legal aspects presentation 23.5

19
LEGAL ASPECTS IN EDUCATIONAL MANAGEMENT SGDU 6043 College Arts and Sciences ( Educational Studies )

Upload: ekyien

Post on 19-Sep-2015

253 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

ppt

TRANSCRIPT

PowerPoint Presentation

LEGAL ASPECTS IN EDUCATIONAL MANAGEMENTSGDU 6043

College Arts and Sciences ( Educational Studies )

OUR GROUP MEMBERSONG HOCK LENG ( 817500 )NOR ASHIKIN BT MOHD JAFRI( 817106 )AZIAH AWANIS BT KAMARUDIN ( 817449 )

TERANGKAN MENGAPA PEGAWAI AWAM ADALAH DILARANG UNTUK MENJALANKAN KERJA LUAR (PERATURAN 5) , MENERIMA GANJARAN/HADIAH , (PERATURAN 8), MEMBERI ATAU MENERIMA KERAIAN (PERATURAN 9) DAN MENYENGARA TARAF HIDUP MELEBIHI PENDAPATAN YANG SAH (PERATURAN 11)PENDAHULUANDalam menjalankan tugas pegawai dibekalkan dengan kuasa yang perlu dikawal bagi mengelakkan penyelewengan dan menyalahgunakan kuasa untuk kepentingan peribadi. Oleh itu setiap masa pegawai awam hendaklah menjaga tingkahlaku dan perbuatan bagi mengelakkan syak wasangka orang awam terhadap kejujuran dan kesungguhan dalam menjalankan tugas dan nama baik perkhidmatan awam tidak terjejasPeraturan-peraturan pegawai awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 (Pindaan2002) (P.U.A.246) berkuatkuasa pada 20 Jun 2002. Antara peraturan yang dimasukkan dalam peraturan ini adalah jenis-jenis kesalahan yang membolehkan diambil tindakan tatatertib dan jenis-jenis tindakan tatatertib yang boleh diambil terhadap pegawai yang melakukan kesalahan. TATAKELAKUAN SECARA KHUSUSLARANGAN MUTLAK DITEGAH SAMA SEKALIPERATURAN 9

PERATURAN 11

BOLEH DENGAN KEBENARAN

PERATURAN 5 KUASA MEMBERI KEBENARAN ( KETUA JABATAN)

PERATURAN 8 KUASA MEMBERI KEBENARAN ( KETUA JABATAN)RASIONAL MEMATUHI PERATURANMEMASTIKAN PEGAWAI AWAM:

melaksanakan tugas dengan cekap, beramanah dan bertanggungjawab.

Meletakkan kepentingan awam lebih utama daripada kepentingan diri sendiri.

Menjaga imej perkhidmatan awam

Menghukum sesiapa yang melakukan kesalahan atau melanggar peraturan.PERATURAN 5( PEKERJAAN LUAR)Tertakluk kepada tatakelakuan yang berkaitan dengan pekerjaan luar . Tidak boleh mengambil bahagian dalam apa jua urusan berkaitan dengan kerja luar. Bagaimanapun dibolehkan dengan kebenaran ketua jabatan. Ketua jabatan boleh tidak membenarkan jika -Dalam waktu pejabat/ semasa menjalankan tugas rasmi-Tidak menjejaskan kebergunaan sebagai pegawai awam-Tidak bercanggah dengan kepentingan perkhidmatan awamExternal Environment Scanning

SYARAT-SYARAT MENGENAIPERATURAN MELAKUKAN PEKERJAAN LUARKegiatan dalam pekerjaan luar tidak mengganggu tugas harian pegawai.

Segala pekerjaan luar hendaklah dilakukan diluar waktu pejabat.

Jika pekerjaan luar melibatkan waktu pejabat, maka pegawai berkenaan hendaklah memohon cuti dengan mengikut peraturan yang ditetapkan.

Tidak dibenarkan menggunakan harta benda Kerajaan bagi tujuan pekerjaan luar tersebut.SYARAT-SYARAT MENGENAIPERATURAN MELAKUKAN PEKERJAAN LUARTidak menjejaskan kebergunaan pegawai sebagai pegawai Badan Berkanun.

Tidak bercanggah dengan kepentingan Badan Berkanun, atau tidak selaras dengan kedudukan pegawai.

Segala pekerjaan luar hendaklah selaras dengan Jadual Kedua (Seksyen 5), Peraturan-Peraturan tatatertib Badan-Badan Berkanun.

Sekirangan syarat-syarat ini tidak dipatuhi, Ketua Jabatan boleh menarik balik keputusan dan pegawai berkenaan boleh dikenakan tindakan tatatertib di bawah Akta Badan-Badan Berkanun (Tatatertib & Surcaj) 2000 (Akta 605)CARA MEMOHONIsi borang permohonan dan kemukakan kepada Ketua Jabatan.

Hantar kepada Unit Perkhidmatan, Jabatan Pendaftaran untuk mendapatkan kelulusan Pendaftar.

Surat kelulusan akan dikemukakan kepada pegawai dalam tempoh dua minggu setelah mendapat kelulusan Pendaftaran

CONTOH BORANGPERATURAN 8MENERIMA GANJARAN/HADIAHTertakluk kepada peruntukan subperaturan (1) ini, seseorang pegawai tidak boleh menerima atau memberi, atau tidak boleh membenarkan isteri atau suaminya atau mana-mana orang lain menerima atau memberi bagi pihaknya, secara langsung atau tidak langsung, apa-apa hadiah (sama ada dalam bentuk zahir atau selainnya) daripada atau kepada mana-mana persatuan, badan, orang atau kumpulan orang jika,

(a)penerimaan atau pemberian hadiah itu mempunyai kaitan, dengan apa-apa cara, dengan pelaksanaan tugas awam pegawai itu ; dan(b)bentuk, amaun atau nilai hadiah itu tidak sepadan dengan maksud hadiah itu diberikan.

PERATURAN 8MENERIMA GANJARAN/HADIAHDalam subperaturan (2), Ketua Jabatan seseorang pegawai boleh, jika difikirkannya patut, membenarkan pegawai itu untuk menerima suatu surat pujian daripada mana-mana orang, persatuan, badan atau kumpulan orang sempena persaraan atau pertukaran pegawai itu asalkan surat pujian itu tidak terkandung dalam suatu bekas yang bernilai.

PERATURAN 8MENERIMA GANJARAN/HADIAHDalam subperaturan (3), ketua jabatan boleh membenarkan pungutan sumbangan secara spontan oleh pegawai-pegawai di bawahnya bagi maksud membuat sesuatu penyampaian kepada seseorang pegawai dalam jabatannya sempena persaraan, pertukaran atau perkahwinan pegawai tersebut atau perkahwinan anak pegawai tersebut sempena apa-apa upacara lain yang sesuai.

PERATURAN 8MENERIMA GANJARAN/HADIAHDalam subperaturan 4(a), jika seseorang pegawai berasa ragu-ragu tentang sama ada bentuk, amaun atau nilai hadiah yang diterima olehnya adalah sepadan dengan maksud hadiah itu diberikan ; atau dalam subperaturan 4(b) di mana hal keadaan menyebabkan sukar bagi seseorang pegawai untuk menolak sesuatu hadiah atau cenderamata yang bernilai, yang penerimaannya dilarang oleh peraturan ini, maka hadiah itu boleh diterima secara rasmi tetapi pegawai itu hendaklah dengan seberapa segera yang praktik, mengemukakan suatu laporan bertulis kepada Ketua Jabatan yang mengandungi perihalan lengkap dan anggaran nilai hadiah dan dalam hal keadaan yang hadiah itu diterima.

PERATURAN 8MENERIMA GANJARAN/HADIAHDalam subperaturan (5), apabila diterima laporan yang dibuat di bawah subperaturan (4), Ketua Jabatan hendaklah memutuskan sama ada untuk membenarkan pegawai itu menyimpan hadiah itu seperti termaktub dalam subperaturan5(a) atau untuk mengarahkan supaya hadiah itu dikembalikan kepada pemberinya melalui Ketua Jabatan seperti tertera dalam subperaturan5(b).

PERATURAN 9MEMBERI/MENERIMA KERAIAN

PERATURAN 11MENYENGGARA TARAF HIDUPMELEBIHI PENDAPATAN YANG SAH

PENUTUP/KESIMPULANSebagai seorang penjawat awam, seorang guru hendaklah mematuhi peraturan-peraturan yang telah termaktub dan sebarang pelanggaran peraturan yang telah ditetapkan boleh dikenakan tindakan tatatertib. Sepatutnya seseorang penjawat awam harus meletakkan kepentingan awam lebih utama daripada kepentingan mereka sendiri. Penjawat awam seharusnya menjaga imej perkhidmatan awam agar tiada pandangan negatif daripada orang awam yang sentiasa mempertikaikan etika penjawat awam.Seorang pegawai dianggap melanggar peraturan-peraturan ini jika didapati melakukan sebarang kesalahan yang bertentangan dengan mana-mana peraturan tatakelakuan. Jika disabitkan kesalahan, seseorang pegawai awam boleh dikenakan tindakan bergantung kepada kesalahan yang dilakukan. Oleh itu, semua penjawat awam harus berwaspada supaya tidak melanggar peraturan-peraturan.