literature review

3
2.0 LITERATURE REVIEW Menurut Kamus Dewan, ‘profesion’ ialah suatu bidang pekerjaan khasnya yang memerlukan pendidikan dan kecekapan serta kemahiran yang tinggi dan latihan yang khas. Berdasarkan ciri-ciri profesion, Mok Soon Sang (1996) merumuskan secara ringkas konsep profesionalisme sebagai suatu pekerjaan yang khusus dan dijalankan oleh orang yang mempunyai kelulusan dan latihan ikhtisas yang cukup bermutu. Menurut Plato (427-347 SM), seorang ahli falsafah yang terkemuka pada zaman Yunani yang berpendapat pendidikan ialah uatu proses untuk membentuk individu yang berakhlak mulia. Jadi, proses pendidikan dapat membentuk warganegara yang baik serta setia dan mematuhi undang-undang negara.

Upload: fiona-ting

Post on 09-Dec-2015

14 views

Category:

Documents


5 download

DESCRIPTION

Literature Review

TRANSCRIPT

Page 1: Literature Review

2.0 LITERATURE REVIEW

Menurut Kamus Dewan, ‘profesion’ ialah suatu bidang pekerjaan khasnya

yang memerlukan pendidikan dan kecekapan serta kemahiran yang tinggi dan

latihan yang khas. Berdasarkan ciri-ciri profesion, Mok Soon Sang (1996)

merumuskan secara ringkas konsep profesionalisme sebagai suatu pekerjaan yang

khusus dan dijalankan oleh orang yang mempunyai kelulusan dan latihan ikhtisas

yang cukup bermutu.

Menurut Plato (427-347 SM), seorang ahli falsafah yang terkemuka pada

zaman Yunani yang berpendapat pendidikan ialah uatu proses untuk membentuk

individu yang berakhlak mulia. Jadi, proses pendidikan dapat membentuk

warganegara yang baik serta setia dan mematuhi undang-undang negara.

Mengikut Froebel (1782-852), pendidikan adalah bertujuan mencapai

kehidupan yang lurus, suci dan mulia. Manakala menurut John Stuart Mill (1806-

1874) pula memandangkan pendidikan sebagai suatu proses yang memberi bantuan

untuk setiap individu supaya berhidup dengan penuh kegembiraan.

Page 2: Literature Review

Selain itu, menurut Lieberman (1956), sesuatu profesion yang sebenar adalah

sesuatu bidang yang mempunyai ciri-ciri seperti kepentingan kemahiran intelek,

latihan ikhtisas yang mencukupi, khidmat yang diperlukan oleh masyarakat,

menikmati autonomi individu dan kumpulan, mementingkan mutu perkhidmatan,

mempunyai tatasusila perkhidmatan atau kod etika dan mempunyai organisasi

tersendiri untuk menguruskan soal-soal yang berkaitan dengan pendidikan.

Justeru itu, Ibrahim Ahmad Bajunid,(1995), berpendapat profesion keguruan

merupakan satu bentuk perkhidmatan sosial yang amat mencabar. Tenaga pengajar

dan pengurus pendidikan seharusnya peka dengan perkembangan terkini dalam

proses kepimpinan, pengurusan, pengelolaan sumber dan pencapaian matlamat

pendidikan.

Menurut Hamka, nama penuhnya ialah Haji Abdul Malik Karim Amrullah,

merupakan tokoh pendidikan Islam yang paling berpengaruh di Indonesia dalam

abad ke-20. Mengikut beliau, pendidikan ialah suatu proses yang boleh membentuk

tingkah laku yang baik, sikap yang berani serta budi pekerti yang mulia seperti sikap

merendahkan diri, sabar, menghormati orang tua dan sebagainya.

Berdasarkan pentafsir-pentafsir pendidikan oleh beberapa pakar dan ahli-ahli

pendidikan, kita dapat merumuskan konsep pendidikan seperti di bawah :

“Pendidikan ialah suatu proses atau aktiviti yang berusaha untuk mengembangkan

fizikal, intelek, sosial, dan emosi seseorang individu serta menambahkan kemahiran,

kebolehan, pengetahuan, dan pengalaman mereka supaya dapat memberi

kegembiraan, faedah, dan kemajuan dalam kehidupannya, membantu dan

mendorongnya bertindak dengan cara yang rasional bage faedah diri serta

masyarakat, bangsa, dan negaranya.”