Di sepanjang tempoh perkhidmatanbeliau dengan Jabatan Pelajaran, sebanyak 89 buah sekolah Melayu, empat buahsekolah Inggeris, 22 buah sekolah Cina dan dua buah sekolah Tamil telah didirikan.

    Apabila enakmen pelajaran diluluskan pada tahun 1902, Dato Mohamed Bin Mahbobdan Mohd Khalid telah bertindak menguatkuasakan undang-undang tersebut. Dalamenakmen itu, ibubapa atau penjaga diwajibkan menghantar anak mereka yang berumur7-16 tahun ke sekolah. Sesiapa yang tidak berbuat begitu akan didenda sebanyakRM25.00 atau penjara selama tiga bulan.

    Dato Mohamed Bin Mahbob di lantik menjadi Timbalan Menteri Besar pada tahun 1917dan apabila Dato Jaafar meninggal dunia, Dato Mohamed Bin Mahbob telahmenggantikannya pada 16 Julai 1920. Beliau meninggal dunia pada tahun 1926 dandikebumikan dengan penuh istiadat di Perkuburan Mahmoodiah, Johor Bahru.

  • 7/25/2019 Bangunan Bersejarah Di Johor-2

    16/23

    9

    1923 - 1928 : Dato Abdullah Bin Jaafar

    Dato Abdullah Bin Jaafar dilahirkan pada tahun 1875. Memulakan karier sebagaiKapten dalam Pasukan Askar. Kemudian mendapat jawatan Pelatih Pesuruhjaya Polispada tahun 1900. Pada tahun 1903 menjadi Pesuruhjaya Polis Muar.

    Beliau kemudian telah diberi kepercayaan memegang jawatan Pemangku MenteriBesar dan kemudian pada tahun 1923 menggantikan Dato Mohamed sebagai MenteriBesar. Beliau telah melepaskan jawatannya pada September 1928. Beliau meninggaldunai pada 28.4.1934 dan dikebumikan di Teluk Belanga.

    1931- 1934 : Dato Abdul Hamid Bin Yusuf

    Dato Abdul Hamid Bin Yusuf dilahirkan pada 17.10.1876. Bermula karier beliausebagai Prebet di dalam Pasukan Askar. Kemudian beliau telah dinaikkan pangkat keLans Koperal (1894), Koperal (14 April 1894), Bateri Sarjan (20.1.1895). Beliaumemegang jawatan Kapten dalam tahun 1905 dan kemudian dinaikan pangkat Major.

    Beliau memegang jawatan Leftenan Kolonel dalam tahun 1920. Pada tahun 1931 beliautelah dilantik sebagai Ahli Jemaah Menteri dimana beliau menggantikan DatoMusthapa Bin Jaafar pada 23.11.31. Beliau meninggal dunia pada 28.12.1934.

    1935 - 1947 : Ungku Abdul Aziz Bin Abdul Majid

    Ungku Abdul Aziz Bin Abdul Majid dilahirkan pada 17.8.1887. Beliau telah dihantar keEngland pada tahun 1905 dan pulang pada tahun 1908. Beliau mula bekerja di PejabatSUK. Kemudian bertukar ke jawatan askar dengan pangkat kadet (1910), Leftenan dan

  • 7/25/2019 Bangunan Bersejarah Di Johor-2

    17/23

    10

    juga pengiring Sultan (1912). Pada tahun 1915 bertukar ke Pejabat Kewangan sebagaipemeriksa kira-kira.

    Pada 11.9.1920, beliau telah dilantik menjadi Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan. Pada1.12.1922, beliau telah dilantik sebagai Ahli Majlis Mesyuarat Kerja dan pada 22.1.1923

    dilantik menjadi Ahli Jemaah Menteri. Beliau telah memegang jawatan TimbalanMenteri Besar pada 5.1.1925 hingga 22.11.1931. Beliau memegang jawatan MenteriBesar pada April 1935 menggantikan Dato Abdul Hamid Bin Yusuf. Beliau meninggaldunia pada 29.4.1951.

    1947 - 1950 : Dato Onn Jaafar

    Dato Onn Jaafar dilahirkan pada 12.2.1895 di Bukit Gambir, Johor. Ayahnya DatoJaafar Muhammad adalah Menteri Besar Johor yang pertama. Beliau mendapatpendidikan di England dan Kolej Melayu Kuala Kangsar.

    Beliau pernah berkhidmat di beberapa buah jabatan kerajaan di Johor dan kemudianmemasuki Pasukan Military Force pada 5 Julai 1917 sebagai Kadet. Beliau adalahseorang pejuang kebangsaan dan juga tokoh politik unggul. Beliau adalah pengasaspenubuhan UMNO semasa ianya ditubuhkan pada 11 Mei 1946 di Istana Besar JohorBahru.

    Dato Onn adalah juga seorang wartawan. Beliau merupakan penulis dan pengarangAkhbar Warta Malays dan Lembaga Malaya. Antara kenangan peninggalan beliau ialahBuku Selamat Johor (1936) dan terjemahan Hikayat Seribu Satu Malam yang berjudul

    AL FA LAILA WALAILA. Beliau juga seorang wartawan yang berani mengkritik dan ini

    dapat dilihat melalui akhbar mingguan KRITIK pimpinan beliau.

    Beliau juga pemidato yang hebat dan petah bercakap sewaktu menjadi Ahli ParlimenKetokohan. Beliau membuat dirinya amat dihormati dan disegani oleh Ahli DewanRakyat. Beliau mula uzur pada tahun 1961 kerana penyakit jantung dan kencing manis.Beliau meninggal dunia pada 19 Januari 1962. Jenazah beliau telah diberikanpenghormatan negara kerana jasanya teramat besar kepada Negeri Johor dan Negara

    Amnya.

    1952 - 1955 : Dato Syed Abd. Kadir Bin Mohamed

    Dato Syed Abd. Kadir Bin Mohamed dilahirkan pada 5.5.1900 di Jalan Arab, BandarMaharani, Muar. Sewaktu kecil lagi beliau telah diajar membaca Al-Quran oleh ibubapanya. Beliau memulakan alam persekolahan di Sekolah Melayu dan meneruskanpelajaran hinggalah lulus peperiksaan Junior Cambrige di Raffle School, Singapura.Memulakan kerjaya dengan menjawat jawatan Kerani di Pejabat Perbandaran Muar.Kerjayanya terus meningkat hinggalah dinaikkan pangkat sebagai Kerani Pangkat Dua.

  • 7/25/2019 Bangunan Bersejarah Di Johor-2

    18/23

    11

    Semasa bekerja beliau meneruskan pelajaran di bidang Setiausaha dan juga Undang-Undang.

    Di antara jawatan yang dipegang oleh beliau ialah Setiausaha Bandaran Johor Bahru(1937-1940), Suruhanjaya Cukai dan Perniagaan, Muar (Nov 1940-1942), Pejabat

    Cukai Johor Bahru, Ahli Jemaah Menteri, Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan dan AhliFederal Council.

    1955 - 1959 : Dato Idris Bin Ibrahim

    Dato Idris Bin Ibrahim dilahirkan pada 13.10.88. Beliau menggantikan Dato Syed AbdulKadir Bin Mohamed dan berkhidmat dari 1.1.55-16.6.59.

    1959 - 1967 : Tan Sri Hj. Hassan Yunus

    Tan Sri Hj. Hassan Yunus dilahirkan pada tahun 1907 di Muar, Johor. Setelahmenamatkan pendidikan awal. Kerajaan Negeri Johor telah menghantar beliaumelanjutkan pelajaran di Universiti Al-Azhar, Mekah dalam bidang Syariah.

    Sekembalinya dari menuntut, beliau berkhidmat dengan Perkhidmatan Awam Johorsebagai Penolong Mufti (1.1.40). pada 1 Januari 1943 beliau menjawat jawatanPenolong Kadi dan memanggku jawatan Mufti Negeri hinggalah sebelum merdeka.Dengan kedudukan yang dipegang, beliau telah dilantik menjadi Ahli Majlis AgamaNegeri Johor dan juga Ahli Majlis Mesyuarat Undangan Negeri Johor.

    Tan Sri Hj. Hassan juga seorang yang aktif dalam kegiatan politik dan menyertaiPersatuan Melayu Johor. Beliau adalah salah seorang Orang Tujuh menandatanganisurat bantahan kepada Sultan yang menandatangani Perjanjian Malayan Union.

    Apabila Dato Onn meninggalkan UMNO, Persatuan Melayu Johor mengambil alih.Dalam Pilihanraya Umum Pertama, beliau dilantik sebagai Menteri Besar pada 27 Jundan beliau adalah Menteri Besar yang pertama di lantik menerusi proses pilihanraya.Tan Sri Dato Hj. Hassan Yunus meninggal dunia pada 12 Julai 1968.

    1967 - 1982 : Tan Sri Othman Bin Mohd Saat

    Tan Sri Othman Bin Mohd Saat dilahirkan pada tahun 1927 di Muar, Johor. Mendapatpendidikan di Sekolah Melayu, Inggeris dan juga Arab. Beliau pernah menjadi Guru

    Agama pada tahun 1942. sebelum aktif dalam bidang politik, beliau adalah seorangyang berjaya dalam bidang perniagaan. Beliau berpolitik sejak UMNO ditubuhkan padatahun 1946.

  • 7/25/2019 Bangunan Bersejarah Di Johor-2

    19/23

    12

    Dalam pilihanraya 1964, beliau telah menang dalam pilihanraya. Beliau menjadi KetuaPemuda UMNO dalam tahun 1965 dan masih dapat mengekalkan kerusinya dalamtahun 1969. Beliau juga pernah menjadi Pengerusi Grand Prix Johor dan jugaPengerusi Pertubuhan Pengakap Johor dan dianugerahkan Pingat Semangat Rimbapada tahun 1970. Beliau juga diberi status Doyen Menteri-Menteri besar dan Ketua-

    Ketua Menteri Malaysia .

    1982 - 1986 : Datuk Abdul Ajib bin Ahmad

    Datuk Abdul Ajib bin Ahmad dilahirkan pada 13 september 1947 di Segamat, Johor.Memulakan persekolahan di Sekolah Bukit Hampar dan bekas penuntut Kolej KualaKangsar. Dato Ajib melanjutkan pelajaran ke Universiti Malaya dan mendapat IjazahB.A. Hons dalam bidang Ekonomi (1971).

    Beliau pernah berkhidmat di Kementeria Dalam Negeri dan Sektor Awam sebagai

    Pegawai Perhubungan Industri di sebuah Syarikat Minyak. Dalam arena politik beliaupernah berkhidmat sebagai Setiausaha Politik kepada Y.B. Dato Musa Hitam (1975-1982). Dalam tahun 1982, beliau kemudian dilantik menjadi Menteri Besarmenggantikan Tan Sri Othman Bin Mohd Saat. Dalam Pilihanraya Umum 1986, beliaumemenangi Kerusi Parlimen Mersing. Beliau telah dilantik sebagai Menteri di JabatanPerdana Menteri.

    1986 - 1995 : Tan Sri Hj. Muhyiddin Bin Hj. Yassin

    Tan Sri Hj. Muhyiddin Bin Hj. Yassin dilahirkan pada 15.5.1947 di Muar, Johor. Ayahnya

    seorang Guru Agama dan berpengaruh di Muar. Beliau mendapat pendidikan Rendahdi Sekolah Kebangsaan Bandar Maharani, Muar dan juga Sekolah Ismail, Muar.Kemudian Sekolah Tinggi Muar dan Universiti Malaya pada tahun 1968-1970 dalambidang Ekonomi dan Pengajian Melayu.

    Antara jawatan yang pernah dipegang oleh beliau ialah Pengurus Penjawatan SGSAtes (M) Sdn. Bhd. (1974), Pengarah Urusan Sri Saujana BHd. (1974-1978), PengurusBesar Sykt Equity Mal(Johor) Sdn. Bhd. (1974-1978), Pengarah Urusan Sergam Bhd.(1975-1977), Setiausaha Parlimen di Kementerian Luar Negeri (Mulai Julai 1981),Timbalan Menteri di Kementerian Perdagangan dan Perindustrian (Mulai Jun 1983).Beliau menjadi Menteri Besar Johor pada 13 Ogos 1986-1995. Beliau kemudian dilantikmenjadi Menteri Perdagangan Dalam Negeri & Hal Ehwal Pengguna(1995) dan jawatanbeliau yang terkini sebagai Menteri Pertanian.

    Antara jawatan yang pernah disandang oleh beliau di dalam parti ialah Naib KeruaPergerakan Pemuda UMNO Bhgn. Pagoh (1974-1976), Setiausaha PergerakanPemuda UMNO Negeri Johor (1974-1976), Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bhgn.Pagoh (1976), Timbalan Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Negeri Johor (1982-1986),Exco Pergerakan Pemuda UMNO Negeri Johor (1982-1986), Ketua UMNo Bhgn.

  • 7/25/2019 Bangunan Bersejarah Di Johor-2

    20/23

    13

    Pagoh (Mulai 26.4.85 hingga sekarang), Naib Presiden UMNO Negeri Johor (1982-1986), Ketua UMNO Bhgn. Pagoh (Mulai 26.4.85 hingga sekarang), Naib PresidenUMNO (Mulai 4.9.93 hingga sekarang).

    1995 - Kini : Dato Haji Abdul Ghani Othman

    Kehidupan awal

    Beliau dilahirkan di Sungai Mati, Muar, Johor. Beliau mendapat pendidikan awal diSekolah Tingi Muar (High School Muar). Kemudian beliau menyambung pelajaranijazah sarjana muda dalam bidang ekonomi di Universiti Australia dan sarjana dalambidang ekonomi politik dari Universiti Queensland . Sekembalinya ke Malaysia , beliaumenjadi pensyarah di Fakulti Ekonomi di Universiti Malaya (1974-1984) dan seterusnyadilantik sebagai Dekan Fakulti Ekonomi & Pentadbiran Universiti Malaya (1980-1982).

    Jawatan1993-1995: Menteri Belia dan Sukan Malaysia

    1995 - kini: Menteri Besar Johor

    PolitikKerjaya politiknya mula berkembang apabila dilantik menjadi Ahli Dewan Negara padaDisember 1984 hingga Julai 1986 dan selepas itu, beliau telah dipilih menjadi AhliParlimen Ledang pada Ogos 1986. Pada Mei 1987 hingga November 1990, beliau telahdilantik menjadi Timbalan Menteri Tenaga, Telekom dan Pos dan kemudiannya menjadiTimbalan Menteri Kewangan mulai November 1990 hingga 30 November 1993.

    Selepas itu, beliau dilantik menjadi Menteri Belia dan Sukan mulai 1 Disember 1993hingga Mac 1995 dan mendapat jolokan sebagai Bapa Rakan Muda kerana berjaya

    memperkenalkan program Rakan Muda yang mendatangkan faedah kepada golonganremaja dan belia. Pada 3 Mei 1995, khidmat bakti Abdul Ghani mula ditagih oleh rakyatJohor dan beliau bertanding di peringkat DUN Serom setelah lebih 10 tahun berkhidmatdi peringkat Pusat.

    KeluargaAbdul Ghani yang berkongsi hidup dengan Datin Paduka Prof. Dr. Jamilah Arifindikurniakan dua orang cahaya mata.

    AnugerahPada tahun 1989, beliau dikurniakan pingat Seri Mahkota Johor (SMJ) oleh BagindaSultan Johor. Pada tahun 1996 dikurniakan pingat DK(II) oleh Sultan Johor. Beliaupernah menerima anugerah dari Timesport sebagai Sport Toto Man of The Year Awardpada 1994.

    Sumber :http://www.johordt.gov.myTarikh Akses : 19 Mac 2013

    http://www.johordt.gov.my/http://www.johordt.gov.my/http://www.johordt.gov.my/http://www.johordt.gov.my/
  • 7/25/2019 Bangunan Bersejarah Di Johor-2

    21/23

  • 7/25/2019 Bangunan Bersejarah Di Johor-2

    22/23

    RUJUKAN

    S e j a r a h P e n u b u h a n J o h o r . [ O n l i n e ] .A v a i l a b l e : h t t p : / / w w w .j o h o r d t . g o v . m y ( 1 9 M a c 2 0 1 3 )

    M o h a m e d R o s e l a n A b d u l M a l e k , .K e s a n S e j a r a h d a n T e m p a t - t e m p a t M e n a r i k : N e g e r iJ o h o r D a r u l T a k z i m . S e l a n g o r : O S C A R B O O KI N T E R N A T I O N A L . , 1 9 9 8 .

    M a r u w i a h A h m a t , .S i r i B u d a y a W a r i s a n M a l a y s i a : S e n i b i n a W a r i s a n .S e l a n g o r : G E T S M A R T P U B L I C A T I O N S S D N . B H D . ,

    2 0 1 2 .

    F a u z i a h A b d u l R a l i p , .S i r i S t r u k t u r D a n B a n g u n a n B e r s e j a r a h . K u a l a L u m p u r: A Z Z A M M A J U E N T E R P R I S E . , 2 0 1 0 .

    F a u z i a h H a s s a n , .B a n y a k Y a n g H e n d a k D i l i h a t B i l a K e J o h o r . W A N I T A :9 0 - 9 2 ; M a c 1 9 9 2 .

    A b d u l R a h m a n A r i p i n , .J o h o r : M e n g g a m i t P e l a n c o n g . D e w a n B u d a y a : 3 4 -3 6 ; A p r i l 1 9 9 7 .

    L e m b a g a P e n g g a l a k a n P e l a n c o n g a n M a l a y s i a , .J o h o r B a h r u : D e s t i n a s i M e m b e l i - B e l a h & R e k r e a s i .P e l a n c o n g a n M a l a y s i a : 1 7 - 2 3 ; S e p t e m b e r - O k t o b e r1 9 9 8 .

    B a n g u n a n S u l t a n I b r a h i m , B u k i t T i m b a l a n , J o h o r B a h r u , .

    A v a i l a b l e : h t t p : / / w w w . a r k i b . g o v . m y ( 1 9 M a c 2 0 1 3 )

    M a s j i d S u l t a n A b u B a k a r , .A v a i l a b l e : h t t p : / / w w w . i s l a m g r i d . g o v . m y ( 1 9 M a c 2 0 1 3 )

    http://www./http://www./http://www./http://www.arkib.gov.my/http://www.arkib.gov.my/http://www.islamgrid.gov.my/http://www.islamgrid.gov.my/http://www.islamgrid.gov.my/http://www.arkib.gov.my/http://www./
  • 7/25/2019 Bangunan Bersejarah Di Johor-2

    23/23

    S u l t a n A b u B a k a r M o s q u e , .

    A v a i l a b l e : h t t p : / / w w w . j o h o r t o u r i s m . c o m . m y ( 1 9 M a c2 0 1 3 )

    B a n g u n a n S u l t a n I b r a h i m , .A v a i l a b l e : h t t p : / / w w w . v i r t u a l m a l a y s i a . c o m ( 1 9 M a c2 0 1 3 )

    B a n g u n a n B e r s e j a r a h D i J o h o r , .

    A v a i l a b l e : h t t p : / / . u t u s a n . c o m . m y ( 2 1 M a c 2 0 1 3 )

    B a n g u n a n B e r s e j a r a h D i J o h o r , .A v a i l a b l e : h t t p : / / e m e d i a . c o m . m y ( 1 9 M a c 2 0 1 3 )

    B a n g u n a n B e r s e j a r a h D i J o h o r , .A v a i l a b l e : h t t p : / / b l i s . b e r n a m a . c o m / m a i n H o m e . d o ( 1 9M a c 2 0 1 3 )

    http://www.johortourism.com.my/http://www.johortourism.com.my/http://www.virtualmalaysia.com/http://www.virtualmalaysia.com/http://.utusan.com.my/http://.utusan.com.my/http://emedia.com.my/http://emedia.com.my/http://blis.bernama.com/mainHome.do%20(19http://blis.bernama.com/mainHome.do%20(19http://blis.bernama.com/mainHome.do%20(19http://emedia.com.my/http://.utusan.com.my/http://www.virtualmalaysia.com/http://www.johortourism.com.my/