lisan berkumpulan bm tingkatan 4

Upload: arfa

Post on 01-Nov-2015

84 views

Category:

Documents


4 download

DESCRIPTION

untuk rujukan semata-mata

TRANSCRIPT

UJIAN LISAN BAHASA MELAYU TINGKATAN 4FAEDAH-FAEDAH DAN LANGKAH-LANGKAH MEMUPUK AMALAN KUNJUNG MENGUNJUNGISiti Nurarfa Dania Binti Mohd SallehKavita A/P ParathitasanKavita : Selamat pagi Arfa. Adakah sambutan Hari Raya di kampung kamu pada tahun ini semeriah tahun-tahun yang lalu?Arfa : Sudah semestinya. Malah, lebaran tahun ini lebih menarik kerana saya dan seluruh sanak saudara dapat berkumpul pada pagi raya.Kavita : Adakah keluarga kamu masih mengamalkan amalan kunjung mengunjungi?Arfa : Ya, keluarga saya masih mengamalkan amalan tersebut. Amalan ini telah menjadi kewajiban kepada kami sekeluarga kerana keakraban sesame ahli keluarga adalah sangat diutamakan dalam keluarga saya.Kavita : Wah, saya tidak sangka keluarga kamu masih mengamalkannya! Apakah kamu tahu tentang amalan kunjung mengunjungi yang diamalkan oleh rakyat negara kita?Arfa : Amalan kunjung mengunjungi merujuk kepada perbuatan saling menziarahi antara satu sama lain. Setahu saya, amalan ini dilakukan sejak zaman dahulu lagi. Masyarakat Malaysia tanpa mengira kaum selalu bertandang ke rumah jiran untuk berbual-bual dan bertanyakan khabar.Kavita: Malangnya, amalan ini kini semakin dilupai oleh rakyat Malaysia terutamanya penduduk di bandar kerana kesibukan mereka dengan perkara duniawi.Arfa : Ya, betul itu. Desakan hidup untuk mencari rezeki dan kesenangan meyebabkan masyarakat kini hidup ibarat enau dalam belukar melepaskan pucuk masing-masing. Mereka tidak mempedulikan jiran tetangga lagi, malah tidak mengamalkan amalan kunjung mengunjungi.Kavita: Pada pendapat saya, masyarakat perlu diberikan kesedaran tentang kepentingan amalan kunjung mengunjungi ini.Arfa : Apakah kebaikan amalan ini?Kavita : Antara kebaikan amalan ini ialah dapat mengeratkan hubungan silaturahim sesame jiran tetangga dan adik-beradik. Apabila seseorang itu ditimpa sakit secara tiba-tiba, jiranlah orang pertama yang akan datang memberikan pertolongan sebelum adik-beradik yang lain.Arfa : Selain itu, perasaan kasih sayang akan wujud sesama mereka dan segala pahit manis akan ditanggung bersama-sama.Kavita: Bukan itu sahaja, masalah jenayah dan gejala sosial yang berlaku dalam kalangan masyarakat juga dapat ditangani apabila setiap orang memainkan peranan dan mengambil berat tentang satu sama lain.Arfa : Terdapat pelbagai kebaikan dalam pengamalan amalan ini. Namun, tidak ramai orangnya yang mengamalkan amalan ini. Apakah cara untuk melaksanakan amalan ini?Kavita: Pelbagai langkah perlu dilakukan agar nilai mulia ini dapat dihidupkan semula. Misalnya, dengan mengadakan upacara rumah terbuka. Pada setiap tahun, rakyat Malaysia meyambut pelbagai perayaan. Setiap kaum mempunyai sambutan yang unik dan tersendiri.Arfa : Di samping itu, rumah terbuka ini juga dianggap sebagai pelengkap kepada perayaan yang diraikan. Kavita: Ya. Semasa mengadakan majlis rumah terbuka, sahabat handai dan jiran tetangga akan dijemput. Bermula dengan menghadiri rumah terbuka, maka tersemailah amalan kunjung mengunjungi. Keramahan dan kemesraan yang terjalin semasa majlis rumah terbuka meyebabkan jiran tetangga tidak keberatan untuk bertandang pada masa yang lain.Arfa : Baguslah. Semua orang perlu mengamalkan nilai ini kerana sejarah telah membuktikan bahawa walaupun masyarakat zaman dahulu hidup dalam serba kekurangan, namun kehidupan mereka bahagia kerana mereka kaya dengan budi bahasa dan sentiasa memiliki persefahaman antara mereka.Kavita: Walaupun begitu, terdapat juga tanggapan sesetengah pihak yang mengatakan bahawa amalan kunjung mengunjungi ini hanya membuang masa dan menyusahkan orang.Arfa : Perkara itu tidak benar sama sekali, sebaliknya dalam realiti ia mendatangkan manfaat dalam menjalin hubungan kemasyarakatan.Kavita: Justeru, setiap insan yang inginkan kehidupan bahagia perlulah mengunjungi jiran ataupun saudara mara mereka sekali-kala. Makin banyak pengamalan ini dilaksanakan, makin kukuhlah kekuatan perkauman di negara kita.Arfa : Betul tu. Alamak, masa rehat sudah habis! Mari kita balik ke kelas.