bangunan bersejarah [kota a famosa]_sumber elektronik.pdf

44

Upload: haminh

Post on 31-Dec-2016

333 views

Category:

Documents


8 download

TRANSCRIPT

Page 1: Bangunan Bersejarah [Kota A Famosa]_Sumber Elektronik.pdf
Page 2: Bangunan Bersejarah [Kota A Famosa]_Sumber Elektronik.pdf

1

Headline: Warisan 500 tahun masyarakat Portugis terpelihara

Publication: BH Date of publication: Oct 10, 2011 Section heading: Main Section Page number: 024 Byline / Author: Oleh Azrul Affandi Sobri

SEJARAH mereka sudah cukup jelas. Malah, sejak di bangku sekolah lagi, pelajar sekolah menengah sudah didedahkan dengan kisah penjajahan Portugis di negara ini, terutama di Melaka yang menjadi punca kejatuhan Kesultanan Melayu Melaka, kekal hingga hari ini. Sejarah 1511 jelas tercatat sebagai detik bagaimana sebuah empayar pemerintahan Melayu terbesar dan cukup dihormati di nusantara, malah di dunia jatuh ke tangan mereka, meninggalkan Melaka sebagai sebuah negeri tanpa raja meskipun di situlah pemerintahan beraja Melayu pertama diasaskan di Kepulauan Melayu bermula dengan kemasukan Parameswara. Penjajahan Portugis selama 130 tahun di Melaka, bermula sejak 24 Ogos 1511 di bawah pimpinan Alfonso de Albuquerque sebenarnya bukan sekadar meninggalkan sejarah, turut mewujudkan keturunan etnik baru di negara ini selain menyerap masuk pelbagai elemen budaya, bahasa dan cara hidup dalam kehidupan masyarakat tempatan. Tidak perlu diperincikan mengenai sejarah penjajahan Portugis kerana ia memang sudah cukup diketahui umum. Malah, kesan penjajahan itu masih dapat dilihat di Melaka terutama di tengah bandarnya di mana masih tersergam sisa bangunan A Famosa, kubu pertahanan Portugis yang menjadi tarikan pelancong di Bandaraya Bersejarah itu. Lebih menarik untuk diceritakan ialah mengenai bagaimana masyarakat Portugis yang turut dikenali sebagai Papia Kristang boleh kekal berkembang pesat di negara ini, malah membentuk satu komuniti di Penempatan Portugis di Ujong Pasir, Melaka. Bukan itu saja, cara hidup, bahasa dan budaya mereka masih utuh seperti ketika 500 tahun dulu. Melewati pintu gerbang Kampung Portugis, beberapa ratus meter dari Bukit San Juan

Page 3: Bangunan Bersejarah [Kota A Famosa]_Sumber Elektronik.pdf

2

(St John), sudah terasa seperti berada dalam kampung Melayu kerana ketika berselisih dengan penduduknya, sukar untuk dibezakan sama ada mereka Melayu atau Portugis. Ada juga yang raut wajahnya mirip India dan ada pula seperti Cina. Itu sudah cukup jelas membuktikan wujud perkahwinan campur antara orang Portugis dengan masyarakat tempatan satu ketika dulu sekali gus mewujudkan masyarakat percampuran budaya yang cukup kuat akibat asimilasi sesama mereka dan senario sebegitu sudah menjadi perkara biasa di Melaka termasuk membabitkan orang Chetti Melaka serta Baba Nyonya. Namun, apa yang uniknya mengenai orang Portugis di Melaka ini ialah budaya dan bahasa mereka tidak pula 100 peratus sama seperti di Portugal ketika ini. Bunyinya ada sedikit lain dan rentak tarinya juga tidak serupa. Dikatakan orang di Melaka lebih asli budayanya berbanding di Portugal. "Orang di sini (Melaka) lebih Portugis daripada orang di sana (Portugal). Bahasa kami lebih asli dan lama... bahasa asal. Banyak juga kelainan dalam sebutan kami. Dari segi tatabahasa, bahasa orang Portugis di sini bahasa baku, tidak seperti di Portugal yang sudah menerima banyak pembaharuan bahasa. Di sini tidak kerana sejak Belanda mengambil alih penjajahan, hubungan kami terputus dengan Portugal. "Apa saja yang ditinggalkan Portugis sejak Melaka diambil alih Belanda pada 14 Januari 1641, itulah yang kekal sehingga hari ini. Paling ketara ialah bahasa di mana kami hanya mewarisi bahasa Portugis secara turun temurun. Tidak seperti di Portugal yang sudah berlaku ubah suai terutama dalam aspek tatabahasa. "Jika orang Portugis Melaka ke Portugal, orang di sana akan pelik dan kagum mendengar kami bertutur. Ia sangat unik bagi mereka kerana bahasa asal Portugis masih kekal seperti sedia kala di luar negara mereka. Di Melaka ini, bahasa itu sangat dijaga dan kami sentiasa pastikan anak mewarisinya," kata Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan dan Keselamatan Kampung Portugis, Peter Gomez. Kagum melihat bagaimana masyarakat ini membangunkan budaya dan cara hidup mereka, kekal terpelihara selepas 500 tahun memasuki negara ini. Lebih mengagumkan apabila semua mereka yang ada di Kampung Portugis tidak kenal sesiapa lagi di Portugal, pendek kata putus semua hubungan kekeluargaan. Justeru, pasti sukar sebenarnya untuk mereka mempertahankan budaya asal, tetapi

Page 4: Bangunan Bersejarah [Kota A Famosa]_Sumber Elektronik.pdf

3

tidak bagi orang Portugis. Ia mungkin kerana suasana dalam perkampungan itu yang sedaya upaya menghidupkan latar Portugis sama ada dari segi bahasa pertuturan, seni budaya, pekerjaan dan upacara perayaan. Mungkin jika melangkah melalui jalan utama ke pintu masuk kawasan perkampungan itu yang dianggap sudah dikomersialkan, tiada apa yang menarik perhatian. Hanya deretan rumah gaya moden, tidak pula menampakkan keunikan mereka, tetapi sejurus memasuki pintu menghala ke Muzium Portugis di situ, semuanya berubah kerana alunan muzik yang kedengaran sudah membuai jiwa seperti sedang berada di perkampungan barat. Mereka memang sukakan hiburan. Minuman keras boleh dikatakan satu kemestian dalam apa saja perayaan dan upacara masyarakat mereka. Kerana itulah, kedai pertama yang ditempuh sejurus masuk ke pintu kawasan mereka adalah restoran berkonsepkan bar yang juga tidak lupa mengetengahkan budaya Portugis dalam hidangan dan persembahan. Sukar sebenarnya untuk mengenal pasti mana satu orang Portugis. Kebanyakan mereka berkulit sawo matang dan ada juga yang gelap. Namun, dalam ramai-ramai, ada juga yang putih gebu. Pendek kata, mereka seperti orang Asia lainnya, hilang terus karakter 'orang putih' meskipun berketurunan barat. Cuma, ketika mendengar mereka berbual sesama mereka, bahasa Portugis digunakan. Gaya pemakaian mereka pula tidak menampakkan langsung mereka ini orang Portugis. Kebanyakannya suka memakai seluar, tidak kira jantina, meskipun sebenarnya mereka dulu juga berkebaya. Berkampung di tepi pantai, mesti ada sebabnya. Orang Portugis sukakan lautan, mungkin kerana sejarah mereka sendiri berkait rapat dengan laut, merantau meneroka dunia. Kini, lautan juga terus menjadi sumber kehidupan mereka dengan masih ramai terus ke laut menjadi nelayan meskipun ada banyak peluang kerjaya lain terhidang, terutama di bandar seperti Melaka. Jika yang sudah berjaya membina kerjaya pula, kehidupan nelayan tidak pula terhenti begitu saja. Masih ramai yang terus ke laut pada masa lapang kerana bagi mereka, lautan dan orang Portugis sukar sekali untuk dipisahkan. Malah, ada perayaan khas untuk nelayan dikenali sebagai San Pedro, perayaan menyambut hari jadi San Pedro, penaung kepada nelayan.

Page 5: Bangunan Bersejarah [Kota A Famosa]_Sumber Elektronik.pdf

4

Lebih menguntungkan mereka, minat dan kehidupan itu kini memberi kelebihan pula kerana hasil laut yang ditangkap sendiri boleh terus dijual dalam kalangan mereka yang membuka perniagaan di medan selera sekitar pantai yang 100 peratus diusahakan orang Serani atau Portugis itu. Ada juga yang lebih rajin dengan memasak dan menjual sendiri hasil laut sekali gus memberikan kehidupan lebih baik kepada mereka. Tidak dinafikan mereka cukup selesa dengan kehidupan sebegitu hinggakan ada yang menggelar mereka sebagai 'orang laut'. Apa tidaknya, anak seusia lima tahun tidak kisah bermain air di tebing pantai keruh yang sebenarnya tidak sesuai untuk mandi. Kehidupan dalam komuniti berpusat di Kampung Portugis nyata memberikan kelebihan kepada masyarakat ini untuk mempertahankan cara hidup mereka. Semuanya mengenai mereka boleh ditemui di situ. Apa saja perayaan dan sambutan mengenai masyarakat itu berlaku di kampung itu. Ia sekali gus menjadikan perkampungan mereka sentiasa meriah. Setiap masa ada saja orang luar mengunjunginya terutama pada waktu malam yang mana medan selera di tepi laut dalam kampung itu sentiasa penuh dengan pengunjung. Mungkin kerana fokus masakan di situ iaitu makanan laut segar dan dijamin halal cukup kuat menarik perhatian orang ramai, bukan sekadar dari Melaka, tetapi seluruh negara. Apapun, keunikan masyarakat Portugis tidak setakat itu saja kerana lebih banyak untuk dikongsi termasuk mengenai budaya dan keagamaan yang menonjolkan kelainan berbanding masyarakat lain. - Bersambung esok Perkampungan di tepi laut jadi tarikan pelancong asing PADERI Sir Chang ialah nama asal perkampungan Portugis di Melaka sebelum ditukar menjadi penempatan Portugis selepas diwartakan oleh kerajaan British. Nama berkenaan ada hubung kait dengan pembukaan kampung itu oleh dua paderi iaitu Martino Larado dari Portugal dan Reven Fansua dari Perancis. Kampung itu juga pernah dikenali sebagai Kampung St John kerana berada di lokasi berhampiran bukit San Juan. Pembukaan kampung itu berlaku pada 1926 selepas dua paderi itu mahu masyarakat Portugis yang ketika itu berselerak di beberapa kawasan supaya dapat tinggal dalam satu kawasan untuk mempertahankan budaya dan cara hidup mereka.

Page 6: Bangunan Bersejarah [Kota A Famosa]_Sumber Elektronik.pdf

5

"Dua paderi itu membuat permohonan kepada kerajaan British ketika itu dan membeli tanah seluas 28 hektar di tepi laut yang dikatakan bernilai RM50,000. Pembelian tanah di tepi laut adalah sesuai dengan jiwa orang Portugis yang gemar dengan aktiviti laut. Sukar untuk pisahkan kami dengan lautan. "Sebelum kawasan ini dibeli, orang Portugis berselerak di enam daerah iaitu Tengkera, Kubu, Bunga Raya, Bandar Kabar, Bandar Hilir, Kampung Laut dan Bukit San Juang. "Selepas penempatan ini diwujudkan, sedikit demi sedikit orang Portugis berpindah dan tinggal di sini kerana tanah ini sudah diwartakan sebagai tanah untuk orang Portugis saja. Jika nak jual, hanya kepada orang Portugis," cerita Ketua JKKK, Peter Gomez. Meskipun perkampungan itu sudah diwujudkan sejak 1926, pada 1930 hanya ada tiga keluarga yang sanggup berpindah dan tinggal di situ. Walaupun tanah itu ditawarkan secara percuma, tidak ramai sanggup mendirikan rumah di kawasan yang pada ketika itu berpaya. Disebabkan kurangnya sambutan untuk mendirikan rumah di situ, dua paderi tadi meminta bantuan British untuk mendirikan rumah panjang yang disewakan sebanyak RM1 sebulan. Selepas itu, sedikit demi sedikit pembangunan berkembang di situ dan semakin ramai berpindah ke perkampungan itu. "Jika masuk ke kampung ini, bermula dari pintu gerbangnya, di sebelah kanan adalah perkampungan asal. Kerana itu rumahnya rapat dan padat. Kebanyakannya masih ke laut sebagai nelayan," katanya lagi. Kini, perkampungan Portugis dijangka akan kekal dengan imej dan cara hidup mereka dalam tempoh lebih lama kerana ia sudah diwartakan sebagai kampung warisan dengan pemilik tanah di situ tidak boleh menjual tanah mereka kecuali kepada orang Portugis. Malah, lokasi mereka yang dianggap cukup strategik sering menjadi tumpuan pelancong sekaligus menjadikannya sebagai lubuk rezeki masyarakat ini.

Page 7: Bangunan Bersejarah [Kota A Famosa]_Sumber Elektronik.pdf

6

Headline: Kubu lama tarikan baru Banda Hilir

Publication: BH Date of publication: May 19, 2009 Section heading: Hip Page number: 016 Byline / Author: Oleh Saadiah Ismail

MELAKA khususnya di Bandaraya Melaka Bersejarah sememangnya kaya dengan pelbagai sejarah. Selain Majapahit dan kerajaan Melayu Melaka, peninggalan lain yang lazimnya banyak ditemui di negeri itu adalah membabitkan penjajah Barat seperti Portugis, Belanda dan Inggeris. Antara penemuan terbaru dan kini menjadi tatapan masyarakat khususnya pelancong, adalah dua kubu lama peninggalan penjajah Portugis di Banda Hilir. Kubu berusia ratusan tahun ini dikenali sebagai Bastion Middleburgh dan Bastion Fedrick Hendrick. Kubu ini letaknya di tepi Sungai Melaka iaitu antara Bangunan Stadhuys atau lebih sinonim disebut Rumah Merah dan Quayside atau replika Kincir Air Kesultanan Melayu Melaka. Bagi pengunjung yang melalui di hadapan Bangunan Stadhuys pasti akan melihat kubu lama ini. Kejayaan menemui dua kubu lama penjajah ini adalah hasil usaha Jabatan Warisan Negara, menerusi kajian mendalam ke atas sebuah peta lama. Bastion Middleburgh ditemui pada 25 November 2006, manakala Bastion Fedrick Hendrick ditemui pada 25 Mei 2007. Penolong Pengarah Arkeologi dan Konservasi Jabatan Warisan Negara, Muhamad Muda Bahadin, berkata, kubu berkenaan ditemui tertimbus di atas sebuah bangunan dan jalan utama memasuki pusat Bandaraya Melaka Bersejarah. Ketika ditemui, pelbagai khazanah berharga lain turut ditemui di situ seperti jajaran Tembok Kota A'Famosa yang dibina pada zaman pemerintahan Portugis dan Belanda, selain Malacca Waterworks yang dibina oleh Inggeris pada 1893. "Selain itu, artifak berharga lain yang berjaya kita temui ialah seperti pecahan tembikar tanah, pinggan mangkuk tembikar, paip Belanda, peluru senapang dan duit syiling. Semua barang ini kemudian disimpan dengan baik, sebelum dipamerkan kepada orang

Page 8: Bangunan Bersejarah [Kota A Famosa]_Sumber Elektronik.pdf

7

ramai," katanya ketika ditemui baru-baru ini. Muhamad Muda berkata, sebaik penemuan itu, Jabatan Warisan Negara kemudian bertungkus-lumus untuk menyelamatkan bekas tembok berkenaan daripada terus dimakan hakisan akibat penambakan tanah yang berulang kali serta mendapan Sungai Melaka. Katanya, Bastion Middleburgh yang mengalami kemusnahan sewaktu Inggeris menduduki Melaka siap dibina semula menggunakan batu laterit yang diimport khas dari Thailand dan bahan pelekat bagi tujuan kajian dan pelancongan. "Usaha untuk mengembalikan semua reka bentuk kubu di tapak seluas 0.09 hektar ini, selesai dilakukan pada Ogos tahun lalu. Biarpun tidak sempurna seperti diharapkan, kita berjaya juga memperlihatkan reka bentuk tembok pertahanan zaman penjajahan Portugis untuk tatapan pada hari ini. "Selain kubu menggunakan batu laterit, tapak lama ini juga dihiasi dengan lapan laras meriam yang beratnya dianggarkan 1,500 kilogram semuanya. Meriam ini, secara simboliknya pada zaman dulu digunakan untuk mengawal aktiviti perdagangan dan perkapalan di muara Sungai Melaka yang sangat sibuk ketika itu," katanya. Berbanding Bastion Middleburgh, kubu kedua iaitu Bastion Fedrick Hendrick yang letaknya bersebelahan bangunan Hong Kong & Shanghai Bank (HSBC) di Jalan Kota, ia masih belum mengalami sebarang perubahan kerana difahamkan sedang dalam proses kajian lanjut. Kubu ini, dikatakan adalah rumah kubu yang asalnya dibina oleh Portugis dan digunakan oleh Belanda. Penjajah asing itu kemudian menukarkan nama kubu ini dari San Pedro kepada Fedrick Hendrick. Tinjauan mendapati kawasan berkenaan belum menerima sentuhan untuk dinaik taraf. Bagaimanapun Jabatan Warisan Negara menyediakan sebuah khemah kecil yang dilengkapi dengan sebuah papan kenyataan, memaparkan pelbagai gambar mengenai penemuan kubu berkenaan sebelum ini. Biarpun agak ringkas, ia tetap berjaya menarik orang ramai khususnya pelancong yang melalui kawasan itu untuk singgah.

Page 9: Bangunan Bersejarah [Kota A Famosa]_Sumber Elektronik.pdf

8

Muhamad Muda berkata, Jabatan Warisan Negara masih menjalankan kajian ekskavasi untuk mendedahkan struktur kubu ini dan keluasan sebenarnya. Katanya, ketika kajian dilakukan, pelbagai monumen berjaya ditemui seperti rangka manusia lengkap yang dianggarkan ber usia 600 tahun, tertimbus di bawah tanah pada tahap kedalaman 100 sentimeter. "Keseluruhan rangka lengkap ini diekskavasi,manakala dua tengkorak lagi berjaya ditemui di bawah rangka lengkap itu. Penemuan rangka manusia dalam keadaan lengkap ini membuktikan, tapak ini pernah dijadikan lokasi pengebumian secara tergesa-gesa. "Ini kerana kedudukan rangka yang saling bertindih dan tidak menggunakan keranda serta tiada tanda nisan diatasnya," katanya. (END)

Page 10: Bangunan Bersejarah [Kota A Famosa]_Sumber Elektronik.pdf

9

Headline: Tumpu kawasan sejarah

Publication: HM Date of publication: Dec 12, 2008 Section heading: Metro Plus Page number: 10 Byline / Author: Oleh Mohamad Yatim Latip

MELAKA: Lokasi bersejarah di sekitar Bandar Hilir di sini, menjadi tumpuan pelancong asing dan tempatan sempena musim cuti sekolah kali ini tidak kira pada hari bekerja atau hujung minggu. Antara lokasi paling digemari pelancong ialah Bangunan Stadthuys yang menempatkan Jam Besar dan Victoria Fountain di Jalan Laksamana, Bukit St Paul yang juga dikenali Gereja St Paul dan Kota A`Famosa. Bagaimanapun, tinjauan Metroplus ke Bukit St Paul mendapati ramai pelancong asing dan tempatan datang bersama keluarga tertarik dengan keunikan runtuhan bangunan bersejarah di atas bukit itu. Tidak ketinggalan, sekumpulan pelajar dari Muar, Johor datang ke sini dengan bas semata-mata untuk melawat beberapa tapak bersejarah di negeri ini. Norafidah Jasman, 17, yang baru selesai menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) datang bersama beberapa rakan seasramanya berkata, ini kali pertama mereka melawat kawasan bersejarah di negeri ini. Menurutnya, dia tertarik melihat kesan peninggalan sejarah masih kekal hingga kini dan dipulihara. "Apabila berada di atas Bukit St Paul, kita bukan saja dapat melihat kesan sejarah runtuhan bangunan, malah boleh menikmati pemandangan kawasan sekelilingnya. "Meskipun kali pertama datang ke sini, kami seronok berada di atas bukit ini termasuk kawasan lain yang dilawati," katanya. Sementara itu, pelancong dari England, dikenali sebagai Claire dan Kaylee, masing-masing berusia 23 tahun, berkata ini kali pertama mereka berkunjung ke Melaka dan

Page 11: Bangunan Bersejarah [Kota A Famosa]_Sumber Elektronik.pdf

10

teruja melihat sendiri kesan sejarah seperti diuar-uarkan media, sekali gus membolehkan negeri ini menerima pengiktirafan sebagai Tapak Warisan Dunia. Menurut Kaylee, walaupun baru mendaki ke Bukit St Paul, dia dan rakannya cukup terpesona dengan kedudukan struktur runtuhan lama di bukit berkenaan. "Walaupun kami tidak lama di sini, ia sangat berbaloi dapat melawat negeri yang kaya dengan pelbagai peninggalan sejarah terutama yang ada kaitan dengan era pemerintahan Portugis dan Belanda yang masih utuh," katanya. (END)

Page 12: Bangunan Bersejarah [Kota A Famosa]_Sumber Elektronik.pdf

11

Headline: Melaka destinasi cuti

Publication: HM Date of publication: Aug 22, 2008 Section heading: Metro Plus Page number: 07 Byline / Author: Oleh Meor Riduwan Ahmad

MELAKA: Bandar raya ini kembali sesak dengan kunjungan ribuan pelancong dari dalam dan luar negara untuk melawat tempat menarik dan bersejarah sepanjang musim cuti sekolah ini. Tinjauan Harian Metro mendapati antara tempat menjadi tumpuan pelancong selain Zoo Melaka adalah Menara Taming Sari, Gereja St Peter, Kota A' Famosa, Gereja St Paul, Muzium Rakyat, Muzium Samudera, Jonker Street, Dutch Square dan Bangunan Stadhuys. Rata-rata pelancong dilihat datang bersama keluarga dan rakan. Beberapa pelancong yang ditemui menjelaskan mereka memilih negeri ini sebagai destinasi lawatan disebabkan kedudukan tempat pelancongannya yang berpusat dan memudahkan orang ramai untuk bergerak dari satu tempat ke tempat lain. Pelancong dari Pahang, Law Dan Lit, 22, berkata dia dan tiga rakannya memilih Melaka kerana menyahut saranan kerajaan supaya rakyat melancong dalam negeri. Katanya selain dapat menjimatkan kos, mereka teruja untuk melihat sendiri pembangunan di negeri ini serta pelbagai tempat bersejarahnya sehingga diiktiraf Tapak Bandaraya Warisan Dunia. "Ini kali pertama saya datang ke Melaka, begitu juga dengan kawan-kawan saya. Kebetulan kami sedang bercuti semester, jadi kami sepakat datang ke Melaka. "Kami tiba malam Sabtu lalu dan menginap di hotel. Tempat yang pertama dilawati adalah Kota A' Farmosa dan Dataran Pahlawan selain medan selera Newton. "Apa yang menarik juga kebanyakan tempat pelancongan terletak setempat yang memudahkan pelancong seperti kami melawat dari satu kawasan ke kawasan lain dengan berjalan kaki. Ia menjimatkan kos tanpa perlu menaiki teksi atau bas," katanya

Page 13: Bangunan Bersejarah [Kota A Famosa]_Sumber Elektronik.pdf

12

yang juga penuntut Universiti Malaysia Pahang. Rakannya, Lim Chez Haw, 21, pula berkata, dia kagum dengan usaha dilakukan negeri ini bagi memelihara bangunan bersejarah seperti Kota A' Famosa dan Gereja St Paul serta Dutch Square di mana letaknya jam besar. "Selama ini saya hanya membaca dan melihat gambar Kota A' Farmosa melalui buku sejarah dan juga Internet. Tapi hari ini saya dapat melihat keunikan sebahagian runtuhan kota ini yang unik dan masih kukuh binaannya," katanya. Menurut Lim yang juga penuntut Universiti Multimedia, dia teruja untuk menaiki satu lagi mercu tanda baru Melaka iaitu Menara Taming Sari yang semakin terkenal dan mendapat sambutan pelancong. Biarpun terpaksa bersesak dengan orang ramai, dia tetap bersabar menunggu giliran untuk menaiki menara berkenaan. "Saya tidak pasti bagaimana rasanya menaiki menara berpusing ini. Kena tunggu selepas kami naik dulu baru dapat gambaran macam mana seronoknya," katanya. (END)

Page 14: Bangunan Bersejarah [Kota A Famosa]_Sumber Elektronik.pdf

13

Headline: A Famosa saksi sejarah penjajah

Publication: HM Date of publication: Jun 25, 2008 Section heading: Supplement Page number: 06 Byline / Author: Oleh Norfaisal Jahuri

YANG Hebat.'Itulah makna kota A Famosa dalam bahasa Portugis kuno yang menjadi tinggalan penjajah Barat itu selepas menakluk Melaka pada 1511. Tinggalan kota di Bandar Hilir itu sekarang hanyalah struktur pintu gerbang di bahagian selatan kota berkenaan, manakala sebahagian besar kotanya hancur dimusnahkan Inggeris pada 1807. Kota A Famosa dipercayai dibina sepanjang satu kilometer dan dilengkapi lapan bastion (rumah kubu) serta mempunyai empat pintu gerbang untuk urusan keluar masuk penduduk serta barangan dagangan. Portugis yang menjajah Melaka selama 130 tahun dipercayai membina kota itu di bawah runtuhan Masjid Melayu dan makam lama Kesultanan Melayu Melaka. Kota itu bukan sahaja kubu perlindungan dan pengekalan kuasa, tetapi turut menjadi penempatan Kristian dengan lima gereja, tempat beribadat, biara dan hospital dibina. Ketika itu, semua aktiviti atau kehidupan masyarakat Portugis tertumpu di dalam kubu berkenaan sahaja dan di sekitar kawasan itu pula dijadikan penempatan orang Melayu yang hidup sebagai petani dan nelayan. Apabila Belanda mengambil alih tampuk pemerintahan pada 1641 selepas berjaya mengusir Portugis, Kota A Famosa yang sebahagian besar temboknya musnah dibedil, diperbaiki dan diguna pakai sehingga ditukar fungsi kotanya. Selepas Melaka diambil alih British, residen pertamanya, William Farquhar mengarahkan A Famosa diruntuhkan. Tujuannya untuk melupuskan tinggalan Portugis atau Belanda di Melaka. Ia juga sebagai ego Britisih ketika itu bagi menunjukkan hanya mereka Berjaya

Page 15: Bangunan Bersejarah [Kota A Famosa]_Sumber Elektronik.pdf

14

menakluki dunia dan menjadi satu-satunya bangsa penjajah. Kerja meruntuhkan kota A Famosa mengambil masa tiga bulan menggunakan bom sehinggalah pemimpin Inggeris, Sir Stamford Raffles menghalang kerja memusnahkan A Famosa agar ia menjadi tatapan generasi akan datang. Tindakan Raffles menghalang pemusnahan kota itu menyebabkan tinggalan kota yang gah pada masa dulu itu dapat dilihat sehingga kini. Malangnya, tindakan itu terlambat dan hanya rumah kubu iaitu pintu masuk Santiago Bastion seperti yang ada kini dapat diselamatkan, manakala bahagian lain habis dimusnahkan. Sejak itu, Inggeris tidak mengambil sebarang usaha memulihara kota berkenaan. Berhampiran kota A Famosa juga terletak Padang Pahlawan atau kini dikenali Dataran Pahlawan yang terpahat dalam catatan sejarah apabila Almarhum Tunku Abdul Rahman mengumumkan tarikh kemerdekaan negara sekembalinya rombongan beliau dari London pada 20 Februari 1956. Di sekitar kota A Famosa itu juga terdapat peninggalan penjajah Belanda dikenali sebagai Stadtyus yang dibina sekitar tahun 1650-an dan terkenal kerana semua bangunan sekitarnya berwarna merah. Asal bangunan berkenaan adalah berwarna putih dan pernah digunakan sebagai kediaman rasmi Gabenor Belanda serta pegawai atasannya. Di bahagian atas pintu kota A Famosa itu terletak sebuah Gereja St Paul yang dibina di atas Bukit Melaka oleh Kapten Duarte Coelho dan kemudian dijadikan makam Belanda serta ditukar nama kepada St Paul Church. Sebahagian runtuhan kota A Famosa ditemui semula ketika kerja-kerja tanah bagi projek pembinaan Menara Berputar Taming Sari dijalankan berhampiran Jalan Quayside, November tahun lalu. Berdasarkan catatan sejarah, runtuhan itu sebahagian tembok kota dikenali sebagai Kota Middleburg dan terletak dalam kawasan kota A Farmosa. Hasil penemuan itu, projek pembinaan itu dihentikan di kawasan berkenaan bagi

Page 16: Bangunan Bersejarah [Kota A Famosa]_Sumber Elektronik.pdf

15

membolehkan kajian dilakukan Jabatan Warisan Negara (JWN). Kerajaan Melaka menerusi JWN kini sedang membina semula kota itu dengan kos RM12 juta yang dibiayai Kementerian Kesenian, Kebudayaan dan Warisan . Pembinaan semula kota ini membabitkan tembok sepanjang 350 meter dan dibina atas struktur jajaran tembok binaan Portugis dan Belanda yang tertimbus sejak pengeboman sebahagian besar Kota Melaka oleh British pada 1807. Langkah membina semula tembok itu bagi menggembalikan sejarah yang musnah akibat peredaran zaman dan perang. Ia sekurang-kurangnya dapat memberi gambaran kepada pelancong dalam dan luar negara mengenai rupa bentuk dan kedudukan kota itu suatu ketika dulu. (END)

Page 17: Bangunan Bersejarah [Kota A Famosa]_Sumber Elektronik.pdf

16

Headline: Bangunan tumpuan pelancong

Publication: HM Date of publication: Aug 30, 2007 Section heading: Variasi Page number: 09

MELAKA KOTA A FAMOSA (BUKIT ST PAUL) Portugis menakluk Melaka dari 1511 hingga 1641. Antara bangunan pertama dibina adalah Kota A Famosa untuk menghalang kemaraan tentera musuh mahu menawan Melaka. Kota itu menempatkan rumah dan kedai makan, istana, bilik mesyuarat dan lima gereja. Serangan tentera Belanda yang berlarutan sehingga tujuh bulan hampir melenyapkan kota itu. Apa yang dilihat kini adalah pintu gerbang dan struktur gereja di puncak bukit. Jika ke sini, pastikan anda mengambil waktu secukupnya untuk bersantai dan bergambar di kawasan runtuhan. Di sini, anda dapat bayangkan kegemilangan kota Melaka yang pernah menjadi pelabuhan terpenting di kepulauan Nusantara satu ketika dulu. STADTHUYS Dibina pada 1650 sebagai kediaman rasmi Gabenor Belanda dan kaki tangannya. The Stadthuys adalah contoh unggul kegemilangan seni bina kuasa penjajah itu. Sesetengah pihak berpendapat, ia bangunan tertua pernah dibina Belanda di wilayah Timurnya. Bangunan itu kini dijadikan muzium memaparkan pakaian pengantin tradisional Melaka sejak 400 tahun dulu. SARAWAK

Page 18: Bangunan Bersejarah [Kota A Famosa]_Sumber Elektronik.pdf

17

MAHKAMAH KUCHING LAMA Bangunan ini digunakan sebagai pusat pentadbiran era Brooke yang menempatkan semua agensi kerajaan dalam satu bumbung. Kini, ia diubah suai menjadi Kompleks Pelancongan Sarawak. Pembinaannya bermula pada 1868 dan menerapkan gabungan seni bina klasik dengan tambahan beranda yang panjang dan blok memanjang. Berdekatan dengannya, batu peringatan berdepan dengan Kuching Waterfront, diasaskan pada 1924 sebagai menghargai semangat dan dedikasi Charles Brooke dalam membangunkan Sarawak. Batu yang mempunyai empat permukaan itu mewakili China, Iban, Melayu dan masyarakat Kayan, simbol masyarakat majmuk di situ. BANGUNAN JEPUN KETIKA PERANG DUNIA KEDUA Bangunan ini dibina menggunakan kerahan tenaga tahanan perang yang memisahkan Jalan India dan Jalan Carpenter. Bangunan lain di barisan sama adalah Pavilion yang dibina pada 1909 digunakan sebagai markas propaganda tentera Jepun. Selepas perang, ia menempatkan Jabatan Pendidikan sehingga akhir 70-an sebelum diganti oleh Jabatan Kehakiman. PULAU PINANG FORT CORNWALLIS Kubu ini dinamakan sempena Gabenor Jeneral di Bengal pada akhir 1700 iaitu Charles Cornwallis. Ia adalah tapak paling bersejarah di Georgetown yang mesti dikunjungi pelawat ke Pulau Mutiara ini. Ia terletak berdekatan Esplanade, bersebelahan Victoria Memorial Clock. Tinggi dinding kubu kira-kira 10 kaki dan strukturnya dibina mengikut corak bintang. Lawatan dalam kubu memakan masa sekitar 10 minit. Di dalamnya anda boleh melihat struktur asal yang dibina lebih seabad lalu termasuk

Page 19: Bangunan Bersejarah [Kota A Famosa]_Sumber Elektronik.pdf

18

gereja, penjara, stor barangan keperluan, rumah api yang pernah digunakan untuk memberi panduan kepada kapal dan beberapa meriam gangsa. Salah satunya meriam milik Belanda yang digelar Seri Rambai, dibina sekitar 1603. Mengikut cerita orang lama, meriam ini mempunyai kuasa ajaib untuk memakbulkan impian perempuan yang mahukan anak. Hari ini, tapak sejarah ini dilengkapi dengan pusat maklumat pelancong, kafe, amfiteater, galeri sejarah, pusat kraftangan dan khidmat jurupandu yang membantu anda menyelami kisah kubu lama ini. (END)

Page 20: Bangunan Bersejarah [Kota A Famosa]_Sumber Elektronik.pdf

19

Headline: `Venice Timur' penuh khazanah

Publication: HM Date of publication: Jul 27, 2006 Section heading: Variasi Page number: 02 Byline / Author: Oleh Riadz Radzi

`SEGALA-galanya di Malaysia bermula di Melaka'. Ayat ini cukup sinonim dengan negeri kecil, `cili padi' yang cukup padat dengan legenda dan sejarah. Dengan keluasan 1,650 kilometer persegi, Melaka yang juga negeri kedua terkecil di Malaysia cukup `luas' dari aspek pelancongan. Melaka begitu kaya dengan sejarah dan legenda, malah ia negeri yang terkenal di Asia Tenggara pada suatu masa dulu. Ia pernah digelar `Venice Timur' kerana menghubungkan perdagangan di antara Timur dan Barat dan dijadikan titik bertemunya budaya Melayu, Cina, India, Arab, Portugis, Belanda dan Inggeris. Sehubungan itu, pemilihan slogan "Melawat Melaka Bererti Melawat Malaysia" tepat kerana menggambarkan semuanya ada di Melaka. Berpeluang menjejakkan kaki ke bumi Hang Tuah, baru-baru ini memberikan satu pengalaman menarik kepada penulis. Berjalan sendirian di tengah Bandar Hilir, Melaka yang dipenuhi monumen bersejarah itu boleh membuatkan kita terbayang-bayang apa yang berlaku kira-kira 500 tahun dulu. Di situlah terletaknya kota A'Famosa yang dibina Portugis selepas menakluk Melaka pada 1511. Bersebelahan A'Famosa di kaki Bukit St Paul pula terletak Muzium Kebudayaan Melaka yang dibina berdasarkan gambaran dan rujukan daripada istana yang terdapat dalam "Sejarah Melayu" (lokasi istana asal adalah di atas Bukit St Paul). Tidak jauh dari muara Sungai Melaka pula terletak bangunan Stadhuys dan Gereja Christ yang masing-masing dibina pada 1650 dan 1753.

Page 21: Bangunan Bersejarah [Kota A Famosa]_Sumber Elektronik.pdf

20

Kedua-dua struktur bangunan ini melambangkan seni reka bentuk Belanda yang halus dan tulen. Menghayati keempat-empat binaan bersejarah itu sudah cukup untuk menceritakan mengenai peperangan, penyeksaan, penyelasan dan perjuangan yang pernah dilalui Melaka yang bermula sejak ia dijumpai putera raja dari Palembang, Parameswara pada 1396. Apabila berdiri menghala ke muara Sungai Melaka, seolah-olah tidak percaya kawasan sekitarnya pernah meragut ribuan nyawa ketika pertempuran di antara tentera Portugis yang diketuai Alfonso de Alburquerque dan hulubalang Melaka pada 1511. Pengaruh sejarah mencorakkan Melaka dengan pelbagai kaum yang mempunyai budaya yang menarik sebagai satu daya tarikan yang unik di Melaka. Perkahwinan Sultan Mansur Shah dengan Puteri Hang Li Poh yang memperkuatkan hubungan diplomatik Melaka dan China sekitar 1457 hingga 1477 menjadi titik mula perkahwinan campur di Melaka dengan kelahiran Baba Nyonya yang mempunyai cara hidup, berpakaian dan bahasa yang unik. Selain Baba Nyonya dan tiga kaum utama iaitu Melayu, Cina dan India, Melaka juga dihuni oleh masyarakat Portugis seperti di Penempatan Portugis di Ujung Pasir dan Praya Lane, Bandar Hilir. Apa yang pasti, kunjungan ke Melaka dalam jangka masa yang singkat sebenarnya tidak mencukupi kerana walaupun negeri ini kecil, banyak tempat menarik perlu dilawati. Tempat bersejarah di Melaka A. Bukit Cina > Terletak di Jalan Puteri Hang Li Poh dan menjadi penempatan rasmi pendatang Cina yang datang bersama dengan Puteri Hang Li Poh untuk dikahwinkan dengan Sultan Mansur Shah. Kini, Bukit Cina adalah kawasan kubur Cina yang terbesar di luar negara China di mana sebahagian batu kubur berkenaan dibina pada zaman Dinasti Ming. B. Perigi Hang Tuah

Page 22: Bangunan Bersejarah [Kota A Famosa]_Sumber Elektronik.pdf

21

> Perigi ini terletak di Kampung Duyong iaitu tempat Hang Tuah menghabiskan zaman kanak-kanaknya bersama sahabat karibnya yang kemudian menjadi pahlawan terkenal di Melaka. C. Gereja St Paul > Dibina oleh Kapten Portugis bernama Duarte Coelho. Selepas ditawan pihak Belanda, ia ditukar kepada tempat persemadian bangsawan dan dinamakan kepada gereja St Paul daripada nama asalnya `Our Lady of The Hill'. D. Gereja St Francis Xavier > Gereja yang terletak di Jalan Laksamana ini dibina pada 1849 oleh rakyat Perancis iaitu Paderi Farve. Menara gereja ini dibina khas bagi memperingati St Francis Xavier. St Francis Xavier juga dikenali sebagai `Apostle of the East' berikutan kegiatannya menyebarkan agama Katholik di Asia Tenggara pada kurun ke-16. (END)

Page 23: Bangunan Bersejarah [Kota A Famosa]_Sumber Elektronik.pdf

22

Headline: Kota A'Famosa warisan Portugis di Melaka

Publication: BH Date of publication: Oct 22, 2008 Section heading: Supplement Page number: 03 Byline / Author: Oleh Amirullah Andi Nur

SEKIRANYA merancang untuk melancong ke Melaka, pastikan nama Kota A'Famosa ada dalam senarai kunjungan. Bekas kubu pertahanan Portugis berusia kira-kira 500 tahun ini, adalah destinasi yang wajib dilawati sebaik memijak penempatan penduduk antara tertua di Malaysia ini. Malah, tidak akan lengkap lawatan ke negeri itu jika tidak mengunjungi tempat berkenaan, selari dengan slogan pelancongan negeri kelahiran Hang Tuah ini, iaitu Melawat Melaka Bersejarah Bererti Melawat Malaysia. Kota A'Famosa terlalu sinonim dengan Melaka, sebab itu ia dianggap sebagai mercu tanda industri pelancongan di negeri berkenaan. Bagi yang pertama kali datang ke Melaka, amat mudah untuk mencari tempat ini kerana terletak betul-betul di pusat tumpuan pelancongan negeri berkenaan, selain bersebelahan pusat beli-belah terkenal Dataran Pahlawan Melaka Megamall di Bandar Hilir. Mengikut bahasa Portugis Kuno, A'Famosa bermaksud yang hebat. Kehebatan yang dimaksudkan di sini, tentunya merujuk kepada struktur premis dibina dengan reka bentuk menakjubkan dan pertama seumpamanya di Melaka ketika itu. Jika diimbas sejarahnya, Kota A'Famosa dipercayai dibina sepanjang satu kilometer dan dilengkapi lapan rumah kubu atau bastion, selain mempunyai empat pintu gerbang untuk urusan keluar masuk penduduk serta barangan dagangan. Dikatakan kota ini dibina di bawah runtuhan Masjid Melayu dan makam lama Kesultanan Melayu Melaka. Pembinaannya bukan saja bertujuan sebagai kubu dan pengekalan kuasa Portugis ketika itu, malah menjadi lokasi bagi penempatan masyarakat berkenaan. Ketika itu, semua aktiviti masyarakat penjajah ini bertumpu di situ, manakala persekitarannya pula dihuni komuniti Melayu, kebanyakannya bekerja sebagai petani dan nelayan.

Page 24: Bangunan Bersejarah [Kota A Famosa]_Sumber Elektronik.pdf

23

Apabila Belanda berjaya mengambil alih pemerintahan Melaka pada 1641, sebahagian besar tembok kota ini musnah akibat terkena bedilan ketika ia dipertahankan Portugis. Penjajah baru dari Eropah itu bagaimanapun tidak merobohkan terus kota ini, sebaliknya memperbaiki sebelum turut menjadikan ia penempatan mereka. Selepas Melaka diambil alih oleh British pada awal 1800, Residen pertamanya ketika itu William Farquhar mengarahkan kota berkenaan diruntuhkan. Matlamatnya agar tiada lagi tinggalan Portugis atau Belanda di Melaka, di samping ingin memaparkan kehebatan mereka menakluk pusat perdagangan terbesar di rantau Nusantara. Kerja meruntuhkan sebahagian Kota A'Famosa ini bermula 1807 dikatakan mengambil masa tiga bulan dengan menggunakan bom. Bagaimanapun kerja-kerja itu dihentikan seorang pegawai kanan Inggeris ketika itu, Sir Stamford Raffles, atas alasan ia wajar jadi bahan sejarah untuk tatapan masa depan. Malangnya, usaha beliau agak terlambat kerana hanya rumah kubu iaitu pintu masuk Santiago Bastion seperti yang dilihat hari ini berjaya diselamatkan. Penjajah Inggeris yang menakluk Melaka sehingga merdeka, selepas itu tidak pula pernah mengambil sebarang usaha memulihara kota berkenaan sebagai bahan sejarah. Jadi apa yang boleh dilihat menerusi tinggalan Portugis ini sekarang, hanyalah struktur pintu gerbang di bahagian Selatan kota berkenaan, manakala sebahagian besar struktur kotanya hancur dimusnahkan sama sekali. Namun pada hari ini, kita dapat lihat kerajaan Melaka sedang berusaha mewujudkan semula kota yang musnah itu. Menariknya mengenai Kota A'Famosa ini juga, lokasi ia berada sekarang dikelilingi oleh pelbagai tarikan pelancongan khususnya dalam bentuk produk sejarah atau tinggalan lama. Jadi bagi pengunjung yang ingin melawat kota ini, pastinya akan berpuas hati kerana mendapat `bonus tambahan' untuk dilawati. Antaranya, Dataran Pahlawan yang menjadi lokasi Perdana Menteri pertama, Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj mengumumkan tarikh kemerdekaan negara iaitu pada 20 Februari 1956, ketika rombongan beliau selamat tiba dari London. Selain itu, Bangunan Stadhyus (Rumah Merah) yang dibina Belanda pada 1650-an, selain Gereja St Paul di atas Bukit Melaka yang dibina Kapten Duarte Coelho, pelbagai muzium dan galeri di Jalan Kota serta replika kapal dagang. Tarikan terbaru di kawasan ini adalah Menara Taming Sari disamping beca dan pusat beli belah Mahkota Parade.

Page 25: Bangunan Bersejarah [Kota A Famosa]_Sumber Elektronik.pdf

24

Terdapat juga beberapa sekolah berusia lebih 100 tahun yang menjadi jiran Kota A'Famosa, seperti Sekolah Kebangsaan Bandar Hilir, Sekolah Menengah Kebangsaan St Francis dan Sekolah Menengah Tinggi Melaka serta hotel bertaraf lima bintang, iaitu Hotel Equatorial. (END)

Page 26: Bangunan Bersejarah [Kota A Famosa]_Sumber Elektronik.pdf

25

Headline: Melaka kaya muzium

Publication: BH Date of publication: Oct 22, 2008 Section heading: Supplement Page number: 09 Byline / Author: Oleh Nasir Abd Wahab

PERCAYA atau tidak, Melaka yang wujud sejak lebih 500 tahun lalu, mungkin satusatunya negeri di Malaysia yang mempunyai paling banyak muzium. Sebut saja apa jenis muzium, hampir semuanya ada di bumi kelahiran Hang Tuah ini. Sesuai dengan statusnya sebagai negeri yang menempatkan Bandaraya Warisan Dunia, Melaka kini memiliki 21 muzium yang kebanyakannya menempatkan pelbagai khazanah sejarah untuk rujukan generasi akan datang. Sebahagian besar muzium ini letaknya di kawasan Kompleks Warisan Melaka iaitu di Bandar Hilir. Semua muzium ini diuruskan oleh Perbadanan Muzium Melaka (Perzim) selain Jabatan Muzium Negara (JMN), Kastam Diraja Malaysia (KDRM) dan Umno. Bermula dari Jalan Gereja di Bandar Hilir, ada Muzium Belia dan Balai Seni Lukis Melaka. Di kawasan sama di Bangunan Stadhuys dikenali sebagai Kompleks Stadhuys, menempatkan Muzium Sejarah dan Etnografi, Muzium Pemerintahan dan Demokrasi, Muzium Sastera serta Muzium Yang di-Pertua Negeri Melaka. Lokasi semua muzium ini yang dibina berdekatan memudahkan kunjungan pelancong. Sebab itu tahun lalu saja, Perzim mencatatkan 425,000 mengunjungi tempat ini. Kawasan berhampiran di Jalan Quayside, tidak jauh dari Bangunan Stadhuys pula menempatkan Muzium Islam, Muzium Setem, Muzium Rakyat, Muzium Kecantikan, Muzium Layang-Layang dan Muzium Dunia Melaka Dunia Islam. Selain itu, di kawasan berkenaan juga terdapat Muzium Seni Bina di bawah pengurusan JMN dan Muzium Umno. Tidak jauh dari kawasan berkenaan iaitu di Jalan Istana terdapat Muzium Kesultanan Melayu Melaka yang dibina menyerupai Istana zaman Kesultanan Melayu Melaka bersebelahan Kota A'Famosa. Tapak replika muzium itu dikatakan tapak asal Istana Kesultanan Melayu Melaka

Page 27: Bangunan Bersejarah [Kota A Famosa]_Sumber Elektronik.pdf

26

sebelum ia dibakar Portugis bagi membina Kota A'Famosa. Berhampiran istana itu pula iaitu berhampiran Jalan Merdeka dan bersebelahan Sungai Melaka, terdapat Muzium Samudera Fasa I (replika Kapal Flo De La Mar) dan Fasa II, Muzium Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) serta Muzium KDRM. Di luar Kompleks Warisan Melaka pula ada Muzium Al-Quran yang beroperasi di Kompleks Masjid Al-Azim, bersebelahan Hospital Melaka dan Muzium Chitty di Jalan Gajah Berang. Terdapat juga Muzium Pendidikan di Bukit Baru dan Muzium Orang Asli di Ayer Keroh. Kawasan luar dari Bandaraya Melaka Bersejarah pula terdapat Muzium Adat Istiadat (Alor Gajah) serta Muzium Pertanian (Jasin). Selain muzium turut terdapat enam galeri yang diuruskan Perzim iaitu Galeri Tun Ghafar Baba; Galeri Laksamana Cheng Ho, Galeri Ketua Menteri, Galeri Melaka, Galeri Seni Rakyat dan Galeri 3D. Bagi menambahkan lagi tarikan sedia di Melaka, Perzim turut merancang membina dua buah lagi muzium tambahan bagi menampung keperluan iaitu Muzium Wanita Sedunia dan Muzium Perdagangan di Banda Hilir menjelang 2010. Dalam pada itu, Pegawai Promosi Perzim, Faizal Abd Hamid, berkata muzium yang diuruskan Perzim dibuka setiap hari termasuk cuti umum bermula dari jam 9 pagi hingga 5 petang dengan bayaran masuk ke setiap muzium adalah RM5 (dewasa) dan RM2 (kanak-kanak). "Terdapat lebih 50,000 artifak berkaitan sejarah, budaya, etnografi mengenai Melaka dan negara ini dipamerkan di muzium berkenaan. "Semua artifak yang berusia ratusan tahun adalah barangan paling berharga bagi negeri dan negara kerana ia melambangkan peradaban tamadun sejak zaman dulu hingga kini. "Perzim juga menggunakan sistem peragaan menerusi grafik terkini dan menarik bagi menunjukkan kegunaan atau nilai sesuatu artifak yang dipamerkan itu. Informasi yang dipamerkan juga mudah dibaca pengunjung. "Sebahagian besar muzium dilengkapi sistem penghawa dingin untuk memberi keselesaan kepada pengunjung," katanya.

Page 28: Bangunan Bersejarah [Kota A Famosa]_Sumber Elektronik.pdf

27

Faizal berkata, Perzim turut menggunakan sistem peragaan tercanggih di rantau Asia Tenggara menerusi Galeri Tiga Demensi (3D). Katanya, di galeri berkenaan pengunjung boleh melihat sistem canggih mengenai sejarah Malaysia menerusi visual serta bunyi tiga dimensi. "Sistem berkenaan adalah julung kali digunakan untuk peragaan kepada pengunjung muzium di negara ini," katanya. Muzium di Melaka * Muzium Sejarah dan Etnografi * Muzium Sastera * Muzium Yang di-Pertua Negeri Melaka * Muzium Pemerintahan dan Demokrasi * Muzium Dunia Melayu Dunia Islam * Muzium Samudera fasa I (Replika kapal Flor de la Mar) * Muzium Samudera fasa II * Muzium Kapal Tentera Laut Di Raja Malaysia (TLDM) * Muzium Kesultanan Melaka * Muzium Rakyat * Muzium Kecantikan * Muzium Layang-layang * Muzium Belia Malaysia dan Balai Seni Lukis Melaka * Muzium Islam Melaka

Page 29: Bangunan Bersejarah [Kota A Famosa]_Sumber Elektronik.pdf

28

* Muzium Setem Melaka * Muzium Chetti Melaka (Jalan Gajah Berang) * Muzium Pertanian (Jasin) * Muzium Adat Istiadat (Alor Gajah) * Muzium Orang Asli (Ayer Keroh) * Muzium Pendidikan Melaka (Bukit Baru) * Muzium Al-Quran (Masjid Al-Azim, Bukit Palah) Bilangan Galeri * Galeri Laksamana Cheng Ho * Galeri Ketua Menteri Melaka * Galeri Melaka * Galeri Seni Rakyat * Galeri 3D Vision Cara ke Bandar Hilir * Pengunjung dari luar Melaka boleh menuju ke Stesen Melaka Sentral untuk mendapatkan perkhidmatan bas Panorama atau bas London dengan bayaran tiket RM5 (tiket itu sah digunakan sehari). * Perkhidmatan teksi dengan bayaran RM15 dari Melaka Sentral untuk ke semua lokasi muzium. * Boleh menyewa beca dengan bayaran RM40 sejam. (END)

Page 30: Bangunan Bersejarah [Kota A Famosa]_Sumber Elektronik.pdf

29

Headline: A Famosa bukti kerakusan penjajah Publication: BH Date of publication: Mar 17, 2007 Section heading: Main Section Page number: 14 Byline / Author: Oleh Rozmanshah Abdullah

STRUKTUR kolonial paling tua di Asia Tenggara, Kota A Famosa bermakna `yang hebat' dalam bahasa Portugis sudah melalui pelbagai `perubahan' sejak dibina Alfonso de Alburquerque pada tahun sama Melaka dijajah Portugis, iaitu pada 1511. Apa yang tinggal untuk dihayati pelancong sekarang ialah pintu gerbang bahagian selatan kota berkenaan, yang berdiri teguh di lereng Bukit Melaka, walaupun sebahagian besar struktur kotanya hancur dibedil pihak Inggeris pada 1807. Kota A Famosa yang dipercayai dibina sepanjang satu kilometer itu melitupi sebahagian besar lapan bastion (rumah kubu) dan mempunyai empat pintu gerbang untuk urusan ke luar masuk penduduk serta barangan dagangan. Dari sudut sejarah, Portugis memerintah Melaka selama 130 tahun dan dipercayai membina Kota A Famosa daripada runtuhan Masjid Melayu dan makam lama diraja kesultanan Melaka. Pembinaannya secara tidak langsung melenyapkan kesan pemerintahan kesultanan Islam di Melaka, yang mana Masjid Melaka dan Istana Sultan dihapuskan kesannya dengan lambakan batu laterit setebal 1 hingga 2 meter yang disusun menjadi tembok luar kota itu. Dahulunya, Melaka terkenal sebagai satu kuasa besar perdagangan serta pentadbiran dan mempunyai kubu yang kuat, terutama di kawasan le reng Bukit Melaka dan pelbagai serangan kuasa asing berjaya dipatahkan se hinggalah pada 1511 apabila Melaka jatuh ke tangan Portugis. Selepas berjaya menawan Melaka, Portugis membina Kota A Famosa bagi mengelakkan serangan balas Sultan Melaka dan sekutunya serta serangan kuasa asing lain seperti Belanda dan Inggeris.

Page 31: Bangunan Bersejarah [Kota A Famosa]_Sumber Elektronik.pdf

30

Portugis bukan saja membina kota terbabit untuk tujuan perlindungan dan pengekalan kuasa, tetapi turut menjadikan kota berkenaan satu penempatan Kristian dengan lima gereja, tempat beribadat, biara dan hospital. Di dalam buku Hikayat Abdullah yang diterbitkan pada 1840, Munshi Abdullah menceritakan secara jelas karektor serta sifat Kota A Famosa dan kegunaannya pada ketika itu. Beliau mencatatkan pemerhatiannya bahawa ada bahagian kota berkenaan yang setinggi 18 meter dan pada setiap bastion (rumah kubu) ada kuarters bawah tanah yang lengkap dengan perigi serta kandang kuda. Catatan beliau juga menerangkan mengenai lorong pejalan kaki yang menghubungkan semua lapan bastion berkenaan dan mendakwa ketebalan tembok boleh mencapai sehingga enam meter. Pemerhatian beliau sebelum ini tidak dapat disahihkan kebenarannya kerana kurangnya bukti fizikal. Namun, penemuan dua kubu, Fort Santiago (2003) dan Fort Middelsburgh (2006) sedikit sebanyak menyokong fakta pemerhatian beliau. Apabila Belanda mengambil alih tampuk pemerintahan pada 1641 selepas berjaya mengusir Portugis, Kota A Famosa yang sebahagian besar temboknya musnah dibedil, diperbaiki dan diguna pakai sehingga ditukar nama serta fungsi kota terbabit. Nama kubu St Domingo ditukar kepada Victoria, Madre Dios ditukar kepada nama Emilia, manakala Eleven Thousand Virgins ditukar kepada Henriette Louise dan Kota A Famosa yang sebelum ini digunakan Portugis bagi upacara keagamaan mula bertukar fungsi menjadi pusat pentadbiran perdagangan Belanda. INFO Peristiwa dilalui A Famosa * Dijadikan tempat menyeksa pesalah. * Depot simpanan senjata dan bahan api untuk berperang. Zaman penjajahan British. * Residen pertama British, William Farquhar mengarahkan A Famosa diruntuhkan.

Page 32: Bangunan Bersejarah [Kota A Famosa]_Sumber Elektronik.pdf

31

* Kerja meroboh bermula dari sebelah Bukit Cina tetapi gagal kerana struktur bangunan begitu kukuh. * Kerja meruntuhkan sebahagian A Famosa mengambil masa tiga bulan dengan menggunakan bom. Peranan Sir Stamford Raffles * Beliau mengarahkan kerja memusnahkan kota A Famosa dihentikan. * Hanya rumah kubu, Santiago Bastion dapat diselamatkan. Sejarah berkaitan * Berhampiran kota A Famosa, Tanah Melayu mengumumkan tarikh kemerdekaannya pada 20 Februari 1956, ketika rombongan Tunku Abdul Rahman kembali dari London. * Sepanduk bersejarah bertulis "Di atas runtuhan kota Melaka kita bina negara baru" terpampang ketika pengumuman itu dibuat Tunku Abdul Rahman. INFO Bangunan Peninggalan Penjajah di Melaka Bangunan Stadthuys * Terletak di kawasan tumpuan pelancongan di Bandar Hilir dan terkenal kerana warna merah garangnya. Dibina pada 1650an dengan warna asal berwarna putih, bangunan terbabit pernah digunakan sebagai kediaman rasmi gabenor Belanda serta pegawai atasannya. * Bangunan ini menjadi bukti ketelitian dan kemahiran pertukangan batu serta kayu pada zaman itu. * Ciri unik yang ada pada bangunan berkenaan ialah ketebalan dinding batunya. Besi juga digunakan sebagai engsel kepada pintu dan tingkap kayu, manakala pintu yang digunakan ialah jenis pintu yang berat dan keras.

Page 33: Bangunan Bersejarah [Kota A Famosa]_Sumber Elektronik.pdf

32

* Bangunan ini ditukar taraf kepada Muzium Sejarah Melaka pada 1982 mempamerkan sejarah kegemilangan Tanah Melayu. Perigi Belanda * Terletak di ruang halaman depan bangunan Stadthuys, terdapat sebuah perigi yang dipercayai menjadi sumber air pada zaman pemerintahan Belanda. Telaga berkenaan dijumpai pada 1920an ketika operasi melebarkan jalan dilakukan. * Perigi ini kini menjadi tarikan pelancong. Gereja St Paul * Gereja di atas Bukit Melaka dibina oleh Kapten Duarte Coelho dan ditukar fungsi awalnya kepada makam Belanda dan ditukar nama kepada St Paul Church. Francis Xavier pernah dikebumikan di sini sebelum dikebumikan secara rasmi di Goa, India. Christ Church * Dibina pada 1753 oleh Belanda dan mengambil masa selama 12 tahun untuk dibina. Pembinaan bermula pada 1741 untuk meraikan satu abad Belanda menjajah Melaka. (END)

Sumber : http://emedia.com.my Tarikh Akses : 14 Februari 2013

Page 34: Bangunan Bersejarah [Kota A Famosa]_Sumber Elektronik.pdf

1

ARKIB : 18/08/2012

Mari melawat bandar bersejarah

A'FAMOSA merupakan antara bangunan sejarah warisan dunia yang masih dipelihara dan kini diiktiraf UNESCO sebagai Bandar Warisan Dunia.

BERCUTI ke Melaka? Apa yang menarik di sana dan kenapa lokasi ini amat popular di kalangan pelancong?

Bagi mendapatkan jawapan tersebut, mari kita baca cerita pengalaman saudari Natasha Nadia Nasaruddin dari Kampung Kandis, Kodiang, Kedah Darul Aman yang bercuti ke Melaka bersama rakan-rakan.

Pada 6 Julai lalu, saya dan empat rakan bercuti ke Melaka selama tiga hari dua malam. Setelah bagasi diletakkan dalam boot kereta maka secara tidak rasmi perjalanan pun bermula.

Aktiviti pertama selepas sampai ke bandar raya bersejarah itu, kami ke Baba House Boutique Hotel yang masih mengekalkan tradisi kebudayaan Cina Peranakan atau juga dikenali sebagai Baba-Nyonya.

Lokasi hotel ini terletak di Jalan Tun Tan Cheng Lock berhampiran lokasi tarikan pelancong terkenal seperti pusat beli-belah, kedai antik dan Jonker Street.

Selepas menjamu selera makan tengah hari dengan menu nasi campur berharga sekitar RM10, kami pun berehat di bilik hotel masing-masing memandangkan

Page 35: Bangunan Bersejarah [Kota A Famosa]_Sumber Elektronik.pdf

2

perjalanan dari Kedah ke Melaka hampir 620 kilometer dan mengambil masa hampir lapan jam perjalanan.

Tepat jam 5 petang, barulah kami berkumpul di lobi hotel dan mula menerokai bandar Melaka.

Sedang asyik melihat pembangunan bandar tersebut, kami memutuskan untuk makan di Gazeebo Melaka.

Menu pilihan hanyalah karipap dan kuih pengeram yang hanya berharga RM5.

Selepas mengalas perut, kami pun bergegas ke Pantai Puteri untuk acara seterusnya yang amat dinanti-nantikan iaitu jamuan barbeku (BBQ).

Seronok rasanya ketika membakar ayam, ikan dan hot dog yang siap di peram dengan rempah istimewa dari Kedah.

Masing-masing tolong-menolong dan sesudah penuh diisi, kami pun berjalan-jalan di sekitar Sungai Melaka.

Sekitar kawasan ini amat cantik ala-ala Venice, Itali dan kebanyakan bangunan yang terdapat di sana dihiasi gambaran kreatif cat semburan angin pelbagai bentuk dan rupa.

Dengan bayaran sebanyak RM10, kami pun naik marry go round yang diberi nama timangan Eye On Melaka.

Agak riuh suasana ketika kami menaiki permainan ini maklumlah baru pertama kali mencuba. Kelakarnya salah seorang rakan kami seolah-olah diserang histeria.

Selepas puas bergambar, kami pun pulang semula ke hotel untuk berehat. Letak sahaja kepala di bantal, terus zzzzz,zzzz,zzzzz akibat keletihan pada malam pertama.

Pukul 11 pagi keesokan harinya, kami mula bergerak mencari makanan dan berhenti makan di sebuah restoran berdekatan Dataran Pahlawan.

Lauk asam pedas Melaka menjadi pilihan dan kemudian kami ke sekitar Dataran Pahlawan, Bandar Hilir dan Kota A Famosa untuk aktiviti bergambar.

Selepas puas menikmati pemandangan atas bukit kota purbakala itu, kami pun bergerak ke lokasi seterusnya iaitu Kolam Air Panas Gadek.

Walaupun kami sedikit keletihan namun ia tidak menghalang untuk mengunjungi lokasi tersebut.

Tanpa berlengah kami pun mencelup kaki ke dalam air panas yang sedang berasap berkepul-kepul.

Page 36: Bangunan Bersejarah [Kota A Famosa]_Sumber Elektronik.pdf

3

Pada mulanya ia agak panas namun lama-kelamaan kepanasannya mula hilang kerana badan telah serasi dengan kepanasan tersebut.

Hampir sejam setengah berlalu, kami pun mengambil keputusan untuk makan malam berdekatan dengan hotel dan aktiviti membeli-belah di sekitar Jonker Street pun bermula.

Sampai di hotel, masing-masing terus tidur dan keesokan harinya selepas bersarapan kami pun terus check out pada pukul 12 tengah hari.

Bagi kami berempat, percutian ini merupakan kenangan yang paling menyeronokkan. Susah hendak gambarkan kegembiraan kami lebih-lebih lagi peluang bercuti pertama kali ke Melaka.

Page 37: Bangunan Bersejarah [Kota A Famosa]_Sumber Elektronik.pdf

4

ARKIB : 04/12/2012

Pelancong anggap Melaka miliki keunikan

MELAKA 3 Dis. - Setiap kali tibanya musim cuti persekolahan, jumlah pelancong dari dalam dan luar negara ke negeri ini meningkat berbanding hari-hari biasa.

Bagi mereka, nilai sejarah yang ada pada produk-produk pelancongan di negeri ini menjadi tarikan utama kunjungan mereka bersama keluarga.

Morshidi Hanapi, 57, dari Kuching, Sarawak berkata, dia memilih Melaka sebagai lokasi percutian keluarga kali ini selepas kunjungan yang terakhir pada tahun 1990.

"Banyak perubahan dari segi tarikan serta kebersihan di kawasan-kawasan bersejarah di negeri ini.

"Memang sesuai untuk kunjungan seisi keluarga kerana selain berhibur dan mencuci mata, anak-anak akan mendapat input sejarah," katanya ketika ditemui di Banda Hilir di sini baru-baru ini.

Bagi Norazman Bahari, 45, dari Slim River, Perak, percutian bersama keluarga kali ini membawa kepada tanggapan betapa besarnya kemajuan bidang pelancongan yang dikecapi oleh negeri ini.

Kata Norazman, kali terakhir dia ke Melaka ialah 10 tahun lalu.

"Saya baharu sampai di negeri ini semalam dari Johor kerana menghadiri kenduri dan dalam perjalanan pulang, kami sempat makan di Umbai dan menaiki Melaka River Cruise.

"Tidak lengkap perjalanan kami di selatan ini jika tidak singgah ke Melaka kerana apa yang saya tahu banyak tempat menarik terutamanya lokasi bersejarah," katanya.

Dalam pada itu, Mohd. Suffian Surit, 50, yang bekerja di Belanda menganggap industri pelancongan di negeri ini mengalami perubahan besar memandangkan tarikan pelancong semakin bertambah setiap kali dia pulang ke Malaysia.

Kata Mohd. Suffian, biarpun suasana tarikan pelancong yang dilakukan di negara ini berbeza dengan negara luar, namun perbezaan inilah yang mendekatkan hati pengunjung untuk kembali bertandang ke Melaka.

"Saya melihat Melaka masih mencuba memberikan pelbagai kemudahan serta tarikan dalam sektor pelancongan.

"Nilai sejarah yang ada termasuk pengaruh China, Belanda dan Portugis pada kebanyakan bangunan-bangunan di sekitar negeri ini mungkin antara faktor yang

Page 38: Bangunan Bersejarah [Kota A Famosa]_Sumber Elektronik.pdf

5

menyebabkan Melaka dipilih sebagai destinasi percutian," katanya yang pulang bercuti ke negara ini.

Kata Mohd. Suffian, dia yang merupakan anak jati Melaka, menetap dan tinggal di Belanda kerana bekerja.

Page 39: Bangunan Bersejarah [Kota A Famosa]_Sumber Elektronik.pdf

6

ARKIB : 04/12/2012

Melaka terus jadi tumpuan

Oleh NORLIZA MOHAMAD ZAKARIA [email protected]

PELANCONG dari dalam dan luar beratur untuk menikmati juadah makanan di Jonker Walk Bandar Hilir, Melaka, baru-baru ini. - UTUSAN/AZLI AHAD

MELAKA 3 Dis. - Kapal dagang dari seberang Sarat muatan kayu jati Dari jauh tuan datang Orang Melaka sedia menanti!

Itulah rangkap pantun yang bagaikan sudah sebati dengan pengunjung mahupun pelancong yang sering berulang-alik ke negeri yang cukup kaya dengan sejarah tersendiri ini.

Bait-bait pantun itulah menjadi pembuka bicara yang seakan-akan menggamit kunjungan sesiapa sahaja yang bertandang ke negeri Hang Tuah ini.

Melaka cukup terkenal dengan kesan peninggalan sejarah serta keunikan produk pelancongannya sehingga tidak putus menerima kunjungan pelancong domestik mahupun luar negara sepanjang tahun.

Setiap kali tibanya musim cuti persekolahan, jumlah kunjungan mereka yang bertandang ke negeri ini jelas kelihatan berlipat kali ganda berbanding hari-hari biasa.

Kunjungan yang ramai sehingga mencecah 12 juta orang ke negeri ini tahun lalu menunjukkan Melaka mempunyai 'sesuatu' yang sukar diungkap dengan kata-kata.

Page 40: Bangunan Bersejarah [Kota A Famosa]_Sumber Elektronik.pdf

7

Sejak bermulanya cuti sekolah baru-baru ini, bandar raya ini mula menjadi tumpuan pelancong tempatan dan luar negara berpusu-pusu ke Banda Hilir.

Setiap cuti hujung minggu, kesesakan jalan raya luar biasa berlaku di setiap laluan masuk ke bandar raya ini. Puluhan bas-bas pelancong dan sekolah dilihat silih berganti memasuki kawasan tumpuan pelancong di Banda Hilir.

Setiap hotel daripada lima bintang hingga bajet di sekitar Banda Hilir mula dipenuhi orang, malah ada antara mereka yang datang kecewa kerana tidak dapat menginap di hotel-hotel yang terdapat di negeri ini.

Di Banda Hilir terdapat bangunan-bangunan bersejarah seperti Memorial Pengisytiharan Kemerdekaan, Istana Kesultanan Melayu Melaka dan bangunan Stadthuys yang merupakan lokasi yang tidak pernah sunyi dengan kunjungan.

Bagi pencinta sejarah, Melaka adalah destinasi tepat untuk meneroka pelbagai isi sejarahnya yang dikatakan diasaskan oleh seorang bangsawan dari Palembang iaitu Parameswara pada tahun 1400.

Peninggalan sejarah di negeri ini tidak hanya tertumpu kepada pengasasnya sahaja, malah sejarah kesultanan Melayu, pahlawan terbilang, penaklukan Portugis, Belanda dan British serta sejarah kemerdekaan negara.

Bukti-bukti sejarah yang masih terpelihara sehingga kini, antaranya A Famosa, Perigi Hang Li Poh, Kota St. John, Makam Hang Tuah dan perkuburan Belanda adalah antara produk pelancongan terkenal di negeri ini.

Dengan terpeliharanya pelbagai bukti sejarah ditambah dengan produk pelancongan sokongan yang diwujudkan, sasaran mencapai 13 juta pelancong ke negeri ini pada tahun itu bukanlah sesuatu yang sukar.

Produk pelancongan lain yang tidak kurang hebatnya seperti Melaka River Cruise, Melaka Wonderland, A Famosa Resort, Menara Taming Sari, Zoo Melaka, muzium dan galeri serta tempat-tempat ibadat pelbagai kaum juga menjadi tarikan.

Rata-rata pelancong yang ditemui melahirkan rasa gembira melihat keunikan Melaka berbanding negeri lain di negara ini.

Selain keunikan dan keindahan panorama yang dirakamkan menerusi lensa kamera, makanan dan produk kraftangan serta keramahan masyarakat di negeri ini menambah lagi keterujaan mereka.

Mereka yang datang bersama keluarga menganggap negeri ini amat sesuai untuk percutian keluarga terutamanya menjelang cuti persekolahan.

Page 41: Bangunan Bersejarah [Kota A Famosa]_Sumber Elektronik.pdf

8

Maka tidak hairanlah andai dibandingkan dengan kebanyakan negeri di negara ini, Melaka merupakan salah satunya yang mempunyai lambakan hotel dan rumah inap yang sentiasa dipenuhi pengunjung sepanjang tahun.

Dalam usaha memberikan kepuasan kepada para pelancong yang bertandang ke negeri ini, kerajaan negeri sentiasa komited dalam meneroka pelbagai lokasi di negeri ini yang dirasakan sesuai untuk dijadikan lokasi pelancongan.

Dataran 1Malaysia di Pantai Klebang misalnya, antara lokasi yang bakal dimajukan sebagai tarikan pelancong dalam dan luar negara bagi mengisi pelbagai aktiviti air dan pesisiran pantai pada masa akan datang.

Page 42: Bangunan Bersejarah [Kota A Famosa]_Sumber Elektronik.pdf

9

ARKIB : 05/06/2012

Melaka diserbu pelancong

Oleh AMRAN MULUP [email protected]

TEMPAT-tempat bersejarah terutamanya di sekitar bangunan Stadhyus menjadi tumpuan kepada jurufoto sebagai lokasi merakam gambar perkahwinan.

MELAKA 4 Jun - Setiap kali musim cuti sekolah, Melaka sudah tentu menjadi pilihan utama kaum keluarga, sanak-saudara, ipar-duai termasuk pelancong luar negara berkunjung ke negeri ini.

Sudah menjadi satu kelaziman bukan sahaja pada musim cuti sekolah malah cuti hujung minggu atau kelepasan am, berpusu-pusu kereta dari luar masuk ke negeri ini sama ada dari Plaza Tol Simpang Ampat di Alor Gajah atau Plaza Tol Ayer Keroh.

Bukan sahaja kereta, malah bas pelancong turut berpusu-pusu masuk menuju ke pusat bandar raya.

Bagi mereka yang datang dari Johor dan Singapura pula, laluan dari Muar melalui Gerbang Selatan di Sungai Rambai menjadi laluan masuk bagi mengelak kesesakan di Plaza Tol Ayer Keroh.

Tidak kurang pula mereka yang menghadiri banyak majlis perkahwinan sempena musim cuti sekolah turut tidak melepaskan peluang berkunjung ke beberapa produk pelancongan di sini.

Page 43: Bangunan Bersejarah [Kota A Famosa]_Sumber Elektronik.pdf

10

Tinjauan Utusan Malaysia mendapati musim cuti sekolah yang bermula Jumaat lalu selama dua minggu, kawasan tumpuan di Banda Hilir seperti lazim menerima kunjungan pelancong domestik dan luar negara di luar jangkaan.

Tidak hairanlah sejak minggu lalu hingga minggu terakhir musim cuti sekolah Ahad ini hampir kebanyakan hotel di sekitar bandar raya Melaka telah habis ditempah.

Bukan sahaja hotel berstatus lima atau empat bintang habis ditempah malah hotel bajet di sekitar Banda Hilir serta sekitarnya turut dipenuhi pelanggan.

Di setiap pintu masuk hotel akan terpampang ‘full’ atau penuh, hanya menjadi penyelamat ialah penginapan inap desa atau homestay yang begitu banyak di sekitar bandar raya ini.

Jika tidak ada penginapan, mereka yang datang untuk tujuan bercuti terpaksa membatalkan hasrat itu sebaliknya sekadar membuat lawatan sehari.

Ekoran kunjungan luar biasa pelancong sejak Jumaat hingga Ahad lalu, berlaku kesesakan teruk di dua pintu plaza tol masuk ke bandar raya ini.

Kesesakan turut berlaku di semua laluan masuk ke Banda Hilir bermula dari persimpangan lampu isyarat berhampiran Hospital Melaka hingga ke Dataran Pahlawan.

Situasi yang serupa turut berlaku di Klebang dan arah masuk ke bandar raya dari Alor Gajah melalui Cheng turut mengalami kesesakan jalan raya.

Sudah menjadi kelaziman mereka yang datang ke negeri ini mesti singgah di sekitar kawasan Banda Hilir yang menempatkan kesan peninggalan penjajahan Barat bermula dengan Portugis, Belanda dan Inggeris.

Sejak dulu hingga kini aset peninggalan penjajah itu menarik kedatangan pelancong tempatan dan asing.

Kota A’ Famosa, makam Hang Jebat, perigi Hang Tuah, bangunan Stadhuys, Bukit St. Paul, kapal Samudera, muzium, Jonker Walk, Dataran Pahlawan dan Menara Taming Sari adalah antara kawasan yang menjadi tumpuan sejak dari pagi hingga ke malam.

Bot Melaka River Cruise turut menggamit ramai pengunjung apabila sejak dari pukul 9 pagi hingga 12 tengah malam, bot berkenaan dipenuhi orang ramai.

Kenderaan amfibia, Duck Tours turut menjadi tumpuan selain kawasan luar Banda Hilir iaitu di Dataran 1Malaysia, Klebang tidak terkecuali menjadi tarikan kerana di situ terdapat Muzium Kapal Selam.

Page 44: Bangunan Bersejarah [Kota A Famosa]_Sumber Elektronik.pdf

11

Di kawasan Ayer Keroh juga menjadi tumpuan kerana terdapat Planetarium, Pusat Boling Antarabangsa Melaka (MIBC) yang mempunyai 54 lorong, Taman Botanikal, Taman Tema Air Melaka Wonderland, Zoo Melaka, Taman Seribu Bunga

Tidak kurang menjadi tumpuan ialah restoran yang menghidangkan masakan asam pedas terutama di Taman Kota Laksamana.

Ikan bakar juga menjadi mercu tanda produk pelancongan terutama di Alai, Muara Sungai Duyung, Ikan Bakar Terapung Umbai, Medan Ikan Bakar Parameswara, Pernu dan Crystal Bay.

Ini kerana tempat-tempat tersebut telah sekian lama menjamu para pelancong yang datang ke negeri ini sehingga ia memberikan kesan jemu khususnya kepada mereka yang sering berkunjung ke sini.

Sumber : http://www.utusan.com.my Tarikh Akses : 14 Februari 2013