literasi sains dan hubungannya dengan pendidikan sains

5
LITERASI SAINS DAN HUBUNGANNYA DENGAN PENDIDIKAN SAINS Abad ke 21 merupakan abad globalisasi di mana semua negara semakin giat dengan kemajuan sains dan teknologi. Peningkatan kemampuan dan kefahaman terhadap sains merupakan kunci kepada kemajuan sesuatu bangsa. Pendidikan sains pula memainkan peranan penting dalam menyediakan generasi yang sedia di dalam kehidupan. Mudzakir ( Hernani , et al.,2009 ) mengungkapkan bahawa pendidikan sains memiliki potensi yang besar dan peranan penting dalam menyiapkan sumber daya manusia yang berkualiti untuk menghadapi era industri dan globalisasi. Potensi ini akan dapat diwujudkan jika pendidikan sains mampu melahirkan generasi yang mahir di dalam bidangnya dan mampu berfikir secara logik, kreatif, bersifat kritis, mampu menyelesaikan masalah dan berupaya menguasai teknologi dan menyesuaikannya kepada perubahan dan perkembangan zaman. Literasi sains terbentuk daripada dua perkataan, iaitu literasi dan sains. Literasi berasal dari kata Literacy yang berarti celik huruf / gerakan pembenterasan buta huruf (Echols & Shadily, 1990). Sedangkan istilah sains berasal dari Bahasa Inggris Science yang bererti ilmu pengetahuan. Puskur (2006) mengatakan bahwa: “sains merupakan sekelompok pengetahuan tentang objek dan fenomena alam yang diperoleh dari pemikiran dan penelitian para ilmuwan yang dilakukan dengan keterampilan bereksperimen menggunakan metod ilmiah”. Menurut Programme for International Student Assessment (PISA, 2006), Literasi sains adalah kemampuan menggunakan pengetahuan sains untuk mengidentifikasi permasalahan dan menarik kesimpulan berdasarkan bukti-bukti dalam rangka memahami serta membuat keputusan tentang alam dan perubahan yang dilakukan terhadap alam melalui aktiviti manusia.

Upload: maliana-binti-ngadi-aslili

Post on 19-Oct-2015

69 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

LITERASI SAINS DAN HUBUNGANNYA DENGAN PENDIDIKAN SAINSAbad ke 21 merupakan abad globalisasi di mana semua negara semakin giat dengan kemajuan sains dan teknologi. Peningkatan kemampuan dan kefahaman terhadap sains merupakan kunci kepada kemajuan sesuatu bangsa. Pendidikan sains pula memainkan peranan penting dalam menyediakan generasi yang sedia di dalam kehidupan. Mudzakir ( Hernani , et al.,2009 ) mengungkapkan bahawa pendidikan sains memiliki potensi yang besar dan peranan penting dalam menyiapkan sumber daya manusia yang berkualiti untuk menghadapi era industri dan globalisasi. Potensi ini akan dapat diwujudkan jika pendidikan sains mampu melahirkan generasi yang mahir di dalam bidangnya dan mampu berfikir secara logik, kreatif, bersifat kritis, mampu menyelesaikan masalah dan berupaya menguasai teknologi dan menyesuaikannya kepada perubahan dan perkembangan zaman.Literasi sains terbentuk daripada dua perkataan, iaitu literasi dan sains. Literasi berasal dari kata Literacy yang berarti celik huruf / gerakan pembenterasan buta huruf (Echols & Shadily, 1990). Sedangkan istilah sains berasal dari Bahasa Inggris Science yang bererti ilmu pengetahuan. Puskur (2006) mengatakan bahwa: sains merupakan sekelompok pengetahuan tentang objek dan fenomena alam yang diperoleh dari pemikiran dan penelitian para ilmuwan yang dilakukan dengan keterampilan bereksperimen menggunakan metod ilmiah.Menurut Programme for International Student Assessment (PISA, 2006), Literasi sains adalah kemampuan menggunakan pengetahuan sains untuk mengidentifikasi permasalahan dan menarik kesimpulan berdasarkan bukti-bukti dalam rangka memahami serta membuat keputusan tentang alam dan perubahan yang dilakukan terhadap alam melalui aktiviti manusia. Literasi sains menurut National Science Education Standards (1998) adalah: Scientific literacy is knowledge and understanding of scientific concepts and processesrequired for personal decision making, particsainstion in civic and cultural affairs, and economic productivity. It also includes specific types of abilities.Menurut Organization for Economic Cooperation and Development (OECD, 2003) literasi sains (scientific literacy) didefinisikan sebagai kemampuan untuk menggunakan pengetahuan ilmiah, mengidentifikasi pertanyaan dan menarik kesimpulan berdasarkan fakta untuk memahami alam semesta dan membuat keputusan dari perubahan yang terjadi kerana aktiviti manusia. Literasi sains adalah sangat penting dikuasai oleh pelajar kerana ia mempunyai hubungan bagaimana seseorang pelajar itu dapat memahami lingkungan hidup, kesihatan, ekonomi dan masalah-masalah lain yang dihadapi oleh masyarakat moden yang sangat bergantung pada teknologi dan kemajuan serta perkembangan ilmu pengetahuan (Yusuf, 2003).Literasi sains didefinisikan oleh AAAS (American Association for the Advancement of Science) dengan Project 2061 sebagai kapasiti untuk menggunakan pengetahuan ilmiah, mengidentifikasi pertanyaan-pertanyaan dan untuk menarik kesimpulan berdasarkan bukti-bukti agar dapat memahami dan membantu membuat keputusan tentang dunia alami dan interaksi manusia dengan alam. Literasi sains adalah suatu pengetahuan dan pemahaman mengenai konsep dan proses sains yang akan memungkinkan seseorang untuk membuat suatu keputusan dengan pengetahuan yang dimilikinya, mampu menggunakan pengetahuan sains, mengidentifikasi permasalahan dan menarik kesimpulan berdasarkan bukti-bukti, dan perubahan yang terjadi pada alam sebagai akibat manusia dalam kehidupan sehari-hari.Negara-negara maju telah mewujudkan literasi sains sejak dahulu, melalui pelaksanaan danditerintegrasikan dalam pembelajaran. AAAS dengan Project 2061 mewujudkan literasi sains di Amerika Syarikat melalui kajian yang hasilnya digunakan untuk menetapkan standard pendidikan sains Amerika. standard ini bertujuan untuk mewujudkan literasi sains secara kongkrit dalam pendidikan Amerika, dalam masa jangka panjang adalah kejayaan sains dan teknologi di masa depan. Hasil penelitian sains di Australia menunjukkan bahwa tujuan utama pendidikan sains di Australia adalah meningkatkan literasi (melek) sains (Anonime. 2006). Cina juga telah merancang strategi di mana menjadikan literasi (melek) sains (science literacy) sebagai program negara. Cina telah melaksanakannya lima tahun kebelakang dengan menyarankan Rancangan 15 Tahun untuk meningkatkan jumlah penduduk yang melek sains. Seseorang yang mempunyai literasi sains akan dapat memberi sumbangan terhadap kesejahteraan dari aspek sosial dan ekonomi. Oleh sebab itu,di negara maju literasi sains merupakan perkara utama dalam pendidikan sains (Anonime, 2011).PISA (2006) menetapkan lima ciri umum proses sains dalam penilaian literasi sains, iaitua) memiliki kemampuan untuk menerapkan pengetahuan sains dalam penyelesaian masalah.b) Mengerti bahagian-bahagian dari sains dan memiliki pemahaman secara umum aplikasi sainsc) Mengetahui bahagian-bahagian dari sains dan tahu mengaitkannya dengan budaya.d)Mampu membezakan mana konteks dan man yang bukan konteks sainse)Mengetahui kegunaan dan risiko yang akan ditimbulkan oeh sains.

Ciri-ciri seseorang yang mempunyai literasi sains adalah seperti berikut:a.Kebolehan menanya dan menjawab soalan yang berkaitan dengan sains dan teknologi dalam kehidupan seharian.b.Kebolehan menghurai, menerang dan meramal fenomena semulajadi.c.Mempunyai pengetahuan dan kefahaman tentang konsep dan proses sains yang membolehkannya membuat keputusan serta melibatkan diri dalam perkara sivik, kebudayaan dan ekonomi.d.Kebolehan mengenalpasti isu-isu saintifik terhadap keputusan yang dibuat di peringkat lokal dan kebangsaan serta membuat pendirian yang berasaskan pengetahuan sains dan teknologie.Kebolehan membaca serta memahami artikel tentang sains dalam siaran terkini dan menghujah secara lisan keesahan kesimpulan yang telah dibuat.

Kepentingan literasi sains kepada seseorang adalah bertujuan untuk membantu:a.Memahami isu dan debat yang berlaku di dunia.b.Menghargai bagaimana sains mempengaruhi kehidupan.c.Memahami suasana intelektual masa kini.d.Membuat pilihan yang berasaskan pengetahauan.e.Menghargai dunia.Terkandung dalam Wawasan 2020 adalah cabaran bagi mencapai masyarakat yang saintifik dan progresif, iaitu masyarakat yang inovatif dan berpandangan jauh. Cabaran juga adalah bagi menghasilkan masyarakat yang bukan saja boleh menggunakan teknologi tetapi juga menyumbang kepada tamadun saintifik dan teknologi di masa hadapan. Oleh itu pendidikan sains yang diwujudkan adalah selari dengan visi ini agar masyarakat berliterasi sains dapat dibina. Pendidikan sains dapat membina minat pelajar dan kreativiti mereka melalui pengalaman seharian dan penyiasatan yang menggalakkan pemerolehan kemahiran saintifik dan kemahiran berfikir disamping memupuk sikap saintifik dan nilai-nilai murni.