d20102046009(bab 2 tinjauan literature)

12
1 KRL 3033 KAEDAH PENYELIDIKAN DALAM PENDIDIKAN SEKOLAH RENDAH TAJUK DISEDIAKAN OLEH: NAMA NO. MATRIK PROGRAM HASLINA BINTI AHMAD D20102046009 AT34J PENSYARAH/PEN YELIA: PROF. MADYA DR. ANI BINTI HAJI OMAR Tarikh : I MEI 2014 MENINGKATKAN KEMAHIRAN MEMBUAT ULASAN DALAM BAHASA MELAYU PENULISAN BAHAGIAN C. TAHUN 4 MENGGUNAKAN MODEL A.S.S.O.A (BAB 2 TINJAUAN LITERATURE) PEMARKAHAN

Upload: haslina-ina

Post on 22-Jan-2018

1.172 views

Category:

Law


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: D20102046009(bab 2 tinjauan literature)

1

RIS

SEMESTER 1 SESI 2010/2011

KOD & NAMA KURSUS

KRL 3033

KAEDAH PENYELIDIKAN DALAM PENDIDIKAN SEKOLAH

RENDAH

TAJUK

DISEDIAKAN OLEH:

NAMA NO. MATRIK PROGRAM

HASLINA BINTI AHMAD D20102046009 AT34J

PENSYARAH/PENYELIA: PROF. MADYA DR. ANI BINTI HAJI OMAR

Tarikh : I MEI 2014

MENINGKATKAN KEMAHIRAN MEMBUAT ULASAN DALAM

BAHASA MELAYU PENULISAN BAHAGIAN C. TAHUN 4

MENGGUNAKAN MODEL A.S.S.O.A

(BAB 2 TINJAUAN LITERATURE)

(bab

PEMARKAHAN

Page 2: D20102046009(bab 2 tinjauan literature)

2

ISI KANDUNGAN

Perkara Muka Surat

1. Bab 2 : TINJAUAN LITERATUR

2.1 Pendahuluan 3

2.2 Teori Dan Konsep Berkaitan 3 - 8

2.3 Kajian-Kajian Lepas 8 – 9

2.4 Rumusan 10

2.5 Rujukan 11 - 12

Page 3: D20102046009(bab 2 tinjauan literature)

3

BAB 2.0 : TINJAUAN LITERATURE

2.1 PENDAHULUAN

Tujuan kajian ini dijalankan antara lain adalah untuk menggunakan satu kaedah yang

sesuai serta boleh membantu murid meningkatkan tahap penguasaan ke atas kemahiran

membina ulasan yang mudah, betul,dan sesuai di dalam penulisan bahagian C. Pengkaji

menggunakan Model A.S.S.O.A untuk mengajarkan ulasan bahagian C penulisan. Dalam bab

ini juga pengkaji mengutarakan teori-teori dan konsep –konsep yang berkaitan serta

beberapa kajian berkaitan yang telah dijalankan mengenai model ulasan A.S.S.O.A

yang dijalankan.

2.2 TEORI DAN KONSEP BERKAITAN

Walshe, R.D. (1981) menyebut bahawa menulis ialah proses memilih, menggabung,

menyusun dan mengembangkan gagasan di dalam ayat, perenggan atau untuk persembahan

lisan seperti kuliah dan syarahan secara berkesan. Menulis memerlukan koordinasi tubuh

sekata seperti minda, mata dan tangan untuk memilih ujaran dan kalimat yang sesuai untuk

disepakati menjadi seperangkat ayat atau perenggan yang lengkap yang kemudiannya

memberi makna dan kesan untuk melahirkan ilham atau idea untuk difahami dan diaplikasi

oleh masyarakat umum, jika perlu.

Menulis adalah proses merekod bahan-bahan ujaran ke dalam bentuk tulisan berdasarkan

pendapat, idea, pengalaman. Ia boleh jadi hanya sekadar simbol-simbol grafik yang disusun

menjadi lambang dan membentuk perkataan, ayat dan seterusnya menzahirkan bahasa dan

gagasan tersusun yang memberi makna dan memberi manfaat kepada khalayak pembaca dan

pendengarnya.

Daripada A.C. Krizan dan Joyce. P Logan (2000) mentakrifkan menulis adalah proses

menyampaikan maklumat dan maksud. Proses penyampaian itu boleh jadi juga melalui

grafik yang digabungkan dan berkait rapat dengan lambang bunyi yang diucapkan semasa

kita bercakap sehingga dapat melahirkan gagasan yang difahami dan diikuti. Maklumat

bertulis mempunyai keupayaan untuk disimpan dan dimanfaatkan dengan pelbagai cara

seperti wahyu-wahyu yang diturunkan kepada Nabi Muhammad S.A.W yang dikumpul dan

direkodkan pada zaman Saidina Othman sehingga memberi kebaikan kepada umat Muslim

meskipun ratusan tahun sudah berlalu.

Page 4: D20102046009(bab 2 tinjauan literature)

4

Teori ialah prinsip kasar yang menjadi dasar pembentukan sesuatu ilmu pengetahuan.

Teori juga merupakan satu rumusan daripada pengetahuan sedia ada yang memberi panduan

untuk menjalankan penyelidikan dan mendapatkan maklumat baru.Pada asasnya, teori-teori

pembelajaran masa kini boleh diklasifikasikan kepada empat mazhab yang utama, iaitu,

behavioris, kognitif, sosial dan humanis.

2.2.1 Teori Pengajaran Penulisan

Terdapat beberapa teori pembelajaran yang dikaitkan secara langsung dengan

pengajaran penulisan . Ia bersangkutan dengan teori pemerolehan bahasa iaitu

rentetan peringkat perkembangan manusia daripada lahir sehingga ia membesar. Antara

teori yang dikemukakan ialah Teori behaviorisme, kognitif, mentalis dan

interaksionalis. Kesemua teori ini dikaji sehingga melahirkan teori pembelajaran bahasa

yang dipraktiskan oleh guru-guru semasa proses pembelajaran bahasa di dalam bilik darjah

berlangsung.

2.2.2 Teori Behaviorisme

Ia adalah teori yang merujuk kepada gerak balas yang berlaku apabila ada rangsangan

daripada guru dan menghasilkan pembelajaran. Ia dipelopori oleh Bloomfield, Edward Spir,

Boss dan Brooks yang merupakan ahli bahasa dan dikaji oleh ahli psikologi seperti Ivan

Pavlov. Ia merangkumi ciri-ciri seperti;

a. Proses timbal balik rangsangan dan gerak balas,

b.Gerak balas yang berulang-ulang akan dilakukan untuk memperolehi ganjaran

c. Gerak balas yang dipantau dengan peneguhan positif akan lebih kerap diulangi.

d. Gerak balas yang kerap akan menghasilkan kebiasaan

e. Proses pembelajaran bahasa adalah proses penekanan terhadap latihan dan pengulangan

yang mencorak kebiasaan. Ia adalah proses mekanis yang memerlukan koordinasi daya

mental

f Proses pembelajaran memerlukan pengukuhan berbentuk ganjaran , pemantauan dan

pembetulan serta merta.

g. Latih tubi adalah keperluan sepanjang proses pembelajaran berlangsung.

h. Pembelajaran bahasa menitik beratkan persekitaran bilik darjah yang kondusif kepada

seluruh ahli yang terlibat seperti guru dan murid-murid.

Teori ini boleh diadaptasi oleh guru-guru untuk sesi latih tubi dan penyediaan isi dan

data-data untuk membentuk sebuah karangan. Ahli behaviorisme menegaskan bahasa

Page 5: D20102046009(bab 2 tinjauan literature)

5

pengajaran bahasa mestilah dimulakan dengan kemahiran lisan. Maka, teknik sumbang

saran dalam pengumpulan isi , fakta dan data di dalam kelas amat menepati teori ini.

2.2.3 Teori Kognitif

Teori lain yang ialah Teori Kognitif yang dipopularkan oleh Jean Piaget yang

menitikberatkan perkembangan kognitif murid-murid melalui latihan mengingat, mengekod

dan menyimpan maklumat bersesuaian dengan kebolehan mental mereka. Pendapat yang

dipersetujui oleh ahli pemikiran kognitif lain seperti Robin Lakoff, D. Slobin dan Mangantar

Simantunjak ini menegaskan bahawa proses ini (pembelajaran bahasa) adalah proses internal

yang abstrak. Ia berlaku di dalam minda dan tidak dapat diukur melalui tingkah

laku. Mazhab kognitif ini menggariskan ciri-ciri berikut sebagai tunjang utama teori yang

dibawa mereka iaitu

1.Pengetahuan terhasil daripada pemikiran manusia secara semulajadi

2. Teori ini merangkumi elemen kesejagatan yang ada hubungan dengan kognitif

3. Bahasa bersifat kreatif, tidak berlegar di dalam seputar persoalan objek, peristiwa,

pengalaman perilaku atau pengalaman naluriah seperti yang didakwa oleh pemikir teori

behaviourisme

4. Otak/kognitif menjadi sarana penting dalam pemprosesan Bahasa

5. Fikiran harus berada di dalam pemikiran sebagai satu komponen yang tidak boleh terpisah

2.2.4Teori Mentalis

Ahli pemikir kognitif juga terlibat melahirkan teori mentalis yang juga dikenali sebagai Koda

Kognitif atau Innatis ini. Teori ini menegaskan bahawa bahasa adalah aktiviti mental, milik

istimewa manusia yang dikurnia bersama-sama kelahirannya. Teori ini menekankan

bahawa pengetahuan bahasa, penafsiran makna seseorang dilahirkan oleh proses di dalam

otak dan saraf. Oleh itu, George A. Miller direkodkan sebagai mencatatkan bahawa proses

mental dilakukan oleh seorang pendengar apabila menghadapi pertuturan yang meliputi

proses memadan, menerima, mentafsir, memahami dan mempercayai.

Di antara ciri-ciri teori mentalis yang berkait rapat dengan pengajaran penulisan ialah

1.Semenjak dilahirkan, manusia sudah dibekalkan dengna jentera penguasaan

bahasa. Manusia mempunyai kebolehan semula jadi untuk merumus dan membentuk ayat-

ayat mengikut sistem bahasa yang mereka ada.

Page 6: D20102046009(bab 2 tinjauan literature)

6

2. Kecekapan yang merupakan rumus-rumus atau tatacara bahasa sudah berada di dalam

mental manusia. Manakala prestasi yang merupakan penggunaan atau penghasilan daripada

apa yang berada di dalam stor mental manusia. Kedua-dua elemen ini saling kait mengait

menurut teori mentalis.

3.Murid-murid mesti diajar dengan ayat yang gramatis, iaitu yang sempurna menurut hukum

hakam tatabahasa kerana ia memainkan peranan penting dalam proses pembentukan ayat.

4.Kemahiran membaca dan menulis adalah keutamaan dan kemahiran tatabahasa pula

hendaknya diajar secara formal.

2.2.5 Teori Interaksionalisme

Teori lain yang turut terlibat di dalam proses pengajaran ialah teori

interaksionalisme. Teori ini meletakkan pembelajaran bahasa sebagai komponen wacana

dan melibatkan mental dan linguistik. Mark Halliday menegaskan bahawa kebolehan

pembelajaran bahasa tidak boleh bergantung sekadar kepada kebolehan kognitif semata-

mata.

Ini kerana, menurut beliau, kemahiran kognitif hanya membolehkan murid-murid mentafsir

makna tetapi belum tentu pentafsiran itu boleh dilahirkan di dalam bentuk bahasa yang

sewajarnya tanpa bantuan linguistic.

Teori ini menitikberatkan aktiviti komunikasi di mana penyampaian makna adalah subjek

utama di dalam proses pembelajaran dan pengajaran bahasa. Ia menekankan bahawa latihan

berterusan harus diberikan kepada murid-murid agar mereka memperolehi kekuatan

mempelajari struktur bahasa dan interaksi agar dapat menggunakan bahasa dengan fasih dan

lancar.

2.2.6 Teori Konstruktivitisme

Teori terakhir yang dibincangkan ialah teori konstruktivisme. Teori ini juga berputik

daripada pandangan kognivitisme iaitu pengetahuan manusia dibina secara aktif oleh manusia

itu sendiri melalui daya pemikirannya. Segala maklumat yang diterima oleh murid-murid

akan diserap dan disesuaikan dengan maklumat sedia ada untuk membentuk storan baru di

dalam fikirannya.

Teori pemikiran yang dibawa oleh Mc Brien & Brandt (1997) ini antaranya menegaskan

bahawa manusia tidak sekadar menerima pengetahuan tetapi membina pengetahuan melalui

informasi yang diterima otaknya. Melalui pengalaman sedia ada, murid-murid membina

pengetahuan dengan cara menguji idea dan pendekatan, mengadaptasinya dan meletakkannya

Page 7: D20102046009(bab 2 tinjauan literature)

7

bersama-sama pengetahuan sedia ada di storan baru. Teori ini lebih dikenali juga dengan

teori pengajaran dan pembelajaran berpusatkan murid. Guru bertindak sebagai penyumbang

gagasan dan pereka bentuk bahan pengajaran dan terpulang kepada murid-murid untuk

menganalisis idea, mengolah semula atau mengadaptasinya bersesuaian dengan pengetahuan

yang sedia ada di dalam mindanya.

Berdasarkan teori-teori di atas, dapatlah disimpulkan bahawa, teori pengajaran

penulisan adalah sebahagian daripada proses pemerolehan bahasa melalui prinsip yang empat

yang saling berkaitan itu iaitu kemahiran membaca, mengira, menulis, dan

menaakul. Kesemua proses tersebut melibatkan koordinasi minda dan anggota lainnya

sebagai sebahagian daripada proses pembelajaran dan pengajaran di dalam kelas.

Menurut Mahzan Arshad (2003), terdapat tiga kaedah menulis dalam Bahasa Malaysia iaitu

menulis bebas, menulis berkolabratif dan menulis berkoperatif. Menulis bebas hanya

memerlukan bantuan yang minima daripada guru dan sumber lain. Tujuannya adalah untuk

menggalakkan murid bebas menggunakan kreativiti untuk menghasilkan karya yang diingini.

Menulis berkolabratif dilakukan secara berpasangan secara bergilir-gilir untuk berkongsi idea

seperti bergilir-gilir menghasilkan perenggan dalam karangan untuk membantu murid yang

kurang bermotivasi dalam menulis. Menulis berkoperatif ialah satu kaedah pengajaran

menulis yang memerlukan guru memberi bantuan kepada murid. Guru dan murid akan sama-

sama menulis di papan tulis. Cara lain ialah setiap ahli dalam kumpulan sama-sam mencari

isi penting, membuat huraian dan mencari contoh yang sesuai bagi huraian.

Kesimpulannya, bahasa memainkan peranan untuk menghubungkan orang yang lebih

berkebolehan, iaitu guru, dan murid-murid yang lebih pintar dengan pelajar yang sedang

menjalani pembelajaran (Mercer N, 1994 dalam Roselan Baki 2003). Interaksi antara guru

dengan murid, murid dengan murid yang pelbagai kebolehan membawa memberi idea atau

pendapat dalam penulisan karangan .

Page 8: D20102046009(bab 2 tinjauan literature)

8

2.2.7 Model A.S.S.O.A

Berdasarkan model di atas,pengkaji telah memilih model A.S.S.O.A bagi meningkatkan

kemahiran membina ulasan dalam kalangan murid tahun 4 Kreatif. Model ini hanya

memerlukan murid mengingat penanda wacana yang digunakan semasa membina ulasan.

Penanda wacana tersebut ialah Antaranya mewakili (A), Selain itu mewakili(S),Seterusnya

mewakili (S), Oleh itu mewakili (O), dan Akhir sekali mewakili (A). Murid perlu mengingat

singkatan bagi huruf-huruf tersebut.

Juga Murid juga harus mencari nilai murni terlebih dahulu berdasarkan petikan. Kata

bantu yang bertanda huruf (m,s,h,d,s) juga harus diingat oleh murid. Kata bantu tersebut

mewakili (mestilah,sepatutnya,haruslah,dikehendaki, dan sewajarnya). Kombinasi proses

meningat murid boleh disimpulkan kepada singkatan (A.S.S.O.A + m+s+h+d+s (makin

sakit hati dolah sirih)

2.3 KAJIAN_KAJIAN LEPAS

Menurut Haris (1993), kefahaman guru mengenai sesuatu inovasi dalam pengajaran

dan pembelajaran adalah penting bagi melihat kejayaan pelaksanaannya. Kegagalan

pelaksanaan dalam menjalankan misi ini pasti menimbulkan kesan yang tidak baik kepada

bakal penerimanya iaitu pelajar sekolah.

Menurut Hamdan et al. (2004), memandangkan pengajaran dan pembelajaran kini telah

mengalami perubahan, iaitu yang mengkehendaki guru tidak lagi menggunakan kaedah

Page 9: D20102046009(bab 2 tinjauan literature)

9

chalk and talk tetapi telah berubah kepada penggunaan alat bantu mengajar yang canggih

seperti LCD projektor, OHP, media dan sebagainya. Oleh itu guru perlu menguasai

kemahiran komputer dengan baik dengan perisisan-perisian multimedia seperti power point,

flash, movie maker dan lain-lain lagi.

Pendidikan adalah proses dan aktiviti yang bertujuan membawa perubahan kepada

seseorang individu mengikut norma dan nilai sesuatu masyarakat. Pada zaman moden ini,

guru adalah bertanggungjawab untuk memberikan pendidikan dan menghasilkan perubahan

tingkahlaku ke atas diri seseorang. Mereka harus memahami idea perubahan dengan

sempurna, secukupnya dan menyusun strategi yang rapi untuk memastikan perubahan dapat

dilaksanakan dengan jayanya.

Bagi menangani perubahan dalam inovasi, guru perlu menguasai teknologi yang

sentiasa berubah disamping meningkatkan lagi ilmu pengetahuan. Guru perlu mengamalkan

budaya membaca, budaya belajar, budaya berfikir dan budaya menulis. Menurut Sharil et al.

(1999), melalui amalan dan penghayatan budaya ilmu ini, guru dapat menjadi teladan kepada

para pelajar. Tanpa pembinaan ilmu ini dalam inovasi dalam pengajaran dan pembelajaran,

malamat yang disasarkan agak sukar dicapai. Peningkatan dalam ilmu pengetahuan dan

teknologi sewajarnya dilakukan oleh guru kerana keupayaan guru menyelesaikan masalah

bergantung kepada keupayaan guru sebagai fasilitator, penyelesai masalah, pemangkin dan

pendorong pembelajaran.

Proses pengajaran dan pembelajaran memerlukan pelbagai kaedah dan pendekatan

digunakan. Kebanyakan guru biasanya menyampaikan pengetahuan berasaskan isi

kandungan dan berpusatkan pengajaran itu sendiri. Matlamat guru hanyalah ke arah

menyediakan pelajar untuk menduduki peperiksaan pada setiap hujung tahun. Apa yang

tejadi adalah proses pembelajaran berlaku secara dasar sahaja. Tidak mementingkan

pemahaman pelajar sama ada benar-benar menguasai kemahiran ataupun tidak. Adakalanya

setiap konsep yang disampaikan tidak jelas dan berada jauh di luar kontek sebanar.

Sehubungan dengan itu, pelajar haruslah dilatih dengan kemahiran berfikir pada peringkat

lebih tinggi. Pelajar harus dilatih dengan kemahiran berfikir secara kritikal, menganalisis

maklumat serta mengsintesiskan maklumat bagi menyelesaikan masalah dalam pelbagai

konteks.

Page 10: D20102046009(bab 2 tinjauan literature)

10

2.4 RUMUSAN

Berdasarkan literatur berkaitan dan kajian-kajian yang berkaitan telah menunjukkan

bahawa kaedah penggunaan Model A.S.S.O.A dalam sesuatu pengajaran dan pembelajaran

penulisan akan memberikan kesan yang positif terhadap pencapaian murid-murid. Model

A.S.S.O.A yang digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran juga seiring dan sesuai

dengan pandangan dan teori-teori pembelajaran seperti Teori Gestalt / Kognitif, Teori

Ausubel dan Teori Kecerdasan Gardner.

.

Page 11: D20102046009(bab 2 tinjauan literature)

11

RUJUKAN

Rujukan Buku

1- Habsah bt Nan (2006). Teknik Four Wifes One Husband : Membina Ayat Penyata

Berdasarkan Gambar Tunggal atau Bersiri. Jurnal Kajian Tindakan Guru IP Perlis :

Jilid (1) / 2006‚ 35-56.

2- Hazina Zakariah (1989). Analisis Kesilapan Dalam Membuat Ayat di Kalangan

Murid-Murid. Jurnal Pendidikan MP Seri Kota. Kuala Lumpur : Bil (2) / Oktober

1989‚ 3-19.

3- Iskandar Muda (2005). Penggunaan Latih Tubi Berdasarkan Gambar Bagi

Meningkatkan Pencapaian Dan Kebolehan Murid Tahun 5 Membina Ayat Bahasa

Inggeris. Prosiding Seminar Penyelidikan Pendidikan IPBA 2005. 26-35

4- Nor Idayu (2005). Meningkatkan Kemahiran Membina Ayat Bahasa Inggeris Melalui

Latih Tubi Menggunakan Tafsiran Gambar Dan Kata Kunci Bagi Murid Tahun

2. Prosiding Seminar Penyelidikan Pendidikan IPBA 2005. 73-84

5- Raminah Hj Sabran (1987). Penilaian Pencapaian Murid-Murid Tahun 4 KBSR

(Percubaan) dalam Penguasaan Bahasa Malaysia (Pembinaan

Ayat). Jurnal Pendidikan Guru BPG‚ KPM : Bil (3)/ Julai 1987‚ 1- 24.

6- Rosmawati bt Sakdon (2003). Penggunaan 12 Langkah Strategik untuk

Meningkatk Pengetahuan dan Kemahiran Murid Menulis Ayat “Simple Present

Tense”. Prosiding Seminar Penyelidikan Pendidikan Kebangsaan. Jilid (1) / 187-195.

7- Hazina Zakariah (1989). Analisis Kesilapan Dalam Membuat Ayat di Kalangan

Murid-Murid. Jurnal Pendidikan MP Seri Kota. Kuala Lumpur : Bil (2) / Oktober

1989‚ 3-19.

Rujukan Internet

1- Azizah Othman dan Samidon Abdullah ( 2006 ). Meningkatkan kemahiran pelajar

membina ayat mudah dengan struktur yang betul dalam bahasa Inggeris dengan

menggunakan formula

2- P/NVPA/PO/S2CD/OP3/AF2. Diperoleh pada 28 Febuari 2010

daripadahttp://www.arjpnj.com/ktindak/files/binaayat.pdf.

Page 12: D20102046009(bab 2 tinjauan literature)

12

3- Harris Fadzilah Kassim ( 2002 ).Masalah menulis karangan di kalangan pelajar-

pelajar tingkatan empat. Kertas Projek yang dikemukakan kepada Universiti Malaya

sebagai memenuhi sebahagian daripada keperluan Ij azah Sarjana Pendidikan.

Diperoleh pada 3 Mac 2010 dan dipetik daripada

jurnal http://apps.emoe.gov.my/ipba/ResearchPaper/IPBAProsiding2005.pdf

4- Hartini Binti Hussin ( 2005 ). Meningkatkan kemahiran merumus karangan bahasa

Melayu dalam kalangan murid tahun enam melalui permainan padanan kad. Prosiding

Seminar PenyelidikanPendidikan IPBA 2005. Diperoleh pada13 Febuari 2010 dan

dipetikdaripadahttp://www.arjpnj.com/ktindak/index.php?option=com_content&view

=article&id=55:meningkatkan-kemahiran-membina-ayat-mudah,pdf

5- Zalinawati Othman ( 2006 ). Meningkatkan kemahiran membina ayat mudah dalam

penulisan bahasa Inggeris menggunakan Little Book. Jurnal Kajian Tindakan Negeri

Johor 2006 Sekolah Rendah.Diperoleh pada 3 Febuari 2010

daripada http://www.arjpnj.com/ktindak/files/littlebook.pdf