literasi nombor(refleksi).docx

5
Sejauhmana kesedaran literasi nombor boleh menjadikan insan yang peka dan bijak dalammenjalani kehidupan seharian anda? Tugasan 2 Sejauhmana literasi nombor menjadiakn insan yang peka dan bijak dalam kehidupan. Literasi nombor merupakan satu kemahiran yang digunakan oleh guru ataupun murid-murid untuk memahami dan menggunakan matematik dalam menyelesaikan masalah matematik, asas atau rumit dalam kehidupan harian. Menurut Numerasi asas di bawah Program LINUS pula literasi bermaksud Keupayaan menyelesaikan operasi asas matematik, serta memahami idea matematik yang mudah dan berupaya mengaplikasikan pengetahuan serta kemahiran matematik dalam kehidupan harian.Contoh kemahiran dalam literasi nombor ialah membaca, menulis, mengira dan menyusun (ikut susunan) nombor bulat/Operasi Asas dan Aplikasi) Oleh itu, kita selau menggunakan kemahiran matematik untuk menyelesaikan masalah dengan lebih sistematik dan membolehkan kita membuat keputusan yang bijak. Melalui tugasan 1, saya telah sedar bahawa literasi nombor sememangnya telah membantu saya dalam membuat keputusan yang bijak dan matang. Sebelum saya belajar literasi nombor, saya hanya mampu membuat keputusan dengan pemikiran logik tanpa menggunakan cara pengiraanyang betul dan juga penganggaran dalam masalah. Menurut penyataan daripada Groves (2006), menyatakan bahawa penggangaran adalah sangat penting untuk diaplikasikan dalam kehidupan seharian di mana ia menghasilkan satu jawapan yang hampir untuk membolehkan kita membuat satu keputusan yang baik tanpa melakukan pengiraan yang tepat. Penyataan tersebut

Upload: kun-kun

Post on 03-Oct-2015

30 views

Category:

Documents


3 download

TRANSCRIPT

Sejauhmana kesedaran literasi nombor boleh menjadikan insan yang peka dan bijak dalammenjalani kehidupan seharian anda?

Tugasan 2 Sejauhmana literasi nombor menjadiakn insan yang peka dan bijak dalam kehidupan.Literasi nombor merupakan satu kemahiran yang digunakan oleh guru ataupun murid-murid untuk memahami dan menggunakan matematik dalam menyelesaikan masalah matematik, asas atau rumit dalam kehidupan harian. Menurut Numerasi asas di bawah Program LINUS pula literasi bermaksud Keupayaan menyelesaikan operasi asas matematik, serta memahami idea matematik yang mudah dan berupaya mengaplikasikan pengetahuan serta kemahiran matematik dalam kehidupan harian.Contoh kemahiran dalam literasi nombor ialah membaca, menulis, mengira dan menyusun (ikut susunan) nombor bulat/Operasi Asas dan Aplikasi) Oleh itu, kita selau menggunakan kemahiran matematik untuk menyelesaikan masalah dengan lebih sistematik dan membolehkan kita membuat keputusan yang bijak.Melalui tugasan 1, saya telah sedar bahawa literasi nombor sememangnya telah membantu saya dalam membuat keputusan yang bijak dan matang. Sebelum saya belajar literasi nombor, saya hanya mampu membuat keputusan dengan pemikiran logik tanpa menggunakan cara pengiraanyang betul dan juga penganggaran dalam masalah. Menurut penyataan daripada Groves (2006), menyatakan bahawa penggangaran adalah sangat penting untuk diaplikasikan dalam kehidupan seharian di mana ia menghasilkan satu jawapan yang hampir untuk membolehkan kita membuat satu keputusan yang baik tanpa melakukan pengiraan yang tepat. Penyataan tersebut telah menyedarkan saya bahawa pengiraan dan penganggaran dalam masalah membantu saya dalam membuat keputusan dengan lebih baik dan tepat berbanding dengan membuat keputusan dengan hanya mendengar kepada pandangan orang lain sahaja. Pengetahuan ini telah saya mempelajari daripada tugasan 1 seperti mana masalah yang dihadapi dalam memilih pelbagai kaedah yang sesuai untuk menjadualkan hasil dapatan dari nombor pendaftaran kereta yang diambil. Di sini, saya telah belajari sesuatu yang baru bahawa adanya cara yang mudah untuk mengkelas nombor pendaftaran dengan menggunakan kaedah yang betul iaitu dengan menggunakan jadual dan hasil jadual tersebut kita boleh bina jadual untuk melihat bagaimana perbezaan yang ada pada setiap nombor pendaftaran yang telah kita kaji itu tadi.Oleh itu daripada tugasan tersebut saya boleh mengira dan menganggarkan mana nombor pendaftaran yang boleh dimasukan dalam jadual dengan betul dan bolehuntu dianalisa datanya untuk dibuat graf dan dapat membantu saya membuat keputusan yang bijak, tepat dan logik. Apabila saya membuat refleksi kendiri tentang pengalaman saya, saya telah terfikir bahawa saya selalu mempunyai masalah dalam menguruskan belanjawan mingguan atau bulanan saya diamana saya susah untuk melihat sebanyak mana perbelajaan saya pada bulan atau minggu tersebut. Oleh itu, selepas saya membuat penilaian kendiri melalui pengalaman saya tadi , saya telah faham dan sedar bahawa kepentingan analisa data dalam pengurusan perbelanjaan adalah sangat penting iaitu dengan menjadualkan semua perbelanjaan saya dalam kelas yang betuk kemudian membina sebuah graf yang sesuai seperti graf gaaris yang boleh kita lihat adakah belanjaan saya pada bulan itu semakin menaik atau semakin menurun dengan hanya berpanduakn graf yang telah dibina itu tadi.Demikian, saya juga terfikir daripada perspektif lain bahawa analisa data yang saya buat haruslah betul dan tiada unsur penipuan,agar saya dapat mengetahuai belanjawan saya pada setiap bulan dan ini akan memudahkan lagi perkerjaan saya dalam kehidupan seharian saya Dengan ini juga saya dapat mengurus perberlanjaan saya dengan lebih teratur dan sistematik dengan menggunakan analisa data dan graf sahaja. Kesilapan dalam pengiraan dan pententuan kelas analisa data dapat menyebabkan graf kita salah dan tidak menepati ciri-ciri analisa yang baik. Oleh itu, saya tidak menyesal mempelajari pelbagai cara pengiraan dalam literasi nombor bagi membuat pengiraan yang lebih baik dan menolong saya membuat keputusan dengan bijak dan pandai. Secara langsungnya, saya juga belajari tentang kepentingan membuat perancangan terlebih dahulu sebelum proses pengkelasan data dan graf dibuat hal ini kerana untuk meneroka strategi yang sesuai untuk saya melaksanakan tugasan ini. Selepas belajar tentang strategi membuat perancangan, saya menyedari bahawa betapa pentingnya membuat perancangan dalam proses pelaksanaan tugasan ini malah kita dapat menyelesaikan pelbagai keputusan dalam kehidupan harian kita. Melalui tugasan 1, saya telah belajar bagaimana untuk mengumpul data-data yang saya ambil kemudian membentuk graf yang sesuai mengikut jadual yang saya bina.Dari situ saya telah mengetahui betapa pentingnya literasi nombor ini dalam kehidupan kita dalam menjadikan kita seorang guru yang bijak dan peka.Selain itu,apa yang saya perolehi dari pembelajaran literasi nombor ini saya telah mepelajari pelbagai kaedah penyelesaian masalah dalam matematik yang boleh saya aplikasikan dalam kehidupan seharian saya dan menjadikan saya seorang guru yang bijak dan peka dengan persekitaran. Antaranya CONTOH PENYELESAIAN MASALAH ialah MENCUBA KES LEBIH MUDAH,CUBA JAYA MENGENAL PASTI POLA ,MEMBUAT SIMULASI DAN sebagainya.Teknik penyelesaian masalah ini juga boleh diterapakan dalam kehidupan seharian kita Contohnya jika kita mempunyai masalah dalam menentukan keluasan tanah di kawasan rumah kita kita boelh guna kan strategi penyelesaian masalah mencuba kes yang lebih mudah,dengan ini kita kan lebih mudah untuk mencari keluasan tanah itu tadi.Tambahan lagi dengan literasi nombor juga menjadiakn kita sebagai seorang guru yang bijak merancang sesuatu perkara kerana dalam pembelajaran literasi nombor kita didedahkan dengan pelbagai kaedah serta teknik yang sesuai untuk menyeleaiakan sesuatu permasalahan. Selain itu, saya juga belajar tentang menegenai analisis maklumat melalui literasi nombor untuk membuat satu keputusan yang bijaksana. Saya telah menyedari maklumat adalah penting dan sebagai asas untuk saya membuat pilihan atau keputusan. Oleh itu, saya menyerdari bahawa maklumat yang dikumpul mestilah benar, tepat dan sahih agar dapat membuat graf yang tepat dan membolehkan membuat keputusan yang bijak. Pada masa yang akan datang, jika saya membuat keputusan untuk membeli sebuah rumah banglo, saya akan mengumpulkan maklumat berkenaan daripada pelbagai sumber seperti iklan, media, atau daripada rakan-rakan terdekat. Dengan ilmu pengetahuan sedia ada mengenai literasi nombor, saya akan menganalisis dan menginterpretasikan maklumat yang saya kumpulkan sebelum saya dapat membuat satu keputusan yang muktamad. Namum, jika maklumat yang dikumpul tidak dianalisi dengan baik, maka saya akan membuat satu keputusan yang merugikan dan membuangkan masa sahaja. Oleh itu, dengan menguasai kemahiran menganalisis data dan pengiraan serta menghasilakan graf dalam literasi nombor,Sebagai kesimpulan saya yakin sepanjang pembelajaran literasi nombor ini telah melatih diri saya untuk menjadi seorang guru yang bijak dan peka dalam menjalani kehidupan seharian,saya malah dengan iilmu pengetahuan ini juga saya dapat aplikasikan ketika saya berada di sekolah nanti untuk menyelesaiakan segala cabaran yang bakal saya hadapi.Selain itu,saya juga boleh melahirkan suasana belajar yang menarik dengan berpanduakan iilmu numberasi yang telah saya pelajari dalam literasi nombor ini.